Cari Artikel

Tuesday, August 5, 2014

Dazrin & Amyra Rosli Tangguh Perkahwinan?


Dazrin & Amyra Rosli Tangguh Perkahwinan?


Dazrin & Amyra Rosli tangguh perkahwinan selepas ibu kepada bakal pengantin perempuan memaklumkan majlis tersebut sudah dibatalkan.

KUALA LUMPUR 5 OGOS 2014: Perkahwinan pasangan pelakon Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat, 8 Ogos ini tidak akan menjadi kenyataan selepas ibu kepada bakal pengantin perempuan memaklumkan majlis tersebut sudah dibatalkan.

Dazrin & Amyra Rosli Tangguh Perkahwinan?


Ibu kepada Amyra Rosli yang juga bertindak sebagai pengurus Norzaridah Ahmad, memaklumkan yang keputusan berkenaan dibuat hasil perbincangan kedua-dua belah keluarga dan kesepakatan itu dicapai pada Ramadan lalu.

"Pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos dibatalkan dan tidak akan menjadi kenyataan atas persetujuan bersama. Maaf kami tidak dapat berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga kami.

“Mengenai jodoh mereka berdua, kami serahkan kepada ketentuan takdir. Hanya itu yang dapat saya katakan ketika ini,”, kata ibu Amyra.

Dazrin dan Amyra berkenalan selama tiga tahun sebelum bertunang pada 25 Ogos tahun lalu.


Riak dan Gaya Selfie Raya Selebriti Popular


Riak dan Gaya Selfie Raya Selebriti Popular


Riak dan gaya Selfie Raya selebriti popular telah dikongsikan oleh ramai selebriti popular tanah air dengan gaya selfie masing-masing di laman Instagram mereka.

KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2014: Awal Syawal yang lalu pastinya menjadi saat manis buat sesiapa sahaja dan detik itu telah dikongsikan oleh ramai selebriti popular tanah air dengan gaya selfie masing-masing di laman Instagram mereka.

Pastinya terpancar wajah ceria mereka dengan pemilihan kapsyen tersendiri untuk tatapan pengikut masing-masing sehingga berjaya mendapat jumlah ‘like’ tertinggi.

Riak dan Gaya Selfie Raya Selebriti Popular


Penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza umpanya telah berkongsi selfi raya bersama-sama suaminya Datuk K dengan kapsyen paling ringkas dalam persalinan Rizman Ruzaini tetapi telah mendapat jumlah like lebih 13,000 daripada peminatnya.

Tidak ketinggalan selfie pasangan romantik, Lisa Surihani dan Yusry KRU yang dirakamkan di hari raya ketika masing-masing menyarungkan persalinan sedondon hijau bersama-sama piano putih sebagai penyeri foto berkenaan.

Selebriti Marsha Milan yang juga tidak ketinggalan meraikan lebaran tahun ini turut melayangkan selfie hari raya kepada seluruh peminatnya dengan menyarungkan jubah hijau daripada jenama fesyen miliknya (Marsha Milans) dan aksesori daripada Perte Handmade.

Selfie yang dimuat naik pelakon dan pengacara Neelofa bersama-sama seorang kanak-kanak comel nampaknya telah mendapat jumlah like lebih 17,000 patah lagi dia kini sudah berhijab sepenuhnya.

Begitu pula selfie yang dipamerkan pelakon comel Nora Danish yang bergaya sakan dengan perhiasan leher etnik bewarna-warni ketika berada di dalam kereta. Selfie berkenaan telah menerima lebuh 23,000 like.

Kahwin Disember Ini, Elaine Daly Bawa Tunang Jumpa Keluarga


Kahwin Disember Ini, Elaine Daly Bawa Tunang Jumpa Keluarga


Kahwin Disember ini, Elaine Daly bawa tunang jumpa keluarga di Melaka untuk bertemu neneknya di sana untuk mendapatkan restu daripada individu kesayangannya itu.

KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2014: Masih lagi terasa kegembiraan apabila dilamar kekasih hatinya Nick Boden dengan berlatar belakangkan keindahan matahari terbenam di Maldives, pelakon dan pengacara popular Elaine Daly sudahpun merancang untuk mengadakan majlis perkahwinannya pada awal Disember ini.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi pagi tadi, Elaine Daly dengan suara yang ceria memberi tahu bahawa dia bakal mengikat tali perkawinan dengan jejaka dari Afrika Selatan itu pada awal Disember ini.

Kahwin Disember Ini, Elaine Daly Bawa Tunang Jumpa Keluarga


“Saya baru sahaja berbincang dengan Nick tentang majlis perkahwinan kami. Setakat ini apa yang boleh saya katakan, kami akan berkahwin pada awal Disember ini. Bagaimanapun  tarikh yang betul masih diputuskan lagi.

“Satu majlis akan kami adakan di Malaysia pada Disember nanti dan kalau tak ada aral melintang, sebuah lagi majlis akan diadakan di Afrika Selatan pada Januari tahun depan pula,” katanya yang tidak mahu lagi berselindung berkenaan hubungannya dengan jejaka itu.

Tambah Elaine Daly, mereka berdua telah memaklumkan berita gembira itu kepada kedua-dua ibu bapa masing-masing sebaik sahaja Nick Boden melamarnya, namun masih perlu memperkenalkan jejaka itu kepada neneknya di Melaka.

Ketika dihubungi portal Murai.com.my, Elaine Daly berkata dia dan Nick sedang memandu menuju ke Melaka untuk bertemu neneknya di sana untuk mendapatkan restu daripada individu kesayangannya itu.

Kata Elaine Daly, ibu bapa Nick Boden kini sedang bercuti di ibu negara dan mereka sudahpun merestui perkahwinan mereka berdua.

Begitu juga dengan kedua-dua ibu bapanya yang ternyata sangat gembira dengan keputusan berkenaan sebaik sahaja diberi tahu.

“Saya masih lagi terkejut dengan lamaran Nick. Mana taknya, hubungan kami masih baru dan tak sangka pula dia sudi melamar saya di lokasi yang saya sifatkan cukup indah dan romantik.

“Semuanya sama sekali tidak dirancang kerana sepatutnya kami ke Pulau Simpadan untuk menjalani aktiviti menyelam tetapi kerana keadaan yang tidak selamat di sana sekarang, jadi kami terpaksa bertukar destinasi lain iaitu ke Maldives pula.

“Nick datang kepada saya, melutut dan kemudian meminta saya untuk menjadi isterinya. Saya rasa cukup terharu dan lebih istimewa lagi dia telah membeli cincin itu sebulan lalu tanpa pengetahuan saya. Saya gembira ianya memang padan dan muat-muat dengan jari saya,” katanya gembira.

Kata Elaine Daly, terlalu ramai teman-temannya yang gembira dengan berita bahagia berkenaan terutama Daphne Iking yang sejak dari awal tahun ini berusaha mencarikan pasangan sesuai untuknya selepas dua tahun sendirian tanpa kekasih.

Namun dia redha kerana  takdir telah mempertemukannya dengan jejaka yang sangat memahami dan menyayanginya sepenuh hati.

Nurul Depp Mahu Kongsi Rahsia Tidak Lama Lagi


Nurul Depp Mahu Kongsi Rahsia Tidak Lama Lagi


Nurul Depp mahu kongsi rahsia tidak lama lagi rahsia besar kepada peminatnya pada pertengahan Ogos ini.

KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2014: Penyanyi hitam manis, Nurul Depp nampaknya ingin berkongsi satu rahsia besar kepada peminatnya pada pertengahan Ogos ini.

Ketika dihubungi portal murai.com.my baru-baru ini, Nurul Depp berkata, rahsia berkenaan sudah lama disimpannya dengan baik dan hanya menunggu tarikh paling sesuai untuk dikongsi dengan peminatnya di luar sana.

Nurul Depp Mahu Kongsi Rahsia Tidak Lama Lagi


Ditanya apakah perkara yang menjadi rahsia besar buatnya itu sehingga enggan dikongsikan dengan portal murai.com.my dan peminatnya di luar sana, Nurul Depp berkata, dia perlu menunggu tarikh yang telah ditetapkan supaya kelihatan tidak terlalu tergesa-gesa.

“Memamg rahsia ini sudah lama saya simpan sejak kebelakangan ini. Cuma saya rasa, biarlah ianya menjadi tanda tanya dahulu dan bila tiba tarikhnya itu nanti, pasti saya akan memberi tahu kepada peminat terutama yang mengikuti blog saya,” katanya ringkas.

Nurul Depp pernah mengejutkan industri hiburan tanah air dengan keputusannya mengahwini jejaka Perancis, Eric Depp yang kini telah menjadi suaminya yang sah dan telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki.

Nak tahu apakah rahsia besar Nurul Depp yang menjadi tanda tanya ramai peminatnya? Perlulah tunggu hari dan tarikh yang telah ditetapkan penyanyi berkenaan.

Ezany Failkan Permohonan Nusyuz Kepada Isteri


Ezany Failkan Permohonan Nusyuz Kepada Isteri


Ezany failkan permohonan Nusyuz kepada isteri Lizda Nuryanti Abidin perintah kembali taat pada 22 Julai lalu.

SHAH ALAM 4 OGOS 2014: Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Isnin membenarkan permonohan pelakon Ezany Nizariff untuk menolak permohonan cerai secara baik yang dibuat isterinya Lizda Nuryanti Abidin, 32, pada 17 Julai lalu.

Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar membuat keputusan itu selepas Ezany memberitahu mahkamah dia sudah memfailkan permohonan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap Lizda pada 22 Julai lalu.

Ezany Failkan Permohonan Nusyuz Kepada Isteri


Mohd Nurulazhar bagaimanapun memerintahkan pasangan berkenaan membentuk satu jawatankuasa pendamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka sebelum kes berkenaan disambung semula pada 3 September depan.

Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 41, mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu.

Selain nusyuz, Ezany menfailkan dua lagi tuntutan terhadap isterinya berhubung hak penjagaan dua anak mereka.

Ezany ketika itu memberitahu dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama tiga hari.

Sementara itu, Ezany ketika ditemui diperkarangan mahkamah memberitahu, dia tetap akan meneruskan dengan permohonan nusyuz terhadap isterinya biarpun wanita berkenaan meminta diceraikan secara baik.

Jelas Ezany, perkara itu adalah yang terbaik buat masa ini selepas mendapat khidmat nasihat peguam mengenai kes berkenaan.

"Buat masa ini saya ikut apa yang dinasihatkan oleh peguam dan selebihnya kita tunggu pada perbicaraan nanti," katanya.

Tambah pelakon itu, dia juga telah menfailkan dua lagi tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung hak penjagaan sementara dan hak penjagaan kekal terhadap dua anak mereka.

"Insya-Allah kes berkenaan (penjagaan anak) akan disebut di mahkamah pada 25 dan 27 Ogos ini dan anak-anak kini tinggal bersama saya selepas isteri bertindak keluar rumah sejak 19 hari lalu," katanya.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.

Awal Ashaari Dedah Wajah Anak Selepas Habis Pantang


Awal Ashaari Dedah Wajah Anak Selepas Habis Pantang


Awal Ashaari dedah wajah anak selepas habis pantang, isterinya Scha Al-Yahya tamat tempoh 44 hari berpantang.

KUALA LUMPUR 4 OGOS 2014: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari hanya akan mendedahkan wajah dan nama anak perempuan mereka kepada umum selepas isterinya, aktres, Scha Al-Yahya tamat tempoh 44 hari berpantang.

Awal menerusi laman sosial Instagram miliknya memaklumkan perkara itu menerus hastag #abispantangbarubolehkenal selepas berkongsi sekeping gambar anaknya yang tidak didedahkan wajah.

Awal Ashaari Dedah Wajah Anak Selepas Habis Pantang


Awal hanya memuat naik gambar anaknya yang hanya memperlihatkan bahagian badan sahaja.

Rata-rata peminat menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat pasangan berkenaan memperkenalkan anak mereka.

Bagaimanapun ada segelintir peminat yang menganggap Awal tidak sepatutnya merahsiakan identiti anaknya itu dan cukup sekadar tujuh hari dia berbuat demikian.

Sebaliknya ada yang menyarankan agar peminat yang tidak sabar untuk melihat anak pasangan tersebut supaya menziarahi ke rumah pelakon itu untuk bertemu sendiri dengan bayi berkenaan.

Scha selamat bersalin kira-kira pukul 5.50 petang pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur dan bayi perempuan seberat 3.17 kilogram itu dilahirkan secara normal.

Awal yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon untuk bercerita lebih lanjut mengenai bayi berkenaan.

Scha dan Awal berkahwin pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan