Cari Artikel

Wednesday, March 5, 2014

Fauzi Nawawi Enggan Mohon Maaf, Rela Sharnaaz Ahmad Teruskan Saman


Fauzi Nawawi Enggan Mohon Maaf, Rela Sharnaaz Ahmad Teruskan Saman

Fauzi Nawawi Enggan Mohon Maaf, Rela Sharnaaz Ahmad Teruskan Saman

Fauzi Nawawi,35,  bertegas tidak akan memenuhi permintaan aktor Sharnaaz Ahmad, 29,  yang mahukan dia membuat permohonan  maaf kepada ibu bapanya kerana didakwa telah menghina keluarganya.

Malah, Fauzi Nawawi berkata dia tidak bimbang jika hero drama bersiri,  Bukan Kerana Aku Tak Cinta berkenaan mahu menyamannya seandainya dia  tidak menurut permintaannya itu dalam tempoh seminggu yang diberikan.

"Saya tidak akan meminta maaf kepada ibunya kerana saya tidak bermaksudkan apa-apa pun.Saya hanya kata jika saya menghina ibunya, macam mana? Sebab dia lebih dulu telah menghina Lisdawati.

"Jika dia mahu menyaman saya, teruskanlah kerana saya tidak pernah takut pun. Cuma saya minta dia fikirlah habis-habis kerana saya yakin saya berada di landasan yang benar," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Fauzi diminta memgulas selepas Sharnaaz mendakwa telah menerima SMS yang menghina dia dan keluarganya dengan panggilan Anjing Kurap.

Menerusi sebuah laporan akhbar terdahulu, Lisdawati mendakwa telah diserang oleh Sharnaaz di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut di Kuang pada jam 11 malam, 19 Februari lalu.

Selain diserang, suaminya, Fauzi Nawawi turut mendakwa menerima SMS ugutan daripada aktor itu.

Berikutan insiden berkenaan, Lisdawati dan suaminya, telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Sementara itu, Fauzi memberitahu dia akan menarik balik laporan polis yang dibuat jika Sharnaaz akui kesalahannya dan meminta maaf kepada isterinya.

"Sejak kejadian, saya telah berikan masa 1 hari untuk dia meminta maaf kepada isteri saya tetapi dia sendiri tiada inisiatif untuk berbuat demikian. Malah, terus memberikan mesej-mesej berbaur ugutan.

"Sebenarnya, saya terlebih terdahulu sudah mememaafkannya tetapi dia yang menolak dan seolah-olah seperti mahu mengajak saya bergaduh.

"Saya membuat laporan polis hanya untuk menjaga keselamatan isteri saya, lebih-lebih lagi dia kini sedang hamil 5 bulan," jelasnya lagi.

Fauzi yang baru sahaja tamat penggambaran telemovie, Sandiwara kini sedang menjalani penggambaran Salah Langkah untuk siaran RTM.

Dari Mat Despatch Kru, Qasri Kini Jadi Penyanyi


Dari Mat Despatch Kru, Qasri Kini Jadi Penyanyi

Dari Mat Despatch Kru, Qasri Kini Jadi Penyanyi

Qasri untuk terus impiannya. Minatnya yang menebal untuk berkecimpung dalam bidang seni tetap diteruskan biarpun percubaannya yang pertama kali tidak seperti yang diinginkan, namun dia tetap tidak berputus asa.

Pada tahun 2012, ketika ramai mencuba nasib mengetengahkan bakat nyanyian mereka dengan menyertai pelbagai rancangan hiburan realiti, Qasri juga tidak terkecuali.

Qasri mencuba nasib memberanikan diri untuk menyertai MENTOR 5 di bawah mentor Edry Abdul Halim. Qasri tidak terpilih tetapi dia tetap tidak berputus asa, di mana dia secara terbuka memberitahu Edry sewaktu rakaman sedang dilakukan yang sekiranya tidak terpilih, salah satu impiannya adalah untuk berkerja di KRU Music.

Sebagai `mat despatch’ pun dia sanggup asalkan diberi peluang bekerja di bawah KRU. Sikapnya yang selamba dan ikhlas telah menarik minat pihak pengurusan KRU Music untuk melaksanakan impiannya bekerja sebagai `mat despatch’.

Daripada `mat despatch’, Qasri kemudian dipindahkan ke bahagian produksi di mana pihak KRU Studios mendapati dia selain daripada menjalankan tugas-tugas pembantu produksi Qasri juga berkebolehan untuk berlakon.

Lakonan pertama Qasri adalah sebagai pelakon tambahan/ extra dalam filem `Chikaro’ pada tahun 2012. Pada tahun 2013, Qasri diberikan watak yang lebih mencabar dalam filem `Hantu Tok Mudim’ dengan membawakan watak `Kunyit’ yang merupakan pembantu kepada `Lebai Kulup’ lakokan Soffi Jikan.

Terbaru Qasri bakal muncul dalam filem `Mat Tudung’ terbitan Showbiz Productions yang bergandingan berlakon bersama pelakon popular Fizz Fairuz dan Izzue Islam. Filem `Mat Tudung’ bakal ditayangkan pada bulan Ogos 2014.

Bagaimanapun, cinta pertama Qasri adalah bidang nyanyian. Qasri pernah memiliki album pada tahun 2002 bertajuk `Menterai Janji’ yang mana antara lagu dalam album tersebut adalah lagu `Mimpi Di Patuk Ular’.

Ketika pihak KRU Music sedang mencari penyanyi untuk menyampaikan lagu ’Citarasa Perempuan’ yang merupakan lagu tema untuk filem `Mat Tudung’, syarikat pengurusan mendapati Qasri adalah penyanyi yang sesuai di mana filem tersebut menceritakan tentang kehidupan seorang mat motor yang begitu dekat dengan dirinya.

`Citarasa Perempuan’ adalah ciptaan komposer Edry Abdul Halim dan dengan penyampaian tersendiri, Qasri diharapkan akan menwarnakan lagi industri muzik tanahair.

Bermula pada 19 FEB 2014, lagu `Citarasa Perempuan’ telah dimuat-naikkan secara rasmi menerusi rangkaian `You Tube’ KRU Music. Lagu ini telah dipasarkan melalui i-Tunes dan nada deringnya pula melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

Erma Fatima Akur Permintaan Erra Kurangkan Adegan Intim


Erma Fatima Akur Permintaan Erra Kurangkan Adegan Intim

Erma Fatima Akur Permintaan Erra Kurangkan Adegan Intim

Bahang pementasan konsert Teaterikal Suara Kita kian terasa dan kini keseluruhan produksi kini sibuk dan bertungkus lumus memenuhi jadual latihan bagi menampilkan persembahan mantap di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 3 Mac ini.

Semua maklum mengenai kisah penceraian salah seorang tunggak utama pementasan ini iaitu Erra Fazira menjadikan ia lebih hangat diperkatakan. Namun bagi pengarahnya iaitu Erma Fatima, dia akui terdapat kesukaran dan batas yang harus dia patuhi dalam adegan yang melibatkan aktres jelita tersebut bersama Awie.

“Keserasian diantara Awie dan Erra dilihat masih sama dan mereka dapat menjiwai watak masing-masing bagi adegan yang dipetik daripada filem Sembilu. Namun bagi menghormati status Erra kini dan juga batas norma kita saya terpaksa ubah semula beberapa babak intim di antara mereka.

“Ini kerana ada yang mempertikaikan isu Erra yang masih dalam tempoh edah dan sebagainya tetapi secara hukumnya ia bukanlah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Kalau nak diikutkan, saya mempunyai hak untuk mempertahankan karya ini agar tidak lari daripada jalan cerita sebenar filem. Semua yang pernah menonton Sembilu pasti ingin mendapat gambaran yang sama di dalam pementasan ini,”ujarnya mengenai dakwaan sesetengah pihak mengenai babak intim Awie dan Erra yang dilakonkan sebagai teaser pementasan baru-baru ini.

Bercakap daripada sudut pandangan seorang pengarah, Erma akui bahawa sukar untuk merealisasikan mood yang sama didalam filem ke atas pentas setelah 20 tahun masa berlalu dan pelbagai kisah yang berlaku.

Atas permintaan Erra sendiri yang juga teman baik kepadanya, Erma akur dan cuba yang terbaik untuk tidak menghampakan penonton dan dalam masa yang sama menjaga nama baik Erra sendiri.

“Filem Sembilu adalah filem yang penuh dengan babak-babak intim. Ada di antara babak-babak tersebut yang menjadi kekuatan serta ingatan utama penonton terhadap filem itu.

“Tetapi bagi mengelakkan ia memberikan implikasi negatif pada pelakon, babak intim akan dikurangkan tetapi tidaklah sampai mengubah momentum asal yang dilakonkan mereka dalam filem tersebut.

“Ini adalah permintaan daripada Erra sendiri dan dia yang sudah saya anggap seperti adik saya sendiri, saya cuba untuk tidak mencemarkan nama baiknya,”tambah pengarah itu lagi ketika ditemui pada sesi latihan mereka di Istana Budaya,semalam.

Tiga Guna Nad Zainal, Arja Lee Dalam Single Pertama, Pengakuan


Tiga Guna Nad Zainal, Arja Lee Dalam Single Pertama, Pengakuan

Tiga Guna Nad Zainal, Arja Lee Dalam Single Pertama, Pengakuan

Kumpulan Tiga telah mempertaruhkan dua pelakon hebat iaitu Nad Zainal dan Arja Lee di dalam muzik video pertama mereka untuk single sulung, Pengakuan.

Salah seorang anggota Tiga iaitu Alfie atau Syed Alfrizal,26, berkata pilihan pelakon untuk berlakon bersama dalam video klip mereka dilakukan bersama dengan dua ahli lain kerana  merasakan ianya dapat memberi impak dalam video klip pertama itu

"Sebenarnya sejak daripada mula-mula kami terfikir untuk melakukan muzik video, memang banyak juga nama-nama besar yang kami senaraikan tetapi dengan usaha kami menghubungi mereka hanya dua pelakon ini sahaja yang available ketika itu.

"Kami tak sangka dan bersyukur sebagai pendatang baru kami sendiri berjaya mendapatkan mereka untuk bersama dalam muzik video kami.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan artis ini kerana dapat bersama-sama menjayakan muzik video ini," katanya di majlis pelancaran muzik video tersebut.

Selain Alfie, Tiga turut dianggotai oleh Maya Haryanto,22, dan Zack Merican,21.

Single Pengakuan yang dicipta oleh Alyah dan muziknya disusun oleh Rafikoncept iru telah dilancarkan pada Oktober lalu.

Mengulas mengenai muzik video tersebut, Zack memberitahu idea asalnya datang dari mereka dan dioleh lebih rapi oleh pengarahnya, Huzafi Ali dari Qubu Hero Studio.

"Dalam muzik video ini ada 3 kisah dari setiap daripada kami. saya sebagai suami telah mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri yang dilakonkan oleh Sarah My Star LG dan mempunyai hubungan sulit bersama perempuan lain iaitu Nad Zainal.

"Tragisnya Nad juga merupakan kekasih Alfie yang membentuk satu dimensi cinta tiga segi.

"Sebuah lagi kisah mengenai Maya yang melarikan diri dari majlis perkahwinannya kerana tidak mahu kisah silamnya yang diperkosa diketahui oleh bakal suaminya iaitu Arja Lee," jelasnya.

Penggambaran muzik video yang dijalankan sekitar lembah kelang itu mengambil masa dalam 3 hari sahaja.

Mengenai perkembangan lain, Tiga kini dalam proses pembikinan single kedua berjudul Kamu. Single yang dicipta oleh Alfie dan liriknya oleh Alyah itu dijangka akan dilancarkan pada April ini.

Dato' A.Rahman Hassan Rebah Di Istana Budaya, Kini Stabil


Dato' A.Rahman Hassan Rebah Di Istana Budaya, Kini Stabil

Dato' A.rahman Hassan Rebah Di Istana Budaya, Kini Stabil

Dato' A. Rahman Hassan dilaporkan pengsan dan rebah di Istana Budaya, petang semalam ketika menghadiri majlis pelancaran DVD Asas Gerak Melayu di Lambang Sari, Istana Budaya.

Dia dilaporkan telah rebah sebaik sahaja majlis baru sahaja bermula dan ketika itu mantan Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya, Datuk Mohd Bisharuddin Mohd Nor Bhasa, sedang menyampaikan ucapan perasmian majlis tersebut.

Insiden tersebut telah mengejutkan semua hadirin dan penyanyi itu juga tidak sempat disambut tetamu yang duduk disebelahnya ketika itu. Bapa kepada pelakon Khir Rahman ini telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulans 15 minit kemudian.

Sebagai veteran berpengalaman dan dihormati, kehadiran A. Rahman pada petang itu adalah kerana komitmennya sebagai moderator program berkenaan bersama-sama Datuk Zulkifli Zain, Datuk Ramli Ibrahim dan Norzizi Zulkifli.

Menurut laporan terkini di Mstar.online, penyanyi tersebut kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di HKL.

Nazim Othman Mahu Tunjuk Belang Dalam Single Destinasi


Nazim Othman Mahu Tunjuk Belang Dalam Single Destinasi

Nazim Othman Mahu Tunjuk Belang Dalam Single Destinasi

Nazim Othman,30, kini sudah mula berjinak-jinak dengan dunia nyanyian yang sudah sekian lama menjadi impiannya.

Single pertamanya yang mempertaruhkan muzik rancak berjudul Destinasi bakal diperdengarkan serta dipertontonkan kepada peminat tidak lama lagi sebaik sahaja proses pembikinan klip video berkenaan siap sepenuhnya dalam tempoh terdekat ini.

Bercakap kepada portal murai.com.my, Nazim Othman berkata sudah menjadi impiannya sejak sekian lama untuk melahirkan lagu sendiri walaupun menyedari namanya lebih popular sebagai pelakon dan juga model terkenal.

“Saya memang ingin mencuba sesuatu yang orang lain tak tahu dan kalau boleh saya mahu jadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya saya selepas ini.

“Bagaimanapun saya sedar ianya agak sukar kerana saya sudahpun memasuki usia 30 tahun. Tapi bagi saya, lebih baik saya mencubanya sekarang daripada tidak mencubanya langsung,” katanya ketika dihubungi.

Destinasi ciptaan Mohariz Yaakob, manakala lirik oleh Nurfatimah telah pun dirakamkan sepenuhnya sejak tahun lalu, namun ia baru sahaja selesai menjalani proses rakaman video klip baru-baru ini.

Jelas Nazim, Destinasi merupakan sebuah lagu berirama rancak yang disempurnakannya dengan caranya sendiri dan mengetengahkan konsep tarian seakan-akan muzik K-Pop.

Namun tidak mahu terikat dengan konsep lagu cinta, Nazim Othman telah berbincang dengan Nurfatimah supaya mengubah lirik lagu itu supaya dapat dijadikan motivasi kepada generasi muda hari ini dalam usaha mereka mengejar cita-cita.

Soundtrack Filem Mana Bakal Dinyanyikan Ziana Zain?


Soundtrack Filem Mana Bakal Dinyanyikan Ziana Zain?

Soundtrack Filem Mana Bakal Dinyanyikan Ziana Zain?

Ziana Zain sebagai salah seorang tunggak utama untuk konsert Teaterikal Suara Kita, maka tidak lengkaplah projek yang diilhamkan rocker terkenal, Awie melalui syarikat produksinya , Awie Entertainment Sdn Bhd bermula 3 Mac ini.

Ziana ketika ditemui dalam satu sesi khas bersama portal Murai di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini menceritakan bagaimana semuanya bermula dan keterujaannya untuk menjayakan watak yang pernah menaikkan namanya di dalam persada industri hiburan.

Bakal menyerikan pentas di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 3 Mac ini, Ziana memberikan kepercayaan penuh kepada pengarah teater, Erma Fatima untuk mengemudikan Konsert Teaterikal Suara Kita kerana sudah seringkali bekerjasama dalam projek-projek yang sebelumnya.

Bagaimana pula dengan  stamina, persiapan dan harapan penyanyi tersebut mengenai konsert istimewa yang dianggap hadiah dan pemberian daripada mereka sebagai insan seni kepada para peminat yang tidak jemu menyokong para selebriti?

Ikuti temubual eksklusif bersama Ziana Zain yang khabarnya akan menyanyikan kebanyakan lagu-lagu soundtrack dalam filem Sembilu, Maria Mariana 1 & 2, Merah dan anda pasti sudah dapat menduga repertoire pada konsert tersebut.

Kepada para peminat tegar filem juga penyanyi ini, jangan lupa menghafal lagu popular Ziana kerana anda boleh menyanyi bersama di konsert Teaterikal Suara Kita ekslklusif di Istana Budaya, Mac ini.

Sharnaaz: Saya Terima Sms Menjatuhkan Maruah Keluarga Dari Fauzi


Sharnaaz: Saya Terima Sms Menjatuhkan Maruah Keluarga Dari Fauzi

Sharnaaz: Saya Terima Sms Menjatuhkan Maruah Keluarga Dari Fauzi

Sharnaaz Ahmad mendedahkan dia telah menerima kiriman pesanan ringkas (SMS) daripada pelakon, Fauzi Nawawi yang seolah-oleh boleh menjatuhkan maruah keluarganya.

“Mengapa dia (Fauzi Nawawi) tunjuk SMS dari saya sahaja? Mengapa tidak tunjukan kepada media SMS yang dia berikan kepada saya?

“Kalau dia mendakwa SMS saya itu sebagai ugutan, bagaimana pula dengan SMS yang dia berikan kepada saya?

“Saya tak mahu mendedahkan apa-apa pun isi daripada SMS yang dikirimkan kerana kalau saya buat seperti yang dia dan isteri lakukan, saya takut Fauzi sendiri yang malu.

“Apa yang saya boleh katakan, SMS dia benar-benar mencabar kehormatan dan maruah keluarga saya,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Menerusi laporan Harian Metro semalam, Lisdawati mendakwa telah diserang oleh pelakon utama drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut di Kuang pada jam 11 malam, 19 Februari lalu.

Selain diserang, suaminya, Fauzi Nawawi turut mendakwa menerima SMS ugutan dariapda hero drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu.

Berikutan insiden berkenaan, Lisdawati dan suaminya, telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Hanez Suraya: Saya Tak Rampas Suami Orang, Dia Duda Anak Dua!


Hanez Suraya: Saya Tak Rampas Suami Orang, Dia Duda Anak Dua!

Hanez Suraya: Saya Tak Rampas Suami Orang, Dia Duda Anak Dua!

Hanez Suraya menafikan dakwaan bahawa  bakal suaminya kini berstatus suami orang, sebaliknya akui jejaka itu merupakan duda kepada dua orang anak.

“Fitnah mendakwa saya rampas suami orang dan menghasut lelaki itu untuk ceraikan isterinya tak betul sama sekali. Saya akan buat sidang media dalam masa terdekat untuk menjelaskan segalanya.

“Sebenarnya lelaki itu seorang duda anak dua ketika kami mula berkawan dan suami orang seperti yang didakwa,” katanya kepada akbar Harian Metro hari ini.

Menerusi laporan Harian Metro itu lagi, pelakon drama bersiri Autumn Di Hatiku itu berkata, tuduhan dirinya seorang perampas dan perosak rumah tangga adalah sesuatu yang melampau.

“Kenapa bekas isterinya memfitnah saya macam-cama selepas saya dedahkan untuk berkahwin baru-baru ini?

“Kalau betul saya rosakkan perkahwinan orang, kenapa keluarga lelaki memberi restu dan dia (bakal suami) sendiri yang melamar saya,” jelasnya lagi.

Aliff Aziz: Dia Bukan Kekasih Saya, Foto Itu Ibunya Yang Ambil


Aliff Aziz: Dia Bukan Kekasih Saya, Foto Itu Ibunya Yang Ambil

Aliff Aziz: Dia Bukan Kekasih Saya, Foto Itu Ibunya Yang Ambil

Aliff Aziz akui wanita yang mesra bersamanya dalam foto-foto yang tersebar di laman sesawang baru-baru ini bukan kekasihnya, sebaliknya wanita berambut perang itu anak kepada rakan kenalannya.

Aliff Aziz menjelaskan, foto itu diambil oleh ibu kepada wanita berkenaan ketika bersama rakan-rakannya yang lain di sambutan hari jadinya pada 19 Februari lalu.

“Sebenarnya saya lebih lama mengenali ibu bapanya kerana sebelum ini ibunya pernah memanggil saya untuk mengadakan private show bagi sesebuah organisasi dan sudah banyak kali juga kami bekerjasama.

“Saya baru berkenalan dengan anaknya yang bernama Shazleen itu sejak 2 bulan lalu, Pada saya hubungan kami lebih kepada kekeluargaan. Saya hormat dia dengan  keluarga.

“Saya tidak tahu bagaimana foto itu tersebar tetapi apa yang pasti bukan kami berdua sahaja yang ada ketika itu. Ramai yang sambut hari jadi saya ketika itu, malah foto itu juga diambil oleh ibunya,” kata Aliff Aziz ketika dihubungi murai.com.my.

Aliff diminta mengulas mengenai foto mesranya dengan seorang wanita tersebar di laman sesawang yang dilihat seperti hampir bercumbu.

Pelatun lagu Jangan Ganggu Pacarku itu memberitahu lagi, dia kini masih lagi belum menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita dan Shazleen adalah antara wanita yang sedang rapat dengannya.

“Saya masih single dan sedang fokus pada kerjaya lakonan dan nyanyian kerana pada pertengan tahun ini saya akan muncul dengan album solo penuh.

“Saya akui memang rapat dengan Shazleen, tetapi hubungan kami sekadar kawan dan belum ke tahap yang lebih serius,” jelasnya lagi.

Aliff kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jodoh untuk musim kedua.

Ziela Jalil Bertanggungjawab Damaikan Lisdawati Dan Sharnaaz


Ziela Jalil Bertanggungjawab Damaikan Lisdawati Dan Sharnaaz

Ziela Jalil Bertanggungjawab Damaikan Lisdawati Dan Sharnaaz

Ziela Jalil akui akan cuba bertanggungjawab mendamaikan pertelingkahan yang berlaku antara pelakon Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad.

Ziela Jalil berkata dia pasti apa yang berlaku hanya salah faham kecil di antara mereka kerana sebelum ini iaitu selama lebih 3 bulan melalui penggambaran kedua-dua pelakon itu tidak menunjukan sebarang masalah.

"Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu menahu mengenai apa yang berlaku sehingga diberitahu mengenai berita dakwaan Lisdawati yang diserang Sharnaaz dalam sebuah akhbar.

"Saya sendiri terkejut kerana selama ini tiada siapa termasuk krew memberitahu mengenai apa yang berlaku di antara mereka, malah kedua-dua pelakon ini pun tidak ada mengadu apa-apa kepada saya.

"Tapi oleh kerana pertelingkahan itu berlaku di lokasi penggambaran produksi saya, jadi sebagai produser saya rasa bertanggungjawab untuk cuba bertanyakan apa masalah mereka berdua serta mendamaikan sehingga boleh berlaku begitu," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Ziela diminta mengulas selepas Lisdawati mendakwa dia telah diserang oleh Sharnaaz di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut dalam sebuah laporan.

Sharnaaz bagaimana pun menafikan dakwaan tersebut dan akui Lisdawati cuba memfitnahnya.

Dalam pada itu, Ziela memberitahu dia tidak merasakan Sharnaaz boleh bertindak sebegitu kerana mengenali pelakon tersebut aktor itu seorang yang tenang dan menghormati orang lain serta menganggap ianya sebagai salah faham sahaja.

"Mengenali Sharnaaz, dia bukanlah seorang yang panas baran dan sentiasa commited dan disiplin dalam kerjanya, bila jadi isu yang saya anggap kecil dan mungkin salah faham kini namanya semakin buruk.

"Begitu juga dengan Lisdawati, dia bukan seorang yang suka bergaduh dan saya harap ianya dapat diselesaikan," jelasnya lagi.

Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang turut dibintangi oleh Nelydia Senrose kini sedang ditayangkan di Astro Mustika HD.

A. R. Rahman Bakal Beraksi 3 Jam Dalam Konsert Infinite Love


A. R. Rahman Bakal Beraksi 3 Jam Dalam Konsert Infinite Love

A. R. Rahman Bakal Beraksi 3 Jam Dalam Konsert Infinite Love

A.R. Rahman bakal menjayakan konsert yang dinamakan sebagai Infinite Love di Stadium Merdeka pada 26 April ini.

Dalam konsert yang dianjurkan penganjur acara, DML Live dan dibantu oleh Malaysia Major Events, yang terletak di bawah naungan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, pemuzik serta pencipta lagu kelahiran India ini akan mempersembahkan rangkaian lagu-lagu popular yang beliau gubah dari filem Hindi dan Tamil.

Konsert yang bakal diadakan selama 3 jam itu juga turut menampilkan lagu-lagu dari filem 3D Tamil, Kochadaiyaan yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

"Saya pernah ke sini pada 2003 untuk konsert 'Unity of Light' dan saya amat teruja untuk mempersembahkan himpunan lagu-lagu terbaru kepada peminat saya di sini," katanya pada sidang akhbar Infinite Love baru-baru ini,

Tiket bagi konsert itu berharga dari RM98 boleh dibeli mulai 3 petang Jumaat ini menerusi www.dmllive.com. Diskaun hingga 15 peratus diberi kepada mereka yang membeli tiket awal.

Atai Nyanyikan Semula Lagu Sudirman, Kul It


Atai Nyanyikan Semula Lagu Sudirman, Kul It

Atai Nyanyikan Semula Lagu Sudirman, Kul It

Anak saudara, Allahyarham seniman Datuk Sudirman Hj. Arshad, Atai, memilih untuk membawakan semula lagu Kul It yang pernah dipopularkan bapa saudaranya itu sempena come backnya semula di dalam industri semula di dalam industri muzik tanah air.

Menurut Atai, lagu 'Kul It' dipilih kerana lagu tersebut mempunyai mesej yang tersembunyi selain ianya berentak rancak.

"Jadi sebagai langkah pertama, saya memilih lagu ‘Kul It’ kerana lagu ini berentak segar... Arwah juga pernah berkata bahawa lagu ini sentiasa relevan buat rakyat Malaysia kerana boleh didengar tanpa mengikut peredaran zaman.

"Selain itu terdapat mesej-mesej tersirat dalam setiap rangkap yang dinyanyikan," tambahnya.

Atai atau nama sebenarnya Razman Azrai Zainudin, 41 berkata, dia tidak kisah sekiranya gaya nyanyian dan juga persembahannya disamakan dengan Allahyarham Sudirman.

"Sejak dari kecil lagi Atai bersama dengan Arwah... Jadi saya memang tak boleh lari dari imej tersebut. Memang sebelum ini kalau Atai menyanyi pun memang sama.

"Tapi jika dengar betul-betul, suara Atai agak berlainan sedikit sebenarnya... Saya harap lagu ini dapat diterima oleh peminat," ujar bapa kepada dua orang anak ini.

Lagu ‘Kul It’ merupakan hasil ciptaan oleh Sudirman sendiri bersama dengan penulis lirik terkenal Habsah Hassan, Fauzi Marzuki, dan Adnan Abu Hassan.

Lagu ini kemudiannya telah digubah dan diberi nafas baru oleh komposer muda iaitu Daniel Veerapan. Atai sebelum ini pernah muncul dengan album sulung berjudul 'Sahabat' pada tahun 1985.

Liza Abdullah, Suami Nangis Berpelukan Sebelum Sah Bercerai


Liza Abdullah, Suami Nangis Berpelukan Sebelum Sah Bercerai

Liza Abdullah, Suami Nangis Berpelukan Sebelum Sah Bercerai

Liza Abdullah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini kira-kira pukul 3.05petang tadi.

Lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul Rahman, 58, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas dia bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik.

Menerusi laporan Mstar Online, suasana di dalam kamar pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai.

Dua anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat bapa mereka.

Liza, 50, yang memfailkan permohonan perceraian tersebut menerusi peguam syarie, Sa'adiah Din pada 25 November tahun lalu turut ditemani oleh ahli keluarga dan rakan artis ke mahkamah termasuklah Datuk Shah Rezza dan Ziela Jalil.

Terdahulu, pasangan berkenaan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu selain mengalami konflik berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Dalam pada itu, Shaiful Azli memerintahkan Liza supaya menjalani edah selama tiga kali suci selain perceraian mereka didaftarkan di mahkamah.

Sementara itu, Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah yang mengenakan jubah hitam ketika ditemui selepas prosiding selesai enggan mengulas mengenai penceraian tersebut.

Manakala Zolkifli menganggap penceraian itu sebagai ketentuan Allah.

Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli kira-kira 26 tahun,mereka turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.

Erra Tidak Pernah Terfikir Akan Kembali Jadi Kekasih Awie


Erra Tidak Pernah Terfikir Akan Kembali Jadi Kekasih Awie

Erra Tidak Pernah Terfikir Akan Kembali Jadi Kekasih Awie

Erra Fazira yang ketika itu mula meniti nama selepas dimahkotakan sebagai wanita tercantik negara dalam Miss World/Malaysia 1992 membuat debut di layar perak dengan membintangi Sembilu arahan Datuk Yusof Haslam.

Filem ini menjadi fenomena pada tahun 1994 menaikkan nama Erra yang ketika itu digandingkan bersama Awie sebagai pasangan kekasih. Daripada set filem, selebriti ini pernah menyulam cinta namun putus selepas beberapa tahun di mana masing-masing kini mempunyai keluarga sendiri.

Primadona filem negara itu telah ditemuramah Portal Murai secara eksklusif bagi mengetahui kisah penglibatannya dalam konsert Teaterikal Suara Kita yang akan mengimbau semula filem-filem di era 90’an lakonan Erra, Awie dan Ziana bermula 3 Mac ini di Istana Budaya.

Antaranya Erra memberitahu bahawa dia tidak pernah terfikir akan memainkan semula watak Wati, wanita yang dicintai Awie itu selepas 20 tahun. Bagaimana pula dengan sejarah kisah cinta epik pasangan ini, adakah ia akan lebih mudah untuk dilakon? Jom saksikan temubual eksklusif Murai untuk Teaterikal Suara Kita : Erra Fazira.



Sharnaaz: Saya Tak Bodoh Nak Pukul Wanita Hamil!


Sharnaaz: Saya Tak Bodoh Nak Pukul Wanita Hamil!

Sharnaaz: Saya Tak Bodoh Nak Pukul Wanita Hamil!

Sharnaaz Ahmad akui dakwaan Lisdawati  yang menuduhnya menyerang pelakon wanita itu di lokasi adalah fitnah semata-mata kerana dia masih boleh berfikiran waras untuk bertindak di luar jangkaan.
Malah, Sharnaaz berkata ibunya juga seorang wanita dan tak mungkin dia boleh bertindak kasar terhadap wanita hamil seperti Lisdawati.

“Saya tak bodoh nak serang atau pukul wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibu saya juga seorang wanita

 “Lisdawati nampaknya telah memfitnah saya. Saya tidak menyerangnya di lokasi. Tapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai ini kerana saya bukan seorang yang suka menggunakan media untuk menyelesaikan masalah.

“Saya tidak mahu cakap banyak, hanya orang produksi dan yang berada di lokasi sahaja tahu,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Lisdawati mendakwa telah diserang oleh pelakon utama drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut  di Kuang pada jam 11 malam, 19 Februari lalu.

Berikutan insiden itu, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah  (IPD) Dang Wangi.

Sharnaaz yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai ketidakpuasan itu  mendakwa apa yang diceritakan oleh pasangan suami isteri tentang isu tersebut hanyalah luaran sahaja mengenainya.

“Sebenarnya apa yang mereka cerita itu, diibaratkan hanyalah muka depan dan kulit belakang sahaja tetapi isinya tiada.

“Sudah beberapa kali saya minta berjumpa dengan saya untuk menyelesaikan hal ini. Mengapa mereka perlu gunakan media? Berdepanlah dengan saya jika mereka benar,” jelasnya lagi.

Dalam laporan akhbar itu, Lisdawati dan suami turut mendedahkan antara pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang telah dihantar oleh Sharnaaz.

Tiada Penyingkiran, Shah Iskandar & Kartini Kekal Di Ffm2


Tiada Penyingkiran, Shah Iskandar & Kartini Kekal Di Ffm2

Tiada Penyingkiran, Shah Iskandar & Kartini Kekal Di Ffm2

Minggu kedua program Fear Factor Malaysia 2 (FFM2) memberikan kejutan apabila tiada penyingkiran dilakukan untuk kumpulan B.

Pada awalnya hos FFM2, Aaron Aziz telah mengumumkan nama pasukan yang tersingkir iaitu pasangan pelakon, Shah Iskandar dan Kartini.

Bagaimanapun semuanya terbongkar apabila Aaron memberitahu bahawa mereka akan berjumpa kembali pasangan itu pada minggu hadapan.

Cabaran bagi episod kali ini lebih sukar apabila mereka terpaksa melakukan cabaran dalam keadaan basah kuyup kerana hujan.

Untuk cabaran pertama iaitu ‘Russian Swing’, mereka perlu mengambil 12 bendera Fear Factor dari sebuah platform yang digantung tinggi dan memindahkan bendera tersebut ke platform seterusnya dalam masa yang di tetapkan.

Cabaran tersebut telah menyaksikan pasangan pelakon Zain Saidin dan Akmal berjaya mengumpul sebanyak 10 helai bendera manakala dua pasangan iaitu Yana Samsudin dan Janice serta Thanuja dan Joy masing-masing seri dengan satu bendera.

Bagi cabaran kedua iaitu ‘Lidah Berbelit’, hanya peminat sahaja yang dibenarkan untuk melakukan cabaran ini di mana mereka perlu memindahkan lidah kambing yang dilumuri cecair dan ulat dengan hanya menggunakan mulut sahaja.

Kemenangan berpihak kepada pasangan Zain Saidin dan Akmal sekaligus diumumkan sebaga pemenang imuniti manakala Bambang dan Faisal pula di nobatkan sebagai pemenang minggu kedua dan membawa pulang wang berjumlah RM10,000.

Untuk cabaran terakhir yang di kenali sebagai ‘Dong Bath’, para peserta dikehendaki masuk ke dalam sebuah bekas yang dipenuhi najis gajah dan mencari seberapa banyak kepingan emas dalam masa tiga minit. Hanya selebriti sahaja yang dikehendaki melakukannya.

Nasib tidak menyebelahi pasukan Shah Iskandar dan Yana Samsudin apabila mereka gagal menemui kepingan emas tersebut.

Namun peluang kedua yang diberikan tidak sia-sia apabila pasangan daripada pasukan Yana iaitu Janice berjaya mengumpul sebanyak lima keping emas manakala pasangan Shah Iskandar iaitu Kartini hanya mendapat empat keping emas sahaja.

Tuah menyebelahi mereka apabila tiada penyingkiran pada minggu kedua.

Alyah Kongsi Rahsia Hati, Mahu Berkahwin Tahun Ini!


Alyah Kongsi Rahsia Hati, Mahu Berkahwin Tahun Ini!

Alyah Kongsi Rahsia Hati, Mahu Berkahwin Tahun Ini!

Alyah tetap memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu apa sahaja perkara berkaitan dengan rencananya untuk berumahtangga. Menurutnya juga, dia sebagai seorang wanita tidak seharusnya terlalu memperkatakan hal yang belum pasti.

Ketika ditemui baru-baru ini, Alyah yang dikatakan bercinta dengan seorang komposer hebat itu jua enggan mengulas lanjut mengenai hubungan di antara mereka. Namun begitu, Alyah mengatakan bahawa jika jodoh sudah tiba, dia mahu menamatkan zaman solonya tahun ini.

“Tahun 2014 memang saya dan rancang untuk memajukan diri dan kalau boleh ada pembaharuan daripada segi karier, perniagaan dan juga hal peribadi. Maksudnya, jika dipermudahkan Allah SWT, tahun ini saya ingin tamatkan status saya yang solo ini.

“Tetapi bila dan di mana, Alyah belum memutuskan lagi tetapi saya memang berdoa agar dipercepatkan jodoh kerana wanita sebaya saya lainnya sudah pun berumah tangga. Saya tidak mahu terlalu lewat berkahwin.

“Namun begitu, seperti yang saya katakan tadi semuanya terserah kepada rezeki, jodoh itu rahsia Allah. Itu rancangan saya dan mudah-mudahan dipermudahkanNya,”tutur Alyah mengenai hal peribadinya dan rencananya untuk berkahwin tahun ini.

Dalam pada itu dia turut berkongsi idea dan konsep perkahwinan yang menjadi impian buatnya. Sebagai seorang selebriti yang sering bergaya dan memakai baju yang glamor, Alyah mahukan sebuah perkahwinan yang sederhana tetapi bermakna. Pesan Alyah, “Doakan yang terbaik untuk Alyah”.

Pameran Lukisan Ikonik Dato’ Siti Nurhaliza


Pameran Lukisan Ikonik Dato’ Siti Nurhaliza

Pameran Lukisan Ikonik Dato’ Siti Nurhaliza

Selepas berlalunya konsert amal Dato’ Siti Nurhaliza Live In KLCC - Where The Heart Is di Dewan Plenary Kuala Lumpur Convention Centre awal Februari lalu, penyanyi tersohor negara Dato’ Siti Nurhaliza bakal meneruskan usaha murni untuk beramal melalui Yayasan Nurjiwa yang dinaungi bersama suaminya Datuk Khalid Md Jiwa atau Datuk K tersebut.

Melalui kolaborasi diantara syarikat produksi milik penyanyi tersebut, Siti Nurhaliza Productions dan Artelier Gallery Kuala Lumpur, ilham untuk merapatkan lagi umum dengan bidang seni halus melalui ikon dunia seni tempatan membawa kepada penganjuran sebuah pameran lukisan istimewa buat para peminat Dato’ Siti Nurhaliza.

Projek amal ini disertai oleh 17 orang pelukis-pelukis hebat dimana setiap karya yang dihasilkan mereka akan mengangkat Siti Nurhaliza sebagai subjek utama sebelum diolah menjadi karya bernilai tinggi.

Lukisan yang mempunyai nilai estetika tinggi ini tambah istimewa kerana ia menampilkan wajah pujaan ramai tersebut dimana idea utama pameran ini adalah untuk mengutip dana bagi Yayasan Nurjiwa yang diketahui antara badan NGO aktif membantu dalam pelbagai bencana atau musibah yang menimpa rakyat di negara ini.

Pameran seni berjudul Siti - An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza ini akan mula dibuka kepada umum pada 27 Februari ini bertempat di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur setiap hari kecuali Isnin  selama sebulan dan dijangka berakhir pada 26 Mac depan.

Galeri akan mula dibuka seawal  jam 10 pagi hingga 8 malam di ruang pameran terbaru milik Artelier Gallery di pusat membeli belah Publika, Solaris Dutamas yang terkenal kerana sokongan mereka terhadap aktiviti seni seperti ini.

Senarai nama pelukis yang terlibat dalam projek ini terdiri daripada Dhameer Abbas, Zizan Rozman, Adrian Torres Art, Nazmi Ismail, Scott Abbas, Shafiq Nordin, Muhammad Syahbandi Samat, Haffendi Anuar, Sabihis MD Pandi, Haafiz Shahimi, Amirfirdaus Ahamadtamizi, Firdaus Mahadi, Arikwibowo Amril, Nightwatcher's Imagery, Faiz Yunus, Azizi Latif dan Badruddin Syah Abdul Wahab.

Kes Khalwat Tak Halang Shah Jaszle Berkahwin Hujung Tahun Ini


Kes Khalwat Tak Halang Shah Jaszle Berkahwin Hujung Tahun Ini

Kes Khalwat Tak Halang Shah Jaszle Berkahwin Hujung Tahun Ini

Shah Jaszle tetap mahu meneruskan hajatnya untuk mengahwini tunangnya, Redzwani Puteri.

Shah Jaszle berkata dia kini sedang berbincang dengan keluarga Redzwani Puteri supaya mereka dapat melangsungkan perkahwinan paling cepat pada penghujung tahun ini.

"Saya tetap akan menyelesaikan kes ini di mahkamah kerana macam mana sekalipun saya mahu mempertahankan diri saya.

"Sebenarnya, saya dah lama mahu percepatkan perkahwinan kami lebih awal lagi tapi dah tiada jodoh nak buat bagaimana tapi kalau boleh paling cepat penghujung tahun ni atau awal tahun hadapan.

"Namun disebabkan dia (Redzwani Puteri) masih belajar dalam jurusan kedoktoran itu dan bakal selesai pada tahun 2015, jadi saya terpaksa menunggunya dan bertolak ansurlah juga," katanya kepada murai.com.my selepas preview siri telemovie 5 Beradik di TGV One Utama Damansara.

Pada 16 Mei lalu, Shah telah ditahan bersama Farah Nurizzati Salleh, 21, di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor atas kesalahan berkhalwat di Apartmen Taman Sri Subang pada jam 3.30 pagi oleh unit penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Penyanyi Ainan Tasneem Cedera Akibat Kemalangan Di Kangar


Penyanyi Ainan Tasneem Cedera Akibat Kemalangan Di Kangar

Penyanyi Ainan Tasneem Cedera Akibat Kemalangan Di Kangar

Penyanyi yang popular dengan lagu bertajuk Aku Suka Dia, Ainan Tasneem Ridzuan, 22, telah cedera ringan selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Batu Pahat, Kangar malam tadi.

Laporan Kosmo! Online memetik, kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam itu apabila kenderaan jenis Proton Saga BLM yang dipandu rakan penyanyi itu tidak dapat dikawal sebelum terbabas di longkang konkrit sedalam satu meter.

Keadaan jalan yang licin dan bengkang-bengkok serta tiada lampu jalan dikatakan menjadi factor utama kepada hilangnya kawalan kereta tersebut.

Ainan Tasneem yang merupakan penuntut Universiti Malaysia Perlis dan tiga lagi rakannya termasuk pemandu kereta hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Fauziah malam tadi.

Untuk rekod, kemalangan ini adalah kali kedua membabitkan penyanyi sedang meningkat naik itu. Kali pertama berlaku pada bulan Julai tahun lalu di mana kereta MyVi milik Ainan yang dinaiki bersama kawan baiknya berlanggar dengan sebuah kereta lain di lebuhraya New Pantai Express Highway (NPE).

Tak Akan Berehat, Erra Fazira Tetap Mengacara Primadona


Tak Akan Berehat, Erra Fazira Tetap Mengacara Primadona

Tak Akan Berehat, Erra Fazira Tetap Mengacara Primadona

Erra Fazira merupakan salah seorang pengacara program bual bicara terbitan Astro iaitu Primadona.

Walaupun kes penceraiannya baru sahaja berlalu iaitu Selasa lalu, namun penggambaran program tersebut masih lagi diteruskan seperti biasa.

Menurut penerbit program bual bicara tersebut, Nor Zeha Mohd Salleh berkata setakat ini aktres tersebut tidak meminta untuk membuat sebarang penangguhan penggambaran Primadona.

“Kami akan teruskan penggambaran seperti biasa dan setakat ini, Erra tidak mengalami sebarang masalah.

“Dia juga hadir ke sesi `rehearsal` seperti biasa dan berada dalam keadaan baik jadi saya rasa perkara tersebut tidak akan mengganggu sesi penggambaran Primadona,” ujarnya ketika dihubungi Murai.

Selain itu Nor Zeha juga memberitahu jika Erra mahu menangguhkannya ia akan sedikit menjejaskan penggambaran memandangkan tiga pengacara program tersebut merupakan nama-nama besar dalam industri dan pasti mempunyai jadual yang padat.

“Saya juga faham jika penggambaran ditangguhkan, akan menjadi sedikit masalah kerana pengacara Primadona masing-masing sibuk dengan kerja mereka selain jadual mereka yang agak padat.

“Mungkin agak sukar untuk kumpulkan mereka bersama, masalah dengan jadual pula yang akan timbul nanti. Jadi buat masa sekarang semuanya berjalan dengan lancar.” katanya.

Rumahtangga Bergoyah: Dynas Mokhtar Tak Mahu Ulas Lanjut


Rumahtangga Bergoyah: Dynas Mokhtar Tak Mahu Ulas Lanjut

Rumahtangga Bergoyah: Dynas Mokhtar Tak Mahu Ulas Lanjut

Dynas Mokhtar,31, akui tiada apa yang boleh diulas mengenai gosip yang melanda hubungan rumahtangganya kini yang didakwa retak menanti belah.

Sebaliknya, dia memberitahu kisah rumahtangga biarlah diselesaikan di rumah dan hanya dia dan suami sahaja yang simpan bersama.

"Mengenai gosip itu saya tiada apa yang hendak nak dikatakan tentangnya. Saya masih disini bersama anak-anak saya dan suami saya juga masih menghubungi saya.

"Sebenarnya isu ini saya dah lalui sejak empat tahun lalu lagi. Saat mendengar gosip ni saya dan suami sendiri tersenyum dan rasa ianya agak lucu.

"Bagi saya apa yang berlaku di rumah biar ianya kekal di rumah sebab apa yang saya ingat masa akad nikah dulu, Tok Kadi sendiri ingatkan dan menasihatkan kami begitu," katanya ringkas kepada murai.com.my ketika majlis sidang media memperkenalkannya sebagao duta baru kepada produk Johnson and Johnson Malaysia.

Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar telah mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Mohd Hafizy Hafiz, 42, pada 15 Mac 2008.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan dua orang anak iaitu Khyra Khalisa, 5, dan Mohamad Haqaish yang kini berusia 2 tahun.

Baru-baru ini sebuah portal ada menyebarkan gosip mengenai kerekatakkan rumahtangganya yang di alami.

Pun begitu, Dynas yang tenang menjawab soalan itu memberitahu gosip adalah perkara yang perlu di hadapi sebagai seorang artis.

"Bagi saya apa yang tersebar di internet itu mengarut tapi sebagai orang yang berada di dalam industri inilah yang perlu saya hadapi," luahnya lagi.

Bekas Ahli Bomba, Hisyam Hamid Selesa Status Diketahui Umum


Bekas Ahli Bomba, Hisyam Hamid Selesa Status Diketahui Umum

Bekas Ahli Bomba, Hisyam Hamid Selesa Status Diketahui Umum

Dalam sekelip mata nama Hisyam Hamid jadi bualan kerana fenomena Ariana Rose yang baru sahaja habis disiarkan dan kini aktor yang berasal daripada seberang Tambak Johor ini telah bersedia untuk terjun dalam dunia glamor walaupun sudah lama sebenarnya berkecimpung dalam dunia lakonan.

Hisyam yang baru sebulan melepaskan jawatan sebagai anggota bomba di Singapura dilihat memacu kariernya kini jauh daripada lapangan penuh bahaya yang dijawatnya selama 6 tahun itu setelah melihat penerimaan baik industri hiburan di negara ini.

Dikatakan menggunakan formula seakan aktor popular Aaron Aziz, namun buat Hisyam pula, percaturannya ini bakal menentukan masa depannya kelak dan dia mengakui ingin berjaya seperti pengacara Fear Factor itu.

“Saya tidak dapat menolak pandangan orang yang mengaitkan saya dengan Aaron Aziz, tetapi saya cuba untuk melihatnya daripada sudut positif. Saya mahu berjaya seperti dia tapi tak bermakna saya nak jadi Aaron Aziz yang kedua.

“Dunia lakonan memang minat saya daripada dahulu lagi. Tetapi oleh kerana industri di Singapura tidak semeriah disini, ia dijadikan karier kedua saya kerana pekerjaan tetap saya dahulu adalah sebagai ahli bomba.

“Setelah melihat perkembangan positif di sini, barulah saya berani melepaskan jawatan setelah enam tahun berkhidmat. Saya nak ambil masa setahun dan lihat bagaimana perkembangan karier sebagai pelakon dan ini risiko yang saya ambil sendiri.

“Alhamdulillah buat masa ini memang murah rezeki dan sebab itulah juga saya meminta isteri saya untuk letak jawatan dan menjadi pengurus saya,”ujar aktor kacak yang ditemui di sidang akhbar ABPBH 2013 baru-baru ini.

Apabila ramai mengetahui status aktor ini merupakan bapa kepada 2 orang cahayamata masing-masing 7 dan 5 tahun, tetapi buat Hisyam sendiri, dia mengakui lebih selesa bila peminat mengetahui mengenai hal ini. Isterinya kini merangkap pengurusnya juga itu telah dikahwininya 8 tahun yang lalu.

“Memang tak dinafikan macam-macam reaksi yang diterima bila tahu saya telah berumahtangga dan memiliki 2 orang anak. Syukur kerana kebanyakkannya positif dan mereka suka saya menjelaskan status saya sebenarnya.

“Saya tiada masalah kerana rezeki itu datang daripada Allah SWT dan saya ingin mencuba nasib.  Dalam masa yang sama, bidang ini adalah minat saya dan saya ingin tonjolkan bakat dan juga belajar untuk memantapkan skil lakonan.

“Soal status bukan penentu dan biarlah mereka terima Hisyam Hamid sebagaimana diri saya yang sebenarnya,”ucapnya lagi yang hadir ditemani isterinya, Rosmawati Hanafi.

Bintang baru yang kian mendapat tempat di hati peminat tempatan ini kini sedang sibuk memenuhi tawaran berlakon dan akan muncul dengan Latte @Kopi Tarik tidak lama lagi.

Ibu Dan Bakal Ibu Selebriti Yang Hot


Ibu Dan Bakal Ibu Selebriti Yang Hot

Ibu Dan Bakal Ibu Selebriti Yang Hot

Adakah sekarang ini memang musim yang sesuai bagi mereka yang ingin mengandung? Lain macam pula soalan berbunyi tetapi seperti apa yang dilihat, subur pula kaum wanita kan?

Tengok sahajalah kalangan selebriti kita pun tidak terkecuali memilih waktu ini untuk menambah cahayamata dan ada juga diantara mereka ini yang pertama kali melalui pengalaman berbadan dua.

Seperti biasa melalui pemerhatian Murai, selain daripada selebriti muda yang pertama kali atau bakal bergelar ibu, ada juga selebriti yang bakal menerima cahaya yang seterusnya setelah beberapa kali melahirkan anak.

Bagi selebriti yang buat julung kalinya bakal bergelar ibu seperti Scha Al-Yahya dan Liyana Jasmay, pasti banyak pengalaman ketika pertama kali mengandung yang menarik bukan? Tetapi ia mungkin perkara yang bukanlah bagi selebriti seperti Irma Hasmie yang mengandung anak kedua juga Lisdawati dan Didie Alias.



Untuk Scha, kebanyakan foto yang dimuatnaiknya belum menampakkan dengan jelasnya baby bump isteri kepada Awal Ashaari ini. Berbeza dengan Liyana Jasmay yang sudah jelas terlihat baby bumpnya dan walaupun begitu masih tetap bergaya bila keluar kemana-mana.





Pertemuan ketiga-tiga ibu mengandung iaitu Didie Alias, Irma Hasmie dan Lisdawati di sidang akhbar ABPBH 2013 semalam membuatkan Murai terdetik membuat sorotan mengenai bakal ibu-ibu hot dikalangan selebriti terkenal tempatan.



Apa kata kalian? Ibu mana yang paling berseri sekali? Dengar cerita pelakon hebat Safura Yaacob juga sedang mengandung, ada sesiapa yang ada fotonya, bolehlah kongsikan dengan Murai ya!

Nas Adila Sedia Dikaitkan Dengan Datuk Jamal Abdillah Lagi


Nas Adila Sedia Dikaitkan Dengan Datuk Jamal Abdillah Lagi

Nas Adila Sedia Dikaitkan Dengan Datuk Jamal Abdillah Lagi

Meskipun gosip bercinta bersama penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah yang lalu telah memberi kesan yang mendalam kepada diri, namun ianya tidak menghalang buat penyanyi, Nas Adila untuk digandingkan semula dengan penyanyi popular era 80-an itu.

Nas Adila, 27, bakal menjadi penyanyi jemputan untuk Majlis Raikan Hari Ibu Bersama Datuk Jamal Abdillah yang bakal diadakan di Restoran N'Dah Mahligai Shah Alam pada 11 Mei 2014.

Nas Adila berkata dia sudah bersedia untuk dikaitlan lagi dengan penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu seperti sebelum ini asalkan maruahnya sebagai seorang wanita tidak direndahkan.

"Selepas gosip saya dan Abang Jamal tu saya banyak berdiam diri dan menyendiri tapi bila dapat tawaran untuk menyanyi bersama dalam majlis raikan hari ibu saya sendiri tidak menolak dan terus menerimanya kerana saya memang minat Abang Jamal.

"Saya dah bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini kerana saya tahu orang pasti akan mengaitkan lagi saya dan Abang Jamal. Namun saya tidak kisah selagi maruah saya terjaga kerana saya sahaja yang tahu kebenarannya.

"Ini pertama kali kami digandingkan selepas gosip tersebut dan saya sendiri belum bercakap dengan Abang Jamal tapi saya harap kami dapat bekerjasama dengan profesional nanti," katanya kepada murai.com.my selepas sidang media majlis hari ibu tersebut.

Sebelum ini ada gosip timbul yang mengatakan Datuk Jamal mahu datang merisik Nas Adila. Namun kedua-dua penyanyi menafikan dakwaan tersebut.

Sementara itu, Nas memberitahu dia kini sudah bersediah untuk berkahwin namun masih berfikir panjang jika Datuk Jamal mahu masuk meminangnya.

"Saya rasa kalau ada jodoh memang saya sudah bersedia untuk berkahwin tapi jika Datuk Jamal sendiri hendak berkahwin dengan saya dia perlu berjumpa ibu bapa saya dan kemudian saya akan memikirkannya dahulu sebelum membuat keputusan," beritahunya lagi.

Majlis yang bakal dikendalikan oleh pelawak, Jihan Raja Lawak itu hanya terhad kepasa 400 prang sahaja. Tiket dijual dengan harga RM450, RM400 dan RM300 seorang. Tiket dan maklumat lanjut sila hubungi 03-55104187.

Kes Penceraian Erra, Engku Emran Dapat Hak Penjagaan Anak


Kes Penceraian Erra, Engku Emran Dapat Hak Penjagaan Anak

Kes Penceraian Erra, Engku Emran Dapat Hak Penjagaan Anak

Susulan kes penceraian pelakon Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah memutuskan hak penjagaan anak diberikan sepenuhnya kepada suami.

Sumber mStar Online melaporkan, Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5, manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut bersetuju untuk menyelesaikan hak penjagaan anak mereka tanpa sebarang pertikaian.

Ketika di makamah Erra juga menjelaskan permohonan cerai dibuatnya setelah mendapati tiada persefahaman dalam hubungan mereka selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu.

Pelakon filem ‘Hingga Hujung Nyawa’ ini juga telah memfailkan permohonan cerai dan hak penjagaan anak mereka menerusi peguam syarie, Ahmad Nazib Johari selaku plaintif pada Isnin (semalam).

Manakala Engku Emran pula diwakili peguam syarie Roslan Sujak Rafiee.

Tiada tuntutan nafkah dibuat oleh pelakon ini terhadap bekas suaminya.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik ketika ditemui media selepas sebutan kes tersebut mengakui berasa lega kerana segala spekulasi mengenai hal rumah tangganya selesai.

“Alhamdulillah, penceraian ini berlaku dengan baik sekali dan semuanya telah selesai,” katanya.

Engku Emran bagaimanapun enggan mengulas mengenai kes penceraian mereka.

Erra dan Emran disahkan bercerai talak satu selepas lafaz cerai dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi.

Erra Fazira, Engku Emran Sah Bercerai


Erra Fazira, Engku Emran Sah Bercerai

Erra Fazira, Engku Emran Sah Bercerai

Erra Fazira hari ini telah disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Lafaz cerai itu telah dilakukan dihadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin, sebentar tadi.

Ditemani aktres Umie Aida dan produser filem Erma Fatima, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 11.45 pagi tadi.

Erra Fazira telah berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Okt 2007. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 5 tahun.

Johan Elak Cerita Perkara Menakutkan Di Mekah Selepas Pulang Umrah


Johan Elak Cerita Perkara Menakutkan Di Mekah Selepas Pulang Umrah

Johan Elak Cerita Perkara Menakutkan Di Mekah Selepas Pulang Umrah

Johan Raja Lawak akui mengelak dari bercerita perkara menakutkan kepada rakan seagama yang belum menjejakan kaki ke tanah suci Mekah.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim berkata dia tidak mahu perkara-perkara menakutkan itu akan membataskan niat umat Islam yang lain untuk menjejakan kaki di sana.

"Sesungguhnya kota suci Mekah merupakan tempat yang paling tenang yang pernah saya jejaki dan saya bersyukur kerana segala urusan saya di sana dipermudahkan.

"Malah sepanjang di sana saya dapat rasa inilah nikmat yang paling baik yang pernah Allah kurniakan.

"Saya tahu ada orang yang punya kisah tersendiri apabila berada di sana tetapi saya sendiri tidak pernah menceritakan perkara-perkara yang menakutkan di sana. Yang penting niat kita," katanya kepada murai.com.my ketika Majlis Wrap Part Propaganza, malam semalam.

Johan dan Ozlyn Wati mengerjakan Umrah pada 10 Januari lalu. Beberapa hari sebelum itu, Johan memenangi saman RM1 juta terhadap pengarah filem, Mohd Javed Mohd Nizar dan produksi Juara Film Production Sdn Bhd berikutan kes baling gelas.

Johan turut memberi kata-kata positif kepada rakan-rakannya yang lain bahawa semua umat Islam layak menjejakkan kaki di sana dan bukan soal sudah bersedia atau tidak.

"Sebenarnya nak pegi sana bukan tunggu sudah bersedia atau tidak. Cuma orang yang hendak menjejakkan kaki ke sana pasti takut dengan dosa yang banyak yang pernah di lakukan.

"Bagi saya itu tidak ada masalah kerana tujuan kita ke sana pun hendak mencuci dosa-dosa lalu dan sesungguhnya  Allah itu Maha Pengampun," luahnya lagi.

Sejak Bercinta, Hanez Suraya Dilarang Keluar Malam


Sejak Bercinta, Hanez Suraya Dilarang Keluar Malam

Sejak Bercinta, Hanez Suraya Dilarang Keluar Malam

Hanez Suraya memberitahu dia kini sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan mungkin membataskan aktiviti kerjaya lakonan selepas mendirikan rumahtangga demi menjaga hati suaminya.

Tambah Hanez lagi, dia masih belum membincangkan tentang perjalanan kerjaya seninya selepas mendirikan rumahtangga. Malah dia aku sekiranya dirinya terpaksa berhenti dari dunia seni.

“Lepas mendirikan rumahtangga saya harus hormat dengan keputusan suami. Dia seorang yang agak cemburu terutamanya kalau ada sesi fotografi memerlukan saya bergambar dengan lelaki, inikan kalau berlakon berpelukan.

“Sejak saya bercinta, saya juga tidak boleh keluar malam, jika keluar siang pun kena balik awal. Belum ada lagi perbincangan tentang kerjaya tetapi kalau dia tidak bagi saya berlakon mungkin dia akan gantikan dengan sesuatu yang lain untuk saya,” ujar Hanez Suraya.

Jelas Hanez lagi, dia kini sedang sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya dan sedang mencari lokasi sesuai untuk majlisnya nanti.

“Insya Allah kami akan berkahwin pada tahun ini tetapi tarikh belum boleh diumumkan lagi kerana masih mencari lokasi yang sesuai. Kalau boleh saya tidak mahu bertunang tetapi tengok pada keputusan keluarga nanti,” tambah Hanez lagi yang bakal mendirikan rumahtangga dengan seorang usahawan berasal dari Kuala Lumpur dan berusia 34 tahun.

Sara Ali Dekati Fazura Bukan Kerana Populariti


Sara Ali Dekati Fazura Bukan Kerana Populariti

Sara Ali Dekati Fazura Bukan Kerana Populariti

Sara Ali nafi dia kini mendekati aktres, Fazura untuk menumpang populariti pelakon Gol & Gincu itu.

Sebaliknya, Sara Ali berkata, hubungan yang rapat dibina itu terjalin selepas dia dan Fazura wujudnya keserasian.

“Kami mula berkenalan selepas kami sama-sama berlakon dalam filem Kami Histeria pada tahun 2012. Tak sangka selepas itu, kami boleh jadi rapat dan serasi.

“Saya tak peduli apa orang nak cakap, sebab org tak faham relationship saya degan Fazura dan terus-terang saya tak ambil tahu pasal dia dan kawan dia yang lain begitu juga dia. Kami hanya jaga hubungan kami berdua sahaja.

“Lagipun, peminat-peminat Fazura tahu saya berkawan dengan dia (Fazura), dan ada juga tak tahu. Jadi saya rasa ianya tidak effect populariti saya pun.

“Mungkin, ada di luar sana yang sakit mata melihat hubungan saya dan Fazura kerana ramai yang mahu berkawan dan mendekati Fazura,” katanya kepada murai.com.my

Selain Sara dan Fazura, filem yang sudah mula ditayangkan pada 6 Februari lalu itu turut menampilkan pelakon lain seperti Mila Jirin, Nad Zainal dan ramai lagi.

Menurut Sara Ali lagi, dia mengaku Fazura banyak merubah penampilannya dan pelakon yang sudah dianggap sebagai kakaknya itu akui mahu dia menjadi sepertinya.

“Saya dah anggap Fazura seperti akak saya dan dia pun begitu kerana Fazura nampak saya dalam diri dia kerana saya seorang yang kasar dan temper dan dia lihat sama seperti dia muda dulu.

“Malah, Fazura sendiri ada cakap dia mahu saya jadi macam dia, maksudnya dari segi pembawakan diri dan sebagainya.

“Bayangkanya masa anugerah Shout Awards yang lepas, saya pakai seluar pendek dan balik tu, saya kena marah dengan Fazura kerana penampilan saya yang tak sesuai itu.

“Sebenarnya, memang sehingga kini Fazura yang ubah penampilan saya sedikit demi sedikit. Tapi saya suka kerana dia idola saya dan mahu belajar dari orang yang berpengalaman,” jelasnya.

FFM2 : Ungku Ismail Dan Fify Pasangan Pertama Tersingkir!


FFM2 : Ungku Ismail Dan Fify Pasangan Pertama Tersingkir!

FFM2 : Ungku Ismail Dan Fify Pasangan Pertama Tersingkir!

Fear factor Malaysia 2 (FFM2) yang menyaksikan persaingan sengit bagi Kumpulan A untuk bertahan sehingga merebut gelaran juara.

Sebanyak tiga cabaran telah dilakukan oleh mereka iaitu 'Jongkang Jongket Langit', 'Perangkap Tikus' dan 'Jatuh Tergelincir'.

Untuk cabaran pertama, mereka perlu mengimbangkan badan dan mengumpul sebanyak mungkin bendera Fear Factor di atas platform dengan ketinggian 30 meter.

Cabaran tersebut menyaksikan pasangan Erin Malek dan Redha telah berjaya mengumpul sebanyak 12 helai bendera.

Bagi cabaran kedua pula, salah seorang daripada pasangan perlu masuk ke dalam sebuah bakul besar yang dipenuhi dengan tikus dan kemudiannya dikunci. Peserta yang berjaya membuka kunci tersebut dengan masa terpantas adalah pemenang.

Kemenangan berpihak kepada pasangan Norman Hakim dan Zarina sekaligus diumumkan sebagai pemenang imuniti manakala Sari Yanti dan Anbia pula di nobatkan sebagai pemenang minggu pertama dan membawa pulang wang berjumlah RM10,000.

Untuk cabaran terakhir, para peserta dikehendaki membunyikan hon pada sebuah kereta yang digantung setinggi 30 meter dan mereka yang mempunyai rekod masa terpantas adalah pemenang.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi pelakon, Ungku Ismail, 28 dan pasangan, Fify, 23 apabila mereka gagal dalam cabaran itu dan nama mereka telah disebut oleh hos FFM2, Aaron Aziz sebagai peserta yang tersingkir.

Dengan penyingkiran tersebut, kini tinggal 15 pasangan yang akan meneruskan perjuangan sehingga bergelar juara.

Mampukah pasukan yang menang mengekalkan reputasi mereka?

Sama-sama kita nantikan minggu hadapan.

Fear Factor Malaysia bersiaran secara eksklusif pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135). Program ini juga boleh ditonton menerusi perkhidmatan aplikasi Astro-On-The-Go.

Awi Rafael Gembira Hanez Suraya Bakal Berkahwin


Awi Rafael Gembira Hanez Suraya Bakal Berkahwin

Awi Rafael Gembira Hanez Suraya Bakal Berkahwin

Awi Rafael akui gembira apabila mendapat tahu bekas kekasihnya, Hanez Suraya bakal berkahwin tidak lama lagi.

Awi Rafael berkata meskipun dia dan pelakon Autumn Dihatiku itu sudah berpisah tetapi dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Hanez Suraya.

"Terus-terang saya baru tahu berita ini selepas wartawan bertanyakan komen saya kerana jujur saya sendiri tidak tahu menahu mengenainya.

"Namun saya cukup bersyukur dan gembira apabila mendapat tahunya kerana saya memang sentiasa berharap dan berdoa agar dia bahagia walaupun kami sudah berpisah," katanya kepada murai.com.my ketika majlis Wrap Party Propaganza di D' Tasik Hotel Residence, Kajang, semalam.

Pelakon jelita, Hanez Suraya,29, menerusi Metro Ahad baru-baru ini dikatakan akan menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berusia 34 tahun pada tahun ini.

Ahli perniagaan tersebut dikatakan sudah pun bertemu dengan ahli keluarga Hanez untuk melamar. Tarikh pertunangan dan tarikh pernikahan juga sudah dibincangkan. Dikatakan majlis pertunangan akan diadakan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Awi pula memberitahu dia kini sibuk dengan syarikat produksi yang baru ditubuhnya dan belum ada pengganti selepas berpisah dengan pelakon jelita berkenaan.

"Saya belum terfikir untuk ada kekasih lagi.. Kini saya sedang sibuk menguruskan syarikat produksi saya iaitu Runway Productions Sdn Bhd.

"Setelah setahun ditubuhkan, saya sudah menerbitkan sebuah filem Bravo dan bakal memulakan sebuah filem baru iaitu Tuli Sekampung," beritahunya.

Awi dan Hanez pernah bercinta dan hubungan mereka tidak dapat bertahan lama dan akhirnya putus di tengah jalan.

Legasi Awie, Ziana & Erra Dihidupkan Semula Dalam Suara Kita


Legasi Awie, Ziana & Erra Dihidupkan Semula Dalam Suara Kita

Legasi Awie, Ziana & Erra Dihidupkan Semula Dalam Suara Kita

Pernahkah anda terbayang atau menduga adakah penutup bagi sesebuah filem atau cerita yang popular 20 tahun yang lalu kembali dibuat semula.

Bagaimana pula dengan filem seperti Sembilu, Maria Mariana dan Merah yang menampilkan trio pujaan di era 90’an iaitu Awie, Ziana dan Erra Fazira?

Setelah dua dekad, mereka yang kini masing-masing adalah otai dalam bidang yang diceburi kembali tampil dengan idea yang bernas seakan mengimbau semula cerita yang pernah menaikkan nama setiap daripada mereka ini.

Menerusi Awie Entertainment Sdn Bhd, rockers ini tampil membawa semua mengingati semua zaman kegemilangan 3 personaliti hebat ini ke pentas teater untuk pementasan Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya pada Mac ini.

Gabungan ketiga-tiga Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain akan diiringi oleh susunan muzik daripada Edrie Hashim manakala pengarahan akan dibuat oleh Erma Fatima yang terkenal dengan cara pengarahan yang berjaya di beberapa pementasan teater terdahulu.

“Kami semua sudah melalui zaman-zaman yang lepas dimana pelbagai kisah yang berlaku dan terjadi. Ia merupakan asam garam dan kini kami tampil secara professional untuk melaksanakan idea yang cukup menarik melibat kami bertiga.

“Perkara yang negatif itu semua dilupakan dan diharapkan ramai yang menyokong pementasan ini agar menjadi antara penutup buat legasi filem-filem yang hebat dizaman itu seperti Maria-Mariana, Sembilu dan Merah,” ujar Awie selaku salah seorang produser dan tunggak utama bagi pementasan konsert Teaterikal Suara Kita itu.

Bagaikan sebuah pengakhiran dan penutup kepada legasi itu, Erra Fazira yang teruja ingin bersama-sama mementaskan Suara Kita agar dapat mengembalikan nostalgia peminat khususnya peminat filem-filem lakonan mereka bertiga.

“Jangan katakan peminat, saya sendiri pun teruja untuk kembali melakokan kan babak-babak serta adegan yang ada dalam filem yang disenaraikan. Antara adegan yang ingin saya lakonkan semula ada adegan menampar Awie,” ujarnya sambil berseloroh ketika temubual dibuat dengan mereka bertiga.

Bagi Ziana Zain, dia bagaikan tidak percaya masih dapat untuk kembali beraksi memainkan watak-watak yang meninggalkan kesan dalam dirinya dan sudahn tentunya masyarakat.

Tetapi bagaimana ia akan dibawakan semula oleh penyanyi hebat ini, dia berharap peminat akan hadir menonton sendiri teater Suara Kita ini di Istana Budaya.

“Kepada anda peminat yang rindukan dialog mahupun adegan yang ada didalam filem-filem seperti Sembilu, Maria Mariana dan Merah, jangan lupa untuk hadir dan menyaksikan kami kembali membawkaan watak masing-masing ketika pementasan itu.

"Begitu juga dengan lagu-lagu yang bakal dipersembahkan juga harap dapat mengimbau semula nolstalgia anda terhadap lagu-lagu serta filem itu sendiri. Kalau sesiapa ingin saksikan Awie dan Erra berduet, ini masa anda untuk menyaksikannya buat pertama kali pasangan ini berduet untuk lagu baru di pementasan ini,” ucap Ziana kepada wartawan ketika ditemubual mengenai penglibatannya dalam teater yang diterbitkan oleh Awie Entertainment Sdn Bhd ini.

Teaterikal Suara Kita yang dipentaskan selama tujuh hari berturut-turut bermula 3 Mac akan dipecahkan kepada dua segmen iaitu konsert yang menampilkan Awie, Erra dan Ziana menyampaikan beberapa buah lagu malar segar daripada album solo mereka.

Segmen kedua iaitu teater muzikal adalah karya baharu yang diadaptasi daripada babak-babak popular filem Sembilu, Sembilu 2, Merah, Tragedi Oktober dan Maria Mariana dan diselang-seli dengan nyanyian.

Aku Cinta Padamu Berjaya Popularkan Nama Lokman Aslam


Aku Cinta Padamu Berjaya Popularkan Nama Lokman Aslam

Aku Cinta Padamu Berjaya Popularkan Nama Lokman Aslam

Lokman Aslam ,27 sebagai penyanyi muda yang kerap memperjuangkan muzik genre berkenaan.

Bagaimanapun, pengalaman lebih 7 tahun dalam dunia muzik masih belum utuh untuk memperkenalkan namanya sebagai penyanyi komersial lagi dikenali ramai sebagaimana kebanyakan penyanyi lelaki sedia ada di negara ini.

Namun, itu sedikitpun tidak mematahkan semangat anak muda kelahiran Pulau Pinang itu, apabila lagu nyanyian serta ciptaannya berjudul Aku Cinta Padamu telah berjaya menambat hati ramai peminat dunia hiburan tanah air.

Resipinya mudah saja. Lagunya itu telah dipilih untuk menyerikan kempen iklan produk kecantikan Fair & Lovely yang telah menjadi siulan ramai terutama apabila ianya ditayangkan di kaca TV mahupun di laman YouTube sejak penghujung tahun lalu.

Ditemui portal murai.com.my ketika majlis Fair & Lovely baru-baru ini, bekas peserta One In A Million itu berkata, dia amat bersyukur dengan populariti lagu berkenaan yang sedikit-sebanyak telah menjadi platform untuk memperkembangkan bakat nyanyiannya.

“Saya menyifatkan pembabitan saya dalam menjayakan iklan Fair & Lovely ini merupakan platform terbaik buat saya.

“Semuanya berlaku tahun lalu apabila saya diminta untuk datang membuat demo lagu ini di dalam sebuah bilik khas.

“Tak sangka pula sebaik sahaja selepas selesai, ada sekumpulan individu dari bilik sebelah yang suka dengan lagu saya itu dan bersetuju untuk menjadikan lagu saya itu sebagai lagu kempen iklan berkenaan,” katanya.

Akui dia sering terbabit dengan pementasan muzik Jazz dikelab hiburan terkemuka, Lokman berkata dia bagaimanapun menyimpan azam yang tinggi untuk dikenali sebagai penyanyi berkebolehan walau dalam apa juga genre muzik.

Katanya, pengalaman membuat persembahan bersama-sama penyanyi hebat tanah air mahupun dari seberang, banyak memberi pengalaman tidak ternilai untuk dia terus bertahan sebagai penyanyi profesional sehingga hari ini.

“Saya tak sangka lagu Aku Cinta Padamu telah mendapat maklumbalas yang sangat baik. Di YouTube sendiri bilangan yang menonton sangat ramai dan sekarang beberapa radio tempatan telah memainkan lagu saya itu.

“Memang saya sering membuat persembahan lagu-lagu Jazz tapi terus terang minat saya lebih kepada muzik, tak kira apa juga jenis muzik seperti pop, R&B dan kalau perlu menyanyi rock, saya juga boleh menyanyikannya.

“Kerana muzik adalah jiwa saya,” katanya yang kini telah menyertai Alibi Music dan kerap melahirkan lagu ciptaan sendiri.

Loqman Aslam bakal terbabit dengan persembahan jelajah bersama-sama Fair & Lovely pada 8 dan 15 Mac depan di pusat beli-belah Giant.

Bercakap tentang minatnya menulis dan mencipta lagu, kata Lokman Aslam kedua-dua perkara itu merupakan minatnya sejak sekian lama yang tidak akan pernah pudar, malah tidak pernah terfikir untuk berhenti daripada melakukannya.

“Lagu Aku Cinta Padamu merupakan sebuah lagu yang romantis dan liriknya sangat ringkas. Saya ilhamkannya dengan keikhlasan hati saya dengan membayangkan bagaimana perasaan saya apabila mencitai seseorang.

“Mungkin kerana liriknya yang ringkas, maka menjadikan lagu ini cepat menangkap di telinga ramai pendengar dan disukai ramai,” katanya yangbakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya Fazlin pada Jun depan.



3 Pelakon Utama Kami Histeria Buat Hal Di Panggung


3 Pelakon Utama Kami Histeria Buat Hal Di Panggung

3 Pelakon Utama Kami Histeria Buat Hal Di Panggung

Entah mengapa, pada petang Ahad lalu tiba-tiba salah satu panggung di TGV KLCC telah disergah oleh tiga orang pelakon utama filem Kami Histeria iaitu Diana Danielle, Nur Fazura dan Sarah Ali ketika penonton sedang asyik menunggu tayangan filem berkenaan.

Penulis yang turut berada di dalam panggung berkenaan turut menjadi canggung dan pelik kerana kalau nak diikutkan itu bukanlah majlis preview atau tayangan istimewa peminat bersama-sama pelakon filem berkenaan.

Tetapi entah mengapa, tiba-tiba wajah Diana Danielle muncul dari pintu belakang panggung yang semakin diisi dengan penonton yang datang untuk menyokong filem terbitan tempatan itu.

Datang sendirian tanpa suami dan anak di sisi, Diana Danielle tiba-tiba memberikan ucapan selamat datang kepada penonton di dalam panggung dan berterima kasih atas sokongan para peminat yang menyokong filem berkenaan.

Dalam pertemuan singkat itu, sempat juga Diana Danielle bermain soal jawab dengan beberapa orang penonton berkaitan filem berkenaan dan mereka yang berjaya menjawab dengan betul telah diberikan hadiah istimewa.

Suasana panggung yang penuh dengan kejutan itu semakin ceria apabila Diana Danielle mengumumkan ketibaan seorang lagi pelakon Kami Histeria iaitu Nur Fazura dan Sarah Ali.

Sempat juga Nur Fazura yang memegang watak Langsuir dalam filem berkenaan, memberikan ucapan alu-aluan dan terima kasih atas sokongan tidak berbelah penonton terhadap filem terbaru terbitan Red Communications SdnBhd itu.

Malah sebelum mereka bertiga beredar dari panggung berkenaan, salah seorang peminat telah melayangkan kata-kata ‘we love you Cik Lang’ sebagai satu penghargaan akan keberkesanan lakonan pelakon jelita itu dalam filem terbaru lakonannya itu.

Bagaikan sudah berjanji untuk membuat kejutan kepada penonton yang hadir menyaksikan filem berkenaan pada hari itu, mereka bertiga turut tampil seakan sedondon dengan gaya kasual dengan menjinjing beg Chanel di bahu.

Lisa Surihani Tak Kekok Ditegur Yusry Sebagai Pelakon


Lisa Surihani Tak Kekok Ditegur Yusry Sebagai Pelakon

Lisa Surihani Tak Kekok Ditegur Yusry Sebagai Pelakon

Lisa Surihani akui tidak kekok meskipun turut menerima teguran daripada Yusry Abdul Halim.

Lisa Surihani berkata dia sendiri tidak pernah menyangka boleh bekerja dengan begitu profesional ketika di set filem Cicakman 3 bersama dengan suaminya.

“Sebelum ini iaitu sebelum saya mengenali Yusry sebagai kekasih pun, saya memang idam untuk berlakon di bawa arahannya kerana dia di anatara pengarah yang saya kagumi di Malaysia.

“Tapi selepas berkahwin, saya sendiri tak pernah terfikir sama ada saya boleh bekerjasama dengannya atau tidak. Sehinggalah KRU tawarkan saya untuk berlakon dalam filem ini dan saya terus bersetuju.

“Alhamdulillah, selama dalam sesi penggambaran ini, ianya berjalan dengan baik. Yusry sendiri memanggil saya dengan nama watak saya iaitu Linda ketika on set. Dia mengarah saya seperti dia mengarah pelakon lain. Tapi bila off set kami kembali berkelakuan seperti suami isteri,” katanya kepada murai.com.my.

Lisa ditemui bersama beberapa pelakon lain ketika sesi penggambaran filem Cicakman 3 di SEGI College, Kota Damansara, petang semalam.

Selain Lisa, Cicakman 3 turut dibintangi pelakon lain seperti Zizan Razak, Fizz Fairuz, Rykal, Bell Ngasri dan ramai lagi.

Mengulas mengenai pengalamannya yang digandingkan dengan Zizan Razak sebagai pasangan suami isteri dalam filem aksi itu, Lisa beritahu ianya satu pengalaman yang menyeronokan.

“Seperti yang kita tahu Zizan seorang yang kelakar dan memang setiap masa kami akan ketawa dengan lawaknya, Tapi dia seorang yang professional, bila on set kami berlakon seperti biasa.

“Dia tahu nak bawa diri dia, kelucuan Zizan buat saya seronok untuk bekerja dan tak stress,” luahnya lagi.

Cicakman 3, yang dterbitkan oleh KRU Studios bersama Astro Shaw Sdn Bhd dan Grand Brilliance kini masih lagi dalam proses penggambaran sekitar lembah kelang.

Adi Putra Bangkit Tinggalkan Peristiwa Hitam 2013


Adi Putra Bangkit Tinggalkan Peristiwa Hitam 2013

Adi Putra Bangkit Tinggalkan Peristiwa Hitam 2013

Setelah tahun 2013 meninggalkan pelbagai perkara dan rentetan kisah yang mencalarkan imej pelakon Adi Putra, tahun ini dia bangkit dengan lebih kuat untuk mengharungi kehidupan sebagai seorang anak seni dan insan yang lebih berjaya.

Dengan berbekalkan kekuatan dan rezeki yang dikurniakan Allah SWT, dia kini boleh bernafas lega dengan penubuhan beberapa syarikat yang menjadi tunjang kepada permulaan baru dalam diri Adi Putra.

“Saya kini sedang sibuk menguruskan Hadid Travel & Tours yang merupakan syarikat yang menjadi agensi membawa orang yang ingin mengerjakan umrah ke Tanah Suci bermula Mac ini. Ia akan memulakan penerbangan pertamanya pada Mac ini dengan diiringi seorang ustaz.

“InsyaAllah saya juga akan turut bersama kesana sebagai bertemu serta menguruskan hal-hal seperti logistik kerana ini merupakan penerbangan pertama dan ia masih dalam peringkat percubaan buat syarikat baru saya ini.

“Selain itu saya juga turut sibuk dengan syarikat Malaysia2u.biz yang merupakan syarikat yang menguruskan perkhidmatan penghantaran cepat seperti FedEx yang akan menjalankan operasi untuk Kuala Lumpur dan United Kingdom serta China dan ke seluruh dunia.

“Walaupun sibuk, saya tetap tidak akan mengabaikan dunia sseni lakonan yang merupakan minat utama saya.

Saya tetap akan menerima tawaran lakonan dan sebagainya asalkan ia mengikuti jadual dan sesuai dengan jadual waktu kerja saya,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar teater Di bawah Lindungan Kaabah semalam di Istana Budaya.

Mengenai kes yang melibatkannya dan seorang isteri kepada ahli perniagaan itu, Adi menjawab bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan hal tersebut lagi dan tidak mahu memberi apa-apa komen terhadap perkara tersebut.

“Dipihak saya, kami tidak mempunyai apa-apa perkaitan mengenai perkara tersebut dan ia telah pun diputuskan oleh polis bahawa kes itu ditutup. Diharapkan tiada lagi spekulasi atau perkara yang mengaitkan saya dengannya,” ucapnya ringkas mengenai hal tesebut.

Adi Putra kini sibuk dengan komitmennya berlakon untuk filem Kanang dan bakal menemui peminat untuk teater Di Bawah Lindungan Kaabah pada 8 hingga 19 Mei ini di Istana Budaya disamping Nasha Aziz, Liza Abdullah, Elfira Loya, Dafi dan ramai lagi pelakon yang terlibat untuk pementasan ini.

Liza Abdullah Kecewa Dengan Tuduhan Negatif, Enggan Ulas Isu Cerai


Liza Abdullah Kecewa Dengan Tuduhan Negatif, Enggan Ulas Isu Cerai

Liza Abdullah Kecewa Dengan Tuduhan Negatif, Enggan Ulas Isu Cerai

Sekian lama nama Liza Abdullah mewarnai persada dunia seni selama 32 tahun, baru kini namanya dilanda kontroversi yang melibatkan rumahtangganya yang bergolak dan keputusan untuk berpisah setelah sekian lama hidup bersama.

Namun begitu aktres cantik ini kecewa dengan tindakan serta respon daripada umum mengenai perkara tersebut yang disifatkan seperti menghukumnya tanpa sebarang kesahihan didakwa mereka.

Sebagai seorang artis yang tidak pernah berdepan hal sebegini, Liza mengakui dia terkejut dan sedih.

“Saya sudah lama menjadi anak seni, sudah berkecimpung lebih 32 tahun tetapi bila pertama kali berdepan dengan hal begini, saya kecewa dan berasa sedih bila mana orang yang bercakap ini, mereka lebih tahu daripada saya sendiri.

“Ada yang memberikan kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan mereka serta membuat andaian masing-masing terhadap perkara yang mereka pun tidak tahu hujung pangkalnya. Kerana itu saya terkejut dan hairan dengan respons peminat sekarang,” ujarnya ketika ditanyakan mengenai hal rumahtangganya yang kini dibawa ke muka pengadilan atas sebab-sebab tertentu.

Mengenai status dan perkembangan kes tersebut, Liza tidak mahu mengulas lebih kerana tidak mahu lagi pihak yang tidak bertanggungjawab ini terus menghukum dan memberikan persepsi negatif terhadapnya.

Dia juga kesal dengan tuduhan kononnya populariti diraih kini menyebabkan dia melupakan rumahtangga walhal dia sudah lama berkahwin iaitu selama 26 tahun dan telah menjadi anak seni selama lebih 30 tahun.

“Sebab itulah kalau boleh saya tidak mahu memberikan komen atau memperpanjangkan isu yang merupakan rahsia mahkamah walaupun kini saya tahu pihak pengadilan sendiri adakalanya tidak telus menyimpan maklumat hinggakan ada orang diluar dapat mengetahui mengenainya.

“Kami iaitu saya dan suami tidak mempunyai sebarang masalah dan tidak ada bergaduh dan sebagainya. Ia cuma langkah dan cara yang dirasakan perlu diambil untuk memberi peluang untuk saya dan suami cuba membawa haluan sendiri.

“Tetapi itu cuma rencana awalnya, setelah apa yang berlaku dan sebagainya, saya tidak boleh untuk menjawab hal ini lagi.

“Kami tidak ada bergaduh sebab itu saya pun tidak mahu sebarang komen memburukkan lagi nama saya dan suami terutama sekali keluarga mertua yang sangat baik kepada saya,” tambah Liza yang kecewa dengan reaksi peminat dan umum yang suka berlebih-lebih kala mendengar sesuatu cerita mengenai selebriti dan mula membuat andaian sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan