Cari Artikel

Saturday, February 15, 2014

Kisah Langsuir Dambakan Afdlin Shauki Dalam Kami Histeria


Kisah Langsuir Dambakan Afdlin Shauki Dalam Kami Histeria

Kisah Langsuir Dambakan Afdlin Shauki Dalam Kami Histeria

Imbasan Awal

Kisah tentang lima orang gadis remaja yang berpindah ke kediaman baru di sebuah rumah pangsa yang berhantu. Semasa membuat rakaman lagu mereka, suara Langsuir turut dirakamkan dalam rakaman tersebut dan lagu tersebut menjadi hit hinggakan mereka yakin tanpa suara langsuir itu lagu mereka tidak boleh berjaya. Mereka berusaha mendapatkan khidmat bantuan dari Cik Lang (Langsuir) untuk dirakamkan suaranya bagi meraih populariti untuk lagu ciptaan mereka seterusnya. Cik Lang sanggup membantu mereka dengan syarat sekiranya lagu mereka menjadi hit dia akan menuntut sesuatu dari mereka. Bermulalah adegan suspen dan lucu yang menjadi intipati utama filem ini.

Ulasan Penulis

Filem komedi seram memang makanan yang dinantikan oleh penonton filem masa kini dan Kami Histeria dijangkakan menepati citarasa umum. Dengan resipi yang diperbaharui ia dilihat dapat memberikan kelainan kepada filem arahan pertama Shamyl Othman ini.

Kepada penonton yang ingin menonton ‘Kami Histeria’, pastikan anda tidak terlepas babak permulaan yang menampilkan kelainan bersama lima orang gadis remaja yang mempunyai band sendiri yang bercita-cita untuk menjadi popular dan tidak sabar untuk memulakan rakaman lagu mereka di sebuah pangsapuri baru.

‘Kami Histeria’ juga menampilkan aksi mereka berlima bermain alat muzik dan juga vokal Diana Danielle selaku penyanyi utama kumpulan tersebut. Filem ini juga tidak lari dari genre yang dipilih dan Fazura yang memegang watak sebagai Cik Lang iaitu seekor langsuir yang cantik dan suka menyanyi amat menjadi.

Mengulas mengenai babak kelakar yang terdapat dalam filem ini, tidak dinafikan pengarah, Shamyl Othman bijak menyelitkan babak-babak tersebut ketika mereka berlima berada dalam situasi yang mendebarkan dan tidak lupa juga adegan langsuir yang berkomunikasi dengan mereka menggunakan bahasa utara.

Mengekalkan gaya penerbitan filem-filem Red Films yang terdahulu, penggunaan blurb atau caption sepanjang cerita memberikan fahaman yang lebih serta menarik. Ia juga seakan identiti untuk karya terbitan produksi ini yang dari dulu mengekalkan penggunaan teknologi yang sama.

Selain itu bahasa yang digunakan juga bersesuaian dengan bahasa anak muda zaman sekarang, pemilihan pelakon juga boleh dikatakan agak sesuai dan masing-masing berjaya menjiwai watak yang diberi. Fazura yang sememangnya antara penarik filem ini ditampilkan sebagai dirinya sendiri dan watak Cik Lang meninggalkan kesan kepada penulis kerana karektor Langsuir berbahasa utara akan melekat dalam sesiapa yang menonton Kami HIsteria.

Sinopsis

Memaparkan tentang lima orang gadis remaja iaitu Laila, Bad, Peanut, Airin dan Jojo yang mempunyai band mereka sendiri yang diberi ‘Kami Histeria’. Misteri terjadi ketika mereka berlima berpindah di sebuah pangsapuri baru tanpa mengetahui bahawa ianya berhantu. Semasa sedang membuat rakaman lagu di rumah tersebut, secara tidak sengaja mereka terakam suara langsuir sedang menyanyi.

Lagu tersebut kemudiannya telah menjadi hit dan amat diminati ramai setelah dimuat naik ke laman YouTube. Sejak kejadian itu, mereka mula berusaha mencari Cik Lang (langsuir) bagi mendapatkan suara Cik Lang untuk dirakamkan.Cik Lang pula sanggup membantu tetap dengan satu syarat iaitu sekiranya lagu mereka menjadi hit, dia akan membuat tuntutan keaatas kejayaan mereka. Tidal lama selepas itu , lagu mereka menjadi hit sehingga tercalon ke anugerah berprestij dan Cik Lang kemudiannya datang menuntut janji mereka.

Cik Lang menuntut supaya mereka membawa Afdlin Shauki ke rumahnya, pada mulanya mereka tidak mahu melibatkan nyawa orang lain tetapi setelah Cik Lang membuat beberapa gangguan yang ngeri, mereka bersetuju dengannya. Namun, mereka terpaksa menentang langsuir tersebut untuk menyelamatkan nyawa Afdlin yang tidak bersalah. Cik Lang telah berjaya dikalahkan oleh mereka.

Kami Histeria

Genre: Komedi Seram

Pelakon Utama: Nur Fazura, Diana Danielle, Sara Ali, NadZainal, Mila Jirin, Izzue Islam, Adflin Shauki dan memperkenalkan Umie Omar

Pengarah: Shamyl Othman

Penulis Skrip : Rafidah Abdullah

Terbitan: Red Films, Astro Shaw & Marna Films

Tarikh Tayangan: 6 Februari 2014

Ziana Zain Bakal Muncul Dengan Album Baru Tahun Ini


Ziana Zain Bakal Muncul Dengan Album Baru Tahun Ini

Ziana Zain Bakal Muncul Dengan Album Baru Tahun Ini

Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 45, akui bakal kembali melahirkan sebuah album solo yang dijangka akan diterbitkan  dalam tahun ini.

Ziana Zain berkata setelah lebih sepuluh tahun lalu tidak menerbitkan album baru dan telah menyimpan hasrat untuk merakamkan album solo, akhirnya masanya akan tiba jua tidak lama lagi.

“Album solo terakhir saya pada tahun 2000, dan kini saya rasa adalah masa yang sesuai untuk saya kembali merakamkan album solo.

“Sekarang ini baru dalam proses mencari material lagu yang akan dimuatkan dalam album. Dijangka 8 hingga 10 buah lagu baru akan dimuatkan di dalamnya.

“InsyaAllah jika tiada aral yang melintang saya target dalam tahun ini juga album itu akan disiapkan serta release,” katanya kepada murai.com.my selepas sidang media Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya semalam.

Penyanyi lagu Malah Berhelah itu memberitahu album solonya nanti bakal tampil dengan konsep yang berbeza daripada yang pernah dibawakan sebelum ini.

“Kali ini, adik saya sendniri iaitu Anuar Zain yang akan menjadi co –produser untuk album saya. Apa yang saya boleh katakan cara dan treatment yang berbeza yang akan ditampilkan dalam melodi dan cara nyanyian untuk album ini.

“Saya serahkan kepada Anuar untuk menjadikan ia satu kenyataan kerana dia memang minat untuk membantu,” jelasnya yang akan memuatkan lagu-lagu dari composer tempatan dan Indonesia.

Mengenai perkembangan lain, Ziana dan Awie serta Erra Fazira bakal muncul dalam pementasan Konsert Teaterikal Suara Kita di Panggung Sari Istana Budaya pada 3 hingga 9 Mac 2014.

Erra Fazira Dan Awie Tiada Masalah Untuk Bercinta Kembali


Erra Fazira Dan Awie Tiada Masalah Untuk Bercinta Kembali

Erra Fazira Dan Awie Tiada Masalah Untuk Bercinta Kembali

Erra Fazira akui tiada masalah untuk melahirkan kembali rasa cintanya kepada bekas kekasih, Awie hanya untuk menjayakan Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana budaya pada 3 hingga 9 Mac depan.

Erra Fazira berkata dia yakin sebagai pelakon, Awie juga profesional untuk bekerjasama.

"Saya teruja untuk menjayakan konsert yang menggabungkan kembali saya dengan Awie dan Ziana Zain dalam filem Sembilu dulu. Saya rasa ianya bukan sahaja satu nostalgia pada diri saya malah pada peminat yang membesar dengan filem-filem kami.

"Saya tiada masalah untuk digandingkan kembali dengan Awie. Apatah lagi mewujudkan rasa cinta dalam konsert dan pementasan teaterikal ini kerana kami sama-sama pelakon.

"Sebagai seorang pelakon yang profesional, saya yakin apa yang dilakonkan nanti tidak akan terkesan pada diri masing-masing. Lagipun saya rasa semua pun kini sudah faham akan batas-batasnya," kata Erra Fazira.

Erra ditemui ketika sidang media Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya petang semalam.

Erra , Awie dan Ziana Zain bakal kembali bersama untuk mengimbau kenangan era kegemilangan filem-filem mereka bintangi yang pernah mencatat kutipan pecah panggung sekitar 20 tahun yang lalu dalam sebuah pemenyasan Konsert Teaterikal Suara Kita.

Lima filem yang bakal menjadi teras kepada pementasan teaterikal nanti adalah Sembilu, Sembilu 2, Tragedi Oktober, Maria Mariana 2 dan Merah.

Pementasan selama 2 jam 30 minit ini akan memanifestasikan semula sorotan babak babak dari filem-filem yang digabungkan sebagai teras dan latar penceritaan.

Sementara itu, Awie dalam sidang media memberitahu sebelum idea pementasan itu dilontarkan kepada dua jelitawan berkenaan dia sendiri sudah meminta persetujuan isterinya.

"Sebelum memulakan apa-apa langkah, saya terlebih dahulu meminta persetujuan isteri dulu kerana takut dia fikir yang bukan-bukan.

"Ketika mula-mula beritahu isteri memang dia terkejut tetapi setelah saya perjelas dan yakinkan dia pun tiada masalah untuk setuju. Lagipun dia peminat Erra dan Ziana,"jelasnya lagi.

Persembahan akan dimulakan dengan segmen konsert menampilkan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.

Setiap dari mereka akan menyampaikan beberapa buah lagu malar segar yang dipetik dari album-album solo mereka sebagai artis rakaman.

Segmen kedua adalah pementasan teaterikal/muzikal hasil nukilan pelakon, penerbit, penulis, pengarah teater dan pengarah filem ternama Eirma Fatima.

Bagi memeriahkan lagi suasana dan menghargai para peminat Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain, para penonton yang membeli tiket berharga RM399.00 dan RM499.00 layak untuk mendapat jemputan khas ke majlis jamuan dan beramah mesra atau ‘post party’ bersama artis artis tersebut pada hari terakhir pementasan, 9 Mac 2014, jam 9.00 malam.

Bayaran tambahan adalah sebanyak RM 150.00 dan hanya terhad kepada 500 orang penonton sahaja.

Tiket sudah boleh didapati di www.ticket2u.biz

Gerak Khas Musim Baru Tampil Kelainan, Konsep Lebih Segar


Gerak Khas Musim Baru Tampil Kelainan, Konsep Lebih Segar

Gerak Khas Musim Baru Tampil Kelainan, Konsep Lebih Segar

Musim baru drama bersiri Gerak Khas akan menampilkan kelainan dengan mempersembahkan idea serta konsep yang lebih segar dan sesuai dengan peredaran isu semasa.

Itulah yang dijanjikan oleh Datuk Yusof Haslam sewaktu pelancaran siri baru itu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, baru-baru ini.

“Sudah 12 tahun Gerak Khas bersiaran, jadi untuk musim terbaru ini kita mahu jadikan drama bersiri ini lebih realistik dan menepati selera peminat drama tanah air,” katanya.

Tambah Pengarah Urusan Skop Production itu lagi, untuk memberikan nafas baru kepada Gerak Khas, beberapa watak baru atau penampilan istimewa turut ditampilkan, di samping mengekalkan tunggak utama.

“Watak utama seperti Senior Asisten Komisioner Datuk Helmi lakonan saya sendiri, Deputi Superintendan Kumar (C Kumaresan), Asisten Superintendan Salina ( Salina Saibi) dan pelakon kacak Norman Hakim yang memegang watak Superintendan Haris masih kekal.

“Cuma kita tambah beberapa teraju baru seperti Afiq Muiz, Nizen Ayob, Shanorbiah Shamsir Alam, Zabri Ibrahim dan Mas Hidzir Khan,” katanya.

Menurut beliau lagi, untuk musim terbaru ini drama arahan Faizal Yusof, C Kumaresan dan Syafiq Yusof ini turut menggunakan teknologi imej janaan komputer (CGI) serta penambahbaikan teknik edit ‘fast cut’.

“Walaupun teknologi CGI drama tidak mampu untuk menandingi teknik CGI filem, namun ia mampu memberi kepuasan kepada penonton setia drama ini. Perkembangan teknologi sedia ada turut membantu menambah baik drama Gerak Khas ini.

“Selain itu kami memahami selera peminat drama tanahair berikutan sambutan hangat dalam beberapa episod Drama Gerak Khas sebelum ini antaranya kisah ajaran sesat dan jenayah siber,” katanya ketika sidang media selepas pelancaran drama bersiri itu oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, antara episod yang bakal dsiarkan dalam Gerak Khas musim baharu ini adalah ‘Ops Gempur’ yang memaparkan usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjuang habis-habisan dalam menangani jenayah.

“Kisah yang dipaparkan ini merangkumi semua kaum bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat,”tambahnya lagi.

Gerak Khas lahir daripada garapan idea yang positif dalam menghasilkan sebuah drama bersiri kehidupan anggota polis dan katanya, iInilah satu-satunya drama bersiri tempatan yang memaparkan aksi anggota polis dalam menangani masalah jenayah.

Gerak Khas telah memulakan siaran musim pertamanya pada tahun 1999 hingga 2011. Pada waktu itu drama berkenaan telah mendapat rating tertinggi selama tiga tahun berturut-turut di dalam carta nombor satu seluruh stesen televisyen.

Gerak Khas musim baharu ini turut mempersembahkan usaha anggota polis dalam membanteras pelbagai kes jenayah antaranya kes jenayah berprofil tinggi, kongsi gelap, pendatang asing dan jenayah siber.

Selain itu, musim baru kali ini turut mempaparkan beberapa anggota unit Gerak Khas yang menjadi sasaran golongan penjenayah yang adakalanya mengakibatkan kecederaan dan kematian anggotanya.

Gerak Khas musim baharu kekal bersiaran di RTM TV2 bermula 14 Februari ini. jam 9 malam.

Ana Dahlia Bagai Tak Percaya Tercalon Top 5 Abpbh2013


Ana Dahlia Bagai Tak Percaya Tercalon Top 5 Abpbh2013

Ana Dahlia Bagai Tak Percaya Tercalon Top 5 Abpbh2013

Kejutan besar tetapi paling bermakna buat pelakon drama Ana Dahlia apabila namanya tercalon untuk peringkat lima teratas (top 5) Anugerah Bintang Popular Berita Harian2013 (ABPBH2013).

Lebih tidak menduga buat bekas isteri Chef Rizz itu lagi,apabila namanya telah tersenarai dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular bersama-sama 4 pelakon hebat lain iaitu Fasha Sandha, Neelofa, Raja Ilya dan juga Siti Saleha.

Ditemui portal murai.com.my ketika majlis siding media bagi mengumumkan senarai 5 teratas anugerah berkenaan baru-baru ini, Ana Dahlia yang cantik dalam persalinan minum petang berkata, dia sendiri langsung tidak menjangkakan akan tercalon.

“Ini adalah pertama kali buat diri saya. Malah saya sendiri terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada pihak penganjur supaya dapat datang ke majlis ini. Saya bertanya mereka beberapa kali, betulkah saya tercalon.

“Tapi saya datang juga ke majlis hari ini, walaupun tak tercalon sekalipun tapi sudah dapat memeriahkan majlis itu sudah cukup memadai buat saya. Tapi tak sangka pula nama saya disebut,” katanya yang masih terpinga-pinga dengan pencalonan berkenaan.

Kata Ana Dahlia, dia langsung tidak pasti bagaimana namanya telah dipilih sekaligus tercalon ke peringkat lima teratas kategori berkenaan sedangkan kemunculannya di media cetak mahupun elektronik amat kurang.

Namun menurutnya, itu semua berkat hasil kerja kerasnya berlakon siang dan malam dalam drama bersiri mahupun telemovie sepanjang tahun lalu.

“Saya tak pasti drama mana satu yang telah mempopularkan nama saya. Mungkin drama di TV3 atau Astro. Saya tak pasti. Tapi sudah tercalon ini pun sudah kira bersyukur buat saya. Alhamdulillah.

“Memang saya happy sangat, tak tahu macam mana nak tunjukkan kegembiraan saya ini. Terima kasih kepada peminat dan pengundi yang sudi menyokong kerjaya saya selama ini,” katanya yang baru sahaja selesai merakamkan drama arahan Rashid Sibir.

Tambah Ana Dahlia lagi, pengalaman silam telah mengajarnya untuk lebih bekerja keras sebagai seorang pelakon, meskipun sedar dirinya amat jauh daripada sebarang publisiti sebagaimana calon-calon wanita yang lain.

Sleeq Tak Takut Saham Jatuh Bila Dah Kahwin Nanti


Sleeq Tak Takut Saham Jatuh Bila Dah Kahwin Nanti

Sleeq Tak Takut Saham Jatuh Bila Dah Kahwin Nanti

Tidak sabar menanti tibanya hari mereka bakal disatukan, anggota kumpulan Sleeq baik Ahmad Syarif (Syarif) mahupun Alif Abdullah (Alyph), tenyata  tidak gentar jika status sebagai suami bakal menggugat populariti mereka.

Bercakap kepada portal murai.com.my  selepas majlis pelancaran drama muzikal lakonan mereka Sleeq & Friends di Hotel Tune di sini semalam, mereka berkata, soal populariti akan jatuh sememangnya tidak akan timbul selagi adanya peminat yang sentiasa  menyokong perjalanan seni mereka.

Malah mereka berpendapat, dengan cara memperkenalkan bakal isteri mereka secara terbuka di laman sosial seperti Instagram, mungkin  akan membuatkan peminat lebih ingin mengenali wanita yang telah berjaya mencuri hati mereka itu.

“Saya langsung tak takut sekiranya dengan mengambil keputusan berkahwin maka populariti saya akan jatuh, kerana bagi saya membina rumah tangga adalah satu perkara yang sangat baik dan sebagai artis kami akan sentiasa menjadi milik peminat.

“Bidang nyanyian adalah kerjaya utama kami dan profesyen kami adalah dengan membuat muzik. Perkahwinan bermaksud mulalah kehidupan baru kami. Tugas kami untuk menyediakan tempat teduh dah nafkah kepada isteri kami nanti. Apa yang pasti, tak sabar rasanya untuk kami merasai pengalaman berumahtangga,” kata Syarif.

Sementara itu Alyph mencadangkan, cara paling baik bagi memastikan peminat sentiasa bersama Sleeq ialah dengan berkongsi serba sedikit tentang bakal isteri dengan peminat menerusi laman sosial sedia ada milik mereka.

“Selama ini orang tidak kenal siapa bakal isteri kami. Jadi mungkin selepas berkahwin nanti kami akan bersikap lebih terbuka dengan berkongsikan gambar-gambar menarik saya dan isteri di Instagram, biar peminat dapat mengenali mereka dengan lebih rapat.

“Malah kami tak kisah, jika selepas berkahwin nanti  akan mendedahkan isteri kami dalam kerjaya yang telah banyak memperkenalkan kami dalam industri hiburan di Malaysia. Apa salahnya,”katanya yang akan membawa bakal isteri tinggal di Malaysia selepas berumah tangga nanti.

Dalam usia mereka yang mencecah 25 tahun, Syarif dan Alyph telah mengambil keputusan untuk meninggalkan zaman bujang pada tahun ini dengan pilihan hati masing-masing yang kedua-duanya berasal dari kota Singa.

Syarif akan menamatkan zaman bujangnya bersama tunangannya yang seusia dengannya iaitu Syarifah Malak Aimana pada penghujung  tahun ini.

Manakala Alyph pula bakal mendirikan rumah tangga dengan Azzah Fariha Samad,27 pada September depan.

Memilih Singapura sebagai lokasi perkahwinan mereka, Sleeq berkata sebuah majlis suai kenal bersama isteri mereka itu nanti bagaimanapun akan dibuat di ibu negara bagi menghormati pihak media dan peminat mereka dinegara ini.

“Kami tahu, Sleeq lebih dikenali di Malaysia, tetapi ini adalah permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. Tambahan pula kebanyakan pihak keluarga dan teman kami datang dari Singapura dan juga Johor. Jadi lebih baik majlis diadakan di Singapura saja.

“Segala persiapan sedang berjalan dan kami menggunakan segalakhidmat perkahwinan seperti pelamin, catering, dekorasi, pakaian semuanya dari Singapura saja.  Mungkin ada beberapa keperluan seperti fotografi atau videografi akan kami import dari Malaysia,” kata Syarif.

Sementara itu bagi menjadikan perkahwinan mereka itu tampak cukup istimewa, sebuah lagu baru berjudul Satu telah diilhamkan oleh dua anak muda itu yang ditujukan khas buat bakal isteri masing-masing.

Hamil Kali Kedua, Irma Hasmie Rindu Berlakon


Hamil Kali Kedua, Irma Hasmie Rindu Berlakon

Hamil Kali Kedua, Irma Hasmie Rindu Berlakon

Meskipun putra sulung pelakon dan pengacara Irma Hasmie baru saja mencecah usia 10 bulan, tetapi dia dan suami telah dikejutkan dengan satu lagi berita gembira tentang kehamilan kali kedua.

Bercakap kepada portal murai.com.my selepas majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) semalam, Irma Hasmie dengan senyuman menguntum memberi tahu bahawa kandungan keduanya itu sudahpun memasuki usia 4 bulan.

Sama sekali tidak menjangka bakal hamil dalam masa terdekat,apatah lagi cahayamata sulungnya itu masih kecil, Irma Hasmie bagaimanapun bersyukur dengan kurniaan Tuhan itu dan berharap dapat melahirkan seorang bayi yang sihat.

“Saya memang tak merancang untuk mendapatkan bayi kedua dalam masa terdekat ini, apatah lagi bayi pertama saya baru saja berusia 10 bulan. Tapi Alhamdulillah syukur kepada kunianNya.

“Kalau nak ikutkan memang agak risiko untuk saya melahirkan bayi kedua ini kerana ketika melahirkan bayi pertama dulu saya lakukan secara pempedahan.

“Kerana doktor risau jika luka pembedahan itu masih belum pulih sepenuhnya. Tapi syukur selepas pemeriksaan semuanya berada dalam keadaan baik dan saya dibenarkan untuk terus dengan bayi kedua ini.

“Apa yang saya harapkan agar saya dapat melahirkannya secara normal. Kerana sakit melahirkan secara pembedahan Tuhan sahaja yang tahu terutama selepas proses kelahiran,” katanya yang bersifat terbuka dengan jantina bayi keduanya itu nanti.

Selepas berumah tangga pada Julai 2012, Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer telah dikurniakan bayi pertama yang diberi nama, Redza Syah Irfhan.

Sibuk dengan tugasnya sebagai seorang isteri dan pengacara untuk program bual bicara berjudul Assalammualaikum di saluran Al-Hijrah untuk  musim ke-3, Irma Hasmie berkata jauh disudut hatinya merindukan dunia lakonan.

Jelas Irma Hasmie, pelbagai tawaran telah datang ketangannya, bagaimanapun terpaksa ditolak dengan baik kerana komitmenya sebagai seorang surirumah dan juga hos rancangan kesukaan ramai itu.

“Sudah lebih setahun saya tidak berlakon. Tawaran tetap datang, tetapi saya terpaksa tolak. Kadang-kadang tu naik malu pula saya kerana asyik menolak tawaran mereka. Tapi saya harap mereka memahami.

“Tapi apa boleh buat. Saya sekarang terikat dengan program Assalammualaikum. Seawal jam 6 atau 7 pagi saya sudah berada di studio dan sebelum jam 12 tengah hari saya pulang ke rumah dan menjalani tanggungjawab sebagai isteri dan juga ibu.

“Memamg seronok bekerja sebagai pengacara kerana masanya tak terlalu panjang dan kita dapat kawal masa kita dan sama sekali berbeza dengan bidang lakonan yang mungkin lebih panjang masanya. 

“Cuma bila sudah jadi isteri dan ibu, komitmennya jadi lain dan saya perlu memberi tumpuan kepada keluarga. InsyaAllah bila ada kesempatan pada masa akan datang saya akan kembali berlakon,” kata Irma yang bakal menjalani ibadah umrah bersama suami dan anak pada April ini.

Tambah Irma Hasmie lagi, suaminya tidak pernah melarang untuk dia kembali berlakon dan tidak pernah juga menegah untuk memegang babak cinta, asalkan tidak melanggar batas agama serta statusnya sebagai isteri dan juga ibu.

Lisa Surihani Menyanyi Setelah Berbulan-bulan Dipujuk Yusry


Lisa Surihani Menyanyi Setelah Berbulan-bulan Dipujuk Yusry

Lisa Surihani Menyanyi Setelah Berbulan-bulan Dipujuk Yusry

Pelakon, Lisa Surihani mendedahkan sebenarnya dia bersetuju untuk menyanyi dalam lagu duet bersama suaminya, Yusry Abdul Halim setelah dipujuk berbulan-bulan oleh suaminya.

Lisa Surihani berkata dia tidak pernah terfikir untuk merakamkan lagu kerana selama ini hanya menyanyi secara suka-suka ,namun demi suami tercinta Lisa akhirnya bersetuju.

“Sebenarnya Yusry berusaha sedaya upaya memujuk saya untuk meramkamkan lagu bersama. Malah berbulan-bulan juga dia pujuk saya.

“Macam-macam cara dia buat untuk pujuk saya termasuk menyuruh ibunya iaitu ibu mertua saya sendiri meminta saya untuk menyanyi.

“Terus-terang saya tidak yakin untuk menyanyi kerana tak tahu dan tak bersedia untuk menerima pendapat orang mengenai suara dan nyanyian saya.

“Namun saya lakukannya juga demi Yusry, kerana dia kata sekurang-kurangnya kami ada love song bersama yang kenangannya boleh bawa kehari tua kami,” katanya kepada murai.com.my

Kini lagu duet mereka yang berjudul Kekasih Abadi itu sudah pun keudara di corong-corong radio Melayu tempatan termasuk EraFM dan HotFM.

Bagi melengkapkan lagi lagu cinta itu Lisa memberitahu, suaminya kini dalam perancangan untuk merakamkan muzik video untuk mereka berdua pula tidak lama lagi.

“Sebelum rakam lagu lagi, Yusry dah berangan dan merancang hendak kami rakamkan muzik videonya pula. Semua idea saya serahkan pada Yusry saya hanya ikut sahaja.

“Namun, saya cakap terus-terang, saya dan Yusry tak mungkin akan menyanyikan lagu ini dalam mana-mana persembahan. Cukuplah hanya rakamkan lagu sahaja kerana saya memang sangat gementar bila disuruh menyanyi depan orang ramai,” jelasnya lagi,

Lisa yang kini sedang menjalani penggambaran filem Cicakman 3 bakal muncul dalam filem Dendam Orang Mati pada April akan datang.

Black, Isteri Berdoa Di Mekah Moga Cepat Dikurniakan Cahaya Mata


Black, Isteri Berdoa Di Mekah Moga Cepat Dikurniakan Cahaya Mata

Black, Isteri Berdoa Di Mekah Moga Cepat Dikurniakan Cahaya Mata

Tiada kata yang dapat diungkap oleh penyanyi, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah apabila pertama kali dapat menjejakan kakinya ke kota suci Mekah bersama isteri tersayang bersama-sama mengerjakan ibadah Umrah.

Black berkata dia menganggap ianya kunjungan serta bulan madu yang paling bermakna buat dirinya dan isteri, Cira Khairi.

“Sebenarnya memang kami sudah pun berbulan madu ke Korea sebelum ini tetapi itu ditaja oleh program Destinasi Cinta iaitu dari Air Asia dan Astro.

“Tapi Umrah ini memang impian dan perancangan kami untuk berbulan madu di kota suci Mekah. Terus-terang ianya bulan madu paling bermakna buat kami,” katanya kepada murai.com.my yang ditemui di sidang media mengumumkan senarai finalis top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013), semalam.

Black dan isterinya baru sahaja pulang mengerjakan Umrah selama dua belas hari dan sepuluh malam pada 16 Januari lalu.

Penyanyi lagu Takkan Terpisah itu memberitahu dia dan isteri mengambil peluang untuk mendoakan kebahagian rumahtangga mereka serta segera dikurniakan cahaya mata.

“Benarlah orang kata Mekah adalah tempat yang kita akan rasa rindu dan hendak pergi lagi. Malah saya dapat rasakan begitu indah dan tenangnya berada di sana.

“Saya seronok kerana dapat pergi tempat di mana mustajab untuk berdoa. Sudah tentu kami mendoakan yang terbaik untuk diri dan rumahtangga kami tetapi sesungguhnya dengan rendah hati kami benar-benar meminta dan berdoa agar kami dapat dikurniakan cahaya mata dengan segera. Harap-harap doa kami dapat dimakbulkan,” luahnya lagi.

Black tersenarai dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular di finalis top 5 ABPBH2013.

Hampir Dua Minggu Tayangan, Balistik Catat Kutipan Lebih Rm2.3 Juta


Hampir Dua Minggu Tayangan, Balistik Catat Kutipan Lebih Rm2.3 Juta

Hampir Dua Minggu Tayangan, Balistik Catat Kutipan Lebih Rm2.3 Juta

Hampir dua minggu ditayangkan di pawagam, filem terbitan Dato` Rosyam Nor, Balistik berjaya mencatatkan kutipan melebihi RM2.3 juta.

Ini merupakan satu petanda positif dengan kutipan tersebut kerana ianya berlaku di saat filem-filem tempatan lain mencatat kemerosotan dari segi kutipan tiket.

Selaku penerbit filem tersebut, Dato` Rosyam Nor mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton yang menonton filem berkenaan.

Jelasnya, dia mendapati rata-rata penonton yang menonton filem ini berpuas hati dengan hasil kerja produksinya.

Bagaimanapun menurut Rosyam, masih ramai peminat yang belum menonton kerana khuatir filem ini tidak dapat menambat hati mereka.

Dia juga mengharapkan ramai anggota polis yang akan menonton filem ini kerana tajuk Balistik tersebut cukup sinonim dengan kehidupan anggota polis.

Rosyam turut menambah yang filem Balistik tidak ditayangkan secara eksklusif di mana-mana stesen TV dalam masa terdekat.

Oleh itu peminat yang masih belum menonton disarankan pergi ke pawagam terdekat untuk merasai sendiri kepuasan filem aksi ini.

Tambahnya, filem ini masih diteruskan bergantung kepada hasil kutipan tiket dan sambutan peminat filem tempatan.

Masih mengekalkan genre gengsterisme, namun bukan hanya mengetengahkan aksi semata-mata tetapi banyak memberikan pengajaran kepada penonton seperti nilai kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan.

Filem yang dibikin dengan kos sebanyak RM2.5 juta ini membariskan pelakon hebat tanah air seperti Rosyam sendiri, Adi Putra, Rita Rudaini, Jack Lim, Raykarl Iskandar dan Datuk Rahim Razali, Mei Yan dan ramai lagi.

Mengenai masalah penurunan hasil kutipan filem Malaysia, Rosyam berpendapat lambakan filem yang tidak berkualiti juga merupakan salah satu faktor berlakunya masalah ini.

Baginya, peminat kini pandai memilih dan citarasa mereka semakin hari semakin tinggi.

Justeru ianya menjadi satu cabaran untuk setiap produksi untuk menghasilkan filem yang betul-betul menepati citarasa penonton.

Zizan Razak Mendominasi Finalis Abpbh2013!


Zizan Razak Mendominasi Finalis Abpbh2013!

Zizan Razak Mendominasi Finalis Abpbh2013!

Pelawak, Zizan Razak merupakan artis yang telah berjaya mendominasi paling banyak kategori di dalam senarai finalis top 5 Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013).

Zizan Razak tersenarai dalam 3 kategori utama ABPBH2013 iaitu Artis Komedi Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular serta turut tercalon dalam satu kategori online iaitu Artis Berpengaruh Di Laman Sosial.

Selain Zizan, beberapa artis lain yang turut berjaya tersenarai dalam 2 kategori sahaja adalah seperti Erra Fazira yang tersenarai dalam Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular, sementara Johan Raja Lawak pula tersenarai dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan pertama kali tercalon dalam Penypai Radio Lelaki Popular, manakala Adi putra tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular, Neelofa juga tersenarai dalam 2 kategori finalis top 5 iaitu Pelakob TV Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular yang turut menyenaraikan Farah Fauzana di dalamnya, Farah turut tercalon dalam kategori lain iaitu Penyampai Radio Wanita Popular.

Ramai lagi artis tempatan yang lama dan baru turut tersenarai dalam 15 kategori ABPBH2013 kali ini. Malam kemuncak anugerah tersebut akan menyaksikan siapa yang akan menjulang trofi setiap kategori termasuk artis yang akan menggondol anugerah Bintang Paling Popular ABPBH2013.

Anugerah berprestij itu akan berlangsung secara langsung dari Arena of Stars, Genting Highlands dan disiarkan menerusi TV3 dan radio HotFM pada jam 9 malam, 6 April 2014.

Pencarian Bintang Popular untuk setiap kategori yang dipertandingkan dan Bintang Paling Popular akan bermula dari 23 Januari hingga 11 Mac 2014. Borang undian akan disiarkan di akhbar BH dan BH Ahad untuk pembaca memilih artis kesukaan mereka.

ABPBH2013 yang membawa tema Magis Alam akan menjalankan program tanggungjawab sosial yang akan diadakan sekitar Mac ini. Program itu akan memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti pemuliharaan sosial.

Ida Nerina & Omar Sharif Pencetus Utama Perfume Ning


Ida Nerina & Omar Sharif Pencetus Utama Perfume Ning

Ida Nerina & Omar Sharif Pencetus Utama Perfume Ning

Sudah dilancarkan pada Oktober tahun lalu, haruman pertama penyanyi popular Ning Baizura, NING nampaknya semakin menjadi sebutan ramai apabila ianya bakal dipasarkan di Singapura tidak lama lagi.

Masih dalam perancangan untuk menuju ke arah itu, Ning yang ditemui ketika majlis makan malam bersama-sama wakil media dan pihak Valliram Group malam tadi berkata, edisi pertama harumannya itu telah mendapat sambutan amat menggalakkan.

Kini dia dan pasukannya bakal memperkasakan langkah promosi di beberapa lokasi tertentu bagi memastikan haruman sulungnya yang berharga RM159 (100 ml) itu uterus menjadi pilihan ramai terutama golongan wanita.

Namun kata Ning Baizura, kemunculan harumannya itu tidak akan berjaya sekiranya tiada dua individu yang telah banyak membantu merealisasikan impiannya menjadi kenyataan iaitu suami tercinta Omar Sharif dan juga sahabatnya Ida Nerina.

Menurut Ning, suaminya adalah individu yang bersungguh-sungguh bagi memastikan dirinya tampil dengan haruman sendiri meskipun mengambil masa hampir dua tahun untuk direalisasikan.

“Saya sangka untuk melahirkan sebuah album itu sukar, tapi rupa-rupanya menghasilkan haruman ternyata lebih sukar. Suami sayalah yang banyak mendorong dan membantu saya sehingga haruman NING ini lahir.

“Kalau nak tahu, reka bentuk botol ini telah direka sendiri oleh suami saya. Dia yang lukis sendiri, daripada bentuk bulat ke lonjong dan kami telah hadir dalam 20 rekaan botol sehinggalah apa yang anda dapat lihat sekarang ini.

“Suami saya juga yang telah mengilhamkan logo bentuk bibir ini kerana kami tak mahu terlalu memaparkan sebutan NING kerana kami mahukan sesuatu yang ringkas tetapi menarik dipandang mata. Jadi inilah hasilnya,” kata Ning.

Haruman NING boleh didapati di pusat beli-belah Parkson di Pavilion, Selayang, Seremban, Melaka Mall, Kota Bharu dan The Store Pacific Sungai Petani.

Kini ianya turut boleh didapati dikaunter haruman di The Flying Emporium, Duty Free Flying Emporium, Dimenci LCCT, Emporium LCCT dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.

Tambah Ning Baizura lagi, dia dan juga suami telah bertungkus lumus memastikan botol harumannya supaya tampak classy. Dari pemilihan warna hitam dan emas sehinggalah ke perimgkat pemilihan penutup botolnya.

Namun jelas Ning, impiannya itu juga tidak akan menjadi kenyataan jika tiadanya Ida Nerina yang telah bertanggungjawab melahirkan iklan harumannya itu.

“Saya amat berbesar hati apabila Ida Nerina bersetuju untuk menghasilkan iklan komersial haruman saya ini.

Saya juga berbesar hati kerana ini adalah usaha pertama Ida Nerina dalam menerbitkan iklan komersial daripada syarikatnya sendiri.

“Banyak perbincangan yang telah kami jalankan termasuklah dalam melahirkan tag line haruman ini di dalam iklan berkenaan. Ida Nerina jugalah yang telah mengusulkan beberapa babak menarik termasuk tidak mahu terlalu ‘hard sale’ apabila ianya ditayangkan nanti.

“Inilah kebaikan bila ada seorang aktres seperti Ida Nerina yang mengarahkan iklan saya kerana dia telah menyuruh saya menyebut beberapa kali dialog supaya ianya nampak meyakinkan, bukan sekadar melepas batuk di tangga,” katanya.

Ning Baizura dan pasukannya akan menjelajah beberapa bandar utama di seluruh negara seperti Kota Kinabalu dan Pulau Pinang bagi mempromosikan haruman NING termasuk ambum terbarunya.



Senarai Penuh Calon Top 5 Finalis Abpbh2013


Senarai Penuh Calon Top 5 Finalis Abpbh2013


Berikut adalah senarai calon finalis ABPBH 2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Majlis ABPBH buat kali ke 27 ini akan berlangsung pada 6 April 2014.

Kategori Utama ABPBH 2013

Artis Baru Lelaki Popular
1. Achey
2. Dazrin
3. Mikael Andre
4. Nomad
5. Waris

Artis Baru Wanita Popular
1. Atikah Suhaime
2. Chacha Maembong
3. Elfaeza Ulhaq
4. Hanis Zalikha
5. Zara Zya

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Adi Putra
2. Akim
3. Izzue Islam
4. Johan As’ari
5. Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular
1. Ana Dahlia
2. Fasha Sandha
3. Neelofa
4. Raja Ilya
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Pekin
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Lisa Surihani
3. Nora Danish
4. Siti Saleha
5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular
1. Ebby Yus
2. Jep
3. Johan
4. Rahim Sepahtu
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular
1. Didie Alias
2. Jihan
3. Noorkhiriah
4. Sharifah Shahira
5. Siti Chubby

Penyanyi Lelaki Popular
1. Awi Rafael
2. Black Hanifah
3. Hafiz
4. Hazama
5. Shahir

Penyanyi Wanita Popular
1. Alyah
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Artis Duo/Berkumpulan Popular
1. Altimet & Awi Rafael
2. Forteen
3. Hyperact
4. Stacy & Akim
5. Tasha Manshahar & Syed Shamim

Pengacara TV Lelaki Popular
1. Datuk AC Mizal
2. Johan
3. Nabil Ahmad
4. Nik Michael Imran
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Erra Fazira
3. Fara Fauzana
4. Hazlin Hussain
5. Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular
1. AG
2. Halim Othman
3. Johan
4. Kieran
5. Ray

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dina
3. DJ Lin
4. Fara Fauzana
5. Norshela Baharudin

Kategori Online ABPBH 2013

Artis Lelaki Stailo
1. Adi Putra
2. Awal Ashaari
3. Karl Shafek
4. Nazim Othman
5. Shaheizy Sam

Artis Wanita Stailo
1. Fazura
2. Mizz Nina
3. Scha Alyahya
4. Yana Samsudin
5. Ziana Zain

Gandingan Serasi Di Layar
1. Aaron Aziz & Nadiya Nisaa
2. Aeril Zafrel & Wawa Zainal
3. Azlee Khairi & Zara Zya
4. Zizan Razak & Siti Saleha
5. Izzue Islam & Tiz Zaqyah

Watak Jahat Dalam Filem/Drama Popular
1. Datuk Rosyam Nor
2. Hanez Suraya
3. Izreen Azminda
4. Nabila Huda
5. Sofi Jikan

Artis Berpengaruh di Laman Sosial
1. Datuk Siti Nurhaliza
2. Nora Danish
3. Shila Amzah
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Chef Selebriti Paling Popular
1. Chef Amran
2. Chef Anis Nabilah
3. Chef Nik Michael Imran
4. Chef Sherson Lian
5. Chef Wan

Aksi Di Youtube Paling Popular
1. Parodi Sayang (Bobo)
2. Parodi Gwiyomi (Nora Danish)
3. Anak Tomok OIAM merajuk (Tomok)
4. Macam Cantik Je Macam Comel Je Versi Nasyid (Amar)
5. Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi)
5226


0


TAGS: ABPBH, ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2011, ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2012, ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITAH HARIAN 2012, PERTANDINGAN ABPBH

JANGAN
TAK LIHAT
BERITA | TEMPATAN
Skool Of Lawak: Tiada Penyingkiran, Tiga Juri Diperkenalkan

BERITA | TEMPATAN
Legasi Awie, Ziana & Erra Dihidupkan Semula Dalam Suara Kita

BERITA | TEMPATAN
Kecederaan Kaki Tak Halang Shah Rukh Khan Beraksi Esok Di Malaysia

BERITA | TEMPATAN
Aku Cinta Padamu Berjaya Popularkan Nama Lokman Aslam

BERITA | TEMPATAN
3 Pelakon Utama Kami Histeria Buat Hal Di Panggung

27 Program Menarik Tahun Baharu Cina 2014 Di Rtm


27 Program Menarik Tahun Baharu Cina 2014 Di Rtm

27 Program Menarik Tahun Baharu Cina 2014 Di Rtm

Bagi memeriahkan perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) meneruskan tradisi dengan hidangan pelbagai program menarik dan berinformasi berbentuk hiburan, dokumentari serta filem dan drama menarik.

Secara keseluruhan sebanyak 27 rancangan terpilih bakal menemui penonton TV1, TV2 dan TVi. Manakala AiFM pula menyediakan enam program khas menemui pendengar setia satu-satunya stesen radio berbahasa Mandarin RTM ini.

Saluran TV1 menampilkan drama-drama, hiburan dan dokumentari khas mengisi slot menarik meraikan Tahun Baharu Cina 2014 iaitu tiga drama, Happy Balik Kampung (1 Februari; pukul 2.00 petang), Semangat Kuda (1 Februari; jam 9.00 malam) dan Rembau Ada Wifi (2 Februari; jam 10.05 pagi).

Berhibur kemudiannya dengan program Alanis Morissette Live @ Montreux 2012 pada 1 Februari; jam 6.00 petang dan Siaran Langsung Planet Joget Akhir pada 2 Februari; jam 9.00 malam sebelum diteruskan dengan dokumentari Ewan McGregor Cold Chain Mission dua hari berturut-turut pada 31 Januari dan 1 Februari; jam 4.05 petang.

Menerusi saluran TV2, program khas Siaran Langsung Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina bakal bersiaran dari Taiping, Perak menemui penonton jam 9.00 malam.

Saksikan juga drama bertajuk Hati Yang Tahu terbitan Unit Drama TV RTM pada 4 Februari; jam 10.00 malam. Tujuh buah filem menarik bermula Kungfu Chefs (30 Januari; jam 10.00 pagi), A Battle of Wits (30 Januari; pukul 10.00 malam), Kungfu Cyborg : Metallic Attraction (31 Januari; jam 2.00 petang), Lets The Bullets Fly (31 Januari; jam 10.00 malam), The Lady Iron Chef (1 Februari; jam 10.00 pagi), The Three Swordsmen (1 Februari; jam 2.00 petang) dan Wu Wen (3 Februari; jam 10.00 pagi).

Sebagai melengkapkan lagi rancangan khas di TV2, saksikan muzikal Falling Into You (31 Januari; jam 9.00 pagi), candawara We Are The Winner (2 Februari; jam 6.30 petang), majalah Dunia Feng Shui 2014 (30 Januari; jam 6.00 petang), Miss Tourism International (2 Februari; pukul 10.00 malam), komedi istimewa Perfect Match (31 Januari dan 1 Februari; jam 7.00 malam).

Istimewa untuk golongan cilik program Ren Jian CNY / Ming Jian CNY (31 Januari dan 1 Februari; jam 7.30 pagi) dan Happy Childhood (31 Januari dan 1 Februari; jam 8.30 pagi).

Tiga program khas mewarnai siaran TVi menerusi drama bertajuk Sebatang Pensil Sebiji Oren pada 1 Februari; jam 12.00 tengahari yang menampilkan lakonan Chew Kin Wah, Tria Aziz dan Ramasundram.

Ia mengisahkan hubungan Randah dengan Uncle Lim yang bermula apabila Randah memulangkan pensel laser dicurinya daripada kedai Lim.

Penonton turut diajak berhibur dengan dua buah muzikal pada 31 Januari bertajuk Fortune Hunter 2 jam 2.00 petang dan Year of The Golden Horse 2014; jam 10.00 malam.

Program khas Tahun Baharu AiFM bersiaran menemui pendengar empat hari berturut-turut mulai 30 Januari hingga 2 Februari.

Antara program menarik iaitu pada Hari Pertama Tahun Baharu Cina, Gongxi gongxi; jam 9.00 hingga 10.00 pagi, DJ AiFM akan menelefon DJ dari Beijing, Hong Kong, Taiwan dan Singapura berbual mengenai suasana perayaan Tahun Baharu Cina di negara masing-masing.

Dengarkan juga program Ai Xin Nian, persembahan pentas hiburan sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang merupakan antara jenama AiFM yang mendapat sambutan hangat daripada peminat stesen setiap tahun ia diadakan.

Pentas hiburan juga turut dikongsi ikon-ikon AiFM untuk menonjolkan bakat mereka. Rakaman program Ai Xian Nian ini akan disiarkan pada 2 Februari; jam 9.00 malam. Luangkan masa sepanjang perayaan ini dengan menonton program khas RTM.

Lagu Cintaku Mengatasi Segalanya Salamiah Hassan Ada Class


Lagu Cintaku Mengatasi Segalanya Salamiah Hassan Ada Class

Lagu Cintaku Mengatasi Segalanya Salamiah Hassan Ada Class

Selepas berlangsungnya konsert penyanyi veteran Salamiah Hassan di Istana Budaya baru-baru ini, Murai Batu terus bertanyakan kepada seorang teman yang sememangnya menyimpan album penyanyi hebat itu.

Yalah kalau nak harapkan Murai Batu, manalah ada Murai Batu menyimpannya sebab Murai Batu tidak lahir dalam era Salamiah Hassan dan hanya dua lagi saja yang familiar iaitu Gelombang dan juga Menghitung Hari

Nak dijadikan cerita dalam perjalanan Murai Batu ke satu destinasi, kami telah sama-sama mendengar album kompilasi Salamiah Hassan yang bertajuk Suatu Penantian yang telah diterbitkan oleh CBS Records sekitar tahun 1982.

Ha! Lihat tu. Kan Murai Batu sudah kata, memang bukan era Murai Batu.

Tapi percaya atau tidak, Murai Batu memang minat habis dengan lontaran suara Salamiah Hassan terutama lagu Wanita yang sering dimainkan di kaca TV ketika Murai Batu di zaman remaja dulu.

Apapun, dalam banyak-banyak lagu selain Gelombang dan Menghitung hari, terdapat dua lagu yang betul-betul menangkap di telinga Murai Batu iaitu Bintangmu Taurus dan juga Cintaku Mengatasi Segalanya.

Apa yang membuatkan Murai Batu tertarik dengan lagu Bintangmu Taurus kerana melodinya serta sebutan Taurus di mulut Salamiah Hassan yang cukup sempurna. Seperti perempuan mat salleh gitu.

Nak dijadikan cerita, ketika mendengar lagu itu, Murai Batu dan teman Murai Batu telah sama-sama memandang satu sama lain ketika Salamiah Hassan menyebut perkataan Taurus.

Kami berhenti seketika, lantas menyebabkan kami tersenyum dan terpinga-pinga. Adakah ini lagu Inggeris atau kami telah tersalah dengar? Memang kelakar detik itu.

Tapi apapun, satu lagi lagu yang memang menyebabkan kami memainkan berulang kali tak puas-puas iaitu lagu Cintaku Mengatasi Segalanya.

Bagi Murai Batu lagu berentak balada yang satu ini mempunyai nilai komersial yang terlalu tinggi dan tak salah kalau Murai Batu katakan, lagu itu takkan lapuk dek zaman. Maksudnya timeless, sebagaimana yang dikatakan teman Murai Batu.

Walau apapun dalam kami sedang asyik mendengar dan menyanyikannya seiringan berulang-ulang kali lagu berkenaan, kami mula terfikir alangkah baiknya jika Salamiah Hassan dapat merakamkannya semula dalam nafas baru.

Kami juga mula terfikir jika lagu itu dapat dinyanyikan oleh seorang penyanyi wanita muda yang dapat memberi dinamik supaya lagu itu uterus popular dan disukai ramai.

Murai Batu dan teman mula terbayang seorang penyanyi wanita yang mempunyai lenggok yang seakan sama dengan Salamiah Hassan. Jadi tak lain tak bukan ialah Dayang Nurfaizah.

Murai Batu percaya, jika diberi peluang lagu itu dirakamkan atau dipentaskan semula oleh Dayang Nurfaizah, tidak hairan ianya akan boom.

Mana tidaknya, jika Murai Batu dan teman-teman Murai Batu boleh jatuh cinta dengan lagu itu, mengapa tidak orang lain? Cuma mungkin perlu dipopularkan semula. Tak gitu?

Walau bagaimanapun itu hanya idea Murai Batu dan teman sahaja. Kami sekadar mengusul dan terpulanglah kepada salamiah Hassan dan Dayang Nurfaizah kerana kami percaya lagu Cintaku Mengatasi Segalanya memang ada class dan timeless.

Murai Batu: Nak lihat Salamiah Hassan buat persembah di atas pentas anugerah berprestij seperti ABP atau AIM.

Bintangmu Taurus, Suatu Penantian CBS Records 1982

Salamiah Hassan Terkilan Kassim Masdor Tak Dapat Tengok Konsertnya!


Salamiah Hassan Terkilan Kassim Masdor Tak Dapat Tengok Konsertnya!


Salamiah Hassan yang digelar The Voice di dalam industri muzik tempatan akui terkilan apabila komposer veteran itu tidak berpeluang untuk menyaksikan konsert sulungnya, Konsert Gelombang Salamiah Hassan yang diadakan di Panggung Sari Istana Budaya pada 10, 11 dan 12 Januari 2014 yang lalu.

Kata Salamiah Hassan, menerusi maklumat yang diterima daripada wartawan veteran Nor Bahyah Mahmood atau Kak Bam, komposer veteran tersebut memang sudah bercadang untuk datang menyaksikan konsert sulungnya itu.

"Kata Kak Bam, dia (Kassim) sudah pun membeli tiket bas atau kapal terbang daripada Singapura untuk datang ke Kuala Lumpur.Tapi, pada saat-saat akhir, dia terpaksa membatalkan perjalanannya itu kerana jatuh sakit.

"Terkilan juga saya kerana tidak dapat berjumpa dengan dia kerana dia adalah komposer lagu Gelombang. Tapi, bila ada perancangan untuk membawa konsert ini ke Esplanade, Singapura pada pertengahan tahun ini nanti, saya fikir mungkin di sana saja nanti saya akan berjumpa dengan dia.

"Tapi, nampaknya hasrat saya itu tetap tidak kesampaian jua dan berita kematian arwah bagi saya cukup menyedihkan. Terfikir juga untuk terbang ke Singapura bagi memberi penghormatan terakhir buat arwah.

"Tapi, tiada pula flight waktu pagi. Yang ada tengahari dan kalau pergi ke sana, jenazah arwah telah dikebumikan. Lagi satu, saya pun ada komitmen kerja pada sebelah malam," katanya kepada murai.com.my.

Apapun, kata Salamiah Hassan, dia amat berterima kasih kepada Kassim Masdor kerana telah memilihnya untuk membawakan lagu Gelombang dalam filem Tiada Esok Bagimu.

"Bagi saya lagu itu hit bukan kerana saya yang menyanyikannya semata-mata tetapi juga kerana komposisinya serta liriknya yang ditulis oleh Kak Bam.

"Malah, filem, jalan cerita dan barisan pelakonnya juga adalah antara faktor mengapa lagu Gelombang itu berjaya hingga sekarang," katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan