Cari Artikel

Tuesday, April 1, 2014

Ajai & Soo Wincci Nyanyi Lagu Coca-cola Untuk Piala Dunia


Ajai & Soo Wincci Nyanyi Lagu Coca-cola Untuk Piala Dunia

Ajai & Soo Wincci Nyanyi Lagu Coca-cola Untuk Piala Dunia


Soo Wincci, Ajai dan Mista G telah bergabung tenaga merealisasikan lagu tema produk minuman Cola-Cola yang dibuat khas untuk kempen Piala Dunia 2014 di Brazil berjudul The World Is Ours.

Bukan itu sahaja, mereka turut berpadu vokal dengan finalis rancangan realiti X-Factor, David Correy dalam mendendangkan lagu tersebut agar kedengaran lebih variasi yang bertaraf antarabangsa.

The World is Ours memperlihatkan vokal pop David Correy yang bertenaga dan bernada tinggi dengan adunan ritma samba, baile funk, hip-hop dan technobraga dalam suatu irama unik ala Brazil kepada peminat bola sepak serta pencinta muzik di seluruh dunia.

Pengurus Kumpulan Komunikasi Pemasaran Bersepadu Serantau dan Pengaktifan Coca-Cola di Malaysia, Singapura dan Brunei, Lim Yvette dalam kenyataannya berkata, lagu itu digubah terutama bagi menarik perhatian golongan muda untuk menghagai muzik asli kelahiran Brazil.

"Kebanyakan orang di luar Brazil, terutamanya golongan muda, tidak berapa kenal akan muzik asli negara itu oleh sebab ia tidak termasuk dalam aliran utama kontemporari.

“Kini, dengan gandingan suara artis tempatan dalam lagu tema yang bermakna ini, mesej kesatuan pelbagai budaya dapat dimantapkan lagi melalui kejohanan Piala Dunia tahun ini," katanya.

Jelas Lim Yvette lagi, menerusi lagu gabungan sejagat berkenaan, peminat setia Piala Dunia disarankan untuk ‘Makan Bola, Tidur Bola dan Minum Coca-Cola’ sambil menikmati kehebatan lagu The World Is Ours.

David Correy berasal daripada kawasan penempatan di Brazil yang agak mundur. Nasibnya kian berubah cerah apabila dipilih sebagai finalis X-Factor dan seterusnya dilantik untuk menyampaikan lagu tema Coca-Cola dalam kempen Piala Dunia.

Dia cukup  teruja dengan pelantikannya sebagai duta lagu tema Coca-Cola dan tawaran untuk bekerjasama dengan Coca-Cola adalah satu penghormatan yang luar biasa dan dapat menjunjung wawasannya.

Hanya Tuntut Hak, Zila Bakarin Sedih Dituduh Cari Pasal!


Hanya Tuntut Hak, Zila Bakarin Sedih Dituduh Cari Pasal!

Hanya Tuntut Hak, Zila Bakarin Sedih Dituduh Cari Pasal!


Seorang wartawan daripada sebuah akhbar ada menulis mengenai seorang produser iaitu Tasha Aziz yang telah melarikan diri daripada membayar hutang pelakon yang menjalani penggambaran di sebuah drama terbitannya.

Wartawan hiburan tersebut memberitahu dia menulis bagi mewakili beberapa pelakon yang telah meluahkan rasa tidak tahan dengan sikap produser itu yang sering kali mengelak apabila diminta bayaran masing-masing.

Antara pelakon yang menjadi mangsa Tasha dan syarikat penerbitannya, Temenggong Picturs Sdn Bhd itu adalah seperti Najua P Ramlee, Zila Bakarin, Aleza Shadan, Khaty Azean, Sharonizam, Aida Jebat dan ramai lagi.

Namun, semalam juga salah seorang daripada pelakon itu iaitu Zila Bakarin telah menaikkan satu post di laman sosial Instagram miliknya mengenai satu gambar screen capture dipercayai perbualan diantara Tasha dengan seseorang.

Zila Bakarin yang menerima gambar itu bagaimana pun dalam caption di Instagram berkenaan memberitahu kecewa apabila dituduh sering mencari pasal sedangkan dia hanya mahu menuntuk haknya dan juga rakan-rakan yang lain.

Berikut caption yang ditulis Zila:

“Astaghfirullahhalazim…kenapa saya dituduh mcm tu..belum terlintas nak mengaibkan sesiapa…salah ke saya minta hak saya? Saya minta hak kawan2 saya yang sangat2 memerlukan..saya bukan jenis manusia yang suka cari pasal kalau ianya tak bersebab..saya sangat tegas dalam menuntut hak saya dan anak2. Tolong lah…jangan mencari salah orang lain..untuk menutup kesalahan sendiri,”

Zila yang dihubungi Murai bagaimana pun, tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal tersebut dan berharap masalah itu dapat diselesaikan segera.

Bienda Hamil Anak Kedua


Bienda Hamil Anak Kedua

Bienda Hamil Anak Kedua


Bienda yang kini menjadi penyampai radio sambilan di KLFM telah memberitahu pendengar radio itu yang dia sedang hamil anak kedua.

Dari nada suaranya jelas yang dia amat gembira untuk menyambut kelahiran anak kedua selepas Lavienda Namiraz Kamarul Zariman yang kini berusia dua tahun.

Bercakap kepada Harian Metro, Bienda yang ketika itu sedang bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu bersama suami dan keluarga mentuanya, mengesahkan berita tersebut.

Menurutnya, dia sebenarnya sudah lama merancang untuk pergi bercuti dan menyelam (diving) bagi melihat keindahan terumbu karang di situ. Bagaimanapun dua minggu sebelum tarikh itu, dia mengalami muntah yang agak teruk.

Mulanya Bienda sangka kerana cuaca yang tak menentu. Dalam pada itu dia suaminya membuat ujian kehamilan dan mendapati hasilnya positif dan apabila berjumpa doktor, dia disahkan hamil dua bulan.

Disebabkan keadaannya ini, Bienda tidak jadi meneruskan aktiviti menyelam dan hanya bersantai menikmati keindahan Pulau Perhentian.

Dia tidak kecewa kerana keadaan kandungannya lebih penting. Lagipun yang penting matlamatnya ke situ adalah untuk berehat.

Zahiril Adzim Sedih Anak Takut Mendekatinya


Zahiril Adzim Sedih Anak Takut Mendekatinya

Zahiril Adzim Sedih Anak Takut Mendekatinya


Demi menambah pendapatan keluarganya yang kini sudah bertambah dengan kehadiran seorang cahaya mata bernama Nadi Anaqi, pelakon Zahiril Adzim akui tahun ini dia telah bekerja keras dengan memenuhi jadual penggambaran yang agak ketat.

Namun, Zahiril Adzim akui agak sedih dan terkilan apabila kesibukannya mencari rezeki untuk keselesaan keluarga itu telah menyebabkan anaknya tidak mengenalinya dan takut mendekatinya sehingga menangis.

"Alhamdulillah, saya seronok dengan kehidupan sebagai bapa sekarang. Sekarang ni apa saja yang saya buat, saya fikirkan dulu untuk anak saya. Kalau dulu saya lebih rileks tapi sekarang saya harus bekerja lebih keras. Selagi ada tawaran berlakon yang saya rasa bersesuaian, saya akan terima.

"Tapi walauapun sibuk dengan penggambaran, saya akan curi masa untuk anak saya. Pernah sekali tu saya sibuk di lokasi. Lebih kurang sebulan saya tak berkesempatan melayan dan bermain dengan dia. Sebab bila saya balik dari kerja dia dah tidur dan bila saya keluar ke lokasi dia masih tidur.

"Jadi bila tamat penggambaran, saya gunakanlah peluang bersama dia. Tapi malangnya semasa saya dukung dia, dia menangis, dia seakan sudah tak kenal lagi saya. Masa tu saya sentap (terasa hati) sangat. Memang saya sedih.

“Yelah, saya tahu dia masih kecil tetapi kalaulah dia tahu saya sibuk selama ini hanya untuk memberi keselesaan untuk dia,” katanya kepada murai.com.my

Zahiril ditemui ketika majlis bacaan skrip filem Pekak di Media Prima baru-baru ini. Majlis itu trut dihadiri oleh pelakon-pelakon lain seperti Sharifah Sakinah, Sharifah Amani dan ramai lagi.

Namun, Zahiril berkata isterinya Sheira Ayob telah menenangkannya dan memberi kata-kata semangat supaya dia tidak terasa hati kepada anaknya yang ketika itu baru sahaja berusia 5 bulan.

“Isteri saya perasan perubahan air muka saya dan dia cuba tenangkan saya. Ketika tu anak saya baru berusia 5 bulan.

“Tapi sekarang, kalau dia nampak saya dari jauh lagi dia dah melompat-lompat mahu saya mengangkatnya,” kongsinya.

Semenatara itu, mengenai mengenai filem yang bakal dibintangi iaitu berjudul 'Pekak'. Zahiril memberitahu wataknya sebagai seorang orang yang cacat pendengaran amat mencabar dan pertama kali digalas.

"Watak saya sebagai seorang lelaki pekak tapi dia tak bercakap. Dia pilih untuk berdiam. Jadi, dari awal sampai habis saya tak ada dialog. Dia berkomunikasi dengan menulis di telefon. Dia seorang OKU (orang kurang upaya) tetapi atas desakan hidup dan demi nak membiayai kos pembedahan telinganya, dia terpaksa menjual dadah. Dia pilih jalan tu sebab dia rasa itu saja cara yang cepat untuk dia dapatkan duit,” jelasnya.

Filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd itu diarahkan oleh Khairul Azri Md Noor dan bakal menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur.

Posting Dalam I.g, Chef Wan Tak Berniat Kecilkan Hati Sesiapa


Posting Dalam I.g, Chef Wan Tak Berniat Kecilkan Hati Sesiapa


Posting Dalam I.g, Chef Wan Tak Berniat Kecilkan Hati Sesiapa


Pakar masakan dan chef selebriti bertaraf dunia, Dato' Redzuawan Ismail atau Chef Wan mengakui sedar dengan tindakannya meletakkan ‘post’ yang dikaitkan dengan pesawat MH370 akan menjadi kontroversi mahupun isu.

Menerusi perbualan di  WhatsApp kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Chef Wan berkata dia langsung tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa sebaliknya hanya sebagai bahan jenaka untuk mengurangkan kesedihan berhubung kehilangan pesawat MH370.

“Saya rasa sejauh mana sedihnya kita, kita tidak boleh semudah-mudahnya membawa masalah ini berpanjangan.

“Kita perlu mencipta jenaka seperti itu untuk membuat orang lain ketawa dan rasa gembira semula. Hidup harus diteruskan,” katanya kepada portal murai.com.my.

Chef Wan telah memuat naik gambar aksinya di tepi Pantai Morib bersama-sama sekeping papan putih di dalam akaun Instagram miliknya dengan menulis jenaka berhubung pintu kapal terbang MAS yang hilang.

Kata Chef Wan, gambar itu diambil ketika dia sedang menjalani penggambaran di Pantai Morib hari ini yang telah mempertemukannya dengan sekeping papan di tepi pantai tersebut.

Jelasnya, selepas memerhati secara lebih teliti, papan berkenaan merupakan pintu tandas salah seorang penduduk di kawasan berdekatan yang telah roboh serta uzur dan tersadai di tepian pantai berkenaan.

“Saya melakukannya secara sengaja kerana saya ingin melihat secepat mana orang kita melatah. Masin mulut saya ni.

"Yalah terlalu banyak perkara berlaku ketika ini dan saya memberi tahu semua orang, sehinggakan kita sendiri tidak tahu mana yang betul sekarang ini.

“Itulah sebabnya saya berjenaka tentang ini,” katanya yang menerangkan isu yang sedang menjadi bualan hangat ketika ini.

Jelas Chef Wan lagi, dia tidak mahu masyarakat umum mengambil jenakanya itu sebagai sesuatu yang serius dan berharap agar tindakannya itu dapat dijadikan satu cara yang membina serta positif bagi membuatkan orang ramai kembali ceria.

Selawat Perdana 1435H Sasar Setengah Juta Umat


Selawat Perdana 1435H Sasar Setengah Juta Umat

Selawat Perdana 1435H Sasar Setengah Juta Umat


Tanggal 21 Mac ini bakal menyaksikan sekitar setengah juta rakyat Malaysia berkumpul di Putrajaya.

Program Selawat Perdana 1435H: Malam Cinta Allah dan Rasul bakal menggegarkan Dataran Masjid Putra, Presint 1, dengan alunan selawat, zikir dan qasidah pada Jumaat, bermula 8 malam.

Program yang mensasarkan 500,000 kehadiran itu dianjurkan bagi menghimpunkan umat Islam, tidak kira usia, ideologi dan latar belakang.

Anjuran barisan generasi muda di bawah naungan Sekretariat Selawat Perdana, program ini diharap dapat menyatukan umat Islam dari seluruh Malaysia untuk memupuk perasaan Mahabbah iaitu melalui qasidah dan zikir.

Setiausaha Sekretariat Selawat Perdana, Shahrul Nasrun bin Datuk Haji Kamarudin yang juga Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia berkata, pihaknya mahu memupuk perhubungan sesama manusia yang berterusan, tidak kira keturunan, darjat, warna kulit, dan bahasa.

“Jika seseorang memerlukan bantuan, adalah menjadi tanggungjawab bersama membantu mereka yang kurang bernasib baik. Jika perkara ini dapat direalisasikan, maka hasrat Negara mewujudkan masyarakat penyayang akan segera tercapai.”

Selain itu, pihaknya juga mahu menghimpunkan generasi muda dan mendedahkan mereka dengan hiburan segar dan aktiviti positif yang berteraskan akhlak yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung.

“Program ini diharap dapat mengeratkan ikatan ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak serta umat Islam dalam satu aktiviti minda sambil berhibur dengan persembahan Islamik bertaraf antarabangsa."

Acara bermula dengan alunan zikir pada jam 6.45 petang, diikuti solat maghrib berjemaah serta bacaan Al-Quran, seterusnya tazkirah agama oleh finalis program realiti TV Pencetus Ummah, diikuti solat Isyak.

Bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu menampilkan ikon agama terkenal, Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan tausiyah pula bakal disampaikan Habib Ali Zaenal Abidin. Program turut disertai Imam Muda dan Pencetus Ummah, selain selebriti-selebriti tanah air seperti Zizan Razak, Mawi, Adira, Nora Danish, Erra Fazira, Shahir, Nabil Ahmad, Rita Rudaini, Fizz Fairuz, Jep Sepahtu, Tomok, Zahida Rafik, Irma Hasmie, Yatt Hamzah dan ramai lagi.

Program ini akan disiarkan secara langsung di stesyen TV Al-Hijrah, Astro Oasis, RTM1, dan Live Streaming bermula jam 9 malam selama dua jam.

Chef Wan Dikecam Kerana Persenda Isu #MH370


Chef Wan Dikecam Kerana Persenda Isu #MH370

Chef Wan Dikecam Kerana Persenda Isu #MH370


Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini telah mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.

Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370. Entri tersebut telah pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh pengikut akaun Instagramnya itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.

Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.

Februari lalu, Chef Wan telah mengkritik hidangan nasi lemak yang disediakan oleh Malaysia Airlines sebagai 'nasi lemak telanjang'.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 dan misi SAR diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth.

Suami Sari Yanti, Saya Tidak Bersetuju Dengan Penceraian


Suami Sari Yanti, Saya Tidak Bersetuju Dengan Penceraian

Suami Sari Yanti, Saya Tidak Bersetuju Dengan Penceraian


Suami kepada pelakon dan peserta program Fear Factor Musim Kedua, Sari Yanti iaitu Mohd Edy Casmadi Che Hussin akui tidak bersetuju dengan tindakan isterinya yang memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada 25 Februari lalu.

"Saya tidak bersetuju dengan penceraian,” katanya kepada mStar Online.

Malah, Mohd Edy, 34, meminta pihak media tidak bertanya sebarang soalan mengenai keretakan rumah tangganya bersama wanita berkenaan kepadanya.

“Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti,” katanya lagi.

Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti telah menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Usaha untuk memperbaiki keadaan juga tidak berhasil apabila kedua-dua belah pihak tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, semalam.

Terdahulu, Mohd Edy hadir di mahkamah tersebut bagi sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu dihadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada prosiding berkenaan, Mohd Edy memberitahu mahkamah, isterinya telah pun dimaklumkan mengenai permohonan itu bagaimanapun dia sebagai plaintif gagal untuk menyerahkan surat saman kepada wanita berkenaan.

"Saya pertama kali cuba membuat penyerahan saman tersebut kepadanya di rumah beralamat di Petaling Jaya namun defendan tidak berada di rumah.

"Saya kemudiannya sekali lagi cuba menyerahkan saman sama di kediaman keluarga Sari Yanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan namun usaha itu juga gagal," katanya. Mohd Edy bagaimanapun berkata, saman berkenaan hanya diserahkan kepada kakak kepada defendan.

Dalam pada itu, peguam syarie, Munirah A. Bakar yang mewakili Mohd Edy berkata, pihaknya menfailkan afidavit penyampaian saman berkenaan dan menyerahkan kepada mahkamah pada 19 Mac.

Munirah turut memohon kepada mahkamah supaya penyampaian surat saman berkenaan dapat dibuat secara tampalan di rumah defendan di Kuala Pilah.

Hakim Abdul Halim membenarkan permohonan berkenaan dan mengarahkan ia difailkan secara bertulis kepada mahkamah. Kes ditangguh untuk sebutan semula pada 30 April depan.

Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Sharifah Sakinah Ada Sebab Tayang Perut


Sharifah Sakinah Ada Sebab Tayang Perut

Sharifah Sakinah Ada Sebab Tayang Perut


Sharifah Sakinah menjelaskan tindakannya yang kerap memuat naik gambar bahagian perutnya di laman Instagram bukan dilakukan secara sengaja untuk menghairahkan sesiapa atau meraih publisiti.

Sebaliknya, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, berkata, tujuannya itu adalah untuk memberi inspirasi dan semangat kepada orang lain setelah melihat perubahan fizikalnya terutama pada bahagian tersebut.

"Sebelum mengadakan program kecergasan Sakinah Fitnes yang dianjurkan saya sendiri bersama rakan, bentuk tubuh saya bukannya langsing seperti sekarang.

"Malah, tujuan saya memuat naik gambar itu adalah semata-mata ingin menaikkan semangat para peserta lain yang turut mengikuti program tersebut.

"Tiada niat atau tujuan lain dan saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial," katanya kepada Murai.

Sakinah ditemui pada majlis bacaan skrip filem Pekak di Sri Pentas petang semalam.

Tambah Sakinah, dia tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadapnya namun berharap pihak yang tidak berpuas hati dengannya hendaklah berfikiran positif.

Dalam pada itu, Sakinah turut mengakui menggunakan popularitinya sebagai selebriti untuk menarik peminat dan orang ramai menyertai kelas kecergasannya itu.

Secara tidak langsung menurut Sakinah, menerusi cara itu dia dapat menarik minat peminatnya dalam memberikan kesedaran tentang mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidpuan seharian.

"Populariti itu ada kebaikannya jika ia digunakan dengan cara betul seperti menggalakkan peminat untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat dan itu yang cuba saya lakukan.

"Alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima cukup menggalakkan dan ramai di antara mereka mula menunjukkan perubahan positif," jelasnya.

Tambahnya lagi, dia juga terkejut apabila beberapa selebriti terkenal lain seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan Tasha Shila turut hadir pada aktiviti yang dianjurkannya.

Sementara itu, Sakinah berkata, pada September depan dia akan berkolaborasi dengan sebuah pusat kecergasan bagi mengadakan program selama tiga bulan yang diberi nama 52 Hours with Sharifah Sakinah Fiesta Fitness.

Jelas Sakinah, dia menyasarkan seramai 5,000 peserta menyertai program istimewa itu dengan pelbagai aktiviti kecergasan dalam tempoh tiga bulan.

iskandarX: is pun heran, klau Faizal Tahir dulu kena gam sebab buka baju lepas tu baling baju ke peminat terus kena gam setahun, kenapa Sharifah Sakinah, tanyang perut,  etc video kontroversi tak kena-kena gam? Apahal?

Estranged Bakal Jayakan 5 Gig Di Osaka, Nagoya Dan Tokyo


Estranged Bakal Jayakan 5 Gig Di Osaka, Nagoya Dan Tokyo

Estranged Bakal Jayakan 5 Gig Di Osaka, Nagoya Dan Tokyo


Diam-diam ubi berisi. Itulah perumpamaan kepada empat jejaka, Rich, Din, Hanafi dan Andy, yang dikenali sebagai Estranged. Seperti mengamalkan peribahasa ini, kebanyakan aktviti Estranged dijalani secara diam namun cukup terancang.

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-22 yang terkenal dengan lagu “Itu Kamu”, “Yang Pernah” dan “Aurora” ini bakal membawa muzik yang mereka percayai jauh ke negara matahari terbit.

Menggunakan tajaan sendiri, ini merupakan sebuah usaha Estranged untuk membawa muzik mereka ke pasaran baru, dan untuk kali ini ke Jepun. Nampak seperti sepi seketika daripada dunia hiburan tanah air, hakikatnya grup yang baru sahaja meriliskan album “Greatest Hits” ini sering sibuk memenuhi persembahan di acara-acara tertutup.

Malah waktu yang ‘senyap’ ini dipenuhi dengan persediaan rapi dengan menjalani latihan atau lebih tepat sesi jamming untuk beraksi di Jepun kelak.

Sebagai informasi, Estranged akan melakukan siri jelajah ke tiga buah kota di Jepun iaitu Tokyo, Osaka dan Nagoya. Pengalaman dan pembelajaran berharga ini sudah pastinya akan dikongsi bersama-sama band-band tempatan Jepun untuk rangkaian lima buah gig yang membuahkan rasa semangat dalam jiwa bermuzik mereka.

"Kami memang berasa seronok dapat melakukan gig di Jepun. Mudah-mudahan segala usaha dan kerja keras kami dapat menghasilkan sesuatu yang positif.

"Harapan kami, agar muzik kami dapat menembusi pasaran baru dan pada masa yang sama kami dapat belajar dari pengalaman yang akan ditimba sepanjang 9 hari di sana," ujar Rich yang merupakan vokalis kumpulan ini.

Estranged akan beraksi 5 Gig di Jepun;

14 April - Live labo Yoyogi, Tokyo

15 April - Imauke Club 3Star, Nagoya

18 April - Otsuka Hearts, Tokyo

20 April - Meguro Rockmaykan, Tokyo

Bakal beraksi sepanjang 30-45 minit di setiap gig, Estranged akan membawakan sekitar lapan ke sembilan buah lagu yang sudah tentunya dipetik daripada album In Hating Memory, Remain Unknown, & Anugerah Hidup.

“Siri jelajah gig ini adalah usaha dan pelaburan Estranged sendiri dengan harapan yang tinggi untuk memperkenalkan muzik kami kepada orang Jepun.

"Walaupunhanya dapat menambat hati seorang rakyat Jepun, itu sudah memadai. Kalau dapat lebih ramai, itu akan menjadi bonus besar buat kami,” ujar Estranged. Sesungguhnya kata-kata itu kedengaran melucu tetapi memang ada kebenarannya.

Dapat Spm 8a, Anak Che Ta Mahu Hadiah Kereta Sport


Dapat Spm 8a, Anak Che Ta Mahu Hadiah Kereta Sport

Dapat Spm 8a, Anak Che Ta Mahu Hadiah Kereta Sport


Anak sulung kepada selebriti popular, Rozita Che Wan atau Che Ta iaitu Ammar Effendy, 18, yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 8A bukan saja berhasrat untuk melanjutkan pengajian di luar negara tetapi juga mengimpikan hadiah yang cukup istimewa daripada keluarganya.

Kata Ammar, dia impikan untuk dihadiahkan sebuah kereta sport memandangkan dia sudahpun memiliki lesen kereta.

“Pesan saya kepada mereka yang bakal mengambil peperiksaan SPM supaya bekerja keras kerana bukannya mudah untuk mendapat keputusan cemerlang.

“Mulakanlah pengajian secara bijak dan kerja keras dari tingkatan 4 bagi memastikan apa yang diingini tercapai,” katanya kepada portal Murai.

Kata Ammar, bersandarkan keputusan cemerlang dari peperiksaan percubaan SPM yang lalu, permohonannya untuk memasuki University of Nottingham telah pun di luluskan dan bakal menyertainya pada Mei depan.

“Alhamdulillah, saya bakal menyambung pengajian di University of Nottingham yang berlokasi di Semenyih pada Mei ini dalam bidang pengurusan perniagaan," katanya lagi kepada murai.com.my.

Zee Avi Jadikan Aizat Fahami Diri Wanita


Zee Avi Jadikan Aizat Fahami Diri Wanita

Zee Avi Jadikan Aizat Fahami Diri Wanita


Siapa sangka peluang bekerjasama dengan penyanyi tempatan yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Zee Avi menerusi lagu duet berbahasa Inggeris pertama berjudul We’ll Be Happy memberi kelebihan berbeza buat Aizat Amdan.

Sedar dia memang tidak mempunyai ramai kawan wanita, namun kata Aizat kemunculan Zee Avi dalam hidupnya telah memberi pemahaman jelas buatnya tentang diri seorang wanita.

“Begitu banyak perkara yang pelajari sepanjang mendekati Zee Avi. Sebagai semua sedia maklum, saya memang tak ramai kawan perempuan tapi menerusi kerjasama dengannya telah menjadikan saya seorang lelaki yang mengenali perempuan dengan lebih dekat.

“Dia mengajar saya bagaimana untuk berkomunikasi terutama apabila berhadapan dengan pihak media. Bila mendengar dia bercakap, seolah-olah saya sedang berada di hadapan radio kerana bagi saya dia memang ada bakat jadi penyampai radio,” jenaka Aizat tentang Zee Avi.



Aizat dan Zee Avi buat pertama kalinya telah tampil berduet dengan lagu terbaru mereka itu menerusi rancangan Bella Unwind di NTV7 pagi tadi.

Jelas Aizat, lebih banyak peluang yang akan memperlihatkan mereka berduet dengan lagu romantis berkenaan pada masa akan datang.

Katanya, We’ll Be Happy telah dirakamkan pada penghujung tahun lalu, bagaimanapun kerana masalah domestik disebabkan Zee Avi masih menetap di New York dan Los Angeles,  maka lagu berkenaan tidak dapat diperkenalkan dengan segera.

“Seperti juga lagu duet saya bersama Yuna, saya turut mengalami masalah yang sama dengan Zee Avi. Bukanlah satu kerja yang mudah kerana saya perlu mengikut masa terluang mereka dan adakalanya berkomunikasi melalui email.

“Tapi apa yang boleh saya katakan, peluang bekerjasama dengan Zee Avi merupakan peluang keemasan dan terbaik apatah lagi saya sangat menghormati dirinya sebagai seorang penyanyi dan penghibur berbakat besar,” katanya.



Lagu We’ll Be happy bakal ditempatkan di dalam album EP atau mini milik Aizat berjudul Legasi yang akan dilancarkan pada April ini.

Selain Zee Avi, album Legasi itu turut menampilkan duet bintang Akdemi Fantasia 5 berkenaan bersama-sama Yuna, Noh Hujan, Azlan & The Typewriter dan tidak ketinggalan lagu solo terbarunya.

Sementara itu kata Zee Avi, dia mula mendambakan kebanyakan hasil kerja seni Aizat sejak mendengar lagu Sungai Lui yang ternyata telah memberi inpirasi kepada banyak anak muda termasuk dirinya sendiri.

“Lagu ini telah disiapkan Aizat empat tahun lalu tapi baru tahun lalu ianya telah dirakamkan selepas saya berminat untuk menyanyikannya kerana saya menyifatkan lagu itu cukup istimewa dari melodinya yang memiliki grove dan vibes tersendiri.

“Proses merakamkan lagu ini hanya memakan makasa tiga jam iaitu pada tahun lalu dan sejak pulang ke tanah air, saya dan Aizat telah bekerjasama bagi mempromosikannya seperti di dalam program Bella NTV7 pagi ini.

“Mungkin selepas saya pulang semula ke tanah air pada April nanti, saya dan Aizat akan berganding tenaga bagi mempromosikannya di beberapa lokasi seperti di Kuching dan  Kota Kinabalu juga bersempena pelancaran album lagu kanak-kanak saya,” katanya.

Zee Avi telah berada di ibu negara sejak 4 Mac lalu bagi menjayakan sambutan Hari Malaysia Antarabangsa dan akan pulang ke Amerika Syarikat pada 29 Mac depan.

Ummi Nazeera: Saya Gadis Hijab, Bukan Ustazah!


Ummi Nazeera: Saya Gadis Hijab, Bukan Ustazah!

Ummi Nazeera: Saya Gadis Hijab, Bukan Ustazah!


Ummi Nazeera memberitahu bahawa dia adalah seorang gadis hijab dan bukannya seorang ustazah.

"Menjadi seorang ustazah seharusnya ada pada setiap wanita dan tidak semesti ianya harus menjadi profesion mereka," jelas bintang Penanggal ini lagi.

Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa Ummi Nazeera mengeluarkan kenyataan seperti ini di dalam akaun Twitter peribadinya, @umminazeera1 pada 17 Mac lalu.

Sebenarnya apa yang diluahkan oleh Ummi Nazeera itu ada kaitannya dengan beberapa skrip yang menawarkannya untuk berlakon sejak kebelakangan ini.

"Kebanyakan skrip yang saya terima mahukan saya menjadi ustazah. Tolong jangan steterotypekan gadis hijab tetapi karaektornya memang menarik," katanya.

Cemerlang Spm, Anak Che Ta Ingin Sambung Belajar Ke Oversea


Cemerlang Spm, Anak Che Ta Ingin Sambung Belajar Ke Oversea

Cemerlang Spm, Anak Che Ta Ingin Sambung Belajar Ke Oversea


Anak sulung kepada selebriti popular, Rozita Che Wan atau Che Ta iaitu Ammar Effendy, 18 menanam hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.

Ammar yang dihubungi portal murai.com.my sebentar tadi berkata, dia sudahpun menjangka untuk mendapat keputusan cemerlang iaitu 8A dalam kesemua mata pelajaran yang diambilnya termasuk dua mata pelajaran kegemarannya iaitu Matematik dan Sejarah.

Kata Ammar, bersandarkan keputusan cemerlang dari peperiksaan percubaan SPM yang lalu, permohonannya untuk memasuki University of Nottingham telah pun di luluskan dan bakal menyertainya pada Mei depan.

“Alhamdulillah, saya bakal menyambung pengajian di University of Nottingham yang berlokasi di Semenyih pada Mei ini dalam bidang pengurusan perniagaan.

“InsyaAllah, kalau ada rezeki , dari situ saya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara yang sudah menjadi impian saya selama ini” katanya yang bercita-cita ingin menjadi seorang pegawai bank pelaburan apabila tamat pengajian.

Bercerita mengenai pengalamannya mengambil keputusan SPM sekitar jam 10.30 pagi tadi, pelajar dari Kolej Yayasan Saad itu berkata tiada siapa yang menemaninya, bagaimanapun telah mengirimkan gambar keputusan tersebut melalui kiriman WhatsApp kepada ibunya sebaik sahaja keputusan berada di dalam genggamannya.

Che Ta yang sedang sibuk menjalani penggambaran Primadona di studio program bual bicara program itu di Bukit Rimau sejak pagi tadi, bagaimanapun telah berkongsikan berita gembira itu di laman sosial Instagram miliknya pagi tadi.

“Memang saya sudah jangkakan untuk menerima keputusan cemerlang ini. Tapi saya tetap gembira dan bersyukur dan terus menghantar gambar keputusan ini kepada mummy dengan menggunakan WhatsApp.

“Kemudian barulah Daddy hubungi saya dan selepas itu ramai ahli keluarga yang mula menghubungi saya,” katanya dalam nada gembira.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan