Cari Artikel

Thursday, March 13, 2014

Johan As'ari: Wanita Yang Baik Hanya Untuk Lelaki Baik


Johan As'ari: Wanita Yang Baik Hanya Untuk Lelaki Baik

Johan As'ari: Wanita Yang Baik Hanya Untuk Lelaki Baik


Johan As'ari akui dia kini sedang memperbaiki diri dari segi mendalami lebih ilmu agama selain dalam masa yang sama membuka hatinya untuk menerima cinta seorang wanita setelah gagal dalam hubungannya bersama pelakon, Lana Nordin.

Johan As'ari berkata, dia percaya jika dia mahukan jodoh yang baik dia perlu baiki dirinya untuk jadi lebih baik.

"Apa sahaja yang berlaku dalam hidup saya sebelum ini adalah satu pengalaman dan pengajaran dalam mematangkan saya.

"Malah istilah serik tidak pernah timbul kerana saya tidak pernah berasa begitu sebaliknya yakin akan menemui wanita yang sesuai dengan restu ibu bapa.

"Saya percaya wanita yang baik itu hanya untuk lelaki yang baik, jadi saya sekarang mahu memperbiki diri saya supaya menjadi seorang muslim yang baik," katanya kepada murai.com.my.

Johan ditemui ketika hadir ke majlis pelancaran program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah di Hotel Royale Chulan petang semalam.

Acara itu bakal diadakan di Dataran Masjid Putra, Persint 1, Putrajaya pada 21 Mac ini jam 8 malam.

Sementara itu, Johan berkata, kontroversi yang melanda pada tahun lalu tidak memberikan kesan kepada kariernya sebagai pelakon.

Bahkan menurutnya, dia masih menerima pelbagai tawaran daripada produksi dan memberitahu jadualnya padat sehingga Jun depan.

"Alhamdulillah rezeki saya pada tahun 2014 sangat murah walaupun pelbagai cerita kurang enak melibatkan nama saya.

"Saya juga percaya kontroversi yang melanda itu tidak ada kena mengena dengan rezeki seseorang kerana ia ketentuan Allah," luahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Johan berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Kanang Anak Langkau arahan Bade Azmi dan akan memasuki set penggambaran sekualJuvana dalam masa terdekat.

iskandarX: Sekali tengok gambar Johan yang nie nampak macam Allahyarham Sudirman Haji Arshad la pulak......

Mila Jirin: Kapten Zaharie Seorang Yang Pemurah Hati!


Mila Jirin: Kapten Zaharie Seorang Yang Pemurah Hati!

Mila Jirin: Kapten Zaharie Seorang Yang Pemurah Hati!


Mila Jirin yang juga juara Akademi Fantasia Musim 5 (AF5) mengakui bahawa Kapten Zaharie bin Ahmad Shah yang dikenali menerusi kelab peminatnya iaitu Kelab The Voice Of Mila adalah seorang yang tidak banyak bercakap tetapi sangat pemurah hati.

"Dia memang tidak lokek keluar duit untuk belanja kitaorang semua. Malah, dia juga ada hadiahkan saya dengan sebuah cermin besar berbentuk bujur sireh.

"Cermin tu besar sangat dan ia membuatkan Mila tertanya-tanya kenapa dia hadiahkan saya dengan cermin itu. Tapi, katanya cermin itu adalah refleksi kepada diri kita sendiri," kata Mila kepada murai.com.my.

Kapten Zaharie adalah juruterbang MAS yang dilaporkan hilang bersama pesawat #MH370, penumpang serta anak-anak kapal di perairan Vietnam sejak Sabtu lalu sewaktu dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing.

Menurut Mila lagi, dia juga pernah bergurau dengan Kapten Zaharie dengan pertanyaan, bilalah mereka akan berpeluang untuk menaiki kapal terbang yang sama.

"Tapi kata abang Zaharie, dia hanya mengendalikan penerbangan antarabangsa saja," kata Mila lagi.

Jelas Mila lagi, biarpun tidak begitu banyak bercakap, namun apabila sesekali bersuara, kata-kata yang terpacul dari mulut Kapten Zaharie memang penuh dengan motivasi.

"Dia suka bercakap tentang soal kerjaya serta masa depan. keperibadiannya memang macam seorang ayah-ayah dan kebetulan umurnya juga sama seperti ayah saya.

"Dia juga seorang yang pandai memasak. Dia selalu ajak kami semua datang makan di rumah dia. Pernah satu hari tu, dia masak kari kepala ikan. Memang sedap dan dia pun orang Penang macam Mila jugak.

"Tapi, masa tu, Mila tak pernah berpeluang jumpa isteri dan anaknya sebab mereka tiada di Kuala Lumpur. Kalau tak silap Mila, isterinya menemankan anak mereka belajar di Australia. Mungkin, sekarang ini, isterinya sudah pun pulang ke tanah air," katanya,

Jelas Mila lagi, ketika ini dia sentiasa tidak putus-putus mendoakan agar operasi mencari dan menyelamatkan pesawat #MH370 akan ditemui.

Dalam perkembangan lain, Mila Jirin juga bakal muncul dengan single lagu solo dan duet yang terbaru.

Bukan Abang Ipar, Tapi Kenalan Ameer Forteen Mangsa #MH370


Bukan Abang Ipar, Tapi Kenalan Ameer Forteen Mangsa #MH370

Bukan Abang Ipar, Tapi Kenalan Ameer Forteen Mangsa #MH370


Susulan daripada misteri kehilangan pesawat MH370, salah seorang selebriti yang turut mendapat tempias berkenaan berita itu ialah Ameer daripada kumpulan Fourteen.

Ini berikutan ada pihak yang tersalah anggap bahawa abang ipar penyanyi itu merupakan salah seorang anak kapal di dalam pesawat berkenaan berikutan tindakan Ameer yang memuat naik gambar seorang kenalan di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Ditemui portal murai.com.my di KRU Studios sebentar tadi,Ameer berkata individu yang dimaksudkan di laman Instagramnya itu bukanlah abang iparnya atau ahli keluarga terdekat tetapi seorang kenalan atau abang ipar kepada seorang temannya.

“Itu bukanlah Abang Ipar saya tetapi seorang kenalan. Saya memang mengenalinya dan rapat dengan individu berkenaan.

“Namun apa yang pasti saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk individu berkenaan dan sekeluarga,” katanya yang baru sahaja selesai menjalani latihan untuk konsert Fourteen pada 29 Mac ini.

Ameer berkata, dia agak terkilan apabila ada laman blog hiburan tempatan yang memberikan informasi kurang tepat berkenaan kenalannya itu yang bertugas sebagai pramugara kanan syarikat penerbangan MAS.

Namun begitu kata Ameer, sebagai  menghormati keluarga kenalannya itu, dia telah mengambil keputusan untuk memadamkan foto berkenaan di laman Instagram miliknya dengan kadar segera supaya tidak melibatkan sebarang spekulasi.

Malah kerana kesilapan informasi itu juga, dia telah menerima banyak panggilan telefon daripada pihak media untuk bertanyakan lebihlanjut berkenaan kenalannya itu tetapi enggan memberi sebarang keterangan berkaitan.

“Saya dikhabarkan pihak keluarga kenalan saya itu telah mengadakan majlis sembahyang hajat di hadapan kediaman mereka, malam semalam.

“Bagaimanapun saya tidak dapat menyertai majlis berkenaan kerana terpaksa membuat latihan untuk konsert Fourteen tidak lama lagi. Tapi senagai seorang yang mengenalinya, saya akan sering mendoakan kesejahteraan dan yang terbaik buat mangsa pesawat MH370,” katanya.

Mila Jirin Sedih Juruterbang #MH370 Yang Juga Peminatnya Hilang!


Mila Jirin Sedih Juruterbang #MH370 Yang Juga Peminatnya Hilang!

Mila Jirin Sedih Juruterbang #MH370 Yang Juga Peminatnya Hilang!


Misteri kehilangan pesawat #MH370 yang hingga kini masih belum ditemui sejak Sabtu lalu, nampaknya turut memberikan kesan yang cukup mendalam buat penyanyi Mila Jirin yang juga adalah juara Akademi Fantasia Musim 5 (AF5).

Lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa salah seorang juruterbang yang bertugas mengendalikan pesawat itu adalah Kapten Zaharie bin Ahmad Shah.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah kaitan Kapten Zaharie dengan penyanyi genit kelahiran Pulau Pinang yang popular dengan lagu Persis Mutiara ini.

Sebenarnya, di luar daripada kerjayanya sebagai seorang juruterbang, Kapten Zaharie adalah salah seorang daripada peminat Mila yang cukup aktif terlibat dalam segala aktiviti dan kegiatan yang dianjurkan Kelab The Voice Of Mila.

Kelab The Voice Of Mila adalah sebuah fan club yang diwujudkan oleh segelintir peminat buat Mila sejak mereka mengikuti bakat nyanyiannya di dalam AF5.

"Kalau tak silap Mila, kelab peminat itu ditubuhkan sekitar 2007-2008. Tapi, waktu itu Mila tak tahu pun bahawa Kapten Zaharie adalah seorang juruterbang.

"Kebanyakan kitaorang di dalam kelab peminat itu menggelarkan dia sebagai abang. Sehinggalah, waktu Mila menyambut hari jadi yang ke-23 di Melaka kira-kira 3 tahun yang lepas.

"Masa itu Mila, berpeluang untuk sembang lama dengan abang Zaharie. Masa itu jugaklah Mila tahu yang dia adalah seorang juruterbang MAS," kata Mila kepada murai.com.my.

Sambung Mila lagi, apabila mengetahui tentang kehilangan pesawat #MH370, dia ketika itu berada di Kedah dan perasaan sedih sudah mula menular di dalam dirinya.

"Namun apabila melihat nama-nama krew kabin yang terlibat, hati saya mula rasa makin tak sedap hati. Lebih-lebih lagi ternampak nama Kapten Zaharie bin Ahmad Shah.

"Tapi, sebelum ini saya tidak mengetahui nama lengkapnya. Jadi, saya tidak tahu apakah Kapten Zaharie yang dimaksudkan itu sama seperti dengan abang Zaharie yang saya kenali.

"Saya cuba posting gambar kenangan saya bersama abang Zaharie yang pernah kami ambil bersama satu ketika dulu dan ramai yang mengiyakan bahawa Kapten Zaharie yang saya kenali itu adalah salah seorang juruterbang #MH370.

"Bila saya dapat tahu juruterbang itu adalah abang Zaharie, saya rasa macam terpukul. Saya kemudian cuba untuk hubungi dia melalui telefon bimbit kerana saya mempunyai telefon bimbitnya. Tapi, telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi, " katanya lagi kepada portal Murai.

Jelas Mila lagi, ketika ini dia sentiasa tidak putus-putus mendoakan agar operasi mencari dan menyelamatkan pesawat #MH370 akan ditemui.

"Sekarang ini pun saya asyik mengikuti perkembangan tentang operasi mencari ini di Astro Awani. Tapi setakat ini, tiada apa-apa perkembangan terbaru.

"Saya rasa sangat sedih. Memang saya tiada kaitan dengannya dan bukan ahli keluarganya tetapi, kita selalunya akan rasa sedih bila kita mengenali seseorang itu apatah lagi dia adalah salah seorang daripada peminat saya.

"Ayah saya juga terkejut apabila mendapat tahu bahawa dia adalah juruterbang yang terlibat dalam pesawat #MH370 kerana ayah saya juga mengenalinya waktu di Melaka dulu.

"Saya juga terkilan kerana waktu kelab peminat ini mengadakan majlis berbuka puasa pada tahun lepas, saya tidak dapat datang. Kali terakhir saya berjumpa dengan abang Zaharie adalah pada 2 tahun yang lepas," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Mila Jirin yang turut membintangi filem Kami Histeria bakal muncul dengan single lagu solo dan duet yang terbaru  tidak lama lagi.

Rozita Che Wan Umumkan Kehamilannya Di Instagram


Rozita Che Wan Umumkan Kehamilannya Di Instagram

Rozita Che Wan Umumkan Kehamilannya Di Instagram


Rozita Che Wan, telah mengumumkan kehamilannya di Instagram, petang tadi.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 41, mengumumkan khabar gembira itu dengan memuatnaik foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan simbol positif, sekali gus mengesahkan kehamilannya selepas 4 bulan mendirikan rumahtangga bersama aktor, Zain Saidin.

Rozita Che Wan Umumkan Kehamilannya Di Instagram

"Alhamdulillah, ...syukur dengan nikmat mu ya Allah," tulis Che Ta pada ruangan caption foto tersebut.

Terdahulu, sebuah media online sebelum ini melaporkan suami Che Ta, Zain Saidin, 30, pernah meluahkan perasaan gembiranya bahawa Rozita berkemungkinan besar sudah mengandung. Zain turut berkata jika benar Che Ta hamil, itu adalah hadiah hari jadi yang terbesar pernah diterimanya.

Tiada butiran lanjut yang diumumkan Che Ta setakat ini di ruangan Instagram miliknya.

Zain dan Rozita telah berkahwin pada 11 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Rozita juga mempunyai dua cahaya mata anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan