Cari Artikel

Thursday, June 5, 2014

Nas Nafi 'Over Confident', Nordin Bawa Pulang RM30 Ribu


Nas Nafi 'Over Confident', Nordin Bawa Pulang RM30 Ribu

Nas Nafi 'Over Confident', Nordin Bawa Pulang RM30 Ribu


Peserta paling konsisten membuat persembahan setiap minggu, Nas terpaksa akur apabila menduduki tempat kelima di Pentas Akhir Kilauan Emas 4 (KE4) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada malam Rabu.

Nas bagaimanapun menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan terlalu selesa adalah punca kekalahannya.

"Tiada istilah terlalu selesa atau 'over confident'...Saya reda dengan keputusan ini. Mungkin malam ini bukan rezeki saya.

"Saya sendiri tidak menjangkakan akan mendapat undian SMS paling tinggi awal-awal tadi.

"Saya sudah cuba sehabis baik dan cuba untuk 'melawan' masalah kesihatan saya sejak dua minggu lalu. Ini adalah ketentuan dari-NYA. Dia sudah atur yang terbaik buat saya.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada para pengundi kerana tidak dapat meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya. Terima kasih di atas sokongan yang tidak terhingga kalian, " katanya ketika ditemui Astro Gempak selepas majlis sidang media pertandingan realiti nyanyian itu.

Menjawab soalan Astro Gempak mengenai wang tunai RM10,000 yang dimenanginya, kata Nas masih belum ada perancangan tentang perkara tersebut.

"InsyaAllah saya akan gunakan hadiah ini sebaik-baiknya," jawabnya ringkas.

Selain wang tunai Nas atau nama sebenarnya Muhammad Nasiruddin Mohd Hashim, 44, turut membawa pulang pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort, langganan majalah MIDI selama 3 bulan dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Sementara itu pemenang tempat keempat, Nor-Din Yusoff atau Nordin, 53, menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

"Sudah sampai ke peringkat ini pun sudah cukup baik. Saya bersyukur berada di KE 4 kerana selain dapat belajar menyanyi, kesihatan saya juga lebih baik," katanya yang turut menerima Anugerah Kesihatan Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus sebanyak RM15,000.

Pemenang tempat keempat telah menerima wang tunai sebanyak RM15,000, pakej percutian PNB Ilham Resort, langganan Majalah MIDI selama tiga bulan berserta trofi sumbangan Astro.

Dalam pada itu, kedua-dua finalis ini turut memberitahu kejutan yang dilakukan Astro pada Konsert Akhir KE 4 adalah satu tindakan yang wajar.

"Kami memang tidak tahu langsung tentang kejutan yang berlagsung tadi. Kami doakan agar kawan-kawan kami yang tinggal terus berjuang dan lakukan yang terbaik," kata Nas dan Nordin mengakhiri perbualan.

Tiga lagi finalis iaitu Ben, Arip dan Zain akan berentap sekali lagi untuk merebut gelaran juara, naib juara dan tempat ketiga pada Rabu hadapan di Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4.



Hanya Kenal Bukan Bercinta, Fara Fauzana


Hanya Kenal Bukan Bercinta, Fara Fauzana

Hanya Kenal Bukan Bercinta, Fara Fauzana


KL, 5 JUN 2014: Penyampai Radio dan Pengacara Fara Fauzana 34, menegaskan hanya mengenali jejaka itu sebagai pemain bola sepak bukannya kekasih.

“ Saya menolak sekeras-kerasnya gossip itu dan menyifatkan ia adalah gurauan nakal, sejujurnya saya tidak mengenalinya secara peribadi,” katanya ditemui dalam majlis pelantikkannya sebagai duta Yakult di Seri Pentas.

Fara Fauzana yang kononnya dikaitkan dengan Hairuddin Omar 35, yang juga pemian bola sepak kebangsaan itu antara punca beliau tampil dengan imej berselendang.

“ Sejujurnya perubahan pada imej saya ini adalah kehendak saya sendiri tanpa dorongan dari sesiapa pun termasuk jejaka yang digossipkan itu,” ujarnya.

Beliau juga tidak terasa hati sekiranya ade segelintir peminat yang mengkritik imej terbarunya yang berkeputusan berselendang dahulu sebelum mengenakan tudung penuh.

“ Saya seorang yang ‘hati kering’ apa yang saya buat ia adalah diri saya serta niat yang ada dalam hati ini, kritikan yang dilemparkan saya terima dan berdoa  kea rah kebaikan.”

Dalam pada itu, Fara Fauzana juga turut mempromosikan imej-imej pakaiaan terbaharu menerusi Instagram miliknya.

Peminat yang ingin mengetahui apakah imej terbaru Fara Fauzana? Semuanya ada di Instagramnya “THEREALFAFAU”.


iskandarX: adduusss sakit jatuh terduduk Fara oiiiiii.

Kejutan di Pentas Akhir Kilauan Emas 4


Kejutan di Pentas Akhir Kilauan Emas 4

Kejutan di Pentas Akhir Kilauan Emas 4


KUALA  LUMPUR, 5 JUN 2014: Kejutan berlaku sebentar tadi di Pentas Akhir Kilauan Emas musim keempat selepas pengacara Kak Engku mengumumkan Zain, Ben dan Arip bakal merebut gelaran juara di Konsert Mega Akhir yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.

Sebelum itu, Nas dan Nordin masing-masing diumumkan sebagai peserta yang diundi berada di tempat kelima dan keempat dengan membawa pulang wang tunai RM 15,000 dan RM 10,000 beserta , pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort, langganan majalah MIDI selama tiga bulan dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Dengan tema bebas dan kesemua finalis telah diberikan lagu baru untuk dipersembahkan di hadapan tiga juri tetap Datuk Ramli M.S, Datuk Hattan dan Ziana Zain serta seorang juri jemputan iaitu Erra Fazira.

Keputusan mengejut sebentar tadi di konsert Kilauan Emas 4 serba sedikit memberi harapan kepada Zain, Ben dan Arip untuk memperbaiki mutu vokal nyanyian mereka dan berentap merebut gelaran juara Kilauan Emas musim keempat pada minggu hadapan.

Mampukah mereka memikat hati para juri serta menarik undian penonton di rumah pada minggu hadapan?

Teruskan mengundi kerana jika otai kegemaran anda tidak memenangi hadiah utama, dia mungkin berpeluang untuk bergelar naib juara dan memenangi wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah kereta Nissan X Gear bernilai RM85,000.

Konsert pentas akhir Kilauan Emas 4 bakal berlangsung di kaca televisyen anda pada minggu hadapan bermula 9.30 malam saluran Astro Prima (105) dan Astro Mustika HD (134).

Terus hantarkan undian anda kerana nasib para peserta akan diadili berdasarkan sistem pemarkahan 70% oleh juri tetap dan 30% lagi akan ditentukan berdasarkan undian penonton menerui system pesanan ringkas (SMS).


Cikgu Shafi Gesa Peserta Berbakat Besar Datang Ujibakat AF 2014


Cikgu Shafi Gesa Peserta Berbakat Besar Datang Ujibakat AF 2014

Cikgu Shafi Gesa Peserta Berbakat Besar Datang Ujibakat AF 2014


KUALA LUMPUR, 5 JUN 2014: Guru Vokal Akademi Fantasia, Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Shafi  mahu peserta yang benar-benar berbakat hadir untuk ujibakat AF 2014 yang akan bermula pada 13 Jun hingga 22 Jun ini di lokasi terpilih.

“Saya tidak rasa negara kita ketandusan bakat-bakat baru, cuma peserta yang berbakat ini lebih selesa menyanyi di majlis korporat mahupun di majlis-majlis perkahwinan,” katanya dalam sidang media Akademi Fantasia di Le Meridien Hotel.

Menurutnya, pada musim yang lalu ramai peserta yang datang boleh menyanyi tetapi tidak mencapai standard yang ditetapkan oleh produser.

“Saya mohon kepada peserta yang ingin sertai ujibakat, ukur baju di badan sendiri dan kalau anda kurang berbakat dinasihatkan fikir sebaik yang mungkin,” katanya.

Ketika ditanya adakah wajah yang cantik dan kacak main peranan penting dalam uji bakat kali ini?

Dia menjawab itulah adalah bonus, terlalu meluas untuk dibincangkan yang penting bakat-bakat baru dalam industri muzik ini mempunyai pelapis seperti Hafiz, Shahir, Stacy dan sebagainya.

Cikgu Shafi juga turut bersetuju dengan konsep lama diperkenalkan semula bagi mendisplinkan pelajar dan fokus kepada sesi latihan yang ditetapkan.

“Musim lalu, peserta terdedah dengan unsur luar terutama media sosial yang kadang kala mengganggu perhatian mereka dalam kelas vokal dan kelas-kelas yang lain.”

Jenama AF sudah menjadi  dominan di hati penonton dan konsep lama yang diperkenalkan semula ini adalah kehendak mereka.


Hero Mana Bawa Pulang Gelaran Juara Kilauan Emas 4?


Hero Mana Bawa Pulang Gelaran Juara Kilauan Emas 4?

Hero Mana Bawa Pulang Gelaran Juara Kilauan Emas 4?


KL, 4 JUN 2014: Berada di pusingan penentu bakal juara, Kilauan Emas musim keempat bakal ditandingi lima peserta, kesemuanya peserta lelaki yang bakal beradu nasib pada malam ini.

Tema yang diberikan adalah bebas dan kesemua finalis telah diberikan lagu baru untuk dipersembahkan di hadapan tiga juri tetap Datuk Ramli M.S, Datuk Hattan dan Ziana Zain serta seorang juri jemputan.

Mampukah mereka memikat hati para juri, penonton di Dewan Sri Putra serta menarik undian penonton di rumah?

Sama-sama kita saksikan persembahan mantap mereka malam ini!

Siapa di antara Zain, Ben, Nordin, Nas dan Arip yang bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama sebuah kereta Toyota Camry 2.0E bernilai RM150,000?

Teruskan mengundi kerana jika otai kegemaran anda tidak memenangi hadiah utama, dia mungkin berpeluang untuk bergelar naib juara dan memenangi wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah kereta Nissan X Gear bernilai RM85,000.

Manakala otai yang berada di tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memperolehi wang tunai RM 30,000 dan 15,000.

Sementara pemenang untuk tempat kelima dan kategori Anugerah Juri pula bakal menggondol hadiah wang tunai RM10,000.

Selain lima finalis yang hebat, anda juga akan disajikan dengan persembahan istimewa oleh artis jemputan seperti Datuk Ramli Sarip, Firman, Farawahida, Ella, Ziana Zain, Zamani Slam serta ramai lagi.

Jadi, jangan lupa untuk menonton pentas akhir Kilauan Emas 4 yang dibawakan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di kaca televisyen anda bermula 9.30 malamsaluran Astro Prima (105) dan Astro Mustika HD (134).

Orang ramai juga dijemput hadir untuk menyaksikan konsert KE 4 secara langsung setiap minggu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap malam Rabu.

Kepada yang ingin menonton KE 4 di Dewan Sri Putra, pastikan anda datang seawal jam 8.00 malam, berumur 13 tahun ke atas, berpakaian kemas serta berkasut. Pastikan anda tidak memakai seluar pendek.


Majlis Aqiqah Kayla Elayna, Puteri Khairul Fahmi & Leuniey Natasha


Majlis Aqiqah Kayla Elayna, Puteri Khairul Fahmi & Leuniey Natasha

Majlis Aqiqah Kayla Elayna, Puteri Khairul Fahmi & Leuniey Natasha


KL, 4 JUN 2014: Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha telah meraikan puteri sulung mereka yang diberi nama Kayla Elayna dalam sebuah majlis akikah baru-baru ini di Kelantan. Pengikat kasih kedua personaliti terkenal ini dilahirkan pada 3 Februari 2014.

Bertempat di Tunjong Banquets, Kota Bahru, momen-momen istimewa pada majlis akikah buat Kayla Elayna itu telah dirakamkan oleh jurugambar professional daripada Camora Arts. Pihak mereka telah sudi untuk berkongsi gambar sekitar majlis kesyukuran tersebut.

Oleh kerana Camora Arts mengkhususkan kepakaran mereka dalam rakaman foto dan imej buat bayi, kanak-kanak dan keluarga, hasilnya pasti akan mengukir senyuman buat Leuniey dan juga Apek. Jom kita tengok foto yang telah dikongsikan Camora Arts kepada Murai.

Majlis Aqiqah Kayla Elayna, Puteri Khairul Fahmi & Leuniey Natasha

Majlis Aqiqah Kayla Elayna, Puteri Khairul Fahmi & Leuniey Natasha

Majlis Aqiqah Kayla Elayna, Puteri Khairul Fahmi & Leuniey Natasha

Majlis Aqiqah Kayla Elayna, Puteri Khairul Fahmi & Leuniey Natasha

Hefny Sahad Akui Bercinta Dengan Nad Zainal, Bukan Orang Ketiga


Hefny Sahad Akui Bercinta Dengan Nad Zainal, Bukan Orang Ketiga

Hefny Sahad Akui Bercinta Dengan Nad Zainal, Bukan Orang Ketiga


KUALA LUMPUR, 4 JUN 2014: “Ya, kami sangat rapat dan bukan sekadar kawan biasa” akui Hefny Sahad ketika ditanyakan kisah cintanya bersama Nad Zainal.

Hefny juga menolak dakwaan yang dia adalah punca kepada perpisahan di antara Nad dan Azwan Kombos.Bahagia bersama Nad sebagai teman wanitanya, Hefny menyifatkan dakwaan terhadapnya itu diwujudkan tanpa soal selidik.

“Saya berada dio dalam situasi yang mereka baru saja memutuskan hubungan. Secara langsung mereka meletakkan saya sebagai punca kepada keretakan di antara mereka berdua.

"Perkara ini sudah pun dijelaskan oleh Nad dan saya bukan puncanya. Nad sendiri sudah memberitahu yang dia sudah single dan hanya selepas itu, barulah kami menjadi lebih rapat”, kata pelakon dan pengacara berumur 27 tahun itu.

Sebelum membuat pengakuan, Hefny sudah pun berbincang dengan Nad terlebih dulu untuk menentukan sama ada pengakuan ini adalah sesuatu yang wajar dilakukan.

“Saya baru saja menghubungi Nad yang kini berada di Korea dan berbincang dengannya berkenaan temuramah bersama hlive!. Kami sependapat tiada apa-apa yang perlu disorokkan kerana perkara ini adalah perkara yang betul”.

Walaupun baru mengenali hati budi masing-masing, Hefny juga mengakui mereka pernah bercakap tentang perkahwinan.

“Kami ada bercakap tentang kahwin, tapi tidaklah dengan mendalam. Saya pun sudah berumur 27 tahun, saya dah tiada masa untuk main-main lagi. Saya tidak menolak kemungkinan jika kami ada jodoh.

Terdahulu Nad dan Azwan menjalinkan hubungan selama 3 tahun dan 5 bulan sebelum berpisah. Nad dan Hefny mula berkenalan ketika pembabitan mereka dalam telefilem Mengintai Syurga Mama, terbitan Zeel Production.


Pasal Kes Amah Curi, Fasha Sandha Dianggar Rugi RM20,000


Pasal Kes Amah Curi, Fasha Sandha Dianggar Rugi RM20,000

Pasal Kes Amah Curi, Fasha Sandha Dianggar Rugi RM20,000


KUALA LUMPUR, 4 JUN 2014: Pelakon Fasha Sandha memuji kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menyelesaikan kes pecah rumah yang membabitkan dua pembantu rumahnya dengan pantas.

Mengimbas kembali insiden yang berlaku pada 12 Mac lalu di kediamannya di Duta Suria, Ampang Fasha Sandha berkata, dua amah Indonesia terbabit telah mencuri tiga telefon bimbit, wang RM200 dalam matawang Rupiah dan barang kemas.

Menurut Fasha Sandha lagi, ketika kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.45 malam, dia bersama suami dan anaknya berada di Perlis.

“Sebenarnya, anggaran kerugian adalah sebanyak RM20,000 tetapi ketika tangkapan dilakukan, polis hanya menemui RM200 dan tiga telefon bimbit," jelas pelakon drama bersiri 'Chinta' ini.

"Polis berjaya menahan mereka di rumah kongsi lelaki kontrak di Kajang. Saya yakin pembantu saya telah menyerahkan wang tunai dan barang kemas tersebut kepada orang lain. Walau bagaimana pun, saya kagum dengan kecekapan polis kerana berjaya menangkap mereka selepas tujuh jam mereka melarikan diri," ujar Fasha.

Dua pembantu rumah tersebut bagaimanapun telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin.

Pembantu rumah tersebut iaitu Nilawati, 39, dan Sri Maniami, 35, mengaku bersalah di atas pertuduhan ini dan dilaporkan menangis dan memohon kepada mahkamah supaya meringankan hukuman tersebut.

Kedua-dua mereka mengaku melakukan jenayah tersebut kerana mahu pulang ke kampung halaman meraikan Ramadhan yang hampir tiba.

Keputusan telah dijatuhkan kepada mereka berdua oleh majistret Zulyana Zolkapli dan bermula sejak tarikh kedua mereka ditahan iaitu pada 13 Mac lalu. Mereka didakwa oleh pendakwa raya, Faridah Nurdini Bahrum.


Anak Bandi Amuk Miliki Ketumbuhan 9cm Di Bawah Peparu


Anak Bandi Amuk Miliki Ketumbuhan 9cm Di Bawah Peparu

Anak Bandi Amuk Miliki Ketumbuhan 9cm Di Bawah Peparu


JOHOR BAHRU, 4 JUN 2014: Setelah menjalani pemeriksaan CT Scan di Hospital Sultanah Aminah sejak 2 hari yang lalu, anak Bandi Amuk, Muhammad Saiful Affique didapati mempunyai ketumbuhan sepanjang 9cm dan selebar 15cm di bawah peparunya.

“Buat masa sekarang, anak saya telah dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut oleh doktor pakar di sana,” katanya kepada Murai.

Menurut Bandi Amuk lagi rawatan perubatan tradisional turut menjadi pilihan, bagi mengubati penyakit anaknya.

“Saya kasi anak saya minum ramuan air belalai gajah yang dikisar bersama epal hijau. Alhamdulilah kesakitan yang dialami berkurangan dan Saiful kini dapat tidur dengan selesa,” katanya.

Doktor juga menasihati beliau agar sampel tisu ketumbuhan itu diambil dan di buat ujian makmal.

Bagaimanapun, beliau dengan tegas tidak mahu melakukannya serta risau dengan risiko yang bakal di hadapi kelak.

“Saya tanya kepada doktor, tiada cara lain ke selain mengambil sampel tisunya, akhirnya doktor terpaksa akur dengan kemahuan saya dan membuat keputusan untuk mengambil  sampel darah sahaja.

"Namun, buat masa ini dia masih lagi ditempatkan di hospital untuk rawatan lebih lanjut. Saya pun tidak pasti dia akan keluar kerana dia bakal menjalani pembedahan," katanya.

Saiful akan menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan itu dan ianya juga turut bergantung kepada laporan kesihatan yang dipantau oleh doktor pakar.

Kami dari Murai sentiasa mendoakan kesihatan anak tersayang Bandi Amuk sembuh seperti sedia kala serta mampu menjalani kehidupan yang lebih baik.


Penerbit Teater Projek Kahwin Mahu Ulangi Kejayaan


Penerbit Teater Projek Kahwin Mahu Ulangi Kejayaan

Penerbit Teater Projek Kahwin Mahu Ulangi Kejayaan


KUALA LUMPUR, 4 JUN 2014: Penerbit teater Projek Kahwin, Mohd Amer Syafiq Khalip berharap agar pementasan teater berskala besar ini mampu menarik perhatian penonton seperti teaternya dahulu Maduku Kalut.

“Teater Maduku Kalut tahun lalu, kami terpaksa menambah hari lagi demi permintaan penonton dan saya harap projek kahwin ini mendapat sambutan yang lebih hangat” katanya dalam sidang media dan persembahan Fragmen Teater Projek Kahwin di Istana Budaya.

Menurutnya lagi, bayaran kepada pelakon juga akan dibuat selepas 3 minggu pementasan dan dia memberi jaminan kelewatan pembayaran tidak akan berlaku.

“Ketika dahulu dalam Teater Maduku Kalut kelewatan pembayaran berlaku disebabkan ada salah faham dan saya masih lagi mentah untuk menguruskan hal-hal pementasan.”

Dalam pada itu, Mohd Amer berkata, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan pihak Sekretriat Tahun Melawat Malaysia 2014 dalam mempromosikan teater berkenaan bagi menarik pelancong dari luar negara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia

“Buat masa ini, pihak kami ada menerima tempahan tiket dari Singapura dan berkemungkinan 2 buah bas akan menyaksikan teater yang akan bermula pada 6 hingga 14 Jun depan,”

Selain pementasan teater,  pada 13 hingga 15 Jun turut diadakan Pameran Pengantin di ruang legar Istana Budaya.

Beberapa artis dan seleberiti  terkenal turut melibatkan diri dalam Femes Bazar dan akan menjual pelbagai barangan.

“Saya juga berharap, Projek Kahwin ini akan turut tercalon dalam Anugerah Seni Boh Cameronion menerusi pelbagai  kategori yang dipertandingkan,” katanya.


Empat Bintang AF Bakal Dedah Kisah Cinta Masing-Masing?


Empat Bintang AF Bakal Dedah Kisah Cinta Masing-Masing?

Empat Bintang AF Bakal Dedah Kisah Cinta Masing-Masing?


KUALA LUMPUR, 3 JUN 2014: Semalam telah berlangsungnya sidang media untuk musim terbaru program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) untuk tahun 2014.

Sedar tak sedar, kita kini telah pun memasuki musim ke-11 program realiti ini dan telah menyaksikan 10 juara dan serta ramai bintang-bintang dari AF muncul mewarnai persada seni.

Namun, seperti mana selebriti lain di negara kita, bintang-bintang AF ini tidak dapat lari kontroversi berkaitan kisah peribadi mereka.

Juara AF8, Shahir contohnya baru-baru ini mendapat liputan meluas media apabila dia dikatakan berkawan rapat dengan ratu primadona negara, Erra Fazira.

Hazama yang merupakan juara AF9 pula diketahui umum bahawa dia kini menjalin hubungan cinta dengan pemuzik wanita, Genervie Kam dan foto mereka bercuti ke luar negara bulan lalu mendapat perhatian ramai pihak.

Sebut pasal foto, antara bintang paling sukses dihasilkan menerusi program Akademi Fantasia, Hafiz Suip juga turut berkali-kali dirundung kontroversi namun itu tidak sedikit pun menjejaskan kerjaya seninya yang kini telah merangkul pelbagai anugerah.

Juara AF7 ini bagaimanapun sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia memuatnaik gambar kekasih barunya di lama sosial Instagram. Hafiz juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan naib juara AF8, Adira namun hubungan mereka putus di tengah jalan.

Rakan seperjuangan Hafiz dalam AF7 iaitu Akim pula kini sedang mempunyai istimewa bersama juara AF6 iaitu Stacy. Keakaraban pasangan ini sering menjadi fokus utama media tentang sejauh mana hubungan mesra mereka namun Akim dan Stacy sehingga kini terus memberi jawapan selamat.

Justeru, keempat-empat bintang ini iaitu Shahir, Hazama, Hafiz dan Akim bakal disatukan malam ini apabila keempat-empat mereka akan menjadi tetamu undangan program MeleTOP.

Tentunya banyak soalan panas bakal diajukan oleh pasangan hos MeleTOP iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa kepada bintang-bintang AF ini. Kehadiran mereka juga adalah mempromosikan ujibakat AF 2014 yang akan bemula tidak lama lagi.

Nak tahu apa yang lebih menarik, jangan lupa untuk menonton program MeleTOP bermula jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).


Tiada Paksaan, Soo Wincci Tampil Kerana Rasa Bersalah


Tiada Paksaan, Soo Wincci Tampil Kerana Rasa Bersalah


Tiada Paksaan, Soo Wincci Tampil Kerana Rasa Bersalah


KL, 3 JUN 2014: Ekoran daripada kontroversi memperkatakan seksualiti songsang Iqram Dinzly pada minggu lalu, teman baiknya Soo Wincci dikatakan menjadi kambing hitam kepada pelakon terkenal tersebut bagi menutup rahsia sebenar naluri dirinya.

Namun begitu Iqram Dinzly telah tampil memberi kenyataan bahawa tindakan Soo Wincci itu adalah inisiatif dirinya sendiri dan bukanlah kerana diarahkan Iqram seperti mana yang dilaporkan media.

Pihak Murai cuba menghubungi Soo Wincci yang kini berada di Taiwan bagi mendapatkan penjelasan kepada kekeliruan ini dan adakah benar dia cuba menjadi penyelamat kepada Iqram yang turut digosipkan kini mempunyai hubungan istimewa dengannya

“Benar, ia bukanlah seperti mana yang dikatakan. Saya bukan mahu menutup malu Iqram tetapi ia memang berpunca daripada sebuah gurauan.

“Saya terkejut pada mulanya kerana saya cuma mahu mengenali Iqram sendiri setelah ramai yang datang memberitahu saya tentang seksualiti Iqram bila mereka tahu saya rapat dengannya. Tetapi secara jujurnya saya tidak tahu ia akan jadi besar begini.

“Bila perkara ini heboh pun Iqram masih belum beritahu saya kerana saya berada di Taiwan hinggalah bila kami berborak di telefon saya merasakan sesuatu yang ganjil. Kerana itu saya tampil sekarang menjelaskan kerana ia berpunca daripada saya juga,”jelasnya panjang lebar melalui aplikasi Whatsapp yang dihantar Soo Wincci.

Selain itu Soo Wincci yang juga bekas ratu cantik Malaysia itu memberitahu bahawa dia, Iqram dan pelajar Malaysia di United Kingdom itu sering berhubung dan mempunyai hubungan yang rapat. Kini dia akan menghabiskan masa di Taiwan untuk penghasilan album terbaru serta rencana melebarkan sayap ke negara China.


AC Mizal Mahu Tubuhkan Semula 4U2C Dengan Ahli Baru


AC Mizal Mahu Tubuhkan Semula 4U2C Dengan Ahli Baru

AC Mizal Mahu Tubuhkan Semula 4U2C Dengan Ahli Baru


KUALA LUMPUR, 3 JUN 2014: Penyanyi dan pengacara terkenal Dato’ AC Mizal bakal membuat satu projek khas di mana dia kini sedang mencari ahli kumpulan 4U2C yang baru.

Menurut Dato` AC, idea untuk membuat projek istimewa ini datang secara tiba-tiba tanpa dirancang.

“Sebenarnya saya tidak rancang pun tentang projek ini, ia datang begitu sahaja apabila saya sedang duduk dan terkenang masa lalu bersama 4U2C.

“Saya tidak nafikan selepas saya membuat keputusan untuk membubarkan 4U2C, saya tidak dapat lupakan memori indah itu. Ia merupakan satu kenangan yang terindah.

“Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk membuat projek istimewa ini dengan ahli yang baru untuk mengabadi dan memperingati kenangan terhadap 4U2C.

“Selain itu, projek ini juga merupakan hadiah kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong kami,” katanya ketika ditemui pada majlis penghargaan artis di bawah naungan Astro bertempat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Bercerita mengenai perkembangan projek tersebut, AC Mizal memberitahu setakat ini dia baru sahaja selesai memilih empat orang yang terbaik dan akan berjumpa untuk melihat sejauh mana kemampuan mereka..

“Saya akan tubuhkan ‘batch’ baru 4U2C di mana keenam-enam adalah ahli yang baru kecuali saya. Alhamdulillah setakat ini saya dah berjaya pilih empat orang jadi masih berbaki dua orang.

“Saya akan jumpa mereka nanti untuk melihat kredibiliti mereka secara langsung kerana sebelum ini mereka hanya menghantar video nyanyian serta tarian mereka menerusi Instagram dan Twitter saya.

“Mereka yang telah dipilih ini merupakan peminat 4U2C malah siap tunjukkan lagi album yang pernah ditandatangani oleh saya suatu ketika dulu.

“Mungkin pada minggu hadapan kami akan masuk ke studio rakaman kerana single ini akan dikeluarkan sebelum bulan Ramadan.” katanya mengakhiri perbualan.

iskandarX: Naper Dato tak recall je anggota lama? is teringgin nak dengar Joe nyanyi semula.

YAM Tunku Jalil Tampilkan Artis Popular Di Konsert Amal PDRM


YAM Tunku Jalil Tampilkan Artis Popular Di Konsert Amal PDRM

YAM Tunku Jalil Tampilkan Artis Popular Di Konsert Amal PDRM


KL, 3 JUN 2014: Cetusan ilham oleh Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali dengan gelaran Tunku Laksamana Johor bakal merealisasikan satu konsert amal buat Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 15 Jun 2014, Sabtu jam 8.00 malam di Persada Johor.

Konsert bertemakan hitam klasik ini dianjurkan bagi mengutip sumbangan daripada orang awam melalui penjualan tiket serta koleksi peribadi dan jualan- jualan lain bagi menampung perbelanjaan aktiviti - aktiviti berbentuk kebajikan oleh PERKEP (Persatuan Keluarga Polis Kontinjen Johor).

YAM Tunku Abdul Jalil seorang kerabat diraja yang berjiwa rakyat dan walaupun tidak lagi bersama PDRM, Tunku Jalil prihatin dan peka terhadap keperluan kebajikan warga polis dan keluarga. Pengalaman bertugas dalam pasukan telah memberi pendedahan kepada YAM Tunku Abdul Jalil betapa perlunya bantuan kebajikan dalam pasukan.

Artis-artis terkemuka tanah air yang akan menjayakan konsert amal ini terdiri daripada Anuar Zain, Ziana Zain, Amy Search, Adira, Najwa Latiff, Nash (Lefthanded) Nomad dan  Azlee Senario.

Penaja utama bagi konsert ini adalah Iskandar Waterfront Holding dan Johor Corporation selain Persada Johor, Puteri Pacific & Destino Bridal Gallery. Tiket-tiket yang dijual bagi konsert ini bernilai RM88, 288, 588 dan boleh didapati di www.redtix.airasia.com. Namun jika ingin membeli tiket korporat bernilai RM788 boleh diperolehi melalui talian 011-39439940.

Hasil kutipan konsert amal ini akan digunakan sepenuhnya untuk membiayai keperluan kebajikan warga polis dan keluarga mereka bagi menampung perbelanjaan yang diperlukan.


Musim Baru Konsep Lama Dalam Akademi Fantasia 2014


Musim Baru Konsep Lama Dalam Akademi Fantasia 2014

Musim Baru Konsep Lama Dalam Akademi Fantasia 2014


KUALA LUMPUR, 3 JUN 2014: Selepas menyaksikan kejayaan jejaka kelahiran Sabah, Faizul menjuarai AF 2013 pada musim lalu, pihak Astro dengan berbesar hati meneruskan kembali misi pencarian bintang sebenar menerusi program Akademi Fantasia 2014 (AF2014) bagi musim terbaru.

Untuk musim terbaru ini, AF2014 kembali dengan pengisian yang lebih mantap dengan membawa masuk kembali format asal AF sewaktu ia mula diterbitkan pada tahun 2003.

Menariknya format ini akan diperkenalkan semula dengan nafas baru bersesuaian dengan peredaran zaman.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria Encik Raqim Ahmad, keputusan untuk membawa masuk kembali format lama dibuat setelah pihak mereka menjalankan kajian berdasarkan penerbitan musim-musim yang lepas.

“Pihak kami sudah membuat kajian dan ternyata keputusan rakyat Malaysia cukup sebati dengan elemen mainan emosi, drama dan air mata yang mereka dapat rasai menerusi AF.

“Sehubungan itu, pihak kami telah membuat keputusan untuk menyuntik semula format asal program ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media Akademi Fantasia 2014 di hotel Le Meridian, Kuala Lumpur pada petang Isnin.

Selain itu, barisan juri yang bakal terlibat sepenuhnya pada sesi ujibakat AF2014 ialah Shafizawati Sharif (Cikgu Shafi), Cikgu Siti Hajar, Acis, Fatimah Abu Bakar serta Fauziah Nawi.

Juri akan menilai peserta dari segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, tempo, keserasian, harmoni serta kretiviti.

Malah penghayatan persembahan serta penilaian daripada segi karektor dan personaliti juga turut diambil kira.

Bagi sesi ujibakat yang bakal berlangsung tidak lama lagi, pihak produksi akan mengunjungi empat buah lokasi iaitu Johor,Pulau Pinang, Sabah dan Selangor.

Di samping itu, para peserta juga dikehendaki untuk memilih salah satu lagu untuk dipersembahkan mengikut senarai lagu wajib yang telah disediakan.

Seperti musim sebelumnya, pihak Astro juga turut mengadakan sesi ujibakat untuk laluan pantas atau ‘fast track’ secara online yang aman peserta boleh memilih untuk memuat naik klip video nyanyian mereka secara kreatif menerusi aplikasi AF Mobile ataupun hantarkan terus ke laman ke laman web rasmi www.akademifantasia.com.my bermula 26 Mei hingga 9 Jun 2014.

Berikut merupakan senarai lokasi ujibakat:

Johor- KSL Resort & Hotel, Johor Bahru (13 dan 14 Jun 2014)

Pulau Pinang- Hotel Sunway, Pulau Pinang (14 dan 15 Jun 2014)

Sabah- Hotel Novotel, Kota Kinabalu (21 dan 22 Jun 2014)

Selangor- FINAS, Jalan Utara, Petaling Jaya (21 dan 22 Jun 2014)



Berikut merupakan senarai lagu wajib AF2014:

Kategori Lelaki

Penglipur Lara – Hazama

Bahagiamu Deritaku- Hafiz

Tetap Menantimu- Nomad

Romancinta- Mojo

Tinggal Kenangan- Saleem



Kategori perempuan

Lebih Indah- Dato' Siti Nurhaliza

Patah Seribu- Shila Amzah

Angin Syurga- Misha Omar

Bosan- Stacy

Teringin- Shima


Emma Mungkin Keliru Surat Tamat Kontrak & Notis Saman - Marina Juki


Emma Mungkin Keliru Surat Tamat Kontrak & Notis Saman - Marina Juki

Emma Mungkin Keliru Surat Tamat Kontrak & Notis Saman - Marina Juki


KL, 3 JUN 2014: Selepas Astro Gempak mengeluarkan berita mengenai Emma Maembong yang sedang keliru selepas menerima surat saman daripada syarikat pengurusannya Wire Fame Entertainment (WFE), kami dengan segera mendapatkan kenyataan balas dari Pegarah Urusan Syarikat terbabit, Marina Juki.

“Notis saman? Saya rasa sebagai seorang artis yang ‘profesional’, Emma harus faham isi kandungan surat yang dihantar oleh syarikat (WFE) sebelum mengeluarkan apa-apa statement.

“Rasanya kami hantar surat penamatan kontrak bukan notis saman…Dalam surat tersebut pula tiada langsung sentuh isu nak saman kerana dia langgar kontrak. Memang tak ada!

“Kami cuma sebut terpaksa ‘terminate’ dia kerana dia langgar kontrak…Itu sahaja,” kata Marina Juki ketika dihubungi pada pagi Isnin.

Jelas Marina lagi mengikut perjanjian dalam kontrak yang turut dijelaskan oleh pihak peguam WFE semasa mengambil pelakon Emma Maembong di bawah pengurusan mereka, kontraknya akan tamat pada Jun 2014.

“Sebelum menandatangani kontrak, peguam kami dah ‘brief’ Emma ‘face to face’…Rasanya ketika itu dia pun faham apa yang termaktub di dalam kontrak tersebut.

“Saya berdiam tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan, kerana tidak mahu memanjangkan cerita. Emma minta dilepaskan pada Mac lalu, sebelum kontraknya dengan WFE tamat.

“Sejak dari itu dia sudah mula buat ‘keputusan’ sendiri tanpa merujuk terlebih dahulu dengan syarikat. Bukan kami tidak tegur, kami sudah tegur, malah minta dia ‘hold’ sehingga surat rasmi dikeluarkan,” ujarnya.

Tambah Marina, tentang penglibatan Emma dalam telefilem Bintang Hati pula WFE memang mempunyai hak untuk menamatkan kontrak pelakon tersebut kerana dengan jelas, dia melanggar kontrak.

“Jika dia hendak cerita tentang kami beri nombor telefon kepada produksi dan itu membayangkan kami bersetuju dia menjalankan penggambaran tersebut, nampaknya dia betul-betul tidak faham apa yang telah kami bincangkan sebelum itu.

"Sebelum kami beri nombor telefon dia kepada pihak produksi, dia sendiri yang memaklumkan kepada produksi terdahulu supaya menukar namanya untuk pembayaran dan turut memberitahu produksi tentang jadualnya yang diuruskan sendiri bukan lagi WFE.

“WFE senyap tanpa memberi sebarang kenyataan dan tidak menyekat tindakan Emma kerana secara peibadinya saya menghormati kekasihnya Zizan yang juga rakan kongsi dalam syarikat ini.

“Walaupun dia dengan terang-terangan melanggar kontrak, kami masih diamkan sahaja walaupun secara lisannya tindakan boleh dikenakan terhadapnya ketika itu,” katanya.

Tambah Marina syarikat mempunyai hak untuk menamatkan kontrak mana-mana artis  jika mereka dengan sengaja melanggar perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini.

“Selagi kontrak belum habis atau tamat, syarikat masih bertanggungjawab terhadap mereka tetapi kalau artis buat keputusan sendiri dan membelakangi syarikat, secara automatik kontrak dicabul,” ujarnya lagi.

Sebelum mengakhiri perbualan Astro Gempak sempat bertanyakan tentang hashtag #matisamasama dan ungkapan ‘we’re sisters’ sebelum kemelut ini berlaku.

“Oh ya…Mengenai hashtag #matisamasama tu, rasanya ia tak pernah wujud…Kerana seingat saya hanya hashtag #family yang saya gunakan untuk gambar-gambar artis WFE.

“Kalau iya pun mahukan publisiti, tak perlu lah bangkitkan soal hashtag # ini. Kami tak buang, dia yang mahu dilepaskan…Bila dah dilepaskan mengapa perlu cerita hal remeh-temeh?. Tak perlulah hashtag lagi, dia bukan family dan sudah pun keluar dari WFE.

"Dia sendiri minta dilepaskan kami dah lepaskan dia...Tapi sekarang cara dia beritahu kepada media seolah-olah kami yang menganiaya dia...Sedangkan siapa yang minta dilepaskan,” kata Marina.


Sibuk Dengan Kerjaya, Indah AF Tangguh Kahwin


Sibuk Dengan Kerjaya, Indah AF Tangguh Kahwin

Sibuk Dengan Kerjaya, Indah AF Tangguh Kahwin


KUALA LUMPUR, 3 JUN 2014: Bekas bintang AF2013, Indah memberitahu yang dia belum menetapkan tarikh perkahwinannya walaupun usia pertunangannya sudah mencecah lebih setahun.

“Buat masa sekarang, saya tidak mempunyai tarikh yang sesuai disebabkan kesibukan saya menguruskan hal-hal berkaitan kerjaya nyanyian saya,” katanya ditemui di Majlis Sidang Media Akademi Fantasia dan Penghargaan Media Artis Astro di ibu Negara.

Menurutnya, hubungannya bersama tunang masih baik dan tidak ada sebarang masalah.

Malah Indah merasakan dirinya bertuah kerana jejaka yang berusia 31 tahun yang juga seorang Pengurus Akauntan itu sentiasa memahami kerjayanya.

“Kami jarang berjumpa, setiap kali berjumpa tunang saya tidak pernah memaksa atau berbincang mengenai tarikh perkahwinan kami,” katanya.

Indah juga menjelaskan yang hubungan jarak jauh tidak menghalang mereka dari terus berkasih dan saling bercinta,

Bercakap mengenai perkembangan terkini pula, Indah kini dalam perancangan mengumpul bahan untuk single terbarunya dan masih mengekalkan genre pop balada.

“Dalam masa terdekat, single kedua saya akan siap dan buat masa sekarang saya tidak boleh memberikan apa-apa kenyataan mengenai single saya itu.”

Indah juga bercita-cita untuk bekerjasama dengan komposer terkenal seperti Tam Spider.


Datuk Ramli Ibrahim Serikan Penutup Tirai DFP


Datuk Ramli Ibrahim Serikan Penutup Tirai DFP

Datuk Ramli Ibrahim Serikan Penutup Tirai DFP


KUALA LUMPUR, 3 JUN 2014: Bagi menutup tirai persembahan berprestij di Dewan Filhamonik Petronas (DFP), kumpulan pemuzik handalan Orkestra Filmahomonik Malaysia (MPO) bakal menjayakan kolaborasi terunggul dengan maestro tari tersohor, Datuk Ramli Ibrahim.

Bertemakan Quintessence: Ramli Ibrahim and the MPO, konsert kreatif yang dinanti-nantikan itu  akan berlangsung pada hari  21 dan 22 Jun ini, sekali gus meletakkan taraf seni tanah air ke peringkat yang lebih tinggi.

Bukan sahaja penampilan istimewa Datuk Ramli Ibrahim sebagai tarikan utama, malah barisan konsert selama dua hari itu akan dipimpin oleh konduktor muzik kelahiran Brazil, Fabio Mechetti yang merupakan konduktor yang dihormati di Amerika Syarikat.

Datuk Ramli Ibrahim menjejaki senarai artis-artis tempatan yang pernah berkolaborasi dengan MPO seperti Tan Sri SM Salim, Dato Sheila Majid, Dato M Nasir, Dato Siti Nurhaliza, Tengku Ahmad Irfan, Bobby Chen, Foo Mei Yi, Dato Yusni Hamid, Datin Paduka Julie Sudiro dan Aishah.

Datuk Ramli Ibrahim merupakan seorang legenda dalam kelasnya tersendiri yang telah memberikan sumbangan besar dalam lapangan seni tari tempatan.

Sebagai seorang penari negara yang terulung, baik dalam seni tarian odisi, bharatanatyam, makyong dan moden, Datuk Ramli Ibrahim telah mengambil inisiatif memberikan pengenalan kepada peminatnya  terhadap kehalusan seni tari ini, baik di dalam negara mahupun di luar negara.

Datuk Ramli Ibrahim dan penari-penarinya  dari Sutra Foundation bakal menari mengiringi tiga karya agung; Prelude to the Afternoon of a Faun (karya Debussy), The Firebird Suite (Stravinsky) dan Shéhérazade (Ravel) yang bakal menampilkan artis soprano Yi Liang Chaing.

Karya-karya ini mewakili jalinan romantika dan pertemuan elemen eksotik dalam kedua-dua nuansa tarian dan muzik.

Koreografi bakal diinspirasikan oleh tarian-tarian Asia yang akan membawa khalayak menyusuri perjalanan seni di mana warna dan lenggok tarian moden Asia digabungkan dengan muzik indah ciptaan komposer klasikal tersohor.


Usia Bukan Penghalang Bagi Hadee Lancar Album Rock


Usia Bukan Penghalang Bagi Hadee Lancar Album Rock

Usia Bukan Penghalang Bagi Hadee Lancar Album Rock


KUALA LUMPUR, 3 JUN 2014: Biarpun kini berusia 40 tahun, itu tidak menghalang bagi pendatang baru industri muzik tempatan Hadee atau nama sebenarnya Mohd Mahadi Ismail  melancarkan album `Selagi Ada`.

Walaupun industri muzik kini umpama ‘hidup segan mati tak mahu”, perkara itu tidak menghalang semangatnya untuk berkarya bagi  peminat muzik rock.

“Saya sedar tajuk album ini seperti lagu popular Ning Baizura, tetapi bagi saya tajuk lagu tidak penting, yang penting adalah melodinya,” ujar Hadee ketika  ditemui di majlis pelancaran album Hadee di Khadijah’s Kitchen, Jalan Genting Klang.

Menurutnya lagi, sebelum mempunyai album sendiri, dia aktif menyanyi di kelab malam dan pernah menuntut ilmu dengan komposer terkenal Rahim Othman.

“Banyak saya belajar dengan Rahim Othman, dahulunya saya kurang arif dengan nota muzik mahupun instrumen muzik, kerana terlalu minat dengan bidang ini saya dapat menguasainya,” katanya.

Album Hadee akan diedarkan oleh pihak Warner Music Malaysia sementara urusan promosi dan publisiti bakal dikendalikan oleh pihak Kit Entertainment.

Dia juga berharap agar produk pertamanya ini akan menerima respon yang baik serta dan memberangsangkan.

Diharap peminat-peminat di luar sana dapat menerima kehadirannya dalam industri hiburan.


Karyawan-PFM Cari Kata Sepakat Selesai Isu Penggiat Filem


Karyawan-PFM Cari Kata Sepakat Selesai Isu Penggiat Filem

Karyawan-PFM Cari Kata Sepakat Selesai Isu Penggiat Filem


KUALA LUMPUR, 2 JUN 2014: Berikutan pelbagai isu yang telah dihadapi oleh para penggiat industri filem dan televisyen tanahair, satu usaha telah dilakukan oleh Persatuan Karyawan Malaysia untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara penerbit dan artis bagi memajukan industri perfileman tempatan.

Mesyuarat di antara Persatuan Karyawan Malaysia dengan Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysai (PFM) bakal berlangsung di Finas pada esok hari, bermula jam 3 petang.

“Kami sudah lama merancang untuk mengadakan perjumpaan ini tetapi sering ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Baru-baru ini banyak isu yang telah ditangani oleh Karyawan, yang mengaitkan hubungan antara artis dan produser.Antara isu-isu yang akan di bincangkan termasuk masalah kelewatan mendapat bayaran,masalah khidmat dibatalkan pada saat akhir, ketiadaan kontrak yang standard serta keadaan lokasi yang kurang sempurna.

“Mungkin ada isu-isu lain yang akan dibangkitkan seperti royalti dan hak cipta tetapi pada peringkat permulaan ini kami rasa elok kami memberi fokus kepada perkara asas seperti kontrak dan masalah lokasi yang tidak sesuai, kata Presiden Karyawan, Dato' Freddie Fernandez.

Menurut Freddie Fernandez lagi, mesyuarat ini tidak melibatkan mana-mana pegawai Finas atau agensi kerajaan yang lain kerana pihaknya mahukan mereka yang hadir meluahkan perasaan hati mereka tanpa ragu-ragu.

"Objektifnya ialah untuk mencari jalan penyelesaian diatas apa-apa masalah yang di hadapi kedua belah pihak serta merancang aktiviti yang boleh dilakukan oleh kedua dua pihak dalam pembangunan industri filem.

"Umpamanya memerangi cetak rompak dan struktur promosi yang tepat bagi memasarkan filem tempatan dimana kutipan box office baru baru ini merosot dan membawa kerugian kepada penerbit.

“Kami sudah mendapat pengesahan bagi kehadiran Presiden PFM Datuk Yusof Haslam dan Timbalannya Datin Paduka Suhaimi Baba selain anggota AJK yang lain akan menghadiri mesyuarat tersebut," katanya lagi.

Manakala Karyawan pula akan diwakili Freddie Fernandez sendiri beserta Timbalan Presiden Radhi Khalid serta orang kuat Biro Pelakon iaitu Din Maidin dan Ezany Nizariff dan beberapa artis popular yang lain. Jika ada pelakon yang ingin menyertai acara ini, sila hubungi persatuan.karyawan@gmail.com atau talian 014-7176276 (Amad).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan