Cari Artikel

Tuesday, February 18, 2014

Proparodi Kemesraan Pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta


Proparodi Kemesraan Pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Proparodi Kemesraan Pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Kecoh memang kecoh apabila dua pelakon utama Bukan Kerana Aku Tak Cinta iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose merakamkan aksi mesra mereka di lokasi penggambaran drama berkenaan.

Malah Miss Propa baca di sana sini termasuk portal murai.com.my, perkara itu menjadi lebih sensasi apabila Sharnaaz telah berkongsi beberapa gambar mesra mereka berdua itu di laman instagram peribadinya.

Lebih hangat lagi  apabila kekasih kepada Nelydia Senrose iaituQi Razali telah terasa hati selepas foto buah hatinya itu bersama Sharnaaz telah tersebar dan menjadi bualan hangat.

Miss Propa tak mahu cakap lebih, takut nanti ‘tersalah bual’ pula. Tapi apa yang pasti Miss Propa telah berpeluang melahirkankan Proparodi berinspirasikan gambar-gambar sensasi dua pelakon drama bersiri berkenaan.

Harap-harap jangan ada yang terasa hati pula. Hanya sekadar untuk mempromosikan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang masih ditayangkan di Astro Mustika HD (saluran 134).

Eee…Propalah!


Anugerah Meletop Era: Neelofa Optimis Walaupun Tidak Dicalonkan


Anugerah Meletop Era: Neelofa Optimis Walaupun Tidak Dicalonkan

Anugerah Meletop Era: Neelofa Optimis Walaupun Tidak Dicalonkan

Mungkin masih tersisa bau udara Hollywood di hidung Neelofa, malah pasti telinganya masih terngiang tunjuk ajar serta ilmu dunia lakonan yang dituntutnya sepanjang lebih sebulan berada di Los Angeles, Amerika Syarikat, selebriti ini khabarnya masih lagi jet-lagged.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Nor, 25, yang baru beberapa hari tiba di tanahair tercinta itu kembali dihimpit jadual ketat sang selebriti. Antara yang didahulukannya adalah bertemu pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat untuk menyempurnakan busana istimewa menjelang malam gemilang Anugerah MeleTOP.

“Sebelum terbang pulang ke Kuala Lumpur, Lofa sempat singgah ke downtown di Los Angeles mencari material untuk helaian istimewa pada malam anugerah nanti.

“Sampai disini terus jumpa pereka fesyen dan Lofa akan menyarungkan 3 rekaan pada malam Sabtu ini iaitu dua daripada Hatta Dolmat Couture dan satu dari Wanpa untuk segmen pembukaan.

“Mujurlah masih ada masa untuk berehat dan memberikan fokus serta tumpuan kepada tugas untuk Anugerah MeleTOP pada hujung minggu ini. Diharapkan semua akan berjalan dengan lancar,” ucapnya ketika dihubungi malam tadi.

Kepulangan Neelofa ke tanahair bukan sahaja kerana selesai mengikuti kursus pendek seni lakonan di Los Angeles tetapi komitmennya sebagai pengacara MeleTOP, rancangan gosip paling hangat masa kini menuntutnya bersama-sama Dato` AC Mizal dan Nabil Ahmad mengacarakan acara yang julung kali dilangsungkan iaitu Anugerah MeleTOP.

Tetapi ironinya, dek kerana status Neelofa sebagai pengacara MeleTOP, namanya seakan tercicir daripada senarai calon setiap kategori yang dipertandingkan pada malam anugerah yang akan berlangsung Sabtu ini.

Namun begitu Neelofa merasakan dia seharusnya patut dikecualikan dari tercalon kerana bimbang akan menimbulkan persepsi negatif umum selain menghormati acara yang bakal dikendalinya itu.

“Sebenarnya bila tercalon pada peringkat awal dalam satu kategori pun Lofa rasa lebih baik jika tidak Berjaya ke top 5, sebab kalau menang pun pahat akan berbunyi apabila berakhir anugerah nanti. Biarlah peranan Lofa sebagai hos di siaran mingguan diutamakan sekaligus meletakkan diri Lofa sebahagian daripada team MeleTop yang menganjurkan anugerah ini.

“Lofa sendiri pun merasakan bahawa acara ini dianjurkan untuk meraikan dan menghargai para selebriti tempatan kita. Oleh itu sebagai hos, Lofa tidak kisah jika tidak dicalonkan kerana anugerah ini diadili secara santai melalui undian dibuat berdasarkan populariti.

“Yang mahu diburu serta target utama Lofa pada malam itu adalah untuk mengendalikan majlis dan menjayakan penganjuran Anugerah MeleTop yang pertama kali diadakan,” jawab Lofa tentang pencalonan yang tidak menyenarai aktres ini dalam kategori yang jelas layak ditandinginya.

Majlis Resepsi Syamsul Dan Syafiq Diadakan Pada 18 April Depan


Majlis Resepsi Syamsul Dan Syafiq Diadakan Pada 18 April Depan

Majlis Resepsi Syamsul Dan Syafiq Diadakan Pada 18 April Depan

Kedua-dua anak kepada produser terkenal, Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq akhirnya telah menetapkan tarikh 18 April depan sebagai tarikh untuk mengadakan resepsi perkahwinan mereka berdua.

Laporan mStar memetik, ibu kepada mereka berdua, Datin Patimah Ismail mengesahkan majlis resepsi berkenaan akan diadakan di Dewan Perdana Felda, pada pukul 8 malam.

Dia juga berkata majlis resepsi itu akan diadakan secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan dan teman media pada majlis sambut menantu.

Selain itu, sebuah majlis kecil juga akan diadakan di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda.

Dalam perkembangan sama, Patimah turut mengesahkan Syamsul bakal diijabkabulkan dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac ini.

Patimah berkata, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan Islamic Arabian Night.

Malah, Syamsul sendiri yang berhajat untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan tema tersebut kerana ingin memakai jubah pada hari bahagianya dan berharap semua perkara akan berjalan lancar

Tambah Patimah lagi, majlis pernikahan Syafiq dengan tunangnya, Aiesyah Zainal pula akan diadakan pada 5 April depan iaitu kira-kira sebulan selepas pernikahan Syamsul.

Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini.

Manakala Syafiq mengikat tali pertunangan dengan Aiesyah pada 23 Disember 2012.

Aiman Enggan Kongsi Kisah Cintanya Dengan Fathia


Aiman Enggan Kongsi Kisah Cintanya Dengan Fathia

Aiman Enggan Kongsi Kisah Cintanya Dengan Fathia

Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya aktor dan aktres Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia yang sebelum ini mengaku sebagai kawan baik, kini sedang serius bercinta.

Aiman dan Fathia ketika ditemui Astro Gempak memberitahu, bukan niat mereka mahu merahsiakan hubungan cinta yang sudah terjalin selama setahun itu, tetapi lebih selesa jika cerita peribadi tidak ditonjolkan kepada umum.

“Bagi kami, biarlah cerita tentang kerjaya yang menjadi keutamaan bukan kisah peribadi…Kami tidak mahu cerita-cerita peribadi atau kontroversi mengaburi karier,” kata Fathia.

Sementara itu bagi Aiman pula sebagai orang melayu yang mempunyai adat dan adab, cerita peribadi tidak seharusnya disensasikan kerana banyak ‘hati’ yang perlu dijaga.

“Sebagai seorang anak tentunya saya dan Fathia perlu menjaga hati kedua orang tua kami... Kerana sekiranya hubungan ini tidak menjadi, perkara sebaliknya akan berlaku.

“Saya ni tradisional sikit... Bukan cara saya menghebah-hebahkan cerita peribadi. Lagipun perkara macam ni melibatkan ramai pihak, tak manis pula kalau terlalu dihebah-hebahkan,” ujarnya ringkas

Aiman dan Fathia ketika ditemui pada Majlis Sidang Media dan Previu Teater ‘Bidasari’ di Istana Budaya pada Rabu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang hubungan mereka dan berharap dengan pengakuan ini, tiada lagi yang tertanya-tanya tentang perkara tersebut.

Pasangan kekasih ini bakal bergandingan dalam teater ‘Bidasari’ yang bakal dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya pada 10 hingga 17 Februari ini.

iskandarX: aaaaaaaaaaa tidakkkkkkkkkkkk Fathia dah kawen. (is kena cari target lain neeew hehehe).

Black Bawa Isteri Ke Hospital Selepas Ada Tanda-tanda Hamil


Black Bawa Isteri Ke Hospital Selepas Ada Tanda-tanda Hamil

Black Bawa Isteri Ke Hospital Selepas Ada Tanda-tanda Hamil

Penyanyi, Black atau Hanifah Md Hanafiah akui baru sahaja membawa isterinya ke hospital untuk membuat pemeriksaan doktor selepas isterinya, Naquia Yasirah Mohamad Khairi sudah beberapa minggu tidak datang haid.

Black berkata menerusi hasil pemeriksaan itu, doktor masih belum boleh mengesahkan kehamilan isterinya namun meminta isterinya, untuk datang semula dalam masa sebulan lagi untuk pemeriksaan sekali lagi.

“Sebenarnya memang saya dan isteri berharap sangat keputusan air kencingnya positif tetapi sebaliknya.

"Namun doktor beritahu mungkin terlalu awal untuk mengesahkan perkara itu dan dia menyuruh isteri saya membuat pemeriksaan sekali lagi sebulan dari sekarang.

“Kami memang sangat teruja untuk menunggu keputusan ini kerana kami sama-sama sukakan kanak-kanak. Malah ketika mengerjakan Umrah baru-baru ini pun kami sudah berdoa agar dikurniakan cahaya mata segera,” katanya kepada murai.com.my

Pelatun lagu Takkan Terpisah dan isterinya baru sahaja pulang mengerjakan Umrah selama dua belas hari dan sepuluh malam pada 16 Januari lalu.

Black berkata dia dan isteri tidak sabar dan teruja untuk berkongsi berita gembira itu jika benar isterinya hamil kelak.

Malah akan segera mewar-warkannya di laman sosial Instagram miliknya yang bernama Black_Hanifah.

“Kami memang sangat –sangat teruja untuk menimang cahaya mata. Jadi jika isteri saya disahkan sahaja hamil, kami akan segera berkongsi dengan semua di dalam laman sosial Instagram saya.

“Mungkin ada sesetengah pihak akan berpantang dan tunggu sehingga beberapa bulan untuk beritahu tetapi kami tidak,” luahnya lagi.

Black dan  NaquiaYasirah Mohamad Khairi telah diijabkabulkan pada 13 September 2013.

Sheila Mambo Mahu Buang Stereotaip Pelakon Bertudung


Sheila Mambo Mahu Buang Stereotaip Pelakon Bertudung

Sheila Mambo Mahu Buang Stereotaip Pelakon Bertudung

Sebagai seorang anak seni bergelar pelakon, karier ini bukanlah sekadar meniti populariti sebaliknya ia merupakan jiwa dan lakaran kehidupan buat aktres senior Sheila Mambo.

Sheila atau nama sebenarnya, Rusilawati Hasan, 51 yang kini sopan berhijab bercerita mengenai penghijrahannya itu dan juga penerimaan industri terhadap transformasi imejnya tersebut.

Dalam pada tawaran yang diterima Sheila untuk berlakon dilihat sedikit terhad ekoran imej terkini itu, aktres yang terkenal dengan watak ‘mak tiri’ dan juga komedi ini akur dengan layanan industri ini kepadanya yang mula berhijab setelah pulang dari mengerjakan umrah tahun lalu.

Tambah Sheila, mengapa tawaran untuk berlakon bagi pelakon yang bertudung terbatas kepada watak yang tertentu seperti guru, ibu dan watak protagonis lainnya.

Melihat kepada realiti kehidupan, ada diantara individu yang hanya berselindung di sebalik imej muslimah yang dibawanya.

“Kalau nak difikirkan logiknya, sudah tentu ada dikalangan wanita yang hanya menjaga aurat tetapi tidak tingkah laku mereka. Ia sudah menjadi resam perangai manusia, bukan saya mahu mengatakan mereka yang bertudung itu hipokrit tetapi ia sebagai contoh.

“Takkan pelakon yang bertudung tak boleh bawakan watak jahat mahupun komedi hanya kerana tidak menampakkan rambut. Bila berpeluang menulis skrip untuk drama tayangan saluran Al-Hijrah, saya cuba selitkan realiti ini didalamnya.

“Secara tidak langsung pihak produksi khususnya akan lebih membuka mata memilih pelakon.

"Kebanyakkan penulis skrip sekarang suka membayangkan siapakah pelakon untuk watak yang ditulisnya dan disebabkan itu hanya muka sama membawakan watak yang sama,” keluh Sheila mengenai senario yang berlaku dalam produksi drama tempatan dan punca disebaliknya.

Namun dia tidak pernah berniat untuk meninggalkan dunia lakonan yang menaikkan namanya ini, malah berazam untuk mengubah persepsi yang seringkali menjadi jurang diantara produksi dan pelakon yang bertudung.

Walaupun tanpa sebarang anugerah, sudah lebih dua dekad aktres ini menjadi anak wayang dan yang paling terkesan antaranya adalah watak Chombee dalam saga filem Anak Mami dan Mami Jarum.

Menyedari bahawa bakal berdepan dengan dugaan daripada segi tawaran berlakon apabila mula mengenakan tudung semenjak Jun tahun 2013, aktres sudah merencanakan perjalanan karier seninya dengan berjinak dalam dunia penulisan skrip sejak 2006.

Dari sudut pandangan seorang pelakon, terbit keinginan di hati Sheila Mambo untuk menulis skrip.

Bermula secara suka-suka dan sekadar koleksi simpanan sendiri, dia kemudian mula aktif menulis sejak tahun lalu dan ada diantaranya yang telah dihasilkan menjadi drama bersiri dan telemovie.

“Memang dah lama tulis tetapi sekadar suka-suka sampailah tahun lepas rasa seperti ingin lebih serius. Gaya penulisan saya lebih kepada dakwah dan ilmiah kerana itu ia menarik perhatian saluran Al-Hijrah.

“Tetapi walau apa pun, dunia lakonan masih cinta pertama saya. Saya tidak pernah fikir untuk berhenti kerana pelakon dilahirkan untuk terus berlakon selagi tawaran masih ada. Itu bezanya pelakon dulu dan kini,”cerita Sheila yang juga asalnya merupakan seorang penyanyi di era 80`an.

Farawahida, Shukur Diraikan Dalam Majlis Resepsi Kedua


Farawahida, Shukur Diraikan Dalam Majlis Resepsi Kedua

Farawahida, Shukur Diraikan Dalam Majlis Resepsi Kedua

Farawahida yang selamat bernikah dengan Abdul Shukur Mohd pada 16 Disember tahun lalu telah diraikan dalam satu majlis resepsi di Restoran N'Dah Shah Alam malam tadi.

Majlis tersebut merupakan resepsi keduanya selepas resepsi pertama yang diadakan pada hari yang sama mereka bernikah iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Taiping Taiping, Perak.

Mempelai sama cantik sama padan itu mengenakan busana moden dan kontemporari.

Majlis diadakan dengan cukup meriah apabila dihadiri oleh keluarga, sahabat handai mempelai serta rakan artis dan media.

Antara rakan artis yang hadir adalah Azwan Ali, Rudi Kristal, Black dan isteri, Farah Fauzana, Fazli Zainal, Nasir Wahab dan ramai lagi.

Jejaka yang berjaya menambat hati Farawahida ialah Abdul Shukur Mohd Zain yang kini bertugas di pusat rawatan jantung di ibu kota.

Selain itu, dia juga mempunyai perniagaan sendiri yang baru saja dibuka bersama Farawahida.

Toyota Camry, Wang Tunai Rm100,000 Untuk Juara Kilauan Emas 4


Toyota Camry, Wang Tunai Rm100,000 Untuk Juara Kilauan Emas 4

Toyota Camry, Wang Tunai Rm100,000 Untuk Juara Kilauan Emas 4

Jika juara Kilauan Emas musim ketiga Mior Yazid Ahmad membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah kereta Nissan Grand Livina, tahun ini Kilauan Emas meningkatkan lagi hadiah kepada bakal juara.

Juara Kilauan Emas Musim Keempat (KE 4) bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai RM100,000 sebuah kereta Toyota Camry 2.0E bernilai RM150,000 berserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000, sebuah kereta Nissan X Gear bernilai RM85,000 dan trofi.

Sementara itu pemenang tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi wang tunai RM30,00 dan RM15,000 berserta trofi. Manakala pemenang untuk Anugerah Juri pula bakal menggondol hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Bagi meneruskan misi pencarian ‘Otai Masih Berbisa’ , sesi ujibakat akan diadakan di enam buah lokasi di seluruh Malaysia bermula dari Sabah pada 8 Februari di 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sarawak pada 15 Februari di Hills Shopping Mall, Kuching, Pahang pada 22 Februari di Berjaya Megamall, Kuantan, Johor pada 1 Mac di Berjaya Waterfront Mall, Johor Bahru, seterusnya di Pulau Pinang pada 8 Mac di Megamall Pinang, Seberang Prai dan lokasi terakhir di Selangor pada 15 & 16 Mac di SACC Mall, Shah Alam.

Mereka yang berminat mestilah merupakan warganegara Malaysia dan Singapura yang berumur 40 tahun ke atas (pada tarikh ujibakat) dan perlu membawa dua keping salinan kad pengenalan atau passport serta gambar berukuran 3R (gambar profil dan paras pinggang).

Para peserta juga dikehendaki memilih salah satu lagu untuk dipersembahkan berdasarkan senarai lagu wajib yang telah disediakan berikut:

PILIHAN WAJIB LAGU LELAKI: Seruling Anak Gembala (Datuk Jeffrydin), Aku Semut Merah (Meggy Z), Mimpi Yang Tak Sudah (Ibnor Riza), Mentera Semerah Padi (Dato’ M.Nasir), Kain Cinta Putih (Putra), Pawana (Search), Seni Berzaman (To’Ki), Aku Penghibur (Dato’ Jamal Abdillah), Dengar Ini Cerita (Tan Sri P.Ramlee) dan Hotel California (Eagles).

PILIHAN WAJIB LAGU WANITA: Teruna (Fatimah M. Amin), Perwira (Puan Sri Saloma), Aku Sudah Jatuh Hati (Norsheila Amin), Bunga-Bunga Cinta (Misha Omar), Cintaku 100% (Mas Idayu), Seri Dewi Malam (Datuk Sharifah Aini), Ku Ke Udara Lagi (Francesca Peter), Kidah Hati (Alyah), I Will Survive (Gloria Gaynor) dan Anggapanmu (Ziana Zain).

Setiap ujibakat dibuka jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang dan calon peserta digalakan untuk hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

Tiga nama besar yang bakal dibawa masuk ke KE 4 menjadi juri di setiap lokasi terpilih dan bertindak sebagai tenaga pengajar ialah Dato’ Sri Wirama Adnan Abu Hassan, Siti Hajar dan Ayai Illusi.

Peserta bakal dinilai daripada segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, tempo, keserasian, harmoni serta kreativiti dan penghayatan persembahan.

KE 4 turut mengekalkan pengacara, pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau Kak Engku sebagai pengacara Nota KE (Diari) dan Pentas Kilauan Emas.

Program KE 4 bakal disiarkan di Astro Prima (saluran 105) bermula April ini.

Tunang Misha Omar, Firos Teruja Nak Tinggal Sebumbung


Tunang Misha Omar, Firos Teruja Nak Tinggal Sebumbung

Tunang Misha Omar, Firos Teruja Nak Tinggal Sebumbung

Setelah lebih kurang empat tahun menjalin hubungan, tunang kepada penyanyi, Misha Omar iaitu Firos Ezzwan Rossly, 32, akui tidak sabar untuk tinggal sebumbung bersama penyanyi itu pada Mei ini.

Firos berkata, walaupun rancangan pernikahan mereka pernah tertangguh sebanyak dua kali sebelum ini, dia akui keserasian membuatkan ikatan cinta mereka kuat berasa bertuah akhirnya akan memiliki Misha secara sah tidak lama lagi.

"Sebenarnya senang berkawan dengan Misha. Namun saya lebih mengenali dia sebagai Samiha Omar. Yelah, sebab kami pun sudah berkenalan pun lama. Tapi saya akui, bila dia jadi Misha Omar, saya agak kekok juga.

“Jadi bila tahu kami akan kahwin tidak lama lagi, saya rasa tiada masalah kerana kami dah kongsi tanggungjawab menjaga anak (Adam,anak angkat Misha) bersama dah lama.  Cuma belum pernah tinggal tinggal serumah kerana belum kahwin.

“Lagipun, selama ni boleh peluk anak saja. Lepas ni bolehlah peluk dia pula,” katanya dengan nada gurau.

Firos ditemui bersama Misha dalam satu majlis minum petang bersama media, di Delicious, One Utama, semalam

Sementara itu, Misha memberitahu perasaannya kini bercampur baur antara teruja, seronok dan sebak dalam menanti sehingga hari mereka dijabkabulkan, kira-kira tiga bulan saja.

“Sebenarnya, kami mula berkenalan sejak tahun 2007. Kami bermula sebagai kawan kemudian bercinta. Kemudian putus cinta, dan akhirnya kembali semula sebagai pasangan kekasih. Kemudian pada 2011 dia muncul semula dan ketika itu dia ajak saya kahwin,” luahnya.

Pasangan ini bakal bernikah dan mengadakan majlis resepsi pada hari yang sama di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan.

Misha dan Firos yang bertunang pada 21 Februari 2012 itu telah menangguhkan perkahwinan mereka beberapa kali.

Wan Sakinah Minta Jangan Hentam Suaminya, Ashraf Muslim


Wan Sakinah Minta Jangan Hentam Suaminya, Ashraf Muslim

Wan Sakinah Minta Jangan Hentam Suaminya, Ashraf Muslim

Selepas memuat naik foto yang menunjukan jelas gambarnya yang kini memboyot dengan usia kandungan 7 bulan di laman sosial Instagram, rupanya Murai Batu dapat tahu foto itu mendapat kritikan hebat apabila wanita itu dikatakan tidak sensitif terhadap madunya, Dayana, yang masih belum menimang cahaya mata.

Lebih-lebih lagi Murai Batu dengar ada yang komen sebagai seorang muslim dia tidak seharusnya menunjukan bentuk badannya walaupun sedang hamil.

Disebabkan terlalu tertekan dengan komen negatif pengikutnya di laman sosial Instrgam itu, dia telah bertindak menurunkan gambar tersebut.

Wan Sakinah juga turut memohon maaf kepada Allah, suami dan semua yang membenci dan mengutuknya di dalam laman sosial tersebut dalam sebuah foto nota yang berbunyi “Maafkan Saya Ya..”

Isteri kedua kepada Ashraf Muslim itu menjelaskan dia berbuat demikian kerana terlalu teruja dengan bentuk perutnya kini yang semakin membesar dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Menurut Sakinah dalam caption foto itu trut meminta supaya jangan menghentam suaminya atas kesalahan atau tindakan yang dilakukan kerana dia akui suaminya sudah berusaha untuk memberikan yang terbaik untuknya dan juga isteri pertama.

Berikut merupakan caption penuhnya:

“Salam utk sahabat, stalkers & haters. Maaf psl gmbr yg menayangkn gmbr perut sy tu. Terlalu excited tgk perut boyot, tu yg pi upload tu. Bknnya nk show off bagai. Tau, org lain pun pregnant jgk. Tp sblm ni,pantang naik perut sket pi gym la. jog la. Sit up la. Tp now rs lain, bila tau pregnant je, dok tgu bila perut nk besaq.

“Time makan pun tak kira. Asal lapaq, makan! Lgpun org dok kata perut sy kecik. Tp bl hmpir 7 bln ni tb2 dia besaq! Tgk dlm gmbr lg nmpk besaq! Tu yg sy pi upload tu. Xrs seksi pun. cuma excited tang perut. xde niat nk sakitkn hati sape2.. Sy dh delete gmbr tu. Terima kasih atas teguran.

“Insya Allah xkn berlaku lg upload gmbr bkn2. Sy mengaku sy salah. Selain mintak ampun kat Allah, mntk maaf pd suami, sy jg mntk maaf pd anda semua. Sy jgk maafkn anda yg xpenat dok maki hamun. Tak pyh la cari kat padang masyar. Jenuh. Ramai org. Ssh nk jmp. Kira 0-0 kat sini je la yea.

“Satu lg, jgn la hentam suami sy tu teruk sgt. Dia usaha jd suami yg terbaik utk kami berdua. Bkn setakat cukup mkn pakai. Agama pun dia bg. Tp tu la, dlm dok kawal, terlepas jgk.. Hehe,”

Elak Fitnah, Misha Omar Akhirnya Nikah Firos Mei Ini


Elak Fitnah, Misha Omar Akhirnya Nikah Firos Mei Ini

Elak Fitnah, Misha Omar Akhirnya Nikah Firos Mei Ini

Selepas membuat keputusan menangguhkan perkahwinannya pada Februari ini, penyanyi, Misha Omar, semalam meleraikan tanda tanya ramai apabila mengumumkan bakal berkahwin dengan Firos Ezzwan Rossly, 32, pada Mei depan.

Bagaimanapun, tarikh sebenar majlis akad nikah di negeri kelahirannya, Kota Bahru, Kelantan, yang disusuli kenduri kesyukuran hanya dapat diputuskan selepas kad jemputan perkahwinannya diedarkan tidak lama lagi.

Misha Omar berkata kali ini dia akur untuk meneruskan perkahwinannnya selepas ibunya meminta untuk mempercepatkan perkahwinan mereka yang sudah tertangguh selama 2 tahun.

"Alhamdulilah, akhirnya saya tidak pernah rasa selega ini untuk mengumumkan tarikh perkahwinan kami meskipun hati saya belum tenang selepas pemergian bapa saya. Saya rasa hari itu bakal menjadi hari kemenangan buat saya kerana bakal membuktikan yang semua cerita negatif tentang saya tidak benar. Lagipun bila lama-lama bertunang saya takut ditimpa fitnah.

"Namun setelah diberi semangat oleh ibu saya yang turut meminta saya untuk meneruskan perkahwinan pada Mei ini iaitu selepas ibu habis tempoh edah pada April. Mungkin juga ini masa yang sesuai untuk kami," kata Misha Omar yang ditemui bersama tunangnya.

Misha dan keluarga kehilangan bapa tersayang pada November tahun lalu.

Misha dan keluarga memilih Mei sebagai bulan menyatukan ikatan cintanya yang sah sempena bulan Rejab (kalendar Islam).

"Sebenarnya ibu saya yang memilih bulan Mei kerana bulan yang baik dalam Islam ialah bulan Rejab.

"Namun menurut ibu tarikhnya tidak manis untuk diberitahu lagi sehingga kad dilayangkan," jelasnya lagi.

Pasangan ini bakal bernikah dan mengadakan majlis resepsi pada hari yang sama di Hotel Renaissance, Kota Bahru Kelantan.

Misha dan Firos yang bertunang pada 21 Februari 2012 itu telah menangguhkan perkahwinan mereka beberapa kali.

Takziah Buat Ashwad Ismail Yang Kehilangan Bapanya!


Takziah Buat Ashwad Ismail Yang Kehilangan Bapanya!

Takziah Buat Ashwad Ismail Yang Kehilangan Bapanya!

Bapa kepada pembaca berita Awani, Ashwad Ismail telah disahkan meninggalkan dunia di kediamaannya di Sri Hartamas, kira-kira jam 1 petang tadi.

Punca kematian bapa Ashwad Ismail iaitu Ismail Yaacob tidak diketahui, namun Allahyarham telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Apapun, takziah portal Murai ucapkan buat Ashwad Ismail serta ahli keluarganya di atas pemergian yang cukup menyedihkan itu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Amin...

Adam Davin Ditangkap Polis, Raja Azmi Puas Hati!


Adam Davin Ditangkap Polis, Raja Azmi Puas Hati!

Adam Davin Ditangkap Polis, Raja Azmi Puas Hati!

Raja Azmi Raja Sulaiman akui beliau lega dan berpuas hati apabila suspek kes penipuan, Adam Davin atau nama asalnya, Davinder Singh ditangkap polis pada petang semalam.

"Syukur dan lega sebab akhirnya, Adam Davin telah ditangkap polis. Sebelum ini, memang pihak polis nak tangkap dia tapi pada waktu yang sama pihak polis tiada bukti yang kukuh untuk berbuat demikian. Sebab itulah dia boleh lepas dan tipu banyak orang.

"Sehinggalah seorang VVIP berpangkat Datuk yang cuba ditipu Adam Davin petang semalam telah menggunakan khidmat 2 orang anggota polis yang menyamar sebagai orang biasa untuk menangkapnya setelah dia (Adam Davin) didapati menipu sewaktu berurusan dengan Datuk tersebut.

"Kata orang sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sepandai-pandai Adam Davin menipu banyak orang, akhirnya dia ditangkap juga. Tuhan sajalah yang tahu betapa leganya hati dan perasaanya saya.

"Setidak-tidaknya, ia boleh membersihkan nama saya setelah dia membuat dakwaan yang melampau terhadap saya padahal saya sebenarnya yang jadi mangsa dia pada ketika itu," kata Raja Azmi.

Raja Azmi berkata demikian setelah diminta mengulas berhubung penangkapan Adam Davin. Sebelum itu, Raja Azmi telah membuat 2 laporan di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur pada Mei 2013.

Laporan yang pertama dibuat berhubung kes penipuan di kedai kain Gulatis dan laporan kedua apabila menyalahgunakan nama Raja Azmi sebagai produser filem untuk tujuan dia menipu orang lain.

Jelas Raja Azmi lagi, dia juga percaya ramai lagi mangsa Adam Davin yang akan berpuas hati apabila mengetahui tentang berita penangkapannya.

Suspek Kes Tipu Artis, Adam Davin Kini Ditahan Polis


Suspek Kes Tipu Artis, Adam Davin Kini Ditahan Polis

Suspek Kes Tipu Artis, Adam Davin Kini Ditahan Polis

Suspek kes penipuan di kalangan selebriti popular tanah air, Adam Davin kini telah pun ditangkap polis petang semalam.

Adam Davin atau nama sebenarnya Davinder Singh sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa kes penipuan melibatkan ramai selebriti tanah air dan antaranya ialah produser Raja Azmi.

Pada Mei tahun lalu, Raja Azmi telah membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap lelaki berkenaan berikutan penipuan di sebuah kedai kain Gulatis dan penyalahgunaan namanya sebagai penerbit filem.

Selain Raja Azmi, individu lain yang pernah hampir menjadi mangsa penipuan suspek ialah pengacara Hefny Sahad, 26, dan penyanyi Asfan Shah, 30, di mana kedua-duanya mendakwa suspek telah mengakui dirinya adik kepada pelakon Kavita Sidhu.

Suspek juga pernah cuba menawarkan kontrak untuk sebuah program televisyen dan akan menjalani penggambaran di luar negara bersama beberapa artis.

Antara artis lain yang pernah ditipu pemuda itu ialah Anzalna Nasir, Betty Rahmad, dan Hanez Suraya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed telah mengesahkan tangkapan dibuat terhadap lelaki tersebut pada petang Isnin berhubung satu laporan mengenai kes penipuan.

Yana Samsudin Jawab Isu Bedah Muka?


Yana Samsudin Jawab Isu Bedah Muka?

Yana Samsudin Jawab Isu Bedah Muka?

Kebelakangan ini, isu pembedahan muka nampaknya menjadi topik utama industri hiburan tanah air apabila beberapa orang selebriti wanita popular dikatakan telah membuat pembedahan untuk mencantikkan wajah.

Di antara beberapa orang selebriti wanita tersebut, nama Yana Samsudin adalah Antara yang menjadi perhatian apabila penampilannya baru-baru ini dilihat berlainan dari wajah sebelumnya.

Wajah Yana dikatakan semakin tirus, dan bentuk yang paling ketara adalah pada hidungnya yang tajam dan mancung dari dahi hingga ke hujung.

Meskipun Yana sendiri telah menafikan perkara tersebut sebelum ini, ianya nampaknya belum dapat menutup spekulasi ramai pihak yang tetap beranggapan aktres tersebut sememangnya telah membuat pembedahan di bahagian muka.

Justeru, Yana Samsudin akan hadir dalam program MeleTOP malam ini dan aktres itu nampaknya sudah bersedia untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang perubahan yang berlaku pada wajahnya.

Yana yang turut akan tampil selaku salah seorang penyampai jemputan di malam Anugerah MeleTOP Era juga akan berkongsi tentang gosip panas dan dalam pada masa yang sama turut mempromosikan Anugerah MeleTOP Era, Sabtu ini.

Selain Yana Samsudin, turut sama akan memeriahkan program MeleTOP pada malam ini ialah kehadiran dua aktres cantik, Nur Fazura dan Diana Danielle yang akan mempromosikan filem terbaru lakonan mereka iaitu ‘Kami Histeria’ yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 6 Februari ini.

Apa yang menarik tentang filem arahan Shamyl Othman ini? Kena tunggu cerita menarik dari dua aktres cantik ini nanti!

Dan tidak sah jika di penghujung rancangan MeleTOP tanpa persembahan hebat dari penyanyi undangan. Waris dan Juzzthin bakal melakukan persembahan hebat menerusi lagu tema Anugerah MeleTOP Era selain akan berkongsi perkembangan terbaru mereka untuk tahun 2014.

Jangan lupa untuk menyaksikan program MeleTOP jam 10 malam ini di Astro Ria (104) dan Astro Mustika HD (135).

Jangan Pandang Belakang Boleh? Parodi Pertama Diterbitkan Mig


Jangan Pandang Belakang Boleh? Parodi Pertama Diterbitkan Mig

Jangan Pandang Belakang Boleh? Parodi Pertama Diterbitkan Mig

Tajuk: Jangan Pandang Belakang Boleh?

Klasifikasi: P13 Genre: Komedi/Seram

Tarikh Tayangan: 30 Januari 2014

Bahasa: Malay Pengedar: METROWEALTH

Pengarah: Ismail Bob Hashim

Pelakon: Zalif Sidek, Adiba Yunus

Imbasan Awal

Filem parodi pertama dihasilkan di negara ini Jangan Pandang Belakang Boleh? telah diinspirasikan daripada film seram arahan Ahmad Idham, filem Jangan Pandang Belakang.

Kali ini, filem berunsur komedi seram ini diarahkan oleh Ismail Bob Hashim dibarisi kebanyakan pelakon baru meningkat naik seperti Zalif Sidek, Adiba Yunus, Shima Anuar, Epy Kodiang, Ruminah Sidek dan dan ramai lagi ini.

Walaupun 90 peratus adegan dikekalkan, filem ini menerapkan genre komedi dimana ia mengisahkan tentang teman wanita Dharma, Rose yang telah meninggal dunia secara tiba-tiba mati dan didapati akibat bunuh diri.

Ulasan Penulis

Ulasan ringkas cukup memberikan gambaran tentang filem parodi pertama MIG dan buat si tuan pengarah Jangan Pandang Belakang Boleh? Inspirasi filem lakonan Pierre Andre yang diarahkan Ahmad Idham, Jangan Pandang Belakang meninggalkan penonton dengan pelbagai babak yang menyeramkan itu tetapi telah disuntik dengan elemen komedi agar mengurangkan tekanan dan elemen suspen yang terkenal oleh filem terdahulunya.

Daripada segi watak dan lakonan, Zalif yang dipertanggungjawabkan watak lelaki lembut berjaya dibawanya dengan selesa tanpa berlebihan atau terlalu mengawal.

Begitu juga dengan Shima Anuar yang mampu untuk mengawal adegan dan tidak nampak kekok.

Boleh dikatakan filem in boleh dianggap berjaya menghiburkan dengan makanan selalu yang digabungkan yang boleh beli nasi.

Sinopsis Filem

Jangan Pandang Belakang Boleh? mengisahkan tentang teman wanita Dharma (Zalif Sidek), Rose (Adibah Yunos) telah meninggal dunia secara tiba-tiba.

Rose dipercayai mati akibat bunuh diri tetapi Dharma dan kembar Rose, Seri (Shima Anuar) tidak percaya Rose akan membunuh diri. Oleh itu, Dharma dan Seri cuba mencari punca kematian Rose.

Namun ketika pencarian itu, Dharma sering diganggu dengan benda-benda mistik.

Ini menyebabkan Dharma tidak keruan dan terganggu segala aktiviti harian serta kehidupannya tidak terurus. Dharma mengadu tentang gangguan yang sering dihadapinya kepada Seri dan rakan sepejabat juga sahabat karibnya, Indra (Epy Kodiang) tetapi mereka tidak mempercayainya.

Akhirnya, Dharma memilih untuk pulang ke kampung bagi menenangkan dirinya.

Walau bagaimanapun, dirinya tetap diganggu walaupun sudah berada di kampung. Siapakah makhluk yang sering mengganggu dirinya?

Dapatkah Dharma dan Seri mencari punca sebenar kematian Rose? Adakah Dharma berjaya melepaskan diri dari gangguan yang sering menghantui dirinya? Nantikan kesudahannya di dalam filem komedi seram "Jangan Pandang Belakang Boleh?" di pawagam pada 31 Januari 2014.

Sleeq Bongkar 70% Kehidupan Mereka Di Dalam Drama


Sleeq Bongkar 70% Kehidupan Mereka Di Dalam Drama

Sleeq Bongkar 70% Kehidupan Mereka Di Dalam Drama

Sudah mula ditayangkan sejak 24 Januari lalu di saluran TVi RTM (Astro 180), drama bersiri muzikal lakonan penyanyi duo Sleeq bertajuk Sleeq & Friends merupakan perjalanan kehidupan sebenar mereka berdua untuk bergelar penyanyi.

Dibintangi anggota sebenar Sleeq iaitu Alyph dan Syarif, drama terbitan Excellent Pictures itu turut membongkar beberapa rahsia yang tidak diketahui umum, bermula sebagai penyanyi berasal dari Singapura yang hanya menyanyikan lagu-lagu hip hop berbahasa Inggeris sehingga diterima oleh peminat golongan Melayu di Malaysia.

Ditemui ketika majlis pelancaran drama muzikal bersiri  berkenaan baru-baru ini, Sleeq berkata sebanyak 70 peratus kisah yang diketengahkan di dalam drama itu menyentuh kehidupan sebenar mereka dari dulu hingga kini.

“Ya benar, sebanyak 70 peratus daripada drama ini adalah bersandarkan kisah benar kehidupan kami. Ia termasuklah persamaan dalam jalan cerita, kejadian dan juga lokasi.

“Banyak cerita yang ada di dalamnya adalah sama. Malah kami menggunakan banyak lokasi yang sama terutama di Singapura bagi mengimbau semula kehidupan kami sebelum bergelar penyanyi sehinggalah hari ini.

“Dalam drama ini juga, penonton akan dapat melihat bagaimana Sleeq yang dulunya hanya menyanyikan lagu Inggeris kerana pasaran muzik di Singapura yang berbeza sehingga diberi peluang menyanyikan lagu berbahasa Melayu,”kata mereka.

Sleeq & Friends turut dibintangi pelakon baru dan terkenal seperti Puteri Chichi, Mimie Haris, Naque Qazem Nor, Ayda Jebat, ArashMohd, Zack Kool,  Emma Akma dan juga tidak ketinggalan teman serta kenalan kumpulan berkenaan turut berlakon bersama.

Tambah dua sepupu itu lagi, tujuan drama Sleeq & Friends ditayangkan adalah bagi menunjukan kepada peminat sejauh mana iltizam serta semangat mereka untuk bergelar penyanyi serta pemuzik dan bukannya untuk  mengejar glamor semata-mata.

Lebih menarik lagi kerana drama yang diarahkan oleh Khalid Nadzri itu telah dirakamkan sepanjang bulan puasa membabitkan dua negara iaitu Malaysia dan juga Singapura.

“Apa yang boleh saya katakan, drama ini akan kami simpan untuk simpanan hari tua untuk tatapan anak cucu kami. Biar mereka tahu betapa sukarnya perjalanan kami untuk bergelar penyanyi.

“Kami juga hampir kecewa buat seketika apabila dipanggil untuk menyertai khidmat negara selama dua tahun, walaupun ketika itu nama kami semakin dikenali. Tapi sama ada suka atau tidak, kami perlu laluinya juga,” katanya.

Sementara itu, rangkaian hotel antarabangsa Tune Hotels turut mengambil bahagian sebagai penaja penginapan sepanjang penggambaran siri muzikal berkenaan.

Ditanya perasaan mereka selepas melihat lakonan sendiri, Syarif berkata terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam lakonan mereka dan menganggap perkara itu cukup asing dalam diri masing-masing.

“Fokus kami adalah dalam bidang muzik dan lakonan hanyalah sebagai sampingan sahaja. Drama ini diterbitkan selepas pihak produksi datang kepada kami untuk meminta kami bagi  melahirkan sebuah drama dan inilah hasilnya.

“Mungkin selepas ini kalau ada pihak yang ingin menawarkan kami berlakon, kami perlu memikirkannya semula.

Mungkin watak samseng korporat ataupun juga watak aneh seperti Johnny Depp,” kata Syarif dan Alyph berjenaka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan