Cari Artikel

Wednesday, August 6, 2014

Amber Chia Mahu Hamil Anak Perempuan


Amber Chia Mahu Hamil Anak Perempuan


Amber Chia mahu hamil anak perempuan, teringnin pula nak timang cahaya mata perempuan selepas Ashton.

KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2014: Model terkenal, Amber Chia akui dia kini sudah bersedia dan teruja untuk hamil anak kedua.

Amber Chia berkata sudah tiba masanya dia merancang untuk hamil anak kedua memandangkan putera sulungnya, Ashton Wong  sudah mencecah usia 4 tahun.

Amber Chia Mahu Hamil Anak Perempuan


“Setiap hari saya tidak mahu lepas memlihat perkembangan anak saya membesar dan saya kini lebih mementingkan keluarga sebelum menerima apa-apa kerja di luar.

“Saya lihat Ashton mula sudah pandai menjaga dirinya walaupun banyak lagi yang dia masih perlukan saya dan suami untuk membimbing.

“Melihat perkembangannya itu, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya menimang cahaya mata kedua,” katanya kepada murai.com.my dalam sebuah majlis yang diadakan di Zouk KL.

Pun begitu, Amber memberitahu dia sangat teruja jika anak keduanya dia nanti dia akan dikurniakan cahaya mata perempuan.

“Saya sekarang sedang merancang bagaimana nak dapat anak perempuan. Saya teringnin pula nak timang cahaya mata perempuan selepas Ashton.

“Barulah selepas ini saya boleh dapat anak sepasang lelaki dan perempuan,” luahnya lagi.

Menenai perkembangan lain, Amber bakal muncul dalam filem berbahasa Mandrin berjudul, My Mr. Perfect yang akan ditayangkan di China tidak lama lagi.

Seludup Harungi Kepayahan Penggambaran Sepanjang Ramadhan


Seludup Harungi Kepayahan Penggambaran Sepanjang Ramadhan


Seludup harungi kepayahan penggambaran sepanjang Ramadhan inilah realiti penggambaran semasa bulan puasa yang semestinya  sangat mencabar semua krew apatah lagi bintang drama berkenaan.

KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2014: Terdedah kepada terik matahari dan kadangkala terpaksa mengulangi aksi lakonan berkali-kali untuk mendapatkan kesempurnaan sepanjang bulan Ramadhan, merupakan cabaran yang dihadapi oleh produksi penggambaran drama Seludup.

Apatah lagi inilah realiti penggambaran semasa bulan puasa yang semestinya  sangat mencabar semua krew apatah lagi bintang drama berkenaan.

Seludup Harungi Kepayahan Penggambaran Sepanjang Ramadhan


Membariskan pelakon-pelakon berwibawa seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan tidak ketinggalan Raja Ilya, drama berkenaan telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi penggambaran.

Jehan Miskin yang bertindak sebagai penerbit dan pengarah, turut memainkan peranan sebagai pelakon pembantu.

“Ini bukanlah kali pertama saya berpuasa di lokasi, namun kali ini tanggungjawab saya agak berat kerana menyandang tanggungjawab sebagai pengarah, penerbit dan juga pelakon.

“Jadual kami amat ketat dan kadang-kala kami hanya berhenti bekerja lebih kurang dua atau tiga minit sebelum azan Maghrib berkumandang. Selepas berbuka puasa dan mengerjakan solat, penggambaran disambung semula sehingga awal pagi,” kata Jehan Miskin

Drama bersiri sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan penyeludupan rokok seludup di negara yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat.

 Fasa pertama penggambaran telahpun selesai untuk memberi peluang kepada krew produksi dan pelakon untuk menyambut perayaan Aidilfitri dan ianya akan disambung semula setelah sepuluh hari bercuti.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Pengkalan Balak, Melaka yang telah memberikan layanan yang sangat istimewa kepada produksi  Seludup sepanjang kami berada di sini.

“Ada yang melawat kami di lokasi dan ada juga yang memberikan makanan sebagai juadah berbuka puasa. Budi baik mereka akan kami kenang sampai bila-bila,” katanya.

Afdlin Shauki Positif Isu Boikot Produk Israel


Afdlin Shauki Positif Isu Boikot Produk Israel


Afdlin Shauki positif isu boikot produk Israel mohon kepada semua rakyat Malaysia faham dengan teliti mengenai istilah boikot barangan Israel.

KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2014: Pelakon dan Pengarah Filem Afdlin Shauki mohon kepada semua rakyat Malaysia faham dengan teliti mengenai istilah boikot barangan Israel susulan kekejaman zionis terhadap penduduk Gaza terutama kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi korban.

Afdlin Shauki Positif Isu Boikot Produk Israel


Menerusi laman Instagram beliau memberi pendapat boikot mengikut kemampuan bukan mengikut emosi, dan memberi contoh sekiranya di rumah mempunyai 10 tin Milo jangan terus buang tetapi habiskan dahulu barulah tidak membeli produk tersebut.

Afdlin Shauki Positif Isu Boikot Produk Israel


Ini adalah kerana barangan yang dibeli itu tidak jatuh hukum haram, dalam pada itu, beliau juga berkongsi pengalamannya ketika membuat lawatan misi kemanusiaan ke Gaza dan telah dihidangkan dengan air minuman Coke.

Afdlin menyatakan tidak salah untuk minum kerana untuk menjaga hati tuan rumah, kerana itu antara salah satu air minuman yang boleh dibeli terus dari Israel, itu dipanggil darurat akibat sekatan ekonomi yang dibuat oleh Israel yang menyebabkan rakyat di sana tiada pilihan.

Berbeza di Malaysia, rakyat di sini mempunyai pelbagai pilihan sama ada mahu terus tidak membelinya atau sebaliknya, sekali lagi Afdlin menegaskan boikot mengikut kemampuan, jika ia telah menjadi satu keperluan perlu cari alternatif lain.

Boikot boleh jadi ibadah bukannya tempat untuk luahan marah secara membuta tuli.

Ramona Zamzam Nafi Dirinya Punca Majlis Kahwin Dazrin-Amyra Batal


Ramona Zamzam Nafi Dirinya Punca Majlis Kahwin Dazrin-Amyra Batal


Ramona Zamzam nafi dirinya punca majlis kahwin Dazrin-Amyra batal, terkejut namanya dikaitkan dengan pembatalan majlis pernikahan Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli.

KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2014: Terkejut namanya dikaitkan dengan pembatalan majlis pernikahan Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli, Ramona Zamzam ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu dia tidak sangka perkara tersebut berlaku kerana dakwaan kemesraannya dengan Dazrin sebelum ini hanya disebabkan salah faham.

Terkejut juga bila ada dakwaan yang mengatakan saya punca mereka (Dazrin dan Amyra) tak jadi bernikah.

Ramona Zamzam Nafi Dirinya Punca Majlis Kahwin Dazrin-Amyra Batal


Saya tidak pernah terlibat dengan hubungan mereka…Saya rasa mustahil pembatalan majlis pernikahan mereka disebabkan foto yang dimuatnaik di Instagram saya sebelum ini kerana ia perkara kecil dan hanya salah faham sahaja.

Mungkin mereka ada masalah dalaman lain yang kita semua tak tahu…Saya harap hubungan mereka dapat dipulihkan seperti sediakala,” kata Ramona kepada Astro Gempak.

Ramona sebelum ini pernah memuat naik sekeping foto dia dan Dazrin di laman Instagram dan telah mendapat pelbagai reaksi peminat Dazrin dan Amyra.

Gambar tersebut di ambil semasa sedang menunggu penggambaran telefilem Bingkai Kaca…Kami tidak duduk berdua tetapi ada ramai crew bersama.

Ramai yang menghentam tanpa usul periksa dan menuduh saya mengacau hubungan Dazrin dan Amyra dan itu tidak masuk akal kerana saya tahu mereka akan berkahwin,” katanya yang mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan perkara tersebut.

Tambah Ramona lagi, dia tidak pernah bertemu Amyra apatah lagi mempunyai masalah dengan duta Aurawhite itu.

Amyra pun tidak pernah datang bertemu saya dan bercakap mengenai kontroversi yang pernah tercetus sebelum ini dan saya juga tidak pernah tahu atau mengambil tahu tentang hubungan dia dan Dazrin,” ujarnya.

Ramona dan Dazrin digandingkan dalam telefilem Bingkai Kaca yang bakal ditayangkan pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan di TV9.

Sungguh Kurang Ajar Menggelar Nora Danish Pendatang Myanmar!


Sungguh Kurang Ajar Menggelar Nora Danish Pendatang Myanmar!


Sungguh kurang ajar menggelar Nora Danish pendatang Myanmar menyedihkan bila ada yang sanggup menggelarkan dia sebagai pendatang Myanmar, Melampau sungguh.

KL, 5 OGOS 2014: Murai Batu tak faham dengan segelintir manusia yang berhati kaudu ni. Kalau pun tak suka dengan seseorang tu, tak payahlah nak mencaci dan menghina seseorang tu sampai menggelarkan dia yang bukan-bukan. 

Lagipun apa sebab nak kena buat macam tu? Afa faedahnya? Apa kepuasan yang korang dapat? Korang dapat piala ker? Dapat wang ringgit ker? Dapat pahala ker? 

Sungguh Kurang Ajar Menggelar Nora Danish Pendatang Myanmar!


Murai Batu cakap macam ni sebab Murai Batu sedih bila melihat pelbagai kecaman dilemparkan terhadap Nora Danish hanya disebabkan dia masih lagi baik dengan bekas keluarga mertuanya (ibu Jejai). Semuanya berpunca daripada gambar postingnya beraya di rumah bekas keluarga mertuanya. 

Kononnya Nora Danish terhegeh-hegeh lagilah dengan keluarga Jejai, kononnya Nora Danish mengendeng-ngendeng lagi kat keluarga Jejai disebabkan harta dan paling menyedihkan bila ada yang sanggup menggelarkan dia sebagai pendatang Myanmar. Melampau sungguh....

Ya Allah... korang semua ni boleh mengucap tak. Apa ni? Apa semua ni? Kenapa mesti nak keluarkan kenyataan yang macam tu. Korang ni dah takde hati perut ker? Dah tak fikir hati dan perasaan orang ker?

Bukanlah Murai Batu nak menangkan Nora Danish. Tapi sebagai manusia dan sebagai orang Islam, Murai Batu rasa penghinaan tersebut memang sangat melampau dan tidak patut diucapkan pada saat umat Islam masih menyambut hari lebaran yang penuh suci dan mulia ini. 

Lagipun, kalau kenyataan tu betul, tidak apa juga. Sebaliknya, kenyataan tersebut sama sekali adalah satu fitnah kerana keluarga Nora Danish bukanlah keluarga pendatang haram di Malaysia ini. 

Yang pastinya, keluarga Nora Danish menetap di sini secara sah. Bapa Nora Danish berketurunan Arab dan berkahwin dengan ibu Nora Danish yang berketurunan Myanmar. So, kenapa mesti nak kaitkan Nora Danish dengan Myanmar saja. kenapa tak kaitkan juga dia Arab sebab terang-terang dia berdarah Arab-Myanmar. 

Yang Murai Batu dapat tahu jugak, Bapa Nora Danish bekerja sebagai seorang jurutera dan ibunya pula pernah berniaga (tak tahulah pula Murai Batu sekarang ini ibu Nora ada berniaga lagi ke tidak). 

Senang cakap, keluarga Nora Danish bukanlah keluarga yang cikai-cikai ya. Jadi, sudah-sudahlah mengata orang tak tentu pasal dan cuba-cubalah bersikap rasional dan muhasabahkanlah diri tu apa yang patut. Yang itu, ada lagi faedahnya....

Eina Azman Pilih Datuk Paduka Gurmet Sebagai Suami


Eina Azman Pilih Datuk Paduka Gurmet Sebagai Suami


Eina Azman pilih Datuk Paduka Gurmet sebagai suami yang jauh beza dengan usianya iaitu berusia 35 tahun pada hujung tahun ini.

KL, 5 OGOS 2014: Pelakon Eina Azman, 19,  akui bakal mengakhir zaman bujangnya dengan seorang jejaka, Datuk Paduka Gurmet Singh yang jauh beza dengan usianya iaitu berusia 35 tahun pada hujung tahun ini.

Pelakon yang pernah dikaitkan dengan pelakon Afiq Muiz itu berkata kepada Harian Metro kematangan, sikap tanggungjawab dan saling menasihati menyebabkan Eina jatuh cinta kepada Gurmet Singh.

Eina Azman Pilih Datuk Paduka Gurmet Sebagai Suami


“Awal perkenalan kami biasa-biasa saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama. Perasaan sayang dan cinta hadir secara perlahan-lahan kerana Gurmet lelaki bertanggungjawab, matang dan suka menasihati saya. Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami.

“Biarpun beza usia 15 tahun, kami berdua dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Insya-Allah kami bercadang untuk membina mahligai rumah tangga pada penghujung tahun ini tanpa adanya majlis pertunangan

“Keputusan untuk berkahwin bukanlah saya lakukan dalam keadaan tergesa-gesa, tetapi selepas berfikir de­ngan mendalam. Sejauh mana pun saya pergi dan setinggi mana pun kejayaan yang dikecapi, saya perlukan suami di sisi. Sama ada lambat atau cepat, saya akan berkahwin juga nanti.

“Sekiranya rezeki saya dalam bidang lakonan masih ada, Gurmet tidak menghalang saya untuk meneruskannya. Saya pun sudah serik dihujani kontroversi dan semoga dengan perkahwinan itu nanti menjadikan hidup saya akan lebih aman dan tenteram,” katanya.

Eina memberitahu bakal suaminya yang berbangsa sikh itu akan memeluk Islam tidak lama lagi sebeulm hujung tahun ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan