Cari Artikel

Thursday, July 17, 2014

Misi Sazzy Falak Bantu 41 Keluarga Memerlukan


Misi Sazzy Falak Bantu 41 Keluarga Memerlukan


Misi Sazzy Falak bantu 41 keluarga memerlukan yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal dan juga keluarga kurang upaya.

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Instagram:mrstailista
Twitter:@mrstailista

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2014: Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelakon popular Sazzy Falak dan suaminya, Nazril Idrus telah membuka sebuah akaun bersama bagi memberi peluang kepada teman-teman dan kenalan rapat untuk menghulurkan derma kepada 41 keluarga kurang bernasib baik.

Bantuan berbentuk kewangan itu telah dibuka sejak Ahad lalu dan pada 19 Julai ini pasangan berkenaan akan mengagih-agihkan barangan keperluan dan juga duit poket kepada keluarga berkenaan bagi membolehkan mereka meraikan hari raya dengan sempurna.


Misi Sazzy Falak Bantu 41 Keluarga Memerlukan


Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi, Sazzy berkata aktiviti amal berkenaan sudah diperkenalkan dia dan suami sejak tahun lalu, bagaimanapun tahun ini jumlah keluarga yang mendapat bantuan meningkat.

“Kalau tahun lalu kami hanya dapat membantu 15 buah keluarga sahaja, tetapi tahun ini jumlahnya meningkat kepada 41 keluarga yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal dan juga keluarga kurang upaya.

“Tahun ini juga cukup istimewa kerana usaha kami itu mendapat kerjasama daripada I Am For You dan sekali lagi daripada persatuan ibu tunggal,” katanya yang terharu dengan sambutan menggalakan daripada rakan dan taulan.

Tambah Sazzy Falak,  sejak Ahad lalu dia telah menghantarkan mesej bantuan kepada teman dan rakan terdekat atau terpilih bagi mengharapkan kesudian mereka menghulurkan bantuan berbentuk wang ringgit kepada keluarga berkenaan.

Katanya, sebahagian daripada jumlah yang dikutip akan dibelanjakan untuk membeli barang keperluan rumah dan sebahagiannya lagi akan diberikan secara tunai untuk keluarga berkenaan buat belanja.

“Semua bantuan itu akan kami hulurkan dalam sebuah majlis berbuka puasa bersama-sama mereka pada Sabtu ini dan inilah masanya untuk kita memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Malah kami juga turut menerima sumbangan bukan berbentuk wang ringgit seperti pakaian untuk mereka pakai bagi meraikan hari raya tidak lama lagi,” katanya.

Individu yang bermurah hati untuk menghulurkan bantuan kewangan boleh berbuat demikian dengan memasukkan sumbangan ke akaun bersama Maybank milik Nazril Mod Idrus dan Sazlini Shamsul Falak di 564276808807 atau email ke sazzy.falak@gmail.com/nazril.idrus@gmail.com.

Lelaki Harapan Dunia Sertai Festival Filem Antarabangsa Locarno!


Lelaki Harapan Dunia Sertai Festival Filem Antarabangsa Locarno!


Lelaki Harapan Dunia sertai Festival Filem Antarabangsa Locarno, ke-67 di Switzerland.

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2014: Lelaki Harapan Dunia (atau tajuk Inggerisnya ‘Men Who Save The World’) telah terpilih untuk menyertai Festival Filem Antarabangsa Locarno ke-67 di Switzerland.

Filem yang merupakan tulisan dan sutradaraan Liew Seng Tat akan mengambil bahagian dalam kategori Concorso Cineasti del Presente (Sutradara Masa Kini) untuk Anugerah Nescens.

Lelaki Harapan Dunia Sertai Festival Filem Antarabangsa Locarno!


Senarai filem untuk Festival Filem Locarno ke 67 ini baru sahaja diumumkan hari ini. Tahun ini festival tersebut akan berlangsung dari 6 Ogos hingga 16 Ogos 2014.

Lelaki Harapan Dunia Sertai Festival Filem Antarabangsa Locarno!


Anugerah Concorso Cineasti del Presente ditujukan untuk sutradara serata dunia, khususnya yang baru mengarahkan filem sulung dan filem kedua. Dengan pemilihan yang sengit, hanya 15 buah filem sahaja yang terpilih dari seluruh dunia setiap tahun.

Bermula pada 1946, Festival Filem Locarno adalah antara yang tertua di dunia, selain festival di Venice dan Cannes. Locarno telah menempatkan ajangnya sebagai yang utama dalam sinema dunia serta menempa kerjaya pembikin-pembikin filem muda yang terpilih ke festivalnya.

Antara sutradara yang telah melonjak naik setelah dihidu dan dibawa ke Locarno adalah Stanley Kubrick, Paul Verhoeven, Mike Leigh, Chen Kaige, Edward Yang, Jim Jarmusch, Abbas Kiarostami, Gus Van Sant, dan Kim Ki-Duk.

Lelaki Harapan Dunia Sertai Festival Filem Antarabangsa Locarno!


Filem Liew Seng Tat yang dinanti-nantikan ini dahulunya dinamakan ‘In What City Does It Live?’. Filem ini telah menerima sokongan dana antarabangsa termasuklah dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Torino Film Lab (Itali), Hubert Bals Fund (Belanda), Netherlands Film Fund, World Cinema Fund (Jerman), Visions Sud Est (Switzerland), Fondation Groupama Gan pour le Cinéma - Cinefondation (Perancis), Prince Claus (Belanda), Mahindra Global Filmmaking Award di Sundance Institute, Sundance Institute Feature Film Program dan Doris Duke Foundation (Amerika Syarikat).

Liew telah mengembangkan filem Lelaki Harapan Dunia semasa di program Cannes Director’s Residence – Cinefondation lagi dan turut mengambil bahagian di Sundance Screenwriters Lab 2011. Filem sulungnya ‘Flower in the Pocket’ (2007) meraih beberapa anugerah dan hadiah di beberapa ajang filem festival antarabangsa termasuklah di Busan, Rotterdam, Fribourg, Deauville dan Pesaro.

Lelaki Harapan Dunia ialah sebuah filem komedi drama yang mengisahkan beberapa kejadian malang yang menimpa sebuah perkampungan Melayu yang aman yang mengakibatkan salah faham, tuduhan palsu dan suasana riuh sekampung.

Filem ini membariskan pelakon berpengalaman. Antaranya Wan Hanafi Su, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, Jalil Hamid, dan Azhan Rani. Ia diterbitkan oleh Sharon Gan dan diterbitkan bersama oleh Everything Films Sdn. Bhd. (Malaysia) dan Volya Films (Belanda), Flying Moon Filmproduktion (Jerman) dan Mandra Films (Perancis).

Lelaki Harapan Dunia akan menemui penonton Malaysia di layar perak pada 27 November 2014. Ikuti berita-berita terkini tentang filem ini dengan melanggani laman www.facebook.com/lelakiharapandunia

Sinopsis Filem

Filem berkisah tentang sebuah kampung yang terjadi kekacauan akibat kesalahfahaman penduduk kampung yang menyangka rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung untuk Pak Awang dihuni oleh “hantu” sedangkan terdapat seorang pendatang asing Afrika yang menghuni secara sembunyi-sembunyi. Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak percaya kepada tahyul, tetapi tiada siapa yang ingin mendengar. Benarkah "hantu" itu "Orang Minyak"?

Festival Filem Locarno

Bermula pada 1946, Festival Filem Locarno (atau dalam Bahasa Italinya, Festival del film Locarno) adalah antara yang tertua di dunia, selain festival di Venice dan Cannes. Sebagai festival yang khusus bertujuan mencungkil bakat dan kecenderungan baru, Locarno mapan sebagai acara utama sinema dunia dan kukuh sebagai landasan berharga bagi generasi baru dunia perfileman.

Locarno sering menemui bakat-bakat besar sutradara muda dari seluruh dunia, sebelum dihidu festival-festival lain. Adakalanya dikesan seawal filem pendek pertama mereka lagi yang kemudian meletakkan sutradara-sutradara ini sebagai pembikin filem utama generasi mereka sendiri: sebagai contoh termasuklah Claude Chabrol, Stanley Kubrick, Paul Verhoeven, Milos Forman, Marco Bellocchio, Glauber Rocha, Raul Ruiz, Alain Tanner, Mike Leigh, Bela Tarr, Chen Kaige, Edward Yang, Aleksander Sokurov, Atom Egoyan, Jim Jarmusch, Spike Lee, Gregg Araki, Catherine Breillat, Abbas Kiarostami, Gus Van Sant, Pedro Costa, Fatih Akin, Claire Denis, Kim Ki-Duk, dan ramai lagi.

Festival ini telah berjaya dan setia dengan pegangannya. Berlatarkan sejarah yang mengesankan dan teguh menghadapi masa mendatang, Festival Filem Locarno kini lebih sinonim dengan penemuan dan inovasi berbanding sebelumnya. Prihatin dengan perkembangan sinema moden demi mencari filem-filem yang paling inovatif saat ini, festival ini tersohor kerana program-programnya yang bersifat terbuka dan bertaraf tinggi dengan tayangan-tayangan perdana antarabangsanya.

Dari blockbuster ke filem bebas, filem bergenre ke eksperimentasi, dan dokumentari ke filem pendek terbaik, saban tahun pemilihan Locarno adalah penanda aras sutradara auteur sinema dunia untuk hari ini dan masa hadapan.


Ajak Shiro Kesal Ada Individu Menyamar Jadi Dirinya Untuk Perdaya Wanita


Ajak Shiro Kesal Ada Individu Menyamar Jadi Dirinya Untuk Perdaya Wanita


Ajak Shiro kesal ada individu menyamar jadi dirinya untuk perdaya wanita dari akaun WeChat.

KUALA LUMPUR, 17 JUL 2014: Pelawak dari kumpulan Shiro, Ajak meminta supaya mana-mana pihak tidak terpedaya atau percaya dengan individu dari akaun WeChat yang menggunakan namanya iaitu Ajak Shiro kerana ianya palsu dan dia akui tidak mempunyai sebarang akaun dari aplikasi tersebut.

Ajak berkata dia kesal apabila baru sahaja menyedari ada individu yang cuba menyamar dirinya untuk memperdaya orang lain terutama wanita.


Ajak Shiro Kesal Ada Individu Menyamar Jadi Dirinya Untuk Perdaya Wanita


"Saya akui saya memang sudah lama tidak mempunyai akaun WeChat. Memang saya pernah ada tapi ketika mula-mula menyertai Raja Lawak dahulu sahaja.

"Saya kesal kerana ini bukan pertama kali saya dapat tahu orang menyamar saya di akaun tersebut.

"Saya harap sesiapa yang berkomunikasi dengannya dalam akaun tersebut lebih baik hentikan dan jangan percaya apa pun yang ditulisnya kerana ianya bukan saya,"katanya ketika ditemui ketika majlis Iftar dan Hari Ulangtahun ke-3 Indopek di Tasik Ampang Hilir semalam.

Ajak menerusi akaun Instagram miliknya turut mendedahkan salah laku individu tersebut yang seolah-olah sedang berinteraksi dan memperdaya wanita.

Berikut merupakan snapshot yang diambil dan didedahkan di Instagram:


Ajak Shiro Kesal Ada Individu Menyamar Jadi Dirinya Untuk Perdaya Wanita


Ajak yang kini merupakan hos I-boom berharap individu tersebut dapat menghentikan salah laku tersebut sebelum sebarang tindakan lain diambil.

Novel Karkuma Raja Azmi Tetap Punya Elemen Cinta dan Seks!


Novel Karkuma Raja Azmi Tetap Punya Elemen Cinta dan Seks!


Novel Karkuma Raja Azmi tetap punya elemen cinta dan seks, namun Raja Azmi tetap merasakan seks itu adalah salah satu cabang kepada sebuah kehidupan.

KL, 17 JULAI 2014: Walaupun novel dan filem terdahulunya disulami kontroversi akibat kandungan yang dikatakan tidak sesuai untuk dibaca kerana berbaur seks dan hubungan intim, namun Raja Azmi tetap merasakan seks itu adalah salah satu cabang kepada sebuah kehidupan seperti yang  terdapat di dalam novel terbaru nukilannya, Karkuma.

Bagi generasi baru mungkin kurang tahu bahawa Raja Azmi merupakan seorang novelis terkenal selain daripada menjadi pengarah kepada beberapa filem yang mencetuskan kontroversi seperti Cinta 200 Ela dan …. Dalam Botol tidak lama dulu.

Novel Karkuma Raja Azmi Tetap Punya Elemen Cinta dan Seks!


Kini setelah hampir 14 tahun tidak menerbitkan karya baru, Raja Azmi yang mula menulis di era 90’an popular menerusi novel pertama Black Widow kini tampil semula dengan Karkuma setelah kali terakhir menghasilkan novel pada tahun 1999.

 “Memang orang akan memperkatakan tentang hal ini tetapi saya bukan sengaja mahu mencari kontroversi untuk melariskan sesuatu karya. Tetapi pada saya seks, cinta dan elemen agama adalah elemen terpenting dalam hidup dan ia harus ditampilkan untuk melengkapkan cerita.

“Tetapi saya penulisan saya dalam karya sebelum ini lebih jelas menghairahkan dari segi jalan cerita yang ada tetapi di dalam Karkuma ia sekadar pelengkap cerita dan ditampilkan melalui pantun.

“Menerusi pengamatan tentang sejarah dulu-dulu, mereka menggunakan elemen pantun untuk menyatakan hasrat untuk bersama dengan pasangan masing-masing dan saya rasa ia menarik untuk diceritakan.

“Saya harap umum diluar sana harus lebih bersikap terbuka menerima sesuatu kerana ia adalah realiti dan saya bukanlah suka untuk mencari kontroversi seperti mana yang sering didakwa,”ujar Raja Azmi setelah ditemui di majlis pelancaran novel fiksyen terbarunya Karkuma di RA Finearts Gallery, Publika, Rabu, semalam.

Karkuma mengisahkan cerita mengenai seorang pemuda yang boleh berbicara dengan tumbuh-tumbuhan jatuh cinta dengan seorang wanita yang diidami jejaka lain bernama Jemang. Konflik ini membawa kepada tindakan Jemang cuba untuk menghapuskan Karkuma menggunakan kuasa jin yang menjadi isi kandungan novel ini.Karkuma akan diedarkan oleh Merpati Jingga dan boleh dimiliki dalam bentuk digital.


Siti Nurhaliza Kesal Ada Pihak Plagiat Facebook Namanya Kutuk Palestin


Siti Nurhaliza Kesal Ada Pihak Plagiat Facebook Namanya Kutuk Palestin

Siti Nurhaliza kesal ada pihak plagiat Facebook namanya kutuk Palestin yang diserang tentera zionis Israel.

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2014: Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kesal dan kecewa dengan kewujudan akaun Facebook palsu yang mengunakan namanya dan mengutuk rakyat Palestin yang diserang tentera zionis Israel.

Dia antara lain menjelaskan di laman Instagram miliknya, menegaskan tidak akan menghalalkan cara tindakan individu terbabit yang tidak bertanggungjawab dan keterlaluan.

Siti Nurhaliza Kesal Ada Pihak Plagiat Facebook Namanya Kutuk Palestin


Akaun palsu tersebut melemparkan kata-kata yang kasar terhadap penduduk Palestin dan menganggap ia merupakan perkara yang biasa dan rutin harian mereka.

Siti Nurhaliza Kesal Ada Pihak Plagiat Facebook Namanya Kutuk Palestin


Selain itu, individu berkenaan turut menyifatkan rakyat negara ini tidak akan mengambil peduli dengan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin.

Terdapat di perenggan lain, banyak menyindir kepada remaja Melayu yang leka dengan kesenangan yang dimiliki berbanding penduduk Palestin.

Sementara itu, posting di Instagram milik Siti Nurhaliza mendapat lebih 200 komen sehingga pukul 12 tengah hari Rabu daripada pengikut-pengikutnya turut mengutuk tindakan individu terbabit yang dianggap cuba mencemarkan nama baik penyanyi itu.

Mereka meminta agar Siti mengambil tindakan dan membuat laporan polis terhadap perbuatan individu tersebut.


Rozana Misbun Didakwa Drama Queen Serta Kuat Menipu?


Rozana Misbun Didakwa Drama Queen Serta Kuat Menipu?


Rozana Misbun Didakwa Drama Queen Serta Kuat Menipu? Luahan Rozana itu adalah satu penipuan serta drama yang dilakukan dengan tujuan untuk meraih simpati orang ramai. 

KL, 17 JULAI 2014: Ramai yang memberikan komen serta maklum balas berikutan daripada artikel serta video yang dimuatnaik mstar online pada pagi semalam, mengenai luahan hati  Rozana Misbun, 36, mengenai kemelut yang berlaku di antaranya dengan suaminya, Awie Wings.

Namun begitu, luahan hati Rozana itu telah dibidas oleh seorang wanita yang menamakan dirinya sebagai Ain Hussin. Malah, Ain Hussin yang sebelum ini mengakui kenalan kepada Awie serta Rozana mendakwa bahawa luahan Rozana itu adalah satu penipuan serta drama yang dilakukan dengan tujuan untuk meraih simpati orang ramai. 

Rozana Misbun Didakwa Drama Queen Serta Kuat Menipu?


Buktinya, anak pertama Awie iaitu Aleeya telah bertanya, siapakah pengarah kepada video tersebut. 

Jelas Ain Hussin lagi, pertanyaan Aleeya itu jelas membayangkan bagaimana hubungan  sebenar Rozana terhadap anak-anak Awie selama ini.

"Hubungan dia dengan anak anak arni baik Sahaja? Oh come on Rozana. Nak menipu pun agak agak. JGN ingat you boleh suruh kita orang menipu untuk you lagi..... 

"Semua orang tahu betapa kuat you drama..... Airmata simpan lah...... But again Kalau tengok video dia anda Akan perasan mana Ada airmata keluar.... Hati batu and pura pura.. #bercakappakaiotak #sudahsudahlahmenipu #rozanamisbun #awie #adaakukisah #meniputahapdewa


Ezany Akur Desakan Isteri Untuk Bercerai


Ezany Akur Desakan Isteri Untuk Bercerai


Ezany akur desakan isteri untuk bercerai untuk berbuat demikian selepas didesak oleh Lizda.

umber: mStar Online

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2014: Keharmonian rumah tangga yang dibina selama tujuh tahun tidak dapat diselamatkan lagi apabila pelakon Ezany Nizarif mengesahkan bakal bercerai dengan isterinya, Lizda Nuryanti, 32.

Menurut Ezany, 41, dengan hati yang berat dia terpaksa akur dengan kehendak isterinya untuk berbuat demikian selepas didesak oleh Lizda.

Ezany Akur Desakan Isteri Untuk Bercerai


“Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi. Hubungan kami dah berada di hujung tanduk.

“Sebenarnya dia yang minta (cerai) dan sebelum ini pun dah banyak kali dia minta… Setelah tujuh tahun kami hidup bersama akahirnya saya terpaksa akur dengan permintaannya,” katanya seperti dilapor mStar Online.

Bagaimanapun Ezany enggan mengulas lanjut ketika ditanya samada pihaknya atau pihak isterinya sudah memfailkan cerai atau tidak.

“Buat masa ini pun masalah masih belum selesai. Tunggu sahajalah apa keputusan hakim nanti.

“Saya engaan ulas lanjut mengenai perkara ini kerana khuatir ia boleh menjejaskan kes kami.” ujarnya.

Terdahulu, Ezany ada memuat naik status di akaun Facebook miliknya pada Selasa dengan kapsyen yang berbunyi: “Its over, the end. Berakhir sebuah cerita.”

Ezany Akur Desakan Isteri Untuk Bercerai


Manakala Lizda pula meluahkan perasaa bahawa dia ingin mencari kekuatan diri selepas melalui proses perpisahan dalam rumahtangganya.

Ezany Akur Desakan Isteri Untuk Bercerai


Pasangan ini selamat bergelar suami isteri pada 1 Julai 2007 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak.


Warner Music Perkenalkan Didi Astillah, Hanie Soraya & Dua Band Baru


Warner Music Perkenalkan Didi Astillah, Hanie Soraya & Dua Band Baru


Teks & video oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Instagram:mrstailista

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2014: Sempena pelancaran album yang menghimpunkan lagu-lagu Hari Raya berjudul  15 Senandung Aidilfitri terbitan Warner Music Malaysia minggu lalu, syarikat rakaman berkenaan turut memperkenalkan 4 barisan artis terbaru mereka.

Warner Music Perkenalkan Didi Astillah, Hanie Soraya & Dua Band Baru


Cukup tersendiri dan memiliki vokal yang tidak kurang hebatnya, dua daripada artis berkenaan adalah penyanyi solo wanita yang dikenali dengan nama komersial mereka iaitu Hanie Soraya yang semakin popular dengan lagu Hujung Dunia dan Didi Astillah menerusi lagu Pikirkan Kamu.

Sementara itu, dua lagi adalah penyanyi berkumpulan yang dikenali sebagai NtahSape2Ntah bersama  lagu raya mereka Syawal Tanpamu dan kumpulan yang dijangka bakal mendapat sambutan hangat, Payslip dengan lagu Syurga Sang Pencinta.

Sebagai memperkenalkan 4 artis baru itu, mereka telah membuat persembahan secara langsung di hadapan tetamu yang hadir pada majlis pelancaran dan berbuka puasa berkenaan.

Seperti yang dijangka, Payslip yang dianggotai empat orang anak muda belasan tahun telah mendapat perhatian ramai kerana usia serta rupa paras mereka yang pastinya akan membuat ramai peminat remaja akan menyukai  kumpulan itu.

Manakala personaliti  menarik yang dimiliki Didi Astillah dan lagunya yang unik bersama vokal mantap menjadikan penyanyi muda itu dilihat menpunyai masa depan cerah dalam dunia seni suara tanah air.

Sementara itu album 15 Senandung Aidilfitri, menampilkan 15 lagu Hari Raya dendangan Dato’ Jamal Abdillah, Hafiz, Awie, Feminin, Maya Karin, Adibah Noor dan ramai lagi.

Kompilasi terbaru terbitan Warner Music Malaysia, turut menampilkan 3 buah lagu terbaik sepanjang zaman daripada Dato’ Jamal Abdillah, Feminin, Ajai dan menampilkan 2 buah lagu baru iaitu dari Soo Wincci yang bertajuk Salam Aidilfitri dan Syawal Tanpamu oleh NtahSape2Ntah.

15 Senandung Aidilfitri boleh didapati dalam bentuk cakera padat dengan harga RM 23.90.


Dato' Jamal Abdillah Bercinta Dengan Wartawan Harian Metro?


Dato' Jamal Abdillah Bercinta Dengan Wartawan Harian Metro?


Dato' Jamal Abdillah Bercinta Dengan Wartawan Harian Metro? Rakan-rakan tersenyum simpul tatkala nama Ramlah disebut-sebut bersama abang Jamal.

16 JULAI 2014: Sebelum ini Murai Batu dengar penyanyi Nas Adila sangat akrab dengan Raja Pop, Dato' Jamal Abdillah, hinggakan wujud desas-desus yang mengatakan bahawa kononnya mereka sedang bercinta.

Namun, gosip itu nampaknya berlalu begitu saja dan selepas itu Murai Batu tak dengar apa-apa lagi tentang hubungan Nas Adilla dengan penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu.

Malah, apa yang Murai Batu dapat tahu, Nas Adila bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Dengan siapa? Nantilah Murai Batu korek daripada Nas Adila ya.

Dato' Jamal Abdillah Bercinta Dengan Wartawan Harian Metro?


Tapi, apa ceritanya pula dengan abang Jamal kita tu? Dah ada pengganti ker atau masih lagi memegang title eligible bachelor?

Korek punya korek, akhirnya Murai Batu dapat tahu bahawa abang Jamal khabarnya sekarang ini semakin dekat dengan seorang wartawan hiburan di meja hiburan Harian Metro.

Aiii siapa wartawan hiburan tu? Bukannya Murai Batu tak kenal rakan-rakan wartawan hiburan di akhbar Harian Metro tu. Kenal sangat-sangat kot. Tapi, kebanyakannya dah punya suami kecuali si cantik manis, Ramlah Zainal yang kembali single selepas kematian suami tidak lama dulu.

Tapi, bila lihat rakan-rakan tersenyum simpul tatkala nama Ramlah disebut-sebut bersama abang Jamal, maka fahamlah Murai Batu bahawa Ramlah adalah wartawan hiburan yang dimaksudkan akrab dengan abang Jamal itu.

Wah! Tak sangka Ramlah ya. Dalam diam-diam saja. Apapun, Murai Batu tumpang gembira sangatlah dan Murai Batu akan doakan agar hubungan mereka akan berjaya sampai ke tahap yang lebih serius lagi.


Tidak Sebumbung Lagi, Rozana Tidak Dibenarkan Awie Jumpa Anak


Tidak Sebumbung Lagi, Rozana Tidak Dibenarkan Awie Jumpa Anak


Tidak sebumbung lagi, Rozana tidak dibenarkan Awie jumpa anak, selepas kes dipukul suami, isteri kepada vokalis kumpulan Wings, Awie iaitu Rozana Misbun.

Sumber oleh mStar Online

KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2014: Selepas kes dipukul suami, isteri kepada vokalis kumpulan Wings, Awie iaitu Rozana Misbun, 36, dia tidak lagi tinggal sebumbung dan juga tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anaknya.

Menerusi temubual oleh portal mStar Online, Rohana memberitahu ianya satu tindakan yang berat untuk meninggalkan anak-anak kerana dia sendiri tidak pernah berpisah dengan mereka sebelum ini.

“Ina (Rozana) rindukan anak-anak Ina… Sudah sebulan Ina tak jumpa mereka. Panggilan telefon juga tak dijawab,” jelas Rozana yang membahasakan dirinya Ina tatkala membuka bicara.

Tidak Sebumbung Lagi, Rozana Tidak Dibenarkan Awie Jumpa Anak


“Ina hidup dalam keadaan trauma. Emosi Ina juga tertekan akibat kejadian hitam yang menimpa Ina. Keadaan fizikal Ina yang sakit turut menambahkan lagi rasa bimbang. Sehinggalah kira-kira hampir dua minggu selepas peristiwa itu (iaitu pada 15 Jun 2014), Ina membuat keputusan untuk keluar rumah dan tinggal bersama ibu di Bangsar (Kuala Lumpur).

“Sejak awal-awal lagi Awie telah ingatkan Ina agar tidak berebut anak. Ina buat keputusuan untuk tingggalkan rumah ketika anak-anak sedang tidur iaitu kira-kira pukul 6.30 pagi. Ina bimbang kalau-kalau mereka terjaga, mereka pasti mahu ikut Ina kerana ia akan mengharu-birukan lagi keadaan rumah tangga Ina yang sedang tegang.

Meskipun trauma, namun dia masih mampu untuk menyembuyikan kisah sebenar alam rumah tangganya malah turut mengelak untuk berkongsi  rentetan peristiwa hitam, insiden kononnya dibelasah suami sendiri.

“Usahlah sentuh kisah Ina dipukul kerana ia sudah melibatkan pihak mahkamah. Cuma Ina ingin kongsi kisah sedih mengenai hati seorang ibu…” pintanya.

Terdahulu Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.

Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie.

Rozana juga telah membuat tiga laporan polis di Balai Polis Daerah Brickfields berhubung kejadian yang berlaku keatasnya termasuklah ancaman halangan untuk berjumpa tiga anak kandungnya.


Lagu Hijjaz “Al Qassam” Popular Di Gaza


Lagu Hijjaz “Al Qassam” Popular Di Gaza


Lagu Hijjaz “Al Qassam” Popular Di Gaza lagu berkenaan diterjemah oleh kumpulan Hijjaz sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza.

Sumber oleh Astro AWANI
KUALA LUMPUR,  16 JULAI 2014 - Video klip kumpulan nasyid popular Hijjaz berjudul ‘Al-Qassam’ kian mendapat perhatian, khususnya di kaca televisyen Gaza.

Video klip baharu itu dilancarkan ketika Gaza kini berhadapan dengan serangan udara Israel, di mana angka kematian telah mencecah 186.

Lagu asal adalah lagu tema Briged al-Qassam yang menjadi nadi utama pertahanan di Gaza. Lagu berkenaan diterjemah oleh kumpulan Hijjaz sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza.

Lagu Hijjaz “Al Qassam” Popular Di Gaza


Video klip yang berdurasi 5 minit 34 saat menampilkan aksi-aksi kumpulan Al-Qassam dan perjuangan mereka untuk mempertahankan Palestin.

"Ia menceritakan tentang tentera Al-Qassam dan bagaimana mereka mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan juga Baitul Maqdis. Al-Quran menjadi perlembagaan mereka dan sebagai pahlawan Al-Qassam mereka harus menghafal Al-Quran. Secara amnya, ia tentang kekuatan tentera Al-Qassam," kata seorang anggota Hijjaz Ariffin Rahim.

Lagu berkenaan dimuatkan dalam album ‘Keranamu Baitul Maqdis’ di mana hasil jualan disalurkan kepada Tabung Gaza Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

"Kita lancarkan album ini tahun lepas di mana kita berjaya membeli dua atau tiga van ambulans di Syria. Dan apabila kita lihat situasi di Gaza ketika ini, kita melancarkan klip video terbaru ini untuk menggalakkan orang ramai untuk membeli album ini dan semua kutipan akan disalurkan kepada Gaza.

"Kami pernah pergi ke Gaza bersama MAPIM. Kami sudah lihat situasi di sana dan kami ingin tahu apa yang  boleh kami sumbangkan. Jadi kami menerbitkan album ini di mana orang ramai boleh mendapatkan album dan turut menyumbang kepada mereka di Gaza," katanya.



Ditanya jika klip video berkenaan untuk menggalakkan umat Islam di Malaysia untuk menjadi pejuang Al-Qassam, Ariffin berkata ia lebih kepada menggalakkan orang ramai untuk berjuang dengan apa yang mereka mampu.

"Kami mahu pendengar atau yang menonton video klip untuk mengambil roh (Al-Qassam) untuk berjuang. Sebagai umat Islam, kita semua bertanggungjawab untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan Baitul Maqdis.

"Mungkin kita boleh membantu dengan mengorbankan harta benda kita dengan sedekah. Kedua, kita boleh korbankan diri kita dan masa kita dengan menjadi sukarelawan di sana. Soal kemenangan, kita serahkan kepada Allah tetapi apa yang penting adalah usaha kita dan kita membantu dengan ikhlas," akhiri Ariffin.


Johan Raja Lawak Selamat Menjalani Pembedahan Lutut


Johan Raja Lawak Selamat Menjalani Pembedahan Lutut


Johan Raja Lawak Selamat Menjalani Pembedahan Lutut Anterior Cruciate Ligament (ACL) sebelah kirinya.

KUALA LUMPUR 16 JULAI 2014: Pelawak dan Penyampai Radio ERA fm, Johan telah pun selamat menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada lutut sebelah kirinya. Difahamkan, beliau sebelum ini turut menjalani pembedahan yang sama.

Gambar kakinya berbalut itu telah dikongsikan di laman Instagram miliknya dan memohon doa kepada semua peminat mendoakannya agar cepat sembuh dan menjalani kehidupan harian seperti biasa.

Johan Raja Lawak Selamat Menjalani Pembedahan Lutut


Antara selebriti yang melawat Johan di hospital ialah Afdlin Shauki sebagai tanda sokongan dan memberi semangat kepadanya.

Johan Raja Lawak Selamat Menjalani Pembedahan Lutut


Tahun lalu, beliau menjalani pembedahan ini disebabkan ligamen lutut dan miniskusnya koyak 3 hari sebelum Maharaja Lawak Mega menyebabkan beliau sukar untuk berjalan normal.

Johan Raja Lawak Selamat Menjalani Pembedahan Lutut


Dalam gambar itu juga, Johan sempat bergurau dan bermesra dengan anaknya dan menunjukkan Johan seorang bapa yang penyayang.

Kami dari team Murai doakan Johan cepat sembuh dan menyerikan semula pagi pendengar-pendengar Era FM.  


Asmidar Sibuk Cari Wajik Bukan Sebab Mahu Nikah Raya Ini


Asmidar Sibuk Cari Wajik Bukan Sebab Mahu Nikah Raya Ini


Asmidar sibuk cari wajik bukan sebab mahu nikah raya ini tetapi kerana dia mahu bawa juadah tersebut untuk ke majlis rumah terbuka rakannya.

KUALA LUMPUR, 16 JUL 2014: Penyanyi Asmidar atau nama sebenarnya Norhasmidar Ahmad akui dia benar-benar ingin mencari pembekal berdekatan yang menjual juadah tradisi, Wajik sebelum menjelangnya Syawal ini.

Asmidar berkata dia ingin mencari Wajik kerana dia mahu bawa juadah tersebut untuk ke majlis rumah terbuka rakannya.

Namun tanpa ditanya dia terus menepis dakwaan kononnya juadah itu mahu dijadikan sebagai sebahagian untuk majlis istimewa seperti pernikahannya atau pertunangannya.

Asmidar Sibuk Cari Wajik Bukan Sebab Mahu Nikah Raya Ini


"Saya mencari Wajik untuk dijadikan juadah Hari Raya di kampung dan juga sebagai buah tangan untuk rakan saya yang mengadakan rumah terbuka pada Raya pertama di Kuala Lumpur.

"Wajik itu kan juadah tradisional, jadi sajalah saya tambah sebagai sebahagian juadah pada hari raya ini.

"Bukannya sebab saya nak kahwin atau nak bertunang ya. Tapi malangnya hingga kini saya belum jumpa lagi penjual Wajik," katanya kepada murai.com.my.

Sementara itu, Asmidar sempat memberitahu dia tidak akan menyembunyikan apa-apa jika dia susah benar-benar bersedia untuk bertunang mahu pun berkahwin.

"Kalau saya hendak bertunang atau apa saya pasti jemput. Cuma malangnya calon pun belum ada lagi," luahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Asmidar yang kini berniaga di bazaar Ramadan di Wangsa Maju Seksyen 1 itu baru sahaja mengeluarkan single terbaru iaitu Bila Cinta Ada.


Hanis Zalikha Tak Mahu Jumpa Nidji, Kenapa?


Hanis Zalikha Tak Mahu Jumpa Nidji, Kenapa?


Hanis Zalikha Tak Mahu Jumpa Nidji, Kenapa? Sebab jadual saya pada hari tersebut sudah dipenuhi dengan meeting dan beberapa perkara yang harus diselesaikan.


KL, 16 JULAI 2014: Populariti blogger terkenal yang kini bergelar pelakon Hanis Zalikha bukan calang-calang setelah ada desas-desus mengatakan sebuah kumpulan muzik dari seberang turut menyimpan hasrat bertemu dirinya.

Kumpulan Nidji yang baru sahaja mengadakan persembahannya di ibu negara baru-baru ini dikatakan berasa hampa kerana tidak dapat bertemu dengan pelakon baru yang cantik itu walaupun telah menjemputnya ke persembahan mereka.

Hanis Zalikha Tak Mahu Jumpa Nidji, Kenapa?


Hanis Zalikha yang dihubungi baru-baru ini tidak menyangka pihak Nidji merasa kecewa tidak dapat bertemu dengannya, namun dia memberitahu kesibukan pada hari yang dijemput mereka itu membuatkan dia tidak berkesempatan bertemu Nidji.

“Memang saya ada terima pelawaan untuk menyaksikan persembahan dan bertemu dengan Nidji ketika mereka berada di Kuala Lumpur tempoh hari. Tetapi kalau tak salah jemputan itu sampai kepada saya agak lambat dan pada hari berkenaan memang saya ada komitmen lain.

“Saya bukanlah tersangat sibuk atau menggunakan alasan itu untuk tidak mahu berjumpa tetapi sememangnya jadual saya pada hari tersebut sudah dipenuhi dengan meeting dan beberapa perkara yang harus diselesaikan.

“Jika ia diberitahu lebih awal rasanya saya tiada masalah untuk bertemu dengan Nidji. Nak juga tahu mengapa mereka ingin berjumpa dengan saya,”ujarnya berseloroh dalam nada hairan bila bercakap mengenai kesungguhan Nidji untuk bertemu dengannya.

Terpilih menjadi salah seorang penyumbang suara untuk alihbahasa bagi filem animasi Despicable Me 2, aktres ini seronok melakukan projek bersama HBO ASIA ini yang bakal ditayangkan di saluran tersebut Aidilfitri ini.

Dia yang pertama kali mendapat tawaran ini telah belajar dengan adiknya yang mempunyai pengalaman membuat voice over untuk animasi Boboiboy.


Ziana Zain: Allah SWT Kurniakan Saya Hadiah Paling Bermakna


Ziana Zain: Allah SWT Kurniakan Saya Hadiah Paling Bermakna


Ziana Zain: Allah SWT kurniakan saya hadiah paling bermakna dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini.

KL, 15 JULAI 2014: Kenapa Ramadan sentiasa dinanti, kerana Allah SWT menjanjikan bulan ini sebagai bulan untuk umatnya melipat ganda akan amalan dan beribadah untuk ganjaran pahala yang juga tidak terhingga banyaknya.

Tetapi buat  penyanyi tersohor, Ziana Zain Ramadan kali ini antara yang paling bererti bila dia menerima kurniaan yang amat bernilai daripada Allah SWT. Pada hari turunnya Al Quran ke dunia, Ziana pula terima sebuah hadiah istimewa serta ia menandakan kejayaan buat semua yang mendoakan kesejahteraan penyanyi pujaan ramai ini.

Ziana Zain: Allah SWT Kurniakan Saya Hadiah Paling Bermakna


Beberapa kali cerita mengenai Ziana Zain mula mengubah penampilannya terbit ditajuk utama media massa seluruh negara baru-baru ini. Namun tuan empunya badan belum lagi mengesahkan sendiri hinggalah pada hari ini 15 Julai bersamaan 17 Ramadan iaitu hari Nuzul al-Quran, diva pujaan ramai itu mengakui penampilannya di rakaman MeleTOP Raya merupakan imej baru buat Ziana Zain.

Dihubungi sebentar tadi menerusi panggilan telefon, Ziana atau nama penuhnya Siti Roziana Zain, tenang bercerita mengenai hijrahnya pada Ramadan ini adalah sebuah hadiah kemenangan dan juga kurniaan yang amat besar buat dirinya. Bagi dirinya, ia adalah berkat dan doa dari insan yang menyayanginya selama ini  telah dimakbulkan Allah SWT.

“Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa  daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.

“Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa.

“Tiada pengumuman yang nak dibuat kerana yang penting apa yang dituntut(berhijab) saya telah cuba penuhi bermula dari Ramadan ini dan harapan saya biarlah ia kekal ke akhir hayat. Tiada apa yang lebih bermakna dari apa yang Allah SWT kurniakan kepada saya sekarang, Alhamdulillah,”tutur Ziana yang tidak lekang memanjatkan syukur kerana diberikan peluang yang begitu berharga di bulan mulia ini.

Ditanya tentang karier seninya, Ziana masih aktif seperti biasa cuma penampilannya kini akan cuba dijaga sebaiknya. Tambahan pula sokongan daripada keluarga terutama anak-anak akan mempermudahkan hari-hari yang bakal dilaluinya nanti berserta sokongan yang tidak berbelah bagi daripada peminatnya.

Penampilan istimewa penyanyi lagu Korban  Cinta ini adalah bersempena dengan rakaman khas MeleTOP Raya untuk siaran Aidilfitri ini di Astro. Memilih ilham rekaan pereka yang sinonim dengan nama penyanyi ini, Rizman Ruzaini telah menyiapkan persalinan indah lengkap berhijab khas untuk imej terbaru Ziana Zain itu.

Kredit Foto Rizman Ruzaini


Jaclyn Victor Kini Menjejakkan Kaki Di LA Kembangkan Karier


Jaclyn Victor Kini Menjejakkan Kaki Di LA Kembangkan Karier


Jaclyn Victor kini menjejakkan kaki di LA kembangkan karier dalam bidang nyanyian apabila memulakan langkahnya untuk menembusi pasaran antarabangsa.

KL, 14 JULAI 2014: Berbekalkan bakat serta vokal yang hebat, penyanyi Jaclyn Victor kini mula menyusun strategi baru dalam bidang nyanyian apabila memulakan langkahnya untuk menembusi pasaran antarabangsa menurut kenyataan media yang dihantar oleh pengurusunnya KRU Music.

Single terbaru yang dipertaruhkan Jaclyn Victor berjudul Remedy bakal diedarkan bermula 10 Julai 2014 di 80 platform digital dari mana sahaja anda berada.

Dengan gabungan melodi rancak berentak pop dan lirik menepati trend lagu terkini, Remedy disempurnakan dengan vokal hebat berentak r&b Jac beserta susunan muzik EDM (electronic dance music) mempunyai apa yang sering diperlukan untuk menjadikan single itu berjaya.

Jaclyn Victor Kini Menjejakkan Kaki Di LA Kembangkan Karier


Ini merupakan salah satu pelan komprehensif telah disusun rapi oleh KRU Music untuk memasarkan lagu ini dipersada antarabangsa. Sebagai permulaan, Jaclyn kini berada di Los Angeles, California dari 5hb hingga 13hb Julai 2014 untuk memperkenalkan lagu tersebut melalui pelbagai siri pertunjukan pentas serta temuramah media.

Program selama seminggu ini adalah siri promosi yang pertama didalam pelbagai aktiviti promosi susulan diperingkat antarabangsa yang dirancangkan oleh pihak pengurusan label.

“Remedy” adalah salah satu single daripada album berjudul “Unleashed” yang akan berada dipasaran pada September 2014. Diterbitkan oleh penerbit/komposer prolifik yang telah memenangi pelbagai anugerah, Edry Abdul Halim, album ini turut menampilkan 4 lagi single yang bakal menjadi hit seperti “Pinnacle”, “Sweeter Than A Dream”, “Over And Over” and “Delirious”.

Album ini telah dirakamkan sepenuhnya di Kuala Lumpur manakala proses adunan dan “mastering” telah dibuat di Los Angeles. Jaclyn akan cuba dihubungi sebaik sahaja dia pulang bagi mendapatkan respon dan reaksi yang diberikan oleh orang di sana mengenai muzik dan suara yang dimilikinya. 


Anak Datuk Yusof Haslam Trauma Dengan Kejadian Rompak


Anak Datuk Yusof Haslam Trauma Dengan Kejadian Rompak


Anak Datuk Yusof Haslam trauma dengan kejadian rompak Syafiq seolah-olah tidak percaya kejadian rompak itu berlaku dirumahnya terutama di bilik tidur.

Sumber oleh H! Live

KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2014: Pengarah Terkenal Datuk Yusof Haslam akui pernah bermimpi rumahnya dimasuk perompak dan disebabkan mimpi itu, beliau lebih berhati-hati dan mempertingkatkan sistem keselamatan di rumah agamnya di Bukit Melawati.

“Saya pernah bermimpi rumah saya dimasuki perompak, ketika kejadian ianya adalah realiti bukan lagi mimpi lalu saya menembak dinding untuk menakut-nakutkan penjenayah, “ katanya menjadi tetamu undang rancangan bual bicara H Live, Apa Kata Malaysia.

Anak Datuk Yusof Haslam Trauma Dengan Kejadian Rompak


Menurutnya lagi, tuan rumah mempunyai hak untuk menembak penjenayah sekiranya keselamatan dan nyawa terancam demi mempertahankan diri.

“Dalam rumah kita memang ada kuasa, kecuali di luar rumah, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menembak suspek atau penjenayah, itu di luar bidang kuasa kita, hanya pihak polis yang boleh mengambil tindakan,” katanya.

Dalam pada kejadian itu, isterinya Datin Fatimah Ismail trauma dengan kejadian itu termasuk anaknya Syafiq seolah-olah tidak percaya kejadian rompak itu berlaku dirumahnya terutama di bilik tidur.

“Syafiq antara yang paling trauma, dia tengok di CCTV, biliknya digeledah dan diselongkar, perompak itu telah mengambil cincin dan jam tangannya.”

Setelah kejadian itu, Datuk Yusof Haslam mempertingkatkan lagi sistem kawalan keselamatan dengan menambah lagi bilangan cctv di sekitar rumahnya.

Dalam perkembangan lain, beliau masih lagi menanti untuk menimang cucu dari kedua-dua anaknya iaitu Samsul dan Syafiq kerana belum ada tanda-tanda lagi yang isteri mereka hamil.

“Buat masa sekarang, saya dah ada 3 orang cucu dari anak sulong saya Faizal, kalau bilangan cucu saya bertambah itu adalah rezeki dan jumlah bilangan keluarga saya turut bertambah.”

Datuk Yusof Haslam amat bersyukur dengan kejayaan dan limpahan rezeki oleh-Nya dan berdoa kehidupan keluarganya diberkati dan dilindungi.


Isteri Disahkan Hamil, Tomok Bakal Timang Cahaya Mata Kedua


Isteri Disahkan Hamil, Tomok Bakal Timang Cahaya Mata Kedua


Isteri sisahkan hamil, Tomok bakal timang cahaya mata kedua dan nampaknya hajatnya itu telah dimakbulkan.

Sumber oleh Astro Gempak 

KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2014: Sebelum ini pelakon dan penyanyi Tomok ada menyatakan hasrat untuk memiliki cahaya mata yang kedua dan nampaknya hajatnya itu telah dimakbulkan.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail bakal menimang cahaya mata kedua selepas isteri kesayangannya, Siti Rahayu Abas disahkan hamil.

Isteri Disahkan Hamil, Tomok Bakal Timang Cahaya Mata Kedua


Berita gembira itu telah dikongsi sendiri oleh Tomok melalui laman sosial Twitter miliknya pada Jumaat dengan memuat naik status yang berbunyi:

"Alhamdulillah, Arrian nak dapat adik. Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga," tulisnya sambil berkongsi gambar alat penguji kehamilan digital.

Isteri Disahkan Hamil, Tomok Bakal Timang Cahaya Mata Kedua


Dalam pada itu melalui penulisan di laman Twitternya, penyanyi berusia 30 tahun ini juga melahirkan rasa syukur dengan berita gembira yang diterimanya pada bulan Ramadan ini.

"Berita gembira pada penghulu segala hari dan di bulan yang mulia. Alhamdulillah. Terima kasih ya ALLAH." tulisnya.

Pasangan Tomok dan Ayu telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2011. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Arrian Shah Akid.

Astro Gempak dan Murai ingin mengucapkan tahniah buat Tomok sekeluarga.


Afghan Rakam Semula Lagu Dato' Sheila Majid - Ku Mohon


Afghan Rakam Semula Lagu Dato' Sheila Majid - Ku Mohon


Afghan rakam semula lagu Dato' Sheila Majid - Ku Mohon yang telah diberi nafas baru oleh Afgan bersempena dengan bulan Ramadan tahun ini.

Sumber Awani

KUALA LUMPUR,  JULAI 2014: Setelah tiga tahun menyepi daripada melancarkan lagu yang bergenre nasyid, Afgansyah Reza lebih popular dengan panggilan Afgan kini hadir dengan satu single terbaru berjudul Ku Mohon.

Single tersebut pernah dipopularkan oleh ratu jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid yang telah diberi nafas baru oleh Afgan bersempena dengan bulan Ramadan tahun ini.

Afghan Rakam Semula Lagu Dato' Sheila Majid - Ku Mohon


Penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Pesan Cinta ini mengakui dia adalah seorang peminat Sheila dan telah mendapat inspirasi untuk memberi nafas baru kepada lagu itu.

"Lagu ini pernah dinyanyikan oleh Sheila Majid. Dari kecil saya sudah mengagumi beliau dan akhirnya saya berpeluang untuk menyanyikan lagu beliau dengan nafas yang baru," kata Afgan ketika ditemuramah oleh Astro AWANI.

Dia juga menjelaskan kenapa Kumohon dipilih adalah kerana lagu tersebut merupakan lagu yang sangat bermakna di dalam hidupnya dan setiap kali dia dilanda masalah, dia pasti mendengarkan lagu dendangan Datuk Sheila Majid tersebut untuk menghilangkan kerunsingannya.

“Lagu Kumohon sangat bermakna bagi saya. Setiap kali saya galau atau resah, saya pasti mendengarkan lagu tersebut untuk menenangkan diri saya,” katanya.

Afgan mengakui Kumohon yang didendangkan telah diberikan nafas baru itu bukanlah sesuatu yang mudah, kerana lagu tersebut sangat simbolik dan identik dengan suara Sheila. Namun begitu, dia yakin dia telah melakukan yang terbaik di dalam memberikan sesuatu yang baru di dalam lagu itu.

"Kerana lagu aslinya sudah sangat bagus, jadi sangat sukar untuk diberikan nafas yang baru, tapi saya yakin saya telah menyanyikannya dengan baik." ujarnya.

Astro AWANI cuba untuk mendapatkan komen daripada ratu jazz Malaysia, Sheila namun tidak berjaya kerana beliau sedang sibuk menjalani proses rakaman untuk album terbaru yang masih lagi dalam pembikinan awal.

Lagu asal menampilkan genre jazz, namun ia dibikin semula bersesuaian dengan tujuan untuk menjadikannya sebagai single yang berunsurkan nasyid.

Menurutnya lagi, Kumohon adalah umpama doa kepada tuhan dan ia juga telah memberikan kesan yang mendalam kepada dirinya.

"Kumohon ini seperti doa. Kerana hidup tidak selalunya lancar, jadi kita berdoa dan memohon untuk sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Kuasa. Setiap kali saya dilanda masalah sewaktu di sekolah, saya selalu mendengarkan lagu ini," tambah Afgan.

Afgan yang kini popular dengan lagu berjudul Katakan Tidak juga pernah mendendangkan lagu daripada genre yang sama berjudul Padamu Ku Bersujud.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan