Cari Artikel

Monday, July 14, 2014

Samsung Galaxy S4 Zoom


Samsung Galaxy S4 Zoom


Samsung Galaxy S4 Zoom telefon pintar gajet dwifungsi menguntungkan buat golongan muda yang suka bersosial atau fotografi. 

Perekanya dari Korea mengadakan satu sidang media pelancaran gajet terbaharu, ‘Samsung Media Day’, di Muzium Red Dot Design, Singapura, baru-baru ini. 

Sekiranya anda pengguna model Samsung, anda pasti terpikat dengan kepelbagaian fungsinya. Pelengkap kamera Galaxy K Zoom, iaitu telefon pintar Samsung Galaxy S4 Zoom, gajet dwifungsi menguntungkan buat golongan muda yang suka bersosial atau fotografi. 

Samsung Galaxy S4 Zoom


Reka bentuk dan spesifikasi Samsung Galaxy S4 Zoom yang baharu adalah variasi Galaxy S4.

Peranti Galaxy S4 Zoom menggunakan prosesor 6-core, Samsung Exynos 5 Hexa (5260). Perbezaannya sangat sedikit berbanding quad-core Qualcomm Snapdragon 801 yang boleh di dapati pada Galaxy S4.

Persamaan kedua-dua model berkenaan adalah menggunakan kelajuan 2.5 Ghz dengan gabungan dua 1.7 ARM Cortex A15.



Oracle bayar AS$5.3 bilion beli Micros Systems


Oracle bayar AS$5.3 bilion beli Micros Systems


Oracle bayar AS$5.3 bilion beli Micros Systems untuk kukuhkan perkomputeran awan bagi menangani isu pengambilalihan industri peruncitan dan perhotelan.

REDWOOD SHORES, California: Oracle Corp mengumumkan rancangan membeli Micros Systems pada pertimbangan AS$5.3 bilion (RM17 bilion) sejajar rancangan pengembangan agresif pengeluar perisian kedua terbesar dunia itu menerusi pengambilalihan.

Pembelian Micros, yang menyediakan perkakasan dan perisian kepada industri peruncitan dan perhotelan, adalah pengambilalihan berbilion dolar pertama syarikat itu yang diterajui Larry Ellison dalam tempoh lima tahun selepas mencatat prestasi kewangan hambar pada suku keempat lalu. 

Oracle bayar AS$5.3 bilion beli Micros Systems


Penganalisis mengunjurkan pengambilalihan itu sebagai yang pertama daripada beberapa lagi rancangan sama bagi Oracle yang sudah mula merasa kesan perang harga daripada pesaing seperti Salesforce.com Inc dan Workday Inc bagi perisian berasaskan internet mereka. 

“Saya rasa Larry Ellison baru sedar syarikat itu perlu kembali agresif dan kini menggerakkan M&A (penggabungan dan pengambilalihan),” kata penganalisis di FBR Capital Market, Daniel Ives.

“Memang sudah jelas Oracle perlu bertindak cepat untuk menyuntik lebih banyak ‘minyak pembakar pertumbuhan dalam enjinnya’ untuk menyemarakkan pertumbuhan bagi rangkaian produk utama keluarannya,” kata Ives.

Janji niaga dengan Micros akan membantu Oracle mengembangkan rangkaian perkomputeran awan untuk segmen perniagaan yang mana ia sudak agak lewat untuk masuk ke pasaran.

Micros menjual mesin daftar tunai dengan sambungan internet dan perkomputeran awan seperti e-dagang dan pengurusan perhubungan pelanggan kepada rangkaian hotel dan restoran termasuk kepada Louvre Hotels, TGI Friday's dan Yum Brands Inc (syarikat induk KFC dan Pizza Hut). 
Bagi tahun kewangan berakhir Jun 2013, pendapatan Micros naik 15 peratus kepada AS$1.27 bilion (RM4.08 bilion).



Saham Oracle malam tadi ditutup naik 0.7 peratus kepada AS$41.09 (RM132). - Reuters


Sony yakin konsol PS4 capai sasaran


Sony yakin konsol PS4 capai sasaran


Sony yakin konsol PS4 capai sasaran PS4 adalah peranti hiburan pelbagai fungsi kepada pengguna dan peminat permainan video konsul,

LOS ANGELES: Konsol generasi baharu keluaran Sony Corporation, PlayStation 4 (PS4) melahirkan keyakinan bagi mendapatkan momentum pada pertunjukan permainan E3 yang berlangsung di sini, hari ini.

Kemunculan pada pameran utama industri itu yang turut disertai pembangun permainan video Microsoft Xbox One, langsung tidak mengecewakan. 

Sony yakin konsol PS4 capai sasaran


Malah, pasukan Sony yang hadir dengan kejayaan pembangunan PS4 menawarkan gabungan daripada penerbitan filem terbesar Jepun, televisyen dan teknologi studio muzik bersepadu bagi menguasai segmen hiburan di rumah. 

Andrew House


Ketua Sony Computer Entertainment, Andrew House, berkata pencapaian pada E3 ini adalah seperti kemunculan album kedua kumpulan rock.



“Banyak tekanan yang diberikan kepada kita. Saya berasa amat gembira dengan pelbagai permainan yang ditawarkan dan maklum balas positif yang diterima,” katanya.



Katanya, pada pertunjukan E3 yang berlangsung November tahun lalu, Sony meletakkan sasaran bagi menambat hati peminat tegar permainan video dengan memperkenalkan konsol baharu di rumah.



Sony pada tahun ini, katanya menumpukan kepada pemain video konsul dengan menawarkan filem terbaru dan kandungan ekslusif permainan video, selain menambah beberapa rancangan televisyen. 
“PS4 adalah peranti hiburan pelbagai fungsi kepada pengguna dan peminat permainan video konsul,” katanya. - AFP


Ketua Eksekutif eBay PayPal letak jawatan untuk sertai Facebook


Ketua Eksekutif eBay PayPal letak jawatan untuk sertai Facebook


Ketua Eksekutif eBay PayPal letak jawatan untuk sertai Facebook David Marcus meletak jawatan untuk mengepalai bahagian khidmat mesej Facebook Inc.

SAN FRANCISCO: David Marcus yang sudah menerajui bahagian pembayaran elektronik PayPal eBay sejak dua tahun lalu akan meletak jawatan untuk mengepalai bahagian khidmat mesej Facebook Inc. 

Saham eBay jatuh lebih dua peratus selepas sesi dagangan malam tadi. Di bawah pimpinan Marcus, PayPal berkembang sangat agresif hingga wujud pelbagai khidmat baru termasuk dompet mudah alih untuk pengguna serta sistem jualan setempat (POS) bagi kalangan peruncit. 


Ketua Eksekutif eBay PayPal letak jawatan untuk sertai Facebook


Kemasukan Marcus menyerlahkan lagi usaha keras Facebook untuk memperkukuhkan lagi ciri mesej peribadi apabila syarikat itu sekarang berdepan saingan sengit daripada khidmat mesej mudah alih popular seperti Snapchat dan Line. 

Februari lalu, Facebook mengejutkan industri apabila mengumumkan mengambil alih WhatsApp pada pertimbangan AS$19 bilion (RM61 bilion). 

Dengan jawatan baharu yang diwujudkan khas untuk Marcus iaitu Naib Presiden Produk Pemesejan, Marcus akan menerajui bahagian Messenger yang sudah tersedia dalam rangkaian sosial itu serta aplikasi mudah alih percuma Messengger, tetapi tidak di WhatsApp, kata jurucakap Facebook, Vanessa Chan. 




Secara purata, 12 bilion mesej dihantar menerusi Facebook setiap hari dan aplikasi Messenger pula mempunyai lebih 200 juta pengguna, kata syarikat itu.

Pelantikan Marcus juga mungkin mengisyaratkan hasrat Facebook untuk menukar khidmat mesej kepada sebuah platform urus niaga seperti membeli tiket konsert atau tempahan hotel, kata Brian Blau, seorang penganalisis di firma penyelidikan Gartner. - Reuters 

Garmin Vívofit Gelang Kecerdasan


Garmin Vívofit Gelang Kecerdasan

Garmin Vívofit gelang kecerdasan keluaran Garmin sesuai bagi mereka yang ingin menambahkan semanggat serta tenaga.

PERNAH dengar nama gajet ini. Vívofit (veevo-fit) iaitu gelang kecergasan keluaran Garmin yang kini mula diminati di serata dunia. 

Bukan sekadar menjadikan pemakainya bergaya tetapi amat ringan dan sememangnya direka untuk menjadikan keinginan yang baik kepada amalan seumur hidup. 

Vivofit dapat memenuhi kehendak mereka yang memerlukan lebih semangat untuk bangkit daripada sofa atau meninggalkan meja di tempat kerja buat seketika untuk berjalan-jalan di luar.

Garmin Vívofit Gelang Kecerdasan


Keunikan gelang kecergasan ini seharusnya memikat sesiapa saja yang gemar bersukan, bersenam dan menyertai aktiviti aerobik. 

Anda boleh memantau jumlah langkah diambil, kalori yang dibakar, berapa jauh anda daripada matlamat kecergasan dan ukuran metrik lain. 

Malah di atas skrin, gelang itu terdapat garisan merah nipis yang perlahan-lahan menjadi panjang dan lebih panjang selepas tidak melakukan aktiviti selama sejam dan mengingatkan anda supaya bangun dan membuat senaman ringan. Gelang ini mudah dibuka dan ditukar. 

Garmin Vívofit Gelang Kecerdasan


Mula di pasaran Malaysia 

Baru-baru ini, pengedar tunggal produk Garmin di Malaysia, AECO Technologies (M) Sdn. Bhd memperkenalkan gelang kecergasan itu untuk pasaran di Malaysia. 

Sebaik memakai gelang berkenaan, anda akan dimaklumkan mengenai matlamat harian, memantau perkembangan dan mengingatkan masa sudah sampai untuk melakukan senaman. 

Pemilik vívofit tidak perlu bimbang dengan jangka hayat bateri kerana alat ini mampu bertahan selama setahun dan kalis air sedalam 50 meter. Boleh disesuaikan dengan pemantauan kadar denyutan jantung. 

Vívofit dapat mengenalpasti tahap aktiviti semasa dan kemudian membuat jangkaan matlamat harian. Jika matlamat atau sasaran dicapai, vívofit akan membuat jangkaan matlamat untuk hari esok. 

Walaupun sekadar berjalan-jalan dengan jarak dekat sepanjang hari, anda boleh meningkatkan tahap kecergasan dan vivofit akan menyimpan semua data. 

Vívofit membolehkan anda memantau perkembangan 24 jam, tujuh hari seminggu termasuk pemantauan tidak aktif serta pemantauan ketika tidur. 

Garmin Vívofit Gelang Kecerdasan


Tetapkan mod tidur 

Selain itu, pemilik boleh menetapkan pada mod tidur apabila masuk waktu tidur yang membolehkan vívofit memantau kualiti rehat. Dengan sentuhan pada satu butang, pengguna penggunaan diselaraskan dengan Garmin Connect iaitu komuniti kecergasan atas talian percuma. 

Malah, gajet ini boleh diselaras dengan sistem iOS 4S dan ke atas serta Android 4.3 ke atas. 

Jika anda menggunakan alat memantau denyutan jantung, vivofit akan menyimpan data denyutan jantung dan zon data akan menunjukkan maklumat jumlah kalori yang dibakar bagi sebarang aktiviti seperti larian atau kelas kardio di gimnasium. 



Garmin Vívofit yang ditawarkan dalam lima warna sesuai untuk kegunaan termasuk aktiviti berlari. Bagaimanapun ia tidak sesuai untuk berbasikal kerana tidak dapat mengesan sebarang data.


Telefilem Istimewa Sempena Nuzul Al-Quran


Telefilem Istimewa Sempena Nuzul Al-Quran


Telefilem istimewa sempena Nuzul Al-Quran Bibir Tanpa Zikir, mengisahkan mengenai seorang wanita bernama Amira.

Sempena kedatagan Nuzul Al-Quran pada Selasa, 15 Julai 2014, TV3 dan TV9 telah menyediakan tiga telefilem istimewa untuk penonton-penonton setia mereka. Telefilem-telefilem ini memaparkan kisah hidup individu yang menyimpang daripada ajaran Islam dan diberi hidayah.

Malam ini, Skrin di 9 akan menayangkan 'Bibir Tanpa Zikir' pada jam 8.30 malam. Cerita yang dibintangi oleh Lisdawati, Adam Corrie, Normah Damanhuri, Hisham Ahmad Tajudin dan Adrea Abdullah ini mengisahkan mengenai seorang wanita bernama Amira. Sejak kecil, Amira dan abangnya Hisyam dididik menunaikan solat dan asas agama yang baik. Bagaimanapun ketika meningkat remaja, Amira mula memberontak. Ini disebabkan sikap ibu bapanya yang terlalu memaksa dalam urusan membabitkan agama. 

Sikap mereka juga keras kerana apabila dia liat bangun menunaikan solat Subuh, ibunya akan memaki hamun. Rumah mereka akan bising dengan suara ibunya yang lantang mengejutkan mereka setiap pagi. Ini sekaligus membuatkan dia benci dan bersolat hanya kerana terpaksa. 

Telefilem Istimewa Sempena Nuzul Al-Quran


Sebaik tamat pengajian, Amira berkahwin dengan kawan abangnya, Bakthiar Lim Abdullah, seorang mualaf yang berasal dari keluarga berada. Bakthiar menganggap perkahwinan ini atas dasar agama dan cinta, manakala Amira pula menganggapnya sebagai jalan untuk melarikan diri daripada kongkongan keluarga. Dia menyangka suami mualaf itu boleh dipandang remeh dan boleh diperkotak-katikkan. Amira sering menipu suaminya dan apabila bekerja pergaulannya semakin meluas.

Telefilem Istimewa Sempena Nuzul Al-Quran Bibir Tanpa Zikir


Dia lebih suka berkawan dengan rakan-rakan yang banyak bersosial dan menghabiskan waktu di kelab malam. Dia hanya akan bertudung di depan suami dan keluarganya, namun, tudung akan dibuka apabila keluar bertemu kawan-kawan. Amira semakin hanyut dalam dosa dan kepura-puraannya. Dia lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah bersukaria dengan kawan-kawannya. Amira juga bermewah dengan pemberian suaminya dan sudah pandai meninggikan diri, malah hilang hormat pada suaminya. 

Bakthiar sentiasa bersabar dan berbaik sangka dengan menganggap semua itu adalah ujian Allah SWT untuk menduga kesabaran dan keimanannya. Dia tidak jemu berdoa agar isterinya kembali ke pangkal jalan.

Stesen popular TV3 pula menyiarkan telefilem berjudul 'Sejernih Embun' pada jam 10.00 malam. 'Sejernih Embun' mengisahkan tentang Razman yang terlibat dalam gangterism sejak remaja. Dia tidak pernah mengenali keluarganya mengakibatkan kehidupannya terumbang-ambing tanpa arah. Razman jatuh cinta pada Jaclyn, orang kepercayaan bos besar. Namun, Jaclyn meletakkan syarat RM 1 juta jika inginkan cintanya dan wang tersebut harus diperolehinya dalam masa seminggu. 

Disebabkan terdesak, Razman kembali menjejaki Raymond yang pernah melarikan wangnya berjumlah hampir RM 200 ribu. Razman ke Jitra, kampung halaman Raymond. Puas dicari namun Raymond tidak ditemui. Ketika Razman hampir berputus asa, dia terkejut apabila mendapati suami Salmiah, Syukor ialah Raymond yang telah memeluk agama Islam. Malah, Syukor juga mengatakan bahawa duit tersebut telah didermakan. Razman telah menculik Salmiah untuk memaksa Syukor menyerahkan duit tersebut atapun Salmiah akan dibunuh.

Telefilem Istimewa Sempena Nuzul Al-Quran Bibir Tanpa Zikir


Sepanjang dikurung oleh Razman, Salmiah berterusan bersolat dan mengaji. Razman agak terganggu dengan bacaan Al-Quran tersebut, namun akhirnya tertidur dan bermimpi dia berada dalam api panas. Apabila tersedar, Razman meminta Salmiah meneruskan bacaannya. Pada masa yang sama, Syukor mendapatkan bantuan Basri bagi membebaskan Salmiah. 'Sejernih Embun' dibarisi oleh Fizz Fairuz, Jessey Lim, Faradhiya, Beego, Datuk Ahmad Tarmimi Serigar. 

Pada Selasa, 15 Julai, TV3 sekali lagi menayangkan telefilem istimewa berjudul 'Nyamuk Tak Berdosa' pada jam 9.30 pagi. Telefilem ini tentang pasangan Sarimah dan Bahrin yang telah berkahwin selama 16 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata Atiqah dan Afiq. Sarimah bekerja sebagai tukang cuci manakala suaminya, Bahrin, bekerja sebagai pengawal keselamatan. 

Sikap Bahrin mula berubah ketika Sarimah mula bekerja. Dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa anak-anak mereka. Dia menjadi seorang yang panas baran, seringkali memukul dan mengugut Sarimah. Sebaliknya, Sarimah terus setia terhadap suaminya dan tidak pernah sedetik pun terfikir untuk bercerai demi masa depan anak-anaknya. Antara pelakon yang membintangi cerita ini ialah Kamal Adli, Zarina Zainoordin, Puteri Balqish, dan Dian P. Ramlee.

Ahmad Idham Tampil Dengan Filem Berat


Ahmad Idham Tampil Dengan Filem Berat


Ahmad Idham tampil dengan filem berat yang terbaru, berjudul "Tembus" lakonan selebriti hebat Aaron Aziz dan Luna Maya.

Filem terbaru arahan sutradara Ahmad Idham, ‘Tembus’ bakal menerjah pawagam pada 28 Julai ini bersempena dengan sambutan Aidilfitri. Dijayakan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Nur Fazura, Khir Rahman dan bintang sensasi Indonesia, Luna Maya, filem ini menjanjikan kelainan kepada penggemar filem-filem Melayu di luar sana.

“Jika sebelum ini saya seringkali mengarahkan filem bertemakan komedi, percintaan dan seram, menerusi filem terbaru saya, ‘Tembus’, saya tampilkan kelainan. Saya bawakan tema drama berat dalam filem saya. Saya percaya yang filem ini ada aura yang berbeza untuk memberikan kesegaran kepada genre-genre filem arahan saya sebelum ini,” jelas pengarah filem ‘Hantu Nan Sempit’ itu.

Ahmad Idham Tampil Dengan Filem Berat


“Saya sudah lama mahu mengarahkan filem sebegini. Saya ketengahkan jalan penceritaan yang berat, mengenai krisis dan skandal dalam rumah tangga serta saya juga menampilkan isu penculikan kanak-kanak dalam filem ini,” ujarnya lagi.

Menampilkan nama-nama besar sebagai teraju filem terbarunya, Idham juga memberi sedikit komen mengenai risiko filem ini ditayangkan sempena dengan sambutan Hari Raya.

Ahmad Idham Tampil Dengan Filem Berat


“Saya akui, ada risikonya. Tapi sebelum ini, filem arahan saya, ‘Hantu Bonceng’ ditayangkan di pawagam semasa sambutan Syawal dan berjaya mendapat kutipan yang memberangsangkan. Saya berharap perkara ini akan terjadi semula kepada filem ‘Tembus’.

Bercakap mengenai nama-nama besar pula, saya akui itu merupakan strategi pihak penerbit. Filem ini juga sudah dirisik untuk ditayangkan di Indonesia, namun semuanya masih lagi dalam proses perbincangan,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Tayangan Filem Tembus di Cathay Cineleisure, Damansara baru-baru ini.

Baru-baru ini, Idham mengesahkan yang dia meninggalkan syarikat penerbitan Excellent Pictures Sdn Bhd sejak bulan Mei lalu. Excellent Pictures kini diusahakan sendiri oleh rakan kongsinya, manakala dia bersama keluarga pula telah pun berpindah ke Nusajaya, Johor bagi memberi fokus kepada akademi yang baru ditubuhkan olehnya iaitu Ahmad Idham Film Academy.

“Selepas filem ini, saya berehat seketika. Tapi sebenarnya saya masih ada empat lagi filem bersama Excellent Pictures. Keputusan saya untuk meninggalkan syarikat adalah kerana saya sendiri mahu fokus kepada akademi saya dan saya rasa tidak adil jika saya hanya menjadi ‘sleeping partner’ dalam syarikat,” ujar Idham mengakhiri perbualan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan