Cari Artikel

Wednesday, June 25, 2014

Aidil Tak Jenguk Anak Sebab Tinggal Jauh Di Johor Bahru


Aidil Tak Jenguk Anak Sebab Tinggal Jauh Di Johor Bahru

Aidil Tak Jenguk Anak Sebab Tinggal Jauh Di Johor Bahru


Sumber: Berita Harian

KUALA LUMPUR, 25 JUN 2014: Nampaknya perang di antara bekas pasangan suami isteri, Aidil Zafuan dan Rita Rudaini masih belum ada penghujungnya.

Menerusi laporan Berita Harian pada Selasa, Aidil Zafuan telah mempersoalkan tujuan sebenar Rita Rudaini memberikan kenyataan kepada media baru-baru ini.

Aidil pada awalnya mahu berhenti membuat kenyataan balas tetapi selepas kenyataan Rita menyentuh perihal isterinya Zarema Zainal, dia bangkit mempertahankan isteri.

“Mengapa tiba-tiba Rita membuat pendedahan seperti itu. Apakah tujuannya berbuat demikian? Dalam hal ini, hanya saya dan isteri saya tahu perkara sebenar. Jujurnya kami tidak terkesan langsung dengan pendedahan yang dibuat.

“Pada awalnya saya malas hendak berbalas kenyataan atas nasihat kawan-kawan. Tapi saya perlu bersuara kerana perkara itu membabitkan isteri saya sekarang. Hakikat sebenar saya sudah lama mahu menjenguk anak.

" Rita mengadu kepada para media kononnya dua minggu sebelum perkahwinan baru saya mahu menjenguk anak dan selepas bernikah langsung menghilang. Hakikat sebenar saya sudah lama mahu menjenguk anak.

“Bukan dalam tempoh 2 minggu tapi sebelum itu lagi. Saya ada mesej (Rita) bertanyakan soal anak dan meminta kebenaran untuk bertemu mereka. Malangnya tiada sebarang jawapan. Hanya pada seminggu sebelum saya kahwin, baru dia membalas mesej dan izinkan saya jenguk mereka.

“Itupun kawan yang beritahu selepas terlihat gambar itu di Instagram Rita. Apabila saya tanyakan perkara itu, Rita tempelak saya balik.

“Bukanlah lebih wajar beliau maklumkan kepada saya bahawa anak saya sakit kerana saya adalah bapanya. Ini tidak, beliau lebih senang muat naik gambar ke Instagram daripada memberitahu saya,” jelas Aidil Zafuan panjang lebar.


Sedondon Ke Majlis Resepsi Anak VVIP, Izara Aishah & Adib Khalid Bercinta?


Sedondon Ke Majlis Resepsi Anak VVIP, Izara Aishah & Adib Khalid Bercinta?

Sedondon Ke Majlis Resepsi Anak VVIP, Izara Aishah & Adib Khalid Bercinta?


KUALA LUMPUR, 25 JUN 2014: Dakwaan mengenai pelakon cantik Izara Aishah dan anak tiri Dato’ Siti Nurhaliza, Adib Khalid sedang bercinta bukanlah berita yang baru.

Malah, keintiman mereka mula diperkatakan selepas gambar mesra mereka berdua mula dikongsi oleh laman blog Oh Bulan! baru-baru ini.

Bagaimanapun Izara Aishah telah menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan dia dan Adib hanyalah teman biasa.

Namun ada pembaca portal Astro Gempak telah mengirimkan emel kepada portal Astro Gempak dan memberitahu tentang perkembangan terbaru Izara dan Adib.

Menurut pengirim emel tersebut Izara dan Adib telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan anak VVIP bertaraf menteri pada hujung minggu lalu.

Lebih romantis lagi, mereka dilihat mengenakan pakaian sedondon serba hitam dan datang bersama Dato’ Siti dan Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Sebelum mengakhiri emel tersebut pengirim tersebut juga ada menyatakan kedua-dua pasangan tersebut nampak mesra dan sepadan!

Bagi Astro Gempak pula, tidak ada salahnya jika mereka berdua bercinta memandangkan Izara kini sudah kembali solo selepas hubungannya dengan kekasih yang dikenali sejak zaman sekolah sudah berakhir.

iskandarX: sedondon ker? hmmm pakai rantai leher laki ka perempuan nie?

Azwan Ali Undang Lebih 50 Artis Ke Majlis Berbuka Puasa


Azwan Ali Undang Lebih 50 Artis Ke Majlis Berbuka Puasa

Azwan Ali Undang Lebih 50 Artis Ke Majlis Berbuka Puasa


KUALA LUMPUR, 25 JUN 2014:Buat julung kalinya, pengacara sensasi Azwan Ali akui bakal mengadakan sebuah majlis berbuka puasa besar-besaran yang bakal dihadiri oleh 50 orang artis tanah air di Restoran N’Dah Mahligai Shah Alam pada 5 Julai ini.

Azwan Ali berkata majlis berbuka puasa yang diberi nama Majlis Iftar Azwan Azli & Anak-anak Yatim Tahfiz Asrama Darul Aminan Seremban itu akan diadakan dengan meriah untuk berkumpul bersama rakan-rakan artis sambil membuat amal kebajikan untuk anak-anak yati m yang dijemput.

“Rasanya sudah lama saya tidak mengadakan majlis sebesar ini bersama anak-anak yatim, kali terakhir seingat saya pada tahun 2007, jadi saya rasa ini kebangkitan saya selepas 7 tahun dan selepas segala kontroversi yang melanda diri saya.

“Lagipun majlis ini tanda kesyukuran saya selepas beberapa kejayaan yang rezeki yang melimpah pada tahun 2014. Saya dapat banyak jemputan daripada stesen televisyen untuk menjadi artis undangan dan kebanyakannya mendapat rating yang tinggi.

“Saya juga bersyukur apabila majlis ini pula berjalan dengan mudah sekali apabila ramai yang ingin menaja dari segi lokasi, makanan dan barang-barang untuk goodies bag.

“Lebih menggembirakan saya apabila sudah lebih 50 orang artis yang akan bersetuju untuk hadir ke majlis saya. Mereka antara rakan-rakan saya yang baru dan lama yang akan memberikan sokongan kepada majlis ini,” katanya kepada murai.com.my

Antara 50 orang artis itu adalah Fizz Fairuz, Almy Nadia, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datuk Yusof Haslam, Zara Zya, Tasha Shila, Tonok, Rebecca Nur Al – Islam, Ifa Raziah, Umir Aida, Syanie dan ramai lagi.

Menurut Azwan Ali, menariknya dia akan menunjukan persembahan memasak pada majlis itu nanti buat tetamu yang hadir.

“Saya akan masak secara live pada majlis itu hidangan istimewa, Bihun Hailam Seafood untuk tetamu selain akan membawa beberapa hidangan masakan saya seperti Rendang Ayam, Nasi Impit, Spaghetti dan banyak lagi,” jelasnya lagi.

Selain restoran N’Dah Mahligai, majlis tersebut turut mendapat tajaan lain seperti daripada syarikat pengeluar Kurma dan Air Zam Zam iaitu Awali, produk rempah, Hawani Spice dan banyak lagi.


Ebby Yus Kini Usahawan Berjaya, Milik Mercedez Benz Sport!


Ebby Yus Kini Usahawan Berjaya, Milik Mercedez Benz Sport!

Ebby Yus Kini Usahawan Berjaya, Milik Mercedez Benz Sport!


KL, 25 JUN 2014: Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia seni sebagai pelakon, Ebby Yus kini mungkin sudah boleh menarik nafas lega dengan rezeki yang dikurniakan padanya. Walaupun kemewahan yang dimiliki Ebby Yus atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, bukan dari bidang seni namun dia memperolehinya daripada titik peluhnya sendiri.

Ebby Yus yang kini bergelar usahawan membuktikan kegigihannya membawakan hasil dan buktinya, dia kini bergaya dengan memiliki kereta mewah edisi sport Mercedez Benz. Foto Ebby Yus disamping kereta sport berwarna putih dengan plat ABY444 itu kini tersebar di Internet.

Ternyata keazaman yang dimiliki oleh Ebby boleh dibanggakan apabila Restoran Adam Lai iaitu restoran yang menyediakan hidangan Cina Muslim yang terletak di Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati sentiasa tidak menang tangan menerima kunjungan pengunjung setia restoren tersebut. Walaupun begitu, khabarnya dia masih lagi aktif menerima tawaran di bidang seni yang telah diceburinya sejak 1983 itu.

Pelawak yang sering tampil dengan loghat negeri kelahirannya, Negeri Sembilan itu masih lagi bujang dan selepas ini pasti ramai yang akan memburunya apabila melihat kejayaannya kini sebagai usahawan. Tetapi semua hasil ini tidak akan datang tanpa usaha keras daripada Ebby Yus yang sudah biasa berniaga walaupun ketika sudah menjadi pelakon.

Dia sebelum ini pernah dilaporkan berniaga secara kecil-kecilan dengan berniaga petai walaupun setelah bergelar pelakon.


Nad Zainal Buat Laporan Polis Kerana Diganggu Azwan Kombos


Nad Zainal Buat Laporan Polis Kerana Diganggu Azwan Kombos

Nad Zainal Buat Laporan Polis Kerana Diganggu Azwan Kombos


Sumber oleh: Berita Harian

KL, 25 JUN 2014: Tidak tahan diganggu bekas teman lelaki, malah mendakwa diancam dan diugut wanita tidak dikenali, Nad Zainal membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, awal pagi semalam.

Menurut laporan Berita Harian, Nad bagaimanapun enggan memberitahu butiran laporan yang dibuat terhadap bekas kekasihnya, Azwan Kombos.

Pelakon terbabit membuat laporan polis itu sambil ditemani ibu bapa dan presiden kelab peminatnya.

Nad mendakwa, seorang wanita yang tidak dikenali menghubunginya sebanyak tiga kali dengan menggunakan nombor telefon berbeza.

Menurut Nad, beliau hairan bagaimana wanita terbabit memperoleh nombor telefon bimbitnya yang tidak pernah diberi kepada orang lain. Setiap kali menghubunginya, Nad mendakwa wanita terbabit bertutur dalam nada berbaur negatif.


Fathia Akui Kasut Biru Hadiah Penghargaan Cinta Dari Aiman


Fathia Akui Kasut Biru Hadiah Penghargaan Cinta Dari Aiman

Fathia Akui Kasut Biru Hadiah Penghargaan Cinta Dari Aiman


PETALING JAYA, 25 JUN 2014: Pelakon Nur Fathia akui sepasang kasut jenama BCBG Maxazria yang diterimanya adalah merupakan hadiah istimewa daripada kekasihnya, Aiman Hakim Ridza.

Fathia berkata hadiah tersebut merupakan salah satu cara Aiman menghargai hubungan cinta mereka yang kini sudah pun mencecah dua tahun.

"Saya terkejut juga saat menerima hadiah itu. Yelah,  dia susah juga nak bagi saya hadiah kerana dia tidak mahu menjakan saya dengan kebendaan.

"Tapi, ketika kami sama-sama berada di Istanbul baru-baru ini saya terkejut dia belikan saya kasut tanpa pengetahuan saya.

"Ianya bukanlah sempena hari istimewa apa-apa atau ulang tahun percintaan kami tetapi dia beritahu hadiah itu sempena dia menghargai hubungan cinta kami berdua.

"Terus-terang saya tak sangka, lebih-lebih lagi kasut itu memang menepati citarasa saya dan saya sangat sukakannya," katanya kepada murai.com.my.

Fathia ditemui ketika Majlis Pelancaran Pizza Hut's Citarasa Ramadan di Restoran Pizza Hut di Kota Damansara, semalam.

Mengulas mengenai hubungan cintanya itu, Fathia memberitahu dia gembira keraa hubuungannya punya perkembangan yang baik dan masing-masibg telah mendapat restu keluarga.

"Saya bahagia dengam Aiman dan hubungan cinta kami semakin hari semakin baik. Keluarga juga boleh menerima kami dengan senang.

"Namun perancangan terperinci untuk ke peringkat seterusnya kami belum berbincang lagi kerana masing-masing sibuk," jelasnya lagi.

Perkembangan lain, Fathia kini berehat daripada segala aktiviti seni bagi menumpukan kepada peperiksaan akhir pengajian undang-undang tahun akhir yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam,  Selangor.


Marina Juki Tunggu Zizan Pulang, Zizan Pula No Komen!


Marina Juki Tunggu Zizan Pulang, Zizan Pula No Komen!

Marina Juki Tunggu Zizan Pulang, Zizan Pula No Komen!


KUALA LUMPUR, 24 JUN 2014: Ekoran berita yang dikeluarkan mengenai akaun syarikat Wirefame milik pelakon dan pelawak Zizan Razak dan rakan kongsinya Marina Juki dibekukan, portal Murai telah cuba untuk mendapatkan kedua-dua individu ini untuk pengesahan.

Bagaimanapun Marina Juki yang merupakan rakan kongsi yang juga bekas pengurus kepada Zizan ketika dihubungi portal Murai, enggan mengulas tentang perkara tersebut.

“Maaf, saya tidak mahu memberi apa-apa kenyataan sekarang. Tunggu Zizan pulang ke tanah air dan anda boleh bertanya sendiri kepada dia,” jawabnya ringkas.

Terdahulu menerusi ruangan gosip Murai Batu, kakitangan Wirefame terkejut apabila tidak dapat membuat pengeluaran wang akibat akaun syarikat yang telah dibekukan. 

Sementara itu, Zizan Razak ketika diminta menjawab tentang perkara ini turut mengambil pendekatan yang sama, tidak mahu mengeluarkan sebarang komen.

“No komen,” jawab Zizan menerusi aplikasi Whatsapp pada petang Selasa.

Zizan ketika ini berada di Shibuya, Jepun untuk menjayakan rakaman program travelogue ‘Jejak Jepun’.

iskandarX: aik no komen je ka Zizan?

Peminat Bengang Konsert Jericho Rosales Dibatalkan Saat Akhir!


Peminat Bengang Konsert Jericho Rosales Dibatalkan Saat Akhir!

Peminat Bengang Konsert Jericho Rosales Dibatalkan Saat Akhir!


KUALA LUMPUR, 24 JUN 2014: Sekumpulan peminat Jericho Rosales bengang apabila konsert aktor kacak Filipina yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di Wisma MCA, Jalan Ampang pada Ahad lalu (22 Jun 2014) telah dibatalkan pada saat-saat terakhir oleh pihak penganjurnya, De Star Performing Arts Studio.

Insiden yang memalukan ini telah dimaklumkan sendiri kepada portal Murai oleh salah seorang peminat Jericho Rosales yang turut meminta agarnya namanya dirahsiakan kepada pengetahuan pihak umum.

"Dari bulan April lagi, saya sudah membeli tiket konsert ini dan saya telah membeli tiket VVIP berharga RM150 yang terletak di barisan hadapan sekali supaya dapat melihatnya secara dekat dan jelas. Lagipun saya memang sudah sekian lama meminati Jericho dan teringin untuk melihatnya secara depan-depan.

"Tapi, bila saya sampai di Wisma MCA pada Ahad lalu untuk menyaksikan konsertnya yang dijadualkan bermula jam 1 petang, saya pelik kerana kawasan tersebut agak sepi.

"Malah tidak ramai fans Jericho Rosales yang mengerumuni kawasan tersebut. Yang ada pun hanyalah sekitar 20 orang termasuklah ahli-ahli fan club Jericho.

"Saya cuba mendekati mereka dan mereka memberitahu saya bahawa Jericho tidak datang dan satu jam setengah kemudian, pihak penganjur yang diwakili seorang lelaki bernama Leo memberitahu kami semua bahawa konsert Jericho itu telah dibatalkan.


"Dan, mereka juga akan aturkan supaya kami berpeluang untuk redeem balik wang tiket yang kami beli. Tapi, yang peliknya, biarpun konsert itu dibatalkan, persembahan tarian pembukaan oleh beberapa remaja tetap dilangsungkan," katanya sumber tersebut.

Sumber itu menyatakan lagi, sebenarnya dia sudah mula berasa sangsi dengan pihak penganjur tersebut apabila tiada sebarang publsiti diuar-uarkan mengenai konsert berkenaan.

"Malah, kalau betul konsert itu memang wujud, pastilah pihak wartawan hiburan sudah pun memperkatakan mengenainya di dalam media mereka. '

"Tapi, tiada satu artikel mengenai konsert itu yang kelihatan di dalam media. Malah, beberapa hari sebelum konsert itu bakal berlangsung pun, tiada sebarang hype yang kedengaran mengenai konsert itu.

"Malah, bila kami check Instagram Jericho Rosales, dia sendiri tidak ada menyebut yang dia bakal jayakan konsert itu di Malaysia. Malah dia kini sibuk menikmati cuti bulan madunya selepas berkahwin, Kim Jones. Tapi, saya pergi juga kerana sudah beli tiket," katanya lagi.


Menurut sumber itu lagi, dia berharap dengan berkongsi mengenai insiden yang berlaku pada pada Ahad itu, pihak De Stars Performing Arts Studio akan dapat menjelaskan keadaan sebenar mengapa konsert Jericho Rosales itu boleh dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Sebagai peminat Jericho, kami nak tahu apakah betul mereka ada berurusan dengan pihak pengurusan Jericho untuk menganjurkan konsert ini atau ianya hanya taktik mereka untuk menangguk di air yang keruh untuk mengaut keuntungan atau mencipta nama dengan menumpamg populariti Jericho.

"Saya harap portal Murai akan dapat membantu kami yang teraniaya ini yang sudah pun meletakkan harapan yang besar untuk menyaksikan Jericho Rosales beraksi dalam konsert solonya ini," katanya lagi.

iskandarX: Konsert apa lah sangat, nak masuk Ramadhan dah.

Neelofa - Tolong Jangan Kaitkan Saya Dengan Hans Isaac Lagi


Neelofa - Tolong Jangan Kaitkan Saya Dengan Hans Isaac Lagi

Neelofa - Tolong Jangan Kaitkan Saya Dengan Hans Isaac Lagi


KUALA LUMPUR, 24 JUN 2014: Walaupun Neelofa sudah mengesahkan dirinya kini tidak terikat dengan mana-mana lelaki lagi, namun masih ada yang tertanya-tanya tentang perkara tersebut.

Bercakap mengenai kesudahan hubungan cintanya dengan pelakon dan penerbit Hans Isaac, Neelofa memberitahu, tidak lagi bersama jejaka itu sejak awal tahun ini.

“Sebenarnya memang kami dah berpisah sejak awal tahun lalu. Tetapi pada waktu itu saya diamkan sahaja kerana saya rasa tidak perlu dihebohkan tentang perkara tersebut.

“Lagipun kami pun tidak bersedia untuk dedahkan kepada umum. Lepas beberapa bulan tidak bersama, masing-masing sudah boleh menerima hakikat dan kami mengambil keputusan untuk beritahu sahaja kepada peminat yang bertanya, bahawa hubungan kami ini sudah tiada harapan.

“Apapun saya lega kerana hubungan kami berakhir dengan cara yang professional dan matang,” kata Neelofa ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik fesyen pertama Malaysia, Airish Miracle, di Hotel Royal Chulan semalam (Isnin).

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai punca perpisahan mereka, Neelofa enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Puncanya terlalu periadi dan bukan kerana orang ketiga,” kata Neelofa yang juga duta Airish Miracle ini.

Tambah gadis berusia 25 tahun itu lagi, dia tidak mahu terus-terusan bersedih dan dibayangi Hans Isaac.

“Saya jelaskan perkara ini hari ini kerana tidak mahu langsung dikaitkan dengan Hans. Saya juga faham mengapa Hans tidak mahu cakap banyak tentang perkara ini.

“Bagaimanapun saya masih menghormati Hans sebagai orang yang lebih senior dan semua kebaikan yang telah diberikan kepada saya,” ujarnya.

Menurut Lofa lagi, dia kini sedang sibuk dengan aktiviti seni selain perniagaan yang diusahakannya seperti produk supplement, perniagaan pakaian muslimah dan kanta lekap yang baru dilancarkan April lalu.

“Sejak ‘single’ ni, saya banyak habiskan masa di pejabat dan menumpukan sepenuh perhatian pada rangkaian perniagaan saya.

“Buat masa ini belum terfikir lagi nak cari pengganti. Tetapi selepas ini kalau ada lelaki yang berjaya menambat hati saya dan keluarga restu saya terus kahwin…tak nak tunggu lama-lama dah,” katanya ketawa.

Pengacara program MeleTOP ini juga berharap agar dapat menguruskan dan mengembangkan perniagaannya dengan baik.


Raja Azmi Dedah Solat Cukup 5 Waktu Selepas Berhijab


Raja Azmi Dedah Solat Cukup 5 Waktu Selepas Berhijab

Raja Azmi Dedah Solat Cukup 5 Waktu Selepas Berhijab


KUALA LUMPUR, 24 JUN 2014: Produser Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, mendedahkan dia kini gembira dengan perubahannya selepas berhijab apabila dapat menunaikan solat lima waktu cukup satu hari.

Raja Azmi tanpa segan silu mengaku sebelum ini ibadah solatnya tidak pernah cukup dan dia merasakan kejayaan yang sangat besar kini apabila dapat melaksanakannya dengan sempurna.

“Perkara paling ketara yang saya dapat lihat kepada diri saya adalah saya kini sangat mudah melengkapkan solat lima waktu setiap hari berbanding sebelum ini.

“Kadang-kadang dulu saya akui memang suakr hendak melengkapkan 5 waktu dalam sehari tetapi kini sudah tidak lagi. Mungkin selepas berhijab iman dan semangat saya makin kuat kerana sduah berjanji dengan Allah.

“Malah saya sendiri merasakan ini sebagai satu kejayaan yang besar dalam hidup dan insyaAllah sempean Ramadan yang akan tiba saya mahu berpuasa penuh dan berterawih cukup sebulan,” katanya kepada murai.com.my ketika ditemui.

Raja Azmi mula berhijab pada Mei lalu dan kini sudah mengeluarkan tudung rekaannya sendiri bersama Variente.

Apabila ditanya bagaimana dia mendapat kekuatan untuk berhijrah, Raja Azmi memberitahu ianya datang dengan sendiri kerana Allah.

“Saya baca al-Quran dan membuat solat sunat serta solat Tahajud selama tiga hari tiga malam dan pada satu pagi, saya rasa terdetik untuk berhijab. Malah secara tiba-tiba saya buat keputusan untuk berhijab,” luahnya lagi.

iskandarX: Alhamdulillah... baru meletup lepas nie akak.Solat memberikan kita ketenangan, kekuatan serta pengaduan kita kepada hala yang sepatutnya.

Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Remaja 20-an?


Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Remaja 20-an?

Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Remaja 20-an?


KUALA LUMPUR, 24 JUN 2014: Biarpun masyarakat masih belum melupakan kisah cinta segera antara Lana Nordin dan Johan As'ari, namun aktres itu membuktikan bahawa dia mampu melupakan aktor tersebut.

Pelakon seksi itu kini dikatakan sedang didekati seorang pelakon baru bernama Mas Khan.

Lana Nordin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, ditemui hadir bersama aktor baru tersebut di majlis pelancaran kosmetik Airish Miracle di Hotel Royale Chulan di ibu negara semalam.

Ketika ditemubual, Lana menerangkan status sebenar hubungan mereka.

"Saya dengan dia masih baru lagi dalam kira-kira sebulan, tetapi kami kenal agak lama juga. Buat masa ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing.

"Saya tidak mahu bercakap tentang cinta lebih-lebih kerana semuanya ketentuan Allah dan sebagai perempuan saya hanya cuba berkawan dan mencari jodoh saya," ujarnya merendah diri.

Jelas Lana, dia tidak mahu kontroversi percintaannya dengan pelakon Johan As'ari membataskan dirinya untuk terus mencari jodoh.

"Saya tidak mahu fikir tentang lelaki itu dan saya tidak mahu kontroversi tersebut menyekat saya untuk berkawan dengan lelaki.

"Saya tetap mencuba dan berkawan dengan mana-mana lelaki serta cari yang sesuai dijadikan suami, kalau Tuhan sudah takdirkan saya berkahwin usia 40 saya terima," katanya.

Sementara itu, bercerita tentang Mas Khan, Lana berkata, dia seorang yang matang dan memahami biarpun jarak usia mereka agak jauh.

Bagaimanapun, peristiwa percintaan lalu banyak mengajarnya agar lebih berhati-hari dan tidak mudah mempercayai lelaki.

"Dia muda lagi tapi dia seorang yang matang dan tidak suka ambil tahu tentang orang lain. Dia tidak kisah tentang kontroversi saya sebelum ini," kata Lana.

Lana mengakui antara punca dia rapat dengan lelaki itu juga adalah disebabkan mereka bergandingan dalam sebuah filem berjudul Biasan namun menolak bahawa hubungan ini adalah cinta lokasi.

Azhar Sulaiman Selesai Cara Aman Dengan Guru Yang Menampar Anaknya


Azhar Sulaiman Selesai Cara Aman Dengan Guru Yang Menampar Anaknya

Azhar Sulaiman Selesai Cara Aman Dengan Guru Yang Menampar Anaknya


KUALA LUMPUR, 24 JUN 2014: Pelakon Azhar Sulaiman bakal selesai cara baik dengan guru yang didakwa menampar anaknya, Andika Rees sebanyak sepuluh kali kelmarin.

Azhar Sulaiman memilih untuk menyelesaikan secara aman demi menjaga hubungan serta nama baik sekolah anaknya yang kini pelajar tahun enam di sekolah tersebut.

"Memang pada mulanya saya agak 'panas' dengan apa yang berlaku tetapi bila difikir balik saya tidak sepatutnya bersikap begitu, jadi kini saya sedikit tenang.

"Saya marah, tapi tidaklah sehingga mahu merosakan institusi sekolah itu semata-mata untuk masalah anak saya ini.

"Tak perlulah saya dedahkan apa yang berlaku. Lagipun anak saya berada dalam keadaan baik, cuma mungkin dia ada sebab mengadu kepada saya," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Azhar Sulaiman diminta mengulas mengenai status yang dinaikkan ke dalam laman sosial Facebook kemarin yang mana seolah-seolah berang dengan tindakkan guru yang didakwa menampar anaknya sebanyak sepuluh kali. Malah dalam status tersebut dia seolah-olah mengugut mahu berjumpa dan bersemuka guru itu.

Pelakon popular era awal 90-an itu bagaimana pun akui bakal meneruskan hasratnya untuk berjumpa dengan guru tersebut tetapi hanya mahu berbincang secara aman.

"Saya ada menelefon cikgu berkenaan, itu pun tidak berniat untuk memarahi apatah lagi bersuara tinggi. Cuma saya hanya ingin tahu apa puncanya dan mengapa hukuman itu diberikan.

"Saya pun tak mahu panjangkan perkara ini dan akan berjumpa dengan cikgu itu dalam masa terdekat untuk bersemuka dan berbincang secara kekeluargaan untuk kebaikan anak saya.

"Yelah, hari ini cikgu itu salah, esok lusa mungkin saya atau anak saya yang salah. Manusia buat kesalahan. So let forgive and forget as Ramadan is coming soon," luahnya lagi.

iskandarX: Alhamdulillah abang Azhar Sulaiman sememngnya seorang yang bijak, walaupun kebelakangan ini is dengar banyak cerita pasal hukuman yang terlampau oleh guru2 muda nie kesabaran kita juga perlu ada untuk hadapi semua nie, dan kepada juga guru2 muda di luar sana is sarankan supaya sebelum menjadi guru di mana2 sekolah pastikan ada menghadiri kelas2 akhlak serta pengajian Islam agar hati kita sentiasa tenang dan mudah2an di berikan berkat keatas pekerjaan kita sebagai seorang pendidik kepada anak bangsa kita sendiri.

Gara-Gara Gambar Mesra, Izreen Dituduh Tidak Hormat Tempoh Edah


Gara-Gara Gambar Mesra, Izreen Dituduh Tidak Hormat Tempoh Edah

Gara-Gara Gambar Mesra, Izreen Dituduh Tidak Hormat Tempoh Edah


Sumber: Utusan Online

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2014: Tindakan pelakon Izreen Azminda yang sering memuat naik gambar mesra bersama aktor Amar Baharin di laman Instagram peribadi miliknya telah menjadi perbualan ramai.

Malah ada juga yang mempersoalkan tindakannya itu seakan-akan tidak wajar lebih-lebih lagi aktres itu masih berada dalam tempoh edah selepas disahkan bercerai pada 9 Jun lalu.

Menurut Izreen, gambar-gambar itu dimuat naik atas tujuan kerja semata-mata dan dia tidak menganggap perkara tersebut sebagai isu yang perlu diperbesarkan.

“Saya tahu ramai yang mempersoalkan tentang gambar-gambar tersebut tetapi gambar saya bersama Amar Baharin itu hanyalah untuk tujuan promosi drama bersiri ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’ yang sedang ditayangkan di kaca televisyen.

“Tidak lebih daripada itu pun… Gambar-gambar tersebut hanya untuk menarik perhatian peminat untuk menonton.

“Sebab itu saya rasa komen-komen negatif yang saya dapat tidak menjejaskan apa-apa… Mereka kena tahu mengapa saya buat macam tu dan bukannya terus menghentam semata-mata,” jelasnya kepada Pancaindera.

Tambah Izreen lagi, walaupun berada dalam tempoh edah dia masih perlu ke lokasi penggambaran memandangkan ia merupakan mata pencariannya.

“Saya dah terkat dengan kontrak jadi tak mungkin saya akan duduk di rumah sepanjang tempoh edah.

“Kini penggambaran drama itu sudah pun berakhir dan selepas ini saya boleh kurangkan sedikit aktiviti luar.” jelasnya.

Di samping itu, Izreen juga meminta supaya peminat tidak salah faham dan mengangap gambar tersebut sebagai sesuatu yang peribadi sebaliknya itu hanyalah sebahagian antara babak cinta dalam drama bersiri berkenaan.

iskandarX: Perbuatan kita adalah ukuran kepada difinasi umum terhadap diri kita.

Ujibakat AF2014 Di Kuala Lumpur & Sabah Meriah!


Ujibakat AF2014 Di Kuala Lumpur & Sabah Meriah!

Ujibakat AF2014 Di Kuala Lumpur & Sabah Meriah!


KUALA LUMPUR, 24 JUN 2014: Sesi ujibakat program realiti kegemaran ramai Akademi Fantasia 2014 (AF2014) telah pun berlangsung di lokasi terakhir dengan meriah selama dua hari bermula dari 21 hingga 22 Jun bertempat di Novotel Kota Kinabalu 1 Borneo, Sabah dan FINAS Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

Agak mengejutkan, kehadiran tidak dapat dijangka di mana pada hari pertama sahaja lebih 700 orang yang hadir untuk mencuba nasib di sesi ujibakat AF2014.

Pelbagai gaya dan aksi dapat dilihat sebelum menjejakkan kaki ke bilik ujibakat dan berdepan dengan juri-juri utama yang agak tegas seperti Cikgu Syafi, Cikgu Fatimah dan juga penyanyi Nurul Depp.

Tidak dapat dinafikan, rata-rata peserta yang hadir ke sesi ujibakat ini tidak dapat menyembunyikan rasa gementar ketika berhadapan para juri sehingga ada yang terlupa lirik dan mengambil masa yang agak lama untuk menenangkan diri.

Apa yang menarik perhatian ialah jumlah peserta lelaki lebih ramai berbanding wanita dan kebanyakkan memilih lagu ‘Bahagiamu Deritaku’ nyanyian Hafiz dan ‘Patah Seribu’ nyanyian Shila Amzah sebagai lagu ujibakat.

Selain itu, bekas rekrut daripada program realiti ‘The Band’ iaitu Danish Dash, Zulyasrani dan Farahain juga turut hadir ke sesi ujibakat AF2014 untuk mencuba nasib.

Sudah pasti pentas AF2014 kali ini bakal menyaksikan bakat-bakat muda yang mampu memberi saingan hebat dan bersinar dalam industri seni tanahair.

Sama-sama kita nantikan siapakah yang terpilih untuk berada di pentas AF2014.

Lagu Ciptaan Nidji Jadi Sumber Inspirasi Buat Pesakit Kanser


Lagu Ciptaan Nidji Jadi Sumber Inspirasi Buat Pesakit Kanser

Lagu Ciptaan Nidji Jadi Sumber Inspirasi Buat Pesakit Kanser


KUALA LUMPUR, 24 JUN 2014: Nama Nidji bukan asing lagi di Malaysia. Kumpulan yang dianggotai oleh Giring, Rama, Randy, Adri dan Ariel bahkan sangat gah di Indonesia selepas kejayaan demi kejayaan yang dikecapi mereka menerusi karya-karya muzik yang cukup hebat bawaan mereka terutamanya untuk runut bunyi filem.

Tidak hairan mengapa kumpulan Nidji sering menjadi rebutan dan pihak penerbit filem di Indonesia untuk menghasilkan runut bunyi filem-filem yang ditayangkan di sana.

Buktinya selepas melihat kepada kejayaan filem-filem hebat seperti Laskar Pelangi, Sang Pencerah dan 5 Cm yang berjaya pecah panggung kerana plot penceritaan yang hebat selain runut muzik yang cukup terkesan buat para penonton.

Nidji mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka lebih selektif setiap kali dilamar pihak penerbit untuk menghasilkan runut bunyi bagi sesebuah filem yang akan ditayangkan.

“Kami selektif jika ingin bekerjasama dengan penebit-penerbit filem. Pertama kami harus kaji skripnya terlebih dahulu. Jika sebuah filem itu datangnya dari adaptasi novel yang bagus, maka muziknya juga harus bagus. Dari segi skrip itu sendiri mampu menghasilkan karya yang hebat.

“Selain itu aspek siapa penerbit, pihak produksi serta barisan pelakon yang menjayakan sesebuah filem itu juga menjadi keutamaan kami. Aspek begini menjadi penekanan utama kami kerana untuk menghasilkan sesebuah muzik itu bukan mudah.

“Banyak perkara yang harus diberi perhatian selain memahami dahulu jalan penceritaan filem tersebut,” ujar Giring sewaktu pelancaran album terbaru Nidji berjudul King of Soundtrack yang memuatkan lagu-lagu OST hit tema untuk filem di pejabat Warner Music Malaysia.

Dalam pada itu, Giring juga tidak menafikan selepas kejayaan serta pengiktirafan hebat yang diterima menerusi lagu Laskar Pelangi membawa perubahan besar buat diri mereka.

“Lagu ini memberi sumber inspirasi buat mereka diluar sana. Syukur banyak pengiktirafan yang kami terima selain jemputan persembahan semakin banyak. Laskar Pelangi memberi kekuatan serta sumber inspirasi buat sesiapa sahaja malah diri kami sendiri.

“Pernah satu ketika, saya didatangi oleh seorang nenek tua yang menghidap penyakit kanser payu dara. Tiba-tiba nenek tersebut berterima kasih kepada saya kerana dia mengaku setiap kali mendengar lagu Laskar Pelangi dia tetap bersyukur walaupun kehilangan sebelah payu daranya.

“Kami sepertinya terkejut dan sangat bersyukur kerana lagu tersebut seolah-olah memberi inspirasi dan motivasi buat mereka diluar sana saat menghadapi kehidupan yang sukar tetapi masih tetap bersyukur dan gembira,” jelas Giring lagi.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album King of Soundtrack termasuklah empat buah lagu ciptaan Nidji untuk runut bunyi filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck iaitu Sumpah dan Cinta Matiku, Teroesir (Menunggu Karma), Hidup Tanpa Cinta, Nelangsa dan Tuhan Maha Cinta.


Jejaka Inikah Yang Didakwa Bersama Nabila Huda Bercuti Di Eropah?


Jejaka Inikah Yang Didakwa Bersama Nabila Huda Bercuti Di Eropah?

Jejaka Inikah Yang Didakwa Bersama Nabila Huda Bercuti Di Eropah?


Sumber Astro Gempak

KL, 23 JUN 2014: Belum pun reda krisis hubungan di antara Amy Search dengan  anaknya Nabila Huda dan keadaan menjadi semakin tegang apabila Nabila pula membalas komen bapanya di laman sosial Twitter miliknya, kini kontroversi anak-beranak itu dihangatkan lagi dengan penyebaran gambar-gambar Nabila bersama kekasihnya yang sedang bercuti bersamanya di Eropah itu.

Gambar-gambar itu telah disebarkan oleh pengguna laman sosial Twitter, biarpun sebelum ini Nabila  telah berusaha untuk merahsiakan identiti jejaka tersebut.

Ada juga pengikut Nabila memberitahu lelaki tersebut adalah pemilik restoran Kulkats Barrio di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Damansara, yang dipanggil ‘Bert’.


Azwan Ali Dan Adibah Noor Berperang Status Di Twitter?


Azwan Ali Dan Adibah Noor Berperang Status Di Twitter?

Azwan Ali Dan Adibah Noor Berperang Status Di Twitter?


Sumber oleh Astro Gempak

KUALA LUMPUR, 23 JUN 2014: Selain akaun peribadi Instagram Diana Danielle yang menjadi perhatian semalam (Khamis), laman sosial selebriti yang turut menjadi perhatian ialah Azwan Ali dan Adibah Noor.

Kedua-dua selebriti ini dilihat berperang status menerusi laman Twitter masing-masing. Walaupun tiada nama yang disebut oleh kedua-dua selebriti ini, namun apabila diamati, jelas status berbaur sindiran itu ditujukan kepada satu sama lain.

Khabarnya status-status tersebut mula di muatnaik Azwan dan Adibah apabila kedua-duanya bertembung di sebuah majlis rancagan Ramadhan di RTM.

Kontroversi bermula apabila beberapa status dimuatnaik Azwan seolah-olah merujuk kepada Adibah Noor yang turut berada di majlis tersebut.

Tidak lama selepas itu, Adibah Noor pula memuatnaik status dengan sindiran-sindiran yang agak pedas

Azwan Ali Dan Adibah Noor Berperang Status Di Twitter?
Azwan Ali Dan Adibah Noor Berperang Status Di Twitter?




Status Twitter yang dinaikkan Azwan Ali dan Adibah Noor


Nabila Huda Rayu Amy Search Tidak Musnahkan Hidupnya Sekali Lagi?


Nabila Huda Rayu Amy Search Tidak Musnahkan Hidupnya Sekali Lagi?

Nabila Huda Rayu Amy Search Tidak Musnahkan Hidupnya Sekali Lagi?


KL, 23 JUN 2014: Setelah ramai yang terkejut dengan respon daripada Amy Search kepada salah satu entri yang dimuatnaik anaknya pelakon Nabila Huda di Instagram, aktres tersebut dilihat tidak bersetuju dengan tindakan bapanya itu.

Melalui kenyataan Nabila atau juga dikenali sebagai Abil itu, dia telah berkomunikasi dengan bapa kandunganya itu melalui Twitter sebaik sahaja cerita mengenai dia dimaki bapanya di Instagram mula menjadi bualan umum.

Antara luahan Abil di Twitter “Pa,Pls explain and fix the things that you’ve created.Im beggin you pls.Fix it.You’re ruin my life once again. @AkuAmySearch”. Jika dilihat kepada pernyataan tersebut Abil merasakan dia dianiaya dan merayu kepada bapanya untuk memperjelaskan segala yang berlaku.

Dalam waktu yang sama status tersebut turut menjelaskan bahawa Abil memohon agar tindakan bapanya itu tidak memusnahkan kehidupannya sekali lagi.

Dia yang kini sedang bercuti dengan jejaka yang dipercayai teman lelaki barunya itu turut memohon umum agar menghormati dirinya yang ingin bercuti setelah penat bekerja. “Please la respect sikit. Penat aku keje. I need a break. Tolongla respect”.

Dia juga berharap umum tidak menggembar gemburkan lagi cerita ini dan berhenti berbicara mengenainya. Aku tengah holiday ni.Dah berapa tahun ni aku keje simpan duit baru ada masa nak pergi holiday.Apa yang korang merepek ni kt blog semua ni? antara status Twitter yang menyusul selepas itu.

Ramai yang terkejut apabila membaca komen Amy Search di laman sosial Instagram milik anaknya tempoh hari. Dilihat seperti diluar kawalan, komen Amy itu terpampang perkataan yang kesat seperti p*k****. Dia dilihat amat berang dengan foto percutian mesra Nabila dan kekasihnya di luar negara itu.


Felixia Yeap Sahkan Bakal Peluk Islam Julai Ini


Felixia Yeap Sahkan Bakal Peluk Islam Julai Ini

Felixia Yeap Sahkan Bakal Peluk Islam Julai Ini


Sumber: Harian Metro

KL, 23 JUN 2014: Model berbangsa Cina yang mengenakan imej berhijab, Flexia Yeap mengesahkan bakal memeluk Islam pada Julai ini.

Bekas model majalah Playboy, Flexia memberitahu Harian Metro dia meilih Julai sempena hari lahirnya pada bulan itu serta mengambil keberkatan bulan Ramadan.

"Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadhan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,” katanya.

Apabila ditanya adakah dia ingin menukar agamanya kerana teman lelakinya yang juga seorang Melayu Islam, dia menafikan tuduhan itu dan berkata dia memeluk Islam kerana sayangkan Islam dan dia memerlukan lebih masa untuk mempelajari dan mempersiapkan diri sebelum memeluk Islam.

iskandarX: Alhamdulillah, akhirnya, alangkah lagi bagus kalau sebelum puasa Felixia masuk Islam. Lagi best leh gi  tarawith sama-sama....

Dazrin Kamarudin, Amyra Rosli Kahwin 8 Ogos Depan


Dazrin Kamarudin, Amyra Rosli Kahwin 8 Ogos Depan

Dazrin Kamarudin, Amyra Rosli Kahwin 8 Ogos Depan


KUALA LUMPUR, 23 JUN 2014: Pelakon Dazrin Kamarudin bakal melangsungkan perkahwinan bersama aktres yang juga merupakan tunangnya Amyra Rosli pada 8 Ogos depan.

Menurut Dazrin, dia sendiri memilih tarikh tersebut kerana ia sebagai satu tanda istimewa dalam hubungan pasangan selebriti ini.

“InsyaAllah, saya dan tunang akan melangsungkan perkahwinan pada 8 Ogos depan bersamaan dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Saya sendiri yang pilih tarikh tu kerana ia merupakan bulan kelahiran Amyra Dia juga dilahirkan pada tahun 1988 jadi ini sebagai tanda ingatan istimewa buat kami berdua,” katanya seperti yang dipetik mStar Online.

Selain itu, aktor ini juga mengakui perasaan gementar untuk memikul tanggungjawab sebagai suami tidak dapat di elakkan namun pada masa yang sama dia juga telah bersedia.

“Bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Perasaan gemuruh itu sudah pasti ada lebih-lebih apabila tarikh perkahwinan pula sudah semakin hampir.

“Walaubagaimanapun saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan alam rumahtangga dan saya harap perancangan kami dapat berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, persiapan perkahwinan mereka sedang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan Dazrin dan Amyra telah mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos lalu selepas tiga tahun menjalin cinta.

iskandarX: Tahniah kepada Dazrin dan Amyra.

Hubungan Cinta Hanez Suraya & Romie Sudah Berakhir?


Hubungan Cinta Hanez Suraya & Romie Sudah Berakhir?

Hubungan Cinta Hanez Suraya & Romie Sudah Berakhir?


KUALA LUMPUR, 23 JUN 2014: Aktres Hanez Suraya dalam satu kenyataannya kepada Harian Metro semalam berkata dia sanggup mengorbankan hubungannya dengan Romie demi rumahtangga kekasihnya itu bersama isteri, Nur Liyana Abdul Manan.

Berdasarkan kenyatan Hanez itu, ianya seakan memberi petanda bahawa hubungannya dengan Romie kini sudah berakhir dan mereka bukan lagi pasangan kekasih.

Kenyataan itu diluahkan oleh Hanez dan berharap dia tidak lagi menjadi kambing hitam atas apa yang berlaku kepada rumahtangga Romie dan Liyana Manan.

Hubungan Cinta Hanez Suraya & Romie Sudah Berakhir?


Berikut ialah kenyataan Hanez kepada Harian Metro mengenai situasinya kini bersama Romie dan Nur Liyana.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan. Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa jua masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya.”

“Saya sudah korbankan hubungan kami. Cuma orang yang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang. Apa yang saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini.”

“Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa jua masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya. Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku yang ia sangat tidak bagus.”

Bagaimanapun ada yang sinis mengatakan bahawa Hanez ambil keputusan untuk putus dengan Romie untuk mengelakkan didakwa kerana menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Romie dan Liyana.

Ketika ditanya mengenai perkara berkenaan, Hanez bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Hanez juga enggan lagi berkongsi mengenai Romie.

“Jangan libatkan saya lagi. Saya dah tak nak campur masalah mereka lagi. Saya pun tak nak komen tentang dia (Romie) lagi. Lagipun, ketika perbicaraan itu berlangsung, saya tiada di sini (Malaysia) kerana bercuti ke luar negara dan baru saja pulang tiga hari lalu. Saya tak nak memperbesarkan lagi isu ini. Biarkanlah saya dengan kehidupan saya sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Liyana dilaporkan membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan fasakh ke atas suaminya. Wanita itu kemudiannya mengambil langkah untuk bercerai secara baik. Tindakan Nur Liyana itu juga mendapat sokongan daripada pengikutnya menerusi akaun Facebook ‘Kami Sokong Liyana Manan’.

iskandarX: Yes ada chance is masuk daun nie hehehehee.

Suzuki Swift Milik Zara Zya Remuk Dirempuh Honda Prelude


Suzuki Swift Milik Zara Zya Remuk Dirempuh Honda Prelude

Suzuki Swift Milik Zara Zya Remuk Dirempuh Honda Prelude


Sumber: Kosmo!

KL, 23 JUN 2014: Kereta Suzuki Swift milik pelakon Zara Zya yang diletakkan di tepi jalan remuk selepas dirempuh kereta Honda Prelude yang terbabas di Batu 3, Jalan Pantai di sini semalam.

Menurut laporan Kosmo, kejadian pada pukul 1.15 pagi itu berlaku ketika Zara Zya atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 29, singgah di lokasi tersebut untuk menjamu selera.

Suzuki Swift Milik Zara Zya Remuk Dirempuh Honda Prelude


Selain kereta pelakon itu, kereta Honda Prelude tersebut turut merempuh tiga buah kenderaan lain yang diletakkan di kawasan sama.

Zara Zya bersama rakan-rakannya dikatakan menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat beberapa kali sebelum mereka bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 15 meter dari tempat mereka makan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Abd. Wahab Harun mengesahkan kejadian tersebut dan berkata tiada mangsa yang cedera dalam kemalangan itu.

iskandarX: Ya Allah, alhamdulillah kalau benartiada kecederaan yang di alami, nampak teruk is tengok nie.

KRU Lancar Anak Syarikat Yang Ke-11, Kartun Studios


KRU Lancar Anak Syarikat Yang Ke-11, Kartun Studios

KRU Lancar Anak Syarikat Yang Ke-11, Kartun Studios


CYBERJAYA, 23 JUN 2014: Kumpulan Syarikat KRU melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pelancaran anak syarikatnya yang ke-11 iaitu Kartun Studios Sdn Bhd, khusus bagi penerbitan produk animasi 2D dan 3D untuk kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim berkata selain menghasilkan produk bagi pasaran tempatan dan antarabangsa, penubuhan anak syarikat itu juga bertujuan membangunkan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang animasi.

"Sasaran kami adalah menghasilkan tiga filem animasi dalam tempoh lima tahun akan datang, 130 siri animasi 3D dan 130 siri animasi 2D.

"Mungkin bilangan ini akan bertambah sekiranya kita dapat jumlah pekerja yang lebih ramai," katanya kepada pemberita selepas pelancaran studio itu oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Norman berkata filem animasi pertama syarikat itu, 'Ribbit', akan ditayangkan di 80 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, Jerman dan Australia.

Filem itu, yang bakal ditayangkan mulai 4 September depan, turut menerima jemputan sebagai Tayangan Perdana Dunia di Niagara Integrated Film Festival, Kanada pada Sabtu ini.

"Kita harap lebih banyak produk Kartun Studios akan mendapat tempat di pasaran antarabangsa dan domestik," katanya.

Dalam pada itu, Norman berkata KRU akan membuka cawangan di Amerika Syarikat pada Julai atau Ogos depan untuk memasarkan produk-produk Kumpulan Syarikat KRU.

Awal Tunaikan Nazar Buat Majlis Kesyukuran Setelah Scha Mengandung


Awal Tunaikan Nazar Buat Majlis Kesyukuran Setelah Scha Mengandung

Awal Tunaikan Nazar Buat Majlis Kesyukuran Setelah Scha Mengandung


Kredit Foto Azmin Mohamad Untuk prettypeektures IG @peeksbymin

KL, 22 JUN 2014: Selepas  pengumuman khas yang dibuat secara ekslusif di HLive! pada Jumaat lepas tentang jantina kandungan selebriti Scha Al-Yahya, dia berserta suami, Awal Ashaari telah mengadakan majlis kesyukuran bagi memberkati kurniaan yang diamanahkan kepada dia dan isterinya tersebut.

Majlis bertemakan kuning menaik lagi seri wajah ibu mengandung dengan keceriaan dan kemeriahan yang diserlahkan oleh kehadiran rakan selebriti, media, peminat serta turut tidak dilupakan golongan yang kurang bernasib baik juga diraikan dalam majlis yang berlangsung daripada tengahari sampai ke malam.

Awal Tunaikan Nazar Buat Majlis Kesyukuran Setelah Scha Mengandung


Kedua mereka yang ditemui di sebelah malam iaitu ketika majlis kesyukuran kelihatan penat namun masih menjalankan tanggungjawab sebagai tuan rumah dengan melayan tetamu jemputan yang hadir. Menurut Awal, majlis yang diadakannya itu juga adalah kerana menunaikan janjinya yang bernazar jika Scha mengandung.

“Majlis hari ini sepatutnya lepas kahwin dulu dah buat. Kerana sibuk ditunda-tunda sampailah Awal sendiri bernazar jika Scha mengandung kena buat sebuah majlis kesyukuran. Itulah cerita sebenarnya majlis hari ini.

“Bila dah fikir pasal majlis kesyukuran, jemputan pula macam terhad. Jadi bila dah ada deko dan hiasan cantik daripada Kuntum by Najeeb kami ambil kesempatan waktu petang tersebut dengan menjemput klien-klien yang terdiri dari yang bukan Muslim yang selama ini memberikan kepercayaan kepada kami berdua menjadi jurucakap atau pun duta.

“Waktu petang biasalah ada aktiviti-aktiviti sikit dan ia dapat memberi peluang kepada rakan untuk datang malam atau petang,”jelas Awal tentang majlis serba kuning yang ceria dengan deko terdiri daripada pakaian serta kelengkapan untuk bayi baru lahir.

Awal Tunaikan Nazar Buat Majlis Kesyukuran Setelah Scha Mengandung


Seramai 30 orang pelajar dari Rumah Tahfiz Paya Jaras turut hadir memeriahkan majlis yang dimulakan dengan bacaan surah Yaasin sebelum tuan rumah beramah mesra dengan para jemputan.

Pasangan yang dikenali ramai sebagai Schawal ini mengesahkan yang mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Perkhabaran tentang jantina bayi mereka akhirnya telah diberitakan secara eksklusif di HLive! pada jam 8.30 malam tadi (Jumaat) di Astro Ria 104 dan Astro Maya HD 135.

Scha yang memasuki bulan ke lapan dijangka akan melahirkan bayinya Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Terdahulu, Awal dan Scha bernikah pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya.

Erin Malek Selamat Bertunang, Rancang Nikah Oktober Ini


Erin Malek Selamat Bertunang, Rancang Nikah Oktober Ini

Erin Malek Selamat Bertunang, Rancang Nikah Oktober Ini


KUALA LUMPUR, 22 JUN 2014: Pelakon Erin Malek, 20, selamat mengikat tali pertunangannya bersama seorang ahli perniagaan, Farriz Fauzy, 30, yang baru dikenalinya pada Januari lalu.

Majlis pertunangan yang manis dan meriah tu diadakan di kediaman ibunya, Harryzah Hassan di Duta Suria Residency, di Ampang.

Erin yang bersyukur dengan majlis pertunangannya itu berkata jarak usia sepuluh tahun di antara mereka tidak menghalang untuk mereka menjalinkan hubungan cinta kerana lebih serasi.

Erin Malek Selamat Bertunang, Rancang Nikah Oktober Ini


"Sebenarnya sebelum mengenali dia pun, saya memang suka berkawan dengan orang yang lebih tua dari saya.

"Jadi bila berjumpa dan berkenalan dengan Farriz saya dapat rasa kami serasi malah apa yang membuatkan saya sukakan dia adalah dia amat memahami kerjaya saya sebagai seoeang pelakon yang bekerja tidak mengira masa.

Erin Malek Selamat Bertunang, Rancang Nikah Oktober Ini


"Saya juga tak sangka perkenalan yang singkat ini akan membawa kami ke satu peringkat perhubungan yang lebih tinggi. Malah saya percaya jika dia jodoh saya, semuanya akan berjalan dengan lancar," katanya.

Erin ditemui bersama tunangnya sebaik sahaja selesai majlis pertunangan mereka malam semalam.

Erin Malek Selamat Bertunang, Rancang Nikah Oktober Ini


Acara malam itu disertai dengan acara menyarung cincin oleh ibu Farriz, Wan Nor Azmah. Lima dulang (tepak sirih & cincin, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung & kek) dihantar oleh pihak Farriz dan berbalas tujuh (tepak sirih, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan).

Erin Malek Selamat Bertunang, Rancang Nikah Oktober Ini


Dalam majlis pertunangan itu, kedua dua belah pihak pasangan ini bersetuju untuk menyatukan mereka dengan ikatan yang sah pada Oktober depan.

Erin Malek Selamat Bertunang, Rancang Nikah Oktober Ini


Majlis yang dihadiri kira-kira 150 orang itu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat Erin Malek & Farriz Fauzy serta beberapa pihak media yang turut menyaksikan ikatan pertunangan tersebut.

Farriz: Erin Hadir Dalam Hidup Saya Tepat Pada Masanya


Farriz: Erin Hadir Dalam Hidup Saya Tepat Pada Masanya

Farriz: Erin Hadir Dalam Hidup Saya Tepat Pada Masanya


KUALA LUMPUR, 22 JUN 2014: Pelakon dan juga juara program Fear Factor Malaysia 2, Erin Malek selamat melangsungkan pertunangannya bersama seorang ahli perniagaan, Farriz Fauzy, dalam satu majlis yang diadakan malam tadi di Duta Suria Residency, Ampang.

Majlis pada malam itu disertai dengan acara menyarung cincin oleh ibu Farriz, Wan Nor Azmah.

Lima dulang (tepak sirih & cincin, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung & kek) dihantar oleh pihak Farriz dan berbalas tujuh (tepak sirih, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan).

Bagi Farriz, 30, dia yakin Erin hadir tepat pada waktunya iaitu di saat dia kini sedang mencari pasangan untuk mendirikan rumahtangga pada usianya yang kini sudah mencecah 30 tahun.

"Kami benar-benar menjalinkan hubungan cinta pada penghujung Januari lalu, iaitu selepas lebih kurang lima bulan berkenalan. Saya kemudiannya dapat merasakan kami serasi bersama, jadi saya pun meluahkan rasa hati yang sebenarnya dan saya amat serius dalam perhubungan ini serta mahu peringkat seterusnya iaitu berkahwin.

"Saya berterus-terang kerana tidak mahu menjalinkan hubungan cinta yang hanya sia-sia kerana saya sudah pun berusia 30 tahun dan tak mahu tunggu sehingga 35 tahun baru hendak berkahwin.

"Kebetulan, Erin pun memberitahu dia serius dalam hubungan dan sedia untuk berkahwin dengan saya, jadi saya pun terus hantar rombongan untuk meminangnya hari ini dan tanpa menunggu lama mengambil keputusan untuk berkahwin pada Oktober ini," jelasnya.

Majlis yang dihadiri kira-kira 150 orang itu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat Erin Malek & Farriz Fauzy serta beberapa pihak media yang turut menyaksikan ikatan pertunangan tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan