Cari Artikel

Saturday, May 17, 2014

Johor bina 8,000 rumah PPR dalam masa dua tahun - Exco


Johor bina 8,000 rumah PPR dalam masa dua tahun - Exco

Johor bina 8,000 rumah PPR dalam masa dua tahun - Exco


Johor Bahru: Kira-kira 8,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di Johor membabitkan pelbagai kawasan dalam tempoh dua tahun bagi memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah memiliki rumah pada harga berpatutan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abdul Latiff Bandi berkata, pada tahun ini sebanyak 4,100 unit rumah PPR akan dibina membabitkan kos pembinaan melebihi RM150 juta.

iskandarX: pastikan dan benarkah untuk rakyat sahaja? tup tup karang yang menghuni dalam tu semua rakyat China nuuh mana hala mai tak tau, macam yang banyak terjadi dalam Penang nie gak ler.

PM umum dividen 10 peratus Dana Peladang Kebangsaan


PM umum dividen 10 peratus Dana Peladang Kebangsaan
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencuba aiskrim goyang ketika melawat gerai pameran selepas melancarkan Kelab Usahawan 1Azam Parlimen Pekan di Dataran Pekan, hari ini. - Foto Mustaffa Kamal

PM umum dividen 10 peratus Dana Peladang Kebangsaan


PEKAN: Datuk Seri Najib Razak umumkan dividen 10 peratus skim pelaburan Dana Peladang Kebangsaan yang diuruskan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang dilancarkan tahun 2012.

Pengumuman itu sekali gus memberi manfaat lebih 850,000 peladang seluruh negara.

Perdana Menteri mengumumkan dividen itu pada majlis pengumuman dividen dana peladang Kebangsaan NAFAS dan pelancaran kelab usahawan 1Azam Parlimen Pekan, sebentar tadi.

iskandarX: Wow, best nie is rasa nak kena jadi peladang balik ler lepas nie kan? Baru is leh rasa manfaat yang di perkatakan itu.

Tiga sahabat maut nahas motosikal di Palong


Gambar nie Hiasan Je Tau!

Tiga sahabat maut nahas motosikal di Palong


Jempol: Tiga sahabat karib maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan di Jalan Besar Palong 9, 10 dan 11 di sini, malam tadi.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian jam 11.30 malam itu, semua mangsa yang menaiki motosikal terjatuh akibat pertembungan dengan seorang daripada mereka yang datang dari arah bertentangan.

Muhammad Syahreedzwan Mohmad Abdullah, 17; Mohamad Aflin Norirfan Md Jani, 15, dan Muhammad Faizal Jamalludin, 13, meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Palong 9.

Rakan mereka, Mohd Mois Ikmal Mohd Nasir, 16, yang cedera parah dalam kemalangan itu masih koma di Hospital Jempol.

iskandarX: Amacam leh bertembung nie? hmmmm hati-hati kalau nak naik motor sekarang nie, sayangilah nyawa kita semua, bukan boleh beli nyawa macam dalam game boy advance tu atau dalam android tu. Dalam game mati leh restart from last checkpoint, in reality bubye terus ok?

Rumah Putih 'alu-alukan' bakal PM baharu India ke AS


Rumah Putih 'alu-alukan' bakal PM baharu India ke AS

Rumah Putih 'alu-alukan' bakal PM baharu India ke AS


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) hari ini mengalu-alukan lawatan bakal Perdana Menteri baharu India, Narendra Modi yang mencatatkan kemenangan besar pada pilihan raya umum negara itu semalam ke Amerika meskipun terdapat larangan visa ke atasnya.

Rumah Putih berkata, Presiden Barack Obama berharap dapat berbual dengan Modi menerusi telefon secepat mungkin selepas Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinannya menang pilihan raya umum India.

Setiausaha Negara, John Kerry juga mengucapkan tahniah kepada Modi atas kejayannya memperoleh kemenangan terbesar dalam sejarah menerusi laman Twitternya.

Kerra berkata, Washington kini bergerak ke dasar untuk mengukuhkan hubungan baharu di pusat pemerintah baharu di New Delhi.

“Perdana Menteri India akan disambut melawat Amerika," kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney.

Amerika menolak permohonan visa Modi pada 2005 kerana mendakwa beliau gagal menangani dengan segera rusuhan anti-Islam tiga tahun sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Gujerat. - AFP

iskandarX: Aiiik bertukaq baru dah ker India punya PM? Yang lama dah tak sinonim dengan command dari Hidden Hand Dah ker?

10 maut, lebih 70 cedera letupan di Nairobi


10 maut, lebih 70 cedera letupan di Nairobi

10 maut, lebih 70 cedera letupan di Nairobi


NAIROBI: Sepuluh orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 70 lagi cedera dalam serangan bom di sebuah pasar yang sedang sibuk di Nairobi, kejadian terbaharu yang dipercayai dilakukan militant Islan Kenya.

Dua letupan itu suuslan ratusan pelancong Britain dipindahkan dari sebuah resort pantai berdekatan bandar pelabuhan Mombaza, selepas Pejabat Luar Negara Britain mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyatnya.

Pusat Operasi Bencana Kebangsaan (NDOC) berkata, letupan pertama berlaku di ibu negara itu membabitkan sebuah bas mini awam 14 tempat duduk atau dikenali sebagai 'matatu'.

Letupan kedua menyusul beberapa saat di dalam Pasar Gikomba, di tengah pusat perdagangan di ibu negara Kenya itu. - AFP

iskandarX: Tak habis-habis nak kebabom dorang nie tu laa masa kecik-kecik dulu xnak main mercun kan dah besaq2 baru ketagih nak main kuang kuang kuang, yg tak best nyawa rakyat pula yang terancam bila ketagihan nie berleluasa kan kan kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan