Cari Artikel

Monday, April 7, 2014

David Correy Teruja Jadi Duta Lagu Tema Coca-cola


David Correy Teruja Jadi Duta Lagu Tema Coca-cola

David Correy Teruja Jadi Duta Lagu Tema Coca-cola


Finalis rancangan realiti X-Factor Amerika Syarikat, David Correy telah dipilih sebagai duta lagu tema Coca-Cola untuk kempen Piala Dunia 2014, The World Is Ours.

Menariknya lagu The World Is Ours itu akan dipersembahkan bersama tiga artis tempatan iaitu Ajai, pemenang anugerah Juara Lagu dan penyanyi popular; Soo Wincci, bekas Ratu Malaysia yang juga seorang penyanyi popular: dan pemuzik handal, Mista G.

The World is Ours mengunakan vokal pop Correy yang bertenaga dan bernada tinggi dengan adunan ritma samba, baile funk, hip-hop dan technobraga dalam suatu irama unik ala Brazil untuk hidangan peminat bola sepak serta pencinta muzik di seluruh dunia.

Teruja dengan pelantikannya sebagai duta lagu tema Coca-Cola, David Correy berkata, tawaran untuk bekerjasama dengan Coca-Cola adalah satu penghormatan yang luar biasa buat dirinya.

"Dalam hidup saya setakat ini, saya amat bersyukur kerana dapat mengecapi dua impian: dipertemukan dengan ibu kandung saya dan mendapat kontrak rakaman dengan Coca-Cola," ujar Correy.Mengikut David Correy, beliau amat terharu apabila mendengar lagu “The World Is Ours” buat kali pertamanya.

"Dua baris pertama liriknya - ‘Run like you’re born to fly, Live like you’ll never die’ – mentakrifkan prinsip saya dalam menghadapi sebarang cabaran yang bakal mendatang.

"Segala isi hati saya seolah-olah dilafazkan dalam lirik lagu ini dan saya percaya semua orang dapat merasai suka duka kehidupan yang pernah saya alami melalui lagu ini," katanya yang berusia 27 tahun.

David Correy juga berkata, dia dibesarkan untuk menerima kepelbagaian dalam hidup

"Oleh itu, saya amat teruja dengan lagu yang dapat memuaskan cita rasa semua budaya di dunia ini. Saya juga bersyukur kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan artis-artis lain untuk membawa mesej yang amat bermakna dalam lagu ini kepada para peminat kami," katanya lagi.

David Correy berasal daripada kawasan favelas di Brazil yang agak mundur. Nasibnya kian berubah cerah apabila dipilih sebagai finalis X-Factor.

Keistimewaan suara, kisah hidup dan sikap optimisnya telah memikat hati para juri dan penonton X-Factor di Amerika Syarikat pada tahun 2012.

Dalam satu episod rancangan uji bakat realiti itu, Correy pernah menyuarakan hasrat untuk dipertemukan dengan ibu kandungnya yang terpisah. Melalui bantuan daripada akhbar Brazil, akhirnya beliau dapat berjumpa dengannya.

Filem Zombi Kilang Biskut Berjaya Raih Kutipan RM1.1 Juta


Filem Zombi Kilang Biskut Berjaya Raih Kutipan RM1.1 Juta

Filem Zombi Kilang Biskut Berjaya Raih Kutipan RM1.1 Juta


Filem Melayu Zombi Kilang Biskut terbitan syarikat produksi Enjit Semut Sdn Bhd yang ditayangkan di 88 buah pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei telah berjaya meraih kutipan berjumlah RM1.1 juta.

Kutipan tersebut berjaya diperolehi selepas tujuh hari filem sekuel terbaru Zombi arahan Mamat Khalid itu ditayangkan di pawagam bermula 20 Mac lalu.

Mamat Khalid berkata, dia bersyukur kerana filem berunsurkan sosial kritik dan kemasyarakatan yang dihasilkannya itu telah mendapat tempat di hati peminat filem tempatan.

"Sememangnya untuk filem kali ini, memang abang tak buat promosi besar-besaran. Ini disebabkan situasi yang kita hadapi dengan kehilangan pesawat dan penumpang MH370.

"Langkah ini diambil kerana demi menghormati mereka yang terlibat di dalam tragedi kehilangan pesawat  milik MAS itu.

"Walaupun bagaimanapun Zombi Kilang Biskut tetap ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei bermula 20 Mac lalu kerana telah tarikh wajib tayang tersebut.

"Apapun, terima kasih kepada semua rakan media yang sentiasa memberi sokongan dan membantu menyebar luaskan informasi berkaitan filem Zombi Kilang Biskut kepada orang ramai," katanya kepada portal Murai.

Filem Zombi Kilang Biskut ini dibarisi pelakon Awie, Sofi Jikan, Ucop Wilcha, Dayana Roza serta Eina Azman. Ia mengisahkan Abang Din Mamu mengajak Usin untuk bekerja di kilang biskut. Usin bersetuju untuk bekerja di kilang biskut dan menjadi technician bersama-sama Wahab B.

Dari situ bermula pengkisahan zombie ini setelah Usin bertemu dengan Dr Sofi. Sofea juga bekerja di kilang tersebut dan merupakan bos kepada Abg Din Mamu.

Mereka semua selalu di gemparkan dengan ramai pekerja yang pengsan di kilang. Mereka berasa pelik. Usin juga berasa pelik dengan kejadian tersebut dan beliau pernah ternampak kelibat yang berupa zombi di Kilang tersebut.

Jikalau Kau Tahu Comeback Nita Hamzah Dalam Showbiz


Jikalau Kau Tahu Comeback Nita Hamzah Dalam Showbiz

Jikalau Kau Tahu Comeback Nita Hamzah Dalam Showbiz


Selepas lebih dua tahun memahirkan skil dalam aktiviti selam skuba di pulau Mabul dan Tioman sehingga memiliki lesen menyelam sebagai pembantu jurulatih menyelam, kini Naib Juara Malaysian Idol 2, Nita Hamzah sudah bertekad untuk membuat semula comeback dalam industri muzik tempatan.

"Untuk 2014 memang difokuskan kepada penghasilan single terbaru dan kini ia sudah memasuki proses akhir rakaman.Single yang berjudul Jikalau Kau Tahu itu telah dicipta oleh komposer Daly Filsuf.

"Saya kini bergerak secara sendiri namun dalam masa yang sama mencari syarikat rakaman yang mahu merealisasikan cita-cita saya untuk buat comeback.

"Terus-terang saya rasa berdebar-debar juga untuk buat semula come back. Tapi, saya rasa tahun ini saya memang sudah bersedia untuk melakukan secara all out.

"Saya juga tidak sabar-sabar nak perdengarkan single baru saya ini kepada peminat muzik tanah air. Lagipun ada yang bertanya bila saya nak menyanyi semula (sebagai penyanyi rakaman) dan muncul dengan lagu baru,” ucapnya yang pernah popular dengan lagu Berteman Sepi.

Mengulasn lanjut mengenai lagu Jikalau Kau Tahu, Nita Hamzah mengakui bahawa lagu itu memiliki melodi yang perlahan tetapi liriknya ditulis dengan baik.

"Saya tidak tahulah dengan orang lain. Tapi, saya memang amat mementingkan lirik dan saya akan menyanyikan sesebuah lagu itu jika liriknya bagus,"kata Nita lagi.

Dalam perkembangan lain, pemilik nama Norhanita Hamzah ini juga telah dipilih menjadi menjadi duta Save Our Rainforest Race 2014 bagi sebuah program amal sambil beriadah iaitu larian sejauh 10km di hutan simpan di Sungai Besi pada 29 Mac ini.

“Apabila pihak PEKA Malaysia memberitahu saya mengenai perkara ini saya terus bersetuju untuk turut serta dan gembira apabila mereka memilih saya bersama selebriti lain untuk menjadi duta bagi acara amal ini," kata Nita..

Deanna Yusoff Kini Jadi Usahawan Pelancongan 5 Bintang


Deanna Yusoff Kini Jadi Usahawan Pelancongan 5 Bintang

Deanna Yusoff Kini Jadi Usahawan Pelancongan 5 Bintang


Deanna Yusoff,47 kini sedang berjinak-jinak dalam perniagaan berasaskan pelancongan yang dapat memberi kepuasan  kepada individu yang gemar mengembara.

Ditemui selepas majlis pelancaran produk penjagaan rambut, Pureology di G-Tower di sini semalam, Deanna Yusoff tampak bersungguh-sungguh dalam memperkenalkan perusahaan terbarunya itu kepada beberapa selebriti terkenal.

Menurut pelakon Anna and The King itu, kerjaya barunya itu memberikan peluang kepada individu yang gemar mengembara ke lokasi seluruh dunia dengan harga paling berpatutan tetapi mewah.

“Pendekatan yang saya tawarkan ini memberi kelebihan kepada mereka yang mendaftar untuk menikmati tawaran harga berpatutan untuk mana-mana destinasi atau hotel pilihan mereka.

“Bayangkan mereka akan ditempatkan di hotel bertaraf lima bintang di mana-mana saja, layanan lima bintang, bagaimanapun harga yang perlu mereka bayar  adalah sama sebagaimana untuk hotel bertaraf  tiga bintang,” katanya kepada portal murai.com.my teruja.

Mula berjinak-jinak dengan perusahaan berkenaan sejak beberapa bulan lalu, Deanna Yusoff berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk memberikan taklimat terperinci berkenaan kelebihan serta tawaran yang diberikan kepada mereka yang berminat.

Walaupun masih baru, dia percaya kerjaya barunya itu akan memberi kepuasan menyeluruh kepada setiap pengguna terutama sekali kepada mereka yang sering mengidamkan suasana percutian mewah dah bertaraf lima bintang.

“Kami menyediakan taklimat dua kali dalam seminggu dan sekiranya ada pihak yang mahu kami sendiri datang untuk menerangkan perkhidmatan yang kami sediakan, ianya amatlah dialu-alukan dan kami sedia bertemu mereka,” katanya.

Beberapa artis popular seperti Ning Baizura dan Vanida Imran telah menunjukan minat mereka untuk merasai pengalaman bercuti gaya mewah yang disediakan oleh syarikat perkhidmatan pelakon cantik berkenaan.

Ummi Nazeera Kesal Ada Pihak Cuba Aniaya Ibunya


Ummi Nazeera Kesal Ada Pihak Cuba Aniaya Ibunya

Ummi Nazeera Kesal Ada Pihak Cuba Aniaya Ibunya


Ummi Nazeera yang kini sudah pulang ke tanahair sejak Disember lalu setelah menamatkan pengajiannya di Royal Melbourne Institute Technology (RMIT) jarang sekali menampilkan dirinya bersama imej barunya itu.

Namun begitu, pada pagi tadi pelakon utama filem Penanggal itu telah dilihat di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta. Difahamkan bahawa Umi Nazeera hadir ke sana kerana menemani ibunya, Datuk Maziah bt Musa.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 24 tahun telah memberikan kerjasama apabila diminta menjelaskan situasi yang menuntutnya berada di situ bersama ibunya pada sebutan kes penipuan sijil nikah oleh ahli perniagaan tersebut.

“Melalui apa yang telah disebutkan, saya yakin ibu saya berada di pihak yang benar. Beliau ada bukti yang kukuh. Malah ibu saya telah merujuk surat nikah itu kepada Majlis Narathiwat & sijil itu diperakui oleh pihak berkenaan.”

“Selain tu saksi yang tampil pada hari ini tidak relevan. Sebab itu peguam bela kami tidak bertanyakan apa-apa soalan kepada saksi itu tadi,” katanya dengan nada tegas.

Dia turut memberitahu bahawa dia amat terkejut dan kecewa dengan pertuduhan ini tetapi meyakini bahawa ibunya berada di pihak yang betul dan telah dianiyai oleh pihak pengadu iaitu ayahnya sendiri, Datuk Zainulabidin Mat Akhir yang sengaja mahu memanjangkan perbicaraan.

Kes perbicaraan melibatkan ibunya telah berlanjutan sekian lama dan Ummi mendakwa ia sedikit sebanyak teah mengganggu pengajiannya di Australia dahulu.

“Saya terkejut bila berlaku tuduhan terhadap ibu saya. Sebenarnya perkara ni beraku dari tahun lepas lagi tapi dipanjang-panjangkan dan masih tidak selesai lagi. Saya kecewa bila bapa saya sengaja mahu panjang-panjangkan kes ni sebab mahu menyusahkan ibu saya.

“Saya akui kes ibu saya sikit sebanyak mengangggu pembelajaran saya sewaktu di Melbourne dahulu dan  hari ini saya tampil untuk memperbetulkan beberapa laporan media sebelum ini yang kurang tepat mengenai ibu saya,” katanya yang turut mengesahkan yang kini sudah tamat pengajian di sana sejak Disember tahun lalu.

Datuk Maziah telah dituduh pada 20 Mei 2013 di Mahkamah Majistret Jalan Duta Kuala Lumpur dengan sengaja memberikan keterangan palsu pada perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan KL pada 16 Oktober 2009.

Ahli pernigaan itu didakwa mengemukakan sijil nikah didakwa palsu bertarikh 25 Disember 1997 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Narathiwat Thailand.

Pertuduhan dibuat di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 193 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun dan denda jika didapati bersalah. Dato Marziah diwakili peguam bela, Datuk Zainul Rijal Zainal Abidin.

Sementara itu abang Ummi, Nazreem Musa yang juga ditemui diluar mahkamah berkata mereka adik-beradik akan tetap menyokong ibu mereka.

“Sebagai anak-anak kami percaya ibu kami dan sentiasa berada dibelakang ibu kami menyokong beliau,”  kata Nazreem ringkas kepada media.

Mahkamah putuskan perbicaraan kes ini akan bersambung di pada 14 dan 5 Mei depan.

Kenapa Aku Isterinya & Bukan Aku Seorang Mistress?


Kenapa Aku Isterinya & Bukan Aku Seorang Mistress?

Kenapa Aku Isterinya & Bukan Aku Seorang Mistress?


Jika sebelum ini pelakon drama bersiri Aku Isterinya, Anzalna Nasir telah menerangkan situasi diantaranya dan Izzue Islam ketika berada di lokasi penggambaran, mari kita dapatkan pula komen daripada pengarah, Fairuz Loy mengenai isu ini.

Pengarah yang telah mengadaptasi novel yang ditulis Acik Lana itu mengakui bahawa wujudnya konflik di antara dua pelakonnya itu namun bagi Fairuz, dia tidak layak untuk mengulas apa-apa mengenai hal tersebut kerana ia tidak mengganggu jadual kerja bagi drama tersebut.

“Tidak beberapa lama selepas bermula penggambaran, saya merasakan sesuatu lalu diberitahu oleh krew mengenai apa yang berlaku. Tetapi daripada pihak saya tidak wajar untuk memberikan sebarang kenyataan mengenai hal tersebut.

“Lagipun, selagi ia tidak memberikan sebarang kemudaratan kepada seluruh produksi kerana itu adalah isu peribadi masing-masing. Mereka juga sangat professional dan memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan drama ini,”tambah pengarah Fairuz Loy ketika ditemubual mengenai isu berbangkit ini.

Adaptasi novel yang sering menjadi taruhan syarikat produksi Global Station Sdn Bhd ini antara lainnya telah menukar tajuk bagi drama ini dan berbeza dengan tajuk novel iaitu Aku Bukan Mistress.

“Penggunaan bahasa Malaysia dan Inggeris pada judul novel berkenaan menjadi alasan utama mengapa ia tidak boleh digunakan kerana tidak mahu menggalakkan penggunaan bahasa ‘rojak’ dikalangan masyarakat negara ini.

“Sedikit sebanyak ia mungkin akan memberikan impak kepada penonton dikalangan pembaca novel tersebut tetapi ia adalah keputusan yang dibuat atasa garis panduan yang telah diberikan oleh pihak kementerian,”jelasnya mengenai penggunaan Aku Isterinya dan bukannya Aku Seorang Mistress seperti ditulis Acik Lana.

Drama 28 episod menggandingkan Izzue Islam dan Anzalna Nasir sebagai watak utama dan turut dijayakan oleh Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Marissa Yasmin, Niniswara, Mardiana Alwi, Syatila Melvin dan Zaidi Omar.

Ia bakal menemui penonton menerusi slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam bermula 31 Mac ini.

Cintai Alam, Nita Hamzah Jadi Duta Save Our Rainforest Race 2014


Cintai Alam, Nita Hamzah Jadi Duta Save Our Rainforest Race 2014

Cintai Alam, Nita Hamzah Jadi Duta Save Our Rainforest Race 2014


Penglibatan Naib Juara Malaysia Idol 2, Nita Hamzah secara aktif dalam aktiviti selam skuba memang telah diketahui umum.

 Namun, tidak ramai yang tahu bahawa dia telah menghabiskan masa selama 2 tahun untuk di pulau Mabul dan Tioman untuk memahirkan skil dalam selam skuba.

Kini, Nita Hamzah sudah pun memiliki lesen menyelam sebagai pembantu jurulatih menyelam.

Sebagai seorang yang mencintai alam, gadis berbintang Scorpio ini yang cukup lasak ini akan melakukan apa saja supaya dirinya dekat dengan alam sekitar.

Tidak hairanlah mengapa dia telah dipilih untuk menjadi duta Save Our Rainforest Race 2014 iaitu sebuah program amal sambil beriadah iaitu larian sejauh 10km.

“Apabila pihak PEKA Malaysia memberitahu saya mengenai perkara ini saya terus bersetuju untuk turut serta dan gembira apabila mereka memilih saya bersama selebriti lain untuk menjadi duta bagi acara amal pada 29 Mac ini.

“Kami akan berlari sejauh 10km bersama satu anak pokok yang akan ditanam di penghujung garisan penamat iaitu di hutan simpan FRIM di Sungai Besi.

"Ini merupakan satu acara yang menarik juga. Saya memang dahulunya aktif bersukan dan memang seronok dapat bersama-sama beriadah sambil menjaga alam sekitar kita,”ucapnya kepada murai.com.my

Selain Nita Hamzah, antara barisan seebriti lain yang turut menjayakan program amal, Save Our Rainforest Race 2014 iaitu Daniel Malaysia Idol serta Rina Omar.

Sebelum ini, Nita tidak ketinggalan mengikuti Astro Kasih yang berjaya mengumpulkan beratus-ratus penyelam untuk membersihkan laut di beberapa pulau sekitar Kota Kinabalu, Sabah dan nama mereka diabadikan di dalam Guinness World Record sebagai rekod kerja-kerja pembersihan dasar pantai terbesar melalui kaedah penyelaman selama 168 jam.

Nita merupakan salah seorang daripada 134 penyelam menyertai aktiviti sukarelawan Astro Kasih selain penyelam-penyelam lain dari seluruh dunia.

Persatuan Seniman Malaysia Bakal Dibubarkan?


Persatuan Seniman Malaysia Bakal Dibubarkan?

Persatuan Seniman Malaysia Bakal Dibubarkan?


Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memulihkan SENIMAN serta memastikan perjuangan persatuan yang selama ini memayungi kebajikan golongan pelakon tempatan ini akan dapat diteruskan seperti biasa semula sepertimana yang diinginkan segelintir ahli-ahli persatuan.

Namun begitu, segala usaha yang dibuat termasuk menyerahkan dokumen SENIMAN kepada Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia gagal dilakukan kerana pihak persatuan hiburan ini mendakwa usaha tersebut telah dihalang oleh bekas bendahari SENIMAN, Abu Bakar Omar.

Lanjutan daripada itu dan setelah berdepan dengan jalan buntu, ada kemungkinan bahawa Persatuan SENIMAN Malaysia  yang sudah pun diwujudkan sejak 1 Januari 1974 bakal dibubarkan tidak lama lagi.

Dalam laman sosial facebook SENIMAN, satu posting berkaitan dengan kemelut yang berlaku di dalam persatuan ini telah dimuatnaik oleh pihak Admin SENIMAN pada 25 MAC 2014. Kandungan posting tersebut berbunyi:

"BERITA PENTING : Segala usaha telah di buat, segala dokumen Persatuan Seniman Malaysia telah di serahkan kepada ROS, tetapi semuanya dihalang oleh Abu Bakar Omar melalui Peguamnya. Segala usaha untuk memulihkan SENIMAN berada di jalan mati!.

Pihak ROS dan ajk seniman di bawah harun salim bachik telah melakukan yang terbaik bagi menyelamatkan seniman tetapi masih di bangkang oleh Abu Bakar Omar melalui peguamnya!

Dengan ini, insyallah dalam masa terdekat Persatuan Seniman Malaysia akan di istiharkan sebagai bubar dan tutup untuk selamanya. Tunggu masa je.

Terima kasih Abu Bakar Omar Mantan Bendahari Seniman. Kerana ini yang dia mahu!".

Sebaik saja posting itu dimuatnaik di dalam laman facebook, pelbagai komen telah dilontarkan oleh ahli-ahli Persatuan SENIMAN yang lain.

Kebanyakan mereka meminta supaya persatuan ini tidak akan dibubarkan dan rata-rata juga menyalahkan Abu Bakar Omar kerana menjadi penyebab usaha memulihkan SENIMAN gagal.

MIG Salur Lebih 100 Filem Buat Dunia Sinema


MIG Salur Lebih 100 Filem Buat Dunia Sinema

MIG Salur Lebih 100 Filem Buat Dunia Sinema


Metroweath International Group (MIG) buat pertama kalinya berkerjasama dengan perkhidmatan TV berbayar di Malaysia, HyppTV dalam saluran Dunia Sinema untuk membekalkan filem-filem Melayu keluaran syarikat produksi itu kepada pelanggan televisyen tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, berkata, dari semasa ke semasa dia sudab punya 103 buah filem menarik untuk dibekalkan bagi saluran Dunia Sinema itu untuk jangka masa setahun.

"Bagi saya ini satu sejarah baru bagi industri hiburan tempatan apabila MIG dipertanggungjawabkan sepenuhnya membekal filem-filem untuk ditayangkan di satu-sarunya saluran filem berbahasa Melayu ini.

"Kami bangga sejak tahun 2000 penerbitan MIG telah menerbitkan lebih 100 buah filem. Berbekalkan jumlah filem kami yang banyak ini dapat manfaatkan sehabis baik bagi menyajikan filem-filem terbaik buat penonton," katanya kepada murai.com.my

David Teo ditemubual dalam sidang media Dunia Sinema selepas pelancaran saluran TV tersebut di Menara TM semalam.

Selain itu, tambah David, sebagai permulaan pelbagai filem terbaik merangkumi semua genre akan ditawarkan dalam satu pakej dengan harga RM10 sebulan bermula pada 1 April depan.

"Kita akan pilih 10 buah filem pelbagai genre untuk disiarkan secara berulang kali selama sebulan dengan bayaran yang cukup murah.

"Ia bagi tempoh percubaan selama enam bulan dan jika mendapat sambutan, kita akan menambah bilangan kepada 15 buah filem sebulan," katanya.

Saluran filem Melayu pertama iaitu Dunia Sinema yang boleh ditonton melalui HyppTV bukan hanya menawarkan filem-filem di bawah terbitan Metroweath International Group (MIG) sebaliknya turut memberi ruang kepada karya penerbit lain.

Naib Presiden Eksekutif, New Media TM, Jeremy Kung, berkata, pihak mereka turut membuka peluang kepada penerbit-penerbit lain membekalkan koleksi filem-filem yang mereka hasilkan walaupun MIG mendapat hak sebagai penyedia kandungan bagi saluran itu.

"MIG diberi tanggungjawab untuk mengisi kandungan kepada saluran Dunia Sinema ini berdasarkan kemampuan syarikat itu menyediakan kandungan yang mencukupi.

"Bagaimanapun kami juga membuka peluang kepada mana-mana syarikat produksi lain untuk menayangkan filem-filem terbitan mereka tidak kira baru atau lama," jelasnya.

Majlis turut diserikan dengan beberapa artis popular seperti Diana Danielle, Shaheizy Sam, Nad Zainal dan artis-artis di bawah naungan syarikat produksi itu.

Dikecam Pasal #MH370, 14 Ribu Respon Kenyataan Balas Shila Amzah


Dikecam Pasal #MH370, 14 Ribu Respon Kenyataan Balas Shila Amzah

Dikecam Pasal #MH370, 14 Ribu Respon Kenyataan Balas Shila Amzah


Kasihan juga Murai Batu dengan nasib yang menimpa penyanyi dan komposer muda, Shila Amzah yang semakin hari semakin menunjukkan taring dalam persembahannya.

Disebabkan kemarahan China ke atas Malaysia berikutan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenyataan yang dibuat pihak kerajaan bahawa pesawat itu telah terhempas di lautan Hindi selepas berhari-hari operas mencari dan menyelamat dilakukan, tempiasnya turut terkena pada Shila Amzah yang kini masih berjuang dalam program realiti, I Am A Singer terbitan Hunan TV di China.

Begitu juga dengan beberapa penyanyi Malaysia yang terkenal di sana khususnya Fish Leong dan Gray Chaw. Pelbagai kata nista yang telah dilemparkan terhadap anak seni kelahiran tempatan ini termasuklah gelaran pembunuh.

Prihatin dengan sentimen segelintir masyarakat China yang sedang marah kerana beranggapan Malaysia sengaja menyembunyikan fakta sebenar tentang tragedi yang menimpa #MH370 serta tidak percaya bahawa bahawa pesawat itu telah terhempas di lautan Hindi, Sheila Amzah telah menaikkan posting di laman Isntagram peribadinya yang berbunyi: "“MH370 is not my fault...I'm very sorry, please.”

Kenyataan balas Shila Amzah berhubung isu kecaman segelintir masyarakat China ini nampaknya telah mendapat respon 14 ribu peminatnya yang rata-rata adalah daripada negara China sendiri.

Kebanyakan mereka meminta Shila Amzah supaya bertenang dan jangan risau kerana tidak semua masyarakat China yang mengecamnya. Malah, mereka juga memberitahu bahawa mereka memahami apa yang berlaku itu adalah satu tragedi dan ianya bukan salah Shila sama sekali.

Bukan setakat itu saja, mereka juga memberitahu bahawa mereka akan sentiasa menyokong Shila dan berharap Shila tidak akan patah semangat (bukan patah seribu ya) untuk terus melebarkan bakat dan kerjaya seninya di negara republik tersebut.

Pelawak Ali Mamak Kembali ke Rahmatullah Akibat Komplikasi Paru-paru


Pelawak Ali Mamak Kembali ke Rahmatullah Akibat Komplikasi Paru-paru

Pelawak Ali Mamak Kembali ke Rahmatullah Akibat Komplikasi Paru-paru


Pelakon dan pelawak terkenal era 80-an, Datuk Ali Mamak disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Ali atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru dan kanser tahap kedua dan perkara ini disahkan anak lelaki beliau, Shahrol Nizam menerusi laman Facebook peribadinya.

Allahyarham yang popular menerusi sitkom ‘Santan Berlada’ merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka dan sudah 25 tahun berkecimpung dalam dunia seni tanah air.

Allahyarham telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Di samping berlawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang rentak lagunya sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial berkenaan isu semasa yang berlaku di negara ini.

Allahyarham juga merupakan peserta kerusi panas Maharaja Lawak Mega 2013 bersama Aziz Kota dan Fida dalam Kumpulan Santan.

Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor.

Tak Mahu Berenggang, Diana Danielle Bawa Anak Pergi Shooting


Tak Mahu Berenggang, Diana Danielle Bawa Anak Pergi Shooting

Tak Mahu Berenggang, Diana Danielle Bawa Anak Pergi Shooting


Tidak sanggup untuk berenggang dengan cahaya matanya yang kini berusia 9 bulan, pelakon Diana Danielle akui telah membawa bersama anaknya ke lokasi penggambaran.

Diana Danielle berkata dia akan membawa anaknya yang bernama Muhammad ke tempat dia bekerja jika ianya memerlukan lebih 6 jam waktu bekerja kerana anaknya masih menyusu badan.

"Saya sebenarnya sudah mengurangkan tawaran berlakon demi mahu menjaga serta memberi perhatian kepada anak saya.

"Malah, jika saya perlu mengambil masa yang lama iaitu lebih 6 jam untuk berlakon atau keluar bekerja saya akan bawa anak saya bersama.

"Tak boleh hendak meninggalkan dia begitu kerana dia masih lagi menyusu badan dan saya sendiri tak sanggup berpisah lama dengannya," katanya kepada murai.com.my

Diana ditemui selepas pelancaran Dunia Seniman oleh Metrowelath (MIG) dan HyppTV di Menara TM, petang tadi.

Tak Mahu Berenggang, Diana Danielle Bawa Anak Pergi Shooting


Bercerita mengenai pengalamannya yang membawa anaknya ke lokasi penggambaran iklan, isteri kepada aktor Farid Kamil itu memberitahu dia bersyukur kerana anaknya seorang yang mudah mesra dengan orang lain dan memudahkannya untuk bekerja.

"Saya pernah bawanya ketika penggambaran iklan sebuah produk. Tiada masalah yang besar untuk membawanya bersama kerana dia mudah mesra dengan orang lain.

Tak Mahu Berenggang, Diana Danielle Bawa Anak Pergi Shooting


"Pun begitu, saya tak nafikan dia juga seperti budak kecil lain yang akan merengek kadang kala tapi tiada masalah jika saya boleh menyusukannya di situ juga," katanya yang semakin bahagia dikurniakan putera yang sihat dan pintar.

Mengenai perkembangan kerjaya, Diana bakal memulakan penggambaran sebuah filem baru mulai Mei ini.

3 Acara Di Istana Budaya Tetap Dijalankan


3 Acara Di Istana Budaya Tetap Dijalankan

3 Acara Di Istana Budaya Tetap Dijalankan


Meskipun beberapa siri konsert secara terbuka di negara ini telah dibatalkan bagi menghormati insiden kehilangan pesawat MH370, namun 3 acara besar yang bakal diadakan di Istana Budaya tetap berjalan seperti yang direncanakan.

Malam ini, Istana Budaya akan menjadi saksi apabila puluhan bintang sukan bertaraf dunia akan berhimpun bagi menjayakan majlis anugerah gilang-gemilang, Laureus World Sports Awards yang turut disertai ramai selebriti popular tanah air.

Manakala penyanyi popular dari Indonesia, Afgan bakal mempersona dengan konsert Afgan Live To Love yang akan diadakan pada 28 Mac ini, diikuti Konsert Pesona Cinta Dayang Nurfaizah & Marcell pada 29 Mac ini, juga di Istana Budaya.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Dato` Mohamed Juhari Shaarani, ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, ketiga-tiga acara itu tetap dijalankan memandangkan tiada arahan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk membatal atau menangguhkan acara berkenaan.

“Semua acara ini tetap dijalankan kerana melibatkan pihak penganjuran dalam negara dan juga di peringkat dunia.

“Apatah lagi ada ramai artis, personaliti sukan antarabangsa dan tiket bagi menyaksikan dua konsert itu telahpun habis dijual.

“Tambahan pula tema dua konsert itu nanti adalah berteraskan cinta iaitu untuk konsert Dayang dan Marcell, manakala kemanusiaan untuk konsert Afgan nanti,” katanya bagi menjawab kemushkilan ramai pihak itu.

Dato’ Mohamed Juhari berkata, apa yang membuatkan pihaknya lebih selesa untuk terus menganjurkan 3 acara berkenaan apabila ianya diadakan di dalam Panggung Sari dan bukannya secara terbuka.

Malah katanya, tiga acara berkenaan bukanlah dianjurkan untuk bersuka ria sebaliknya bagi mengiktiraf ahli sukan dunia untuk  Laureus World Sports Awards, manakala dua konsert itu pula mengetengahkan tema cinta dan kemanusiaan.

Tambahnya lagi, beberapa siri konsert secara terbuka di Laman Sari Istana Budaya telah pun dibatalkan penganjurannya sejak misteri kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.

“Pihak kami boleh mencadangkan untuk menyelitkan mesej berkenaan tragedi MH370 untuk dua konsert yang bakal berlangsung minggu ini.

“Malah selepas Anugerah Laureus ini diadakan, pihak Istana Budaya akan meletakan papan tanda elektronik di sini bagi menyampaikan mesej kehilangan pesawat berkenaan untuk tatapan tetamu yang hadir,”katanya.

Forteen Minta Maaf Sebab Tangguh Konsert Ke 26 April Ini


Forteen Minta Maaf Sebab Tangguh Konsert Ke 26 April Ini

Forteen Minta Maaf Sebab Tangguh Konsert Ke 26 April Ini


Konsert kumpulan Forteen, Kita 20Forteen yang sepatutnya diadakan di Life Centre pada 29 Mac ini telah ditangguhkan ke 26 April depan bagi menghormati tragedi yang menimpa pesawat MH370.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak KRU Music Sdn Bhd, pihaknya dan ahli anggota Forteen melahirkan rasa simpati kepada semua yang terlibat terutama keluarga mangsa pesawat malang berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Norman Abdul Halim berkata, atas dasar simpati dengan kejadian berkenaan, adalah tidak wajar untuk pihaknya meneruskan konsert berkenaan.

“Kami amat bersimpati dan bersedih dengan kejadian yang menimpa penumpang dan anak-anak kapal MH 370, kami merasakan adalah tidak wajar untuk meneruskan konsert Kita 20Forteen yang dijadualkan pada 29hb Mac ini, disaat kita masih lagi dalam keadaan berduka dan harapan kami masih berterusan bersama yang lain agar usaha pencarian yang sedang giat dilakukan akan berjaya,” kata Norman Abdul Halim.

Tambah Norman lagi, dia sedar penundaan itu akan melibatkan ramai pihak dan juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan terutama kepada pembeli tiket konsert berkenaan.

Bagaimanapun katanya, pihaknya amat berharap agar mereka yang terlibat dapat memahami dan menghormati keputusan berkenaan.

Pihak KRU Music menyatakan, Forteen yang sedang giat berlatih untuk menjayakan konsert pertama mereka turut redha dengan keputusan yang diambil malah melahirkan rasa simpati kepada penumpang, anak-anak kapal MH 370 dan keluarga mangsa yang terlibat untuk sentiasa tabah dan berdoa.

Sementara itu salah seorang anggota Forteen, Ariz berkata sebagai salah seorang individu yang mengikuti perkembangan MH370 dari misteri kehilangannya sehingga diputuskan berakhir di Lautan Hindi, dia berasa tidak sedap hati untuk meneruskan persembahan berkenaan.

“Disaat kita masih bersedih dan kami bersetuju dengan penundaan ini. Sementara itu kami juga ingin meminta maaf kepada semua peminat sekiranya penundaan ini telah menimbulkan sebarang permasalahan disebabkan ada diantara mereka yang telah melakukan perancangan awal bagi menghadiri konsert kami terutama kepada peminat kami di luar dari Kuala Lumpur”, jelas Ariz mewakili rakan Forteen yang lain.

Pihak  yang telah membeli tiket Konsert Kita 20Forteen bertarikh  29 Mac ini, mereka masih boleh menggunakan tiket tersebut pada 26hb April depan.

KRU Music juga mencadangkan, bagi mereka yang ingin memulangkan tiket yang telah dibeli sebarang pertanyaan boleh diajukan ke enquiries@unitedstudios.net.

Anuar Zain Menangis Kala Memikirkan Apa Yang Telah Ditempuhi #MH370


Anuar Zain Menangis Kala Memikirkan Apa Yang Telah Ditempuhi #MH370


Anuar Zain Menangis Kala Memikirkan Apa Yang Telah Ditempuhi #MH370


Lebih dari 10 tahun penyanyi pujaan ramai, Shahrul Anuar Zain atau Anuar Zain mendambakan diri dan bertugas di awan biru sebagai pramugara sekitar tahun 1990 hingga 2000. Walaupun sekian lama meninggalkan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), tragedi pesawat MH370 telah meninggalkan kesan yang amat berbekas di hati penyanyi ini.

“Kalau saya masih lagi berkhidmat sebagai pramugara MAS, tidak mustahil saya juga mungkin sebahagian daripada krew kabin yang bertugas di dalam pesawat penumpang tujuan Beijing tersebut.

“Bila teman menghubungi dan memberitahu mengenai tragedi ini, ia tambah memilukan apabila mengetahui bahawa diantara anak kapal yang bertugas untuk MH370, 8 Mac itu turut melibatkan dua kenalan saya.

“Ketua Pramugara bertugas, Andrew Nari dan penyelia penerbangan, Patrick Francis Gomes adalah dua individu yang mempunyai rekod pencapaian cemerlang serta memiliki keperibadian tinggi yang sekian lama menjadi kebanggaan buat MAS.

“Sehingga saat ini tidak dinafikan perasaan pilu terus dirasakan apabila cuba meneka apa yang terjadi dan apa yang harus mereka lalui sebelum pesawat dikatakan hilang,”ucap Anuar ketika ditemui pada sidang akhbar penundaan persembahan Minggu Setiausaha istimewa 'Terindah... Anuar Zain di Zebra Square, Selasa, semalam.

Persembahan eksklusif Anuar Zain yang dijadualkan bermula  8 April itu terpaksa ditunda kepada 29 April depan. Keputusan itu dibuat bagi menghormati keluarga dan individu yang berkaitan dengan penumpang dan anak kapal MH370.

Bicara Anuar berdasarkan pengalaman dan juga pengetahuan yang diperoleh sepanjang tempoh menjadi pramugara, Anuar memohon serta meminta supaya sebarang berita berbentuk spekulasi dan penyebaran maklumat tidak sah di dunia maya dihentikan.

“Mungkin mereka yang memperlekehkan pihak tertentu, mempersendakan segala ikhtiar dan usaha menyelamat menyebarkan teori dan info tidak sah ini tidak mengenali atau mempunyai ikatan dengan penumpang MH370. Sebaik sahaja mendapat tahu, air mata saya terus mengalir laju dan saya gagal menahan sebak.

“Diharapkan semua rakyat Malaysia khususnya lebih sensitif kepada persekitaraan yang harus dilalui orang lain. Cubalah untuk terus memanjatkan doa serta tidak menyebarkan perkara yang tidak menyumbang kepada apa-apa maklumat.

“Rekod baik MAS juga pesawat Boeing 777 juga turut tercalar akibat insiden ini namun ia diluar bidang kuasa manusia secara umumnya bila memperkatakan mengenai tragedi sebegini. Saya juga berharap bahawa masyarakat tidak trauma akibat kejadian ini kerana menggunakan pengangkutan udara adalah medium pengangkutan paling selamat berbanding yang lain,”tambahnya lagi yang cuba melahirkan rasa tanggungjawab serta prihatin kepada bencana yang telah berlangsung hampir 19 hari pada hari ini, Rabu.

Pesawat MAS yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  ke Beijing hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas sehinggalah ia disahkan berakhir di Lautan Hindi dalam pengumuman tergempar yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada malam Isnin lalu.

Hormati Tragedi Mh370, Promosi Filem Zombi Kilang Biskut Dihentikan


Hormati Tragedi Mh370, Promosi Filem Zombi Kilang Biskut Dihentikan

Hormati Tragedi Mh370, Promosi Filem Zombi Kilang Biskut Dihentikan


Pengarah filem Mamat Khalid telah membatalkan semua promosi terhadap filem terbarunya, Zombi Kilang Biskut yang telah pun mula ditayangkan di pawagam sejak 20 Mac lalu bagi menghormati insiden pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menerusi laporan mStar Online, Mamat berkata sehingga kini promosi yang dirancang membabitkan beberapa pelakon popular sepanjang filem itu ditayangkan turut dibatalkan.

Pengarah itu turut menambah, jika boleh dia tidak mahu filem ini ditayangkan sama sekali buat masa ini, namun begitu ia sudah ditetapkan oleh pihak wajib tayang.

"Seperti yang kita tahu negara sedang bersedih. Saya telah membatalkan semua promosi yang telah dirancang sepanjang filem itu ditayangkan termasuk promosi besar-besaran menyerang panggung bersama semua pelakon Zombi Kilang Biskut," katanya ketika dihubungi mStar Online, semalam.

Ditanya pula tentang kutipan tiket selepas beberapa hari filem tersebut ditayangkan, Mamat berkata, dia hanya pasrah dengan hasil kutipan yang bakal diperoleh.

Baginya, pihak penerbitan sudah tidak boleh mengharapkan seperti sasaran awal kerana perkara sebegini sukar dijangkakan, namun bersyukur kerana setakat tiga hari tayangan ia berjaya mendapat RM530,000.

Tambah Mamat, dia tidak berasa kesal atau sedih dengan kutipan yang terjejas akibat kejadian tersebut, malah turut bersimpati terhadap keluarga serta nasib penumpang dan anak kapal yang terlibat dengan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Mamat berharap tayangan filem ini akan dilanjutkan bagi memberi peluang kepada penonton memandangkan seluruh rakyat Malaysia kini sedang bersedih dengan insiden tersebut.

Pelakon Kecewa Gambar Disalahguna Untuk Pemerdagangan Bayi


Pelakon Kecewa Gambar Disalahguna Untuk Pemerdagangan Bayi

Pelakon Kecewa Gambar Disalahguna Untuk Pemerdagangan Bayi


Pelakon drama popular Ariana Rose, Sharisa Haris Chong, 25, kecewa gambar dan maklumat peribadinya disalahguna melalui laman sosial Facebook palsu bagi menjalankan kegiatan pemerdagangan bayi sejak lebih setahun yang lalu.

Sharisa Haris Chong atau mahu dikenali sebagai Sharisa Chong berkata dia sudah tidak boleh mendiamkan diri lagi apabila ramai peminatnya percaya akaun Facebook berkenaan miliknya dan memakinya kerana menipu duit peminat hingga ribuan ringgit.

"Pada mulanya saya anggap ia perkara biasa apabila ada individu membuat akaun palsu menggunakan gambar-gambar dan maklumat peribadi saya, namun saya terkejut apabila dia melakukan urusan jual beli yang salah di sisi undang-undang.

"Saya sedar perkara ini apabila ramai mangsa yang terpedaya menghubungi dan menghentam saya di laman sosial peribadi milik saya yang sebenar," katanya pada sidang media bersama Persatuan Karyawan Malaysia, di Plaza Damansara, semalam.

Selepas kejadian, Sharisa memberitahu dia terus membuat siasatan sendiri dan mendapat tahu pemilik akan Facebook itu adalah kenalannya sebelun ini iaitu bekas pembantu jurusolek dan penjaga pakaian sebuah syarikat produksi.

"Apabila saya siasat melalui nombor akaun bank yang diberikan kepada mangsa dan mendapati wanita tersebut merupakan seorang yang penah bekerja dengan saya dua tahun lalu.

"Dia ambil gambar saya bersama seorang anak saudara saya dan memberitahu bahawa kanak-kanak itu adalah anak saya dan baru sahaja meninggal dunia.

"Oleh itu dia minta sesiapa yang simpati agar memberi sumbangan atau sudi untuk mengambil anak-anak saya yang lain sebagai anak angkat dengan bayaran tertentu,"jelasnya lagi.

Sementara itu, pelakon yang juga membintangi drama Teduhan Kasih tersebut mengakui, kes berkenaan turut menjejaskan reputasinya sebagai pelakon baru.

"Disebabkan perkara ini ramai yang memboikot dan tidak mahu menonton lakonan saya dalam drama Ariana Rose yang ketika itu sedang ditayangkan di televisyen.

"Malah ada juga yang marah dan maki saya di laman sosial dengan melemparkan kata-kata kesat," luahnya.

Sharisa kemudian membuat laporan polis di daerah Petaling.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya akan melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tindakan segera dapat diambil.

Anuar Zain Hormati Tragedi #mh370, Tunda Persembahan Minggu Setiausaha


Anuar Zain Hormati Tragedi #mh370, Tunda Persembahan Minggu Setiausaha

Anuar Zain Hormati Tragedi #mh370, Tunda Persembahan Minggu Setiausaha


Anuar Zain tidak terlepas mengadakan persembahan untuk minggu setiausaha yang jatuh di bulan April.

Bagaimanapun, untuk tahun 2014 ini, sebuah persembahan istimewa Minggu Setiausaha 'Terindah... Anuar Zain' yang telah dijadualkan 8 April ini telah ditunda kepada 29 April 2014 di One World Hotel, Damansara untuk menghormati tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

"Saya rasa simpati dengan kejadian ini. Takziah saya ucapkan kepada keluarga serta sahabat penumpang dan krew MH370. Saya rasa sedih atas kejadian ini," ujar Anuar ketika ditemui di satu sidang media di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.

"Saya dan pihak pengurusan fikir semasak-masaknya. Kami merasakan keputusan yang kami lakukan untuk menunda menunda tarikh ini adalah satu keputusan yang tepat untuk menghormati tragedi MH370 yang terjadi kepada mangsa-mangsa terlibat dan ahli keluarga mereka," kata Anuar lagi.

"Saya sendiri rasa tak seronok untuk meneruskan persembahan pada 8 April ini. Saya merasakan kesayuan yang disebabkan oleh tragedi ini. Jadi saya dan pihak pengurusan harus memindahkan persembahan ini kepada satu tarikh yang lain atas rasa hormat," kata pelantun lagu 'Keabadian Cinta' ini.

Persembahan istimewa Minggu Setiausaha 'Terindah... Anuar Zain' bakal berlangsung pada Selasa, 29 April 2014 di One World Hotel.

Anuar juga berharap agar keputusan yang dilakukan olehnya dan pihak pengurusan tidak menyinggung mana-mana pihak. Anuar juga berharap agar pembeli tiket dapat menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan memahami situasi sedih yang dihadapi sekarang.

Ketika ditanya adakah dia bakal mengadakan satu segmen khas bagi memperingati kejadian MH370 sewaktu persembahannya kelak, Anuar menjelaskan dia masih belum lagi memikirkan mengenai perkara tersebut dan akan melakukan sesuatu yang khas untuk mengenang kejadian memilukan itu.

Zalif Sidek Mahu Kuruskan Badan Untuk Watak Serius


Zalif Sidek Mahu Kuruskan Badan Untuk Watak Serius

Zalif Sidek Mahu Kuruskan Badan Untuk Watak Serius


Zalif Sidek akui kini dia sedang berusaha untuk menurunkan berat badannya untuk mempelbagaikan wataa dalam lakonan selain watak komedi.

Zalif Sidek berkata dia mahu kurus setelah merasakan dirinya lebih berkeyakinan tinggi dan mahu mengembangkan karier seninya dengan pelbagai watak.

“Pada tahun 2014 ini saya kalau boleh hendak beralih angin dari watak komedi kepada watak serius.  Saya tidak mahu lagi duduk dalam satu watak sahaja. Namun untuk menjadikan ia satu kenyataan saya rasa saya perlukan kuruskan badan.

“Pada saya dalam industri ini jika artis itu kurus dan ditambah lagi dengan pakej bakat yang bagus pasti akan ada banyak peluang diberikan dalam industri ini. Sebagai contoh penyanyi, Aizat Amdan yang kini kurus dan semakin popular.

“Jadi, sekarang ini saya sedang berusaha untuk menguruskan badan saya. Saya kini sudah truun ke 85 kilogram daripada 96 kilogram tapi masih belum cukup kerana saya rasa saya mahu turun lagi kepada 70 kilogram,” katanya kepada murai.com.my

Zalif ditemui di Majlis Prebiu Filem Lu, Gua Bro terbitan Metrowelath (MIG). Filem arahan Ismail Bob Hashim itu turut dibintangi oleh Epy Kodiang, Nina Iskandar dan ramai lagi.

Mencuba pelbagai cara yang sihat untuk menurunkan berat badannya, Zalif berkata selain diet pemakakan sihat dia juga bersenam dan ke gim.

“Saya sekarang kurangkan makan nasi kerana ianya boleh melemahkan badan dan banyak makan sayur- sayuran.  Selain itu, saya juga ke gym bersama rakan-rakan yang mendorong,” jelasnya lagi.

Lu, Gua Bro filem komedi yang akan menemui penonton di panggung seluruh Malaysia pada 27 Mac ini.

iskandarX: Bukan pasal nak watak jea, tapi kesihatan tu yang lebih penting.

Nina Iskandar Akui David Teo Restu Pertunangannya Ogos Ini


Nina Iskandar Akui David Teo Restu Pertunangannya Ogos Ini

Nina Iskandar Akui David Teo Restu Pertunangannya Ogos Ini


Meskipun baru setahun jagung menapak dalam industri hiburan, namun nama pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar ini sudah mula dikenali apabila pada kemuncalan awalnya sudah timbul gosip mendakwa dia bercinta dengan usahawan muda, Adib Khalid iaitu anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).

Nina Iskandar, 23, bagaimana pun sudah menafikan hubungan cinta itu dan memberitahu Adib hanyalah peminatnya dan mereka hanya berkawan.

Terbaru, Nina yang ditemui dalam majlis prebiu filem Lu, Gua Bro! terbitan Metrowealth (MIG) di Sunway Pyramid itu mendedahkan dia kini sudah pun mempunyai teman istimewa dan bakal bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Ahmad Heiqal, 30, pada Ogos Ini.

“Sebenarnya saya sudah ada teman istimewa sejak setahun yang lalu. Malah kami akan bertunang pada Ogos ini. Kami sudah mula berkenalan sejak saya mula bertapak di Malaysia.

“Dia seorang yang memahami diri dan kerjaya saya. Malah ketika gosip saya dan Adib keluar, dia sendiri tahu apa yang berlaku dan sentiasa menyokong saya.

“Saya harap selepas ini, saya tidak lagi dikaitkan dengan gosip bercinta dengan Adib demi menghormati keluarga tunang saya,” katanya kepada murai.com.my

Nina yang sudah setahun bernanung di bawah syarikat MIG itu telah menandatangi kontrak selama 5 tahun bersama syarikat produksi itu sejak tahun lalu.

Ditanya, adakah Mejar (K) Davide Teo memberi kebenaran untuknya mengikat tali pertunangan sedangkan dia masih punya 4 tahun kontrak bersama syarikat itu, Nina bagaimana pun memberitahu produser itu sangat memahami dirinya dan merestui pertuangannya.

“Sebenarnya, saya sendiri sebelum ini telah bercakap dan berbincang dengan David Teo tentang hubungan saya dan hasrat saya untuk bertunang. Pertunangan adalah ikatan yang suci dan saya rasa David sendiri tidak dapat menghalangnya dan dia sendiri akui telah merestuinya.

“Lagipun, kami baru bertunang dan belum merancangan untuk berkahwin lagi. Namun saya tdiak menolak jika jodoh saya sampai dalam masa terdekat,” jelasnya lagi.

Nina yang muncul dengan filem pertamanya Muka Surat Cinta pada awal tahun lalu kini bakal tampial dengan sebuah filem komedi baru berjudul Lu, Gua Bro bersama pelakon lain seperti Zlaif Sidek, Epy Kodiang dan ramai lagi.

Filem arahan Ismail Bob Hashim itu akan menemui penonton di panggung seluruh Malaysia bermula 27 Mac ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan