Cari Artikel

Tuesday, June 24, 2014

Scha, Awal Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan


Scha, Awal Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Scha, Awal Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan


KUALA LUMPUR, 21 JUN 2014: Pasangan Schawal iaitu Scha Al Yahya dan Awal Ashaari, mengesahkan yang mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Perkhabaran tentang jantina bayi mereka akhirnya telah diberitakan secara eksklusif di HLive! pada jam 8.30 malam tadi (Jumaat) di Astro Ria 104 dan Astro Maya HD 135.

Teruja dengan ketibaan anak sulung mereka, Awal dan Scha akui sudahpun mempunyai senarai nama untuk bayi perempuan bila tiba waktunya.

“Kami sudah fikirkan sebelum ini kalau bayi perempuan, kami akan berikan nama-nama seperti Zara, Cempaka atau mungkin Melur. Sebab kami memang gemarkan nama-nama yang lebih klasik,” kata Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya.

Namun mereka masih lagi berbahagi pendapat untuk memilih tempoh berpantang samaada sepanjang 40 atau 100 hari. Awal bagaimanapun akui risaukan Scha yang terpaksa melalui tempoh itu ketika perayaan Aidilfitri nanti.

“Saya cadangkan Scha berpantang selama 100 hari. Tapi semuanya terpulang pada diri dia dan keselesaan dia. Lagipun Scha akan berpantang semasa Aidilfitri nanti.

"Saya kurang pasti jika dia boleh elak godaan ketupat, rendang dan minuman bergas,” kata Awal, 33 tahun.

Berhasrat untuk terus berada di dalam industri hiburan, Scha Al Yahya tidak menyifatkan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri sebagai komitmen yang membebankan. Sebaliknya pula, Awal kini lebih tertumpu kepada bisnes sendiri di Curve, Damansara.

“Adalah keinginan Scha dari dulu untuk menjadi wanita bekerjaya yang juga seorang ibu. Saya ingin melihat diri saya sebagai seorang isteri yang boleh menjaga banyak tanggungjawab pada masa yang sama,” kata bakal ibu itu.

“Awal pula sedang sibuk dengan bisnes kafe saya sendiri, yang mana akan menjadi bisnes keluarga. Buat masa ini saya akan tumpukan pada bidang perniagaan makanan yang menjual makanan-makanan melayu dan kuih-kuih melayu” jelas Awal tentang perniagaannya.

Scha yang kini pada minggu kehamilannya yang ke-34 dianggarkan bakal bersalin lebih awal dari biasa. Pasangan ini ditemui di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. Terdahulu, Awal dan Scha bernikah pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya.


Farish Aziz Habiskan RM16,000 Demi Menonton Piala Dunia Di Brazil!


Farish Aziz Habiskan RM16,000 Demi Menonton Piala Dunia Di Brazil!

Farish Aziz Habiskan RM16,000 Demi Menonton Piala Dunia Di Brazil!


KUALA LUMPUR, 21 JUN 2014: Kemeriahan kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil kini sedang melanda seluruh dunia termasuk di Malaysia. Temasya yang hanya muncul empat tahun sekali ini sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang  ‘gila bola’ dan sudah bersedia untuk memberi sokongan penuh terhadap pasukan kegemaran mereka.

Tidak terlepas, salah seorang selebriti terkenal tanah air iaitu Farish Aziz yang sanggup terbang ke Brazil untuk menyaksikan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 di Stadium Arena Corinthians yang terletak di Sao Paulo, seterusnya menyaksikan perlawanan pembukaan antara Brazil menentang Crotia.

Menurut Farish atau nama sebenarnya Mohd Farish Bin Aziz Sulaiman, niat untuk menjejakkan kaki ke Brazil sudah lama dipendamkan sejak empat tahun lalu sewaktu kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.

“Sukan bola sepak sudah sebati dalam jiwa saya sejak kecil lagi dan impian untuk berada di kejohanan terhebat dunia ini sudah lama diimpikan. Bayangkan ini merupakan perjalanan paling jauh pernah saya tempuhi iaitu selama 16 jam semata-mata untuk menyaksikan kemeriahan piala dunia yang hanya dianjurkan empat tahun sekali.

“Jadi saya bersama seorang kawan baik, Johan ambil keputusan untuk simpan duit dan terbang ke Brazil demi menyaksikan perlawanan pembukaan antara Brazil menentang Crotia. Satu pengalaman yang cukup manis dan tidak mungkin akan dapat dilupakan sampai bila-bila,” ujar Farish Aziz sewaktu dihubungi Astro Gempak.

Jelas Farish lagi, dia telah menghabiskan wang tunai hampir RM 16,000 untuk kos perjalanan termasuk harga tiket untuk menonton perlawanan secara langsung di Stadium Arena Corinthians.

“Bayangkan saya belanja hampir RM 16,000 selama seminggu di sana termasuk harga tiket penerbangan, tempat tinggal, makan dan juga tiket untuk menonton perlawanan Brazil menentang Crotia.

“Perbelanjaan yang agak besar tetapi masih berbaloi. Cuma agak terkilan kerana saya tidak sempat untuk saksikan perlawanan antara England menentang Itali kerana kesuntukan masa selain harga tiket yang terlalu mahal,” tambah Farish.

Selain itu, jejaka berusia 30 tahun ini sempat berkongsi pengalaman cemas melihat penyokong Brazil yang mabuk cuba mencetuskan pergaduhan dengan peminat pasukan Crotia selepas perlawanan.

“Kejadian berlaku sewaktu tamat perlawanan pembukaan. Saya dan Johan ambil keputusan untuk menaiki keretapi untuk pulang ke hotel penginapan. Dalam perjalanan kami di dalam keretapi, seorang penyokong Brazil yang sedang mabuk cuba membuat provokasi dengan mengejek sekumpulan penyokong Crotia.

“Saya agak cemas pada awalnya kerana takut akan ada pergaduhan besar, tetapi apa yang mengagumkan apabila penyokong Crotia tidak mudah melenting sebaliknya mereka sama-sama bergelak ketawa tanpa menimbulkan suasana tegang.

“Dari situ saya nampak sukan bola sepak sememangnya mampu mengeratkan lagi hubungan dari pelbagai benua dan negara. Insya Allah kalau ada rezeki mungkin Piala Dunia FIFA 2018 yang bakal dianjurkan di Rusia,” jelas Farish lagi mengakhiri perbualan.

iskandarX: pi sedekah kat anak-anak yatim pun bagus duit banyak tu.

Masya, Anak Didik Hazama Juara Ceria Popstar 2


Masya, Anak Didik Hazama Juara Ceria Popstar 2

Masya, Anak Didik Hazama Juara Ceria Popstar 2



KUALA LUMPUR, 21 JUN 2014: Anak didik penyanyi Hazama, Masya diumumkan sebagai juara Ceria Popstar 2 yang disiarkan secara langsung dari Studio Perbadanan Kemajuan Filem (Finas), pada Jumaat.

Masya atau nama sebenar Siti Nur Masyitah,14, membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, percutian 3 hari 2 malam di atas Cruise tajaan Malaysian Harmony Tour and Travel, jam tangan Puma dan trofi.

Dalam konsert akhir itu, Masya yang berasal dari Kedah itu membawa lagu Di Pintu Syurga pada pusingan pertama dan Teman Bintang pada pusingan kedua yang juga merupakan lagu baharu.

Sementara tempat kedua dimenangi oleh Iqbal, 15, dengan menyanyikan lagu baharu berjudul Ibu dan Bahagiamu Deritaku.

Dia membawa pulang wang tunai RM15,000, penginapan di Holiday Villa 3 hari 2 malam, jam tangan Puma dan trofi.

Manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh kumpulan JoMeGo dan Erissa dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000.

Acara ini dihoskan oleh Nabil Ahmad.

Pada pertandingan akhir ini jumlah markah dikira 70 peratus daripada juri profesional, manakala 30 peratus daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) orang ramai.

Juri profesional terdiri daripada penyanyi dan pelakon Datuk AC Mizal, Johan (Raja Lawak) dan Aaron Aziz.

Malam kemuncak akhir itu turut dimeriahkan dengan persembahan Hafiz, Hazama,


Eksklusif: Penjelasan David Teo Kepada Diana Danielle


Eksklusif: Penjelasan David Teo Kepada Diana Danielle

Eksklusif: Penjelasan David Teo Kepada Diana Danielle


KUALA LUMPUR, 20 JUN 2014: Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG) Mejar (K) David Teo menganggap apa yang diluahkan pelakon, Diana Danielle mengenai foto suaminya, Farid Kamil berpegangan tangan dengan Nora Danish hanyalah satu salah faham sahaja dan mereka tidak semesra seperti yang disangka.

David Teo menjelaskan foto itu diambil atas permintaan media cetak yang mahukan Farid dan Nora nampak mesra seperti mengikut kehendak watak mereka sebagai suami isteri dan tidak lebih daripada itu.

Malah David Teo berkata dia sendiri sudah pun menghubungi pelakon Farid Kamil supaya menjelaskan situasi yang berlaku pada malam gambar diambil itu kepada Diana Danielle.

“Saya rasa ianya hanya salah faham sahaja kerana jika benar Diana cemburu atau bengang mengapa sebelum ini dia boleh menerima lakonan Nora dan Farid yang berpelukan dan sebagainya.

“Saya juga tak rasa apa yang diluahkan Diana itu ditujukan kepada MIG sepenuhnya, tapi untuk tidak perkara ini berpanjangan saya sendiri sudah pun menghubungi Farid.

“Perkara pertama saya beritahu kepada Farid adalah jangan cepat melenting terhadap tindakan isterinya itu. Mungkin isteri dia bersikap begitu kerana terlalu sayangkan suaminya, yelah isteri mana yang tak risau jika punya suami yang kacak dan popular begitu.

“Saya juga minta Farid perjelaskan kepada Diana bahawa gambar itu diambil hanya ketika mereka dikerumuni dengan jurufoto dan media yang meminta mereka melakukan aksi sedikit mesra mengikut watak dalam filem yang tidak lebih daripada itu.

“Malah, mereka berdua terus berpecah selepas itu dan tidak lagi bertemu kerana masing-masing sibuk dengan sesi temuramah bersama media,” katanya keapda murai.com.my ketika dihubungi.

David Teo diminta mengulas mengenai tindakan Diana Danielle malam semalam yang meluahkan rasa bengang dan cemburu ke dalam laman sosial Instagram apabila gambar Nora berpegangan tangan dengan suaminya dikongsi ke dalam Instagram sebagai promosi filem Pengantin Malam.

Pun begitu, David memberitahu isu tersebut tidak langsung mengganggu promosi filem Pengantin Malam yang baru mula ditayangkan semalam.

Selain Farid dan Nora pelakon lain yang membintangi filem seram itu adalah Nina Iskandar, Ellie Suriati dan ramai lagi.

Ahmad Nur Fyrdaus Penyeri Rumahtangga Fauzi & Lisdawati


Ahmad Nur Fyrdaus Penyeri Rumahtangga Fauzi & Lisdawati

Ahmad Nur Fyrdaus Penyeri Rumahtangga Fauzi & Lisdawati


KL, 20 JUN 2014: Lupakan seketika sengketa diantara pasangan Fauzi Nawawi dan Lisdawati dengan aktor sensasi Sharnaaz Ahmad kerana pasangan ini baru sahaja pulang dari Tanah Suci Mekah. Sebaik pulang dari beribadat, pasangan ini dikurniakan dengan kehadiran Ahmad Nur Fyrdaus.

Pihak Camora Arts dengan baik hati telah berkongsi dengan Murai sesi fotografi yang telah dilangsungkan bersama kedua pasangan selebriti ini dengan cahaya mata baru mereka yang berusia 6 hari ketika itu.

Ahmad Nur Fyrdaus dilahirkan secara normal di Hospital Selayang pada 14 Jun lalu dan merupakan cahayamata ketiga buat Lisdawati dan Fauzi. Menurut Zara daripada Camora Arts, baby Fyrdaus ketika sesi fotografi persis ibunya yang berkuli putih melepak itu.

Terima kasih buat Camora Arts dan jangan lupa layari – www.facebook.com/camora.arts

Lisdawati dan Fauzi selamat bergelar pasangan suami dan isteri pada 9 September 2007 dan sepanjang perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya dan yang terbaru Ahmad Nur Fyrdaus.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan