Cari Artikel

Tuesday, July 1, 2014

Pengurus Sahkan Neelofa Mula Bertudung Sejak Awal Ramadan


Pengurus Sahkan Neelofa Mula Bertudung Sejak Awal Ramadan

Pengurus Sahkan Neelofa Mula Bertudung Sejak Awal Ramadan


Sumber oleh Astro Gempak

KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2014: Di laman sosial ketika ini heboh diperkatakan tentang penghijrahan pelakon dan pengacara popular Neelofa, yang sudah mengenakan tudung.

Beberapa keping foto yang menyebut tentang perubahan Neelofa itu turut dikongsi di laman sosial Instagram.

Foto pertama yang tersebar ialah perbualan di antara pengacara MeleTop itu dengan seorang jurugambar profesional Annas Eskey menerusi aplikasi i-message selain sekeping foto yang dikongsi adik Neelofa di akaun Instagram ameera812.


Pengurus Sahkan Neelofa Mula Bertudung Sejak Awal Ramadan

Astro Gempak gagal untuk mendapatkan Neelofa untuk mengesahkan perkara tersebut kerana mungkin dia sedang sibuk dengan persediaan program MeleTop yang akan bersiaran pada malam ini.

Bagaimanapun Pengurus Neelofa, Shawn Amer telah mengesahkan pelakon Azura itu kini sudah bertudung dan akan kekal bertudung.

“Ya, Lofa sudah bertudung. Dia mengambil keputusan untuk bertudung sejak awal Ramadan lalu.

“Saya sebagai pengurus turut menyokong perubahan dan penghijrahan Lofa kerana ia perkara yang baik. Saya yakin Lofa juga amat menghargai sokongan daripada teman-teman dan para peminat semua,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak pada petang Selasa.

Pengurus Sahkan Neelofa Mula Bertudung Sejak Awal Ramadan


Tambah Shawn lagi dia turut menyedari beberapa perubahan pada diri Neelofa atau pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu sejak tiga bulan yang lalu.

"Saya perasan perubahan pada diri dia (Neelofa) sejak tiga bulan lalu dan saya gembira tentang itu. Apabila dia membuat keputusan untuk bertudung, saya sendiri pun terkejut kerana dia tidak beritahu kepada sesiapa," ujarnya.

iskandarX: Kalau lah bertudung dan berhijab sejak bangku sekolah lagi kan bagus?

Didie Alias Bertarung Nyawa 7 Jam Lahirkan Anak


Didie Alias Bertarung Nyawa 7 Jam Lahirkan Anak

Didie Alias Bertarung Nyawa 7 Jam Lahirkan Anak


KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2014: Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pelawak, Didie Alias yang telah pun selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 3.35 pada Jumaat lalu di HUKM Cheras.

Bayi seberat 2.95kg ini walau bagaimanapun masih belum diberi nama tetapi yang pasti namanya akan bermula dengan abjad D.

"Baby sihat, tapi saya masih belum sihat masih belum boleh buat show" kata Didie.

Didie Alias mengakui mengalami sedikit kesukaran dan terpaksa melakukan pembedahan, selepas bertarung selama 7 jam.

Didie juga berasa gementar kerana sudah 15 tahun tidak mengandung. Pelakon itu juga berkata dia akan berpantang selama 100 hari untuk menjaga kesihatan.

Tambah Didie, dia tidak akan menghalang cita-cita anaknya dan sentiasa menyokong walau apa jua minatnya.

Dia sempat berseloroh yang anaknya akan menggantikan Aaron Aziz.

Ini merupakan anak pertama buat Didie, 41, dan suaminya Norisham Ismail sejak mendirikan rumah tangga kali kedua pada 2009.

Pelakon yang terkenal dengan jolokan Lady Gaga Malaysia, sebelum ini telah di kurniakan 5 orang anak hasil perkahwinan pertamanya.


Kontroversi Wireframe: Apa Kata Kaka dan Johan As`ari?


Kontroversi Wireframe: Apa Kata Kaka dan Johan As`ari?

Kontroversi Wireframe: Apa Kata Kaka dan Johan As`ari?


KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2014: Minggu lalu, industri hiburan telah dikejutkan dengan kontroversi melibatkan syarikat pengurusan Wirefame Entertainment Sdn Bhd yang dikatakan telah dibekukan akaunnya.

Berikutan kontroversi itu, Pengarah Urusan Wirefame Entertainment Sdn Bhd (WFE), Marina Juki, meminta rakan kongsinya aktor Zizan Razak agar memberikan penjelasan dan sebab yang munasabah di atas tindakannya membekukan akaun syarikat baru-baru ini.

Zizan dikatakan telah membekukan dua akaun syarikat WFE pada 4 jun lalu tanpa pengetahuan atau persetujuan Marina sebagai rakan kongsi.

Tindakan Zizan itu telah menyebabkan berlakunya perbalahan antara Zizan dengan beberapa orang selebriti yang bernaung dibawah WFE seperti penyanyi Kaka dan pelakon Johan As`ari.

Sudah tentunya kedua-dua selebriti ini mempunyai sesuatu yang ingin diperkatakan berikutan kontroversi tersebut.

Justeru, MeleTOP malam ini akan menjemput Johan dan Kaka untuk hadir sebagai tetamu jemputan dan memperkatakan sesuatu tentang kontroversi ini. Johan dan Kaka juga bakal berkongsi perkembangan terbaru khas buat peminat MeleTOP.

Selain mereka berdua, bekas peserta program Pencetus Ummah menerusi Astro Oasis iaitu Ustaz Yeop turut akan bersama program MeleTOP untuk berkongsi kisah-kisah menarik sempena di bulan Ramadhan Al-Mubarak selain mempromosikan program terbaru diberi nama Ya Ustaz yang akan ditayangkan di Astro Ceria.

Jangan lupa menyaksikan program MeleTOP malam ini bersama hos anda, Nabil Ahmad dan Neelofa pada jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

iskandarX: Tindakkan tidak matang dan juga tidak memang tak matang langsung bro.

Sebab Zizan Menangis Ketika Mengacara Melodi


Sebab Zizan Menangis Ketika Mengacara Melodi

Sebab Zizan Menangis Ketika Mengacara Melodi


Sumber oleh Astro Gempak

KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2014: Pelawak Zizan Razak akui yang punca dia mengalirkan air mata ketika mengacarakan program Melodi pada Ahad lalu adalah kerana sedih di mana itu adalah episod terakhirnya bersama program hiburan itu.

“Saya sedih kerana terpaksa meninggalkan Melodi kerana program tersebut sudah sebati dalam diri saya. Melodi sudah seperti keluarga saya.

“Hubungan kami team produksi Melodi sangat-sangat rapat. Tidak pernah timbul masalah di antara kami sebab itu saya gagal mengawal perasaan apabila mengenangkan keakraban kami semua,” jawab Zizan mengenai tangisannya semasa siaran langsung Melodi pada Ahad lalu.

Zizan dilihat gagal mengawal perasaannya sehingga terpaksa ditenteramkan gandingannya, Awal Ashaari.

Tambah Zizan lagi, dia turut berterima kasih kepada krew produksi selain penonton yang setia menonton Melodi pada setiap hari Ahad.

“Terima kasih kepada semua ahli keluarga Melodi dan semua penonton yang setia bersama Melodi selama ini,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi pada Isnin.

Bagaimanapun Zizan enggan mengulas mengenai sidang media yang diadakan rakan kongsinya Marina Juki baru-baru ini.

“Maaf, tiada komen tentang perkara itu. Saya akan beri kenyataan juga nanti,” jelasnya ringkas.

Terdahulu, rakan kongsi Zizan, Marina Juki telah mengadakan sidang media tergempar untuk menjelaskan masalah yang dihadapi Wirefame Sdn. Bhd. termasuk pembekuan akaun dilakukan Zizan.



Lisa Surihani: Kalau Tengok Betul-betul, Saya Tak Sampai Berkemban


Lisa Surihani: Kalau Tengok Betul-betul, Saya Tak Sampai Berkemban

Lisa Surihani: Kalau Tengok Betul-betul, Saya Tak Sampai Berkemban


Sumber oleh: Harian Metro

KL, 1 JULAI 2014: Pelakon Lisa Surihani akui tidak berniat mencetuskan perasaan kurang senang kepada mana-mana pihak dengan pakaian yang dianggap agak seksi dan seolah-olah berkemban ketika menghadiri KL Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.

Malah, Lisa Surihani menerusi laporan Harian Metro telah meminta maaf atas ketidak selesaan tersebut, namun mengakui selesa memperagakan fesyen rekaan Alia Bastamam itu.

“Sebenarnya kalau tengok betul-betul tak ada sampai saya terus berkemban pun tapi jika ada pihak yang kurang senang, saya minta maaf.

“Apa yang saya boleh katakan adalah minta maaf kalau ada yang kurang senang atau tersinggung dengan imej itu, tapi saya selesa bekerjasama dengan Alia untuk pakaiannya.

“Saya cukup terbuka dan okey jika ada yang sokong atau menentang penampilan saya. Itu adalah biasa kalau apa yang kita pakai ada yang suka dan ada yang menentang,” katanya.


Juliana Evans Teruskan Pengajian Di Amerika Syarikat


Juliana Evans Teruskan Pengajian Di Amerika Syarikat

Juliana Evans Teruskan Pengajian Di Amerika Syarikat


KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2014: Setelah menamatkan pengajian di Western Michigan University, pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Juliana Evans dikhabarkan akan terus menyambung pengajiannya pula di sebuah Akademi Filem, juga Amerika Syarikat.

Akademi filem yang dimaksudkan ialah New York Film Academy yang memfokuskan kepada bidang pengajian pembikinan filem seperti Digital Filmmaking, Acting For Film dan Producing.

Umumnya mengetahui, gadis cantik berusia 24 tahun ini telah menerima segulung Ijazah dalam bidang Sarjana Muda Komunikasi dalam tempoh 6 tahun.

Menerusi laman Instagram miliknya, Juliana didapati telah memuat naik sekeping foto yang menyatakan dia telah diterima untuk menyambung pengajian ke akademi itu.

Juliana Evans Teruskan Pengajian Di Amerika Syarikat


Bagaimanapun, apa yang Murai boleh kongsikan, menerusi surat itu, tawaran telah diterima pada Februari lepas, dan dia akan mengikuti kursus selama 8 minggu dalam Lakonan Dalam Program Filem  bermula Julai.

Pihak akademi akan menghubungi Juliana bagi urusan pendaftaran dan taklimat yang berkaitan dengan kursus tersebut.

Walaupun sebelum ini  pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon komedi popular iaitu Zizan Razak, namun Juliana kini telah berada di landasan tersendiri.

Apa-apa pun, usaha dan keinginan Juliana menimba ilmu di akademi filem itu amat wajar bagi mengasahkan lagi bakatnya yang sudah bergelar pelakon. Syabas dan tahniah Murai ucapkan.


Awi Rafael Mencari Kehidupan Melalui Muzik


Awi Rafael Mencari Kehidupan Melalui Muzik

Awi Rafael Mencari Kehidupan Melalui Muzik


Awi Rafael. Lama sudah saya mengikuti perjalanan karier anak watan Singapura ini. Seingat saya pertama kali mendengar dan melihat aksi Muhammad Namawi Ewan Bin Gunawan Rafael (ya, itu nama sebenarnya, bukan nama yang saya reka) ialah di pentas Anugerah Planet Muzik pada tahun 2005 bersama kugirannya ketika itu, Bhumiband (yang juga menampilkan Dimas Santoso, kini pemain keyboard kugiran Hujan).

Saya jujurnya suka dengan persembahan mereka ketika itu, walaupun baru pertama kali mendengar, dan teruja melihat Bhumiband merangkul beberapa anugerah pada malam tersebut. Tidak saya sangka rupanya Singapura juga mampu melahirkan kugiran berkualiti.

Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Bhumiband kemudiannya berpecah tidak berapa lama selepas itu, meranapkan impian Awi yang mahu melihat kumpulannya itu melangkau lebih jauh di persada muzik nusantara. Dia yang ketika itu sedang menuntut ilmu jurusan undang-undang lantas mengabdikan diri kepada pendidikannya, dan kemudian berjaya mendapatkan segulung ijazah.

Walaubagaimanapun, minatnya terhadap bidang muzik tidak pernah padam. Selepas beberapa ketika bekerja sebagai seorang peguam, Awi tidak mahu lagi menoleh ke belakang. “Saya kemas beg dan mengambil keputusan untuk ke Australia. Disana, saya jadi pemuzik jalanan, menghiburkan masyarakat di perkarangan jalanraya dan tempat-tempat yang dipenuhi orang. Dari situ saya dapat keyakinan untuk membuat persembahan di depan khalayak,” kata Awi.

Kembalinya dia ke Singapura selepas itu membawa azimat dan pengalaman berharga. Demi berkongsi muziknya dengan kelompok peminat yang lebih luas, dia berkelana ke Kuala Lumpur. Pada tahun 2011, Awi keluar dengan EP pertamanya, menampilkan lagu hit, Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta.”Saya suka ‘hook’, saya suka melodi yang ‘catchy’, dan saya rasa peminat dapat menerima apa yang saya cuba berikan kepada mereka,” ujar Awi lagi.

Namanya terus menyerlah selepas itu, memenuhi dada akhbar dan ruang gosip tempatan, apatah lagi kisah peribadinya dengan seorang pelakon wanita terkenal menjadi bualan ramai. Tetapi jika boleh dielakkan, Awi tidak mahu gosip-gosip murahan menjadi penanda aras buat dirinya. “Saya seorang ‘songwriter’, saya mahu diri dikenali dengan hasil kerja saya,” jawab Awi ketika kami membawanya ke persoalan ini.

Tambahnya lagi, “saya kini dalam perancangan untuk menembusi pasaran Indonesia. Saya akan berkolaborasi bersama Irfan, gitaris dan penulis lagu bagi kumpulan Samsons. Ini strategi saya bersama Warner Music dan mudahan ia akan menjadi”.

Awi Rafael Mencari Kehidupan Melalui Muzik


Strategi yang dizahirkan labelnya dan Awi sendiri ini tidak mustahil menampakkan hasil, apatah lagi ada lagunya sebelum ini mendapat tempat di hati pendengar muzik disana. “Lagu Pulanglah menjadi siulan di sana selepas kugiran Mikhaila ‘cover’ lagu tersebut. Ramai disini yang tidak tahu mengenai perkara ini. Saya bersyukur dan berharap percaturan saya selepas ini membuahkan hasil yang lebih baik,” ujar Awi dengan nada gembira, optimis menanti masa depan.

Awal tahun ini, Awi turut mencatatkan kejayaan peribadi yang sama-sekali tidak dijangkanya. Lagu dendangannya bersama Altimet, Kalau Aku Kaya, dinobatkan sebagai lagu ketiga terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) terbitan sebuah stesen televisyen tempatan.

“Saya amat gembira dengan apa yang dicapai di AJL28 tempohari. Ia hasil usaha Altimet, Omar K dan Audi Mok yang berjaya menghasilkan sebuah karya yang bermutu dan mendapat perhatian umum. Saya dipanggil untuk ‘enhance’ lagu ini melalui ‘hook’ yang mempunyai melodi yang mudah dan menyeronokkan,” terang Awi kepada saya, berkongsi rahsia kejayaan Kalau Aku Kaya.

“Tapi ‘ultimately’ semua kejayaan ini di bahu Altimet. Dia cuba menulis lirik untuk rakyat, untuk pekerja kolar biru dan kolar putih. Lagu ini bukan sebuah lagu materialistik semata-mata. Ia bukan tentang harga sesuatu, ia mengenai nilai sesuatu,” tambah Awi lagi, berkongsi falsafah sebenar lagu ini.

Kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya sehingga ke hari ini, secara peribadi saya lihat tidak langsung ‘naik ke kepala’ jejaka berusia 28 tahun ini. Dia seorang selebriti yang boleh dikategorikan sebagai ‘sempoi’, muzik satu-satunya perkara yang menggembirakan Awi Rafael.

“Kalau saya banyak duit sekalipun, dan popular seantero dunia, jika semua itu ditarik semula daripada saya, saya akan tetap bergembira sebab saya ada muzik saya. Itu ilmu paling berharga yang saya dapat melalui pengalaman saya ‘busking’ di Australia,” mula Awi membuka bicara perihal ini.

Awi Rafael Mencari Kehidupan Melalui Muzik


“Saya ke sana tanpa apa-apa. Hanya pakaian dan gitar dibawa. Saya bergerak dari satu bandar ke satu bandar, bermain gitar dan menyanyi. It’s a life changing experience. Pada pengakhirannya, ia mendewasakan saya. Ideologi yang saya pegang hasil kembara saya disana ialah at the end of the day, this is just life and there are things that we need to go through to survive. Tidak kira siapa anda, tidak kira apa yang anda lakukan, jika anda berani untuk bermimpi, anda boleh mencapai impian itu,” tambah Awi berkongsi memori berharga buat dirinya.

Sedar tidak sedar, perbualan kami sampai ke penghujung. Namun masa yang berlalu dirasakan terlalu singkat lantaran berborak dengan seorang yang sangat ‘passionate’ tentang muziknya dan tahu apa yang dimahukannya dalam kehidupan ini. Sebelum kami berpisah, saya bertanyakan lagi apa yang mahu Awi lakukan selepas ini. “Saya mahu mewujudkan firma guaman khusus untuk industri hiburan disini. One of its kind here,” jawabnya ringkas, tersenyum di luaran, tetapi tiada siapa tahu apa yang bermain di benak fikirannya.

Berminat mendengar lagu-lagu terbaru Awi Rafael? Layari http://www.kkbox.com/my/en/artist/JwRYPm1NEaBlNK0F010zS08K-index-1.html

Izreen Akui Ada Rasa Luar Biasa, Chemistry Pada Amar Baharin?


Izreen Akui Ada Rasa Luar Biasa, Chemistry Pada Amar Baharin?

Izreen Akui Ada Rasa Luar Biasa, Chemistry Pada Amar Baharin?


KL, 1 JULAI 2014: Amboi nampaknya drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan yang ditayangkan di TV3 itu semakin hits dan popular dikalangan penonton kini. Lebih-lebih lagi hero dan heroinnya juga turut mendapat perhatian iaitu Izreen Azminda dan Amar Baharin.

Yelah awal-awal lagi, kemesraan mereka di dalam dan di luar drama itu telah menjadi kontroversi dan bualan selepas Izreen bercerai dan berstatus janda.

Ada peminat yang kurang senang dengan aksi mereka kerana mendakwa Izreen tidak menjaga tingkah laku sewaktu tempoh edah.

Namun, semua itu tidak dihiraukan oleh Izreen malah, dia berpendapat foto-foto mesra yang dimuat naik di laman sosial Instagram hanyalah untuk mempromosikan drama tersebut.

Malah, semalam Izreen sendiri terus memuat naik foto-foto mesranya bersama Amar untuk mengucapkan selamat hari jadi.

Selain mengucapkan ucapan ulang tahun, dalam kapsyen tersebut Izreen turut meluahkan rasanya sepanjang bekerjasama dengan Amar di set penggamabran drama itu. Izreen memberitahu mereka punya chemistry dan rasa luar biasa ketika berlakon bersama-sama dalam drama itu.

Berikut merupakan gambar dan kapsyennya


“Buat sahabat baik saya.. Amar Mohd Baharin.. Happy Brithday! Semoga kain dimurahkan rezeki..umur panjang..n happy2 slalu dgn family..dikesempatan ni.. I nak ucapkan tq so much layan mcm2 kerenah I di set #KTAR (Kerana Terpaksa Aku Relakan) selama 3 bulan lebih kita bekerjasama…chemistry dan rasa yang luar biasa utk I dan juga utk penonton..jd bapak2..Abg2..Mak2 dgn I..sahabat yang baik..pendenagr yg setia..tq so much sahabat..happy birthday again!!”

Post Izreen itu bagaimana pun mendapat respon positif daripada peminat yang suka akan lakonan dan hubungan mereka kini.



Felixia Yeap Pilih Rania Sebagai Nama Barunya


Felixia Yeap Pilih Rania Sebagai Nama Barunya

Felixia Yeap Pilih Rania Sebagai Nama Barunya


KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2014: Masih berdebar menanti tarikh 5 Ramadan ini, model dan pelakon Felixia Yeap akhirnya mendedahkan yang dia memilih nama Rania sebagai nama barunya.

Felixia mendedahkan nama ‘barunya’ itu menerusi program ‘Apa Kata Malaysia’ pada Ahad lepas.

Menerusi program kelolaan Datuk Aznil Haji Nawawi itu, Felixia memberitahu dia memilih nama itu selepas mendapat mimpi dan seterusnya mengkaji makna nama tersebut.

“Selepas mendapat mimpi tersebut, saya tertanya-tanya apakah maksud di sebaliknya. Saya tidak membuang masa dan terus mencari makna disebalik nama tersebut.

“Rania, bunyinya Indah bukan? Ia membawa maksud ‘pemimpin yang mempersonakan’,” katanya.

Bagaimanapun menurut Felixia dia memilih gabungan dua nama tetapi salah satu daripadanya akan diberitahu kemudian.

Felixia sebelum ini mendedahkan memilih untuk memeluk agama Islam pada 5 Ramadan bersamaan 3 Julai ini bersempena ulangtahun kelahirannya.

iskandarX: Lerr naper pilih Rania? is rasa Dahlia  lagi manis....

Soo Wincci Nafi Berpuasa Kerana Teman Lelaki Beragama Islam


Soo Wincci Nafi Berpuasa Kerana Teman Lelaki Beragama Islam

Soo Wincci Nafi Berpuasa Kerana Teman Lelaki Beragama Islam


Sumber : mStar Online

KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2014: Tahun ini merupakan tahun ketiga bagi penyanyi Soo Wincci berpuasa dan oleh sebab itu ramai pihak yang beranggapan bahawa dia sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam.

Namun penyanyi tinggi lampai ini menolak spekulasi itu dan mengatakan niatnya berpuasa disebabkan kelebihan yang didapati sepanjang bulan Ramadan.

“Saya tahu ada spekulasi yang mengatakan saya berpuasa setiap tahun kerana mempunyai teman lelaki beragama Islam tetapi sebenarnya tidak.

“Pada mulanya saya hanya berpuasa disebabkan saya berjanji dengan peminat-peminat Melayu namun saya menyedari ada banyak kelebihan apabila berpuasa.

“Jadi saya mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja niat saya setiap kali tibanya Ramadan,” katanya seperti yang dilapor mStar Online.

Disamping itu, Soo Wincci juga turut menceritakan kesukaran untuk berpuasa pada tahun ini memandangkan dia kini menetap di Taiwan.

“Berpuasa di sini amat berbeza terutamya daripada segi masa kerana di Taiwan masanya lebih panjang berbanding Malaysia.

“Untuk bersahur, saya kunci jam pada pukul 3 pagi setiap hari kerana di sini waktu Subuh adalah pada pukul 3.38 pagi dan waktu berpuasa pula lebih sejam daripada Malaysia.

“Kalau di Malaysia, saya ada ramai rakan-rakan Melayu untuk berbuka dan berpuasa tetapi di sini lebih mencabar kerana masyarakat Islam tidak ramai.

“Namun saya yakin, saya dapat menjalani puasa ini dengan baik.” ujarnya.

Siti Nurhaliza Kongsi Rasa Gembira Bersama Peminat


Siti Nurhaliza Kongsi Rasa Gembira Bersama Peminat

Siti Nurhaliza Kongsi Rasa Gembira Bersama Peminat


KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2014: Penyanyi Dato` Siti Nurhaliza berkongsi rasa gembira bersama peminat menerusi laman Instagram dengan ‘repost’ gambar album terbarunya yang berjudul Fragmen.

Apa yang Murai boleh kongsikan di sini, album barunya itu telah mula dijual di sekitar ibu negara dan dia memohon kepada peminat di luar Kuala Lumpur agar bersabar kerana album tersebut akan dijual di tempat mereka tidak lama lagi.

Terdapat juga komen-komen peminatnya di luar negara terutama dari Indonesia, Singapura mahupun di Brunei yang tidak sabar-sabar ingin memiliki album terbaru Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza juga mengucapkan terima kasih kepada kelab peminatnya Sitizoners yang tidak putus-putus memberi sokongan dan antara peminat yang pertama memiliki album itu.

Murai tidak pasti ada beberapa buah lagu dalam album itu dan antara tajuk lagu yang telah dikongsikan di laman Instagram ialah Aku, Mula dan Akhir, Kau Sangat Bererti, Terbaik Bagimu dan Membunuh Benci.

Menerusi kulit album Fragmen, Dato` Siti dilihat memakai busana serba hitam dan hasil kreativiti yang ditonjolkan untuk album kali ini mempunyai  nilai seni tersendiri.

Pelancaran album ini, Murai belum pasti bila akan diadakan namun yang pasti buah tangan terbaru dari Siti Nurhaliza memang ditunggu-ditunggu oleh peminatnya yang tersayang.

Selebriti Popular Meriahkan Festival Ramadan@PKNS


Selebriti Popular Meriahkan Festival Ramadan@PKNS

Selebriti Popular Meriahkan Festival Ramadan@PKNS


KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2014: Sepanjang bulan Ramadan ini, barisan selebriti popular akan muncul di Festival Ramadan@PKNS 2014 anjuran anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) iaitu PKNS Real Estate Sendirian Berhad.

Orang ramai berpeluang bertemu selebriti seperti Rabbani, Chef Zam, Heliza Helmi, Raihan, Hijjaz, Saujana, Nowseeheart, Salima AF, Imam Muda Azhar, Fakrul dan Najdi di Kompleks PKNS Bangi, PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Wisma Yakin.

Kesemua mereka akan muncul mempersembahkan nasyid dan tazkirah bagi memeriahkan festival itu setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadan ini.

Selain persembahan, turut diadakan persembahan pakaian beragam, pertandingan bercerita dan mewarna selain promosi jualan seperti pakaian, hiasan rumah, kuih raya, makanan dan sebagainya.

Sementara itu, matlamat Festival Ramadan@PKNS 2014 bertujuan mengajak orang ramai menghayati keberkatan dan keistimewaan Ramadan Al-Mubarak menerusi konsep ibadah, riadah dan membeli belah, sekali gus dapat membantu peniaga kecil dan sederhana menjana pendapatan dan meningkatan ibadah sepanjang Ramadan ini.

Pada masa sama, pihak pengurusan juga ingin memberi peluang kepada badan bukan kerajaan, Aman Palestin untuk menyampaikan mesej keamanan dan kemanusia Gaza kepada pengunjung menerusi beberapa aktiviti seperti persembahan artis.

Lembaga Zakat Selangor juga mengambil mengambil bahagian memeriahkan aktiviti dengan menyediakan hadiah cenderahati untuk pengunjung bertuah yang berjaya menjawab soalan berkaitan zakat.

Sepanjang bulan Ramadan ini juga, pengedaran bubur lambuk turut diadakan pada setiap minggu kepada orang ramai.

Untuk keterangan lanjut mengenai Festival Ramadan@PKNS 2014, orang ramai boleh hubungi talian 03-55204567 atau lawati laman sosial Facebook iaitu ‘Festival Ramadan@PKNS 2014’.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan