Cari Artikel

Saturday, June 14, 2014

Wartawan Senior Tegur Abby Abadi Henti Buka Pekung Sendiri


Wartawan Senior Tegur Abby Abadi Henti Buka Pekung Sendiri

Wartawan Senior Tegur Abby Abadi Henti Buka Pekung Sendiri


KL, 14 JUN 2014: Kecoh kisah Zaquan Adha curang dengan isteri, Ayu Raudhah tetapi kontroversi Abby Abadi cakar bekas suami dan mendera mental serta fizikal Mohd Noor Farhan lebih mendapat sambutan daripada masyarakat terutamanya.

Mungkin juga kelantangan dan pengaruh Abby Abadi yang datang daripada golongan muslimah serta para penyokong daripada ideology politik yang sama membuatkan respon banyak diberikan terhadap kisah yang menimpa rumahtangga ketiga Abby atau Arbaeyah Manan itu.

Seringkali dilihat Abby bijak mengatur jawapan mahupun balasan terhadap sebarang serangan melalui tulisan yang dibuat terhadapnya. Tetapi kali ini, seorang wartawan senior yang terkenal tampil menegur Abby yang sekian lama dikenalinya.

Fauziah Samad atau popular dengan panggilan Kak Jee menerusi blognya baru-baru ini menulis surat terbuka untuk menegur dan menyelamatkan maruah Abby sebagai seorang selebriti, isteri, ibu dan juga sebagai wanita daripada terus dicaci orang-orang yang sekadar melihat ia dari sudut yang negatif sahaja.Assalammualaikum

Arbakyah.


 Maaf jika nota ini Kjee tulis secara terbuka. Kjee lebih suka berterus terang dan telus.

 Sejak Arbakyah (nama arwah Bonda Kjee pun Arbakyah tapi dalam IC, Bakyah jer), berubah haluan menjadi seorang Muslimah yang cukup disenangi mata memandang, Kjee selalu mengikuti perkembanganmu.

 Walaupun seringkali hati ini terguris dengan kelancanganmu berbicara mengikut hati dan perasaan bukan akal yang dianugerah Allah swt, namun itu hak awak sebagai seorang manusia.

 Apapun Arbakyah, Kjee terpanggil menulis nota ini kerana sudah lama mengenali keluargamu, ibumu Kak Hasnah serta kakakmu yang Kjee dah lupa namanya.

 Kalau dulu, awak muncul di media massa kerana keterujaanmu menepis segala yang di sekelilingmu, sejak dua menjak ini muncullah pulak kisah rumahtangga awak yang gagal buat kali ketiga (pembetulan, sepengetahuan ammboi kali kedua).

 Umum tidak tahu apa yang menyebabkan awak bercerai dengan suami pertama dulu. Tapi ramai masih tak lupa adegan depan Pasaraya Carrefour dulu dimana awak ‘menghangkut satu lori’ wartawan media cetak dan jugak elektronik, untuk menyerang suami kedua awak Norman Hakim.

 Kini, episod budak Farhan pulak. Sama-sama saling tuduh menuduh sehinggakan cakaran mesra kucing kini dijadikan lawak oleh ramai insan di alam maya.

 Langit tak selalunya cerah. Sebagai wanita, kita selalu memohon agar biarlah rumahtangga kita panas sampai ke petang. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah swt.

 Walaupun jodoh tidak berpanjangan, seharusnya sebagai wanita, yang sudah dua kali berkahwin sebelum ini, awak harus tahu cara-cara nak handle budak hingusan seperti Farhan. Jangan sebelum kahwin diwar-warkan budak yang baru berusia 24 tahun ketika itu, seorang yang cukup matang. Alahai, dalam masa dua minggu dah tahu budak itu dah cukup matang. Apa-apa jerlah.

 Tetapi setelah jodoh tidak panjang, sepantas kilat diwar-warkan budak itu sebenarnya belum cukup matang untuk mengemudi sebuah rumahtangga!

 Dah tau budak tu masih hingusan, sepatutnya Arbakyah bimbing dia jadi seorang suami yang matang! Bukan cara mengherdik seperti seorang ibu yang herdik anaknya! Anak kandung pun boleh lari tinggalkan rumah kalau dicakar hingga berdarah oleh ibunya! Wallahualam.

 Kjee mohon Arbakyah duduk semeja dengan rakan karib awak, Shasha Saidin. Contohi cara Shasha menangani masalah rumahtangganya. Walaupun tidak bertudung litup seperti awak, namun cara Shasha rasanya lebih Islamik dan sopan bagi seorang Muslimah! Kjee pernah menulis mengenai Shasha di SINI.

 Sudahlah Arbakyah. Tak payah bukak lagi pekung rumahtangga awak. Dia bagi kenyataan, awak balas. Dia kan budak hingusan. Melatah ikut naluri anak muda. Tapi awak yang sepatutnya lebih matang sebab sudah tiga kali berkahwin, tak perlu melatah!

 Do not wash dirty linen in public!


 Apapun cara awak pertahankan diri awak, your haters tetap tidak menyebelahi awak! Walaupun mereka jugak tidak mahu menyebelahi Farhan, namun jauh di sudut hati mereka, mereka tetap lebih mengasihani budak muda tersebut.

 Alangkah elok dari mula lagi awak kata sebegini :”Jodoh kami hanya setakat ini. Harap-harap selepas ini saya tidak mengulangi apa jua kesilapan yang saya buat sebelum ini.” Noktah!

Begitulah kata-kata seorang wanita yang sekian lama bergelumang dan menjadi pemerhati dalam dunia seni yang pernah dihuninya.  Diharapkan Abby menerima teguran dan padangan ini dengan terbuka dan menyedari diluar sana masih ada orang yang benar-benar mengambil berat tentang dirinya. Wallahualam.



Aidil Bidas Dakwaan Terpaksa Berlakon Kerana Cari Nafkah


Aidil Bidas Dakwaan Terpaksa Berlakon Kerana Cari Nafkah

Aidil Bidas Dakwaan Terpaksa Berlakon Kerana Cari Nafkah


KUALA LUMPUR, 13 JUN 2014: Pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan membidas dakwaan bahawa dia terpaksa melibatkan diri dalam bidang lakonan bagi menambahkan pendapatannya agar dapat membayar nafkah tertunggak kepada bekas isteri, Rita Rudaini.

Bercakap kepada mStar Online, Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, menyifatkan tuduhan itu seperti mengarut dan serta terkejut apabila ada pihak tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi itu.

Kata Aidil, penglibatannya dalam lakonan baru-baru ini sekadar ingin mencuba bidang baru dan langsung tiada kena mengena dengan nafkah. Tambah Aidil lagi, gajinya sebagai pemain bola sepak sahaja sudah mencukupi untuk memberi nafkah kepada anak.

Rabu lalu, Aidil telah memuat naik foto dia seperti sedang berlakon di sebuah lokasi penggambaran dengan meletakkan kapsyen 'At the set with wife @zaremazaina. #TheGlups'.

Menerusi foto tersebut ramai yang memberikan komen positif tanda mereka menyokong Aidil melibatkan diri dalam dunia lakonan. Tetapi ada juga pihak yang memberikan komen kononnya Zafuan menerima tawaran berlakon kerana ingin membayar nafkah tertunggak kepada bekas isterinya kira-kira RM100,000 itu.

Aidil bagaimanapun berkata dia enggan mengambil serius tentang komen-komen tersebut kerana menganggap ia tidak memberikan sebarang faedah dan hanya akan menambahkan masalah kepadanya.

Menyentuh tentang lakonan tersebut, Aidil akui dia kini terlibat dengan sebuah penggambaran, namun enggan mendedahkan secara terperinci sama ada ia sebuah drama ataupun filem.

Tambahnya, sebelum ini dia pernah ditawarkan berlakon tetapi hatinya tidak tergerak untuk menerima tawaran tersebut. Bagaimanapun entah kenapa kali ini dirinya bersedia menerima tawaran itu.

Bagaimanapun buat masa ini, Aidil berkata dia tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut tentang penggambaran itu dan meminta semua pihak menunggu sidang media yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ditanya adakah dia akan mula bergiat aktif di bidang lakonan pula, Aidil berkata dia masih mengutamakan kariernya sebagai pemain bola sepak.



Ayu Raudhah Bersyukur Kerana Bersuamikan Zaquan Adha


Ayu Raudhah Bersyukur Kerana Bersuamikan Zaquan Adha

Ayu Raudhah Bersyukur Kerana Bersuamikan Zaquan Adha


KUALA LUMPUR, 13 JUN 2014: Isu pendedahan skandal di laman sosial yang melibatkan pemain bola sepak, Zaquan Adha nyata tidak melemahkan semangat isterinya, Ayu Raudhah.

Sebaliknya adik kepada aktres Rozita Che Wan itu menerusi laman sosialnya, Instagram telah berkongsi perasaan sebenarnya ketika ini terhadap suaminya itu.

Menurut Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 30, dia sangat bersyukur bersuamikan Zaquan dan tidak akan sesekali percaya dengan kata-kata orang luar.

“Alhamdulillah saya sentiasa bersyukur bersuamikan Mohammad Zaquan Adha. Tidak kisah apa orang kata saya percaya Allah berikan yang terbaik untuk kita sama ada dugaan atau nikmat kebahagiaan.

“Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita menghadapinya," kata Ayu melalui laman Instagram baru-baru ini.

Dunia hiburan awal minggu ini kecoh apabila sebuah portal membuat pendedahan mengenai paparan skrin perbualan seorang wanita dengan individu yang kononnya Zaquan Adha, 26, menerusi mesej aplikasi sosial WeChat.

Pemain bola sepak kelahiran Negeri Sembilan itu dilihat bermain kayu tiga di belakang isterinya yang sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua mereka.

Tiga perbualan dengan Zaquan telah didedahkan dan Ayu menganggap ianya sebagai satu perbuatan khianat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Ayu dan Zaquan bernikah pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann yang lahir pada 2 Mei lepas.


Nabil Ahmad Hak Saya Nak Cium Isteri Saya


Nabil Ahmad Hak Saya Nak Cium Isteri Saya

Nabil Ahmad Hak Saya Nak Cium Isteri Saya


KL, 13 JUN 2014: Lebih kurang tiga minggu yang lalu, pelawak Nabil Ahmad dan isterinya Nazita telah pergi bercuti ke kota nan indah iaitu Paris, Perancis.

Namun tercuit sikit hati kecil pengacara MeleTOP ini apabila gambar ciumnya bersama isteri di Instagram telah dipertikai dan disalah erti oleh sesetengah pihak.

“Saya pun pelik, kenapa sesetengah orang tidak senang dengan gambar itu, saya hanya cium di pipi bukan cium mulut,” katanya ditemui selepas sidang media majlis pelancaran sitkom terbaru Astro Warna, Cakap Melayulah di Unitar, Petaling Jaya.

Menurutnya lagi, gambar cium itu adalah keikhlasan dari hatinya dan tiada niat untuk menunjuk-nunjuk atau sebaliknya.

“Saya cium  isteri saya dan bukan orang lain, kadang-kadang saya pelik artis lain yang belum berkahwin pergi bercuti bersama rileks jer, tak pulak kecoh kecoh” katanya.

Nabil juga berpendapat setiap perkara perlu dilihat secara positif, termasuk dalam hal ini, contohnya ialah bila pasangan berkahwin pada usia yang awal, kemesraaan suami isteri untuk masih mekar dan dia harap ia akan kekal selama-lamanya.

Sitkom Cakap Melayulah yang akan mula bersiaran pada 23 Jun ini jam 10.30 malam di Astro Warna saluran 132.

Nabil memegang watak sebagai Cikgu Daud di pusat Tuisyen Bahasa Malaysia yang turut dibintangi Shahrol Shiro, Jasmin Hamid dan Khatijah Tan.

iskandarX: isk isk isk nak smooshe2 dengan bini pun ada orang kacau ka? hmm tapi kan nak smooshy ke apa ka lebih baik tak payah tayang gambar yang tengah bermesraan dengan bini buat orang lain geram dan naik nafsu aja.


Neelofa Sahkan Tiada Hubungan Lagi Dengan Hans Isaac


Neelofa Sahkan Tiada Hubungan Lagi Dengan Hans Isaac

Neelofa Sahkan Tiada Hubungan Lagi Dengan Hans Isaac


KUALA LUMPUR, 13 JUN 2014: Pelakon dan pengacara Meletop, Neelofa mengesahkan dan membuat pengakuan kepada akhbar tempatan hari ini bahawa tidak ada lagi hubungan istimewa antara dia dengan Hans Isaac yang dikatakan telah putus Februari lalu.

“Kini kami hanya berkawan dan spekulasi yang mengatakan saya akan berkahwin hujung tahun ini adalah tidak tepat, saya berharap tiada lagi kisah-kisah cinta antara saya dan dia,” kata Neelofa.

Menurutnya, dia tidak mahu lagi hidupnya dibayangi lagi dengan roh dan jasad Hans Isaac dan ingin teruskan kehidupan secara aman dan tenteram.

Bagi Murai, kalau itu takdirnya tidak mengapalah, anggaplah tiada jodoh, mungkin Neelofa lepas ini akan ditemukan jejaka dengan lebih baik atau sesuai dengan jiwa Neelofa.

Hans Isaac sebelum ini pernah memberi komen mengenai hubungannya dengan Neelofa, namun dia tidak mahu mengulas lanjut.

Akhirnya, Neelofa secara telus memberi kenyataan hubungan mereka sudah berakhir dan bagi Murai langkah itu paling tepat untuk menghentikan segala spekulasi yang negatif.


Hairul Azreen Tangguh Pembedahan Ligamen Koyak


Hairul Azreen Tangguh Pembedahan Ligamen Koyak

Hairul Azreen Tangguh Pembedahan Ligamen Koyak


KUALA LUMPUR, 13 JUN 2014: Aktor drama Misiku Kuza, Hairul Azreen Idris terpaksa menangguhkan pembedahan ACL (Anterior Cruciate Ligament) di bahagian kakinya yang dikatakan ligamen koyak baru-baru ini.

“Ia berpunca ketika sesi pengambaran Mawar Merah Di Kundasang di ibu negara, ada satu ‘scene’ saya ‘frust’ saya sepak batu, lepas sepak terus sakit,”  katanya di hubungi Murai,

Menurutnya, penangguhan pembedahan terpaksa dibuat kerana ia akan menggangu jadual kerjanya dan dia perlu memberi komitmen sepenuhnya untuk drama  itu.

“Kalau saya lakukan pembedahan itu sekarang, untuk sembuh sepenuhnya ia mengambil masa 6 bulan untuk saya berehat, kerana itulah saya minta tangguh dengan doktor yang merawat saya,” katanya.

Kos pembedahan sekitar RM20 ribu, walaupun doktor pakar dari Hospital Prince Court menasihati dia agar segera lakukan pembedahan namun ia tidak dapat dipenuhi oleh Hairul.

“Insya Allah, saya akan buat pembedahan ini selepas Hari Raya Aidilfitri dan buat masa sekarang segala aktiviti lasak akan dihentikan serta merta.

Sebelum ini, dia juga sering menerima rawatan urut tradisional namun kesakitan yang dialaminya tidak dapat menyembuhkkannya seperti sedia kala.

Dari pihak murai, kami doakan yang terbaik untuk Hairul, supaya kesakitan yang dialaminya itu pulih, kalau boleh dengarlah nasihat doktor sebelum ia menjadi lebih parah.

iskandarX: Ligamen koyak? Uiihh sakit tuuu.

Hans Enggan Ulas Gosip Putus Cinta, Wakili Malaysia Bermain Golf


Hans Enggan Ulas Gosip Putus Cinta, Wakili Malaysia Bermain Golf

Hans Enggan Ulas Gosip Putus Cinta, Wakili Malaysia Bermain Golf


KL, 12 JUNE 2014: Dalam kesibukan menguruskan projek terbaru iaitu pementasan teater muzikal Supermokh ‘Restaging’ yang akan berlangsung September depan, Hans Isaac selaku penerbit melalui syarikat produksinya Tall Order Productions sempat meluangkan masa mengejar cita-cita baru.

Jauh menyimpang daripada dunia seni, Hans Isaac kini mengasah bakat serta skil dalam sukan golf dan mula bermain secara serius. Kurang setahun penglibatan, tidak lama lagi produser ini bakal mewakili Malaysia ke Kejohanan Golf Amatur Dunia Turkish Airlines World Amatur Open.

Aktor berusia 43 tahun itu ditemui di sidang media 'Supermokh Sebuah Musical Re-staging’ di Menara CIMB, KL Sentral, semalam dilihat lebih gelap kerana baru pulang daripada salah satu latihan intensif bermain golf di China.

"A'ah, kulit saya gelap sikit. Sebenarnya saya sekarang tengah berlatih untuk kejohanan dunia pada 9 hingga 16 November ini.

"Masa saya banyak dihabiskan di lapangan golf. Saya mempunyai masa tidak kurang dari 5 bulan lagi untuk berlatih dan bakal menjalani latihan insentif", katanya yang mempunyai masih bermain dalam liga amatur dengan handicap 4.

Perkembangan terbaru Hans Isaac itu seakan memberikan petunjuk bahawa dia sibuk menguruskan hal peribadi sendiri dan enggan menjawab pertanyaan melibatkan hubungan cinta bersama Neelofa yang di katakan sudah berakhir.

“Saya tidak boleh komen tentang perkara itu. Saya rasa saya tak perlu komen kerana fokus saya sekarang adalah pada perniagaan saya dan diri saya. Ada banyak lagi hal lain dan juga hal peribadi saya yang harus saya selesaikan.

“Saya rasa lebih baik berdiam. Biar saya simpan. Lebih baik hanya saya saja yang tahu. Saya tak mahu nanti dikata bercakap putar belit dengan anda semua. Saya hanya mahu bersikap jujur dengan anda semua,”jawab Hans mengenai kisah peribadinya itu.

Berbalik kepada pementasan Supermokh Sebuah Musical Re-Staging yang bakal menemui di Istana Budaya mulai 8 September hingga 21 September 2014 dengan barisan pelakon yang sama dengan pementasan sebelum ini seperti Maya, Karin, Douglas Lim, Dina Nadzir, Rashidi Ishak, Radhi Khalid, Poon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.

Tiket-tiket untuk pementasan kali ini yang mendapat penajaan utama daripada CIMB Bank telah mula dijual dan  harga tiket yang sama iaitu mulai harga RM36 hingga RM236.


Farhan Bekas Suami Abby Abadi Tuduh Media Tambah Cerita


Farhan Bekas Suami Abby Abadi Tuduh Media Tambah Cerita


Farhan Bekas Suami Abby Abadi Tuduh Media Tambah Cerita


KUALA LUMPUR, 12 JUN 2014: Selain tampil memberi  penjelasan menerusi  Instagram, Abby Abadi juga turut memaparkan SMS di laman sosial itu bersama bekas suaminya Farhan.

Menerusi penjelasan yang dibuat Abby, jelas menunjukkan selebriti ini kesal dengan dakwaan yang dibuat bekas suaminya itu.

Agak mengejutkan kerana apabila ditanya Abby mengenai kenyataannya ‘didera’ kepada media, Farhan menjawab “saya xtahu itu media yang tambah cerita”.

Farhan Bekas Suami Abby Abadi Tuduh Media Tambah Cerita


Murai tidak mahu mengulas lanjut mengenai kenyataan yang dilakukan Farhan kerana dia sendiri yang menunjukan laporan polis kepada media di luar mahkamah dan kemudiannya menafikan perbuatannya itu.

Tindakan Farhan ini seakan merumitkan lagi keadaan dan nampaknya kontroversi ini akan berterusan.

iskandarX: nie lagi dok bagi kita pening kepala la kan?

Arip Juara KE4, Bawa Pulang RM110,000 & Toyota Camry!


Arip Juara KE4, Bawa Pulang RM110,000 & Toyota Camry!

Arip Juara KE4, Bawa Pulang RM110,000 & Toyota Camry!



KUALA LUMPUR, 12 JUN 2014: Peserta kegemaran ramai Arip atau Omar Sharif Mat Din, 42, menepati ramalan apabila bergelar juara Kilauan Emas 4 (KE 4) yang berlangsung di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil pada malam Rabu.

Peserta berasal dari Raub, Pahang itu menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi dan pakej percutian ke Bali.

Arip turut menerima Anugerah Khas Juri kerana terpilih sebagai peserta yang menambat hati juri dengan persembahannya dan turut membawa pulang RM10,000 sebagai hadiah.

Sementara itu Zain atau nama sebenarnya Md Zain Ramli meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.

Manakala tempat ketiga diberikan kepada Ben atau Benasil Kudong, menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah trofi, pakej percutian ke Bandung.

Ketiga-tiga peserta turut mendapat langganan majalah MIDI selama setahun.

Hadiah disampaikan oleh pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad, manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar dimana mereka perlu membuat sebanyak tiga persembahan iaitu menyanyi secara Solo, Medley dan Duet bersama penyanyi berpengalaman.

Program yang dikendalikan oleh Raja Azura itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Ella, Dato` M.Nasir, Jamal Mirdad, Mamat Khalid dan Dato` Hattan.


Abby Abadi Balas Dakwaan Bekas Suami di Instagram


Abby Abadi Balas Dakwaan Bekas Suami di Instagram

Abby Abadi Balas Dakwaan Bekas Suami di Instagram


KUALA LUMPUR, 12 JUN 2014: Abby Abadi tampil membuat kenyataan balas mengenai dakwaan yang di buat oleh bekas suaminya Farhan.

Dalam kenyataan itu, beliau menjelaskan Farhan mereka-reka cerita dan hampir 95 peratus adalah tidak benar.

Abby Abadi Balas Dakwaan Bekas Suami di Instagram


Ini adalah isi hati Abby untuk anda semua:


Assalamualaikum……. Selamat Petang! ALHAMDULLILLAH……… Syukur pd ALLAH. Berdasarkan kenyataan dr Farhan kepada media di mahkamah tadi, ini penjelasan Sy. Sy tiada saksi disini. Hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui semua ini……

Terkejut Sy baca kenyataan2 yg dibuat ini. Sehabis baik Sy tutup ‘semua’ cerita yg tak perlu org luar tahu sepanjang kami bersama sbg suami isteri, walaupun berbagai andaian dibuat berdasarkan kenyataan biasa Sy sebelum ini…. hari ini Muhammad Noor Farhan Che Bakar dengan jayanya mereka2 cerita utk tutup cerita yg sebenarnya. Anak3 Sy, bibik Sy, kawan2 terdekat Sy pun tak sangka yg Farhan cakap dia didera…..

Walhal sebelum ini kalaupun ada bergaduh situ sana sini, tp semuanya baik2 saja. Biasalah hidup rumahtangga kan? Dah tentu ada pasang surutnya…. Sy ada msg dia cakap pasal kenyataan ini, tp dia tak jawab pula… Sy berani je nk berdepan. Jumpakan lagi senang cerita. Kenapa mesti buat kenyataan yg secara tak sedar membuka aib sendiri? Yg kenyataan dia, Sy minta duit, tak bagi Sy marah.. yg tu palsu.

Amboiii! Banyaknya duit dia yer… Kata Sy baling kunci motor? Pegang kunci motor pun Sy tak pernah……. Kenapa mcm tu @cintaku_hanya_padamu yer? Setiap kali ada yg tak kena, gaduh.. bukan nk selesaikan. larikan diri… Tak balik2.

Sy ajak bincang… taknak….. alih2 utk yg terakhir kali ni keluar cerita begini? Ingat ALLAH tak ni? Sejujurnya ‘cerita rekaan’ ini tak terjangka dek akal Sy………Hampir 95% cerita itu di reka semata2 nk selamatkan diri dia. ALLAHUAKHBAR….

Mohon ALLAH SWT jaga dia. Tak sangka cubaan dia mengaibkan sy sejauh ni………… ALHAMDULLILLAH…. Satu saja dari Sy: Untuk Sahabat2 diluar sana, Anda buleh baca, buleh dengar je apa yg dia kata… tp percaya jangan. Sebab dia mmg dah terbiasa MENIPU.

Jangan tokok tambah cerita Sahabat… kalau taktahu lebih baik diam saja k……..Tak selesai lagi. Banyak episod lagi ni…… Tunggu tindakan seterusnya di Mahkamah nanti. Sy terima takdir ini sebagai ‘ujian’ utk Sy. Wat lek Wat Peace je k

iskandarX: Hmm is pun dah keliru nie mana satu yang betul tapi is ada soalan, Kena dera atau main ganas sangat? Takbaik kalau benda tak betul kita reka-reka atau pun lagi tak bagus kalau yang dlam kelambu kita bongkar cerita kat luar.


Laporan Penuh Kontroversi Abby-Farhan: Isu Gadis Lain & Kes Dera


Laporan Penuh Kontroversi Abby-Farhan: Isu Gadis Lain & Kes Dera

Laporan Penuh Kontroversi Abby-Farhan: Isu Gadis Lain & Kes Dera


KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Walaupun sah bercerai, cerita di sebalik kes penceraian Abby Abadi nampaknya masih belum berakhir apabila bekas suaminya Noor Farhan tampil memberi kenyataan yang dia sebenarnya telah didera oleh Abby Abadi secara emosi dan fizikal. Manakala Abby pula membuat kenyataan di mahkamah yang wujudnya rantaian SMS dengan seorang wanita lain.

Kes ini dibicarakan di hadapan Hakim Syarie, Tuan Hakim Shaiful Azli bin Jamaludin pada 11 Jun, hari ini, jam 11am. Abby telah disahkan cerai pada hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur jam 12 tengahari tadi.

Dari Sisi Abby Abadi


Sebelum ini, mahkamah menangguhkan kes perbicaraan cerai itu kerana wujudnya SMS terdahulu oleh Farhan kepada rakannya, yang tertulis “Saya tiada apa-apa lagi dengan dia” pada January lalu.

Dalam pada perbincangan yang sama, Abby juga telah memaklumkan pihak mahkamah yang wujudnya kronologi SMS di dalam telefon bimbit Farhan dengan seorang wanita. Rantaian SMS itu diketahui Abby pada Januari tahun ini, ketika dia memeriksa telefon bimbit Farhan.

“Saya tidak mahu komen berkenaan itu kerana ia tidak memberi manfaat pada sesiapa” kata Abby kepada wartawan apabila diminta untuk mengulas lanjut tentang SMS tersebut.

“Perkara seperti itu tidak berlaku di hadapan mata saya. Perkara seperti ini saya tidak boleh buat main dan menuduh” kata Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37 tahun.

Abby juga berkata episod kehidupannya pada kali ini tidak akan menjejaskan hubungannya pada masa akan datang. Abby juga menidakkan kenyataan di Instagram yang mana anaknya, Danish, menyuruh Farhan kurangkan melepak dan berkaraoke dengan rakan-rakan.

“Sebenarnya Danish tidak duduk dengan saya, dia berada di Tahfiz. Jadi dia sebenarnya tidak tahu apa-apa yang berlaku di sini. Dia nak bercakap dan berbincang dengan Farhan tapi saya rasa tidak perlu”

Di dalam bilik perbicaraan, Farhan akui pada mahkamah yang dia sudah tidak ada apa-apa hubungan dan perasaan pada Abby di saat mesej itu dihantar pada January lalu.

“Saya melihat Farhan ini cakap pusing-pusing. Apa kuasa saya untuk minta dia ulang kembali apa yang dia cakap pada saya. Padahal SMS yang awal (lafaz pertama) itu dia sudah kata pada saya yang dia tidak berniat untuk menceraikan saya ketika itu”

“Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah pada hari ini dan kini saya serahkan segalanya pada Allah”

Noor Farhan Didera?


Sebelum ini Abby akui perbezaan usia yang jauh adalah antara faktor kepada perpecahan rumahtangganya bersama Farhan. Kini bekas suami Abby, Noor Farhan Che Bakar, 24, pula tampil untuk memberikan kenyataan yang dia sebenarnya telah didera secara emosi dan fizikal oleh Abby ketika mereka masih lagi berumahtangga.

Menurut laporan polis yang ditunjukkan kepada media, telah berlaku perselisihan faham di dalam kereta yang membawa kepada pergaduhan fizikal di antara Abby dan Farhan. Pergaduhan tersebut telah menyebabkan kecederaan di bahagian muka, tangan dan pinggang.

“Saya puas hati dengan keputusan mahkamah hari ini, kerana perkara ini akhirnya dapat diselesaikan. Dia pun pernah mencederakan saya secara fizikal dan emosi. Dia pernah kata saya tidak mendatangkan kebaikan kepada dia”

“Dia telah cederakan saya menggunakan kuku dan kunci motor. Selepas daripada itu saya terus membuat laporan polis. Selepas daripada kejadian itu saya sudah trauma”

Ditanyakan dengan lebih lanjut, Farhan tidak pasti dengan ‘kebaikan’ yang dimaksudkan dan menyuruh wartawan bertanya sendiri pada Abby. Dia juga akui dari segi nafkah dia hanya memberi apa yang termampu.

“Saya tak pasti apa harapan yang dia letakkan pada saya bila dia kata saya tidak mendatangkan kebaikan pada diri dia. Itu media kena tanya dia sendiri. Dari segi nafkah pula, saya beri dia gaji harian saya. Mana-mana sahaja yang termampu”

Farhan juga berkata faktor umur, orang ketiga dan melepak di pusat-pusat hiburan bukan faktor kepada kejatuhan rumah tangga itu.

“Gadis yang dimaksudkan hanya rakan sahaja. Faktor umur yang jauh bukan antara punca kami berpecah. Saya juga jarang ke Cyber Café, karaoke dan melepak”

Akibat daripada penderaan fizikal dan emosi, Farhan juga akui sudah tawar hati dengan hubungannya bersama Abby dan sudah tidak ada mahu apa-apa kaitan dengannya. Hal ini turut membuatkan Farhan akui yang Abby adalah faktor kepada perpecahan mereka.

“Laporan polis yang telah dibuat adalah untuk Abby jauhkan diri dari saya. Laporan polis ini telah dibuat di Balai Polis Ampang, pada 17 Mei 2014 pada jam 10.15 malam. Laporan ini untuk memastikan saya berada dalam keadaan selamat.

iskandarX: isk isk isk akibat cemburu dan kerana faktor usia suami sekarang kena dera, haaaa mau dok jaga ok?


Farhan Akui Dicederakan Abby Abadi Sebelum Cerai


Farhan Akui Dicederakan Abby Abadi Sebelum Cerai

Farhan Akui Dicederakan Abby Abadi Sebelum Cerai


KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Hakim Mahkamah Syariah Rendah Gombak Timur Shaiful Azli Jamaluddin memutuskan kes penceraian Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah adalah sah menerusi SMS yang dihantar oleh Muhammad Nor Farhan Che Bakar pada 9 Mei lalu.

Namun, Murai yang mendapatkan komen dari bekas suaminya mendapati terdapat faktor lain yang menjadi punca berlakunya penceraian.

Farhan dikatakan telah dicederakan secara fizikal di bahagian muka, tangan dan lengan.

"Saya telah dicakar, Abby kata saya tidak membawa kepentingan padanya serta tidak membawa apa-apa faedah untuk meneruskan hubungan suami isteri," katanya kepada media selepas perbicaraan kes penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Menurutnya, Abby sering meminta wang dan dia akan dimarahi sekiranya tidak diberikan jumlah yang dikehendakinya.

"Saya sudah buat laporan polis untuk dijadikan sebagai bukti sekiranya hakim memerlukannya tetapi kes penceraian diselesaikan secara baik dan dipersetujui kedua-dua pihak." katanya.

Mengenai kontroversi Farhan yang dikatakan sering keluar malam dan berkaroke, dia menjelaskan ianya tidak tepat seperti mana digembar-gemburkan.

Farhan dengan tegas mengatakan dia sudah tawar hati dan tidak mungkin kembali semula bersama Abby.

iskandarX: Uiiihh ganaih gila laa rupa-rupanya.. Farhan tu dah lerr lemah lembut orangnya, sian dier....


Penjelasan Terakhir Engku Emran Berhubung Isu Erra Fazira


Penjelasan Terakhir Engku Emran Berhubung Isu Erra Fazira

Penjelasan Terakhir Engku Emran Berhubung Isu Erra Fazira


KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Berikut merupakan artikel yang ditulis oleh wartawan di Malaysian Digest yang mewakili suara Engku Emran bagi menjawab segala perkara yang terjadi kepada perkahwinannya terdahulu dan perkembangan terbarunya kini.

Engku Emran menerusi penjelasan panjang lebar ini berharap agar ianya menjadi penjelasan terakhirnya dan tiada lagi mana-mana pihak yang akan cuba membangkitkan isu ini lagi.

"Hari ini bukan saya mahu dedahkan apa-apa, saya cuma rasa terpanggil untuk memberi penjelasan, berat sebenarnya hati saya untuk beri penjelasan ini kerana perkara ini langsung tidak mengganggu fikiran saya. Selama ni ramai orang tercari-cari dan hubungi saya untuk mendapatkan penjelasan.

Saya bukan elak tapi saya cuma berdiam. Kerana bagi saya berdiam tu lebih baik. Saya pun bekerja dalam bidang media. Buat apa saya nak jumpa orang lain untuk jelaskan sedangkan saya tahu permainan media.

Selepas saya bercerai saya ada berjumpa dengan beberapa kawan media yang saya kenali. Saya beritahu mereka yang saya tidak akan keluarkan apa-apa statement. Allhamdulillah, mereka yang berada sewaktu perjumpaan itu faham, tahu, dan juga menghormati pendirian saya di waktu itu.

Tetapi selepas saya beri penjelasan tentang apa yang berlaku, ada juga yang berasa sangsi. Ada salah seorang antara mereka yang masih mencanang, mengatakan saya kahwin dua. Apa lagi yang mereka nak saya buat? Apa lagi yang mereka nak saya terangkan? Sebab itu saya kata, tak guna saya beri penjelasan kerana orang tak akan percaya.

Hal ni saya serah pada Allah sebab dia Maha Mengetahui. Sejak semalam juga, saya terdetik hati untuk beri penjelasan hari ini. Itu pun selepas seorang hamba Allah ini yang lebih tua dari saya dan saya hormati, yang lebih tahu tentang hal agama. Beliau nasihatkan, yang mungkin saya patut beri penjelasan sekali lagi yang terakhir supaya orang tidak memfitnah kita walaupun saya telah beri penjelasan, sebelum ini.

Macam inilah..., semasa saya berkahwin dulu, banyak cerita yang tak betul keluar. Macam saya katakan dari awal tadi, saya faham permainan media sebab saya pun orang media. I know the game too well! Saya dah bagi penjelasan masa itu yang saya tak kahwin dua. Hanya Erra Fazira seorang sahaja isteri saya, pada ketika itu.

Tetapi masih lagi orang bercerita. Masih lagi orang tak percaya. Bagi saya, saya dah tunaikan tanggungjawab saya untuk beri penjelasan. Kadang-kadang kita sebagai orang media, apa saja yang kita tulis, sekali orang was-was dengan penulisan kita, sekali orang meragu, kita sudah dianggap berdosa.

Memang... bukan niat kita nak sebarkan fitnah tapi sekali orang percaya, kita sudah mendapat dosa. Sekali kita aibkan org, 10 aib kita orang akan buka. 1 aib orang kita tutup 10 aib kita Allah akan tutup.

Peranan media ni penting. Kita yang mempengaruhi masyarakat dengan apa yang kita tulis. Saya bukan mahu mengajar siapa siapa tetapi dari pengalaman selama 14 tahun di bidang ini saya dah memahami sangat-sangat.

Lagi satu contoh..., ya selama ni, selepas waktu bercerai saya rasa ramai tahu yang saya cuba untuk memujuk. Masa saya buat #prayformomandayah tu pun, waktu itu saya cuma harapkan yang terbaik untuk mak dan ayah Aleesya.

Tidak semestinya perlu bersatu kembali, tapi saya harapkan yang terbaik. Pernahkah anda terfikir mungkin I’am a desperate father but not a desperate ex husband? Jika kami tidak kembali bersatu tapi kalau itu yang terbaik, kami terima.

Saya percaya Erra pun terima dan dia telah terima. Jangan fikir saya buat # tu semata-mata nak kembali semula, tidak... Saya ada anak, saya seorang bapa, mungkin kalau saya bukan bapa, saya tak buat. Tapi saya tahu dan dapat rasa keluhan anak saya. Setiap malam bila saya tidurkan dia, saya dapat rasakan keluhan dia.

Kalian diluar sana tak rasa, tapi saya rasa. Saya lalui, Erra lalui. Anda semua tak faham. Buat apa kami nak bercerita apa yang kami lalui. saya hanya bercerita apa yang saya mampu bercerita. Dan selepas habis tempoh edah pada 18 Mei lalu, (saya masih ingat tarikh tu sebab saya ingat tarikh saya bercerai).

Dan beberapa hari selepas itu keluar cerita gosip Erra dengan seorang lelaki. Bagi saya, kalau cerita itu betul, Alhamdulillah... I wish them all the best, ikhlas saya kata kan ini. Tetapi jikalau perkara itu tidak betul, anda semua tahu saya yang sedang cuba untuk bina masjid saya semula dan jika apa yang anda tulis itu tidak betul, MasyaAllah... Kerana disebabkan cerita yang keluar itu, disebabkan cerita yang anda tulis tu juga lah, saya move on. Saya bersedia untuk pergi. Jadi, jangan salahkan saya.

Sebab itu saya katakan tadi, sebagai pengamal media, apa yang kita tulis itu sangat-sangat bahaya. Tapi seperti yang saya katakan, kalau ianya betul, Alhamdulillah, I wish them all the best. Tetapi jangan salah faham juga, saya tidak menyalahkan mana mana media sebab apa yang telah tersiar adalah kerja Allah.

Jika Allah tidak buka kan hati anda untuk menulis cerita itu maka cerita itu pun tidak akan tersiar diakhbar dan blog blog. InsyaAllah... sekurang-kurangnya seperti ramai yang orang kata, saya dah cuba lebih daripada apa yang patut saya buat. Jadi, bagi yang menulis cerita itu, anda fikirlah... andai kata cerita itu tidak benar, anda telah menyebarkan fitnah dan disebabkan fitnah itu juga lah, saya telah berundur.

Kepada peminat-peminat Erra Fazira, saya tahu anda marahkan saya atau ada di antara anda yang marahkan saya. Tapi jangan salahkan saya atau Erra Fazira. Kerana anda mesti ingat, saya menunggu...menunggu... menunggu... dan menunggu. Sampai bila saya nak tunggu? Ada antara anda yang kata, kenapa sekejap sangat berubah hati? Ini bukan sekejap. Kami sudah berpisah selama setahun setengah, bercerai hampir 5 bulan.

Kalau dicampurkan tempoh itu, hampir 2 tahun. I need to move on. Penat jadi seorang bapa tunggal, memang penat. Tapi saya tak mengeluh. Saya tahu ini ujian dari Allah, saya tak mengeluh. Dan Alhamdulillah... selepas saya mendapat petunjuk (menerusi apa yang ditulis di akhbar, portal dan blog) sudah waktu nya untuk beredar. Dan Alhamdulillah juga, ada hamba Allah yang mengetuk pintu hati saya. Dan bila saya buka pintu hati saya, Alhamdulillah,apa yang saya lihat selama ini ialah yang saya impikan.

Tak perlulah saya beritahu siapa orang itu. Tapi cukup lah saya beritahu, wanita tersebut mengetahui tentang hal agama lebih daripada saya dan dia beragama Islam. Memang beberapa hari lepas saya ada bekongsi sedikit tentang apa yang saya rasa ketika ini.

Ya, saya rasa gembira, saya ni manusia biasa. Saya bukan selebriti. Saya tak pernah anggap diri saya ni selebriti. Memang saya pernah berkahwin dengan selebriti. Ya, tapi saya bukan selebriti. Saya seperti anda semua orang biasa dan saya tak perlu hidup sebagai selebriti walaupun saya dikenali. Itu prinsip saya, selagi saya tak kacau orang, selagi saya hormati semua orang dan saya menghormati Allah, bagi saya itu sudah cukup.

Berkenaan dengan laman sosial Instagram (IG) saya, IG ini ialah seperti cacatan jurnal, supaya satu hari nanti Aleesya dapat membaca sedikit sebanyak dan mungkin dia boleh belajar tentang kehidupan melalui jurnal saya ini. Sebab itu juga, jika anda lihat banyak gambar dan moment yang saya upload. Mungkin anda rasa saya tak patut dedahkan banyak perkara.

Tapi benda ni saya buat ada sebab bertujuan, supaya satu hari nanti Aleesya dapat lihat tempat yang saya bawa dia, yang saya pergi tanpa dia. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tidak. Tak pernah terlintas sebegitu. Ini semua untuk jadi rujukan untuk Aleesya bila dia dewasa nanti. Dan saya juga gembira sebab ramai pengikut saya di IG gembira melihat Aleesya. Ramai juga yang berdoa untuknya, Alhamdulilah, saya berterima kasih.

Tak sangka begitu ramai orang berdoa untuk Aleesya. Sesungguhnya dia seorang anak yang sungguh bertuah. Bagi saya tak perlulah kita menyalahkan sesiapa. Ini semua telah ditentukan oleh Illahi. Anda pun telah mendoakan untuk saya, Erra dan Aleesya dan mungkin ini adalah jawapannya. Ini adalah jawapan kepada doa-doa anda semua. Jadi tak perlu toleh ke belakang. Kita sama ambil ikhtibar dari pengajaran hidup masing, jika saya tak dapat selamatkan rumah tangga saya untuk anak saya, saya harap anda semua dapat selamatkan rumah tangga anda melalui apa yang anda lihat di IG saya.

Itu saja yang saya harapkan. Selepas ini tak perlu lah ada akhbar atau blog yang buat follow up story ini. (jika ada jugak saya tak tahu apa lagi lah nak kata) Banyak lagi berita penting diluar sana yang patut kita laporkan. Saya ni tak penting. Banyak lagi orang di luar sana yang memerlukan pertolongan. Orang yang perlukan pertolongan tentang hidup dan mati. lebih elok kita bantu mereka dari buat cerita tentang kehidupan kami.

Cukup, cukup lah! Saya ada mak bapak, Erra juga masih ada mak dan nenek. Jika anda semua tak dapat menghormati saya dan Erra hormatilah keluarga kami. Kalau saya boleh beri penghormatan ikhlas kepada bekas isteri saya siapalah anda untuk tidak respect privacy dia. Hubungan kami sekarang hanya lah sebagai ibu bapa kepada Aleesya.

Kami berdua baik baik sahaja Alhamdulillah we can also communicate well on matters pertaining to Aleesya. I have my own private life and so does Erra and we both have so much respect for each other. Pada mereka yang masih tak puas hati lagi, saya tak tahu apa lagi nak kata sebab manusia ni adalah sebaik-baik kejadian Allah.

Dan, anda yang tak puas hati tu pun adalah sebaik-baik kejadian Illahi. Saya tak salahkan anda sebab dah memang Allah jadikan anda begitu. Saya ni tak lah pandai sangat dalam hal agama tetapi saya tahulah sikit sikit.

Anda solat 5 waktu saya pun solat 5 waktu jadi fikir fikirkan lah. Saya tak mengambil kesempatan atas kedudukan saya di Malaysian Digest tetapi saya rasa inilah tempat yang paling baik untuk saya berkomunikasi dengan anda semua untuk penjelasan ini. Dan juga saya rasa ini lebih elok kerana saya dapat pantau apa yang saya cakap dan supaya kata-kata saya tidak disalah tulis. Ini juga adalah PENJELASAN TERAKHIR saya. Sekian wassalam.

Abby Abadi & Farhan Sah Bercerai Dengan Talak Satu


Abby Abadi & Farhan Sah Bercerai Dengan Talak Satu

Abby Abadi & Farhan Sah Bercerai Dengan Talak Satu


KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon, Abby Abadi sah bercerai talak satu dengan Muhammad Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin yang mendengar kes pasangan tersebut memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Farhan pada 9 Mei lalu selaku defendan adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.

Mahkamah juga berpuas hati dengan keterangan kedua-dua belah pihak berhubung kes berkenaan.

Abby pada mulanya sangsi dengan lafaz cerai yang di buat oleh bekas suaminya itu namun semuanya telah diputuskan oleh mahkamah.

“Saya redha dan terima keputusan ini dengan sepenuh hati, dan selepas ini saya terus menjalani kehidupan yang lebih normal,” ujar Abby Abadi.

Menurutnya lagi, dia menyerahkan kepada Farhan sama ada mahu berjumpa dengan anaknya  atau pun tidak.

“Saya tidak tahu nak komen apa tetapi, saya faham anak saya adalah anak tiri bukan anak kandungnya,” katanya.

Terdahulu, Farhan memberitahu mahkamah dia memang berniat untuk menceraikan isterinya selaku plaintif dalam kes berkenaan dan sedar dengan tindakannya ketika menghantar SMS berkenaan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, pada sebutan pertama pada 29 Mei lalu memberitahu mahkamah Farhan membuat lafaz tersebut pada pukul 10.25 pagi selepas mereka bertengkar pada malam sebelumnya.

Bagaimanapun kes tersebut ditangguhkan selepas Abby mendedahkan kepada mahkamah Farhan pernah memaklumkan kepada seorang teman pada Januari lalu menerusi SMS bahawa dia sudah "tiada apa-apa lagi" dengan Abby.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.


Jason Lo Mengaku Islam Tapi Mahu Gugurkan Status Di IC?


Jason Lo Mengaku Islam Tapi Mahu Gugurkan Status Di IC?

Jason Lo Mengaku Islam Tapi Mahu Gugurkan Status Di IC?


KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Semakin hari semakin terang-terangan manusia mengutarakan pandangan mereka masing-masing dalam apa jua aspek sekali pun dan hal tersebut tidak dapat disangkal kerana ia merupakan hak asasi individu.

Yang terbaru Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo yang juga merupakan seorang pemuzik menerusi akaun Twitternya mempersoal tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis perkahwinan Hindu yang didakwa pengantin perempuannya beragama Islam.

Ekoran daripada insiden tersebut, Jason Lo yang juga mengakui beragama Islam telah bersikap terbuka dimana secara lantangnya bersuara dengan cadangan menggugurkan status agama daripada Kad Pengenalan (IC).

Akibatnya, ada pihak yang meminta pandangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang juga teman baik pemuzik itu berhubung dengan status tersebut.

Antara akaun Twiitter yang bersuara @irwanminhat "Saya tertanya-tanya siapa sebenarnya di belakang anda kerana secara berterusan mengeluarkan kenyataan anti Islam? Anda tidak peribadi, anda membenci orang Islam.

Jawapan dariapada Jason pula sekaligus memberitahu dia juga merupakan seorang muslim. "Wahai @irwanminhat, kenyataan anda lebih bersifat perkauman dan naif serta menunjukkan rasa tidak selamat. Adakah anda tahu mengapa? Saya seorang Muslim. Terkejut?"

Ditanya mengapa dia mencadangkan pengguguran status agama di MyKad, Lo berkata: "Kerana agama sepatutnya menjadi pilihan"

Bagi yang tidak tahu, Jason sendiri merupakan seorang penganut agama Islam kerana berkahwin dengan seorang wanita Islam. Bukan sekali ini sahaja dia bersuara dan Jason tidak bersendririan dalam hal ini.

Diandaikan status Jason itu ada kaitannya dengan beberapa kontroversi yang melibatkan agama Islam sebelum ini. Biarlah mereka yang mempunyai ilmu dan tahu bagi memperjelaskan segala kekusustan yang kian meruncing didalam komuniti kita.

Sebagai selebriti rasanya mereka harus menjadi contoh dan biarlah ia contoh yang baik.


Fida Ibrahim Tampil Bela Diri Dituduh Liat Bayar Hutang


Fida Ibrahim Tampil Bela Diri Dituduh Liat Bayar Hutang

Fida Ibrahim Tampil Bela Diri Dituduh Liat Bayar Hutang


KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Melihat kepada perjalanan karier selebriti Fida Ibrahim, tidak dapat disangkal kehadirannya tetap memberikan dan menambahkan rasa dalam industri hiburan tempatan.

Sepupu kepada Dato` Siti Nurhaliza ini bagaimanapun kerap dikaitkan dengan cerita yang kurang enak didengar.

Tidak hairanlah bila baru-baru ini, ada isu mengatakan dia seorang yang suka berhutang dan liat untuk melangsaikan hutang. Macam-macam pula cerita yang terpalit pada namanya tetapi Fida tampil untuk membersihkan namanya.

Dalam kenyataan itu, Fida menafikan sekeras-kerasnya cerita terkini yang melibatkan dirinya itu.

Namun, Fida mengaku, dia juga tidak terlepas daripada masalah hutang dan kadang-kala ada juga meminjam jika menghadapi kesulitan dalam kewangannya, sama seperti orang lain.

“Nak katakan saya tidak pernah berhutang tu tidaklah, semua orang berhutang. Beli kereta, beli rumah atau beli apa jua jenis aset yang mahal-mahal semuanya secara kredit atau bahasa pasarnya berhutang.

“Apabila merujuk hutang antara saya dengan individu lain, ya memang ada. Tetapi sehingga sekarang, Alhamdulillah tiada masalah kelewatan membayar balik hutang tersebut. Kalau saya tak mampu nak bayar sekaligus, saya sedaya upaya akan membayar sedikit demi sedikit. Akan tetapi, jika mengatakan saya langsung tidak bayar hutang, saya rasa itu tuduhan yang tidak benar,” jelasnya menjawab isu terbabit .

Bagaimanapun, tambah Fida Ibrahim, jika benar dia ada berhutang dengan sesiapa dan tidak pernah berbayar, harap individu tersebut dapat menghubunginya segera.

“Seingat saya, semua hutang-hutang saya dijelaskan mengikut jadual. Jika ada yang tertangguh pun, tidak mengambil masa yang lama. Pun begitu, saya sebagai seorang manusia biasa mungkin terlupa sekiranya ada hutang yang terlepas pandang,” katanya penuh merendah diri.


Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak RM100,000 Dari Aidil


Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak RM100,000 Dari Aidil

Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak RM100,000 Dari Aidil


SHAH ALAM, 11 JUN 2014: Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Mawardi Che Man telah menetapkan tarikh pebicaraan penuh bagi kes tuntutan nafkah tertunggak lebih RM100,000 difailkan pelakon, Rita Rudaini, terhadap bekas suaminya yang juga pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, akan berlangsung pada 30 September ini.

Bagaimanapun ketika prosiding berlangsung Rita dan Aidil hanya diwakili peguam masing-masing.

Peguam Rita, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, berkata hakim turut menetapkan 22 September ini sebagai tarikh pengesahan afidavit dan dokumen.

Beliau berkata, tuntutan nafkah berjumlah lebih RM100,000 yang difailkan Rita Rudaini membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.

“Jumlah terbabit dikira bermula dari tarikh Aidil keluar daripada rumah mereka di Kota Damansara sejak Januari 2012, meninggalkan Rita serta dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.

“Tuntutan nafkah ini difailkan pada awal Januari lalu dan semua jumlah adalah nafkah tertunggak,” katanya ketika ditemui selepas prosiding semalam. Aidil Zafuan pula diwakili oleh peguam, Roshdan Sujak.

Sebelum ini, Rita turut menuntut nafkah anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang sebanyak RM5,392 sebulan.

Bagaimanapun, Aidil yang juga pemain pertahanan skuad JDT, menegaskan beliau hanya mampu membayar RM2,000 sebulan.


Mahkamah Sahkan Izreen Azminda Sah Bercerai Talak Satu


Mahkamah Sahkan Izreen Azminda Sah Bercerai Talak Satu

Mahkamah Sahkan Izreen Azminda Sah Bercerai Talak Satu


KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Aktres Izreen Azminda semalam telah mengesahkan yang dia sudah pun bercerai talak satu dengan Muhammad Riza Baharuddin, pagi kelmarin.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Izreen, 29, yang dihubungi berkata, keputusan itu sekali gus meleraikan segala spekulasi dan konflik yang timbul berhubung keretakan rumah tangganya sebelum ini.

Isnin lalu, perbicaraan kes cerai pasangan ini telah berlangsung dalam keadaan tenang di Mahkamah Syariah Wilayah tanpa sebarang liputan dari wakil media.

Izreen dalam kenyataannya kepada Harian Metro berkata semuanya sudah selesai dan tiada sebab lagi untuk dia dan bekas suaminya itu untuk bermusuh selepas ini.

Tambahnya, dia dan bekas suaminya akan terus bersahabat baik demi kebajikan anak mereka, Adrian Umar, 10 bulan.

Izreen pada masa yang sama turut menjelaskan keputusan cerai itu adalah yang terbaik untuk mereka berdua.

Baginya yang penting, mereka akan terus berkawan baik dan merasakan berkawan itu lebih baik daripada hidup bersama. Dia akur dengan ketentuan itu.

Izreen berkata, keputusan untuk berkawan dengan bekas suami di ambil demi kebaikan anak mereka. Dia juga tidak akan menyekat bekas suaminya untuk mengambil atau menjenguk anak pada bila-bila masa saja.

Media sebelum ini menyebut perceraian pasangan itu berlaku di lokasi penggambaran drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan di Pulau Pinang pada hujung Mei lalu dipercayai bermula daripada pertengkaran mereka.

Izreen mengeluarkan kenyataan mengesahkan mereka sudah tidak mempunyai sebarang ikatan, namun enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, Muhammad Riza berkata, mereka belum bercerai seperti dilaporkan tetapi sebaliknya dia baru saja memfailkan permohonan cerai di sini pada 14 Mei lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Ogos 2012 di Alor Setar, Kedah dan mempunyai anak lelaki yang kini berusia 10 bulan.

Dalam pada itu, Izreen berkata, kegagalan rumah tangga bagaimanapun tidak akan menutup pintu hatinya untuk mengenali lelaki lain pada masa akan datang.


Ratu Rock Ella Sedia Berduet Dengan Kaka


Ratu Rock Ella Sedia Berduet Dengan Kaka

Ratu Rock Ella Sedia Berduet Dengan Kaka


KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Ratu rock negara, Ella kini dalam proses pembikinan album baru yang sudah pun 50% siap dan konsepnya masih mengekalkan elemen rock.

“Sudah lama saya tidak keluarkan ‘full album’ dan saya sangat gembira kerana komposer yang terlibat adalah nama-nama besar seperti Datuk M Nasir,” kata Ella dalam sidang media showcase Ella di Hard Rock Cafe.

Menurutnya,  album yang akan dilancarkan pada Ogos ini adalah lagu baru sepenuhnya, tiada lagu lama yang diberikan nafas baharu.

Dalam pada itu, Ella juga bersedia untuk berduet dengan anak saudaranya, Kaka yang dikatakan berminat untuk menyanyikan apa jua lagu dengannya.

“Hasrat itu memang ada, cuma perlu berikan masa yang sesuai dan Kaka pun sibuk dengan jadual kerjaya dan saya amat berbesar hati untuk berduet dengan Kaka," jelas Ella.

Dalam pada itu, pada 22 Jun ini Showcase Ella di Hard Rock Café KL akan menyaksikan Ella berkolaborasi dengan band indie Sparrow King. 8 buah lagu akan dinyanyikan dan Sparrow King selaku band iringan  bakal memeriahkan showcase itu.

“Saya pilih band ini kerana mereka amat berbakat dan mahir dalam “notes music”  serta arif dengan lagu-lagu popular saya.

Selain showcase ini, Ella juga bakal mengadakan konsert jelajah ke seluruh negara bermula di Johor Bahru dan dijangkakan pada September depan.

“Johor Bahru sebagai tempat permulaan tetapi perancangan konsert ke destinasi lain masih lagi dalam perbincangan seperti Pulau Pinang, Kuantan mahu pun di Kuala Lumpur.

Showcase Ella juga turut menjual cenderhati khas dan eksklusif untuk peminat Ella. Sebarang pertanyaan, peminat boleh hubungi di talian 03-6203 5800.


Awie: Buktikan Bahawa Saya Telah Pukul Isteri Depan Bank


Awie: Buktikan Bahawa Saya Telah Pukul Isteri Depan Bank

Awie: Buktikan Bahawa Saya Telah Pukul Isteri Depan Bank


KUALA LUMPUR, 10 JUN 2014: Vokalis kumpulan rock Wings, Awie meminta mana-mana pihak yang menyatakan dia adalah rockers yang didakwa memukul isteri dihadapan bank supaya tampil dengan bahan bukti.

“Kalau betul gosip tersebut merujuk kepada diri saya, saya mahukan bukti mengenai perkara tersebut.

“Betul atau tidak perkara itu saya tidak mahu komen banyak kerana ia melibatkan rumah tangga dan biar saya selesaikan sendiri. Itu hak peribadi saya,” katanya ketika menjawab mengenai gosip tersebut.

Beberapa hari lalu, timbul gosip yang mendakwa seorang rockers terkenal telah memukul isterinya dihadapan sebuah bank di Ampang.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, turut memberitahu kepada media buat masa ini dia menganggap perkara itu sebagai fitnah.

“Selagi tidak ada bukti sahih mengenainya, saya aggap ia sebagai fitnah. Tetapi sekiranya ada pihak yang tampil dengan bukti barulah saya keluarkan segala-galanya.

“Kalau boleh saya tidak mahu cerita langsung tentang perkara tersebut kerana saya mohon kepada pihak yang membuat cerita tersebut tampil dan kemukakan bukti dahulu,” katanya.

Bagaimanapun menurut Awie, jika ada pihak yang cuba mengaibkannya dia sudah bersedia untuk bersemuka dengan individu terbabit.

Tambah Awie lagi dia tidak mahu dikaitkan dengan perkara tersebut kerana di dalam artikel yang dikeluarkan Berita Harian pada Sabtu lalu tidak ada menyebut nama mana-mana individu.

“Saya diberitahu dalam gosip tersebut hanya ‘mentioned’ rockers, dalam Malaysia ni ada banyak lagi rockers bukan saya seorang,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Awie sebagai duta produk kesihatan LongJack di Bora Ombak pada petang Selasa.


Tauke Jambu: Bukan Saya Paparkan Resit Kasut Itu!


Tauke Jambu: Bukan Saya Paparkan Resit Kasut Itu!

Tauke Jambu: Bukan Saya Paparkan Resit Kasut Itu!


KUALA LUMPUR, 10 JUN 2014: Pelawak terkenal Tauke Jambu atau nama sebenar Zamatul Amri Zakaria, memberitahu wujud salah faham mengenai resit kasut sneakers ‘designers shoe’ yang dibelinya dengan nilai  lebih RM6,000.

“ Sebenarnya, kasut itu ditaja bukan saya beli, saya ambil gambar resit dan kongsi di ‘Whatsapp Group’ tapi adalah individu dalam ‘Group’ itu yang muat naik di laman sosial,” katanya di hubungi Murai.

Menurutnya, individu yang sebarkan itu  bukan kawan-kawannya yang sama berlakon mahupun berlawak, mereka adalah kawan-kawan di luar industrI.

“ Apa yang saya buat itu adalah perkara biasa tapi mungkin ada segelintir dari ‘Group’ itu yang mungkin rasa cemburu dan cuba menjatuhkan reputasi saya, “ katanya.

Murai turut bertanya, adakah Tauke akan siasat siapa dalang itu untuk diambil sebarang tindakan? Beliau hanya menjawab, ia tidak perlu dan hanya memaafkan sahaja kesalahan rakannya itu.

“Mungkin lepas ini saya akan lebih berhati-hati,  agar perkara sebegini tidak timbul lagi," katanya.

Tauke juga turut menjelaskan, kasut yang ditaja ini beliau ingin melaram untuk Hari Raya Aidilfitri akan datang. Beliau akui gemarkan sneakers itu dan berkemungkinan akan membelinya sendiri.

“ Sebelum ini saya tidak menitik beratkan imej permakaian kini, saya sudah mula berjinak-jinak belajar mengenai fesyen terbaru untuk digayakan di majlis rasmi atau tidak rasmi," katanya.

Sekarang ini, Tauke sedang sibuk berlakon Telemovie Simpul Raya arahan Adlin Aman Ramli yang akan disiarkan di Astro Warna di Aidilfitri nanti.

iskandarX: Suka hati la nak beli kasut harga satu juta pun yang nak dengki pehal kan?

Azwan Kombos Dedah Punca Cintanya Dengan Nad Zainal Berakhir


Azwan Kombos Dedah Punca Cintanya Dengan Nad Zainal Berakhir

Azwan Kombos Dedah Punca Cintanya Dengan Nad Zainal Berakhir


KUALA LUMPUR, 10 JUN 2014: Baru-baru ini, isu putusnya hubungan cinta antara pelakon drama, Azwan Kombos dengan aktres Nad Zainal telah menjadi mainan tajuk-tajuk utama media online.

Aktres Nad Zainal pada mulanya telah membuat pengakuan di sebuah rancangan TV yang hubungan cintanya bersama Azwan Kombos telah berakhir, namun perkara sebaliknya telah dikeluarkan oleh Azwan Kombos sendiri.

Kemudian menerusi program H!Live baru-baru ini, pengacara Hefny Sahad membuat pengakuan secara terbuka di program hiburan itu yang dia dan Nad Zainal sedang menjalin hubungan cinta.

Lebih mengejutkan lagi apabila Nad Zainal turut mengaku perkara yang sama walaupun sebelum ini bermati-matian menafikan khabar angin dia bercinta dengan Hefny selepas meninggalkan Azwan.

Justeru, MeleTOP telah menjemput Azwan Kombos untuk berkongsi kepada para penonton perkembangan terbarunya serta adakah Azwan bakal meluahkan kisah cinta yang menjadi kontroversi sejak minggu lalu?

MeleTOP turut menjemput Hanis Zalikha, Fizo Omar dan Diana Danielle untuk mempromosikan segmen ‘Stail Sihat Krunch’. Apa itu ‘Stail Sihat Krunch’? Pasti anda semua ingin tahu bukan tentang segmen ini.

Selain itu, Adira juga bintang program nyanyian realiti Akademi Fantasia bakal muncul untuk berkongsi pelbagai kisah menarik serta projek terbarunya.

Nak tahu apa yang lebih menarik, jangan lupa untuk menonton program MeleTOP yang dihoskan oleh Nabil dan Neelofa malam ini bermula jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan