Cari Artikel

Tuesday, April 22, 2014

Shila Amzah Bakal Berentap Lagi Di Pentas I Am A Singer!


Shila Amzah Bakal Berentap Lagi Di Pentas I Am A Singer!

Shila Amzah Bakal Berentap Lagi Di Pentas I Am A Singer!


Biarpun hanya menduduki tempat ketiga dalam final, I Am A Singer Musim 2, namun kejayaan yang dikecapi penyanyi, pemuzik dan komposer berbakat besar ternyata cukup membanggakan rakyat Malaysia.

Apatah lagi bila program realiti terbitan Hunan TV, China itu menampilkan peserta-peserta yang sememangnya sudah berpengalaman luas dalam bidang nyanyian dan sebagai Shila Amzah pula adalah satu-satunya penyanyi bukan berdarah Cina yang berjaya menyertai pertandingan tersebut seterusnya mara ke peringkat final hingga berjaya meraih tempat ketiga setelah tewas di tangan penyanyi veteran Han Lei serta penyanyi Hong Kong, G.E.M.

Menyorot semula persembahan Shila Amzah pada pusingan pertama final I AM A Singer 2 pada Jumaat lalu, Shila telah berjaya membuatkan ramai penonton terpegun serta terpukau dengan kemampuannya membawakan lagu when You Believe yang dipersembahkan bersama finalis, I Am A Singer pertama iaitu Huang Qishan.

Seperti berada di dunianya sendiri, Shila Amzah yang berjaya menonjolkan kekuatan vokal lunaknya itu terus mara ke pusingan yang kedua menerusi lagu Mama daripada Exo.

Bagi yang pernah mengikuti Shila Amzah sejak dia menyertai program realiti tempatan, One In A Million 2, pastinya ada mengetahui bahawa anak gadis ND Lala ini mampu beraksi dan menari dengan lincah.

Nampaknya di dalam pusingan kedua final I AM A Singer 2 ini, Shila Amzah telah menunjukkan pula kebolehannya menari dan menyanyi menerusi lagu Mama itu kepada peminat di negara China.

Biarpun tidak menjuarai I Am A Singer 2 seperti mana yang dilakukannya di dalam program realiti Asian Wave di China pada 2012, namun kejayaan yang dikecapi Shila Amzah itu membuktikan bahawa dia masih mencipta nama di peringkat antarabangsa khususnya di negara publik yang mempunyai populasi penduduk terbesar di dunia itu.

Apapun perjuangan Shila Amzah dalam pentas I AM Singer 2 masih belum berakhir kerana dia bersama 4 finalis I Am Singer 2 yang lain iaitu Han Lei (China), G.E.M. (Hong Kong), Gary Chaw (Malaysia) dan Zhang Jie (China) akan berentap dengan 5 finalis I Am A Singer pertama pada 11 April 2014 ini.

5 Finalis I Am A Singer pertama diwakili Yu Quan (China), Terry Lin (Taiwan), Aska Yang (Taiwan), Huang Qishan (China) dan Peng Chia-Hui (Taiwan).

Apakah Shila Amzah sekali lagi akan melakar kejayaan yang cukup membanggakan buat kita semua? Jangan lupa saksikan persaingan di antara 5 finalis I Am A Singer 2 dengan 5 finalis I Am A Singer pertama pentas I AM A Singer 2 pada 11 April 2014 ini.

Penerbit Akui Tak Jual Nama Pelakon Popular Untuk Perempuan Dalam Pasungan


Penerbit Akui Tak Jual Nama Pelakon Popular Untuk Perempuan Dalam Pasungan

Penerbit Akui Tak Jual Nama Pelakon Popular Untuk Perempuan Dalam Pasungan


Tidak seperti kebiasaan penerbit drama bersiri lain, Dato’ Rafiena tidak mementingkan nama atau populariti seseorang pelakon sebaliknya pelakon yang dipilih haruslah bersesuaian dengan watak dalam drama terbitan syarikatnya Darkwave Pictures.

Menerusi drama terbaru terbitannya Perempuan Dalam Pasungan, Rafiena berkata dia memlilih pelakon utamanya, Lia Natalia kerana merasakan pelakon baru itu punya bakat yang besar.

“Saya tahu dia pelakon baru tetapi dari apa yang saya lihat dia seorang pelakon yang punya bakat besar dan boleh digilap. Malah dia memberikan komitmen yang tinggi apabila sanggup melakukan apa sahaja demi menghidupkan wataknya.

“Pada saya, ada nama atau tidak itu bukan faktor penting buat sesebuah drama tetapi yang penting kualiti drama dan lakonannya,” katanya dalam sidang media Perempuan Dalam Pasungan di Hard Rock Café, kelmarin.

Pun begitu, Fariena sendiri merupakan salah seorang pelakon utama drama tersebut yang bergandingan dengan Dato’ Eizlan Yusof .

Rafiena bagaimana pun memberitahu dia pada awalnya enggan berlakon dalam drama drama terbitannya sendiri kerana bimbang tindakkannya itu akan disalah erti.

Bagaimanapun selepas diyakinkan oleh barisan panel skrip syarikatnya dia akhirnya bersetuju untuk memegang watak utama itu.

“Sebenarnya sebelum ini saya memang jarang berlakon dalam drama terbitan sendiri dan jika ada pun sekadar kemunculan istimewa atau watak sampingan kerana bimbang akan disalah erti.

“Tapi, saya juga sudah lama tidak berlakon dan boleh dikatakan drama terbaharu ini sebagai comeback saya juga lah,”jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Rafiena kini sedang menyiapkan hampir 10 judul drama dan bercadang untuk menerbitkan sebuah filem pada tahun ini.

Wow! Soo Wincci Menyanyi Sambil Bergayut Atas Udara


Wow! Soo Wincci Menyanyi Sambil Bergayut Atas Udara

Wow! Soo Wincci Menyanyi Sambil Bergayut Atas Udara


Bukan penyanyi antarabangsa Pink sahaja yang mampu menyanyi sambil bergayut pada kadar ketinggian menggayatkan, malah penyanyi tempatan kita juga mampu melakukannya dengan penuh kewibawaan.

Dengan semangat, kesungguhan dan latihan konsisten, penyanyi cantik Soo Wincci telah membuka mata ribuan penonton yang memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil pada hujung minggu lalu dengan persembahannya yang menakjubkan sempena majlis anugerah Global Chinese Hits Awards.

Bekas ratu cantik itu telah membuktikan bahawa dia juga mampu menghiburkan penonton dengan membuat beberapa pergerakan akrobatik di udara dan dalam masa yang sama masih mampu menyanyi dan masih kekal mempersona.

Semuanya telah dikongsikan penyanyi yang juga popular di Taiwan itu di laman Instagram peribadinya selepas membuat persembahan di majlis anugerah berkenaan yang menampilkan perebutan pengiktirafan artis-artis daripada 7 negara.

Soo Wincci dalam salah satu nukilannya di Instagram berkata, tiada sebarang alat bantuan keselamatan seperti tali dan jaring penyokong yang mengiringi persembahan lagak ngerinya itu.

Meskipun dia begitu, dia telah berjaya membuktikan tiada sebarang yang mustahil apabila dia membuat gerak gaya merbahaya di atas udara hanya bertemankan gelung untuk dia duduk dan berpaut sepanjang persembahan berkenaan.

Semuanya kerana berkat usaha dan latihan insentif bersama-sama gurunya Miko Samantha Yee yang telah menunjuk ajarnya bagi menjadi penari gelung udara terbaik sejak beberapa bulan lalu.

Ucapan tahniah daripada portal murai.com.my buat Soo Wincci yang berjaya membuktikan bahawa dia bukan sahaja seorang penyanyi yang cantik dari rupa paras malahan juga berani menyahut cabaran yang jarang di buat oleh artis wanita lain.

Maya Karin Teka-Teki Pasal Apa Dengan Adira dan Nadiya Nisaa?


Maya Karin Teka-Teki Pasal Apa Dengan Adira dan Nadiya Nisaa?

Maya Karin Teka-Teki Pasal Apa Dengan Adira dan Nadiya Nisaa?


Setelah kali terakhir muncul dengan album sekitar 10 tahun dahulu iaitu pada tahun 2004, penyanyi dan pelakon jelita Maya Karin sekali lagi hadir dengan karya terbaru iaitu albumnya berjudul Teka-teki yang telah pun berada di pasaran sejak 4 Mac yang lalu.

Umum mengetahui yang Maya pernah mencipta nama dalam dunia nyanyian apabila lagunya, Erti Cinta menjadi hits dan pernah menjadi siulan ramai beberapa tahun yang lalu. Namun bagaimana pula dengan percubaan terbarunya kali ini? Adakah Maya dapat menghasilkan sebuah lagi lagu hits sepertimana Erti Cinta. Semua itu akan dijawab oleh wanita jelita ini dalam program MeleTOP malam ini.

Program MeleTOP kembali menemui penonton selepas hampir 3 minggu tidak bersiaran bagi menghormati tragedi kehilangan pesawat MH370 baru-baru ini.

Selain Maya, turut sama akan hadir sebagai tetamu jemputan ialah penyanyi popular Adira. Kehadiran Adira seperti mana Maya Karin ialah untuk mempromosikan serta berkongsi cerita tentang album terbarunya bersama para penonton.

Dalam pada yang sama Adira akan mempromosikan sebuah persembahan minggu setiausaha yang dinamakan ‘A Golden Moment With Hafiz’.

Adira dan Hafiz bakal berduet untuk persembahan tesebut dengan beberapa buah lagu popular seperti Ombak Rindu dan Salahkah pada 22 April ini.

Tidak terlepas pelakon kegemaran ramai, Nadiya Nisaa yang turut akan bersama dua jelitawan pada malam ini. Apa cerita terbaru Nadiya selepas popular dengan drama Adam & Hawa. Ada drama terbarukah lakonannya selepas ini? Nantikan jawapannya dalam MeleTOP.

Dan tidak lengkap rasanya jika program MeleTOP tanpa persembahan secara live oleh artis undangan iaitu Daiyan Trisya. Penyanyi muda kelahiran Bangi, Selangor ini akan berkongsi cerita lebih lanjut tentang karier perjalanannya dan membawakan lagu Kerana Kau khas buat para penonton.

Jangan lupa untuk menyaksikan program MeleTOP episod 76 malam ini bermula jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Emma Maembong Elak Adegan Berpeluk Kerana Ayah


Emma Maembong Elak Adegan Berpeluk Kerana Ayah

Emma Maembong Elak Adegan Berpeluk Kerana Ayah


Sedar lakonannya di dalam drama bersiri Projek Memikat Suami mendapat perhatian ramai, Emma Maembong bagaimanapun terpaksa akur dengan kehendak bapanya supaya mengurangkan adegan berpeluk atau berpegangan tangan selepas ini.

Katanya, keputusannya itu langsung tidak ada kait mengait dengan hubungannya bersama Zizan Razak, tetapi sebagai menghormati nasihat serta kehendak bapanya yang memainkan berperanan besar dalam hidupnya ketika ini.

“Bagi saya tak perlulah berpeluk, berpegangan tangan atau mesra sangat kerana kalau setakat ingin mengambil gambar, berdiri di sebelahpun sudah mencukupi.

“Saya buat ini bukannya kerana Zizan tetapi mengikuti nasihat bapa saya yang meminta saya untuk menghormati dirinya yang masih hidup,” katanya kepada pihak media yang ditemui selepas majlis pelancaran sempena perlantikannya sebagai duta produk Maixara petang semalam.

Emma Maembong menambah, semuanya terjadi selepas bapanya, Ismail Embong terperasan dengan beberapa adegan mesra yang dilakonkannya di dalam drama bersiri Projek Memikat Suami yang ditayangkan di stesen TV Astro.

Katanya, sebagai seorang anak dia perlu menghormati permintaan bapanya itu apatah lagi dia sedar liku-liku perjalanan sebagai seorang anak seni bukanlah sesuatu yang mudah untuk diselusuri.

“Dia (ayah) tidak marah, cuma dia bising saja selepas melihat lakonan saya dalam drama itu. Katanya dia perlu berbuat demikian bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai nasihat seorang ayah kepada seorang anak.

“Saya tak ada masalah untuk mengikutinya dan saya memilih untuk mengikuti nasihatnya selepas ini,” kata Emma yang akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan sebaranga degan mesra dalam lakonan mahupun sesi fotografi.

Bercerita mengenai bakat melukis yang diambil daripada bapanya, Emma Maembong berkata dia masih lagi aktif melukis dan menjadikan aktiviti itu sebagai hobinya bagi memenuhi waktu lapang.

Malah dia juga bersyukur kerana ada pihak yang sudi membeli beberapa karya lukisannya pada harga paling berpatutan sekiranya ada permintaan.

Ana Dahlia Serius Bercinta Dengan Jejaka Muda?


Ana Dahlia Serius Bercinta Dengan Jejaka Muda?

Ana Dahlia Serius Bercinta Dengan Jejaka Muda?


Ana Dahlia dengan jejaka muda ini sudah diperkatakan apabila mereka dilihat telah ke butik pereka fesyen, Ezuwan Ismail untuk menempah baju.

Namun, Ana Dahlia mengakui jejaka itu hanyalah temannya sahaja dan tujuannya berjumpa dengan Ezuwan Ismail hanya untuk menempah baju untuk ke sebuah anugerah.

Bagaimana pun, baru-baru ini Murai Batu ada terima beberapa keping gambar lagi yang menunjukan Ana kerap sekali keluar dan bersama jejaka yang berbadan ketak itu ke mana-mana.

Wah, kalau teman biasa tak mungkin lah begitu bukan? Maknanya dia memang seriuslah bercinta dengan jekaka itu? Alah, kalau betul kekasih apa salahnya kerana Ana pun single selepas bercerai dengan Chef Riz.

Murai Batu tak tahulah berapa usia jejaka itu, tetapi Murai Batu dengar ianya masih muda dan bujang. Malah dari gambar yang dikirimkan memang kacak betul ya.

Eloklah kalau Ana Dahlia kini sudah ada pengganti kerana Murai Batu dengar Chef Riz juga sudah punya kekasih. Ala, tak kisahlah apa status lelaki itu asalkan bukan milik orang.

Emma Maembong Nafi Nak Nikah Dalam Masa Terdekat


Emma Maembong Nafi Nak Nikah Dalam Masa Terdekat

Emma Maembong Nafi Nak Nikah Dalam Masa Terdekat


Angin sedang bertiup kencang yang mengatakan perhubungan yang terjalin antara pelakon baru Emma Maembong dan pelawak terkenal, Zizan Razak bakal berakhir ke jinjang pelamin tidak lama lagi.

Lebih hebat lagi apabila tindakan pelakon Projek Memikat Suami itu untuk berehat seketika daripada beraksi di lokasi penggambaran telah di salah anggap kerana  ada yang menyifatkan pasangan itu sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka berdua.

Namun semua itu dinafikan sendiri Emma Maembong kepada pihak media sebaik sahaja ditemui selepas majlis pelancaran sempena perlantikannya sebagai duta terbaru produk makanan tambahan dan kecantikan Miaxara di Menaka Kuala Lumpur petang semalam.

Katanya, semua perkhabaran itu adalah khabar angina semata-mata, malah dia dan Zizan tidak pernah bercakap soal untuk berkahwin, apatah lagi menetap tarikh hari bersejarah berkenaan.

“Memamg saya akui, ramai yang bercakap bahawa saya dan Zizan akan bverkahwin dalam tahun ini atau tahun depan. Semua itu tak betul.

“Memang benar kami rapat dan memang benar kami bercinta, tapi setakat ini dia (Zizan) tidak pernah mengajak saya berbincang ke arah itu dan jauh sekali untuk membuat baju atau menetapkan tarikh perkahwinan kami. Tiada langsung.

“Tidak  ada sebarang kenyataan yang mengatakan kami akan berkahwin tetapi apa yang pasti kami memamg rapat ketika ini,” katanya yang telah menerima hadiah patung Barbie ikan duyung daripada Zizan razak sebagai pemberian hari jadinya yang ke 22 tahun.

Jelas Emma Maembong, keputusannya untuk bercuti seketika daripada berlakon adalah kerana dia mahu berehat untuk sementara waktu memandangkan jadual hariannya sebelum ini terlalu sibuk di set penggambaran.

Katanya, inilah masa terbaik untuk dia  berehat sepuas-puasnya, bagaimanapun masih mahu diisi dengan beberapa aktiviti seni seperti sesi fotografi mahupun temubual bersama pihak media seperti yang dihadirinya ketika ini.

Jelas gadis kelahiran Terengganu itu, dia sedar hubungannya dengan Zizan telah berada pada fasa yang berbeza dan dia langsung tidak mahu berselindung lagi dengan pihak umum tentang keakrabannya dengan pengacara Raja Lawak itu.

“Saya kena Zizan sejak sebelum saya menjadi artis lagi. Itupun kerana kami berjiran di kampung dan kemudian barulah kami mula rapat.

“Bukannya dulu saya mahu menyorokkan hubungan kami, tapi dalam setiap perhubungan perlulah diberikan masa untuk mengenal hati budi masing-masing.

“Saya tak mahu sekiranya kami terlalu terbuka di awal perhubungan, takut nanti kalau tak jadi, pastinya saya juga yang malu.

“Seperti  anda semua dapat lihat, barulah sekarang barulah kami bersikap terbuka, selepas kami mengenali hati budi masing-masing,” katanya.

Jelas Emma Maembong, masih terlalu awal untuk dia bercerita soal rumah tangga meskipun dia sedar bapanya langsung tidak kisah dengan siapa dia ingin berkawan atau mengakhiri zaman bujang.

Katanya, bapanya telahpun berpeluang berkenalan dengan Zizan Razak dan agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa jejaka kelakar itu merupakan seorang artis popular apabila dikejari beberapa orang jurukamera ketika sesi mengenali bapa pelakon cantik itu.

“Ayah saya memang taka da masalah kerana dia memang faham tentang hubungan kami. Dia tak kata yes atau no tentang hubungan kami. Asalkan semua ok dia ok saja,” katanya ringkas.

Awal Ashaari Terpilih Muncul Dalam Program Masakan Terbaru AFC


Awal Ashaari Terpilih Muncul Dalam Program Masakan Terbaru AFC

Awal Ashaari Terpilih Muncul Dalam Program Masakan Terbaru AFC



Awal Ashaari telah dipilih untuk menyahut cabaran ini dengan mempelajari dan memasak serta menyediakan pelbagai hidangan dalam program masakan terbaru terbitan Asian Food Channel (AFC) , ‘How To Make It: Culinary Dreams’.

Program masakan terbaru terbitan Asian Food Channel (AFC) , ‘How To Make It: Culinary Dreams’ ini akan ditayangkan secara eksklusif di Asian Food Channel (saluran 703) pada hari inibermula jam 9.00 malam.

Menurut Awal, sebelum ini dia pernah menerima beberapa tawaran untuk program masakan namun tidak menarik minatnya sehinggalah dia dihubungi oleh pihak AFC.

“Saya dihubungi oleh wakil AFC dan diberitahu mengenai sebuah program masakan dan menyatakan minat untuk ambil saya sertai mereka.

“Apa yang membuatkan saya berasa teruja untuk menerima tawaran tersebut adalah kerana program ini dikhususkan kepada selebriti yang ingin menjalankan perniagaan makanan.

“Kebetulan pula saya pada masa itu memang sedang merancang untuk membuka sebuah kafe, jadi saya rasa tak rugi jika saya terima tawaran itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program ‘How To Make It: Culinary Dreams’ bertempat di Kolej Universiti KDU, Petaling Jaya, tidak lama dulu.

Selain itu, pengacara dan pelakon ini juga memberitahu dia perlu menjalani kelas kulinari sepanjang enam minggu di Kolej Universiti KDU untuk program berkenaan.

“Untuk program ini saya kena hadir ke kelas sebagaimana pelajar-pelajar yang lain… Kelas pula dari pagi hingga malam tapi saya tak kisah kerana seronok.

“Walaupun kelas hanya enam minggu, namun banyak pengalaman dan ilmu yang saya dapat… Selain belajar mengenai masakan saya juga diajar tentang perkhidmatan dan pemasaran,”katanya kepada portal Murai.

‘How to Make It: Culinary Dreams’ yang diterbitkan oleh Scripps Networks Interactive dengan kerjasama Kolej Universiti KDU dan IMI University Centre. Jangan lupa saksikan secara eksklusif di Asian Food Channel (saluran 703) pada hari ini bermula jam 9.00 malam.

Majalah Digital Hiburan, Studio H Tampil Penuh Berprestij


Majalah Digital Hiburan, Studio H Tampil Penuh Berprestij


Majalah Digital Hiburan, Studio H Tampil Penuh Berprestij


Majalah digital hiburan pertama di Malaysia, Studio H, satu inisiatif terbaru Astro Digital Publications telah dilancarkan pada 1 April lalu.

Memetik kata Editor Studio H, Badrul Hashim dalam ruangan nota editor, beliau menulis "Membawa revolusi baru dalam berkongsi cerita industri hiburan tempatan, besar harapan agar Studio H akan memberi nafas segar bukan sahaja kepada peminat tetapi juga kepada pemain-pemain industri hiburan".

Keluaran sulung Studio H menampilkan penyanyi popular negara Anuar Zain sebagai penghias muka depan dan lebih menarik lagi pembaca boleh melihat wawancara 'hidup' menerusi video sisipan ringkas.

Dalam keluaran sulung itu juga anda boleh melihat Anuar Zain menjawab soalan yang diutarakan wartawan selain nyanyian istimewa dan ekslusif dari penyanyi hebat tersebut khas buat pembaca mereka.

Selain Anuar Zain, Studio H turut memuatkan perkembangan terkini mengenai pelakon Bront Palarae, chef selebriti Nik Michael, Hafiz Suip, AG Hot FM dan ramai lagi.

Buat masa ini, pengguna iPad boleh mendapatkan edisi pertama majalah digital Studio H dengan memuat turun aplikasi Studio H di Apple Store.

Untuk pengguna iPhone, Tablet, Smart Phone dan Android, nantikan kemunculan Studio H tidak lama lagi.

Ikuti Studio H di Twitter @studioh_MYdan instagram: StudioH_MY.

Jodoh 2 Platform Terbaik Hanis Zalikha Cari Bakal Suami?


Jodoh 2 Platform Terbaik Hanis Zalikha Cari Bakal Suami?

Jodoh 2 Platform Terbaik Hanis Zalikha Cari Bakal Suami?


Kepada mereka yang sudah menonton ‘Jodoh’ pada musim pertama kini drama bersiri ini kembali lagi dengan ‘Jodoh 2’ yang pastinya lebih menarik.

Mempertaruhkan pelakon dan pengacara Hanis Zalikha bergandingan bersama pelakon baru Fadlan Hazim sudah pasti memberikan kelainan berbanding musim pertama.

Jika sebelum ini drama bersiri ‘Jodoh’ menyaksikan seorang jejaka mencari wanita pilihan menerusi program realiti, namun lain pula jadinya untuk musim kedua apabila tiba giliran gadis pula untuk memilih calon suami menerusi cara yang sama.

Drama bersiri sebanyak 13 episod ini dibintangi oleh Hanis Zalikha, Fadlan Hazim, Aliff Aziz, Redha Fear Factor dan ramai lagi.

Jadi siapa agaknya 10 orang jejaka yang bakal dijodohkan dengan gadia jelita itu?

Nantikan ‘Jodoh 2’ yang akan bersiaran jam 10.00 malam ini di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Drama bersiri ini juga turut disiarkan secara serentak di portal Astro Gempak.

Untuk menonton sila layari http://www.astrogempak.com.my/jodohmusim2

Sinopsis :

Pencari jodohnya adalah seorang gadis yang di pikat oleh 10 orang peserta lelaki. Lebih menarik, hadiah wang sebanyak Rm1 juta ditawarkan!

Bagaimanapun, dalam musim Jodoh kali ini, peserta lelaki yang akhirnya dipilih oleh gadis Jodoh, akan diberikan pilihan samada ingin mengahwini Gadis Jodoh dan berkongsi Rm500,000 atau memilih untuk mengambil RM1 satu Juta dan tidak berjumpa dengan gadis tersebut selama-lamanya.

Apabila pengumuman untuk rancangan Jodoh dibuat, Nik Fahmi, seorang pengusaha muda yang terdesak untuk menambah duit modal untuk untuk menaikkan peniagaannya, mengambil keputusan untuk menyertai rancangan tersebut.

Akan tetapi, segalanya menjadi rumit apabila Nik jatuh hati dengan Zara yang merupakan gadis Jodoh.

Anjur Tayangan Perdana Sendiri, Produksi Apokalips X Sahkan Tiada Krisis


Anjur Tayangan Perdana Sendiri, Produksi Apokalips X Sahkan Tiada Krisis

Anjur Tayangan Perdana Sendiri, Produksi Apokalips X Sahkan Tiada Krisis


Walaupun terpaksa menanti hampir empat tahun bagi membolehkan filem Apokalips X ditayangkan di pawagam, namun apabila tiba masa dan ketika yang dinantikan itu pula, negara kita telah ditimpa pelbagai musibah antaranya kes kehilangan MH370.

Wakil Murai pada minggu lalu telah mengikuti tayangan filem Apokalips X bersama beberapa orang pelakon serta orang dibelakang tabir filem tersebut. Mereka ini mengambil inisiatif sendiri menganjurkan tayangan perdana secara sendiri tanpa dihadiri oleh pengarah Mamat Khalid dan wakil produser Tayangan Unggul/Astro Shaw Sdn Bhd.

Wujud persoalan adakah kelewatan dan hal yang berlaku kepada filem Apokalips X yang beberapa kali menunda tarikh tayangan perdana kerana terdapat krisis dalaman? Malah ia dianjurkan secara tidak rasmi dan tidak dihadiri oleh orang penting seperti pengarah dan produser. Tampil menjelaskan hal ini Raja Mukhriz, pengarah fotografi dan Noozwan Wahab pengurus produksi mewakili kru produksi lain untuk filem ini.

“Sebenarnya tiada sebarang masalah yang timbul tentang filem ini. Sebenarnya kita memang patut adakan tayangan perdana untuk filem ini dan semua pun telah dibincangkan dengan semua pihak yang terlibat.

“Tetapi disebabkan kes MH 370, Astro Shaw/Tayangan Unggul tiba-tiba terpaksa menarik balik penganjuran tayangan perdana itu sebagai menghormati kes yang besar melanda negara.

“Nak dijadikan cerita pula, produser kami Gayatri Su-Lin Pillai telah kehilangan ayahnya semalam dan sekaligus tidak dapat hadir walaupun untuk majlis tidak rasmi pada malam ini,” ujar Raja Mukhriz yang merupakan pengarah fotografi dan juga suami kepada Sharifah Shahora ini.

Masa empat tahun yang diambil oleh filem ini turut menjadi pertikaian namun begitu ia disifatkan berbaloi oleh Noozwan Wahab selaku pengurus produksi kerana hasil yang mereka tonton di layar perak memuaskan hati mereka.

“Sebab mengapa Apokalips X lambat ditayangkan adalah pertamanya disebabkan penghasilan CGI tersebut mengambil masa yang lama. Produksi ini menggunakan khidmat anak tempatan untuk mendapatkan seperti mana yang dimahukan iaitu dalam bentuk komik Jepun atau manga.

“Selama 30 hari masa yang diambil ketika penggambaran filem ini, kami menjadi satu keluarga besar dan disebabkan itu kami mahu juga buat acara malam ini untuk mengimbau semula kenangan empat tahun lalu.

“Idea acara mala mini ini memang datang daripada kru dan juga pelakon yang mahu bersama-sama menonton di layar perak. Jadi kami memilih tayangan pertama di WangsaWalk Mall ini untuk menjadi antara yang terawal menonton Apokalips,”ucap Noozwan yang mewakili Naga VXS yang turut terlibat menerbitkan filem ini.

Antara lain Raja Mukhriz turut mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk pergi menonton serta memberi peluang kepada filem tempatan. Apokalips X merupakan sebuah kisah fantasi Mamat Khalid tentang perpaduan dan Malaysia dan penuh mesej yang ingin disampaikan.

“Pada saya Mamat Khalid memang seorang pengarah yang mempunyai karisma tersendiri. Daripada idea jalan cerita yang segar dia garapkan dengan kemas dalam bajet cuma kurang daripada RM1.5 juta, saya memang  mengagumi hasil filem aksi pertama Mamat Khalid,”tambah Raja Mukhriz yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Tujuh.

Apokalips X yang ditayangkan sejak 3 April lalu di semua pawagam seluruh negara menampilkan barisan pelakon seperti Farid Kamil, Peter Davis, Dayana Roza, Miera Liyana,, Iqram Dinzly, Pekin Ibrahim, Adam (AF2), Dazrin Kamaruddin dan Jehan Miskin.

Alunan Muzik Romantis Hidupkan Stanza Cinta


Alunan Muzik Romantis Hidupkan Stanza Cinta

Alunan Muzik Romantis Hidupkan Stanza Cinta


Konsert Stanza Cinta berjaya menghiburkan penonton dengan alunan lagu-lagu romantis dendangan beberapa artis popular seperti Amy (Search), Adira, Jaclyn Victor, Noh Salleh dan Haziq yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada malam Khamis.

Konsert yang berdurasi hampir dua jam ini dibuka dengan segmen pembukaan apabila setiap orang penyanyi mendendangkan sebuah lagu dimulakan dengan Ombak Rindu daripada Adira, Seraut Wajah (Haziq), In Love With You (Noh Salleh) dan Cinta Tiada Akhirnya (Jaclyn Victor).

Kemudian diikuti dengan segmen lagu popular yang oleh setiap penyanyi dan penyanyi pertama adalah Adira dengan lagu Dewi Cinta, Lara Lagi dan Aku Ada Kamu. Adira yang tampil berbaju putih diiringi Koir Nada Utama.

Nyanyian diteruskan dengan persembahan yang agak berbeza daripada Haziq bersama nyanyian lagu irama Melayu berjudul Juwita Ku Sayang.

Konsert kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) itu diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer.

Ia diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-30 universiti tersebut dan berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu 4 dan 5 April ini.

Bagi segmen kedua pula, vokalis Noh tampil dengan menyanyikan lagu-lagu popular daripada kumpulan Hujan iaitu Kotak Hati, Bila Aku Sudah Tiada dan Angin Kencang.

Sementara Jaclyn Victor menyampaikan lag- lagu melankolik dan romantic seperti Bersama Kamu, I Will Always Love You dan Jagalah Diri.

Kemuncak bagi konsert yang bertemakan cinta ini menampilkan penyanyi rock popular, Amy Search dengan tiga buah lagu popularnya iaitu Isabella, Gadis Ku dan Tiada Lagi.

Persembahan ditutup dengan gabungan lagu medley Cinta Di Akhir Garisan dan Raikan Cinta daripada semua artis terrlibat.

Pihak Istana Budaya Ada Sebab Tolak Penarikan Diri Hanez Suraya


Pihak Istana Budaya Ada Sebab Tolak Penarikan Diri Hanez Suraya

Pihak Istana Budaya Ada Sebab Tolak Penarikan Diri Hanez Suraya


Hanez Suraya untuk menjayakan teater Projek Kahwin telah membuatkan pihak Istana Budaya menolak keputusannya untuk menarik diri.

Malah, Ketua Pengarah Istana Budaya, Dato' Mohamed Juhari Shaarani berkata Hanez Suraya telah menunjukan kesungguhan dan komitmen yang bagus sejak mula lagi.

"Memang pada awalnya Hanez mahu menarik diri. Tetapi keputusan pihak produksi untuk mengekalkan Hanez juga mendapat campur tangan daripada pihak Istana Budaya.

"Kami tidak membenarkan Hanez tarik diri kerana percaya yang dia mempunyai potensi besar untuk menjayakan teater Projek Kahwin.

"Malah dari tahun lepas lagi saya sudah nampak kesungguhan Hanez mempromosikan teater ini dalam mana-mana sesi temubualnya bersama media. Jadi adalah tidak adil jika Hanez menarik diri begitu saja," katanya.

Lantaran itu Hanez dikekalkan sebagai teraju utama teater terbitan Mask Team Productions itu untuk tiga hari pementasan iaitu pada 12 Jun hingga 14 Jun 2014. Sementara Kyalfairy pula akan menggalas tanggungjawab watak utama pada 6 Jun hingga 11 Jun 2014.

Dalam pada itu, Johari memberitahu dia menjamin tidak akan ada insiden kekecohan yang boleh berlaku sewaktu pementasan teater tersebut.

Tegas beliau lagi, jika ada mana-mana pihak yang cuba membuat kacau pada hari pementasan itu, mereka boleh didakwa dan dikenakan tindakan tegas.

"Tentang soal ada pihak yang nak baling telur busuk dan sebagainya, perkara itu tak mungkin mereka dapat dilakukan. Bukan semudah yang mereka fikirkan.

"Bagi memastikan semua berjalan lancar, jika perlu pihak IB akan menggunakan khidmat pasukan polis yang akan berpakaian seperti biasa (preman) dan mengawal sepanjang pementasan itu nanti," tegasnya.

Johari diminta mengulas selepas Hanez ada menerima ugutan dari sesetengah pihak yang mahu menconteng poster dan mahu melemparkan telur busuk ke arahnya sewaktu pementasan teater itu nanti.

Aktres berkenaan menerima ugutan tersebut berikutan kontroversi yang melanda dirinya atas dakwaan merampas suami orang.

Sementara itu, penerbit teater tersebut, Mohd Amir Shafiq Khalip atau Shawn Amir menganggap kontroversi yang melanda ini sebagai satu cabaran buat sebuah produksi yang baru dan kurang berpengalaman seperti mereka.

"Kami adalah sebuah produksi yang baru dan kecil. Tapi kami anggap ini semua sebagai satu cabaran buat produksi yang kurang berpengalaman seperti kami.

"Tapi dengan bantuan pihak Istana Budaya serta tunjuk ajar dari beberapa orang penerbit teater berpengalaman, sikit sebanyak memberi semangat kepada kami untuk meneruskan projek ini walaupun timbul beberapa isu panas dalam beberapa hari ini,"katanya.

Selain Hanez,Projek Kahwin yang diarahkan oleh Muhammad Azri Ali itu turut di bintangi oleh Kylafairy, teater ini turut diterajui oleh Izzue Islam serta dibarisi pelakon seperti Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad, Zulin Aziz, Fazleena Hishamuddin dan Kaka Azraff.

Bakal Lahirkan Puteri Sulung, Liyana Jasmay Gementar Lepas Tonton Youtube


Bakal Lahirkan Puteri Sulung, Liyana Jasmay Gementar Lepas Tonton Youtube

Bakal Lahirkan Puteri Sulung, Liyana Jasmay Gementar Lepas Tonton Youtube


Liyana Jasmay yang kini menghitung hari menantikan kelahiran cahayamata pertamanya telah mengadakan sebuah majlis kesyukuran doa selamat pada hari Sabtu, hujung minggu lalu di kediaman keluarganya.

Isteri kepada Fathuddin Mazlan ini tetap ceria walaupun kandungannya itu semakin membesar dan difahamkan sudah pun berusia hampir lapan bulan. Pelakon ini telah berkongsi dengan tetamu yang datang mengenai jantina kandungannya tersebut melalui dekorasi yang dipilih untuk majlis tersebut.

“Tengoklah dekorasi yang saya pilih malam ini, sah-sah warna pink. Kalau pink itu sudah semestinya saya menantikan kelahiran puteri sulung saya. Kalau lelaki takkan saya pilih warna ini,” ujarnya sambil berseloroh.

Ditanyakan mengenai persedian mental dan fizikal, aktres popular ini akui menyesal kerana menonton video kelahiran di Youtube. Akibatnya kini dia mengakui bahawa dia agak gementar untuk melahirkan namun yakin keterujaan suami dapat memberikan dia semangat untuk melakukan dengan tenang.

“Disebabkan ingin tahu saya pergi menonton video di Youtube dan kini saya sedikit rasa takut untuk melalui detik melahirkan tersebut. Maklumlah, kita tak tahu apa yang akan berlaku apabila berada di dalam situasi tersebut.

“Tetapi mujurlah saya mendapat khidmat doktor berpengalaman iaitu Doktor Seri dari Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) yang prihatin dengan apa yang saya rasakan. Dia berpesan supaya saya menyuruh ibu menyediakan kurma dan air zam-zam apabila hampir tiba hari dijangka melahirkan.

“Selain daripada itu saya disarankan untuk mengamalkan senaman yoga agar memberikan saya lebih kesenangan apa berada di dalam ruang melahirkan kelak. Kalau boleh saya memang nak melahirkan secara normal kerana lebih cepat untuk kembali sihat seperti sediakala,”cerita Liyana panjang lebar mengenai persediaan terakhirnya sebelum menjelang minggu pertama bulan Mei, waktu dia dijangkakan bakal melahirkan.

Mengenakan busana ala jubah moden rona lavender dan putih, Liyana tampil berseri bersama seorang lagi kakaknya, Adriana Jasmay yang dijangkakan bakal melahirkan kandungannya sebulan selepas Liyana. Dalam pada itu dia juga sempat bergurau mengenai jantina bayi yang dikandungkannya itu.

“Apa-apa pun, saya akan menjaga dia seperti seorang puteri. Sama macam ibu saya menjaga saya ketika kecil,"ucap Liyana sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga kepada ibunya yang sentiasa menjaga pelakon ini kemana sahaja dia pergi.

Liyana ditemui pada majlis doa selamat sempena  kelahiran anak sulungnya dan yang ketiga buat kakaknya di kediaman keluarga mereka di Kemensah Height.

Pada majlis doa selamat dan kesyukuran itu, kira-kira 200 tetamu telah hadir termasuklah rakan artis iaitu teman baik Liyana, pasangan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari, aktres Datin Ummi Aida dan adik Mya Sara.

‘I Am A Singer ’, Shila Amzah Rangkul Tempat Ketiga


‘I Am A Singer ’, Shila Amzah Rangkul Tempat Ketiga

‘I Am A Singer ’, Shila Amzah Rangkul Tempat Ketiga


Shila Amzah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam pertandingan ‘I Am A Singer 2014’ yang berlangsung di Changsa, China, pada malam Jumaat.

Pada pusingan pertama, Shila telah menyampaikan lagu duet bersama penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu berjudul ‘When You Believe’ nyanyian asal oleh Whitney Houston dan Mariah Carey.

Manakala untuk pusingan kedua, penyanyi muda ini juga telah menunjukkan bakat tarian dengan beraksi secara solo menerusi lagu K-Pop popular berjudul ‘MAMA’ nyanyian Exo-M.

Ketika beraksi di pentas, Shila telah mendapat tepukan gemuruh dan penonton nyata terpesona dengan persembahannya.

Juara program ‘I Am A Singer 2014’ dimenangi oleh Han Lei dari China manakala naib juara jatuh kepada penyanyi dari Hong Kong iaitu G.E.M.

Sebelum ini, Shila pernah menjuarai pertandingan ‘Asian Wave 2012’ yang berlangsung di Shanghai, China.

Warga Murai ingin mengucapkan tahniah kepada Shila Amzah.

Misha Omar & Firos Sah Akan Bernikah 2 Mei Ini


Misha Omar & Firos Sah Akan Bernikah 2 Mei Ini

Misha Omar & Firos Sah Akan Bernikah 2 Mei Ini6


Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, menjadi sasaran semua pihak yang ingin tahu status dirinya itu, akhirnya dia telah pun secara rasminya mengumumkan bahawa bakal melangsungkan pernikahan pada 2 Mei depan.

Memilih seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, perkahwinan pasangan ini akan dilangsungkan di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan di mana dua majlis akan diadakan pada tarikh yang sama.

" Majlis pernikahan akan berlangsung di sebelah pagi manakala acara resepsi pula diadakan pada sebelah malam.

“Kedua-dua majlis nikah dan resepsi akan berlangsung di Hotel Renaissanse Kota Bharu, Kelantan," jelas penyanyi lagu Bunga-BUnga Cinta ini.

Pasangan ini dengan rasminya membuat pengumuman mengenai tarikh perkahwinan mereka yang sebelum ini digembar-gemburkan itu di Holy Smoke cafe di sini pada petang Sabtu. Turut hadir, tunangnya, Firos bersama pengurus yang juga merupakan kakak Misha, Mimie Omar.

Misha dan Firos masing-masing sudah mula mengedarkan kad jemputan kahwin dan majlis dijangkakan akan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu.

Bagi pihak lelaki, majlis resepsi akan berlangsung pada 12 Mei ini di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Dalam pada masa yang sama, Misha menjelaskan mengenai kenapa tarikh yang sebelum itu telah diubah iaitu pada 21 Februari lalu. Ini ekoran pemergian bapa Misha Omar iaitu Omar Ismail ke rahmatullah pada 30 November lalu dan sebagai menghormati keluarga, Misha telah menunda ke tarikh 2 Mei ini.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak juga bersetuju menyerahkan hantaran lima dulang berbalas lima tanpa barangan berjenama dan wang tunai.

Wan Sakinah Isteri Kedua Ashraf Muslim Selamat Lahirkan Bayi Perempuan


Wan Sakinah Isteri Kedua Ashraf Muslim Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Wan Sakinah Isteri Kedua Ashraf Muslim Selamat Lahirkan Bayi Perempuan


Isteri kedua Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 11.50 malam semalam di hospital Tropicana Medical Centre.

Wan Sakinah menerusi laman Instagram memberitahu anak sulungnya lahir dengan selamat dan sihat seberat 2.51 kilogram secara normal.

Wan Sakinah turut melahirkan rasa gembira dan syukur apabila anaknya itu selamat lahir kedunia dan dalam akaun Instagram miliknya seolah-olah memberitahu anaknya itu bukan sahaja ada seorang ibu tetapi dua iaitu dia dan Dayana yang merupakan isteri pertama Ashraf.

Bayi tersebut merupakan zuriat pertama pelakon Ashraf Muslim selepas berkahwin dengan 2 wanita.

Tahniah dari kami warga Murai dan Astro Gempak buat Ashraf dan keluarga.

Che Ta Bagi Tempoh 14 Hari Kepada Pihak Yang Mempergunakannya


Che Ta Bagi Tempoh 14 Hari Kepada Pihak Yang Mempergunakannya

Che Ta Bagi Tempoh 14 Hari Kepada Pihak Yang Mempergunakannya


Che Ta atau Nama sebenarnya Rozita Che Wan akan mengeluarkan notis kepada pihak yang telah mengekaploitasi gambar dan namanya untuk mempromosi produk jualan mereka.

Notis itu akan dikeluarkan berikutan tiada tindakan yang dibuat oleh pihak berkenaan selepas dihubungi pihak pengurusan Che Ta iaitu Laugh Out Loud Entertaiment beberapa bulan lalu berhubung kes itu.

Ditemui ketika sidang media bagi mengeluarkan notis tuntutan berhubung perkara itu di sini sebentar tadi, Che Ta melahirkan rasa kesal dan sedih atas tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit sehingga sanggup menggunakan nama serta gambarnya tanpa sebarang keizinan.

"Ini bukanlah kali pertama gambar dan nama saya digunakan oleh pihak tidak bertanggung jawab untuk mempromosikan produk mereka dan kali ini saya tidak boleh duduk diam lagi.

"Saya memberikan tempoh 14 hari selepas notis ini dikeluarkan supaya pihak berkenaan menurunkan dan membuang gambar serta nama saya dalam produk promosi mereka,"katanya kesal.

Gambar dan nama Rozita Che Wan telah digunakan tanpa izin atau tidak sah bagi produk kehamilan dan kecantikan yang dipromosikan menerusi saluran beberapa laman sosial.

Menurut Che Ta, dia tidak mahu namanya dikaitkan sama sekali dengan produk-produk berkenaan supaya pengguna tidak diperdaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kerana kejadian itu juga, tawarannya untuk menjadi duta sebuah produk kecantikan lain telah ditolak dan oleh kerana itu cukup penting untuknya membersihkan namanya terlebih dahulu.

Sementara itu peguam Che Ta iaitu Ahmad Fuad Hasim dari Fuad Hasim & Co berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis berkenaan dalam masa terdekat termasuk beberapa tuntutan lain kepada pihak-pihak berkenaan.

"Kami akan mengeluarkan notis terlebih dahulu supaya pihak terbabit membuat tindakan serta merta seperti yang diminta dan dalam tempoh 14 hari itu juga kami mahu mereka menyelesaikan tuntutan yang diminta.

"Tapi sekiranya selepas 14 hari tiada sebarang perubahan dibuat, maka pihak kami akan meneruskan dengan tindakan undang-undang,"katanya.

Tahniah Julfekar Selamat Nikahi Penyanyi Baru Min Yasmin


Tahniah Julfekar Selamat Nikahi Penyanyi Baru Min Yasmin

Tahniah Julfekar Selamat Nikahi Penyanyi Baru Min Yasmin


Hanya dengan sekali lafaz, komposer Julfekar Ahmad Shah, 49, telah selamat menamatkan zaman dudanya dengan penyanyi, Min Yasmin, 25, di Masjid Kota Damansara kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Kota Damansara, Mohd Aeip Johdi yang diwakil walikan oleh bapa perempuan Abdul Aziz.

Min menerima mas kahwin sebanyak RM1000 serta menerima sebentuk cincin.

Selain itu pihak perempuan juga turut menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas pihak Julfekar dengan sembilan dulang hantaran.

Majlis nikah yang diadakan dalam serba sederhana itu turut dihadiri oleh 200 tetamu termasuk anak-anak dan menantu Julfekar serta keluarga daripada pihak perempuan.

Mempelai bakal diraikan dalam majlis resepsi akan berlangsung pada 13 April ini di Restoran N'Dah Mahligai, Shah Alam.

Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Zaini Mohd Zain, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan yang berumur antara 23 tahun hingga 30 tahun. Tiga daripada anak Julfekar telah berumah tangga dan dia juga mempunyai dua orang cucu berusia setahun dan dua tahun.

Tahniah Radhi OAG Tamatkan Status Duda Dengan Gadis 20 Tahun


Tahniah Radhi OAG Tamatkan Status Duda Dengan Gadis 20 Tahun

Tahniah Radhi OAG Tamatkan Status Duda Dengan Gadis 20 Tahun


Setelah beberapa tahun hidup menduda, vokalis kumpulan indie OAG, Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 37, sah bergelar suami kepada model sambilan Nur Shahira Ayu Zahiri, 20, dengan sekali lafaz dalam satu majlis serba ringkas yang di adakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Jumaat menurut laporan portal mStar Online.

Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 10.30 pagi disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Negeri,  Ustaz Mohd Firdaus Subhi. Pada majlis itu Radhi menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 beserta wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada pengantin perempuan.

Bagi melengkapkan upacara akad nikah dengan adat Melayu,  majlis merisik dan bertunang telah berlangsung terlebih dahulu. Pasangan ini terlihat segak dan sopan dalam padanan busana sedondon berona putih .

Sebaik selesai kedua mereka diijabqabulkan dengan disaksikan jua anak Radhi hasil daripada perkahwinan yang terdahulu, Muhammad Rifdhi Muslim. Pihaknya telah menyerahkan 12 dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, produk kesihatan, sirih junjung, kek dan cincin.

Sebanyak  14 buah dulang hantaran dibalas oleh pengantin perempuan mengandungi antaranya sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, dompet dan tali pinggang, sejadah dan cincin.

Radhi yang ditemui selepas majlis akad nikah melahirkan rasa syukur dengan pernikahan itu dan berharap rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

"Alhamdulillah, akhirnya kami disatukan. Saya harap dapat membimbing isteri ke arah kebaikan bersama.

Awat Pulak Que Haidar Mai Berlakon Balik Pasai Ogy?


Awat Pulak Que Haidar Mai Berlakon Balik Pasai Ogy?

Awat Pulak Que Haidar Mai Berlakon Balik Pasai Ogy?


Beberapa tahun lalu, pelakon berbakat besar, Que Haidar pernah memberi tahu pihak media tentang hasratnya untuk berhenti atau bersara dalam bidang lakonan dan sejak itu kelibatnya di kaca TV atau di layar Perak sudah tiada.

Namun baru-baru ini, portal murai.com.my telah dimaklumkan bahawa Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar telah menerima tawaran sebuah produksi untuk berlakon dalam sebuah telemovie tempatan.

Telemovie  di bawah arahan Raja Mukhriz yang bertajuk Malaikat Yang Tersembunyi itu telah menjalani penggambaran selama lapan hari di sekitar ibu negara dan Tanjung Karang, Selangor.

Suami kepada guru tari profesional, Linda Jasmine itu khabarnya telah bersetuju untuk memegang watak penting bersama-sama pelakon berkarektor, Fauziah Dato’ Ahmad Daud atau Ogy dan beberapa pelakon hebat lain.

Sumber memberi tahu, penggambaran untuk telemovie berkenaan sudahpun selesai dan Que Haidar telah memegang watak sebagai anak kepada Ogy dan dalam masa yang sama suami kepada pelakon cantik Sherry Merlis.

“Que memegang watak penting iaitu Zhariff iaitu anak kepada Mak Timah lakonan Ogy, di mana Zhariff mempunyai masalah mental sejak dia dilahirkan lagi,” kata sumber berkenaan.

Masih belum pasti bilakah Malaikat Yang Tersembunyi akan ditayangkan di kaca TV, sumber itu juga bagaimanapun melihat gabungan pelakon-pelakon hebat berkenaan akan memberi impak tersendiri apabila ianya ditayangkan kelak.

Nampaknya kata-kata Que Haidar sebelum ini bahawa dia bersara daripada berlakon, tidak kekal lama kerana anak seni itu nampaknya amat merindukan dunia lakonan yang sudah menjadi darah-dagingnya selama ini.

Apapun portal murai.com.my mendoakan yang terbaik untuk Que Haidar kerana sesungguhnya industri sangat memerlukan pelakon berbakat besar sepertinya.

Gambar Separuh Bogel Tersebar, Adi Putra Wat Donno Jerk


Gambar Separuh Bogel Tersebar, Adi Putra Wat Donno Jerk

Gambar Separuh Bogel Tersebar, Adi Putra Wat Donno Jerk


Baru-baru ini, peminat dunia hiburan tanah air sekali lagi heboh apabila sekeping foto yang didakwa Adi Putra dalam keadaan separuh bogel dengan hanya bertuala tanpa baju tersebar di internet.

Foto itu didakwa telah dimuat naik ke laman Instagram oleh bekas suami kepada wanita yang didakwa mempunyai skandal dengan Adi Putra sebelum ini.

Adi Putra yang ditemui ketika sidang media Teater Di Bawah Lindungan Kaabah semalam berkata kali ini dia hanya akan berdiam diri dan hanya mampu bersabar selagi dakwaan tersebut tidak ditujukan kepada isteri dan keluarganya.

"Saya tak tahu dan tak ambil tahu apa yang berlaku. Malah saya tidak akan mengambil tindakan apa-apa selagi ianya tidak melampaui batas.

"Saya sekarang belajar untuk bersabar sahaja dan tidak mampu untuk memarahi mereka. Sedangkan Rasul pun pernah diduga dengan peabagai musibah sehingga dibaling tahi ke mukanya tapi dia masih bersabar.

"Biarlah orang nak kata cara saya membiarkan pihak sana membuat suka hati ni nampak seperti saya yang bersalah kerana ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada saya selain Allah sendiri meletakan salah itu kepada saya," katanya kepada murai.com.my ketika ditemui.

Adi yang kini terikat dengan teater yang diadaptasi dari novel ulama terkenal Indonesia, Allahyarham Prof. Hamka itu memberitahu dia tidak takut jika gambar tersebut memberi kesan kepada pementasan teaternya yang akan berlangsung pada Mei ini.

"Isu itu tidak menghalang saya untuk terus memberi impak dalam teater ini.

"Insya Allah di saya akan meminta dan berdoa kepada Allah agar ianya berjalan lancar dan ramai yang akan datang menonton," luahnya lagi.

Teater Dibawah Lindungan Kaabah diarahkan oleh Rosminah Mohd Tahir bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 9 hingga18 Mei depan.

Selain Adi, aktres dan super Nasha Aziz juga turut membintangi teater tesebut dan turut dijayakan oleh barisan pelakon Elfira Loy, Fizo Omar, Dafi Ismail, Liza Abdullah, Zahid AF, Yasmin Hani dan ramai lagi.

Adira Masih Bersama Shahrul, Ada Sebab Padam Gambar Kekasih


Adira Masih Bersama Shahrul, Ada Sebab Padam Gambar Kekasih

Adira Masih Bersama Shahrul, Ada Sebab Padam Gambar Kekasih


Adira mengesahkan dia dan kekasihnya, Shahrul Nasrun Kamarudin masih bersama dan menjalinkan hubungan cinta.

Adira yang menolak dakwaan putus cinta itu menjelaskan tindakannya sebelum ini memadam gambar-gambar bersama kekasihNYA di laman sosial Instagram adalah bagi mengelak daripada segelintir peminat yang terus-terusan memberi reaksi kurang senang dan komen-komen negatif terhadap kemesraan mereka.

"Hubungan kami masih seperti dahulu.Baik sahaja. Tiada masalah.

"Mengenai gambar di dalam Instagram saya hanya padam gambar kami berdua sahaja, jika kami sudah putus masakan gambar dia seorang masih ada.

"Saya padamkannya selepas timbul banyak komen-komen peminat yang kurang senang dengan gambar kami bersama dan membuatkan saya tak selesa apabila gambar saya jadi medan untuk peminat dan pengikut lain bergaduh.

"Jadi untuk tidak mahu ianya menjadi lebih berpanjangan saya padamkan terus," katanya kepada murai.com.my

Adira ditemui selepas pementasan prebiu Konsert Stanza Cinta anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya semalam.

Pada malam itu, kekasihnya yang juga Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia itu turut hadir menyaksikan persembahan pelatun lagu Ku Ada Kamu berkenaan.

Bagaimana pun, Adira memberitahu dia sendiri terkejut dengan kehadiran kekasihnya dan akui gembira dengan kedatangan Shahrul.

"Saya tak tahu pun yang dia akan datang malam ini. Tetapi tadi selepas menyanyikan tiga lagu, pengurus pentas memberitahu saya ada seorang lelaki mencari saya.

"Daripada gambaran yang diberikan oleh pengurus pentas itu, saya dapat mengagak yang individu itu adalah Shahrul.

"Bila tahu dia ada, saya lebih bersemangat untuk membuat persembahan. Malah dia sempat bertemu dengan saya di belakang pentas," beritahunya.

Pada konsert itu Adira mendedangkan lagu seperti, 'Dewi Cinta', 'Ku Ada Kamu' juga lagu 'Cinta', duet bersama Jac.

Konsert Stanza Cinta akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 4 dan 5 April 2014. Barisan artis popular lain yang turut menjayakan konsert ini seperti Noh Salleh, Amy Search dan Haziq.

Dalam perkembangan lain, Adira bakal membuat persembahan bersama bekas kekasihnya Hafiz, sempena Minggu Setiausaha yang akan diadakan di Dewan Matrade, Kuala Lumpur pada 22 April ini. Selain dia juga akan melancarkan album terbaru pada 29 Mei depan.

Shila Amzah dan Zhang Jie Bersaing Jumlah Undian Di Weibo


Shila Amzah dan Zhang Jie Bersaing Jumlah Undian Di Weibo

Shila Amzah dan Zhang Jie Bersaing Jumlah Undian Di Weibo


Shila Amzah bertanding di dalam final program realiti, I Am A Singer yang bakal berlangsung pada malam Jumaat ini

Walaupun dalam minggu ke-12 yang lalu, Shila Amzah hanya berjaya menduduki tempat ke-6 dalam pusingan semi final program realiti terbitan Hunan TV, China itu, namun anak kepada penyanyi ND Lala ini bernasib baik kerana bukan menjadi peserta paling terakhir yang disingkirkan di dalam program tersebut.

Apapun dalam pusingan final minggu ke-13 ini, Shila Amzah bakal beraksi dengan 2 lagu iaitu Halo daripada Beyonce serta Tibetan Plateau yang pernah dipopularkan penyanyi lagenda China bernama LI Na bersama 6 lagi peserta lain termasuk rakan senegara iaitu Gray Chaw.

Ramai yang memberikan tumpuan terhadap Shila apabila dia bercadang untuk membawakan kedua-dua lagu ini di dalam pusingan final. Lebih-lebih lagi Tibetan Plateau yang merupakan lagu folk tradisional Cina yang disifatkan mampu mencabar vokalnya kerana nada lagu tersebut mempunyai beberapa lapisan dan sangat tinggi.

Biarpun ramai yang menganggap bahawa kedua-dua lagu itu merupakan pilihan yang cukup baik buat Shila Amzah, namun ia bukanlah laluan yang selesa buat Shila Amzah untuk terus mara dalam pusingan Grand Final.

Malah, ramai yang berpendapat bahawa persaingan yang ditempuhi Shila di dalam pusingan final ini akan bertambah sengit menerusi kebangkitan peserta-peserta lain.

Malah, persaingan juga dapat dilihat menerusi undian di laman sosial Weibo. Petang tadi, Shila telah berjaya mendahuli peserta lain dari segi jumlah undian. Kini, kedudukan Shila telah disaingi oleh Zhang Jie, manakala G.E.M dan Zhou Bichang pula cukup agresif mengejar kedudukan Shila Amzah.

Betty Banafe Pernah Tertekan Waktu Jaga Anak


Betty Banafe Pernah Tertekan Waktu Jaga Anak

Betty Banafe Pernah Tertekan Waktu Jaga Anak


Bergelar ibu sejak empat bulan lalu telah mengajar pelakon dan penyanyi Betty Banafe atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe, 34, lebih memahami tanggungjawab dan pergorbanan seorang ibu.

Betty Banafe berkata, dia seronok dan teruja dengan kehadiran cahaya mata sulung, Julia Claire Dargus. Namun dia mengakui tugas sebagai ibu dan isteri bukan mudah.

Malah, Betty mendedahkan dia menangis bila agak tertekan memikirkan bagaimana hendak menjaga seorang bayi yang merupakan tugas yang begitu asing buat dirinya

"Alhamdulillah saya seronok jadi ibu dan isteri. Tapi saya akui memang bukan tugas yang mudah sebenarnya. Saya kagum dengan para ibu yang mempunyai anak ramai dan dalam masa sama mereka berkerjaya.

"Sejak empat bulan ini memang rutin harian saya banyak berubah. Kalau dulu bujang, senang. Hanya uruskan diri sendiri. Tapi sekarang ini keutamaan saya adalah keluarga dan anak.

Betty Banafe Pernah Tertekan Waktu Jaga Anak


"Pun begitu saya akui memang saya pada mulanya dia lahir ke dunia saya agak terkejut kerana walaupun smdalam usia sebegini patutnya saya sudah matang untuk menjaga bayi tapi sebenaenya tidak sebab saya sendiri tidak pernah menjaga anak kecil.

"Malah disebabkan agak stress pada mulanya memikirkan bagaimana saya hendak menjaganya saya kemudian telah mengalirkan air mata. Yelah ditambah pula saya seorang dan ketika itu pembantu rumah pula buat hal jadi semua saya belajar lakukan sendiri," katanya kepada murai.com.my

Ketiadaan pembantu rumah menyebabkan Betty terpaksa membawa Julia ke tempat bekerja iaitu setiap kali ke set mahupun ke lokasi penggambaran.

Betty Banafe Pernah Tertekan Waktu Jaga Anak


"Selepas lahirkan Julia, rezeki saya lebih banyak pada tawaran mengacara dan menyanyi. Sebenarnya sejak usia kandungan saya masuk tujuh bulan, saya ada mendapatkan pembantu rumah menerusi agen.

"Tetapi baru lebih kurang sebulan dia bekerja, tiba-tiba dia lari. Saya alami kerugian juga.

"Buat masa ni saya tidak mencari pembantu kerana walaupun saya beri komitmen pada kerja, tapi saya masih boleh uruskan anak dan keluarga.

"Setiap kali keluar bekerja, saya bawa sekali Julia ke set. Mujur pihak produksi memahami keadaan saya. Alhamdulillah Julia bayi yang baik dan tak banyak ragam, jadi tiada masalah besar untuk bawa dia sekali di lokasi. Kadang-kadang tu berjam-jam dia tunggu saya di set", katanya.

Dalam perkembangan lain, Betty akan menjalani penggambaran single keduanya berjudul Naluri, yang mana lagu tersebut telah pun menjadi lagu tema untuk telemovie berjudul Pelesit.

Selain tu dia kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor bagi menguruskan restorannya di sana.

Daphne Iking Tak Kisah Travel Budget Ke AS Dengan Suami


Daphne Iking Tak Kisah Travel Budget Ke AS Dengan Suami

Daphne Iking Tak Kisah Travel Budget Ke AS Dengan Suami


Siapa yang tidak kenal pengacara popular Daphne Iking. Tugasnya siang dan malam tidak henti-henti dengan bidang pengacaraan mahupun sebagai hos bagi sesebuah acara rasmi ataupun tidak.

Oleh kerana itu,  pasti ramai yang beranggapan pengacara dari stesen TV NTV7 itu langsung tidak mempunyai masalah untuk melancong dengan cara paling bergaya lagi mewah ke destinasi pilihan hatinya.

Namun sebaliknya, Daphne Iking yang dihubungi portal murai.com.my berkata dia tenyata memilih cara yang lebih menjimatkan dengan mencari tawaran harga paling berpatutan untuk menjelajah sekitar Amerika Syarikat (AS) bersama-sama suaminya, Joe ketika ini.

Daphne Iking Tak Kisah Travel Budget Ke AS Dengan Suami


Dia yang kini berada di bandaraya New York berkata, dia langsung tidak kisah untuk menaiki penerbangan kelas ekonomi asalkan mendapat tempat duduk yang selesa untuk mereka berdua.

“Saya selesa dengan peberbangan kelas ekonomi tetapi tak kesah bayar sedikit untuk mendapatkan tempat duduk yang memiliki ruang kaki yang luas. Jadi kami akan rasa selesa sepanjang penerbangan itu nanti.

Daphne Iking Tak Kisah Travel Budget Ke AS Dengan Suami


“Kami cuba menyimpan dan dari situ kami membuat tempahan lebih awal menerusi Expedia untuk mendapatkan tawaran terbaik untuk penerbangan dan kami memilih carian airbnb untuk mendapatkan tempat tinggal paling selesa tetapi berpatutan.

“Saya dan suami sering mencari sesuatu yang murah tetapi tempat tinggal yang bagus seperti dekat dengan subways dan pasaraya yang memudahkan saya mendapatkan makanan.

Daphne Iking Tak Kisah Travel Budget Ke AS Dengan Suami


“Lagipun pula kami akan sentiasa berada di luar dan tempat tinggal hanya diperlukan untuk mandi dan tidur saja,” kongsi Daphne Iking berkenaan cara dia dan suami apabila pergi melancong.

Kata Daphne Iking lagi, jika dirinya sangat bijak dalam merancang perjalanan, suaminya pula seorang individu yang pintar dalam soal membaca peta dan juga memandu, sekaligus menjadikan mereka pasangan paling serasi ketika melancong.

Daphne Iking Tak Kisah Travel Budget Ke AS Dengan Suami


Akan berada di AS sehingga 18 April ini, dia dan suami akan berada di New York sehingga 7 April ini untuk melihat beberapa tarikan utama di bandaraya Epal berkenaan termasuk menikmati pengalaman berjoging di hutan bandar terkenal di sana iaitu Central Park.

Dia juga tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan persembahan broadway, persembahan komedi dan jika berkesempatan ingin melihat program bual bicara The Letterman Show.

Daphne Iking Tak Kisah Travel Budget Ke AS Dengan Suami


Seterusnya, pasangan itu akan mengembara ke Philadelphia melalui Newark dan akan singgah ke Washington DC untuk melihat beberapa tarikan lain.

“Kami akan Nashville kerana secara peribadi saya memang sukakan muzik country dan gemarkan siri Nashville. Jadi saya sangat teruja untuk melawat Bluebird Café apabila di sana nanti.

Daphne Iking Tak Kisah Travel Budget Ke AS Dengan Suami


“Kami juga akan ke Graceland kerana sejak dari kecil saya telah jatuh cinta dengan Elvis Presley, jadi saya ingin melihat kediamannya di sana,” katanya.

Penjelajahan Daphne Iking bersama suami akan berterusan ke Niagara Falls dan mereka tidak mahu melepaskan peluang melawat komuniti masyarakat Amish apabila berada di sana nanti.

“Selepas insiden MH370, penjelajahan saya kali  ini membuatkan saya dan suami lebih sensitif dengan apa yang kami tinggalkan di Malaysia sekiranya apa yang akan berlaku terhadap kami berdua,” pesannya sebagai peringatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Kilafairy Tak Rasa Bersalah Dikatakan Caras Tempat Hanez


Kilafairy Tak Rasa Bersalah Dikatakan Caras Tempat Hanez

Kilafairy Tak Rasa Bersalah Dikatakan Caras Tempat Hanez


Kilafairy akui tidak timbul perasaan bersalah terhadap pelakon, Hanez Suraya kerana menerima tawaran untuk menggantikan watak utama Hanez dalam teater Projek Kahwin untuk enam pementasan terawal.

Kilafairy berkata, dia menerima tawaran untuk menggantikan tempat Hanez selepas diberitahu pelakon itu mahu menarik diri daripada pementasan yang akan berlangsung di Istana Budaya berkenaan.

“Saya bukan merampas atau caras tempat Hanez kerana saya dipilih untuk menggantikannya kerana dia sendiri mahu menarik diri dan bukan sebab dia dilucutkan. Ianya situasi berbeza.

“Malah, bagai bintang jatuh ke riba apabila saya ditawarkan untuk menjayakan pementasan sebesar ini. Saya boleh dikatakan ini rezeki saya paling besar dan serius tahun ini.

“Lagipun bukan senang pendatang baru seperti saya ini untuk berada di Istana Budaya. Oleh itu juga, saya tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju berlakon dalam teater ini,” katanya kepada murai.com.my

Kilafairy bakal tampil dengan watak Nisa dalam pementasan teater tersebut mulai 6 Jun hingga 11 Jun 2014. Sementara pelakon Hanez Suraya yang memengang watak yang sama akan beraksi dalam empat pementasan terakhir iaitu pada 12 hingga 14 Jun 2014.

Bukan mudah untuk menggalas watak utama dalam 6 pementasan itu, namun Kilafairy sanggup menyahut cabaran demi menegembangkan serta mengasah bakat yang dia ada.

"Perkara pertama ketika menerima tawaran ini ialah bersedia terima kritikan dan akan diperbandingkan dengan lakonan Hanez Suraya.

"Tetapi saya anggap ia sebagai cabaran, kalau tak bagus, saya akan cuba lagi dan perbetulkan kesilapan pada masa akan datang,” jelasnya.

Terdahulu, timbul desas-desus kononnya Hanez telah menarik diri daripada pementasan teater tersebut gara-gara kontroversi percintaannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami itu dikecam.

Projek Kahwin yang akan dipentaskan bermula 6 hingga 14 Jun depan di Panggung Sari, Istana Budaya turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan