Cari Artikel

Thursday, June 19, 2014

Ricoh WG-4, WG-20 Dua kamera lasak Ricoh


Ricoh WG-4, WG-20 Dua kamera lasak Ricoh

Ricoh WG-4, WG-20 Dua kamera lasak Ricoh


Ricoh baru saja melancarkan dua kamera lasak terbarunya yang ditujukan bagi penggemar aktiviti lasak iaitu Ricoh WG-4 dan WG-20. 

Kedua-dua kamera itu adalah kesinambungan daripada siri Pentax WG-3 dan WG 10. Selain itu, ia melakukan perubahan jenama daripada Pentax kepada Ricoh. 

Ia juga dilengkapi dengan fungsi baru seperti Ricoh WG-4, mempunyai 16 megapiksel dan ISO 6400. Ia juga memiliki lensa f/2-4.9 25-100 milimeter (mm). 

Sebagai sebuah kamera lasak, Ricoh WG-4 turut dilengkapi dengan ketahanan terhadap air sehingga kedalaman 14 meter. Selain itu, kamera ini juga tahan jatuh dari ketinggian hingga dua meter. 

Turut memiliki monitor LCD tujuh sentimeter (sm) yang boleh dipusingkan secara menegak atau melintang sehingga 170 darjah. Kamera ini juga memiliki GPUS untuk merakam catatan perjalanan, kompas digital dan pengukur kedalaman. 

Sementara itu, Ricoh WG-20 boleh digunakan di dalam air dengan kedalaman hingga 10 meter selama dua jam. Kamera ini menggunakan sensor 14 megapiksel, lensa 28-140 mm, monitor 6.8 sm serta lapisan antibayangan.


Apple iPad 4 kembali ke pasaran


Apple iPad 4 kembali ke pasaran

Apple iPad 4 kembali ke pasaran


Apple dalam laman web rasminya, menyatakan pihaknya tidak lagi mengeluarkan iPad 2, pemberhentian itu setelah mereka memutuskan untuk tidak lagi menjual produk ini dan kembali memasarkan iPad 4 sebagai pengganti iPad 2. 

Apple mengatakan bahawa iPad 4 tersedia dalam model WiFi serta 3G. Mengenai harganya, model berkenaan akan dikeluarkan dengan harga mulai daripada AS$399 (RM1316) dan AS$529 (RM1745). 

Tidak seperti iPad Air, Apple hanya menyediakan model iPad 4 dengan kapasiti penyimpanan sebesar 16GB. Kembalinya iPad 4 ke pasaran menjadikan semua produk iPad milik Apple yang ada di pasaran hadir dengan sambungan Lightning. 

Selain itu, dari semua produk Apple yang ada di pasaran ketika ini, hanya iPhone 4S yang menggunakan sambungan 30-pin. Seperti iPad 2, iPad 4 adalah produk popular Apple. 

iPad 4 dilancarkan oleh Apple sebelum iPad Air dan menjadi produk iPad kedua yang hadir dengan teknologi Retina Display. Langkah bijak untuk kembali menghadirkan iPad 4 ini dilakukan Apple agar mereka boleh bersaing dalam segmen menengah.


Motorola bakal lancarkan Phablet Berukuran 6.3 Inci



Motorola bakal lancarkan Phablet Berukuran 6.3 Inci

Motorola sedang menyiapkan phablet Android baru dengan kapasiti skrin raksasa 6.3 inci. Menurut beberapa laman web teknologi, pelancaran phablet terbarunya ini bakal menjengah pasaran pada September ini. 

Ini di perkuatkan lagi dengan kenyataan rasmi Motorola tahun lalu, mengenai usaha menyiapkan phablet yang dikenali sebagai Motorola XPlay. 

Produk untuk skrin besar ini ditujukan untuk segmen harga tinggi. Hadirnya Motorola XPlay ini bakal menyaingi Xperia Z Ultra milik Sony. Phablet ini juga dikatakan mempunyai prosesor quad core Snapdragon 800 2.2GHz, RAM 2GB serta OS Android Jelly Bean 4.2.2. 


3 Jenis Tablet Android AOC Terbaru


3 Jenis Tablet Android AOC Terbaru

3 Jenis Tablet Android AOC Terbaru


AOC nama yang tidak asing dalam dunia teknologi. Pengeluar elektronik dari Taiwan ini dikenali sebagai produk monitor.

Menariknya, AOC kini beralih mendekati pasaran telefon pintar dan dalam proses melancarkan tiga model tablet Android miliknya yang masing-masing mempunyai skrin berukuran 7.8 serta 10 inci.

Sebagai langkah awal, AOC tidak mahu mengeluarkan tablet dalam segmen harga tinggi tetapi lebih untuk segmen harga mampu milik. Sebagai contoh, tablet 8 inci milik AOC hadir dengan skrin beresolusi 1280x800 piksel.

Di bahagian dalamnya, terdapat prosesor quad core Rockchip RK3188. Sebagai pelengkap, turut diselitkan kamera utama 5 Megapiksel dan kamera hadapan 2 Megapiksel.

Selain itu, tablet AOC ini hadir dengan rekaan badan yang diperbuat daripada metal serta mendukung jaringan 3G WCDMA. Untuk tablet lain yang berukuran 7 dan 10 inci, juga dilengkapi dengan prosesor Rockchip dan skrin berteknologi IPS.


Samsung Galaxy S3 Slim SmartPhone Terbaru


Samsung Galaxy S3 Slim SmartPhone Terbaru

Samsung Galaxy S3 Slim SmartPhone Terbaru



Samsung kembali melancarkan telefon pintar terbarunya, Samsung Galaxy S3 Slim, pertama kali dilancarkan di Brazil sebelum dipasarkan ke negara lain. 

Namun masih belum memberikan butiran lanjut mengenai pasaran telefon pintar terbaru mereka ini, adakah mempunyai spesifikasi sama di setiap negara ataupun diubah dengan aplikasi berbeza. 

Model terbaru ini, hadir dengan ukuran lebih nipis dibandingkan Galaxy S3. 
Telefon yang mempunyai ukuran 8.7 milimeter, lebih nipis dibandingkan Galaxy S3 dengan ukuran sebesar 9.7 milimeter.

Bukan hanya lebih nipis dari segi ukuran, spesifikasi Galaxy S3 Slim ini juga dikhabarkan lebih terkini. 

Antaranya skrin TFT berukuran 4.52 inci dengan resolusi 960 x 540 piksel, sambungan 3G HSPA+, WiFi, Bluetooth, GPS, OS Android Jelly Bean 4.2 serta bateri berkapasiti 2100 mAh.


Leica X2 Gagosian Edition Hanya 100 Unit Seluruh Dunia


Leica X2 Gagosian Edition Hanya 100 Unit Seluruh Dunia

Leica X2 Gagosian Edition Hanya 100 Unit Seluruh Dunia


Pengeluar kamera dari Jerman, Leica, baru saja mengeluarkan kamera terbarunya yang dijual dengan jumlah sangat terhad. Kamera Lieca X2 Gagosian Edition, hasil kolaborasi Leica dengan Gagosian Gallery. 

Kamera keluaran terbaru itu hanya hanya dibuat sebanyak 100 unit saja. Ini memberikan nilai ekslusif kepada pengumpul kamera Leica yang memberikan rekaan kepada kamera lama. 

Kamera X2 Gagosian ini memiliki rekaan unik, diilhamkan melalui lukisan bergaya moden dan artistik dengan badan diperbuat dengan kemasan besi. 

Badan kamera dibalut dengan kulit berwarna putih dilapisi oleh cat hitam artistik.

Leica X2 Gagosian ini memiliki spesifikasi sama dengan Leica X2 biasa. Di antaranya adalah sensor CMOS 16.5MP APS-C yang dilengkapi lensa Elmarit 24mm f/2.8 ASPH. 

Kamera ini memiliki fokus mulai dari 30cm, sementara itu sensitiviti ISO mampu ditingkatkan hingga 12500. 
Sesuai dengan nilai ekslusif, kamera ini turut dijual dengan harga tinggi, sekitar AS$2 999 atau sekitar RM9 803.


Gionee Elife S5.5 Semakin Nipis


Gionee Elife S5.5 Semakin Nipis

Gionee Elife S5.5 Semakin Nipis


Telefon pintar dari China dilihat semakin mendominasi pasaran telefon di seluruh dunia, terutamanya di Asia. Malah produksi telefon pintar mereka juga semakin mengembang dan berteknologi tinggi.

Terbaru telefon pintar Gionee Elife S5.5 menjadi telefon pintar paling nipis dunia ketika ini. Pihak pengeluar, Gionee mula memasarkan telefon pintar ini untuk pasaran tempatan sebelum dipasarkan secara berkala ke 40 negara lain.

Memiliki ketebalan hanya 5.5 milimeter, rekaan ini juga tersedia dalam model 4G LTE selain versi 3G. Meskipun nipis, inovasi ini memiliki spesifikasi berbanding produk lain.

Gionee Elife S5.5 mempunyai skrin berukuran 5 inci yang memiliki resolusi Full HD. Di bahagian dalamnya, terdapat prosesor octa core MediaTek MT6592, RAM 2GB serta memori dalaman 16GB.


Trending Vending Machine Buat Orea Sendiri


Trending Vending Machine Buat Orea Sendiri

Trending Vending Machine Buat Orea Sendiri


Pencetak 3D 


Teknologi pencetak 3D ketika ini sedang menjadi satu fenomena baru apabila semakin banyak syarikat teknologi menghasilkan pencetak 3D.

Malah bukan hanya syarikat teknologi, syarikat yang terkenal dengan makanan juga tidak terkecuali menghasilkan teknologi pencetak 3D.

Oreo tidak ketinggalan dalam menggunakan teknologi pencetak 3D ini. Oreo menghasilkan alatan baru Trending Vending Machine yang menggunakan teknologi pencetak 3D.

Trending Vending Machine ini unik dan bakal mempunyai daya tarikan tersendiri bagi penggemar Oreo. Dengan adanya mesin ini, pengguna mendapatkan Oreo dalam pelbagai jenis rasa dan warna.

Mesin pencetak 3D tersebut dibuat oleh sebuah perusahaan, MAYA Design. Mesin ini direka dengan tujuan membuat biskut Oreo dengan cara mudah dan memanfaatkan teknologi layar sentuh.


EarPods Apple kurang gangguan


EarPods Apple kurang gangguan

EarPods Apple kurang gangguan


Tidak seperti fon kepala biasa, reka bentuk Apple EarPods baru di pasaran menampilkan rekaan geometri yang sesuai dengan bentuk telinga.

Malah, fon telinga ini dikatakan lebih selesa dipakai sesiapa saja berbanding rekaan lain fon telinga yang ada di pasaran.

Pembesar suara di dalam fon telinga Apples EarPods dicipta untuk mengurangkan gangguan dengan bunyi lebih jelas memberikan audio berkualiti tinggi yang hanya setanding fon kepala yang lebih mahal.

Menariknya, Apple EarPods dilengkapi alat kawalan jauh dan mikrofon yang disiap pasang untuk memudahkan kawalan bunyi, memilih senarai muzik dan video dalam telefon selain menjawab dan mematikan panggilan telefon dengan mudah.


YOGA Tablet 10 HD+ Curi tumpuan Mobile World Congress 2014


YOGA Tablet 10 HD+ Curi tumpuan Mobile World Congress 2014


YOGA Tablet 10 HD+ Curi tumpuan Mobile World Congress 2014


PAMERAN berprestij industri mudah alih dunia, Mobile World Congress 2014 di Barcelona, tahun ini menyaksikan tumpuan pengunjung beralih ke sudut pameran milik Lenovo yang menempatkan tablet terbarunya, YOGA Tablet 10 HD+.

Bagaikan sesuatu yang dinantikan, pelancaran YOGA mencuri perhatian pengunjung dan pengkritik apabila Lenovo sekali lagi menepati jangkaan meletakkan standard baru dalam industri tablet mudah alih.

YOGA Tablet 10 HD+ kini dinaik taraf dengan paparan skrin definisi tinggi penuh (Full HD). Resolusi mencecah 1920x1200. Teknologi dipacu prosesor empat teras Qualcomm Snapdragon 400 berprestasi tinggi baru.

Teknologi ini menjadikan rekaan berkenaan cukup dinamik untuk sebuah tablet.
Tablet dilengkapi pembesar suara audio Dolby terletak di depan skrin, 10 titik multi-sesentuh dan slot mikro USB. Inovasi dilengkapi kamera sisi definisi tinggi 8MP (Mega Piksel) tinggi untuk rakaman gambar dan video secara jelas serta kamera hadapan 1.6M HD.

Peluang menguji cuba YOGA Tablet 10 HD+ ketika pameran berlangsung, membandingkannya dengan YOGA Tablet 8 memberikan gambaran tepat kepada penulis mengenai potensi dan keupayaan Lenovo menerajui industri PC+ pada masa depan.

Bahkan walaupun menggunakan platform Android 4.3, penulis berpendapat YOGA adalah tablet yang mampu memberikan pengalaman paling hampir dengan penggunaan komputer meja berbanding mana-mana tablet di pasaran kini.
Kekuatan YOGA tidak hanya tertumpu kepada baterinya yang mampu bertahan hampir 18 jam, tetapi kebebasan penulis memuat turun dan menggunakan aplikasi penting seperti yang tersedia dalam komputer untuk tujuan suntingan.

Keupayaan YOGA Tablet 10 HD+, dijangka mampu menampung permainan multimedia lebih berat kerana memiliki prosesor Qualcomm Snapdragon.

Dilengkapi kapasiti memori 2GB LP-DDR2, storan besar 16GB/32GB ditambah dengan keupayaan sehingga 64 GB menerusi slot kad mikro-SD,

Pengalaman menggunakan tablet itu semakin menarik dengan kehadiran empat aplikasi DOit iaitu SHAREit; SECUREit; SYNCit; dan SNAPit yang turut dilancarkan Lenovo ketika berlangsungnya pameran itu.

DOit menjadi aplikasi penting yang memudahkan tugasan penulis ketika melaporkan berita dari lokasi khususnya SHAREit melancarkan pemindahan gambar secara tanpa wayar dari kamera ke YOGA pada kadar kelajuan 40 kali lebih pantas berbanding Bluetooth.

YOGA Tablet 10 HD+ mula dipasarkan tidak lama lagi dan harga cadangan sekitar RM1,146.


Kelajuan maksimum prosesor Sony PS4


Kelajuan maksimum prosesor Sony PS4

Kelajuan maksimum prosesor Sony PS4


ONY mengeluarkan fakta menarik mengenai produk konsol permainan video terbarunya, PlayStation 4. Kenyataan itu menyatakan prosesor AMD Jaguar pada PS4 mempunyai lapan core dengan kelajuan 1.6GHz.

Selain itu, prosesor itu juga memiliki kelajuan 43 kali lebih tinggi, jika dibandingkan dengan konsol permainan video PS2.

Ini adalah kenyataan pertama daripada Sony yang selama ini belum pernah memberi perincian spesifikasi konsol permainan video terbarunya ini. Namun kelajuan 1.6GHz dilihat tidak konsisten. Menurut Substance Engine, konsol PS4, memiliki prosesor core yang mampu beroperasi dengan kelajuan 2GHz agar mampu mempertahankan kelajuan Texture Generation tetap pada 14MB sesaat.


Angka berkenaan juga lebih tinggi dibandingkan Xbox One yang memiliki kelajuan Texture Generation sebesar 12MB sesaat.


Lenovo, Celcom Axiata lancar Vibe Z


Lenovo, Celcom Axiata lancar Vibe Z
Hung Chuan (tiga dari kiri) dan Noora (tiga dari kanan) menunjukkan telefon pintar terbaru, Lenovo Vibe Z pada pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam. - Foto SURIANIE MOHD HANIF

Lenovo, Celcom Axiata lancar Vibe Z


Lenovo Malaysia bekerjasama dengan Celcom Axiata Bhd bagi melancarkan Lenovo Vibe Z, telefon pintar LTE 4G pertama syarikat teknologi antarabangsa itu di pasaran Malaysia bermula Sabtu ini.

Menerusi kerjasama itu, Celcom memiliki hak eksklusif untuk melancarkan telefon pintar premium itu sebulan lebih awal daripada tarikh rasmi pemasarannya di negara ini iaitu pada 15 April depan.

Ketua Pemasaran Peranti dan Pembangunan Produk Celcom, Noora Mat Rifin, berkata syarikat menawarkan telefon pintar itu pada harga serendah RM988 untuk kontrak 24 bulan mengikut pelan mPro atau mPro Plus Celcom First.

Namun, pengguna juga berpeluang memiliki Lenovo Vibe Z pada harga terendah RM688 dengan menjadi 30 pelanggan terawal majlis pelancaran eksklusifnya di Blue Cube @ Sunway Iconic, Sabtu ini.

“Celcom komited menerajui kemajuan LTE dengan terus memfokuskan pengembangan rangkaian LTE, meningkatkan kualiti rangkaian dan kapasiti syarikat di seluruh negara supaya pelanggan mendapat pengalaman terbaik peranti mudah alih mereka.

Pelanggan dapat keistimewaan


“Lenovo adalah jenama yang sangat dipercayai dalam industri mudah alih. Menerusi kerjasama ini, pelanggan Celcom mendapat keistimewaan untuk memiliki telefon pintar LTE terkini di pasaran dengan lebih awal bersama-sama pakej eksklusif yang kami sediakan.
“Pelan yang dipakej bersama tawaran data dan suara terbaik Celcom itu akan menawarkan kapasiti data yang besar iaitu 5GB kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan data mudah alih mereka,” katanya pada majlis pelancaran telefon pintar itu di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Negara Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan.

Vibe Z dilengkapi teknologi tercanggih industri mudah alih apabila dipacu pemproses berprestasi tinggi Qualcomm Snapdragon 800 Quad-core 2.2GHz, 2GB memori, 16GB storan binaan dalaman dan skrin multi-sesentuh seluas 5.5 inci definisi tinggi penuh (Full HD).

Telefon pintar menggunakan platform Android 4.3 itu turut memiliki kamera belakang tertinggi berbanding telefon pintar di pasaran iaitu mencecah 13 Mega Piksel (MP) dan kamera depan 5MP yang dimuatkan dalam binaan hanya setebal 7.9mm dan seberat 147 gram.

Vibe Z akan mula dijual di rangkaian kedai milik Lenovo Smartphone Retail Partners bermula 15 April pada harga RM1,799.


Lickestra Aiskrim Musik


Lickestra Aiskrim Musik

Lickestra Aiskrim Musik


Kebiasaannya aiskrim hanya mempunyai perasa dan jika ada keistimewaannya pun, hanya mempunyai batang aiskrim berlampu atau mampu mengeluarkan bunyi.

Namun lain pula ceritanya dengan aiskrim canggih yang mengeluarkan muzik setiap kali dijilat. Aiskrim pelik ini dikenali sebagai Lickestra.

Lickestra adalah aiskrim hasil ciptaan dua pereka Amerika Syarikat, Emilie Baltz dan Carla Diana. Batang aiskrim yang dicipta itu diletakkan pada batang aiskrim berkenaan.

Gajet istimewa itu dipasangkan pada batang dengan inovasi yang dilengkapi pengimbas. Pengimbas ini mengirim isyarat kepada komputer yang menyimpan fail audio.

Setiap Lickestra mampu menghasilkan satu jenis bunyian saja. Bunyian boleh diatur dengan tempoh jilatan yang dilakukan.

Jilatan yang singkat menghasilkan bunyi dengan nada yang pendek, manakala jilatan aiskrim pada tempoh lama menghasilkan muzik yang panjang.

Baltz dan Diana sebenarnya sudah mempertimbangkan untuk mengaplikasi teknologi ini kepada makanan lain, bagaimanapun aiskrim adalah lebih sesuai.
Bahkan mereka juga sudah melakukan demonstrasi pertunjukan muzik Lickestra di School of Visual Art di New York.





Samsung ATIV S dipertingkat dengan GDR3


Samsung ATIV S dipertingkat dengan GDR3

Samsung ATIV S dipertingkat dengan GDR3


Samsung menjadi syarikat pengeluar telefon pintar pertama memperkenalkan telefon berteknologi Windows Phone 8 untuk Samsung ATIV S.

Walaupun sudah lama diperkenalkan, namun hanya baru-baru ini saja, telefon pintar ATIV S berpeluang mendapatkan peningkatan GDR3 dari Samsung.

Setelah memperoleh peningkatan sistem berkenaan, ATIV S menjalankan sistem operasi OS Windows 8 versi 8.0.10517.15. Peningkatan ini bertujuan membolehkan pengguna ATIV S menikmati kemudahan sistem itu secara berkala. Ini memberikan beberapa fungsi baru kepada ATIV S.

Antaranya adalah driving mode, pilihan menutup aplikasi dari skrin pelbagai guna, aplikasi terbuka, menggunakan WiFi untuk telefon baru dan perkongsian internet melalui Bluetooth.

Samsung ATIV S hadir dengan skrin berukuran 4.8 inci dan prosesor Qualcomm Snapdragon dual core 1.5GHz. Selain itu, telefon pintar ini juga dilengkapi dengan kamera 8MP di bahagian belakang.


Populariti Samsung Galaxy Grand Quattro


Populariti Samsung Galaxy Grand Quattro

Populariti Samsung Galaxy Grand Quattro


Populariti Samsung Galaxy Grand Quattro, memberi inspirasi kepada Samsung untukkembali menghasilkan peranti kesinambungan Galaxy Grand.

Siri Samsung Galaxy Grand Quattro, yang dikenali sebagai Samsung Galaxy Grand Neo, dengan kemudahannya disokong oleh panel skrin sentuh WVGA 5-inci.

Selain mempunyai konsep kad sim berkembar seperti model sebelumnya, phablet Android 4.3 Jelly Bean ini bakal hadir dengan sokongan prosesor quad-core Cortex-A7 1.2GHz.

Galaxy Grand Neo sedang dalam rangka penyiapan terakhir untuk dipamerkan pada pameran teknologi antarabangsa 2014 dan dijangka phablet akan menyertai Samsung Galaxy Grand 2 dengan tawaran harga mampu milik.




BBVE aplikasi penyelesaian BlackBerry


BBVE aplikasi penyelesaian BlackBerry

BBVE aplikasi penyelesaian BlackBerry


Anda pemilik telefon pintar BlackBerry dan memerlukan penyelenggaraan? Jika ya, masalah anda akan dapat diatasi dengan adanya aplikasi baru BlackBerry Virtual Expert (BBVE).

Dilancarkan baru-baru ini, BBVE adalah aplikasi diagnostik untuk peranti BlackBerry OS dan BlackBerry 10. Bergantung kepada jenis BlackBerry yang anda miliki.

BBVE anda boleh melakukan ujian dengan mengenal pasti jika ada sebarang masalah pada telefon, malah aplikasi itu turut mencadangkan cara menyelesaikan terbaik.

Namun, begitu bagi pemilik BlackBerry OS 10.2.1, aplikasi BBVE siap dibina dalam telefon berkenaan dan hanya perlu menekan butang kekunci ‘HELP’ diikuti butang Testing bersama menu perkakasan (toolbar).

Bagi pengguna telefon BlackBerry OS 10.2 dan ke bawah, jika mahu menggunakan BBVE anda perlu memuat turun aplikasi berkenaan terlebih dulu.

Bagi memudahkan kerja, muat turun melalui BlackBerry World dalam telefon, kemudian buat pencarian melalui ‘Virtual Expert‘, atau gunakan saja imbasan melalui kod bar (barcode).

Selepas memuat turun, pastikan ada butang BBVE dipaparkan dalam skrin utama telefon anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung BBVE dengan cara interaktif boleh menyemak melalui tutorial laman web Blackberry.





ThinkPad 8 Lenovo Tablet untuk profesional


ThinkPad 8 Lenovo Tablet untuk profesional

ThinkPad 8 Lenovo Tablet untuk profesional


LENOVO Malaysia memperkenalkan tablet profesional terbarunya, ThinkPad 8 yang memiliki tiga mod penggunaan iaitu mudah alih, desktop dan tent (reka bentuk menegak seperti khemah selepas sarung depannya dipusingkan ke belakang).

Tablet direka bagi memudahkan rakaman gambar dan video, pengguna hanya perlu membuka penutup tablet supaya kamera beresolusi lapan megapiksel terbuka serentak, serta merta mengaktifkan aplikasi kamera.

Satu yang menarik, tatapan semula video atau imej yang dirakam diperkuat dengan skrin super cerah bersaiz 8.3 inci dan boleh dipindahkan, tanpa wayar menggunakan teknologi Miracast atau ditatap semula menggunakan kabel micro-HDMI.

Penggunaan pemproses Intel Bay Trail Quad Core, dengan kapasiti setoran sehingga 128 gigabait, menguatkan lagi tablet ini. Malah, dibina dengan penyambungan rangkaian LTE dan sistem operasi Windows 8 yang jelas.

Harga di pasaran RM1,277 dengan memori 2GB LPDDR3 yang boleh didapati dalam dimensi 132 mm x 224.3mm x 8.8mm.






Samsung Smart Camera Nx2000 Skrin Besar


Samsung Smart Camera Nx2000 Skrin Besar

Samsung Smart Camera Nx2000 Skrin Besar


Samsung SMART CAMERA NX2000 adalah kamera skrin terbesar di dalam kelasnya, dengan paparan menakjubkan 3.7 "(93.8mm). Skrin menyajikan banyak ruang untuk mengkaji dan menyunting rakaman gambar.

Kemudahan skrin sentuh tanpa sebarang butang memudahkan operasi merakam gambar. Hanya sekali sentuh gambar boleh dirakamkan. Paparan gambar pula dalam pelbagai spektrum warna, jadi apa yang anda lihat pada skrin sama dengan warna ketika rakaman.

Penderia kamera menawarkan resolusi tertinggi dalam kelasnya untuk membantu menangkap imej berkualiti dengan warna hidup seperti warna sebenar. Menerusi paparan skrin besar, anda mudah memisahkan subjek dengan latar belakang gambar. Malah, imej kabur membantu menonjolkan subjek rakaman.

Dengan kata lain, kamera ini memudahkan kerja menyunting gambar menjadikan pemilik kamera ini sama seperti jurugambar profesional.






Nikon Coolpix AW120 Kalis Beku


Nikon Coolpix AW120 Kalis Beku

Nikon Coolpix AW120 Kalis Beku


Nikon, pengeluar kamera terkemuka, memperkenalkan kamera canggih dengan kemudahan Coolpix AW120. Seperti kamera luaran lain, Coolpix AW120 mempunyai ketahanan pada suhu dingin kalis beku selain mampu bertahan dalam air.

Rekaan terkini Nikon itu boleh berfungsi dalam air dengan kedalaman sehingga 18 meter. Kamera ini juga memiliki ketahanan terhadap hentakan dari ketinggian sehingga dua meter.

Kamera digital ini juga boleh digunakan tanpa sebarang masalah pada suhu minimum negatif 10 darjah celsius. Kamera Coolpix AW120 didatangkan dengan sensor 16MP, lensa 24-120mm dan aperture f/2.8-4.9.

Memiliki ciri WiFi bina dalam, rekaan Nikon ini dilengkapi sambungan GPS atau peta dunia.

Kamera dengan paparan OLED 3 inci, mula dijual bermula 27 Februari dengan harga sekitar AS$350 (RM1,164).






Industri jam hadapi saingan


Industri jam hadapi saingan

Industri jam hadapi saingan


Penganalisis ramal jualan global cecah tujuh juta unit pada 2014


Frankfurt: Pada 1970-an, pembuat jam Switzerland hampir gulung tikar kerana memandang rendah kepentingan jam kuarza.

Walaupun industri itu kembali pulih dan mencatat kemakmuran, ia kini menghadapi cabaran teknologi baru daripada ‘jam pintar’ seperti Galaxy Gear keluaran Samsung Electronics Co yang berharga AS$299 (RM944).

Seperti jam kuarza empat dekad lalu, peranti itu sedang dipandang ringan. Mengikut kajian syarikat perunding Deloitte, dua pertiga daripada eksekutif dalam industri jam Swiss mengatakan jam pintar tidak menimbulkan ancaman.

“Bagaimana anda akan menyukainya jika teman lelaki anda menghadiahkan jam pintar dan bukannya jam cantik bertatahkan berlian?” kata Johann Rupert, bilionair yang menguasai Cie Financiere Richemont SA (CFR), yang menjual 13 jenama mewah termasuk Cartier dan Vacheron Constantin.

“Saya tidak pasti ia akan memberi kesan yang besar pada jam tangan klasik.”

Sedia cabaran jam pintar

Industri ini harus bersedia untuk kemunculan jam pintar, kata Adrian Hofer, rakan kongsi di Boston Consulting Group di Zurich.

Researcher Strategy Analytics meramalkan jualan global sejuta unit jam pintar tahun ini dan tujuh juta unit pada 2014.

Sanford C Bernstein mengunjurkan bahawa Apple Inc (AAPL) bakal menyaksikan pendapatan daripada jualan iWatch sebanyak AS$2.3 bilion hingga AS$5.7 bilion pada tahun pertama ia menjual peranti terbabit.

“Pembuat jam Switzerland tidak harus terlalu cepat mengatakan ia adalah satu arah aliran yang tidak akan memberi kesan kepada mereka,” kata perunding Hofer. “Perlu ada sedikit perasaan rendah diri.”

Jam tangan Swiss yang mewah begitu rendah daripada sudut pandangan teknologi, ia tidak lagi perlu wujud. Apabila jam tangan kuarza dengan kuasa bateri diperkenalkan pada 1970-an, ramai pengguna tidak lagi menggunakan jam tangan mekanikal yang teknologinya dianggap lebih berusia kerana kedua-dua pergerakan jarum jam menggunakan gear dan berliku-liku serta memanfaatkan tenaga dari gerakan pergelangan tangan pemakai.

Jumlah pekerja dalam industri jam Swiss menurun daripada kira-kira 90,000 pada 1970 kepada hanya kira-kira 30,000 pada 1984, dan jumlah syarikat juga menurun daripada 1,600 pada 1970 kepada 600 sekarang, demikian menurut Persekutuan Industri Jam Switzerland, kumpulan yang mewakili pengeluar.

Jam lebih murah


Satu daripada sebab terbesar ialah jam tangan kuarza lebih murah dan lebih boleh dipercayai. Malah, jam tangan mekanikal yang paling mahal akan kehilangan beberapa saat seminggu dan memerlukan penyelenggaraan setiap beberapa tahun yang kosnya mungkin lebih tinggi daripada harga dua iPhone baru.

Timezone, sebuah laman web penggemar jam tangan memanggilnya ‘ketinggalan zaman.’

Walaupun pergantungan berterusan kepada teknologi yang sudah berabad-abad lamanya, industri itu mengukuhkan kedudukannya sejak 1980-an.

Eksport jam tangan Switzerland meningkat 11 peratus tahun lalu untuk mencatat rekod 21.4 bilion franc (AS$23.7 bilion), berdasarkan harga borong, demikian menurut Persekutuan Industri Jam Switzerland.

Data daripada persekutuan itu kini menunjukkan eksport meningkat 8.5 peratus pada September berbanding setahun yang lalu. - BLOOMBERG


Apple nafi kerjasama perisikan



Apple nafi kerjasama perisikan


San Francisco: Apple Inc menafikan pernah bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Nasional (NSA) Amerika Syarikat (AS) dan tidak menyedari ada usaha menyasarkan telefon pintar miliknya, kata gergasi elektronik itu dalam kenyataan balas terhadap laporan agensi perisikan membangunkan sistem untuk menggodam dan memantau iPhone.

Der Spiegel, majalah yang berpangkalan di Jerman, pada minggu ini melaporkan satu unit rahsia di bawah NSA, yang kini dalam tekanan untuk meningkatkan dan meluaskan program perisikan seluruh dunia, sedang membangun perkakasan dan perisian khusus untuk menyusup dan memantau pelbagai jenis peranti komputer, termasuk telefon mudah alih.

Laporan itu turut memuatkan satu grafik NSA bertarikh 2008 menggariskan sistem yang sedang dibangunkan dipanggil dengan kod nama DROPOUTJEEP, yang dikenali sebagai ‘perisian tempelan’ yang membolehkan agensi itu menyusup masuk data atau mendapatkan maklumat daripada iPhone seperti senarai kenalan panggilan.

Der Spiegel merujuknya sebagai perisian ‘trojan’, atau malware yang mampu membantu pengodam untuk memasuki sistem yang dilindungi.

Laporan yang diterbitkan pada Ahad lalu, tidak mencadangkan Apple mengadakan kerjasama dengan agensi perisikan AS bagi mewujudkan sistem ‘pintu belakang’ itu.


Dakwaan kerjasama NSA

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa lalu, NSA tidak mengulas dakwaan tertentu, namun dipetik sebagai berkata tumpuannya ‘dalam dalam mana-mana teknologi yang dinyatakan adalah disebabkan penggunaan teknologi terbabit oleh agensi perisikan asing.”

“AS meneruskan misi perisikan ini dengan baik bagi memastikan pengguna tidak bersalah yang menggunakan teknologi sama tidak akan terjejas,” kata agensi itu.

Telefon iPhone adalah gajet inovasi pada 2008. Ia mula dipasarkan pada 2007 dan kini terus membantu merevolusikan industri mudah alih dunia.

“Apple tidak pernah bekerjasama dengan NSA untuk mewujudkan pintu belakang dalam mana-mana empat produk keluaran kami termasuk iPhone.

“Tambahan pula, kami tidak menyedari dakwaan program NSA yang menyasarkan produk kami,” kata syarikat itu.

Kami akan terus menggunakan sumber dalaman syarikat untuk berada di hadapan penggodam yang berniat jahat dan mempertahankan pelanggan kami daripada serangan keselamatan, tidak kira siapa pun yang menyokong mereka,” katanya. - Reuters


SME perkenal GALAXY Tab 3 Kids


SME perkenal GALAXY Tab 3 Kids

SME perkenal GALAXY Tab 3 Kids

Tablet khas kanak-kanak dilengkapi aplikasi pendidikan


Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics (SME) memperkenalkan tablet terbaru, GALAXY Tab 3 Kids yang direka khas bagi kanak-kanak berusia antara tiga hingga sembilan tahun.

Tablet khas untuk kanak-kanak yang pertama berada dalam pasaran itu dilengkapi dengan aplikasi pendidikan dan ciri keselamatan yang lengkap.
Tablet berkenaan juga mempunyai dwi fungsi yang membolehkan ibu bapa turut sama menggunakannya” Victor Ng, Pengurus Produk (Tablet dan Komputer) SME

Naib Presiden Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah Alihnya, Ng Long Shyang, berkata pihaknya membangunkan tablet berkenaan kerana kanak-kanak lebih kerap menggunakan teknologi pada masa ini.

Dilengkapi konsep pendidikan


“Tablet ini dilengkapi dengan kandungan berkonsepkan pendidikan, kreativiti serta permainan dan terdapat lebih 600 aplikasi kanak-kanak yang boleh dimuat turun menerusi Kid's Store,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran tablet berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir Pengarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah Alih SME, Vincent Chong serta Pengurus Produk (Tablet dan Komputer) SME, Victor Ng.
Samsung GALAXY Tab 3 Kids didatangkan dalam warna kuning dan mula memasuki pasaran semalam.

Dijual RM799


Ia dijual pada harga RM799 dan dilengkapi dengan ciri seperti paparan skrin tujuh inci serta beroperasi menerusi sistem Android 4.1.

Selain itu, ia juga mempunyai sambungan WiFi, bluetooth 3.0 dan USB 2.0 serta memori dalaman dengan kapasiti lapan gigabytes.

Ng berkata, walaupun tablet berkenaan direka untuk kanak-kanak, ia mempunyai dwi fungsi yang membolehkan ibu bapa turut sama menggunakannya.


Motorola sasarkan pasaran baru


Motorola sasarkan pasaran baru

Motorola sasarkan pasaran baru

Syarikat sediakan telefon pintar Moto G lebih murah

Motorola sasarkan pasaran baru

Sao Paulo: Motorola Mobility yang dimiliki Google mengejutkan pasaran telefon pintar menerusi pengenalan model asas Motorola yang disasarkan kepada pengguna di seluruh dunia yang sensitif terhadap kos, kebanyakannya di pasaran baru membangun.

Telefon mudah alih baru Moto G dijual pada harga kurang AS$200 (RM642) tanpa kontrak di Amerika Syarikat (AS) dan di seluruh dunia, iaitu kira-kira satu pertiga lebih murah daripada harga telefon mewah iPhone keluaran Apple dan peranti Samsung, kata syarikat itu.

“Moto G adalah telefon pintar yang memberikan pengalaman premium dengan teknologi hari ini,” kata Ketua Eksekutif Motorola, Dennis Woodside, ketika melancarkan telefon itu di hab perniagaan Brazil, Sao Paulo.

“Setengah bilion orang akan membeli telefon yang ditawarkan pada harga di bawah AS$200.”

Ada tarikan tersendiri 


Peranti baru itu adalah versi kos rendah Moto X yang dikeluarkan awal tahun ini di AS, tetapi kekurangan beberapa ciri-ciri seperti kamera definisi tinggi dan keupayaan untuk mengakses rangkaian terpantas 4G.

Di Brazil, harga paling rendah bagi Moto G adalah sekitar AS$280 (RM800) atau 650 reals.
Harga itu jauh di bawah iPhone, yang harganya boleh mencapai lebih AS$1,000 (RM3,207) di Brazil, atau telefon premium seperti Galaxy S4 Samsung.

Moto G mempunyai paparan bersaiz 4.5 inci (11.5 sm) dan bateri yang boleh bertahan sepanjang hari dan dilengkapi termasuk versi terbaru sistem operasi Google Android.

Woodside berkata, telefon itu akan mempunyai tarikan tersendiri terutama di pasaran baru membangun yang mana subsidi syarikat pengendali untuk telefon jarang ditawarkan dan pengguna keberatan untuk membayar harga sebanyak AS$600 (RM1,924) atau lebih untuk sebuah telefon bimbit.

“Industri kita memaksa pengguna untuk membuat pilihan di antara dua pilihan yang sangat teruk,” katanya.

“Pilihan pertama adalah membeli teknologi lama yang tidak berfungsi dengan baik dengan aplikasi seperti peta Google, ..pilihan kedua ialah membeli sebuah telefon premium lama yang biasanya dikeluarkan di AS dua atau tiga tahun yang lalu. Kami fikir industri perlu menyediakan lebih nilai untuk wang pengguna.”

Moto G dilengkapi dengan pemproses 1.2GHz quad-core Qualcomm Snapdragon dan kamera 5 megapiksel di depan dan belakang.

Ini akan membolehkan telefon itu ‘menarik perhatian menerusi ciri kelebihannya’,” kata Pengurus Perisian Produk untuk Motorola, Punit Soni.

Penganalisis pasaran IDC, Ramon Llamas, berkata peranti itu tidak akan berfungsi terhadap rangkaian kelajuan tinggi LTE tetapi ‘kebanyakan pasaran yang mana peranti itu diperkenalkan tidak mempunyai rangkaian LTE’.

“3G sudah memadai,” kata Llamas dalam pos twitter miliknya: “Pengguna dalam pasaran baru membangun adalah sensitif terhadap harga, tetapi tidak jahil mengenai apa kualiti telefon pintar. Moto G sedang menangani keperluan itu.” AFP


Icahn beri tekanan kepada Cook tingkat saham iPhone


Icahn beri tekanan kepada Cook tingkat saham iPhone

Icahn beri tekanan kepada Cook tingkat saham iPhone


San Francisco: Pelabur aktivis, billionair Carl Icahn dijangka memberi lebih tekanan kepada Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook supaya lebih agresif dalam usaha meningkatkan harga saham pengeluar iPhone itu.

Icahn menerusi akaun Twitternya berkata, beliau sudah menghantar surat kepada Cook tengah hari semalam. Icahn berkata, beliau akan berkongsi surat berkenaan menerusi laman web baru syarikat yang dikenali sebagai ‘Shareholders Square Table’.

Tindakan itu susulan daripada jamuan malam bersama Cook pada 30 September lalu yang dihoskan oleh Icahn di kediamannya di New York.


Beli semula saham Apple Inc 


Dalam pertemuan itu, Icahn berkata beliau melobi Cook untuk membelanjakan AS$150 bilion bagi membeli semula saham dimiliki Apple Inc. Ia adalah lebih dua kali ganda daripada jumlah komitmen perbelanjaan syarikat berpangkalan di Cupertino, California itu.

Icahn, yang mempunyai jumlah kekayaan dianggarkan bernilai AS$20 bilion oleh majalah Forbes, pernah berkata beliau melabur kira-kira AS$2 bilion dalam Apple. Dengan jumlah itu, Icahn memiliki kurang satu peratus pegangan saham dalam Apple.
Icahn, 77, mempunyai sejarah panjang bagi pembelian saham syarikat yang sahamnya jatuh dan kemudian mendesak pemimpin korporat untuk melaksanakan rancangan yang difikirkannya boleh menjadikan saham syarikat itu lebih bernilai.

Walaupun nilai pasaran Apple yang dianggarkan AS$477 bilion (RM1.5 trilion) adalah lebih besar daripada syarikat senaraian awam yang lain, harga sahamnya menyusut sebanyak 25 peratus daripada paras tertinggi 13 bulan lalu.

Pelabur bimbang mengenai persaingan sengit yang dihadapi Apple dalam pasaran telefon pintar dan tablet, serta kurangnya produk yang menonjol sejak kematian pengasasnya, Steve Jobs, dua tahun lalu.

Kebimbangan ini bagaimanapun tidak mampu diredakan walaupun dengan pelancaran iPad terbaru Apple, Selasa lalu.

Saham Apple meningkat AS$5.09 kelmarin untuk ditutup kepada AS$524.96 (RM1,659).


Ambil peluang kadar faedah rendah 


Icahn percaya Apple boleh meningkatkan harga sahamnya dengan mengambil peluang daripada kadar faedah rendah untuk mendapatkan pinjaman membiayai cadangan belian balik saham syarikat.

Pembelian balik saham syarikat dijangka mendorong permintaan bagi saham Apple dan meningkatkan pendapatan sesaham syarikat berikutan mengurangkan jumlah stok. Pendapatan sesaham yang lebih tinggi biasanya meningkatkan harga saham syarikat.

Bagaimanapun Apple dan Icahn enggan memberi komen semalam.

Dalam keadaan tertentu, Icahn pernah mengugut untuk cuba menyingkirkan lembaga korporat yang tidak mengikut kehendak beliau. - AP


Rita Rudaini Akui Penggemar Cadbury, Percaya JAKIM!


Rita Rudaini Akui Penggemar Cadbury, Percaya JAKIM!

Rita Rudaini Akui Penggemar Cadbury, Percaya JAKIM!


KUALA LUMPUR, 19 JUN 2014: Biarpun pihak JAKIM sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa cokelat Cadbury Malaysia tidak mengandungi DNA Babi serta halal di makan, namun masih ramai lagi di kalangan umat Islam di Malaysia yang berasa sangsi serta was-was untuk menikmati jenama cokelat yang digemari ramai itu.

Namun, tidak bagi aktres Rita Rudaini sebaliknya dia berasa lega apabila mengetahui cokelat Cadbury bebas daripada DNa babi serta sudah boleh dimakan semula oleh umat Islam, hingga memuatnaik sebuah foto yang memperlihatkan dirinya sedang seronok menikmati cokelat tersebut.

Foto yang dimuatnaik Rita Rudaini itu ternyata mengundang pelbagai reaksi yang berbeza. Ada yang positif dan ada juga yang memberikan komen sebaliknya, bahawa mereka tetap tidak akan menyentuh cokelat cadbury itu sampai bila-bila pun.

Portal Murai cuba bertanya pendapat Rira Rudaini mengenai isu cokelat Cadbury ini:-

"Rita rasa dalam hal ini, ianya tergantung kepada individu masing-masing. Kalau rasa was was jangan makan. Macam Rita pula, Rita tak rasa was was, malah percaya dengan kredibiliti Jakim serta laporan yang dikeluarkan Jakim itu.

"Tapi, sebelum Jakim mengeluarkan laporan tersebut, Rita mememang tak sentuh langsung cokelat Cadbury. Malah, kalau anak-anak minta makan cokelat Cadbury, Rita halang dan cuba jelaskan bahawa ianya tidak boleh di makan atas sebab-sebab yang tertentu.

"Ada juga rakan-rakan yang sarankan Rita untuk mencuba cokelat jenama lain, tapi Rita tak mahu sebab dari dulu lagi Rita memang gemarkan cokelat jenama Cadbury.

"Bila dapat tahu pasal isu DNA Babi dalam Cadbury, Rita rasa frust jugak. Tapi, masa tu Rita fikir, kalau dah tak boleh makan, tidak apalah. Nak buat macam manakan.

"Tapi, Rita tetap sabar dan tunggu dengan laporan serta keputusan Jakim. Bila Jakim mengesahkan Cadbury bebas daripada DNA Babi dan halal dimakan, barulah Rita rasa lega dan kembali menikmati cokelat Cadbury semula bersama anak-anak," katanya kepada MURAI.

Menurut Rita Rudaini lagi, sebagai seorang penggemar tegar cokelat Cadbury, dia sentiasa membawa cokelat Cadbury ke mana-mana terutama sewaktu menjayakan shooting drama.

"Perisa Cadbury yang saya gemari adalah Dairy Cadbury iaitu perisa biasa yang bebas kacang serta kismis dan saya selalu menikmatinya kala menunggu turn saya untuk shooting sebagai snek ringan.

"Kalau stress atau sakit kepala pun saya akan makan cokelat dan satu lagi cokelat Cadbury juga membantu saya waktu saya sedang berhadapan dengan period (haid). Pendek kata Cadbury adalah peneman saya dalam apa jua situasi," katanya lagi.

iskandarX: Terpulang kepada individu masing-masing jika yakin boleh ja, kalau was-was jangan makan itu aja. Tapi zaman sekarang nie hati-hati lah apabila nak makan.

Mamat Khalid: Keselamatan Keluarga Lebih Penting Daripada Material


Mamat Khalid: Keselamatan Keluarga Lebih Penting Daripada Material

Mamat Khalid: Keselamatan Keluarga Lebih Penting Daripada Material


KUALA LUMPUR, 19 JUN 2014: Susulan mengenai rumah pengarah filem Zombi Kilang Biskut, Mohammad Mohd Khalid atau Mamat Khalid yang di rompak pagi tadi (Rabu) di Ipoh, Mamat berkata dia bersyukur kerana ahli keluarganya tidak diapa-apakan.

“Syukur Alhamdulillah isteri dan anak-anak saya tidak diapa-apakan…Apabila isteri memaklumkan perkara itu kepada saya, hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.

“Masa isteri beritahu kepada saya selepas Subuh tadi, saya baru selesai shooting. Saya tidak berada disisi mereka ketika kejadian tetapi apabila mendengarkan mereka selamat, saya lega.

“Biarlah mereka ambil barang-barang tersebut. Keselamatan keluarga saya lebih berharga dari kehilangan material,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Kata Mamat lagi, ketika kejadian kesemua ahli keluarganya sedang tidur di bilik atas rumah dan mereka hanya menyedari rumah dipecah masuk ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh.

Dalam kejadian rompakan yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu, perompak membawa lari kenderaan Mitsubishi Triton milik Mamat, wang tunai RM500, kamera antik, iPad dan alat permainan video PSP.

Kejadian tersebut menyebabkan Mamat kerugian RM100,000. Ketika kejadian Mamat berada di Tanjung Malim melakukan penggambaran filem terbarunya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


Adi Putra Enggan Komen Mengenai Kesnya Mungkin Dibuka Semula


Adi Putra Enggan Komen Mengenai Kesnya Mungkin Dibuka Semula

Adi Putra Enggan Komen Mengenai Kesnya Mungkin Dibuka Semula


KUALA LUMPUR, 19 JUN 2014: Pelakon Adi Putra enggan memberi sebarang komen apabila ditemui media yang ingin mendapatkan reaksinya berhubung isu kes skandalnya yang berkemungkinan dibuka semula.

“Tiada Komen. Terima Kasih,” demikian sahaja reaksi Adi Putra ketika diminta mengulas isu skandalnya dengan Nooraida Abdul Mutalib.

Baru-baru ini bekas suami wanita terbabit Amiruddin Osman telah memuat naik salinan surat keputusan siasatan daripada Bahagian Tatatertib Bukit Aman di Instagram miliknya.

Surat tersebut adalah makluman mengenai pegawai polis yang mengendalikan kes itu pada September tahun lalu, Fergie Anak Dim yang telah dikenakan tindakan tatatertib.

Pada September tahun lalu Adi telah didakwa menjalinkan hubungan dengan Nooraida dan disiasat polis selepas Amiruddin membuat aduan.

Pelakon filem KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Adi dan Nooraida berkenalan menerusi Instagram dan kerap berbalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai tahun lalu sehingga perbuatan tersebut dihidu Amiruddin.

iskandarX: Hahaha jangan takut kalau benar diri kita itu benar tak gitu Adi?

Bekas Isteri Nedim Akui Senang Dengan Hubungan Nora


Bekas Isteri Nedim Akui Senang Dengan Hubungan Nora

Bekas Isteri Nedim Akui Senang Dengan Hubungan Nora


KL, 19 JUN 2014: Bekas isteri Nedim Nazri iaitu Nabilah Khan meminta isu yang mendakwa dia telah menyindir pelakon Nora Danish baru-baru ini tidak lagi dipanjangkan.

Malah, menerusi akaun Instagram miliknya semalam Nabilah menjelaskan dia gembira dengan hubungan pasangan itu yang sudah lama terjalin lebih-lebih lagi anak kecilnya iaitu Mohamed Nedrin atau dipanggil Dre turut bahagia di samping Nora.

Bekas Isteri Nedim Akui Senang Dengan Hubungan Nora

Berikut merupakan kapsyennya (dalam bahasa Melayu) yang menarik perhatian Murai:

"Nedim adalah bekas suami dan ayah kepada anak saya. Dia telah menjalinkan hubungan dengan Nora dalam tempoh masa yang agak lama dan mereka dilihat bahagia bersama.Anak saya, Dre juga gembira apabila bersama mereka serta anak Nora (Putera Rayqal). Dan sebagai seorang ibu saya bahagia melihat anak saya bahagia.

"Saya bukanlah seorang selebriti dan tidak biasa dengan perhatian yang diberikan orang ramai.Diharap penjelasan yang diberikan dapat meleraikan isu ini,"

Sementara itu, Nabilah Khan berharap penjelasan yang diberikan di Instagram dapat meleraikan kontroversi tersebut.

Bekas Isteri Nedim Akui Senang Dengan Hubungan Nora


Dalam laporan Murai sebelum ini, Nora Danish terkejut dan kecewa apabila ada individu menyindirnya dalam Instagram milik Nabilah selepas Nora muat naik gambar bersama anak bekas suami-isteri itu dalam Instagram miliknya.

Perbuatan Nora itu mendapat reaksi yang kurang menyenangkan apabila beberapa pihak termasuk rakan artis memberi komen negatif menerusi Imstagram milik Nabilah termasuklah tuduhan Nora sebagai perampas.

iskandarX: Kalau dah Nabilah dah kata dia ok je dan tak menyindir2 Nora Danish, so saper yang sebenarnya yang menyindir nie? Or Create da boom gossip at own?

Rumah Mamat Khalid Di Rompak, Rugi RM100,000!


Rumah Mamat Khalid Di Rompak, Rugi RM100,000!

Rumah Mamat Khalid Di Rompak, Rugi RM100,000!

IPOH 19 JUN 2014: Pengarah terkenal Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohammad Mohd Khalid kerugian hampir RM100,000 apabila 3 orang lelaki telah memecah masuk ke rumahnya serta membawa lari kereta pacuan 4 roda miliknya.

Isteri Mamat Khalid, Hasmah Hassan, 50, berkata dia menyedari rumahnya telah dipecah masuk kira-kira jam 6.30 pagi untuk menunaikan solat subuh.

“Berdasarkan rakaman CCTV, perompak telah mengumpil tingkap rumahnya dan turut membawa lari Mitsubishi Triton, kamera antik milik Mamat Khalid, iPad, PlayStation berserta wang tunai sebanyak RM500,” katanya kepada pemberita yang menemuinya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya malam semalam.

Rumah Mamat Khalid Di Rompak, Rugi RM100,000!


Tambah isterinya lagi, selepas perompak itu memecah masuk rumahnya, suspek juga telah membawa lari kunci pagar, kunci pintu utama rumah berserta dengan kunci kereta Mitsubishi Triton di dalam sebuah mangkuk berdekatan pintu berkenaan.

Ketika kejadian Hasmah bersama dengan seorang anak lelakinya  Mohd Khalid Adam 19, dan anak perempuannya Nurhassanah 14 berada di rumah manakala suaminya berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim untuk kerja-kerja pengambaran.

Rumah Mamat Khalid Di Rompak, Rugi RM100,000!


Dia juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Rapat kira-kira jam 11 pagi dan turut membawa rakaman CCTV untuk membantu siasatan.

iskandarX: Saja is nak tanya, zakat semua jenis dah bayar belum?


Raja Azmi Tak Tolak Dakwaan Berhijab Kerana Mahu Berniaga Tudung


Raja Azmi Tak Tolak Dakwaan Berhijab Kerana Mahu Berniaga Tudung

Raja Azmi Tak Tolak Dakwaan Berhijab Kerana Mahu Berniaga Tudung


KUALA LUMPUR, 19 JUN 2014: Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman akui tidak menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa dia mula berhijab kerana mahu berniaga tudung rekaannya sendiri.

Namun, Raja Azmi menjelaskan ianya hanyalah salah satu sebab dia berhijab kerana niat berkenaan turut datang serentak dengan hasrat untuk berniaga tudung.

"Saya tak boleh menolak dakwaan itu sebab ada benarnya di situ. Bagaimanapun ingin saya nyatakan di sini yang niat hendak bertudung memang datang serentak dengan idea hendak membuat rekaan tudung.

"Malah saya tak merancang untuk bertudung dan ia hanya datang tiba-tiba tanpa saya sendiri jangka.

"Namun saya tak kisah jika ada yang cuba mempertikaikan keputusan saya untuk berhijab kerana Allah lebih mengetahuinya," katanya kepada murai.com.my ketika majlis Pelancaran Tudung raja Azmi for Variente Hijab di butik cawangannya di Bangsar.

Pada majlis pelancaran itu, Raja Azmi memperkenalkan tujuh jenis tudung dan selendang rekaannya bersama debgan butik Variante.

Raja Azmi berkata, tudung atau selendang itu diinspirasi daripada headband.

"Saya memilih Variante kerana saya sendiri suka akan baju-baju rekaannya malah Variante juga yang menaja baju kahwin saya di perkahwinan kedua saya.

"Saya mendapat inspirasi rekaan tudung ini dari headband sebenarnya. Yelah sebelum bertudung, saya memang suka memakai headband. Jadi semua rekaan tudung ini ada unsur headband," jelasnya lagi.

Harga tudung rekaannya itu dijual dari harga RM70 hingga ke RM250.

Tudung-tudung berkenaan boleh didapati di 11 cawangan butik Variante sekitar Lembah Kelang.


Uqasha Senrose Bertudung Kerana Kemahuan Sendiri


Uqasha Senrose Bertudung Kerana Kemahuan Sendiri

Uqasha Senrose Bertudung Kerana Kemahuan Sendiri


KUALA LUMPUR, 18 JUN 2014: Aktres Uqasha Senrose yang kini tampil bertudung menjelaskan yang imej terbarunya itu adalah kerana kemahuan sendiri dan bukan paksaan dari sesiapa.

“Tiada paksaan daripada sesiapa pun… Bertudung adalah kerana kemahuan sendiri kerana saya mahukan yang terbaik untuk diri saya.

“Kalau boleh saya mahu perkara ini berterusan kerana saya rasa lebih bahagia dan tenang dengan cara saya sekarang. Doakanlah yang baik-baik buat saya,” kata kakak kepada aktres Nelydia Senrose itu mengenai isu tudungnya.

Sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan perubahan Uqasha bertudung adalah disebabkan teman lelakinya.

Malah pemilik nama Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen ini turut mengesahkan dia sudah mula berhijrah sepenuhnya awal bulan ini.

“Saya bertudung untuk sebuah drama pada mulanya. Tetapi hati terbuka untuk terus mengenakan tudung. Saya juga akan ‘request’ untuk memakai tudung semasa berlakon selepas ini,” katanya ketika dihubungi.

Uqasha bagaimanpun sempat memberitahu dia kini masih dalam fasa belajar untuk mengenakan fesyen yang lebih sesuai dengan imej terbarunya itu.

iskandarX: Hmmm Uqasha Sanrose bertudung lebih manis dan  ayu dipandang.

Nabil Abdul, Adik Kepada Aktres Lydia Ibtisam Meninggal Dunia


Nabil Abdul, Adik Kepada Aktres Lydia Ibtisam Meninggal Dunia

Nabil Abdul, Adik Kepada Aktres Lydia Ibtisam Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 18 JUN 2014: Jika sebut nama Nabil Abdul mungkin ramai yang kurang mengenali siapakah pemilik nama tersebut. Namun begitu, Nabil yang baru sahaja 29 tahun itu telah kembali ke Rahmatullah semalam, Selasa lebih kurang jam 10.30 pagi di Hospital Ampang.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Nabil Abdul dan semoga mereka dapat menerima dugaan ini dengan redha.

Difahamkan Nabil Abdul juga merupakan adik kepada pelakon bertubuh kecil, Lydia Ibtisam yang pernah popular dengan siri Impian Illyana tidak lama dulu.

Selain daripada banyak membintangi drama bersiri pasti ramai masih ingat lakonannya disamping Dato’ M. Nasir bagi iklan komersial makanan ringan Kit Kat.

Lakonan terakhir Nabil akan ditayang pada hari raya nanti berjudul "Jihan Nak Buat Rumah Terbuka".

Antara selebriti yang dilihat mempunyai maklumat yang tepat mengenai masalah kesihatan Nabil antaranya pelawak Jihan Muse yang memberikan sedikit sebanyak info yang diketahuinya mengenai masalah kesihatan yang dihadapi Nabil iatu kanser limfa.

Berikut ialah status yang dimuatnaik di Instagram Jihan sendiri berkenaan kematian arwah Nabil.

Allahyarham @nabil_abdul menghembuskan nafas terakhirnya pd jam 10.30pg td di hosp ampang. Nabil mengidap kanser lymphoma (yg dihasilkan dr sistem limfatik badan / kelenjar limfa) sejak umurnya 21thn lg. Skrg umur nabil 29thn. Tapi nabil buat rawatan kimoterapi and kanser tu dah hilang masa 6 thn lps. Cuma dlm sebulan ni baru kanser tu dtg blk and nabil dimasukkan ke wad dlm 4hari lps. Malam td nabil dimasukkan ke icu. Kami baru habis shooting bersama dlm telemovie #jihannakbuatrumahterbuka yg akan ditygkan hari raya nanti. Nabil sebagai Johan iaitu watak adik Jihan. Nabil juga dikenali dlm iklan kitkat bersama M.Nasir. Nabil juga adik kepada pelakon Lydia Ibtisam . Sekarang jenazah nabil dalam perjalanan utk dikebumikan di kg halaman beliau di Kulim Kedah . Saya mewakili ahli keluarga Allahyarham memohon semua maafkan segala salah silap nabil dan halalkan makan minum dan hutang beliau jika ada. Sama2 kita doakan utk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Tenanglah kau di sana adikku #nabilabdul . Al Fatihah

Difahamkan jenazah arwah Nabil Abdul selamat dikebumikan di kampungnya di Kulim, Kedah selepas solat Isyak malam semalam.

iskandarX: Al-Fatihah kepada Nabil Abdul.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan