Cari Artikel

Thursday, May 29, 2014

Farhan Sah Ceraikan Abby Abadi Dengan Talak 2!


Farhan Sah Ceraikan Abby Abadi Dengan Talak 2!

Farhan Sah Ceraikan Abby Abadi Dengan Talak 2!


KUALA LUMPUR, 29 MEI 2014: Umum mengetahui pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat, kira-kira pukul 9 pagi hari ini (Khamis).

Berita terkini, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaluddin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.


Bakal Pulang Rumah, Dato' Sharifah Aini Semakin Pulih!


Bakal Pulang Rumah, Dato' Sharifah Aini Semakin Pulih!

Bakal Pulang Rumah, Dato' Sharifah Aini Semakin Pulih!


KUALA LUMPUR, 29 MEI 2014: Kesihatan bidunita negara, Dato' Sharifah Aini semakin pulih dan beliau bakal dibenarkan pulang di kediamannya di Petaling Jaya dalam masa terdekat ini dan perkara ini telah disahkan sendiri oleh sahabat baiknya, Datuk Khalilah Mohd Talh.

Dalam akaun Facebook milik Sharifah Aini, Datuk Khalilah Mohd Talh yang juga Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Plus Expressway Berhad telah memuatkan posting terkini tentang status penyanyi bersuara emas kelahiran Johor yang popular dengan lagu Seri Dewi Malam, Bunga Tanjung serta Hapuslah Air Matamu itu pada 27 Mei lalu.

"Bagi pihak Datuk Sharifah Aini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga diatas titipan doa keluarga FB yang dikasihi.

"Kak Pah kelihatan segar dan Insya Allah, beliau akan pulang ke rumah dalam masa yang terdekat. Sejauh ini, doktor dan para petugas yang merawat Kak Pah telah memberi maklum balas yang amat memberangsangkan berkenaan perkembangan kesihatan beliau.

"Saya gembira melihat beliau tersenyum dan banyak bercakap. Insya Allah dengan izin Allah, rawatan-rawatan selanjutnya akan membantu beliau untuk terus, dan kembali pulih sepenuhnya. Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan beliau di dunia dan akhirat," katanya.

Khalilah juga turut menitipkan pesanan Kak Pah buat peminat-peminatnya. Apakah pesanan tersebut. Baca satu lagi artikel tentang Kak Pah yang akan dimuatnaik sebentar lagi.


Erra Fazira: Berbaik-baik Tidak Semestinya Kahwin Semula


Erra Fazira: Berbaik-baik Tidak Semestinya Kahwin Semula

Erra Fazira: Berbaik-baik Tidak Semestinya Kahwin Semula


KUALA LUMPUR, 29 MEI 2014: Tidak semestinya maksud berbaik-baik di antara pasangan yang sudah berpisah harus disempurnakan dengan merujuk dan berkahwin semula.

Walaupun ia dituntut, bagi Erra Fazira ia bukanlah penyelesaian utama atau perkara yang seharusnya dilakukan oleh pasangan yang telah berpisah dan bercerai.

Mungkin apa yang dimaksudkan Erra Fazira adalah pendekatan yang diambilnya dan bekas suami, Engku Emran demi kebaikan anak tunggal mereka, Engku Aleesya boleh dicontohi oleh kebanyakan pasangan suami isteri bercerai yang mempunyai anak.

Menurut Erra, demi tanggungjawab terhadap Aleesya, Erra dan Emran boleh bersatu dan bersama untuk anak mereka yang kini berusia lima tahun itu.

Emran juga memuat naik gambar terbaharu mereka di laman Instagramnya menunjukkan mereka sama-sama hadir ke ujian pengambilan pelajar tahun satu untuk Aleesya, semalam.

“Saya faham niat dia (Emran) ingin menunjukkan kami ni sebagai contoh bahawa walaupun kita berpisah, tanggungjawab terhadap anak tetap diutamakan dan kami boleh bersama dan bersatu. Maksudnya di sini, bukan bersatu kembali, tetapi berbaik demi anak," kata Erra.

“Macam baru-baru ini, saya pergi ke sekolah anak bersama dengan dia. Itu yang sepatutnya dipraktikkan oleh insan-insan yang sedang berpisah dan ada anak. Tak semestinya kena berkahwin dan rujuk semula,” katanya yang ditemui di peragaan fesyen Rizman Ruzaini di butik pereka itu pada Selasa.

Sentiasa dikaitkan dengan selebriti lelaki tempatan, bekas ratu cantik Malaysia ini terus diburu mdia yang ingin tahu rahsia peribadinya itu.Terbaru dia dikatakan rapat dengan Shahir AF8.

Namun dia sekadar menjawab bahawa hubungan itu adalah atas dasar kerja. Erra yang giat menjadi penerbit pementasan teater ada melamar Shahir untuk berlakon sebuah teater namun masih belum mendapat jawapan muktamad daripada juara Akademi Fantasia musim ke lapan itu.


Uqasha Senrose Buka Rahsia, Tak Pernah Bertunang Dengan Pekin


Uqasha Senrose Buka Rahsia, Tak Pernah Bertunang Dengan Pekin

Uqasha Senrose Buka Rahsia, Tak Pernah Bertunang Dengan Pekin


KUALA LUMPUR, 29 MEI 2014: Pelakon cantik Uqasha Senrose akhirnya menamatkan spekulasi mengenai status hubungannya dengan Pekin Ibrahim selepas mengakui tidak pernah bertunang dengan aktor tersebut.

“Kami tak pernah bertunang dan saya bukan tunang dia. Kata putus dah dibuat. Sudah-sudahlah bercerita tentang hubungan yang tak pernah wujud. Saya rimas,” demikian kata Uqasha kepada akhbar Harian Metro, semalam.

Menurut Uqasha majlis pada 6 Julai tahun lalu adalah majlis merisik, bukan pertunangan seperti yang di war-warkan sebelum ini.

“Sebenarnya majlis dulu tu adalah merisik. Kami cakap bertunang sebab tak mahu panjang-panjang cerita,” ujarnya.

Kata Uqasha lagi dia semakin rimas dan bosan dengan sikap Pekin yang terus menerus menjaja kisah mereka di media sedangkan hubungan mereka sudah lama berakhir.

“Saya tampil membuka mukut untuk meleraikan kekeliruan yang timbul dan mohon supaya tidak di kaitkan lagi dengan dia (Pekin).

“Entah apa agenda dia (Pekin) terus bercakap pasal hubungan kami pun, saya tak tahu…Sebenarnya sudah empat lima bulan kami tak berkomunikasi langsung!

“Biar saya bawak haluan hidup baru dan fokus pada kerjaya,” katanya.

Terdahulu Pekin memberi kenyataan kepada sebuah akhbar mengenainya dan Uqasha yang masih mempunyai ikatan pertunangan tetapi terpaksa menangguhkan perancangan berkahwin buat masa ini.

Pekin juga memberitahu akan memikirkan sedalam-dalamnya mengenai konflik hubungan mereka sebelum bernikah pada 25 Oktober tahun ini.

iskandarX: pulak dah tak pernah bertunang pulak, awal tahun kecoh gila pasal dah bertunang, kenapa baru sekarang cakap tak pernah bertunang pulak nie?

Jinakkan Haiwan Cabaran Baru Buat Izzue Islam


Jinakkan Haiwan Cabaran Baru Buat Izzue Islam

Jinakkan Haiwan Cabaran Baru Buat Izzue Islam


KUALA LUMPUR, 29 MEI 2014: Aktor Izzue Islam yang merupakan teraju utama dalam teater `Projek Kahwin` bakal menghadapi cabaran baru di atas pentas apabila dia akan berlakon bersama dengan haiwan.

“Itu tarikan terbaru bagi teater ini, yang pasti apakah haiwan itu, peminat kena datang sendiri dan melihatnya bagaimana saya akan menjinakkan haiwan itu, “ katanya dalam sidang media dan persembahan Fragmen Teater Projek Kahwin di Istana Budaya.

Menurutnya lagi, teater ini juga merupakan projek pertama syarikat pengurusannya IIAN Enterprise dan sekaligus dapat mempelajari selok belok dunia persembahan pentas.

“Apa yang saya harapkan teater ini dapat member impak positif kepada peminat dan sekiranya menerima reaksi yang baik saya akan memikirkan projek yang seterusnya,” kata Izzue.

Projek Kahwin diarahkan oleh Muhammad Azri Ali pada 6 hingga 14 Jun depan di Istana Budaya.

Mengenai teater ini, ia mengisahkan tentang suasana yang berlaku dalam sesebuah perkahwinan yang secara keseluruhannya melibatkan masyarakat yang berbangsa melayu di negara ini.


Nyanyian Semula Rindu Serindu Rindunya Oleh Firman Jadi Fenomena


Nyanyian Semula Rindu Serindu Rindunya Oleh Firman Jadi Fenomena

Nyanyian Semula Rindu Serindu Rindunya Oleh Firman Jadi Fenomena


KL, 29 MEI 2014: Sebagai seorang peminat tegar dunia muzik dan kini bergelar bintang pujaan ramai, penyanyi daripada seberang, Firman Siagian, 36 bakal tampil dengan satu killer song yang pernah dipopularkan oleh band dari Malaysia iaitu Spoon, Rindu Serindu Rindunya.

Firman yang turut mengakui meminati Spoon ketika diawal kemunculan band tersebut memutuskan untuk menyanyikan semula lagu tersebut setelah mendapat persetujuan daripada Life Records di Malaysia.

“Sudah tentu saya gembira apabila tahu bahawa diberikan peluang ini. Hits dari Spoonn ini merupakan salah satu inspirasi buat saya walaupun cabaran lenggok bahasa Melayu sedikit sukar untuk dibiasakan. Tetapi saya akan  buat yang terbaik,”ucap Firman yang ditemui ketika sidang akhbar 'Exclusive Night With Firman In Kuala Lumpur' ,Isnin.

Dalam keterujaannya tampil dengan cover  version Rindu Serindu Rindunya, pelbagai reaksi telah diterima dan antara yang mendapat perhatian penyanyi tersebut dan syarikat rakamannya adalah

Penyanyi popular Indonesia Firman terkejut apabila beberapa pusat karaoke di negaranya telah memainkan single lagu baharu, tanpa mendapatkan kebenaran daripada pihak syarikat rakamannya One Stage.

"Tidak sangka mereka (pusat karaoke) memainkan lagu saya sedangkan klip videonya baru saja selesai disiap. Mereka menggunakan klip video saya yang lama menyiarkan lagu Rindu Serindu Rindunya.

“Difahamkan perkara in berlaku adalah kerana permintaan tinggi daripada pelanggan yang mahu menyanyikan lagu itu dalam versi  karaoke Dari sudut positif baguslah kerana setidak-tidaknya saya dan pengurusan tahu mengenai perkembangan positif dengan single terbaru saya ini.

"Namun bila hal yang mendatangkan keuntungan, tidak adil jika ada pihak yang menjana keuntungan atas hasil kerja orang lain lagi-lagi ia di bawah hak cipta pengurusan saya," katanya lagi.

Dalam pada itu Firman menyatakan perasaan gembira kepada penganjuran showcase solonya yang bakal berlangsung pada 31 Mei ini di Pacific Ballroom Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, di sini bermula pada pukul 9 malam.

Kepada yang ingin menyertai, tiket berharga RM98, RM168 dan RM268 boleh dibeli di hotel tersebut atau menerusi talian 014-9994476 (June Leez).


Abby Abadi Failkan Perceraian


Abby Abadi Failkan Perceraian

Abby Abadi Failkan Perceraian


PETALING JAYA, 28 MEI 2014: Nampaknya keretakan rumahtangga pelakon Abby Abadi tidak dapat diselamatkan lagi apabila pelakon itu akan memfailkan perceraiannya pada Khamis iaitu esok.

Menerusi laporan mStar Online, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, akan memfailkan perceraian terhadap Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira jam 9 pagi.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan tahun lalu. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

Terdahulu pada 17 Mei lalu Abby menulis status di laman Instagram miliknya meminta agar para peminat mendoakan keadaan rumahtangganya itu.

Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.


Konsert Akhir Kilauan Emas 4 Ditunda Ke Minggu Hadapan


Konsert Akhir Kilauan Emas 4 Ditunda Ke Minggu Hadapan

Konsert Akhir Kilauan Emas 4 Ditunda Ke Minggu Hadapan


KUALA LUMPUR, 28 MEI 2014: Konsert Akhir Kilauan Emas 4 (KE4) yang sepatutnya berlangsung malam ini telah ditunda ke minggu hadapan iaitu hari Rabu, 4 Jun 2014.

Penundaan adalah demi menghormati berita kemangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebentar tadi telah mengumumkan bahawa Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Konsert Akhir Kilauan Emas 4 bakal menyaksikan pertandingan antara lima finalis iaitu Arip, Ben, Nas, Zain dan Nordin. Juara bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry 2.0E bernilai RM150,000.

Konsert Akhir Kilauan Emas 4 akan berlangsung Dewan Sri Putra, Bukit Jalil minggu hadapan bermula jam 9 malam.


Saya Akan Ambil Tindakan Mahkamah! – Dato` Ramli MS


Saya Akan Ambil Tindakan Mahkamah! – Dato` Ramli MS

Saya Akan Ambil Tindakan Mahkamah! – Dato` Ramli MS


KUALA LUMPUR, 28 MEI 2014: Juri tetap program Kilauan Emas 4, Dato` Ramli Ms menegaskan dia akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada pihak cuba bertanyakan soalan berkaitan kehidupan peribadinya.

“Saya akan mengambil tindakan mahkamah!,”tegas Dato` Ramli MS.

Menurut pemuzik kelahiran Singapura itu, soalan yang sering diajukan kepadanya mengenai hubungannya dengan penyanyi Alyah tidak relevan dengan industri seni tanah air.

Malah Ramli Ms menganggap pihak yang selalu bertanyakan hal peribadinya sebagai seseorang yang ‘bermasalah’.

“Saya sudah 40 tahun dalam industri. Kerja saya adalah keutamaan saya. Kalau bertanya berkaitan dengan muzik, saya boleh cerita satu buku.

“Orang yang bertanya itu pun sebenarnya peribadi pun jahanam. Kalau peribadinya elok, dia tidak akan tanya pasal hal orang lain” ujar pengarah muzik kelahiran Geylang, Singapura ini,” ujarnya lagi.

Tambahnya, orang seni hanya berhak untuk ditanya dan dikritik tentang karyanya sahaja.

“Kita bukan public toilet, peribadi adalah hak peribadi yang tiada siapa boleh sentuh. Saya ada batas garisan saya. Tapi bila sudah sampai ke satu tahap garisan yang melampau, saya akan mengambil tindakan mahkamah,” jelas Ramli MS.

Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul berkaitan hubungannya dengan Alyah dan dikatakan bercinta sejak tahun 2010.


Ada Lelaki Sanggup Tunggu Saya 3 Hingga 5 Tahun – Maya Karin


Ada Lelaki Sanggup Tunggu Saya 3 Hingga 5 Tahun – Maya Karin

Ada Lelaki Sanggup Tunggu Saya 3 Hingga 5 Tahun – Maya Karin


KUALA LUMPUR, 28 MEI 2014: Kalau dah cantik, belum dimiliki dan sentiasa ‘available’ siapa pun akan menanti kan? Lagi-lagi kalau yang membuat kenyataan itu adalah untuk jelitawan seperti Maya Karin yang tidak diragui mempunyai kecantikan kurniaan Allah SWT.

Baru-baru ini menerusi rancangan baru Hlive!, Maya Karin telah mendedahkan ada lelaki yang sanggup menunggu dirinya bertahun-tahun lamanya untuk dia menerima cinta daripada sang jejaka tersebut.

“Ya, ada lelaki yang sanggup tunggu saya sehingga tiga hingga lima tahun,” dedah Maya Karin di rancangan terbaru Hlive!

Selain itu, pelakon kacukan Melayu-Jerman ini juga mengakui jika memiliki teman lelaki pun dia enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut malah menyifatkan dirinya seorang perahsia berkaitan hal-hal peribadi.

“Saya memang macam ini, tidak mahu berkongsi hal peribadi saya melainkan benda itu adalah penting.

“Malah kawan-kawan saya pun kadang-kadang tidak tahu siapa saya tengah berpacaran kerana saya senyap sahaja. Apatah lagi berkongsi secara umum di media sosial,” katanya lagi.

Maya, 35, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka Inggeris, Muhammad Ali atau Steven David Shorthose pada 2008 di Itali sebelum disahkan bercerai pada 2010.


Erra Fazira: Tak Salah Kalau Saya Berkawan Dengan Shahir


Erra Fazira: Tak Salah Kalau Saya Berkawan Dengan Shahir

Erra Fazira: Tak Salah Kalau Saya Berkawan Dengan Shahir


KUALA LUMPUR, 28 MEI 2014: Juara AF8, Shahir baru-baru ini telah membuat kejutan Isnin lalu apabila mengakui yang dia berkawan baik dengan primadona Malaysia, Erra Fazira.

Lantas, pihak ERA fm yang berkesempatan bertemu dengan bekas ratu cantik ini di majlis pelancaran koleksi Highness Eidul Fitri by Rizman Ruzaini tidak melepaskan peluang untuk hal ini kepadanya.

Bagaimanapun, Erra seakan sudah dapat mengagak soalan ini akan diajukan kepadanya dan menjelaskan perkara itu bukanlah hal besar. Baginya Shahir mempunyai hak berkawan dengan sesiapa pun dan perkara itu tidak perlu dipersoalkan.

"Semasa dia ditemuramah saya ada waktu itu. Tak ada pun dia cakap kata berkawan rapat. Tetapi biasalah ada yang menokok tambah. Berkawan memang saya berkawan dengan dia. Buat apa saya berbohong. Lagi pun saya ini bukan remaja belia lagi nak begitu dan begini.

“Erra memahami situasi Shahir apabila diasak dengan pertanyaan sebegitu. Erra diterjah pada hari yang sama dengan Shahir mengenai hubungan mereka.

"Kami diterjah hari yang sama. Mungkin saya sudah biasa dengan situasi sebegini jadi saya boleh menjawab secara mudah. Tetapi Shahir mungkin dia terperanjat dengan soalan sedemikian rupa. Dia budak baik dan mungkin cara dia menjawab itu dimanupilasikan oleh pihak media,” kata Erra lagi

Menurut Erra lagi, isu antara Shahir dan dirinya timbul apabila Shahir diperkatakan dilamar Erra.

“Itu semua adalah salah faham kerana Shahir dilamar untuk projek teater yang dijayakan oleh Erra dan pengarahnya adalah Erma Fatima. Tetapi Shahir belum bersedia menerima tawaran tersebut kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang nyanyian.

“Teater berjudul Ratu itu khabarnya akan di pentaskan di Istana Budaya pada bulan Jun tetapi kemungkinan besar terpaksa ditunda kerana kesuntukkan masa. Semua itu bakal terungkai kelak,” jelas Erra lagi.

Tidak cukup dengan isu perhubungannya bersama Shahir, gambar yang dinaikkan di Instagram oleh bekas suami Erra, iaitu Engku Emran mengundang tanda tanya. Jika dilihat pada gambar tersebut, seolah-olah kedua-duanya bersatu kembali. Tetapi berbeza jawapan dari Erra Fazira.

"Saya faham mesej yang hendak disampaikan oleh dia. Kiranya kami macam contoh kepada orang luar terutama yang bercerai yang abaikan anak dan sebagainya. Walaupun kami berpisah tetapi tanggungjawab terhadap anak tetap diutamakan dan kami boleh bersama dan bersatu demi anak.

“Tidak semestinya kalau demi anak-anak perlu bersatu atau rujuk semula. Tetapi kita boleh berbaik demi anak. Dan saya rasa ia sepatutnya dipratikkan oleh insan-insan yang telah berpisah," tutur Erra mengakhiri perbualan.


Takut Naik Pesawat, Akim Ahmad Jalani Terapi Aerofobia


Takut Naik Pesawat, Akim Ahmad Jalani Terapi Aerofobia

Takut Naik Pesawat, Akim Ahmad Jalani Terapi Aerofobia


KUALA LUMPUR, 28 MEI 2014: Penyanyi Akim Ahmad akui perasaan takut naik pesawat yang dikenali sebagai aerofobia telah membataskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan pelakon.

Malah, sehingga kini dia terpaksa menolak apa jua tawaran sekiranya lokasi membuat persembahan mahupun lakonan itu memerlukan dirinya menaiki pesawat.

“Untuk atasi masalah aerofobia ini, saya sedang melatih diri menaiki pesawat untuk jarak dekat yang tidak melebihi 3 hingga 5 jam,” ujar Akim yang popular dengan lagu Bengang.

Menurut Akim lagi, aerofobia yang dialami itu sebenarnya memberi ruang dan rezeki kepada orang lain dan tidak merasa kecewa sekirannya peluang itu adalah bukan untuk dirinya.

“Saya telah menjalani terapi dengan pakar psikologi mengawal aerofobia ini dan keputusannya tidak membahayakan kepada diri saya, ianya adalah perasaan sahaja dan ia boleh diubati.

Sementara itu, Akim yang meraih Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Popular ABPBH 2013 bersama Stacy tidak menyangka mereka akan merangkul anugerah itu.

“Stacy tidak dapat hadir dan sebelum majlis itu, Stacy sempat bergurau dengan saya menerusi panggilan telefon supaya naik ke atas pentas untuk menerima anugerah tersebut. Tak sangka gurauan Stacy itu nyata membawa tuah kepada kami ,” cerita Akim lagi.

Pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 7 ini juga amat berharap mempunyai album penuh duo bersama Stacy dan berdoa agar ada pihak produksi dapat bekerjasama untuk menerbitkannya.


Nicky Astria Tampil Dengan Imej Berhijab Demi Peminat Malaysia


Nicky Astria Tampil Dengan Imej Berhijab Demi Peminat Malaysia

Nicky Astria Tampil Dengan Imej Berhijab Demi Peminat Malaysia


KUALA LUMPUR, 28 MEI 2014: Nicky Astria, penyanyi yang popular dengan lagu `Mengapa`, pada era 80an kini tampil tapi dengan imej baru iaitu berhijab demi peminatnya di Malaysia.

Bagi Nicky, 47, Malaysia mempunyai ramai muslimah yang bertudung dan itu mendorong dirinya bertindak sedemikian.

“Alhamdulilah, selain kekuatannya yang diberikan oleh peminat di Malaysia, suami saya turut gembira dengan penampilan baru saya ini,” ujar Nicky.

Suaminya Gunanta Afrina juga tidak menghalang kerjayanya sebagai penyanyi dan mahu isterinya ini tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan keluarga.

Nicky kini dalam mempromosikan album terbarunya Retrosepctivce yang mempunyai 20 buah lagu termasuk satu hasil ciptaan LY/Baiduri yang bertajuk `I Love You Babe`.

“Saya amat gembira dapat berkerjasama semula dengan LY, seorang komposer yang amat berpengalaman dan LY tahu kekuatan vokal saya, “ kata Nicky yang juga popular dengan lagu `Samar Bayangan`.

Tambah Nicky, dia meneruskan karier sebagai penyanyi bukan untuk mengejar populariti tetapi memertabatkan muzik melayu di Nusantara ini.

“Saya sudah 8 tahun menyepi dalam industri muzik, untuk menjadi popular bukan lagi matlamat utama yang penting adalah peminat yang sentiasa menyokong kariernya dari dulu hingga sekarang.” jelasnya.

Nicky Astria bagaimanapun akui yang dia tidak gemarkan lagu genre rock balada tetapi kekuatan vokalnya itu sudah sebati dengan lagu-lagu bergenre sedemikian.


Hairul Azreen Pernah Sangsi Dengan Kelab Peminat Sendiri


Hairul Azreen Pernah Sangsi Dengan Kelab Peminat Sendiri

Hairul Azreen Pernah Sangsi Dengan Kelab Peminat Sendiri


KUALA LUMPUR, 28 MEI 2014: Pelakon yang semakin meningkat naik, Hairul Azreen akui pada mulanya sangsi dengan kelab peminatnya sendiri di mana dia terfikir adakah kelabnya itu sekadar melepaskan batuk ditangga atau diibaratkan mencurahkan air di daun keladi?

Nyata sangkaan Hairul meleset sama sekali apabila kelab peminat yang diberi nama Kapten Hairul Skuad itu membuahkan hasil dan aktif melakukan pelbagai aktiviti seperti aktiviti lasak dan bersukan.

“Kelab ini tertubuh berpunca dari seorang peminat wanita saya yang bersungguh-sunguh memohon kebenaran, pada mulanya saya sangsi tetapi menghormati kemahuannya saya bersetuju untuk menubuhkannya,” ujar Hairul yang pernah membintangi filem Keramat.

Segala aktiviti akan diuruskan oleh kelabnya itu dan ianya kini mempunyai 100 orang ahli, manakala sendiri Hairul akan menyertainya bergantung pada jadual kerja.

“Terbaru, saya dan ahli kelab peminat bakal pergi bercuti bersama di Pulau Tioman, pelbagai aktiviti akan dibuat antaranya snorkelling, memancing serta aktiviti marin yang lain,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hairul baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Misiku Kuza musim ke-2. Ia bakal ditayangkan pada Jun akan datang yang turut dibintangi Erin Malek.

Hairul juga turut menyertai rombongan selebriti ke Barcelona dengan penerbangan Air France anjuran Rafflesia pada 23 Jun hingga 30 Jun 2014 bersama empat orang artis lain iaitu Tasha Shilla, Fizo Omar, Kamal Adli dan Miera Liyana.


Dato` AC Sebak, Menang Pengacara TV Lelaki Popular Buat Kali Pertama


Dato` AC Sebak, Menang Pengacara TV Lelaki Popular Buat Kali Pertama

Dato` AC Sebak, Menang Pengacara TV Lelaki Popular Buat Kali Pertama


KUALA LUMPUR, 27 MEI 2014: Setelah hampir 22 tahun bergelar artis akhirnya pengacara dan pelakon Dato’ Ac Mizal telah dinobatkan sebagai Pengacara TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) buat pertama kalinya.

Malah suami kepada pelakon Emylia Rosnaida ini juga kelihatan sebak semasa mengambil trofi berkenaan di atas pentas.

Menurut AC Mizal, dia sememangnya terkejut dan menyifatkan kemenangannya itu adalah sesuatu di luar jangkaan.

“Alhamdulillah… Memang saya tak jangka langsung sebab dah bertahun-bertahun saya tak menang… Tak sangka pula rezeki saya adalah pada hari ini.

“Sejujurnya saya tak terfikir pun saya akan menerima anugerah ini dan pada hari ini saya datang dengan tujuan untuk membuat persembahan bersama Mawi,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Selain itu, AC juga turut mendedikasikan kejayaannya itu kepada isteri tersayang yang merupakan tulang belakangnya selama ini.

“Paling penting kejayaan ini bukan milik saya seorang tetapi adalah milik isteri saya… Dia adalah segala-galanya.

“Saya sangat gembira… Sebelum ini saya selalu buat orang ketawa dengan hasil kerja saya dan hari ini dengan adanya trofi ini sekurang-kurangnya dapatlah sesuatu untuk saya dan isteri,” ujarnya tersenyum.

Di samping itu AC juga berasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh peminat terhadap dirinya sehingga berjaya merangkul anugerah tersebut.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang mengundi saya terutamanya yang setia bersama saya bertahun-tahun lamanya walaupun tidak dinafikan ada masa saya rasa seperti ingin berputus asa.

“Peluang yang diberikan ini telah menaikkan semangat saya untuk bekerja dengan lebih keras lagi… Bagi saya, selagi ada orang yang mahu melihat hasil kerja saya maka saya tidak akan putus asa dan terus berada dalam industri ini.” tambahnya.


Kapsyen Nasihat Paling Kreativiti & Menang iPad Mini


Kapsyen Nasihat Paling Kreativiti & Menang iPad Mini

Kapsyen Nasihat Paling Kreativiti & Menang iPad Mini


KUALA LUMPUR, 26 MEI 2014: Jika anda kreatif dalam menyuai padan gambar atau video dengan kapsyen yang berunsurkan nasihat atau apa saja bermesej positif, inilah peluangnya untuk menunjukan bakat terpendam anda itu.

Menerusi peraduan #AllianceValues padankan apa juga gambar dan video menarik yang anda miliki dan indahkannya dengan apa juga mesej berunsur nasihat di laman Instagram peribadi milik anda untuk anda memenangi iPad mini.

Mungkin anda boleh kongsikan koleksi gambar atau video peribadi anda bersama ibu tercinta ketika sedang memasak di dapur atau sedang gembira meraikan hari graduasi dan padankannya dengan kapsyen paling kreatif berunsurkan nasihat berguna.

Mudah bukan?

Tapi jangan lupa untuk meletakkan hashtag #AllianceValues disetiap kapsyen yang anda pamerkan bersama-sama gambar pilihan sendiri bagi memudahkan perjalanan peraduan ini.

Setiap penyertaan akan dinilai menerusi kapsyen paling menarik yang selari dengan gambar mahupun video yang dikongsikan.

Bagaimanapun hanya seorang pemenang akan dipilih dalam setiap minggu dan setiap individu atau keluarga hanya layak untuk memenangi sekali sepanjang peraduan itu berjalan.

Peraduan #AllianceValue akan bermula pada 21 Mei ini dan berakhir pada 18 Jun depan.

Untuk keterangan lanjut sila layari : Alliance Bank Facebook


Zizan Razak Nafi Kontroversi Menyebabkan Dia Tewas Di ABPBH 2013


Zizan Razak Nafi Kontroversi Menyebabkan Dia Tewas Di ABPBH 2013

Zizan Razak Nafi Kontroversi Menyebabkan Dia Tewas Di ABPBH 2013


KUALA LUMPUR, 27 MEI 2014: Kegagalan pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak untuk meraih sebarang trofi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) dikatakan berpunca daripada beberapa kontroversi yang melibatkan namanya.

Namun pemilik nama Mohd Razizan Abdul Razak ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan percaya semuanya adalah kerana rezeki.

“Bagi saya ini semua rezeki. Jika nak kata saya kalah disebabkan kontroversi pun tak boleh sebab saya percaya pengundi sekarang bijak untuk memilih dan menilai seseorang artis itu.

“Katakanlah jika semuanya berpunca daripada kontroversi, sudah pasti nama saya tidak akan tersenarai sejak pencalonan awal lagi.

“Lagipun saya rasa kontroversi yang melibatkan saya tidak seteruk mana sehinga boleh membuatkan peminat membenci saya,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.

Di samping itu, pelawak berusia 30 tahun ini juga menyatakan bahawa dia menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan bersyukur kerana peminatnya sentiasa memberikan sokongan.

“Saya tercalon dalam lima kategori ini pun sudah cukup membuat saya rasa gembira. Saya redha dan kena ingat rezeki itu ada di mana-mana.

“Tidak ada perasaan kecewa terbit dihati kerana saya faham semuanya bergantung kepada undian peminat.

"Malah saya berbangga kerana semua pemenang hebat-hebat belaka seperti Aaron Aziz, Hafiz, Jep Sepahtu dan Dato' Ac Mizal.” ujarnya.

Dalam perkembangan terbaru, Zizan bakal muncul bersama kekasihnya aktres Emma Maembong dalam telefilem ‘Hantu Selfie’ arahan Michael Ang.


Shah Iskandar Impikan Status PR Malaysia


Shah Iskandar Impikan Status PR Malaysia

Shah Iskandar Impikan Status PR Malaysia


KUALA LUMPUR, 27 MEI 2014: Pelakon yang berasal dari Singapura, Shah Iskandar akui yang dia mengimpikan untuk menjadi PemaustatinTetap (PR) Malaysia sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan itu mencukupi.

“Buat masa sekarang saya hanya memperbaharui permit kerja khas untuk lakonan sahaja setahun demi setahun untuk memudahkan kerjaya saya di Malaysia,” ujar pelakon Teduhan Kasih itu.

Menurutnya, untuk memenuhi syarat itu, dia perlu menetap di Malaysia melebihi 5 tahun dan bebas daripada sebarang permasalahan.

“Sekiranya saya memperoleh status PR itu, ianya amat memudahkan saya membuat sebarang urusan di sini terutama bidang lakonan yang saya ceburi,” jelasnya lagi.

Shah bagaimanapun turut akui pelbagai cabaran perlu ditempuhi terutama terpaksa meninggalkan ibunya di Woodlands Singapura untuk mengembangkan kariernya di Malaysia.

Dia yang meraih anugerah Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2013 hanya dapat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada peminat yang sanggup mengundi untuk dirinya.

“Di Singapura saya lebih kepada bidang pengacaraan. Tapi sekiranya diberi peluang di sini saya akan membuktikan diri saya mampu menggalas tanggungjawab itu,” tambahnya.

Dalam pada itu, Shah juga memaklumkan bahawa dia bakal muncul dalam sebuah drama terbaru berjudul ‘Plan B’ yang ditayangkan di TV3 dan Teater Projek Kahwin bermula 6 hingga 14 Jun depan di Istana Budaya.


Aaron Aziz Mahu Terbitkan Program Keluarga Ala Kardashians


Aaron Aziz Mahu Terbitkan Program Keluarga Ala Kardashians

Aaron Aziz Mahu Terbitkan Program Keluarga Ala Kardashians


KUALA LUMPUR, 27 MEI 2014: Mendapat inspirasi daripada program realiti “Keeping Up With The Kardashians”, Aaron Aziz juga berharap kisah keluarganya boleh dipaparkan di kaca televisyen.

Penerima anugerah “Bintang Paling Popular ABPBH 2013” itu menyatakan dia sudah bersedia untuk berkongsi rahsia keluarganya bersama peminat.

Berhasrat untuk menerbitkan program realiti itui sendiri, dia bagaimanpun tidak keberatan untuk bekerjasama dengan produksi luar bagi merealisasikan impiannya.

“Insyallah, kalau ada satu realiti show akan dating. Dia macam “Keeping Up With Kardashians”. Ada bahagian kita harus merahsiakan, apa yang boleh kita kongsi, kita kongsi,” kata Aaron kepada hos di lokasi hlive!, CK Faizal.

Berkahwin dengan Diyana Halik pada 3Ogos 2003, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata Danish Anaqi, 10 tahun, Dwi Ariana, 8 tahun dan Dahlia Arissa, 4 tahun.

iskandarX: Nak buat apa papar kisah kehidupan seorang artis di kaca televisyen?

Hanez Suraya Mohon Peminat Bertenang Isu Saman MAS


Hanez Suraya Mohon Peminat Bertenang Isu Saman MAS

Hanez Suraya Mohon Peminat Bertenang Isu Saman MAS


KUALA LUMPUR, 27 MEI 2014: Isu memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines System (MAS) oleh aktres Hanez Suraya dan kekasihnya Romie Razin Adliha Abd Jais masih dalam siasatan.

Aktres itu ketika ditemui sewaktu sidang media teater Projek Kahwin memohon agar peminat dan pengikut dunia hiburan agar bertenang dan tidak menuduh dirinya secara melulu akan tindakannya itu.

“Saya mohon kepada peminat agar tidak melatah apa yang saya lakukan dan diminta bertenang kerana kes ini melibatkan hak peribadi saya dan juga sebagai pelanggan MAS” ujar Hanez.

Menurutnya lagi, disebabkan dia seorang selebriti, maka hal seumpama ini dibesar-besarkan. Situasi sebaliknya akan berlaku sekiranya dia hanyalah insan biasa.

"Biarlah apa orang nak cakap, saya serahkan kes ini kepada peguam saya dan telah saya telah dinasihatkan supaya tidak memberi apa-apa kenyataan agar tidak menganggu proses kes ini.” katanya lagi.

Hanez juga turut menerima panggilan telefon dari pihak MAS dan jawapan yang diberikan oleh pihak MAS adalah positif.

Ketika Murai menanyakan kepada Hanez apa dorongan sehingga dia bertindak demikian dengan pantas dia menjawab ‘No Komen’.

Sementara itu, Hanez ketika ini hanya mahu memberi fokus kepada Teater Projek Kahwin yang turut dibintangi oleh Izzue Islam, Shah Iskandar, Kaka Azraff, dan Kilafairy.

Peminat yang ingin mendapatkan tiket teater Projek Kahwin ia dijual pada harga RM35, RM55, RM85, RM125, RM185 dan RM225.

Tiket boleh didapati di AirAsiaRedTix.com dan kaunter box office Istana Budaya.


Tengku Azura Terima Fasha & Nora Danish Sebagai Keluarga


Tengku Azura Terima Fasha & Nora Danish Sebagai Keluarga

Tengku Azura Terima Fasha & Nora Danish Sebagai Keluarga


KUALA LUMPUR, 27 MEI 2014: Kemunculan dua pelakon popular Nora Danish dan Fasha Sandha ketika majlis pernikahan supermodel terkenal tanah air, Tengku Azura dan pasangannya Ramelle Ashram di Flora Terrace Hampshire Palace, Jalan Tun Razak menjadi bual bicara ramai.

Apatah lagi, Tengku Azura kini merupakan adik ipar kepada Rizal Ashram atau Jejai yang telah mendirikan rumah tangga bersama Fasha Sandha dan merupakan bekas suami kepada Nora Danish.

Ditanya portal murai.com.my tentang sejauh mana keakraban antara Tengku Azura dengan dua selebriti popular berkenaan, dia berkata jalinan hubungan antaranya dan Ramelle telah mengeratkan hubungannya dengan dua pelakon itu.

“Saya baru saja rapat dengan Fasha dan saya memang mengenali Nora. Alhamdulillah perkahwinan ini dapat merapatkan lagi hubungan saya dengan mereka.

“Apa yang penting saya melayan mereka sebagai ahli keluarga kerana sekarang mereka adalah ahli keluarga saya.

“Begitu juga dengan Nora. Apa yang penting saya melayan mereka semua sebagai keluarga saya,” katanya ringkas.

Ditanya perasaannya sekarang selepas mendirikan rumah tangga, kata Tengku Azura dia merasakan dirinya cukup gembira dan terasa teramat ringan sebaik sahaja diumumkan sebagai isteri kepada jejaka berkenaan.

Katanya, semua perasaan itu dapat dilihat dalam kebanyakan gambar majlis resepsinya dan Ramelle yang telah dikongsikan di laman sosial Instagram miliknya sejak semalam.

“Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Saya terasa sangat ringan dan gembira ketika ini. Mungkin anda dapat melihat kebahagiaan saya itu di dalam gambar-gambar saya.

“Ramelle seorang yang sangat penyanyang . Dia tahu apa yang dia mahukan dan sangat tegas dalam setiap keputusannya.

“Dia seorang yang sangat berkeyakinan dan yang penting dia lebih muda dari saya. Itulah yang membuatkan saya suka dengannya,” katanya mengidamkan untuk dikurniakan seorang cahayamata sebelum usianya mencecah 40 tahun, tahun depan.

Selain kualiti sempurna yang ada dalam diri Ramelle, dia juga akui bahawa suaminya itu mempunyai hubungan  rapat dengan kedua-dua orang anaknya terunanya yang kini telah mencecah usia belasan tahun.

Oleh kerana itu juga dia tidak teragak-agak untuk mengahwini Ramelle meskipun mereka sudah mengenali satu sama lain sejak dua tahun setengah yang lalu.

iskandarX: dah lama is tak dengar cerita pasal fasha kan? movie pun takder xbest lerr.

Apa Kata Zizan Tentang Kemenangan Aaron Aziz Di ABPBH


Apa Kata Zizan Tentang Kemenangan Aaron Aziz Di ABPBH

Apa Kata Zizan Tentang Kemenangan Aaron Aziz Di ABPBH


KL, 27 MEI 2014: Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang berlangsung Sabtu lalu menyaksikan aktor Aaron Aziz dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.

Kemenangan ini sekali gus mengenepikan ramalan awal banyak pihak yang menjangkakan gelaran tersebut akan menjadi milik pelawak Zizan Razak.

Malah, Zizan pada malam tersebut gagal membawa pulang sebarang trofi meskipun pada awalnya dia antara selebriti yang paling banyak tercalon dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Kegagalan Zizan pada malam tersebut menyebabkan ada yang berpendapat ianya berpunca daripada beberapa kontroversi yang melibatkan namanya.

Namun pelawak kelahiran program Raja Lawak musim pertama ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan percaya semuanya adalah kerana rezeki.

Justeru, tidak terlintaskan perasaan cemburu di hati Zizan apabila melihat rakan lakonannya dalam filem KL Gangtser, Aaron Aziz menjulang trofi Bintang Paling Popular buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun?

Mungkin itu persoalan yang harus dijawab Zizan apabila dia hadir sebagai tetamu jemputan dalam program MeleTOP malam ini.

Malah Bintang Paling Popular 2013, Aaron Aziz turut sama hadir dalam program itu untuk berkongsi perasaannya selepas sekali lagi merangkul gelaran tersebut.

Selain itu, turut akan membuat penampilan khas ialah pelawak terkenal Achey (Bocey) yang turut dinobatkan sebagai Artis Baru Lelaki Popular di ABPBH 2013 tempoh hari. Achey turut akan berganding dengan Neelofa menjadi hos jemputan untuk menggantikan Nabil yang kini berada di Paris.

Semestinya pelbagai gosip panas dan perkembangan terbaru bakal dikongsi bersama khas buat para penonton. Jangan lupa untuk menonton program MeleTOP malam ini jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).


Shahir Akui Berkawan Dengan Erra Fazira


Shahir Akui Berkawan Dengan Erra Fazira

Shahir Akui Berkawan Dengan Erra Fazira


KUALA LUMPUR, 26 MEI 2014: Walaupun berdolak-dalik pada awalnya, akhirnya juara Akademi Fantasia 8, Shahir mengakui dia kini sedang berkawan dengan bintang jelita Erra Fazira.

Kata penyanyi lagu ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’ ini, tidak salah untuk dia berkawan dengan rakan-rakan seperjuangan apatah lagi artis berpengalaman seperti Erra.

“Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut," katanya.

Ditemui semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, Shahir merasakan Erra adalah sumber rujukan terbaik untuk artis-artis muda sepertinya.

“Saya anggap Erra Fazira sebagai Erra Fazira. Dia seorang artis berpengalaman yang boleh dijadikan sumber rujukan artis-artis baru seperti saya,” ujar penyanyi berusia 26 tahun ini.

Kesahihan gosip di antara Shahir dan Erra terus menjadi tanda soal apabila Erra enggan memberi sebarang maklumbalas apabila ditanyakan hlive! pada majlis anugerah itu.

“Kalau boleh saya tidak mahu memberi komen apa-apa selain dari ABP. Kehidupan peribadi saya, saya tidak mahu komen. Hari ini adalah hari ABP," kata Erra.

Gosip ini timbul apabila diberitakan Erra dan Shahir dilihat keluar bersama dan mereka dikatakan sedang rapat.

Terdahulu, Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek, 40 tahun, dan Engku Emran Engku Zainal Abidin 39 tahun, sah bercerai dengan talak satu pada Februari lalu. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Engku Aleesya, 5 tahun.


Corat-Coret Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013


Corat-Coret Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013

Corat-Coret Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013


KUALA LUMPUR, 26 MEI 2014: Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2013) yang berlangsung Sabtu lalu di PICC Putrajaya telah menyaksikan Siti Saleha menggodol 2 anugerah iaitu Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Pelakon dari Seberang Tambak, Aaron Aziz pula merampas semula takhta sebagai Bintang Paling Popular 2013 dan juga meraih Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular.

Namun sepanjang ABPBH2013 berlangsung terdapat banyak kejadian dan cerita yang menarik di sebalik tabir anugerah itu.

Istimewa untuk anda, portal murai.com.my menyampaikan cerita menarik sebagai coret-coret yang mungkin anda tidak dapat lihat di kaca TV.

1. Setelah sejam acara bermula, tempat duduk masih kosong, Murai difahamkan setiap kelab peminat hanya boleh membawa masuk 10 orang ahli sahaja, bagi mengawal situasi itu barulah penganjur membawa masuk mereka ke dalam dewan.

2. Tempat duduk yang ditag Berita Harian juga banyak yang kosong mungkin disebabkan segelintir penonton itu mempunyai urusan lain.

3. Kebanyakkan selebriti pada malam itu ada yang mengikut tema pakaian “magis alam” dan ada segelintirnya tidak dapat memenuhi tuntutan itu.

Corat-Coret Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013


4. Reaksi Fara Fauzana menegur suara latar yang memperkenalkan namanya di awal majlis mendapat perhatian penonton.

5. Gabungan pengacara Antara Fara Fauzana, Amy Mastura dan Shiro ketika waktu iklan membuat penonton tidak kering gusi apabila mereka mengusik penonton di dalam dewan.

6. Ramai artis dan juga selebriti tidak dapat hadir disebabkan atas faktor-faktor tertentu.

7. Ruang pentas yang agak terhad membuatkan tenaga kerja produksi berada dalam tekanan untuk mengalihkan ‘props’ dan alatan-alatan muzik yang lain.

8. Iringan muzik orkestra yang diketuai Datuk Ramli MS diletakkan di hujung kanan pentas, dan ruangan juga sempit bagi mereka.

9. Kadang-kala terdapat masalah teknikal terutama ‘mic’ yang digunakan oleh hos pada malam itu.

Corat-Coret Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013


10. Pilihan genre lagu pada setiap persembahan di atas pentas lebih kepada muzik yang rileks dan santai kerana menghormati tragedi kehilangan “MH370”.

11. Persembahan artis tidak mengecewakan tetapi yang paling menarik perhatian adalah Liza Hanim dan Nora yang mempunyai lontaran vokal yang mantap.

Corat-Coret Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013


12. Ada segelintir penonton di dewan tidak berpuas hati, Tegar di beri ruang untuk membuat persembahan dan ramai lagi artis muda tanah air wajar diberi ruang yang sama di pentas ABPBH.

Corat-Coret Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013


13. Muka-muka baru yang meraih anugerah turut menarik perhatian penonton seperti Zara Zya dan Shah Iskandar mendapat tepukan yang amat gemuruh.

14. Satu kategori online tercicir dan tidak dipaparkan di kaca tv iaitu Artis Wanita Stailo Yana Samsudin.

15. Secara keseluruhan ABPBH2013 berjalan lancar kecuali Dewan PICC yang terlalu luas dan ruang pentas yang terhad wajar menjadi penganjaran kepada penganjur sama ada mahu menganjurkan acara prestij ini ditempat sama.

Aaron Aziz Harap Kemenangan Ke-2 Di ABPBH Tidak Dipertikai


Aaron Aziz Harap Kemenangan Ke-2 Di ABPBH Tidak Dipertikai

Aaron Aziz Harap Kemenangan Ke-2 Di ABPBH Tidak Dipertikai


KUALA LUMPUR, 26 MEI 2014: Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) yang berlangsung malam Sabtu lalu menyaksikan aktor Aaron Aziz sekali lagi merangkul gelaran Bintang Paling Popular di mana dia pernah memenanginya dua tahun lalu.

Selain itu, Aaron juga turut menerima trofi Pelakon Filem Lelaki Popular pada majlis gilang gemilang yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu.

Menurut Aaron, dia berharap agar kemenangan kali keduanya ini tidak ada pihak yang akan membuat pertikaikan kerana hasil kemenangannya adalah berdasarkan undian peminat.

“Saya harap tiada pihak yang akan mempertikaikan kemenangan saya seperti mana pada kali pertama saya mendapat anugerah ini iaitu pada tahun 2011.

“Hasil kemenangan ini ditentukan oleh peminat saya yang bertungkus-lumus mengundi dan tidak putus-putus memberikan sokongan kepada saya,” katanya ketika ditemui media.

Bagaimanapun, sekiranya ada pihak yang masih mempertikaikan kemenangannya itu, dia tidak akan berdiam diri.

“Tetapi andai kata perkara tersebut berlaku, saya tidak akan berdiam diri dan tidak teragak-agak untuk bersemuka dengan pihak berkenaan,” ujarnya.

Dalam pada itu mengulas mengenai kemenangannya, Aaron berkata dia tidak menyangka bahawa namanya diumumkan sebagai pemenang memandangkan artis-artis yang dicalonkan semuanya hebat.

“Sebaik sahaja nama saya diumumkan sebagai pemenang bintang popular, saya terkejut dan tidak percaya.

“Sebab saya memang tak sangka langsung saya akan menang kerana saya merasakan populariti saya semakin pudar… Lebih-lebih lagi artis-artis yang dicalonkan semuanya hebat-hebat belaka.

“Kalau ditanya mengenai persaigan sengit saya rasa antara Zizan Razak dan Shaheizy Sam yang akan menang… tapi Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya.

“Saya ingin berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan terhadap saya sepanjang perjalanan karier saya di Malaysia.” jelasnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan