Cari Artikel

Tuesday, February 11, 2014

Selak Helaian Intrend Terkini Di Gajet Mudah Alih Anda!


Selak Helaian Intrend Terkini Di Gajet Mudah Alih Anda!

Selak Helaian Intrend Terkini Di Gajet Mudah Alih Anda!

Sebuah lagi kemajuan yang digapai oleh produk hasilan Astro dibawah sayap penerbitan majalahnya Astro Publishing Sdn Bhd, kini melangkah lebih jauh malah meletakkan enam majalah yang bernaung dibawahnya dalam kelas tersendiri.

Bidang penerbitan yang dulunya menghasilkan senaskhah majalah yang dinanti saban bulan kini sudah boleh dimuat turun untuk ditatap pembaca setia di mana-mana gajet mudah alih anda dengan teknologi yang dibangunkan oleh Astro Digital Publications untuk merealisasikan e-magazines, produk terkini penerbitan itu.

Melengkapi semua sisi keperluan bahan bacaan santai juga ilmiah anda dengan enam buah majalah yang terdiri daripada InTrend (fesyen dan gaya hidup wanita bahasa Melayu), Car (automotif), Style (fesyen dan gaya hidup wanita bahasa Inggeris), FHM (gaya hidup lelaki bahasa Inggeris), Men’s Uno (fesyen dan gaya hidup lelaki bahasa Cina), ifeel (fesyen dan gaya hidup wanita bahasa Cina) yang boleh dimuat turun di platform seperti Apple Store dan juga Google Play di telefon pintar mahupun gajet mudah alih yang disokong teknologi ini.



Menurut ketua Editor untuk majalah InTrend, Rosie Haslinda Nasir, pengenalan serta medium baru yang dibangunkan untuk majalah InTrend tersebut mampu memberikan pengalaman yang lebih buat pembaca yang sebelum ini hanya dapat menatap helaian yang sedia ada di dalam naskhah InTrend setiap bulan.

“Jika diperhatikan, imej mahupun setiap halaman yang menampilkan fashion spread dan juga beauty spread di majalah jika dilihat melalui digital ia memberikan gambaran yang berbeza kerana resolusi yang tinggi di telefon pintar khususnya.

“Secara tidak langsung gambaran tersebut dapat disampaikan dengan lebih mudah dan jelas kerana setiap imej itu bagaikan hidup atau live di depan mata dan ia berbeza dengan cetakan yang ada di dalam majalah.

“Selain daripada penghargaan yang lebih bagi setiap hasil kerja ini, pembaca akan lebih mendapat feel serta input yang cuba ditonjolkan dalam setiap rencana yang kami sediakan untuk mereka setiap keluaran InTrend,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Astro Digital Publishing di Plaza Damas, Selasa, semalam.

Selain daripada lebih interaktif, bahan bacaan akan menjadi lebih menarik juga memberikan satu sensasi baru kala ada menyelak majalah-majalah ini di gajet pilihan anda dimana-mana jua anda berada. Kini, untuk tampil trendy dan tampak menawan bukan lagi satu alasan kerana segala petua, tips dan juga panduan berharga daripada InTrend hanya jauhnya jari anda dan majalah alam maya di telefon pintar anda.

Alif Satar Kongsi Gambar Merisik Sha Dila


Alif Satar Kongsi Gambar Merisik Sha Dila

Alif Satar Kongsi Gambar Merisik Sha Dila
Alif Satar Merisik Sha Dila

Alif Satar, 24, yang selamat menghantar tanda atau merisik kekasihnya, Sha Dila Halid pada 14 Januari lalu.

Istimewa untuk pembaca murai.com.my, Alif sendiri telah berkongsi beberapa keping majlis merisik yang diadakan di kediaman orang tua Sha Dila di Rembau, Negeri Sembilan.

Majlis itu dengarnya hanya diadakan secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak, malah Alif sendiri tidak menghadirkan diri.

Murai Batu diberitahu lagi mereka merancang untuk mendirikan rumahtangga pada bulan September ini sempena hari jadi mereka yang sama-sama jatuh pada bulan itu.

Mereka ni sebenarnya dah bercinta 4 tahun lalu dan Alif katanya amat mencintai wanita itu walaupun bakal isterinya itu lebih berusia daripadanya apabila tahun ini sudah mencecah usia 30 tahun.

Ala pada Murai Batu tak kisah lah, pasal usia tu kan, asalkan mereka dah saling sayang menyayangi kan. Kami dari pihak murai.com.my mengucapkan tahniah dan semoga impian mereka ingin disarukan dengan ikatan yang sah tercapai dan berjalan seperti yang dirancang.

Membongkar Rahsia Kaum Lelaki Dalam Laga


Membongkar Rahsia Kaum Lelaki Dalam Laga

Membongkar Rahsia Kaum Lelaki Dalam Laga

Pengarah:  Ismail Yaacob

Pelakon:  Syazwan Zulkifly, Tyas Mirasih, Wan Hanafi Su, Marsha Milan, Eman Manan, Nasir Bilan Khan, Rosyam Nor, Eyzendi Aziz, Yus Jambu, Putri Mardiana, Ruminah Sidek & Zaidi Omar

Penerbit: Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd

Genre: Aksi & Drama

Tarikh Tayangan: 24 Jan 2014

Imbasan Awal

Filem Laga mengisahkan kisah laga ayam haram (sabung ayam). Sepasukan polis dari balai polis Rantau Panjang, Kelantan yang diketuai Inspektor Rosyam telah membuat serbuan ke atas satu pertandingan laga ayam haram yang baru hendak bermula. Merangkumi jalan cerita yang menunjukkan kecenderungan kaum lelaki tempatan mengikuti aktiviti ini, ia turut diselitkan dengan rahsia-rahsia kaum lelaki yang jarang dikupas dalam filem lain. Selain daripada cuba untuk memberi tauladan kepada generasi kini mengenai laga ayam, ia tetap memberikan pengajaran melalui perspektifnya yang tersendiri.

Ulasan Penulis

Daripada awal lagi penulis sudah menantikan kemunculan filem Laga kerana ia dibarisi semua pelakon yang berwibawa dan setiap mereka mempunyai rentak yang akan serupa bila menjiwai watak. Eman Manan, Wan Hanafi Su, Nasir Bilal Khan adalah pelakon yang disegani dek kerana ilmu serta mutu lakonan mereka dan corak filem ini juga pastinya garapan Ismail Yaacob, pengarah berpengalaman mengaulkan semua menjadi filem yang mungkin mencapai tahap pencalonan Oscar.

Walaupun tidak meleset telahan awal ini, daripada segi olahan jalan cerita sehinggalah perkembangan watak ia nyata memperlihatkan hasil kerja mereka yang berpengalaman tetapi masih ada perkara yang perlu diperbaharui dari segi konti dan praktikaliti kerana ia mencacatkan beberapa adegan hingga mengganggu penghayatan apabila teringatkan solekan watak tukang urut serta pakaian yang dikenakan oleh Tyas Mirasih seakan keterlaluan membawakan watak masing-masing.

Untuk babak yang agak panas dan menonjolkan adegan ranjang dan sebagainya ia dilaksanakan dengan baik dan tiada unsur yang berlebih-lebih hingga menonjolkan sisi seksual untuk Laga. Walaupun mungkin ramai merasakan ia mempersembahkan cerita di tempat tidur namun itu merupakan realiti yang berlaku dan pengarah mahu menyampaikan mesej mengenai ketaatan isteri terhadap suami.

Ia juga ingin menjelaskan bahawa Hassan Laga walaupun sudah berusia namun tidak mempunyai masalah untuk memperisterikan wanita muda kerana dia mampu untuk memberikan segala yang diperlukan seperti nafkah batin khususnya. Kesimpulannya, perkembangan watak serta jalan cerita kemas dan berjaya menterjemahkan komuniti sebuah kampung yang menjalankan aktiviti melaga ayam dengan karektor-karektor yang kuat menjayakannya.

Bermulanya episod konflik didalam Laga, daripada kisah suami mempertaruhkan isteri dek kerana maruah hinggalah kisah percintaan yang dihalang, Laga turut mengumpan penonton dengan tabiat manusia yang suka melaga-laga diantara satu sama lain. Terlalu banyak konflik yang ditimbulkan dan ia ditamatkan dengan begitu sahaja seperti matinya watak utama Hassan Laga seolah-olah jalan mudah untuk menamatkan cerita.

Secara kasarnya filem Laga tidak boleh dinilai daripada budaya yang ingin ditonjolkan kerana ilmu itu tidak semestinya datang daripada perkara yang positif sahaja. Aktiviti melaga ayam bukan sahaja menjadi ikutan budaya Melayu tetapi seluruh dunia berkongsi tradisi yang sama. Jika ingin mencari tontonan baru yang dilengkapi adegan suspen serta sedikit ilmu dan mesej, Laga membawa anda menerima karya baru dari hasil garapan orang lama yang ingin berkongsi idea dan cerita yang mungkin generasi baru tidak terfikir untuk menghasilkan menjadi filem.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan senario di sebuah kampung yang amat menggilai permainan sabung ayam sehingga melibatkan bunuh-membunuh dan pertaruhan isteri. Wan Hanafi Su yang memegang watak Hassan Laga adalah punca segala perbalahan yang berlaku di kampung tersebut.

Dia merupakan seorang kaki judi tegar yang gemar menghisap rokok. Kehidupannya penuh dengan gelak tawa bersama rakan judi yang lain. Tampak luarannya dia seperti ganas namun bila bersama isteri segalanya bertukar menjadi lembut. Hassan Laga mempunyai seorang isteri yang cantik jelita iaitu Ayu (Marsha Milan Londoh).

Di atas desakan, Dasuki (Nasir Bilal Khan) menyuruh Ayu menjadi taruhan. Dasuki pernah mengintai AYU di rumah Hassan Laga membuatkannya hilang sabar dan mencabar kelelakiannya.

Maya (Tyas Mirasih) baru tiba ke kampung SabrI (Syazwan Zulkifli) kerana melawat makciknya. Akhirnya, Sabri berjaya memaut hati Maya dan membawanya lari dari kampung tersebut kerana tindakan Sabri yang tidak sengaja membunuh Hassan Laga.

Isu Bercumbu: Zizan Razak Enggan Mengiyakan, Enggan Menafikan


Isu Bercumbu: Zizan Razak Enggan Mengiyakan, Enggan Menafikan

Isu Bercumbu: Zizan Razak Enggan Mengiyakan, Enggan Menafikan
Zizan Razak Dan Emma Maembong

Zizan Razak enggan mengiyakan atau menafikan tentang gosip bahawa dia dan aktres Emma Maembong telah dilihat bercumbuan dalam kapal terbang sewaktu ke Los Angeles baru-baru ini.

"Apa yang dilihat itu mungkin ya atau mungkin tidak kerana memang saya duduk bersebelahan dengan Emma.

"Saya juga rasa mungkin keakraban saya dan Emma yang sesekali ada juga bertepuk bertampar itu disalah tafsir," kata pelawak Zizan Razak apabila diminta mengulas mengenai gosip dari sebuah akbar tersebut.

Zizan yang membaca mengenai gosip itu menganggap ianya sebagai dugaan yang perlu diterimanya sebagai seorang artis.

"Kelakar juga bila gosip ini keluar kerana secara logiknya tak mungkin saya boleh berbuat demikian kerana bukan kami berdua sahaja ke sana. Malah kami bersama pengurus saya dan staff yang lain.

"Tapi tak mengapa, saya anggap ini dugaan yang saya perlu lalui," jelasnya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Emma yang kini tidak dapat diselindunginya lagi, Zizan akui sedang mengenali hati budi pelakon kacukan itu dan keluarganya.

"Sebenarnya kami memang rapat dan sekarang saya baru sahaja dalam proses mengenali hati budinya dan keluarganya juga,"luahnya lagi.

Zizan kini sedang menjalani penggambaran filem Cicakman 3 bersama Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan ramai lagi di sekitar lembah kelang.

Ning Nafi Sokong Hubungan Songsang, Harap Mv Tidak Disensasikan


Ning Nafi Sokong Hubungan Songsang, Harap Mv Tidak Disensasikan

Ning Nafi Sokong Hubungan Songsang, Harap Mv Tidak Disensasikan

Meskipun muzik video terbarunya iaitu lagu Bukan Wanita Sempurna telah mendapat sambutan yang baik daripada peminat apabila mencecah 10,000 penonton di laman Youtube dalam masa 3 hari, namun penyanyi, Ning Baizura akui tetap bimbang dengan penerimaan khalayak terhadap klipnya yang agak daring.

Ning berkata walaupun menerima komen-komen positif daripada penonton tetapi ada juga pihak yang merasakan muzik videonya agak melampau dan sukar untuk diterima.

"Masa mula-mula idea ini dilontarkan kepada saya terus-terang saya sedikit gementar dan agak berat hendak melakukannya tetapi bila diyakinkan oleh pihak label iaitu Universal Music bahawa mereka mahu bawa satu kelainan kali ini saya pun terus bersetuju.

"Sebenarnya saya antara orang yang berfikiran sangat negatif bila idea ini diberikan kepada saya oleh pengarah videonya, Zul Ardhia. Bukan apa, saya kalau boleh hendak menjaga hati semua pihak, itu yang membuatkan saya sangat bimbang ketika itu.

"Tapi, saya lakukan kerana ingin lebih berani menonjolkan kelainan dan yang paling penting bukan hubungan songsang itu yang hendak kami ketengahkan tetapi mesej positif yang tersirat yang hendak disampaikan itu,"katanya kepada murai.com.my

Ning ditemui dalam satu sidang media Chit Chat Bersama Ning Baizura yang diadakan di pejabat Universal Music Sdn Bhd di Petaling Jaya.

Selain memaparkan hubungan songsang seorang suami yang berlaku curang dengan isterinya yang dilakonkan oleh Ning, muzik video itu turut mempersembahkan aksi ghairah seorang lelaki yang menampakkan tubuhnya yang berotot.

Bagaimanapun, Ning menegaskan kisah di dalam klip itu tiada kene mengenai dengan kehidupan sebenarnya dan turut berharap khalayak tidak menuduh dia dan pihak Universal Music sengaja menyokong hubungan songsang dalam klip itu.

"Ini bukan kisah sebenar saya dan tiada kene mengena dengan hubungan saya dengan suami. Ini hanya drama yang sengaja dibangkitkan dalam video klip saya.

"Namun, suami saya juga amat memahami dan dia tahu saya tidak akan mencampur adukan hal rumahtangga dan kerja.

"Saya harap, video klip ini tidak disensasikan dan harap khalayak lebih terbuka kerana sebenarnya kisah yang ditonjolkan kisah realiti sebenar yang pernah berlaku disekeliling kita juga, cuma kali ini divisualkan," jelasnya lagi.

Bukan Wanita Sempurna dicipta oleh komposer Indonesia, Ade Govinda yang sebelum ini pernah mencipya lagu penyanyi Astrid iaitu Tentang Rasa.

Selain mengguna khidmat pengarah video dari Indonesia, Zul Ardhia, video klip ini juga telah menjalani penggambaran sepenuhnya di negara jiran itu pada tiga bulan lalu.

Lagu Bukan Wanita Sempurna turut dimuatkan di dalam album terbaru Ning yang berjudul Kekal yang kesemuanya terdapat 11 buah lagu.

10,000 Banjiri Konsert Era Fm Sayang Sabah Bersama Biozip


10,000 Banjiri Konsert Era Fm Sayang Sabah Bersama Biozip

10,000 Banjiri Konsert Era Fm Sayang Sabah Bersama Biozip

ERA fm Sabah mencatatkan sejarah tersendiri apabila hampir 10, 000 orang membanjiri Konsert ERA fm Sayang Sabah Bersama Biozip di 1 Borneo Gourmet Lane, Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu lepas.

Selaku penganjur, ERA fm Sabah berjaya menggabungkan satu tenaga dalam pelbagai bentuk persembahan dan genre muzik dalam konsert tersebut sebagai simbolik sambutan ulangtahung ke – 3 mereka bersama – sama barisan penyanyi popular dalam dan luar negara seperti Judika, Altimet, Awi Rafael, Faizul AF 2013, Candy, Dj Fuzz, W.A.R.I.S, Juzzthin dan Mark Adam.

Acara bermula dengan pembukaan pentas oleh penyampai-penyampai ERA fm seperti Aril dan barisan penyampai ERA fm Sabah Ily, Christ, BeeBay, dan Jay Jay yang menghidupkan pentas pada malam tersebut.

Penyanyi yang berasal dari Sarawak, Candy merupakan penyanyi pertama pada malam konsert tersebut yang menyampaikan 2 buah lagu bertajuk Semalam dan Good Times dengan penuh lincah.

Seterusnya, penyanyi muda dan berbakat Dj Fuzz bersama sama sahabatnya W.A.R.I.S dan Juzzthin menghangatkan pentas Konsert ERA fm Sayang Sabah Bersama Biozip dengan mempersembahkan tiga buah lagu popular mereka seperti Kito Monang, Rembau Most Wanted, Botingkek dan gabungan hebat lagu – lagu Ritma Merdeka/Cypher Anthem Medly/100 % dalam rentak yang rancak. Teriakan orang ramai membuatkan pentas malam itu sangat meriah!

Paling menarik, Mark Adam muncul di atas pentas dengan memberikan ucapannya dalam Bahasa Malaysia dan secara tidak langsung membuatkan peminat- peminatnya teruja dan teriak gembira!

Penyanyi yang berasal dari Filipina ini menyanyikan empat buat lagu seperti Day Light (Marron 5), Sandiwara Cinta, Si Katak (Lagu baru) dan tidak lupa lagu yang menjadi siulan orang ramai berjudul Pencuri.

Persembahan diteruskan lagi dengan penyanyi yang cukup popular dengan persembahan santainya. Awi Rafael, menyanyikan empat buah lagu berjudul Pulanglah, Bila Aku Jatuh Cinta, Betterman, Kalau Aku Kaya (bersama Altimet) dan Derita Ini Membunuhku yang turut menggamit perhatian penonton.

Pentas Konsert ERA fm Sayang Sabah Bersama Biozip menjadi hangat apabila Altimet mengambilalih pentas dengan menyampaikan lagu-lagu rancak dan menjadi trend masa kini berjudul Havoc. Selain itu, Altimet turut menyampaikan lagu lagu popularnya seperti Kotarayaku, Bangkit, dan Cantik.

Sementara orang ramai menunggu persembahan dari Judika, juara Akademi Fantasia 2014 Faizul, menyampaikan lagu- lagu seperti Sayang Kinabalu, Harus Terpisah, dan Sepasang Sayap.

Pengurus Operasi Astro Radio Sabah, Syazlee Zalsyam Zakaria (Uno) berkata, pihaknya berbangga dengan sambutan yang diberikan oleh penonton terutamanya penduduk Sabah.

"Selain itu, kami juga ingin berterima kasih kepada pihak media yang hadir bagi membuat liputan berkenaan Konsert ERA fm Sayang Sabah.

"Saya percaya, persembahan pada malam tersebut ternyata memberikan kepuasan kepada semua penonton yang hadir. Pelbagai gaya persembahan menarik dan bertenaga serta genre muzik yang telah dipersembahkan oleh artis – artis hebat sebagai memenuhi citarasa orang ramai. Di harapkan pada masa akan datang, kami dapat mengekalkan prestasi yang telah dilakarkan seperti sebelum – sebelum in," katanya.

Sebagai penutup acara Konsert ERA fm Sayang Sabah, pihak ERA fm Sabah mengambil keputusan untuk melakukan gimik dengan menyatakan bahawa Judika tidak dapat hadir pada malam tersebut kerana masalah kesihatan.

Suasana bertukar menjadi gelap dan bingit dengan jeritan nama Judika! Jesteru itu, secara tiba-tiba Judika muncul dalam kegelapan dengan penuh gembira apabila melihat ribuan penonton membanjiri kawasan 1Borneo Gourmet Kota Kinabalu pada malam itu!

Kata Judika, ini adalah kali pertama dia datang ke Sabah.

“Ini adalah sejarah yang tidak akan saya lupakan apatah lagi bila melihat lautan penonton di hadapan saya ketika menyanyikan lagu-lagu saya sendiri bersama sama peminat di Malaysia.

"Biarpun pertama kali diterbangkan ke Kota Kinabalu Sabah , saya amat gembira apabila diberi peluang beraksi di pentas yang cukup bermakna dan menyampaikan lagu-lagu saya seperti Setengah Mati Merindu, Bukan Dia Tapi Aku, Aku Yang Tersakiti, dan dua lagu yang dipopularkan oleh idola saya sendiri Amy Search, berjudul Tiada Lagi dan Issabella.

"Warga Sabah memang sangat ‘sporting’ dan ‘happening’. Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjaya saya di Malaysia terutamanya kepada radio ERA fm yang sentiasa menyokong dan tidak jemu memainkan lagu – lagu saya .Malam yang cukup bersejarah ini akan saya lakarkan sebagai kenangan terindah dalam hidup saya," katanya.

Secara keseluruhannya, Kosert ERA fm Sayang Sabah Bersama Biozip telah memberikan kepuasan kepada seluruh warga Sabah dengan persembahan – persembahan artis yang mantap!

Terdahulu, Sebelum memulakan acara konsert pada malam tersebut, pihak ERA fm Sabah telah memilih beberapa pemenang bertuah melalui ERA fm Sabah untuk mengadakan sesi beramah mesra bersama barisan penyanyi tersebut di Rafflesia Chicken Hut di Kompleks Karamunsing.

Velvet AF Rupanya Yang Nyanyi Jingle Milo 2013


Velvet AF Rupanya Yang Nyanyi Jingle Milo 2013

Velvet AF Rupanya Yang Nyanyi Jingle Milo 2013

Sejak akhir tahun lalu, Murai Batu tertanya-tanya siapalah yang menyanyikan lagu iklan produk TV atau Jingle Milo - Fuel For Champion.

Tak kiralah sama ada ianya disampaikan dalam versi bahasa Melayu mahu pun Inggeris, namun Murai Batu suka betul dengar lagu jingle Milo tu.

Melodinya sedap dan suara penyanyi yang menyanyikan lagu jingle Milo tu pun sedap giler. Sampaikan Murai Batu pun tertanya-tanya siapalah yang nyanyikan lagu jingle Milo tu.

Mula-mula Murai Batu ingatkan jingle Milo tu dinyanyikan oleh Dina Nadzir. Al-maklumlah, suara Dina Nadzir pun memang komersil untuk membawakan lagu-lagu iklan.

Tapi, bila Murai Batu dah risik sana-sini, barulah Murai Batu dapat tahu bahawa lagu iklan produk Milo yang dikeluarkan pada hujung tahun lalu itu dibawakan oleh Velvet AF.

Bila dengar nama Velvet AF, Murai Batu tak terkejut pun. Sebab suara Velvet AF memang antara yang Murai Batu suka dengar waktu di AF4 dulu.

Kat sini, Murai Batu nak sertakan lagu jingle Milo buat tatapan korang semua. Ada dua version tau. Satu daalam bahasa Melayu dan satu lagi dalam bahasa Inggeris. Lagu jingel dalam bahasa Inggeris versinya lebih panjang daripada lagu iklan Milo versi Melayu.

Versi Inggeris



Versi Melayu



Miss Propa Ganti Tempat Neelofa Dalam Iklan Meletop


Miss Propa Ganti Tempat Neelofa Dalam Iklan Meletop

Miss Propa Ganti Tempat Neelofa Dalam Iklan Meletop

Dalam sedang hangat menanti tibanya Anugerah Meletop Era yang akan bersiaran pada 8 Februari nanti,  Miss Propa terdetik untuk membuat Proparodi untuk iklan program Meletop yang menjadi bualan hangat.



Macam mana hebat tak aksi Miss Propa? Adakah sehebat Neelofa?

Tapi Miss Propa harap pengacara wanita program itu, Neelofa tak naik hantu apabila Miss Propa cuba menggantikan tempatnya dalam iklan berkenaan yang sememangnya meletop bedebam bedebom, gitu.

Semuanya Miss Propa menggunakan teknik komputer grafik yang boleh tampal dan bergerak seperti asli. Hebat tak?

Bukannya apa, tujuan Miss Propa hanyalah untuk mempromosikan Anugerah Meletop Era supaya peminat tidak lupa mengundi artis kegemaran masing-masing menerusi kategori yang dipertandingkan. Betul tak?

Lagipun minggu lalu, senarai lima teratas anugerah berkenaan sudahpun diumumkan. Jadi hanya tinggal beberapa hari saja lagi masa untuk peminat untuk mengundi supaya tidak terjadi kes menggigit jari apabila artis kesayangan mereka kalah.

Tambahan lagi, Miss Propa rasa syok pula bila dapat mengambil tempat Neelofa dalam iklan komersial berkenaan. Rasa cantik lagi cun melecun macam Neelofa pula.

Eee…Propalah!

Syazwan Zulkifly Pasrah Asyik Diberikan Watak Penyangak


Syazwan Zulkifly Pasrah Asyik Diberikan Watak Penyangak

Syazwan Zulkifly Pasrah Asyik Diberikan Watak Penyangak

Syazwan Zulkifly akui pasrah apabila seringkali diberikan watak jahat atau penyangak dalam drama mahu pun filem yang diterbitkan syarikat produksi tempatan.

"Bukan tak mahu pelbagaikan watak tapi setiap kali diberikan watak, pasti yang dapat adalah watak jahat. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab muka saya ni memang sesuai bawakan watak jahat kot.

"Bila ditawarkan membawakan watak sebegitu (jahat), takkan saya nak tolak. Dah rezekikan. Kalau nak tunggu dapat tawaran untuk bawakan watak lain macam orang susah, watak kena tindas atau jadi mangsa keadaan, tak tahulah bila saya akan dapat tawaran yang macam tu," katanya portal Murai.

Syazwan Zulkifly kini sedang teruja menanti kemunculan filem tebaru lakonannya, Laga yang bakal muncul di pawagam pada 23 Januari ini. Filem tersebut turut dibintangi beberapa aktor handalan lain seperti Eman Manan, Nasir Bilal Khan serta Dato' Rosyam Nor, selain Marsha Milan serta pelakon Indonesia, Tyas Mirasih.

Ditanya apakah dia tidak gerun berdepan dengan beberapa aktor yang disegani itu, Syazwan Zulkifly berkata: "Kalau diikutkan hati memang dia gerun sungguh untuk berhadapan dengan mereka semua. Apatah lagi mereka semua, bukan calang-calang aktor.

"Tapi hendak buat macam mana, gerun tak gerun, kerja harus diteruskan. Orang sudah bayar kita, jadi kita kenalah deliver apa yang kita perlu buat. Tapi, bekerja dengan mereka adalah satu pengalaman yang cukup berharga," katanya lagi kepada murai.com.my.

Komposer Adnan Abu Hassan Terima Gelaran Dato`


Komposer Adnan Abu Hassan Terima Gelaran Dato`

Komposer Adnan Abu Hassan Terima Gelaran Dato`

Komposer muzik terkenal tanah air, Adnan Abu Hassan, 55, telah menerima Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) dan menyandang gelaran Dato` sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah ke-8 , semalam.

Menurut laporan akhbar Harian Metro hari ini, Dato` Adnan Abu Hassan merupakan Antara 68 daripada 114 penerima gelaran itu.

Adnan yang berasal dari Jalan Pegawai , di Alor Setar Kedah berkata anugerah itu mengiktiraf sumbangannya terhadap industri hiburan tempatan.

“Saya  rasa bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan ini dan berterima kasih kepada Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau yang sudah menceburi bidang muzik sejak 35 tahun lalu adalah seorang penyanyi, penggubah lagu, penulis lizik dan pemuzik di negara ini termasuk menjadi tengara pengajar bagi rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia dan Kilauan Emas.

Mawi Tidak Mahu Popular Seperti Dahulu


Mawi Tidak Mahu Popular Seperti Dahulu

Mawi Tidak Mahu Popular Seperti Dahulu

Mawi akui yang dia rindukan kenangan sewaktu dia menjadi kegilaan masyarakat dengan gelaran 'Raja SMS' (khidmat pesanan ringkas) satu ketika dahulu.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Asmawi Ani ini tidak mahu momen-momen indah itu kembali ke dalam hidupnya kerana dia kini selesa dengan kehidupannya yang sederhana.

"Memang tidak dinafikan, memori zaman popular dimana ketika itu saya mejadi kegilaan peminat fanatik sering terlintas di fikiran. Ianya indah, tetapi ada juga pahitnya kerana pelbagai kontroversi yang tercetus tanpa henti.

"Apa pun saya anggap itu pengalaman. Tak terfikir pun nak berpatah balik merasakan zaman itu semula. Tak sanggup saya," selorohnya.

Tambah Mawi, 33, dia juga akur apabila namanya tidak sepopular dahulu kerana ia sedikit sebanyak memudahkan dia untuk bergerak bebas melakukan apa sahaja yang diinginkan.

Mawi telah mencetuskan fenomenanya tersendiri yang digelar `Tsumawi` apabila dia menjuarai AF3 pada tahun 2005. Kegilaan peminatnya telah melanda seluruh negara sehingga ke mana sahaja dia pergi, ribuan manusia akan mengelilinganya semata-mata ingin merasai sendiri `aura` yang dimiliki oleh anak jati Felda Taib Andak, Johor itu.

Sementara itu, Mawi juga bersyukur apabila lagunya, Al Haq yang menampilkan Datuk AC Mizal sebagai penyanyi rap mendapat sambutan hangat daripada pendengar.

Kata Mawi, dia tidak sangka lagu yang dihasilkan bersama Sheikh Qalam dan Jeff (A2Z) itu menjadi kesukaan ramai memandangkan dua lagu yang dilancarkan sebelum ini iaitu Termolek dan Menanti Hikmah kurang mendapat sambutan.

"Saya mendapat respons ramai yang menyukai lagu tersebut kerana melodi doa pelindung diri iaitu surah Hizip Al-Hafiz menarik. Alhamdulillah, saya gembira dan syukur apabila peminat senang dengan lagu ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mawi juga kini sibuk dengan perniagaan butiknya yang diusahakan bersama isteri, Ekin, di Seksyen 9, Bangi.

Syatilla Melvin Akui Seksi Tapi Tak Liar


Syatilla Melvin Akui Seksi Tapi Tak Liar

Syatilla Melvin Akui Seksi Tapi Tak Liar
Syatilla Melvin

Syatilla Melvin menafikan dakwaan peminat yang melabelnya sebagai gadis liar dan tidak bermaruah kerana berpenampilan seksi.

Menerusi laporan akbar Harian Metro, Syatilla melahirkan kekecewaan mengenai kecaman peminat yang melampau.

"Tak semestinya seksi saya liar di luar. Jangan cakap macam itu.

"Saya akui ada beberapa pakaian yang seksi di rumah. Saya memang pernah seksi sebelum ini. Tapi saya bukan liar macam itu. Sumpah saya tak minum (alkohol), merokok atau berparti di kelab malam,"katanya.

Syatilla juga kecewa penghinaan yang dilemparkan turut dilemparkan kepada ibu bapanya berikutab imejnua yang seksi adalah tuduhan yang tidak relevan.

Bagaimanapun, pelakon tinggi lampai itu berusaha memperbaiki kesilapan diri dan berharap masyarakat tidak mudah menjatuhkan hukuman.

MLM2013: Berakhir Sudah Perjuangan Comey


MLM2013: Berakhir Sudah Perjuangan Comey

MLM2013: Berakhir Sudah Perjuangan Comey

Selepas sepuluh minggu bertahan dalam program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013), akhirnya perjuangan kumpulan Comey ditamatkan malam tadi apabila mereka diumumkan sebagai pesera yang tersingkir.

Comey yang dianggotai pelawak dari Singapura, Suhaimi bersama Ropie telah menunjukkan percapaian yang memberangsangkan apabila berjaya bertahan selama 10 minggu dalam MLM 2013, sebelum undian tidak memihak kepada mereka malam tadi apabila berada di kedudukan tercorot sekali gus disingkirkan.

Penyingkiran Comey diumumkan oleh Sheikh Haikel yang juga merupakan salah seorang dari juri tetap program itu. Selain Comey, dua lagi peserta yang berada di kedudukan tiga terendah minggu ini ialah Nabil dan Jambu. Kedudukan kedua-dua peserta ini di kedudukan tiga terbawah amat mengejutkan tambahn pula Nabil turut dipilih sebagai `Man of The Match` untuk minggu ini.

MLM2013 minggu ke 10 telah berlangsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dengan membawakan tema radio pada minggu ini. Dua penyampai radio dari Sinar FM, iaitu Feeya Iskandar dan Salleh Yaakob turut tampil membuat kemunculan istimewa.

Dengan penyingkiran Comey, tinggal 6 lagi peserta yang terus akan bersaing pada minggu hadapan di mana MLM2013 akan bersiaran secara langsung dari Kedah. Teruskan melayari www.astrogempak.com.my/maharajalawakmega untuk mengetahui perkembangan MLM2013 pada minggu hadapan.

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Awal Ashaari Sukacitanya Umum Scha Al Yahya Hamil


Awal Ashaari Sukacitanya Umum Scha Al Yahya Hamil

Awal Ashaari Sukacitanya Umum Scha Al Yahya Hamil


Pengacara, Awal Ashaari mengesahkan isterinya , Scha Al- Yahya kini sudah pun hamil anak pertama mereka.

Awal Ashaari mengumumkan berita itu di laman sosial Instagram miliknya petang tadi.

Pengacara Melodi itu memberitahu kandungan Scha kini sudah pun memasuki trimester kedua (empat hingga enam bulan).

Entri yang ditulis Awal di dalam Instagram miliknya seperti berikut:

"Salam Jumaat, syukur Alhamdulilah we are happy to announce that we'r expecting our first baby, Insha Allah. Scha is reaching her second trimester now and we are so blessed with the rezeki. Terima kasih buat semua yang selalu mendoakan kami dan moga semuanya berjalan lancar,"

Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada Mei 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan