Cari Artikel

Friday, January 17, 2014

`Yang Hit, Yang Meletop` Jadi Tema Anugerah Meletop Era


`Yang Hit, Yang Meletop` Jadi Tema Anugerah Meletop Era

`Yang Hit, Yang Meletop` Jadi Tema Anugerah Meletop Era

Mendengarkan temanya sahaja, kita sudah tahu Anugerah MeleTOP ERA (AME) bakal tampil dengan kelainan dan kemeriahan luar biasa!

AME yang bakal berlangsung pada 8 Februari 2014 ini, akan dibarisi barisan penghibur serta penyampai terpilih dan pastinya nama-nama tersebut terdiri daripada mereka yang ‘MeleTOP’.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pihak jawatankuasa AME telah meneliti beberapa nama untuk memeriahkan lagi malam anugerah yang penuh gilang gemilang itu nanti.

“Kami telah meneliti beberapa nama yang tidak kurang hebatnya di dalam industri untuk dijadikan barisan penyampai anugerah dan membuat persembahan istimewa pada malam AME nanti.

“Apa yang boleh kami janjikan, kepuasan dan persembahan istimewa dengan penuh kelainan akan dibawakan khas untuk penonton-penonton semua,” katanya pada majlis sidang media pengumuman calon Top 5 Anugerah MeleTOP ERA pada Khamis di Zouk, Kuala Lumpur.

Senarai calon Top 5 untuk 14 buah kategori telah disenarai pendek berdasarkan undian oleh orang ramai daripada fasa pertama yang dibuka sejak 19 Disember 2013 hingga 10 Januari lalu, iaitu Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP, Grup/DUO MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Penyampai Baru Radio MeleTOP, Filem MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Program TV MeleTOP, Bintang TV MeleTOP, Bintang Siber MeleTOP, Couple MeleTOP, Artis Baru MeleTOP, Fesyen MeleTOP dan Artis Serantau MeleTOP.

Pada majlis itu juga, beliau turut mengumumkan senarai penuh Top 5 bagi 14 buah kategori AME dan memperkenalkan kategori baru iaitu, Anugerah WeChat MeleTOP.

“Anugerah WeChat MeleTOP diperkenalkan untuk memberi kepuasan kepada para pengundi. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah undian teritnggi menerusi aplikasi WeChat yang diterima selebriti tercalon.

“Pemenang Anugerah WeChat MeleTOP akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM15,000, sementara pemenang bagi kategori lain pula bakal menerima wang tunai RM5,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro,” katanya.

Selain 14 buah kategori dan Anugerah WeChat MeleTOP, dua buah lagi kategori lain yang turut dipertandingkan ialah Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) dan pemenangnya akan dipilih berdasarkan selebriti yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon Top 5.

Kepada anda yang ingin mengundi, talian undian bagi fasa kedua bagi menentukan pemenang akhir telahpun dibuka bermula 16 Januari, dan akan ditutup pada 8 Februari , jam 6 petang.

Anda boleh menghantar undian melalui tiga cara iaitu secara online menerusi laman sosial rasmi, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi WeChat.

Anugerah MeleTOP ERA akan berlangsung dengan penuh meriah pada 8 Februari 2014 dan boleh ditonton secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104) dan dan siaran serentak di Maya HD (saluran 135), Astro Hitz (saluran 705) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go dan Laman YouTube Astro Gempak.

Cara mengundi dan maklumat lanjut boleh didapati di www.meletop.com.my atau www.facebook.com/mymeletop


Konsert ERA Sayang Sabah Kembali Semula!


Konsert ERA Sayang Sabah Kembali Semula!

Konsert ERA Sayang Sabah Kembali Semula!

Hiburan buat seluruh warga Sabah! Ternyata sambutan ulangtahun ERA fm Sabah pada tahun ini pasti meriah seperti tahun- tahun lalu!

Pada awal tahun 2014 nanti, ERA fm Sabah sekali lagi menganjurkan Konsert ERA Sayang Sabah bersama Biozip khas buat warga Sabah yang sentiasa memberikan sokongan!

Konsert ERA Sayang Sabah bersama Biozip ini bakal di anjurkan pada 18 Januari 2014 , bermula jam 7 petang bertempat di 1Borneo Gourmet Lane, KK.

Konsert ERA Sayang Sabah bersama Biozip kali ini menampilkan penyanyi popular Judika yang berasal dari Indonesia. Kehadiran Judika menyerikan konsert ini menamatkan satu penantian bagi warga Sabah yang selama ini terpukau dengan lagu- lagu popularnya seperti Aku Yang Tersakiti, Setengah Mati Merindu, Bukan Dia Tapi Aku yang juga sering diputarkan di ERA fm.

Pengurus Operasi Astro Radio Sabah, Syazleey Zalsyam Zakaria atau Uno berkata, pihaknya cukup berbangga kerana sekali lagi dapat menganjurkan konsert ERA Sayang Sabah yang akan berlangsung pada 18 Januari 2014 nanti.

“Sudah tentu, suatu kelainan dapat dirasakan apabila kami bakal menyerikan pentas Konsert ERA Sayang Sabah dengan kepelbagaian genre muzik yang dipersembahkan oleh artis- artis ternama dalam dan luar negara,” katanya.

Barisan artis yang memeriahkan Konsert ERA Sayang Sabah nanti seperti Judika, W.A.R.I.S, Altimet, DJ Fuzz, Mark Adam, Faizul (Juara Akademi Fantasia 2013), Awi Rafael dan Candy.

Keputusan untuk membawa Judika pada Konsert ERA Sayang Sabah pada tahun 2014 adalah faktor keunikan yang ada pada penyanyi bersuara hebat itu. Pihak ERA fm Sabah percaya, penonton pastinya jatuh cinta dengan persembahannya yang akan menggegarkan Kota Kinabalu!”

Tambah Uno lagi, tujuan utama penganjuran tujuan utama penganjuran konsert sebegini juga adalah sempena menyambut ulangtahun ERA fm Sabah yang ke -3.

“Selain itu, ianya sebagai tanda penghargaan keluarga ERA fm kepada semua yang tidak henti- henti menyokong termasuklah pendengar tegar ERA fm Sabah, rakan – rakan media, pihak penaja, serta rakan pengiklanan. Yang paling penting sekali, masuk adalah percuma untuk ke konsert ini,” katanya.

Konsert ERA Sayang Sabah bersama Biozip ini akan turut dimeriahkan barisan penyampai- penyampai radio ERA fm seperti Jayjay, Ily, Beebey, Christ dan Aril!

Sebagai penghargaan, jutaan terima kasih diucapkan kepada Biozip selaku penaja utama Konsert ERA Sayang Sabah 2014, 1 Borneo Hypermall selaku lokasi rasmi, CARINO Sporting Goods selaku pakaian sukan rasmi, Borneo Creative Academy selaku solekan dan dandanan rambut rasmi, Rafflesia Chicken Hut selaku penaja makanan dan minuman rasmi dan Astro hitz dan Astro RIA.

Untuk memenangi pas Rock Zone Konsert ERA Sayang Sabah bersama Biozip nanti, jangan terlepas isyarat memanggil di frekuensi ERA SABAH 102.4 FM di Kota Kinabalu dan 103.0FM di Sandakan.

Para pendengar yang memenangi pas Rock Zone bakal menyaksikan artis kegemaran mereka secara lebih dekat di konsert tersebut secara percuma!

Selain daripada peraduan di radio pendengar juga berpeluang untuk memenangi pas Rock Zone dan beramah mesra bersama artis-artis di laman Facebook ERA fm Sabah dan juga Instagram. Layari fbsabah.era.fm dan ikuti akaun Instagram erafmsabah untuk maklumat lanjut.

Beto Kusyairy Akui Selesa Bawa Isteri Ke Majlis Hiburan


Beto Kusyairy Akui Selesa Bawa Isteri Ke Majlis Hiburan

Beto Kusyairy Akui Selesa Bawa Isteri Ke Majlis Hiburan

Beto Kusyairy akui selesa membawa isterinya bersama-sama ke acara hiburan sejak dulu lagi.

Pun begitu, Beto Kusyairy berkata ianya tidak bermaksud dia selesa dan begitu terbuka untuk bercerita mengenai perihal peribadinya.

“Isteri saya adalah orang yang kuat menyokong saya dan kerjaya saya dari dulu lagi. Dia banyak membantu dalam kerjaya saya dan dialah sahabat baik hingga kini. Jadi dia akan sentiasa bersama saya ke mana saya pergi.

“Namun itu tak bermakna saya selesa untuk berkongsi mengenai perihal keluarga saya. Bagaimana pun saya ada juga kongsi perihal keluarga tetapi secara dasarnya sahaja. Bukannya apa, sebagai seorang selebriti, menjadi lumrah umum akan tahu serba serbi tentang diri saya.

“Jadi kalau boleh, biarlah saya simpan sedikit hal peribadi untuk diri saya tanpa ditatap orang ramai. Memang saya seorang yang agak misteri apabila membabitkan hal-hal berkaitan keluarga,” katanya kepada murai.com.my.

Beto ditemui selepas di pelancaran supertelemovie Qadr dan Panik untuk tayangan Astro First Eksklusif yang diadakan di GSC Pavilion baru-baru ini.

Punya prinsip tersendiri, Beto memberitahu dia telah menggunakan pendekatan lain untuk dekatkan diri daripada peminat selain mendedahkan kisah peribadinya.

“Bagi saya senang sahaja, apabila kita terlalu terbuka, memang orang terlalu cepat terima dan sukakan kita. Tetapi harus ingat juga, kita juga mungkin akan terlalu cepat dibenci selepas itu.

“Jadi cara saya menghargai peminat, saya akan bekerja keras untuk hasilkan lakonan yang terbaik. Barulah mereka berpuas hati ketika menonton,” jelasnya lagi.

Beto dan isteri sudah pun berkahwin beberapa tahun yang lalu, namun difahamkan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Mengenai perkembangan lain, Beto akan muncul menerusi drama Qadr, arahan Faisal Ishak bermula Khamis ini di saluran Astro First.

Drama tersebut turut menampilkan Zahiril Adzim, Shera Ayob, Kismah Johar dan Tengku Hanis.

Nur Fazura Jelaskan Hubungan Dengan Jejaka `Mat Salleh` Bernama Randy


Nur Fazura Jelaskan Hubungan Dengan Jejaka `Mat Salleh` Bernama Randy

Nur Fazura Jelaskan Hubungan Dengan Jejaka `Mat Salleh` Bernama Randy

Nur Fazura tidak pernah sepi daripada dunia hiburan tempatan di negara ini. Mungkin kerana setiap sisi yang ditonjolkannya pasti akan dikutip menjadi perkara yang sensasi.

Itulah harganya menjadi orang yang glamor dan apatah lagi dengan perwatakan diri yang menjadi dambaan ramai, pasti dia sentiasa diburu kerana status dirinya.

Menerusi Instagram miliknya, Fazura yang mesra disapa Faz itu telah berkongsi foto-foto yang dikiranya sekadar kenangan ketika bercuti di Amerika Syarikat semenjak penghujung tahun 2013 hinggalah awal Januari 201.

Dilaporkan tidak ditemani lelaki berstatus teman istimewa sepanjang berada di sana, khabar telah bertiup mengatakan bahawa Fazura kini sedang disunting seorang DJ dikenali sebagai Randy Seidman, warga AS yang turut membawanya terbang ke sana untuk bercuti hujung tahun dan sambutan tahun baru.

“Kalau pernyataan yang mengatakan kami bercinta, itu bukan situasi yang sebenarnya. Tetapi saya dan Randy kini rapat kerana masing-masing mengagumi karier dan personaliti masing-masing.

"Dia seorang DJ terkenal, mahu berkawan dengan saya mestilah saya suka dan begitu juga dia yang tahu bahawa saya seorang selebriti terkenal di Malaysia, we adore each other.

“Atas nama persahabatan saling mengagumi itu tak salah. Lagipun Randy memang seorang lelaki yang baik dan intelligent, dia memiliki ciri-ciri jejaka idaman wanita.

“Saya pun merencanakan untuk bercuti di sana sebelum mengenali dia lagi kerana belum pernah menjejakkan kaki ke AS.

Ada kesempatan untuk dibawa berjalan oleh Randy saya terima kerana ketika dia dalam siri jelajah bermain muzik ada juga yang saya dan rakan kami lain bawa dia melihat negara kita.

“Tiada ikatan cinta diantara kami berdua kerana masih lagi bergelar kawan baik. Namun saya tidak menolak jika mempunyai jodoh dengan dia kerana personalitinya yang intelligent itu,” jawab Faz tentang khabar percintaannya dengan jejaka ‘mat saleh’ yang kini kerap dilihat mendampinginya.

Personaliti yang muncul pada malam gala tayangan perdana Kami Histeria itu telah dikerumuni oleh media yang ingin mengetahui pelbagai kisah yang mengaitkan nama Fazura.

Kesempatan diambil kerana Faz yang menjadi Cik Lang dalam filem ini telah muncul setelah sekian lama berehat daripada berlakon layar.

Shila Amzah Nafi Pendapatannya Rm2.5 Juta Setahun!


Shila Amzah Nafi Pendapatannya Rm2.5 Juta Setahun!

Shila Amzah Nafi Pendapatannya Rm2.5 Juta Setahun!

Penyanyi, Shila Amzah nafi mengenai nilai pendapatannya yang didakwa berjumlah  RM2.5 Juta setahun di dalam sebuah akhbar tabloid.

Malah Shila Amzah berkata nilai yang dinyatakan itu sangat tidak masuk akal.

“Saya terkejut bila mendengar cerita ini pada saya jumlah yang dinyatakan adalah ridiculous atau terlalu banyak untuk saya.

“Mungkin mereka salah faham, memang saya menerima tajaan dana bagi mengembangkan kerjaya seni saya ke peringkat antarabangsa bernilai RM5 Juta hasil daripada menjuarai Asian Wave tetapi bukan dalam nilai tunai.

“Saya rasa mereka tidak boleh sesuka hati menilai pendapatan saya begitu. Takut juga bila orang tahu saya punya pendapatan cecah hingga jutaan ringgit, tak pasal-pasal kena rompak pula nanti,” katanya kepada murai.com.my

Shila ditemui di pejabat Warner Music Malaysia dalam sidangmedia khasnya semalam.

Penyanyi lagu Patah Seribu itu diminta mengulas mengenai laporan sebuah media yang mendakwa dia berjaya mengaut pendapatan sebanyak RM2.5 juta setahun. Sumber pendapatannya itu dikira dari hasil kontrak nyanyian di China, royalti, persembahan nyanyian, duta produk dan jualan album.

Selain Shila Amzah, penyanyi Yuna dan Najwa Latif turut didakwa sebagai penyanyi muda jutawan.

Pun begitu, Shila Amzah tidak menafikan rezekinya kini semakin murah sejak menempa nama di Shanghai, China.

“Alhamdulillah, rezeki saya semakin murah sekarang dan saya kini benar-benar menumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya nyanyian saya disini dan di China.

“Malah saya kini bebas daripada menjadi apa-apa duta produk kerana mahu menumpukan kepada nyanyian dan syarikat rakaman saya sendiri,”luahnya lagi.

Shila Amzah yang kini berada di Malaysia sejak minggu lalu baru sahaja membuat persembahan di Konsert Tahun Baru di Shanghai, China baru-baru ini.

Didie Alias Disahkan Hamil 3 Bulan


Didie Alias Disahkan Hamil 3 Bulan

Didie Alias Disahkan Hamil 3 Bulan

Didie Alias, 40,  mengesahkan dia kini hamil anak pertama berusia tiga bulan hasil perkongsian hidup dengan suami barunya, Norisham Ismail.

Menurut laporan akbar Kosmo, Didie bergitu gembira saat menerima berita tersebut.

“Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang paling gembira adalah suami saya.

“Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraankerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham,” katanya.

Mengulas lanjut, Didie menambah, dia dan suami enggan menaruh sebarang harapan berkenaan jantina bayi yang sedang dikandungnya dan menyerahkan segala-galanya ke pada rezeki yang diberikan Tuhan.

“Pada mulanya, saya begitu inginkan anak lelaki, tetapi, apa yang dikurniakan oleh Allah kelak, kami terima dengan hati yang terbuka,”katanya lagi.

Didie sebelum ini sudah dikurniakan lima orang anak bersama suami pertama.

Suami Fyza Kadir Tak Larang Berlakon, Cuma….


Suami Fyza Kadir Tak Larang Berlakon, Cuma….

Suami Fyza Kadir Tak Larang Berlakon, Cuma….

Sering muncul di beberapa majlis fesyen kebelakangan ini,  pelakon Kisah Paling Gangster, Fyza Kadir, 29 menafikan bahawa dia memilih untuk meninggalkan dunia lakonan yang berjaya memperkenalkan namanya sebagai seorang pelakon.

Malah, Fyza Kadir juga menafikan, bahawa selepas berumahtangga dengan seorang ahli korporat bernama Ahmad Feruz Zainal Abidin, 33 pada Julai tahun lalu, dia dikatakan mula memperlahan diri daripada terus beraksi di kaca TV mahupun di layar perak.

Sebaliknya pelakon tinggi lampai dan cantik manis itu berkata kepada portal murai.com.my, dia masih menunggu tawaran sesuai buat dirinya asalkan tidak membabitkan adegan berpelukan atau di atas katil bagi menjaga nama baiknya sebagai isteri dan menantu kepada keluarga suaminya.

“Suami saya sangat menyokong kerjaya saya. Malah dia sendiri menasihati saya supaya memberi tumpuan kepada bidang lakonan drama kerana padanya lebih susuai untuk saya.

“Tawaran itu ada, walaupun tak sebesar mana, saya akan tetap mempertimbangkannya. Cuma bidang lakonan hanyalah tempat saya mencuba nasib dan sebagai suka-suka saja.

“Lagipun baru saja lima bulan kami berkahwin, masih awal lagi untuk saya memikirkan soal berlakon. Tetapi kalau ada tawaran pasti saya akan lakukannya.

“Bagi suami saya pula, asalkan adegan itu tak ada adegan berpelukan atau atas katil, dia tak kisah. Kerana dia memang galakkan saya berlakon. Apa yang penting saya perlu menjaga nama baik saya seorang seorang isteri dan keluarganya juga,” katanya jujur.

Fyza Kadir juga turut menjawab spekulasi keputusannya berkahwin secara mengejut selepas menjalinkan hubungan selama setahun dengan jejaka idamannya itu.

Katanya, dia langsung tidak berniat untuk menyembunyikan daripada sesiapa. Tetapi menurut artis di bawah pihak pengurusan MIG itu, segalannya tidak dirancang apabila suaminya itu telah melamarnya lebih awal.

Tambah Fyza lagi, dia seboleh-bolehnya tidak mahu menggembar-gemburkan hubungan cintanya dengan suaminya itu, kerana takut hubungan mereka tidak akan kekal lama atau tidak berakhir di jinjang pelamin.

“Pada awalnya kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun lalu tetapi jodoh datang lebih awal dan kami telah bersatu dalam sebuah perancangan majlis perkahwinan yang sangat singkat.

“Keluarga saya juga turut mendapat perkhabaran itu dalam masa yang agak singkat. Saya pergi membeli baju perkahwinan di butik Alia Bastamam juga dalam masa yang agak mengejut. Tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

“Bukannya saya tak mahu kongsikan hubungan kami dengan pihak media dan peminat, tapi bimbang sekiranya hubungan kami tak menjadi. Malah,jika saya bukan seorang artis sekalipun, saya akan buat perkara yang sama.

“Biarlah bila semuanya sudah pasti, barulah saya beri tahu semua. Tak nak nanti orang akan fikir yang bukan-bukan,” katanya yang merancang untuk memiliki 3 orang cahaya mata.

Fyza Kadir kini kerap berkongsi fotonya bersama suami dilaman Instagram peribadinya, tidak kira ketika menghadiri acara fesyen, bercuti atau bersiar-siar di hujung minggu.

Mereka juga nampaknya memiliki persamaan terutama dalam soal bergaya, membeli-belah dan disifatkan sebagai seorang suami penyanyang yang sanggup melakukan aktiviti bersama-sama apabila ada masa terluang.

“Suami saya seorang yang sangat supportive. Dia juga seorang yang sangat pemalu. Kalau di rumah sekalipun, dia suka buat kerja bersama-sama dengan saya.

“Dari sudut berfesyen pula, dia bukanlah terlalu pandai dalam hal ini kerana dia seorang ahli korporat. Jadi pakaiannya banyak menonjol kearah itu. Cuma selepas kahwin, saya banyak membantunya dalam soal menjaga penampilannya,” katanya sambil ketawa.

Tak Sampai Dua Bulan, Bob Lokman Masuk Hospital Kali Kedua


Tak Sampai Dua Bulan, Bob Lokman Masuk Hospital Kali Kedua

Tak Sampai Dua Bulan, Bob Lokman Masuk Hospital Kali Kedua

Walaupun Bob Lokman kini telah meninggalkan dunia hiburan kerana memilih untuk berhijrah, namun dia tetap merupakan antara personaliti yang dikenali ramai dan mempunyai pengaruh yang tersendiri.

Bekas pengacara popular ini dahulunya seringkali tampil mengacarakan anugerah-anugerah besar seperti Anugerah Industri Muzik (AIM) dan merupakan penulis lirik bagi lagu popular nyanyian Search iaitu Isabella.

Dalam masa tidak sampai dua bulan, Bob Lokman atau nama penuhnya Mohd Hakim Lokman telah dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan melibatkan jantung. Pertama kali dia dimasukkan ke Hospital Taiping pada awal Disember lalu dan baru-baru ini sekali lagi dia dikatakan ditahan di wad Hospital Sg Buloh kerana masalah yang sama.

Perkara ini telah dikongsi oleh sahabat Bob Lokman yang kini pendakwah bebas itu iaitu Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di Facebook miliknya dan memohon supaya orang ramai mendoakan kesejahteraan buat pendakwah itu.

“Kesempatan setelah ceramah malam maulidurrasul, saat jam menghampiri tengah malam, bergegas ke Hospital Uitm Sg Buloh, bersama sepupu Yb Ust Nik Mohammad Abduh dan Ust Dr Riduan Mohd Nor menziarahi Saudara Bob Lokman, namanya pernah di puncak persada seni suatu ketika dahulu, doakan kesihatannya, ini kali kedua beliau memasuki hospital ini di CCU, setelah jantungnya lemah kembali.. saat ini doa kita sekali lagi ditagihkan.

Inilah kelebihan apabila menjadi selebriti atau pernah menjadi selebriti. Diharapkan dengan doa daripada orang ramai, Bob Lokman akan kembali sembuh dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.



Sofi Jikan Dicaci Kerana Kenyataannya Ingin Berhenti Berlakon


Sofi Jikan Dicaci Kerana Kenyataannya Ingin Berhenti Berlakon

Sofi Jikan Dicaci Kerana Kenyataannya Ingin Berhenti Berlakon

Sofi Jikan akui terkilan apabila kenyataannya untuk berhenti daripada bidang lakonan menerima kecaman dan cacian daripada pengguna internet.

Dalam kenyataannya kepada mStar Online hari ini, Sofi berkata, pandangan negatif sehingga melanggar tatasusila kemanusiaan yang ditulis di blog-blog itu bukan sahaja mengguris hati, malah mampu membunuh kerjaya dan semangatnya untuk berkarya.

Aktor yang terkenal dengan karismanya dalam filem KL Gangster ini berkata, dia takut untuk membaca blog selepas menerima cacian berbaur hinaan di internet terhadap kenyataan berhenti berlakon baru-baru ini.

Tambahnya, Kalau mereka benci sekalipun tidak perlulah untuk mencaci saya sehingga melanggar tatasusila kemanusiaan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.

Tambah Sofi, dia berharap pihak pengurusan blog itu sendiri perlu sedar tentang bahaya perkara ini dan mengawal mesej yang ditinggalkan di blog mereka.

Katanya, sebagai individu yang menjadi mangsa kecaman tersebut, dia berhak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ianya melampau batas.

Pelakon tersebut turut menjelaskan yang kebanyakan mereka tidak membaca secara keseluruhan sesebuah artikel dan salah faham dengan kenyataan tersebut.

Sofi juga pelik kenapa mereka terlalu marah dengan kenyataan tersebut sedangkan sebelum ini ada sahaja artis yang berbuat demikian, namun masih ada lagi dalam industri.

Kata Sofi, dia tidak menolak kemungkinan kebencian masyarakat timbul berikutan watak antagonis yang sering dilakonkannya.

Dalam pada itu, Sofi yang turut ditanya tentang keputusan berhenti berlakon berkata, dia hanya akan berlakon watak yang dapat membersihkan namanya daripada pandangan negatif masyarakat.

Dia yang juga bakal mengarahkan filem pertama berjudul Gangsterock ini percaya karya tersebut mampu merubah persepsi masyarakat terhadapnya.

Aktor tersebut berharap diberi peluang sekali lagi dalam memberi sumbangan kepada industri seni tanah air.

"Kali ini saya yakin filem Gansterock tidak mengecewakan dan mengembalikan kepercayaan penonton terhadap filem-filem tempatan," katanya.

Dalam perkembangan lain pula, Sofi juga bakal keluar dengan album rock pertamanya berjudul Kasi Sengat pada 3 Mac depan.


Yusof Haslam: Syamsul Akan Bernikah Pada Mac Ini


Yusof Haslam: Syamsul Akan Bernikah Pada Mac Ini

Yusof Haslam: Syamsul Akan Bernikah Pada Mac Ini

Ekoran tersebarnya beberapa keping gambar yang dipercayai diambil ketika Puteri Sarah Liyana dirisik oleh ibubapa Syamsul Yusof, pengarah terkenal, Dato' Yusof Haslam mengesahkan berita tersebut dan mendedahkan mereka akan disatukan pada bulan Mac akan datang.

Menerusi laporan Media Hiburan, Yusof Haslam memberitahu bahawa Syamsul pernah memberitahu ibunya yang dia mahu mengahwini Puteri Sarah dan meminta keluarga itu masuk merisik.

Setelah perbincangan dilakukan, kemungkinan besar majlis akad nikah akan diadakan pada Mac. Ini juga merupakan permintaan Syamsul yang mahu menyegerakan majlisnya.

Sebagai bapa, Yusof mendoakan yang terbaik untuk kehidupan dan perkahwinan anaknya dan tidak pernah sesekali pun menghalang siapa yang menjadi pilihan anaknya itu.

Dalam pada itu, ibu Syamsul menjelaskan anaknya itu menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Sarah selepas pulang daripada mengerjakan umrah di Mekah pada 28 Disember lalu.

Jelas ibunya lagi, sepanjang berada di Mekah, Syamsul hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.

Isnin lalu, forum CARI telah berkongsi beberapa keping gambar yang dipercayai foto majlis merisik untuk Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

Majlis merisik pasangan ini telah diadakan secara sederhana pada hari Ahad lalu di kediaman keluarga Puteri Sarah yang terletak Sri Damansara.

Irma Mengandung Lagi, Suami Teruja Di Instagram


Irma Mengandung Lagi, Suami Teruja Di Instagram

Irma Mengandung Lagi, Suami Teruja Di Instagram

Tiada ungkapan lain mendahului dua kalimah yang memuji kebesaran Allah SWT sebaik mendapat perkhabaran indah buat kali kedua daripada isteri tersayang Irma Hasmie, tanpa membuang masa Redza Syah Azmeer berkongsi berita itu dengan semua pengikutnya di Instagram.

“Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar! Terima kasih atas pemberian zuriat pada kami Ya ALLAH... Doakan Irma Hasmie dipermudahkan untuk terima amanah ALLAH SWT... Saya sangat bangga dengan kamu, mommy :) Syukur alhamdulillah,” tulisnya yang terlihat teruja dengan kurniaan dari Allah SWT.'

Setelah Redza Syah Irfhan Shah Redza dilahirkan pada 29 Mac 2013, kini putera sulung pasangan ini bakal mendapat adik yang merupakan cahaya mata kedua mereka yang mendirikan rumahtangga pada Jun 2012.

Status beserta gambar yang menunjukkan hasil imbasan kandungan itu dimuatnaik ke dalam Instagram Redza Syah pada penghujung minggu lalu. Irma yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya 8 Januari itu mendapat hadiah istimewa tahun ini dengan khabar gembira ini. Tahniah diucapkan buat Irma dan suami.

Sambutan Hari Jadi Dato’ Siti Nurhaliza Meriah!


Sambutan Hari Jadi Dato’ Siti Nurhaliza Meriah!

Sambutan Hari Jadi Dato’ Siti Nurhaliza Meriah!

Selamat hari ulang tahun kelahiran is ingin ucapkan kepada penyanyi tersohor Negara iaitu Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin yang menyambutnya pada 11 Januari lalu.

Meskipun hari jadinya jatuh pada Sabtu lalu, namun Murai Batu dapat tahu baru semalam satu majlis sambutan hari jadi penyanyi itu diadakan di sebuah restoran yang terletak di Rooftop Menara 3 Petronas.

Meriah juga dari gambar yang dikongsi selebriti-selebirti yang menghadiri majlis penyanyi Aku Cinta Padamu itu. Memakai gaun hitam Siti Nurhaliza nampak anggun dan elegen sekali pada malam sambutan hari jadinya.

Selain suaminya, Datuk Sri Khalid dan anak-anaknya, majlis itu turut dihadiri oleh ramai selebriti terkenal seperti Shila Amzah, Farah Fauzana,Elfira Loy dan ramai lagi.

Murai Batu rasa tema majlis itu adalah hitam kerana Murai Batu perhatikan rata-rata artis dan tetamu yang hadir memakai baju berasaskan warna berkenaan.

Pada sambutan majlis hari jadi itu, Murai Batu perhatiakan dalam gambar yang dikongsi nampak Siti Nurhaliza dan Dato’ K sangat romantik  apabila mereka sempat menari bersama. Untunglah Siti.

Apa-apa pun, Murai Batu ucapkan semoga Siti panjang umur danberjaya dalam apa jua bidang yang ingin diceburi.


Linda Onn Kongsi Foto Nikah, Perjelas Isu Halau Wartawan Di Instagram


Linda Onn Kongsi Foto Nikah, Perjelas Isu Halau Wartawan Di Instagram

Linda Onn Kongsi Foto Nikah, Perjelas Isu Halau Wartawan Di Instagram

Dalam pada majlis pernikahan penyampai radio serta pengacara popular Linda Onn dihembuskan khabar yang kurang enak didengar dek kerana acara penyatuan Linda dan suami telah dibuat secara tertutup, penyampai Surai FM itu baru-baru ini telah berkongsi potret hari bahagianya buat tatapan umum.

Tiga entri yang memperlihatkan detik-detik penting dan bahagia Linda Onn saat sebelum dan selepas bergelar pasangan hidup buat jejaka persis wajah produser dan pelakon hebat, Hans Isaac tersebut yang dikatakan kerabat raja dari negeri di selatan.

Lebih tepat lagi, Linda Onn, 36, yang telah menjadi isteri yang sah kepada, Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 34 itu dikatakan seakan menghalau wartawan dan jurugambar yang menanti diluar pagar rumahnya untuk membuat liputan di majlis tersebut. Pintu pagar tertutup rapat sedangkan majlis keramaian berlangsung di dalam rumah.

Jurugambar yang membuat liputan tidak dibenar merakamkan sebarang gambar majlis terbabit manakala wartawan pula diminta menunggu di pekarangan rumahnya sehingga majlis selesai. Namun pengacara popular yang baru bergelar pengantin baru ketika itu khabarnya enggan bertemu media bagi memberi sebarang kenyataan berhubung majlis pernikahan itu.

Linda telah selamat bernikah selepas waktu Asar, 27 Disember lalu di kediaman mewah Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur. Majlis pernikahan ini diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media melainkan media yang rapat dengannya serta sanak-saudara. Pihak media yang hadir juga tidak dibenarkan merakam sebarang visual berbentuk foto mahupun video.

Linda atau nama sebenar Rozlindah Onn, 36, yang hanya diwakili ahli keluarga juga pengarah filem, Razif Rashid berkata, penyampai Suria FM itu tidak bersedia berkongsi butiran majlis kerana sibuk melayan sanak-saudara. Usahawan berjaya yang terkenal dengan Nasi Ayam itu dikatakan mahu berlaku adil kepada semua tentang foto hari bahagianya itu. 

Sharifah Aleya Tamatkan Status Ibu Tunggal Dalam Majlis Sederhana


Sharifah Aleya Tamatkan Status Ibu Tunggal Dalam Majlis Sederhana

Sharifah Aleya Tamatkan Status Ibu Tunggal Dalam Majlis Sederhana

Dalam diam-diam tanpa sebarang perkhabaran yang mengaitkan penyampai radio terkenal, Sharifah Aleya atau Leya kini telah pun memadamkan status jandanya setelah sah menjadi isteri kepada Miko atau nama sebenarnya Muhammad Azam Abdullah pada Sabtu, 11 Januari lalu.

Setelah hampir dua tahun bersendiri, penyampai radio dan pelakon, Sharifah Aleya kembali menemui cinta baharunya itu dan telah diijabkabulkan dengan Miko atau nama sebenarnya Muhammad Azam di Masjid Al-Mukarramah, Sri Damansara pagi Sabtu.

Pihak Murai mendapat tahu mengenai penyatuan ini melalui Instagram para wartawan hiburan tempatan yang menjadi antara hadirin di majlis yang diadakan secara kecil-kecilan dan sederhana yang cuma dihadiri keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

Pasangan ini dilaporkan telah berkenalan sejak tahun 2011 di persembahan teater Terima Kasih Cinta. Anak sulung kepada Fatimah Abu Bakar itu sebelum ini telah bercerai dengan bekas suaminya pada 29 Februari 2012 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak kembar perempuan Aza Ameena dan Asha Ameena.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitter adiknya yang juga pelakon popular, Sharifah Amani dipetik sebagai berkata, "syukur alhamdulillah. Selamat semuanya.

"Terima kasih ya ALLAH. Restui mereka dengan cinta, kedamaian dan kegembiraan sehingga ke jannah. Insya-ALLAH. Amin," katanya.

Foto kredit Instagram Sharifah Amani


Johan Raja Lawak Kini Botak!


Johan Raja Lawak Kini Botak!

Johan Raja Lawak Kini Botak!

Tidak sampai beberapa hari selepas penghibur komedi terkenal tanahair Johan Raja Lawak diumumkan menang dalam kes saman RM 1 Juta, kini dia bersama isteri Ozlynwati sedang mengerjakan umrah di tanah suci Mekah.

Pasangan ini yang berlepas ke sana pada 8 Januari lepas telah diketahui oleh peminat dan pemerhati dunia hiburan melalui entri yang dimuatkan di Instagram milik pasangan ini @jozlynnhanania yang bergambar di KLIA sebelum berlepas mengerjakan umrah, Rabu lalu.

Pemergian ini juga dianggap Ozlyn sebagai bulan madu yang paling manis buat mereka berdua yang menjadi caption entri di Instagram yang juga memperlihatkan Johan yang kini berimej botak.

“Alhamdulillah ni la hasil semlm.. bak kata suami sya *kalau papa nk botak atau gunting rambut pun biar la bersebab (tidak mensia2kan) syukur Alhamdulillah dipermudahkanNya.. inilah honeymoon yg paling manis dlm hidup kami” antara petikan deskripsi gambar pasangan bahagia ini di hadapan masjid di kota paling suci buat umat Islam itu

Pasangan ini dilaporkan berlepas daripada Kuala Lumpur ke Madinah terlebih dahulu dan entri pada 9 Januari lalu,

Johan masih lagi berambut panjang. Ertinya kini mereka telah berada di Mekah kerana Johan mungkin mencukur rambutnya bagi melengkapkan sunat yang dituntut ketika mengerjakan umrah iaitu bercukur 3 helai rambut.

Tentang bila kepulangan mereka berdua ke tanah air tidakdapat dipastikan namun pihak Murai mendoakan semoga pasangan bahagia ini sihat dan sejahtera. Pasti ramai akan terkejut melihat penampilan Johan yang dahulunya rambut mengerbang kini botak licin.

Kes tuntutan saman oleh Johan Raja Lawak terhadap pengarah drama Mohd Javed Mohd Nizar dari Juara Filem Productions Sdn Bhd atas dakwaan kecederaan di kepalanya akibat dibaling dengan gelas ketika perbincangan.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 30, telah membuat tuntutan saman terhadap Mohd Javed pada Jun 2010 agar membayar RM1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas sehingga menyebabkan kecederaan di dahi dan menerima lima jahitan pada Mei 2010.


Mlm 2013: Wala Tersingkir, Sepahtu Menang Kereta


Mlm 2013: Wala Tersingkir, Sepahtu Menang Kereta

Mlm 2013: Wala Tersingkir, Sepahtu Menang Kereta

Selepas sembilan minggu bertahan, akhirnya kumpulan Wala terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) malam tadi apabila mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Penyingkiran kumpulan Wala ini bagaimanapun sudah dijangka kerana kegagalan mereka untuk menyerlah dalam tempoh tiga minggu lalu dipentas MLM 2013. Penyingkiran bekas juara Raja Lawak 7 ini diumumkan oleh salah seorang juri tetap iaitu Luna Maya malam tadi.

Sementara itu, nasib yang berbeza pula menimpa kumpulan `favourite` Sepahtu apabila mereka mendapat undian tertinggi malam tadi dan membolehkan mereka memenangi sebuah kereta Produa Alza model terbaru.

Kejayaan Sepahtu itu bertambah manis apabila salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Rahim telah dipilih sebagai `Man of The Match` untuk malam tadi. Kejayaan Sepahtu itu membuktikan mereka masih mempunyai pengaruh yang besar dan berpeluang cerah untuk melangkah ke peringkat akhir MLM 2013.

MLM 2013 minggu kesembilan kali ini telah berlangsung dari perkarangan pusat membeli belah, 1 Utama, Petaling Jaya. Sambutan yang diterima amat hebat apabila ribuan penonton telah membanjiri pusat membeli belah itu sejak lewat petang lagi.

Dengan penyingkiran Wala ini, tinggal tujuh lagi peserta yang akan terus berentap merebut slot ke peringkat akhir. Mereka ialah Sepahtu, Shiro, Jambu, SYJ, Comei, Bocey dan satu-satunya peserta solo, Nabil.

Dato` AC Mizal terus tampil sebagai hos program lawak ini dan barisan juri seperti biasa terdiri daripada Luna Maya, Datuk Yusof Haslam, Sheikh Haikel dan Nora Danish.

Rancangan ini turut disiarkan di Astro Warna (131) dan Astro Mustika HD (134).

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Teruskan mengundi peserta kegemaran anda dan jangan lupa menyaksikan persaingan MLM 2013 minggu kesepuluh pada minggu hadapan.

Remy Ishak Jawab Hubungannya Dengan Budi Citawan


Remy Ishak Jawab Hubungannya Dengan Budi Citawan

Remy Ishak Jawab Hubungannya Dengan Budi Citawan

“Saya kalau boleh tak mahu komen apa-apa mengenai hal ini, bagi saya tiada apa-apa pun yang perlu diperbesarkan,” katanya ringkas apabila diminta mengulas mengenai keintimannya dengan anak pelakon veteren, Wan Hanafi Su iaitu Budi Citawan.

Keintiman Remy dan Budi Citawan dilihat telah menimbulkan spekulasi umum berdasarkan gambar dan pergaulan mesra mereka yang sering menghadiri beberapa majlis hiburan bersama sebelum ini.

Malah, dalam satu laporan akhbar tabloid memberitahu Wan Hanafi Su seolah-olah menyenangi hubungan mereka dan tidak mempunyai masalah atau halangan jika spekulasi yang dikatakan itu benar kerana dia sudah pun mengenali Remy secara dekat.

Namun begitu, menurut Remy, dia tidak selesa lagi apabila kisah peribadinya ditanya dan hanya akan mendedahkan hubungan cintanya jika dia rasa perlu untuk berkongsi.

“Sebenarnya dari dulu lagi, saya tidak gemar untuk komen mengenai hubungan istimewa ini. Namun saya akui saya agak terbuka jika saya rasa mahu berkongsi mengenai hubungan cinta saya,” jelasnya lagi.

Remy sebelum ini pernah dikaitkan dengan aktres Maya Karin, namun masing-masing tidak pernah mengaku mereka pernah menjalinkan hubungan cinta.

Hujanan 1000 Butir Peluru Kemaskan Balistik


Hujanan 1000 Butir Peluru Kemaskan Balistik

Hujanan 1000 Butir Peluru Kemaskan Balistik

Imbasan Awal

Mengisahkan Saga, seorang pembunuh upahan dan geng mafia. Risiko menjadi gangster telah menyebabkan Salina dan anak mereka meninggalkannya. Selepas enam tahun, Saga cuba kembali kepada Salina namun Salina kini telah bergelar isteri kepada Inspektor Nizam iaitu kawan baik Saga sewaktu mereka di rumah anak yatim. Antara kawan baik dan tanggungjawab kepada negara, Inspektor Nizam harus membuat keputusan samaada menangkap Saga sementara Saga pula diarahkan oleh ketuanya untuk membunuh mana-mana polis yang cuba mengagalkan rancangan mereka.

Ulasan Penulis

Apa yang dapat dirumuskan secara kasarnya mengenai Balistik, filem ini cuba untuk memenuhi selera penonton tempatan yang kini rata-rata memilih genre berbentuk komedi,gengterisme atau gabungan keduanya sebagai kayu pengukur atau kunci untuk menarik mereka datang ke panggung. Balistik mungkin mudah untuk ditonton sebagai hiburan biasa tetapi jika cuba untuk memahami jalan cerita sebenar dan segala pertikaian yang hadir akibat penyembunyian identiti sebenar watak utama, terdapat banyak sambungan yang terputus-putus dan susah untuk mencari perkaitan yang cuba disampaikan kerana kekurangan petunjuk yang jelas.

Selain itu, twist di penghujung yang merupakan turning point paling besar untuk Balistik harus ditampilkan bersama petunjuk yang akan membuatkan penonton yang memberikan tumpuan akan terasa bahawa bakal adanya twist dek kerana petunjuk-petunjuk. Twist yang dibuat di dalam Balistik dilihat seperti mahu memberikan jalan penyelesaian bagi kekusutan yang sengaja diadakan untuk menampilkan kelainan dalam filem ini.

Judul filem ini yang juga membawa maksud kelajuan peluru menyaksikan adegan tembak-menembak yang tiada henti. Ia mungkin halal menjadi dominan filem kerana tajuknya sedemikian namun adegan tembakan yang terlalu panjang dirasakan lebih membosankan berbanding adegan yang sama namun lebih pendek. Secara tidak langsung ia boleh mewujudkan elemen suspen kerana ia tidak dijangka dan penonton pasti mendapatkan sensasi yang cuba disampaikan pelakon.

Tidak dinafikan Balistik padat dengan aksi yang pelbagai dan cuba untuk berada di kelompok filem yang menggunakan formula yang sama dan berjaya mendapat sambutan. Tambahan pula, filem ini gabungan produksi milik pelakon dan pengarah, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Kelvin Tan ini melalui RK Screen Sdn Bhd ini menggunakan sepenuhnya bajet besarnya bagi memantapkan adegan aksi terutama lagak ngeri.

Bagi mereka yang inginkan filem aksi baru dimana senjata api menjadi subjek utama Balistik dan sekaligus memberikan sedikit sebanyak pengetahuan malah mesej kasih sayang serta kekeluargaan juga lebih dekat dengan komuniti dan masyarakat tempatan. Sarat dengan aksi, Balistik jelas digarap dengan persoalan yang diwujudkan dan penyelesaian yang cuba diketengahkan mempunyai mesej yang tersendiri.

Sinopsis

Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).

Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.

Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.

Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.

Balistik bukan saja membariskan pelakon terkenal dengan lakonan yang hebat, malah filem ini turut mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism yang penuh drama dan air mata.

Tarikh Tayangan 9 Januari 2014

Genre Drama, Aksi

Studio RK Screen & ATF

Pelakon Rosyam Nor, Rita Rudaini, Jack Lim, Ady Putra, Raykarl

Pengarah Silver Yee

Penulis Skrip Rosyam Nor & Silver Yee

Penerbit RK Screen & ATF


Bola Disko Gergasi Konsert Salamiah Hassan Pukau Ramai Penonton


Bola Disko Gergasi Konsert Salamiah Hassan Pukau Ramai Penonton

Bola Disko Gergasi Konsert Salamiah Hassan Pukau Ramai Penonton

Hari Rabu hari tu, Murai Batu tak berkesempatan nak pergi tengok malam prebiu Konsert Gelombang Salamiah Hassan kat Istana Budaya.

Tapi, Murai Batu diberitahu, ramai yang berpuas hati dengan persembahan yang ditonjolkan oleh Salamiah Hassan pada malam itu.

Bayangkanlah 23 lagu yang dipersembahkannya, tidak ada satu lagu pun yang pancit atau tersasar ke laut. Sudahlah tu, aksinya di atas pentas punyalah ligat. Dengan high heels lebih 5 inci ya dik non! Kau ada...

Pada usia yang bakal menjengah 63 tahun pada 10 Mei ini, Murai Batu terpaksa salute Salamiah Hassan sebab vokalnya masih maintain macam dulu. Bukan senang tau penyanyi yang usia macam dia, nak maintain macam tu.

Penyanyi baru pun ada yang nyanyi dua lagu dah semput. Memang tidak sia-sialah gelaran The Voice yang diberikan kepadanya itu.

Bercakap pasal Konsert Gelombang Salamiah Hassan yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada hari ini, esok dan Ahad, Murai Batu dengar, ramai jugak yang tak menyangka bahawa ianya sebuah produksi konsert yang berkualiti.

Diaorang ingat, konsert ni dibikin asal ambil jadik dan produksinya pulak cikai-cikai je. Bila diaorang datang tengok konsert tu, baru diaorang tau, konsert ni bukan calang-calang kualitinya. Pemuzik yang mengiringi pun dari kalangan mereka yang hebat-hebat.

Kalau dah pengarahnya, Pat Ibrahim, pengarah artistik, Raja Malek dan pengarah muzikal, Aubery Suwito, mestilah konsert ni ada standard. Sistem bunyi dan tatacahaya pun superb.

Murai batu dengar jugak ramai terpegun bila melihat bola disko gergasi keluar masa Salamiah Hassan bikin segmen lagu-lagu kelab malam dan jazznya.

Sebab bola disko gergasi itu nampak gah, lebih-lebih lagi bila terkena pantulan tatacahaya yang dijaga dengan cukup baik oleh orang-orang bertanggungjawab yang bekerja di belakang tabir.

Liza Abdullah Failkan Perceraian


Liza Abdullah Failkan Perceraian

Liza Abdullah Failkan Perceraian

Aktres, Norliza Abdullah memfailkan perceraian terhadap suaminya yang dikenali sebagai Zolkifli di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat, Rabu lalu.

Norliza atau lebih dikenali sebagai Liza Abdullah, 52, hadir ditemani peguamnya bagi tujuan berkenaan dan memfailkan permohonan di kaunter mahkamah tersebut.

Laporan mStar Online memaklumkan, Liza turut mengemukakan saman di mahkamah bagi membolehkan suaminya yang kini berada di Johor Baru untuk hadir bagi sebutan kali pertama kes berkenaan pada 5 Februari depan.

Dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar pada 2012, Liza menepis khabar angin berhubung gosip kononnya dia sedang menghadapi masalah rumah tangga dan enggan berkongsi kisah peribadi dengan peminat.

Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli kira-kira 26 tahun, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.

Pelakon itu yang pernah popular dalam drama Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu merupakan bintang filem ternama sekitar tahun 1980-an.

Antara filem lakonannya ialah Ali Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan