Cari Artikel

Tuesday, March 4, 2014

Pondok Pak Ya, Tragedi Kisah Benar Yang Menyayat Hati


Pondok Pak Ya, Tragedi Kisah Benar Yang Menyayat Hati

Pondok Pak Ya, Tragedi Kisah Benar Yang Menyayat Hati

Mungkin sebahagian daripada kita tidak pernah mendengar mengenai kisah duka yang berlaku pada 22 September 1989 ini bukan?

Oleh itu Astro telah mengambil kesempatan untuk menayangkan telefilem hebat ‘Pondok Pak Ya’ arahan Wan Hasliza pada Februari ini.

Telefilem tersebut adalah berdasarkan kisah benar peristiwa yang telah meragut nyawa 27 pelajar perempuan dan sekaligus telah memusnahkan blok Asrama Puteri.

Menariknya, telefilem ini turut memuatkan beberapa fakta mengenai peristiwa tersebut antaranya ialah kebakaran berlaku dengan cepat, mayat yang dijumpai kebanyakannya sudah hangus terbakar dan sukar untuk dikenali serta mangsa yang terselamat masih lagi trauma walaupun sudah lebih 20 tahun kejadian tersebut berlaku.

Selain itu, anak saudara kepada salah seorang mangsa kejadian turut berlakon dalam telefilem tersebut dengan membawa watak sebagai ibu saudaranya.

‘Pondok Pak Ya’ telah mula ditayangkan di Astro Box Office Tayangan Hebat bermula Februari.

Untuk melanggan, sila ke saluran 200.

Jadi, bagi penonton yang ingin mengetahu mengenai kejadian tragis tersebut, pastikan anda jangan lupa untuk melanggan ya!

iskandarX: Al-Fatihah kepada semua para Syuhadah..

Skool Of Lawak, Program Terbaru `komedi Ada Kelas`


Skool Of Lawak, Program Terbaru `komedi Ada Kelas`

Skool Of Lawak, Program Terbaru `komedi Ada Kelas`

Tidak boleh disangkal lagi, bidang lawak kini telah mendapat perhatian pelbagai pihak selepas ianya telah mencetuskan fenomena dalam rancangan televisyen di Malaysia.

Saluran Astro Warna (132) sendiri merupakan antara satu-satunya saluran komedi di Malaysia yang berjaya mengangkat dunia lawak ke tahap yang lebih tinggi.

Selepas kejayaan program-program seperti Raja Lawak, Karoot Komedia X dan Maharaja Lawak, pihak Astro Warna sekali lagi dengan bangganya mengumumkan sebuah program baru gandingan pengacara , pengetua, barisan pengajar dan para peserta menerusi program realiti Skool of Lawak yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat jam 10 malam bermula 14 Februari 2014.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna Encik Rostam Said, program ini adalah inisiatif terbaru pihak Astro Warna untuk mencari pelapis baru pelawak yang boleh diketengahkan yang mempunyai kelas dan ‘standard’ yang tinggi.

“Ramai yang bertanya, apa beza Skool of Lawak dengan program Raja Lawak yang sedia ada sebelum ini. Skool of Lawak mempunyai format yang berbeza dengan Raja Lawak kerana untuk program ini tenaga pengajar akan fokus kepada semua aspek seperti penguasaan pentas, lontaran suara, idea lawak secara menyeluruh dan sebagainya. Undian juga melibatkan 70% dari pihak juri dan 30% menerusi undian para penonton tidak seperti sebelum ini Raja Lawak undian 100% dari para penonton.

“Kami juga sangat berbesar hati dengan kesudian pengarah filem terkenal tanah air, Encik Othman Hafsham serta barisan tenaga pengajar seperti Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Khir Rahman yang bakal melatih bakat-bakat baru ini sekaligus melahirkan pelawak yang berkualiti di masa hadapan,” ujar Encik Rostam kepada Astro Gempak.

Jelas Encik Rostam lagi, program Skool of Lawak ini menerapkan elemen pembelajaran seperti di sekolah di mana misi utama program realiti ini adalah untuk melahirkan lepasan pelawak berkualiti yang mampu membuat orang ketawa, mampu menulis skrip komedi, merangka struktur komedi dan juga tukang cerita yang hebat.

“Kami mahu lahirkan sebuah institusi yang bakal melahirkan artis komedi yang serba lengkap. Diharapkan program ini menepati citarasa penonton dan mampu untuk mencetuskan fenomena seperti yang dilakukan oleh program-program Astro Warna yang terdahulu.

“Apa yang lebih menarik adalah gabungan pelawak terkenal tanah air iaitu Johan dari kumpulan Jozan dan Jep Sepahtu turut sama akan menjayakan program ini di mana mereka akan menjadi pengacara peperiksaan mingguan disamping memberi tunjuk ajar dan inspirasi kepada para pelajar di Skool of Lawak selain Syuk SYJ akan menjadi pengacara jurnal harian,” tambah Encik Rostam lagi.

Jadi jangan kepaskan peluang untuk menyokong dan menonton program realiti terbaru ‘Skool of Lawak’ yang akan bersiaran setiap hari Jumaat bermula 10 malam bermula 14 Februari ini di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Ikatan Cinta: Video Majlis Resepsi Farawahida Dan Shukur


Ikatan Cinta: Video Majlis Resepsi Farawahida Dan Shukur

Ikatan Cinta: Video Majlis Resepsi Farawahida Dan Shukur

Farawahida yang selamat bernikah dengan Abdul Shukur Mohd pada 16 Disember tahun lalu telah diraikan dalam sebuah majlis resepsi baru-baru ini.

Bertemakan Bollywood, majlis resepsi penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu itu berlangsung dengan sederhana tetapi meriah di Dewan N’DahShah Alam, Shah Alam pada 6 Februari lalu.

Ikatan Cinta kali ini membawa anda untuk menikmati musim luruh apabila seluruh dewan dihias indah dengan tema warna coklat dan pelamin dihias daun-daun kering seperti di dalam filem Mohabbatein.

Majlis tersebut merupakan resepsi keduanya selepas resepsi yang diadakan pada hari yang sama mereka bernikah iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, Taiping, Perak.

Majlis resepsi yang dihadiri lebih 300 orang tetamu itu khusus untuk meraikan keluarga sebelah pihak lelaki, rakan artis dan pihak media.

Antara rakan artis yang hadir adalah Azwan Ali, Lan Kristal, Black dan isteri, Farah Fauzana, Fazli Zainal, Naseer Wahab dan ramai lagi.


Velvet Af Mahu Bikin Album Macam Kelly Clarkson


Velvet Af Mahu Bikin Album Macam Kelly Clarkson

Velvet Af Mahu Bikin Album Macam Kelly Clarkson

Biarpun kemunculannya bersama single Tanpa Terluka yang dicipta sepenuhnya oleh komposer Gio Wibowo pada tahun lalu tidak begitu 'menjadi', namun ia sedikit pun tidak membuatkan bekas bintang Akademi Fantasia Musim 4, Velvet Aduk berasa kesal.

Sebaliknya, dia percaya dia harus bekerja dengan lebih kuat lagi jika ingin memastikan dirinya diterima semula oleh peminat muzik tempatan.

"Mungkin saya perlu study apa yang peminat muzik tempatan mahukan. Mungkin saya perlu memberikan sesuatu kelainan buat mereka dan bukannya tampil dengan lagu balada yang tipikal.

"Ada juga saya berbincang tentang hal ini dengan suami saya, Rich (vokalis Estranged). Dia pulak menyarankan saya supaya menghasilkan lagu-lagu yang seperti Kelly Clarkson.

"Sebab dia kata, saya boleh bawakan lagu-lagu yang seperti itu yang mana ia mempunyai kombinasi ballad, r&B dan rock tetapi dalam waktu yang sama current buat pendengar masa kini.

"Terus-terang saya suka dengan pendapat dia. Bukan sebab dia suami saya. Sebab dia juga seorang komposer dan sudah tentu dia mampu menilai tahap kemampuan vokal yang saya miliki ini.

"Namun untuk cari lagu yang benar-benar bagus, memang tidak mudah. Itulah cabaran yang saya hadapi sekarang ini,"katanya kepada murai.com.my.

Bakat Nadia Adha Dicungkil Dari Youtube!


Bakat Nadia Adha Dicungkil Dari Youtube!

Bakat Nadia Adha Dicungkil Dari Youtube!

Lagu Bruno Mars, Just The Way You Are yang pernah dipersembahkannya di dalam Youtube, telah membawa tuah buat pemilik nama Nadia Adha Mohd Abid.

Disebabkan lagu inilah, dia telah dilamar komposer Ali Hanafi untuk menjadi artis naungan Nuansa Music dan seterusnya terhasillah single Miliki Cintanya yang kini hanya menunggu masa saja untuk dilancaran di pasaran.

Lamaran Ali Hanafi itu pada awalnya membuatkan Nadia Adha kaget seketika, namun dalam waktu yang sama, ianya bagai bulan jatuh ke riba kerana dia benar-benar mahu menjadi penyanyi.

Menariknya, Nadia Adha adalah seorang penyanyi yang boleh disifatkan sebagai penyanyi yang sudah bersedia dan sudah cukup masak untuk diperkenalkan secara lebih meluas kepada peminat muzik tanah air.

Ini kerana dia sudah bertahun-tahun mengutip pengalaman menyanyi di kelab-kelab bersama bapanya, Abid Wheels di sekitar Melaka dan Kuala Lumpur bersama bapanya, Abid Wheels.

Terima kasih kepada bapanya kerana pengalaman tersebut bukan saja membantunya untuk membawakan pelbagai genre muzik dengan lebih berkesan tetapi dari situ juga dia menemui kecintaannya terhadap muzik jazz.
"Namun, jangan pula ada yang anggap bahawa Miliki Cintanya adalah sebuah lagu jazz yang tulen pula. Sebenarnya ia sebuah lagu progresif pop yang cuba dihasilkan dengan pendekatan baru yang mana ia banyak menguji kemampuan vokal falsetto saya.

"Alhamdulillah, setakat ini saya sangat berpuas hati dengan komposisi lagu Miliki Cintanya ini kerana ianya sesuai dengan vokal saya. Tapi, tak tahulah pulak bagaimana dengan penerimaan peminat muzik tanah air. Mudah-mudahan mereka suka dengan apa yang saya persembahkan ini," katanya kepada murai.com.my.

Mula mengasah bakat dalam bidang seni menerusi Kelab Kanak-Kanak RTM Melaka, gadis berusia 24 tahun ini masih menuntut di Open University Malaysia dalan bidang Penjagaan Awal Kanak-Kanak. Dalam waktu yang sama, dia juga turut bertuas sebagai guru tadika secara sambilan.

"Siang saya jadi guru tadika. Malam saya menyanyi dan belajar pula secara pendidikan jarak jauh. Mungkin orang akan tanya, bagaimana saya melakukan semua ini pada waktu yang sama.

"Saya pun tak tahu macam mana saya lakukannya tetapi apa yang saya tahu, setakat ini, saya masih mampu untuk membahagikan masa melakukan 3 pekerjaan yang berbeza ini sekaligus," katanya lagi.

Misha Omar Nafi Status Janda


Misha Omar Nafi Status Janda

Misha Omar Nafi Status Janda

Misha Omar menafikan khabar angin kononnya dia kini berstatus janda menjelang majlis perkahwinannya pada Mei ini.

“Janda? Bila masa saya bergelar janda. Makin dekat nak kahwin ni makin banyak pula cakap-cakap yang timbul...

“Dulu, masa saya tangguh perkahwinan pun orang kata bukan-bukan... Saya hanya manusia biasa, cukup-cukuplah timbulkan fitnah yang boleh mencalarkan maruah saya…

“Saya letih… Tak tahu nak cakap apa dah untuk yakinkan kepada semua bahawa dakwaan tersebut tidak benar,” ujarnya ketika ditemui pada acara Muzika Ekstravaganza bertempat di Angkasapuri, pada malam Jumaat.

Selain itu, pelantun suara ‘Angin Syurga’ ini turut memberitahu biarpun dakwaan tersebut masih terkesan dihati namun dia percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.

“Saya faham, mulut orang memang kita tidak boleh tutup, apa yang saya boleh buat hanyalah bersabar…Setiap yang berlaku ada hikmahnya…

“Saya harap biarlah perkahwinan ini dapat tutup cerita-cerita kurang manis tentang diri saya…

“Saya pun mahu hidup bahagia seperti orang lain dan selepas ini saya akan memulakan fasa baru dalam hidup saya iaitu sebagai isteri kepada abang (Firos)… Doa-doakanlah kebahagiaan rumah tangga kami. InshaAllah.” ujarnya lagi.

Misha Omar dan Firos Ezzwan Rossly telah mengikat tali pertunangan pada 21 Februari 2012.

Pasangan ini bakal melansungkan majlis pernikahan dan resepsi secara serentak di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

Mahu Bercinta Selepas Kahwin, Lana Minta Jodoh Di Mekah


Mahu Bercinta Selepas Kahwin, Lana Minta Jodoh Di Mekah

Mahu Bercinta Selepas Kahwin, Lana Minta Jodoh Di Mekah

Sudah serik untuk bercinta dan akhirnya putus begitu sahaja, pelakon kontroversi, Lana Nordin, 35, akui selepas ini dia hanya akan  bercinta selepas berkahwin.

Lana Nordin berkata dia tidak lagi mahu membuang masa untuk bercinta dan mahu segera berkahwin kerana akui usianya kini sudah lewat untuk berumahtangga.

“Sekarang ni memang saya akui sedang mengenali beberapa orang yang mahu mendekati saya. Tetapi saya beritahu mereka kalau mahu bercinta dengan saya perlulah masuk meminang dan berkahwin dahulu sebelum pergi lebih jauh.

“Saya tidak mahu lagi mengambil masa yang lama untuk bercinta sebelum kahwin, lagi pun usia saya dah lanjut.

Jadi saya mahu mencari lelaki yang benar-benar serius yang mahu berkahwin dengan saya sahaja,” katanya kepada murai.com.my baru-baru ini.

Lana sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Johan As`ari selepas berkenalan hanya 3 hari.

Namun hubungan mereka tidak dapat kekal lama dan mereka akhirnya putus kurang dari sebulan selepas itu.

Bakal mengerjakan ibadah Umrah yang dijangka pada penghujung Februari ini, Lana memberitahu dia kini sedang mempersiapkan diri untuk ke tanah suci dan berharap dapat berdoa dan meminta supaya jodohnya dipertemukan segera.

“InsyaAllah, sekarang ni tengah tunggu visa lulus saja lagi. Harap semuanya berjalan lancar. Saya rasa seronok nak pergi buat ibadah umrah. Sebenarnya memang niat nak ke sana dah lama, sejak dua tahun lepas. Baru tahun ni saya dapat menunaikan hasrat saya.

“Saya berharap saya dapat mengerjakan ibadah ini dengan sempurna dan berdoa agar saya dipertemukan dengan jodoh yang sesuai. Harapnya wajah salah seorang daripada jejaka yang saya kenali itu akan muncul di sana nanti,” jelasnya lagi.

Sementara itu diminta mengulas mengenai desas-desus baru-baru ini bahwa dirinya dikatakan punca perpisahan antara Adira dan kekasihnya, Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin,Lana berkata, dia sendiri tidak mengenali jekaka itu dan hairan bagaimana ianya boleh timbul.

Konsert Amal Dato' Siti Nurhaliza Imbau Perjalanan Hidup


Konsert Amal Dato' Siti Nurhaliza Imbau Perjalanan Hidup

Konsert Amal Dato' Siti Nurhaliza Imbau Perjalanan Hidup

Menjadi insan bergelar penghibur, Dato’ Siti Nurhaliza seakan belum pernah merasakan jemu mahupun penat dengan aktiviti nyanyiannya yang tidak pernah putus-putus.

Walaupun sudah enggan dicalonkan dalam mana-mana anugerah, permata nombor satu negara ini masih tidak tergugat kualiti mahupun populariti.

Hujung minggu lalu sebuah lagi siri konsert telah dijayakan oleh isteri kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa tersebut untuk dua malam berturut.

Eksklusif bagi mengutip dana bagi Yayasan Nurjiwa yang dinaungi pasangan ini, Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre penuh dengan hadirin untuk Dato’ Siti Nurhaliza Live In Concert Where The Heart Is.

“Dah lama teringin nak buat konsert secara amal bagi mengumpul dana bagi Yayasan Nurjiwa untuk disalurkan ke badan-badan yang memerlukan. Kalau siapa peminat saya yang tidak pernah lepas ke konsert saya, kali ini lebih istimewa sebab mereka datang sambil beramal,” ucap penyanyi tersebut ketika mula membuka pentas konsert amal pertamanya itu.

Pemilihan lagu pada konsert ini jarang diperdengarkan kepada umum dimana-mana kemunculan pentasnya, Siti tujukan khas dan khusus memenuhi permintaan peminat yang menghantarkan permintaan lagu di laman sosial Twitter selepas diminta penyanyi tersebut.

“Kebanyakkan lagu yang dinyanyikan ada yang merupakan permintaan peminat dan ada juga lagu yang sekian lama menunggu untuk dinyanyikan semula di pentas tercapai juga pada malam ini. Permintaan banyak mahukan lagu Kesilapanmu Keegoanku dan berjaya ditunaikan.

“Ada juga pilihan lagu-lagu yang diambil daripada album pertama sampailah yang terakhir, All Your Love dapat ditampilkan. Sekaligus seakan menyoroti perjalanan karier dengan lagu-lagu yang pernah hits bagi album yang dihasilkan untuk saya.

“Penyampaian pun pada malam ini seperti menceritakan juga perjalanan karier dan setiap lagu ada kisah disebaliknya dan saya cuba menyampaikan dalam cara bercerita diselit elemen muzikal,” ujarnya lagi yang turut merencana untuk mengadakan pementasan muzikal di Istana Budaya jika benar-benar bersedia.

Selain itu, Dato’ Siti Nurhaliza akan tampil dengan album terbarunya pada pertengahan Mac ini. Bakal memuatkan 10 buah lagu, penyanyi ini kini dalam proses rakaman dan segala persiapan bagi melengkapkan album terbaru yang dinantikan peminat kesayangannya.

Emma Maembong Akui Sering Ke Rumah Zizan Razak


Emma Maembong Akui Sering Ke Rumah Zizan Razak

Emma Maembong Akui Sering Ke Rumah Zizan Razak

Emma Maembong tidak menolak dakwaan gosip baru-baru ini yang mengatakan dia sering ke rumah milik pelawak, Zizan Razak.

Tetapi pelakon drama bersiri Projek Memikat Suami itu menafikan bahawa dia dan Zizan telah bersekedudukan kerana dia hanya akan ke rumah pengacara itu apabila ibu Zizan turut berada di rumah tersebut.

"Saya akui memang saya ada beberapa kali ke rumah Zizan tetapi saya hanya akan ke sana jika ibunya ada di rumah bersama.

"Mengenai bersekedudukan pula saya tak tahu bagaimana gosip itu boleh timbul. Mungkin ianya timbul kerana orang mahu kami dedahkan status sebenar kami di mana saya boleh katakan kami hanya berkawan rapat.

"Lagipun saya ke rumah dia hanya jika kami ada majlis hiburan yang perlu bergerak bersama kerana saya merupakan artis di bawah naungan syarikatnya," katanya kepada murai.com.my selepas majlis anugerah MeleTOP Era, Sabtu lalu.

Minggu lalu, portal Murai telah mendedahkan emel daripada seorang pengirim yang menggelarkan dirinya sebagai Peminat Murai Batu.

Menerusi emel itu, individu tersebut memberitahu telah beberapa kali melihat seorang pelakon wanita ke rumah seorang pelakon dan pengacara lelaki dan didakwa telah bersekedudukan.

Meskipun Murai tidak mendedahkan nama, namun sebuah blog hiburan telah membuat andaian artis itu adalah pasangan ini.

Zizan yang ditemui turut mengulas mengenai gosip itu berpendapat pengirim emel iti mungkin ada niat untuk menjatuhkannya.

"Jika benar artis di dalam emel itu adalah saya, kenapa pengirim itu tidak datang sendiri kepada saya dan menegur secara baik kerana saya sedia terima teguran.

"Cara pengirim itu seolah-olah mahu menjatuhkan saya kerana dia sepatutnya bertanyakan kebenaran itu kepada saya dan bukan Murai," jelasnya.

Pasangan ini bukan pertama kali dilanda gosip dan kontroversi, sebelum ini mereka pernah didakwa bercumbu di dalam kapal terbang sewaktu pulang dari bercuti di Amerika Syarikat.

Teks: Syafiqah Jalal

Zizan Razak Dinobatkan Artis Top Top Meletop Pertama


Zizan Razak Dinobatkan Artis Top Top Meletop Pertama

Zizan Razak Dinobatkan Artis Top Top Meletop Pertama

Zizan Razak telah dinobatkan Anugerah Top Top MeleTOP kategori lelaki sekaligus antara artis yang berjaya mendominasi banyak anugerah di malam kemuncak Anugerah MeleTOP Era yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Manakala anugerah Top Top MeleTOP bagi kategori wanita berjaya dimenangi oleh pelakon Zara Zya yang turut memenangi anugerah Artis Baru MeleTOP.

Pemenang anugerah Top Top MeleTOP telah berjaya membawa hadiah wang tunai sebanyak RM10 000 beserta trofi.

Selain memenangi kategori utama, Zizan turut memenangi anugerah Fesyen MeleTOP, Bintang Siber MeleTOP dan WeChat MeleTOP.

Sementara itu, penyanyi, Hafiz Suip memenangi 3 anugerah iaitu Grup/ Duo MeleTOP bersama Dato' Siti Nurhaliza Tarudin, Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP.

Manakala, Nabil Ahmad turut memenangi 2 anugerah iaitu Couple MeleTOP dan Penyampai Baru Radio MeleTOP

Anggota Sepahtu yang baru saja menjuarai Maharaja Lawak Mega 2013 Jumaat lalu, Jep telah memenangi anugerah Bintang TV MeleTOP

Semua pemenang anugerah telah menerima hadiah wang tunai bernilai RM5 000 berserta trofi sumbangan Astro.

Dengan mengangkat tema ‘Yang Hit, Yang Meletop’, buat julung kalinya Anugerah Meletop Era telah diadakan dengan menampilkan barisan artis-artis ternama tanah air di mana ianya telah dihoskan oleh Dato` AC Mizal, Nabil Ahmad dan Neelofa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan