Cari Artikel

Friday, June 20, 2014

MD 12 Nokia Pembesar suara tanpa wayar


MD 12 Nokia Pembesar suara tanpa wayar
MD 12 Nokia

MD 12 Nokia Pembesar suara tanpa wayar


Nokia tidak hanya mengeluarkan tiga telefon pintar terbarunya, malah turut memperkenalkan aksesori terkini sebagai tambahan produk telefon pintarnya.

Pembesar suara wireless, MD 12, adalah tambahan aksesori bagi telefon pintar siri Lumia yang menghasilkan bunyi menyeluruh selain mempunyai pilihan warna seperti kuning. oren, putih dan hijau.

Gajet ini diperkenalkan Nokia untuk digunakan pada telefon Lumia Windows 8.1 terbarunya, iaitu Lumia 630, 635 atau 930. Speaker wireless ini memiliki berat seberat 180 gram dan mempunyai ukuran sebesar buah epal.

Speaker ini boleh disambungkan menggunakan sambungan NFC ataupun Bluetooth. Selain itu, sambungan pembesar suara wireless ini juga boleh dibuat menggunakan Device Hub.

Selanjutnya, MD-12 ini dilengkapi dengan built-in vibrating actuator yang berfungsi memperkuat audio dengan frekuensi rendah dipelbagai jenis permukaan.

iskandarX: Comel lah speaker MD 12 Nokia nie, wireless pulak tu, hmm tapi kena hati-hati lah dah wireless karang terlepas pandang terus kena rembat.

Samsung Lancar Samsung Curved UHD TV


Samsung Lancar Samsung Curved UHD TV
Lee ( kiri) menunjukkan Samsung Curved UHD TV pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.

Samsung Lancar Samsung Curved UHD TV


Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd terus agresif mengekalkan kedudukannya dalam segmen televisyen keupayaan definisi ultra-tinggi (UHD), menerusi pelancaran produk terbarunya, Samsung Curved UHD TV.

Teraju inovasi, reka bentuk 


Presidennya, Lee Dong Yong, berkata pelancaran televisyen melengkung dengan teknologi UHD itu antara usaha berterusan Samsung dalam menerajui inovasi dan reka bentuk terkini dalam segmen televisyen tempatan.

Katanya, tahun lalu, pada peringkat global Samsung mencatatkan jualan sebanyak 1.9 juta unit televisyen UHD dan tahun ini ia dijangkakan meningkat kepada enam juta unit didorong oleh pelancaran produk baru dalam segmen itu.

“Kami yakin tahun ini adalah tahun utama untuk industri hiburan termasuk penganjuran Piala Dunia. Justeru, pelancaran Samsung Curved UHD TV bakal mengubah cara pengguna menonton televisyen.

“Matlamat utama kami adalah untuk memberikan pelanggan Samsung kelebihan untuk meneroka pengalaman baru menonton televisyen, manakala Samsung pada masa sama mengekalkan penguasaan pasaran kami dalam segmen televisyen UHD,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Samsung Curved UHD TV di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Audio Visual (AV) Unit Perniagaan AV Samsung Malaysia, Jason Foo Hsiang Hian.
Pada majlis sama, Samsung turut melancarkan teknologi bersepadu tanpa wayar dan pelbagai ruang termasuk Samsung Wireless Audio - Multiroom System, Soundbar, SoundStand dan Blu-ray Home Entertainment System.

Beliau berkata, dengan pelancaran Samsung Curved UHD TV itu, ia akan memberikan pengguna dengan pengalaman menonton yang lebih menarik berbanding skrin rata, serta sudut tontonan panorama yang lebih luas.

Katanya, ia juga memberikan kualiti gambar yang jelas kerana ia memiliki resolusi empat kali ganda melebihi definisi tinggi (HD) penuh.

Samsung Curved UHD TV berukuran 65 inci itu dijual pada harga RM21,999 yang boleh didapati di pasaran bermula akhir bulan ini di rangkaian Samsung dan pengedar sah yang terpilih.

Sementara itu, Jason berkata, Samsung dijangka melancarkan lebih lima lagi rangkaian televisyen UHD tahun ini bagi memenuhi keperluan pelanggannya dari segmen pertengahan dan ke atas.

Katanya, Samsung Malaysia dijangka mengekalkan penguasaannya dalam segmen televisyen terutama UHD kerana keupayaannya menghasilkan kualiti gambar yang lebih baik dan inovatif.


Eton Thundergod mampu bertahan 46 hari


Eton Thundergod mampu bertahan 46 hari
Eton Thundergod

Eton Thundergod mampu bertahan 46 hari


Telefon pintar dari China kebiasaannya bukanlah telefon pilihan namun teknologi mereka kini semakin meningkat. Kini banyak telefon pintar dari China mampu menyaingi telefon pintar utama yang lain.

Terbaru, telefon pintar Eton Thundergod melalui peningkatan dengan mampu bertahan selama 46 hari dalam mod bersedia dan mampu digunakan tanpa perlu kerap dicaj.

Ramai yang sangsi kerana telefon ini memiliki ukuran yang nipis, hanya 9 milimeter, namun mampu memberikan kuasa bateri yang tinggi.

Eton Thundergod dilengkapi bateri berkapasiti 5000 mAh. Bateri berkenaan menawarkan kemampuan mod bersedia hingga 1100 jam atau sekitar 46 hari.

Selain itu, teknologi bateri itu juga mampu bertahan selama 55 jam dan 21 jam jika digunakan untuk internet di masing-masing jaringan 2G dan 3G.

Dari segi prestasi, Eton Thundergod ini juga menawarkan kualiti yang bagus seperti prosesor octa core MT6592 dengan pilihan kelajuan 1.7GHz serta 2.0GHz selain terdapat RAM sebesar 2 GB yang ditunjangi OS Android Jelly Bean 4.2.

iskandarX: Nama dia pun Dewa Pemerintah Kilat isk isk isk tahan lebih lama kalah lerr Energizer lepas nie.

55 pemilik baru Galaxy S5 terima kejutan


55 pemilik baru Galaxy S5 terima kejutan
PENAMPILAN istimewa selebriti tempatan (dari kiri) Diana Danielle, Nabilah Huda dan Wadinah Safiyah bersama Ketua Pemasaran Peranti, Celcom Axiata Bhd, Noora Mat Rifin dan Lee Dong Yong, Presiden Samsung Malaysia Electronics sempena pelancaran Samsung GALAXY S5 di Celcom Blue Cube, pusat beli-belah Sunway Pyramid, petang ini. Mereka bersama pelanggan setia Samsung, Abdul Hamid bin Husin, pesara berumur 62 tahun yang mula berbaris seawal 6.30 pagi di Celcom Blue Cube bagi mendapatkan gajet terbaru keluaran Samsung itu.

55 pemilik baru Galaxy S5 terima kejutan


SAMSUNG Malaysia Electronics yang dikenali ramai sebagai satu jenama yang gemar memberikan hadiah istimewa kepada pelanggan setia mereka.

Justeru, bersempena pelancaran Samsung GALAXY S5 di lima lokasi terpilih sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang, 55 pemilik baru Galaxy S5 telah menikmati pemberian istimewa bernilai RM200 dari firma gergasi elektronik Korea Selatan itu.

Mereka yang terpilih adalah golongan pembeli pertama gajet terbaharu berkenaan pada majlis pelancaran yang diadakan di Celcom Blue Cube dan DiGi Concept Store di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Maxis Centre di Suria KLCC dan Samsung Experience Store di The Gardens Mall, serta Gurnet Paragorn Mall, di Pulau Pinang.

“Ini sebagai menghargai pelanggan setia kami yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Samsung selama ini," kata Pengerusi Samsung Malaysia Electronics, Lee Dong Yong ketika ditemui di majlis pelancaran di Celcom Blue Cube, petang ini.

“Kami sengaja memilih 55 orang pelanggan bertuah untuk menikmati hadiah-hadiah istimewa hari ini. Jumlah ini mewakili lima tunjang utama gajet terbaharu kami, GALAXY S5 iaitu kegembiraan, kecergasan, kehidupan, kepantasan dan gaya tersendiri”.

Meskipun waktu penjualan hanya bermula 8 pagi di setiap lokasi, keterujaan pelanggan untuk menjadi golongan pertama memiliki gajet berkenaan di dalam negara ini terserlah apabila ada di antara mereka yang tiba seawal jam 6.30 pagi dan sanggup beratur panjang, sekali gus menunjukkan kesetiaan dan dedikasi mereka kepada jenama Samsung.

Sementara itu, bermula 11 April 2014, GALAXY S5 dan dua gajet terbaharu lain iaitu Gear 2 dan Gear Fit boleh didapati secara eksklusif di semua gedung Samsung Experience Store dan gedung rakan telekomunikasi Samsung, iaitu Celcom, DiGi dan Maxis di seluruh negara.
Penjualan secara meluas pula hanya akan bermula pada penghujung April ini.

GALAXY S5 dijual pada harga RM2,399, sementara Gear 2 dan Gear Fit masing-masing berharga RM899 dan RM599.


HTC Desire 616 Yang Menggunakan Prosesor Octa Core


HTC Desire 616 Yang Menggunakan Prosesor Octa Core

HTC Desire 616 Yang Menggunakan Prosesor Octa Core


HTC bakal mengikut jejak langkah pengeluar telefon pintar lain yang mengeluarkan telefon mereka dengan menggunakan prosesor Android octa core.

HTC Desire 616 yang menggunakan prosesor octa core baru saja muncul di internet dan mendapat sambutan hangat selain reaksi positif daripada pengguna HTC.

Namun, tidak seperti HTC One M8, HTC Desire 616 ini akan ditujukan untuk segmen pertengahan. Selain itu, ia juga nampaknya bakal ditujukan secara khusus untuk pasaran China, yang mana permintaan terhadap telefon pintar octa core sangat tinggi.

Handphone Desire 616 ini diketahui mempunyai prosesor octa core MediaTek 1.7GHz dengan RAM sebesar 1GB. Sistem operasi yang tersemat padanya adalah OS Android Jelly Bean 4.2.2 dan skrin berukuran 13 sentimeter HD.

Di bahagian belakang, ada kamera utama lapan megapiksel dengan LED serta tersedia dalam lima pilihan warna iaitu hitam, putih, biru, merah serta kuning.


Jam Mirip Smartphone (Smartwatch)


Jam Mirip Smartphone (Smartwatch)

Jam Mirip Smartphone (Smartwatch)


Permintaan terhadap jam pintar (Smartwatch) ketika ini sangat tinggi dan seolah-olah ia menjadi satu benda yang perlu ada dalam kalangan pencinta gajet.

Kebiasaannya jam pintar dilihat hampir sama walaupun dikeluarkan oleh jenama yang berbeza. Namun, jam pintar Rufus Cuff ini mempunyai kelainan yang tersendiri.

Ia memiliki keupayaan seperti yang ada pada telefon pintar. Ia boleh digunakan untuk melayari internet, malah membuat panggilan. Skrinnya juga besar iaitu tujuh sentimeter (sm), resolusi 400 x 240 piksel dan menggunakan prosesor Texas Instrument ARM Cortex A8.

Mempunyai memori dalaman 16GB, wi-fi Bluetooth, GPS, kamera depan, pengesan gerakan, pembesar suara, serta mampu bergetar sebagai makluman ada panggilan atau pesanan masuk.

Ia menggunakan sistem operasi Android KitKat 4.4 dan boleh digunakan untuk mengakses Google Play Store.


Tiara Jacquelina Kenang Hani Mohsin Sempena Ulangtahun Kelahiran


Tiara Jacquelina Kenang Hani Mohsin Sempena Ulangtahun Kelahiran

Tiara Jacquelina Kenang Hani Mohsin Sempena Ulangtahun Kelahiran


KL, 20 JUN 2014: Biarpun selepas 8 tahun selebriti kacak, Hani Mohsin pergi meninggalkan kita, karisma dan karakter dimilikinya kekal dalam ingatan.

Apatah lagi buat insan yang pernah berkongsi rasa dan kehidupan bersama, Puan Seri Tiara Jacquelina baru-baru ini meluahkan perasaannya sempena ulangtahun kelahiran bekas suami dan rakan baiknya itu.

Sepotong sajak dalam bahasa Inggeris serta nukilan cukup syahdu buat memperingati pemergian Hani Mohsin ketika itu dilampirkan semula dan ia cukup membuktikan keakraban mereka baik ketika menjadi suami isteri mahupun selepas berpisah.

Secara tak langsung ia memberikan gambaran yang jelas tentang budi pekerti insan yang bernama Hani Mohsin. Kami di Murai juga turut merasakan kehilangan itu dan berdoa agar Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Alfatihah.

Petikan daripada Facebook rasmi Tiara Jacquelina.

“Sempena memperingati arwah Hani Mohsin pada harijadinya yang ke-49 hari ini (semalam), saya terjumpa article yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Inggeris untuk The Star, kemudian di translate oleh Abie Abdullah dalam bahasa BM yang indah untuk Harian Metro:

Belasungkawa Hani Mohsin.

I sing to him that rests below,

And, since the grasses round me wave,

I take the grasses of the grave,

And make them pipes whereon to blow.’

— Petikan sajak ‘In Memoriam AHH’ nukilan Alfred Lord Tennison

“KINI saya kehilangan seorang sahabat, perginya lelaki budiman, ayah penyayang dan kawan setia.

Hani Mohsin, manusia yang dibesarkan dengan sifat insani. Dia antara mereka yang pernah singgah di dalam perjalanan hidup saya. Sesiapapun yang mengenali Mohsin akan mengingati senyumnya, jenakanya, keperibadiannya, rendah diri, ketegasan dan dedikasinya terhadap tugas.

Dia cukup menghargai nilai persahabatan. Tidak hairan lebih 2,000 orang hadir memberi penghormatan terakhir kepadanya. Sesetengah kita pun tidak pernah bertemu dengan manusia seramai itu sepanjang hidup.

Pastinya mereka yang menyayanginya, menziarahinya pada Selasa lalu dan tiga malam selepas itu, menyaksikan betapa Mohsin sahabat yang ikhlas dan jujur. Sentiasa bersedia membantu, mendengar masalah, malah dia juga bijak menceriakan suasana.

Saya bertuah pernah bersama lelaki mulia ini, mewarnai hidup saya sebelum ini. Dia juga yang membuka pintu hati ini mengenali Islam pada 1993 dan sehingga kini saya bernaung di bawah agama suci ini. Terima kasih Mohsin.

Lima tahun hidup sebumbung, Tuhan mengurniakan kami Hani Karmila (Mila). Bukti cinta kami ketika itu. Namun jodoh kami tidak panjang. Saya temui jalan baru hidup bersama lelaki lain yang tinggi budi pekertinya.

Pun begitu, Mohsin dan saya tetap rapat, terutama demi Mila. Kami sering berbincang mengenai penjagaan dan membesarkan Mila.

Mila beruntung! Kiri kanan kasih sayang dicurah kepadanya. Dia mendapat perhatian bagaikan menatang minyak yang penuh daripada kedua-dua keluarganya. Padanya, Mohsin, Effendi, adiknya Eridani dan saya bagai satu keluarga besar.

Mila sering bercerita betapa bertuahnya dia berbanding rakan lain kerana mempunyai dua bapa. Seorang dipanggil Daddy, Mohsin dipanggilnya Ayah. Malah, Dani juga memanggil Mohsin, Ayah.

Kami banyak berkongsi kenangan, daripada hari jadi, produksi sekolah hinggalah majlis penyampaian hadiah, termasuk 12 Julai lalu, Mila menerima anugerah Russell Arts kerana pencapaiannya dalam Seni. Detik itu cukup membanggakan kami.

Memori yang tidak akan saya lupakan ialah kejutan Mila untuk hari jadi ayahnya ke-41 pada 18 Jun lalu. Kami bincang untuk membeli sebiji kek kosong bulat dan ‘Picasso cilik’ kami ada idea sendiri untuk menghiasinya.

Tahu apa yang dilakarnya di atas kek itu? Dia melukis Roda Impian, program yang dihoskan Mohsin! Mila turut mengajak Effendi dan Eridani, dibawa kek itu menghampiri Mohsin. Memang Mohsin terkejut dan detik itu juga membuatkan Mohsin menangis. Tidak disangka, kenangan itu kenangan terakhir kami.

Melihat Mila mengingatkan saya kepada Mohsin. Tulang pipinya sebiji seperti ayahnya. Begitu juga bentuk fizikal. Namun, bukan sekadar itu kerana Mila diberi kekuatan minda dan semangat ayahnya.

Apa yang Mila seronok sangat ketika di rumah ayahnya? Pelbagai aktiviti dilakukan bersama — berkebun, mengecat, menghias rumah dan macam-macam lagi. Mohsin jenis orang yang suka duduk di rumah, melakukan kerja sendirian daripada memasak, membasuh hingga mendekorasi perabot. Ramai yang hadir menziarah hari itu tidak percaya yang rumah kemas dan bersih itu dilakukan oleh arwah.

Mila juga gemarkan masakan Mohsin. Selera mereka sama, sukakan masakan kampung. Ringkas saja masakannya tetapi sedap seperti sambal tumis, terung bakar bersambal, ayam masak merah dan beberapa lagi masakan Utara.

Bagi Mohsin, Mila adalah cahaya hidupnya. Lebih-lebih lagi selepas pemergian ibunya dua tahun lalu dan bapanya pada 1994. Mohsin pula anak tunggal! Ia cukup menyentuh hati saya melihat dia mengebumikan jenazah ayahnya, kemudian ibunya dan sekarang saya melalui satu lagi situasi memilukan.

Effendi menyifatkan Mohsin sebagai lelaki tulus. Bijak membawa diri dengan penuh adab, kita tidak dapat lari daripada menyukainya.

Mohsin dan saya kekal sebagai kawan baik dan rakan seperjuangan, hari ini pun kami masih berkongsi dua tingkat pejabat di Ampang Point. Menjalani latihan Muzikal Puteri Gunung Ledang yang akan dipentaskan minggu depan membuatkan kami sering terserempak dan berbincang soal kerja.

Sebagai pelakon dan penerbit, dia selalu menyokong karier saya, membakar semangat saya apabila ia berkurangan. Dia akan SMS saya, memberi galakan dan memuji saya setiap kali melihat saya di TV atau pentas.

Pernah dia memberitahu saya, ‘jangan mudah mengalah, tiada siapa di dalam industri ini yang mampu membuat perubahan seperti kamu. Tutup saja telinga terhadap suara sumbang dan cuba pecahkan tembok tegar itu. Kita lakukan ini bukan kerana pujian semata-mata’.

Pada 17 Julai 2003, dia dianugerahkan gelaran PMP (Pingat Mahkota Perlis) daripada Yang di-Pertuan Agong kerana kecemerlangannya di dalam industri.

Kini kita kehilangannya. Sebutir antara ribuan bintang di angkasa hilang cahayanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah!”


Diana Berang Gambar Nora Pegang Tangan Farid Digunakan Sebagai Promosi


Diana Berang Gambar Nora Pegang Tangan Farid Digunakan Sebagai Promosi

Diana Berang Gambar Nora Pegang Tangan Farid Digunakan Sebagai Promosi


KL, 20 JUN 2014: Amboi nampaknya minggu ni sahaja nama pelakon Nora Danish tidak henti disebut dan ditimpa cerita-cerita kontroversi.

Selepas isu dia dikatakan menjadi orang ketiga dan perampas suami orang, kali ini gambar dia memegang tangan pelakon Farid Kamil ketika majlis preview filem Pengantin Malam pula menjadi kontroversi.

Gambar itu dimuat naik oleh syarikat penerbitan Metrowealth (MIG) untuk mempromosikan filem tersebut.

Namun, isteri Farid iaitu Diana Danielle seolah-olah tidak berpuas hati dengan gambar tersebut apabila memuat naik sebuah nota di Instagram miliknya malam tadi.

Diana seperti mempersoalkan mengapa gambar Nora memegang tangan suaminya dikongsi oleh syarikat produksi tersebut hanya untuk mempromosikan filem mereka.

Berikut meruupakan nota yang dikongsi Diana:



Namun ada pula peminat atau pengikut Diana yang memberi komen negatif ke atas notanya yang mengatakan cara Diana itu tidak profesional.




Anugerah Lawak Warna Kembali Untuk Penganjuran Tahun Kedua


Anugerah Lawak Warna Kembali Untuk Penganjuran Tahun Kedua

Anugerah Lawak Warna Kembali Untuk Penganjuran Tahun Kedua


KUALA LUMPUR, 20 JUN 2014: Astro Warna merupakan saluran komedi pertama di Malaysia yang begitu sinonim dengan program-program komedi dan lawak jenaka.

Terbaru, Astro Warna hadir dengan inisitif penganjuran Anugerah Lawak Warna untuk tahun kedua yang dijangka berlangsung  di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 15 Ogos 2014 dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika. Anugerah Lawak Warna merupakan sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf dan menghargai usaha dan pencapaian cemerlang individu dan pihak produksi yang terlibat dalam bidang komedi sama ada di televisyen mahupun di layar perak.

Istimewanya, majlis anugerah ini bakal menggabungkan elemen kualiti dan populariti dalam pemilihan pemenang. Menerusi 20 kategori yang dipertandingkan, sebanyak 16 kategori bakal diadili menerusi sistem penjurian profesional manakala tiga kategori berdasarkan pilihan peminat menerusi undian SMS.

Di samping itu, satu kategori anugerah khas juri bakal diberikan oleh jawatan kuasa penganjur kepada individu ataupun produksi yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap industri Televisyen & Filem Komedi.

Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, kejayaan menganjurkan Anugerah Lawak Warna buat julung kalinya pada tahun lalu memberi inspirasi kepada kami untuk meneruskan majlis pengiktirafan yang berprestij ini untuk tahun yang kedua.

"Kami amat percaya bahawa majlis Anugerah Lawak Warna amat dinantikan oleh pemain komedi di negara ini sebagai mengiktiraf hasil kerja keras mereka sepanjang tahun lalu.

"Kami turut percaya bahawa acara ini nanti bukan sekadar menjadi sebuah majlis anugerah semata-mata, tetapi bakal mencetuskan sekali lagi fenomena di televisyen dengan memaparkan kelainan seperti pengisian acara, kategori yang dipertandingkan dan himpunan terbesar artis komedi yang ada di negara ini sama ada yang terbaru, mahupun para ‘otai’ yang kini sudah dianggap lagenda bidang lawak di Malaysia

"Dengan ini, kami berbesar hati mengalu-alukan sekali lagi semua stesen televisyen dan syarikat produksi filem yang layak untuk mencalonkan karya seni mereka untuk dinilai dan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

"Kami komited memperjuangkan kerja keras artis dan karya komedi untuk mendapat pengiktirafan yang setara dengan bidang seni lain, bersesuaian dengan usaha dan pengorbanan mereka selama ini. Setiap penyertaan dijanjikan dengan ketelusan dalam penjurian yang akan dilakukan oleh barisan juri profesional yang dilantik," katanya kepada MURAI.

Pada penganjuran Anugerah Lawak Warna kali pertama tahun lalu, Filem Istanbul Aku Datang mengungguli Anugerah Lawak Warna yang diadakan di Istana Budaya. Daripada 16 kategori yang dipertandingkan, Istanbul Aku Datang meraih empat kategori iaitu Filem Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem (Lisa Surihani), Lakon Layar Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Bernard Chauly).

Sebarang perkembangan terkini berkenaan Anugerah Lawak Warna akan diumumkan pada sidang media yang akan datang. Teruskan menonton pelbagai program terbaik di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika.


Senarai Kategori Dalam Anugerah Lawak Warna 2


Senarai Kategori Dalam Anugerah Lawak Warna 2

Senarai Kategori Dalam Anugerah Lawak Warna 2


KUALA LUMPUR, 20 JUN 2014: Penganjuran Anugerah Lawak Warna Tahun Kedua bakal diadakan sekali lagi bagi memberikan penghargaan, penghormatan dan ganjaran kepada individu dan produksi untuk pencapaian cemerlang dalam Televisyen & Filem Komedi.

Bakal berlangsung dalam suasana penuh berprestij bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 15 Ogos 2014 dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika, sebahagian besar daripada pemenang Anugerah bakal dipilih oleh barisan juri profesional yang terlibat serta disegani dalam industri komedi dan hiburan di Malaysia.

Jom tengok senarai kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Lawak Warna 2 pada tahun ini: -

Anugerah Terbaik oleh Juri Profesional

1. Filem Komedi Terbaik

2. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)

3. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)

4. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)

5. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)

6. Siri Animasi Komedi TV Terbaik

7. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri)

8. Siri TV Komedi Terbaik

9. Siri Komedi Kanak-Kanak TV Terbaik

10. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri)

11. Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem)

12. Lakon Layar Komedi Terbaik (TV)

13. Skrip Komedi TV Terbaik

14. Skrip Komedi Filem Terbaik

15. Pengarah Komedi Terbaik (TV)

16. Pengarah Komedi Terbaik (Filem)

Anugerah Popular oleh undian SMS

1. Pelawak Lelaki Paling Popular

2. Pelawak Wanita Paling Popular

3. Segment Komedi Radio Paling Popular

Anugerah Khas Juri oleh Jawatan Kuasa Penganjur

1. Konsep/Idea Asal Komedi Terbaik

Fahrin Ahmad Akui Dirisik Ibu-Ibu Menjadi Menantu


Fahrin Ahmad Akui Dirisik Ibu-Ibu Menjadi Menantu

Fahrin Ahmad Akui Dirisik Ibu-Ibu Menjadi Menantu


KUALA LUMPUR, 19 JUN 2014: Fahrin Ahmad pernah dikaitkan dengan selebriti-selebriti wanita seperti Linda Onn, Adila Ramly dan Scha Al-Yahya. Ironinya kesemua wanita itu sudah pun berkahwin malah Scha juga sudah sedia untuk menimang cahaya mata.

Manakala Fahrin pula yang masih lagi membujang sehingga kini. Namun Fahrin akui, dengan usianya yang semakin meningkat ramai para ibu yang datang merisik untuk menjadikannya sebagai menantu.

“Mereka tahu saya single lagi. Memang saya mengaku ada ramai yang datang untuk melamar saya jadi menantu. Bukan sekali, malah banyak kali. Tapi saya hanya menganggap itu sebagai doa untuk saya berumahtangga,”

“Buat masa sekarang kalau Tuhan takdirkan saya sesibuk ini, akan jadi masalah pada jodoh atau bakal jodoh saya sebab saya tidak dapat memberi fokus pada hubungan itu,” kata pelakon, pengacara dan pengulas sukan yang menginjak 35 tahun itu.

Fahrin juga akui yang dia lebih gemar menghabiskan masa di gymnasium atau bermain bola sepak dengan rakan-rakannya daripada berpacaran.

“Realitinya adalah saya memang tiada masa. Ramai yang bertanya kenapa saya tiada teman wanita, sedangkan masa pun saya tiada apatah lagi mahu keluar dating,” kata Fahrin.

Bila ditanyakan tentang perasaannya apabila mengetahui semua bekas teman wanitanya sedang bahagia berumahtangga, Fahrin meluahkan rasa gembira dan berbangga pada mereka.

“Saya uji diri saya untuk berhadapan dengan isu ini. Bila saya mendapat tahu yang mereka akan berkahwin, perkara pertama yang terdetik hanya perasaan gembira untuk mereka.

“Setakat ini kalau saya terserempak dengan mereka di mana-mana majlis, saya tiada masalah. Perasaan yang timbul hanya mungkin perasaan yang ‘kosong’ atau perkara buruk antara saya dan dia tidak terjadi,” ujar Fahrin.

Fahrin ditemui di Majlis penyampaian hadiah wang tunai Power Root, Jutawan 4 yang turut dihadiri oleh Y.M. Tengku Shamsulbhari Tengku Azman Shah.

iskandarX:Suggestion untuk Fahrin, nak bergambar nanti akan datang try tak wear jersey bola hyang ada lambang salib, mesti baik punya.

Nabila Huda Diajak Peminat Tukar Agama Kristian


Nabila Huda Diajak Peminat Tukar Agama Kristian

Nabila Huda Diajak Peminat Tukar Agama Kristian



Apa? Nabila Huda diajak oleh peminat dia tukar agama? Gila ka apa nie? Legal kepala hotak lu la Darianchrist oii, ini sudah di kira menghina Islam dah nie sebab dia kata "Islam just mess u".

Nabila Huda Diajak Peminat Tukar Agama Kristian


Kurang ajar la nie kan? Kalau korang kata tak apa, is tak tau lah nak cakap apa kan tapi bagi is DarianChrist nie menghina Islam!

For your info DarianChrist Islam is not messing religion ok? Islam are truely and the only religion in the whole world and universe ok? Lagi kurang ajar dia siap ajak Abil bawak anak perempuan dier sekali untuk masuk kristian memang cilaka ini orang.

Kita tunggu apa tindakkan pihak "Berkuasa" kat malaysia nie untuk banteras penghinaan Islam dalam laman social. Barua sierrr, dah korang duduk dalam Malaysia jangan lah hina Islam, Islam agama Persekutuan Tanah Melayu, nak Melayu mengamuk sekali lagi ka?

Amy Search Dah Tak Kuasa Nak Cakap Pasal Nabila Huda Lagi


Amy Search Dah Tak Kuasa Nak Cakap Pasal Nabila Huda Lagi

Amy Search Dah Tak Kuasa Nak Cakap Pasal Nabila Huda Lagi


KUALA LUMPUR, 19 JUN 2014: Setiap kali isu berkaitan pelakon sensasi Nabila Huda bermain di tajuk-tajuk berita, nama bapanya seringkali dikaitkan mahupun mendapat tempelaknya.

Sebagai bapa, Amy Search akur dengan tanggungjawab ini dan cuba untuk menasihati Nabila selagi mempunyai peluang berbuat demikian.

Berbeza kali ini bila ditanya mengenai isu pertukaran agama serta hal peribadi Nabila, Amy dengan tegas enggan memberi sebarang komen serta nasihat untuknya.

Sebelum ini dia pernah menasihati dan menegur anak perempuannya itu namun kali ini dia enggan.

Menurut Amy, berita mengenai anaknya yang diajak pengikut laman sosial, Instagram, untuk menukar agama itu hanya diketahui pada hari ini (semalam).

"Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. Saya dah malas!

"Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. Saya tidak akan bercerita kepada media.

"Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia," kata Amy Search lagi ketika dihubungi Murai.

Mendengar butir bicara Amy, jelas menunjukkan penyanyi ini begitu kecewa dengan kelakuan Nabila.

Ini bukanlah kali pertama Nabila dilanda kontroversi malah, kebanyakan daripada pengikut laman sosial pelakon ini sentiasa meninggalkan pesanan dan komen yang kurang enak di setiap foto yang dimuat naik.

Terbaru, melihat kepada kehidupan peribadi Nabila yang gemar bersosial dan bercuti bersama kekasih, seorang pengikut laman Instagramnya, bernama, Darian Christ telah meninggalkan komen berbaur sinis kepada pelakon drama, Masih Ada Cinta, ini.

Antaranya, pengikut itu mengajak Abil untuk menukar agama kerana Islam dilihat sudah tidak relevan dengan kehidupannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan