Cari Artikel

Monday, January 6, 2014

Mizz Nina - Apa nasib saya selepas mati nanti?


Mizz Nina - Apa nasib saya selepas mati nanti?

Mizz Nina - Apa nasib saya selepas mati nanti?

Melihat personaliti terbaru Mizz Nina yang berhijab sememang menyerlahkan lagi kecantikan wanita urban itu. Keputusannya untuk berhijab sekembalinya daripada menunaikan haji awal Oktober mengejutkan ramai pihak namun tetap menyokong keputusan Nina.

Meskipun terkenal dengan imej urban dan seksi suatu ketika dahulu, Nina menegaskan penghijrahannya itu adalah datang dari hatinya sendiri dan bukanlah suatu paksaan daripada sesiapa. Menurut Nina, dia mahu memenuhi tanggungjawab sebagai seorang muslimah sebaik mungkin.

““Ini bukan hal baru. Saya hampir dua tahun saya memikirkan untuk berhijab. Saya cuma mahu menjadi seorang Muslimah yang lebih baik dan saya sedang cuba untuk ke arah itu.

““Saya akui mula-mula rasa gugup sebab saya tak biasa bertudung namun saya sangat suka melihat orang pakai tudung. Cantik!

“”Kadang-kadang ada masa saya curi-curi mencuba pakai tudung dan tonton tutorial di YouTube. Semakin lama, semakin saya rasa yakin.

““Selepas pulang dari Mekah tempoh hari, saya bulatkan hati dan tetapkan iman untuk berhijab penuh kerana Allah Taala,” katanya. jelas Nina.

Menurut Nina, dia bersyukur kerana dibukakan pintu hatinya sebelum terlambat dan yakin bahawa inilah jalan hidup yang terbaik untuk semua umat manusia di dunia. Keinginan untuk berubah didorong kuat oleh hatinya sendiri apabila sering berfikir mengenai nasibnya selepas mati.

““Seperti yang kita biasa dengar, ‘Islam adalah cara hidup yang sempurna’. Itu adalah kebenarannya. Saya diberi hidayah ini, seribu rahmat dan kesyukuran hanya Allah SWT sahaja yang tahu,” ujarnya merendah diri.

““Dari saat itu saya fikir sudah tiba masanya untuk saya berada di jalan yang benar, di landasan agama Islam.

”Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkah amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimah saat masih hidup ini?” ujar Nina.

Nina juga bersyukur kerana suaminya, Noh adalah orang yang paling gembira dengan penghijrahannya.

Mizz Nina - Apa nasib saya selepas mati nanti?

Mizz Nina - Apa nasib saya selepas mati nanti?

Mizz Nina - Apa nasib saya selepas mati nanti?

Lana Nordin - “Bagi Saya Dia Itu Lelaki Psiko”


Lana Nordin - “Bagi Saya Dia Itu Lelaki Psiko”

Lana Nordin - “Bagi Saya Dia Itu Lelaki Psiko”

Kata Johan, dia putuskan hubungan sebab mak ayah tak restu. Apa komen Lana?

Saya tak terkejut pun. Bagi saya, cara dia putuskan hubungan dengan saya tak munasabah. Dia bagi alasan mak ayah tak restu. Tolonglah, dia sekali pun tak pernah bawa saya bertemu dengan keluarga dia, macam mana dia boleh yakin yang mak ayah dia tak restu hubungan dia dengan saya?

Takkanlah tak pernah sekali pun bawa jumpa keluarga?

Memang tak pernah. Keluarga dia tak kenal pun saya lagi, macam mana nak kata tak suka atau suka? Dia cuba pun belum lagi. Saya faham, untuk kenal-kenal ini, memang ambil masa. Tapi dia tak ada usaha pun ke arah itu. Kalau nak tahu, kakak dia pernah cakap dengan seorang wartawan, keluarga dia tak pernah pun halang hubungan kami. Mereka suruh kami kenal-kenal dulu. Mereka cakap, mereka pun tunggu Johan bawa balik saya jumpa keluarga. Tapi sekali pun tak pernah bawa. Sekarang cuba fikir, adakah itu halangan keluarga atau dia yang mereka-reka cerita?

Bila Johan cakap nak putuskan hubungan?

Isnin lepas.

Reaksi Lana ketika itu?

Sebenarnya saya dah bersedia dari awal. Saya sendiri pun tengok dia ini macam betul tak betul saja. Makin hari makin saya tengok dia ini banyak berdalih. Jadi saya nampak yang dia memang nak lari daripada hubungan ini dan cuma nak main-main. Kalau betul dia serius, dia tak akan cepat putus asa. Baru sebulan kot…

Lana boleh terima ke Johan bagi alasan mak tak restu?

Kelakarlah. Saya rasa tak ada kena mengena dengan mak pun. Dia itu yang bermasalah. Usaha pun tak ada, kenapa nak salahkan takdir?

Memandangkan kamu berdua masih terikat berlakon bersama dalam teater Bahayanya Wanita dan terpaksa bertemu di lokasi sama, ada tak antara kamu berdua yang cuba larikan diri?

Dia di lokasi kalau nak tahu macam orang tak bersalah. Adalah dia hubungi saya tanya saya dah sampai ke belum. Saya memang tak larikan diri tapi dialah yang buat-buat tak pandang. Kenapa pula saya nak larikan diri, bukan saya yang mulakan semua ini. Bukan saya yang ajak dia kahwin, bukan saya yang hebahkan pada semua.

Adakah selama sebulan bercinta Lana memang jatuh cinta dengan Johan?

Tak nafikan, saya memang terpikat dengan cara dia. Saya tengok dia ini baik orangnya, dengan perwatakannya yang alim dan punya pegangan agama. Saya fikir ya, mungkin dia boleh jadi pembimbing yang baik untuk saya. Tapi sebaliknya berlaku. Cuma saya dan Allah SWT sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan As’ari. Kadang-kadang saya rasa hairan, macam mana orang seperti ini menggunakan agama sebagai perisai untuk dia dilihat suci. Saya memang nampak macam wanita yang urban dan sosial tapi demi Allah, saya rasa saya lebih suci daripada dia.

Dah tahu Johan macam itu, kenapa masih terus nak bertahan dengan dia?

Iyalah, selama ini saya beri dia peluang. Lagipun boleh tengok di mana-mana media, pernah tak saya cakap saya terima lamaran dia? Tak adakan. Saya cuma cakap kalau ada jodoh, adalah. Pada saya, lebih baik hal ini terjadi sekarang. Buat apa nak hidup dengan lelaki yang menyerah sebelum kalah. Sekarang ini siapa yang diamkan diri? Ramai wartawan cari dia tapi di mana dia? Kenapa senyap?

Johan punya rekod yang buruk dalam bab bercinta dan Lana adalah mangsa keadaan sebab sebelum ini, semua artis yang pernah dikaitkan, Johan tak pernah mengaku bercinta.

Saya tahu. Tapi macam saya cakap, beri dia peluang. Nampaknya tak berubah juga. Lantaklah dia. Bagi saya, dia itu lelaki psiko. 

Diana Danielle, Farid Kamil Bawa Anak Jumpa David Teo


Diana Danielle, Farid Kamil Bawa Anak Jumpa David Teo

Diana Danielle, Farid Kamil Bawa Anak Jumpa David Teo

Walaupun sebelum ini Farid Kamil dan Diana Danielle berkata yang mereka bakal mendedahkan identiti anak mereka menerusi satu program khas di televisyen, nampaknya peminat kini tidak lagi perlu menunggu lama.

Sejak kebelakangan ini, mereka tidak keberatan untuk kongsikan beberapa foto terkini anak sulung mereka yang diberi nama Muhammad ini dan terbaru Muhammad dibawa untuk berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo.

Dalam gambar yang dikongsikan melalui Instagram milik David Teo, Muhammad kelihatan gembira di samping ibu bapanya & ramai peminat yang melihat wajah anak kecil ini juga memuji betapa comelnya anak Farid Kamil & Diana Danielle ini.

Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijab kabul pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang. Lagi gambar untuk tatapan anda. 







Emma Ma’embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat?


Emma Ma’embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat?

Emma Ma’embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat?

Kosong dunia hiburan kita awal awal tahun begini dek semua selebriti pergi bercuti ke luar negara. Habiskan baki hujung tahun mungkin, heh. Dan, yang terbaru pasangan Zizan Razak dan Emma Ma’embong khabarnya kini berada di Amerika Syarikat.

Melalui kiriman di akaun Instagram mereka berdua, Zizan Razak & juga Emma Ma’embong masing masing berkongsikan beberapa keping foto mereka secara berasingan di San Francisco dan kini sudah bergerak ke Las Vegas pula.

Tetapi, jelas dan nyata mereka tidak pergi hanya berdua dan percutian mereka ke Amerika Syarikat ini turut disertai rakan artis Kaka Azraff dan beberapa orang pegawai dari Wirefame Entertainment.

Kami tertarik juga dengan video yang dikirimkan Zizan Razak ini yang menunjukkan bakat beliau menari — secara random dan di tempat awam. #swag 






















Nur Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona?


Nur Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona?

Nur Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona?

Harian Metro hari ini melaporkan satu desas desus yang mengatakan Nur Fazura telah ditawarkan untuk memikul tugas sebagai pengacara Nona musim akan datang menggantikan Neelofa.

Laporan itu juga ada menyebut yang Fazura masih belum memberikan jawapan sama ada ingin menerima tugas itu atau tidak dan mungkin beliau perlukan lebih masa untuk memikirkan perkara ini kerana ianya bukan satu tugas mudah.

Atau, beliau akan memberikan kata putus selepas pulang dari bercuti di Amerika Syarikat ketika ini.






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan