Cari Artikel

Saturday, August 2, 2014

Anak Sakit, Bandi Amuk Beraya Dalam Kesederhanaan


Anak Sakit, Bandi Amuk Beraya Dalam Kesederhanaan


Anak sakit, Bandi Amuk beraya dalam kesederhanaan tak seperti selalu kerana anaknya sedang menjalani kimoterapi untuk kali ketiga bagi merawat penyakitnya.

JOHOR BAHRU, 27 JULAI 2014:  Penyanyi rock, Bandi Amuk atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat reda dan tabah menghadapi dugaan apabila anaknya Muhammad Saiful Affique 17 mempunyai ketumbuhan sepanjang 9cm dan selebar 15cm di bawah peparunya.

“Raya tahun kami sekeluarga sambut dalam serba sederhana tak seperti selalu, anak saya telah menjalani kimoterapi untuk kali ketiga bagi merawat penyakitnya,” nada sedih Bandi dihubungi Murai.

Anak Sakit, Bandi Amuk Beraya Dalam Kesederhanaan


Menurutnya lagi, anaknya menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru dan doktor buat masa ini, belum lagi mengambil tisu di bahagian ketumbuhan itu dan akan menjalani pemeriksaan CT Scan selepas kimoterapi yang ke-4.

“Persiapan raya ala kadar sahaja, tidak beriya-iya memandangkan anak saya masih lagi di rawat dan saya sebagai bapa terus memberi sokongan agar Saiful tidak putus semangat,” katanya.

Sepanjang anaknya dimasukkan ke hospital ramai rakan Saiful datang melawat termasuk guru-guru sekolahnya yang tidak putus-putus memberi sokongan.

Alhamdulilah, kunjungan kawan-kawan Saiful sedikit sebanyak mampu memberi motivasi pada dirinya, apa yang saya harapkan Saiful sembuh seperti biasa dan menjalani kehidupan normal.

Ulang alik ke hospital sudah menjadi rutin bagi Bandi dan isteriya dan layanan dari pihak hospital amat baik dan kerjasama dari pihak doktor juga memberangsangkan.

Bandi hanya mohon doa kepada semua pembaca Murai agar anaknya dapat menjalani dugaan ini dengan tabah.


Ceriakan Hari Raya Pertama Anda Dengan Despicable Me 2 Bahasa Melayu!


Ceriakan Hari Raya Pertama Anda Dengan Despicable Me 2 Bahasa Melayu!


Ceriakan Hari Raya Pertama Anda Dengan Despicable Me 2 Bahasa Melayu akan mula  ditayangkan pada hari pertama di HBO (Astro saluran 411) / HBO HD (Astro saluran 431) pada hari Isnin, 28 Julai 2014, jam 9 malam.

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2014: Kejayaan lalu telah membawa HBO Asia sekali lagi menjalin kerjasama bersama Astro untuk menyiarkan sebuah filem animasi Despicable Me 2 yang telah dialih bahasa.

Despicable Me 2 versi Bahasa Melayu itu akan mula  ditayangkan pada hari pertama di HBO (Astro saluran 411) / HBO HD (Astro saluran 431) pada hari Isnin, 28 Julai 2014, jam 9 malam, dengan pilihan audio Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Ceriakan Hari Raya Pertama Anda Dengan Despicable Me 2 Bahasa Melayu!


Buat pertama kalinya ditayangkan di kaca televisyen Asia, Despicable Me 2 membawa kolaborasi barisan artis TV, radio dan personaliti teater yang berbakat untuk menyuarakan watak-watak dalam DESPICABLE ME 2 antaranya Harith Iskander (Gru), Lisa Surihani (Lucy Wilde), Puteri Balqis Azizi (Agnes) Nelydia Senrose (Margo), Dato' Fazley Yaakob (Dr. Nefario), Hisyam Hamid (Floyd), Hafiz Suip (Antonio) dan ramai lagi.

Ketua Jualan dan Pemasaran Affiliate HBO Asia Jacelyn Kek, berkata walaupun saluran HBO dikenali untuk filem terbesar dan terbaik di Hollywood, HBO Asia berpegang kepada kepentingan menyetempatkan kandungan mereka untuk keseronokan penonton tempatan.

“Kami yakin bahawa DESPICABLE ME 2 dalam Bahasa Malaysia akan menjadi suatu hit dengan penonton sempena musim perayaan ini.

"Dengan sokongan kuat daripada Astro, kami telah mencapai lebih tahun ini dengan pengenalan HBO Sentral, sebuah program yang dihasilkan di Malaysia dan dihos oleh Lisa Surihani dalam Bahasa Malaysia,” katanya pada Majlis Pra Tonton dan Berbuka Puasa HBO Asia baru-baru ini.

Sementara itu Pembantu Kanan Naib Presiden, Perniagaan Bahasa Inggeris, Astro, Junaidah Said Khan pula berkata Astro berbangga kerana HBO Asia sudi menjalinkan kerjasama sehingga ke hari ini.

"Bersama dengan rakan saluran kami yang berdedikasi, HBO Asia, kami sangat bangga untuk membentangkan versi setempat dan tayangan perdana filem Despicable Me 2 yang merangkumi suara dari bakat tempatan Astro untuk versi Bahasa Malaysia sambil kita terus menyediakan pelbagai pilihan selain memastikan nilai untuk pelanggan kami pada Hari Raya ini.

“ Kami berdedikasi dalam menyediakan perkhidmatan hiburan yang terbaik dan kandungan yang pasti akan mengujakan dan memuaskan para penonton,” katanya.


Peminat Dakwa Kereta Audi Fizo Omar Sering Dipandu Laju?


Peminat Dakwa Kereta Audi Fizo Omar Sering Dipandu Laju?


Peminat dakwa kereta Audi Fizo Omar sering dipandu laju, ada individu yang mempertikaikan kemalangan itu dan menyifatkan pelakon itu sering memandu dgn laju.

KL, 25 JULAI 2014: Selepas kecoh cerita tentang kemalangan kereta Fizo Omar ada individu yang mempertikaikan kemalangan itu dan menyifatkan pelakon itu sering memandu dgn laju.

 Berita ini dipetik daripada artikel di Astro Gempak yang mendakwa menerima e-mel daripada seorang pembaca bernama ‘Mel’ yang telah mengirim beberapa keping foto kereta dikatakan milik Fizo Omar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Peminat Dakwa Kereta Audi Fizo Omar Sering Dipandu Laju?


Menurut Mel, kereta berwarna biru jenis Audi itu remuk teruk akibat kemalangan jalan raya di Kuala Krai, Kelantan, semalam (Khamis).

Kata Mel lagi, sungguhpun Fizo ada membuat kenyataan di laman peribadi tentang kemalangan tersebut, namun ada pengikut di laman sosial memberitahu kenderaan jenis Audi itu dipandu laju dan dalam keadaan berbahaya.

Peminat Dakwa Kereta Audi Fizo Omar Sering Dipandu Laju?


Menerusi komen yang dimuat naik peminat tersebut, dia mendakwa melihat kenderaan tersebut dipandu laju dan memotong secara merbahaya.

Peminat Dakwa Kereta Audi Fizo Omar Sering Dipandu Laju?


Sementara Fizo pula pula laman Twitternya mengesahkan bahawa dia dan isterinya tidak menaiki kenderaan tersebut dan telah selamat tiba di Kota Bharu. Sebaliknya penumpang kereta tersebut adalah pembantu peribadi, kakak serta ibunya sahaja yang berada di dalam kenderaan tersebut dan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

Peminat Dakwa Kereta Audi Fizo Omar Sering Dipandu Laju?

Separuh Tempurung Kepala Dibuang, Mazidul Akmal Sidek Tenat


Separuh Tempurung Kepala Dibuang, Mazidul Akmal Sidek Tenat


Separuh tempurung kepala dibuang, Mazidul Akmal Sidek tenat setelah kena darah tinggi selepas makan durian.

KL, 25 JULAI 2014: Kerjaya wartawan yang mencabar menjadi pilihan dan ternyata ia membawa nama Mazidul Akmal Sidek menjadi individu yang dikenali dek kerana keberaniannya membongkar pelbagai kisah jenayah dan isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.

Separuh Tempurung Kepala Dibuang, Mazidul Akmal Sidek Tenat


Wartawan senior di TV3 serta lebih dikenali sebagai 'penyingkap fakta' telah dimasukkan ke Hospital Pantai Medical Centre kerana serangan stroke. Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai status kesihatan beliau.

Kesihatan wartawan yang sinonim dengan program membongkar kisah-kisah jenayah 999 di TV3 itu  dilaporkan semakin agak tenat. Menurut petikan daripada komen-komen yang dibaca di sebuah forum yang membicarakan keadaan kesihatan terkini Mazidul, ia menjelaskan lagi  situasi yang dihadapi wartawan penyiaran terbabit.

“Penyakit asal kena darah tinggi, makan durian terus kena stroke macam ni, operation, tempurung kepala dibuang separuh, otak diambil suku, simpan dalam perut utk beberapa ketika... then paralysed hingga hujung nyawa..."

Apa-apa pun kita cuba untuk mendapatkan perkembangan mengenai kesihatan Mazidul daripada masa ke semasa. Di kesempatan ini marilah kita sama-sama doakan kesihatan beliau. Semoga Allah SWT terus melindungi beliau dan menyembuhkan daripada penyakit yang ditanggungnya itu.


Abby Abadi Mula Berniqab, Balas Isu Cukur Kening


Abby Abadi Mula Berniqab, Balas Isu Cukur Kening


Abby Abadi mula berniqab, balas isu cukur kening yang ditanyakan kepadanya agar menukar tajuk lain atau mencarikannya jodoh.

KL, 25 JULAI 2014: Semenjak kes penceraian Abby Abadi dengan bekas suami Farhan beberapa bulan lalu, dia kemudian terus menyepi daripada menjadi bualan di dalam mana-mana media. Dia yang sememangnya telah lama berhijab itu khabarnya kini sudah mula dengan berniqab sejak seminggu lalu.

Abby Abadi Mula Berniqab, Balas Isu Cukur Kening


Keputusannya berniqab itu ternyata mengundang persoalan daripada peminat. Mereka bertanya sama ada penampilannya itu sementara, suka-suka atau akan kekal dengan imej begitu. Tetapi itu terpulanglah kepada dia kerana niqab bukanlah kewajipan yang harus dilakukan wanita Islam.

Abby Abadi Mula Berniqab, Balas Isu Cukur Kening


Selain isu niqab itu, isu bulu kening turut menarik minat Abby untuk membalas pertanyaan daripada peminat yang mempersoalkan bulu keningnya yang dikatakan dicukur. Ini adalah jawapan yang diberikan bekas isteri Norman Hakim ini di dalam Instagramnya.

Abby Abadi Mula Berniqab, Balas Isu Cukur Kening


“Assalamualaikum… Dah nak titun ka? Hehe.. Sy mata takleh lelap ni… banyak yg nk di kongsi tak kesampaian lagi… tp sblm tu, Sy dengan sukacitanya nk tunjuk kening Sy dgn lebih dekat lagi.. Inilah kening turun temurun dr Makcik Hasnah aka Mak Sy.. (rujuk la gmbr Mak Sy… tenung dalam2 k hehe.. )

“Mak Sy ni anak cina.. Org ISLAM jaga dari kecik. Jadi bila asalnya cina, yg jelas Sy nampak bulu2 nya tak berapa nk ada… lain la mamak ye tak? Hehe.. Dah ulang 888x dah, ada juga lagi yg timbulkan… Bukan kata dalam insta ni je… kt FB, dekat twitter.. kening Sy jadi igauan hehe..

“Ada yg jumpa, sembang baik2 depan mata dekat Masjid pun tanya jugak pasal kening ni.. adehhh! Siap tanya Sy hukum cukur kening lagi……… Tajuk lain buleh tak? Ataupunnnnn.. dari risaukan kening Sy… baik tolong carikan Sy jodoh… Ada gak faedahnyaaa haha… @eveusun @nurdinakamalia @leinsufyana Help! Helpppp! Hehe.. Carikan yg buleh jaga Sy & anak3 sebaiknya k.. Beriman yg paling penting, satu lagi..bertanggungjawab.. ok? Hehe.. Lupakan kening Sy. Usahakan yg ni pulakkkkk..kikiki okbaiiiii….” 


Ezany Dedah Wajah Lelaki Didakwa 'Skandal' Isteri Di Facebook


Ezany Dedah Wajah Lelaki Didakwa 'Skandal' Isteri Di Facebook


Ezany dedah wajah lelaki didakwa 'skandal' isteri di Facebook, lelaki tersebut dipercayai ‘teman lelaki’ isterinya. 

KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2014:  Nampaknya semakin hari, kemelut rumah tangga pelakon Ezany Nizarif dan isterinya Lizda Nuryanti Abidin semakin meruncing.

Ezany Dedah Wajah Lelaki Didakwa 'Skandal' Isteri Di Facebook


Terkini, Ezany telah memuatnaik sekeping foto isterinya dan seorang lelaki di laman Facebook miliknya pada Selasa lalu.

Lelaki tersebut dipercayai ‘teman lelaki’ isterinya.


Pelakon itu sebelum ini pernah membuat laporan polis dan mendakwa isterinya dilarikan seorang lelaki tidak dikenali dan hanya menyedari ‘kehilangan’ isterinya ketika bangun untuk bersahur.

Bermula daripada situ, Ezany terus berkongsi perasaan menerusi laman sosial facebooknya.

Bagaimanapun, ada juga peminat yang tidak bersetuju dengan cara Ezany itu dan menganggap perbuatannya seperti membuka aib sendiri.

Namun, mungkin kerana tertekan dan tidak mampu menahan geram menyebabkan Ezany bertindak sejauh itu.

Malah, pada salah satu pos yang dikongsinya Ezany dikatakan telah pergi mencari lelaki tersebut di tempat kerjanya.


Aktor Fizz Fairuz Akui Rimas Apabila JohanaTerpaksa Berhijab!


Aktor Fizz Fairuz Akui Rimas Apabila JohanaTerpaksa Berhijab!


Aktor Fizz Fairuz akui rimas apabila Johana terpaksa berhijab semata-mata untuk menghayati wataknya sebagai Johana dalam filem Mat Tudung karya terbitan United Studios.

KUALA LUMPUR, 25 JULAI 201: Pelakon pelakon, Fizz Fairuz akui rimas dan panas untuk berhijab semata-mata untuk menghayati wataknya sebagai Johana dalam filem Mat Tudung karya terbitan United Studios.

Aktor Fizz Fairuz Akui Rimas Apabila JohanaTerpaksa Berhijab!
Fizz Fairuz Sebagai Johana dalam Mat Tudung


“Jangan salah faham dengan kenyataan saya, saya tiada masalah dengan wanita berhijab dan amat menghormati mereka, namun saya berbuat demikian kerana melakonkan watak perempuan bertudung untuk memikat hati gadis idamannya dalam filem itu,” katanya di dalam sidang media Tayangan Perdana Mat Tudung di TGV Wangsa Maju.

Dia bagaimanapun mengakui tidak begitu berpuas hati dengan beberapa babak yang dihasilkan di dalam filem tersebut, namun ia terpaksa lakukan bagi menghormati Wan Hafiz selaku pengarah filem ini.

“Antara perkara yang membuatkan saya tidak puas hati adalah apabila ada satu babak yang memerlukan saya makan pisang di atas kapal bersama Munir yang memegang watak lelaki lembut selain adegan ranjang bersama Rosnah Mat Aris.

“Bagi saya babak seperti itu tidak perlu ada dalam filem itu dan saya juga tidak  nampak apa keperluan babak tersebut pada watak saya dan kepada filem berkenaan,” katany kepada portal Murai. 

Dalam pada itu, Fizz Fairuz juga terkilan apabila majlis tayangan perdana filem berkenaan yang diadakan di Wangsa Walk, Wangsa Maju tidak mendapat kehadiran menggalakkan daripada tetamu yang dijemput.

Fizz berkata, situasi tersebut berbeza dengan sambutan diberikan terhadap filem-filem antarabangsa dan perkara itu membuatkan dia bertambah kecewa dengan senario industri perfileman tempatan ketika ini.

“Saya kecewa apabila pra-tayangan yang diadakan tidak ramai yang hadir dan ia menunjukkan tahap sokongan orang terhadap filem tempatan masih rendah biarpun ia dibuat secara percuma.

Mat Tudung bakal ditayangkan pada 28 Julai ini bersempena kedatangan 1 Syawal yang turut dibintangi Izzue Islam, Nelydia Senrose, Harun Salim Bachik, Rosnah Mat Aris dan Jihan Musa.


Anak Bandi Amuk Jalani Ujian Kimoterapi Kali Ke-3


Anak Bandi Amuk Jalani Ujian Kimoterapi Kali Ke-3


Anak Bandi Amuk jalani ujian Kimoterapi kali ke-3  bagi merawat penyakitnya.

JOHOR BAHRU, 25 JULAI 2014: Penyanyi Rock Negara, Bandi Amuk atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat reda dan tabah menghadapi dugaan apabila anaknya Muhammad Saiful Affique 17 mempunyai ketumbuhan sepanjang 9cm dan selebar 15cm di bawah peparunya.

Anak Bandi Amuk Jalani Ujian Kimoterapi Kali Ke-3
Anak Bandi Amuk jalani ujian Kimoterapi kali ke-3  bagi merawat penyakitnya.


Anak saya telah menjalani kimoterapi untuk kali ketiga bagi merawat penyakitnya,” nada sedih Bandi dihubungi Murai.

Menurutnya lagi, anaknya menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru dan doktor buat masa ini, belum lagi mengambil tisu di bahagian ketumbuhan itu dan akan menjalani pemeriksaan CT Scan selepas kimoterapi yang ke-4.

“Sepanjang anak saya dimasukkan ke hospital ramai rakan Saiful datang melawat termasuk guru-guru sekolahnya yang tidak putus-putus memberi sokongan.”

Ulang alik ke hospital sudah menjadi rutin bagi Bandi dan isteriya dan layanan dari pihak hospital amat baik dan kerjasama dari pihak doktor juga memberangsangkan.

Bandi hanya mohon doa kepada semua pembaca Murai agar anaknya dapat menjalani dugaan ini dengan tabah.


Zon Selesa Buat Daphne Iking Tinggalkan NTV7


Zon Selesa Buat Daphne Iking Tinggalkan NTV7


Zon selesa buat Daphne Iking tinggalkan NTV7 selepas 12 tahun berkhidmat termasuk empat tahun bersama rancangan bual bicara khusus untuk wanita, Bella.

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Instagram:mrstailista
Twitter:@mrstailista

KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2014: Selepas 12 tahun berkhidmat bersama stesen TV NTV7 termasuk empat tahun bersama rancangan bual bicara khusus untuk wanita, Bella, kini sudah tiba masanya untuk hos popular Daphne Iking mengucapkan selamat tinggal.

Zon Selesa Buat Daphne Iking Tinggalkan NTV7
Daphne Iking


Penghujung Jun lalu merupakan saat terakhir Daphne Iking bersama-sama stesen TV itu, meskipun telah dipujuk supaya kontraknya bersama program kegemaran ramai itu disambung semula untuk musim yang seterusnya.

Namun keputusan Daphne Iking untuk meninggalkan program yang telah memperkenalkan namanya sebagai pengacara TV berkaliber nampaknya adalah muktamad dan dia sama sekali tidak mahu bertoleh ke belakang lagi.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi, Daphne Iking berkata sudah lama dia menanam niat untuk mengucapkan selamat tinggal.

Bagaimanapun, hanya bulan lalu dia nekad untuk berbuat demikian selepas berbincang dengan suami yang juga merangkap sebagai pengurusnya.

“Rasanya kerana saya sudah berada di dalam zon selesa dalam tempoh terlalu lama. Saya amat merindukan peranan saya sebagai penerbit dan juga wartawan penyiaran yang benar-benar mampu mencabar kewibawaan saya.

“Memang buat masa ini saya langsung tidak ada sebarang perancangan atau tawaran yang ada di dalam tangan, tapi rasanya lebih baik saya melakukannya sekarang kerana jika saya menunggu terlalu lama kesannya mungkin akan jadi lebih mendalam.

“Tambahan pula dalam usia saya yang sudah mencecah 36 tahun, saya ingin mencabar diri saya melakukan sesuatu yang lebih mencabar.

“Apa yang pasti saya gembira bertugas bersama NTV7 dan Bella. Cuma kepuasannya tidak dirasai lagi,” katanya berterus terang.

Daphne Iking memulakan kerjayanya bersama Media Prima secara sambilan dan kemudian dilantik  sebagai penerbit, wartawan penyiaran dan hos bagi program Breakfast Show dan kemudian semakin popular sebagai hos untuk rancangan bual bicara Bella yang telah memenangi anugerah berprestij.

Kata Daphne Iking, dia teringin sekali untuk terjun ke bidang penyiaran radio dan penulisan buku kerana bidang lain seperti lakonan, nyanyian, tarian dan pengacaraan sudahpun dilaksanakannya sejak sekian lama.

Namun jauh disudut hatinya untuk melahirkan sebuah program berbentuk laporan penyiasatan yang terperinci kerana kecintaannya terhadap dunia kewartawanan sejak di bangku sekolah ternyata begitu amat mendalam sekali.

“Saya harap cita-cita saya untuk tampil dengan sebuah program berbentuk penyiasatan atau laporan khas yang telus dan adil akan mendapat sokongan ramai.

“Buat masa ini saya dan suami telahpun menubuhkan syarikat produksi kami sendiri yang menawarkan perkhidmatan videografi, pengacaraan dan kalau nak tahu saya masih menajamkan kemahiran untuk mengendalikan kamera atau apa juga pendekatan teknikal untuk tujuan itu.

“Saya mahu menawarkan kepada orang di luar sana sesuatu yang luar biasa atau berkualiti tinggi atau sesuatu yang sama sekali berbeza seperti kemahiran mengendalikan kamera dan dalam masa yang sama bertindak sebagai hos. Itu impian saya,” katanya yang kini menguruskan Daphne Iking Productions.


Apakah Mila Jirin Juga Sudah Berhijrah dan Berhijab?


Apakah Mila Jirin Juga Sudah Berhijrah dan Berhijab?


Apakah Mila Jirin juga sudah berhijrah dan berhijab? Mila Jirin dalam keadaan dia berhijab, nampak cantik dan manis sungguh.

KL, 24 JULAI 2014: Ketika ini memang banyak betul selebriti-selebriti Muslim wanita tanahair yang sudah pun berhijrah serta berhijab. 

Jadi, tidak hairanlah kalau ada saja selebriti wanita yang dilihat mengenakan hijab, ramai yang menyangka artis tersebut sudah pun berhijrah. 

Apakah Mila Jirin Juga Sudah Berhijrah dan Berhijab?
Mila Jirin Berhijab


Padahal artis tersebut mungkin mengenakan hijab kerana menjadi model fesyen hijab, atau barangkali kerana menghormati bulan ramadan atau juga dalam proses persediaan untuk berhijrah sepenuhnya. 

Bercakap pasal isu hijab di kalangan selebriti wanita Muslim tanah air juga, Murai Batu ternampaklah akaun instagram peribadi milik Juara Akademi Fantasia Musim 5, Mila Jirin. 

Lalu, ternampaklah gambar profil serta sebuah gambar penuh yang dimuatnaik Mila Jirin dalam keadaan dia berhijab. Nampak cantik dan manis sungguh. 

Namun, Murai Batu tak mahulah serkap jarang pula dan menganggap Mila Jirin sudah berhijrah serta berhijab. Kalau tak betul, nanti Murai Batu yang kena. Nantilah Murai Batu dapatkan statement daripada Mila sendiri ya...


Siti Nurhaliza Dedikasi Lagu 'Jaga Dia Untukku' Buat MH17 dan Gaza


Siti Nurhaliza Dedikasi Lagu 'Jaga Dia Untukku' Buat MH17 dan Gaza


Siti Nurhaliza dedikasi lagu 'Jaga Dia Untukku' buat MH17 dan Gaza agar sedikit sebanyak dapat memberi mereka semangat.

Sumber Awani

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2014: Penyanyi terkenal negara, Dato’ Siti Nurhaliza mendedikasi album terbarunya, "Fragmen" khusus kepada ahli keluarga penumpang pesawat MH17 serta umat Islam yang kini bergelut dengan maut di Gaza.

Fragmen yang terkandung sembilan buah lagu ini bertema nilai kasih, semangat, motivasi dan rasa cinta yang boleh dihayati melalui pendekatan menerusi lirik-lirik yang ditampilkan.



Siti berkata apa yang dialami oleh ahli keluarga penumpang MH17 seakan sama dengan emosi yang dilalui beliau ketika suaminya, Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa terlibat dalam kemalangan di New Zealand pada tahun lepas.

“Kebetulan album ini diterbitkan ketika Malaysia berdepan berita sedih ini dan ketika umat Islam di Gaza berdepan dengan penindasan oleh Israel, saya seakan dapat merasai perasaan yang sama dengan apa yang dilalui oleh ahli keluarga ketika suami saya terlibat dalam kemalangan tahun lepas.

“Saya dedikasikan lagu Jaga Dia Untukku dan juga album Fragmen ini kepada ahli keluarga atau mereka yang melalui saat menyedihkan ketika ini agar sedikit sebanyak dapat memberi mereka semangat.” kata Siti ketika ditemui di majlis perlancaran album Fragmen serta majlis berbuka puasa di Hotel Le Meredien, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Album Fragmen adalah album solo ke 15 Siti dan merupakan kerjasama di antara Siti Nurhaliza (M) Sdn Bhd dan Universal Music.

Fragmen yang telah dipasarkan sejak 30 Jun lalu berjaya terjual sebanyak 5,000 unit pada minggu pertama diedarkan.

Sekaligus melayakkan penyanyi yang sudah 19 tahun bergelar anak seni ini menerima Anugerah Emas, yang turut disampaikan oleh Pengarah Urusan Universal Music, Loan Cheong pada majlis yang sama.

Fragmen yang diterbit dan digubah oleh komposer terkenal Aubrey Suwito turut mendapat sentuhan komposer muda yang juga pertama kali bekerjasama dengan Siti seperti Faizal Tahir, Awi Rafael, Adi Priyo serta ramai lagi.

Menyentuh mengenai tajuk Fragmen, kata Siti tajuk itu dipilih kerana keseluruhan album ini menceritakan sebahagian kisah hidup dan pengalamannya.

Antara kelainanan di dalam album yang mengambil masa lima tahun untuk disiapkan ini adalah menggabungkan bunyian sample effect atau bentuk adunan lagu yang tidak mirip lagu-lagu di awal perjalanan seni beliau.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album Fragmen adalah Aku (Faizal Tahir, Mike Chan), Jaga Dia untukku (Aubrey Suwito, Rozisangdewi), Mula dan Akhir (Awi Rafael, Tinta), Kau Sangat Bererti (Hamid Mufari), Sanubari (Adi Priyo, Ce’kem), Terbaik Bagimu (Ade Govinda), Warna Dunia (Lin Li Zhen, Rozisangdewi), dan Membunuh Benci (Acap, Hairul Anuar Harun).

Dalam majlis yang sama, klip video Jaga Dia Untukku dipertontonkan buat pertama kali kepada media dan Siti sendiri mengakui merasa sebak menonton video tersebut.

Klip video yang memaparkan seorang penunggang motosikal ditimpa kemalangan dan akhirnya terbaring kerana kecederaan dan ia sangat mengimbas memori saat suaminya kemalangan.

Selain dalam bentuk cakera padat, album Fragmen ini boleh juga dimuat turun melalui laman iTunes, Spotify, Deezer dan KKBox.




Noraini Ibnu: Hormati Pemergian Kak Pah, RTM Henti Main Lagu 44 Hari


Noraini Ibnu: Hormati Pemergian Kak Pah, RTM Henti Main Lagu 44 Hari


Noraini Ibnu: hormati pemergian Kak Pah, RTM Henti Main Lagu 44 Hari  lagu-lagu nyanyian artis tanah air yang baru saja meninggal dunia.

Kredit Foto: Noraini Ibnu Instagram

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2014: Kebiasaannya lagu-lagu raya nyanyian Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini sudah pun mula rancak berkumandang di radio-radio kira-kira 2 minggu sebelum menjelangnya Syawal.

Namun, tahun ini, lagu-lagu dendangan Sharifah Aini atau Tok Pah seakan sepi diperdengarkan terutama di semua stesen-stesen radio RTM.

Noraini Ibnu: Hormati Pemergian Kak Pah, RTM Henti Main Lagu 44 Hari


Pengawai Penyelia Siaran Radio RTM , Noraini Ibnu berkata, sudah menjadi kelaziman bagi stesen-stesen radio di RTM untuk tidak memutarkan lagu-lagu nyanyian artis tanah air yang baru saja meninggal dunia selama 44 hari.

"Itu memang arahan yang kita terima daripada pihak atasan dan telah digunapakai sejak sekian lama. Dan, selalunya kita tidak akan putarkan selama 44 hari.

"Dalam hal ini, lagu-lagu raya nyanyian Kak Pah tidak terkecuali. Walaupun lagu-lagu rayanya cukup nostalgia buat kita semua, namun kita harus menghormati pemergiannya. Memang sepilah raya kali ini tanpa lagu-lagu raya nyanyiannya," kata Noraini Ibnu yang juga bekas penyiar radio RTM kepada Portal Murai.

Kak Pah adalah antara penyanyi tanahair yang banyak merakamkan lagu raya. Antara lagu raya yang dirakamkan serta dipopularkan olehnya adalah Suasana Hari Raya, Nostalgia Aidilfitri, Mulianya Di Hari Raya, Di Pintu Ampun Raya, Minal Aidil Walfaizin serta Bisikan Hati Di Pagi Aidilfitri.

Dalam perkembangan lain, Noraini Ibnu yang juga isteri kepada penyanyi senior Herman Tino memberitahu bahawa sehingga kini dia berasa terkilan kerana tidak dapat menyempurnakan hasrat Kak Pah untuk bertemu dengan beserta Herman Tino.

"Pada hari yang kak Pah panggil untuk datang berjumpa dengannya setelah dia dimasukkan sekali lagi di Hospital Pakar Damansara, saya pula terpaksa menghadiri sebuah mesyuarat.

"Entah kenapa mesyuarat pada hari itu diadakan sebelah petang dan saya diarahkan 'wajib' untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Jadi, hanya Herman Tino saja yang datang bersama teman-teman artis yang lain.

"Tak sangka dia sudah pergi. Tak sangka sungguh dan saya betul-betul rasa terkilan sebab tidak dapat berjumpa dengannya buat kali yang terakhir," katanya lagi kepada murai.com.my.

Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pakar Damansara pada 5 Julai lalu, kira-kira jam 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru. Beliau meninggal dunia pada usia 61 tahun.

Buat semua pembaca Murai, jom dengarkan lagu-lagu raya Datuk Sharifah Aini.












Erra Fazira Mahu Kisah Cintanya Dengan Awie Dihentikan


Erra Fazira Mahu Kisah Cintanya Dengan Awie Dihentikan


Erra Fazira mahu kisah cintanya dengan Awie dihentikan sebab ia cerita lama dan di tambah lagi umur mencecah 40an dan menganggap ianya tidak perlu.

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2014: Aktres jelita Erra Fazira berharap gandingannya bersama Awie dalam lakonan terbaru mereka menerusi filem romantik 'Warna Cinta Impian' tidak menimbulkan kembali cerita yang mengaitkan 'sejarah lama' mereka berdua.

Sebaliknya kata Erra, dia bersetuju untuk berlakon semula bersama Awie kerana mahu mengembalikan dan mengubat rindu para peminat mereka yang selama ingin melihat pasangan hero-heroin sensasi sekitar 90-an ini beraksi semula.

Erra Fazira Mahu Kisah Cintanya Dengan Awie Dihentikan


“Saya rasa tak perlu lah ada gossip mengenai kami, sebab ia cerita lama dan di tambah lagi umur kami dan mencecah 40an dan menganggap ianya tidak perlu, kami sudah cukup professional untuk lalui perkara-perkara sebegitu, “ kata Erra Fazira dalam majlis sidang media filem Warna Cinta Impian di ibu negara.

Menurutnya lagi, beliau dan Awie sudah bekerjasama di pentas Istana Budaya iaitu Konsert Teaterikal Suara Kita dan gandingan mereka kali ini adalah hadiah untuk peminat yang tidak henti-henti menyokong sepanjang mereka bergelar anak seni.

“Saya tertarik dengan skrip filem ini, terutama konsep cinta yang diketengahkan kerana sejak kebelakangan ini tema cinta dalam filem agak kurang diberi perhatian oleh produser tempatan,” katanya.

'Warna Cinta Impian' mengisahkan 4 buah cerita iaitu 3 kisah percintaan dan 1 kisah perkahwinan. Menelan kos sebanyak RM1.5 juta, filem arahan pengarah N.S Krishna bakal menjalani penggambaran di sekitar lembah Klang mulai 11 Ogos 2014.

Selain Erra dan Awie, filem yang akan turun menjalani penggambaran di Brisbane, Australia dan di Jaipo, India ini juga dibarisi pelakon yang sedang meningkat naik namanya, Azlee Khairi, Nelydia Senrose, Syiqin Kamal serta pendatang baru kelahiran Singapura, Erwin Shah Dawson


Hafiz Suip Kemalangan, Patah Tulang Selangka?


Hafiz Suip Kemalangan, Patah Tulang Selangka?

Hafiz Suip kemalangan, patah tulang selangka dikatakan telah terjatuh daripada motorsikal yang ditungganginya.

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2014: Penyanyi bervokal mantap, Hafiz Suip atau dikenali sebagai Hafiz yang popular dengan Awan Nano dilaporkan telah mengalami kemalangan baru-baru ini.

Hafiz Suip Kemalangan, Patah Tulang Selangka?


Hafiz yang berasal daripada Sarawak itu khabarnya kini sedang berehat di kampung halamannya semenjak ditimpa kecelakaan itu.

Hafiz Suip Kemalangan, Patah Tulang Selangka?


Menurut sumber yang memberitahu, Hafiz telah terlibat dalam kemalangan kecil dan dia dikatakan telah terjatuh daripada motorsikal yang ditungganginya.

Hafiz Suip Kemalangan, Patah Tulang Selangka?


Walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan serius, dia dilaporkan telah patah tulang selangka. Tulang selangka atau clavicle terletak berhampiran dengan leher iaitu di atas bahagian dada telah patah dan Hafiz telah dinasihatkan untuk berehat beberapa ketika bagi memulihkan kecederaanya itu.

Hafiz Suip Kemalangan, Patah Tulang Selangka?


Kami di Murai akan cuba dapatkan berita lanjut mengenai hal ini.

Semoga Hafiz cepat pulih daripada kecederaan yang dialaminya.

Maklumlah kerana hari raya Aidilfitri tinggal beberapa hari sahaja lagi, jadi berhati-hati tidak kira dimana sahaja anda berada!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan