Cari Artikel

Monday, February 17, 2014

Sharnaaz Ahmad Tayang Tatu Di Laman Sosial


Sharnaaz Ahmad Tayang Tatu Di Laman Sosial

Sharnaaz Ahmad Tayang Tatu Di Laman Sosial

Terkejut Murai Batu bila ternampak gambar-gambar bertatu penuh di badan dan lengan pelakon, Sharnaaz Ahmad dalam laman sosial Instagram yang dikirimkan oleh rakan Murai Batu.

Yelah pelik juga, kenapa tiba-tiba Sharnaaz yang beragama Islam itu boleh membuat tatu sebegitu kan? Namun siasat punya siasat ianya hanya tatu sementara bukan kekal dan Sharnaaz lakukan hanya untuk membintangi drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Dalam drama tersebut Sharnaaz yang nama wataknya Jebat seorang ketua gangster dan patutlah dia perlu bertatu penuh berbentuk Naga sebagai tanda ahli kumpulan gangster itu dalam drama tersebut.

Sharnaaz Ahmad Tayang Tatu Di Laman Sosial


Tapi Murai Batu lihat dalam komen foto yang yang dimuat naik di Instragram itu ada juga yang tidak berkenan dan Sharnaaz kemudian turut membalas yang dia lakukan sebegitu demi kerjanya.

Sharnaaz Ahmad Tayang Tatu Di Laman Sosial


Yelah, pada Murai Batu pun tak salah pun jika dia lukis tatu sementara itu jika mahu menyesuaikannya dengan watak, asalakan ianya tidakmelampaui batas.

Sharnaaz Ahmad Tayang Tatu Di Laman Sosial


Apa-apa pun, Murai Batu dengar ramai juga rakan-rakan Murai Batu yang suka sangat tengok Sharnaaz dan Nelydia Senrose dalam drama tersebut. Katanya pasangan ini sangat serasi dan romantik digandingkan bersama.

Sharnaaz Ahmad Tayang Tatu Di Laman Sosial

Isteri Apex, Leuniey Natasha Selamat Bersalin Bayi Perempuan


Isteri Apex, Leuniey Natasha Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Isteri Apex, Leuniey Natasha Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Isteri kepada penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 2.55 petang tadi.

Pasangan ini mengesahkan kelahiran bayi sulung mereka menerusi laman sosial Instagram masing-masing sebentar tadi.

Bayi yang lahir seberat 2.75 kilogram itu kelihatan sihat menerusi gambar yang dimuat naik ke dalam Instagram milik mereka.

Selain foto, mereka masing-masing turut melahirkan rasa syukur dengan kelahiran puteri sulung mereka di dalam laman sosial tersebut.

Pasangan ini telah bernikah pada 28 Disember 2012.

MLM2013: TIADA PENYINGKIRAN, LIMA BERAKSI DI FINAL


MLM2013: TIADA PENYINGKIRAN, LIMA BERAKSI DI FINAL

MLM2013: TIADA PENYINGKIRAN, LIMA BERAKSI DI FINAL

Gelanggang akhir Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) yang akan berlangsung pada minggu hadapan bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru apabila kesemua peserta yang beraksi di peringkat separuh akhir MLM2013 malam tadi layak ke final.

Pengumuman menggembirakan itu telah dibuat oleh hos MLM2013, Dato` AC Mizal di penghujung rancangan Gelanggang MLM2013 minggu ke-12 yang berlangsung dari Stadium Bandaraya Johor Bahru, malam tadi.

Ini bermakna Jambu, Sepahtu, Bocey, Shiro dan satu-satunya peserta solo, Nabil, layak beraksi di pentas akhir MLM2013 yang akan berlangsung minggu hadapan.

Terdahulu, pentas minggu ke-12 MLM2013 telah dibuka dengan setiap peserta harus membuat dua persembahan dengan dua tema berbeza.

Untuk pusingan pertama, peserta harus membuat persembahan berdasarkan tema `Zaman Kolej` manakala untuk pusingan kedua, peserta harus membuat persembahan bersama artis jemputan yang telah tampil untuk membuat penampilan istimewa dengan setiap peserta.

Aktor Hairul Azreen tampil untuk membantu persembahan Bocey. Vokalis kumpulang Wings, Awie pula bergandingan dengan Shiro. Pelawak Abby Yus muncul bersama dengan Sepahtu. Gangster besar dari filem KL Gangster 2, Dato` Rosyam Nor ataupun wataknya Tailong membuat kemunculan dalam persembahan Jambu dan Harith Iskandar pula tampil bersama Nabil.

Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikel dan Nora Danish terus tampil sebagai juri tetap untuk MLM2013 musim kali ini.

Teruskan melayari www.astrogempak.com.my/maharajalawakmega untuk mengetahui perkembangan MLM2013 pada minggu hadapan.

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Datin Janet Yeoh Buka Rahsia Tan Sri Michelle Yeoh


Datin Janet Yeoh Buka Rahsia Tan Sri Michelle Yeoh
Datin Janet Yeoh Buka Rahsia Tan Sri Michelle Yeoh

Kepada peminat bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh (Michelle Yeoh)  jangan ketinggalan temu janji anda bersama program berita hiburan sensasi, Gala TV di Astro Awani (saluran 501), jam 4.30petang ini.

Ini kerana ibu kepada pelakon terkenal itu, Datin Janet akan membuka banyak cerita eksklusif tentang anak perempuannya itu.

Eksklusif di Gala TV, laporan khas yang dibuat istimewa bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina itu cuba mendekati Datin Janet Yeoh untuk berkongsi  cerita menarik tentang  Michelle Yeoh terutama ketika meraikan perayaan berkenaan.

Wartawan penyiaran Gala TV, telah berjaya mencungkil sejauh mana hubungan pelakon berkenaan dengan pasangannya Datuk Seri Jean Todt.

Datin Janet Yeoh Buka Rahsia Tan Sri Michelle Yeoh

Menerusi temubual eksklusif di kediaman keluarga pelakon berkenaan di Ipoh, Perak, Gala TV juga turut berkongsi bual bicara bersama Datin Janet tentang aktiviti amal Michelle Yeoh yang tidak pernah didahkan kepada orang ramai.

Sumber Gala TV memberi tahu kepada portal murai.com.my, bahawa pelakon berkenaan suka membuat kejutan untuk pulang ke kampung halamannya terutama ketika Tahun Baru Cina.

Datin Janet Yeoh Buka Rahsia Tan Sri Michelle Yeoh

“Datin Janet juga turut berkata anak perempuannya itu suka memberi duit raya dalam jumlah yang banyak kepadanya. Namun tidak disebut jumlahnya.

“Ibu Michelle Yeoh juga nampaknya sangat gembira dengan kehadiran Jean Todt dalam hidup anaknya itu, tetapi tidak pernah bertanya bilakah mereka akan berkahwin,” kata sumber Gala TV.

Datin Janet Yeoh Buka Rahsia Tan Sri Michelle Yeoh

Ikuti lebih banyak rahsia yang telah dikongsi oleh Datin Janet tentang Michelle Yeoh menerusi program Gala TV di Astro Awani (saluran501) yang akan disiarkan hari ini pada jam 4.30 petang dan ulangannya pada jam10.30 malam ini

Nico - G Tampilkan Semula Inilah Nasibku 2014


Nico - G Tampilkan Semula Inilah Nasibku 2014

Nico - G Tampilkan Semula Inilah Nasibku 2014

Mengapa kamu, mengapa jadi begitu? Inilah nasibku.” Antara petikan lirik hits yang cukup popular pada era kegemilangan lagu berentak rap, Nico mulai dikenali dek kerana lagu Inilah Nasibku pada sekitar tahun 1993.

Kini setelah 20 tahun, kumpulan yang dahulu dianggotai 3 anak muda iaitu Affa, Nico dan Dino masih lagi bertahan dengan ahli yang sama.

Namun begitu langkah penjenamaan ssemula yang diputuskan pengurusan bersetuju membawa mereka kembali kedalam industri dengan nama baru.

Selain daripada menampilkan semula lagu hits mereka yang diberi nafas baru iaitu Inilah Nasibku 2014, Nico – G telah memutuskan untuk menampilkan dua penyanyi tempatan Atilia dan rakan mereka Jeff A to Z menyumbangkan suara mereka bagi album Nico – G yang terbaru itu.

“Untuk single terbaru, kami menampilkan Belia Perwira manakala Jeff A to Z dan Atilia bertindak sebagai penyanyi jemputan. Ini merupakan hasil usaha kami mencari kelainan setelah sekian lama tidak muncul dengan buah tangan terbaru.

Sebab sebelum ini kami agak sibuk dengan kehidupan dan kerjaya masing-masing,”ulas ketiga-tiga ahli Nico G ini yang ditemui Majlis Pelancaran Mini Album Nico G 2014 di Khadijah’s Kitchen, Jalan Genting Klang pada Selasa yang lalu.

Kami kembali bertemu pada tahun 2010 setelah kali terakhir bergabung pada tahun 1999 untuk projek kumpulan GX4. Ada lebih kurang 11 buah lagu yang kami senaraikan dan akhirnya kami memilih lagu ‘Belia Perwira’ sebagai single terbaru,” ujar Nico pula.

“Dalam album mini Nico G ini, terdapat lima buah lagu. Ada satu lagu baru, ‘Belia Perwira’ dan satu lagi lagu ‘Belia Perwira’ dalam versi karaoke.

Tiga buah lagu lagi merupakan lagu lama yang kami beri nafas baru iaitu lagu ‘Inilah Nasibku’, ‘Public Figure’ dan ‘Medley Untukmu Sayang, Rindu, Kaulah Gadisku, Engkau & Aku’.

Kami jual album mini ini secara online. Jika ada peminat yang ingin mendapatkan album ini, cari kami menerusi laman Twitter dan Instagram menerusi kata kunci @nico_group,” ujar Dino pula.

Remy Ishak Mahu Lebih Selektif


Remy Ishak Mahu Lebih Selektif


Mengimpikan watak yang lebih mencabar dan matang dengan kerjayanya, pelakon, Remy Ishak akui akan lebih selektif dalam pemilihan drama atau filem yang akan dilakonkan.

Remy Ishak berkata ianya bukan sahaja tertumpu pada watak yang diberikan tetapi dia akan lebih selektif pada skrip dan penceritaan yang lebih menarik.

“Saya kini sedang berehat seketika dan akan mula lebih selektif dengan tawaran yang saya terima selepas ini. Saya rasa saya perlu memilih watak yang selari dengan kematangan saya dalam industri ini.

“Bagi saya, pada satu tahap itu kita akan tahu di mana kemampuan kita dalam sesebuah cerita dan saya inginkan sesuatu yang mencabar dan lain dari lain yang pernah saya buat sebelum ini.

“Bukan watak yang mencabar tetapi penceritaan yang lebih matang dan menarik untuk dikupas itu akan menjadi pilihan saya,” katanya kepadamurai.com.my, baru-baru ini.

Bercakap mengenai perkembangan lain, Remy bakal muncul dalam sebuah drama bersiri di Slot Akasia TV3 yang berjudul Jiwa pada 5 Februari inibersama pelakon hebat lain seperti Faizal Hussein dan Kamal Adli.

Mengulas lanjut mengenai wataknya, Remy akui dia telah banyak bermain dengan emosi dalam drama tersebut.

“Terus-terang, drama ini banyak mengacau jiwa saya. Saya diberi tanggungjawab untuk membawa watak Iskandar, seorang yang panas baran dan kasar di mana ia bukan ‘makanan’ saya. Orang kenal saya dengan cerita cinta jadi saya perlu lebih fokus untuk dramaini.

“Oleh itu, saya benar-benar ‘all-out’ sepanjang dua bulan penggambaran drama ini di mana saya pergi ke gimnasium dan jaga pemakanan saya.Tidak dinafikan saya menghabiskan banyak tenaga untuk drama ini dan sehingga kini saya masih terasa penat kerana banyak aksi yang ditonjolkan,” jelasnya lagi.

Drama Jiwa yang merupakan terbitan Filmscape bakal bersiaransetiap hari Rabu, jam 9.00 malam di slot Aksi TV3.

Yasmin Hani Wujudkan Laman Instagram Untuk Bayinya, Noah


Yasmin Hani Wujudkan Laman Instagram Untuk Bayinya, Noah

Yasmin Hani Wujudkan Laman Instagram Untuk Bayinya, Noah

Amboi, sekarang ni, Murai Batu tengok,semua artis sudah ada trend buat laman sosial Instagram untuk anak mereka. Tak silap Murai Batu, sebelum ni penyampai radio Era FM yang mulakannya dulu untuk anak pertamanya, selepas itu diikuti Farid Kamil dan Diana Danielle untuk anaknya,Muhammad.

Baru-baru ini pula, Yasmin Hani pula wujudkan Instagram untuk anaknya, Noah Ismail Wong yang baru berusia 3 bulan.

Murai Batu diberitahu Yasmin Hani wujudkan laman sosial Instagram itu adalah kerana dia suka mengambil dan berkongsi gambar anaknya dengan orang ramai.

Tapi, bila Murai Batu buka instgaram bayinya yang bernama @noahismailwong itu masih lagi private dan hanya beberapa pengikut sahaja yang ada.

Menerusi laman sosial instgram Yasmin, dia memberitahu follower yang request untuk instgraram anaknya itu kini sudah mencecah hampir 1000! Wah ramai betul yang berminat nak melihat aksi anaknya itu.

Namun Yasmin berkata dia bakal membuka private akaun Instgram anaknya itu tidak lama lagi untuk semua yang berminat mengikuti anaknya.

Wah, sekarang ini, peminat bukan sahaja mengikuti perkembangan selebriti yang dipuja , malah anak mereka pun menjadi tumpuan.

Zahid Bawa Isteri Bercuti Ke Bali!


Zahid Bawa Isteri Bercuti Ke Bali!

Zahid Bawa Isteri Bercuti Ke Bali!

Wah seronok Murai Batu lihat gambar-gambar  percutian ke Bali, Indonesia yang dikongsikan penyampai radio, Era FM iaitu Zahid dan isterinya  di laman sosial Instagram.

Memandangkan mereka masih lagi berdua dan belum dikurniakan cahaya mata, Murai Batu anggap ini percutian bulan madu mereka lah. Tapi tak tahu la pula bulan madu ke berapa dah ni kan?

Tapi apa-apa pun menerusi foto yang dikongsi mereka memang sangat sweet sahaja, lebih-lebih lagi gambar mereka menaiki moto bersama meronda-ronda di pulau Bali itu.

Khabarnya mereka bakal pulang tak lama lagi setelah lebih kurang 3 hari berada di sana. Yelah, dengarnya Zahid baru sahaja sambung kontrak bersama Era FM dan akan kembali pada minggu depan.

Tak mengapalah, orang kata bila dah kahwin ni hari-hari pun boleh bulan madu kan tak perlu pergi jauh-jauh. Murai Batu doakan semoga pasangan ini semakin bahgaia menempuh alam rumahtangga dan cepat-cepat dikurniakan cahaya mata.

Alyah Pilih Pengurus Ziana Zain Sebagai Pengurus


Alyah Pilih Pengurus Ziana Zain Sebagai Pengurus

Alyah Pilih Pengurus Ziana Zain Sebagai Pengurus

Setelah sekian lama tidak diuruskan oleh seorang pengurus profesional lagi berpengalaman luas, penyanyi popular Alyah akhirnya memilih pengurus kepada diva pop terkenal Ziana Zainiaitu Lisa Aryanti Tahir sebagai pengurus barunya.

Mula menguruskan kerjaya Alyah sejak sebulan lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerna sayang itu menyimpan harapan menggunung tinggi dengan kemunculan pengurus barunya itu dalam meluaskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

Dihubungi portal murai.com.my sebentar tadi, Alyah berkata Lisa Aryanti merupakan individu paling tepat untuk menguruskan kerjayanya bersandarkan pengalamannya yang luas serta kredibilitinya sebagai pengurus kepada penyanyi terkenal.

“Dia (Lisa Aryanti) merupakan senior dalam industri hiburan tempatan dan dia telah banyak membantu serta menguruskan Ziana Zain.

“Sejak bersama saya, Kak Lisa telah memberikan banyak kerjasama kepada saya dan apa yang saya dapat lihat, kami sangat serasi, kami boleh bergurau dan dia sangat profesional,” katanya bercerita serba sedikit tentang pengurus barunya itu.

Menyedari kehadiran Lisa Aryanti bakal merubah kerjayanya,  Alyah bagaimanapun tidak mahu ada pihak diluar sana tersalah anggap dengan kehadiran Syuib yang telah banyak membantu kerjayanya selama ini.

Kata finalis Anugerah Juara Lagu itu lagi, Shuib yang telah berkhidmat bersamanya sejak beberapa tahun lalu, masih lagi  berada di bawah lembayung kerjayanya,bagaimanapun kini bertindak sebagai agen untuk sebarang  tawaran yang datang.

“Memang sejak dari awal lagi, Shuib merupakan individu yang bertindak selaku agen saya. Tapi kerana saya tidak memiliki pengurus, jadi untuk memudahkan cerita ramai yang menganggap Shuib merupakan pengurus saya,walaupun hakikatnya tidak.

“Bagaimanapun itu tidak bermaksud hubungan saya dan Shuib renggang dengan kemunculan Kak Lisa. Kami tiada masalah langsung dan Shuib masih bertindak sebagai agen dan Kak Lisa sebagai pengurus saya,” katanya menjelaskan keadaan yang agak kabur.

Lisa Aryanti buat pertama kalinya telah membantu Alyah dalam memudahkan perjalanan penyanyi itu ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu hujung minggu lalu menerusi lagu  Kau YangTerindah ciptaan Erma Fatimah.

Kata Alyah, sesuai dengan tahun baru, dia mengharapkan sesuatu pembaharuan dalam perjalanan kerjayanya, apatah lagi dalam usianya yang semakin meningkat.

“Memang banyak perbincangan yang telah saya jalankan dengan Kak Lisa. Kalau boleh saya mahukan sebuah persembahan yang hebat tahun ini dan ambil apa juga peluang yang ada di depan mata kerana bagi saya, masa itu sangat mencemburui kita.

“Saya juga berharap agar Kak Lisa dapat membawa saya ke arah yang berbeza dan tak mahu orang tersalah anggap dengan Shuib kerana hubungan saya dan Shuib sangat baik. Bezanya kerana sekarang ada dua orang yang bekerja dengan saya,” katanya. 

Filem-filem Hong Kong Menarik Khas Tahun Baharu Cina Di Tv2


Filem-filem Hong Kong Menarik Khas Tahun Baharu Cina Di Tv2

Filem-filem Hong Kong Menarik Khas Tahun Baharu Cina Di Tv2

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 turut meraikan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dengan tayangan 7 buah filem pelbagai genre yang disiarkan mulai 30 Januari hingga 3 Februari depan.

Menampilkan kemunculan barisan pelakon hebat Hong Kong yang sememangnya dikenali di sini seperti Andy Lau, Chow Yun Fat, Anita Mui dan Cecilia Cheung, saksikan 7 buah filem menarik bermula Kungfu Chefs (30 Januari; jam 10.00 pagi), A Battle of Wits (30 Januari; jam 10.00 malam), Kungfu Cyborg: Metallic Attraction (31 Januari; jam 10.00 malam), The Lady Iron Chef (1 Februari; pjam 10.00 pagi), The Swordsmen (1 Februari; jam 2.00 petang) dan Wu Wen (3 Februari; jam 10.00 pagi).

Kisah tentang kesungguhan seorang chef dalam melatih anak didiknya melatari plot filem Kungfu Chefs yang mengisahkan Wong Bing Yi memegang watak sebagai Chef. Kesanggupan Chef Wong Bing Yi amat dikagumi apabila bersungguh-sungguh untuk membantu Shen Qing di restorannya.

Kehebatan Lung Kin Yat digambarkan melalui caranya mengajar tukang masak baru di dalam arena masakan. Berkat tunjuk ajar Chef Wong Bing Yi telah membawa anak didiknya , Lung Kin Yat untuk bertanding dengan seorang Ketua Chef, Chef Tin di pentas masakan “Imperial Palace”. Ia menampilkan pelakon hebat seperti Sammo Hung Kam Bo, Vanness Wu dan Cherrie Ying.

Imbas kembali sejarah peperangan berlaku di negara matahari terbit dalam filem bertajuk A Battle of Wits. Diadaptasi daripada novel sejarah Jepun, ia sudah pasti membuka lembaran baru untuk mengimbau kembali sejarah peperangan negara Jepun pada suatu ketika dahulu. Filem mengangkat sisi kepahlawanan seorang lelaki ini dilakonkan oleh Andy Lau, Fan Bing Bing, Wang Zhiwen dan Ahh Sung Kinn.

Filem Kungfu Cyborg arahan Jeffrey lakonan Hu Jin, Betty Sun, Alex Fong Lik, Gan Wei, dan Ronald Cheng menyusul kemudiannya menceritakan tentang kewujudan sebuah robot yang dicipta oleh seorang pengusaha kaya di Hong Kong. Dia membuat robot Cyborg tetapi kelakuan dan bentuknya sama seperti manusia.

Berlatarbelakangkan negara Cina tahun 1919, saksikan filem Let The Bullets Fly, kisah perjalanan cerita seorang bandit bernama Scarface Zhang (Wen Jiang) memimpin sebuah misi rompakan kereta. Kisah itu akhirnya menyeksakan hidup Tang (Ge You), orang kaya yang membeli kepemimpinan seluruh negeri Cina, bersama isterinya (Carina Lau). Apakah masalah yang dihadapi oleh penguasa setempat Huang Si Lang (Chow Yun Fat) setelah menguasai wilayah Goose Town?

Filem menarik lakonan Charmaine Sheh, Hacken Lee, Yuen Qiu, Wong Jing dan Yumiko Cheng bertajuk The Lady Iron Chef pula mengisahkan tentang sebuah keluarga yang kaya memiliki perniagaan katering terbesar di Hong Kong. Madam To dan anak lelakinya SK To mengadili sebuah pertandingan Dim Sum yang disertai oleh seorang gadis bernama Jade.

Kemenangan Jade dalam pertandingan tersebut telah berjaya menarik perhatian Madam To dan berhasrat untuk mengahwinkan putera lelakinya dengan Jade. Adakah hasrat Madam To itu kesampaian?

Tidak ketinggalan filem The three Swords Men yang berlatarkan plot pertandingan perebutan kuasa telah mengundang suatu kejadian yang tidak diingini berlaku. Watak utama dibawakan oleh Andy Lau, Brigitte Lin, Elvin Tsui, Yu Li dan Siqin Gaowa.

Akhir sekali bergelak ketawa dengan filem komedi hebat Hong Kong bertajuk “Wu Yen” arahan Johnie To dan Wai Kai Fai yang dibintangi oleh Sammi Cheng memegang watak utama sebagai Wu Yen selain Anita Mui, Cecilia Cheung, Ai- Wai , Joe Cheng, Chun Wong dan Hui Shiu Hung.

Qi Razali Belum Boleh Terima Hubungan Nelydia Dan Sharnaaz


Qi Razali Belum Boleh Terima Hubungan Nelydia Dan Sharnaaz

Qi Razali Belum Boleh Terima Hubungan Nelydia Dan Sharnaaz

Pengacara, Qi Razali mendedahkan bahawa dirinya kini belum boleh menerima hubungan yang terjalin di antara kekasihnya, Nelydia Senrose dan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang terjalin dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang ditayangkan di Astro Mustika HD.

Qi berkata sebagai seorang kekasih, sudah tentu wujudnya perasaan cemburu walaupun cuba memahami kekasihnya hanya lakukan aksi intim itu demi lakonan.

"Sebenarnya saya terkejut. Tambah-tambah bila adakawan-kawan yang hantar gambar tersebut kepada saya. Pada masa tu saya pula sedang mengalami sakit belakang. Saya terus tertekan dan teruslah saya tulis di Twitter dalam keadaan penuh emosi dan luar kawalan mengenai mereka.

"Memang saya faham tujuan dia (Sharnaaz) untuk mempromosikan drama tu. Gambar-gambar tu tak salah dan saya tahu itu antara babak lakonan mereka, tapi caption yang ditulis untuk gambar mereka berdua saya rasa tak patut,” katanya yang ditemui di sidang media Selebriti Materniti, Yasmin Hani, bertempat di TGV One Utama, semalam.

Pengacara Art Attack Malaysia itu berkata demikian ketika diminta mengulas ekoran insiden tindakannya yang meluahkan perasaan berbaur bengang terhadap Sharnaaz menerusi laman sosial Twitter miliknya, sebelum ini.

Bagaimanapun Qi memberitahu, dia ada menghubungi Sharnaaz dan meminta maaf kepada aktor itu atas tindakannya yang mungkin terlalu mengikutkan perasaan.

Pun begitu, Qi memberitahu dia kini sedang mencuba memahami situasi itu dan bakal menyokong kerjaya Nely sebagai seorang pelakon.

“Apapun, sekarang kini saya masih sedang cuba terima dan cuba untuk memahami situasi itu. Malah saya cuba untuk menyokong kerjayanya walaupun sebagai kekasih saya tak suka ada sesiapa yang mendekatai dan intim dengan Nely,” luahnya.

Dalam perkembangan lain, Qi sibuk dengan penggambaran sebagai host untuk dua program travelogue iaitu Destinasi Bajet Asia, ArtAttack dan sebuah program masakan. Selain dia baru saja selesai menjalani penggambaran telemovie Piring Hitam dan Tahun Baru Luna.

Pengacara Whi, Fizza Sah Bercerai Talak Satu


Pengacara Whi, Fizza Sah Bercerai Talak Satu

Pengacara Whi, Fizza Sah Bercerai Talak Satu

Pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan sah bercerai talak satu dengan ahli perniagaan Afief Farhan Fauzi di Mahkamah Rendah Syariah, Klang semalam.

Menurut laporan Utusan Online, Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin mengesahkan cerai talak rajie itu setelah membenarkan permohonan perceraian secara baik yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak terlibat.

Sebelum itu, mahkamah membenarkan personaliti TV3 yang dikenali sebagai Fiza, 32, untuk menarik balik perceraian melalui fasakh yang difailkan sebelum ini.

Yasmin Hani Tayang Proses Kehamilan Puteranya, Noah


Yasmin Hani Tayang Proses Kehamilan Puteranya, Noah

Yasmin Hani Tayang Proses Kehamilan Puteranya, Noah

Bermula dari suka-suka, video yang dirakamkan pengacara dan pelakon, Yasmin Hani dan suami, Sha’rin ketika proses kehamilan pengacara itu bakal dipertontonkan kepada umum dalam rancangan Selebriti Materniti, Yasmin Hani terbitan Blublack Production milik suaminya.

Yasmin Hani berkata idea itu lahir selepas dia dan suami merasakan footage yang diambil semasa proses itu sangat menarik untuk dipertonton serta dikongsi bersama ibu-ibu yang baru pertama kali hamil.

"Sebenarnya saya dan suami tidak pernah merancang untuk menerbitkan program tersebut kerana pada asalnya kami mengambil gambar dan video sekadar simpanan peribadi untuk ditunjukkan kepada anak kami apabila dia dewasa nanti.

"Idea menerbitkan program itu timbul selepas menyedari rakaman peribadi yang kami rakamkan sendiri sepanjang kehamilan sangat menarik dan berpotensi untuk dikongsi kepada umum dan memberi manfaat kepada orang lain.

“Kemudian, selepas berbincang kami membuat keputusan menerbitkannya dalam bentuk yang lebih proper untuk rancangan ini dengan beberapa slot tambahan seperti berjumpa doktor dan sebagainya,” katanya ketika sidang media rancangan itu di TGV Cinema, One Utama.

Program itu bakal bersiaran pada 3 Februari depan pada setiap hari Isnin. Ia memaparkan pengalaman Yasmin dan suaminya, Sha'arin Razali menyambut kelahiran anak sulung mereka, Noah Ismail Wong, yang kini sudah berusia tiga bulan.

Selain itu, Yasmin mengulas program yang mempunyai 4 episod itu merupakan lebih kurang 90 peratus mengenai proses kehamilannya sehinggalah melahirkan Noah yang telah diringkaskan dalam bentuk dokumentari.

“Saya tahu pengalaman hamil setiap wanita berbeza-beza, jadi kita sukar untuk bertanyakan kepada orang lain kerana sumber mereka mungkin tidak sesuai dengan kita.

“Jadi dalam rancangan ini kami bukan sahaja berkongsi pengalaman mengandung saya sendiri dari ‘baby shower’ hingga saat di bilikbersalin, majlis cukur dan akikah tetapi banyak informasi tambahan yang berguna diberikan sebagai rujukan,” jelasnya lagi.

Selebriti Materniti, Yasmin Hani akan disiarkan secara eksklusif di saluran Maya HD pada pukul 9.30 malam bermula 3 Februari ini.

Uqasha Senrose Belum Sedia Umum Tarikh Kahwin


Uqasha Senrose Belum Sedia Umum Tarikh Kahwin

Uqasha Senrose Belum Sedia Umum Tarikh Kahwin

Meksipun pasangan selebriti, Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim sudah mula membuat serba sedikit persiapan untuk perkahwinan, namun pasangan ini mengambil langkah untuk merahsiakan dahulu tarikhnya.

Uqasha Senrose berkata dia belum bersedia untuk mengumumkan tarikh kahwin tersebut kerana persiapan masih di peringkat awal untuk hari bahagianya, tetapi apa yang pasti mereka bakal disatukan pada tahun ini juga.

"Sebenarnya kami dah mula buat persiapan sedikit demi sedikit. Tapi tarikhnya belum boleh diberitahu lagi. Namun, InsyaAllah majlis kahwin kami dalam tahun ini juga.

“Bukan tak mahu beritahu dahulu tarikh kahwin tetapi banyak lagi persiapan yang perlu dibuat. InsyaAllah jika sudah hampir separuh kerja diselesaikan, barulah kami akan umumkannya. Bukan apa takut akan ada pertukaran di saat akhir,” katanya kepada murai.com.my

Pasangan ini merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di Kuala Lumpur dan juga Kelantan iaitu kampung Pekin.

Bercakap mengenai perasaannya yang bakal berkahwin dan menjadi isteri, Uqasha memberitahu ada terbit perasaan gusar di hatinya apabila semakin hampir dengan hari bahagia.

“Perasaan sebenarnya bercampur baur, kadang-kadang teruja juga tetapi ada juga rasa takut. Takut bukan apa, sebab takut memikirkan apa yang akan kita tempuh nanti kerana apa-apa pun terjadi nanti kita sudah tidak boleh undur dan harus sentiasa bersedia dengan apa jua yang mendatang,” luahnya lagi.

Dalam pada itu Uqasha berkata, dia dan Pekin sedia menerima tajaan daripada mana-mana pihak. Tetapi segala keputusan akan dibuat selepas perbincangan.

"Kami terima kalau ada pihak yang nak taja. Setakat ini ada beberapa pihak dah nyatakan kesudian mereka tapi kami akan adakan perbincangan dengan mereka sebelum membuat keputusan,” jelasnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan karier, kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini mengesahkan kontraknya bersama syarikat pengurusan MIG telah tamat. Buat masa ini dia selesa menguruskan kerjaya seninya sendiri.

Anuar Zain Artis Termahal, Tiket Bernilai Ribuan Ringgit


Anuar Zain Artis Termahal, Tiket Bernilai Ribuan Ringgit

Anuar Zain Artis Termahal, Tiket Bernilai Ribuan Ringgit

Tiket Minggu Setiausaha pertama kali anjuran penyanyi, Anuar Zain yang bakal berlangsung di Hotel One World pada 8 April depan mencecah hingga ribuan ringgit.

Tiket Minggu Setiausahanya yang bertajuk Terindah…. Anuar Zain itu dijual bermula dari RM480 sehingga RM1380 untuk seorang penonton.

Anuar Zain akui tiket bernilai RM1380 merupakan harga termahal untuk seorang pembeli bagi sebuah persembahannya, namun dia yakin ianya berpatutan dengan nilai pengalamannya sebagai seorang artis serta persembahan yang akan diberikan nanti.

"Saya akui ini antara yang termahal sepanjang karier saya sebagai seorang penyanyi tetapi saya rasa dengan pengalaman yang saya ada saya rasa saya ianya berpatutan.

"Mahal atau tidak bukan persoalannya kerana saya rasa setiap orang itu berhak untuk meletakan diri mereka di mana dia rasa bersesuaian dan based juga dari pengalaman yang ada.

"Terindah… Anuar Zain adalah hadiah ikhlas dari saya kepada mereka yang hadir. Saya amat bersyukur dengan sokongan yang saya terima selama ini. Saya berharap agar anda dapat bersama sama pada hari itu," katanya kepada murai.com.my di sidang media pengumuman persembahan Minggu Setiausaha tersebut di Restoran Bijan, semalam.

Hanya 8 meja sahaja akan diperuntukan untuk tiket VIP yang bernilai RM1380 tersebut.

Mengulas mengenai persembahannya nanti, Anuar Zain berkata dia akan memberikan persembahan yang akan menjadi kenangan dan dapat membahagiakan penonton yang hadir.

"Persembahan saya nanti lebih intimasi dan banyak kejutan istimewa yang kami rancangkan.

"Memandangkan ianya idea dan anjuran syarikat saya sendiri jadi saya akan rasa bertangungjawab untuk membahagiakan pada semua yang hadir nanti.

"Penonton yang membeli tiket VIP akan mendapat backstage pass dan diberikan door gift yang lebih dari penonton biasa kerana mereka akan berada di hadapan sekali,"jelasnya lagi.

Anuar Zain bakal mempersembahkan 7 hingga 8 buah lagi di persembahan Minggu Setiausaha itu yang bakal berdurasi selama 45 minit.

Tiket akan berada di pasaran pada 7 Februari melalui TicketCharge, www.ticketcharge.com.my dan agen tiket rasmi. Jualan meja VIP boleh didapati terus dari Anuar Zain Network.

Zamir Tewaskan Celina, Dinobatkan Juara Masterchef Malaysia All Stars


Zamir Tewaskan Celina, Dinobatkan Juara Masterchef Malaysia All Stars

Zamir Tewaskan Celina, Dinobatkan Juara Masterchef Malaysia All Stars

Tahniah diucapkan kepada peserta termuda Masterchef Malaysia All Stars (MCMAS) yang telah dinobatkan sebagai juara sekaligus menumpaskan Celina Khor.

Zamir atau nama sebenarnya Arshad Zamir Mohd Azmi, 21, menerima wang tunai berjumlah RM55,000 yang bakal disumbangkan kepada badan kebajikan Rumah Teduhan Kasih.

“Sebenarnya Zamir terkejut apabila diumumkan sebagai juara pada malam ini kerana semasa penggambaran dijalankan, saya dan Celina masing-masing telah menjalani proses rakaman yang sama.

“Rakaman pertama, Celina dinobat sebagai juara, dan yang keduanya saya pula. Inilah keunikan MCMAS kerana kami langsung tidak diberitahu tentang keputusan yang telah dibuat juri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sidang Media dan Tayangan Episod Pembalasan Terakhir MCMAS, yang berlangsung di Bandar Utama.

Zamir yang sebelum ini pernah menyertai Masterchef Malaysia musim pertama pada 2012 dan merupakan empat peserta terbaik.

Tambah Zamir lagi, kemenangan dalam MCMAS akan dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk meneruskan cita-citanya dalam bidang masakan.

“Cita-cita Zamir nak ada restoran sendiri, tapi buat masa ini Zamir akan teruskan pelajaran dalam bidang kulinari yang berbaki dua semester sahaja lagi, ujarnya.

Zamir turut memberitahu kepada media, berhadapan dengan Celina adalah sesuatu yang amat sukar kerana bekas peserta Masterchef Selebriti Malaysia itu seorang tukang masak hebat dan berbakat.

“Terus-terang Zamir katakan, memang berdebar nak memasak dengan Celina. Alhamdulillah rezeki berpihak kepada Zamir,” katanya lagi.

Hadiah telah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli.

MCMAS turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Astro Maya HD pada malam Selasa.

Dalam pertandingan tersebut Zamir tampil dengan tiga jenis sajian iaitu pembuka selera, hidangan utama dan pemanis mulut.

Pada episod terakhir itu juga, Zamir memilih untuk menghidangkan Sup Cendawan sebagai pembuka selera, Sea Bass Gone Wild (hidangan utama) dan Kek Angle (pencuci mulut).

Manakala Celina menghidangkan Fiesta Makanan Laut (pembuka selera), Dua Benua (hidangan utama) dan Kek Coklat Lava (pencuci mulut).

Barisan juri yang mengadili hidangan kedua-dua peserta itu adalah Chef Johari Edrus, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran.

Program sebanyak 40 episod itu disertai 20 peserta daripada musim terdahulu termasuk Masterchef Selebriti Malaysia.

Barisan peserta yang menyertai pertandingan itu ialah Azwan Ali, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Celina Khor, Sharifah Shahora, Micheal Ang, Syanie, Enot, Brian, Imelda, Zamir, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahirah.

Linda Onn Tayang Suami Dalam Majlis Resepsi Sederhana


Linda Onn Tayang Suami Dalam Majlis Resepsi Sederhana

Linda Onn Tayang Suami Dalam Majlis Resepsi Sederhana

Bukanlah sebuah majlis resepsi besar-besaran, namun penyampai radio popular Linda Onn nampaknya selesa mengadakan sebuah majlis penuh sederhana yang dihadiri hampir 300 tetamu.

Bertempat di Restoran Hadramawt Jalan Ampang di sini malam tadi, majlis resepsi bukan sahaja dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah mempelai, malahan juga rakan artis yang selama ini menyokong kerjayanya.

Bermula sekitar jam 8.30 malam, antara selebriti yang hadir memeriahkan majlis resepsi berkenaan iaitu Dato Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk K, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datin Paduka Umie Aida, Sheila Rusly,Betty Banafe, Rabecca Nur Islam, Fara Fauzana dan Azwan Ali.

Majlis semakin berseri apabila Linda Onn,36 buat pertama kalinya turun dari tangga restoran sambil dipimpin suami tercinta , Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 34 sebagai simbolik mereka kini sah sebagai pasangan suami isteri.
Linda Onn Tayang Suami Dalam Majlis Resepsi Sederhana

Penampilan Linda Onn cukup ringkas tetapi anggun apabila mengenakan gaun malam serba putih dengan rambut dibiar lepas dan tersemat bunga merah di kepala. Manakala suaminya segak dengan sut hitam dan putih.

Linda Onn dan Ungku Azhar menyemarakan acara dengan tarian seiringan berlatar belakangkan irama romantis dan kemudian telah menjemput Dato Siti Nurhaliza untuk menari bersama-samanya.

Menurut salah seorang teman Linda Onn iaitu Kem Salleh, majlis telah berlangsung dalam suasana cukup sederhana tetapi istimewa, walaupun tiada kehadiran pelamin mahupun dekorasi seperti kebanyakan majlis resepsi lain.

“Majlis ini memang sederhana. Hanya sedikit dekorasi di pintu masuk yang lainnya tiada. Pelaminpun tiada. Tapi saya dapat rasakan kemeriahannya terutama apabila ada rakan artis dan sesi tari menari yang menyemarakan lagi acara pada malam itu.
Linda Onn Tayang Suami Dalam Majlis Resepsi Sederhana

“Cukup istimewa apabila Linda Onn tiba-tiba turun dari tangga bersama-sama suaminya. Kemudian dilengkapkan dengan acara memotong kek dan tari pelbagai lagu termasuk lagu pocho-pocho,” katanya yang mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Penyampai radio Suria FM itu telah menjadi isteri yang sah kepada, Ungku Azhar pada 27 Disember lalu pada majlis pernikahan yang diadakan di kediaman mewah Linda Onn di Setiahills Bukit Indah, Ampang.

Tambah Kem Salleh lagi, ketika sesi berucap, suami Linda Onn yang merupakan kacukan Belanda juga tidak banyak berbicara sebaliknya meminta isterinya itu meneruskan ucapan kerana didapati dia seorang yang sangat pemalu.

Penyanyi Syazliana Bernikah Dengan Rakan Kongsi


Penyanyi Syazliana Bernikah Dengan Rakan Kongsi

Penyanyi Syazliana Bernikah Dengan Rakan Kongsi

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Bahaduri dan Debuan Kasih, Syazliana Abdul Karim,27 telah sah menjadi isteri kepada teman baik yang juga rakan kongsi perniagaannya, Muhammad Reza Jamalludin, 30 pada 24 Januari lalu.

Dengan hanya sekali lafaz di kediaman keluarganya di Shah Alam sekitar jam 9.30 malam, mereka telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Ustaz Hj Ahmad Mustafa Mohd Sidin dan disaksikan lebih 250 orang tetamu di kalangan saudara mara terdekat dan teman rapat.

Pasangan yang menerajui syarikat pengiklanan Seinna Studio itu dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Ustaz Hj Ahmad Mustafa Mohd Sidin dan disaksikan lebih 250 orang tetamu di kalangan saudara mara terdekat dan teman rapat.

Menerusi syarikatnya itu, Syazliana bertindak selaku Pengarah Urusan manakala tunangnya pula sebagai Pengarah Seni Reka Grafik di syarikat berkenaan yang beroperasi di Dataran Glomac, Kelana Jaya.

Pada majlis pernikahan berkenaan, pengantin perempuan telah menerima tujuh dulang hantaran daripada keluarga pengantin lelaki, dibalas sembilan dulang, mas kahwin RM300 dan wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Mereka telah melangsungkan pertunangan pada Mac tahun lalu dan telah diraikan dalam sebuah majlis berinai pada 23 Januari lalu, diikuti acara resepsi di Hotel Istana pada 25 Januari lepas.

“Saya mengenalinya sejak di usia 15 tahun dan dia ketika itu baru 18 tahun. Mungkin selama ini ada yang perasan dia pernah menemani Syaz pada acara tertentu termasuk fotografi. Tapi dia bukan pengurus Syaz. Dia boleh dikatakan kawan yang sama-sama membesar dengan Syaz.

“Sewaktu kecil dulu, tak dinafikan ada perasan sayang dan cinta. Tapi masa kecil mana nak tahu secara jelas makna sayang dan cinta itu. Jadi ia macam berlalu begitu saja.

“Apabila semakin meningkat dewasa termasuklah selepas kami mengusahakan perniagaan bersama sejak empat tahun lalu, kami jadi bertambah rapat,” kata Syazliana kepada portal Murai.

Resepsi sebelah lelaki akan diadakan 1 Februari depan di Tropicana Golf Club, Damansara dan seterusnya majlis sambut menantu pada 8 Februari di kediaman keluarga Reza di Shah Alam.

Pasangan merancang untuk berbulan madu sama ada di Bali atau Australia dan tidak menolak kehadiran cahaya mata sekiranya ada rezeki.

Corat-coret Menarik Berlaku Di Ajl28


Corat-coret Menarik Berlaku Di Ajl28

Corat-coret Menarik Berlaku Di Ajl28

Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) yang dipenuhi lebih 20,000 penonton di Stadium Putra Bukit Jalil pada Ahad lalu telah berlangsung dengan meriah dan jayanya.

Malam kemuncak yang menyaksikan 12 lagu berentap itu telah menjulang lagu Bahagiamu Deritaku ciptaan Ly dan Baiduri serta yang dinyanyikan oleh Hafiz Suip sebagai Juara Lagu 28.

Penyanyi kelahiran Sarawak itu turut memenangi Persembahan Terbaik untuk lagu yang sama.

Sementara kumpulan Hyper Act memenangi tempat kedua menerusilagu Hanya Aku yang dicipta oleh kumpulan mereka sendiri dan Frozen. Tempat ketiga pada AJL28 pula diberikan kepada Kalau Aku Kaya yang dicipta oleh Omar K, Audi Mok dan Altimet. Lagu tersebut telah dipersembahkan oleh Awi rafael danAltimet sendiri.

Bagi anugerah Vokal Terbaik pula berjaya dimenangi oleh penyanyi, Jaclyn Victor menerusi lagu Ikut Rentakku yang dicipta sepenuhnya oleh Edry Abd Halim.

Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan& Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan),Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara). Turut bertanding adalah JaclynVictor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat),Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan AwiRafael & Altimet (Kalau Aku Kaya).

AJL28 yang bersiaran langsung di TV3 itu dikemudikan oleh pengacara Scha Al Yahya dan AG.

Persembahan pembukaan tirai AJL28 telah membawakan konsep battle vokal oleh Shila Amzah dan Mus May dan battle tarian oleh Funky Fresh Family manakala segmen interlude pula mengetengahkan muzik hip hop yang mengandingkan penyangi baru dan lama antaranya W.A.R.I.S, Ziana Zain, Dato' M. Daud Kilau, Amy Search dan beberapa penyanyi baru.

Namun sepanjang AJL28 itu berlansung terdapat banyak kejadian dan cerita yang menarik di sebalik tabir anugerah itu.

Istimewa untuk anda, portal murai.com.my menyampaikan cerita menarik sebagai coret-coret yang mungkin anda tidak dapat lihat di kaca TV.

1) Ketika persembahan pembukaan tirai AJL28 yang menampilkan 2 orang yang menimbang bola sepak, salah seorang daripada mereka gagal membuat timbangan dan bolanya jatuh ke bawah pentas.

2) Mikrofon vokalis, Salam ketika menyanyikan lagu Aku Pelat tidak kedengaran pada awalnya, namun Salammusik tetap meneruskan persembahan mereka seperti biasa.

3) Kumpulan Hyper Act yang membawakan lagu Hanya Aku telah mendapat sorakan yang amat gemuruh daripada seluruh penonton di stadium di akhir persembahan mereka.

4) Stacy membawa kelainan dalam persembahan lagu Bosan apabila menampilkan sekumpulan zombie di atas pentas menari bersamanya.

5) Hafiz Suip mempersembahkan lagu Bahagiamu Deritaku dengan penuh penghayatan dan dia telah mengalirkan air mata di akhir persembahannya.

6) Gandingan sulung AG dan Scha Al Yahya sebagai pengacara pada malam kemuncak AJL28 adalah satu percubaan yang baik. Walaupu nScha sedang hamil, dia tidak hilang fokus dalam memberikan persembahan terbaik sebagai peneraju acara malam tersebut.

7) Scha Al Yahya yang baru hamil 4 bulan itu telah dibantu dengan kerusi ketika berehat dan dia juga tidak mengenakan kasut tumit tinggi sebaliknya hanya memakai kasut wedges yang ketinggianya hanya beberapa inci sahaja.

8) Pun begitu, Scha Al Yahya ada tersilap kata apabila menyebut perkataan yang sepatutnya “stadium” kepada “studio”

9) Sementara, Hazama menerusi lagu Penglipurlara dan Altimet bersama Awi Rafael menerusi lagu Kalau Aku Kaya menampilkan tema persembahan seperti permainan video yang betul-betul menepati tema Game On yang cuba diangkat pada malam AJL28.

10) Persembahan Kalau Aku Kaya sangat kreatif dan memukau apabila seluruh stadium telah dihujani wang kertas palsu sebagai simbolik kaya.

11) Jaclyn Victor pula tidak menyanyi solo di dalam persembahan lagu Ikut Rentakku, sebaliknya membawa kelainan apabila menampilkan lima orang diva ke atas pentas Salamiah Hassan, Dina Nadzir, Adibah Noor, Elvira Arul dan Atilia untuk menyanyi bersama.

12) Menariknya ada malam itu hashtag #AJL28 telah menjadi fenomena dan trending di seluruh dunia.

13) Sewaktu segmen interlude yang mengetengahkan lagu Hip Hop, penonton yang ada dalam stadium bangun dan menari bersama-sama, terutamanya ketika Dato' M. Daud Kilau menyampaikan lagu 'Cik Mek Molek' dan 'Gila Judi'.

14) Seorang peminat fanatik Ziana Zain juga mencuri tumpuan apabila dia sama-sama menyanyi ketika Ziana Zain menyampaikan lagu 'Putus Terpaksa' dan 'Sangkar Cinta'. 

Jodoh Berdua Ilham Hafiz Hamidun Untuk Bakal Isteri


Jodoh Berdua Ilham Hafiz Hamidun Untuk Bakal Isteri

Jodoh Berdua Ilham Hafiz Hamidun Untuk Bakal Isteri

Hafiz Hamidun akui single terbarunya berjudulnya, Jodoh Berdua adalah hasil ciptaan ilhamnya untuk bakal isterinya kelak.

Hafiz Hamidun berkata lirik yang ditulis itu juga adalah luahan perasaannya kepada bakal isteri yang didambakan kelak.

“Sebenarnya lagu ini merupakan satu luahan perasaan saya. Perkara yang saya bayangkan kalau saya berkahwin nanti.

“Lagu ini juga saya sudah bayangkan akan menjadi lagu tema untuk majlis perkahwinan saya nanti kerana ianya sesuai dimainkan pada hari bahagia pasangan yang diijabkabulkan.

“Sayangnya, saya sendiri tidak tahu bila masanya itu akan tiba kerana saya sendiri belum ada calon isteri,” katanya kepada murai.com.my

Meskipun lagu itu merupakan sebuah lagu pop yang digubah oleh Azlan Abu Hassan, namun Hafiz memberitahu dia tetap memasukan elemen Islamik ke dalamnya.

“Saya mencuba muzik ini kerana saya mahu tembus corong-corong radio kerana lagu-lagu saya sebelum ini seperti Zikir Terapi Diri tidak sesuai keluar di radio walaupun album zikir saya jualannya sudah menjangkau lebih dari 200 000 unit.

“Pun begitu, saya masih masukkan juga elemen-elemen keislaman dalam lagu ini, perkahwinan pun semestinya berkait rapat dengan unsur keislaman. Oleh itu, ada perkataan Islamik yang saya ambil dalam lirik seperti InsyaAllah,” jelasnya lagi.

Sementara itu, mengenai perkembangan lain Hafiz Hamidun bakal mengadakan Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun di Spice Arena (dahulu dikenali sebagai PISA), Pulau Pinang pada jam 8 malam.

Konsert yang diadakan percuma itu turut menampilkan persoanliti lain seperti Imam Muda Asyraf, Heliza Helmi dan Pencetus Ummah, Rahmat.

Kerana Filem Parodi, Pengarah Sanggup Tunggu Ruminah Sidek


Kerana Filem Parodi, Pengarah Sanggup Tunggu Ruminah Sidek

Kerana Filem Parodi, Pengarah Sanggup Tunggu Ruminah Sidek

Dek kerana kejayaan filem seram Jangan Pandang Belakang arahan Pierre Andre pada tahun 2007, kini karya itu bakal diterbitkan semula dalam bentuk filem parodi.

Filem yang pertama seumpamanya terbitan MIG ini telah diarahkan oleh Ismail Bob Hashim dan menampilkan Zalif Sidek sebagai tunggak utama Jangan Pandang Belakang Boleh? (JPPB).

Ketika ditemui usai majlis tayangan perdana  itu berlangsung, Ismail menjelaskan bahawa projek untuk menerbitkan filem parodi ini adlaah percubaan pertama daripadanya dan pihak MIG untuk melihat respon dan penerimaan masyarakat tentang filem sebegini.

“Untuk saya serta pihak Metrowealth Pictures, ini merupakan filem parodi pertama yang dihasilkan dan 90 peratus adegan yang ada didalam filem tersebut dikekalkan.

“Parodi adalah pengertian untuk perkara yang sengaja dilebih-lebihkan dan karektor filem asal Jangan Pandang Belakang masih dikekalkan cuma telah dihidupkan  dengan elemen humor  beserta 10 adegan baru yang ditambah.

“Bagi mereka yang pernah menonton filem yang terdahulu pasti dapat mengenalpasti adegan-adegan yang sama dihasilkan semula dan diberikan sentuhan elemen komedi.

“Saya memilih Zalif Sidek kerana percaya dia mampu membawa watak Dharma bagi parodi ini manakala mengekalkan Ruminah Sidek, satu-satunya pelakon asal filem ini,”cerita pengarah Ismail Bob Hashim mengenai filem arahannya itu.

Pelakon veteran Ruminah Sidek atau Mak Mah telah dikekalkan membintangi watak yang sama ketika berlakon untuk filem asal JPBB sebagai opah kepada Dharma. Ismail Bob Hashim sanggup menanti kelapangan jadual Mak Mah kerana inginkan dia membintangi filem parodi pertamanya itu.

“Saya tidak ada istilah yang tepat untuk disebutkan tetapi berkerja dengan Mak Mah adalah antara perkara yang saya nantikan sepanjang karier saya bergelar seorang pengarah.

“Bagi saya Mak Mah adalah antara pelakon daripada zaman P. Ramlee yang masih mampu memberikan kita pelbagai ilmu untuk menjadi anak seni yang berjaya. Mana nak cari pelakon yang boleh datang lokasi naik bas sendiri diusia sedemikian.

“Tenaga dan aura Mak Mah bukanlah seperti usianya yang mencecah 70 tahun lebih itu. Manakala pengalaman berlakon dan selok belok industri perfileman dan hiburan yang banyak itu jika siapa yang pernah bekerja dengannya pasti tahu apa yang dilalui Mak Mah.

“Setiap kali jika saya ada watak yang sesuai dengan dia saya cuba untuk mendapatkan dia didalam senarai pelakon kerana bukan sahaja dia berpengalaman tetapi kehadirannya akan memberikan persekitaran yang lebih seronok.

“Kalau pelakon baru yang ingin berjaya, Mak Mah adalah contoh pelakon zaman filem hitam putih yang masih mampu berkongsi dan bercerita sebagai inspirasi buat mereka,”ucap Ismail Bob yang mengagumi seniwati Ruminah Sidek yang ditampilkan dalam filem terbarunya itu.

Filem ini bakal menemui peminat di pawagam seluruh negara bermula 31 Januari dibintangi Zalif Sidek, Shima Anuar, Ruminah Sidek, Rashidah Jaafar, Epy Kodiang dan Adibah Yunus.

Afdlin Shauki Nekad Berhenti Hasilkan Filem Tempatan


Afdlin Shauki Nekad Berhenti Hasilkan Filem Tempatan

Afdlin Shauki Nekad Berhenti Hasilkan Filem Tempatan

Afdlin Shauki telah membuat keputusan di mana filem Papadom 2 adalah filem terakhirnya untuk pasaran industri filem tempatan.

Dia juga turut menambah yang dirinya sudah tiada hati lagi untuk menghasilkan filem tempatan selepas ini.

Luahan hati Afdlin itu berpunca dari kekecewaannya selepas melihat filem Papadom 2 hanya berjaya menerima kutipan sebanyak RM620,000 dan dianggap paling teruk dalam sejarah kariernya sebagai anak seni sejak 15 tahun lalu.

Jelas Afdlin, sehingga kini dia buntu untuk mencari punca kegagalan Papadom 2 sedangkan dia menerima banyak maklum balas Papadom 2 lebih menarik daripada filem sebelumnya, Papadom.

“Saya menyimpan Papadom 2, hampir dua tahun dan sebelum ini, saya teragak-agak untuk menghasilkan filem lagi setelah melihat masalah sambutan penonton terhadap karya tempatan.

“Ia adalah pelaburan saya yang tidak balik modal dan paling menghampakan,” ujar Afdlin lagi.

Ditanya tentang idea untuk menerbitkan sekuel filem Mamadom, Afdlin pantas menjawab ianya terapksa berkubur begitu sahaja dek kerana kegagalan Papadom 2.

“Kalau Papadom 2 dah hancur,macam mana nak buat Mamadom? Anggaplah ia hanyalah angan-angan saya sebelum ini yang terpaksa dikuburkan,” tambah Afdlin kecewa.

Namun anak seni kelahiran Johor Bahru ini mengucapkan terima kasih atas usaha pihak Astro First dalam membawa filem Papadom 2 ke kaca televisyen. Secara tidak langsung, ianya dapat membantu meningkatkan jumlah kutipan yang sedia ada.

Konsert Tercipta Untukku, Ungu Temui Peminat Di Malaysia


Konsert Tercipta Untukku, Ungu Temui Peminat Di Malaysia

Konsert Tercipta Untukku, Ungu Temui Peminat Di Malaysia

Kumpulan dari Indonesia yang popular menerusi lagu ‘Demi Waktu’ Ungu, bakal menemui peminat di Malaysia tidak lama selepas bakal mengadakan konsert solo mereka di Kenanga Wholesale City, Star Stage, Kuala Lumpur pada 28 Februari 2014.

Ungu yang ditubuhkan pada tahun 1996 ini dianggotai oleh Pasha (vokalis), Makki (bass), Enda (gitaris), Onci (gitaris) dan Rowman (dram). Namun selepas enam tahun ditubuhkan baru mereka mengeluarkan album pertama bertajuk “Laguku” yang turut menyelitkan lagu yang cukup popular iaitu ‘Hasrat’ dan ‘Bunga’.

Nama Ungu melonjak naik selepas lagu-lagu hit mereka seperti ‘Demi Waktu’, ‘Tercipta Untukku’, ‘Andai Kutahu’, ‘Kekasih Gelapku’ dan banyak lagi menerusi album “Melayang” mendapat liputsan meluas dari radio-radio tempatan selain mendapat anugerah double platinum di Indonesia serta berjaya menembusi pasaran di Malaysia menerusi syarikat rakaman Suria Records Sdn Bhd (SRC).

Menurut gitaris Ungu, Enda, ini merupakan konsert solo pertama mereka di Malaysia dan mereka menjanjikan persembahan yang terbaik khas buat peminat mereka di Malaysia yang sering memberi sambutan dan sokongan yang tidak terhingga sejak dahulu lagi.

“Kami kini dalam persiapan untuk konsert kami di Malaysia dan semestinya semua anggota kumpulan Ungu sungguh teruja untuk beraksi di hadapan peminat-peminat kami di Malaysia. Rasanya kali terakhir kami terlibat dengan konsert di Malaysia pada tahun 2008 tetapi ianya bukan konsert solo kami.

“Insya Allah kami akan menemui peminat pada 28 Februari dengan persembahan yang mantap dan bertenaga. Kami berlima rasanya sudah tidak sabar untuk bertemu dengan peminat-peminat kami di Malaysia,” jelas Enda kepada pihak media.

Dalam pada itu, ditanya tentang keistimewaan yang bakal ditampil pada 28 Februari nanti, Enda sudah merancang beberapa persembahan istimewa khas buat para peminatnya mereka agar ianya menjadi antara persembahan hebat yang pernah disaksikan.

“Kami sudah rancang beberapa kejutan istimewa khas buat para penonton di Malaysia supaya mereka pulang dengan hati gembira dan tersimpan saat indah mereka menonton sebuah konsert hebat yang pernah mereka saksikan.

“Pastinya kami sangat rindu dengan sambutan hebat daripada para peminat seperti sebelum ini di Malaysia,” tambah Enda.

Konsert Ungu “Tercipta Untukku” dianjurkan oleh E & F Event Resources, ASL Masterpiece Sdn Bhd dan Offshore Entertainment Production. Konsert ini diadakan bersempena tahun melawat Malaysia 2014 dan Ungu dilihat sebagai antara kumpulan yang mampu memberi tarikan kepada pelancong-pelancong dari luar negara menyaksikan bersama konsert mereka kelak.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket boleh melayari www.ticketcharge.com.my dengan harga RM98, RM138,RM188 dan RM238. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Ericka (012-7639379), Shahrul Razlan (017-3395393) atau Hadi (011-26703466).

Mizz Nina Hanya Akan Menyanyi Di Hadapan Wanita Sahaja


Mizz Nina Hanya Akan Menyanyi Di Hadapan Wanita Sahaja

Mizz Nina Hanya Akan Menyanyi Di Hadapan Wanita Sahaja

Mizz Nina telah membuat keputusan untuk mengadakan persembahan nyanyian hanya di hadapan penonton wanita sahaja.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, memutuskan perkara itu selepas kembalinya dari mengerjakan ibadah haji pada November lalu.

Isteri kepada vokalis kumpulan Hujan itu turut menambah, keputusan untuk tidak melibatkan penonton lelaki ketika mengadakan persembahan dibuat atas kesedaran sendiri.

“Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah.

“Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak menyesal meninggalkan bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya.

“Alhamdulillah, saya selesa dengan kehidupan saya, perubahan saya. Keputusan yang dibuat adalah dari hati, tiada siapa yang memaksa.

“Kini, saya ingin memberikan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu,” katanya baru-baru ini.

Selain itu, Mizz Nina tidak menafikan bahawa tawaran nyanyian (kepada umum) masih ada namun dia menolaknya dengan baik.

Mizz Nina kini sibuk menguruskan perniagaan pakaian Muslimah selain bakal menerbitkan sebuah rancangan TV untuk kanak-kanak.

Komen Dari Para Pemenang Ajl28


Komen Dari Para Pemenang Ajl28

Komen Dari Para Pemenang Ajl28

Lagu ciptaan Ly dan Baiduri telah dinobatkan sebagai Juara lagu 28 dalam acara anugerah yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam semalam.

Lagu berjudul Bahagiamu Deritaku yang dipersembahkan oleh Hafiz Suip itu telah berjaya memenangi trofi dan wang tunai bernilai RM35,000.

Bahagiamu Deritaku telah berjaya menewaskan 11 buah lagu lain iaitu Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara). Turut bertanding adalah Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya).

AJL28 yang bersiaran langsung di TV3 itu dikemudikan oleh pengacara Scha Al Yahya dan AG.

Selain juara terdapat 4 anugerah utama lain turut disampaikan pada malam kemuncak AJL28 itu iaitu Naib Juara dan Tempat Ketiga Juara Lagu 28, Persembahan Terbaik serta Vokal Terbaik.

Berikut merupakan keputusan dan komen pemenang setiap anugerah:

Juara Lagu 28, Bahagiamu Deritaku

Komposer: Ly
"Sangat gembira dan sungguh tak sangka lagu ini boleh menang. Sebenarnya melodi lagu ni memang saya cipta khas untuk Hafiz dan nampaknya dia dapat membawakannya dengan sangat baik"

Penulis Lirik: Baiduri
"Alhamdulilah setelah sekian lama saya tak berkarya kini bersyukur lagu saya masih diberi pengiktirafan. Seronok bekerja dengan orang muda seperti Hafiz. Nampaknya lagu yang dekat dengan jiwa manusia ini berjaya mengusik perasaan setiap insan"

Penyanyi: Hafiz Suip
"Alhamdulilah saya bersyukur dengan rezeki ini. Kemenangan ini adalah hasil usaha bersama daripada ramai pihak termasuk pihak AJL28 juga. Meskioun gembiran, saya juga takut dengan jangkaan orang ramai yang lebih tinggi selepas ini. Tapi apa-apa pun saya ambil ianya sebagai cabaran dalam kerjaya saya"

Naib Juara Lagu 28, Hanya Aku

Penulis Lirik: Frozen
Komposer dan penyanyi: Hyper Act
Vokalis Roni:
"Ternyata kesabaran saya selama telah berbelas tahun dalam industri berbaloi walaupun selepas menyertai Hyper Act pada tahun 2009. Lagu ni kami cipta bersama seluruh anggota kumpulan dan kami rasa kami akan teruskan trademark lagu-lagu irama 80 an dan 90 an ini serta sesuaikan dengan permintaan pendengar sekarang. Malah kami yerharu apabila mendapat sorakan kuat ketika persembahan"

Tempat Ketiga, Kalau Aku Kaya

Komposer: Omar K dan Audi Mok
Penulis lirik dan penyanyi: Altimet
"Saya anggap ini kemenangan buat penyanyi-penyanyi hip hop di Malaysia yang lain juga kerana pertama kali muzik hip hop berjaya diiktiraf disini. Saya anggap ini satu titik permulaan yang bagus untuk muzik hip hop di Malaysia dapat pergi lebih jauh lagi"

Penyanyi: Awie Rafael
"Kemenangan ni sangat bermkana buat kami dan ia membuktikan kolaborasi kami berjaya mengjasilkan sesuatu yang berkualiti. Selepas ini kami ada merancang untuk berkolaborasi lagi, namun ianya masih diperingkat awal. Bakal diberitahu kemudian"

Vokal Terbaik, Jaclyn Victor
"Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak pada juri yang boleh menilai kepayahan saya dalam menyampaikan lagu Ikut Rentakku ini. Bukan mudah kerana ianya lagu rancak dan punya nota yang tinggi. Rasa usaha saya selama ini berbaloi sekarang"

My P.ramlee Bawa Konsep Broadway Untuk Tanya Sama Hati


My P.ramlee Bawa Konsep Broadway Untuk Tanya Sama Hati

My P.ramlee Bawa Konsep Broadway Untuk Tanya Sama Hati

Legasi yang ditinggalkan seniman agung Tan Sri P Ramlee adalah harta yang cukup berharga dan berguna dimana ia tidak akan boleh dinilaikan malah dibandingkan dengan apa pun termasuklah wang ringgit.

Jika bukan kerana lahirnya anak seni berbakat ini, tiadalah warisan berharga yang kini terus menjadi inspirasi buat sesiapa sahaja yang bijak menilainya. Tidak pernah luput dari ingatan, setiap karya hasilan beliau iaitu filem dan lagu yang dicipta terus segar di minda semua generasi yang membesar dengan karya-karya agungnya itu.

Tampil dengan idea tersendiri, gabungan diantara kelompok pejuang seni terdiri daripada Fusion Bangsa Play Group, Triple Eight Production dan Persatuan Alumni Aswara bakal menerbitkan sebuah projek teater yang diilhamkan menerusi projek My P Ramlee yang berjudul Tanya Sama Hati.

Teater muzikal dibawah projek My P Ramlee, iaitu satu projek yang diasaskan untuk mengembangkan lagi karya-karya agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee akan dijayakan oleh para pemain terkenal tempatan di Auditorium DBKL Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Februari ini.

Antara yang terlibat dalam usaha murni ini termasuklah Sheila Mambo, Datuk Tarmimi Siregar, Danish Zakwan, Shahira Amira, Isma AF7, Tan Yoon Lyn, Razib Din dan dimeriahkan lagi dengan dukungan oleh kumpulan Sayang Dancer serta para graduan fakulti teater Aswara bagi pementasan berunsur muzikal itu.

Pementasan teater Tanya Sama Hati merupakan salah satu daripada enam aktiviti yang telah direncanakan dibawah projek My P Ramlee dan ia telah dicetuskan oleh Manja Liza Abd Rahman, yang juga penulis skrip Projek My P Ramlee.

“Saya sering terlibat dalam pementasan daripada produksi luar yang berkonsepkan broadway dan tercetus di fikiran mengapa kita tidak cuba untuk menghasilkan pementasan dalam konsep yang sama tetapi dengan identiti kita sendiri.

“Idea menampilkan babak-babak daripada filem arahan P Ramlee sudah semestinya kerana daripada kecil saya menonton dan membesar dengan karya agung beliau yang pastinya turut menjadi inspirasi untuk masyarakat dizaman ini,”ujarnya yang ditemui ketika majlis perlancaran serta sidang akhbar bagi projek My P Ramlee di Finas Petaling Jaya baru-baru ini.

Tanya Sama Hati berkisarkan tentang sepasang suami isteri menerima kehadiran cucu angkat mereka ketika musim cuti sekolah. Kisah terjadi apabila Pak Li ( atuk ) dan Mak Midah ( nenek ) menceritakan kisah-kisah dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee kepada cucu mereka yang hidup dalam keadaan serba moden dan tidak mengenali siapa P Ramlee dan karyanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan