Cari Artikel

Monday, May 26, 2014

“Tunggulah Balasan Daripada Allah” – Suami Izreen Azminda


“Tunggulah Balasan Daripada Allah” – Suami Izreen Azminda

“Tunggulah Balasan Daripada Allah” – Suami Izreen Azminda


Biarpun pelakon Izreen Azminda sendiri memberi kenyataan bahawa antaranya dengan suami sudah tiada ikatan dan pasrah kerana jodoh tidak berpanjangan, namun lain pula bagi pihak suaminya Muhammad Riza.

Riza menafikan sekeras-kerasnya berita penceraian mereka yang tersebar luas di media, tetapi mengaku sudah tidak tinggal sebumbung. Menurut Riza, dia tidak tahu bagaimana berita itu boleh tersebar sedangkan tiada sebarang pergaduhan yang berlaku seperti yang didakwa oleh pihak media.

“Tidak ada lafaz cerai berlaku di set lokasi seperti yang dihebohkan sebelum ini. Siapa yang buat mulut itu, tunggulah balasan daripada Allah. Saya tak faham macam mana mereka boleh cakap kami bergaduh. Biasalah mulut orang bebas untuk cakap apapun, saya tak kisah tapi mereka kena tahu perbuatan mereka itu akan dibalas Allah, itu saja yang saya boleh cakap,” tutur Riza sambil memberitahu enggan memberikan sebarang komen lagi.

“Saya rasa tak payahlah temubual saya lagi. Saya malas nak layan isu remeh temeh ini, minta maaf sangat-sangat. Saya berpisah secara baik dengan Izreen dan saya harap semua menghormati privasi kami. Saya pasti Izreen juga akan memberi kenyataan dalam masa terdekat ini,” pinta jurukamera bebas ini lagi.

“Tunggulah Balasan Daripada Allah” – Suami Izreen Azminda


Tambah Riza lagi, biarpun sudah memfailkan penceraian di Mahkamah pada 14 Mei yang lalu, Riza tidak mahu mengulas lebih lanjut bilakah saat rumahtangganya mula goyah dan lebih selesa mengunci mulut.

“Apabila masalah rumahtangga kami bermula, tanyalah Izreen. Saya bukan tak nak komen, tapi saya rasa lebih baik orang tanya dia saja. Apapun, saya harap orang di luar sana bagilah ruang kepada dia untuk tenang terlebih dulu. Saya pasti dia juga tertekan dengan apa yang berlaku dan saya kesian apabila orang asyik tanya dia saja.

“Apa yang boleh saya katakan, punca sebenar rumahtangga kami retak tak ada apa sangat pun, cuma adalah masalah yang tak dapat kami beritahu di sini,” ujar Riza sambil memberitahu anak mereka, Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan dijaga secara bergilir-gilir oleh mereka.


Norman & Memey Enggan Komen Isu Rumahtangga Abby Abadi


Norman & Memey Enggan Komen Isu Rumahtangga Abby Abadi

Norman & Memey Enggan Komen Isu Rumahtangga Abby Abadi


Baru-baru ini, pelakon Abby Abadi telah memuatnaik status yang menimbulkan pelbagai tanda tanya tentang hubungannya dan suami. Abby seolah-oleh memberi “hint” bahawa rumahtangga yang dibina pada July tahun lepas sedang mengalami krisis.

Untuk mendapat kepastian, pihak media telah cuba menghubungi Abby Abadi namun tidak berjaya kerana panggilan yang dibuat kepadanya tidak dijawab. Oleh itu, pihak media telah menghubungi orang terdekat beliau iaitu pelakon Memey Suhaiza dan Norman Hakim bagi mendapat kesahihan berita itu.

“Maaf, baik Memey mahupun abang Norman, kami tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai hal ini. Kami tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang berlaku. Apapun, kami mendoakan yang terbaik buat mereka,” tutur Memey ketika dihubungi GUA sebentar tadi.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadhan di mana usia Farhan 12 tahun lebih muda daripada Abby.

iskandarX: buat aper lah nak pening kan kepala dengan memikir dan komen asal isu rumahtangga orang kan? Tak gitu abang Norman?

Paparan Mesej Lucah Dalam Oh My English, Astro Mohon Maaf


Paparan Mesej Lucah Dalam Oh My English, Astro Mohon Maaf

Paparan Mesej Lucah Dalam Oh My English, Astro Mohon Maaf


Stesen penyiaran Astro memohon maaf atas kecuaian pihaknya sehingga mesej Twitter berunsur lucah terlepas untuk tontonan umum dalam rancangan Oh My English musim ketiga (OME) pada Ahad yang lalu.

Jurucakap Astro berkata, akaun Twitter peminat telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan bagi mencemarkan stesen televisyen berkenaan.

Paparan Mesej Lucah Dalam Oh My English, Astro Mohon Maaf


Kami ada memuat-naik gambar hasil kiriman orang ramai di laman Facebook Oh! Tidak dan menerima maklumbalas baik daripada pihak Oh My English (Astro).



Hai Oh! Tidak, kami sangat berterima kasih kepada anda kerana menarik perhatian kami mengenai kecuaian paparan tweet di kaca TV semasa siaran Oh My English. Kami ingin memohon maaf dengan seikhlas hati atas kecuaian yang tidak disengajakan dari pihak kami dan tindakan telah pun diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berulang lagi. Kami juga berharap agar Oh Tidak! akan terus memberikan sokongan padu terhadap Oh My English dan Astro secara keseluruhannya. Terima kasih.

Menurut pihak Astro lagi, setiap hari mereka menerima puluhan ribu mesej di Twitter dan keterlepasan mesej berbaur lucah berkenaan kepada umum adalah tidak disengajakan.


Dalam kejadian Ahad lalu, seorang individu telah mengirimkan mesej menerusi Twitter untuk sairan Oh My English musim ketiga berbau lucah yang ditujukan kepada Jibam, salah satu watak lakonan Akhmal Rizal.



Sementara itu Astro berkata, berikutan kejadian itu pihaknya akan mengawal dengan lebih ketat penyiaran mesej Twitter pada masa akan datang. Astro juga turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan penggodam yang mungkin cuba mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu perkara buruk.

“Kepada semua peminat, kami ingin menasihati mereka supaya menjaga akaun Twitter masing-masing dengan selamat,” katanya.

Oh My English musim ketiga disiarkan menerusi TVIQ pada setiap hari Ahad pukul 9 malam dan diulang siar beberapa kali menerusi saluran itu.

iskandarX: perrghh memang siot tul kalau betul account twitter kena hack kan? seb baik is ada banyak backup hehehe.


Lepas Menang di ABPBH 2013, Jihan Mahukan Watak Serius


Lepas Menang di ABPBH 2013, Jihan Mahukan Watak Serius

Lepas Menang di ABPBH 2013, Jihan Mahukan Watak Serius


KUALA LUMPUR, 26 MEI 2014: Pelawak Jihan Musa yakin pelawak wanita mampu bersaing secara sihat di dalam industri perfileman mahupun drama.

Meskipun lebih dikenali sebagai pelawak, hakikatnya Jihan yakin dirinya mampu membawa watak lain di dalam sebuah karya lakonan.

“Saya akui pelawak seperti saya dianggap sukar oleh segelintir produser untuk membawa watak yang serius, akan tetapi sekiranya diberi peluang saya boleh buktikan yang saya mampu lakukan,” ujar Jihan yang merupakan Naib Juara Raja Lawak musim ke-3.

Dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang berlangsung Sabtu lalu, Jihan telah merangkul gelaran Artis Komedi Wanita Popular dan berjaya menumpaskan nama-nama besar lain seperti Didie Alias, Noorkhiriah dan Sharifah Shahirah.

“Sesungguhnya saya tidak menyangka membawa pulang trofi ini, saingan amat hebat dan selepas ini tanggungjawab saya semakin besar untuk para peminat," jelasnya.

Jihan juga amat berterima kasih kepada peminat yang mengundinya dan tidak mensasarkan apa-apa anugerah selepas ini dan hanya berserah kepada rezeki yang diberikan oleh-Nya.

“Dengan anugerah ini juga, ia merupakan hasil kerja keras saya selama ini dan  saya menganggap pelapis pelawak wanita seperti saya masih ada kekurangan dan perlu diperbaiki.

Selain itu, Jihan Musa dikatakan akan turut serta dalam Maharaja Lawak akan datang dan akan melakukan yang terbaik.


Anugerah Bintang Paling Popular Kembali Menjadi Milik Aaron Aziz


Anugerah Bintang Paling Popular Kembali Menjadi Milik Aaron Aziz

Anugerah Bintang Paling Popular Kembali Menjadi Milik Aaron Aziz


PUTRAJAYA, 25 MEI 2014: Dengan jumlah undian sebanyak 76,742, gelaran Bintang Paling Popular Berita Harian 2013 kembali menjadi milik aktor Aaron Aziz pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) yang berlangsung malam tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ini adalah kemenangan kedua Aaron di mana dia pernah memenangi gelaran yang sama dua tahun lalu.

Kemenangan itu sekali gus mengenepikan ramalan awal pelbagai pihak yang sebelum ini menjangkakan ianya bakal dimenangi pelawak Zizan Razak. Malah Aaron turut memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular pada malam tersebut.

Malam kemuncak ABPBH2013 ini juga menjadi malam yang penuh gemilang buat pelakon wanita jelita, Siti Saleha apabila dia tanpa disangka merangkul dua anugerah utama iaitu Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular.

Selain itu, tuah juga memihak kepada barisan pelawak kelahiran program Raja Lawak iaitu Jihan Muse dan Jep Sepahtu apabila masing-masing memenangi anugerah Artis Komedi Wanita Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular. Manakala Johan pula memenangi anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular. Achey dari kumpulan Bocey turut menyerlah dengan gelaran Artis Baru Lelaki Popular.

Barisan bintang kelahiran Akademi Fantasia pula turut menyinar demi Akim dan Stacy memenangi Artis Duo/Berkumpulan Popular di mana Stacy sendiri turut memenangi Penyanyi Wanita Popular. Kategori Penyanyi Lelaki Popular pula dimenngi Hafiz Suip.

Hos program Maharaja Lawak, Dato` AC Mizal muncul pemenang bagi anugerah Pengacara TV Lelaki Popular yang mana kategori wanitanya pula dimenangi hos MeleTOP, Neelofa.

Malam kemuncak ABPBH2013 turut memberi penghargaan kepada Dato` Rahim Razali dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di atas sumbangannya terhadap industry penyiaran.

ABPBH2013 tampil dengan tema Magis Alam dan membariskan Amy Mastura, Fara Fauzana dan kumpulan Shiro sebagai hos. Penganjuran tahun ini juga berbeza seperti tahun-tahun sudah di mana ianya lebih menerapkan nilai-nilai kemanusiaan selain beberapa segmen khas demi mengenang tragedi kehilangan pesawat MH370.

Majlis sepatutnya berlangsung pada 6 April lalu tetapi ia ditunda untuk menghormati tragedi tersebut. Antara artis yang tampil membuat persembahan ialah Mawi, Dato` AC Mizal, Zainal Abidin, Hyper Act, Tegar, Dayang Nurfaezah, dan Liza Hanim.


Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013


Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013



PUTRAJAYA, 25 MEI 2014: Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) malam tadi menyaksikan aktor filem KL Gangster 2, Aaron Aziz muncul meraih gelaran Bintang Paling Popular.

Ini adalah kemenangan kedua buat Aaron di mana dua tahun lalu dia turut memenangi gelaran yang sama. Selain itu, Aaron turut memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular.

Berikut ialah senarai penuh pemenang ABPBH2013:-

Kategori Utama:

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz

Artis Baru Lelaki Popular – Achey

Artis Baru Wanita Popular – Zara Zya

Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim

Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz

Penyanyi Wanita Popular – Stacy

Pelakon TV Lelaki Popular – Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz

Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha

Artis Komedi Lelaki Popular – Jep

Artis Komedi Wanita Popular – Jihan

Pengacara TV Lelaki Popular – Dato`AC Mizal

Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan (ERA)

Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana (HOT FM)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Rahim Razali



Kategori Online:

Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari

Artis Wanita Stailo – Yana Samsudin

Gandingan Serasi di Layar – Azlee Khairi & Zara Zya

Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular – Sofi Jikan

Artis Berpengaruh di Laman Sosial – Datuk Siti Nurhaliza

Chef Selebriti Paling Popular – Chef Wan

Aksi di Youtube Paling Popular – Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi)

Fadzil Zahari Tak Ragu-Ragu Nak Kahwini Yana Samsudin


Fadzil Zahari Tak Ragu-Ragu Nak Kahwini Yana Samsudin

Fadzil Zahari Tak Ragu-Ragu Nak Kahwini Yana Samsudin


PUTRAJAYA, 24 MEI 2014: Pelakon lelaki yang semakin meningkat naik, Fadzil Zahari mengakui tidak ragu-ragu untuk mengahwini pelakon wanita popular, Yana Samsudin.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh Fadzil Zahari ketika menjawab soalan daripada wartawan penyiaran HLive! di laluan karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini sebentar tadi.

Kata Fadzil yang juga adik kepada aktor Farid Kamil, dia telah pun mengenali Yana Samsudin selama lima tahun dan dia hanya akan mendirikan rumahtangga dengan wanita yang dikenalinya.

"Saya sudah mengenali Yana selama lima tahun dan sudah pasti saya akan mengahwini seseorang yang saya kenali.

"Takkan dengan orang yang saya tak kenali pula," katanya tersenyum sambil melihat Yana Samsudin yang berada di hadapannya.

Yana Samsudin yang telah membawa kekasihnya itu ke laluan karpet merah ABPBH2013, ternyata terkesima dan seakan tidak percaya dengan kata-kata Fadzil Zahari itu terutama di hadapan kamera.

Aktres berkenaan tersenyum dan tergelak sambil menutup mulutnya melahirkan rasa kegembiraannnya.

Menurut Yana Samsudin, inilah kali pertama dia mendengar kata-kata manis itu daripada kelasihnya itu.

Yana Samsudin tampil menawan dengan persalinan hitam berbatu jemaki rekaan Azura Coutore.

iskandarX: Habis laa lepas nie Wawa dengan Boby dah takder lah dalam Adnan Sempit heheheee.

Hafiz Kurus Bukan Kerana Kesan Sampingan Ubat


Hafiz Kurus Bukan Kerana Kesan Sampingan Ubat

Hafiz Kurus Bukan Kerana Kesan Sampingan Ubat

KUALA LUMPUR, 24 MEI 2014: Keadaan susut tubuh penyanyi Hafiz Suip, 24, yang kurus mendadak mula menimbulkan rasa sangsi di kalangan peminat adakah dia mengambil sebarang ubatan?

Hafiz Suip dengan yakin menjelaskan, dia tidak mengambil sebarang ubat-ubatan terutama bahan terlarang kerana itu bukan caranya.

“Terus terang saya cakap, saya tidak mengamalkan diet mahupun mengambil ubat-ubatan kurus tetapi saya mengamal kardio menerusi Youtube menerusi program Mike Chang,” ujar Hafiz Suip.

Mike Chang merupakan satu program senaman atau pun kardio yang menunjukkan cara-cara untuk menguruskan badan dengan cara yang betul dan seimbang.

“Kalau mengikut latar belakang keluarga saya, ada di kalangan mereka menghidap penyakit diabetis dan juga jantung, untuk mencegahnya daripada berlaku kepada saya, senaman dan kardio adalah cara terbaik demi kesihatan saya” kata Hafiz penyanyi popular lagu Bahagiamu Deritaku itu.

Mengenai perkembangan terbaru Hafiz, dia bakal mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe Melaka pada 22 Jun depan iaitu `Hafiz and Friends Live Showcase`.

Membuat persembahan di Hard Rock Café mereupakan impiannya sejak bergelar juara program realiti Akademi Fantasia musim ke 7.

“Showcase pada malam itu nanti, bukan saya seorang, Akim dan Hazama akan turut serta memberikan persembahan yang terbaik menerusi lagu-lagu popular kami.”, jelasnya.

Menerusi showcase ini juga, dapat menghimpunkan peminat di bawah satu bumbung dan Hafiz yakin peminat akan merasai keakraban ketiga-ketiga penyanyi ini di atas pentas itu nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan