Cari Artikel

Sunday, January 12, 2014

Rita Rudaini Dah Serik Bercinta Dengan Mommy`s Boy?


Rita Rudaini Dah Serik Bercinta Dengan Mommy`s Boy?

Rita Rudaini Dah Serik Bercinta Dengan Mommy`s Boy?

Sepanjang tahun 2013 yang lalu, nama Rita Rudaini antara yang paling banyak menghiasi ruang akhbar, majalah atau dalam bentuk media elektronik lain. Semuanya gara-gara kisah rumahtangganya dengan bekas suami, Aidl Zafuan yang merupakan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim.

Selepas beberapa tahun turun naik mahkamah, akhirnya kemelut rumahtangga pasangan ini ditamatkan dengan perceraian mereka sekitar awal September tahun lalu.

Justeru, aktres tersebut baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia dah serik untuk bercinta atau berkahwin dengan lelaki yang disifatkannya mommy’s boy (anak emak) atau sering mengikut telunjuk keluarga.

Mungkinkan kenyataan ini berdasarkan pengalaman rumahtangganya yang lalu? Ikuti pnejelasan lanjut dari Rita Rudaini sendiri yang akan hadir dalam program MeleTOP malam ini.

Dengar katanya, Rita juga akan menjawab persoalan sama ada dia sudah bertemu cinta baru atau pengganti seperti mana bekas suaminya yang dikatakan bakal berkahwin pada Mac ini.

Kehadiran Rita ke program MeleTOP adalah untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya, Balistik di mana ianya turut menampilkan Dato ` Rosyam Nor dan Adi Putra selaku teraju utama filem tersebut. Kedua-dua bintang terkenal ini juga akan hadir memeriahkan MeleTOP malam ini.

Selain itu, nantikan juga siapakah pasangan pengacara kepada Nabil Ahmad pada minggu ini. Jika minggu lalu, Nabil telah ditemani aktres Nad Zainal, siapakah pula yang akan menemaninya minggu ini. Adakah Nad Zainal akan terus berdampingan dengan Nabil?

Saksikan semua dalam MeleTOP yang akan bersiaran pada jam 10 di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135).

Bagasi Elfira & Esliza Loy Hilang Di Korea?


Bagasi Elfira & Esliza Loy Hilang Di Korea?

Bagasi Elfira & Esliza Loy Hilang Di Korea?

Dalam pada ramai selebriti tempatan kita sibuk menjelajahmerentasi benua sampai ke Amerika Syarikat, lain pula citarasa yang dimilikiElfira Loy dan adiknya yang juga pelakon iaitu Esliza Loy memilih Korea sebagai destinasi percutian mereka sempena musim cuti Tahun Baru ini.

Seperti biasa medium Instagram menjadi peneman setia pelakon ini, kelihatan dia dan Esliza hanya berdua sambil ditemani beberapa teman yang barangkali sama-sama ikut bercuti dengan dua puteri kesayangan Puan Filzah Yusoff itu.

Gengmurai juga turut terleka melayan foto-foto yang dimuat naik Elfira khususnya yang seringkali tampil dengan caption yang lucu, sinis mahupun serius.







Dan yang paling menyentuh perasaan adalah foto Esliza yang tetap menjalankan tanggungjawab muslim iaitu solat walaupun tanpa telekung yang sepatutnya.

Melalui pengamatan di dalam Instagram Elfira, khabarnya bagasi mereka yang membawa bahan makanan dan juga peralatan solat Esliza telah mengalami masalah tagging dan telah tertinggal di Kuala Lumpur atau lebih tepat di lapangan terbang di Sepang itu.Apa kata kita jenguk jap foto-foto cantik dan menarik daripada Instagram Elfira Loy yang makin comel dan cun ni jom!



Demi Nak Kurus Cepat, Nurul Depp Tunggang Kuda


Demi Nak Kurus Cepat, Nurul Depp Tunggang Kuda

Demi Nak Kurus Cepat, Nurul Depp Tunggang Kuda

Selepas melahirkan bayi lelaki hasil perkahwinannya bersama jejaka Perancis, berat badan penyanyi hitam manis Nurul Depp naik mendadak dan membuatkan dia berazam untuk menurunkan berat badan secepat mungkin.

Namun atas disiplin yang jitu dengan mengamalkan pengambilan makanan kesihatan Herbalife dan tidak ketinggalan menjalani senaman fizikal 3kali seminggu, Nurul Depp kini boleh tersenyum bangga kerana berat badannya kini telah berkurangan sebanyak 15 kilogram (kg).

Walaupun begitu, penyanyi Tika Cinta itu masih tidak berpuashati dengan bentuk badannya dan telah menanam impian untuk mencapai berat badan idaman iaitu 58 kg  berbanding berat badannya kini iaitu seberat 62kg.

“Untuk mencapai sasaran itu, bermula hari ini saya akan menjalani sesi latihan menunggang kuda di Selangor Turf Club, Mines sebanyak dua kali dalam seminggu selain latihan fizikal di gimnasium seperti biasa.

“Saya percaya, dengan cara ini berat badan saya akan turun dengan cepat. Malah  ianya juga dapat menguatkan otot badan saya terutama bagi membentuk semula pinggang saya,” kata ibu kepada cahayamata bernama Zachary Depp itu.

Nurul Depp menambah, sudah lebih setahun dia tidak menunggang kuda atau menjalani sebarang aktiviti sukan berkuda dan kini adalah waktu paling tepat untuk dia memulakan semula aktiviti sukan sihat itu.

Jelasnya lagi, walaupun jadual hariannya agak padat dengan pelbagai aktiviti kesihatan, sesi fotografi serta perancangan bagi menyemarakan kehadiran 2014, namun itu tidak bermaksud dia perlu melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

“Tugas saya sebagai isteri dan ibu masih berjalan seperti biasa. Itu sudah menjadi tanggungjawab saya dan dalam masa yang sama saya perlu terus aktif menyanyi kerana itulah diri dan minat saya.

“Saya masih mencari syarikat rakaman yang sesuai bagi merealisasikan impian saya untuk menghasilkan lagu mahupun album terbaru saya.

“Alhamdulillah baru-baru ini, Shila Amzah telah bersetuj uuntuk memberikan saya satu lagu baru yang ditulis dan digubahnya sendiri. Kita tunggu sajalah hasilnya nanti.

“Saya sangat percaya dengan kewibawaan Shila Amzah sebagai seorang anak muda berbakat besar dan memiliki idea yang cukup segar,” katanya yang tidak sabar untuk mendengar lagu ciptaan penyanyi popular itu.

Arja Lee Menghitung Hari Lancarkan Single Pertama


Arja Lee Menghitung Hari Lancarkan Single Pertama

Arja Lee Menghitung Hari Lancarkan Single Pertama

Dalam pada sibuk menjalani penggambaran drama mahupun telemovie untuk beberapa stesen TV tempatan, pelakon kacak Arja Lee nampaknya tidak sabar untuk kelahiran single pertamanya tidak lama lagi.

Menggunakan judul Cerita Pada Mereka , Arja Lee berkata single sulungnya itu merupakan bukti bahawa minatnya bukan sahaja cenderung dalam bidang lakonan tetapi sebenarnya bermula sebagai seorang penyanyi.

“Tak ramai orang yang tahu bahawa saya bermula sebagai seorang penyanyi.  Saya telah menyanyi sejak  dari kecil lagi dan sehingga kini masih terus minat menyanyi.

“Jika ada kelapangan, saya selalu membuat persembahan untuk majlis makan malam mahupun acara korporat, tetapi tidak sebagai seorang penyanyi komersial.

“Lagu Cerita Pada Mereka inipun telah disimpan oleh komposer lagu ini selama dua tahun dan baru sekarang saya berpeluang merakamkannya dan melancarkannya tidak lama lagi.

“Saya percaya, ianya merupakan sebuah lagu yang cukup sempurna buat saya dan harapan saya supaya peminat dapat menerima saya sebagai seorang penyanyi pula.

“Cukup istimewa kerana  saya menggunakan duit poket saya sendiri dan rasanya inilah masa yang paling sesuai untuk saya melancarkannya,” katanya yang masih mencari tarikh sesuai untuk melancarkan lagu sulungnya itu.

Arja Lee berkata, Cerita Pada Mereka merupakan ciptaan rakan baiknya yang juga merupakan graduan dari Aswara, Keroz Nazri dan dia percaya lagu pop balada berkenaan dapat memperkenalkan dirinya sebagai seorang penyanyi berbakat besar.

Sedang sibuk melangsaikan proses rakaman terakhir untuk lagu berkenaan, Arja Lee berkata, dia bersama pasukannya sedang bersiap sedia menyudahkan muka hadapan (cover) untuk single berkenaan.

Katanya, sebuah sesi fotografi bakal diadakan pada hujung minggu ini yang akan mendapat kerjasama daripada pereka fesyen, jurusolek dan jurufoto profesional bagi merealisasikan wajah muka hadapan khusus untuk single berkenaan.

“Cerita Pada Mereka merupakan lagu pop balada yang mengisahkan pasangan bercinta yang putus ditengah jalan.

“Walaupun cinta mereka tidak kesampaian, adalah lebih baik untuk meninggalkan semua memori manis itu di dalam ingatan dan mengingati semua perkara yang baik bersama. Buang yang pahit dan ambil yang manis.

“Konsep yang akan saya ketengahkan untuk imej kulit album lagu ini nanti sangat ringkas di mana permainan warna putih, hitam dan kelabu menjadi pilihan saya kerana bagi saya ianya cukup eksklusif, moden lagi tersendiri,”katanya.

Erma Fatima - Suka Hati Sayalah, Karya Saya!


Erma Fatima - Suka Hati Sayalah, Karya Saya!

Erma Fatima - Suka Hati Sayalah, Karya Saya!

Sudah menjadi lumrah sebagai anak seni yang menjual hasil karyadan bakat tersendiri tidak boleh lari daripada kritikan yang merupakan sebahagian daripada elemen yang perlu bagi pasca penerbitan terutamanya dalam bidang pementasan seperti teater khususnya.

Kejayaan yang diraih oleh Bahayanya Wanita, sebuah pementasan yang diterbitkan oleh Frensis Production dengan teraju utamanya Erma Fatima sebagai penulis skrip dan pemain utama serta merangkap pengarah dan penerbit juga disamping Erra Fazira, Umie Aida, Nora Danish, Johan As`ari baru-baru ini tidak lepas menerima kritikan walaupun sambutan hangat diberikan penonton yang hadir.

Sebagai teraju utama pementasan yang menampilkan elemen komedi pertama olahan daripada sutradara Erma Fatima itu, dia juga lincah menghidupkan watak Suti Lambung yang akhirnya dilihat seakan mahu memonopoli keseluruhan pentas di Panggung Sari, Istana Budaya baru-baru ini.

“Saya boleh jelaskan disini bahawa saya antara individu yang berhak ke atas keseluruhan pementasan ini. Jangan salah faham, maksudnya saya juga sebahagian daripadda penerbit dan pengarah Bahayanya Wanita dan skrip ditulis oleh saya. Jadi suka hati sayalah nak buat macam mana kerana saya menilai daripada sudut yang berlainan.

“Penerbit mesti mahu keuntungan dan pengarah akan memastikan pelakon dapat menghidupkan skrip yang ditulis dengan jayanya. Isu monopoli pentas adalah sekadar pandangan darisatu sudut kerana teater ini komedi dan sudah tentu watak Suti Lambung jadi perhatian.

“Berbanding yang lain, kerana komedi beberapa adegan yangmelibatkan Erra dan Umie menyanyi harus dipotong kerana overran dan orang akan ingat dengan lagu dangdut dari seberang dendangan Suti,” jawab Erma Fatima ketika dihubungi mengenai isu mengatakan dia jadi gila panggung pada pementasan terbaru hasil nukilannya itu.

Dalam pementasan komedi pertama karya daripada Erma Fatimaini, watak Suti Lambung menjadi tumpuan kerana karektor namun begitu ia tidak menenggelamkan pemain lain yang merupakan nama besar dalam industri hiburan tempatan.

Tambah Erma, komedi adalah karya yang boleh dijual dipasaran kini dan kejayaan dan sambutan yang diraih Bahayanya Wanita merupakan antara yang terbaik pernah dihasilkannya setanding kejayaan Natrah pada suatu ketika dulu.

“Kalau nak cakap pasal pasaran kini, Bahaya Wanita berjaya menarik orang ke panggung Sari dan sambutan yang baik daripada penonton membawa maksud ia boleh diterima dan ada keunikan tersendiri.

“Kejayaan pementasan kali ini mengimbau kenangan ketika sambutan yang memberangsangkan daripada umum apabila Natrah dipentaskan.Bahayanya Wanita antara percubaan yang membawa kepada kejayaan dari setiap sudut.

“Sekarang saya pun dah boleh berehat seketika setelah penat bertungkus lumus sampai penutup malam 31 Disember lalu,” jawab Erma yang memberitahu dia mahu bercuti dan berehat dan ketika dihubungi dia sedang dalam perjalanan ke Bali, Indonesia.  

Lana Nordin Cuba Buang Imej Seksi & Jauhkan Kontroversi Azam Baru 2014


Lana Nordin Cuba Buang Imej Seksi & Jauhkan Kontroversi Azam Baru 2014

Lana Nordin Cuba Buang Imej Seksi & Jauhkan Kontroversi Azam Baru 2014

Kalau dahulu sebut sahaja nama Lana Nordin pasti ramai yang mencemik atau terus menyempitkan fikiran mereka dengan tanggapan yang negatif terhadap pelakon tersebut.

Sejak mula mendampingi dunia hiburan, Lana lebih dikenali dek kisah panas mengaitkan namanya dengan pelbagai isu.Namun semenjak nama Lana dikaitkan dengan seorang pelakon yang kian mendapat tempat dihati peminat tempatan iaitu Johan ‘As’ari, pelakon seksi tersebut dilihat mula diterima umum dan masyarakat.

Sudah menjadi kelaziman, tidak kurang juga yang masih tidak berhenti melemparkan tuduhan tidak berasas kepadanya yang sebelum ini popular kerana seksi tiba-tiba menjadi pujaan hati Johan ‘As’ari, pelakon berimej sopan yang diminati ramai.

“Memang segala yang berlaku ini sudah tertulis dan sebagai manusia saya tetap menerima semua yang berlaku. Dalam waktu yang singkat pelbagai perkara yang berlaku, ada yang baik dan ada yang boleh dikira dugaan untuk tahun ini.

“Jadi 2013 ditutup memang di penghujung tahunnya berakhir, dengan ini bermulalah 2014 dengan buku baru. Cukuplah tahun lepas dan sebelumnya saya dilabel dengan pelbagai gelaran, cerita yang negatif serta kontroversi yang mempopularkan saya di landasan yang tidak sepatutnya.

“Saya harus kuat dan belajar daripada apa yang berlaku kini untuk mengharungi kehidupan yang mendatang. Disamping itu saya mahu mengasah bakat lakonan dan mahu mencipta nama melalui bakat dan bukan lagi kontroversi,”ujarnya yang dihubungi baru-baru ini bagi mendapatkan perkembangan terbarunya.

Lana atau nama penuhnya Mazlina Hasan Nordin itu turut ditanya mengenai hasratnya yang ingin berubah dari segi penampilan dan ada juga desas-desus yang mengatakan dia mahu berhijab ketika masih lagi bergelar kekasih Johan ‘As’ari.

“Berubah kearah kebaikan tidak semestinya harus secara mendadak. Saya tidak mahu nanti orang ingat saya hipokrit dan hangat-hangat tahi ayam pula. Biarlah ia berlaku dengan sendiri kerana saya sudah berniat ingin berubah kea rah kebaikan.

“Bertudung ke tidak itu tidak boleh saya sebut lagi sekarang kerana ia perlukan masa dan saya mahu ia hadir dari diri sendiri. Saya mahu buang dahulu imj seksi yang sering menjadi tanggapan orang sampai macam-macam yang saya terima komen di Twittter dan Instagram saya.

“Daripada situ sedikit demi sedikit saya cuba perbaiki dan syukur saya mempunyai keluarga dan tidak kurang kawan-kawan dan peminat yang terus menyokong keberadaan saya dalam dunia hiburan ini.

“Walaupun hanya kontroversi dan cerita kurang enak dikaitkan tetapi kerana mereka tahu saya bagaimana, mereka tetap menerima saya,”ucapnya yang kedengaran seperti bersemangat untuk meneruskan perjalanan karier sebagai anak seni.

Penampilan Lana Nordin dalam teater pertama lakonanya, Bahayanya Wanita di Istana Budaya baru-baru ini menerima komen positif mengenai mutu lakonan yang diberikan Lana yang menggantikan watak Nora Danish untuk dua pementasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan