Cari Artikel

Saturday, March 8, 2014

Romie Akui Tunggu 3 Bulan Untuk Nurliyana Mentaatinya


Romie Akui Tunggu 3 Bulan Untuk Nurliyana Mentaatinya

Romie Akui Tunggu 3 Bulan Untuk Nurliyana Mentaatinya


Romie Razin Adilha akui telah beberapa kali mencuba untuk berbaik semula dengan isterinya, Nurliyana tetapi gagal.

Romie turut mendedahkan dia dan isteri sudah lama tidak sebumbung sejak isterinya dua kali memfailkan perceraian pada tahun 2011 dan 2013.

Malah Romie sendiri memberitahu dia pernah memberi peluang  selama 3 bulan untuk Nurliyana pulang mentaatinya tetapi turut gagal.

Kepada pembaca murai.com.my yang ingin mengetahui lebih lanjut apa yang berlaku di dalam sidang media yang diadakan di Hotel One World, Damansara semalam, istimewanya sebuah video ketika sidang media semalam disiarkan sepenuhnya untuk anda.

Segala kenyataan ahli pernigaan berusia 34 tahun itu terdapat dalam video khas murai ini untuk tatapan orang ramai yang mahu menilai sejauh mana kebenarannya. Dalam sidang media itu, Romie turut hadir bersama Hanez dan peguam masing-masing.

Ingin lihat bagaimana reaksi wajah Hanez dan Romie kektia bertalu-talu soalan diajukan media di dalam sidang media tersebut? Saksikan video di bawah ini.



Hanez Suraya Sedia Berdepan Dengan Nurliyana


Hanez Suraya Sedia Berdepan Dengan Nurliyana

Hanez Suraya Sedia Berdepan Dengan Nurliyana


Hanez Suraya akui bersedia untuk berdepan dengan isteri kepada kekasihnya iaitu Nurliyana Abd Manan jika perlu.

Hanez Suraya juga turut menjelaskan mengapa dia masih mahu meneruskan hubungan cintanya dengan Romie Razin Adilha sedangkan masalah rumahtangga atau kes perceraian pasangan itu di mahkamah masih belum selesai.

Kepada pembaca murai.com.my yang ingin mengetahui lebihlanjut apa yang berlaku di dalam sidang media yang diadakan di Hotel One World, Damansara semalam, istimewanya sebuah video ketika sidang media semalam disiarkan sepenuhnya untuk anda.

Segala kenyataan pelakon Autumn Di Hatiku itu terdapat dalam video khas murai ini untuk tatapan orang ramai yang mahu menilai sejauh mana kebenarannya.

Dalam sidang media itu, Hanez tidak hadir keseorangan sebaliknya ditemani peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman, manakala kekasihnya yang memperkenalkan diri sebagai Romie Razin Adilha juga turut tampil bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.



Sakit Hati Sampai Mati Pertaruhkan Nasib Fakhrul Razi


Sakit Hati Sampai Mati Pertaruhkan Nasib Fakhrul Razi

Sakit Hati Sampai Mati Pertaruhkan Nasib Fakhrul Razi

Semakin ramai nampaknya kemunculan penyanyi lelaki yang ingin mencuba nasib sebagai penyanyi komersial di negara ini.

Terbaru, seorang lagi penyanyi lelaki kelahiran Brunei yang mahu dikenali sebagai Fakhrul Razi telah  mengambil tempat dengan single pertamanya berjudul Sakit Hati Sampai Mati (SHSM).

Mengetengahkan muzik pop r&b, lagu SHSM yang menyentuh jiwa itu dilahirkan Fakhrul Razi menerusi klip video pertamanya yang bakal dijadikan santapan pembukaan sebagai memperkenalkan namanya dipersada dunia muzik tanah air.

Apa yang pasti, selain melodinya yang mendayu dan menyentuh sukma, klip video berkenaan juga dilahirkan dalam kualiti yang cukup sempurna bersama jalan cerita tersendiri berkenaan dua insan bercinta.

Bagaimanapun, album sulung Fakhrul Razi berjudul Mutlak telahpun berada di iTunes sejak 25 Februari lalu dan bakal dilancarkan dalam bentuk cakera padat pada April depan.

Mula menyanyi sejak berusia 14 tahun, nama Fakhrul Razi bukan lagi asing di negaranya, apatah lagi di peringkat antarabangsa dia pernah menempatkan diri di peringkat akhir World Championships of Performing Arts di Hollywood baru-baru ini.

Selain menyanyi, Fakhrul Razi juga merupakan pengacara untuk rancangan Rampai Pagi di Radio Televisyen Brunei (RTB) dan juga bertindak sebagai penyampai radio untuk sebuah stesen radio bebas di Brunei iaitu Kristal FM.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan