Cari Artikel

Saturday, June 7, 2014

Hanis Zalika Sedia Berjumpa Dengan Rama Nidji


Hanis Zalika Sedia Berjumpa Dengan Rama Nidji

Hanis Zalika Sedia Berjumpa Dengan Rama Nidji


KUALA LUMPUR, 7 JUN 2014: Susulan rakaman video yang memaparkan gitaris Nidji iaitu Rama mengenai pengakuannya meminati Hanis Zalikha, isu tersebut nyata mendapat reaksi  positif oleh peminat tempatan.

Aktres Hanis Zalikha juga memuji tindakan Rama itu dan menganggap ianya sesuatu yang kreatif.

“Saya terkejut dengan video itu, kawan-kawan saya yang memberitahu saya, apa yang saya boleh komen tindakan Rama membuat video itu adalah sangat kreatif,” katanya Hanis ketika dihubungi Murai.

Menurutnya lagi, kumpulan Nidji merupakan band muzik yang popular di kedua-dua negara dan dia juga meminati lagu-lagu kumpulan Nidji seperti lagu Hapus Aku dan Bila Aku Jatuh Cinta.

“Difahamkan Nidji akan mengadakan promosi album dan konsert di sini akan datang, sekiranya saya mempunyai masa terluang, Insya Allah saya cuba untuk bertemu dengan Rama dan ahli kumpulan yang lain,” kata Hanis Zalika.

Perkembangan terbaru, Haniz sibuk menjalani pelbagai “photoshoot” dan undangan majlis-majlis korporat.

Mengenai  hubungannya dengan Hairul Azreen, dia menegaskan masih teman biasa dan tiada perkembangan ke arah yang lebih mendalam.

“Masing-masing sibuk dengan kerjaya, saya lebih selesa berkawan begitu juga dengan Hairul.”

Hanis juga turut popular dalam drama ‘Jodoh 2’ yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) dan juga Astro Maya HD (saluran 135).

iskandarX: alaa tak yah lerr jumpa dia Hanis....

Syamsul Yusof Kembali Mengarah Filem Seram Dalam Munafik!



Syamsul Yusof Kembali Mengarah Filem Seram Dalam Munafik!

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2014: Lama tidak nampak kelibat Syamsul Yusof di majlis atau khalayak ramai. Di malam preview filem Abang Long Padil di mana Syamsul sendiri turut berlakon, hadir bersama isteri tercinta, Putri Sarah Liyana.

Dulu Syamsul merajuk kerana filem arahannya, KL Gangster 2 telah dicetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sehinggakan ada khabar mengatakan dia bertegang leher bersama bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam. Tetapi kini tidak lagi.

Kehadirannya pada malam itu nampak lebih ceria dan bahagia semenjak berkahwin. Puteri Sarah yang dinikahinya Mac 2014 lalu, telah memberi satu perubahan kepada Syamsul. "Alhamdulillah saya berasa tenang, gembira,bahagia dan sukar untuk saya jelaskan perasaan itu".

"Saya dalam proses menyiapkan skrip untuk filem terbaru saya berjudul Munafik. Ini filem seram kedua saya. Saya nak lari sedikit dari yang sebelum ini. Adik saya pun baru keluar cerita berkisarkan aksi jadi tak kan saya mahu keluar genre yang sama.

"Sebenarnya saya mengambil masa yang lama untuk buat skrip ini. Betul-betul serius sebulanlah saya buat skrip ini. Dalam perancangan nak mula pengambaraan sebelum puasa. Tetapi skrip jadi tertangguh sebab saya stuck di babak akhir filem ini. Lagi pun saya tidak mahu rush sangat nanti skrip teruk susah pula nanti," cerita Syamsul panjang lebar.

Adakah filem Munafik boleh mendapat kutipan seperti filem Khurafat iaitu RM8 juta? Sedikit sebanyak ia mencabar bagi Syamsul untuk melakukan yang terbaik.

"Saya tidak risau jika dibandingkan dengan Khurafat. Tapi sebenarnya mencabar kepada saya untuk persembahkan karya tersebut kepada penonton. Penonton sekarang tidak fikir filem Melayu atau luar negara, yang mereka mahukan sesebuah cerita itu bagus," jelas Syamsul.

Seperti yang diketahui, Munafik dan juga khurafat memang sinonim dengan ajaran yang salah dalam Islam. Tidak mahu filem Munafik menyentuh ke arah itu Syamsul memilih untuk menyelitkan konteks seram.

"Saya mahu lebih kepada perihal munafik itu sendiri dan seram. Saya tidak mahu terlalu keagamaan nanti lain jadinya, " kata Syamsul menamatkan perbualan.

iskandarX: Apa kena-mengena seram dengan munafik Syamsul? Hmmmm

Hairuddin Omar Respon Isu Bercinta Dengan Fara Fauzana


Hairuddin Omar Respon Isu Bercinta Dengan Fara Fauzana

Hairuddin Omar Respon Isu Bercinta Dengan Fara Fauzana


KL, 6 JUN 2014: Awal minggu ini heboh pasal kisah pengacara popular kita yang juga penyampai radio, Fara Fauzana dikatakan telah menemui cinta hatinya. Berita ini bertambah panas apabila dia dikatakan sedang bermain cinta dengan pemain bola terkenal iaitu Hairuddin Omar.

Memetik laporan Mstar Online hari ini, portal berkenaan telah mendapatkan komen serta penjelasan daripada pemain bola tersebut yang kini merupakan kapten pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menyifatkan cerita yang tersebar itu hanya andaian yang tidak betul, Hairuddin yang dikenali dengan nama Hai-O itu turut bersimpati dengan nasib Farah Fauzana yang dikaitkan bercinta dengannya.

“Kami tidak bercinta dan tidak pernah pun keluar bersama. Cukuplah! Jangan buat andaian yang tidak betul. Kesian dengan dia (Fara),”antara petikan artikel daripada portal Mstar Online.

Fara dalam kenyataannya sebelum ini turut menepis tuduhan berkenaan sebaliknya berasa kecil hati apabila timbul pula cerita kononnya dia bertudung atas permintaan bintang sukan berkenaan.

Tambah Hairuddin, Fara membuat keputusan bertudung tiada kena-mengena dengannya kerana ia adalah kehendak wanita itu sendiri. Malah katanya, apabila tersebar gosip berkenaan Fara ada menghantar mesej kepadanya sambil memberitahu agak sedih dengan berita yang tersebar.

Ditanya sejauh manakah dia mengenali Fara ujar Hairuddin, mereka bertemu kira-kira tujuh tahun lalu ketika Fara bersama kru Hot FM singgah di restorannya di Terengganu.


Sofi Jikan Kesal Kerana Pernah Jadi Kaki Buli


Sofi Jikan Kesal Kerana Pernah Jadi Kaki Buli

Sofi Jikan Kesal Kerana Pernah Jadi Kaki Buli


KUALA LUMPUR, 6 JUN 2014: Pelakon Sofi Jikan memohon maaf kepada junior-junior beliau di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan kerana suatu ketika dulu beliau pernah menjadi pembuli.

Berkongsi pengalaman peribadi beliau di Buletin Awani 745 malam tadi, pelakon KL Gangster itu akui lakonan watak jahatnya hidup kerana mempunyai pengalaman yang banyak ketika zaman sekolah.

“Saya paling kesal kerana tidak kenal junior-junior Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan. Saya nak minta maaf sekarang ini. Namun cara kita mengganas terkawal, tidak di luar batasan dan tidak masuk hospital.

“Kepada pembuli dan yang dibuli, pengalaman-pengalam itu bukan sejarah yang membunuh tapi menghidupkan kita” kata Sofi.

Beliau juga bersyukur untuk memasuki industri perfileman yang membuat beliau menjadi lebih baik dan beliau juga mempunyai niat untuk memperbaiki diri.

iskandarX: Macam tu lerr bagus, minta maaf supaya mendapat berkat.

Hubungan Soo Wincci & Iqram Dinzly Lebih Dari Teman?


Hubungan Soo Wincci & Iqram Dinzly Lebih Dari Teman?

Hubungan Soo Wincci & Iqram Dinzly Lebih Dari Teman?


KL, 6 JUN 2014: Tindakan Soo Wincci membela dan cuba membersihkan nama teman selebriti Iqram Dinzly baru-baru tidaklah sesuatu yang mengejutkan kerana mereka berdua telah digosipkan sejak hujung tahun 2013 lagi.

Selain daripada dilihat cuba menyelamatkan maruah Iqram daripada kisah seksualiti songsang itu, Soo Wincci juga akui dia berbuat demikian kerana ingin mengetahui sendiri mengenai peribadi pelakon lelaki tersebut selepas ramai temannya turut meragui personaliti aktor tersebut.

Tiada sebarang ikatan istimewa hingga kini, persahabatan yang dikenali Soo Wincci sebagai ‘lebih daripada seorang teman tetapi bukan pasangan kekasih’ itu menjadikan hubungan diantara mereka semakin akrab tanpa sebarang komitmen yang harus dipatuhi.

“Hubungan antara saya dan Iqram unik sebenarnya. Kami lebih daripada sekadar teman namun tidak menjalin sebarang pertalian sebagai pasangan kekasih. Begitulah gambaran sebenar hubungan saya dan Iqram kerana dia sering berada disisi ketika saat memerlukan seseorang untuk berbicara.

“Pengalaman saya, ramai teman saya juga menghadapi situasi yang sama. Bagi gadis-gadis yang bekerjaya khususnya, mereka ada cita-cita tetapi dalam masa yang sama tetap mempunyai perasaan untuk dicinta dan mencintai.

“Saya selesa begini kerana saya tahu apa pun kesudahan hubungan ini, buat masa ini saya masih mempunyai harapan. Zaman bercinta saya dah lalui dan pengalaman mengajar saya untuk memajukan diri dan menjadi lebih berjaya,”jelas Soo Wincci yang kini sibuk merencanakan album terbarunya sekaligus siri jelajah ke negara China.

Selain daripada pengalaman bercinta, penyanyi yang bertapak di Taiwan ini bakal tampil dengan album baru memuatkan lagu-lagu berunsurkan cinta termasuklah sebuah lagu yang mengkisahkan keunikan hubungannya dengan Iqram Dinzly.

Sehingga Oktober ini, bekas ratu cantik ini akan berada di Taiwan untuk melengkapkan segala rancangannya bagi projek album terbaru itu. Selain itu dengar khabar dia bakal tampil dengan gaya baru atau Wincci yang baru sempena penghasilan album terbaru berkonsepkan cinta ini.


Fara Fauzana - Hanya Kenal Hai-O, Bukan Bercinta


Fara Fauzana - Hanya Kenal Hai-O, Bukan Bercinta

Fara Fauzana - Hanya Kenal Hai-O, Bukan Bercinta


KL, 5 JUN 2014: Penyampai Radio dan Pengacara Fara Fauzana 34, menegaskan hanya mengenali bintang ATM, Hairuddin Omar sebagai pemain bola sepak bukannya kekasih.

“Saya menolak sekeras-kerasnya gossip itu dan menyifatkan ia adalah gurauan nakal, sejujurnya saya tidak mengenalinya secara peribadi,” katanya ditemui dalam majlis pelantikkannya sebagai duta Yakult di Seri Pentas.

Fara Fauzana yang kononnya dikaitkan dengan Hairuddin Omar 35, yang juga pemian bola sepak kebangsaan itu antara punca beliau tampil dengan imej berselendang.

“Sejujurnya perubahan pada imej saya ini adalah kehendak saya sendiri tanpa dorongan dari sesiapa pun termasuk jejaka yang digossipkan itu,” ujarnya.

Dia juga tidak terasa hati sekiranya ade segelintir peminat yang mengkritik imej terbarunya yang berkeputusan berselendang dahulu sebelum mengenakan tudung penuh.

“Saya seorang yang ‘hati kering’ apa yang saya buat ia adalah diri saya serta niat yang ada dalam hati ini, kritikan yang dilemparkan saya terima dan berdoa  kea rah kebaikan.”

Dalam pada itu, Fara Fauzana juga turut mempromosikan imej-imej pakaiaan terbaharu menerusi Instagram miliknya.

Peminat yang ingin mengetahui apakah imej terbaru Fara Fauzana? Semuanya ada di Instagramnya “THEREALFAFAU”.


Noryn Aziz Lancar Delima Bella & Wanita Humanskin


Noryn Aziz Lancar Delima Bella & Wanita Humanskin

Noryn Aziz Lancar Delima Bella & Wanita Humanskin



KUALA LUMPUR, 5 JUN 2014: Lagi tiga bulan penyanyi jazz, Noryn Aziz bakal bergelar ibu. Namun Noryn terlebih dahulu melahirkan "baby" yang sememangnya diimpikan setelah sekian lama.

"Baby" yang dimaksudkan adalah produk makanan kesihatan Noryn, Delima Bella yang dihasilkan dari ekstrak buah delima yang diketahui memiliki khasiat yang tinggi.

Bukan itu sahaja, Noryn turut melancarkan jenama pakaian sendiri iaitu Wanita Humanskin. Jenama ini adalah koleksi busana jubah yang sesuai digayakan untuk ke majlis-majlis berbuka puasa atau menjelang Syawal.

Sudah terang lagi bersuluh, semestinya Noryn akan sibuk dengan kedua-dua produknya itu. Biarpun dua jenama yang berbeza tetapi itu yang ingin Noryn berkongsi dengan masyarakat.

"Saya memang ingin lakukan banyak perkara sampaikan tidak terjangkau dek akal. Produk Delima Bella ini tercetus apabila saya mendapat tahu saya mengandung. Sebelum mengandung saya memang ambil pelbagai makanan tambahan untuk berusaha supaya mengandung.

"Maklumlah saya mencuba untuk mendapat anak selama empat tahun. Alhamdulillah atas bantuan rakan-rakan dan usaha saya juga, akhirnya saya mengandung. Semasa tempoh mengandung saya risau tentang kesihatan bayi dalam kandungan dan diri saya juga.

"Kemudian saya mencuba Delima Bella dan pembuatannya juga bagus. Disebabkan itu saya mahu berkongsi dengan masyarakat tentang kebaikan produk ini," katanya.

Beralih kepada jenama Wanita Humanskin, ia adalah hasil kerjasama bersama Raja Shahirah (anak tiri Noryn).

"Saya memang sukakan fesyen namun tiada kepakaran terutama dalam pemilihan kain, material dan sebagainya. Jadi bila ada Shahirah sebagai pereka utama label ini, impian saya menjadi kenyataan".

Jika dilihat, Noryn amat memilih dalam membuat persembahan pentas. Disebabkan itu juga jarang melihat dia di majlis tertentu.

"Saya memang perlahankan aktiviti seni saya terutama dalam keadaan sekarang. Selain dari itu dengan personaliti saya ini saya perlu memilih dalam membuat persembahan. Saya rasa anda faham maksud saya. Tetapi Alhamdulillah rezeki tidak pernah putus".


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan