Cari Artikel

Saturday, July 5, 2014

Siti Nurhaliza: Meninggal Dunia Bulan Ramadan, Tok Pah Insan Terpilih Yang Hebat


Siti Nurhaliza: Meninggal Dunia Bulan Ramadan, Tok Pah Insan Terpilih Yang Hebat

Siti Nurhaliza: Meninggal Dunia Bulan Ramadan, Tok Pah Insan Terpilih Yang Hebat


KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2014: Pasti ramai tertanya-tanya ke mana kelibatnya penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza kala jenazah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dimandikan serta dikapankan di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, sekaligus dikebumukan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur, kira-kira jam 11 pagi.

Kehadiran Siti Nurhaliza sememangnya ditunggu-tunggu kebanyakan pihak media yang awal-awal lagi sudah membanjiri Masjid At-Taqwa sedari jam 8 pagi lagi. Rata-ratanya mahu mendapatkan komen Siti Nurhaliza mengenai pemergian Sharifah Aini atau Kak Pah yang amat tidak diduga ini.

Siti nyata hadir bersama suami tecinta, Dato' Khalid Mohd Jiwa (Dato' K) dengan pakaian sedondon serba hitam, namun Siti berpisah buat seketika daripada Dato' K kerana mahu bersama golongan muslimah lain yang berada di dalam masjid itu untuk membacakan Yassin.

Sepanjang membacakan surah tersebut, air mata Siti tak henti-henti mengalir dan sesekali dia menyeka air matanya dengan tangannya yang mulus.

Pasti ada suatu perkara yang membuatkan Siti benar-benar hiba dengan pemergian Kak Pah yang berpunca daripada jangkitan pada paru-paru. Kak Pah menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Pakar Damansara kira-kira jam 1,26 pagi setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi pusat perubatan tersebut sejak Selasa lalu.

Ditemui selepas selesai membaca Yassin, Siti Nurhaliza yang masih tidak dapat menahan rasa hiba dan sebak  berkata, bukan semudah itu bagi seseorang umat Islam  untuk meninggal dunia pada bulan ramadan yang penuh barakah.

Namun, pemergian arwah jelas menunjukkan bahawa dia adalah insan hebat yang dipilih oleh Allah SWT untuk pergi meninggalkan kita semua pada bulan yang cukup mulia ini.

"Bagi saya arwah seorang insan yang hebat. Subhanallah... Tidak semua orang memiliki keistimewaan ini dan bagi saya Allah memang cukup menyayanginya.

"Kita ini pula bagaimana? Kita sendiri tidak tahu di mana bahagian kita. Sebab itu saya kata dia insan yang hebat serta terpilih.

"Malah, dia juga banyak beri kegembiraan kepada masyarakat menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan dan menggembirakan orang itu juga adalah satu ibadah.

"Secara peribadi saya sendiri amat mengkagumi diri sebagai seorang insan seni. Caranya berinteraksi dengan penonton, caranya membuat persembahan dan lagu-lagu yang dibawakannya membezakan dia dengan insan seni yang lain.

"Arwah bapa saya sendiri amat meminati arwah dan dia cukup menyukai suara arwah serta lagu-lagu yang arwah bawakan pada zaman aktifnya dulu," kata Siti kepada Portal Murai.

Jelas Siti lagi, biarpun tidak begitu rapat dengan arwah, namun dia bersyukur apabila diberi kesempatan untuk menjayakan sesi fotografi bersama arwah untuk akhbar Berita Harian.

"Momen tersebut memberi kesempatan kepada saya untuk mendekati serta mengenalinya secara lebih dekat lagi dan daripada situ saya dapat rasakan kasih sayang seorang ibu yang ada padanya.

"Dan, percayalah di sebalik kontroversi yang penah melanda kami berdua dulu, saya tidak pernah menyimpan ia di dalamhati saya. Lillahi Taala. Malah saya sentiasa doakan kebahagian serta kegembiraannya.

"Saya juga bersyukur kerana berpeluang untuk beraksi bersama dengan arwah di pentas yang sama. 2 kali dan kali terakhir adalah di pentas AJL bersama-sama dengan Kak Ziana Zain," katanya.

Jelas Siti lagi, dia sendiri amat meminati lagu-lagu Kak Pah dan antara lagu yang diminatinya adalah Seri Dewi Malam serta Hapuslah Air Matamu.

Rakan Artis, Penggiat Industri Ucap Takziah Buat Sharifah Aini


Rakan Artis, Penggiat Industri Ucap Takziah Buat Sharifah Aini

Rakan Artis, Penggiat Industri Ucap Takziah Buat Sharifah Aini


KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2014: Rakan artis dan penggiat industri seni hari ini bertumpu ke laman media sosial bagi menyampaikan ucapan takziah mereka di atas pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini.
Bintang lagenda yang telah mencebur diri dalam bidang nyanyian lebih empat dekad itu telah pergi menghadap Illahi pada 1.26 pagi Sabtu akibat fibrosis paru-paru.

Laman sosial seperti Twitter menjadi medium kepada para selebriti untuk meluahkan rasa sedih dan ucapan takziah. Berikut antara selebriti yang Murai kongsikan.

Rakan Artis, Penggiat Industri Ucap Takziah Buat Sharifah Aini

Rakan Artis, Penggiat Industri Ucap Takziah Buat Sharifah Aini

Rakan Artis, Penggiat Industri Ucap Takziah Buat Sharifah Aini

Rakan Artis, Penggiat Industri Ucap Takziah Buat Sharifah Aini

Rakan Artis, Penggiat Industri Ucap Takziah Buat Sharifah Aini

Rakan Artis, Penggiat Industri Ucap Takziah Buat Sharifah Aini



Jenazah penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada selepas solat Zohor

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Dalam Kenangan (1953-2014)


Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Dalam Kenangan (1953-2014)

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Dalam Kenangan (1953-2014)


Foto Kredit era fm

KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2014: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, kira-kira jam 11 pagi tadi iaitu sebelum solat Zuhur.


Pengebumian penyanyi tersohor negara itu telah disaksikan ratusan orang termasuklah dari kalangan keluarga, sanak-saudara, sahabat handai, pihak media serta peminat.

Rakan-rakan seperjuangan Sharifah Aini atau Kak Pah dalam bidang seni turut mengambil kesempatan untuk memberikan penghormatan terakhir sewaktu pengebumian tersebut berlangsung.

Antara yang hadir adalah Dato' DJ Dave, Dato' Khadijah Ibrahim, Dato' A Samad Said, Ziela Jalil, Zainalabidin, Nassier Wahab, Rohana Jalil, Ellie Suriaty, Hail Amir, Uji Rashid, Aspalela Abdullah, Shiha Mentor dan ramai lagi. Turut kelihatan adalah bekas suami pertama Kak Pah iaitu Ali Bakar yang juga bapa kepada anak tunggal kandungnya Aliff Omar.

Aliff ketika ditemui berkata, bagi pihak arwah ibunya, dia berterima kasih kepada semua tetamu yang sanggup datang dari jauh untuk memberikan penghormatan terakhir buat arwah ibunya.

"Saya pohon halalkanlah makan dan minumnya serta salah dan silapnya. Dan, sedekahkan doa buat dia," katanya Aliff secara ringkas.

Aliff baru saja pulang ke tanah air selama 2 minggu dan bercadang untuk mengambil cuti panjang selama tiga bulan untuk menghabiskan masa bersama ibunya. Namun pasti, dia juga tidak menyangka bahawa ibunya pergi lebih awal daripada yang dijangka.

Terdahulu jenazah Allahyarhamah Sharifah Aini telah dimandikan serta dikapankan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail selepas jam 8 pagi.

Di masjid At-Taqwa lagi, keluarga, sanak-saudara, sahabat handai, rakan seperjuangan dalam bidang seni, pihak media serta peminat sudah membanjiri.

Antara rakan seni yang kelihatan adalah Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan dan isterinya, Datin Paduka Umie Aida, Dato' Khalid Mohd Jiwa dan Dato' Siti Nurhaliza, Dato' Khatijah Ibrahim, Dato' Yusni Hamid, Uji Rashid, Hail Amir, Azlina Aziz, Rohana Jalil, Herman Tino dan isterinya, Noraini Ibnu, Habsah Hassan, Rubiah Suparman, Cikgu Siti Hajar, Ellie Suriaty, komposer LY dan isterinya, Baiduri, Fazli Zainal, Hattan, Aspalela Abdullah, Shiha Mentor dan ramai lagi.

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru. Beliau telah imasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu dan dimasukkan ke hospital susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Allahyarham kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.

Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.

Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006. Hasil perkahwinan pertamanya dengan Ali Bakar, beliau dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aliff Omar.
Bagi pihak portal Murai,  takziah buat seluruh keluarga Datuk Sharifah Aini atas kehilangan sebutir intan permata yang cukup berharga dalam bidang seni tanah air kita.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Amin...

Haliza Misbun: Bukan Saya Yang Sebarkan Gambar-Gambar Itu!


Haliza Misbun: Bukan Saya Yang Sebarkan Gambar-Gambar Itu!

Haliza Misbun: Bukan Saya Yang Sebarkan Gambar-Gambar Itu!


KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2013: Pelakon Haliza Misbun menafikan tuduhan segelintir pihak bahawa dia adalah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar Rozana Misbun dalam keadaan dibelasah teruk kepada pihak media.

"Saya harap saya punya keberanian ke tahap itu! Apapun, adik saya, Rozana dalam kesakitan yang teramat disaat-saat gambar itu dirakamkan.

"Dia sendiri tidak mengingati siapa dan dari mana datangnya kamera telefo yang merakamkan gambar-gambar tersebut," kata Haliza Misbun kepada portal Murai.

Pelakon siri Cinderella (1998), Kiranya Aku Tahu (2001) dan Sumayyah (2005) berkata demikian ketika mengulas tindakan vokalis Awie Wings yang mengaku tidak bersalah atas dakwaan membelasah isterinya, Rozana Misbun hingga mendatangkan kecederaan ketika dakwaan tersebut dibacakan di Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat lalu.

Ditanya apa tindakan selanjutnya susulan daripada perbicaraan tersebut, Haliza berkata, dia tidak meminta apa-apa kecuali meminta semua pihak menghormati undang-undang.

"Hormati juga proses penghakiman yang sedang berlangsung sekarang," katanya lagi.

Haliza Misbun: Awie Tak Mengaku, Allah Lebih Mengetahui Segalanya!


Haliza Misbun: Awie Tak Mengaku, Allah Lebih Mengetahui Segalanya!

Haliza Misbun: Awie Tak Mengaku, Allah Lebih Mengetahui Segalanya!


KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2014: Meskipun vokalis Awie Wings mengaku tidak bersalah atas dakwaan membelasah isterinya, Rozana Misbun, namun sebagai seorang kakak, pelakon Haliza Misbun percaya bahawa Allah Maha Mengetahui segalanya tentang kejadian tersebut.

"Saya cuma mampu berdoa agar adik saya, Rozana Misbun terus diberi kekuatan dalam menempuh ujian yang hebat ini. Meskipun dilempar dengan pelbagai tohmahan dan cacian yang tidak munasabah.

"Selain daripada menanggung kesan kesakitan fizikal yang masih berbisa dan ditambah pula dengan kerinduan dan kesedihan yang teramat akibat berminggu-minggu tidak berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7 tahun, Putra Ahmad Rezzki, 6 tahun dan Putri Qasseh Antasya, 4 tahun. Namun, dia (Rozana) masih cuba berfikiran positif," katanya kepada Portal Murai.

Dalam pada itu, Haliza yang juga pelakon siri Cinderella (1998), Kiranya Aku Tahu (2001) dan Sumayyah (2005) juga turut melemparkan pandangan peribadi dari sisi seorang wanita mengenai isu ini.

Katanya, wanita perlu tahu hak mereka sebagai isteri SEBELUM mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Wanita bukan saja perlu mencapai kata sepakat dengan suami dalam 'deklarasi harta sepencarian' disaat sedang bahagia, tetapi soal hak penjagaan anak-anak harus juga dititikberatkan sebagai salah satu dari terma-terma yang termaktub dalam deklarasi itu.

"Ini penting agar kita tidak perlu naik turun makhamah apabila penceraian terjadi. Oh ya! Paling penting, perkara pertama yang perlu anda lakukan sebaik menikah: Pastikan salinan sijil nikah ada dalam simpanan anda," katanya.

Umi (Bonda Datuk Sharifah Aini): Sepatutnya Saya Yang Pergi Dulu!


Umi (Bonda Datuk Sharifah Aini): Sepatutnya Saya Yang Pergi Dulu!

Umi (Bonda Datuk Sharifah Aini): Sepatutnya Saya Yang Pergi Dulu!


KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2014: "Sepatutnya saya yang pergi dulunya...bukan dia...sebab saya lebih banyak lagi penyakit berbanding dia," kata Sharifah Noor atau Umi dalam getar suara yang cukup sebak saat bercerita tentang pemergian Bidunita Negara, Datuk Sharifah Aini.

Bonda kepada Datuk Sharifah Aini ini berkata demikian tatkala meluahkan perasaannya kepada pengacara Apa Kata Malaysia hlive!,  Datuk Aznil Hj Nawawi yang ketika itu sempat meluangkan masa untuk menziarahi jenazah Allahyarhamah selepas beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam 1.26 pagi tadi.

Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang mesra disapa sebagai Kak Pah atau Kak Ani di kalangan rakan-rakan seperjuangan atau peminatnya itu meninggal dunia setelah berada di dalam keadaan yang cukup kritikal akibat jangkitan pada paru-paru.

Umi yang berkerusi roda serta ditemani suaminya (bapa tiri Kak Pah) dalam keadaan yang masih hiba turut memberitahu bahawa dia terkilan kerana pulang lebih awal setelah keadaan Kak Pah mula pulih sebelum dimasukkan sekali lagi ke pussat pakar perubatan tersebut.

"Saya terkilan... sebab balik dulu. Tak sangka jadi begini. Sedihlah....," katanya dengan air mata yang berjuraian keluar sambil disaksikan Pak Nil yang turut tak dapat menahan rasa kesedihannya. Beberapa kali juga Pak Nil juga menenangkan Umi dan meminta agar wanita tua tersebut bersabar.

Umi terdiam seketika mendengar kata-kata Pak Nil itu tetapi kemudian menyambung kembali kata-katanya.

"Sebetulnya sebelum pulang saya beritahu pada yang saya mahu pulang. Saya juga beritahu dia: "Umi sayang Ani...Dia anggukkan kepala.

"Saya sangka anggukannya itu bermaksud dia okey. Tapi, saya tidak sangka pula yang berlaku adalah sebaliknya dan saya kembali bergegas untuk melihat dia tapi dia sudah tiada.

"Mungkin dia mengangguk sebab tidak mahu susahkan saya. Sedihlah...memang sedih sangat" kata Umi sambil menggeleng-gelengkan kepala dan air matanya kembali bergenang di kelopak matanya dan kemudian terus mengalir turun ke pipi.

Pak Nil terus menenangkan Umi....

Perginya Biduanita Tersohor Datuk Sharifah Aini, Al-Fatihah


Perginya Biduanita Tersohor Datuk Sharifah Aini, Al-Fatihah

Perginya Biduanita Tersohor Datuk Sharifah Aini, Al-Fatihah


KL, 5 JULAI 2014: Biduanita tersohor negara, Datuk Sharifah Aini disahkan meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Laporan daripada Astro Awani mengesahkan Allahyarham yang baru menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 61 pada 2 Julai lalu menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Penyanyi pujaan ramai itu dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan menghadapi kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Penyanyi yang juga terkenal dengan jolokan Royalty Singer oleh rakannya, Allahyarham Sudirman Hj Arshad itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu.

Takziah diucapkan kepada keluarga lagenda Datuk Sharifah Ain serta marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada rohnya dan semoga Allah SWT menempatkan dia dikalangan orang yang soleh. Amin

iskandarX: Al-Fatihah kepada Dato' Sharifah Aini.

12 Selebriti Gamatkan Karnival Glam Raya 2014


12 Selebriti Gamatkan Karnival Glam Raya 2014

12 Selebriti Gamatkan Karnival Glam Raya 2014


KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2014 - Seramai 12 orang selebriti terkenal akan memeriahkan Karnival Teratak Glam Raya 2014 yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, dekat sini pada Sabtu dan Ahad ini.

Barisan selebriti tersebut akan menjual pelbagai produk seperti biskut raya, tudung, pakaian dan barangan pre-loved milik mereka pada acara tersebut.

Selain barisan artis, terdapat ratusan peniaga lain yang turut menjual pelbagai barangan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Karnival itu dibuka pada pukul 10 pagi hingga 10 malam.Antara selebriti yang bakal terlibat pada acara itu nanti adalah Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Neelofa, Lisa Surihani, Yana Samsudin dan Elfira Loy.

Manakala Emma Maembong, Zara Zya, Diana Danielle dan Achey turut sama memeriahkan karnival berkenaan dengan pelbagai barangan jualan yang menarik.

Sementara itu, pelakon drama bersiri Love You Mr. Arrogant, Zara Zya memberitahu bakal menjual pelbagai jenis biskut raya seperti Almond London, Tart Gulung, Tart Buah, Tart Strawberi, Almond Cluster dan Almond Crunchy.

Lain pula dengan pelakon dan pengacara Neelofa, dia akan membuka gerai untuk menjual kanta lekap jenama miliknya iaitu Lofa Lens.

Menggunakan tagline Make Your Eyes Pop! Neelofa bakal membariskan pelbagai warna kanta lekap khas buat para pengunjung karnival berkenaan dengan harga istimewa.

Manakala pelakon yang baharu sahaja bergelar ibu, Liyana Jasmay memberitahu akan menjual barangan peribadi seperti beg tangan dan baju miliknya.

Malah Liyana turut rancak mempromosikan karnival berkenaan kepada para peminatnya di laman sosial Instagram.

Konsert I Am Ziana Zain Batal Kerana Masalah Dalaman Penaja


Konsert I Am Ziana Zain Batal Kerana Masalah Dalaman Penaja

Konsert I Am Ziana Zain Batal Kerana Masalah Dalaman Penaja


KL, 4 JULAI 2014: Berita mengejut mengenai pembatalan konsert diva Ziana Zain di MiTC, Melaka yang sampai ke editorial Murai sebentar tadi nyata memeranjatkan. Konsert I Am Ziana Zain yang sepatutnya berlangsung pada 27 September depan telah pun dibatalkan penganjurannya melalui makluman kenyataan rasmi dari pihak penaja Gold Earth Pictures.

Pihak Gold Earth Pictures selaku penganjur konsert terpaksa membatalkan penganjuran I Am Ziana Zain kerana masalah dalaman serius melibatkan kos perbelanjaan yang didapati tidak diuruskan secara teratur dan lengkap.

Kenyataan rasmi pihak penaja itu juga turut memaklumkan bahawa pihak mereka telah mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan beberapa individu berkaitan berikutan masalah ini. Dalam masa yang sama mereka juga telah berbincang dan bertemu dengan Ziana Zain sendiri bagi memaklumkan serta mengambil keputusan mem bubarkan projek konsert solo tersebut tahun ini.

Mereka juga akan bekerjasama dengan Ticketpro untuk memulangkan semula wang pembelian tiket yang telah dibuat oleh pembeli dengan syarat mereka harus tampil dengan resit sah pembelian bermula 3 Julai hingga 3 Ogos depan.

Pihak Murai akan cuba mendapatkan gambaran yang lebih jelas daripada pihak Ziana Zain dan juga pihak penaja dari masa ke semasa untuk makluman kepada pembaca sekalian.

Awie: Masyarakat Sudah Lali Saya 'Jahat', Tapi Jangan Adili Tanpa Kepastian


Awie: Masyarakat Sudah Lali Saya 'Jahat', Tapi Jangan Adili Tanpa Kepastian

Awie: Masyarakat Sudah Lali Saya 'Jahat', Tapi Jangan Adili Tanpa Kepastian


Sumber: Pengakuan Eksklusif Awie kepada Studio H

Foto Kredit: Suhaizul Izhar

KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2014: Di sebalik dakwaan dia telah membelasah isterinya dengan teruk sehingga didakwa di mahkamah, vokalis Wings, Azhar Othman atau Awie, 46, beranggapan bahawa apa yang berlaku semua ini adalah satu hikmah daripada Allah SWT.


"Hikmah kejadian ini sebenarnya hanyalah untuk mereka yang terpilih saja..terpilih olehNYA. Mungkin sudah terlalu banyak orang beranggapan buruk pada saya tetapi mungkin tidak di mataNYA.

"Alhamdulillah, benda ini terjadi pada diri saya dan bukan pada diri keluarga isteri saya. Masyarakat mungkin sudah lali dengan anggapan jahat terhadap diri saya tetapi bukan terhadap keluarga isteri saya.

"Kalau kena kepada keluarga isteri saya, mungkin mereka tidak boleh tahan dan tidak boleh terima keadaan ini. Tetapi, ianya berlaku ke atas diri saya.

"Alhamdulillah...eh boleh saya sebut ke saya sebut Alhamdulillah, nanti ada yang marah? Tuduhan dibuat oleh isteri saya, saya terima tetapi mahkamah yang akan menentukan segalanya.

"Jangan adili manusia selagi tiada kepastian yang nyata dan cerita yang sebenarnya. Insya Allah, kita sama-sama tunggu dan lihat.

"Berjayanya lelaki, pasti ada seorag wanita dibelakangnya. Kalau saya sekarang ini nak dikategorikan apa? Wallahualam....,"katanya kepada Studio H.

Pasal Dakwaan Belasah Isteri, Awie Serahkan Pada Mahkamah


Pasal Dakwaan Belasah Isteri, Awie Serahkan Pada Mahkamah

Pasal Dakwaan Belasah Isteri, Awie Serahkan Pada Mahkamah


Foto Kredit: Suhaizul Izhar

KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2014: Vokalis Wings, Awie enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dia 'membelasah' isterinya sewaktu ditemui di luar Mahkamah Majistret Ampang, awal pagi tadi.

“Maaf saya tak mahu mengulas lanjut tentang kes ini kerana bimbang ia akan mengganggu proses perbicaraan mahkamah. Saya serahkan semuanya kepada peguam saya kerana kes ini sudah menjadi kes mahkamah,” jelas Awie lagi sebaik saja perbicaraan berakhir.

Ketika ditanya adakah kes ini memberi kesan terhadap karier dan kerjayanya sebagai seorang selebriti, Awie memberitahu, semuanya berjalan seperti biasa.

“Setakat ini semuanya berjalan seperti biasa, tetapi jika ditakdirkan Allah rezeki saya terhenti setakat hari ini, saya reda dan terima perkara tersebut,” jawabnya tenang.

Mengenai penyebaran gambar seorang wanita dipukul yang didakwa isterinya yang tersebar di laman sosial Awie memberitahu dia tidak dapat menghalang masyarakat daripada melemparkan kata-kata negatif.

“Biarlah apa orang nak cakap…Saya tak kisah dengan semua itu…Cuma, saya tak sangka perkara ini akan menjadi besar,” katanya.

Sebelum ini, gambar yang didakwa sebagai Rozana yang menunjukkan wanita tersebut lebam dan cedera di wajah akibat dipukul tersebar luas sehingga menyebabkan pihak polis memanggil Awie untuk membantu siasatan.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Rozana Misbun, 36, dalam satu kejadian di Ampang pada 2 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan kes, Awie didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.

Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum di bawah Seksyen 325 Kanun Kesekaaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan RM10,000 manakala peguam, Hazman Harun dan Aimizaizul Amran yang mewakili Awie memohon jumlah jaminan dikurangkan atas beberapa alasan.

Giliran Ziana Zain Pula Dikatakan Berhijab?


Giliran Ziana Zain Pula Dikatakan Berhijab?

Giliran Ziana Zain Pula Dikatakan Berhijab?


KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2014: Selepas aktres Neelofa disahkan telah berhijrah untuk berhijab, kini penyanyi popular iaitu Ziana Zain turut dikatakan mengambil langkah yang sama apabila gambar di laman Istagram miliknya menunjukan yang dia telah memakai tudung penuh.

Terdapat 4 keping gambar kecil yang dirangkumkan dalam satu potrait foto yang turut kelihatan anak kembarnya yang begitu gembira dengan penampilan ibu mereka itu.

Memakai tudung berlainan warna seperti hijau, hitam dan kelabu, Ziana Zain kelihatan sungguh anggun dan manis sekali dengan penampilan terbarunya itu.

Mungkin berkat Ramadan Al Mubarak dan bulan yang mulia ini, telah membuka hati penyanyi berusia 46 tahun itu untuk berhijrah dan memakai tudung.

Dari pihak Murai, kami amat gembira dengan penampilan terbaru Ziana Zain, dan diharapkan kehidupannya lebih baik dan bermakna.

Awie Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Pukul Isterinya, Rozana


Awie Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Pukul Isterinya, Rozana

Awie Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Pukul Isterinya, Rozana


Sumber Awani

AMPANG, 4 JULAI 2014: Penyanyi utama kumpulan Wings, Awie, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas dakwaan memukul isterinya Rozana Misbun, 36.

Awie, yang nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas isterinya.

Dia didakwa melakukan perkara itu pada 2 Jun lalu di sebuah rumah di Ukay Perdana, Hulu Kelang lebih kurang pukul 1.30 petang.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Awie boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan di denda.


Felixia Mengucap 2 Kalimah Syahadah Di Masjid Taman Tun


Felixia Mengucap 2 Kalimah Syahadah Di Masjid Taman Tun

Felixia Mengucap 2 Kalimah Syahadah Di Masjid Taman Tun


KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2014: Model dan pelakon Felixia Yeap atau nama muslimnya Rania mengesahkan yang dia telah pun mengucap 2 kalimah syahadah di sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Menurut status yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya, Felixia mengucap kalimah syahadah di hadapan keluarga terdekat bersama-sama dengan kenalan rapat yang tidak putus-putus memberi semangat agar terus beristiqamah dan bertakwa kepada-Nya.

Felixia Mengucap 2 Kalimah Syahadah Di Masjid Taman Tun


Felixia memilih mengekalkan nama asal dan hanya menambah Rania di hadapan namanya kerana mahu mengekalkan nama Cina yang diberikan oleh ibunya yang bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace".

Di dalam blognya, pelbagai cerita dan dugaan yang telah diluahkan sebelum berkeputusan untuk memeluk Islam dan mengapa dia memilih islam sebagai pegangan hidup.

Antara yang Murai boleh kongsikan, dia pernah pergi mempelajari dan cuba mendekatkan diri dengan agama lain tetapi tidak dapat merasa dirinya dekat dengan Tuhan.

Akhirnya hatinya lebih meminati agama Islam dan merasakan Islam lebih dekat di hatinya dan membuatkannya rasa lebih tenang dan bersyukur dengan ajaran yang menekankan hidup yang bersederhana.

Walaupun kehidupan Rania sebelum ini telah dilimpahi pelbagai kemewahan dan wang ringgit, dia merasakan ia tidak memberi apa-apa jaminan dalam kehidupan di akhirat kelak.

Bagaimanapun, Felixia juga melahirkan rasa syukur dengan ibunya yang merestui keinginan anak gadisnya itu dan tidak pernah membantah apa yang dia inginkan.

Ibunya pernah berkata, dia sudah banyak berubah lebih baik dan matang serta sudah dewasa.

Apa-apa pun Murai dengan kesempatan ini turut melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan Rania Felixia Yeap memeluk agama Islam. Semoga Rania menjadi muslimah sejati dan menjadi ikon kepada generasi muda.

Azwan Ali Tak Sabar Mahu Raikan Anak Yatim Tahfiz Seremban


Azwan Ali Tak Sabar Mahu Raikan Anak Yatim Tahfiz Seremban

Azwan Ali Tak Sabar Mahu Raikan Anak Yatim Tahfiz Seremban


KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2014: Pengacara sensasi Azwan Ali, akui teruja untuk meraikan jemputan istimewanya iaitu anak-anak yatim dari rumah kebajikan Anak YatimTahfiz Asrama Darul Aminan Seremban, pada Majlis Iftar Azwan Ali Bersama Anak Yatim Tahfiz Asrama Darul Aminan Seremban pada 5 Julai ini.

Seramai 40 orang anak yatim yang terdiri 21 orang lelaki dan 19 orang perempuan bakal menghadiri sesi berbuka puasa ini.

Azwan Ali berkata dia sudah lama menanti saat bersama anak-anak yatim itu setelah sekian lama tidak bekerjasama sejak tahun 2007.

“Sebenarnya saya sudah anggap anak-anak yatim di rumah kebajikan itu macam anak angkat saya kerana saya memang sering ke sana bersama dan memberi bantuan kepada mereka. Tapi sudah lama saya tidak mengadakan acara bersama mereka seperti ini, kali terakhir adalah pada 7 tahun lalu.

“Oleh sebab itu saya sangat teruja untuk meraikan mereka lagi sekali dalam majlis iftar yang memberi makna buat saya ini,” katanya kepada murai.com.my

Majlis iftar yang bakal dihadiri oleh 50 orang artis tanah air itu akan diadakan di Restoran N’Dah Mahligai Shah Alam.

Antara 50 orang artis itu adalah Fizz Fairuz, Almy Nadia, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datuk Yusof Haslam, Zara Zya, Tasha Shila, Tomok, Rebecca Nur Al – Islam, Ifa Raziah, Umir Aida, Syanie dan ramai lagi.

Selain restoran N’Dah Mahligai, majlis tersebut turut mendapat tajaan lain seperti daripada syarikat pengeluar Kurma dan Air Zam Zam iaitu Awali, produk rempah, Hawani Spice dan banyak lagi.

Johan As'ari: JAFC Tidak Bubar Tetapi Cuma Tukar Pengurusan


Johan As'ari: JAFC Tidak Bubar Tetapi Cuma Tukar Pengurusan

Johan As'ari: JAFC Tidak Bubar Tetapi Cuma Tukar Pengurusan


KUALA LUMPUR, 3 JULAI 2014: Ekoran isu pembubaran Kelab Peminat Johan As’ari (JAFC) seperti yang dilaporkan portal Murai.com.my pada pagi Khamis, pelakon Johan As’ari akui berlaku salah faham mengenai perkara tersebut.

Namun menurut aktor Juvana itu, dia menerima keputusan yang dibuat pihak pengurusan JAFC menerusi pengurus kelab tersebut mengenai hasratnya untuk tidak mahu  meneruskan lagi khidmatnya bersama JAFC mulai semalam (Rabu).

“Saya tak kisah jika itu keputusan yang dia (pengurus kelab) ambil kerana bagi saya setiap orang bebas untuk membuat keputusan mereka. Lagipun saya yakin dia mempunyai alasan kukuh untuk tidak bersama JAFC lagi. Mungkin kerana komitmen mereka tidak mampu untuk menguruskan JAFC.

“Saya tahu mengenai perkara ini selepas ianya kecoh di Instagram dan saya ada menjawab pertanyaan dia (pengurus kelab) dengan baik dan memohon surat penubuhan JAFC dipulangkan semula kepada saya,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Bagaimanapun menurut Johan, JAFC masih ada dan belum dibubarkan.

“Kenapa perlu bubar…saya masih ada di sini kan…Saya juga masih sayangkan JAFC kerana bagi saya mereka yang telah banyak membantu menaikkan nama saya dan kerjaya sehingga ke saya berada di tahap sekarang.

"Saya percaya jika pengurus kelab yang sekarang ni sudah tidak mahu menguruskan JAFC lagi pasti ada peminat lain yang bersedia untuk menggantikan tempat dia. Saya harap ada yang sudi untuk meneraju JAFC,” katanya.

Menjawab mengenai dakwaan yang dilemparkan oleh pengerusi kelab terbabit mengenai keengganan Johan untuk mengeluarkan bajet bagi majlis berbuka puasa JAFC, pelakon tersebut memberitahu perkara tersebut hanyalah salah faham.

“Saya ada komen di situ (Instagram) sekiranya mahu mengadakan majlis berbuka puasa saya tidak kisah, cuma tahun ini saya tidak mempunyai budget.

“Saya tidak berniat apa-apa cuma mahu bersikap jujur dengan peminat…Saya yakin mereka faham keadaan saya sekarang.

“Jika dia benar-benar peminat tegar Johan As’ari takkan dia tidak mengikuti perkembangan saya sekarang terutama dengan masalah yang saya hadapi dengan syarikat pengurusan saya Wirefame Sdn. Bhd.?

“Tidak mengapalah, jika dia mahu undur diri dari JAFC silakan…Saya berserah kepada Allah S.W.T kerana saya percaya ada hikmah di sebalik semua ini,” jelas Johan.

Selain itu, mengenai tuduhan yang mengatakan Johan As’ari, bekas kekasih dan Wirefame menuduh JAFC mengikisnya, pelakon itu hanya memberitahu bahawa ianya adalah satu tuduhan tidak berasas.

“Saya tidak mahu jawab tentang itu. Ia tuduhan tidak berasas,” jawabnya tegas.

Muhammad Dayyan Adalah Nama Baby Boy Didie Alias


Muhammad Dayyan Adalah Nama Baby Boy Didie Alias

Muhammad Dayyan Adalah Nama Baby Boy Didie Alias


KUALA LUMPUR, 3 JULAI 2014: Pelakon Didie Alias dan suaminya Norisham Ismail telah menamakan cahaya mata keenam mereka Muhammad Dayyan.

Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, telah melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Bayi lelaki yang dilahirkan pada jam 3.35 pagi itu merupakan cahaya matanya yang pertama bersama suami kedua Norisham Ismail.

Berikut merupakan status yang dimuatnaik oleh Didie menerusi laman instagram miliknya:

“Assalamualaikum...Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..My name is Muhammad Dayyan..Juz nk cakap tqvm to all the wishes to my mummy & daddy..Yg datang visit Dayyan & Mummy kt hospital too.. Doakan Dayyan & Mummy sihat ok..” tulisnya.

Di samping itu, Didie juga tidak ketinggalan memuat naik beberapa foto yang mengambarkan kegembiraan keluarganya dengan kehadiran Dayyan.

Pasangan Didie Alias dan Norisham Ismail selamat bergelar suami isteri pada tahun 2009.

Didie sebelum ini mempunyai lima orang anak yang terdiri daripada empat orang perempuan dan seorang lelaki hasil perkahwinan pertamanya dengan aktor Ridzuan Hashim.

Shajiry Timang Cahayamata Sulung, Namanya Nur Keysha Amanda


Shajiry Timang Cahayamata Sulung, Namanya Nur Keysha Amanda

Shajiry Timang Cahayamata Sulung, Namanya Nur Keysha Amanda


KL, 3 JULAI 2014: Setelah lebih kurang setahun sebulan melayari rumahtangga, pelakon dan penyanyi, Shajiry yang telah menimang cahaya mata sulung pada 1 Julai lalu hasil perkahwinan bersama isterinya, Yusnita Yusof. Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 1 Jun 2013 yang lalu.

Shajiry atau nama penuhnya Mohd Shajiry Damery melalui Instagram miliknya telah berkongsi berita gembira ini. Bayi perempuan yang dilahirkan tepat jam 8.48 pagi dengan berat 2.77 kilogram telah diberi nama Nur Keysha Amanda Binti Mohamad Shajiri.

Pengumuman menerusi akaun Instagram juga telah dilampirkan dengan foto puteri sulungnya itu  beserta kapsyen berikut.

“Syukur alhamdulillah tepat pukul 8.48 pagi pada 1 July 2014.. Isteri ku tersayang selamat melahirkan anak kami yg kami beri nama NUR KEYSHA AMANDA BINTI MOHAMAD SHAJIRI dengan beratnya 2.77kg.. Terima kasih diatas doa dan sokongan daripada anda semua”.

Tahniah diucapkan kepada Shajiry dan Yusnita diatas kelahiran ini dan diharapkan ia akan menceriakan lagi kehidupan berumahtangga buat pasangan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan