Cari Artikel

Thursday, March 6, 2014

Nurliyana: Hanez Suraya Yang Perlu Minta Maaf Pada Saya!


Nurliyana: Hanez Suraya Yang Perlu Minta Maaf Pada Saya!

Nurliyana: Hanez Suraya Yang Perlu Minta Maaf Pada Saya!

Isteri kepada Romie Razin Adilha, Nurliyana Abdul Manan mempersoalkan tindakan pelakon Hanez Suraya yang meminta dia membuat permohonan maaf kepada aktres tersebut atas tuduhan menjejaskan maruah dirinya apabila digelar perampas suami orang.

Menerusi kenyataan yang dibuat terhadap Berita Harian hari ini, Nurliyana berkata, kenapa pula dia yang perlu meminta maaf, padahal Hanez Suraya yang sepatutnya berbuat demikian.

"Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah-olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam-macam lagi.

"Saya marah kerana dia muat naik gambarnya bersama anak-anak saya. Saya masih isteri Romie, belum becerai lagi. Itu hakikatnya.

"Apabila saya bersuara dan tampilkan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes perceraian kami selesai dulu," katanya.

Hanez Suraya Sedih Dihukum Masyarakat Tanpa Ketahui Cerita Sebenar


Hanez Suraya Sedih Dihukum Masyarakat Tanpa Ketahui Cerita Sebenar

Hanez Suraya Sedih Dihukum Masyarakat Tanpa Ketahui Cerita Sebenar

Hanez Suraya akui dirinya agak tertekan selepas timbulnya kontroversi ini mengenai isu dia didakwa merampas suami orang sepertimana yang ditimbulkan oleh isteri kepada teman lelakinya, Nurliyana Abd Manan.

“Hubungan mereka sudah bermasalah sebelum saya mengenali Romie. Saya tidak mengganggu rumah tangga sesiapa. Jika mereka masih bahagia, saya tidak akan teruskan hubungan dengannya.

“Sejak awal lagi Romie jujur dengan saya…Dia telah menunjukkan keikhlasan dirinya dan dia bawa saya kenal dengan keluarga dan anaknya.

"Jadi perkara itu buat saya yakin dan dia juga sudah berjumpa dengan keluarga saya,” kata Hanez Suraya yang ditemani peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman dalam sidang media tergempar yang diadakan di Hotel One World, petang semalam.

Tambah Hanez Suraya lagi, sejak kenyataan dikeluarkan Liyana baru-baru ini, ramai yang telah menghina serta mencacinya.

“Saya sedih kerana mereka menghakimi sebelum tahu cerita di pihak saya. Sebab itu saya tampil dengan sidang media ini untuk membersihkan kembali nama saya,” ujarnya.

Menjawab soalan media tentang sama ada pihaknya mahu Nurliyana membuat permohonan maaf atau pun tidak, peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abd Rahman menjelaskan jika perkara itu berterusan pihaknya terpaksa memikirkan tindakan seterusnya.

“Kalau perkara ini berlarutan, baru kami akan fikirkan. Tapi kalau pihak sana rasa mereka sudah bersalah, mereka harus mohon maaf,” katanya.

Dalam pada itu Hanez menambah, perkara ini sudah melibatkan keluarga saya, melibatkan semua orang juga kerana satu Malaysia sudah tahu.

"Dia melakukan ‘pendedahan’ secara terbuka, jadi kalau pihak sana ingin memohon maaf, saya mahu secara terbuka juga.

"Mengenai tempoh pula, pihak saya dan peguam akan melihat dahulu bagaimana situasinya. Kalau mereka enggan memohon maaf, kita akan lihat dulu macam mana, belum tahu lagi," katanya lagi.

Didakwa Memfitnah, Isteri Kekasih Hanez Suraya Tak Mahu Komen


Didakwa Memfitnah, Isteri Kekasih Hanez Suraya Tak Mahu Komen

Didakwa Memfitnah, Isteri Kekasih Hanez Suraya Tak Mahu Komen

Isteri kepada kekasih Hanez Suraya iaitu Nurliyana Abd Manan tidak mahu memberikan sebarang komen apabila diminta mengulas mengenai dakwaan memfitnah pelakon itu kerana merosakkan rumahtangganya dengan merampas suaminya.

"Saya minta maaf. Buat masa sekarang saya tidak mahu memberikan sebarang komen," katanya kepada murai.com.my menerusi aplikasi Whatssapp semalam.

Nurliyana diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh suaminya, Romie Razin Adilha dan Hanez Suraya dalam sidang media tergempar yang diadakan di One World Hotel, Damansara petang, semalam.

Dalam sidang media itu selain menjelaskan hal sebenar yang mendakwa Nurliyana telah memfitnah mereka, Hanez turut menuntut permohonan maaf daripada wanita berkenaan kerana telah memalukan serta menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan.

Pelakon Autumn Di Hatiku itu tidak hadir keseorangan sebaliknya ditemani peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman, manakala kekasihnya yang memperkenalkan diri sebagai Romie Razin Adilha juga turut tampil bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Terdahulu, Hanez mengakui bakal mengahwini seorang ahli perniagaan yang berusia 34 tahun itu selepas menjalinkan hubungan cinta sejak penghujung tahun lalu.

Namun tak lama kemudian timbul gosip yang mengatakan kekasihnya itu masih berstatus suami kepada seseorang. Kemudian Hanez menafikannya dan akui kekasihnya hanya seorang duda kepada dua orang anak.

Nurliyana yang tidak berpuas hati dengan kenyataan dan tindakan Hanez terus tampil kepada media akui masih sah isteri kepada kekasih Hanez dan menuduh rumahtangganya retak kerana pelakon itu.

Bf Hanez Suraya: Dakwaan Isteri Saya Fitnah Semata-mata


Bf Hanez Suraya: Dakwaan Isteri Saya Fitnah Semata-mata

Bf Hanez Suraya: Dakwaan Isteri Saya Fitnah Semata-mata

Teman lelaki kepada Hanez Suraya iaitu Romie Razin Adilha yang turut hadir di dalam sidang media tergempar pelakon drama wanita itu memberitahu segala kenyataan yang dikeluarkan isterinya kepada pihak media adalah fitnah semata-mata.

"Saya minta maaf kerana segala kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri saya adalah tidak benar dan fitnah semata-mata kerana saya mengenali Hanez selepas rumahtangga saya bergolak.

"Saya berkenalan dengan Hanez pada Disember tahun lalu manakala rumahtangga kami bermasalah sejak tahun 2011 selepas dia sendiri memfailkan cerai dua kali iaitu pada April 2011 dan Oktober 2013.

"Jadi saya harap, janganlah ada sesiapa yang kaitkan punca keretakan rumahtangga ini dengan Hanez lagi," jelasnya kepada pihak wartawan hiburan.

Sidang media tergempar Hanez Suraya yang diadakan di Hotel One World, sebentar tadi itu diadakan kepada pihak media bagi menjelaskan tuduhan isteri Romie Razin Adilha iaitu Nurliyana Manan bahawa dia adalah punca berlaku keretakan di dalam rumahtangga mereka.

Dalam sidang media tersebut, Hanez Suraya tidak keseorangan sebaliknya hadir bersama peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman, manakala kekasihnya yang memperkenalkan diri sebagai Romie Razin Adilha juga turut hadir bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Pelakon drama Autumn Di Hatiku itu telah  mendakwa Nurliyana telah memfitnahnya, Hanez turut menuntut permohonan maaf daripada wanita berkenaan kerana telah memalukan serta menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan.

Terdahulu, Hanez mengakui bakal mengahwini seorang ahli perniagaan yang berusia 34 tahun itu selepas menjalinkan hubungan cinta sejak penghujung tahun lalu.

Namun tak lama kemudian timbul gosip yang mengatakan kekasihnya itu masih berstatus suami kepada seseorang. Kemudian Hanez menafikannya dan akui kekasihnya hanya seorang duda kepada dua orang anak.

Nurliyana yang tidak berpuas hati dengan kenyataan dan tindakan Hanez terus tampil kepada media akui masih sah isteri kepada kekasih Hanez dan menuduh rumahtangganya retak kerana pelakon itu.

Hanez Suraya Minta Isteri Kekasih Membuat Permohonan Maaf


Hanez Suraya Minta Isteri Kekasih Membuat Permohonan Maaf

Hanez Suraya Minta Isteri Kekasih Membuat Permohonan Maaf

Hanez Suraya meminta agar isteri kepada kekasihnya Nurliyana Abd Manan untuk membuat permohonan maaf kepadanya atas tuduhan bahawa dia telah merampas suami kepada wanita tersebut.

Hanez mengemukakan permintaan tersebut itu dalam sidang media yang diadakan di One World Hotel, sebentar tadi.

"Tuduhan dan dakwaannya yang mengatakan saya penyebab kepada keretakan rumahtangganya tidak benar dan telah memalukan serta menjatuhkan maruah diri dan keluarga saya.

"Kenyataannya kepada pihak media agak melampau kerana saya dan suaminya berkenalan baru hanya 5 bulan yang lalu iaitu selepas dia memfailkan cerai di mahkamah pada Oktober lalu.

"Jadi, saya mahu dia memohon maaf secara terbuka terhadap tindakannya itu. Jika saya boleh membuat sidang media untuk menjelaskan semunya, saya rasa dia pun harus buat begitu," katanya dalam sidang media khas tergempar itu.

Dalam sidang media tersebut, Hanez Suraya hadir bersama peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman, manakala kekasihnya yang memperkenalkan diri sebagai Romie Razin Adilha juga turut hadir bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Terdahulu, Hanez mengakui bakal mengahwini seorang ahli perniagaan yang berusia 34 tahun itu selepas menjalinkan hubungan cinta sejak penghujung tahun lalu.

Namun tak lama kemudian timbul gosip yang mengatakan kekasihnya itu masih berstatus suami kepada seseorang. Kemudian Hanez menafikannya dan akui kekasihnya hanya seorang duda kepada dua orang anak.

Nurliyana yang tidak berpuas hati dengan kenyataan dan tindakan Hanez terus tampil kepada media akui masih sah isteri kepada kekasih Hanez dan menuduh rumahtangganya retak kerana pelakon itu.

Mas Kahwin Puteri Sarah Liyana Ikut Nilai Negeri Kedah


Mas Kahwin Puteri Sarah Liyana Ikut Nilai Negeri Kedah

Mas Kahwin Puteri Sarah Liyana Ikut Nilai Negeri Kedah

Tinggal hanya beberapa hari lagi menjelang hari bahagianya, pelakon Puteri Sarah Liyana akui sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk bergelar isteri kepada pengarah Shamsul Yusof.

Puteri Sarah berkata dia kini lebih banyak berdoa dan bermohon pada yang Esa agar majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar pada 8 Mac ini.

“Perasaaan saya biasa sahaja, mungkin kerana saya masih bekerja dan debaran itu dapat dilupakan sedikit. Alhamdulilah, persiapan semua sudah pun siap dan sekarang saya hanya berserah kepada Allah agar semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.

“Buat masa sekarang ini, saya banyak berdoa dan bersolat hajat agar perkahwinan kami ini akan dipermudahkan,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Pasangan ini akan diijabkabulkan di Masjid Sri Damansara pada Sabtu ini jam 10 pagi. Manakala majlis meraikan mempelai akan diadakan di Restoran N’dah Shah Alam pada waktu malam hari yang sama.

Puteri Sarah yang masih merahsiakan wang hantarannya memberitahu Syamsul akan menyerahkan mas kahwin tersebut mengikut nilai negeri Kedah kerana ibunya berasal dari negeri itu.

“Syamsul akan menyerahkan 7 dulang hantaran dan pihak saya akan membalas 9 dulang hantaran. Wang hantaran tak perlulah saya nyatakan di sini tetapi mas kahwin yang diberikan akan mengikut nilai negeri kelahiran ibu saya iaitu Kedah,”jelasnya.

Sementara itu, Puteri Sarah memberitahu dia akan terus bekerja seperti biasa walaupun sudah berkahwin kerana Syamsul tidak pernah menghalangnya melakukan apa sahaja asalkan tanggungjawabnya sebagai isteri tidak terabai.

“Sebenarnya, saya sudah berhenti berlakon  sejak September tahun lalu, dan sekarang ini saya bekerja di Butik Eiliya dalam bahagian marketing. Namun tawaran mengacara saya masih terima kerana ianya tidak mengganggu waktu kerja saya.

“Syamsul pula tidak pernah menghalang apa yang saya mahu lakukan.  Syamsul membenarkan saya bekerja asalkan kerja itu tidak menyebabkan saya mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan tak lupa untuk beribadat,” jelasnya lagi.

Puteri Sarah kini menjadi duta kepada produk kesihatan dan kecantikan syarikat CAJM Group bersama Shamsul Ghau Ghau.

Yusof Haslam: Syamsul Yusof Semakin Pulih Dari Denggi


Yusof Haslam: Syamsul Yusof Semakin Pulih Dari Denggi

Yusof Haslam: Syamsul Yusof Semakin Pulih Dari Denggi

Datuk Yusof Haslam memaklumkan bahawa keadaan anak lelakinya, Syamsul Yusof yang juga turut aktif mengarah kini semakin pulih selepas disahkan menghidap denggi.

Menurut Yusof Haslam, Syamsul dibawa ke hospital oleh isterinya Datin Patimah Ismail selepas mengadu sakit kepala dan suhu badan yang panas selepas dua hari mengalami demam teruk.

“Pada mulanya doktor hanya mengesyaki dia terkena demam denggi, namun selepas sampel darah diambil Syamsul disahkan menghidap denggi.

“Alhamdulillah selepas mendapat rawatan selama beberapa hari ini di Pusat Perubatan Gleneagles, dia semakin pulih.

“Sama-sama kita doakan Syamsul keluar dari hospital sebelum tarikh pernikahannya pada Sabtu, 8 Mac ini,” katanya ketika dihubungi pada pagi Rabu.

Dalam pada itu beliau sempat berseloroh mengenai gurauan Syamsul mahu bernikah di hospital sekiranya masih belum sembuh menjelang hari pernikahannya.

“Harap-harap tak adalah kena bernikah di hospital, banyak benda nak kena bawa nanti,” katanya ketawa.

Apa pula perasaan bakal isteri Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana sebaik saja mengetahui tentang situasi dan keadaan bakal suaminya itu?

Puteri Sarah: Nikah Syamsul Yusof Di Hospital Hanya Gurauan


Puteri Sarah: Nikah Syamsul Yusof Di Hospital Hanya Gurauan

Puteri Sarah: Nikah Syamsul Yusof Di Hospital Hanya Gurauan

Puteri Sarah Liyana mengesahkan bakal suaminya yang juga seorang pengarah Syamsul Yusof sudah semakin pulih selepas dimasukan ke hospital kerana disyaki menghidap demam denggi.

Malah, Puteri Sarah berkata berita mengenai  dia dan Syamsul akan bernikah di hospital hanyalah gurauan semata-mata.

“Alhamdulilah, keadaaanya semakin baik dan tidak lah seteruk seperti yang dijangka. InsyaAllah dia akan pulih sepenuhnya sebelum menjelang hari perkahwinan kami.

“Mengenai berita dia akan bernikah di hospital itu hanya gurauan sahaja,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Syamsul Yusof  kini ditahan di Pusat Perubatan Gleneagles sejak semalam selepas disyaki menghidap demam denggi.

Syamsul Yusof dan tunangnya, Puteri Sarah Liyana akan bernikah pada 8 Mac ini di masjid Sri Damansara di sini pada pukul 10 pagi.

Hanez Suraya Jawab Isu Rampas Suami Orang Malam Ini


Hanez Suraya Jawab Isu Rampas Suami Orang Malam Ini

Hanez Suraya Jawab Isu Rampas Suami Orang Malam Ini

Nama aktres Hanez Suraya tiba-tiba menjadi hangat baru-baru ini apabila timbul kontroversi kononnya dia didakwa berbohong yang bakal suaminya itu adalah seorang duda.

Ini berikutan timbul dakwaan dari individu yang mengaku bahawa dia adalah isteri kepada kepada kekasih aktres itu yang hanya dikenali sebagai `R`.

Keadaan bertambah hangat apabila isteri kepada teman lelakinya itu meluahkan rasa kecewa menerusi akhbar mingguan yang mendakwa memiliki gambar-gambar mesra percutian mereka di Bangkok, Thailand.

Selain itu, bekas kekasih kepada Awi Rafael turut berdepan dengan kritikan dan tohmahan dari peminat dan orang ramai menerusi laman sosialnya.

Justeru bagi menjernihkan keadaan dan memberi penjelasan penuh, program MeleTOP telah menjemput pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini untuk menjelaskan situasi sebenar yang telah berlaku.

Selain Hanez, turut hadir sebagai artis jemputan MeleTOP malam ini ialah pengarah terkenal, Afdlin Shauki dan pelakon yang semakin meningkat naik, Izzue Islam.

Sedia maklum, mereka berdua merupakan antara barisan pelakon yang membintangi filem ‘Kami Histeria’ yang telah berada di pawagam sejak 6 Februari 2014 yang lalu. Filem arahan Shamyl Othman ini mengisahkan “girl band” yang dianggotai oleh Laila (Diana Danielle), Peanut (Nad Zainal), Bad (Sara Ali), Airin (Mila Jirin) dan Jojo (Umie Omar) yang cuba mengejar kemahsyuran walaupun dengan cara yang salah.

Afdlin Shauki dan Izzue Islam akan berkongsi pelbagai kisah menarik tentang filem ini selain perkembangan terbaru mereka.

Lebih menarik program MeleTOP malam ini akan membawakan para penonton band yang diterbangkan khas dari Indonesia. Mereka akan membuat persembahan secara live dengan lagu ‘Masih Mencintaimu’ dan berkongsi lebih lanjut tentang album mereka dengan para penonton.

Jangan lupa untuk menyaksikan program MeleTOP episod 70 malam ini bermula jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Isu Tidak Hormat Golongan Pendidik, Qi Razali Tak Mahu Komen


Isu Tidak Hormat Golongan Pendidik, Qi Razali Tak Mahu Komen

Isu Tidak Hormat Golongan Pendidik, Qi Razali Tak Mahu Komen

Pengacara Qi Razali tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan seorang peminat drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta bahawa kononnya dia tidak menghormati golongan pendidik yang mana ia turut mengaitkan nama E-man Sufi sebagai novelis drama berkenaan serta kerjaya beliau sebagai seorang guru.

Malah, Qi Razali berkata, dia tidak berniat mahu memanjangkan isu tersebut.

"Saya sayang cikgu. Maaf, saya tak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak berniat untuk memanjangkan isu ini," jawabnya ringkas kepada murai.com.my menerusi aplikasi talian Whatssapp.

Terdahulu portal murai.com.my telah mendedahkan emel yang dikirimkan oleh seorang peminat E-man Sufi dan juga drama berkenaan yang merasakan teman lelaki kepada aktres Nelydia Senrose itu telah memerli penulis novel berkenaan melalui laman twitternya serta  memalukan pekerjaan E-man Sufi sebagai seorang guru.

Malah dia didakwa tidak menghormati malah mencerca pekerjaan seorang guru hanya kerana sikap barannya yang tidak bertempat.

Semuanya bermula dengan salah faham Nelydia Senrose terhadap komen-komen peminat E-man Sufi yang dimuatnaik di dalam Instagram novelis berkenaan yang mana ianya  adalah komen-komen biasa sebagai peminat terhadap drama tersebut.

Setelah seminggu status tersebut dimuatnaik, Nelydia Senrose secara tiba-tiba memberi komen dan memerli peminat-peminat drama tersebut dengan memberi komen dan mempersoalkan apa hak peminat tersebut untuk mengkritiknya dan dia katanya tidak sangka komen tersebut datangnya daripada golongan yang ‘berpendidikan tinggi’ seperti guru.

Keadaan bertambah buruk apabila kekasih Nelydia, Qi Razali turut menaikkan pula status yang memerli kerjaya seorang guru.

Hati Siti Saleha Kini Dimiliki Jejaka Portugal


Hati Siti Saleha Kini Dimiliki Jejaka Portugal

Hati Siti Saleha Kini Dimiliki Jejaka Portugal

Siti Saleha,24 mengaku sedang menjalani hubungan mesra dengan seorang jejaka dari Portugal yang telah dikenalinya sejak 8 bulan lalu.

Pengakuan itu diluahkan Siti Saleha sendiri di hadapan beberapa orang wakil media yang menghadiri lawatan ke Chiang Mai, Thailand bersama penerbangan AirAsia  hujung minggu lalu.

Menjawab soalan portal murai.com.my tentang jejaka berkenaan,Siti Saleha berkata jejaka berusia 28 tahun itu menetap di ibu negara dan memiliki kerjayanya sendiri di sini.

“Apa yang boleh saya katakan, dia seorang yang sangat ringkas dan dia langsung tidak mengejar glamor. Pernah juga dia menonton beberapa lakonan saya, tetapi saya sangat terkejut kerana dia suka sangat  mengkritik tentang cara saya berlakon,”katanya sambil ketawa kecil.

Siti Saleha menambah, mereka telah dipertemukan di majlis hari lahir seorang teman rapatnya dan sejak itu mereka mula menghubungi satu sama lain sehingga menjadi cukup akrab sampai hari ini.

Malah apa yang membuatkan Siti Saleha cukup selesa apabila bersama jejaka Portugal itu kerana dia sangat menyokong kerjayanya sebagai seorang pelakon dan boleh menerima dirinya seadanya walau dalam apa juga cara sekalipun.

“Kami masih berkawan dan dia juga turut rapat dengan peminat saya. Kalau ada kesempatan bertemu peminat, dia akan turut ada bersama dan langsung tak kisah.

“Ketika mula-mula berjumpa, saya tak tahu bagaimana untuk memperkenalkan diri saya tetapi saya bermain dengan kata-kata dan apabila dia menonton lakonan saya dalam drama Luh Mahfuz dia cukup teruja.

“Terus terang, saya tidak pernah berjumpa dengan orang yangbaik sepertinya, apatah lagi dia sangat gentleman. Sama sekali berbeza dengan bekas kekasih saya sebelum ini,” katanya berterus terang tanpa berselindung.

Jelas Siti Saleha, sebagai seorang lelaki, pastinya jejaka itu memiliki perasaan cemburu terutama apabila ada adegan berpegangan tangan didalam setiap lakonannya, namun lama-kelamaan semua itu diterimanya dengan positif.

Ditanya adakah mereka akan mengakhiri perhubungan itu dengan jalinan perkahwinan dalam masa terdekat?  Siti Saleha berkata, masih terlalu jauh untuknya memikirkan soal rumah tangga terutama sekali dalam usianya yang masih muda.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana kehadirannya dengan jejaka berkenaan telah mendapat restu daripada keluarga lelaki itu sendiri dan tidak terkecuali daripada keluarganya sendiri.

Hafiz Suip Kembali Bersama Adira


Hafiz Suip Kembali Bersama Adira

Hafiz Suip Kembali Bersama Adira

Hafiz Suip dan Adira akan disatukan dalam satu pentas yang sama di Minggu Setiausaha, A Golden Moment With Hafiz pada 22 April ini.

Hafiz Suip berkata dia terkejut apabila pihak penganjur COOP Matrade dengan kerjasama AMI Global Sdn Bhd menemukannya dengan bekas kekasihnya itu tetapi yakin mereka boleh bekerjasama secara profesional.

"Harus saya akui gementar untuk menjayakan acara ini namun kepercayaan yang diberikan penganjur, memberi keyakinan untuk saya mencuba.

"Sebenarnya saya terkejut apabila Adira menjadi penyanyi jemputan dalam majlis ini dan saya bakal digandingkan dengannya untuk 2 lagu duet.

"Tapi ini bukan pertama kali kami disatukan dan saya akui senang bekerjasama dengannya kerana kami amat profesional," katanya dalam sidang media tersebut di Restoran Serai di KL Life.

Bakal diadakan di dewan megah Matrade Hall, Matrade Exhibition & Convention, Jalan Duta bermula jam 12 tengahari hingga 4 petang.

Hafiz akan menyanyikan 8 lagu single dan 2 lagu duet bersama Adira. Antara lagu yang akan dinyanyikan itu adalah Bahagiamu Deritaku, Awan Nano, Nokhtah Cinta, Ombak Rindu dan ramai lagi.

Persepsi Negatif Umum Tidak Gugat Ikatan Syanie & Putera


Persepsi Negatif Umum Tidak Gugat Ikatan Syanie & Putera

Persepsi Negatif Umum Tidak Gugat Ikatan Syanie & Putera

Tidak mudah bagi seorang wanita yang berstatus janda untuk mengahwini seorang lelaki yang lebih muda daripadanya. Apatah lagi status Syaniza Hisham atau Syanie, 39, sebagai seorang selebriti mewujudkan persepsi negatif umum terhadap perkahwinannya dengan Nadi Putera Mohammad Zainol, 27 pada 1 Mac lepas.
Persepsi Negatif Umum Tidak Gugat Ikatan Syanie & Putera


Persepsi Negatif Umum Tidak Gugat Ikatan Syanie & Putera




Sudah lali dengan karenah masyarakat, Syanie yang tidak pernah merancang untuk berkahwin semula kini gembira setelah kembali mempunyai teman hidup. Syanie ketika dihubungi memberitahu bahawa dia tidak terkesan dengan tanggapan negatif masyarakat sebaliknya dia lebih mengerti dan redha dengan apa yang telah Allah SWT tetapkan untuk dirinya.

“Bila memikirkan persepsi orang terhadap hubungan saya dan Putera, sedih juga. Tetapi saya jauh lebih mengenali dia. Segala baik buruk dia sudah saya kenal ketika dia bekerja di syarikat produksi saya dulu sebelum dia berhenti untuk berkahwin beberapa tahun lalu.

“Selepas dia tidak menjadi pekerja di syarikat saya pun kami masih berhubung atas dasar bekas pekerja dan majikan. Keluarganya juga saya kenal kerana jika saya berkunjung ke utara, saya akan singgah di bertemu mereka di Kulim.

“Kami kembali rapat beberapa tahun kebelakangan ini selepas kami kerap berhubung dan bertemu. Tak perlu untuk saya jelaskan semua terperinci, cukup sekadar untuk pengetahuan umum dan saya terima ini semua sebagai kurniaan Allah SWT untuk saya,”ujarnya yang memberitahu bahawa tidak pernah terfikir untuk kembali berumahtangga setelah perkahwinan pertamanya berakhir 10 tahun lalu.

Memilih pulau percutian Langkawi sebagai lokasi dia dan suami mengikat janji kasih, Syanie dan Putera telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka di Sandy Beach Resort pada 1 Mac lalu disaksikan lebih kurang 300 ahli keluarga dan sahabat handai.

“Idea datang daripada adik dan adik ipar saya untuk mengadakan beach wedding di Langkawi. Mulanya saya usulkan Port Dickson tetapi kerana inginkan suasana yang lebih santai, Langkawi adalah tempat yang paling sesuai dan saya sendiri pun sudah biasa dengan pulau tersebut.

“Lagipun banyak orang yang saya kenal disini kerana Langkawi adalah lokasi kegemaran saya jika ingin berehat walaupun sekadar dihujung minggu. Walaupun jauh di Langkawi, saya gembira kerana ahli keluarga dan rakan rapat ramai yang hadir,”ujarnya yang akan diraikan sekali lagi di majlis bertandang pada 9 Mac ini di Taman Selasih, Kulim.

Syanie yang sebelum ini tidak pernah memiliki cahaya mata bersyukur kerana berpeluang bergelar ibu kepada Mohd Putera Danish,6, dan Mohd Putera Dafiq,5 hasil daripada perkahwinan pertama suaminya itu. Namun dia juga tidak menolak jika ada rezekinya untuk memiliki anak bersama suami barunya itu.

Pasangan bahagia ini telah dinikahkan oleh wali Syanie iaitu bapanya, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi 1 Mac lalu. Anak kepada produser Ruhani Abd Rahman ini turut gembira dan berterima kasih kepada individu yang menaja busana perkahwinannya iaitu Vida Bridal, Butik Bulan dan Iezla Bridal JB.

Peluang Melihat Lebih Dekat 100 Gajet Rahsia Doraemon


Peluang Melihat Lebih Dekat 100 Gajet Rahsia Doraemon

Peluang Melihat Lebih Dekat 100 Gajet Rahsia Doraemon

Selama lebih empat dekad, nama Doraemon telah mencetuskan fenomenanya tersendiri di serata dunia sehinggakan nama seekor kucing robot berwarna biru itu begitu dikenali setiap individu tidak mengira faktor usia.

Doraemon, sejenis robot canggih dari masa hadapan di abad ke-22 telah diminta oleh tuannya, Sewashi Nobita untuk kembali ke zaman lampau untuk bertemu dengan Nobita Nobi, yang merupakan moyangnya dengan harapan dapat mengubah nasib keluarga Nobita untuk kesenangannya di masa hadapan.

Siri komik manga ini telah diterbitkan sebanyak 45 volume dan menjadi ikutan pembaca di serata dunia sehingga ke hari ini.

Sempena meraikan 100 tahun sebelum kelahiran Doraemon pada abad ke-22, Animation International Sdn. Bhd. yang merupakan pemegang lesen utama Doraemon di Malaysia, mengadakan ekspo berkenaan karakter kegemaran ramai itu di Dewan Ekspo Viva Home, Kuala Lumpur.

Ekspo tersebut telah mempamerkan 100 Gajet Rahsia Doraemon yang turut memaparkan patung-patung karakter itu telah bermula sejak 14 Disember 2013 dan berlangsung sehingga 23 Mac depan.

Ekspo ini diadakan selama empat bulan bagi memberi peluang secukupnya kepada peminat Doraemon melihat 100 jenis reaksi dan gajet mempesona kucing robot kesayangan mereka.

Di samping itu, para pengunjung juga berpeluang mendalami dunia Doraemon melalui kewujudan semula babak dan lokasi menarik yang sering dipaparkan dalam siri komik dan animasi televisyen seperti taman permainan dan kediaman Nobita.

Penganjuran ekspo ini juga kena pada masanya di mana ianya turut diadakan bagi memeriahkan lagi acara promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014). Malaysia juga bertua kerana menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mengadakan pameran Doreamon.

Selain mempamerkan 100 koleksi patung Doraemon bersaiz manusia, antara 100 buah gajet ikonik karakter itu yang disediakan kepada pengunjung adalah lampu suluh ajaib, pintu suka hati dan buluh terbang.

Pusat pameran itu turut menyediakan kedai cenderamata untuk para pengunjung. Antara cenderamata yang dijual termasuk patung, rantai kunci, bantal, pakaian kanak-kanak, lampu, kasut dan pelbagai barang hiasan berkaitan Doraemon yang ditawarkan pada harga serendah RM2.90 sehingga RM499.

Pengunjung juga boleh menyertai cabutan bertuah di mana sekiranya terpilih, dapat memenangi tiket penerbangan ke Nagoya, Jepun.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket ekspo di laman web MYTicket Malaysia atau www.my.ticket.my pada harga RM25 untuk dewasa dan RM15 kanak-kanak.

Tiket juga boleh diperoleh di 100 buah stesen minyak BHP di seluruh negara atau kaunter khas di Viva Home. Bagi kanak-kanak berumur tiga tahun ke bawah serta warga emas, kemasukan adalah percuma.

Penalti 20 Saat Penyebab Norman Dan Zarina Tersingkir Dari Ffm 2


Penalti 20 Saat Penyebab Norman Dan Zarina Tersingkir Dari Ffm 2

Penalti 20 Saat Penyebab Norman Dan Zarina Tersingkir Dari Ffm 2

Norman Hakim dan Zarina dalam Fear Factor Malaysia 2 (FFM2) pada minggu ketiga apabila mereka telah diumumkan sebagai pasukan kedua tersingkir bagi kumpulan A.

Pasangan tersebut telah melakukan cabaran ketiga iaitu ‘Rumah Terbakar’ dengan mencatatkan masa terpantas 1 minit 47 saat.

Tuah tidak menyebelahi apabila mereka kemudiannya dikenakan penalti 20 saat kerana tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Dalam cabaran tersebut mereka dikehendaki menggunakan alat yang diberi iaitu pemadam api dan kapak namun bagi pasangan ini, hanya Norman sahaja yang melakukan tugasan tersebut manakala Zarina tidak.

Menurut Norman, dia tidak memikirkan sebarang kemungkinan kerana terlalu fokus untuk mendapatkan masa terpantas.

“Masa mula-mula nak buat cabaran itu, saya punya ‘main concern’ yang kami bincang ialah jangan cicirkan kunci, itu sahaja.

“Sebab saya terlalu fokus untuk kejar masa itu yang buat saya terlupa mengenai syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya.

Tambah pelakon itu lagi, dia sedikit terkilan kerana hasrat untuk memenangi hadiah bernilai RM10,000 tidak tercapai.

“Yang buat kami rasa misi tak sempurna ialah kami belum menang hadiah yang bernilai RM10,000 itu.

“Sebab kalau diikutkan, sejak minggu pertama kami bermula, kami dah menang imuniti jadi saya harap dapat pergi ke peringkat yang lebih baik…Tapi tak mengapalah, kami pun dah buat yang terbaik,” ujarnya.

Selain Norman dan Zarina, tiga lagi pasangan yang turut berada pada peringkat penyingkiran adalah Dira dan Azura, Erin Malik dan Redha, serta Syed Ali dan Tatt.

Minggu ketiga ini telah menyaksikan pasukan Ryzal Jaafar dan Samsuri telah 'merampas' RM10,000 dalam cabaran ‘Secukup Rasa’.

Bagaimana pula dengan minggu hadapan? Adakah mereka mampu mengekalkan kemenangan tersebut?

Siapa pula mangsa penyingkiran seterusnya?

Sama-sama kita nantikan.

Fear Factor Malaysia bersiaran secara eksklusif pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135). Program ini juga boleh ditonton menerusi perkhidmatan aplikasi Astro-On-The-Go.

Arja Lee Mahu Bidang Nyanyian Seiring Lakonan


Arja Lee Mahu Bidang Nyanyian Seiring Lakonan

Arja Lee Mahu Bidang Nyanyian Seiring Lakonan

Meskipun kerjaya lakonannya sudah pun semakin menyerlah, namun tidak menghalang pelakon Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli untuk menceburi bidang nyanyian secara serius.

Arja Lee yang baru sahaja melancarkan single pertamanya yang berjudul Cerita Pada Mereka berkata sudah tiba masanya untuk dia beri tumpuan dalam bidang itu.

“Sebelum keluar dengan single ini pun, saya memang sudah lama mencuba nasib dalam pelbagai program realiti nyanyian seperti Akademi Fantasia, Auditiion dan Gangstarz tapi mungkin belm rezeki saya dalam bidang nyanyian ketika itu.

“Tapi, sekarang saya rasakan masanya sangat sesuai untuk saya muncul dengan single ini kerana drama Ariana Rose baru sahaja tamat dan drama itu turut memberi impak besar kepada saya. Lantaran itu, saya ambil kesempatan untuk muncul dengan single.

“Namun, saya tidak akan meninggalkan kerjaya lakonan saya begitu sahaja tetapi akan cuba berusaha untuk menumpukannya seiring dengan nyanyian ,” katanya kepada murai.com.my ketika pelancaran single terbarunya baru-baru ini.

Cerita Pada Mereka merupakan lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Keroz Nazri . Manakala muziknya disusun oleh Alfa Booty.

Pelakon drama bersiri popular, Ariana Rose itu menitiskan air mata ketika majlis pelancaran itu berkata dia terharu  dan sedih kerana ibunya yang  kini sudah kembali ke rahmatullah tidak dapat berada di hari bersejarah buatnya.

“Saya paling rapat dengan ibu saya. Ini merupakan sesuatu yang saya dedikasikan untuk dia. Saya bangga kerana akhirnya dapat mengeluarkan single ini hasil titik peluh saya walaupun ibu saya kini berada di alam sana.

“Saya sangat sedih kerana dia tiada disini untuk menyaksikan hari bersejarah buat saya. Saya hanya dapat bayangkan dia ada bersama-sama saya melancarkan single ini,” luahnya lagi.

Lana Nordin Minta Dipermudahkan Di Mekah


Lana Nordin Minta Dipermudahkan Di Mekah

Lana Nordin Minta Dipermudahkan Di Mekah

Lana Nordin yang baru pertama kali menjejakan kaki ke tanah suci, Mekah sejak 28 Februari lalu berharap agar segala urusan menjalani ibadah Umrah dipermudahkan sepanjang dia kini berada di sana.

"Doakan terbaik untuk saya dan harap semoga semuanya dipermudahkan. InsyaAllah amin," katanya ringkas menerusi pesanan ringkas Whatsapp kepada murai.com.my

Lana yang ditemani adik lelakinya mengerjakan Umrah selama 12 hari di sana.

Pelakon wanita itu turut ditemani pasangan selebriti Fauzi Nawawi dan Lisdawati.

Jejaka Berusia 70 Tahun Cuba Pikat Sarimah Ibrahim?


Jejaka Berusia 70 Tahun Cuba Pikat Sarimah Ibrahim?

Jejaka Berusia 70 Tahun Cuba Pikat Sarimah Ibrahim?

Sarimah Ibrahim akui sudah mula rasa tertekan untuk mencari pasangan kekasih pilihan hati.

Semuanya kerana hubungan cintanya bersama jejaka Mat Salleh berbangsa Perancis tidak lama dulu telah terkandas di tengah jalan.

Namun begitu, aktres yang berasal Batu Pahat, Johor itu telah menanam harapan menggunung tinggi untuk memiliki teman lelaki tidak lama lagi.

Untuk itu stesen radio MIX FM telah menganjurkan kempen Desperately Seeking Sarimah (#DSS) bagi membolehkan dia memilih jejaka yang benar-benar menambat hati dan perasaannya.

Nampaknya ramai betul lelaki yang cuba mengambil bahagian dan khabarnya ada di antara mereka berusia 70 tahun turut cuba menggoda wanita berdarah campuran itu.

Namun begitu semuanya terletak di tangan Sarimah Ibrahim sendiri, meskipun kini dia telah menerima lamaran daripada 30 jejaka.

Kempen yang baru saja diperkenalkan baru-baru ini, membolehkan Sarimah Ibrahim memilih beberapa jejaka untuk di senarai akhir sebelum memasuki peringkat seterusnya.

Sarimah Ibrahim ketika dihubungi berkata, senarai 5 teratas akan diumumkan pada Isnin ini dan pemenang akan berpeluang untuk menikmati makan malam penuh romantis bersamanya selepas kempen itu tamat pada pertengahan Mac depan.

Jadi siapakah yang berjaya menambat hati Sarimah Ibrahim? Untuk keterangan lanjut sila layari laman Facebook mixdotfm.

Demam Tak Halang Siti Saleha Sertai Sesi Fotografi Di Chiang Mai


Demam Tak Halang Siti Saleha Sertai Sesi Fotografi Di Chiang Mai

Demam Tak Halang Siti Saleha Sertai Sesi Fotografi Di Chiang Mai

Walaupun diserang deman, namum itu tidak menghalang pelakon cantik, Siti Saleha untuk menyertai sesi fotografi anjuran AirAsia di Chiang Mai.

Baru tiba dengan pesawat AirAsia sekitar jam 8pagi tadi, Siti Saleha hadir dengan senyuman menguntum bersama penampilan serba kasual dalam persalinan peplum biru putih.

Bercakap kepada portal murai.com.my dia agak terkilan dengan keadaan kesihatannya, bagaimanapun tidak bermakna dia perlu membatalkan sesi fotografi eksklusif berkenaan.

"Memang selalu saya jatuh sakit atau demam apabila perlu berkunjung ke luar negara.

"Tapi alhamdulillah sekarang keadaan saya agak sihat selepas bertemu dengan doktor semalam dan mendapatkan rawatan sepatutnya," katanya.

Penampilan Siti Saleha telah diserikan dengan solekan menawan daripada sentuhan jurusolek berpengalaman Zul Fazli.

Siti Saleha tiba bersama pembantu peribadinya dan terus di bawa ke ladang kambing biri-biri Hugyou Lampang di sini.

Beberapa wakil media turut diundang bagi menjayakan sesi fotografi ini dan dia akan pulang ke tanah air pada awal pagi Ahad depan.

Kata Siti Saleha, dia belum pernah ke Chiang Mai sebelum ini bagaimanapun gembira apabila diundang oleh pihak AirAsia.

"Lebih sebulan lalu pihak AirAsia telah mempelawa saya untuk berkunjung ke Chiang Mai dan menjayakan sesi fotografi ini.

"Sudah banyak kali pihak AirAsia menjemput saya, tetapi kerana kesibukan kerja baru sekarang saya dapat datang ke sini,"katanya.

Selain kandang biri-biri, Siti Saleha akan terlibat dengan beberapa aktiviti berkaitan industri pelancongan di bandar kedua terbesar di Thailand ini.

iskandarX: Ala sian sian nyerr demam errkk?

Lupakan Sengketa, Fauzi Dan Lisdawati Mohon Maaf Jika Tak Kembali


Lupakan Sengketa, Fauzi Dan Lisdawati Mohon Maaf Jika Tak Kembali

Lupakan Sengketa, Fauzi Dan Lisdawati Mohon Maaf Jika Tak Kembali

Fauzi Nawawi akui sudah melupakan segala sengketa dengan sesiapa sahaja supaya dia kini tenang untuk mengerjakan Umrah bersama isteri, Lisdawati yang mula berangkat ke tanah suci pada hari ini.

"Saya lupakan semua sengketa dan hasad dengki serta caci maki yang dilemparkan kepada saya dan isteri. Saya hanya mampu doakan semoga Allah terangkanlah hati kalian agar dapat melihat kebenaran," katanya menerusi pesanan ringkas SMS kepada murai.com.my

Pasangan ini bakal mengerjakan umrah selama 12 hari di tanah suci, Mekah

Sengekata antara Fauzi dan isteri bersama Sharnaaz masih lagi belum selesai apabila pelakon ini sendiri tidak mahu memenuhi permintaan hero Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu untuk membuat permohonan maaf kepada ibunya.

Bagaimana pun, Fauzi Nawawi ingin memohon maaf kepada semua yang mengenalinya atas segala kesilapan yang dilakukan olehnya dan isteri jika mereka meninggal dunia di sana.

"Jika saya dan isteri pergi tanpa kembali maafkanlah segala kesilapan kami," luahnya ringkas.

Lisdawati terdahulu mendakwa telah diserang oleh Sharnaaz di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut di Kuang pada jam 11 malam, 19 Februari lalu.

Selain diserang, suaminya, Fauzi Nawawi turut mendakwa menerima SMS ugutan daripada aktor itu.

Berikutan insiden berkenaan, Lisdawati dan suaminya, telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Sharnaaz Ahmad Tunai Permintaan Fauzi Untuk Periksa Otak!


Sharnaaz Ahmad Tunai Permintaan Fauzi Untuk Periksa Otak!

Sharnaaz Ahmad Tunai Permintaan Fauzi Untuk Periksa Otak!

Sharnaaz Ahmad telah menunaikan permintaan Fauzi Nawawi yang meminta dia menjalani pemeriksaan doktor kerana dikatakan menjadi garang disebabkan terlalu mendalami watak sebagai Jebat di dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Sharnaaz telah memuat naik sekeping gambar dia sedang memegang filem X-Ray yang menunjukkan imbasan di beberapa bahagian kepalanya.

Gambar tersebut yang dinaikkan kira-kira jam 11 pagi Khamis, disertakan ‘caption’ berbunyi: Saya dah buat MRI MRA.. Scan otak pun dah.. Di kawal rapi oleh Dr @sherrini dari PPUM.. Saya lulus, otak saya sihat dan jugak hensem otak saya hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? #halussssss

Astro Gempak terus menghubungi Sharnaaz Ahmad untuk mendapatkan komen kerana ramai yang mengaitkan gambar tersebut dengan kenyataan yang dikeluarkan Fauzi kepada media pada Rabu.

“Memang saya ada menjalani ujian MRI (Magnetic Resonance Imaging) dan MRA (Magnetic Resonance Angiogram) pada bahagian kepala saya pada awal bulan lepas kerana mengalami migrain yang teruk.

“Semua orang dilokasi tahu saya sering sakit kepala…Dari dulu lagi...Jadi saya pergi buat pemeriksaan bersama kakak saya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Tetapi kalau ada yang terasa, apa saya boleh kata…Saya tak ada niat nak persenda atau perli sesiapa pun,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi petang Khamis.


Mengulas tentang kontroversi yang melibatkan dia dan Fauzi, Sharnaaz memberitahu perkara ini telah diserahkan kepada peguamnya.

“Tak ada apa lagi yang boleh saya ulas tentang perkara ini kerana peguam saya sedang menguruskan segalanya,” katanya mengakhiri perbualan.

iskandarX: Bagus, is bagi thumb up banyak2 kat Sharnaaz, tahniah sebab pegi baut pemeriksaan MRI dan sebagainya. OO yeeaHHH!!!

10 Selebriti Hot Yang Berstatus Janda


10 Selebriti Hot Yang Berstatus Janda

10 Selebriti Hot Yang Berstatus Janda

Dua minggu lalu sahaja negara digegarkan mengenai kes perceraian dua orang selebriti bergelar pelakon yang sememangnya terkenal iaitu Erra Fazira dan juga Liza Abdullah.

Kedua-dua aktres ini dilihat tenang dengan status baru yang digalas mereka walaupun sesetengah wanita cuba menjauhkannya  daripada hidup mereka bukan?

Namun, dua orang aktres yang Murai sebutkan  telah bergelar janda dan mereka ini  bukanlah calang-calang orangnya. Liza Abullah yang telah 32 tahun menjadi anak wayang dan 26 tahun bergelar isteri masih kekal menjaga penampilan. Dengan paras masih cantik dan tidak menampakkan wajah yang semakin berusia, pasti ramai yang ingin mencuba memikat aktres tersebut.

Begitu juga dengan bekas wanita tercantik di Malaysia pada tahun 1992, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira juga bakal menjadi buruan mereka yang memandang paras wajahnya yang jelita beserta personaliti yang lengkap,  menjadikan dia role model kepada wanita lain.

Bukan mereka berdua ini sahaja yang kini memegang status janda tetapi Murai berjaya menyenaraikan 10 orang selebriti terkenal tempatan yang kini sah bergelar janda. Itu sekadar gelaran kerana yang pasti, ada diantara mereka ini lebih hot daripada anak dara.

Murai mulakan sorotan khas ini dengan memperkenalkan mak janda berhias yang muda dan jelita iaitu Nora Danish atau Nora binti Mohd Danish Hanif, 32 yang telah kembali solo pada 2008 selepas bercerai dengan bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli setelah dikurniakan Putera Rayqal Rizal Ashram.

Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman atau Abil yang dikenali lasak dan lantang bersuara itu sememangnya mampu berdikari. Statusnya itu tidak menghalang puteri sulung Amy Search ini membesarkan sendiri anak tunggal hasil perkahwinannya terdahulu dengan Zaidi Zailani pada 2008.

Biar pun gaya dan personaliti aktres ini persis anak dara sunti, Maya Karin Roelcke sebenarnya pernah berkongsi hidup dengan Steven David Shorthose selama 2 tahun daripada Ogos 2008 hingga Julai 2010 sebelum berpisah.

Dilihat bersungguh-sungguh ingin mempertahankan hak sebagai wanita dan juga rumahtangga yang dibina atas dasar cinta, Rita Rudaini Mukhtar akhirnya akur dengan ketentuan Illahi. Bekas isteri kepada pemain bolasepak terkenal Aidil Zafuan itu kini dilihat bahagia dengan kehadiran dua cahayamata walaupun solo.

Seterusnya, personaliti tv dan radio Raja Azura juga tidak terlepas daripada senarai janda terhangat kerana dia ada tarikan tersendiri. Mesra disapa Kak Engku, Raja Azura pernah mendirikan rumahtangga dengan Azmin Tan Sri Osman dan dikurniakan 3 orang cahayamata sebelum bercerai pada 2010.

Pelakon terkenal Norish Karman yang satu ketika sepi setelah berkahwin dengan seorang ahli dewan undangan (ADUN) bagi kawasan di Negeri Sembilan. Namun selepas dilaporkan bercerai pada 2008, dia membuat kemunculan dengan gaya yang lebih daring dan sudah tentunya jadi sensasi.

Pelakon seksi, Jasmin Hamid yang masih kekal dengan gaya yang tersendiri itu juga masih lagi solo setelah sekian lama bercerai dengan bekas suami Ian Rashid Macquistan pada tahun 2007 dan memiliki seorang anak lelaki.

Seorang lagi pelakon jelita bermata menggoda, Noniswara Baharuddin turut menerima nasib yang sama seperti selebriti wanita hot lain yang bergelar janda. Nonis telah sah berpisah dengan ahli koporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56, pada tahun lalu dan kekal solo hingga kini.

Ini sekadar fakta yang ingin dikongsi Murai tentang selebriti tempatan kita. Jika terdapat sebarang kesalahan dalam fakta yang dikongsi, harap ada pihak boleh memperbetulkan perkara ini.

Soal kahwin dan cerai serta status janda itu kadangkala sensitif buat sesetengah pihak. Murai sekadar mahu pastikan status jelitawan kita ini, mana tahu ada yang pasang angan-angan beristerikan selebriti?

Kaka Bakal Dedah Kekasih Yang Mengecewakannya Di Murai Isnin Ini!


Kaka Bakal Dedah Kekasih Yang Mengecewakannya Di Murai Isnin Ini!

Kaka Bakal Dedah Kekasih Yang Mengecewakannya Di Murai Isnin Ini!

Kaka Azraff yang popular dengan lagu duet bersama Zizan Razak iaitu Bawalah Ku Pergi akan menemui peminatnya lebih dekat dalam sesi webchat. ArtisChatz@Murai pada 3 Mac iaitu Isnin ini.

Penyanyi yang kini baru sahaja muncul dengan lagu solo, Terpulanglah bakal berada di pejabat Murai untuk ArtisChatz@Murai bermula jam 3 petang hingga 4 petang.

Kaka buat pertama kalinya muncul dengan single solo setelah dua lagunya sebelum ini bergandingan dengan pelawak Zizan Razak.

Terpulanglah ditulis oleh penulis baru Q.Z dan lagu oleh Q.Z& Rafikoncept. Single solo pertamanya itu menceritakan tentang kekuatan atau semangat seseorang  yang ingin bangkit dari kekecewaan setelah berkali-kali di disakiti oleh teman hati.

Adakah lagu itu ada kaitan dengan Kaka? Jika benar, jadi siapakah yang telah mengecewakan hatinya itu? Jom webchat dan bertanyakan sendiri secara peribadi kepada penyanyi ini di ArtisChatz@Murai.

Bagi pelayar dan pembaca Murai yang ingin mengenali lebih rapat lagi dengan selebriti ini, bolehlah melayari Murai pada waktu tersebut dan berinteraksi bersamanya yang akan menjawab segala soalan dan pertanyaan anda.

Jadi jangan lupa buat pembaca Murai semua, kembali ke portal ini pada Isnin, 3 Mac ini pada jam 3 hingga 4 petang untuk beramah mesra bersama Kaka di sesi ArtisChatz@Murai.

Raja Azmi Doa Kebahagiaan Bekas Suami, Jailani Sidek Di Mekah


Raja Azmi Doa Kebahagiaan Bekas Suami, Jailani Sidek Di Mekah

Raja Azmi Doa Kebahagiaan Bekas Suami, Jailani Sidek Di Mekah

Raja Azmi Raja Sulaiman akui telah mendoakan kebahagiaan semua ahli keluarganya, rakan-rakan termasuk bekas suaminya iaitu Jalani Sidek ketika mengerjakan ibadah umrah baru- baru ini.

Raja Azmi berkata dia masih lagi menjalinkan hubungan baik dengan Jalani Sidek dan mendoakan kebahagiaan ruamhantagga bekas suaminya dengan isteri di tanah suci Mekah.

“Sebenarnya, selain mengambil peluang meminta supaya dosas aya diampunkan Allah, saya juga mendoakan kebahagiaan semua ahli keluarga saya serta rakan-rakan ketika di sana

“Malah, saya tidak lupa juga mendoakan kebahagiaan bekas suami saya bersama isterinya. Saya masih berhubungan  baik dengannya,  jadi rasanya tiada masalah untuk saya doakan kebahagiannya juga,” katanya kepada murai.com.my

Raja Azmi ditemui selepas majlis pelancaran single pertamaArja Lee yang berjudul Cerita Pada Mereka yang berlangsung di Istana Budaya.

Produser filem …Dalam Botol itu baru sahaja pulang mengerjakan Umrah pada 23 Februari lalu selama 12 hari bersama rakan-rakannya.

Bercerita pengalaman yang menakjubkan selama dia berada di tanah suci itu, Raja Azmi memberitahu dia telah dipermudahkan oleh Allah untuk mengerjakan solat lima waktu di hadapan Kaabah.

“Pengalaman di sana memang saya tidak boleh gambarkan betapa indahnya kerana perkataan yang selayaknya adalah sesuatu yang boleh mengatasi perkataan indah yang pernah saya rasakan.

“Lebih indah dan ajaib, Allah telah permudahkan saya untuk beribadah setiap kali berkemundangnya azan. Yelah daripada tempat itu sibuk dan kotor, tiba-tiba diberikan ruang yang mudah untuk saya bersolat terutama di kawasan Masjidil Haram iaitu di hadapan Kaabah.

“Peluang ini memang tidak ternilai kerana saya berpeluang solat hampir setiap waktu di Masjidil Haram,” luahnya lagi.

Setelah berpisah dengan Jalani Sidek, Raja Azmi kini berkahwin dengan pemain bass kumpulan rock CRK, Mohd Eddie.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan