Cari Artikel

Monday, June 2, 2014

Emma Maembong: Dulu, ‘We’re Sisters’, Sekarang Nak Saman Pula?


Emma Maembong: Dulu, ‘We’re Sisters’, Sekarang Nak Saman Pula?

Emma Maembong: Dulu, ‘We’re Sisters’, Sekarang Nak Saman Pula?


KUALA LUMPUR, 2 JUN 2014: Pelakon Emma Maembong mengakui terkejut apabila bekas syarikat pihak pengurusannya iaitu Wire Fame Entertainment (WFE) mahu menyaman dirinya atas dakwaan dia telah melanggar kontrak.

"Ya, saya ada terbaca laporan akhbar mengenai syarikat pengurusan Wire Fame Entertainment (WFE) yang bakal menyaman saya. Seriously…saya sangat terkejut,” demikian jawapan pelakon Emma Maembong apabila ditanya mengenai tindakan saman yang bakal dikenakan terhadap dirinya WFE sepertimana yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.

Di dalam laporan akhbar itu ada menyebut Emma Maembong bakal disaman syarikat pengurusannya kerana didakwa telah melanggar kontrak apabila menerima tawaran berlakon telefilem "Bintang Hati" tanpa pengetahuan WFE.

Mengulas tentang kenyataan tersebut, kekasih kepada Zizan Razak ini memberitahu dia tidak mengetahui punca sebenar mengapa WFE mengenakan tindakan tersebut kepadanya.

“Pihak pengurusan ada berjumpa dengan saya dan memberitahu tentang kontrak saya tamat pada Mac 2014. Tetapi memandangkan kontrak saya sebagai duta untuk beberapa jenama masih berbaki tiga bulan, mereka kata saya masih di bawah pengurusan WFE.

“Selepas itu mereka cadangkan saya untuk uruskan sendiri kerjaya lakonan saya, sementara urusan sebagai duta produk mereka yang uruskan sehingga kontrak saya dengan produk-produk tersebut tamat.

“Perbincangan tersebut dibuat secara lisan (mulut ke mulut ) sahaja. Sebab itulah apabila pihak produksi telefon dan tawar saya berlakon, saya buat keputusan sendiri dan menjalani penggambaran sepanjang Mei ini.

“Saya ada bertanya kepada pihak produksi dari mana dapat nombor saya, mereka kata pengurusan saya yang bagi...So, maknanya memang mereka mahu saya uruskan sendiri kerjaya lakonan saya kan?

“Kenapa pula sekarang cerita jadi lain? Tiba-tiba dakwa saya langgar kontrak?,” jelasnya ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta Per'l, bertempat di hotel Majestic, Kuala Lumpur, pada Khamis lalu.

Kata Emma Maembong, dia terkilan dengan tindakan WFE menghantar notis beberapa minggu lalu dan memaklumkan kontraknya telah ditamatkan.

“Saya kurang jelas dengan notis tersebut. Saya bercadang mahu berjumpa pihak pengurusan dan bertanya pada mereka apa sebenarnya salah saya, tetapi masih belum berkesempatan,” ujarnya.

Dalam pada itu Emma turut mengakui tidak bersedia untuk berdepan dengan tindakan saman daripada WFE kerana tiada apa yang perlu dilawankan.

Emma juga berharap agar perkara tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik sebelum melangkah keluar dari syarikat yang telah berjasa menaikkan nama dan popularitinya.

“Saya sayang WFE sebab kerjaya saya bermula dari situ. Mereka sudah seperti keluarga saya, cuma pelik mengapa sekarang cerita jadi lain. Silap saya juga kerana selepas ‘perbicangan mulut ke mulut’ tempoh hari, saya tak minta black and white.

“Saya percayakan mereka kerana dulu kata susah senang bersama, we’re sisters. Di Instagram pula siap hashtag #matisamasama kononnya…Sekarang? Hashtag dah bertukar #foreveralone,” bidas Emma sinis.


Sebenarnya Raja Azmi Mula Berhijab 29 Mei 2014 Lalu


Sebenarnya Raja Azmi Mula Berhijab 29 Mei 2014 Lalu

Sebenarnya Raja Azmi Mula Berhijab 29 Mei 2014 Lalu


KUALA LUMPUR, 2 JUN 2014: Biarpun produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman sudah membuat penampilan serta kenyataan secara  eksklusif bahawa dia kini sudah pun berhijrah serta berhijab kepada pengacara Hlive! Special, Datuk Aznil HJ Nawawi sewaktu program infotainment itu bersiaran di Astro Ria pada malam semalam, hakikatnya Raja Azmi Raja Sulaiman sudah pun mula berhijab secara rasmi pada 29 Mei 2014 yang lalu.

Keputusan untuk memakai hijab pada tarikh tersebut (29 Mei 2014) telah dikongsi kepada Editor In-Chief Portal Murai iaitu Ellyna Ali beserta rakan-rakan terdekat serta ahli keluarganya yang lain, beberapa hari sebelum itu.

Namun, Raja Azmi meminta supaya hal tersebut dirahsiakan kerana pada  tarikh yang  sama juga dia mahu mengadakan Kenduri Doa Selamat di atas penghijrahannya itu beserta menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bakal menjengah tidak lama lagi
 "Kenduri Doa Selamat itu  saya buat untuk mengaminkan niat saya untuk berhijrah dan saya juga mahu memohon kepada Allah SWT supaya dapat menetapkan iman saya serta diberikan hidayah agar saya dapat terus memperbaiki kelemahan diri saya dan terus belajar untuk menjadi muslimah yang baik.

"Kebetulan, tarikh itu jatuh pada hari Khamis malam Jumaat, jadi memang kena sangatlah saya buat kenduri tersebutdan saya juga mahu mengambil keberkatan bulan Ramadan ke atas penghijrahan saya ini.," katanya kepada Portal Murai.

Menurut Raja Azmi lagi, keputusan untuk berhijarh dibuat selepas memikirkan pelbagai aspek terutama selepas tercetusnya kontroversi apabila dia mempersoalkan isu wanita tidak bertudung akan masuk neraka.

"Selepas mengeluarkan kenyataan tersebut, saya telah dihambat dengan pelbagai kritikan dan saya mula berfikir balik bahawa sedikit-sebanyak kritikan itu  ada kebenarannya.

"Akhirnya saya cuba mendekatkan diri kepada Allah bagi mendapatkan petunjuk.Saya baca Al-Quran dan membuat solat sunat serta solat Tahajud selama tiga hari tiga malam. Malah saya juga membuat sembahyang Istikarah

"Akhirnya saya temui jawapan dan pada satu pagi, terus terdetik di hati saya untuk berhijrah dan Alhamdulillah sekarang ini Allah SWT sudah memberikan petunjuk dan jalan untuk saya berhijab sepenuhnya," katanya lagi.


Iqram Dinzly: Saya Tak Suruh Soo Wincci Pertahankan Saya


Iqram Dinzly: Saya Tak Suruh Soo Wincci Pertahankan Saya

Iqram Dinzly: Saya Tak Suruh Soo Wincci Pertahankan Saya


KUALA LUMPUR, 2 JUN 2014: Pelakon kontroversi Iqram Dinzly tidak pernah menyuruh Soo Wincci untuk turut serta dalam kemelut yang dihadapi olehnya.

“ Saya tidak pernah suruh dia pertahankan diri saya, malah saya suruh dia berdiam diri dan biar saya hadapinya sendiri,” katanya di temui dalam sidang media di Majlis Pelancaran Saluran Baru Hypptv di Menara KL.

Menurutnya, kesemua mesej di Whatsapp mengenai isu seksualitinya itu hanyalah gurauan kasar dandia tidak menyangka ramai orang terus membuat kesimpulan yang negatif.

“Bagi saya lantaklah apa orang nak cakap, lama-lama isu ini akan senyap juga dan apa yang saya boleh katakan saya masih lelaki yang sejati,” ujarnya kepada Portal Murai.

Murai turut menanyakan soalan adakah beliau pernah terfikir untuk berhenti berlakon disebabkan kontroversi tersebut?

Iqram hanya berpendapat, beliau pernah terfikir untuk berhenti berlakon tetapi disebabkan hal remeh seperti ini, dia berasa tidak wajar untuk dia berbuat demikian.

“ Saya akan teruskan kerjaya saya sebagai pelakon dan sokongan dari peminat adalah kekuatan bagi diri saya," katanya lagi.

Untuk bulan Ramadan akan datang, Iqram akan mula menjalani sesi pengambaran Filem Upin Ipin yang turut dibintangi Awie dan Siti Saleha.


Bandi Amuk Mohon Peminat Doakan Kesihatan Anak Lelakinya



Bandi Amuk Mohon Peminat Doakan Kesihatan Anak Lelakinya


KUALA LUMPUR, 2 JUN 2014: Penyanyi yang popular dengan lagu Matahari, Bandi Amuk memohon daripada esemua peminat peminatnya agar dapat  mendoakan kesihatan anak lelakinya,
supaya pulih seperti sedia kala.

“ Anak saya dimasukkan ke hospital sejak 4 hari yang lalu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, tetapi sebelum ke hospital dia menangis dan mengadu sakit dada di sebelah kanan yang amat sangat sehingga sukar bernafas,” katanya dihubungi Murai.

Menurut Bandi lagi, Saiful telah pun menjalani rawatan CT Scan bagi mengenal pasti punca penyakitnya  itu.

“ Keputusan CT Scan akan diketahui dalam tempoh 2 atau 3 hari dan saya harap keputusannya adalah positif oleh pihak doktor,” ujarnya.

Saiful seorang remaja yang sangat aktif bersukan serta aktiviti lasak yang lain.  Dia juga bekerja sambilan di sebuah hotel di Johor Bahru bersama rakan-rakannya sebelum dimasukkkan ke HSA.

 Buat masa ini, Bandi terus memberi semangat dan dorongan kepada anaknya agar tidak mudah patah semangat dan tidak terlalu memikirkan ke arah negatif.

Hanya doa dan tawakal kepada Allah yang mampu Bandi sekeluarga lakukan demi anaknya tersayang. Di kesempatan ini, warga Portal Murai juga turut mendoakan agar kesihatan Saiful pulih seperti biasa.


Produser Raja Azmi Berhijrah, Kini Berhijab!


Produser Raja Azmi Berhijrah, Kini Berhijab!

Produser Raja Azmi Berhijrah, Kini Berhijab!


KUALA LUMPUR, 1 JUN 2014: Sempena dengan kedatangan lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi, produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman telah mengambil keputusan untuk berhijrah, sekaligus berhijab seperti mana yang dituntut di dalam agama Islam.

Keputusan yang dibuat oleh produser filem ...Dalam Botol ini ternyata memgejutkan banyak pihak kerana sebelum ini, beliau dengan lantangnya pernah menyuarakan pendapat mengenai isu serta hukum wanita berhijab dari aspek pandangan peribadinya  sehingga ia mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Ironinya selepas menerima pelbagai kritikan demi kritikan termasuklah kes memuatnaik surah Al-Quran demi mempertahankan pendapat serta pandangan peribadinya di laman sosial Instagram, Raja Azmi kini tiba-tiba saja bertudung.

Apakah sebenarnya yang mendorong Raja Azmi untuk berhijrah serta berhijab. Jangan lupa tonton hlive! Special bersama Datuk Aznil Nawawi di Astro Ria, jam 8.30 malam ini.


2 Pembantu Rumah Fasha Sandha Dijatuhkan Hukuman Penjara


2 Pembantu Rumah Fasha Sandha Dijatuhkan Hukuman Penjara

2 Pembantu Rumah Fasha Sandha Dijatuhkan Hukuman Penjara


KUALA LUMPUR, 30 MEI 2014: Dua pembantu rumah warga Indonesia hari ini telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dakwaan mencuri wang majikannya, Rizal Ashram Ramli, 38 yang merupakan suami kepada pelakon terkenal, Fasha Sandha.

Kedua-dua pembantu rumah itu telah dikatakan mencuri wang milik Rizal Ashram atau dikenali dengan Jejai berjumlah RM200 dalam bentuk matawang Ringgit Malaysia dan juga Rupiah Indonesia.
Kejadian curi tersebut  dilaporkan telah berlaku pada 12 Mac lalu jam 9.45 malam di rumah pelakon tersebut di Jalan Duta Suria, Ampang.

Kedua-dua pembantu rumah tersebut iaitu Nilawati, 39, dan Sri Maniami, 35, mengaku bersalah di atas pertuduhan ini dan dilaporkan menangis dan memohon kepada mahkamah supaya meringankan hukuman tersebut.

Ini sehubungan dengan bulan Ramadan yang hampir tiba, kedua-dua mereka mahu pulang ke kampung halaman untuk meraikannya.

Keputusan telah dijatuhkan kepada mereka berdua oleh majistret Zulyana Zolkapli dan bermula sejak tarikh kedua mereka ditahan iaitu pada 13 Mac lalu. Mereka didakwa oleh pendakwa raya, Faridah Nurdini Bahrum.


Showcase Solo Firman Ditunda Ke 22 Jun 2014


Showcase Solo Firman Ditunda Ke 22 Jun 2014

Showcase Solo Firman Ditunda Ke 22 Jun 2014


KUALA LUMPUR, 30 MEI 2014: Tidak hanya Adira. Nampaknya penyanyi Indonesia, Firman Siagian turut mengambil jejak langkah yang sama apabila menunda showcase solonya yang bakal berlangsung di Pacific Ballroom Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, esok malam.

Penundaan tersebut dilakukan bagi menghormati kemangkatan DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah yang mangkat pada jam 1.30 petang kelmarin.

Bagaimanapun, tarikh baru bagi showcase solo Firman telah pun dipilih iaitu pada 22 Jun akan datang. Dalam perkembangan lain, Firman kini sudah pun muncul dengan lagu cover version tempatan, Rindu Serindu-Rindunya yang pernah dipopularkan kumpulan muzik, Spoon.


Derita Lydiawati Kini Dilanda Sakit Saraf Reumatik


Derita Lydiawati Kini Dilanda Sakit Saraf Reumatik

Derita Lydiawati Kini Dilanda Sakit Saraf Reumatik



KUALA LUMPUR, 30 MEI 2014: Biarpun kini tidak lagi diburu kisah sensasi seperti suatu ketika dulu, Lydiawati terus mewarnai dunia seni dan masih aktif berlakon filem mahupun drama. Namun begitu, menurut laporan portal hiburan Mstar Online hari ini, Lydiawati sudah dua bulan dia tidak berlakon selepas serangan penyakit saraf dan reumatik.

Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon, 48 baru-baru ini telah diberitakan mendapat rawatan di Hospital Ampang Puteri dan telah ditahan di wad beberapa hari.

Sepatutnya dia perlu menjalani beberapa rawatan lain namun selepas melihat bil berjumlah RM5,000 sepanjang tiga hari di hospital swasta itu, dia memutuskan untuk keluar wad pada Isnin lalu kerana merasakan tidak mampu menjelaskan bayaran rawatan yang lebih tinggi.

Beritahu Lydiawati dia berkemungkinan besar akan menyambung rawatan penyakitnya itu di hospital kerajaan agar tidak dibebani dengan masalah pembayaran.

“Sebelum masuk ke Ampang Puteri, saya ada juga meminta bantuan wang daripada beberapa rakan artis, takut duit tak cukup.

“Tetapi melihatkan bil yang harganya tidak munasabah, lebih baik saya membuat rawatan di hospital kerajaan sahaja. Lagi pun di sana juga mempunyai doktor pakar yang bagus-bagus,” ujarnya yang kini disahkan mempunyai masalah saraf.

Segalanya bermula awal tahun ini mendapati dirinya mengalami rasa kebas dan bisa pada bahagian kiri kaki dan tangan sehingga menyukarkan pergerakannya.

“Ia bermula pada awal Januari lalu apabila tangan dan kaki kiri saya rasa berbisa. Risaulah jugak, takut ada masalah jantung.

“Tetapi doktor cakap saya okey. Sehinggalah pada 23 Mei lalu, saya terus ke Hospital Pakar Ampang Puteri selepas rasa sakit makin teruk dan doktor mengesahkan saya ada penyakit saraf,” cerita aktres tersebut mengenai masalah kesihatan yang dialaminya kini.

Sementara itu, dia turut bersyukur apabila ramai peminat serta rakan artis memberikan sokongan moral selain ubat-ubatan tradisional kepadanya.

Kata Lydiawati, dia akan cuba menggunakan beberapa ubat tersebut dalam tempoh masa tiga minggu sebelum menyambung rawatan di hospital kerajaan.

Dalam pada itu, Lydiawati berkata, dia akan berehat daripada lakonan sementara waktu namun akan menerima tawaran berlakon sekiranya ada.


Biar Betul Ana Dahlia Sudah Bertunang Dengan Ubaidullah?


Biar Betul Ana Dahlia Sudah Bertunang Dengan Ubaidullah?

Biar Betul Ana Dahlia Sudah Bertunang Dengan Ubaidullah?


KUALA LUMPUR, 30 MEI 2014: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, itulah pepatah yang boleh digambarkan mengenai situasi pelakon Ana Dahlia apabila cubaannya untuk menyembunyikan status hubungan bersama jejaka yang dikenali sebagai Ubaidullah terbongkar.

Peristiwa tersebut berlaku semasa majlis sambutan Hari Ibu anjuran Raflesia di Hotel Royal pada malam Rabu lalu apabila pengacara mengumumkan pasangan tersebut bakal berkahwin tidak lama lagi.

Malah nama Ubaidullah yang tertera dalam lampiran kenyataan media yang diberikan kepada wartawan juga menyebutnya sebagai tunang Ana.

Namun Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 31, ketika ditemui sebelum acara tersebut berlangsung telah menafikan khabar angin mengenai teka-teki status hubungannya itu.

“Semua gosip yang mengatakan sama ada saya bakal bertunang atau berkahwin pada bulan Mei itu sama sekali tidak benar dan saya tidak tahu bagaimana khabar angin tersebut boleh timbul.

"Memang baru-baru ini keluarga dia ada datang berjumpa dengan keluarga saya tetapi itu hanya merisik dan tidaklah sampai bertunang.

“Cuma saya tak nafikan perancangan untuk berkahwin itu memang ada… Kita hanya merancang tetapi tuhan yang tentukan… Kalau ditentukan tuhan jodoh saya bersama dia, saya akan beritahu kepada semua pihak,” katanya sebelum pengumuman dibuat oleh pengacara tersebut.

Kejadian itu telah menjawab segala tanda tanya mengenai hubungannya dengan pemuda itu walaupun sebelum ini beberapa gambar percutian mereka ke Thailand telah tersebar dan menjadi topik hangat. Malah pada ketika itu Ana juga mendakwa hubungan mereka hanyalah sekadar kawan.

Ana Dahlia sebelum ini pernah berkahwin dengan Chef Riz pada 11 Disember 2011 bagaimanapun perkahwinan mereka hanya bertahan selama 11 bulan dan disahkan bercerai pada November 2012.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan