Cari Artikel

Thursday, February 13, 2014

Yana Samsudin Tunggu Lamaran Adik Farid Kamil


Yana Samsudin Tunggu Lamaran Adik Farid Kamil

Yana Samsudin Tunggu Lamaran Adik Farid Kamil

Yana Samsudin, 29, akui sejak tahun lalu, sudah pun merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Yana Samsudin yang kini dikatakan bercinta dengan adik kepada pelakon Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari berkata meskipun perancanga nuntuk berkahwin pada tahun ini sudah ada, namun dia tetap berserah kepada jodoh.

“Kalau nak ikutkan, memang saya pernah terfikir untuk berkahwin pada tahun ini, memandang usia saya pun sudah semakin lanjut.

“Mengenai hubungan dengan Fadzli, sebenarnya apa yang saya boleh katakan kami hanya berkawan dan hubungan kami sudah terjalin sejak 4 tahun lalu. Malah keluarga kedua belah pihak pun sudah saling mengenali.

“Namun bila cakap pasal jodoh dengan dia, saya sendiri tidak berani untuk beritahu apa lagi. Saya hanya seorang wanita dan apa-apa pun perlu tunggu pihak lelaki yang datang melamar. Kalau benar dia sukakan saya sudah tentu dia sendiri yang akan datang meminang saya,” katanya kepada murai.com.my.

Yana Samsudin ditemui di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina MIGdi Restoran N’dah Shah Alam semalam.

Bagaimanapun, Yana memberitahu syarat-syarat yang ditetapkan oleh MIG bukan penghalangnya untuk berumahtangga.

“Sebenarnya David Teo selalu mendoakan jodoh saya. Saya rasa mungkin dia sudah semakin terbuka selepas melihat sudah ramai artis MIG yangberkahwin.

“Malah, saya tak rasa bila berkahwin nanti akan menjejaskan karier saya sebagai pelakon kerana saya lihat peminat saya tidak pernah mencampurkan aduk peribadi dan kerjaya saya,” jelasnya lagi.

David Teo Sasar 200 Filem Pada Tahun 2018


David Teo Sasar 200 Filem Pada Tahun 2018

David Teo Sasar 200 Filem Pada Tahun 2018

Setelah berjaya mensasarkan penerbitan 100 buah filem pada tahun 2013, kini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  Metrowealth International Group (MIG), Mejar (K) David Teo akui bakal mensasarkan 200 buah filem pula yang akan diterbitkan pada tahun 2018.

David Teo berkata pencapaian 100 filem yang diterbitkan sejak 13 tahun bertapak dalam industri perfileman itu merupakan titik permulaan buat syarikat penerbitannya untuk lebih berjaya menghasilkan lebih banyak filem yang berkualiti.

“Ya kami sudah mencapai sasaran untuk menerbitkan 100 buah filem sehingga penghujung tahun lalu. Setakat ini sudah 88 filem yang sudah ditayangkan tetapi selebihnya akan ditayangkan pada tahun ini.

“Saya rasa ini pencapaian yang baik buat MIG, namun ianya tidak berhenti di sini dan kami akan terus mensasarkan lebihnya banyak filem dan filem yang lebih berkualiti akan datang. Pada tahun 2014 ini kami mensasarkan 20 buah filem akan diterbitkan.

“Malah saya sudah target, 200 filem akan diterbitkan sehingga penghujung tahun 2018 kelak kerana saya target 1000 filem akan diterbitkan di bawah syarikat produksi MIG akan datang,” katanya kepada murai.com.my di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina MIG di Restoran N’dah Shah Alam.

Majlis yang diadakan itu bagi meraikan para media dan pekerjanya untuk bersama-sama berkongsi rezeki pada tahun 2013.

Pun begitu, David Teo berkata tahun 2013 adalah tahun suram buat kutipan filem-filem di MIG, namun ia tidak mematahkan semangatnya dan akan mengkaji lebih lanjut apa kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Saya akui tahun 2013 adalah tahun yang suram kerana kutipan filem pada tahun lalu adalah sangat suram sepanjang MIG bertapak di dalam industri perfileman ini.

“Tapi setiap tahun akan ada pembaharuan dan kajian yanglebih terperinci untuk menghasilkan lebih banyak filem yang berkualiti kelak,” jelasnya lagi.

Sepanjang 2013, MIG berjaya mendominasi jumlah kutipan filem Melayu. Daripada keseluruhan kutipan wajib tayang filem Melayu, MIG masih mengungguli dengan kutipan melebihi 31 peratus menerusi 17 buah filem yang ditayangkan.

Filem paling cemerlang MIG pada tahun lalu adalah filem Adnan Sempit 3, Minyak Dagu, Highland Tower dan Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!

Komposer Kassim Masdor Meninggal Dunia


Komposer Kassim Masdor Meninggal Dunia

Komposer Kassim Masdor Meninggal Dunia

Komposer terkenal era kegemilangan Studio Jalan Ampas, Kassim Masdor telah meninggal dunia malam tadi di Singapura.

Menerusi laporan Astro Awani, Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Singapura kira-kira empat hari lalu akibat asma dan kritikal pada malam Selasa sehinggalah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.25 malam.

Antara yang terawal menerima berita pemergian Allahyarham ialah Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.

Kassim, 76, yang menjadi bapa tunggal sejak tahun 1973 meninggalkan lima orang anak, 18 cucu dan empat orang cicit.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham mencipta berpuluh-puluh buah lagu tema untuk filem-filem hitam-putih termasuk filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Pada tahun 1968, ketika Shaw Brothers ditutup, beliau menjadi komposer untuk syarikat rakaman EMI dan berjaya menerbitkan kira-kira 60 buah album.

Beliau mula mencipta lagu pada usia 16 tahun dengan lagu Sapu Tangan Tanda Mata, dendangan Allahyarham Puan Sri Saloma dan antara lagunya yang paling popular adalah lagu klasik Selamat Hari Raya nyanyian Fazidah Joned.

Turut popular adalah lagu Pelangi Petang, Gelombang, Bahtera Merdeka, Si Baju Hijau dan Hari Ini Dan Semalam.

Antara penyanyi yang pernah menyanyikan karya beliau ialah Datuk Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Datin Rafeah Buang, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Daud dan juga Sudirman.

Selain mencipta lagu-lagu dalam filem, beliau merupakan penjaga konti filem-filem arahan P.Ramlee.

Jenazah dijadual akan dikebumikan di Singapura sebelum solat Zuhur pada Rabu.

Kes Khalwat Shahrizal Jaszle Tidak Akan Digugurkan


Kes Khalwat Shahrizal Jaszle Tidak Akan Digugurkan

Kes Khalwat Shahrizal Jaszle Tidak Akan Digugurkan

Permohonan pelakon Shahrizal Jaszle untuk menggugurkan kes khalwatnya pada 16 Mei tahun lalu telah ditolak Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya dalam satu prosiding, petang semalam.

Mahkamah turut menetapkan kes khalwat pelakon itu diteruskan pada 8 April 2014 dan mengarahkan supaya kesemua saksi disepina sehingga tarikh perbicaraan.

Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh, 22, telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha lalu.

Pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu, wanita berkenaan telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat dengan pegawai bank itu.

Sementara itu, Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu walaupun keputusan tidak memihak kepadanya namun dia bersedia untuk membersihkan namanya pada perbicaraan itu nanti.

Bagaimanapun, Shahrizal berkata, dia masih belum membuat sebarang perancangan bagi menghadapi perbicaraan itu nanti ekoran pihak Pendakwa Syarie akan mengemukakan sembilan orang saksi.

"Saya tidak tahu mengenai saksi yang dikemukakan dan perlu berbincang dengan peguam saya terlebih dahulu.

"Bagaimanapun saya tidak gentar kerana tidak bersalah dalam hal ini," katanya.

Shila Amzah Mahu Tawan Korea Selatan


Shila Amzah Mahu Tawan Korea Selatan

Shila Amzah Mahu Tawan Korea Selatan

Selepas berjaya mengembangkan karier seni muziknya di China, penyanyi tersohor, Shila Amzah akui merancang untuk menawan industri muzik di Korea Selatan pula.

Namun, Shila berkata itu hanya perancangan awal dan dia kini dalam persedian menguasai serba sedikit bahasa Korea.

"Sebenarnya dah lama saya simpan untuk untuk ke Korea tapi tak tahu lagi bila masanya itu. Yelah muzik K-Pop kini mengembang luas hampir ke serata dunia termasuk Malaysia, jadi apa salahnya saya mencuba nasib di sana pula.

"Namun saya tahu bukan mudah. Buat masa ini biarlah saya buat persiapan sebelum ke sana iaitu pertama sekali perlu belajar bahasanya dulu.

"Tapi apa-apa pun, biarlah perjuangan saya di China selesai dahulu," katanya kepada murai.com.my ketika dalam satu sidang media yang diadakan oleh pihak Warner Music Malaysia baru-baru ini.

Sementara itu, Shila turut berkongsi tidak lama lagi sebuah konsert solo impiannya bakal direalisasikan.

"Alhamdulillah, akhirnya impian saya beraksi di pentas konsert besar bakal menjadi kenyataan dan berharap sambutan akan mencapai tahap kami sasarkan.

"Lebih menggembirakan saya apabila saya mendapat penajaan penuh daripada syarikat koporat. Konsert ini dijangkakan akan memuatkan ramai penonton dalam skala yang besar iaitu dalam tiga hingga lima ribu.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh dedahkan lagi lokasi dan bila. Apa yang boleh saya beritahu ia akan berlangsung pada April ini. Apa-apa pun sebuah sidang media akan diadakan nanti,"jelasnya lagi.

Shila bersama tiga artis lain iaiti Azlan & The Typewriter serta dua band lain akab mewakili Malaysia ke Festival Muzik Cannes, Perancis pada 1 hingga 4 Ferbruari ini.

Yusof Haslam Rancang Adakan Resepsi Syamsul & Syafiq Serentak


Yusof Haslam Rancang Adakan Resepsi Syamsul & Syafiq Serentak

Yusof Haslam Rancang Adakan Resepsi Syamsul & Syafiq Serentak

Datuk Yusof Haslam merancang untuk mengadakan majlis resepsi persandingan anak-anaknya Syamsul dan Syafiq secara serentak iaitu pada Jun depan, beberapa bulan selepas kedua-dua mereka sah bernikah.

Menerusi laporan mStar Online, Yusof, 60, berkata, majlis resepsi berkenaan dirancang untuk diadakan dalam suasana sederhana bagi mengelak daripada berlakunya pembaziran.

Pemilik syarikat produksi Skop Productions itu bagaimanapun turut menjelaskan yang perkara itu masih belum dibincangkan dengan Syamsul.

Syamsul bakal bernikah dengan pelakon Puteri Sarah pada penghujung Mac ini, manakala adiknya Syafiq pada sekitar April iaitu sebulan kemudian.

Sementara itu, Yusof turut melahirkan rasa bersyukur kerana kedua-dua bakal menantunya itu berasal daripada keluarga yang ‘baik-baik’ dan berpendidikan tinggi.

Yusof menambah, Puteri Sarah baginya seorang yang baik dan sentiasa ingin berubah ke arah menjadi lebih baik. Manakala pilihan Syafiq pula daripada keluarga yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi.

Juri untuk program Maharaja Lawak Mega 2013 ini turut menambah, meskipun dia bimbang untuk melepaskan anak-anaknya untuk membina keluarga, namun dia yakin mereka mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga dengan baik.

Tambahnya, selepas berkahwin Syamsul akan tinggal di rumah berasingan, sementara Syafiq memilih untuk menetap bersama keluarga di Taman Melawati.

Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediamannya di Sri Damansara, dekat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan