Cari Artikel

Tuesday, July 15, 2014

Raisyyah Rania sedia bergelar isteri


Raisyyah Rania sedia bergelar isteri


Raisyyah Rania sedia bergelar isteri jikalau sudah sampai jodohnya pada waktu terdekat ini.

Model jelita Raisyyah Rania Yeap memberitahu dia bersedia untuk bergelar sebagai isteri jika jodohnya datang dalam masa terdekat ini.

"Kalau jodoh datang masa ini, Raisyyah rasa memang wajar Raisyyah terima jodoh," katanya kepada Sinar Harian.

Raisyyah Rania sedia bergelar isteri


Dalam pada itu, Raisyyah menyangkal dakwaan yang mengatakan dia memeluk Islam kerana mahu berkahwin dengan jejaka kaya.

"Bagi Raisyyah, kalau ya pun betul-betul kahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya pun di masa depan, kalau jodoh Raisyyah yang Allah tentukan, Allah rancangkan untuk Raisyyah, siapa Raisyyah untuk mempertikaikan dan menolak jodoh tersebut."

Raisyyah telah memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah di sebuah masjid berdekatan Taman Tun Dr. Ismail pada 3 Julai lalu bersamaan 5 Ramadan bersempena dengan hari lahir yang ke-28.

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista


Selebriti Wanita Berhijab Fashionista

Selebriti wanita berhijab fashionista Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Natasha Hudson, Ayu Raudhah, Heliza Helmi, Diana Amir, Irma Hasmie, Yatt Hamzah.

Sejak beberapa tahun yang lalu, semakin ramai selebriti wanita tempatan mula melakukan penghijrahan dengan mengenakan hijab dan dari ke hari kita dapat melihat mereka ini sudah pandai dan selesa menggayakan tudung dengan bermacam gaya.

Bagi sesetengah selebriti yang sememangnya bertudung semenjak awal kemunculan mereka sudah tentunya menggayakan tudung tidak menjadi masalah besar buat mereka.

Selebriti wanita berhijab fashionista Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Natasha Hudson, Ayu Raudhah, Heliza Helmi, Diana Amir, Irma Hasmie, Yatt Hamzah.


Teknologi yang semakin canggih turut dikatakan menjadi punca utama fesyen hijab semakin berkembang dan senang untuk digayakan kerana terdapat pelbagai jenis tutorial gaya selendang mahupun tudung bawal yang boleh dipraktikkan hanya dengan menonton di laman Youtube.

Bergelar selebriti sudah tentu mereka inginkan variasi gaya yang berbeza setiap kali tampil di pentas mahupun kaca televisyen agar penonton tidak jemu melihat mereka.

Jom kita terokai di antara selebriti wanita berhijab yang boleh dikategorikan sebagai seorang yang fashionista!

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza 

Siapa tidak kenal dengan penyanyi nombor satu Malaysia yang bersuara emas ini. Mula berhijab sepenuhnya pada awal tahun lalu, Siti dilihat semakin ayu dan menawan berbanding hanya mengenakan tudung pada sebahagian kepalanya. Bijak bergaya dengan fesyen-fesyen terkini, penggayaan hijabnya penuh variasi mengikut kesesuaian majlis dan situasi dan baru-baru ini melancarkan koleksi tudungnya hasil kerjasama bersama Ariani.

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista Shila Amzah

Shila Amzah

Penyanyi yang sedang memuncak kerjayanya di persada muzik China masih kekal dengan imej berhijabnya walaupun hidup di negara orang. Sejak mengenakan hijab, Shila dilihat semakin bergaya dan hebat dalam mensuai padankan pakaiannya agar lebih kelihatan ranggi dan moden. Walaupun pernah dihimpit kontroversi akibat seluar leggingnya yang menyerupai warna kulit, namun anak sulung kepada penyanyi N.D Lala ini semakin peka dengan pemilihan hijab dan pakaiannya kini.

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista Natasha Hudson

Natasha Hudson

Pelakon kacukan berusia 31 tahun ini semakin selesa dengan kerjaya barunya sebagai seorang pereka fesyen busana muslimah di bawah jenama Dream Cloud by NH. Isteri kepada Carleed Khaza ini juga telah dilantik sebagai duta terbaru produk kecantikan Aura White bersama Amyra Rosli yang menggantikan duta sebelum ini iaitu Hanez Suraya. Natasha yang merupakan seorang model semestinya lebih tahu bagaimana untuk bergaya semenjak mengenakan hijab.

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista Ayu Raudhah

Ayu Raudhah

Pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan ini tidak kurang hebatnya dalam bergaya walaupun sudah bertudung. Isteri kepada pemain bola sepak ATM iaitu Zaquan Adha ini memang sudah dikenali dengan imej wanita ayu bertudung sejak popular dengan drama hebat "Nur Kasih" lakonan bersama Remy Ishak, Tiz 
Zaqyah dan Fizz Fairuz. Ayu juga turut menjadi model dalam memperagakan koleksi hijab milik butik kakaknya aktres Rozita Che Wan iaitu Padusi Couture.

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista Heliza Helmi

Heliza Helmi

Bekas finalis rancangan realiti Akademi Fantasia musim kelima ini semakin sepi dalam karier nyanyiannya dan lebih menumpukan kepada syarikat miliknya Heliza Helmi Entertainment. Peka dengan perkembangan bisnes muslimah yang semakin mendapat tempat di negara, Heliza turut melibatkan diri di dalam arena fesyen dengan menubuhkan jenama Falah Abiyana yang menampilkan rekaan terkini khas buat wanita Muslim di luar sana.

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista Diana Amir

Diana Amir

Isteri kepada bekas pensyarah UiTM Merbok Kedah, Mohd Habibullah A Rahman ini sememangnya cantik dan anggun ketika di awal penghijrahannya untuk memakai tudung. Kerjayanya sebagai seorang pelakon dilihat telah pun berkurangan semenjak mendirikan rumah tangga dan mula berjinak-jinak menjadi pengacara untuk rancangan "SIS" yang bersiaran di TV9. Selain itu, Diana juga sudah mula mengeluarkan jenama busananya sendiri yang menggunakan namannya iaitu Diana Amir Exclusive (DA'e).

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista Irma Hasmie

Irma Hasmie

Walaupun sudah bergelar seorang ibu kepada anak lelakinya Irfan, namun dirinya masih kekal jelita dan pakar dalam menjaga kecantikan. Jadi tidak hairanlah mengapa Irma dilantik sebagai jurucakap bagi produk kecantikan jenama Radiglow. Mengikuti jejak langkah selebriti bertudung lain, Irma juga turut membuka perniagaan berasaskan fesyen muslimah berjenama Debumas yang menampilkan koleksi jubah ringkas namun tetap menawan. Irma kini sedang sarat mengandung anak keduanya dan dikhabarkan bakal mendapat bayi perempuan yang dijangka bersalin pada 18 Julai depan.

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista Yatt Hamzah

Yatt Hamzah

Lebih dikenali sebagai Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah ini bijak dalam menggayakan hijab dan busana rekaannya yang dijual dengan label Suci by Yatt Hamzah. Selain sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pengacara, Yatt juga kerap dijemput sebagai panel undangan di forum dan majlis agama. Walaupun, sudah bertudung litup dan berhijrah, Yatt masih pandai bergaya dan kelihatan manis dan cantik.

Umie Aida enggan hebah dirinya berhijab


Umie Aida enggan hebah dirinya berhijab

Umie Aida enggan hebah dirinya berhijab kerana menganggap ianya peribadi membabitkan dirinya dan Allah SWT.

Kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini pastinya memberi satu makna dan pengertian buat mereka yang ingin berubah ke arah kebaikan dan melipatgandakan lagi amalan dan ibadah.

Ramai wanita yang memasang niat untuk berhijab mula mengambil langkah dengan menutup aurat sempena keberkatan bulan Ramadan ini termasuklah selebriti seperti Neelofa dan terbaru adalah Umie Aida.

Menurut laporan Berita Harian, pada mulanya Umie enggan menghebahkan soal penghijrahannya kerana menganggap ianya peribadi membabitkan dirinya dan Allah SWT.

Umie Aida enggan hebah dirinya berhijab


Namun, pelakon ini terbuka untuk bercerita mengenai perubahannya sejak menyertai kelas agama bermula tahun lalu.

"Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa.

"Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal," ujarnya seperti yang dipetik dari portal berkenaan.
Selain itu, Umie turut mengakui keberkatan Ramadan mendorong hatinya untuk terus berhijab sepenuhnya.
\
"Ketika menunaikan solat tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100 peratus.

"Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. Insya-Allah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya," katanya kepada Berita Harian.


Anak Sharifah Aini pemilik penuh royalti


Anak Sharifah Aini pemilik penuh royalti


Anak Sharifah Aini pemilik penuh royalti penjualan album biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Bayaran royalti hasil daripada penjualan album biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini bakal menjadi milik sepenuhnya anak lelaki tunggal beliau iaitu Aliff Omar Ali yang kini berusia 32 tahun.

Perkara terbabit disahkan oleh Mujahid Abd Wahab selaku Pengurus Besar Universal EMI Malaysia, memaklumkan bahawa royalti milik penyanyi rakaman yang meninggal dunia akan diserahkan kepada waris yang sah.

Anak Sharifah Aini pemilik penuh royalti


"Disebabkan Allahyarham mempunyai anak, bayaran itu akan diserahkan kepada anaknya, Aliff. 

Bagaimanapun semuanya masih dalam proses kerana Kak Pah Baru beberapa hari meninggal dunia. "Pihak kami belum berkesempatan lagi bertemu Aliff dan berbincang lebih lanjut mengenai perkara ini," katanya seperti yang dipetik dari Harian Metro.

Mujahid juga berkata perkara berkenaan bukan satu masalah kerana pihaknya akan menyerahkan bayaran tersebut kepada Aliff dan terpulang padanya untuk menguruskan wang tersebut.

Sepanjang karier Allahyarmah Kak Pah selama 45 tahun, beliau memiliki 135 buah album termasuk album penuh dan kompilasi dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, di antaranya adalah Seri Dewi Malam, Kekasih 
Pujaan, Forever & Ever, Malam dan banyak lagi.

Sementara itu, anak tunggal lelaki kepada penyanyi lagenda ini turut membuat keputusan menutup laman Facebook milik arwah ibunya selepas pengebumian Sabtu lalu.

Laman sosial yang digunakan sebagai tempat meluahkan rasa hati semasa hayat Allahyarham ditutup kerana 
Aliff tidak mahu segala memori yang dikongsikan menerusi akaun tersebut dikenang semula dan menjadi tatapan umum.

Selain itu, majlis tahlil terhadap Allahyarham tidak akan diadakan kerana hanya dianggap sebagai satu amalan sahaja dan bukannya perkara wajib yang dituntut dalam Islam.

Terdahulu, Allahyarham meninggal dunia di Pusat Pakar Damansara pada Sabtu lalu akibat kompilasi pelbagai penyakit termasuk fibrosis paru-paru dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur sebelum Zohor pada hari yang sama.



Nora Danish enggan terburu-buru kahwin


Nora Danish enggan terburu-buru kahwin


Nora Danish enggan terburu-buru kahwin kerana pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini.

Hubungan cinta antara aktres jelita Nora Danish dengan Nedim Nazri yang merupakan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, bukan lagi rahsia di kalangan peminat.

Kemesraan pasangan ini jelas dilihat menerusi gambar-gambar yang dimuat naik menerusi laman sosial Instagram masing-masing.

Khabar angin tentang pasangan ini ingin mendirikan rumah tangga pernah diperkatakan sekitar Februari lepas, tetapi ia ditepis oleh aktres filem "Pengantin Malam" ini.

Nora Danish enggan terburu-buru kahwin


Namun kini ada desas-desus yang mengatakan Nora dan Nedim sudah pun berbincang mengenai perkahwinan mereka.

Walaubagaimanapun berita ini dinafikan oleh Nora yang memberitahu mereka tidak pernah berbincang atau ada membuat persiapan perkahwinan. "Saya pun terkejut bila keluar perkara macam ini. Tak ada persiapan atau bincang pun. Kami tak pernah letak tarikh dan Nora tak pernah pun buat persiapan kahwin.

"Macam inilah, kalau ada bercadang untuk kahwin pun, tak ada benda sangat nak buat persiapan. Kalau kahwin kali ini akan buat yang simple dan lebih kepada akad nikah," ujar Nora seperti dipetik daripada laporan portal OhBulan! ketika ditemui baru-baru ini.

Nora juga menjelaskan mereka masih lagi sedang mengenali hati budi masing-masing dan enggan terburu-buru kerana pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini.

"Bagi Nora dan Nedim, kahwin bukan perkara main-main sebab kami dah pernah gagal dalam berumahtangga, jadi kena fikir masak-masak sebelum ke fasa seterusnya.

"Kena terima perangai baik dan buruk. Pada Nora, perangai buruk itulah yang kita kena sayang supaya kita dapat hidup dengan dia selamanya. Dia pun sama kena terima perangai saya yang banyak kekurangan ini," katanya.

Sebelum ini Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai dan mereka mempunyai seorang anak lelaki, Putera Rayqal.

Alif Satar enggan dedah tarikh nikah


Alif Satar enggan dedah tarikh nikah


Alif Satar enggan dedah tarikh nikah kerana menghormati semua pihak termasuk keluarga bakal isterinya.

Penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada September depan masih enggan mendedahkan tarikh sebenar hari bahagianya itu.

"Tarikhnya sudah ada, tetapi apa yang saya boleh katakan, kami bakal disatukan pada September ini.

Alif Satar enggan dedah tarikh nikah


"Saya lakukan ini kerana menghormati semua pihak termasuk keluarga bakal isteri," katanya kepada Sinar Harian.

Alif dan tunangnya, Sha Dila Halid telah mengikat tali pertunangan mereka pada Januari lalu.

Dalam pada itu, Alif turut memberitahu bahawa persiapan perkahwinannya berjalan dengan lancar dan sudah hampir selesai.

Sementara itu, artis berusia 24 tahun ini memberitahu rezekinya juga semakin banyak apabila dia kini sibuk menjalani penggambaran rancangan hiburan "Suka Lattew" di Astro Ria dan program 260 episod bagi saluran HyppTV.

"Alhamdulillah, ini semua dinamakan rezeki. Saya tak sangka rezeki hendak berkahwin ini lebih hebat. Malah, dek sibuk dengan kerja, saya pun tak sempat nak melayan Piala Dunia."

Hazama belum sedia kahwin kerana perbezaan agama


Hazama belum sedia kahwin kerana perbezaan agama


Hazama belum sedia kahwin kerana perbezaan agama dengan kekasihnya iaitu Genervie Kam.

Perbezaan agama adalah antara sebab penyanyi popular Hazama masih belum bersedia untuk mengahwini kekasihnya, Genervie Kam.

Jelas Hazama, mereka memerlukan masa untuk berfikir dan membuat sebarang keputusan kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.

"Harus saya akui perbezaan agama di antara kami menjadi faktor utama kenapa kami belum bersedia ke arah itu buat masa ini kerana ia isu yang sensitif.

Hazama belum sedia kahwin kerana perbezaan agama


"InsyaAllah jika ada jodoh di antara kami pasti suatu hari nanti kami akan disatukan juga sebagai suami isteri," ujar Hazama seperti dipetik daripada laporan mStar.

Penyanyi yang bakal menginjak usia 30 tahun pada November ini turut memberitahu dia ingin memperkukuhkan pengetahuan dalam agama Islam kerana sedar ia bukan tanggungjawab yang mudah untuk membimbing saudara baru.

"Perkahwinan bukan perkara kecil yang boleh dipandang ringan dan persediaan dari segi mental dan rohani sangat penting dalam menjadi ketua keluarga."

Sebelum ini Genervie, 33, yang merupakan seorang pemuzik dan pemain biola ini dikatakan sedang mendalami agama Islam. Malah pelantun lagu "Relakan Jiwa" ini pernah memberitahu, kekasihnya banyak bertanya tentang Islam dan adat budaya Melayu.

Hubungan Hazama dan Genervie mula diketahui ramai sekitar Oktober tahun lalu.

Hanez Suraya dihentam jual syampu


Hanez Suraya dihentam jual syampu


Hanez Suraya dihentam jual syampu kecewa apabila ada sesetengah pihak memandang rendah terhadap perniagaan syampu jenamanya sendiri, VLasy.

Aktres Hanez Suraya Abdul Aziz mengakui kecewa apabila ada sesetengah pihak memandang rendah terhadap perniagaan syampu jenamanya sendiri, VLasy dengan mengaitkan kisah-kisah kontroversi yang pernah dilaluinya sebelum ini.

"Mereka ini tidak boleh tengok kita senang. Ada sahaja yang nak dihentamnya. Sepatutnya kita jangan memandang rendah kepada orang lain yang ingin berusaha.

Hanez Suraya dihentam jual syampu


"Apa yang saya nampak, golongan keyboard warrior itulah sebenarnya tidak ada kehidupan sendiri sehingga sibuk mencari salah orang lain di laman sosial," ujarnya seperti dipetik daripada laporan mStar.

Namun dia bersyukur apabila ada peminat yang memberi komen positif dan turut menerima tempahan berulang.

Aktres berusia 28 tahun ini menjelaskan, dia mula berfikir untuk menceburi bidang perniagaan kecantikan rambut selepas dilanda pelbagai kontroversi berkaitan kisah cintanya.
Malah dia sudah berniat untuk menghasilkan produk sendiri selepas bergelar duta kecantikan Aurawhite sebelum ini.

"Apa yang dah berlaku sebelum ini membuatkan saya lebih kuat untuk teruskan hidup. Diakui memang isu yang timbul telah menggelapkan karier saya tetapi tidak semudah itu untuk saya perlu diam. Jangan biarkan orang tengok kita jatuh.

"Tuhan sentiasa ada di sisi kita. Biarlah apa orang nak cakap, satu hari nanti orang akan tahu cerita sebenarnya. Lambat atau cepat sahaja," tambahnya lagi.

Syampu VLasy adalah produk keluaran syarikat Hanez iaitu H Estrella Beuate yang mempunyai campuran pati buah-buahan dan tumbuhan bagi mengurangkan rambut gugur serta melebatkan rambut. Ia boleh didapati menerusi dalam talian buat masa ini.

Sebelum ini, nama Hanez telah dilanda kontroversi selepas dia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka berstatus suami orang, Romie Razin Adilha.


Satya Nadella Says Changes Are Coming to Microsoft


Satya Nadella, Microsoft’s chief executive, has written a company manifesto of sorts.

His 3,100-word essay, distributed by email to Microsoft employees Thursday morning, is Mr. Nadella’s mission statement and a rallying cry for the staff. Although it contained few specifics, the essay appeared to lay the groundwork for significant changes, to be announced this month.

Mr. Nadella said everyone at Microsoft must find ways to simplify and work faster and more efficiently. “We will increase the fluidity of information and ideas by taking actions to flatten the organization and develop leaner business processes,” he wrote. “Culture change means we will do things differently.”

Those words seemed to hint at the possibility of layoffs. In most years, around the end of Microsoft’s fiscal year on June 30, rumors swirl among employees about cutbacks in different groups as the company defines its plans for the next 12 months. When job reductions occur, though, they are rarely big enough to meaningfully affect Microsoft’s overall head count, which was close to 100,000 at the end of June 2013.


Satya Nadella Says Changes Are Coming to Microsoft
Satya Nadella’s essay, sent by email to Microsoft employees, said the company would “reinvent productivity.”Credit Brendan Mcdermid/Reuters


This year, however, the layoff rumor mill has been especially active. That is partly because Microsoft added 25,000 new employees at the end of April with the completion of its acquisition of Nokia’s mobile division.

Mr. Nadella said in his email that, throughout July, senior executives would reveal “more on the engineering and organization changes we believe are needed.” He said he would discuss changes more when the company released its earnings on July 22.

In a brief phone interview, Mr. Nadella said his motivation for writing the memo was to “galvanize employees around what our soul is.” He declined to say whether the company was contemplating layoffs.

The crux of Mr. Nadella’s essay was an extended description of Microsoft’s mission. Clarifying, rather than drastically redefining, the company’s “unique core,” Mr. Nadella said Microsoft was “the productivity and platform company for the mobile-first and cloud-first world.”

“We will reinvent productivity to empower every person and every organization on the planet to do more and achieve more,” he wrote.

In the interview, he cited Microsoft’s virtual assistant for its Windows Phone devices, Cortana, as an example of the kind of ambitious technologies he wanted Microsoft to produce. He said Microsoft would be able to use Cortana to reduce the drudgery of using something like customer relationship management software. When a meeting between a sales employee and a customer is over, Cortana will be able to detect automatically that the meeting has ended. The software could then automatically pull up the customer’s record for the sales employee so the record could be updated.

He described how Microsoft’s focus on productivity would encompass people’s needs in both their professional and their personal lives. That description seemed to leave one of Microsoft’s most prominent businesses, its Xbox unit, in an awkward spot: outside Microsoft’s core focus.

In the past, many outsiders have called on Microsoft to sell its Xbox unit to simplify its business. Even though Xbox is not part of Microsoft’s focus on productivity, Mr. Nadella wrote in his essay that “the single biggest digital life category, measured in both time and money spent, in a mobile-first world is gaming.”

“Bottom line, we will continue to innovate and grow our fan base with Xbox while also creating additive business value for Microsoft,” he said.

The message: Xbox isn’t central to Microsoft, but the company is keeping it. For now.

“I am absolutely thrilled to have the Xbox franchise,” Mr. Nadella said in the interview.

Correction: July 10, 2014 
An earlier version of this post misstated when Microsoft executives would announce more changes at the company. It is in July, not June.

Google to Tour Europe to Discuss Privacy


LONDON — Google is about to start a grand tour of Europe.


The search engine company will soon send a group of executives and legal experts, including the company’s executive chairman, Eric E. Schmidt, around the region to explain Google’s stance on online privacy.

The series of meetings, which is expected to start as early as September and last up to nine months, will form part of the company’s response to a recent European court ruling that gives people the right to ask that links about themselves be removed from certain Internet searches.

On Friday in Europe, Google opened a website for its 10-person privacy advisory group. The site includes an area where people can give suggestions for how the company should respond to the court’s decision.

Google plans to send a group of executives,
including the company’s executive chairman,
Eric E. Schmidt, on a tour of Europe to explain the company’s
stance on online privacy.Credit Scott Olson/Getty Images


The privacy committee includes Mr. Schmidt and Google’s top lawyer, David C. Drummond. Other members are Jimmy Wales, the founder of Wikipedia, who has been a vocal critic of Europe’s so-called right to be forgotten, and several European data protection experts, including José Luis Piñar, a former Spanish privacy regulator.

Google, which announced the creation of the committee in May, is expected to announce on Friday in Europe the selection of three new members, including Sabine Leutheusser-Schnarrenberger, a former German justice minister, and Sylvie Kauffmann, editorial director at the French newspaper Le Monde.

Google will not pay the external committee members for their time, although it will cover their expenses. The group will publish a report next year recommending how search engines should respond to the European court’s privacy ruling. The recommendations, however, will only advise the company on its future privacy efforts, and might not be carried out.

The steps come as the tech giant, which runs Europe’s most popular search engine, has struggled to deal with the more than 80,000 requests from individuals who want links to online content to be removed.

The court’s ruling has pitted freedom of expression advocates against online privacy groups. Google’s efforts to comply with the complicated legal decision have misfired somewhat.

That includes removing links to articles from several prominent European news organizations, including the BBC and The Guardian, only to later reinstate some of the links after the media outlets complained.

The privacy committee will meet privately in July before starting a six-country European tour. The group will visit France, Spain, Germany, Poland, Britain and Italy. In each country, it will hold a public meeting in which local experts will give their opinions about the implications of the European court’s decision, according to people with direct knowledge of the matter, who spoke on the condition of anonymity because they were not authorized to speak publicly. The meetings will be spread out over a period of months.

The people who will speak to Google’s privacy group will be chosen from submissions to the  form on the committee’s website and recommendations from the 10-person privacy team, according to one of the people with direct knowledge of the matter.

During the yearlong process, the advisory group is expected to focus on how search engines like Google can respond to the right-to-be-forgotten ruling. It  will also look at how to balance individuals’ right to privacy with the people’s need for freedom of expression, as both rights are enshrined almost equally in European law.


Galaxy K Zoom Kamera 20.7 megapiksel dengan LTE


Galaxy K Zoom Kamera 20.7 megapiksel dengan LTE


Galaxy K Zoom Kamera 20.7 megapiksel dengan LTE akan berasa di pasaran Malaysia penghujung Jun.

Galaxy K Zoom


Samsung memperkenalkan kamera baharu, Galaxy K Zoom dilengkapi paparan resolusi kamera sejauh 20.7 megapiksel, skrin 4.8 inci HD Super AMOLED dan aplikasi tambahan, LTE. 

Kamera dwifungsi ini membenarkan pengguna menukarnya kepada telefon pintar, apabila pengguna meningkatkan fungsinya kepada aplikasi LTE, rangkaian jalur lebar evolusi jangka panjang. 



Kelebihan lain iaitu menggunakan sistem operasi Android 4.4 (Kitkat) dengan format kadar bukaan cahaya (ISO) Auto, 100, 200, 400, 800, 1,600 atau 3,200.

Selain itu, pengguna boleh menggunakan aplikasi mod selfie, yang membolehkan pengguna merakam sendiri gambar mereka dengan lebih baik dengan butang shutter mudah dicapai serta fokus pantas. 

Harga tidak dinyatakan. Galaxy K Zoom akan berasa di pasaran Malaysia penghujung Jun.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan