Cari Artikel

Friday, May 23, 2014

KRU Perjelas Isu Cetak Rompak Album Wings, Bakal Buat Laporan Polis!


KRU Perjelas Isu Cetak Rompak Album Wings, Bakal Buat Laporan Polis!

KRU Perjelas Isu Cetak Rompak Album Wings, Bakal Buat Laporan Polis!


KUALA LUMPUR, 23 MEI 2014: Setelah kumpulan lagenda Rock tanahair, Wings membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati pada malam Selasa lalu mengenai lagu baru mereka dicetak rompak,  kini pihak KRU Music sebagai syarikat penerbitan kepada lagu tersebut pula tampil menjelaskan mengenai isu tersebut.

Pihak KRU Music mengambil langkah untuk menjelaskan isu tersebut ke dalam sebuah video yang diedarkan kepada pihak media dan dimuat naik menerusi Youtube.

Menerusi video berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Norman Abdul Halim telah menjelaskan lebih lanjut mengapa boleh berlakunya cetak rompak terhadap lagu-lagu Wings di dalam album Menakluk Kosmos berkenaan.

Pun begitu, Norman memberitahu di dalam video tersebut semua pihak tidak seharusnya menyalahkan mereka semata-mata kerana ianya di luar kawalan syarikat rakaman juga.

Malah Norman memberitahu pihak mereka juga agak kecewa apabila berlakunya cetak rompak kerana KRU Music juga telah melaburkan duit yang banyak iaitu sebanyak lebih RM200,000 hanya untuk album tersebut.

Berikutan itu, Norman juga telah mengambil keputusan untuk turut membuat laporan polis pada Isnin ini supaya dalang kepada punca berlakunya cetak rompak terhadap lagu itu akan dihukum dengan hukuman yang setimpal.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu cetak rompak ini, boleh lihat video tersebut di bawah ini:




Selepas Lahirkan Baby Girl, Doktor Nasihati Safura Berhenti Mengandung


Selepas Lahirkan Baby Girl, Doktor Nasihati Safura Berhenti Mengandung

Selepas Lahirkan Baby Girl, Doktor Nasihati Safura Berhenti Mengandung

KUALA LUMPUR, 23 MEI 2014: Pada 20 Mei yang lalu bertempat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), seorang bayi comel perempuan seberat 2.55 kilogram telah pun dilahirkan dengan selamatnya.

Bayi perempuan tersebut adalah cahaya mata keempat kepada pasangan pelakon Sahronizam Noor dengan Safura Yaacob. Satu anugerah yang disifatkan cukup berharga buat mereka setelah kehilangan anak sulung mereka pada 2012.

Hal tersebut turut diakui oleh Sahronizam. Namun, kata Sahronizam, selepas kelahiran baby girl ketiga mereka itu, doktor sudah pun menasihati Safura supaya berhenti mengandung.

"Bukanlah sebab apa-apa pun. Tapi, memang ada sedikit komplikasi ketika melahirkan baby kami ini. Mungkin ia disebabkan faktor usianya yang sudah pun mencecah 43 tahun.

"Namun, sepanjang proses melahirkan anak ini, segalanya telah dipermudahkan oleh Allah Taala dan baik Safura mahu bayi kami, kedua-dua berada di dalam keadaan yang sihat dan selamat," katanya kepada portal murai.com.my.

Menurut Sahronizam lagi, pada hari Selasa lalu (20 Mei 2014), Safura sepatutnya pergi menjalani pemeriksaan seperti biasa di HUKM.

"Tapi, setelah mendapati terdapat bukaan sebanyak 2 sentimeter pada rahimnya, maka dia terus ditahan. waktu itu, saya sedang menjalani penggambaran Cinta Ibadat sebanyak 80 episod terbitan NSK Productions untuk Astro Prima.

"Namun, saya sudah maklumkan dari awal kepada pihak produksi bahawa saya sedang menunggu masa untuk menyambut kelahiran baby baru dan seandainya tiba waktu untuk Safura lahirkan saya, minta supaya dibenarkan tinggalkan lokasi untuk berada di sisi Safura.

"Alhamdulillah...Nampaknya mereka sangat-sangat memahami serta tidak berdepan dengan apa-apa masalah mengenai hal tersebut.

"Bila saya saya dapat panggilan telefon daripada pihak hospital memaklumkan mengenai situasi dan keadaan Safura, saya terus bergegas pergi.

"Sekitar jam 5 petang, Safura telah dimasukkan ke bilik bersalin dan sekitar jam 6.52 petang, bayi perempuan kami telah selamat dilahirkan," ceritanya secara panjang lebar.

Jelas Sahronizam lagi, dia dan Safura masih belum memutuskan nama yang sesuai untuk diberikan kepada cahaya mata mereka itu.

"Beberapa pilihan sudah ada, cuma tinggal nak pilih yang sesuai saja. Insya Allah, saya dan Safura juga bercadang untuk mengadakan kenduri Akikah sempena kelahiran bayi kami ini," katanya.

Hasil perkahwinan Safura dengan Sahronizam, mereka telah dikurniakan 4 cahayamata iaitu 3 perempuan dan seorang lelaki (kini 3 selepas anak perempuan pertama meninggal dunia). Safura juga mempunyai 2 lagi cahayamata iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.


Miera Liyana Nekad Kurangkan Imej Seksi


Miera Liyana Nekad Kurangkan Imej Seksi

Miera Liyana Nekad Kurangkan Imej Seksi


KUALA LUMPUR, 23 MEI 2014: Pelakon remaja yang semakin meningkat naik dalam dunia pefileman dan drama, Miera Liyana akui yang dia sering berimej seksi semasa kemunculan awalnya dalam industri hiburan tanah air.

Namun itu dahulu, kini gadis berusia 20 tahun ini membuat keputusan akan cuba berpakaian sopan bergantung kepada majlis dan keadaan tertentu.

"Seksi itu terlalu subjektif untuk diterangkan secara umum, kadang-kadang seseorang itu selesa dengan imej kita atau sebaliknya, yang penting Miera akan cuba yang terbaik bagi imej permakaian Miera”, katanya sewaktu ditemui baru-baru ini.

Dalam perkembangan terbaru, gadis ini baru sahaja selesai tamat sesi pengambaran drama "Kusinero Cinta" selama 60 episod bersama Tizz Zaqyah, Jericco Rosales dan Aaron Aziz.

Mengenai hubungan Miera dengan lelaki bernama Hussein Mohd Said yang dikatakan sedang hangat menyulam cinta dan ramai tertanya-tanya adakah ia benar?

"Memang Miera berkawan rapat dengan Hussein tapi bukan sebagai kekasih, dia kawan Miera sejak zaman sekolah dan terpisah selepas Hussein melanjutkan pelajaran ke luar negara," jelasnya.

Mengenai mesej `I Miss You` di laman sosial itu Miera berpendapat ianya hanya mesej biasa untuk kawan-kawan, mereka berdua sudah mengenali sudah lama sejak kecil lagi.

"Buat masa sekarang, Miera lebih selesa bersendirian dan belum ada calon yang sesuai untuk mengisi hati ini, fokus kepada kerjaya lakonan adalah perkara penting." ujar Miera.

Miera Liyana antara 5 selebriti yang bertuah akan terbang ke Barcelona selama 8 hari yang bagi memenuhi tajaan Air France dan Rafflesia.

iskandarX: Nak kurang kan imej esksi buat ap, tambahkan lagi imej2 seksi dan seksa tu, lagi seksi lagi best biar terkeluaq habih biji mata yang memandang.

Hanez Suraya: MAS Sudah Respon Terhadap Saman Yang Difailkan


Hanez Suraya: MAS Sudah Respon Terhadap Saman Yang Difailkan

Hanez Suraya: MAS Sudah Respon Terhadap Saman Yang Difailkan


KUALA LUMPUR, 23 MEI 2014: Pelakon Hanez Suraya mengesahkan pihak Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah pun memberi respon kepada pihaknya sebaik sahaja dia memfailkan saman kepada pihak berkenaan di Mahkhamah Tinggi Shah Alam Selangor semalam.

Pun begitu, Hanez tidak mahu memberi sebarang komen kerana ianya masih dalam kes mahkamah.

"Menurut peguam saya, MAS sudah memberi respon kepada saman yang saya failkan. Saya pun pelik cepat pula mereka respon sedangkan sebelum ini kami sudah beri masa sebulan untuk penjelasan segalanya tetapi gagal sehingga memaksa kami failkan saman di mahkamah.

"Itu sahaja saya boleh beritahu, mengenai perkara lebih lanjut saya tak dapat dedahkan apa-apa.

"Tunggulah, sehingga kes ini disebut di Mahkamah kelak yang saya sendiri tak pasti bila," jelasnya ringkas.

Hanez ditemui selepas dia hadir di Majlis Persembahan Fesyen Raya dari Wanpa yang berlangsung serentak dengan Ramadhan Prebiu Warisan Kampung, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Pelakon Autunn Di Hatiku itu dan kekasihnya, Romie Razin Adilha Abd Jais, memfailkan saman terhadap MAS semalam atas dakwaan mendedahkan tiket penerbangan mereka ke Bangkok, Thailand di laman sosial, April lalu.

Saman tersebut difailkan menerusi Tetuan Harjit Sandhu menerusi kaedah e-filling di pejabat Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

Hanez dan Romie dalam pernyataan tuntutan mendakwa mereka menggunakan perkhidmatan MAS ke Bangkok dan berlepas daripada pintu G8, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pesawat MH0788.

Sebelum menaiki pesawat berkenaan, mereka mendakwa menyerahkan tiket penerbangan kepada tiga petugas di pintu tersebut.

Selepas beberapa jam mendarat di Bangkok, mereka turut mendakwa telah dimaklumkan keratan tiket penerbangan tersebut telah dimuat naik ke dalam akaun Facebook "Kami Sokong Liyana Manan" dan mendapati lebih 1,000 komen negatif berbaur cemuhan serta cacian.

Mereka mendakwa tindakan defendan mendedahkan tiket penerbangan tersebut ke laman sosial adalah tidak beretika dan melanggar Akta Pelindungan Data Peribadi (APDP) 2010.

Hanez dan Romie sebagai plaintif telah menghantar surat pada 21 April kepada MAS untuk meminta penjelasan mengenai pelanggaran APDP itu.Pada 29 April, peguam yang mewakili kedua-dua plaintif menerima surat daripada defendan agar meminta salinan tiket tersebut diserahkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.

Salinan tersebut telah diserahkan keesokan harinya dan pada 8 Mei 2014, plaintif telah menghantar surat kepada defendan bagi memberi masa sehingga 12 Mei untuk memberi jawapan, namun sehingga kini masih tidak menerima sebarang jawapan.

Plaintif mendakwa mereka mengalami gangguan dan tekanan emosi akibat perbuatan tidak beretika.Oleh itu, Hanez dan Romie dalam samannya terhadap defendan menuntut ganti rugi am, teladan, teruk, kos dan apa-apa perintah relief yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Emma Maembong Jawab Pasal Isu Kongkong Zizan Razak


Emma Maembong Jawab Pasal Isu Kongkong Zizan Razak

Emma Maembong Jawab Pasal Isu Kongkong Zizan Razak


KUALA LUMPUR, 23 MEI 2014: Di mana ada Zizan Razak, di situ ada Emma Maembong dan begitulah sebaliknya. Tidak hairanlah kalau timbul desas-desus yang mengatakan bahawa Emma Maembong mengongkong pelawak tanahair yang terkemuka itu. Ditemui di malam preview filem Abang Long Padil baru-baru ini, Emma telah menjawab dakwaan mengenai isu kongkong Zizan itu. Apa kata Emma?

"Saya tak tahu nak cakap macam mana pasal isu ini. Bila isu ini diperkatakan, saya terkejut. Setahu saya, saya tidak pernah kacau kerja dia dan dia pun tidak pernah kacau kerja saya.

"Tetapi apabila ada orang kata saya kongkong Zizan, senang sahaja, apa yang saya kongkong dia? Contohnya kalau ada majlis yang dia perlu pergi kemudian saya tak bagi, itu baru nama kongkong.

"Tetapi setakat ini tak ada lagi. Dan saya pun tak tahu mana datang cerita ini. Tetapi itulah, saya tidak boleh tutup mulut orang," jelas Emma.

"Macam hari ini, saya hadir untuk memberi sokongan kepada Zizan. Bila saya bekerja, saya bekerja. Bila saya bercuti,

"Saya orang biasa seperti anda semua. Itu masanya untuk saya keluar bersama rakan-rakan dan buat aktiviti bersama seperti main boling atau menonton wayang," katanya.


Betul Ker Jimmy Shanley Semakin Tak Endahkan Anak?


Betul Ker Jimmy Shanley Semakin Tak Endahkan Anak?

Betul Ker Jimmy Shanley Semakin Tak Endahkan Anak?


KL, 23 MEI 2014: Pengasas produk kencantikan terkenal, Muniroh Kassim memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam bekas menantunya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 34, tidak menunjukkan reaksi gembira untuk bertemu dengan cucunya, Zahra Rania Shanley, 2.

Menerusi laporan Sinar Harian, Muniroh berkata sewaktu dia menghantar Zahra Rania ke rumahnya, bekas menantunya itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi terhadap kehadiran anak kecil itu.

"Sewaktu cucu saya diwadkan di hospital kerana tidak sihat, dia cuma datang melawat lima minit sahaja," katanya.

Ibu kepada Nur Suhaila Eliani Suhaimy, 25 itu berkata, dia tidak menghalang Jimmy untuk datang melawat dan mengambil anak itu keluar pada bila- bila masa kecuali bermalam.

"Datanglah pada bila- bila masa dia mahukan di siang hari kerana rumah tinggal kami tidak berjauhan antara satu sama lain," katanya.

Menurutnya, waktu kerja Jimmy yang bermula seawal jam 6 pagi menyebabkan bekas menantunya itu tidak sesuai bermalam dengan Zahra Rania.

"Jika Zahra Rania bermalam di rumahnya, siapa akan menjaganya sewaktu bapanya keluar bekerja kerana Zahra Rania bangun tidur sekitar jam 8 pagi.

"Lagipun Jimmy hanya tinggal seorang diri di rumah," katanya.

Muniroh turut mendakwa Jimmy tidak pernah datang ke rumahnya untuk mengambil anak kecil itu.

"Usahkan datang, telefon dan bertanya khabar pun tidak. Apa pun tidak," katanya dalam prosiding perbicaraan kes perintah pemenjaraan ke atas Nur Suhaila Eliani.

Nur Suhaila Elaini didakwa melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah membabitkan hak lawatan dan bermalam Jimmy dengan anak perempuannya.

Permohonan itu difailkan Jimmy pada 7 Mei 2013.Nur Suhaila Eliani hadir peguam Syarie, Saadiah Din manakala Jimmy Shanley ditemani peguamnya, Mohd Noor Aizan Md Idrus.Prosiding dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Mat ditangguhkan sehingga 6 September depan.


Tegar Ditipu Pengurus Sendiri, Kini Alami Masalah Kewangan


Tegar Ditipu Pengurus Sendiri, Kini Alami Masalah Kewangan

Tegar Ditipu Pengurus Sendiri, Kini Alami Masalah Kewangan


KUALA LUMPUR, 23 MEI 2014: Kehidupan penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar selepas bergelar artis tidak seindah seperti yang disangka apabila dia telah ditipu oleh bekas pengurusnya sendiri.

Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian memberitahu selain hanya diberi makan tempe dan tauhu, sumber kewangannya juga telah disekat.

“Saya tidak dapat membeli apa yang saya inginkan kerana bekas pengurus tidak memberikan wang kepada saya.

“Saya juga hanya diberi makan tempe dan tauhu malah saya telah dilarang untuk pulang ke kampung.

“Semuanya atas alasan supaya saya sentiasa ingat asal usul saya dari mana seperti sebelum saya bergelar penyanyi… Malah lebih teruk lagi semua wang hasil daripada titik peluh saya sendiri telah disekat,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album keduanya berjudul ‘Ke Mana Kasih Sayang’ di Hotel Seri Pasific bertempat di PWTC pada petang Rabu.

Namun penyanyi yang popular dengan lagu ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ ini boleh menarik nafas lega setelah bertemu dengan seorang lelaki yang boleh dipercayai untuk membantu dan menguruskannya.

Sementara tu, menurut pengurus barunya Arif Dollah, sebaik sahaja dia mengetahui masalah yang dihadapi hatinya terpanggil untuk menolong penyanyi berusia 13 tahun itu.

Malah dia juga telah membaca kembali kontrak yang ditawarkan kepada Tegar dan mendapati ia tidak sah.

“Saya sebenarnya kenal Tegar agak lama sejak Disember tahun lalu apabila dia membuat penampilan pertama di Singapura... Waktu itu dia ada persembahan di sebuah ekspo.

"Jadi apabila mendapat tahu masalah yang dihadapinya, saya terpanggil untuk menolong dia… Saya rasa tidak patut apabila seorang anak kecil diperlakukan sebegini rupa.

“Dua bulan lalu saya melarikan Tegar ke Bandung selama seminggu sehingga bekas pengurus tersebut membuat keputusan tidak mahu menguruskannya lagi.

“Saya telah membaca semula kontrak Tegar dan mendapati ia tidak sah! Hal ini membuatkan masalah tersebut lebih mudah untuk diselesaikan.” jelasnya.

Tambah Arif lagi, kini Tegar tiada masalah untuk menggunakan wang hasil pencarian rezekinya malah dia juga telah membeli dua buah motosikal KTN Motocross selain beberapa bidang tanah sawah untuk bapa tirinya serta memiliki tiga gitar akustik dan tiga ukulele.


Lagu Di Cetak Rompak, Wings Buat Report Polis


Lagu Di Cetak Rompak, Wings Buat Report Polis

Lagu Di Cetak Rompak, Wings Buat Report Polis


KUALA LUMPUR, 23 MEI 2014: Selepas isu lagu terbaharu mereka dicetak rompak, kumpulan lagenda Rock tanahair, Wings telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati pada malam Selasa.

Menurut vokalis Wings, Awie laporan polis dibuat untuk mempertahankan hak mereka selain bertujuan untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak penerbitan mengenai perkara tersebut.

“Pada 17 Mei yang lalu kita tahu empat buah lagu Wings telah dicetak rompak. Ia melibatkan tiga buah lagu baru kami iaitu 'Peti Pandora Mu', 'Ingatkan Dia' dan Bisa Yang Tertunda yang dimuatnaik di Spotify dan sebuah lagu yang sepatutnya menjadi simpanan pihak produksi ‘Hey Lihat Di Sini’ telah ‘bocor’ disebabkan perbuatan individu tidak bertanggungjawab.

“Tiga buah lagu yang telah dimuat naik di Spotify itu dicetak rompak memang kita tak boleh nak halang kerana ia mudah boleh didapati dengan mudah di aplikasi tersebut.

“Tetapi yang menjadi tanda tanya lagu ‘Hey Lihat Di Sini’ yang sepatutnya dijadikan runut bunyi kepada sebuah filem terbitan KRU turut dicetak rompak, sedangkan lagu itu hanya diketahui oleh orang dalam. Macam mana ia boleh berlaku?”, luahnya ketika ditemui semalam.

Kata Awie lagi selepas mengetahui tentang perkara tersebut Joe (gitaris utama Wings) terus memaklumkannya kepada pihak KRU Music menerusi pesanan ringkas (SMS), tetapi tiada sebarang tindakan dibuat oleh pihak terlibat.

“Tiada maklum balas atau tindakan daripada mereka (KRU) sehinggalah pada hari pelancaran album 19 Mei lalu. Jadi kami terpaksa ambil tindakan sendiri dengan membuat laporan polis.

“Jadi sekarang ini semua urusan kami serahkan semua kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan selepas itu barulah kami akan fikirkan tindakan seterusnya", katanya.

Bagaimanapun Awie menafikan wujud unsur sabotaj tetapi jika ada, Wings tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

Lagu Di Cetak Rompak, Wings Buat Report Polis


Selain itu Awie turut menyatakan kekesalan terhadap perkara ini kerana selepas 13 tahun Wings tidak mempunyai album baru, karya terbaik mereka ‘Menakluk Komos’ ‘dicuri’.

“Kerja keras, penat lelah kami jadi sia-sia…Berpuluh tahun dalam industri muzik tempatan isu cetak rompak masih berleluasa. Kami cari makan dengan album inilah...Tapi, kalau dah kena 'curi' macam mana dengan royalti kami?

"Wings ambil masa yang lama untuk hasilkan album ini. Saya sendiri ambil masa selama setahun untuk pulihkan kembali semangat saya untuk menyanyi. Dan kami sedaya upaya menghasilkan lagu-lagu paling bagus untuk peminat-peminat kami.

"Tapi bila jadi macam ni, saya sangat kecewa. Hari ni empat lagu dicetak rompak, esok lusa? Jika tiada tindakan, mungkin keseluruhan lagu dalam album itu pula jadi mangsa lanun cetak rompak," ujarnya.

Dalam pada itu Awie tidak menafikan cetak rompak bakal menjejaskan penjualan album Menakluk Kosmos tetapi berharap agar para pendengar dan peminat Wings dapat memberi sokongan kepada mereka.

"Semoga pihak berkuasa dapat banteras perkara ini sebaik mungkin dan semua pihak juga haruslah bersatu untuk menangani cetak rompak. Sokongan peminat adalah pemangkin semangat untuk kami meneruskan pejuangan dalam industri ini," ujarnya.

Terdahulu, kelab peminat Wings 'Sayap-Sayap Wings' telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Gombak pada hari yang sama.

iskandarX: is rasa lepas nie Awie Bother Awie patut buka company penerbitan sendiri untuk mengelak cetak rompak nie, ala macam kumpulan nasyid2 tu dorang semua private label company yang terbit yang di tubuh sendiri oleh kumpulan nasyid veteran, ok kan? Hidup rock selamanya!!!!!

Hanez Saman MAS Kerana Dedahkan Tiket Penerbangan Bersama Kekasih


Hanez Saman MAS Kerana Dedahkan Tiket Penerbangan Bersama Kekasih

Hanez Saman MAS Kerana Dedahkan Tiket Penerbangan Bersama Kekasih


KUALA LUMPUR, 22 MEI 2014: Pelakon Hanez Suraya telah memfailkan saman terhadap Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) atas dakwaan mendedahkan tiket penerbangannya bersama kekasih, Romie Razin Adilha ke Bangkok, Thailand di laman sosial pada April lalu.

Tindakan itu diambil Hanez kerana merasakan hak peribadi dan keselamatannya telah diceroboh.

Menerusi laporan mStar Online, Hanez, 28, dan Romie, 34, mendakwa beberapa jam selepas mendarat di Bangkok pada 20 April lalu, mereka dimaklumkan oleh rakan-rakan yang sebahagian daripada salinan pas masuk mereka telah muncul di akaun Facebook yang dikenali sebagai "Kami sokong Liyana Manan", di mana Liyana adalah isteri kepada Romie dan mereka sedang dalam proses perceraian.

“Saya mengambil tindakan atas dasar privasi. Perkara ini tidak patut berlaku kerana pihak tersebut merupakan sebuah syarikat penerbangan gergasi. Pihak mereka tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan tidak boleh melakukan perkara tersebut,” jelas Hanez dalam satu kenyataannya.

Hanez Suraya berkata, mereka menaiki penerbangan MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangkok pada tengah hari dan mereka telah memberikan pas penerbangan kepada kakitangan MAS di pintu masuk berlepas.

Bagaimanapun selepas itu mereka menemui akaun Facebook yang mempunyai lebih 1,000 komen negatif mengejek mereka.

Mereka turut mendapati gambar-gambar pas masuk berkenaan tersebar secara meluas dalam laman sosial, blog dan akhbar-akhbar tempatan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Pelakon, Autumn Di Hatiku itu berkata dia mengambil tindakan undang-undang setelah Hanez gagal mendapatkan kerjasama daripada pihak MAS.

"Apabila perkara ini terjadi, saya dan peguam cuba berbincang dengan pihak MAS terlebih dahulu untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Namun begitu, usaha yang saya lakukan gagal mendapat kerjasama.

"Kalau boleh saya memang tak mahu membesarkan cerita. Tak mahu pun ambil tindakan undang-undang. Tapi dalam masa sebulan, usaha saya untuk berbincang bersama mereka gagal. Persoalan saya tidak dijawab oleh mereka dan mereka tak memberi saya kerjasama. Saya tidak boleh berdiam diri,” jelasnya lagi.


Tiada Tindakan Saman Kepada Penciplak – Fizo Omar


Tiada Tindakan Saman Kepada Penciplak – Fizo Omar

Tiada Tindakan Saman Kepada Penciplak – Fizo Omar


KUALA LUMPUR, 22 MEI 2014: Isu rampasan dan penciplak corak tudung Fareeda nampaknya masih hangat diperkatakan meskipun kes itu masih dalam proses perundangan dan tindakan mahkamah.

Aktor Fizo Omar, suami kepada Mawar yang merupakan pengusaha tunggal tudung Fareeda bagaimanapun membuat keputusan tidak akan menyaman secara individu kepada penciplak corak tudung itu dan menyerahkan kepada sistem perundangan dan pihak berkuasa.

"Saya dan Mawar tidak akan bertindak sedemikian kerana masih lagi mempunyai rasa belas kasihan kepada penciplak itu, sekiranya saya berbuat demikian penciplak bakal menghadapi 2 tuduhan," ujar Fizo.

April lalu, lebih 1,000 helai tudung jenis Fareeda Aisya dan Mariya dirampas dengan anggaran nilai kasar sebanyak RM77,000 oleh KPDNKK di 6 premis berasingan yang dikatakan meniru rekaan eksklusif Fareeda.

"Sejak kes rampasan itu berlaku, saya dan isteri menerima pelbagai tohmahan namun apa yang saya boleh perjelaskan di sini segala rampasan itu bukan dibuat oleh Kakitangan Fareeda ia berdasarkan siasatan oleh KPDNKK menerusi laporan kami." jelas Fizo

Fizo yang juga Ketua Bahagian Permasaran Fareeda memohon kepada pengkritik agar bertenang dan tidak mudah melatah dengan kes rampasan itu dan sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati undang-undang.

Ketika ditanya mengenai cahaya mata, Fizo dan Mawar menyerahkannya kepada kuasa Illahi dan mereka tidak terlintas di fikiran untuk mengamalkan "family planing".

"Perkahwinan kami masih lagi segar dan saya bergelar suami baru lebih 6 bulan, saya dan Mawar akui telah berjumpa doktor dan keputusannya kami cukup sihat untuk menerima zuriat sendiri." katanya dalam nada tenang.

Mengenai perniagaan, dia berasa sangat bersyukur dengan rezeki yang diraih dan akan meluaskan lagi perniagaan burgernya ke seluruh negara.

Selain itu, menjelang Ramadan yang tinggal lebih sebulan ini, peminat juga boleh membeli serundingnya di booth burgernya.


Suka Duka Kehidupan Kris Dayanti Dalam MV Bertubi-tubi


Suka Duka Kehidupan Kris Dayanti Dalam MV Bertubi-tubi

Suka Duka Kehidupan Kris Dayanti Dalam MV Bertubi-tubi


KUALA LUMPUR, 22 MEI 2014: Jika diimbau semula kronologi perjalanan hidup Krisdayanti atau lebih senang disapa KD, nyata penyanyi Indonesia kelahiran Batu, Jawa Timur ini telah melewati pelbagai cabaran dan pengalaman hidup baik sebelum atau selepas dia mendirikan rumahtangga dengan jutawan Timur Leste, Raul Lemos pada 2010.

Tetapi apa yang mengisi corak kehidupan KD selepas pelbagai dugaan yang bertubi-tubi menghampirinya adalah kebahagiaan yang dikurniakan kepadanya.

Dengan ini ia mencetuskan idea buat Krisdayanti untuk berkongsikan kisah hidupnya beberapa tahun ini dalam single Bertubi-tubi, terbaru daripadanya ciptaan Melly Goeslow.

Segala perasaan dan emosi KD dapat dilihat menerusi video muzik Bertubi-Tubi yang berdurasi hampir 5 minit ini. Dipenuhi dengan adegan-adegan menyentuh perasaan, sama ada suka atau duka serta diiringi dengan melodi dan lirik lagu yang penuh emosi, nyata muzik video ini dapat menggambarkan dengan jelas segala perasaan KD sepanjang dilanda kontroversi ini.

KD dalam satu kenyataannya kepada media sebelum ini pernah memberitahu bagaimana dia menentang segala perkara serta cakap-cakap negatif orang tentang dirinya yang datang bertubi-tubi setelah kisah sensasi perkahwinannya pada 2010 bersama Raul Lemos.

Katanya, dia bukanlah orang yang mudah kecil hati dan berprasangka buruk, jauh sekali untuk berfikiran negatif kerana baginya, hanya ada satu ubat yang boleh memulihkan kedukaan ini iaitu dengan cara berfikiran positif.

Saksikan muzik video Bertubi-tubi di bawah ini dan selamilah sendiri perasaan insan bernama Kris Dayanti.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan