Cari Artikel

Thursday, May 22, 2014

Air France, Rafflesia Bawa Lima Selebriti Popular Ke Barcelona


Air France, Rafflesia Bawa Lima Selebriti Popular Ke Barcelona

Air France, Rafflesia Bawa Lima Selebriti Popular Ke Barcelona


KUALA LUMPUR, 22 MEI 2014: Makan angin ke Barcelona selama seminggu bermula pada 23 Jun hingga 30 Jun depan memberi pengalaman baru kepada 5 selebriti tanah air iaitu Fizo Omar, Kamal Adli, Miera Liyana, Tasha Shilla dan Hairul Azreen.

Perjalanan kelima-lima selebriti ini telah ditaja oleh syarikat penerbangan Air France dan syarikat barang kemas Rafflesia.

Pegawai Publisiti The Reflesia, Bill Bora berkata pemilihan kelima-lima selebriti berdasarkan kepada pengaruh popular mereka dalam industri terutama dalam media sosial seperti Facebook, Twitter dan Intagram yang mempunyai pengikut yang ramai.

“Siri travelog bersama selebriti ini merupakan panganjuran kali ke-2 hasil usahasama antara Air France dan Rafflesia dan kelima-lima selebriti ini terpilih disebabkan pengaruh mereka yang ramai di kalangan peminat di laman sosial.

“Kami tidak sediakan jadualkan harian mereka, aktiviti harian adalah bebas dan mereka boleh pergi ke mana sahaja tempat yang mahu pergi berdasarkan pengetahuan am mereka,” katanya ketika ditemui majlis pelancaran trip ke Barcelona di Hotel Parkroyal.

Dalam pada itu, Bill Bora berkata kelima-lima selebriti ini akan berpecah dan perlu menceritakan pengalaman mereka di dalam laman sosial masing-masing untuk berkongsi kepada peminat di Facebook mahupun Instagram.

Sekurang-kurangnya 6 keping sehari perlu di muatnaik dan kreativiti mereka adalah perkara induk untuk meraih ‘likes’ dalam laman social masing-masing.

Selebriti tersebut juga dibenarkan untuk membawa peminat-peminat mereka dengan tawaran harga promosi serendah RM2,899.

"Mereka juga boleh membawa peminat yang ingin menyertai trip ini dengan harga promosi yang berlangsung sehingga akhir bulan ini," katanya.

Tambah Bill Bora, trip bersama selebriti ini sempena jadual penerbangan baharu Air France iaitu empat kali seminggu ke Barcelona.

Hisyam Hamid Terkilan Tak Kejutkan Atuk Sebelum Dia `Pergi`


Hisyam Hamid Terkilan Tak Kejutkan Atuk Sebelum Dia `Pergi`

Hisyam Hamid Terkilan Tak Kejutkan Atuk Sebelum Dia `Pergi`

KUALA LUMPUR, 22 MEI 2014: Rasa terkilan yang amat tidak terperi buat Hisyam Hamid apabila dia tidak berpeluang mengejutkan datuknya yang sedang tidur awal pada pagi Selasa lalu yang akhirnya meninggalkan dia sekeluarga buat selama-lamanya.

Perasaan itu dikongsi isteri kepada pelakon kelahiran Singapura itu kepada portal murai.com.my sewaktu dihubungi sebentar tadi.

Katanya, datuk kesayangan pelakon berkenaan iaitu Hj Jaafar Bin Hj Omar,92, telahpun meninggal dunia pada Selasa lalu iaitu sekitar jam 2 petang akibat penyakit kanser ginjal yang dihidapinya sekian lama ini.

“Saya dan Hisyam telah diminta ibunya untuk pulang ke rumah untuk melihat datuknya sebelum kami terbang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya.

 “Tapi sayangnya bila kami sampai ke rumah datuk Hisyam sudahpun tidur kerana ketika  kami sampai ke sana sudah tengah malam.

“Esoknya ketika kami berada di Malaysia dan sedang sibuk memenuhi temu janji, ibu Hisyam menghubungi kami dan memberitahu yang datuknya sudah tiada lagi.

“Hisyam terasa agak terkilan. Katanya jika dia tahu datuknya akan meninggalkannya, pasti dia akan mengejutkan datuknya yang sedang lena tidur itu atau menunggu sehingga orang tua tersebut terjaga untuk bertanya khabar,” kata isterinya itu saat berkongsi detik sedih antara Hisyam Hamid dan datuknya.

Hisyam Hamid telah dijaga oleh Allahyarham datuknya sejak dia berusia lima tahun bersama-sama ibu dan nenek kesayangannya di Singapura.

Tambah isteri Hisyam Hamid lagi, suaminya itu merupakan cucu kesayangan Allahyarham dan akan sering bertanyakan khabar atau keadaan pelakon berkenaan dalam apa juga situasi sekalipun.

Hero drama Ariana Rose itu telah pulang ke Singapura sejak Selasa lalu, sebaik sahaja diberitahu mengenai berita sedih berkenaan dan atas sebab itu, dia tidak dapat hadirkan diri di sidang media bersama Lord’s Tailor  semalam dan sesi fotografi dengan majalah Hi! yang bakal berlangsung hari ini.

Hisyam Hamid dan isteri yang merangkap sebagai pengurus peribadinya dijangka akan pulang ke ibu negara pada Jumaat ini bagi menghadiri sesi raptai  untuk Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, di mana dia bertindak sebagai penyampai anugerah.

Mereka akan pulang semula ke kota Singa minggu hadapan bagi menghadiri majlis tahlil selama tujuh hari.

Lafaz Cerai Di Lokasi Tidak Pernah Berlaku – Suami Izreen Azminda


Lafaz Cerai Di Lokasi Tidak Pernah Berlaku – Suami Izreen Azminda

Lafaz Cerai Di Lokasi Tidak Pernah Berlaku – Suami Izreen Azminda


KUALA LUMPUR, 22 MEI 2014: Suami kepada aktres Izreen Azminda, Muhamad Riza Baharuddin nafi yang dia telah melafazkan cerai terhadap isterinya di lokasi penggambaran seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Sebaliknya, Riza, 31, berkata mereka baru sahaja memfailkan perceraian pada Rabu minggu lalu dan masih menunggu tarikh perbicaraan.

"Berita itu sangat teruk sehingga ada yang melabel saya sebagai seorang lelaki yang tidak waras kerana melafazkan cerai di tempat yang tidak sepatutnya.

“Saya masih belum melafazkan talak kepada dia (Izreen) dan kami baru memfailkan perceraian pada Rabu minggu lalu dan masih menunggu tarikh perbicaraan.

"Namun, saya mengaku rumah tangga kami bermasalah dan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung,” kata Riza seperti yang dipetik dari mStar Online.

Riza yang juga jurukamera bebas berkata dia terkejut apabila dikatakan telah melafaz cerai terhadap isterinya di set penggambaran semasa berlakunya pertengkaran.

Menurut Riza, dia bertemu Izreen di lokasi penggambaran di Pulau Pinang dengan tujuan untuk menghantar anak mereka bagi melepaskan rindu disamping mengambil kesempatan itu untuk berbincang tentang perceraian dan hak penjagaan anak mereka selepas bercerai nanti.

"Saya jumpa dia kerana ingin temukan Adrian kerana sudah lama tidak bertemu dan kesempatan itu juga saya ambil untuk berbincang tentang perceraian kami.

"Saya kesal apabila pertemuan tersebut disalah tafsir oleh pihak tertentu yang tidak bertanya dahulu kepada kami perkara sebenar," katanya.

Muhammad Riza diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Rabu kononnya dia telah melafazkan cerai terhadap Izreen Azminda yang dilakukan di lokasi penggambaran sebuah drama di Pulau Pinang.

Laporan yang memetik kenyataan daripada sumber itu menyebut, perceraian berkenaan berlaku pada 16 Mei lalu di set penggambaran ketika terjadinya pertengkaran antara kedua-dua pihak.

Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam bergelar isteri kepada Muhammad Riza pada 31 Ogos 2012.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adrian Umar yang kini berumur 10 bulan.

iskandarX: Pulak dah tak lafaz kat lokasi, hmmm.

Tiz Zaqyah Jelaskan Kenapa Dia Berambut Merah


Tiz Zaqyah Jelaskan Kenapa Dia Berambut Merah

Tiz Zaqyah Jelaskan Kenapa Dia Berambut Merah


KUALA LUMPUR, 22 MEI 2014: Sebagai seorang artis, pelakon cantik Tiz Zaqyah juga tidak terlepas daripada menerima komen-komen negatif di laman sosial miliknya.

Menurut Tiz, dia pernah menerima komen berbaur lucah dan menyifatkan tindakan peminatnya itu sebagai kurang siuman.

“Tipulah kalau saya kata tidak naik angin bila pengikut-pengikut memberikan komen negatif yang terlalu melampau di Instagram saya.

“Malah saya juga pernah menerima komen berbaur lucah dan saya tidak teragak-agak untuk menyekat mereka,” kata Tiz ketika ditemui pada majlis pelancaran drama siri ‘Kusinero Cinta’ pada Isnin.

Selain itu, pemilik nama Siti Zaqyah Abdul Razak ini juga menjelaskan isu rambut merahnya yang menjadi perbualan ramai.

“Sebenarnya rambut merah ini dibuat sempena menjayakan  sesi 'photoshoot' bersama dengan pengarah drama  ini iaitu Feroz Kadir, namun disebabkan jadual yang ‘clashed’ maka tak ada rezeki nak buat.

“Jadi nak buat macam mana, saya hanya ‘enjoy’ sahajalah dengan rambut baru ini sebelum kembali berwarna hitam.” ujarnya ketawa.

Dalam perkembangan lain, Tiz akan muncul dalam drama siri terbaru berjudul ‘Kusinero Cinta’ bersama pelakon popular Filipina, Jericho Rosales dan Aaron Aziz.

‘Kusinero Cinta’ bakal ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu, jam 10.00 malam bermula 26 Mei 2014 secara eksklusif hanya di Mustika HD (saluran 134) tayangan serentak di Astro Bella (saluran 133) dan dua episode di Astro Prima (saluran 105).

Tiga episod awal boleh ditonton secara atas talian di Astro Gempak, www.astrogempak.com.my.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.kusinerocinta.com.my atau ikuti laman twitter diwww.twitter.com/astrogempak dengan carian #kusinerocinta serta laman facebook diwww.facebook.com/portalastrogempak.

Aktres Jue Aziz Sorok Perkahwinan Kerana Bimbang Dimanipulasi


Aktres Jue Aziz Sorok Perkahwinan Kerana Bimbang Dimanipulasi

Aktres Jue Aziz Sorok Perkahwinan Kerana Bimbang Dimanipulasi


KL, 22 MEI 2014: Pelakon popular Jue Aziz akhirnya mengaku sudah bernikah dengan pemuzik dari Indonesia, Bayu Pramana Putra pada 9 Mac lalu di Sulawesi, Indonesia.

Menerusi akhbar Harian Metro, Jue Aziz menafikan dia berahsia mengenai perkahwinannya bersama jejaka Sulawesi tersebut sebaliknya mengambil langkah berdiam diri kerana bimbang berita itu dimanupulasikan dan mendatangkan Aib.

“Bukan saya tidak mahu memberikan kenyataan mengenainya tetapi saya kurang percaya sebab pernah terkena. Contohnya macam hal anak angkat saya dulu…Berita diputar belit sehingga mengaibkan saya.

“Lebih mengecewakan apabila berita yang ditulis itu tidak benar dan mereka tidak pernah mendapatkan kenyataan daripada saya.

“Saya belajar dan mengambil iktibar selepas peristiwa itu dan tidak memberi apa-apa kenyataan sewenang-wenangnya berkaitan peribadi saya,” katanya.

Tambah pelakon Hantu Bonceng ini lagi, dia dan suami telah merancang untuk menghasilkan rakaman video pernikahan mereka dan akan dimuatnaik di laman Youtube.

"Rasanya dengan cara itu lebih mudah, saya dan Bayu sendiri akan memberi kenyataan dalam video tersebut dan peminat boleh melihat sendiri majlis pernikahan kami yang dilangsungkan di kampung halaman suami.

Jue dan suami berkenalan di Hard Rock Café Pulau Pinang pada akhir tahun lalu ketika Bayu bercuti di Pulau Mutiara itu.

Bayu telah melamar Jue pada ulang tahun kelahirannya yang ke-31 pada Februari tahun ini dan bernikah di Sulawesi pada Mac.


Silva, Aziana & Raida Tersingkir Di Separuh Akhir Kilauan Emas 4


Silva, Aziana & Raida Tersingkir Di Separuh Akhir Kilauan Emas 4

Silva, Aziana & Raida Tersingkir Di Separuh Akhir Kilauan Emas 4


KUALA LUMPUR, 22 MEI 2014: Konsert Kilauan Emas 4 peringkat separuh akhir yang berlangsung malam tadi menyaksikan tiga peserta iaitu Silva, Aziana dan Raida tersingkir setelah menerima undian terendah, sekali gus meranapkan impian mereka untuk beraksi di peringkat akhir.

Ini bermakna baki lima peserta yang tinggal iaitu Nordin, Ben, Nas, Zain dan Arip bakal berentap di peringkat akhir minggu hadapan untuk merebut gelaran juara Kilauan Emas 4.

Konsert yang bertemakan kisah dan lagu ini menyaksikan Silva menyampaikan lagu ‘Trilogi Cinta’ Aziana dengan lagu ‘Antara Cinta dan Kasih’ manakala Raida pula menyanyikan lagu ‘Bisikan Hati’.

Selain itu penonton juga disajikan dengan persembahan istimewa artis jemputan seperti Nubhan, Nana, Hafiz, Adira, Uji Rashid, Hail Amir dan juga bintang-bintang Ceria Popstar 2.

Konsert minggu kelima ini juga turut menampilkan persembahan hebat gabungan tiga otai rock Malaysia iaitu Mus May, Yantzen dan Oney.

Nasib para peserta akan diadili berdasarkan sistem pemarkahan 70% oleh juri tetap dan 30% lagi akan ditentukan berdasarkan undian penonton menerui sistem pesanan ringkas (SMS).

Seperti biasa, peserta yang mendapat markah terendah setiap minggu akan disingkirkan. Jadi, tunggu apa lagi ikuti cara undian seperti di bawah:

Anda hanya perlu taip KEPESERTA atau KE<3/5/10>jarak untuk 3,5,10 undian ke 32777.

Contoh: KE10 PESERTA dan hantar ke 32777. Untuk 20 undian: Taip KE20PESERTA dan hantar ke 32777.

Orang ramai juga dijemput hadir untuk menyaksikan konsert KE 4 secara langsung setiap minggu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap malam Rabu.

Kepada yang ingin menonton KE 4 di Dewan Sri Putra, pastikan anda datang seawal jam 8.00 malam, berumur 13 tahun ke atas, berpakaian kemas serta berkasut. Pastikan anda tidak memakai seluar pendek.

Penonton di rumah pula, jangan lupa temujanji anda bersama KE 4 pada malam ini dibawakan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil bermula 9.30 malam dan boleh ditonton di kaca televisyen di saluran Astro Prima (105).

Famili Wan Raja & Yaya Maembong Bincang Soal Kahwin Syawal Ini!


Famili Wan Raja & Yaya Maembong Bincang Soal Kahwin Syawal Ini!

Famili Wan Raja & Yaya Maembong Bincang Soal Kahwin Syawal Ini!


KUALA LUMPUR, 21 MEI 2014: Umum sudah pun mengetahui tentang hubungan cinta yang terjalin di antara aktor Wan Raja dengan aktres Yaya Maembong yang juga kakak kepada Emma serta Chacha Maembong.

Malah, Yaya Maembong yang juga seorang pelukis sudah pun memaklumkan kepada pihak media bahawa dia dengan Wan Raja yang merupakan teraju utama dalam filem ...Dalam Botol arahan Khir Rahman bakal mengakhiri hubungan mereka dengan ikatan yang sah pada penghujung tahun ini.

Namun, sewaktu diwawancara Wan Raja, aktor ini mengakui bahawa perancangan untuk mendirikan rumahtangga pada hujung tahun masih lagi belum dapat diputuskan lagi.

"Ini kerana baik saya dengan Yaya Maembong, kami masing-masing tengah sibuk dengan shooting. Nak bincang pasal kahwin dengan secara lebih lanjut pun, masih tak sempat.

"Usahkan berbincang sesama kami, perbincangan sesama keluarga pun, masih belum dapat dilakukan lagi. Yelah, nak buat macam mana, bila saya free, dia sibuk shooting, bila dia pulak free, saya pulak sibuk di lokasi.

"Masa kami memang sangat tak menentu dan kami masih belum dapat cari waktu yang sesuai lagi untuk berbincang sesama kami mahupun melakukan perbincangan di antara keluarga saya dengan keluarga dia," katanya kepada murai.com.my.

Disebabkan sering tertangguh, Wan Raja berkata, dia sudah ambil keputusan untuk membawa keluarganya menziarahi keluarga Yaya Maembong pad Syawal nanti.

"Selain menziarahi, kesempatan yang ada itu juga akan diambil untuk melakukan perbincangan bersama keluarga Yaya Maembong.

"Dari situ, kita akan melihat segala kemungkinan sama ada perkahwinan mampu dilakukan pada akhir tahun atau tidak. Lagipun nak kahwin sekarang ini bukannya senang. Macam-macam perlu dilakukan bermula daripada proses melibatkan borang sehinggalah kepada persiapan yang akhir.

"Apa-apa, yang itu kena diutamakan dulu kerana restu kedua-dua ibu bapa di belah kedua-dua pihak memang amat perlu," kata anak kelahiran Pulau Pinang yang berusia 36 tahun itu lagi.

Wan Raja berkata lagi, biarpun Yaya Maembong lebih berusia daripadanya dan lebih tua daripadanya sebanyak 2 tahun, namun dia langsung tidak berasa apa-apa perbezaan tatkala keluar bersama dengan wanita itu.

"Saya selalu rasa usia kami sebaya. Mungkin sebab dia ni jenis happy go lucky. Dan, secara kebetulan kami berkongsi banyak citarasa yang sama.

"Lukisan sememangnya menyatukan kami kerana saya sendiri pun seorang pelukis seperti dia. Namun, selain itu, kami berkongsi muzik yang sama, pengetahuan yang sama serta pemikiran yang sama.

"Kalau nyanyi lagu karaoke pun, lagu-lagu yang dinyanyikan itu adalah dari kalangan era yang saya tahu. Sebab usia kami tak jauh beza.

"Satu lagi yang perkara yang cukup menyenangkan saya tentang Yaya adalah kerana sikapnya yang cukup tenang serta memahami serta boleh diajak berbincang.

"Ada masa kita kongsi sesuatu perkara seperti kawan-kawan dan ada masa kita kongsi sesuatu perkara lebih daripada seorang kawan. Dan, memang itulah yang sering saya cari pada wanita yang bakal saya kahwini," katanya lagi.

Jelas Wan Raja lagi, dia mengenali Yaya Maembong pada awal tahun lalu hanya sebagai kawan tetapi lama-kelamaan keserasian yang ada pada mereka telah mendekatkan lagi hubungan mereka.

Sharifah Shahira Kena Prank Sampai Cedera Di Kepala!


Sharifah Shahira Kena Prank Sampai Cedera Di Kepala!

Sharifah Shahira Kena Prank Sampai Cedera Di Kepala!


KUALA LUMPUR, 21 MEI 2014: Pelakon popular dan sering dikenali dengan telatah kelakarnya, Sharifah Shahira mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala akibat terjatuh sewaktu menjayakan sebuah program permainan televisyen.

Jelas pengacara yang lebih mesra disapa Shira, sewaktu kejadian itu dia sedang berlari mahu mengelak sebuah kereta. Tiba-tiba dirinya hilang kawalan dan terus terjatuh.

“Ketika itu waktu Maghrib dan saya baru pulang dari tempat kerja menuju ke kereta. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan kelibat seperti hantu keluar dari bonet kereta.

"Saya terkejut dan terus berlari tapi nasib tak baik kerana terlanggar kereta lalu terjatuh terlentang. Saya bukannya takut hantu, tapi saya terkejut sebab kejadian itu berlaku di kawasan sunyi mana tahu kalau-kalau itu adalah orang gila.

“Semasa jatuh tu saya masih sedar lagi. Tapi dalam masa beberapa minit tu saya terus tak ingat apa-apa. Sampai di hospital baru saya dapat ingat sikit-sikit apa yang berlaku sebelum itu.”jelas Shira yang telah mendapat rawatan di hospital KPJ Tawakal kerana mengalami pendarahan berterusan akibat kecederaan tersebut.

Walaubagaimanapun, dia tidak mendapat sebarang jahitan. Sebaliknya doktor hanya membalut luka di kepala serta memberikannya cuti sakit selama lima hari.

“Sekarang pun masih berdarah lagi. Doktor tak jahit luka tu, dia cuma balut saja dan biarkan pendarahan tersebut berhenti sendiri. Saya pun dah jalani pemeriksaan x-ray, dan doktor beritahu setakat ini tiada apa-apa yang serius.

"Cuma kalau pendarahan masih berlaku, doktor suruh saya datang semula ke hospital.”, jelasnya lagi.

Insiden sebegini pertama kali berlaku kepada dirinya dan Shira berkata, dia tidak merancang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap produksi tersebut namun atas nasihat suaminya, Ijoy, dia tidak akan menyertai program seumpama itu.

iskandarX: Patutlah kat US kumpulan HipHop Black Eye Peas belasah crew prank tv nie awal2 masa dorang tengah nak kena prank.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan