Cari Artikel

Tuesday, January 14, 2014

Hafiz Diumum Juara Pencetus Ummah Pertama


Hafiz Diumum Juara Pencetus Ummah Pertama

Hafiz Diumum Juara Pencetus Ummah Pertama

Tahniah buat PU Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Mohd Haneefa yang telah diumumkan sebagai juara program Mimbar Pencetus Ummah musim pertama selepas bersaing dengan tiga peserta lain di pentas akhir yang diadakan di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) malam tadi.

Hafiz, 32, yang berasal dari Selangor telah memilih tajuk Pendakwah: ‘Untung Dunia, Untung Akhirat’ sebagai tazkirah untuk pusingan pertama, manakala tajuk kedua pula iaitu Kehidupan Rasulullah Sehingga Kewafatannya bagi pusingan kedua dengan tema ‘Cinta Rasulullah’.

Dengan kemenangan PU Hafiz ini, dia telah berjaya membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.

Kemenangan PU Hafiz diambil selepas dia berjaya menyampaikan tazkirah dan menjawab soalan yang diajukan dengan baik dan mempunyai pengisian yang tepat selain mendapat pujian daripada juri tetap pada kedua-dua pusingan.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Shahrul Hamid dengan membawa pulang wang tunai RM30,000. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohamed Zaini dan keempat Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, masing-masing membawa RM10,000.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Astro, Tun Zaki Tun Azmi; Ketua Pegawai Kewangan Astro, Rozaini Mohd Sani dan Ketua Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.

Tiga juri tetap yang mengadili para peserta terdiri daripada Datuk Ustaz Hassan Mahmud, Ustaz Kazim Elias, dan Habsah Omar (Abby Fana) serta juri jemputan Datuk Aznil Hj Nawawi.

Selain itu, Mimbar Akhir Pencetus Ummah turut dimeriahkan oleh persembahan nyanyian daripada artis popular seperti Nazri bekas ahli kumpulan Raihan, Hijjaz, Aris Ariwatan, dan pengacara undangan Fahrin Ahmad.

Program Pencetus Ummah telah dihoskan oleh Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah dan disiarkan secara langsung di Astro Oasis (106).

Zul Ariffin Akui Keterujaan Untuk Berumahtangga Kurang


Zul Ariffin Akui Keterujaan Untuk Berumahtangga Kurang

Zul Ariffin Akui Keterujaan Untuk Berumahtangga Kurang

Meskipun sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan dengan kekasihnya iaitu Gayatri Su-Lin yang juga penerbit Astro Shaw, namun aktor kacak, Zul Ariffin akui kini keterujaan untuk berkahwin tidak sama seperti pasangan lain.

Pun begitu, Zul Ariffin berkata perancangan untuk berkahwin masih lagi mahu diteruskan, cuma dia akui tidak terburu-buru.

“Perancangan hendak berkahwin itu masih lagi ada. Cuma kami tak mahu terbaru-buru. Lagipun, tiada apa yang hendak dikejarkan pun.

“Memang saya dah bersedia  nak kahwin. Tapi sejak akhir-akhir ni saya belum rasa 100% keterujaan untuk berkahwin. Saya lebih memikirkan kehidupan selepas berkawin. Banyak yang perlu difikirkan misalnya dari segi ekonomi, kerjaya dan tanggungjawab sebagai suami,” katanya kepada murai.com.my

Katanya yang  ditemui selepas sidang media supertelemovie tayangan Astro First, Qadr dan Panik, di The Gardens, semalam.

Ditanya adakah perasaan itu lahir selepas memikirkan  tanggungjawab yang perlu dipikul untuk membimbing bakal isterinya itu memandang Gaya akan bergelar saudara baru sekiranya dia berkahwin dengan Zul nanti.

Namun kata Zul, hal itu langsung tidak menjadi masalah besar buatnya. Malah Zul mendedahkan yang Gaya ada memberitahu yang dia mahu mendalami Islam terlebih dahulu sebelum mereka diijabkabul.

“Saya rasa tak jadi masalah untuk membimbing dia (Gayatri). Dia pun ada beritahu saya supaya beritahu dia awal tentang kahwin. Sebab dia pun nak buat persiapan untuk diri iaitu memeluk Islam dan mendalami agama Islam. Malah dia pun sebenarnya dah bersedia untuk berkahwin,” jelasnya lagi.

Zul dan Gayatri bercinta sejak Jun 2012 selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran filem Penanggal.

Tyas Mirasih Ditawarkan Berlakon Oleh Teman Istimewa Di Malaysia?


Tyas Mirasih Ditawarkan Berlakon Oleh Teman Istimewa Di Malaysia?

Tyas Mirasih Ditawarkan Berlakon Oleh Teman Istimewa Di Malaysia?

Kali pertama mendengar nama Tyas Mirasih, ramai yang tertanya-tanya siapa pula gerangan cewek seberang ini yang berjaya menambat hati pengarah dan produksi filem Laga sampai dipilih membintangi filem yang menampilkan budaya laga ayam sebagai intipati utama filem itu.

Mungkin nama Tyas belum segah nama seperti aktres seberang lain seperti Luna Maya mahupun Julia Perez, aktres muda berusia 27 tahun ini sudah memiliki pengalaman 14 tahun beraksi di hadapan kamera sejak berusia 12 tahun.

Antara penampilan terawalnya adalah menjadi model muzik video untuk kumpulan seperti Ungu dan Yovie & Nuno hingga digelar ratu muzik video disamping filem-filem lakonannya yang tidak kurang hebat di Indonesia tersebut.

Kali pertama terlibat dengan produksi di negara ini, Tyas akui tiada banyak perbezaan daripada produksi di negaranya. Aktres yang dikategorikan seksi di Indonesia ini namun telah memuji sistem kerja yang diamalkan produksi tempatan yang teratur dan tidak memenatkan.

“Pengalaman saya berlakon di Malaysia tidak ada banyak perbezaannya dengan yang ada di Indonesia. Kurang lebih mirip cuma disini sistemnya lebih teratur dan tidak memenatkan pelakon. Cuma jangkamasa bagi satu-satu penggambaran itu memakan masa yang lebih lama kalau disini.

“Untuk Laga lebih kurang 40 hari diperuntukkan untuk proses penggambaran dan ia memerlukan komitmen yang tinggi. Tetapi jika ditawarkan lagi berlakon disini saya mahu jika watak itu bersesuaian dan kena dengan waktu jadual saya.

“Selepas menyaksikan filem ini buat pertama kalinya, saya yakin dan merasakan bahawa ia mempunyai nilai dan kualiti yang tersendiri setimpal dengan peruntukan waktu yang lama kerana ia amat bagus sekali,”ulas Tyas mengenai filem Malaysia pertama lakonannya dan pendapatnya mengenai filem arahan Ismail Yaacob tersebut.

Bukan mudah bagi seorang pelakon daripada luar untuk memasuki pasaran tempatan dan Tyas merasakan peluang yang terbuka ini digunakan sebaiknya. Khabarnya watak Maya didalam Laga itu telah ditawarkan kepadanya melalui seorang teman yang berasal daripada Malaysia.

Bekas kekasih Keith Foo, pelakon Malaysia yang pernah mencipta nama di Indonesia yang kini popular dengan drama Ariana Rose ini enggan mendedahkan siapakah gerangan teman yang telah menawarkan watak Maya itu khusus untuk Tyas walaupun berulangkali ditanya.

Malah Tyas turut menolak gosip cinta bersama pasangannya di dalam Laga iaitu Syazwan Zulkifly yang dikatakan bermain cinta dengan aktres seksi Indonesia ini.

“Ketika itu saya bercuti di Eropah selama sebulan dan telah mendapat berita tentang tawaran ini. Saya beritahu kepada teman itu untuk kembali dengan butir terperinci serta bila waktu penggambaran.

“Setelah bersetuju dengan tawaran yang diberikan untuk watak Maya itu saya terus khabar pada teman. Sebaik tiba dari Eropah saya berehat di  Jakarta cuma sehari dan keesokkannya telah berangkat ke KL untuk beraksi di dalam Laga.

“Tentang siapa teman saya itu rasanya tidak usah diperbesarkan, tetapi rezeki saya di dalam filem Laga ini merupakan sebahagian daripada pertolongan dia.

“Begitu juga tentang keakraban saya dan Syazwan diharapkan tiada yang salah anggap kerana saya senang dengan dia yang banyak membantu ketika di set penggambaran Laga,” ujarnya mengenai gosip cinta membabitkan dirinya dan Syazwan malah Tyas juga meninggal persoalan tentang siapakah teman yang membantu Tyas untuk beraksi di persada dunia perfileman Malaysia.

Selain Tyas dan Syazwan, filem yang menelan kos RM2.8 juta ini diterajui oleh barisan pelakon hebat iaitu Wan Hanafi Su, Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan Marsha Milan Londoh. Laga arahan Ismail Yaacob ini bakal ditayangkan di pawagam mulai 23 Januari 2014.

Pada Usia 63 Tahun, Persembahan Salamiah Hassan Tetap Memukau


Pada Usia 63 Tahun, Persembahan Salamiah Hassan Tetap Memukau

Pada Usia 63 Tahun, Persembahan Salamiah Hassan Tetap Memukau

Jutaan tahniah diucapkan kepada penyanyi Salamiah Hassan kerana telah berjaya memberikan persembahan yang cukup mantap pada ‘Konsert Gelombang Saalmiah Hassan’ yang berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya, semalam (Rabu).

Ternyata usia bukanlah penghalang buat penyanyi ini kerana telah berjaya memukau hampir 1,000 penonton dengan persembahan cukup bertenaga dan tidak mengecewakan penonton yang hadir.

Ada penonton yang mengalirkan air mata ketika Salamiah mendendangkan lagu berjudul Gelombang, tak kurang juga yang berdiri bulu roma saat lagu Menghitung Hari dinyanyikan.

Menurut penyanyi berusia 63 tahun itu, dia berkongsi kisah silamnya ketika di awal pembabitan dalam bidang nyanyian menerusi konsert solo pertamanya itu.

“Saya mula menceburi bidang nyanyian sejak berusia 19 tahun selepas menjuarai program Bakat TV terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1970an.

“Masih segar dalam ingatan arwah ayah cukup tidak suka apabila mendapat tahu saya mahu menyanyi, dia menentang tapi saya tetap degil meneruskan keinginan saya.

“Tetapi sebelum ayah meninggal, dia mendengar lagu saya, dia cakap 'sedap juga anak aku nyanyi'. Dari situ saya tahu dia merestui apa yang saya lakukan," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media selepas konsert berlangsung.

Tambah Salamiah lagi, konsert ini cukup bermakna buat dirinya kerana lagu-lagu yang dipersembahkan mempunyai maksud tersirat selain ia merupakan konsert pertamanya sepanjang 42 tahun melibatkan diri dalam industri muzik tanah air.

Salamiah memulakan persembahan dengan lagu If You Go Away, iaitu lagu pertama yang dinyanyikannya ketika menyertai Bakat TV.

Dia yang menyampaikan 25 buah lagu pada malam konsert, turut berkongsi kisah pengalamannya setiap kali ingin menyanyikan lagu-lagu tersebut.

"Saya bersyukur sangat kerana lagu Surat Terakhir ciptaan Datuk Ahmad Nawab memperkenalkan saya dalam industri muzik tanah air.

"Dalam pada itu, melihatkan anak saya, Atilia juga minat dalam nyanyian, saya mengajaknya berduet dalam lagu Kadang Kala," ujarnya.

Antara lagu-lagu lain yang dinyanyikan Salamiah termasuklah Cita-Citaku, Bila Hati Dah Sayang, Aku Curiga, Mahligai Kayangan, Bintang Malam, Boleh Dilihat Di Pegang Jangan dan Gelombang.

Konsert tersebut akan berlangsung bermula 10 Januari sehingga 12 Januari 2014 di Panggung Sari, Istana Budaya, dekat sini.

Elemen klasik akan menjadi tema pada konsert tersebut di mana anaknya, penyanyi Atilia turut akan ditampilkan sebagai artis undangan.

Konsert itu juga menampilkan Raja Azmi sebagai penerbit, Pat Ibrahim selaku pengarah, Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik manakala Raja Malek dalam penataan seni.

Tiket bagi menyaksikan konsert boleh ditempah menerusi laman www.ticket2u.biz atau hubungi talian 03- 4147-8600 atau 019-211-1600.

Dato' Rossa Dimasukkan Ke Hospital, Terima Rawatan Di Singapura


Dato' Rossa Dimasukkan Ke Hospital, Terima Rawatan Di Singapura

Dato' Rossa Dimasukkan Ke Hospital, Terima Rawatan Di Singapura

Penyanyi dari Indonesia, Dato` Rossa telah dimasukkan ke sebuah hospital di Singapura selepas mengadu sakit-sakit badan pada Selasa lalu.

Menurut laporan mStar Online hari ini, pengurusnya, Putri Intan Sari berkata, Rossa yang mengadakan persembahan di Fiesta Langkawi Naturally Magical di Kedah pada Sabtu lalu mula berasa tidak sihat ketika berada di Johor sebelum menerima rawatan di Singapura.

"Sebelum itu Rossa sempat ke taman tema Legoland, Nusajaya, (Johor) bercuti bersama anak-anak tetapi apabila dia mengadu sekali lagi tidak sedap badan, saya terus membawa dia ke hospital di Singapura.

"Syukur doktor kata Rossa tidak mempunyai sebarang penyaki serius. Cuma, dia perlu rehat yang secukupnya sahaja," katanya.

Putri ditemui pada majlis sidang media Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan Rossa, Afghan dan Datuk Jamal Abdillah di Hotel The Royale Chulan semalam.

Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiani, 36, turut ditemani anaknya, Rizky Langit Ramadhan, 8, dan seorang lagi pengurus selain keluarga lain Singapura.

Akibat masih di rawat di hospital berkenaan, Rossa hanya menghantar Putri menghadiri sidang media tersebut.

Pencetus Ummah : Siapakah Yang Bakal Bergelar Juara?


Pencetus Ummah : Siapakah Yang Bakal Bergelar Juara?

Pencetus Ummah : Siapakah Yang Bakal Bergelar Juara?

Setelah tujuh minggu mengharungi pelbagai cabaran, kini detik yang ditunggu telah tiba bagi empat finalis program realiti islamik, Pencetus Ummah untuk merebut gelaran juara.

Keempat-empat finalis tersebut adalah PU Rahmat, PU Yeop, PU Shahul dan PU Hafiz.

Terdapat dua cabaran yang bakal diharungi oleh mereka dan cabaran tersebut adalah merujuk kepada dua tajuk yang diberikan juri iaitu ‘Cinta Rasul’ dan juga empat tajuk tugasan yang diperoleh peserta melalui cabutan undian.

Nampaknya persaingan sengit bakal tercetus pada malam ini memandangkan keempat-empat peserta ini bukan calang-calang apabila mereka sering diberi pujian yang baik oleh juri.

Siapakah yang bakal bergelar juara? Mungkinkah akan ada kelaianan dari segi cara persembahan dan gaya mereka?

Program ini dihoskan oleh Dr. Ridhuan Tee dan para peserta akan diadili oleh Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, Ustaz Ahmad Termizi dan Hj. Zulkifli Hamat selaku juri tetap.

Juara Pencetus Ummah bakal membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah kereta. Naib juara pula akan menerima wang tunai berjumlah RM30,00 manakala bagi tempat ketiga dan keempat akan membawa pulang wang sagu hati bernilai RM10,000 setiap seorang.

Apa-apapun semua teka-teki akan terjawab di Mimbar akhir Pencetus Ummah yang akan bersiaran secara langsung pada harini (Khamis), jam 9 malam di Kolej Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, Kajang dan ditayangkan di Astro Oasis (saluran 106) serta tayangan serentak di Astro Maya HD (saluran 135).

Kak Ton Harap Impian Perkahwinan Adila Tercapai


Kak Ton Harap Impian Perkahwinan Adila Tercapai

Kak Ton Harap Impian Perkahwinan Adila Tercapai

Sebagai ibu, produser terkenal, Datin Zaiton Mohd Jiwa akui dia adalah insan yang paling bahagia untuk melihat impian perkahwinan anak bongsunya, Zetty Adila Ramly direlisasikan pada 11 Januari ini.

Justeru, Datin Zaiton Mohd Jiwa atau lebih mesra dengan sapaan Kak Ton berkata dia berharap segala usaha untuk merelisasikan impian perkahwinan yang sederhana dan meriah yang diidamkan anaknya itu akan berjalan seperti yang dirancang.

“Meskipun disaat-saat akhir ini, Kak Ton kini masih lagi mahu memastikan semua akan perancangan dan venue akan berjalan seperti yang dirancang pada hari bahagia anak Kak Ton nanti.

“Selain mahu melihat Adila gembira dan bahagia di hari persandingannya nanti, Kak Ton juga mahu memastikan semua tetamu juga akan selesa dan senang hati di majlis kami.

“Kak Ton bimbang juga takut ada kekurangan pada hari itu nanti tetapi setakat ini semuanya telah dipersiapkan dan Kak Ton memang harap sangat impian perkahwinan Adila tercapai hari tersebut,” katanya kepada murai.com.my

Anak kedua dan bongsunya itu sudah pun selamat diijabkabulkan dengan Dziya Syazwan pada 1 Januari  lalu dan pasangan ini akan diraikan dalam majlis persandingan di Hotel Shangri-La pula pada 11 Januari ini.

Meskipun gembira apabila melihat akhirnya anaknya itu menjadi isteri kepada seseorang, Kak Ton akui terharu untuk melepaskan Adila yang selama ini sudah 27 tahun bersamanya.

“Sebenarnya Kak Ton rasa sedih dan gembira untuk melepaskan Adila. Yelah selama 27 tahun hidupnya Kak Ton yang menjaganya dan sentiasan bersamanya, tapi kini tangunggjawab itu jatuh pada suaminya.

“Tapi apa-apa pun,  kasih ibu kepada anak tidak akan putus sampai bila-bila,”luahnya lagi.

Kak Ton sebelum ini telah menerbitkan beberapa drama siri popular menerusi syarikat penerbaitannya, Global Station seperti Adam dan Hawa dan terbaru Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang sedang di tayangkan di Astro Mustika HD.

Sein Bakal Timang Anak Ketiga, Bahagia Isteri Jadi Suri Rumah


Sein Bakal Timang Anak Ketiga, Bahagia Isteri Jadi Suri Rumah

Sein Bakal Timang Anak Ketiga, Bahagia Isteri Jadi Suri Rumah

Pelakon dan bekas anggota kumpulan Ruffedge, Sein atau nama sebenarnya Syed Hussien Syed Mustafa, 31, akui teruja untuk menimang cahaya mata ketiga dengan isterinya, Nana yang juga pernah menyertai program realiti Mentor.

Sein berkata dia dan isteri sedang menunggu detik-detik cemas menyambut bayi ketiga tidak lama lagi selepas doktor mengesahkan Nana akan melahirkannya pada bila-bila masa dalam Januari ini.

“Alhamdulilah, tidak lama lagi saya dan Nana akan menyambut bayi ketiga setelah kedua-dua anak kami kini pun sudah membesar.

“Kami memang merancang untuk menjaga dan menguruskan dua orang anak kami dahulu sehingga mereka agak besar dan boleh menguruskan diri mereka serbasedikit sebelum menimang cahaya mata seterusnya. Saya bersyukur Allah kurniakan rezeki ini kepada kami.

“InsyaAllah, Nana akan melahirkan anak kami itu dalam bulan ini juga kerana dia sekarang sedang menunggu hari sahaja. InsyaAllah, Nana disahkan oleh doctor bakal melahirkan anak perempuan,” katanya kepada murai.com.my.

Sein ditemui selepas pelancaran filem arah dan penerbitannya iaitu Filem Penculikan Amar Affendi yang berlangsung di Restoran Glitters, GSC Pavilion.

Pasangan ini sudah pun dikurniakan dua orang anak iaitu Syed Taariq, 7, dan Sharifah Inaiyah berusuia 5 tahun. Mereka pernah bercerai talak satu, namun telah rujuk kembali selepas beberapa bulan berpisah.

Bercerita mengenai perkembangan isterinya yang sudah lama meninggalkan dunia seni, Sein memberitahu isterinya kini lebih selesa menjaga kebajikan keluarganya di rumah berbanding keluar bekerja.

“Nana tidak bekerja dan dia sendiri mahu menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga keperluan anak-anak kami. Saya sebagai seorang suami sudah tentu gembira dengan keputusannya itu kerana kami tidak yakin untuk meinggalkan anak-anak kami kepada orang luar seperti pembantu rumah.

“Meskipun kami ada pembantu rumah, salah soerang daripada kami mesti berada bersama anak-anak. Biasanya dia (isteri) lah yang selalu bersama anak dan saya pula keluar bekerja.

“Lagipun, sekarang ni banyak kes penderaan bayi dan kanak-kanak di pusat penjagaan mahupun dilakukan sendiri oleh pembantu rumah. Jadi saya perlu berhati-hati dan tidak akan sekali-kali meninggalkan anak kami kepada orang luar selain keluarga,” jelasnya lagi.

Mengenai perkembangan terbaru Sein, dia bakal mengarahkan filem Penculikan Amar Affendi yang dibintangi oleh Soffi Jikan, Namron, Maya Karin, Khir Rahman, Aqasha, Zain Hamid dan ramai lagi. Mereka bakal memulakan penggambaran pada Mac depan.

Adegan Ranjang & Penampilan Seksi Bikin Marsha Gementar


Adegan Ranjang & Penampilan Seksi Bikin Marsha Gementar

Adegan Ranjang & Penampilan Seksi Bikin Marsha Gementar

Industri filem tempatan yang kini dibanjiri dengan filem-filem komedi yang mendapat sambutan di panggung bukanlah penghalang bagi filem Laga untuk tampil dengan nilai dan pengisian yang tersendiri.

Namun dalam pengisian yang cuba menampilkan budaya laga ayam di kalangan orang Melayu itu, terselit elemen sensual melibatkan pasangan suami isteri lakonan Wan Hanafi Su dan Marsha Milan yang dilihat antara adegan penarik untuk penonton ke panggung.

Marsha yang ditemui pada malam gala tayangan perdana filem Laga itu menjelaskan bahawa dia bersedia untuk sebarang implikasi serta tanggapan penonton terhadap penampilan seksinya di dalam filem tersebut.

“Memang tidak dapat dinafikan adegan tersebut pasti akan mengundang pelbagai kritikan tetapi diharapkan penonton harus melihat daripada sudut positif. Adegan itu pun diwujudkan mempunyai mesej yang tersendiri dan di selitkan metafora.

“Dalam pada itu ia dapat menambah rasa dalam filem yang sebenarnya mahu menonjolkan budaya laga ayam namun dalam masa yang sama hubungan suami isteri turut menyumbang kepada kehidupan seharian manusia biasa.

“Saya sebelum ini juga sering dikaitkan dengan imej seksi jadi persedian mental sudah ada. Cuma dalam Laga ini adegan tersebut dibuat dengan teknik kamera yang menggambarkan seolah ia benar agar ia kelihatan logik,” jelas Marsha mengenai isu penampilan seksi serta adegan ranjangnya bersama Wan Hanafi Su didalam Laga.

Berada didalam kelompok pelakon-pelakon yang hebat seperti Wan Hanafi Su dan Eman Manan, aktres berasal dari Sabah ini mengakui mendapat tunjuk ajar daripada mereka serta membuatkan dia lebih mahu memperbaiki mutu lakonan.

“Tujuan saya terima tawaran membawakan watak Ayu juga didorong perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru dan meletakkan ia sebagai cabaran buat diri saya sendiri untuk lebih versatil dalam dunia lakonan.

“Dikelilingi pelakon hebat dalam set Laga, saya beruntung kerana mendapat tunjuk ajar daripada Eman Manan serta Wan Hanafi Su juga banyak membantu bagi memudahkan saya menghidupkan watak Ayu terutama sekali yang melibatkan adegan yang panas bersama Hassan Laga.

“Banyak perkara yang pada mulanya membuatkan saya gementar berada disamping pelakon hebat seperti mereka tetapi lama-kelamaan ia membuatkan saya lebih fokus untuk membuat yang terbaik untuk watak Ayu,”jawab Marsha mengenai penampilannya di layar perak kali ini banyak memberikan ilmu baru untuknya.

Ayu lakonan Marsha akan tampil bergandingan dengan Wan Hanafi Su sebagai Hassan Laga iaitu suaminya untuk filem arahan Ismail Yaakob, Laga yang bakal ditayangkan pada 26 Januari ini.

Patah Hati Salamiah Hassan Bikin Raja Azmi Menangis


Patah Hati Salamiah Hassan Bikin Raja Azmi Menangis

Patah Hati Salamiah Hassan Bikin Raja Azmi Menangis

Beberapa hari yang lalu, teman Murai Batu berkesempatan untuk menyaksikan Salamiah Hassan membuat latihan sempena konsert solo pertamanya iaitu Konsert Gelombang Salamiah Hassan di Istana Budaya pada 10, 11, 12 Januari 2014.

Wah wah wah! Khabarnya, hebat sungguh latihan tersebut. Sebabnya, Salamiah Hassan yang lebih mesra disapa sebagai Kak Anya bikin latihan tu macam bikin konsert.

Walaupun nyanyi 23 lagu dalam latihan tersebut, namun vokal Salamiah Hassan superb giler, dengar macam dalam album.

Satu lagi, di sebalik usia yang kini sudah berusia 62 tahun, vokalnya jugak masih kedengaran macam anak dara. Hah! Macam itulah hebatnya penangan Kak Anya.

Tak hairanlah mengapa ramai yang terpegun bila dengar Kak Anya menyanyi sewaktu membuat latihan tersebut.

Salah seorang daripadanya adalah Raja Azmi Raja Sulaiman yang juga merupakan produser Konsert Gelombang Salamiah Hassan.

Bukan setakat terpegun, Raja Azmi juga khabarnya turut mengalirkan air mata tatkala Kak Anya menyanyikan lagu asli Patah Hati yang merupakan salah satu tribute Salamiah Hassan buat ibunya, Sabariah Aziz - penyanyi lagu Melayu asli era 50-an.

Raja Azmi khabarnya tak dapat nak menahan sebak bila Kak Anya menyanyikan lagu itu sebab bukan setakat sedap tapi Kak Anya menyanyikan lagu itu penuh dengan perasaan.

Haaaa.... Kalau sesiapa yang tak mahu ketinggalan untuk menyaksikan Konsert Gelombang Salamiah Hassan, jangan datang ke Istana Budaya ya. Tiket-tiket berharga RM80 hingga RM350 di www.ticket2u.biz.

Msmas: Raja Azmi Tersingkir Kerana `sumpahan` Michael Ang


Msmas: Raja Azmi Tersingkir Kerana `sumpahan` Michael Ang

Msmas: Raja Azmi Tersingkir Kerana `sumpahan` Michael Ang

“Memang berat hati Kak Mi nak melangkah keluar dari dapur Materchef Malaysia All Stars (MCMAS), tapi apa boleh buat keputusan juri kita kena akur.

“Bagaimanapun Kak Mi rasa bangga kerana disingkir pada peringkat ini. Kak Mi sendiri pun tak sangka akan menjadi peserta top 8.

“Cuma Kak Mi rasa lucu pula kerana sebelum ini Michael Ang pernah bergurau dengan mengatakan Kak Mi akan tersingkir jika menjadi 8 peserta ke atas,” kata Raja Azmi ketawa.

Raja Azmi Raja Sulaiman atau lebih selesa dipanggil Kak Mit tetap merasa bangga Sungguhpun sedih kerana telah berjaya membawa pulang RM3500 kepada badan kebajikan diwakilinya Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Ractar.

MCMAS pada Sabtu ini akan menyaksikan 7 lagi All Stars yang akan bersaing merebut gelaran juara. Mereka ialah Soo Wincci, Celina Khor, Michael Ang, Syanie, Brian, Imelda dan Zamir.

Nampaknya persaingan semakin sengit dan siapa pula bakal disingkirkan?

Oleh itu, jangan lupa untuk menyaksikan MCMAS pada setiap Sabtu hingga Selasa di Astro Ria (saluran 104) dan tayangan serentak di Astro Maya HD (saluran 135) pukul 9 malam.

Fazura Tolak Tawaran Gantikan Neelofa


Fazura Tolak Tawaran Gantikan Neelofa

Fazura Tolak Tawaran Gantikan Neelofa

Program televisyen yang berkonsepkan rancangan majalah khusus wanita, Nona terbitan Sistem Televisyen Malaysia (TV3) yang dahulu menampilkan bakat-bakat baru sebagai hos, kini tampil dengan gandingan hos yang terdiri daripada selebriti popular.

Nona ketika ini diterajui oleh pasangan pengacara Fara Fauzana dan aktres Neelofa tetapi didalam sebuah artikel di dalam Metro Ahad yang lalu ada disiarkan cerita mengatakan bahawa aktres jelita Nur Fazura telah ditawarkan posisi yang sama untuk menjadi pengacara Nona.

Fazura yang dikatakan akan menggantikan Neelofa itu telah mencetuskan pelbagai reaksi namun aktres yang kini bercuti di Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan melalui artikel di HIP, sisipan dalam Berita Harian oleh wartawan Farihad Shalla.

Antara perkara yang didedahkan di dalam kenyataan Fazura adalah pengakuannya yang ada menerima tawaran berkenaan daripada pihak produksi Nona sendiri yang berjumpanya di butik miliknya di Bangsar itu.

“Memang Faz ada terima tawaran daripada Penerbit Eksekutif Nona, Ezzah Aziz Fawzy, yang mahukan Faz menjadi pengacara Nona. Terus-terang, Faz sangat terharu apabila beliau sendiri datang ke butik Faz untuk bertanyakan hal itu.

“Bagaimanapun, Faz terpaksa menolak tawaran berkenaan secara baik kerana kesuntukan waktu, selain terikat dengan pelbagai komitmen yang dipersetujui lebih awal,” antara kenyataan yang diberikan Fazura kepada wartawan Berita Harian melalui kiriman mesej kerana aktres berkenaan masih lagi berada di Amerika Syarikat.

Antara lain yang dikatakan Fazura selain daripada belum bersedia namun dia tidak menolak jika tawaran dibuat dimasa akan datang dan jika sampai rezekinya Fazura akan menerima tawaran tersebut.

Noh Salleh Hampir Undur Diri Dari Ajl 28 Demi Umrah


Noh Salleh Hampir Undur Diri Dari Ajl 28 Demi Umrah

Noh Salleh Hampir Undur Diri Dari Ajl 28 Demi Umrah

Penyanyi, Noh Salleh akui hampir undur diri dari menyertai Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) demi menunaikan ibadah Umrah bersama isteri dan keluarga kedua-dua belah pihak.

Namun, Noh  berkata dia bernasib baik kerana keluarga memahami kerjayanya dan mahu vokalis kumpulan Hujan itu menyelesaikan tugasnya dahulu sebelum mengerjakan Umrah sehari selepas AJL 28 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada 26 Januari ini.

“Sebenarnya tarikh Umrah dapat tahu dahulu sebelum AJL 28 iaitu tarikh awal yang sepatutnya saya mengerjakan Umrah pada 20 Januari.

“Bila dapat tahu pula AJL 28 akan berlangsung pada 26 Januari saya sudah mahu tarik diri. Yelah kalau suruh saya buat pilihan, sudah tentu saya pilih untuk mengerjakan Umrah kerana sudah lama saya rancang untuk buat Umrah.

“Namun, Tan Sri (bapa mertua) beritahu saya dia boleh delay tarikh Umrah dari 20 Januari ke 27 Januari dan mahu saya selesaikan kerja saya sebelum ke tanah suci,” katanya kepada murai.com.my

Noh ditemui selepas pengumuman tema Game On untuk AJL 28 di Hotel Empire Subang, semalam.  Lagu Noh danAizat Amadan iaitu In Love With You tersenarai sebagai 12 finalis yang akan berentap di AJL 28.

Pun begitu, Noh berkata dia akan memberatkan persiapan Umrah berbanding AJL 28 , namun masih bertangungjawab untuk melaksanakan kedua-duanya dengan sempurna.

“Buat masa sekarang ini saya perlu buat dua persiapan lah,Tapi pada saya AJL adalah merupakan pertandingan muzik dan muzik sepatutnya kita boleh buat dengan rileks dan tenang tanpa rasa terlalu beban.

“Selebihnya saya akan buat persiapan untuk ibadah Umrah saya. Saya gembira kerana dapat menunaikan Umrah bersama isteri dan keluarga dua-dua belah pihak,” jelasnya lagi.

Noh dan isterinya, Mizz Nina baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah Haji pada tahun lalu.

Tak Pernah Serik, Jaclyn Victor Kini Kembali Bercinta


Tak Pernah Serik, Jaclyn Victor Kini Kembali Bercinta

Tak Pernah Serik, Jaclyn Victor Kini Kembali Bercinta

Setelah percintaan selama 10 tahun bersama seorang jejaka berbangsa Inggeris berkhir , kini penyanyi, Jaclyn Victor, 35, akui hatinya sudah dimiliki oleh seseorang.

Namun, Jaclyn Victor berkata hubungannya dengan kekasih baru itu masih diperingkat awal dan akui sedang mengenali hati masing-masing.

"Sebenarnya saya sudah mengenali dia (kekasih baru) sejak setahun yang lalu, cuma baru beberapa bulan ini sahaja kami rapat.

"Saya cuma boleh kata kami sedang mengenali hati budi masing-masing sebelum ke peringkat seterusnya," katanya kepada murai.com.my.

Pun begitu, Jaclyn tidak berhasrat untuk mendedahkan identiti temannya itu buat masa ini.

Jaclyn ditemui selepas sidang media Anugerah Juara Lagu 28 di Hotel Empirer Subang, petang semalam.

Menurut Jaclyn lagi, dia tidak pernah serik untuk bercinta lagi, malah tidak akan menunggu lama untuk menamatkan zaman bujangnya.

"Kali ini saya tidak akan membuang masa untuk menunggu lama bagi meneruskan hubungan kami ke peringkat seterusnya.

"Jika kami serasi, saya akan segera berkahwin tanpa menunggu lama seperti sebelum ini," jelasnya lagi.

Jaclyn yang tercalon dalam 12 finalis Anugerah Juara Lagu 28 bakal mempersembahkan lagu Ikut Rentakku. AJL 28 bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 26 Januari depan.

Johan Raja Lawak Menang Saman Rm1,000,000


Johan Raja Lawak Menang Saman Rm1,000,000

Johan Raja Lawak Menang Saman Rm1,000,000

Pelawak, Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz semalam berjaya memenangi kes saman terhadap pengarah dan syarikat penerbitan drama berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran di sekitar Negeri Sembilan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Gok Yam bagaimanapun menetapkan 23 Januari depan bagi menentukan jumlah ganti rugi yang harus dibayar oleh pihak defendan selepas plaintif menuntut RM1 juta dalam saman berkenaan sebelum ini.

Mahkamah juga menolak tuntutan balas RM2 juta yang difailkan Mohd Javed, 37, dan syarikat penerbitan tersebut.

Pada 18 Julai 2010, Johan, 29, dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, selaku plaintif memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed telah mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada pada 11 Mei 2010.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri di mana Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan akibat ditumbuk seorang krew penggambaran yang dikenali sebagai 'Halim'.

Johan, juga pelakon dan pengacara mendakwa Mohd Javed dan Halim kemudiannya terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka telah dihalang Ozlynn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul.

Beliau juga mendakwa pengarah itu telah menulis dan menyiarkan e-mel berunsur fitnah terhadap mereka berhubung masalah yang ditimbulkan hingga mengganggu set penggambaran dan e-mel itu dihantar kepada Persatuan Seniman Malaysia pada 20 Mei 2010.

Pelawak itu mendakwa kata-kata yang disiarkan dalam email itu membawa maksud bahawa beliau tidak sesuai diambil bekerja sebagai pelakon kerana selalu lambat, tidak bekerjasama dan sering menimbulkan masalah kepada mana-mana pengarah hingga menyebabkan beliau dan isterinya diberhentikan sebagai pelakon dalam drama arahan pengarah itu.

Johan mendakwa, sehari sebelum kejadian itu (10 Mei 2010), beliau kehilangan ibu tersayang, Salwa Md Dani yang meninggal dunia akibat ketumbuhan otak dan selepas urusan pengebumian ibunya selesai di Ampang, Selangor, beliau dan isteri memutuskan untuk pergi ke lokasi penggambaran di sekitar Sikamat dan mereka tiba di lokasi penggambaran itu pada jam 4 petang, keesokannya.

Mereka juga memohon kenyataan maaf dikeluarkan secara terbuka oleh kedua-dua defendan menerusi akhbar dan televisyen tempatan, penarikan balik kesemua surat atau e-mel berbentuk fitnah yang dikeluarkan kepada kesemua persatuan industri, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pasangan itu diwakili peguam Suhaimi Saad dan Zahrin Ishak manakala kedua-dua defendan diwakili peguam Baljit Singh

Anugerah Juara Lagu 28 Angkat Konsep Game On


Anugerah Juara Lagu 28 Angkat Konsep Game On

Anugerah Juara Lagu 28 Angkat Konsep Game On

Selepas pengumuman barisan finalis pada akhir bulan November lalu, Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) yang akan memperlihatkan persiangan sengit 12 buah lagu terbaik hasil nukilan serta garapan komposer dan penulis lirik tempatan pada 26 Januari ini telah memperkenalkan tema pada malam kemuncak tersebut.

Diangkat sebagai muzik tahunan berprestij tempatan , AJL 28 memperkenalkan Game On sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif , Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkaya seperti setiap tahun, AJL pasti akan membawa kelainan dengan tema baru itu.

"Kami telah memilih Game On kerana dinamik penggiat muzik yang dipamerkan dalam menggerakan industri muzik tanah air.

"Elemen Game On akan direalisasikan dengan grafik dan imej yang disusuli dengan susunan muzkk dan persembahan istimewa yang mampu memberi impak mendalam bukan sahaja kepada persembahan para finalis, segmen pembuka tirai dan interlude, malah boleh dilihat dan dirasai keseluruhan acara pada malam itu," katanya.

Malam kemuncak AJL 28 akan menyaksikan penampilan pertama pasangan hos, AG dan Scha Al- Yahya.

Persembahan pembuka tirai yang membawa konsep battle vokal dan tarian oleh Shila Amzah dan Mus May.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan