Cari Artikel

Tuesday, March 11, 2014

Cecah 116,497, Isu #mh370 Tak Jejas Page Kami Sokong Liyana Manan


Cecah 116,497, Isu #mh370 Tak Jejas Page Kami Sokong Liyana Manan

Cecah 116,497, Isu #mh370 Tak Jejas Page Kami Sokong Liyana Manan


Isu #MH370 yang ketika ini sedang menjadi tumpuan banyak pihak akan meredakan sedikit isu merampas suami orang yang melibatkan pelakon Hanez Suraya dengan seorang usahawan berstatus suami orang iaitu Romie Razin Adilha.

Sebaliknya, sangkaan Murai Batu itu benar-benar meleset rupanya. Malah, sewaktu negara digemparkan dengan kehilangan kapal terbang Boeing 777-200ER pada Sabtu lalu, page Kami Sokong Liyana Manan yang diwujudkan oleh penyokong Liyana Manan terhadap isteri kepada Romie Razin Adilha itu terus berjaya mengumpul banyak follower daripada masa ke sama.

Lebih menarik, page Kami Sokong Liyana Mana ini juga berjaya mengumpulkan 100,000 ribu follower dalam masa tidak sampai 3 hari penuh ia diwujudkan. Pada malam Jumaat lalu saja, page ini sudah berjaya mengumpul follower sebanyak 93,000.

Terbaru, jumlah page like Kami Sokong Liyana Manan adalah 116,497. Satu pencapaian yang boleh Murai Batu sifatkan sebagai luar biasa.

Namun, bagi Murai Batu, ianya juga bukanlah sesuatu yang pelik kerana sudah menjadi adat dunia, masyarakat tidak akan mampu terima seandainya seseorang wanita didakwa menjadi perampas suami orang.

Dalam kes ini, Hanez Suraya telah menjadi mangsa cemuhan masyarakat kerana sanggup menjalinkan hubungan yang serius serta berkahwin dengan Romie Razin Adilha sedangkan kes cerainya dengan Liyana Manan masih belum selesai serta diputuskan oleh pihak mahkamah lagi.

Apapun, Murai Batu harap buat masa ini kita semua akan sentiasa mendoakan kesejahteraan serta keselamatan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kehilangan #MH370.

Murai Batu juga nak berpesan pada korang semua, janganlah posting sesuatu yang boleh menimbulkan spekulasi dan janganlah wujudkan akaun laman sosial yang fake yang kononnya ada kena-mengena dengan keluarga mangsa #MH370.

Ini bukan satu isu yang joke ya. Ini satu isu yang serius yang melibatkan nyawa mangsa. Kasihani pada keluarga mangsa yang kebanyakannya masih tidak mampu terima dengan berita kehilangan #MH370 ini.

Selebriti Lakukan Solat Hajat Doakan Kru & Penumpang #mh370


Selebriti Lakukan Solat Hajat Doakan Kru & Penumpang #mh370

Selebriti Lakukan Solat Hajat Doakan Kru & Penumpang #mh370


Kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan Boeing 777-200ER, MH370, kini telah menggemparkan seluruh dunia dan rakyat Malaysia khususnya.

Malah, ramai yang masih menanti dan mengharapkan berita gembira mengenai kehilangan pewasat itu.

Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk seluruh penumpang dan anak kapal MH370.

Murai Batu lihat selain pihak berkuasa yang menjalankan usaha untuk mencari pesawat itu, umat Islam lain juga mendoakan serta menjalankan solat hajat di beberapa masjid pada malam semalam.

Selain orang ramai, Murai Batu perhatikan para selebriti juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama mengikuti solat hajat yang dijalankan di beberapa masjid.

Antara selebriti yang menunjukkan sokongan dengan melakukan solat hajat adalah Datuk Aznil Hj Nawawi, Ray Era FM, Haniff Era FM dan ramai lagi.

Aznil turut berkongsi gambar mereka di laman sosial Instagram ketika di masjid bersama-sama jemaah yang mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat itu.

Murai Batu rasa ini satu contoh yang baik ditunjukkan oleh artis Malaysia kerana ia menunjukan mereka juga insan perihatin terhadap isu yang berlaku terhadap sebahagian rakyat Malaysia.

Murai Batu dan seluruh warga Murai juga turut berharap dan berdoa atas keselamatan seluruh penumpang pesawat itu.

Dua Penyingkiran Sekaligus Dalam Ffm 2 Minggu Ini


Dua Penyingkiran Sekaligus Dalam Ffm 2 Minggu Ini

Dua Penyingkiran Sekaligus Dalam Ffm 2 Minggu Ini


Program Fear Factor Malaysia 2 untuk minggu keempat telah menyaksikan kejutan apabila dua penyingkiran berlaku sekali gus.

Penyingkiran tanpa ‘belas kasihan’ ini menyaksikan pelakon Yana Samsudin dan Janice disingkirkan dalam cabaran kedua iaitu ‘Tunggang Terbalik’ selepas gagal menyempunakan cabaran itu. Satu lagi pasangan menerima nasib yang sama adalah Shah Iskandar dan Kartini.

Nasib tidak menyebelahi Yana Samsudin dan Janice apabila mereka gagal mencatat mangsa terpantas dalam misi 'Tunggang Terbalik' dan masa yang dicatat mereka hanyalah satu saat kurang daripada pasangan Thanuja dan Joy.

Bagaimanapun Yana tidak menyalahkan Janice sebaliknya berbangga dengan pencapaian mereka setakat ini.

“Saya bangga dengan Janice sebab dia mahu juga cuba lakukan cabaran tersebut dan dia tidak putus asa. Saya dah berjaya jadikan dia seorang yang lasak,” katanya

Sementara itu, Shah Iskandar dan Kartini terus bernasib malang apabila gagal memanfaatkan peluang yang diberi di mana mereka sepatutnya tersingkir di episod kedua yang lalu.

Dalam cabaran ketiga ‘Tanam Hidup-Hidup’, mereka perlu masuk ke dalam sebuah bekas yang dipenuhi lipas dan tangan mereka digari.

Untuk memenangi cabaran tersebut, mereka perlu membuka gari menggunakan kunci yang betul dengan masa terpantas.

Perkara yang mengejutkan berlaku apabila pasangan pilihan iaitu Azura dan Rachel serta Shuib dan Zakaria berada di tangga tercorot pada minggu ini.Namun tuah masih menyebelahi mereka apabila nama Shah Iskandar dan Kartini diumumkan sebagai peserta tersingkir oleh hos FFM 2, Aaron Aziz.

Minggu keempat ini telah menyaksikan pasukan Bambang dan Faisal sekali lagi berjaya merampas RM10,000 dalam cabaran ‘Selirat Bisa’.

Bagaimana pula dengan minggu akan datang? Adakah mereka mampu mengekalkan kemenangan tersebut?

Siapa pula yang bakal tersingkir?

Sama-sama kita nantikan.

Enggan Kongsi Kisah Cinta, Syamsul-sarah Rancang Umrah Bersama


Enggan Kongsi Kisah Cinta, Syamsul-sarah Rancang Umrah Bersama

Enggan Kongsi Kisah Cinta, Syamsul-sarah Rancang Umrah Bersama


Meskipun sudah sah menjadi pasangan suami isteri, namun pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, masih enggan berkongsi detik manis perkenalannya dengan isteri iaitu aktres Puteri Sarah Liyana, 29, bagi mengelakkan daripada berlaku fitnah.

Syamsul berkata, dia lebih selesa untuk merahsiakan semua hal peribadi termasuk kisah percintaanya bersama isteri berbanding mendedahkannya kepada umum.

"Sebenarnya, saya rasa biarlah kisah pertemuan dan percintaan kami menjadi hak peribadi dan hanya kami sahaja yang tahu.

"Saya tidak mahu bila ia diceritakan nanti akan timbul cerita-cerita tidak benar yang jatuh kepada fitnah," katanya kepada Murai ketika ditemui selepas selesai majlis nikah mempelai itu di Masjid Al-Mukarramah, Sri Damansara, Sabtu lalu.

Syamsul yang hadir dalam keadaan kurang sihat akibat demam denggi masih lagi mendapat rawatan oleh seorang doktor ketika majlisnya dan dia bergegas kembali mendapat rawatan seterusnya di Pusat Perubatan Gleneagles selepas majlis nikah dan sidang media pernikahannya.

Pasangan ini selamat dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid kira-kira pukul 10.30 pagi Sabtu dengan sekali lafaz.

Pun begitu, Syamsul menzahirkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang berjalan lancar. Katanya, dia tetap mahu meneruskan majlis tersebut biarpun dalam keadaan kurang sihat kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.

"Saya pun tidak sangka dapat meneruskan majlis ini kerana ia bergantung keadaan saya dan Alhamdulillah sejak semalam lagi saya rasa sudah semakin sihat untuk datang dan teruskan majlis ini.

"Saya tidak mahu menangguhkan majlis ini kerana semua sudah diaturkan dan kalau tunda ia akan menimbulkan banyak masalah pada semua pihak," jelasnya.

Sementara itu, ditanya tentang keistimewaan Puteri Sarah, dia berkata, wanita itu mempunyai ciri-ciri seorang isteri solehah yang boleh dibimbing. Dia juga akui sentiasa belajar lebih banyak ilmu agama bagi menjadi seorang suami dan ketua keluarga yang baik.

Apabila ditanya dimanakah lokasi bulan madu untuk meraikan cinta mereka berdua yang sudah sah menjadi suami isteri, Syamsul belum merancang apa-apa selain mahu mengerjakan Umrah bersama isterinya.

"Sebenarnya kami tak bincang pun lagi nak bulan madu ke mana tapi Sarah ada beritahu dia mahu mengerjakan Umrah bersama.

"Jadi saya rasa ada baiknya kerana Ramadhan pun dah dekat dan mungkin kami akan berangkat pada penghujung bulan puasa,"luahnya.

Majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan keadaan kesihatan Syamsul.

Manakala majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 18 April depan, serentak dengan majlis resepsi adiknya, Syafiq Yusof.

Harith Iskandar Perli Status Lawak Twitter Zed Zaidi Tentang Mh370


Harith Iskandar Perli Status Lawak Twitter Zed Zaidi Tentang Mh370

Harith Iskandar Perli Status Lawak Twitter Zed Zaidi Tentang Mh370


Sedang pada seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan Boeing 777-200 MH370, nama bekas Presiden Seniman, Zed Zaidi tiba-tiba menjadi bualan hangat.

Murai Batu sedar, perkara itu berlaku kerana Zed Zaidi telah membuat lawak serta memperlekehkan insiden tersebut dengan mempersoalkan tentang kebenaran berita itu dan mengaitkannya dengan isu hidangan 'nasi lemak telanjang' dan 'asam pedas' MAS.

Murai Batu lihat, kenyataan tersebut telah menimbulkan kemarahan dan mendapat kecaman daripada pengguna laman sosial termasuk rakan artis serta menyifatkan pelakon itu tidak sensitif dengan insiden yang berlaku.

Antara rakan artis yang menegur statusnya adalah pelawak, Harith Iskandar yang merasakan status yang dinaikan itu adalah kurang bijak.

Namun begitu, kenyataan tersebut telah dipadam tidak lama kemudian malah Zed juga membuat permohonan maaf secara terbuka melalui medium yang sama.

Zed bagaimanpun Murai Batu baca mengakui dia keliru dengan maklumat berkenaan dan tidak berniat untuk memburukkan keadaan serta mendoakan agar semuanya selamat.

Mura Batu rasa kehilangan pesawat MH370 tidak patut dipersendakan kerana ramai ahli keluarga mangsa yang sedang bersedih apabila sehingga kini pesawat itu masih belum ditemui dab dikenalpasti.

Jadi Murai Batu harap kita janganlah sewenang-wenangnya menimbulkan apa -apa spekulasi sendiri sebaliknya berdoa atas keselamatan mereka.

MuraiBatu: Masih menunggu berita rasmi. #PrayForMH370

Puteri Sarah Liyana Sah Milik Syamsul Yusof


Puteri Sarah Liyana Sah Milik Syamsul Yusof

Puteri Sarah Liyana Sah Milik Syamsul Yusof


Puteri Sarah Liyana sah diijabkabulkan dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.30 pagi.

Pasangan itu disatukan di majlis nikah yang penuh sederhana yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara.

Mempelai dinikahkan oleh Penolong Pendaftar NikahKariah Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa berwakil walikan bapa Puteri Sarah, Megat Kamaruddin Megat Shamsudin.



Majlis nikah itu dihadiri oleh ibu bapa kedua mempelai Megat Kamaruddin Megat Shamsudin dan Puan Paridah Puteh serta Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Patimah Ismail. Selain yang turut dihadiri oleh 200 tetamu lain termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan para media.



Syamsul menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1111 kepada Puteri Sarah selain berbalas hantaran dengan 7 dulang dari pihak lelaki dan 9 dulang dari pihak perempuan.



Namun majlis resepsi yang sepatutnya dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan N'dah Mahligai Shah Alam ditangguhkan kerana Syamsul masih lagi belum sihat sepenuhnya selepas menghidap deman denggi sejak 2 Mac.

Shila Nyanyi Lagu Beyonce - Listen Di I Am A Singer


Shila Nyanyi Lagu Beyonce - Listen Di I Am A Singer

Shila Nyanyi Lagu Beyonce - Listen Di I Am A Singer

Shila Amzah dalam program realiti nyanyian, I Am A Singer terbitan Hunan TV di China pada minggu lalu.

Minta maaflah sebab terlalu sibuk dengan perkara lain, Murai Batu tak sempat nak update kat korang semua. Tapi, yang pastinya Shila Amzah masih lagi kekal berada di I Am A Singer dan terus mara ke episod yang seterusnya iaitu episod 9 yang bakal bersiaran di Hunan TV pada malam ini.

Biarpun ditentang hebat oleh penyanyi Hong Kong, G.EM yang berjaya bangkit semula membawakan lagu Lady Marmalade dan Shila pula dengan lagu Jay Chou iaitu The Longest Movie (sebenarnya tajuk ini bukanlah tajuk rasmi) dalam episod ke-8 pada minggu lepas, namun Shila masih berjaya berada di dalam program realiti ini.

Menariknya di dalam episod ke-9 pada malam ini, Shila Amzah bakal membawakan lagu Listen daripada Beyonce, manakala pesaingnya, G.E.M memilih untuk mempersembahkan lagu Jay Chou.

Mampukah Shila Amzah menewaskan G.E.M pada minggu ini setelah G.E.M berjaya menewaskan Shila Amzah pada minggu lepas dengan kedudukan di tempat kedua dan Shila di tempat ketiga?

Segalanya mungkin dan tidak mustahil kerana pada episod ke-7, Shila berjaya meraih kedudukan di tempat kedua, manakala G.E.M pula terpaksa menerima hakikat apabila meraih kedudukan di tangga keempat.

So, pada semua peminat serta penyokong Shilalas, jangan lupa saksikan persaingan sengit di antara Shila dan G.E.M pada malam ini ya.

Kak Engku Nasihat Hanez Supaya Hormati Perasaan Wanita


Kak Engku Nasihat Hanez Supaya Hormati Perasaan Wanita

Kak Engku Nasihat Hanez Supaya Hormati Perasaan Wanita

Hanez Suraya yang dituduh merampas suami orang baru-baru ini telah menjadi perbualan dan perhatian ramai termasuk selebriti tanah air.

Terpanggil untuk mengulas mengenai isu pelakon berkenaan, penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau lebih popular dengan panggilan Kak Engku akui sepatutnya sebagai seorang wanita, Hanez perlu lebih menghormati perasaan wanita lain.

"Pada saya Hanez perlulah hormati hati wanita lain kerana fikirlah kalau lelaki itu boleh buat begitu pada isterinya tak mustahil dia boleh buat perkara yang sama kepadanya.

"Saya rasa janganlah campur masalah rumahtangga mereka dan lebih baik nasihatkan lelaki itu selesaikan rumahtangganya dahulu sebelum meneruskan hubungan dengannya.

"Fikirlah, pasti ada sebab mengapa rumahtangga mereka bermasalah dan Hanez belum tahu lagi apa masalah sebenarnya,"katanya kepada murai.com.my di Menara Kuala Lumpur sebentar tadi.

Kak Engku pagi tadi menyahut cabaran bersiaran bersama Sinar FM dari ketinggian 300 meter di atas Lapangan Terbuka Menara Kuala Lumpur seawal jam 6 pagi tadi.

Cabaran itu disahut sempena Hari Wanita Sedunia tahun ini. Selain itu ianya bertujuan untuk mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Tunggal Malaysia.

Bercerita mengenai pengalamannya yang pertama kali bersiaran di tebing atas tempat terbuka Menara Kualumpur itu, Kak Engku akui sangat gementar.

"Terus-terang dari semalam saya tidak dapat tidur dan makan apa-apa kerana terlalu berdebar. Tapi alhamdulilah saya dapat laksanakan dengan sempurna.

"Saya harap semangat ini dapat dijadikan inspirasi kepada ibu tunggal lain dan saya mahu ianya jadi kebanggaan pada anak-anak saya juga," luahnya lagi.

Hasil kutipan dan pembelian tiket pengunjung pada waktu siaran itu mereka berjaya mengumpul RM3,000.

Elfira Loy Galas Tugas Penyampai Radio Era Fm Bermula Sabtu


Elfira Loy Galas Tugas Penyampai Radio Era Fm Bermula Sabtu

Elfira Loy Galas Tugas Penyampai Radio Era Fm Bermula Sabtu

Sebelum Murai Batu berkata apa-apa, Murai Batu nak ucapkan tahniah dulu buat pelakon remaja, Elfira Loy yang bakal memulakan tugas sebagai penyampai Radio ERA fm, bermula esok hari.

Ya, apa yang Murai Batu katakan ini bukanlah satu propaan ya, tapi memang sahih Elfira Loy adalah seorang lagi selebriti tempatan yang telah dipilih untuk menyertai keluarga ERA fm untuk mengendalikab segmen radio nombor satu negara itu pada hari minggu.

Selain Elfira Loy, ada tiga orang lagi personaliti yang bakal diserap masuk sebagai penyampai radio ERA fm adalah bekas wartawan Propaganza, Elly Arifin, Shuk SYJ dan Shasha Alkhred.

Wah! Makin bertambah besar keluarga ERA fm sekarang. Apapun, kalau korang nak dengar macam mana Elfira Loy serta personaliti-personaliti yang lain berceloteh, berinteraksi bersama pendengar ERA fm serta bertugas di konti, jangan lupa dengarkan ERA fm pada hujung minggu ni.

21,000 Likes Laman Facebook Kami Benci Hanez Suraya


21,000 Likes Laman Facebook Kami Benci Hanez Suraya

21,000 Likes Laman Facebook Kami Benci Hanez Suraya

Tak sangka pula bahawa sebahagian penyokong Liyana Manan turut mewujudkan laman facebook, Kami Benci Hanez Suraya.

Menggunakan alamat: https://www.facebook.com/pages/KAMI-BENCI-HANEZ-Suraya, Admin yang telah mewujudkan laman facebook tersebut memberitahu bahawa laman itu tidak ada kena-mengena dengan laman facebook, Kami Sokong Liyana Manan.

Ertinya, ia bukanlah diwujudkan oleh seorang atau sekumpulan Admin yang sama. Lagipun ada kenyataan yang tertera tentang laman tersebut: page ini tidak ade kena mngena dgn kluarga liyana manan. harap maklum. page ini hanya ingin mengajak rakyat malaysia menyahkan artis ****** tersbut. sekian

Sebagaimana laman facebook, Kami Sokong Liyana Manan,laman facebook Kami Benci Hanez Suraya juga turut diwujudkan pada hari yang sama dengan sidang media tergempar Hanez Suraya diadakan.

Malah, gambar profile kedua-dua laman tersebut juga turut menggunakan gambar yang sama iaitu gambar Liyana bersama dengan kenyataannya: Hanez Suraya Rampas Suami Saya.

Dan sejak ia diwujudkan pada Rabu yang lalu, laman Facebook ini telah berjaya mengumpul Likes sebanyak 21,070 setakat ini dan angka itu dijangka bertambah dari masa ke semasa.

MURAIBATU: Selamat Hari Wanita buat semua golongan wanita khususnya di Malaysia.....

Belum Pulih Denggi, Pernikahan Syamsul Tetap Diteruskan


Belum Pulih Denggi, Pernikahan Syamsul Tetap Diteruskan

Belum Pulih Denggi, Pernikahan Syamsul Tetap Diteruskan

Syamsul Yusof masih belum pulih, namun perkahwinannya dengan aktres Puteri Sarah Liyana tetap akan diteruskan.

Bapa kepada Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam ketika dihubungi memberitahu, Syamsul akan dibawa keluar dari hospital untuk melangsungkan majlis pernikahannya esok.

“Kami telah meminta keizinan doktor untuk membawa keluar Syamsul awal pagi esok, bagaimanapun ia bergantung kepada kesihatan dia.

“Kalau dia terus lemah, kemungkinan besar ia terpaksa ditangguhkan juga dan kita tak boleh buat apa-apa. Kita akan patuhi arahan dan nasihat doktor. Bagaimanapun, Syamsul akan dimasukkan ke wad semula selepas majlis selesai.

“Perbincangan dengan keluarga pihak perempuan telah dibuat, mereka juga bersetuju dengan perkara ini,” katanya pagi tadi.

Menurutnya lagi majlis tersebut akan diteruskan atas kemahuan Syamsul sendiri.

“Syamsul yang inginkan pernikahan ini diteruskan juga. Dia tak mahu tangguh-tangguh lagi. Keputusan itu dia sendiri yang buat.

“Lagipun kata Syamsul dia bimbang kalau majlis esok ditangguhkan, ia akan merumitkan lagi keadaan dan menyukarkan banyak pihak contohnya seperti jurunikah yang telah pun menyusun jadualnya untuk pernikahan ini.

Takut nanti kalau nak ditukarkan ke tarikh lain, jurunikah pula akan ada hal dan ianya akan tertangguh lagi.

“Atas sebab kesihatan, majlis resepsi sebelah perempuan akan ditangguhkan pada hujung bulan ini,” katanya.

Tambah Datuk Yusof, dia berharap agar majlis pernikahan anak sulungnya itu dapat dilangsungkan esok.

“Kalau boleh, biarlah majlis berjalan lancar. Saya harap kesihatan anak saya akan lebih baik. Buat masa ini Alhamdulillah. Cuma di badan dan mukanya ada bintik-bintik merah,” ujarnya Datuk Yusof lagi.

Pengarah filem "KL Gangster" itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak 2 Mac lalu kerana menghidap demam denggi.

Majlis pernikahan Syamsul dan pelakon Puteri Sarah Liyana akan diadakan di Masjid Sri Damansara, Petaling Jaya, pada pukul 10 pagi, Sabtu ini.

Akur Nurliyana Enggan Mohon Maaf, Hanez Minta Henti Diaibkan


Akur Nurliyana Enggan Mohon Maaf, Hanez Minta Henti Diaibkan

Akur Nurliyana Enggan Mohon Maaf, Hanez Minta Henti Diaibkan

Hanez Suraya akur dengan keputusan isteri kepada kekasihnya, Nurliyana Abd Manan yang enggan menuruti permintaanya supaya membuat permohonan maaf atas dakwaan memfitnah dan memalukannya.

Malah, Hanez berkata dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap wanita itu.

"Terpulang kepada dia (Nurliyana) sama ada ingin memohon maaf atau pun tidak dan saya juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadapnya.

"Selepas ini pun, saya akan berdiam diri dan tidak akan mengulas apa-apa mengenai isu ini kerana bimbang perkara berkenaan akan menjadi bertambah besar dan disalahtafsirkan oleh pelbagai pihak," katanya kepada Murai.

Hanez ditemui pada sidang media teater Projek Kahwin di Dewan N'Dah Shah Alam, petang semalam.

Pelakon drama Autumn Di Hatiku itu mengulas kenyataan balas wanita berkenaan yang enggan memohon maaf seperti diminta Hanez dalam satu sidang media khas yang diadakan pada Rabu lalu.

Sidang media yang turut dihadiri oleh kekasihnya, Romie Razin Adilha turut mendakwa tuduhan Hanez merampas suaminya itu adalah fitnah semata-mata.

Selain itu, Hanez turut berkata, dia sentiasa terbuka untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku tanpa melibatkan media selain bersedia bertemu dengan isteri kekasihnya supaya salah faham berkenaan dapat diselesaikan.

"Saya rasa selepas ini dia tidak perlu lagi menggunakan media untuk membuka aib dan ia patut diselesaikan secara tertutup antara saya dan dia sahaja.

"Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan wanita berkenaan bagi menjelaskan situasi sebenar namun saya tidak boleh masuk campur tentang urusan rumah tangga mereka berdua," nyatanya.

Selain Hanez, Projek Kahwin turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.Ia bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan.

Laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan Telah Diwujudkan


Laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan Telah Diwujudkan

Laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan Telah Diwujudkan

Hampir seluruh masyarakat di Malaysia ketika ini berpihak kepada Nurliyana Abdul Manan serta menyatakan sokongan mereka mereka buat isteri kepada Romie Razin Adilha yang juga adalah teman lelaki kepada pelakon Hanez Suraya.

Sebabnya, kebanyakan daripada mereka memang tidak dapat menerima tindakannya menjalinkan hubungan Romie kerana statusnya masih lagi suami orang, biarpun lelaki itu sedang dalam proses untuk bercerai dengan isterinya.

Seperkara lagi, mereka juga tidak dapat menerima tindakan Hanez Suraya bercuti di Thailand bersama Romie serta memuatnaik gambarnya bersama anak-anak Romie dan Liyana.

Begitu juga dengan keputusan mereka untuk bernikah selepas Romie mengambil inisiatif untuk datang berjumpa dengan keluarga Hanez Suraya.

Sebagai menyatakan sokongan mereka terhadap Nurliyana Abdul Manan atau lebih mesra disapa sebagai Liyana, Murai Batu dapat tahu, sebuah page Kami Sokong Liyana Manan telah diwujudkan di laman sosial Facebook.

Beralamat: https://www.facebook.com/KamiSokongLiyanaManan, page Kami Sokong Liyana Manan itu telah diwujudkan sejak semalam iaitu sama harinya dengan sidang media tergempar Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha.

Menariknya, hingga setakat ini, page tersebut telah menerima jumlah Like sebanyak 2,489. Di dalam page itu juga, kebanyakan penyokong Liyana telah berkongsi luahan, pandangan serta rasa tidak puas hati mereka terhadap Hanez Suraya serta Romie.

Malah, ada juga di antara mereka penyokong Liyana juga turut berkongsi informasi dengan perkembangan terkini mengenai isu Hanez Suraya dengan suami Liyana.

Tidak kurang juga yang menyertakan informasi mengenai bukti-bukti bahawa tempoh Hanez Suraya dan Romie kenal serta menjalinkan hubungan sebenarnya sudah lama. Betul atau tidak, Murai Batu pun tak pasti, tapi korang boleh check sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan