Cari Artikel

Thursday, July 31, 2014

Amylea Anggap Peluang Nyanyi Lagu Iklan Petronas Satu Penghormatan!


Amylea Anggap Peluang Nyanyi Lagu Iklan Petronas Satu Penghormatan!


Amylea anggap peluang nyanyi lagu iklan Petronas satu penghormatan, iklan Petronas yang kita sememangnya tahu iklan mereka sangat memberikan kesan dan menyentuh perasaan.

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2014: Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 3, Amylea Azizan akui amat berbesar hati apabila diberi peluang untuk melibatkan diri dalam iklan Petronas yang berjudul 'Ke Pangkuan Bonda' sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Amylea Anggap Peluang Nyanyi Lagu Iklan Petronas Satu Penghormatan!


Menurut Amylea, dia berasa amat berbesar hati kerana diberi peluang bekerjasama dengan syarikat Petronas untuk menyanyikan lagu berjudul 'Suasana Hari Raya' dalam iklan raya terbaru syarikat tersebut.

“Selama tujuh tahun saya terlibat dalam menyanyikan lagu-lagu iklan yang lain baik jenama baharu atau lama namun untuk Petronas ini adalah yang pertama.

“Saya berasa berbesar hati kerana diberi peluang untuk terlibat dalam menjayakan iklan Petronas yang kita sememangnya tahu iklan mereka sangat memberikan kesan dan menyentuh perasaan.

“Sebelum ini kita hanya tengok dan lihat sahaja tetapi bila dah jadi sebahagian daripada iklan tersebut, perasaan saya gembira,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak melalui aplikasi Whatsapp.

Ketika ditanya mengenai lagu dan juga gubahan muzik dalam iklan tersebut, Amylea berkata semuanya dipilih oleh agensi yang dilantik oleh syarikat tersebut.

“Lagu itu memang saya nyanyikan sendiri cuma dari segi ‘arrangement’ lagu tersebut dibuat oleh agensi yang dilantik oleh Petronas sendiri,” jelasnya pendek.

Dalam perkembangan lain, gadis berusia 28 tahun ini juga turut menjadi guru vokal di sekolah Bukit Damansara, Bangsar.

“Alhamdulillah dah dua tahun saya mengajar di sana dan saya mengajar untuk dua kelas… Yang pertama adalah kelas Koir di mana baru-baru ini telah memenangi anugerah emas di Hong Kong.

“Manakala kelas yang satu lagi adalah untuk ‘action song’ di mana ia telah mendapat tempat kedua dalam sebuah pertandingan peringkat Zon dan seterusnya akan ke peringkat negeri.

“Saya juga berharap ia dapat mengulangi kejayaan tahun lepas di mana mereka berjaya menang sehingga ke peringkat kebangsaan.” ujarnya.

Amylea juga kini sibuk dengan undangan nyanyi selain baharu sahaja selesai menerbitkan lagu untuk drama ‘Misiku Kuza 2’ dan lagu baru Sabhi Saddi bersama Nieyl Mentor yang dijangka keluar selepas raya.

Jom kita lihat iklan dan dengar suara merdu Amylea untuk iklan tersebut di bawah:



Haliza Misbun: Rozana Masih Belum Terima Surat Saman Dari Pihak Awie!


Haliza Misbun: Rozana Masih Belum Terima Surat Saman Dari Pihak Awie!


Haliza Misbun: Rozana masih belum terima surat saman dari pihak Awie maka selagi itulah perintah Ex-Parte yang didakwa dikeluarkan makhamah itu tidak sah.  

KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2014: Hak jagaan sementara yang diberikan oleh mahkamah syariah ke atas Awie barangkali telah disambut dengan rasa syukur oleh vokalis kumpulan Wings itu.

Namun, apakah pula maklum balas di pihak Rozana Misbun, sedangkan dari awal lagi sudah timbul isu mengenai surat nikah sepertimana yang dibangkitkan oleh seorang blogger bernama sangkalajari9.

Haliza Misbun: Rozana Masih Belum Terima Surat Saman Dari Pihak Awie!


Pelakon Haliza Misbun bagi pihaknya adiknya berpendapat, keputusan yang dibuat oleh mahkamah syariah itu adalah perintah Ex-Parte iaitu perintah yang dipohon dari sebelah pihak sahaja dimana permohonan plaintif (penuntut) untuk mendengar kes tanpa kehadiran tertuduh (defendan).

"Namun sungguhpun demikian, selagi surat saman tersebut tidak disampaikan terus ke tangan adik saya, Rozana Misbun maka selagi itulah perintah Ex-Parte yang didakwa dikeluarkan makhamah itu tidak sah.

"Sehingga kenyataan ini dibuat, surat saman tersebut masih belum diperolehi adik saya sedangkan makhamah (sebagaimana yang dilaporkan di dada-dada akhbar) telah menetapkan sesi 'Sulh' pada 6 Ogos depan.

"Ingin saya tekankan sekali lagi, selagi surat saman itu masih belum dikemukakan kepada Rozana secara serahan tangan, bermakna perintah itu boleh diketepikan dan adik saya berhak menjenguk anak-anaknya pada bila-bila masa sahaja.

"Tindakan mededahkan butir-butir perintah Ex-Parte kepada media secara berleluasa sebelum penerima saman sendiri menerima surat saman terbabit boleh disifatkan melanggar etika guaman dan menghina mahkamah," katanya kepada portal Murai.

Dalam perkembangan lain, Haliza Misbun juga turut menjawab mengenai tuduhan segelintir pihak yang menganggap bahawa dia tidak layak untuk membantu kemelut yang berlaku di dalam rumahtangga adiknya, Rozana dengan Awie semata-mata kerana dia masih lagi berstatus bujang serta belum berkahwin pada usia 41 tahun.

"Dimana relevennya status saya sebagai 'andartu' untuk tidak melayakkan saya bersuara dalam mendepani kes-kes yang melibatkan adik saya, Rozana Misbun?

"Sebagai kakak, tanggungjawab saya untuk melindunginya. Tidak perlu tunggu untuk berkahwin dan bergelar isteri atau janda mahupun ibu tunggal beranak lapan sekalipun, bagi melihat kepincangan dalam sesuatu perkara.

Cukup dengan cerdik akal dan tidak buta mata hati dalam melihat kebenaran hakiki," katanya lagi.


Zain Saidin & Che Ta Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan!


Zain Saidin & Che Ta Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan!


Zain Saidin & Che Ta bakal timang cahaya mata perempuan, berita gembira mengenai jantina bayi mereka telah disahkan secara eksklusif dalam hLive!.

Ditulis oleh: Ck Faizal @realckfaizal
Eksklusif Artikel: hlive!
www.hlive.com.my

KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2014: Pasangan selebriti yang cukup romantik, Zain Saidin dan Rozita Che Wan atau Che Ta bakal menimang cahaya mata perempuan!

Zain Saidin & Che Ta Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan!


Berita gembira mengenai jantina bayi mereka telah disahkan secara eksklusif dalam hLive! pada jam 1 petang tadi di Astro Ria 104 dan Astro Maya HD 135.

Teruja dengan ketibaan puteri mereka, Zain dan Che Ta sudah pun memilih nama yang sesuai untuk cahay mata pertama mereka itu. Selain nama, aktres tersebut turut akui telah membeli kelengkapan persalinan untuk bayi mereka.

“Actually saya sudah pun beli gaun, lahir-lahir sahaja anak kami akan pakai gaun. Pakaian semua saya beli waktu kami pergi ke London baru-baru ini”, jelas Che Ta ketika ditemubual oleh hos lokasi hlive!, CK Faizal.

Tambah Zain pula: " Untuk nama pula saya pilih nama pertama bayi ini. Dia bakal mempunyai tiga nama, lagi dua saya serahkan pada Che Ta”.

Sementara itu, Zain mengakui tidak mempunyai masalah melayan kerenah Che Ta yang sering mengidam sepanjang tempoh kehamilannya.

“Dia pernah dia meminta saya untuk mencari Ramly Burger yang dijual di tepi jalan pada pukul 4 pagi. Saya turutkan saja," katanya.

Che Ta yang kini hamil selama 24 minggu dijadualkan bersalin pada awal November nanti.

Pelakon Anita Baharom Selamat Melahirkan Anak Ketiga - Baby Boy!


Pelakon Anita Baharom Selamat Melahirkan Anak Ketiga - Baby Boy!


Pelakon Anita Baharom selamat melahirkan anak ketiga - baby boy (22 Julai) melalui kaedah Caesarean.

Ditulis oleh: Hazeman Huzir
Eksklusif Foto & Artikel: hlive!
www.hlive.com.my

KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2014: Pelakon Anita Baharom selamat melahirkan anaknya yang ketiga iaitu seorang bayi lelaki, semalam (22 Julai) melalui kaedah Caesarean.

Menariknya, ini merupakan kali ketiga dia menjalani kaedah itu dan dia juga akui takut untuk hadapi kelahiran secara normal.

Pelakon Anita Baharom Selamat Melahirkan Anak Ketiga - Baby Boy!


Dikenali dengan watak Azura Iskandar di dalam drama komedi bersiri Keluarga Iskandar, Anita juga bimbang untuk melanggar pantang kerana pernah melalui pengalaman yang tidak diingini.

“Saya dan ibu saya mempunyai cara berpantang kami sendiri dengan sedikit penambahan. Contohnya kalau kelahiran biasa, tempoh berpantang hanya sekejap sahaja kemudian boleh bergerak aktif. Untuk saya, saya perlukan masa setahun baru boleh kembali bersenam.

“Semasa kelahiran pertama, saya tidak terlalu menjaga pantang. Saya sudah keluar rumah untuk berjalan di One Utama pada hari ke 18. Sedang berjalan-jalan saya merasakan peranakan saya berubah kedudukan. Sejak itu, saya mula berjaga-jaga,” kata pelakon kelahiran Sungai Petani ini.

Menurut suaminya, Mohamad Ismadi Ismail, semuanya berlaku dalam kadar yang pantas. Malahan, nama bayi itu sudahpun dipilih sebelum kelahirannya lagi.

“Dia masuk ke dalam bilik pembedahan dari jam 10.30 pagi, dan anak kami selamat dilahirkan pada jam 11.05 pagi. Nama yang dipilih adalah Mohamad Dhia Mikail yang membawa maksud Sinaran Pembawa Rezeki, dengan harapan anak ini membawa rezeki kepada kami,” kata Ismadi yang juga seorang Penerbit Eksekutif di Astro.

Sebelum bersalin, Anita sedang sibuk menjalani penggambaran Keluarga Iskandar yang kini kembali dengan musim kedua dan bakal bersiaran bulan September ini. Terdahulu, Anita dan Ismadi sudah dikurniakan seorang anak perempuan serta seorang anak lelaki iaitu Syifa Dhia Nurina, 7 dan Mohamad Dhia Iskandar, 3.

Scha, Awal Selamat Menyambut Kelahiran Puteri Sulung


Scha, Awal Selamat Menyambut Kelahiran Puteri Sulung


Scha, Awal selamat menyambut kelahiran puteri sulung di Hospital Prince Court, pada jam 5.50 petang 22 Julai lalu.

KL, 23 JUL 2014: Pengacara dan pelakon, Scha Al Yahya selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Prince Court, pada jam 5.50 petang semalam, 22 Julai.

Scha, Awal Selamat Menyambut Kelahiran Puteri Sulung


Suaminya, Awal Ashaari mengesahkan berita tersebut menerusi akauan Instagram miliknya.

Scha, Awal Selamat Menyambut Kelahiran Puteri Sulung


Awal bersyukur apabila isteri dan bayinya selamat dilahirkan dengan berat 3.17 kilogram.

Scha, Awal Selamat Menyambut Kelahiran Puteri Sulung


Berikut merupakan foto dan kapsyen dimuat naik:

Scha, Awal Selamat Menyambut Kelahiran Puteri Sulung


Menerusi foto itu menunjukan bayinya sedang mengenggam jari Awal seeratnya.

Kami dari warga murai.com.my dan Astro Gempak ingin mengucapkan tahniah buat pasangan ini.

Semoga dengan kehadiran orang baru itu dapat menyerikan lagi rumahtangga mereka.


Ifa Raziah Jawab Isu Buat Pembedahan Untuk Besarkan Payudara


Ifa Raziah Jawab Isu Buat Pembedahan Untuk Besarkan Payudara


Ifa Raziah jawab isu buat pembedahan untuk besarkan payudara pada awal Ramadan lalu adalah disebabkan jangkitan yang dialamai di payudaranya.

KUALA LUMPUR, 23 JUL 2014: Meskipun pengacara dan pelakon Ifa Raziah sudah menjelaskan pembedahan yang dilakukan pada awal Ramadan lalu adalah disebabkan jangkitan yang dialamai di payudaranya, namun masih ada pihak yang kurang senang dan mengadakan cerita pembedahan itu sebenarnya untuk menambah silikon bagi membesarkan asetnya.

Ifa Raziah Jawab Isu Buat Pembedahan Untuk Besarkan Payudara


Ifa Raziah berkata meskipun menyedari hal itu, dia sendiri tidak mengambil pusing dengan kata-kata setengah pihak kerana mereka tidak faham kesakitan yang dilalui.

"Orang tak faham apa yang saya lalui dan kesakitan yang betul-betul saya alami. Jadi tak perlulah saya nak bertegang urat dengan mereka diluar sana untuk menjelaskan segalanya.

"Jika saya ceritakan yang betul pun mereka tetap mengutuk dan menghina saya. Jadi tidak perlu nak ambil kesah sangat dengan cerita seperti itu.

"Yang penting saya bertambah sihat dan kehidupan bertambah ceria disamping keluarga tercinta," katanya kepada murai.com.my menerusi aplikasi WhatsApp.

Ifa Raziah telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketulan di payudaranya akibat virus di Beverly Willshire Medical Centre, Jalan Tun Razak pada jam 12 tengahari pada 8 Julai lalu.

Bercakap mengenai perkembangan kesihatannya kini, Ifa memberitahu dia kini semakin pulih dan sudah pun keluar bekerja menghadiri majlis korporat.

"Sebenarnya masih sakit lagi dan terus makan ubat yang doktor beri. Jahitan pun tak buka lagi. Doktor pun sebenarnya suruh rehat selama sebulan.

"Tapi setelah 14 hari saya cuba kembali aktif dan bila berjumpa dgn peminat-peminat semua hilanglah rasa sakit tu sekejap," luahnya lagi.

Ifa memberitahu dia kini terus bekerja seperti biasa walapun tidak seaktif dahulu hingga malam raya di Singapura.


Uji Rashid Pernah Terlepas Cakap, Bimbang Sharifah Aini Terasa


Uji Rashid Pernah Terlepas Cakap, Bimbang Sharifah Aini Terasa


Uji Rashid pernah terlepas cakap, bimbang Sharifah Aini terasa bercerita mengenai kenangan yang tinggal diantara dia dan Kak Pah yang juga merupakan penyanyi pujaannya.

KL, 23 JULAI 2014: Menyusuri semula era pada tahun 70’an menyaksikan kebangkitan dua penyanyi wanira yang saling mengagumi antara satu sama lain iaitu arwah Datuk Sharifah Aini dan Uji Rashid.

Masing-masing berasal daripada Kuala lumpur dan Singapura, Uji atau nama sebenarnya Fuziah binti Haroun al Rashid memberitahu bahawa dia merupakan peminat setia penyanyi itu.

Uji Rashid Pernah Terlepas Cakap, Bimbang Sharifah Aini Terasa


Dua pesaing hebat didalam industri yang sama ini akhirnya bertukar menjadi sahabat yang difahamkan oleh Uji sebagai rapat. Pertalian ini berterusan sehinggalah biduanita negara itu meninggalkan kita semua pada 5 Julai yang lalu kerana komplikasi paru-paru yang dihadapinya.

“Perangai dia (Sharifah Aini) saya dah faham sangat dah kerana kami memang rapat sejak dulu lagi. Antara kenangan bersama dia adalah bila ketika dia senyap dan tidak dapat dihubungi, saya akan pergi terus kerumah dan memaksa dia membuka pintu,” biduanita itu gemar mengusik Uji dengan menipu dan berkata dia sedang berada di hospital jika tiba-tiba senyap tanpa khabar.

Selain daripada merasa kehilangan, pasangan duet Hail Amir ini membuat pengakuan dia pernah terlepas cakap mengenai hal berkaitan konsert 3 diva yang melibatkan dia, biduanita Sharifah Aini dan juga Khaty Ibrahim itu.

“Ketika itu kami sedang berbincang mengenai status pengajuran konsert 3 diva yang belum menemukan tarikh yang sepatutnya diadakan. Bersama wakil daripada penaja saya menyuarakan kata yang pedas namun akhirnya ia menjadi memori buat saya.

“Saya menyindir penganjur: “Nak tunggu salah seorang daripada kami mati dulu baru nak tetap tarikh konsert?” antara sindiran saya apabila pihak penganjur sukar untuk memberikan kata putus mengenai status konsert itu.

“Tetapi sebaliknya kata-kata itu kini menjadi kenyataan pula dan saya terasa bersalah kerana pernah berkata demikian,”cerita Uji Rashid atau lebih mesra dipanggil kak Uji bercerita mengenai kenangan yang tinggal diantara dia dan Kak Pah yang juga merupakan penyanyi pujaannya.

Uji Rashid ditemui di majlis amal berbuka puasa dan sumbangan sempena Aidilifitri dengan anak-anak yatim yang diadakan di Anggerik Mall, Shah Alam pada hujung minggu lalu. Pasangan duetnya, Hail Amir turut kelihatan menyampaikan bantuan dan sumbangan pada acara yang dianjurkan oleh MARA Selangor bersama butik pakaian Qaidhany yang selama ini menaja pakaian Uji Rashid.


Jefri Jefrizal Tuntut Bayaran Daripada Produser Ketagih Judi


Jefri Jefrizal Tuntut Bayaran Daripada Produser Ketagih Judi


Jefri Jefrizal tuntut bayaran daripada Produser ketagih judi, CK Wong itu telah dia hubungi untuk berbincang, memberi alasan tidak dapat membuat bayaran kerana kalah dalam perjudian.

KUALA LUMPUR 23 JULAI 2014: Pelakon filem, Jefri Jefrizal walapun namanya tidak segah dengan barisan pelakon handalan yang lain turut alami pengalaman yang sama apabila produser tidak membayar bayaran lakonan.

“Saya dijanjikan dalam filem Pintu Neraka menerima bayaran sebanyak RM10,000 bagaimanapun bayaran tersebut tidak dijelaskan yang kini sudah masuk tahun ketiga,” katanya dihubungi Murai.

Jefri Jefrizal Tuntut Bayaran Daripada Produser Ketagih Judi


Menurutnya lagi, produser yang dikenali sebagai CK Wong itu telah dia hubungi sejak 2 bulan yang lalu untuk berbincang namun produser tersebut memberi alasan tidak dapat membuat bayaran kerana kalah dalam perjudian.

“Saya juga terkejut, alasan yang diberikan itu tidak masuk akal, duit saya tak mahu bayar tapi pergi berjudi ada pula duitnya, saya sehingga sekarang masih tidak berpuas hati dengan sikapnya itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jefri bakal muncul dengan filem terbaru yang berjudul Jwanita yang turut dibintangi Umie Aida, Marsha, Maya Karin dan Bront Palarea.

“Saya tahu isu dan masalah ini sudah lama berlalu tetapi demi kebaikan pelakon lain agar pendedahan saya ini sebagai peringatan agar berhati-hati sebelum bekerjasama dengan produser itu.”

Jefri tidak akan berputus asa untuk terus giat berlakon dan berharap perkara ini tidak akan berulang dan menganggap ianya satu ujian dan cabaran kepada anak seni sepertinya.


Angah Dan Bob Ditipu Berulang Kali Hasilkan Jenama Baju ROB


Angah Dan Bob Ditipu Berulang Kali Hasilkan Jenama Baju ROB


Angah dan Bob ditipu berulang kali hasilkan jenama baju ROB hasil cetusan idea Angah (Raja Lawak) dan Pengarah Filem Box-Office Ismail Bob Hashim memberi nafas lega kepada pelanggan yang bersaiz besar.

KUALA LUMPUR 23 JULAI 2014 – Republic Of Big (ROB) jenama pakaian tempatan terbaru hasil cetusan idea Angah (Raja Lawak) dan Pengarah Filem Box-Office Ismail Bob Hashim memberi nafas lega kepada pelanggan yang bersaiz besar.

“ROB mensasarkan penjualannya kepada pelanggan yang bertubuh besar bagaimanapun saiz yang kecil turut dijual iaitu saiz ROB bermula pada saiz S hingga XXXXXXL," kata Bob Hashim di Majlis Pelancarannya di Saloma Bistro.

Angah Dan Bob Ditipu Berulang Kali Hasilkan Jenama Baju ROB
Republic Of Big (ROB) cetusan idea Angah (Raja Lawak) dan Pengarah Filem Box-Office Ismail Bob Hashim.


Menurutnya lagi, idea ini sudah lama difikirkan sejak 4 tahun yang lalu tetapi disebabkan kesibukan pengambaran dan hal-hal lain ia terpaksa ditangguhkan sehingga waktu dan masa yang sesuai.

“Ramai di kalangan pelakon mempunyai tubuh yang besar dan kadang kala untuk melakukan sesi pengambaran saiz baju mereka tiada untuk digayakan, maka dari situ timbullah idea untuk menubuhkan jenama ROB ini, “ ujarnya lagi.

Dalam pada itu, rakan kongsi ROB iaitu Angah sangat teruja dengan pelancaran jenama ini dan berharap ia akan dapat sambutan yang hangat oleh semua pelanggan termasuk peminat-peminatnya.

“Kami juga menghadapi kesukaran sebelum terjun ke dunia perniagaan tekstil ini, kami pernah ditipu beberapa individu yang dikatakan pakar tekstil, Alhamdulilah akhirnya kami berjaya menghasilkan jenama ini,” kata Angah.

Sebagai permulaan ROB mempunyai butik di Johor Bahru dan kilang sendiri di Botong Tanjung, Bandung, Indonesia dengan nilai kos kesemuanya melebihi RM 1 Juta.

“ROB juga akan dibuka outlet barunya di Lembah Klang dan berkemungkinan outlet itu di Shah Alam memandangkan kerana kuasa pembeli di sana agak memberangsangakan,”  katanya.

ROB  dijual dengan harga serendah RM49.90 sehingga RM159.90. Selain butik di Johor Bahru, pelanggan juga ingin mendapatkan koleksi ROB menerusi online di www.rob.com.my.

Selain itu ROB juga menyediakan carta ukuran dalam online. Pelanggan hanya perlu tahu ukuran dan rujuk pada carta yang disediakan untuk mengetahui saiz mereka.

Pasal Tawaran Oprah, Tomok Serahkan Urusan Tersebut Kepada Adiknya!


Pasal Tawaran Oprah, Tomok Serahkan Urusan Tersebut Kepada Adiknya!


Pasal tawaran Oprah, Tomok serahkan urusan tersebut kepada adiknya, jika, mereka berhasrat mahu guna video tersebut, Alhamdulillah,” jelas Tomok.

KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2014: Seperti yang semua sudah sedia maklum, penyanyi dan pengacara Tomok memang sering berkongsi foto dan memuat naik video anaknya iaitu Arrian Shah Akid yang kini berusia dua tahun di laman Instagram miliknya.

Foto dan video yang dikongsi oleh Tomok seringkali mendapat komen positif dan perhatian oleh para peminatnya yang memuji kepetahan dan kecomelan Arrian.

Pasal Tawaran Oprah, Tomok Serahkan Urusan Tersebut Kepada Adiknya!


Terbaru, pihak produksi antarabangsa, Oprah Winfrey Network tertarik dengan salah sebuah video majlis Aqiqah Arrian yang dimuat naik oleh Tomok.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan bin Ismail, video tersebut  teah menarik minat produksi tersebut untuk digabungkan dengan video-video budaya unik seluruh dunia menerusi sebuah dokumentari khas.

"Pada mulanya saya kurang yakin dengan email yang diterima oleh adik saya. Tetapi selepas dua tiga kali berbalas email dengan mereka, saya mula rasa mereka memang serius berminat dengan video Aqiqah Arrian.

“Pihak produksi di sana hanya mahu menggunakan beberapa saat sahaja dari video majlis tersebut. Semuanya masih dalam perbincangan dan saya serahkan perkara ini semua pada adik saya. Jika, mereka berhasrat mahu guna video tersebut, Alhamdulillah,” jelas Tomok.

Ditanya soal bayaran yang diterima menerusi video tersebut, Tomok menjelaskan ianya masih terlalu awal untuk dibincangkan dan mahu menunggu kata putus dari pihak produksi di sana.

Dalam pada itu, Tomok sungguh gembira dan teruja selepas menerima berita gembira isterinya kini disahkan hamil anak kedua.

“Alhamdulillah saya sangat teruja dan bersyukur selepas isteri disahkan sedang hamil anak kedua. Bulan Ramadhan dan juga Syawal sangat bermakna buat saya dan keluarga.

“Kandungan isteri baru berusia tiga minggu dan dan Insya Allah dijangka bersalin pada bulan Februari tahun hadapan,” ujar Tomok gembira.


Rancangan Khas MeleTOP Sempena Tragedi MH17


Rancangan Khas MeleTOP Sempena Tragedi MH17


Rancangan Khas MeleTOP sempena Tragedi MH17 pihak MeleTOP telah menjemput Elfira Loy selaku peyampai radio Era Fm, Imam Muda Asyraf, dan Rizal Zulkapli.

KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2014: Baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita menyayatkan hati apabila pesawat MH17 miliki syarikat penerbangan Malaysia (MAS) yang terhempas selepas ditembak jatuh oleh pihak tidak bertanggungjawab di sempadan negara Ukraine dan Russia.

Negara sedang berdukacita dengan tragedi yang menimpa MH17 dan rakyat Malaysia terutamanya umat Islam diminta agar sentiasa berdoa kepada mangsa-mangsa yang terlibat khususnya anak kapal MH 17 dan penumpang warganegara Malaysia.

Rancangan Khas MeleTOP Sempena Tragedi MH17
Elfira Loy selaku peyampai radio Era Fm, Imam Muda Asyraf,
dan Rizal Zulkapli yang juga pembaca berita Astro Awani
untuk membincangkan peristiwa yang menimpa MH17.


Sempena tragedi MH17, pihak MeleTOP telah menjemput Elfira Loy selaku peyampai radio Era Fm, Imam Muda Asyraf, dan Rizal Zulkapli yang juga pembaca berita Astro Awani untuk membincangkan peristiwa yang menimpa MH17.

Ketiga-tiga selebriti ini bakal berkongsi pelbagai berita terkini tentang MH17 yang kini dalam proses penyiasatan oleh kerajaan Malaysia dan Belanda. Imam Muda Asyraf turut akan memberi pesanan berguna dan ucapan motivasi khas mereka diluar sana.

Selain itu, penyanyi Lah Ahmad bakal diundangkan untuk sama-sama menjayakan rancangan khas MeleTOP malam ini dan akan membuat persembahan secara langsung menerusi lagu berbentuk ketuhanan iaitu ‘Salam’.

Jika ingin tahu lebih lanjut, jangan lupa untuk menonton rancangan khas program MeleTOP yang dihoskan oleh Nabil dan Neelofa malam ini bermula jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).


Ana Raffali Kini Hamil, Kongsi Berita Gembira Di Instagram


Ana Raffali Kini Hamil, Kongsi Berita Gembira Di Instagram


Ana Raffali kini hamil, kongsi berita gembira di Instagram dengan memuat naik sekeping foto imbasan bayi.

KUALA LUMPUR, 22 JULAI: Kebelakangan ini banyak berita baik yang dikongsi oleh selebriti tempatan menerusi laman sosial peribadi masing-masing, kini tibalah pula giliran penyanyi Ana Raffali untuk memberikan perkhabaran gembira apabila dia baru sahaja disahkan hamil.

Ana Raffali Kini Hamil, Kongsi Berita Gembira Di Instagram


Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh pelatun suara ‘Tolong Ingatkan Aku’ menerusi laman sosial Instagram miliknya semalam (Isnin) dengan memuat naik sekeping foto imbasan bayi dengan kapsyen yang berbunyi:

"Alhamdulillah, berkat doa dan kasih sayang. Terima kasih bagi yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kami. ;)"

Selain itu, Ana juga turut meletakkan sepasang patung diperbuat daripada lego yang seakan-akan menggambarkan dirinya dan suami bersama foto imbasan tersebut.

Ana Raffali Kini Hamil, Kongsi Berita Gembira Di Instagram


Foto imbasan bayi beserta kapsyen gembira yang dimuat naik oleh Ana menerusi laman Instaramnya semalam.

Foto tersebut telah menerima pelbagai reaksi para peminat yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraan Ana bersama bayi yang dikandungnya.Penyanyi berusia 28 tahun ini juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakannya.

Terdahulu, pasangan Ana Raffali dan Ahmad Aznaim Abdullah telah mendirikan rumahtangga sejak Februari 2012.


Dapat Hak Jagaan Sementara Anak-Anak, Awie Kata: Kuasa Allah!


Dapat Hak Jagaan Sementara Anak-Anak, Awie Kata: Kuasa Allah!


Dapat Hak Jagaan Sementara Anak-Anak, Awie Kata: Kuasa Allah! mendapatkan hak penjagaan sementara bagi ketiga-tiga anaknya bersama Rozana Misbun.

Foto Kredit: Instagram awieofficial

KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2014: “Alhamdulillah, kuasa Allah Taala…Tetapi maaf saya tidak mahu komen mengenai perkara tersebut kerana saya hormati perintah mahkamah. Saya harap anda faham,” demikian komen Awie kepada Astro Gempak mengenai hak penjagaan sementara bagi ketiga-tiga anaknya.

Dapat Hak Jagaan Sementara Anak-Anak, Awie Kata: Kuasa Allah!
Dapat Hak Jagaan Sementara Anak-Anak, Awie Kata: Kuasa Allah!


Tiga anak penyanyi rock terkenal itu adalah Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha iaitu hasil perkahwinan dengan Rozana Misbun.

Awie telah berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara bagi ketiga-tiga anaknya bersama Rozana Misbun itu di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, pada semalam (Isnin)

Selain itu, Awie juga mendapat perintah injuksi terhadap Rozana, 36, untuk tidak mendekati penyanyi itu serta anak-anaknya dalam apa jua cara termasuk melalui media cetak dan elektronik.

Pada 4 Julai lalu, vokalis kumpulan Wings itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana Misbun di Ukay Perdana, Hulu Kelang, di sini, 2 Jun lalu.

Kes akan disebut semula pada 11 Ogos depan.


Zarul Umbrella Mahu Kekal Berkhidmat Bersama MAS


Zarul Umbrella Mahu Kekal Berkhidmat Bersama MAS


Zarul Umbrella mahu kekal berkhidmat bersama MAS sebagai pramugara, walaupun ada rakan-rakan yang menasihati dirinya agar berhenti dan mencari kerja lain sejak tragedi MH17.

KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2014: Penyanyi kumpulan Umbrella, Zarul memberitahu dia akan terus berkhidmat sebagai pramugara di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Kata Zarul, 41, walaupun ada rakan-rakan yang menasihati dirinya agar berhenti dan mencari kerja lain sejak tragedi MH17, dia nekad untuk terus bekerja di awan biru.

Zarul Umbrella Mahu Kekal Berkhidmat Bersama MAS
Zarul Umbrella Mahu Kekal Berkhidmat Bersama MAS


Luahan hati Zarul yang popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka dimuatkan di status laman sosial Facebook miliknya yang berbunyi:

"Kata Lokman iaitu kwn rapat saya kepada saya sebentar td, "Rul aku harap kau cari kerja lain lah, dah naik risau aku dibuatnya" - Sayu gak dgr tp alhamdulillah setakat ini semangat saya masih kuat utk terus terbang di awan biru"

Pada masa sama, status lain Zarul turut meminta orang mendokan keselamatan rakan-rakannya yang bekerja di MAS.

Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin telah berkhidmat dengan MAS sejak 14 tahun lalu. Beliau juga popular dengan single duet bersama Marsha yang bertajuk ‘Satu Masa’.


Penjelasan Astro Radio Mengenai Status Perkhidmatan Najman Di Sinar FM


Penjelasan Astro Radio Mengenai Status Perkhidmatan Najman Di Sinar FM


Penjelasan Astro Radio mengenai status perkhidmatan Najman di Sinar FM, Najman secara rasminya telah menamatkan perkhidmatannya bersama Astro Radio secara baik.

KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2014: Ketua Pegawai Operasi Astro Radio, Jake Abdullah akui penyampai radio, Najman sudah pun menamatkan perkhidmatannya secara baik dengan stesen radio Sinar FM, sekaligus daripada Astro Radio.

Penjelasan Astro Radio Mengenai Status Perkhidmatan Najman Di Sinar FM
Penjelasan Astro Radio Mengenai Status Perkhidmatan Najman Di Sinar FM


“Najman secara rasminya telah menamatkan perkhidmatannya bersama Astro Radio secara baik.

"Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan beliau kepada Sinar FM dan semoga dia berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi di masa akan datang,” katanya ringkas dalam satu kenyataan kepada murai.com.my

Jake Abudllah diminta mengulas pemergian Najman yang secara tiba-tiba meninggalkan Sinar FM pada 11 Julai lalu.

Najman berkhidmat di Sinar FM sejak 2004 iaitu kira-kira sepuluh tahun yang lalu.


Awie Dapat Hak Penjagaan Anak, Rozana Dilarang Mendekati Anak


Awie Dapat Hak Penjagaan Anak, Rozana Dilarang Mendekati Anak


Awie dapat hak penjagaan anak, Rozana silarang mendekati anak, dalam apa jua cara termasuk melalui media cetak dan elektronik.

KL, 21 JUL 2014: Penyanyi rock terkenal, Awie berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara bagi ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan dengan Rozana Misbun di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi.

Awie Dapat Hak Penjagaan Anak, Rozana Dilarang Mendekati Anak
Awie Dapat Hak Penjagaan Anak, Rozana Dilarang Mendekati Anak


Menerusi laporan MyMetro (online), Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, memaklumkan perkara itu selepas prosiding di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz.

Ketika ditemui media selepas prosiding itu, Mohd Zaidi turut memberitahu Awie juga mendapat perintah injuksi terhadap Rozana, 36, untuk tidak mendekati penyanyi itu serta anak-anaknya dalam apa jua cara termasuk melalui media cetak dan elektronik.

Awie hadir bersama dua rakannya manakala Rozana tidak hadir.

Pada 4 Julai lalu, vokalis kumpulan Wings itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana Misbun di Ukay Perdana, Hulu Kelang, di sini, 2 Jun lalu.


Irma Hasmie Selamat Lahirkan Anak Kedua 18 Julai Lalu


Irma Hasmie Selamat Lahirkan Anak Kedua 18 Julai Lalu


Irma Hasmie selamat lahirkan anak kedua 18 Julai lalu, di Prince Court Medical Centre 18 Julai 2014 dan menurut laporan yang diterima, pasangan anak-beranak ini berada dalam keadaan yang stabil dan sihat.

KL, 21 JULAI 2014: Pejam celik pejam celik akhirnya pasangan bahagia Irma Hasmie dan suaminya Redza Syah Azmeer telah dikurniakan cahayamata kedua pada Sabtu lalu, tahniah diucapkan. Perkara ini telah dihebahkan kepada umum melalui Instagram Redza Syah sebaik sahaja Irma Hasmie melahirkan anak kedua mereka.

Allah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Allahuakbar segalanya dipermudahkan Allah SWT...#redzasyahirfhan dah jadi abang :) ...tq for all wishes... @irmahasmie stable Alhamdulillah - Redza Syah.

Irma Hasmie Selamat Lahirkan Anak Kedua 18 Julai Lalu
Irma Hasmie Selamat Lahirkan Anak Kedua 18 Julai Lalu


Irma Hasmie dilaporkan selamat melahirkan puteri sulung mereka itu di Prince Court Medical Centre 18 Julai 2014 dan menurut laporan yang diterima, pasangan anak-beranak ini berada dalam keadaan yang stabil dan sihat.

Untuk info, sebelum ini Irma dan Redza Syah telah mempunyai seorang anak lelaki bernama Redza Syah Irfhan yang telah berusia 1 tahun. Anak sulung yang dipanggil dengan panggilan maja Irfhan itu dilahirkan pada 29 Mac tahun lalu.

Kapsyen Redza Syah di Instagram.


Assalammualaikum...Segala puji hanya untuk Allah SWT...Selamat datang ke dunia ni sayang, ikrar kami untuk menjaga & bertanggungjawab ke atas dirimu sebagai hadiah yang tidak ternilai dari Allah...jadilah anak yang solehah itu harapan kami...Daddy, Mommy @irmahasmie & abang #redzasyahirfhan love you for the sake of Allah SWT...Lillahitaala

Kedua imej ini merupakan perkongsian Redza Syah dilaman Instagramnya dan tahniah sekali diucapkan kepada pasangan ini daripada pihak Murai. Pasti nama pun sesedap nama ibu, ayah dan abangnya juga. Kita nantikan!


Izzue Islam Kecewa Akaun Twitter Palsunya Digunakan Untuk Kritik MH17


Izzue Islam Kecewa Akaun Twitter Palsunya Digunakan Untuk Kritik MH17


Izzue Islam kecewa akaun Twitter palsunya digunakan untuk kritik MH17, IzzueIslamMy, akaun itu telah mencadangkan supaya syarikat penerbangan itu tidak lagi menghidangkan minuman keras dan meminta pramugari menjaga batas auratnya.

KUALA LUMPUR 21 JULAI 2014: Pelakon dan penyanyi Izzue Islam nyata kecewa dengan akaun Twitter palsu yang mengunakan profilnya untuk memuat naik status mengkritik tragedi MH17.

“Saya amat terkilan dengan individu terbabit dan amat tidak wajar bertindak demikian kerana mencemarkan nama saya, ia seolah-olah saya yang memuat naik status tersebut,“ katanya dihubungi Murai.

Izzue Islam Kecewa Akaun Twitter Palsunya Digunakan Untuk Kritik MH17
Izzue Islam Kecewa Akaun Twitter Palsunya Digunakan Untuk Kritik MH17


Menerusi Twitter palsu yang mengunakan nama IzzueIslamMy, akaun itu telah mencadangkan supaya syarikat penerbangan itu tidak lagi menghidangkan minuman keras dan meminta pramugari menjaga batas auratnya.

Izzue Islam Kecewa Akaun Twitter Palsunya Digunakan Untuk Kritik MH17
Izzue Islam Kecewa Akaun Twitter Palsunya Digunakan Untuk Kritik MH17


“Saya mohon kepada individu terbabit, tolong hentikan! Isu ini tidak boleh di buat main-main dan juga boleh menyentuh perasaan kepada keluarga mangsa tragedi berkenaan,” katanya.

Menurutnya lagi, tiada tindakan untuk buat laporan polis atau sebagainya dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi. Bukan sahaja pada dirinya malah kepada artis dan selebriti lain.

“Masing-masing sudah besar dan mempunyai akal fikiran yang waras, saya yakin individu itu boleh fikir baik dan buruk, saya harap ‘hamba Allah’ itu dapat hentikan dengan segera, kalau nak luahkan pendapat di media sosial, gunalah nama sendiri bukan nama orang lain.”

Dalam perkembangan lain, Izzue akan muncul di program malam raya di Astro dan juga Telemovie Sebenarnya Dia Isteri Saya Raya di TV3 pada Hari Raya Pertama.


Isteri Dilarikan Lelaki Tidak Dikenali, Ezany Buat Laporan Polis


Isteri Dilarikan Lelaki Tidak Dikenali, Ezany Buat Laporan Polis


Isteri dilarikan lelaki tidak dikenali, Ezany buat laporan PolisLizda Nuryanti Abidin, 32, dilarikan seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu.

Sumber oleh myMetro

KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2014: Pelakon dan juga usahawan, Ezany membuat laporan polis mendakwa isterinya, Lizda Nuryanti Abidin, 32, dilarikan seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu.

Dia yang nama sebenarnya Mohd Zani@Zohiri Mohd Nizariff membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang, dekat sini, semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Isteri Dilarikan Lelaki Tidak Dikenali, Ezany Buat Laporan Polis
Isteri Dilarikan Lelaki Tidak Dikenali, Ezany Buat Laporan Polis


Ezany mendakwa kira-kira jam 4.30 pagi hari kejadian, dia bangun untuk bersahur di kediamannya di Seri Kembangan dan mendapati isterinya sudah tiada.

Menurutnya, isterinya dipercayai keluar dari rumah kerana pintu hadapan rumahnya di tingkat bawah juga tidak berkunci.

“Selepas kejadian itu, saya cuba menghubunginya beberapa kali namun tidak berjaya. Saya turut menghubungi kampung keluarganya di Labuan, Sabah, namun mereka memaklumkan isterinya tidak berada di sana,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ezany berkata, bimbang keselamatan isterinya yang masih tidak pulang ke rumah sehingga semalam dia tidak mempunyai pilihan lain melainkan membuat laporan polis.




Hefny Belum Sedia Bernikah Dengan Nad Zainal Akibat Tekanan Keluarga?


Hefny Belum Sedia Bernikah Dengan Nad Zainal Akibat Tekanan Keluarga?


Hefny belum sedia bernikah dengan Nad Zainal apabila diganggu pelbagai anasir luar seperti keratan akkbar mengenai kisah kontroversi cinta mereka menerusi aplikasi Whatsapp.

KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2014: Hubungan cinta antara Hefny dan Nad Zainal telah memberi tempias yang negatif kepada keluarga Hefny apabila diganggu pelbagai anasir luar seperti keratan akkbar mengenai kisah kontroversi cinta mereka menerusi aplikasi Whatsapp.

Hefny Belum Sedia Bernikah Dengan Nad Zainal Akibat Tekanan Keluarga?


Itu semua berlaku di awal percintaan mereka dan selepas diterangkan Hefny barulah keluarganya dapat memahami dan menerima segala keputusan Hefny.

Ayahnya juga turut menerima teguran dan kritikan oleh orang sekeliling menanyakan perihal anaknya mengenai hubungan cintanya yang agak kontroversi.

Berdasarkan laporan Malaysia Digest, Hefny akui sedang bercinta dengan Nad namun belum bersedia ke arah perkahwinan dan perlukan masa untuk memperkukuhkan kerjayanya di dalam bidang seni.

Hubungan mereka berdua masih kukuh dan utuh dan keluraga menasihati mereka agar memperlahankan kisah percintaan mereka terutama kepada pihak umum.

Jarang berjumpa tidak bermakna mereka tidak menyayangi antara satu sama lain cuma sibuk dengan urusan kerja terutama bidang lakonan dan undangan majlis korporat.

Hefny juga memasang angan-angan untuk membeli rumah sendiri sebelum berumah tangga bagi memudahkan urusan hariannya kelak.

Bagi Murai, percintaan memang indah, dugaan juga perlu tempuh dengan sebaiknya. Kami doakan hubungan kalian berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan