Cari Artikel

Wednesday, May 21, 2014

Aktres Izreen Azminda Diceraikan Di Lokasi Penggambaran


Aktres Izreen Azminda Diceraikan Di Lokasi Penggambaran

Aktres Izreen Azminda Diceraikan Di Lokasi Penggambaran


KUALA LUMPUR, 21 MEI 2014: Aktres Izreen Azminda mengesahkan yang dia dan suaminya Muhammad Riza kini telah sah bercerai selepas berlaku pertengkaran di sebuah lokasi penggambaran.

Berdasarkan laporan Berita Harian, aktres itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu dan berharap ianya tidak diperbesarkan.

"Ya kami sudah tiada apa-apa ikatan lagi. Tiada jodoh antara kami. Saya pasrah dengan ketentuan ini.

“Cuma buat masa ini saya enggan mengulas lanjut dan saya harap ia tidak perlu diperbesarkan,” kata Izreen.

Kejadian tersebut berlaku di Pulau Pinang beberapa hari yang lalu.

Perceraian tersebut dilaporkan berlaku pada 16 Mei lalu di set penggambaran terbaharu membabitkan lakonan Izreen yang turut disaksikan beberapa kru dan pelakon lain.

Semasa kejadian Izreen yang sedang menjalani penggambaran drama 24 episod arahan Azma Aizul Yusof berjudul 'Kerana Terpaksa Aku Relakan' telah bertengkar dengan Riza.

Bagaimanapun, dramatis itu menganggap kejadian tersebut merupakan ketentuan Illahi dan memberitahu lelaki itu merupakan lelaki terbaik yang pernah hadir dalam hidupnya.

“Ini mungkin sudah tertulis dan langkah terbaik uat saya dan dirinya. Beliau lelaki yang baik yang pernah hadir dalam hidup saya. Hidup perlu diteruskan dan paling utama ialah, saya ada anak untuk dibesarkan", katanya.

Izreen dan Riza berkahwin pada 3 September 2012. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Adrian Umar, 10 bulan.


Dituduh Bedah Muka, Anzalna Nasir Bakal Ambil Tindakan!


Dituduh Bedah Muka, Anzalna Nasir Bakal Ambil Tindakan!

Dituduh Bedah Muka, Anzalna Nasir Bakal Ambil Tindakan!


KUALA LUMPUR, 21 MEI 2014: Pelakon Anzalna Nasir bakal mengambil tindakan selanjutnya jika individu yang menuduhnya melakukan pembedahan muka terus menyebarkan fitnah berkenaan.

Anzalna Nasir berkata dia pada mulanya, tidak mahu  mendedahkan identiti individu yang memfitnahnya itu secara besar-besaran di laman sosial Instagram tetapi ia dilakukan selepas terdapat beberapa pihak mula mempercayai kata-kata yang dilemparkan oleh pengguna laman sosial berkenaan kepadanya.

“Sebenarnya, saya sendiri tak mahu layan perkara sebegini kerana saya tahu orang itu hanya mahu meraih populariti sahaja. Malah dia sendiri mengaku dia kini lebih popular di Twitter setelah membuat fitnah kepada saya.

“Tapi apabila, semakin ramai yang mempercayai kata-katanya itu, saya tidak boleh berdiam diri dan terus bertindak memuat naik fotonya ke dalam Instagram sebagai amaran.

“Namun jika dia berdegil dan terus menyebarkan fitnah itu, saya akan ambil tindakan susulan yang sepatutnya,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Fitnah tersebut merupakan perbualan individu tersebut dengan rakannya di laman sosial Twitter, namun perkara itu telah tersebar dikalangan peminat Anzalna sendiri.

Diminta pendapatnya apabila kini ramai artis yang sudah mula melakukan pelbagai pembedahan dan perubahan pada wajah untuk kelihatan cantik dan muda, Anzalna memberitahu baginya dia lebih suka menghargai apa yang dia ada kini.

“Saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada saya dan saya mennghargai semua ciptaan Tuhan,” jelasnya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Anzalna sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jauh Dari Cinta yang bakal ditayangkan di Astro Prima tidak lama lagi.

Bakat Anak Raja Azmi Dicungkil Oleh Produksi Hollywood!


Bakat Anak Raja Azmi Dicungkil Oleh Produksi Hollywood!

Bakat Anak Raja Azmi Dicungkil Oleh Produksi Hollywood!


KUALA LUMPUR, 21 MEI 2014: Produser Raja Azmi akui tidak pernah menyangka bakat anak keduanya, Puteri Suaida boleh dikesan oleh produksi daripada Hollywood apabila ditawarkan untuk berlakon dalam siri Marco Polo.

Raja Azmi berkata dia amat berbangga kerana bakat terpendam puterinya itu telah diangkat oleh produksi daripada Hollywood yang kini sedang menjalani penggambaran di Johor Bahru.

"Saya memang sudah tahu dia ada bakat dalam bidang lakonan, malah ketika dia kecil dia sudah berlakon. Cuma semakin besar, dia ada sifat pemalu dan membuatkan hasratnya untuk jadi pelakon terbatas.

"Tapi baru-baru ini apabila rakan saya ada memberitahu produksi Hollywood sedang mengadakan uji bakat untuk mencari pelakon tempatan disini. Dia pun mencuba.

"Tak sangka pula terpilih, maknanya dia benar-benar ada bakat, jika tidak, tak mungkin dia boleh terpilih. Saya cukup berbangga dengan pencapaian itu dan akan terus menyokongnya dalam bidang lakonan selepas ini," katanya.

Meskipun anaknya tidak diberi watak yang besar, namun Raja Azmi berbangga kerana setidak-tidaknya anaknya punya pengalaman bekerja dengan produksi luar seperti Hollywood.

"Role dia dalam siri itu kecil sahaja tapi dia perlu memberi komitmen untuk prnggambaran lebih kurang 3 bulan iaitu kemungkinan hingga bulan Ogos dan di Malaysia sahaja.

"Saya harap dia dapat timba pengalaman berharga bersama produksi Hollywood ini kerana bukan mudah orang tempatan berpeluang bekerja dengan mereka,"ceritanya lagi.

Raja Azmi memberitahu dia akan tetap terus menyokong anaknya dalam bidang lakonan selepas ini.


Sharifah Aini Titipkan Pesanan Sayu Buat Peminatnya!


Sharifah Aini Titipkan Pesanan Sayu Buat Peminatnya!

Sharifah Aini Titipkan Pesanan Sayu Buat Peminatnya!


KUALA LUMPUR, 21 MEI 2014: Sebahagian peminat tegar kepada Datuk Sharifah Aini barangkali sudah pun sedia maklum bahawa kebelakangan ini kesihatan biduanita negara kesayangan ramai itu tidaklah terlalu begitu baik.

Namun, tiada sebarang pengesahan yang dibuat mengenai status sebenar Sharifah Aini atau lebih mesra disapa sebagai Kak Pah atau Kak Ani oleh sebahagian peminat serta rakan media yang mengenalinya.

Pun begitu, pada malam semalam, sebuah posting yang cukup panjang lebar telah dimuatnaik oleh sahabat baiknya iaitu Datuk Khalilah Mohd Talh yang juga Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Plus Expressway Berhad.

Dalam posting tersebut, Khalilah memberitahu bahawa Kak Pah kini sedang menjalani rawatan rapi dari pakar perubatan di sebuah hospital swasta.

Biarpun begitu, Kak Pah sempat menitipkan pesanan dan salam kasih sayangnya buat semua peminat-peminatnya khususnya mereka yang sering berinteraksi dengannya menerusi laman sosial rasmi, Facebooknya.

Pesanan Kak Pah memang cukup sayu hingga mampu menitiskan air mata bagi sesiapa yang membacanya. Ikuti pesanan Kak Pah ini untuk mengetahuinya sendiri.

Inilah pesanan Kak Pah:

"Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA...Jika ditakdirkan ALLAH, sampai masanya untuk saya pulang ke RahmatuLLAH, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah...dengan hati yang damai, saya tenang dan REDHA dengan apa yang telah ditetapkan. Doakan saya berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH. Sesuatu yang saya ingin anda, keluarga FB saya tahu ialah...saya TERAMAT SAYAAAAAAAAAAAAAAANGKAN ANDA SEMUA...saya sangat menghargai segala kasih sayang, ingatan, doa dan budi baik yang telah anda curahkan kepada saya selama ini. Doakanlah kesejahteraan saya, sedekahkanlah Al-Fatihah, ingatlah saya dalam setiap DOA anda. In Shaa ALLAH, kita semua akan menjadi keluarga semula di JANNAH!

Satu pesanan saya, seandainya saya sudah tiada...gunakanlah FB ini kearah kebaikkan...untuk menjaga Silaturrahim...untuk saling menasihati...bukan untuk mengumpat...menabur fitnah...dan segala perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Kasihanilah diri anda sendiri.

Begitu pantas masa berlalu...45 tahun saya bergelar anak seni.......terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman...pahit dan manis...begitu ramai yang telah membesar dengan lagu-lagu saya... namun yang pasti, perjalanan panjang penuh berwarni-warni yang telah saya lalui ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran anda, peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak pernah berbelah-bagi selama keberadaan saya dalam dunia seni. Anda adalah pembakar semangat, pendorong untuk saya untuk terus bertahan. Tanpa anda siapalah saya. Ketahuilah, sedari mula saya melangkahkan kaki dalam dunia seni sehingga ke hari ini, niat saya tidak pernah berubah, ikhlas untuk menggunakan anugerah suara yang telah dikurniakan ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Always remember that I sing with LOVE! Walau apapun yang berlaku, saya ingin anda tahu yang saya teramat hargai kehadiran, kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Segala kebaikkan anda tidak akan pernah luput dari ingatan, dan akan saya bawa hingga ke akhir hayat.

Doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat semua keluarga dan peminat-peminat saya di sini. In Shaa Allah, jika dipanjangkan usia dan diizinkankan Allah, kita akan berjumpa lagi.

Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini."

Jadual Padat Bukti Rezeki Arja Lee Semakin Kencang


Jadual Padat Bukti Rezeki Arja Lee Semakin Kencang

Jadual Padat Bukti Rezeki Arja Lee Semakin Kencang


KUALA LUMPUR, 21 MEI 2014: Nampaknya rezeki semakin menyebelahi Arja Lee apabila semakin banyak tawaran menyinggah kepadanya termasuk kemunculan pelakon kacak itu di beberapa majlis fesyen tempatan.

Pada hujung minggu lalu, pelakon berkenaan telah diundang untuk menjayakan majlis pelancaran koleksi terbaru cermin mata I.C Berlin di Pulau Pinang dan dalam masa yang sama menjayakan rakaman Ketuk Ketuk Ramadhan juga di pulau berkenaan.

Dalam pada sibuk menjalani penggambaran Misiku Kuza musim terbaru dan beberapa drama bersiri yang lain, kunjungan Arja Lee ke Pulau Pinang juga tidak disia-siakan apabila dia turut terbabit untuk program Planet Gempak di Stadium Batu Kawan.

Ini sekaligus membuktikan betapa kerjaya seni Arja Lee semakin memuncak dan mendapat pengiktirafan daripada ramai pihak terutama yang melihat kemunculannya dirasakan sangat penting bagi menjayakan sesebuah produksi atau acara.

Namun begitu, dalam pada sibuk dengan aktiviti lakonan dia juga masih tidak lupa mempromosikan lagu terbarunya Ceritakan Pada Mereka yang telahpun dilancarkan baru-baru ini.

Menurut pihak pengurusan Arja Lee, lagu berkenaan telah mendapat tempat di hati ramai pendengar dan di harap ianya dapat diputar dengan lebih kerapa terutama di stesen radio popular bagi menyokong karya anak muda sepertinya.

Katanya, melodi balada yang ada di dalam lagu Ceritakan Pada Mereka memiliki tarikan tersendiri bagaimananpun masih belum meyakinkan buat beberapa stesen radio untuk dimainkan di corong radio mereka

Namun begitu, menurut pihak pengurusan  Arja Lee perkara itu masih tidak dapat melemahkan semangat artisnya untuk terus mara ke hadapan sebaliknya bakal menghasilkan karya yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Panas! Ada 7 Sebab Mengapa Wings Bengang Dengan KRU!


Panas! Ada 7 Sebab Mengapa Wings Bengang Dengan KRU!

Panas! Ada 7 Sebab Mengapa Wings Bengang Dengan KRU!


KUALA LUMPUR, 20 MEI 2014: Semalam telah berlangsungnya majlis sidang media dan pelancaran album studio baru Wings berjudul Menakluk Kosmos di Hard Rock Cafe.

Di kalangan fans tegar serta pengikut Wings iaitu Sayap-Sayap Wings, anda pastinya maklum bahawa ini adalah studio album terbaru yang dihasilkan selepas 13 tahun mereka sepi tanpa sebarang produk.

Menariknya, kali ini album studio baru mereka itu telah diterbitkan oleh KRU Music. Satu gabungan yang disifatkan cukup menarik bagi pemerhati industri muzik Malaysia.

Namun dalam ruangan Murai Batu yang pada dimuatnaik pada awal pagi tadi, Wings dilaporkan bengang dengan KRU Music sepanjang majlis sidang media serta pelancaran album tesebut  diadakan.

Nak tahu kenapa anggota-anggota band muzik rock lagenda, Wings tersohor ini bengang dengan KRU. Ini sebab-sebabnya!

1. Belum pun album Menaklum Kosmos berada di pasaran, sudah ada cetak rompaknya. Nampak sangat macam tidak ada penjagaan yang baik daripada pihak tertentu.

2. Majlis sidang media serta pelancaran album itu seperti melepaskan batuk di tangga.

3. Tiada bunting, banner atau poster Wings. Yang ada cuma banner-banner KRU. Menyebabkan beberapa wartawan tertanya-tanya apakah ini majlis sidang media dan pelancaran album baru Wings atau pun KRU?

4. Sampul press release untuk majlis tersebut menggunakan sampul surat yang boleh didapati di kedai-kedai mamak atau 7-Eleven.

5. Pada saat sidang media serta pelancaran album itu berlangsung pun, album baru Wings masih belum siap dan masih lagi dalam proses cetakan.
6. Wartawan hiburan yang hadir untuk membuat liputan terhadap majlis tersebut hanya beberapa kerat saja dan tidak seramai seperti mana majlis sidang media Wings yang sebelum-sebelumnya.

7. Wings seolah-olah diperlakukan seperti band muzik yang baru hendak menceburkan diri sedangkan mereka adalah legend di dalam industri muzik Malaysia.


Apakah jawapan KRU Music terhadap perkara ini? Kata salah seorang kakitangan KRU Music, tunggu sehingga bos mereka iaitu Norman Abdul Halim kembali dari Cannes.

Sibuk Hasilkan Album EP, Idayu Tangguh Bulan Madu Di Tiga Lokasi


Sibuk Hasilkan Album EP, Idayu Tangguh Bulan Madu Di Tiga Lokasi

Sibuk Hasilkan Album EP, Idayu Tangguh Bulan Madu Di Tiga Lokasi


KL, 20 MEI 2014: Usia perkenalan selama 12 tahun akhirnya dimeterai dengan penyatuan dua hati iaitu finalis Akademi Fantasia 3 (AF3), Nur Farah Idayu Yaakub, 29, atau Idayu yang kini telah pun diijabkabulkan dengan jejaka pilihan, Shahrul Fadzil, 30, di kediaman mempelai perempuan di Pasir Hor, Kota Bharu, jam 10.30 pagi, 15 Mei lalu.

Bertemu ketika menjadi junior kepada suaminya Shahrul ketika menuntut dalam bidang Seni Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kedua-dua mereka berkongsi nafas yang sama.

Dan yang paling mengujakan penyanyi yang digelar Mariah Carey Malaysia ini, haluan yang terang kini menantinya dengan bantuan suami untuk kembali menyinari persada dunia nyanyian di tanahair.

Dek kerana telah bertekad untuk tampil dengan album EP pada September ini, pasangan pengantin baru ini terpaksa menunda sebentar rencana bulan madu 3 lokasi mereka.

Ini semata-mata untuk memberi laluan kepada impian sang isteri yang pernah popular dengan lagu Kasih Yang Terpisah tersebut.

“Saya memang bersyukur akhirnya setelah sekian lama kami berjaya mempertahankan cinta kami ke jinjang pelamin dan diharapkan akan diberkati hendaknya. Buat masa ini saya memang fokus kepada perniagaan milik keluarga dalam bidang automotif .

“Tetapi setelah saya tidak lagi terikat dengan mana-mana syarikat rakaman, saya dan Shahrul bertungkus lumus untuk menghasilkan EP terbaru khas buat peminat setia yang sekian lama tidak jemu berharap saya kembali aktif menyanyi.

“Kerana ingin mengejar waktu yang telah ditetapkan jadi saya dan suami terpaksa menunda sebentar rencana berbulan madu ke tiga buah lokasi peranginan iaitu Langkawi, Tokyo dan akhir sekali Bali.

"Tetapi tidak mengapa kerana kini saya diuruskan oleh suami merangkap pengurus peribadi saya,” tuturnya panjang lebar ketika dihubungi selepas beberapa hari bergelar isteri kepada Shahrul Fadzil.

Ketika dihubungi dia juga sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur untuk menamatkan sesi rakaman lagu bagi album terbarunya itu.

Penyanyi itu dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Ustaz Sabri Abdullah dengan sekali lafaz dan menerima mas kahwin beserta wang hantaran berjumlah RM15,000.

Pihak lelaki menyerahkan sembilan dulang hantaran dan turut dibalas dengan jumlah sama oleh pihak perempuan.

Mereka sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada bukan Ogos 2013.

Ditanya mengenai cahayamata, Idayu berserah kepada rezeki Allah SWT.

“Saya tidaklah terlalu merancang untuk memiliki anak dan sebagainya. Saya anggap itu adalah rezeki dan pada usia nak masuk angka lain ini kalau boleh cepat lagi baik,” seloroh penyanyi dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu mengakhiri bicara.

Sementara itu, Shahrul yang juga komposer baru berkata, mereka bakal mengadakan majlis resepsi di kampungnya di Jitra, Kedah pada 7 Jun ini diikuti sebuah lagi di ibu negara pada September ini untuk rakan-rakan dunia seni.

Turut hadir di majlis penikahan Idayu dan Shahrul adalah rakan seperjuangan AF3, Marsha Milan Londoh.

Nazim Othman Tak Ralat Single Pertamanya Keluar Lambat


Nazim Othman Tak Ralat Single Pertamanya Keluar Lambat

Nazim Othman Tak Ralat Single Pertamanya Keluar Lambat


KUALA LUMPUR, 20 MEI 2014: Sudah menjadi impian buat pelakon kacak, Nazim Othman untuk tampil dengan lagunya sendiri yang telahpun dirakamkan sepenuhnya.

Namun apakan daya, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukannya.

Single pertama Nazim Othman berjudul Destinasi yang berteraskan motivasi khusus buat generasi muda masih belum dilancarkan sedangkan segala persiapan sudahpun siap sepenuhnya.

Bercakap kepada portal murai.com.my, Nazim Othman berkata lagu berkenaan sudahpun siap tahun lalu dan kemudian dia menunggu untuk menyiapkan klip video lagu berkenaan dengan menggunakan duit poketnya sendiri.

“Tahun lalu jadual kerjaya saya terlalu padat dan tak ada masa langsung untuk merakamkan klip video lagu berkenaan kerana banyak perkara yang perlu difikirkan antaranya gerak langkah tarian yang saya percaya  akan menjadi daya penarik klip video ini.

“Hanya beberapa bulan lalu saya telah berjaya merakamkan klip video berkenaan dan saya sangka dapat lancarkan lagu dan klip video itu seawal yang mungkin, tetapi kerana insiden MH370 membuatkan saya membiarkannya buat seketika,” katanya.

Jelas Nazim Othman, kerana kesibukan masa dengan penggambaran kebelakangan ini, maka dia terpaksa memilih tarikh yang sesuai untuk melancarkan lagu berkenaan.

Katanya, buat masa ini waktu yang paling sesuai untuk melancarkan Destinasi ialah selepas Hari Raya iaitu selepas dia tidak terlalu terikat dengan sebarang komitmen kerja, sama ada di pentas lakonan mahupun sesi fotografi.

“Sudah tentu saya gembira dan gementar dengan maklumbalas yang bakal saya terima, tetapi saya tidak ralat melancarkannya terlalu lambat kerana saya percaya apa yang telah berlaku ada hikmahnya.

“Saya percaya, semua peminat memahami situasi saya dan saya sangat gembira kerana mereka masih menyokong kehadiran saya begitu juga dengan kebanyakan projek yang saya lakukan.

“Saya memiliki kekuatan dan kelemahan sendiri, sama juga seperti orang lain. Saya percaya saya memiliki penyokong di belakang saya kerana lagu yang saya tampilkan ini berkisar motivasi untuk mengejar cita-cita bukannya cinta,” katanya.

Tambah Nazim Othman, sekiranya Destinasi mendapat maklum balas yang baik, dia tidak teragak-agak untuk merakamkan sebuah lagi lagu khusus untuk semua peminatnya.

Sakinah Perjelas Tindakan Muat Naik Foto Baju-T Gambar Payudara


Sakinah Perjelas Tindakan Muat Naik Foto Baju-T Gambar Payudara

Sakinah Perjelas Tindakan Muat Naik Foto Baju-T Gambar Payudara


KL, 20 MEI 2014: Pelakon Sharifah Sakinah mengundang kontroversi apabila memuat naik sekeping foto baju-t yang berimej gambar payudara menerusi akaun peribadi Instagram miliknya.

Sharifah Sakinah berkata kepada Sinar Harian tindakannya itu bukan sengaja mencari publisiti, sebaliknya Sakinah menjelaskan gambar baju-t yang dimuat naik di laman Instagramnya itu bertujuan untuk menyokong kempen kanser payudara yang di‘repost’ daripada Instagram Jessica Alba pada hujung tahun lalu.

"Foto itu berkaitan dengan sebuah kempen. Saya pun pelik kalau perkara buruk itu cepat sahaja menular walaupun orang ramai tak tahu kebenarannya.

"Ia hanyalah tujuan untuk kempen saja. Tapi, disebabkan foto itu jadi kontroversi, saya dah pun padamkannya,” katanya.

Pelakon drama Bunga Merah Punya itu turut memberitahu di sebalik dicemuh, ada pula menyangka t-shirt payudara itu merupakan satu lagi produk promosi kesihatan yang dikeluarkannya.

“Itu bukan produk saya. Produk saya, produk kesihatan sahaja,” katanya yang turut mempromosikan dua baju-t yang menjadi bahan kritikan masyarakat.

Baju-t yang pernah dipromosikan tertera tulisan ‘Cantik Tak Bontot Saya’ dan ‘Jogging Sampai Kentut’ yang menjadi tagline t-shirt keluaran Sakinah.

Pun begitu, Sakinah menjelaskan tulisan pada baju-t itu adalah sebagai strategi pemasaran dan bukanlah publisiti.

“Saya buat begitu untuk memasarkan produk saya dan ia bukan lucah pun,” katanya yang kini semakin aktif dengan program senamannya yang dikenali dengan nama Fitness Sakinah.

Dalam perkembangan lain, Sakinah baru saja selesai menjalani penggambaran filem ‘Pekak’ arahan Michael Ang dan bakal berada di lokasi drama bersiri 13 episod itu tidak lama lagi.

Debbie Goh Teringin Nak Berlakon Dengan Produksi Melayu


Debbie Goh Teringin Nak Berlakon Dengan Produksi Melayu

Debbie Goh Teringin Nak Berlakon Dengan Produksi Melayu


KUALA LUMPUR, 20 MEI 2014: Bekas Miss Malaysia Chinese International 1998 yang juga pelakon tempatan yang berjaya menempatkan diri di Hong Kong, Debbie Goh,35  mengidamkan watak untuk beraksi di dalam drama mahupun filem berbahasa Melayu.

Dia yang ditemui ketika pelancaran koleksi terbaru cermin mata I.C Berlin di Pulau Pinang berkata, memang sudah menjadi hasratnya untuk berlakon dalam produksi Melayu bagaimanapun sehingga sekarang peluang itu masih belum menjadi kenyataan.

“Memang sudah lama saya teringin hendak berlakon filem atau drama Melayu kerana mahu mencabar diri saya selain hanya berlakon dalam filem Mandarin atau Inggeris.

“Walaupun watak itu tidak besar, tapi sekiranya ianya dapat memberi impak kepada kerjaya lakonan saya, pasti saya lakukan.

“Lagipun saya orang Malaysia dan saya juga boleh berbahasa Melayu,” katanya sambil ketawa kecil apabila ditanya sama ada dia fasih berbahasa Melayu ataupun tidak.

Pernah memenangi anugerah Pelakon Paling Popular untuk Golden Awards pada tahun 2010 dan 2012, namanya sangat dikenali di Hong Kong menerusi drama Age of Glory.

Dia telah beraksi cemerlang dalam filem mendebarkan Claypot Curry Killers dan Bullets Over Petaling Street.

Menurut Debbie Goh, ketika ini dia masih mencari dan menunggu tawaran daripada produksi tempatan yang mahukan dia memegang watak dalam filem mahupun drama berbahasa Melayu.

Malah sudah menjadi impiannya untuk menarik perhatian peminat industri perfileman Melayu supaya dapat menghargai kehadirannya sebagai seorang pelakon yang berkebolehan memegang apa juga watak dalam apa juga bahasa terutama Bahasa Melayu.

“Jadi jika ada mana-mana produksi filem Melayu yang sudi mengambil saya berlakon, silakan. Memang saya menantikannya,” katanya dengan senyuman menguntum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan