Cari Artikel

Monday, May 19, 2014

Sofia Arissa Nama Penuh Anak Sulung Liyana Jasmay


Sofia Arissa Nama Penuh Anak Sulung Liyana Jasmay

Sofia Arissa Nama Penuh Anak Sulung Liyana Jasmay



KL, 19 MEI 2014: Seperti mana yang dijanjikan oleh pihak Liyana Jasmay melalui kenyataan oleh ibunya, Datin Habsah Simpon tempoh hari, semalam, Ahad setelah memasuki hari ketujuh aktres muda itu melahirkan cahaya mata pertamanya, dia dan suami telah pun mengumumkan nama yang menjadi pilihan mereka.

Sofia Arissa binti Mohd Fathuddin adalah pengikat kasih serta lambang sebuah keutuhan mahligai yang dibina Liyana dan Fathuddin semenjak Februari tahun lalu. Sebelum ini, Sofia Arissa dikenali dengan nama manja Baby S oleh peminat pelakon ini melalui respon komen di laman Instagram miliknya.

Pada Selasa yang lalu, bertarikh 13 Mei 2014, anak bongsu kepada pasangan Dato’ Jasmay Md Shah dan Datin Habsah Simpon ini telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal seberat 2.9 kilogram, tepat pukul 7.40 di Pusat Perubatan Prince Court.

Selepas dilaporkan sihat dan tiada sebarang komplikasi dan sebagainya, Liyana yang cuba dihubungi Murai bagi mendapatkan info telah disambut kenyataan daripada ibu aktres itu yang memberitahu bahawa semuanya akan diberitahu selepas tujuh hari kelahiran cucu terbarunya itu.

Liyana melalui laman sosial Instagram miliknya, dia telah memuatnaik nama anaknya dalam bentuk kad untuk diuar-uarkan kepada semua  tentang nama anak sulungnya, Sofia Arissa. Turut sama dikongsi dilaman Instagramnya adalah foto terkini Baby S dan suami tercinta, Mohd Fathuddin Mazlan.


Nafi Putus Cinta, Nelydia dan Qi Hanya Salah Faham Kecil


Nafi Putus Cinta, Nelydia dan Qi Hanya Salah Faham Kecil

Nafi Putus Cinta, Nelydia dan Qi Hanya Salah Faham Kecil



KL, 19 MEI 2014: Pelakon Nelydia Senrose, 20, menafikan hubungan cintanya dengan pengacara, Qi Razali, 36, sudah berakhir seperti desas-desus yang mengatakan hubungan mereka kini berantakan.

Sebaliknya Nelydia berkata kepada akhbar Bpop semalam, ianya hanya berlaku salah faham sahaja di antara mereka.

"Hanya salah faham kecil sahaja. Tak pernah putus pun. Hubungan kami masih OK," katanya.

Apabila ditanya adakah mereka sudah merancang untuk melangkah ke peringkat seterusnya, pelakon drama bersiri popular Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu memberithau setakat ini belum ada apa-apa perancangan lagi.

"Saya hanya mampu berserah pada jodoh mengenai hal ini. Soal masa depan kita tak mampu jangka.

"Tak dinafikan, kami memang ada berbincang soal itu, tapi untuk kesahihan lanjut memang tak ada lagi," jelasnya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Nelydia bakal terbang ke Paris pada 20 Mei ini untuk penggambaran drama Strawberi dan Karipap.


Tasha Shilla Punca Kekasih Menang Pertandingan Martial Arts


Tasha Shilla Punca Kekasih Menang Pertandingan Martial Arts

Tasha Shilla Punca Kekasih Menang Pertandingan Martial Arts


KUALA LUMPUR, 19 MEI 2014: Kekasih Tasha Shilla, Han Chen Wong memberitahu kehadiran aktres berkenaan sewaktu dia menyertai perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) di Paradigm Mall, Ahad lalu adalah antara punca dia begitu bersemangat untuk menewaskan lawannya.

Han yang merupakan seorang peninju Muay Thai memberitahu mStar Online bahawa dia sendiri terkejut dengan semangat Tasha yang turut berada di gelanggang sepanjang perlawanan itu berlangsung.

Ini adalah kali pertama buat jejaka berusia 24 tahun itu menyertai MIMMA kerana sebelum ini dia hanya memberi fokus kepada Muay Thai tetapi kehadiran Tasha sangat bermakna buatnya sehingga dia lebih yakin untuk bertarung.

Tambah Han, jeritan dan sorakan semangat dari Tasha sangat membantu dirinya sehingga berjaya menewaskan pihak lawan.

Pada pertandingan anjuran Tune Talk itu, Han berjaya menewaskan lawannya, Aaron Tan di pusingan kedua dan melayakkan dia ke pusingan suku akhir pada 21 dan 22 Jun depan.

Dalam pada itu, Han berkata, sebagai pasangan kekasih mereka sentiasa menyokong kerjaya masing-masing namun dia terkejut dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh Tasha terhadapnya.

Sementara itu, Tasha berkata, biarpun pertama kali bertindak sebagai 'cornerwoman' namun dia tidak kekok kerana sebelum ini sering memerhati tugas yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki semasa menemani Han ke perlawanan Muay Thai.

Malah kata Tasha, dia gembira dapat memberi sokongan kepada Han kerana kekasihnya itu sentiasa menyokong kerjayanya dan sering menemaninya ke majlis-majlis hiburan.

Peluang waktu rehat selamat lima minit setiap pusingan digunakan sebaiknya oleh Tasha untuk memberi kata-kata semangat selain memastikan dia berada dalam keadaan baik untuk meneruskan perlawanan.

Tambah Shila, dia sangat gembira kerana dapat memberikan sokongan selain menganggap ianya adalah satu pengalaman baru apabila dia hadir sebagai cornerwoman.


Bapa Paling Baik, Ungkapan Rita Rudaini Buat Arwah Bapa Tiri


Bapa Paling Baik, Ungkapan Rita Rudaini Buat Arwah Bapa Tiri

Bapa Paling Baik, Ungkapan Rita Rudaini Buat Arwah Bapa Tiri


KL, 18 MEI 2014: Pada hari Jumaat yang lepas, 16 Mei 2014 menjadi hari yang amat menyedihkan buat aktres Rita Rudaini, 38 apabila bapa tirinya, Johari Joned, 66, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Kangar, Perlis kira-kira pukul 5 petang kerana serangan jantung.

Penderitaan sakit jantung yang dialami bapa tiri yang dipanggil uncle oleh Rita telah mula dikesan sejak lebih lima tahun lalu dan sudah menjalani pembedahan pintasan jantung sebanyak dua kali dalam tempoh masa dua tahun kebelakangan ini.

Difahamkan bahawa Allahyarham Johari telah berkahwin dengan ibu Rita Rudaini, Basariah Ibrahim pada awal 1980-an sekaligus menggalas tanggungjawab menjaga aktres jelita itu semenjak dia masih kecil.

Ini kerana kedua ibu bapa kandung kepada Rita Rudaini telah bercerai ketika usianya masih kecil. Dalam dua keratin foto yang dimuatnaik di Instagram Rita Rudaini turut memberikan gambaran mengenai keakraban dan kasih sayang yang telah dicurahkan oleh bapa tiri Rita terhadapnya.

“AL-FATIHAH buat bapa ku yg ku pggil 'uncle' ..walaupon uncle bukan bapa kandung cek,tp uncle jaga cek mcm anak sendiri.uncle jaga kami dr kecik.uncle syg kami lebih dr uncle syg mama.uncle xpernah jentik,marah atau tggi suara dgn ank2..tgn uncle yg bg kami mkn..klau mama marah kami,uncle akan lindungi kami..cek xpernah sekali dlm hidup tgk uncle marah..uncle akan tau apa makanan kegemaran cek,abg,adik dan menantu2 dia..klau tau ank2 dan menantu nak balik,uncle akn cari setiap makanan kegemaran kami..bila uncle nak dtg melawat cek dan ryanarjuna,uncle akan bwk mcm2 utk cek dan ank2..bila tiba puasa atau raya,uncle org yg paling seronok utk cari makanan utk menjamu kwn2 cek yg dtg..dan yg paling cek xle lupa,uncle jaga cek dlm pantang...skrg smua tu da xde lagi utk cek..tkasih uncle krn menjaga cek dan abg spt ank uncle sendiri dan jaga mama dan adik kami dgn baik..kasih syg uncle dan jasa uncle kami akn kenang smpai akhirat..kasih syg uncle masih ada dgn kami..cek sgt rindu uncle,cek akan simpan jam tgn kesayangan uncle..kami smua rasa kehilangan yg sgt berat..trus terang cek xbole lg terima yg uncle da 'pergi' tggalkn kami smua...kami syg uncle..YA ALLAH ampunilah dosa bapa ku dan tempatkan dia bersama org2 yg beriman..amin....AL-FATIHAH..”

“Baru balik ziarah pusara uncle (bapa) masih tidak percaya dan tak bole terima yg uncle telah pergi meninggalkan kami..byk kenangan bersama uncle yg dtg setiap saat dlm fikiran..sedih yg xbole sy gambarkn..airmata xbole di sekat...setiap sudut dlm rumah nmpk kenangan dgn uncle...lebih sebak bila ryan memanggil2 tokwan di pusara tadi..terharu bila ryan berdoa katanya 'bg lah tokwan masuk syurga' ...tokwan mmg sygkn ryan dan cucu2nya..sbb tu cucu2 sgt terasa bila tokwan xde..AL-FATIHAH buat uncle yg kami syg..byk kenangan yg uncle tgglkn utk kami sentiasa ingat pd dia... Bapa yg paling baik utk kami dunia dan akhirat.”

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sentua, Utan Aji, Perlis.


Mak Mah Selamat Bergelar Isteri Kepada Peneroka Felda


Mak Mah Selamat Bergelar Isteri Kepada Peneroka Felda

Mak Mah Selamat Bergelar Isteri Kepada Peneroka Felda


KUALA LUMPUR, 17 MEI 2014: Tahniah diucapkan kepada pelakon veteran Ruminah Sidek kerana dengan secara rasminya telah bergelar isteri kepada seorang peneroka felda,pada pagi Sabtu.

Hanya dengan sekali lafaz, Ruminah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah akhirnya sah menjadi milik peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70.

Majlis akad nikah telah disempurnakan di kediaman abang ipar Mak Mah di Meru, Klang oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif bersaksikan adik ipar pengantin perempuan, Mohd Jani Sarman kira-kira pukul 9.20 pagi.

Sebaik sahaja aqad dilafazkan Mak Mah kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.

Mak Mah, 68, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran dan pihak pengantin lelaki telah menghantar tujuh dulang hantaran yang berupa kek, Al-Quran, beg tangan, kasut, sejadah, air minuman Twister, dan telekung.

Sementara itu, pihak pengantin perempuan telah membalas kembali tujuh dulang hantaran iaitu, satu set wangian, kek, tepak sirih, set pakaian, sejadah, tuala dan buah-buahan.

Majlis tersebut turut disiarkan secara langsung melalui program Nasi Lemak Kopi O yang diacarakan oleh pelakon Abon, AR Badul dan Aida Gadis Melayu.

Turut kelihatan pada majlis tersebut pelakon Adlin Aman Ramli dan isteri Emelda Rosmila.

Majlis persandingan diadakan sejurus selepas selesai akad nikah yang turut disaksikan oleh hampir 3,000 tetamu termasuk keluarga kedua-dua belah pihak.

Sementara dalam majlis persandingan Mak Mah tampil anggun dengan busana berwarna putih sedondon dengan pengantin lelaki.

Terdahulu, Ruminah dan Al Fatah telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang ipar Ruminah di Meru, Klang.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan keempat buat Ruminah termasuklah dengan Allahyarham AR Tompel.

Hasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie.

Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit.


Fesyen Yuna Dikritik, Berbaju Ketat Nampak Bentuk Pusat!


Fesyen Yuna Dikritik, Berbaju Ketat Nampak Bentuk Pusat!

Fesyen Yuna Dikritik, Berbaju Ketat Nampak Bentuk Pusat!

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2014: Baru-baru ini nama penyanyi berbakat besar, Yunalis Zarai atau Yuna yang sedang rancak melebarkan di sayap seninya di Los Angeles, Amerika Syarikat telah menjadi bualan hangat.

Tetapi sayangnya nama Yuna bukan disebut kerana perkembangan terkini karier seninya tetapi mengenai fesyen terkini yang dikenakan penyanyi wanita ini.

Awal minggu lalu sekeping foto yang menampilkan Yuna memakai baju hitam ketat paras pusat telah dimuatnaik di laman Facebook.

Foto tersebut telah mendapat kecaman daripada pelayar laman sosial termasuk peminat Yuna yang kurang gemar dengan cara penyanyi Terukir Di Bintang itu berfesyen.

Ramai yang terkejut, ada juga yang tidak berpuas hati dengan cara Yuna berpakaian kerana baju yang dipakai Yuna terlalu ketat sehingga jelas menampakkan susuk tubuh dan lubang pusatnya.

Antara luahan hati peminat terhadap Yuna ialah, mereka mahu bintang pujaan mereka itu kembali berpakaian sopan seperti dahulu (awal kemunculan).

Fesyen Yuna Dikritik, Berbaju Ketat Nampak Bentuk Pusat!

iskandarX: Macam kata Tun lerr, Melayu mudah lupa.

Erin Malek Akui Bercinta Dengan Jejaka 10 Tahun Lebih Tua


Erin Malek Akui Bercinta Dengan Jejaka 10 Tahun Lebih Tua

Erin Malek Akui Bercinta Dengan Jejaka 10 Tahun Lebih Tua


KUALA LUMPUR, 16 MEI 2014: Pelakon Erin Malek kini sedang hangat dilamun cinta dengan seorang jejaka yang dikenali menerusi laman sosial Instagram sejak empat bulan lalu.

Bagaimanapun Erin tidak mahu mendedahkan nama kekasihnya dan cukuplah sekadar dikenali sebagai ‘F’.

Menurut Erin, walaupun perbezaan umur mereka sebanyak 10 tahun namun itu bukanlah penghalang bagi dirinya kerana dia selesa berkawan dengan lelaki tersebut yang disifatkan sebagai seorang yang matang dan penyayang.

“Saya memang sedang mengenali seorang lelaki dan saya hanya boleh beritahu nama ‘F’… Kami dah kenal sejak empat bulan lalu.

"Dari segi jarak umur kami berbeza 10 tahun dan dia berusia 30 tahun... Bagi saya bila kita mengenali dengan orang yang lebih berusia daripada kita fikiran mereka lebih matang dan dalam masa yang sama dia juga sentiasa beri sokongan pada saya.

“Kami bertemu di Instagram selepas setahun memutuskan hubungan dengan bekas kekasih saya… Bagi saya dia seorang yang romantik dan penyayang.

“Saya tertarik kematangannya sebagi seorang lelaki dan yang paling penting dia tidak ‘judge’ saya mengenai apa juga gosip dan cerita kurang enak mengenai saya sebelum ini,” ujarnya ketika ditemui pada majlis tayangan kemuncak Fear Factor Malaysia 2 baru-baru ini.

Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, turut menceritakan detik pertemuan mereka yang disifatkan sebagai agak lucu.

“Cara kami kenal agak kelakar sebenarnya, saya tak sangka saya akan bertemu dengan dia di Instagram… Saya memang perasan dia selalu ‘like’ gambar dan juga komen...

"Pernah sekali tu bila bukak instagram nama dia banyak naik sebab 'like' gambar jadi saya pun pegi ke profile dia dan 'follow' dia...Dan dari situlah mulanya detik perkenalan kami.

“Tapi disebabkan kami sibuk dengan kerjaya masing-masing membuatkan hasrat kami untuk berjumpa seringkali tergendala… Sampailah pada suatu hari kami bersetuju untuk bertemu dan segala-galanya pun bermula,” ujarnya ketawa.

Ketika ditanya mengenai perkahwinan, pelakon ini tidak melatah malah mengakui dirinya kini sudah bersedia untuk bergelar isteri.

“Berdasarkan pengalaman yang lepas, saya memang sudah malas nak bercinta lama-lama… ‘F’ adalah cinta hati saya, ‘soulmate’ saya yang melengkapi diri saya sebagai seorang wanita.

“Soal umur bukanlah menjadi satu masalah bagi saya kerana yang paling penting adalah kita bertemu dengan orang yang sesuai.

“Kalau ditanya mengenai perkahwinan, pada tahap ini saya sudah bersedia untuk bergelar isteri,” jelasnya.

Jelas Erin lagi, itu tidak bermaksud dia akan berkahwin dalam masa terdekat malah dia meletakkan soal jodoh kepada ketentuan ilahi dan berharap peminat mendoakan kebahagiaan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan