Cari Artikel

Wednesday, July 16, 2014

Coretan Hati Anak Linda Rafar Sebelum Meninggal Dunia


Coretan Hati Anak Linda Rafar Sebelum Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2014 – Kata-kata yang ditulis oleh anak Linda Rafar Allahyarham Rezaimen Kefli atau arwah Memen di secebis kertas putih boleh membuatkan hati menjadi sayu apabila mengenang semula.

Tulisan itu menunjukkan ketabahan anak kecil yang berusia 12 tahun menangung kesakitan dan derita sejak 6 bulan yang lalu.

Anak kecil sentiasa jujur dengan hati dan perasaan mereka. Apa yang terfikir di benak fikiran itulah yang akan diluahkan dan diperkatakan untuk dikongsikan bersama.

Coretan Hati Anak Linda Rafar Sebelum Meninggal Dunia


Dalam coretan itu, Arwah Memen menceritkan pengalamannya apabila mengakui sakit ketika menerima rawatan apabila dicucuk dibahagian anggota badannya. Termasuk rawatan cuci darah dan buah pinggang yang dilalui anak kecil itu.

Antara lain, Arwah Memen kongsikan juga biodata diri dan hobi abang dan adiknya yang gemarkan bersukan seperti bola sepak dan olahraga. Menerusi tulisan itu menunjukkan, Arwah Memen sangat sayang dan rapat dengan adik-beradiknya.

Lebih menyentuh hati, Arwah Memen turut mengucapkan terima-kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatannya sebelum ini.

Buat adik Memen, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah.


Dafi Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Syarikat Telekomunikasi


Dafi Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Syarikat Telekomunikasi


KL, 9 JULAI 2014: Tak sangka bila selebriti lelaki berimej baik yang seorang ini tiba-tiba dilihat meluahkan rasa tidak puas hati dengan salah satu pembekal jaringan telekomunikasi di negara ini. Selebriti tersebut adalah Dafi yang berbuat demikian di laman sosial Twitter miliknya.

Dafi Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Syarikat Telekomunikasi


Dafi yang sebelum ini dilihat ada memuatnaik foto-foto di Instagram miliknya dengan tujuan promosi untuk syarikat telekomunikasi tersebut tiba-tiba mengejutkan ramai dengan status berkenaan. Ia dilakukan dafi pada Isnin lepas selepas waktu berbuka mengikut screen capture status tersebut.

Dafi Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Syarikat Telekomunikasi


Terlalu marah agaknya, Dafi turut menempelak syarikat gergasi tersebut dengan menulis status berhruf bersar berbunyi “ SAY NO TO CELCOM! PAYMENT NAK ORANG BUAT ON TIME.. SERVICE MACAM TAIK!!! PENIPUUU!! HELP ME SPREAD THE WORD!! TELL UR FRIENDS AND FAMILY!!.

 Difahamkan bahawa Dafi merupakan salah seorang selebriti yang terpilih oleh pihak syarikat telekomunikasi mahupun agensi mereka untuk menjadi jurucakap selaku ejen promosi salah satu produk mereka. Ini berikutan foto yang dimuatnaik Dafi di Instagram terdahulu ada menampilkan ikon wakil jenama syarikat itu.

Macam-macam hal sekarang bila media sosial menjadi medan media utama. Tetapi mereka harus ingat peranan selebriti dalam komuniti dan ia memberikan pengaruh yang besar kepada golongan ini. Kepada Dafi ia tindakan bijak supaya mereka lebih berhati-hati di masa akan datang.


Pasal Blog Sangkalajari9 Tentang Rozana, Apa Kata Awie?


Pasal Blog Sangkalajari9 Tentang Rozana, Apa Kata Awie?


KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2014: Ekoran kenyataan yang dikeluarkan seorang penulis blog yang hanya menamakan dirinya sebagai Sangkalajari9 seperti yang disiarkan portal Murai sebentar tadi, Astro Gempak telah mendapatkan kenyataan daripada Awie sendiri berhubung perkara tersebut.

Vokalis kumpulan Wings itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan lebih selesa untuk mendiamkan diri.

“Berdiam diri lebih baik. Bercakap banyak ni perangai syaitan…Siapa penulis blog itu? Mengapa dia gunakan nama samaran jika dia berkata benar? Tunjukkanlah diri...

Pasal Blog Sangkalajari9 Tentang Rozana, Apa Kata Awie?


"Lagipun siapa dia untuk menulis tentang rumah tangga orang lain? Cara dia menulis seolah-olah dia tidur sebantal dengan isteri saya.

"Tetapi tidak mengapalah, teruskan bercakap kerana saya pula akan terus berdiam kerana ia kes mahkamah dan saya menghormatinya,” kata Awie ketika dihubungi Astro Gempak sebentar tadi.

Menerusi sebuah blogspot, seorang penulis yang hanya menamakan dirinya sebagai Sangkalajari9, telah memuatnaik kisah Rozana Misbun susulan daripada kemelut yang berlaku di antara Awie dan isterinya Rozana Misbun.

Malah dalam postingnya, Sangkalajari9 telah menjelaskan beberapa isu mengaitkan Rozana tentang ketiadaan sijil nikah, larangan berjumpa anak serta tuduhan yang mengatakan dia mencuri duit Awie.

Berikut adalah posting Sangkalajari9 yang tidak diketahui siapa sebenar penulisnya: -

Mungkin ramai yang tidak tahu apa kejadian sebenar yang menimpa isteri artis terkenal yang baru baru ini gambar keadaan beliau dibelasah oleh suaminya tersebar luas di dalam facebook.

Bagi mengelakkan pelbagai spekulasi yang tidak bertanggungjawab dari terus bertiup kencang, pihak keluarga Rozana mengesahkan bahawa sememangnya beliau telah dipukul.

Setelah ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan dan dibenarkan keluar, Rozana kini berada dibawah jagaan serta pemerhatian keluarga selain diberi perlindungan polis.

Pihak keluarga beliau memohon agar orang ramai tidak terus-terusan menyebarkan dakyah palsu yang boleh mengganggu-gugat proses penghakiman yang sedang berlangsung ketika ini sekaligus memburukkan lagi keadaan psikologi dan emosi Rozana yang masih lagi dalam keadaan trauma; yang kini dalam kesedihan kerana telah disekat dari berjumpa mahupun berhubung menerusi telefon dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6 dan Putri Qasseh Antasha , 4 tahun, sejak beberapa minggu yang lalu.

Walau pun begitu, pihak keluarga Rozana masih percaya pada undang-undang di negara ini dan di bulan Ramadhan yang barakah ini, keluarga beliau akan terus medoakan keadilan untuk Rozana Misbun. Kepada mereka yang bersimpati dan memahami situasi getir yang harus didepani keluarga beliau ketika ini, keluarga Rozana mengucapkan jutaan terima kasih


Surat nikah tidak berdaftar

Pihak keluarga Rozana kini dikatakan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan salinan sijil nikah Rozana Misbun dan Ahmad Azhar Othman (Awie) yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertarikh 20 Jun 2005.

Segala usaha yang telah dilakukan akhirnya menemui jalan buntu berikutan MAIS yang dikatakan tidak mempunyai sistem pengkomputeran itu membayangkan kesukaran untuk mengesan sijil berkenaan.

Lebih memburukkan lagi keadaan, menurut sumber yang layak dipercayai, banyak dokumen yang hilang apabila mereka berpindah ke pejabat sekarang beberapa tahun yang lalu. Justeru keluarga Rozana memohon campur tangan dari pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia selain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membolehkan surat nikah asli dapat diperolehi dan dikenal pasti kesahihannya.

Ini adalah kerana, tanpa surat nikah yang dikeluarkan oleh MAIS serta pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand, pernikahan tersebut tidak dapat didaftarkan di Malaysia dan ini mengakibatkan peguam yang dilantik bagi mewakili Rozana tidak dapat berbuat apa-apa.

Buat masa sekarang, hasrat bagi memohon Interim Custody (hak penjagaan sementara) terhadap Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha terbantut di tengah jalan.

Manakala dalam konteks pendaftaran bagi Sijil Kelahiran bagi ketiga-tiga anak mereka pula, keluarga beliau turut meminta jasa baik Jabatan Pandaftaran Negara dalam menangani permasalahan baru yang berbangkit dimana Nombor Daftar Kahwin yang digunapakai di dalam Sijil Kelahiran anak-anak itu terbukti dari sindiket palsu.


Larangan berjumpa anak

Awie dikatakan telah menghantar satu surat arahan kepada Adni Islamic International School, Taman Melawati dan Smart Reader, Ukay Perdana pada 21 Jun 2014 yang melarang Rozana dari berhubung samada menerusi telefon atau berjumpa dengan anak-anak mereka di sekolah-sekolah terbabit.

Bagaimana mungkin pihak sekolah membenarkan perkara ini berlaku? Mengikut undang-undang kekeluargaan, surat larangan untuk berjumpa ibu atau bapa hanya sah diperakui dengan adanya perintah mahkamah.

Ibubapa yang berdepan dengan masalah rumahtangga tidak wajar menjadikan anak-anak sebagai mangsa yang pastinya memberi impak negatif kepada emosi serta psikologi mereka.

Lebih-lebih lagi Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha masih kecil dan amat memerlukan kasih sayang serta perhatian dari seorang ibu.

Memisahkan anak-anak yang tidak berdosa ini dari ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan mereka dari sebesar telapak tangan, sesungguhnya satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sebelum ini telah bekerjasama dengan PDRM dalam meluluskan Interim Protection Order (perlindungan sementara) terhadap Rozana, diharap dapat juga berbuat demikian sekali lagi bagi memastikan keselamatan serta kebajikan ketiga-tiga beradik itu terpelihara.


Kutukan terhadap Rozana

Satu jari yang menuding orang lain, sembilan jari yang lain menuding diri sendiri. Apa jua kata hentaman dan nista yang dilemparkan terhadap Rozana, bagi keluarga beliau ianya tidak lebih dari bersifat 'character assassination' atau 'pembunuhan karakter' dalam usaha untuk mencemarkan integriti Rozana sebagai seorang wanita; baik sebagai isteri mahupun ibu. Jadi apa perlunya keluarga beliaunmembazirkan masa dan tenaga dalam memberi perhatian terhadap sebarang pertuduhan mala fide(berniat jahat) itu?

Wang yang didakwa dicuri oleh Rozana yang kononnya berjumlah RM250,000.00 rupa rupanya diperuntukkan sebagai nafkah anak-anak dan isteri serta belanja keperluan rumah selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Duit itu jugalah yang terpaksa dikeluarkan oleh Rozana dari masa ke semasa bagi menampung perniagaan kelab malam milik suaminya itu yang beroperasi di Ipoh.

Apa buktinya Rozana mencuri? Itu akaun peribadinya; dia tidak mencuri kad ATM sesiapa jauh sekali kata kunci bagi mengeluarkan duit secara penipuan dari akaun pihak ketiga.

Jadi, atas kapasiti apa tuduhan 'mencuri' dilemparkan kepada Rozana? Adakah ianya semata-mata bertujuan untuk menghalalkan perbuatan mengaib serta memukul Rozana tanpa belas kasihan?

Satu perkara yang harus diingat, keadilan dan perlaksanaan undang-undang adalah didasari fakta, bukannya emosi.

Dua persoalan yang patut kita renungkan bersama:

1) Apakah wujud istilah 'curi' dalam harta sepencarian?

2) Andai pengorbanan seorang isteri yang mengorbankan seluruh jiwa, masa, tenaga serta usia mudanya demi keharmonian rumahtangga... serta sebagai ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan anak itu boleh diukur dengan wang ringgit: Berapakah nilainya?


Umie Aida Sangsi Tujuan Pemberian RM80k, Tiada Dalam Tawaran Asal


Umie Aida Sangsi Tujuan Pemberian RM80k, Tiada Dalam Tawaran Asal


Umie Aida Sangsi Tujuan Pemberian RM80k, Tiada Dalam Tawaran Asal seperti mana yang dibayangkankan pihak YSLM saat dia mula-mula ditawarkan menjadi duta kerja amal tersebut.

KL, 9 JULAI 2014: Persetujuan awal Datin Umie Aida untuk menerima tawaran menjadi duta sebuah syarikat yang dikenali sebagai YSLM akhirnya tidak menjadi kenyataan setelah pihak aktres tersebut menarik diri daripada menjadi wajah utama syarikat tersebut.

Sejumlah wang token bernilai RM80,000 yang diberikan kepada Datin Umie Aida atau lebih mesra disapa sebagai Umie menimbulkan kesangsian aktres berkenan.

Umie Aida Sangsi Tujuan Pemberian RM80k, Tiada Dalam Tawaran Asal


Apakah tujuan sebenar wang tersebut diberikan kerana ia bukan seperti mana yang dibayangkankan pihak YSLM saat dia mula-mula ditawarkan menjadi duta kerja amal tersebut.

Portal Murai telah menghubungi sendiri Heroin filem Embun untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penarikan diri Umie sebagai duta YSLM.

“Setelah dipertemukan dengan pihak YSLM tempoh hari saya bersetuju dengan tawaran mereka menjadi artis naungan syarikat tersebut bagi untuk  duta bagi acara amal yang mereka jalankan. Namun pihak kami belum lagi menandatangani sebarang kontrak dan sebagainya.

“Tetapi selepas itu pihak YSLM ada memberikan saya wang tunai sebanyak RM80,000 sebagai tanda token yang saya rasakan ia bukanlah seperti mana yang dibincangkan awal. Saya merasa kurang enak dengan pemberian sebanyak itu kerana dari awal lagi kami bersetuju ianya  merupakan penglibatan secara amal.

“Lanjutan daripada itu, saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan peranan saya sebagai  duta dan artis naungan syarikat tersebut, serta  turut memulangkan token sebanyak RM 80,000 itu kerana merasakan ianya bukan milik saya.

“Sebelum ini memang tiada perbincangan atau memang daripada pihak YSLM untuk memberikan saya sejumlah duit token tetapi kami memang ada bersetuju tentang komitmen yang perlu saya lakukan sebagai duta amal syarikat itu

"Namun, semua itu  semua berubah bila  hadiah pemberian yang berupa wang tunai itu diberikan. Perkara ini menyebabkan saya berasa tidak sedap hati dan memilih untuk tidak bekerjasama langsung dengan syarikat terbabit,”tambah aktres ini kepada Murai.

Pelakon tersebut yang kini telah pun berhijab itu bimbang akan berlaku salah faham kepada umum khususnya Umie sebelum ini dilihat pernah  menghadiri majlis anjuran syarikat YSLM itu.

Jadi untuk mengelakkan sebarang masalah di masa akan datang Umie telah tampil lebih awal untuk memberitahu umum mengenai status sebenarnya dengan syarikat YSLM tersebut.


Jerman Aibkan Brazil, Maya Karin & Nora Danish Puas Hati!


Jerman Aibkan Brazil, Maya Karin & Nora Danish Puas Hati!


Jerman Aibkan Brazil, Maya Karin & Nora Danish Puas Hati kerana paling bersemangat sepanjang perlawan berlangsung.

Sumber oleh Astro Gempak

KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2014: Rasanya ramai yang menonton perlawanan separuh akhir Piala Dunia, Jerman menentang Brazil pagi tadi.

Dalam ramai-ramai penyokong Jerman, yang paling mencuri perhatian ialah selebriti Maya Karin dan Nora Danish kerana paling bersemangat sepanjang perlawan berlangsung.

Jerman Aibkan Brazil, Maya Karin & Nora Danish Puas Hati!


Kekalahan 1-7 Brazil di tangan Jerman telah membuatkan dua pelakon cantik ini bergembira dan meraikan kemenangan ‘mereka’.


Jerman Aibkan Brazil, Maya Karin & Nora Danish Puas Hati!

Beberapa jam sebelum perlawanan bermula, aktres kelahiran Jerman, Maya Karin telah memuatnaik sekeping foto di Twitternya yang menunjukkan dia yang menyarung jersi pasukan Jerman memegang satu pinggan besar Ketam Bersambal yang dimasaknya.


Jerman Aibkan Brazil, Maya Karin & Nora Danish Puas Hati!

Sementara Nora Danish pula telah memuatnaik foto dia sedang menonton perlawanan Jerman, Brazil di laman Instagramnya.Kedua-dua laman sosial selebriti ini menjadi sesak kerana mendapat pelbagai maklumbalas sepanjang perlawanan berlangsung kerana sesak' dengan komen para peminat bola sepak seluruh dunia.

Mungkin kerana ramai yang tidak percaya pasukan bimbingan jurulatih Luiz Felipe Scolari yang dikenali sebagai pasukan 'kuasa besar bola sepak' ini ‘dilaukkan’ oleh pemain-pemain bimbingan jurulatih Joachim Low.

Agaknya pasukan mana pula yang akan mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 menentang Jerman? Argentina atau Belanda?


Pemuzik Era 70-an, Abass Bakar Rasa Saat Hampir Mati


Pemuzik Era 70-an, Abass Bakar Rasa Saat Hampir Mati


Pemuzik Era 70-an, Abass Bakar Rasa Saat Hampir Mati mengalami mimpi ngeri apabila nyawanya seolah-olah hampir putus ketika dia tiba-tiba diserang sakit jantung baru-baru ni.

KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2014: Pemuzik dan komposer era 70-an Abass Bakar, 63, tidak menyangka Tuhan masih memanjangkan usianya selepas mengalami mimpi ngeri apabila nyawanya seolah-olah hampir putus ketika dia tiba-tiba diserang sakit jantung baru-baru ni.

Abass Bakar berkata hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya ketika itu mengingat mati.

"Bayangkan sebelum saya diserang sakit jantung itu saya masih lagi seperti biasa berjumpa dengan rakan-rakan, tetapi ketika perjalanan pulang ke rumah saya tiba-tiba rasa sakit dada yang amat sangat sehingga sesak nafas.

Pemuzik Era 70-an, Abass Bakar Rasa Saat Hampir Mati


"Bukan sahaja sesak nafas, malah ketika itu saya rasa seperti tiada nyawa apabila saya terus jadi blank. Pun begitu saya kuatkan juga memandu hingga ke Hospital Kuala Lumpur dari Hotel Concorde.

"Alhamdulilah saya selamat sampai, tetapi sebaik tiba sahaja di kecemasan saya terus pengsan dan tidak sedarkan diri hingga keesokan harinya.

"Terus-terang masa nyawa saya seakan mahu putus itu saya masih lagi igat apa kerja yang belum selesai dan juga anak bini saya dan saya seolah-olah sudah putus harapan

"Kini keadaan saya semakin stabil cuma perlu mendapatkan rawatan susulan daripada doktor setiap bulan,"katanya.

Ahli kumpulan kugiran Teruna Ria suatu ketika dulu itu ditemui ketika Persatuan Karyawan yang dipengerusikan oleh Datuk Feri Fernandez membuat lawatan menziarah serta menyampaikan sedikit bantuan kepada Abass di rumahnya yang terletak di Batu Caves.

Abass yang ditemui turut melahirkan syukur di atas kehadiran ahli persatuan tersebut dan sumbangan yang diberikan kepadanya.

"Alhamdulilah sejak saya dimasukan ke hospital, hingga kini tidak henti-henti saya mendapat kunjungan daripada orang seni muzik terutama artis yang sama zaman dengan saya.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Karyawan kerana sudi datang menziarahi saya. Saya tak harapkan sumbangan tapi lebih mengharapkan supaya orang ramai mendoakan kesihatan saya pun cukup," luahnya lagi.

Abass Bakar juga merupakan komposer kepada penyanyi lagenda seperti Datuk Sharifah Aini, Norin Aziz, Uji Rashid, Ros Maria Abdullah, Azlina Aziz dan ramai lagi.


Benarkah Rozana Misbun Curi Duit Awie, Dilarang Jumpa Anak?


Benarkah Rozana Misbun Curi Duit Awie, Dilarang Jumpa Anak?


Benarkah Rozana Misbun Curi Duit Awie, Dilarang Jumpa Anak? yang seperti di utarakan oleh Sangkajari9 itu?

KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2014: Dakwaan yang mengatakan bahawa bekas model, Rozana Misbun, 36, telah dibelasah teruk oleh vokalis Wings, Awie yang juga suaminya sehingga mengalami kecederaan yang serius di muka dan badan telah meninggalkan tandatanya buat semua pihak.

Lebih-lebih lagi setelah Awie dilaporkan mengaku tidak bersalah di atas dakwaan tersebut di Mahkamah Majistret Ampang pada 4 Julai lalu.

Benarkah Rozana Misbun Curi Duit Awie, Dilarang Jumpa Anak?


Malah, dalam pengakuan eksklusifnya kepada Studio H, Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman, 46, beranggapan bahawa apa yang berlaku semua ini adalah satu hikmah daripada Allah SWT.

Lali dengan anggapan masyarakat yang sudah melabelkan 'jahat', namun dia dia juga memohon agar masyarakat jangan mengadili manusia selagi tiada kepastian yang nyata dan cerita yang sebenarnya.

Apapun dalam sebuah blogspot, seorang penulis yang hanya menamakan dirinya sebagai Sangkalajari9, telah memuatnaik kisah Rozana Misbun susulan daripada insiden belasah itu.

Malah dalam posting ini, Sangkalajari9 telah menjelaskan beberapa isu mengaitkan Rozana tentang ketiadaan sijil nikah, larangan berjumpa anak serta tuduhan yang mengatakan dia mencuri duit Awie.

Berikut adalah posting Sangkalajari9 yang tidak diketahui siapa sebenar penulisnya: -

Mungkin ramai yang tidak tahu apa kejadian sebenar yang menimpa isteri artis terkenal yang baru baru ini gambar keadaan beliau dibelash oleh suaminya tersebar luas di dalam facebook.

Bagi mengelakkan pelbagai spekulasi yang tidak bertanggungjawab dari terus bertiup kencang, pihak keluarga Rozana mengesahkan bahawa sememangnya beliau telah dipukul.

Setelah ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan dan dibenarkan keluar, Rozana kini berada dibawah jagaan serta pemerhatian keluarga selain diberi perlindungan polis.

Pihak keluarga beliau memohon agar orang ramai tidak terus-terusan menyebarkan dakyah palsu yang boleh mengganggu-gugat proses penghakiman yang sedang berlangsung ketika ini sekaligus memburukkan lagi keadaan psikologi dan emosi Rozana yang masih lagi dalam keadaan trauma; yang kini dalam kesedihan kerana telah disekat dari berjumpa mahupun berhubung menerusi telefon dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6 dan Putri Qasseh Antasha , 4 tahun, sejak beberapa minggu yang lalu.

Walau pun begitu, pihak keluarga Rozana masih percaya pada undang-undang di negara ini dan di bulan Ramadhan yang barakah ini, keluarga beliau akan terus medoakan keadilan untuk Rozana Misbun. Kepada mereka yang bersimpati dan memahami situasi getir yang harus didepani keluarga beliau ketika ini, keluarga Rozana mengucapkan jutaan terima kasih

Surat nikah tidak berdaftar

Pihak keluarga Rozana kini dikatakan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan salinan sijil nikah Rozana Misbun dan Ahmad Azhar Othman (Awie) yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertarikh 20 Jun 2005.

Segala usaha yang telah dilakukan akhirnya menemui jalan buntu berikutan MAIS yang dikatakan tidak mempunyai sistem pengkomputeran itu membayangkan kesukaran untuk mengesan sijil berkenaan.

Lebih memburukkan lagi keadaan, menurut sumber yang layak dipercayai, banyak dokumen yang hilang apabila mereka berpindah ke pejabat sekarang beberapa tahun yang lalu. Justeru keluarga Rozana memohon campur tangan dari pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia selain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membolehkan surat nikah asli dapat diperolehi dan dikenal pasti kesahihannya.

Ini adalah kerana, tanpa surat nikah yang dikeluarkan oleh MAIS serta pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand, pernikahan tersebut tidak dapat didaftarkan di Malaysia dan ini mengakibatkan peguam yang dilantik bagi mewakili Rozana tidak dapat berbuat apa-apa.

Buat masa sekarang, hasrat bagi memohon Interim Custody (hak penjagaan sementara) terhadap Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha terbantut di tengah jalan.

Manakala dalam konteks pendaftaran bagi Sijil Kelahiran bagi ketiga-tiga anak mereka pula, keluarga beliau turut meminta jasa baik Jabatan Pandaftaran Negara dalam menangani permasalahan baru yang berbangkit dimana Nombor Daftar Kahwin yang digunapakai di dalam Sijil Kelahiran anak-anak itu terbukti dari sindiket palsu.

Larangan berjumpa anak

Awie dikatakan telah menghantar satu surat arahan kepada Adni Islamic International School, Taman Melawati dan Smart Reader, Ukay Perdana pada 21 Jun 2014 yang melarang Rozana dari berhubung samada menerusi telefon atau berjumpa dengan anak-anak mereka di sekolah-sekolah terbabit.

Bagaimana mungkin pihak sekolah membenarkan perkara ini berlaku? Mengikut undang-undang kekeluargaan, surat larangan untuk berjumpa ibu atau bapa hanya sah diperakui dengan adanya perintah mahkamah.

Ibubapa yang berdepan dengan masalah rumahtangga tidak wajar menjadikan anak-anak sebagai mangsa yang pastinya memberi impak negatif kepada emosi serta psikologi mereka.

Lebih-lebih lagi Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha masih kecil dan amat memerlukan kasih sayang serta perhatian dari seorang ibu.

Memisahkan anak-anak yang tidak berdosa ini dari ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan mereka dari sebesar telapak tangan, sesungguhnya satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sebelum ini telah bekerjasama dengan PDRM dalam meluluskan Interim Protection Order (perlindungan sementara) terhadap Rozana, diharap dapat juga berbuat demikian sekali lagi bagi memastikan keselamatan serta kebajikan ketiga-tiga beradik itu terpelihara.

Kutukan terhadap Rozana

Satu jari yang menuding orang lain, sembilan jari yang lain menuding diri sendiri. Apa jua kata hentaman dan nista yang dilemparkan terhadap Rozana, bagi keluarga beliau ianya tidak lebih dari bersifat 'character assassination' atau 'pembunuhan karakter' dalam usaha untuk mencemarkan integriti Rozana sebagai seorang wanita; baik sebagai isteri mahupun ibu. Jadi apa perlunya keluarga beliaunmembazirkan masa dan tenaga dalam memberi perhatian terhadap sebarang pertuduhan mala fide(berniat jahat) itu?

Wang yang didakwa dicuri oleh Rozana yang kononnya berjumlah RM250,000.00 rupa rupanya diperuntukkan sebagai nafkah anak-anak dan isteri serta belanja keperluan rumah selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Duit itu jugalah yang terpaksa dikeluarkan oleh Rozana dari masa ke semasa bagi menampung perniagaan kelab malam milik suaminya itu yang beroperasi di Ipoh.

Apa buktinya Rozana mencuri? Itu akaun peribadinya; dia tidak mencuri kad ATM sesiapa jauh sekali kata kunci bagi mengeluarkan duit secara penipuan dari akaun pihak ketiga.

Jadi, atas kapasiti apa tuduhan 'mencuri' dilemparkan kepada Rozana? Adakah ianya semata-mata bertujuan untuk menghalalkan perbuatan mengaib serta memukul Rozana tanpa belas kasihan? Satu perkara yang harus diingat, keadilan dan perlaksanaan undang-undang adalah didasari fakta, bukannya emosi.

Dua persoalan yang patut kita renungkan bersama:

1) Apakah wujud istilah 'curi' dalam harta sepencarian?

2) Andai pengorbanan seorang isteri yang mengorbankan seluruh jiwa, masa, tenaga serta usia mudanya demi keharmonian rumahtangga... serta sebagai ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan anak itu boleh diukur dengan wang ringgit: Berapakah nilainya?

Walau apa pun, itu lah nasib Rozana yang kini melalui pelbagai rintangan dan halangan.


Elak Segala Memori Dikenang Semula, Akaun Facebook Sharifah Aini Ditutup


Elak Segala Memori Dikenang Semula, Akaun Facebook Sharifah Aini Ditutup


Elak segala memori dikenang semula, akaun Facebook Sharifah Aini ditutup oleh anaknya, Aliff Omar Ali sejak beberapa hari lalu.

Sumber Artikel: mStar Online & Astro Gempak

Foto: Era fm

KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2014: Pemergian biduanita negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini sememangnya suatu kehilangan besar buat negara.

Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan terbaru Allahyarhamah pasti menjadi pengikut laman rasmi Facebook miliknya. Ianya menjadi medium berkongsi pelbagai cerita serta luahan perasaan kepada para peminatnya.

Elak Segala Memori Dikenang Semula, Akaun Facebook Sharifah Aini Ditutup


Kini akaun laman Facebook yang dikendalikan oleh Datuk Sharifah Aini kini telah ditutup oleh anaknya, Aliff Omar Ali sejak beberapa hari lalu. 

Dipetik menerusi mStar Online, Aliff mengambil keputusan menutup akaun Facebook tersebut kerana tidak mahu segala memori yang sering dikongsi bersama menerusi akaun tersebut dikenang semula.

Malah menerusi laman Facebook milik Sharifah Aini juga turut meminta para peminat menghadiahkannya Al-Fatihah sekiranya beliau meninggal dunia.

Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada hari Sabtu minggu lalu di Hospital Pakar Damansara di usia 6q tahun akibat penyakit fibrosis paru-paru.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur sebelum solat Zohor pada hari yang sama.

Dalam pada itu, turut difahamkan tiada majlis tahlil untuk Allahyarhamah kerana majlis seumpama itu hanya dianggap sebagai satu amalan.


Zizan Razak Sangkal Luahan Emma Maembong di Instagram


Zizan Razak Sangkal Luahan Emma Maembong di Instagram


Zizan Razak sangkal luahan Emma Maembong di Instagram, kerana sehingga kini hubungan cinta mereka berdua masih berjalan tanpa sebarang masalah.

Sumber oleh mStar Online

KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2014: Pelakon dan pelawak Zizan Razak menyangkal dakwaan hubungannya dengan Emma Maembong kini bergolak ekoran tindakan aktres itu memuat naik sekeping foto di laman Instagram miliknya yang menggambarkan seolah-olah percintaan mereka sedang dilanda badai.

Zizan atau nama sebenarnya, Razizan Abdul Razak, 30, berkata, luahan hati Emma itu langsung tiada kena mengena dengan dirinya kerana hubungan mereka masih utuh seperti biasa.

"Saya tidak rasa luahan perasaan itu ada kena mengena dengan saya atau hubungan kami sebaliknya percintaan kami masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Zizan Razak Sangkal Luahan Emma Maembong di Instagram


Luahan Emma menerusi sekeping foto di laman Instagram miliknya yang mengundang pelbagai persepsi daripada peminat mereka.

"Emma adalah seorang yang suka berkarya dan apa yang dimuat naik itu mungkin salah satu daripadanya," katanya

Luahan perasaan Emma itu mendapat perhatian ramai sehingga ramai yang mengandaikan hubungannya dengan Zizan Razak sedang dilanda masalah.

Malah peminat turut meminta Emma supaya bersabar dengan dugaan dalam perhubungan cinta dan berharap kemelut yang berlaku diantara mereka dapat diselesaikan secara baik.

Dalam perkembangan lain, pasangan ini baru sahaja menjayakan sebuah majlis di ibu negara pada Ahad lepas.

Zizan juga turut memberitahu tiada keperluan untuk memadam gambar itu kerana kemungkinan ianya ditujukan kepada individu lain.

"Tidak perlu buang kerana mungkin apa yang diluahkan itu mewakili orang-orang yang mempunyai perasaan sedemikian.


Nora Danish: Pasal Persiapan Kahwin, Jangan Percaya Blog Hiburan!


Nora Danish: Pasal Persiapan Kahwin, Jangan Percaya Blog Hiburan!


Nora Danish pasal persiapan kahwin, jangan percaya blog hiburan kerana secara jujurnya tiada apa-apa persiapan kahwin pun sekarang.

KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2014: Menerusi foto-foto yang dimuatnaik pasangan ini di laman Instagram, masing-masing jelas menunjukan bahawa Nora Danish dan Nedim Nazri sedang melayari saat-saat bahagia sebagai pasangan bercinta.

Malah pasangan sama cantik sama padan ini turut hadir ke Majlis Berbuka Puasa Air Asia dan Air Asia X yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur, semalam (Isnin), bersama-sama.

Akui sedang memahami dan mendalami baik buruk masing-masing, Nora dan Nedim kini lebih serasi dan selesa bersama.

Nora Danish: Pasal Persiapan Kahwin, Jangan Percaya Blog Hiburan!


“Kami sekarang dalam fasa menerima dan memahami perangai baik dan buruk masing-masing…Kami tak mahu tahu yang baik sahaja sebab nanti masalah akan datang di kemudian hari.

“Penting untuk kita menerima baik dan buruk pasangan kita kerana daripada situ ikatan sesebuah perhubungan itu boleh diperkukukan,” kata heroin Pengantin Malam ini kepada Astro Gempak ketika ditemui.

Apabila ditanya tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh blog-blog hiburan yang memberitahu mereka sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan, pasangan ini cepat-cepat menyangkal dakwaan tersebut.

“Jangan percaya kepada tulisan-tulisan pada blog kerana secara jujurnya tiada apa-apa persiapan kahwin pun sekarang. Kalau sampai masanya nanti, saya akan buat majlis yang ringkas kerana kami masing-masing pernah berkahwin…Kalau ada persiapan pun mungkin tempahan baju saja,” jawabnya Nora mesra.

Tambah Nora jika ditakdirkan kembali menjadi isteri majlis pernikahan dan perkahwinannya akan disempurnakan dalam suasana yang ringkas dan sederhana.

“Kami tidak akan mengutamakan bab-bab hantaran atau persiapan yang terlalu beria-ia kerana adalah lebih baik melaksanakan yang wajib sahaja, iaitu akad nikah,” kata Nora.

Bagaimanapun Nora tidak menafikan ada berbincang mengenai masa depan bersama Nedim tetapi ia sekadar perbincangan biasa.

"Alhamdulillah, ‘family’ kami agak ‘sporting’ dan tak pernah mendesak kami untuk cepat-cepat kahwin,” katanya mengakhiri perbualan.


Amy Search: Kalau Dia Tak Minta Maaf Pun, Saya Dah Maafkan Dia


Amy Search: Kalau Dia Tak Minta Maaf Pun, Saya Dah Maafkan Dia


Amy Search: kalau dia tak minta maaf pun, saya dah maafkan dia, saya sentiasa maafkan dia,” jawabnya tenang.

Sumber oleh Astro Gempak

KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2014: Rasanya tidak wajar Astro Gempak ungkitkan kembali kontroversi yang melibatkan penyanyi rock lagenda, Amy Search dan anaknya Nabila Huda kerana umum sudah mengetahui tentang perkara tersebut.

Namun kesempatan bertemu Amy pada Majlis Berbuka Puasa Air Asia & Air Asia X Isnin lalu, memberi kesempatan kepada Astro Gempak untuk bertanya mengenai perkembangan tentang hubungannya dan anaknya Nabila atau mesra dengan panggilan Abil itu.

Amy Search: Kalau Dia Tak Minta Maaf Pun, Saya Dah Maafkan Dia


Ketika ditanya adakah Abil ada menghubunginya untuk memohon maaf, tenang bapa ini menjawab dia sentiasa maafkan anaknya itu.

“Kalau dia tidak hubungi saya dan minta maaf pun, saya dah maafkan dia…Saya sentiasa maafkan dia,” jawabnya tenang.

Kata Amy lagi, dia sedar amarahnya telah menyebabkan dia mengeluarkan perkataan yang agak kasar namun sebagai seorang bapa yang menyayangi anaknya, dia harus bersikap tegas apabila perihal anaknya diperkatakan orang.

“Saya mahu Abil sedar yang kontroversi yang dicetuskannya akan menyebabkan kariernya terjejas. Saya tidak mahu itu berlaku kerana dia seorang yang berbakat.

“Ramai orang puji lakonan dia dan bakat yang dianugerahkan kepadanya, rugi kalau dia tidak jaga…Bukan saya tidak mahu ambil peduli langsung soal dia, tetapi saya mahu dia lebih bertanggungjawab kepada dirinya sendiri," luahnya.

Tambah Amy lagi dia hanya mahu yang terbaik buat semua anak-anaknya termasuk Nabila, malah katanya pintu rumah sentiasa terbuka untuk Nabila dan tiada sebab untuk dia terus membelakangi kasih sayangnya terhadap anaknya itu.

“Saya dah lama tak jumpa dia. Kali terakhir pada awal muharam tahun lalu…Kalau saya jumpa pun, hanya anak dia sahaja. Kalau dia mahu ke rumah saya, pintu rumah saya sentiasa terbuka untuknya,” kata Amy.

Menjawab pertanyaan Astro Gempak, Amy memberitahu dia tidak tahu Abil sudah memadam kesemua gambar di laman Instagram dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.


Almy Nadia Kesal Ada Pihak Mempersoalkan Kehamilannya


Almy Nadia Kesal Ada Pihak Mempersoalkan Kehamilannya


Almy Nadia kesal ada pihak mempersoalkan kehamilannya walaupun dia sendiri telah berdiam diri.

KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2014: Pelakon Almy Nadia akui jika boleh tidak mahu untuk mendedahkan berita kehamilannya yang kini berusia sebulan, demi mengelak fitnah.

Menurut laporan Astro Gempak, Almy Nadia berkata dia kesal apabila ada pihak yang sudah mempersoalkan tentang kehamilannya walaupun dia sendiri telah berdiam diri.

“Saya kalau boleh tidak mahulah berita ini terlalu didedahkan kepada umum kerana macam-macam benda boleh terjadi.

Almy Nadia Kesal Ada Pihak Mempersoalkan Kehamilannya


“Bukannya saya sengaja tidak mahu kongsi mengenai perkara yeng menggembirakan ini bersama peminat, cuma saya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Sedangkan bila saya diam pun masih ada yang fitnah dan mempersoalkan tentang kehamilan saya , saya tidak tahu apa salah saya pada mereka jadi biarlah.

"Sebelum berkahwin pun saya dah dilanda berbagai-bagai kontroversi. Masa lalu telah banyak mengajar saya.

“Kami sekeluarga telah mengambil keputusan untuk tidak membicarakan hal ini secara terbuka… Yang mana saya rasa perlu kongsi saya akan kongsi,” katanya tegas.

Perkhabaran mengenai berita kehamilan pelakon Almy Nadia bukanlah dihebahkan sendiri oleh aktres itu sebaliknya diketahui melalui status yang dimuat naik oleh sahabatnya di laman sosial Instagram beberapa hari lalu.

Disebabkan perkara itu ada peminat yang tertanya-tanya mengapa bukan Almy sendiri yang memberitahu mengenai berita gembira itu.

Dalam pada itu, Almy juga diminta untuk mengulas mengenai pendedahan kehamilannya yang dibuat sendiri oleh rakannya itu.

“Saya tak marah, kerana sebelum dia memuat naik status tersebut dia telah meminta kebenaran saya untuk berbuat demikian.” ulasnya pendek.


Wawa Zainal Terus Mendesak Pencuri Keretanya


Wawa Zainal Terus Mendesak Pencuri Keretanya


Wawa Zainal terus mendesak pencuri keretanya agar segera memohon maaf kepadanya kerana pencuri tersebut langsung tiada perasan malu serta bersalah.

KUALA LUMPUR 8 JULAI 2014: Isteri kepada aktor Aeril Zafrel iaitu Wawa Zainal masih tidak berpuas hati dengan kehilangan keretanya dan perasaan bengang itu telah diluahkan menerusi laman Twitter.

Kebanyakan status Wawa di Twitter mengesa pencuri tersebut memohon maaf dengan segera dan mengakui kesalahannya. Status itu juga turut di sokong suami tercinta Aeril Zafrel.

Kepada sesiapa sahaja yang mengikuti iaitu ‘followers’ Wawa pasti dapat menghidu yang pencuri keretanya itu adalah insan yang dikenali dan pernah berkawan rapat dengannya.

Wawa Zainal Terus Mendesak Pencuri Keretanya


Tetapi sehingga kini, Murai sendiri pun tidak tahu siapa hamba Allah yang dimaksudkan oleh Wawa.

Status tersebut telah dikemaskini Wawa pada waktu berlainan bermula dari hari bermula Jumaat lalu hingga semalam.

Kemarahan aktres ini masih lagi memuncak menerusi status Twitter miliknya, mungkin geram dan kecewa dengan sikap perlaku terbabit.

Wawa Zainal Terus Mendesak Pencuri Keretanya


Kereta Wawa yang hilang itu adalah kereta kompak Suzuki Swift dengan nombor pendaftaran WWW 5833 yang dikatakan telah ‘ghaib’ kira-kira setahun yang lalu.

Diharapkan Wawa terus bersabar dan berbanyakkan doa terutama di bulan Ramadan yang mulia ini. Dengan izin Allah, kemungkinan terbuka pintu hati si perilaku untuk memulangkan balik kereta tersebut.  

iskandarX: memang kurang ajar betul orang yang macam tu Wawa. Kalau lah is punya kereta yang dia curi dah lama kena hukum hudud dah nie.

Ifa Raziah Selamat Menjalani Pembedahan Payudara


Ifa Raziah Selamat Menjalani Pembedahan Payudara


Ifa Raziah selamat menjalani pembedahan payudara kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan selama tujuh jam semalam.

KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2014: Pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketulan di payudaranya akibat virus di Beverly Willshire Medical Centre, Jalan Tun Razak pada jam 12 tengahari semalam.

Suaminya, Mohd Yani Abdul Rahman berkata Ifa kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan selama tujuh jam semalam.

Ifa Raziah Selamat Menjalani Pembedahan Payudara


“Dia (Ifa) kini sudah berada dalam keadaan stabil cuma masih lagi tidak bermaya.Dia kini sedang menjalani beberapa rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang tiga hingga empat hari lagi,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Ifa Raziah dilaporkan terkena jangkitan virus di bahagian payudara sehingga membuatkan payudaranya  membengkak dan keras seperti ada ketulan sejak tahun 2011.

Menurut Yani, Ifa kelihatan amat gementar dan takut sebelum pembedahan dilakukan namun ianya terpaksa juga diteruskan selepas dia beberapa kali mengadu sakit.

“Dia memang amat takut untuk menjalani pembedahan ini, saya pun pelik kerana dia sebelum ini adalah seorang yang berani.

“Tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar,” jelasnya lagi.

Ifa kini perlu berehat selama sebulan bagi dan terpaksa menolak segala tawaran show di bulan Ramadan bagi mendapatkan rehat yang secukupnya selepas pembedahan itu dilakukan.


Johan Raja Lawak, Isteri Terima Ganti Rugi RM170,100


Johan Raja Lawak, Isteri Terima Ganti Rugi RM170,100


Sumber Awani

KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2014: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang pengarah dan syarikat penerbitan drama dan filem membayar ganti rugi RM170,100 kepada Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau dikenali sebagai 'Johan Raja Lawak' dan isterinya.

Pembayaran itu berikutan kes saman berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran di sekitar Negeri Sembilan pada 2010.

Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan Pengarah Mohd Javed Mohd Nizar serta syarikat penerbitannya, Juara Filem Production Sdn Bhd membayar kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah lima peratus kepada Johan bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Johan Raja Lawak, Isteri Terima Ganti Rugi RM170,100


Mahkamah turut memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, Rozlinawaty Ismail serta faedah lima peratus bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos RM50,000 kepada pasangan suami isteri itu.

Dalam penghakimannya, Su berkata mahkamah mengambil kira bahawa plaintif merupakan seorang pelakon dan bergantung kepada wajahnya untuk mencari sumber pendapatan.

"Kecederaan yang dihadapi pada wajah Johan menyebabkan parut kekal dan sebagai seorang pelakon Johan bergantung kepada wajahnya untuk mencari pendapatan, akibat daripada kecederaan itu telah menjejaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon," katanya.

Hakim itu juga berkata tidak ada sebarang bukti ditunjukkan oleh plaintif mengenai kehilangan pendapatan yang sebenar ketika kejadian.

Pada 7 Jan lalu, mahkamah membenarkan saman yang dikemukakan Johan dan isterinya selaku plaintif.


Yuna & Boys Republic Sahkan Kemunculan Pada MTV World Stage 2014


Yuna & Boys Republic Sahkan Kemunculan Pada MTV World Stage 2014


KL, 8 JULAI 2014: Penganjuran festival muzik MTV World Stage di Malaysia untuk tahun 2014 akan menandakan sudah enam tahun acara kelolaan  MTV Asia ini berjaya menarik pengunjung terutamanya pencinta muzik dari seluruh dunia bertandang ke Malaysia.

Tarikan utama yang akan menggamit penonton memenuhi lokasi MTV World Stage 2014 di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 16 Ogos depan sudah semestinya terletak pada barisan penyanyi yang akan membuat persembahan.

Acara yang dirakam khas untuk siaran ke seluruh dunia itu kini telah mengesahkan dua nama besar di rantau Asia ini yang akan menggamatkan pentas iaitu Yuna, penyanyi terkenal dari Malaysia dan juga Boys Republic, kumpulan boyband K-Pop yang diterbangkan khas dari Korea Selatan.

Yuna & Boys Republic Sahkan Kemunculan Pada MTV World Stage 2014


Pengumuman bagi senarai penuh artis yang akan membuat persembahan pada acara muzik tersebut akan dibuat dari semasa ke semasa. Sasaran bagi pengunjung untuk siri keenam MTV World Stage Malaysia 2014 ini dijangkakan seramai 15,000 orang dan akan ditonton oleh 550 juta melalui siaran rakaman khas di saluran MTV itu kelak.

MTV World Stage Malaysia diadakan adalah sebagai platform buat saluran MTV sendiri sebagai saluran yang menayangkan gig-gig eksklusif dari serata dunia, festival muzik dan konsert istimewa terus ke kaca televisyen anda. Malaysia merupakan negara yang pertama dipilih menganjurkan acara sebegini yang dimulakan sejak tahun 2009.

Bercakap mengenai persembahan bertaraf antarabangsa, Yuna nyata pilihan yang tepat dan sekaligus membanggakan semua rakyat Malaysia. Bermula di sosial media dan Youtube, perkembangan karier penyanyi berimej sopan ini dilihat boleh menjadi inspirasi buat semua remaja.

Ditambah pula dengan genre muzik yang diperjuangkan graduan undang-undang ini turut memperlihatkan Yuna sebagi penghibur yang versatil dan mempunyai kelas tersendiri. Setelah menempa kejayaan dan melalui pelbagai pengiktirafan, penampilan Yuna dipentas MTV World Stage itu pasti dinantikan peminat khususnya dari Malaysia.

Begitu juga dengan kumpulan Boys Republic, populariti yang diraih kumpulan ini melonjak naik seraya dengan gelaran Best New Artist pada 20th Korean Entertainment & Art Awards 2013 dan dipilih sebagai Korean Youth Association Ambassador oleh negara itu sendiri.

Pengacara untuk edisi terdahulu, VJ Alan dan Hanli juga dikekalkan bagi tahun ini. Seperti kebiasaan, MTV Asia juga akan memberikan pas percuma kepada peminat. Maklumat lanjut akan diumumkan di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram dari masa ke semasa.

Facebook: www.facebook.com/mtvasia
Twitter: www.twitter.com/mtvasia
Hashtag: #worldstagemy
Instagram: mtvasia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan