Cari Artikel

Monday, August 4, 2014

Selebriti Tanahair Sokong Perhimpuan ‘Selamatkan Anak-Anak Gaza’


Selebriti Tanahair Sokong Perhimpuan ‘Selamatkan Anak-Anak Gaza’


Selebriti tanahair sokong Perhimpuan ‘Selamatkan Anak-Anak Gaza’ anjuran Viva Palestina dan Aqsa Syarif mengecam tindakan zionis sekeras-kerasnya yang tidak berperikemanusiaan.

KUALA LUMPUR, 4 OGOS 2014: Dua hari yang lalu, lebih 10 ribu peserta berhimpun di Dataran Merdeka sebagai tanda protes terhadap kekejaman yang dilakukan oleh tentera Zionist kepada penduduk Gaza terutama kanak-kanak.

Perhimpunan aman yang dikenali sebagai ‘Selamatkan Anak-Anak Gaza anjuran Viva Palestina dan Aqsa Syarif mengecam tindakan zionis sekeras-kerasnya yang tidak berperikemanusiaan membunuh secara membuta tuli tanpa rasa belas ehsan.

Selebriti Tanahair Sokong Perhimpuan ‘Selamatkan Anak-Anak Gaza’


Turut tidak ketinggalan menyertai perhimpunan ini ialah selebriti tanah air seperti Afdlin Shauki, Faizal Tahir, Natasha Hudson, Heliza Helmi dan ramai lagi.

Wakil Viva Palestina, Shida Shahnan berkata perhimpunan ini untuk menyatakan solidariti yang bersifat dari insan kepada insan lain serta hak kemanusiaan penduduk Gaza yang dirampas oleh tentera Zionis dengan begitu rakus.

"Kanak-kanak mampu menyentuh hati kita. Semua bangsa tidak kira agama atau kepercayaan perhimpunan seumpama ini sebagai medium penting menyatakan suara kita dan tanda protes terhadap Israel" katanya.

Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi merancakkan lagi perhimpunan ini antaranya ‘flash mob’, ucapan dan juga paparan 1000 biji belon  bagi menandakan penduduk Gaza yang terkorban.




Neelofa Pergi Beraya Ke Rumah Tuan Guru Nik Aziz?


Neelofa Pergi Beraya Ke Rumah Tuan Guru Nik Aziz?


Neelofa Pergi Beraya Ke Rumah Tuan Guru Nik Aziz? Umum juga tahu  bahawa Neelofa juga berasal daripada negeri serambi Mekah itu dan ada kemungkinan dia mengunjungi tokoh politik itu untuk berhari raya.

KL, 4 OGOS 2014: Semakin hari semakin cantik selebriti kesayangan ramai merangkap pengacara dan pelakon cantik bernama Neelofa itu. Hijabista pujaan ramai ini telah menarik perhatian umat di Instagram semalam setelah memuat naik sekeping foto yang mengundang pelbagai andaian daripada ramai pihak.

Mana tidaknya, gambar yang dimuatnaik itu menampilkan tokoh ulama dan politik terkenal yang juga bekas menteri besar Kelantan iaitu Tuan Guru Haji Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sedang berbual dengan hijabista jelita itu.

Neelofa Pergi Beraya Ke Rumah Tuan Guru Nik Aziz?


Gambar tersebut yang telah di muat naik Neelofa kira-kira jam 3 petang Khamis telah mendapat pujian menerusi like yang diberikan kepada entri tersebut telah pun melebihi 26 ribu.

Dia yang sudah dapat menghidu akan komen yang bakal diberikan para peminat telah terlebih dahulu menjelaskan melalui kapsyen berbunyi: lets put politics aside…I felt so lucky to have opportunity to meet him in person yesterday at his house. Love listening to what he had to say and he also gave me valuable advices regarding istiqamah.

Daripada kapsyen itu, dapat kita lihat bahawa Neelofa tidak mahu pertemuannya dengan bekas Menteri Besar Kelantan itu dipolitikkan. Selain daripada menjadi seorang pejuang parti politik, Mursyidul Am Pas itu mungkin ditemui selebriti ini atas urusan kerja mahupun sekadar mendapatkan tunjuk ajar serta bertanyakan hal berkaitan agama Islam.

Rasanya tidak perlu dipertikaikan pertemuan ini kerana ia bukanlah perkara yang pelik. Umum juga tahu  bahawa Neelofa juga berasal daripada negeri serambi Mekah itu dan ada kemungkinan dia mengunjungi tokoh politik itu untuk berhari raya.

Selebriti Tempatan & Antarabangsa Nyata Sokongan Kepada Gaza


Selebriti Tempatan & Antarabangsa Nyata Sokongan Kepada Gaza


Selebriti tempatan & antarabangsa nyata sokongan kepada Gaza hashtag #FreePalestine dan #PrayforGaza, kata-kata kutukan terhadap kekejaman tentera Israel  dan doa untuk rakyat Palestin semakin banyak dimuatnaik.

KUALA LUMPUR, 4 OGOS 2014: Penggiat seni tempatan dan antarabangsa antara mereka yang giat memperjuangkan keadilan buat rakyat Palestin di Gaza di media sosial.

Dengan menggunakan hashtag #FreePalestine dan #PrayforGaza, kata-kata kutukan terhadap kekejaman tentera Israel  dan doa untuk rakyat Palestin semakin banyak dimuatnaik.

Selebriti Tempatan & Antarabangsa Nyata Sokongan Kepada Gaza


Antara tweet yang mendapat perhatian adalah dari penyanyi antarabangsa Rihanna.

Rihanna memuatnaik tweet yang menyeru semua agar mendoakan keamanan dan pengakhiran konflik Israel-Gaza itu.

Tweet tersebut mendapat lebih 45,000 ulangan tweet oleh peminatnya. Selain Rihanna, salah seorang ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik tanpa berselindung menyatakan sokongan terhadap Palestine dengan memuatnaik hashtag #FreePalestine.

Tweet Zayn itu mendapat reaksi positif dari semua peminatnya, namun peminatnya di Israel merasakan tweet tersebut sangat mendukacitakan.

Penyanyi dan pelakon kecil molek, Selena Gomez turut sama mengharapkan agar semua mendoakan kesejahteraan keluarga dan bayi di Gaza. Perkara ini menyebabkan Selena dihujani pelbagai reaksi dari peminatnya di Instagram.

Setakat ini kira-kira 1,240 rakyat Palestin terbunuh pada hari ke-23 pertempuran di antara Israel dan Hamas. Dari jumlah tersebut,  sekurang-kurangnya 245 adakah terdiri daripada kanak-kanak.

Bukan sahaja artis antarabangsa, konflik di Gaza ini turut membangkitkan sokongan penggiat-penggiat seni tempatan.

Antara yang aktif memuatnaik perkembangan terkini peperangan di Gaza serta doa ke atas rakyat Palestine adalah penyanyi, Mizz Nina, Faizal Tahir, Afdlin Shauki dan ramai lagi.

Truth.... i csnt stand to watch the lies told on BBC & CNN anymore. Look out for more reliable… http://t.co/tlIQN6WH5z

— Mizz Nina (@mizznina1780) July 31, 2014

Namun begitu, ada beberapa selebriti antarabangsa menyatakan secara terang-terangan persetujuan dan sokongan mereka ke atas Israel.

Ada yang merasakan tindakan Israel sebagai satu tindakan menegakkan hak negara tersebut.

Isu Selfie Di Kubur, Farish Aziz Mohon Maaf Secara Terbuka


Isu Selfie Di Kubur, Farish Aziz Mohon Maaf Secara Terbuka


Isu selfie di kubur, Farish Aziz mohon maaf secara terbuka, Farish juga turut memuat naik permohonan maaf berkenaan isu tersebut di laman instagram miliknya.

KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2014: Pengacara dan penyampai radio, Farish Aziz telah membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu gambar selfie di kubur yang dimuatnaik di laman sosial instagramnya. 

"Gambar itu adalah gambar raya yang saya muat naik dengan niat yang baik tetapi telah di salah ertikan oleh masyarakat… Saya minta maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan gambar tersebut.

Isu Selfie Di Kubur, Farish Aziz Mohon Maaf Secara Terbuka


“Tak mungkin saya sengaja memuat naik gambar tersebut dengan tujuan tertentu… Kalau ada salah dan silapnya, ia adalah sesuatu yang tidak disengajakan,” begitulah penjelasan pelakon dan pengacara Farish Aziz ketika dihubungi Astro Gempak menerusi aplikasi Whatssapp pada malam Rabu berkenaan dengan sekeping gambar yang diambil secara selfie di tanah perkuburan oleh aktor tersebut.

Selain itu, Farish juga turut memuat naik permohonan maaf berkenaan isu tersebut di laman instagram miliknya.

Isu Selfie Di Kubur, Farish Aziz Mohon Maaf Secara Terbuka


Permohonan maaf Farish Aziz melalui laman instagram miliknya 

Farish atau nama sebenarnya Mohd Farish Aziz Sulaiman meluahkan rasa kesal apabila dia dituduh sengaja memuat naik gambar berkenaan dengan tujuan meraih publisiti murahan.

“Tidak terlintas langsung di fikiran saya untuk melakukan perkara seprti yang dituduh oleh mereka… Macam yang saya katakan tadi gambar itu telah disalah tafsir.

“Saya kesal bila ada pihak yang busuk hati membesar-besarkan isu tersebut… Saya harap mereka bersikap lebih matang.

“Saya faham jika ada yang marah dan memberikan komen negatif terhadap saya, namun jika sudah sampai tahap fitnah dan mendoakan perkara-perkara tidak baik terjadi kepada keluarga saya, itu membuatkan saya berasa cukup kecewa,” katanya kesal.

Tambah Farish lagi, insiden yang berlaku ini dijadikan iktibar dan selepas ini dia akan lebih berhati-hati untuk berkongsi sebarang gambar di laman sosial.

“Kita tidak akan mampu untuk menutup mulut orang, dan kejadian ini akan saya jadikan sebagai pengajaran.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang gambar di laman sosial, tetapi tidaklah sehingga menjadi hipokrit semata-mata mahu dipandang baik oleh masyarakat… Saya lebih selesa jadi diri sendiri,” jelasnya

Amar Bahrin Datang Jauh Untuk Beraya Dengan Izreen Azminda


Amar Bahrin Datang Jauh Untuk Beraya Dengan Izreen Azminda


Amar Bahrin datang jauh untuk beraya dengan Izreen Azminda dan Izreen Azminda menghargai tindakan Amar itu dengan menulis “so sweet.. tq datang jauh-jauh nak raya dengan I.

KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2014: Selepas dikaitkan menjadi punca keretakan rumahtangga pelakon Izreen Azminda dengan suaminya Muhammad Riza, Amar Bahrin dilihat memandang sepi serta tidak menghiraukan tohmahan dan andaian umum mengenai kemesraannya dengan aktres beranak satu itu.

Malah, selepas tampil dengan foto mesra yang dikatakan sengaja dilakukan untuk  mempromosikan drama lakonan mereka, Kerana Terpaksa Aku Relakan,  masih ada foto mesra mereka menyusul lagi selepas itu. 

Amar Bahrin Datang Jauh Untuk Beraya Dengan Izreen Azminda


Menariknya, foto mesra kedua itu adalah ucapan harijadi Izren Azminda buat Amar dan terbaru adalah entri mereka beraya bersama seperti yang dimuatnaik di laman sosial media Instagram dan ianya turut mengundang pelbagai cakap-cakap orang.

Izreen di dalam Instagramnya menulis bahawa Amar telah datang jauh untuk beraya bersamanya dan dia menghargai tindakan Amar itu dengan menulis “so sweet.. tq datang jauh-jauh nak raya dengan I”, dan Izreen dilihat seperti cuba menyampaikan suatu mesej penuh tersirat di sebalik kedatangan Amar itu.

Kisah sensasi di antara Izreen dengan Amar ini  mula bertebaran sejak kemunculan mereka di dalam Kerana Terpaksa Aku Relakan di mana lakonan intim mereka berdua dikatakan terbawa-bawa ke luar set dan ia telah mengundang kontroversi dan bualan selepas Izreen bercerai dan berstatus janda.

Peminat yang kurang senang dengan aksi mereka telah mendakwa Izreen tidak menjaga tingkah laku sewaktu masih tempoh edah sekaligus menguatkan lagi andaian umum tentang keintiman kedua mereka ini.

Namun begitu cerita panas ini itu tidak dihiraukan oleh Izreen mahupun Amar malah, bahkan kedua-dua  mereka berpendapat bahawa foto-foto mesra yang dimuat naik di laman sosial Instagram hanyalah sekadar untuk mempromosikan drama tersebut.

Namun, dalam waktu yang sama, Izreen ada berkongsi  perasaan sepanjang pasangan ini bekerjasama di set penggambaran drama itu.

Malah, dia mengakui bahawa dia dengan Amar punya chemistry dan rasa luar biasa ketika berlakon bersama-sama dalam drama itu.

Izreen Azminda dan bekas suami, Muhammad Riza telah bercerai 10 Jun lalu setelah berkahwin pada 31 Ogos 2012. Pasangan ini dikurniakan seoarang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia setahun.

Raja Azmi Berbulan Madu & Bawa Famili Bercuti Di Melaka Lebaran Ini


Raja Azmi Berbulan Madu & Bawa Famili Bercuti Di Melaka Lebaran Ini


Raja Azmi berbulan madu & bawa famili bercuti di Melaka lebaran ini dan dalam waktu yang sama mereka turut beraya di kampung suami di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

KL, 1 OGOS 2014: Tahun ini merupakan tahun pertama produser filem dan penulis novel, Raja Azmi Raja Sulaiman beraya bersama suami barunya iaitu Eddie CRK atau Mohd Eddie Ghazali  setelah mereka mendirikan rumahtangga pada akhir tahun lalu. 

Tidak mempunyai rencana yang khusus pada Syawal ini, Raja Azmi yang berasal daripada Perak ini memberitahu bahawa dia telah membawa keluarganya bercuti di Melaka dan dalam waktu yang sama mereka turut beraya di kampung suami di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Raja Azmi Berbulan Madu & Bawa Famili Bercuti Di Melaka Lebaran Ini


Dia memberitahu bahawa dia menanti Syawal ini untuk mengumpulkan semua anak-beranak untuk bersama-sama bercuti dan dia memilih A-Famosa Resort iaitu pusat percutian di negeri Melaka untuk merehatkan minda sempena cuti Syawal.

“Saya memang tiada rancangan khusus untuk beraya di mana sebab selalunya memang waktu raya itulah masa untuk berehat. Tetapi jika ada yang datang beraya, rumah saya sentiasa terbuka cuma tak tahu ada atau tidak di rumah ketika itu.

“Tahun ini saya ada usulkan nak bercuti dengan keluarga di A-Famosa Resort, Melaka. Sudah lama rasanya tidak bercuti bersama keluarga beramai-ramai. Lagipun saya dan Eddie pun belum berkesempatan untuk berbulan madu.

“Inilah waktunya nak menghimpunkan seluruh keluarga saya serta bercuti bulan madu bersama  Eddie untuk mengeratkan silaturrahim. Malah kami juga turut singgah ke Kuala Pilah untuk beraya dengan keluarga Eddie yang banyak tinggal di sana,”jelas Raja Azmi kepada portal Murai.

Dalam perkembangan lain, Raja Azmi telah pun melancarkan koleksi Fil Hijab Raja Azmi For Variante serta novel terbarunya Karkuma yang sudah pun berada di pasaran.

Trivia

Produser filem … Dalam Botol ini telah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie Ghazali dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah beserta resespi yang diadakan di Laman Beringin, Istana Budaya pada 13 Oktober 2013 lalu.

Giring Nidji Bilang Nora Danish Cewek Yang Cute


Giring Nidji Bilang Nora Danish Cewek Yang Cute


Giring Nidji bilang Nora Danish cewek yang cute lebih-lebih lagi selepas menyaksikan aksi gwiyominya dalam lama sosial media, Youtube

KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2014: Nampaknya bukan rakyat Malaysia saja yang tertarik dengan kecomelan Nora Danish, malah vokalis Nidji iaitu Giring pun ikut tertarik sama, lebih-lebih lagi selepas menyaksikan aksi gwiyominya dalam lama sosial media, Youtube. 

"Asyik ya...dan bagi aku Nora Danish itu cute bangat. Dan setelah bertemu dengan Nora Danish dalam program MeleTOP, ternyata dia seorang yang friendly. Aku dengan teman-teman Nidji yang lain sangat senang mengenali Nora Danish," kata Giring yang leka menyaksikan video Gwiyomi Nora Danish itu dari awal hingga akhir. 

Giring Nidji Bilang Nora Danish Cewek Yang Cute


Dalam waktu yang sama, Giring turut bertanyakan perkembangan kerjaya seni Nora Danish di Malaysia, termasuklah status popularitinya. 

"Nora Danish itu popular bangatkan? Aku sudah 'follow'  akaun Twitternya. Begitu dengan akaun Twitter, Amy Search serta Hanis Zalikha. 

"Namun, Nora Danish ternyata punya follower yang besar. Setelah mengikuti perkembangan dirinya di Twitter, aku itu seperti sudah tahu segalanya tentang dia kerana dia sering berkongsi apa saja di dalam akaun Twittenya. 

"Dulu aku juga begitu. Sering share semua hal sama fans. Tapi, sekarang tidak lagi. Aku hanya share hal-hal yang tertentu saja di Twitter kerana mahu tumpukan masa buat isteri dan anak. 

Selain Nora Danish, Amy Search dan Hanis Zalikha, Nidji juga turut mengikuti Wak Doyok di Twitter kerana menggemari stail dan fesyen yang ditampilkan selebriti laman sosial media tersebut. 

Giring dan Nidji sebelum ini telah berkunjung ke Malaysia bagi menjayakan pelancaran album terbaru mereka berjudul King of Soundtrack yang memuatkan lagu-lagu OST hit tema filem Indonesia. 

Antara runut bunyi yang dimuatkan dalam album King of Soundtrack ini adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck iaitu Sumpah dan Cinta Matiku, Teroesir (Menunggu Karma), Hidup Tanpa Cinta, Nelangsa dan Tuhan Maha Cinta.

Ning Baizura Rai Tetamu Beraya Di Rumah Baru


Ning Baizura Rai Tetamu Beraya Di Rumah Baru


Ning Baizura rai tetamu beraya di rumah baru apabila berpeluang untuk berpindah  di kediaman barunya sebelum menjelangnya Syawal.

KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2014: Tiada apa yang menggembirakan penyanyi terkenal Ning Baizura apabila berpeluang untuk berpindah  di kediaman barunya sebelum menjelangnya Syawal.

Dan, setelah ketibaan Syawal, penyanyi hitam manis kesayangan ramai itu telah mengundang rakan dan taulan serta teman-teman selebriti popular untuk berhari raya di kediamannya pada hari raya ketiga.

Ning Baizura Rai Tetamu Beraya Di Rumah Baru


Jelas terpancar kegembiraan di wajah Ning Baizura dan suami, Omar Sharif tatkala melayan tetamu-tetamu yang datang kerana menurut mereka, itulah detik paling bermakna buat dirinya sekeluarga sejak berpindah ke rumah baru itu.

Antara rakan artis yang hadir iaitu Nurul Depp, Dahpne Iking, Dynas Mokhtar dan tidak ketinggalan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie.

Portal murai.com.my yang turut di undang menghadiri majlis hari raya kecil-kecilan itu turut merasakan kegembiraan bersama-sama wajah popular berkenaan beserta selebriti-selebriti Malaysia yang lain.

Apa yang menarik, Ning Baizura turut menyediakan ruangan khas untuk kanak-kanak kecil bermain dan ianya  telah menarik perhatian anak kecil  Nurul Depp dan dua anak perempuan Daphne Iking untuk bermain bersama-sama putera sulung Ning Baizura iaitu Ryan Sky Dalton.

Selain kuih-muih menyelerakan, Ning Baizura turut menyediakan lontong dan dua jenis kuah kacang istimewa yang disediakan khas oleh ibu penyanyi berkenaan, Satilah Abdullah.

Ning Baizura turut menunjukkan beberapa bilik beradu di dalam kediamannya itu termasuk satu bilik khas yang menyimpan himpunan pakaian dan aksesori daripada koleksi peribadinya sejak bergelar selebriti.

Farish Aziz Jawab Kecaman Tentang Isu Berselfie Di Kubur!


Farish Aziz Jawab Kecaman Tentang Isu Berselfie Di Kubur!


Farish Aziz jawab kecaman tentang isu berselfie di kubur, insiden tersebut telah mengundang kontroversi dan menyebabkan Farish menerima pelbagai komen negatif

KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2014: Gara-gara memuat naik foto yang menunjukkan dia  ber’selfie’ di kubur, aktor Farish Aziz telah mendapat kecaman hebat masyarakat gara-gara. Malah, dia didakwa ketika ber 'selfie' dia telah memijak kubur orang lain.

Insiden tersebut telah mengundang kontroversi dan menyebabkan Farish menerima pelbagai komen negatif
dan  rata-rata masyarakat  menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati dengan tindakannya yang seakan-akan tidak sensitif dengan suasana di perkuburan. 

Farish Aziz Jawab Kecaman Tentang Isu Berselfie Di Kubur!


Malah tidak kurang ada juga yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon yang berasal dari Sabah itu, padahal, niatnya hanyalah cuma  untuk berkongsi kemeriahan berhari raya di kampung bersama peminat.

Insiden tersebut telah mengundang kontroversi dan menyebabkan Farish menerima pelbagai komen negatif yang rata-ratanya menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati dengan tindakannya yang seakan-akan tidak sensitif.

Malah tidak kurang ada juga yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon yang berasal dari Sabah itu.

Bagaimanapun, Farish atau nama sebenarnya Mohd Farish Bin Aziz Sulaiman ini sempat memberikan penjelasan dengan menulis:

Farish Aziz Jawab Kecaman Tentang Isu Berselfie Di Kubur!


 Jarang2 saya layan komen ni. Tapi sekali sekala jawab apa salahnyakan? Terima kasih bebanyak di atas komen2 anda. Cuma nak tanya satu ja. Apa beza amek gambar di #kubur #kuburan ngn #selfie di kubur? Cuba try click hashtag tu? Ada lebih 4 ribu gambar orang amek gambar pagi raya di kubur. Takde pula salah kan? Mungkin sebab selfie saya senyum kot kan? Kat kubur ni kena buat muka sediiiiih jer agaknya kan? #selfie ni saya amek di pagi raya bersama family lepas ziarah kubur. Makcik-makcik, nenen; pakcik-pakcik saya pun tak tegur “eh kurang sopan kau ni ambil selfie di kuburan… Jadiiiii saya nak ucap terima kasih diatas teguran anda, tapi saya xder masalah kot di my side. Hari Raya abg2, kakak2, adik2 saya lagi appreciate kalau anda2 bagi salam raya ke wish raya ke duit raya ke. Dari nak menunjuk ini salah itu betul. Tapi terima kasih tau. P/S: mesti ada komen, biasalh artist, mana boleh ditegur . Bolehhh silakan... Tapi xkan nak diam diam dan terimaaaa je kan? salaam” tulisnya.

Dalam pada itu, Farish juga ada memuat naik status di laman sosial twitter miliknya yang menyatakan tidak perlu bagi dirinya untuk menjelaskan situasi yang berlaku.

"Why do i need to explain this? Haha. The exact spot sy amek pic berdiri. Xkan xtau kubur family.semoga anda diberkati." luahnya.

Tweet Farish Aziz menerusi Twitter miliknya.

Farish Aziz Jawab Kecaman Tentang Isu Berselfie Di Kubur!

Ziana Zain Rasakan Perbezaan Beraya Dengan Imej Baru


Ziana Zain Rasakan Perbezaan Beraya Dengan Imej Baru


Ziana Zain rasakan perbezaan beraya dengan imej baru ramai peminat yang datang mengucapkan tahniah dan tak henti-henti yang ingin merakamkan gambar.

KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2014: Imej baru yang disempurnakan diva pop popular, Ziana Zain nampaknya memberikan angin baru buat penyanyi berkenaan terutama sekali dalam meraikan Syawal tahun ini.

Walaupun masih baru dengan imej berhijab, tetapi dia dapat merasakan satu kelainannya, apatah lagi ramai peminat yang sangat menyokong keputusan mulianya itu.

Ziana Zain Rasakan Perbezaan Beraya Dengan Imej Baru


Bercerita bagaimanakah perasaannya meraikan Aidilfitri tahun ini, Ziana Zain yang dihubungi portal murai.com.my berkata dia agak terharu apabila ramai peminat yang menahannya di tempat umum seperti bazaar Ramadhan untuk mengucapkan rasa syukur dengan perubahannya itu.

Memang dirasai perbezaannya. Ramai peminat yang datang kepada saya dan mengucapkan tahniah dan tak henti-henti yang ingin merakamkan gambar dengan saya.

Syukur Alhamdulillah. Tapi jauh di sudut hati saya, saya rasa cukup malu terutama sekali apabila ada yang ingin ambil gambar saya di tempat awam dengan imej saya itu dan syukurlah ada juga yang memahami,” katanya yang tidak mahu imej barunya itu disalah anggap.

Mula berhijab pada pertengahan Ramadhan lalu, Ziana Zain berkata sejak bertudung dia sedikitpun tidak pernah terasa rimas atau kurang selesa walaupun dalam keadaan cuaca panas sehingga mencecah 40 darjah celcius.

Katanya, dia bersyukur kerana penghijrahannya itu telah membuatkan dirinya bertambah seronok untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat, rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat.

Sementara itu Ziana Zain berkata, Aidilfitri tahun ini diraikan dengan penuh keinsafan dan bersederhana bagaimanapun tetap memberi keutamaan kepada anak-anaknya.

Sedari awal lagi saya sudah belikan pakaian raya untuk anak-anak saya kerana pastinya merekalah individu yang paling seronok apabila tibanya Syawal.

Untuk saya sendiri, saya hanya memiliki dua pasang baju raya iaitu satu baju kurung dan satu lagi yang direka khas oleh Rizman Ruzaini.

Bagaimanapun saya memperbanyakan beberapa helaian tudung dengan gaya yang paling sesuai yang saya beli dengan kawan saya. Asalkan ianya nampak sempurna, ianya sudah memadai.

Bagi saya, walaupun saya cuba untuk bergaya mengikut kesesuaian fesyen masa kini, tapi apa yang lebih penting biarlah ianya sopan dan sesuai dengan usia saya,” katanya yang redha jika ada pihak yang masih ingin menayangkan gambar-gambar lamanya sebelum berhijab.

Farid Kamil, Diana Danielle Tidak Berpantang Raya Tahun Ini


Farid Kamil, Diana Danielle Tidak Berpantang Raya Tahun Ini


Farid Kamil, Diana Danielle tidak berpantang Raya tahun ini berbanding tahun lepas kerana anaknya sudah berusia setahun lebih dan sudah pandai berjalan.

KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2014: Pasangan sama cantik sama padan, Farid Kamil dan Diana Danielle tidak perlu berpantang raya pada tahun ini berbanding tahun lepas kerana anaknya sudah berusia setahun lebih dan sudah pandai berjalan.

Farid Kamil, Diana Danielle Tidak Berpantang Raya Tahun Ini


“Tahun ini saya rasa lebih meriah, kerana anak saya, Muhammad sudah pandai berjalan dan Diana pun tidak lagi berpantang seperti tahun lalu jadi Diana boleh menjamu juadah hari raya tanpa sebarang masalah, “ seloroh Farid Kamil yang ditemui Murai di Majlis Jalan-Jalan Balik Kampung Bersama Shell V power.

Menurutnya lagi, persiapan raya kali ini memang berbeza dan tanggungjawab beliau sebagai seorang bapa amat berat kerana selama ini, Farid hanya beraya bujang dan akui semakin arif menguruskan anaknya.

Dalam pada itu, isterinya Diana Danielle bertuah mempunyai suami yang baik seperti Farid Kamil dan Diana telah menyediakan pelbagai jenis baju raya dan warna yang sesuai untuk digayakan di hari lebaran.

“Tahun ini, saya dan suami beraya di Perak dan Kedah, saya yang uruskan dari segi pemakaian dan warna baju, pengalaman ini amat menyeronokkan dan bermakna buat saya, “ kata Diana Danielle.

Antara memori Diana yang tidak dapat dilupakan untuk menyambut Hari Raya adalah beraya bersama atuk dan nenek ketika beliau masih kecil, kemeriahan itu amat terasa apabila dapat berhimpun dengan sanak saudara dan sepupu Diana.  

Maya Karin Sediakan Juadah Raya Di London Buat Keluarganya!


Maya Karin Sediakan Juadah Raya Di London Buat Keluarganya!


Maya Karin sediakan Juadah Raya di London buat keluarganya kerana dia mempunyai keluarga yang tinggal di London dan lebaran ini adalah waktu yang sesuai untuk berjumpa dengan adik dan bapanya di sana.

KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2014: Demi mahu tidak melepaskan peluang untuk menyambut Aildilfitri bersama keluarga, pelakon dan penyanyi Maya Karin telah terbang ke Kota London untuk meraikan hari yang penuh bermakna bersama mereka pada penghujung Ramadan lalu.

Maya Karin Sediakan Juadah Raya Di London Buat Keluarganya!


“Saya mempunyai keluarga yang tinggal di London dan lebaran ini adalah waktu yang sesuai untuk saya berjumpa dengan adik dan bapa saya di sana. Saya  berada di London selama 15 hari dan telah pun pulang ke Malaysia pada hari raya ketiga (semalam),” katanya kepada murai.com.my

Berkongsi cerita mengenai sambutan Ramadan dan Aidilfitri di London, Maya akui ia tidak semeriah seperti sambutan di Malaysia, namun kemeriahan dan kegembiraan tetap dirasai apabila dapat menyambutnya bersama keluarga tercinta.

“Jika di London, sambutannya memang agak sunyi dan tidak ada kemeriahan seperti di Malaysia. Namun, sekali-sekala bila sunyi dan tenang, bagus juga. Persiapan raya di sini juga lebih simple. Insha Allah pada pagi raya nanti saya akan masak juadah raya. Antaranya lontong,” jelasnya lagi.

Menyentuh mengenai kerjaya seninya, Maya telah muncul dengan lagu raya ciptaan Omar K berjudul Pulang. Selain itu, pelakon filem Cun ini juga memberitahu dia akan terlibat dengan latihan untuk teater muzikal Supermokh Restaging bermula 4 Ogos nanti.

Tanpa Isteri, Lebaran Awie Kali Ini Lebih Bermakna Bersama 5 Anak-Anak


Tanpa Isteri, Lebaran Awie Kali Ini Lebih Bermakna Bersama 5 Anak-Anak


Tanpa isteri, lebaran Awie kali ini lebih bermakna bersama 5 anak-anak kerana mereka yang paling seronok setiap kali hari raya.

KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2014: Sekalipun ditimpa kemelut dengan isterinya, Rozana Misbun, namun penyanyi dan pelakon Awie akui sambutan lebaran kali ini lebih bermakna buat dirinya 

AlhamdulillahSambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna kerana saya akan bersama dengan kelima-lima anak saya.

Tanpa Isteri, Lebaran Awie Kali Ini Lebih Bermakna Bersama 5 Anak-Anak


Pada hari raya pertama, saya dan anak-anak akan beraya di rumah ibu saya di Cheras,” katanya vokalis kumpulan Wings ini kepada Astro Gempak. 

Tambah Awie lagi, persiapan Aidilfitri pada tahun ini diuruskan sendiri olehnya.

Persiapan raya saya dan anak-anak setakat ini cukup lengkap semuanya. Saya memang lebihkan anak-anak kerana mereka yang paling seronok setiap kali hari raya.

Biarpun sederhana, asalkan anak-anak saya gembira. Mereka juga teruja mahu beraya bersama nenek mereka di Cheras.

Juadah raya semua ibu yang sediakan…Kuih muih…rendang…semua air tangan ibu saya…,” katanya teruja.

Sebelum mengakhiri perbualan Awie sempat bercerita tentang keterujaan anak-anaknya membeli belah baju raya dan kelengkapan lain.

Mereka memang paling seronok bila saya kata nak belanja baju raya…Rupanya masing-masing dah ada ‘plan’ nak bergaya sakan,” katanya sambil ketawa terkenangkan gelagat anak-anak.

1 Syawal Yang Bermakna Buat Amy Search & Nabila Huda


1 Syawal Yang Bermakna Buat Amy Search & Nabila Huda


1 Syawal yang bermakna buat Amy Search & Nabila Huda sempena meraikan ulang tahun ke-56 Amy Search dan Nabila Huda pulang bagi menyambut hari bahagia itu bersama-sama.

KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2014: Dalam pada semua umat Islam sibuk meraikan Aidilfitri, kegembiraan yang tidak terhingga terpancar di wajah dua beranak popular di negara ini iaitu Amy Search dan Nabila Huda.

Ini kerana, pada 1 Syawal lalu sempena meraikan ulang tahun ke-56 ikon rock berkenaan, Nabila Huda nampaknya telah pulang ke pangkuan bapanya, Amy Search bagi menyambut hari bahagia itu bersama-sama.

1 Syawal Yang Bermakna Buat Amy Search & Nabila Huda


Detik istimewa lagi menggembirakan ramai peminat kedua-dua artis popular berkenaan telah dikongsikan Amy Search di dalam laman Instagram miliknya (akuamysearch).

Menerusi gambarnya bersama-sama Nabila Huda dan isterinya yang dimuat naik, Amy Search melahirkan tanda syukur tidak terhingga kerana doanya untuk berhari raya dengan anak kesayangannya bersama seisi keluarga termakbul.

“Alhamdulillah…Ya Allah kau makbulkan rintihanku. Aku sngt bahagia. Moga trus bahagia hingga ke jannah. Aameen YRA,” tulis Amy Search dalam laman Instagram peribadinya itu.

Amy Search dan Nabila Huda pernah mencetuskan kontroversi dengan isu kekeluargaan antara mereka berdua  yang telah dikongsikan penyanyi rock itu di laman sosial beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun dengan hadirnya gambar dan kenyataan itu, maka mereka berjaya membuktikan, air yang dicincang tak akan putus.

Malah jalinan kekeluargaan antara pertalian darah sememangnya akan sentiasa menjadi hubungan kemesraan kekal abadi walaupun berlaku sedikit salah faham antara mereka berdua sebelum ini.

Kami di portal murai.com.my turut merasa gembira dan mendoakan kebahagiaan Amy Search dan Nabila Huda sekeluarga.

Hisham Hamid Utamakan Sambutan Raya Untuk Anak-Anak


Hisham Hamid Utamakan Sambutan Raya Untuk Anak-Anak


Hisham Hamid utamakan sambutan Raya untuk anak-anak kerana bagi saya ia hari yang paling menyeronokkan bagi kanak-kanak dan saya tidak mahu menghampakan anak-anak saya.

KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2014: Pelakon Hisham Hamid akui mempunyai perancangan untuk tinggal di Malaysia tetapi banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum melaksanakannya.

“Paling utama jika saya mahu berpindah ke sini, saya perlu lakukan persiapan untuk membawa kedua-dua anak saya dan uruskan persekolahan mereka di sini,” kata pelakon kelahiran Singapura itu ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Astro, baru-baru ini.

Hisham Hamid Utamakan Sambutan Raya Untuk Anak-Anak


Menurut aktor yang popular menerusi drama bersiri Ariana Rose itu lagi dia dan isteri, Rosmawati masih membincangkan tentang perkara tersebut secara terperinci.

“Bukan sahaja perlu berbincang tetapi saya perlu membuat persiapan sebaik-baiknya dan setakat ini memang sudah ada persiapan sedikit demi sedikit.

“Apa-apa keputusan akan saya beritahu kemudian, buat masa ini niat tu sudah ada,” jelasnya.

Tambah Hisham buat masa ini dia berulang-alik dari Malaysia ke Singapura untuk urusan kerja dan itu juga merupakan salah satu faktor mengapa dia mahu membawa keluarganya berpindah ke negara ini.

Bercakap mengenai persiapan Aidilfitri, Hisham memberitahu dia hanya menyediakan kelengkapan secara ala kadar dan keutamaan diberikan kepada anak-anaknya.

“Hari Raya untuk anak-anak…kerana bagi saya ia hari yang paling menyeronokkan bagi kanak-kanak dan saya tidak mahu menghampakan anak-anak saya.

“Saya telah cuba membuat persiapan yang terbaik buat anak-anak saya dan saya harap mereka gembira,” katanya yang yang menyambut lebaran di Singapura bersama isteri dan anak-anak.

Elly Mazlien Tak Mahu Buat Majlis Kahwin, Hanya Akad Nikah


Elly Mazlien Tak Mahu Buat Majlis Kahwin, Hanya Akad Nikah


Elly Mazlien tak mahu buat Majlis Kahwin, hanya Akad Nikah kerana mamanya sudah tiada dan juga tidak mahu buat besar-besaran.

KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2014: Meskipun masih merahsiakan mengenai statusnya pertunangannya, namun pelakon dan penyanyi, Elly Mazlien akui suatu hari nanti segalanya akan terjawab.

“Bila sampai masanya nanti saya akan beritahu pada semua, ya. Sabar..,” katanya kepada portal Malaysian Digest.

Elly Mazlien Tak Mahu Buat Majlis Kahwin, Hanya Akad Nikah


Menurut Elly lagi, bila tiba masa yang sesuai nanti, dia akan khabar berita hari bahagiaya kepada semua. Namun kata Elly, sekiranya dia berkahwin, dia hanya mahu mengadakan majlis akad nikah dan jamuan makan untuk tetamu.

“Mama saya sudah meninggal dunia. Saya tak mahu buat besar-besaran. Kalau saya kahwin pun, saya hanya akan akad nikad dan menjamu tetamu. Tiada persandingan.

“Tapi buat masa ini saya tidak bersedia lagi untuk memikirkan soal itu. Tapi janji saya tetap sama, bila tiba masanya nanti, saya akan beritahu semua,”luahnya.

Perkembangan lain, Elly baru sahaja selesai menjalani penggambaran Dahan Rindu terbitan RTM. Dia juga bakal muncul dalam telemovie raya berjudul Ema Amyliana.

Selain itu, dia juga sibuk menjalani penggambaran Ema Amyliana musim kedua dan selepas raya nanti dia akan menyambung penggambaran drama tersebut untuk musim ketiga.


Sabhi Saddi Balik Beraya Di Sabah Tinggalkan Isteri Sarat Mengandung?


Sabhi Saddi Balik Beraya Di Sabah Tinggalkan Isteri Sarat Mengandung?


Sabhi Saddi balik beraya di Sabah tinggalkan isteri sarat mengandung adalah kerana permintaan daripada keluarga serta janji penyanyi itu sendiri terhadap keluarganya.

KL, 30 JULAI 2014: Penyanyi Sabhi Saddi akui bahawa dia telah  menyambut lebaran ini secara sendirian di di kampung halamannya di Sabah kerana isteri tercintanya, Rosi Aswani Abdul Razak  kini sedang sarat hamil anak kedua mereka.

Kata Sabhi lagi, dia akui dia sepatutnya berada bersama di sisi isterinya namun tindakannya untuk pulang berhari raya di kampung halamannya itu adalah kerana permintaan daripada keluarga serta janji penyanyi itu sendiri terhadap keluarganya.

Sabhi Saddi Balik Beraya Di Sabah Tinggalkan Isteri Sarat Mengandung?


Rosi Aswani dijangka bersalin pada bulan Ogos depan. Oleh kerana itu, Sabhi terpaksa  pulang berhari raya sendirian dan meninggalkan isteri yang akan berhari raya di Kuantan.

“Keputusan ini sememangnya sudah lama dirancang dan isteri dan keluarganya faham situasi yang saya berdepan. Kalau isteri saya tidak mengandung atau masih lagi di peringkat awal, dia juga akan turut bersama saya pulang ke Sabah.

“Ini kerana saya sudah berjanji dengan bapa saya serta nenek untuk pulang bertemu dengannya pada lebaran kali ini. Nenek saya sudah uzur dan tidak sampai hati hendak hampakan permintaannya. Lagipun kita tak tahu entah esok lusa kalau dia(nenek) pergi, setidak-tidaknya  saya sudah  tunaikan permintaannya.

“Lagipun saya pulang tidak lama, daripada 29 sampai 1 Ogos sahaja dan hari raya pertama saya akan beraya di Kuala Lumpur dahulu sebelum pulang pada Syawal yang kedua,”cerita Sabhi yang ditemui di majlis berbuka puasa bersama Laugh Out Loud Entertainment (LOL) yang merupakan syarikat pengurusan artis milik Dafi bersama rakan kongsi Afeeq Abd Wahab.

Penyanyi yang bakal tampil dengan single baru Percuma itu akan pulang ke Kinabatangan, Batu Putih, Sandakan berhari raya tanpa ditemani isteri dan anak tersayang. Isterinya yang dijangka bersalin pada bulan Ogos depan pula pulang berhari raya di Kuantan.

Tahun lalu Sabhi dilanda kontroversi yang mencalarkan reputasinya apabila bertindak merahsiakan perkahwinannya dengan gadis yang berasal daripada Kelantan selama setahun sebelum tampil mendedahkan status sebenarnya.

Sabhi Saddi mengakui bawah dia sengaja merahsiakan perkahwinannya daripada pengetahuan media namun begitu para peminat yang sering berhubung dengannya tahu mengenai hal sebenar.

Pasangan ini telah memiliki cahaya mata Sofea Reesya yang berusia setahun 4 bulan dan isterinya kini mengandung hampir 8 bulan.

Dato’ Fazley Ambil Alih Tugas Di Dapur Raya Tahun Ini


Dato’ Fazley Ambil Alih Tugas Di Dapur Raya Tahun Ini


Dato’ Fazley ambil alih tugas di dapur Raya tahun ini untuk memasak juadah istimewa khas buat keluarga dan tetamu yang bakal berkunjung ke rumah mereka kelak.

KUALA LUMPUR, 29 JULAI 2014: Jika kebiasaannya kaum hawa yang akan berada di dapur untuk menyiapkan juadah hari raya, berbeza pula dengan penyanyi, Dato’ Fazley kerana dia akui tahun ini dia akan mengambil alih tugas kaum hawa itu.

Dato’ Fazley Ambil Alih Tugas Di Dapur Raya Tahun Ini


Dato’ Fazley berkata dia sendiri yang berminat dan sudah merancang untuk memasak juadah istimewa khas buat keluarga dan tetamu yang bakal berkunjung ke rumah mereka kelak.

“Raya tahun ni, istimewa sedikit kerana saya snediri akan turut berada di dapur untuk menyediakan juadaha hari raya.

“Namun makanan seperti rendang, lemang, nasi himpit dan kuih-muih saya serahkan kepada isteri tetapi pencuci mulut saya yang akan buat khas untuk keluarga dan tetamu," katanya kepada murai.com.my

Dalam perkembangan lain, Fazley bakal muncul dengan watak Dr. Nefario dalam filem Despicable Me 2 versi bahasa Malaysia yang akan ditayangkan pada 28 Julai depan menerusi saluran HBO (Astro 411).


Irma Hasmie Terpaksa Lupakan Ketupat Dan Rendang Raya Ini


Irma Hasmie Terpaksa Lupakan Ketupat Dan Rendang Raya Ini


Irma Hasmie terpaksa lupakan Ketupat dan Rendang Raya ini kerana masih lagi berpantang setelah baru melahirkan puterinya Irma Nur Naylie Redza Syah Azmer.

KUALA LUMPUR, 29 JULAI 2014: Pelakon dan pengacara Assalamualaikum TV Al Hijrah, Irma Hasmie akui tahun ini beraya dalam keadaan pantang dan terpaksa melupakan makanan yang sedap di jamu semasa Hari Raya ini seperti ketupat, rendang, satay mahupun kuah kacang.

Irma Hasmie Terpaksa Lupakan Ketupat Dan Rendang Raya Ini


“Tahun ini beraya dalam keadaan pantang, jadi saya kena pantang makan, sedihlah sikit tapi saya rasa amat bersyukur dapat lahirkan puteri saya, Irma Nur Naylie Redza Syah Azmer selamat dalam keadaan sihat,” katanya ketika dihubungi Murai.

Menurutnya lagi, dia berpantang di rumah ibunya di Sungai Buloh dan dengan bantuan ibunya dapatlah mengurus dirinya dengan baik dari segi makanan dan urutan tradisional.

“Dulu masa lahirkan anak sulung beza sikit daripada anak kedua ini, Naylie tak banyak nangis dan sopan sikit, biasalah ‘baby boy’ lasak sikit,” seloroh Irma.

Dari segi persiapan menyambut hari lebaran, tidaklah terlalu beriya kerana semua persiapan telah dibuat pada awal bulan Ramadan. Hanya pada baju sahaja yang Irma beri tumpuan.

“Saya berterima kasih sangat kepada suami saya, yang banyak jaga saya terutama anak sulong, tak terkejar dibuatnya, kalau dalam keadaan sebegini memang peranan dia amat penting sekali.”

Selepas bersalin, Irma belum menerima kunjungan dari rakan-rakan artis dan beliau faham kesibukan masa dari segi jadual pengambaran dan sebagainya belum sempat mereka melawat  Naylie.

Peluang Pelajar IPT Berlakon Drama Seludup


Peluang Pelajar IPT Berlakon Drama Seludup


Peluang Pelajar IPT berlakon Drama Seludup Produksi drama Seludup akan membuat lawatan ke beberapa kolej lain untuk tujuan pencarian bakat baru ini.

KUALA LUMPUR , 29 JULAI 2014: Seludup,  sebuah drama siri aksi dan cinta terbaru berkisar kegiatan penyeludupan haram terbitan Astro dan Mastermind Group Sdn Bhd baru-baru ini telah membuat lawatan ke Kolej Teknologi Cosmopoint.

Pendekatan itu dibuat bagi menggalakkan pelajar-pelajar menyertai peraduan #masukdramaseludup untuk terbabit sama dalam drama berkenaan.

Peluang Pelajar IPT Berlakon Drama Seludup


Ujibakat turut diadakan di Universiti Industri Selangor (UNISEL), Universiti Multimedia di Cyberjaya dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Keterujaan pelajar-pelajar Cosmopoint jelas terpancar semasa sesi ujibakat dan pengisian watak tambahan dalam drama yang dihasilkan oleh Jehan Miskin selaku Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd bagi drama itu.

Menerusi peraduan ujibakat berkenaan, dua peserta bertuah akan berpeluang untuk bergandingan dengan  pelakon-pelakon terkenal tanah air yang membintangi drama berkenaan antaranya Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Raja Ilya, Syafie Naswip dan tidak ketinggalan, Jehan Miskin.

Pelajar Cosmopoint yang menyertai ujibakat berkenaan telah dibekalkan dengan skrip yang perlu dihafal  dan hayati, selain memperbaiki skrip yang diberi dengan menggunakan prop dan kerjasama rakan sekelas untuk menjadikan uji bakat mereka kelihatan lebih menarik.

“Produksi drama Seludup akan membuat lawatan ke beberapa kolej lain untuk tujuan pencarian bakat baru ini.

“Selain daripada memberi peluang kepada muka-muka baru dan memberi laluan kepada mereka untuk menceburi bidang lakonan, kami juga ingin memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanah air.

Peluang menimba pengalaman untuk berlakon bersama Pekin, Tiz dan Namron sudah semestinya peluang yang tidak patut dilepaskan,” kata Jehan Miskin dalam satu kenyataan media.

Seludup diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak seperti rokok, cakera padat dan barangan berjenama tiruan.

Peraduan #masukdramaseludup memberi peluang sekali seumur hidup kepada seorang pemenang lelaki dan wanita untuk tampil di dalam drama tersebut, di samping beberapa hadiah menarik bernilai RM15,000.

Naratif drama ini menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa yang dilakonkan Pekin Ibrahim dalam mencegah kegiatan jenayah seludup daripada mengancam keamanan kampungnya.

Sementara itu, berdasarkan temubual bersama beberapa pelajar, didapati ramai yang mula sedar risiko gejala penyeludupan haram di dalam masyarakat.

Kata mereka, gejala ini memang wujud di kalangan masyarakat dan tanpa disedari ianya turut melibatkan pelajar-pelajar kolej.

Peraduan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 hingga 35 tahun. Setakat ini, lebih 80 video uji bakat telah diterima dan kesemuanya telah dimuat naik ke laman FB- Seludup untuk tujuan undian. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 Ogos depan.

Maklumat lanjut mengenai peraduan #masukdramaseludup boleh didapati di laman FB Seludup (www.facebook.com/seludup).

Siti Nurhaliza Beraya Di Melbourne Kerana Anak


Siti Nurhaliza Beraya Di Melbourne Kerana Anak


Siti Nurhaliza beraya di Melbourne kerana anak dan menghadiri majlis konvokesyen anak tirinya, Adib di Melbourne, Australia.

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2014: Penyanyi tersohor, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin akui Syawal ini dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk beraya bersama keluarga demi menghadiri majlis konvokesyen anak tirinya, Adib di Melbourne, Australia.

Siti Nurhaliza Beraya Di Melbourne Kerana Anak


Siti Nurhaliza berkata dia bersama suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa serta Adib akan berangkat pada hari raya pertama ke sana.

“Sebenarnya kami dah rancang hendak beraya di kampong sahaja tetapi tiba-tiba Adib beritahu dia mahu kami ke majlis konvokesyennya pada raya kedua.

“Jadi kami pun bertukar plan. Pada raya pertama selepas sembahyang raya kami pun akan bertolak terbang ke Australia.

“Namun kami tidak lama ke sana, hanya 2 malam sahaja,” katanya kepada murai.com.my

Mengenai perkembangan seninya, Siti baru sahaja keluar dengan album baru iaitu Fragmen.


Rozita Che Wan Beraya Di KL Sebelum Pulang Ke Kedah


Rozita Che Wan Beraya Di KL Sebelum Pulang Ke Kedah


Rozita Che Wan beraya di KL sebelum pulang ke Kedah, beraya di Kuala Lumpur dahulu dengan keluarga mertua.

KL, 27 JULAI 2014: Belum pun setahun pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin mendirikan rumahtangga dan buat pertama kalinya tahun ini pasangan romantis ini bakal menyamb ut Aidilfitri bersama-sama. Khabarnya Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta beraya di Kuala Lumpur tahun ini, rindulah orang di Kedah dengan  aktres jelita ini.

Rozita Che Wan Beraya Di KL Sebelum Pulang Ke Kedah


Che Ta yang ditemui baru-baru ini kelihatan teruja nak beraya bersama keluarga mertua. Maklumlah, katanya sudah lama tidak merasakan beraya dengan keluarga selain daripada keluarga sendiri. Walaupun sedang sarat mengandung, Che Ta tetap akan memasak juadah kegemaran suami tercinta.

“Tahun ini saya akan beraya di Kuala Lumpur dahulu dengan keluarga mertua. Dapatlah juga merasa beralih angin. Kalau tak balik Kedah saja, tapi raya tahun ini hari raya ketiga baru kami pulang ke Alor Star.

“Istimewanya tahun ini kami beraya sebagai sebuah keluarga yang besar, Saya dah janji dengan Zain nak masak lauk kegemarannya, lontong dengan resipi rahsia sambal dan kuah masak lemak dari emaknya,”ujar Che Ta yang kini sarat mengandung 6 bulan anak pertamanya dengan pelakon Oh My English itu.

Selain itu, dia juga memberitahu berat badannya kini yang naik hampir 20kg semenjak berbadan dua. Daripada 48kg kini berat badan Che Ta mencecah 65kg dan dia akan bercuti panjang untuk menjalani tempoh pantang.

Yang menariknya, semenjak mengandung Che Ta mengidam untuk makan burger. Tetapi ia bukan burger yang dijual di restoran makanan segera sebaliknya yang dijual penjaja biasa  dan setiap malam dia mahu mencuba daripada tempat yang berbeza.


Yasmin Hani Buka Akaun Bank Noah Untuk Simpan Duit Raya


Yasmin Hani Buka Akaun Bank Noah Untuk Simpan Duit Raya


Yasmin Hani buka akaun bank Noah untuk simpan duit raya bagi memastikan wang berkenaan dapat digunakan apabila Noah dewasa kelak.

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2014: Atas kesedaran betapa pentingnya amalan menabung sejak dari awal, pelakon Yasmin Hani dan suaminya Sha’arin Rahmat telah membuka akaun peribadi untuk cahayamata pertamanya, Noah Ismail Wong.

Lebih-lebih lagi dengan kemunculan Hari Lebaran, dia akur koleksi duit raya yang bakal diterima anaknya itu perlu disimpan di tempat paling selamat bagi memastikan wang berkenaan dapat digunakan apabila Noah dewasa kelak.

Yasmin Hani Buka Akaun Bank Noah Untuk Simpan Duit Raya


“Bukan sahaja akaun simpanan peribadi Noah, tetapi kami juga telah menyediakan insuran peribadi paling sesuai untuknya sejak dia di dalam kandungan lagi sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Pada awalnya saya ingin membuka akaun ASB untuk Noah tetapi kerana usianya yang masih 6 bulan, pihak bank mencadangkan kami untuk membuka akaun bank untuknya.

“Kalau nak tahu, Noah sekarang bukan sahaja ada akaun banknya sendiri, malahan juga dia sudah ada kad ATM-nya sendiri,” kata Yasmin Hani sambil ketawan kecil ketika dihubungi portal murai.com.my baru-baru ini.

Kata Yasmin Hani, dia cukup bersyukur kerana sejak menghamilkan Noah sehingga dilahirkan, bayi berkenaan dikurniakan limpahan rezeki dan oleh kerana itu jugalah dia mengambil keputusan untuk membuka akaun simpanan untuk anaknya itu.

Bercerita mengenai sambutan hari raya, kata Yasmin Hani dia sekeluarga akan berhari raya di ibu negara bersama-sama keluarga suaminya pada Syawal pertama dan akan bergegas ke Kuala Selangor pada sebelah tengah hari bertemu keluarganya.

Malah dia cukup bersyukur dengan kelahiran Noah yang menyerikan sambutan hari raya tahun ini, sekali gus melengkapkan dia sebagai sebuah keluarga dan tidak keseorangan lagi.

“Selama dua tahun saya hanya berhari raya dengan suami dan Syawal tahun lepas saya sedang sarat menghamilkan Noah.

“Tapi tahun ini kami dapat meraikan Syawal bersama-sama sebagai sebuah keluarga yang lengkap. Syukur Alhamdulillah,” katanya yang memilih permainan rona pastel sebagai warna tema dia tiga beranak bagi meraikan Lebaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan