Cari Artikel

Friday, January 3, 2014

"Kekasih Abadi" Bukti Cinta Lisa Pada Yusry


"Kekasih Abadi" Bukti Cinta Lisa Pada Yusry

"Kekasih Abadi" Bukti Cinta Lisa Pada Yusry

Tidak pernah terdetik di dalam diari hidupnya untuk bergelar seorang penyanyi. Namun kerana cinta tulus pada sang suami, pelakon jelita Lisa Surihani akhirnya bersetuju untuk berduet bersama Yusry Abdul Halim menerusi lagu ciptaan adik iparnya sendiri, Edry berjudul "Kekasih Abadi".

Menerusi laman Instagram, Lisa memberitahu walaupun kurang yakin dengan kemampuan vokalnya tetapi kerana suami tercinta, dia sanggup bersetuju untuk menyanyi, lebih-lebih lagi selepas diyakinkan  oleh suami. Menurut pelakon filem ‘Istanbul Aku Datang’ ini, setidak-tidaknya mereka mempunyai sebuah lagu cinta untuk diabadikan bersama.

“My husband insisted I did this with him, finally agreed after so much convincing. I did it for you Baby. Thank you for the just-for-fun experience :) singing is something that I lack so much confidence for but because it's with you... I thought again, at least we have one song together to cherish the love we have. Song is written and composed by Dd, my brother-in-law, I thank him too for having faith in me more than i do for myself.”

"Kekasih Abadi" merupakan single pertama keluaran KRU Music bagi tahun 2014 dan adalah percubaan sulung Lisa dalam menyampaikan sebuah lagu secara komersial. Lagu ini akan digunakan sebagai lagu tema bagi sebuah program travelog 13 episod, ‘Pasport Cinta Yusry Lisa’ yang bakal disiarkan di RTM 2 mulai bulan Mac.

Lagu yang melambangkan ikrar cinta sejati mereka ini juga bakal dimuatnaik secara rasmi di rangkaian YouTube KRU Music pada 8 Januari. Bagi mereka yang ingin mendengar lagu ini, "Kekasih Abadi" sudahpun berada di pasaran melalui iTunes manakala nada dering akan mula dipasarkan pada minggu hadapan menerusi syarikat telekomunikasi tempatan.

Sebelum ini, Yusry telah menghadiahkan Lisa sebuah lagu berjudul "Selamat Hari Kita" yang dicipta dan dinyanyikannya bersempena ulangtahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Februari 2013.



Lirik Lagu Kekasih Abadi Lisa Surihani


Kekasih Abadi
Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh kau hiasi dunia
Syukur kerana Dia mendengar doa-doaku…oh

Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba menjadi nyata…oh

Tak perlulah lagi ku bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
Untuk kekal sehidup semati

Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih abadi

Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambillah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana hidup tanpamu... oh

Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Di sana kasih kita bersemadi

Dato' Hattan Tiada Masalah Kolaborasi Dengan Waris


Dato' Hattan Tiada Masalah Kolaborasi Dengan Waris

Dato' Hattan Tiada Masalah Kolaborasi Dengan Waris

Setelah sekian lama tidak muncul dengan buah tangan terbaru dalam bidang seni suara tempatan, Dato' Hattan kini muncul dengan lagu terbaru, ‘Gadis Jolobu’, hasil kolaborasi dengan penyanyi rap yang sedang meningkat naik, Waris.

“Alhamdulillah, single terbaru saya bersama Waris, ‘Gadis Jolobu’ sudah pun dimainkan di corong radio dan lagu tersebut juga mendapat sambutan serta maklumbalas yang memberangsangkan oleh pendengar dan peminat,” ujar Hattan kepada GUA ketika ditemubual di Konsert Ambang 2014 Ambank di Dataran Putrajaya pada Selasa.

“Lagu tersebut menceritakan mengenai persepsi kurang tepat masyarakat luar mengenai orang yang berasal dari Negeri Sembilan. Menggunakan dialek pertuturan orang Negeri Sembilan, lagu tersebut akan mengubah pendapat sesetengah orang yang kurang faham mengenai adat dan budaya orang Negeri Sembilan. Lirik lagu tersebut saya hasilkan bersama Waris,” cerita Hattan lagi.

Tambah penyanyi yang pernah popular menerusi lagu ‘Biso Bonar’ ini, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkolaborasi bersama pendatang baru seperti Waris. Menyifatkan pemuda tersebut mempunyai sikap merendah diri, Hattan juga gemarkan bakat kreatif yang ada pada Waris dalam menghasilkan lagunya sendiri.

Dalam perkembangan lain, Hattan turut berkongsi mengenai anak lelakinya, Adam Iman, 16, yang memperoleh keputusan cemerlang dengan mendapat 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan baru-baru ini. Hattan juga sempat berkongsi rahsia didikan terhadap anak sulungnya itu.

“Saya tidak memaksa Adam. Apa yang penting bagi saya, Adam pandai membahagikan masa. Saya tidak halang dia untuk bermain permainan video seperti remaja yang lain, tetapi nasihat saya padanya adalah biarlah dia bijak mengatur jadual. Sebagai contoh, jika satu jam dia peruntukkan untuk bermain ‘game’, dia harus mengulangkaji pelajaran selama dua jam,” dedah penyanyi lagu ‘Rendang Tak Berbuah’ ini.

“Selain itu, didikan agama juga sangat penting. Dari awal lagi saya sudah menghantar Adam ke kelas mengaji Al-Quran dan sebagainya. Saya mengajar Adam agar sentiasa merendah diri dan mengingatkannya bahawa segala nikmat yang dikecapi kini hanyalah pinjaman Allah sahaja,” ujar Hattan mengakhiri perbualan.

Soo Wincci Hampir Putus Asa


Soo Wincci Hampir Putus Asa

Soo Wincci Hampir Putus Asa

Gadis manis yang kini popular dengan lagu ‘Musim Asmara’, Soo Wincci, 28, mendedahkan yang dia hampir putus asa kerana mengalami pelbagai masalah pada masa yang sama. Peserta ‘Masterchef Malaysia All Stars’ ini menceritakan permasalahan yang dihadapinya kepada GUA ketika ditemubual di Konsert Ambang 2014 Ambank di Dataran Putrajaya pada Selasa.

“Saya hampir mengalami ‘breakdown’ kerana ditimpa pelbagai masalah pada satu masa yang sama. Pihak pengurusan kerjaya pasaran Melayu saya mengundurkan diri selepas pelancaran album Melayu, jenama kasut yang direka oleh saya terpaksa dihentikan kerana namanya menyerupai sebuah jenama popular tempatan dan kontrak duta untuk beberapa jenama kecantikan ditamatkan. Semuanya datang serentak, apa yang saya boleh lakukan pada ketika itu adalah hanya menangis dan saya hampir mengalami ‘breakdown’ atas segala perkara yang terjadi,” dedah Wincci.

“Semuanya terjadi sehari sebelum saya mendapat tahu yang nama saya tercatat dalam senarai 100 Wajah Tercantik Dunia oleh Independent Critics. Apabila saya mengetahui nama saya terkandung dalam senarai tersebut, saya begitu terkejut. Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk berada dalam senarai 100 Wajah Tercantik. 

Mungkin mereka nampak usaha saya yang aktif dalam pelbagai cabang kerjaya seperti bidang nyanyian, peragaan, lakonan dan juga masakan. Semua perkara yang berlaku ada hikmahnya, saya anggap itu sebagai anugerah untuk saya agar dapat berusaha dengan lebih kuat dan menaikkan semangat saya agar tidak putus asa untuk mencapai impian,” ujar Wincci penuh optimis.

Menurut gadis yang mula dikenali umum menerusi penglibatannya dalam Miss World Malaysia 2008, dia mula memahami betapa besarnya cabaran yang harus dihadapinya untuk mencapai impian dan cita-cita. Menanam azam untuk menembusi pasaran Hollywood, Wincci yang sedang mengukuhkan tapak kerjayanya di negara Taiwan ini punya perancangan untuk melebarkan sayap kariernya ke negara China pula.

“Untuk tahun 2014, saya akan jarang berada di Malaysia kerana ingin mengukuhkan lagi perjalanan karier saya di Taiwan. Dua lagu saya, ‘Happiness’ dan ‘Not Brave’ kini tersenarai dalam carta muzik di Taiwan. Masalah yang saya hadapi kini adalah lagu saya popular di sana, tapi orangnya tidak ada untuk mempromosikan lagu tersebut. Jadi saya perlu ke sana untuk mengukuhkan lagi promosi,” katanya.

“Selepas Taiwan, saya sasarkan untuk memperluaskan perjalanan kerjaya saya ke negara China pula. Mungkin saya akan mencari peluang untuk berkolaborasi dengan artis di China. Penyanyi Malaysia yang sedang menempa nama di China, Shila Amzah juga ada dalam fikiran saya untuk projek kolaborasi tersebut. Mengenai pelajaran pula, saya kini sedang giat untuk mempercepatkan proses dalam menyudahkan pembelajaran saya di peringkat PhD. Azam saya adalah untuk saya menghabiskan PhD sebelum usia saya mencecah angka 30,” cerita Wincci mengakhiri perbualan.

Izara Aishah Anggap Kelab Peminat Hanya Timbulkan Masalah


Izara Aishah Anggap Kelab Peminat Hanya Timbulkan Masalah
Izara Aishah Anggap Kelab Peminat Hanya Timbulkan Masalah

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri ‘Vanilla Coklat’, Izara Aishah memberitahu mempunyai sebab tersendiri mengapa dia tidak mempunyai kelab peminatnya sendiri. Menurut duta produk Innershine ini, dia ingin bersikap adil kepada semua peminat dan tidak hanya memberikan tumpuan kepada sesetengah pihak sahaja.

“Saya tak buat kelab peminat sebab saya tak mahu peminat saya berada dalam satu kelompok sahaja. Saya rasa tak adil jika hanya ahli kelab peminat saja yang mendapat layanan atau dapat meluangkan masa dengan artis kesayangan mereka. Saya tak rasa rugi sebab bagi saya, lagi seronok jika ia dibuat dengan lebih terbuka dan tidak hanya tertumpu dalam satu kumpulan sahaja.

"Saya juga tidak percaya dengan penubuhan kelab peminat kerana ia hanya akan menimbulkan masalah dan juga salah faham. Sebelum ini ada pihak pernah buat kelab peminat tanpa pengetahuan saya dan mempergunakan duit orang lain untuk membuat T-shirt dan sebagainya. Bagi mengelakkan perkara sebegini berulang, saya lebih selesa untuk tidak mempunyai kelab peminat,” ujar Izara sambil menafikan tawaran dalam kerjaya seninya semakin berkurangan.

“Ramai orang ingat saya senyap sebab tak dapat tawaran berlakon. Sebenarnya, tahun 2013 saya sangat sibuk dengan jadual penggambaran sehingga saya tidak ada masa untuk berehat. Tahun 2013 saya jalani banyak penggambaran filem dan insyaAllah untuk tahun 2014 ini, orang akan nampak saya lebih kerana banyak cerita saya akan keluar tahun ini."

Menyentuh mengenai perkembangan kisah cintanya dengan kekasih hati, Izara memberitahu hubungan cinta yang terjalin selama tujuh tahun itu masih berjalan seperti biasa. Ditanya tidakkah dia mempunyai perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya, pelakon berusia 21 tahun ini memberitahu masih belum bersedia dan ingin menumpukan perhatian kepada karier seninya terlebih dahulu.

“Saya rasa belum lagi buat masa sekarang kerana kami berdua masih muda dan masing-masing tengah mengumpul duit. Lagipun saya tak bersedia lagi untuk berkahwin dan ingin menumpukan pada kerjaya terlebih dahulu.

"Saya bertuah kerana mempunyai kekasih sebelum masuk industri dan dia faham dengan kerja saya. Cuma selepas kahwin nanti dia minta agar saya kurangkan adegan pegang-pegang dan kalau boleh balik sebelum dia balik kerja. InsyaAllah, jika ada jodoh, saya meletakkan sasaran umur 28 tahun manakala kekasih saya pula meletakkan lagi tiga tahun untuk kami berkahwin.”

Izara Aishah Anggap Kelab Peminat Hanya Timbulkan Masalah


Dalam perkembangan lain, Izara bakal muncul dengan telefilem ‘Oh My English! – Hello America’ pada 15 Januari depan bergandingan bersama dengan Zain Saidin, Aaron Aziz, Tiz Zaqyah dan ramai lagi. Berkongsi mengenai pengalamannya menjalani penggambaran di Amerika, Izara yang memegang watak sebagai Azlin mengakui berasa teruja walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran cuaca.

“Kami jalani penggambaran di sana pada November lepas selama seminggu. Kami dimaklumkan ketika itu cuaca biasa saja, jadi kami hanya bawa baju nipis. Namun apabila sampai di sana, cuaca sejuk dan kami menggigil sangat. Disebabkan cuaca, ia mempengaruhi perasaan kami ketika berlakon dan kami jadi marah jika ada yang lambat.

"Apapun, telefilem ini memang menarik dan lebih banyak unsur komedi. Secara peribadi, saya sendiri lebih suka buat telefilem berbanding dengan drama kerana telefilem lebih ‘catchy’,” tutur Izara ketika ditemui pada sidang media ‘Oh My English! – Hello America’ sambil memberitahu tidak dapat muncul untuk musim ketiga bagi siri tersebut kerana terikat dengan komitmen lain.

Sebelum mengakhiri temubual, Izara turut berkongsi dia bakal terlibat dengan sebuah telefilem arahan Osman Ali, filem ‘Gangster Rock’ arahan Soffi Jikan dan filem ‘Pontianak’ arahan Ellie Suriaty. Jangan ketinggalan untuk menonton ‘Oh My English! – Hello America’ yang akan disiarkan pada 15 Januari, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak di Astro Maya HD (Saluran 135).

Lisa Surihani Dan Yusry Tarikan Dalam Filem Ular


Lisa Surihani Dan Yusry Tarikan Dalam Filem Ular

Lisa Surihani Dan Yusry Tarikan Dalam Filem Ular

FILEM : Ular
PENGARAH : Jason Chong
PELAKON : Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim, Izzue Islam.
DURASI : 1 Jam 18 Minit
GENRE : Seram/ fiksyen
TERBITAN : Showbiz Productions Sdn Bhd/ KRU Studios
TARIKH TAYANGAN : 5 Disember 2013

Sekali Imbas

Meskipun filem fiksyen sebegini boleh dikatakan begitu asing di antara pembikinan filem tempatan, namun filem yang berkisarkan pengembaraan ini agak menarik ditonton walaupun menggunakan subjek Ular sebagai tunjang utamanya.

Ulasan Penuh

Bagi penonton yang suka sesuatu kelaian dalam filem tempatan, Ular merupakan filem yang sesuai untuk mereka kerana filem creature-feature yang pertama seumpamanya di Malaysia ini memaparkan subjek dan unsur pengembaraan yang sangat menarik.

Sesuai dengan genre filem itu iaitu seram dan fiksyen, pengarahnya Jason Chong mengetengahkan ular sebagai subjek utama filemnya.  Penulis agak suspen dan berdebar ketika menonton filem ini kerana setiap masa pasti akan menunggu bila masa ular sawa itu keluar untuk menyerang.

Namun teknik pengimejan berkomputer (CGI) yang digunakan amat ketara kerana penulis boleh tahu mana ular sebenar dan mana ular CGI. Tetapi ia tidak menggangu penghayatan penulis untuk terus menonton kerana kesan bunyi yang bagus turut membantu.

Cuma ada beberapa bahagian, penulis agak kurang setuju dan rasa kurang logik dengan pergerakan ular CGI yang dilakukan.

Ular hanya subjek bagi latar belakang filem ini, namun penulis harus puji lakonan yang mantap pasangan suami isteri, Lisa Surihani danYusry Abdul Halim turut menjadi daya penarik dalam membawa penonton menyaksikanfilem tersebut.

Selain itu, Jason juga dilihat turut cuba menyelitkan beberapa aksi komedi bagi meredakan ketegangan penonton sepanjang menyaksikan debaran pertarungan antara manusia dan haiwan tersebut.

Namun, beberapa babak komedi berunsur lucah dan double meaning yang cuba ditonjolkan melalui watak pasangan gay dan wanita seksi dilihat kurang sesuai dan agak menjengkelkan.

Keseluruhan, penulis boleh katakan ianya satu percubaan yang baik pada pembikin filem Malaysia apabila berjaya menghasilkan creature-featureyang pertama seumpamanya di Malaysia.

Sinopsis

Ular mengisahkan Myra (Lisa Surihani) seorang wartawan jenayah yang digantung kerja telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau. Myra yang ditemani jurukameranya, Remy (Yusry) tidak pernah menyangka tugasannya kali ini bukanlah satu tugasan biasa apabila percutian hebat yang dimenangi oleh 10 orang pemenang cabutan bertuah bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri yang tidak terduga.

Segalanya bermula apabila ada di antara tetamu pusat peranginan itu dengan beraninya telah menyelinap masuk ke dalam hutan yang telah dipagari dengan pagar elektrik. Rambo yang panik setelah menyedari hal tersebut segera mendapatkan Encik Aziz, pemilik pusat peranginan tersebut. Ia secara tidak langsung telah menimbulkan rasa ingin tahu Myra dan Remy untuk merungkai apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Encik Aziz (Namron) disebalik kewujudan pusat peranginan tersebut.


Berjayakah Myra mencungkil rahsia di sebalik pusat peranginan tersebut? Dan apakah yang akan berlaku kepada mereka setelah menyedari mereka sebenarnya terperangkap di sebuah pulau yang dipenuhi oleh penunggu asa lpulau tersebut? Semuanya terjawab jika anda menonton filem ini sepenuhnya.

Dazrin Kamaruddin Jawab Isu Tak Berdisiplin!


Dazrin Kamaruddin Jawab Isu Tak Berdisiplin!

Dazrin Kamaruddin Jawab Isu Tak Berdisiplin!

Pelakon Dazrin Kamaruddin, 26, akui terkejut dituduh tidak berdisiplin dalam kerjaya seni dan bersikap tamak apabila mengambil banyak tawaran kerja dalam satu-satu masa seperti mana yang didakwa dalam laporan pada ruangan pojok sebuah akhbar, baru-baru ini.

Dazrin dalam laporan mStar Online hari ini bagaimana pun mempersoalkan penulis ruangan itu yang tidak mendapatkan penjelasannya sebelum melaporkan berita.

"Dalam gosip tersebut saya dikatakan tidak berdisiplin kerana sikap saya yang kononnya tidak menepati masa sehingga mengganggu jadual produksi. Malah saya dikatakan tamak kerana mengambil projek yang banyak dalam satu-satu masa.

"Pertama sekali, saya bukanlah pelakon yang mampu bekerja dalam produksi yang banyak serentak. Sepatutnya penulis gosip itu tanya saya dahulu kerana apa yang berlaku antara saya dengan produksi sebelum ini adalah salah faham, serta pengurusan kerja yang tidak betul.

"Pada asalnya saya hanya mahu membantu produksi tersebut kerana mereka terlalu mahukan saya mengacara program itu walaupun saya dah beritahu yang saya sedang sibuk dengan penggambaran drama Cinta Pandang Kedua," katanya.

Tambah Dazrin, selepas dirayu beberapa kali, atas dasar kasihan dan penerbit itu juga merupakan rakannya, dia menerima tawaran itu dengan syarat dia hanya boleh menjalani penggambaran pada setiap Sabtu sahaja.

Namun katanya, lain pula yang terjadi apabila jadual penggambaran program tersebut yang dilakukan di luar kawasan Kuala Lumpur sering diubah sehingga menjejaskan masanya untuk penggambaran Cinta Pandang Kedua.

"Saya malas nak cerita panjang kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan pun. Tetapi apabila sudah menjadi bahan berita, ia sudah memberikan pandangan yang pelbagai terhadap orang yang membacanya.

"Produksi itu tidak tahu bagaimana kelam kabutnya saya mengejar masa untuk memenuhi permintaan mereka yang sentiasa bertukar jadual. Apabila kita berbuat baik, dipijaknya pula," ujarnya dengan nada kesal. 

Mcmas: Peserta Top 10 Bakal Mulakan Saingan Untuk Tahun 2014


Mcmas: Peserta Top 10 Bakal Mulakan Saingan Untuk Tahun 2014

Mcmas: Peserta Top 10 Bakal Mulakan Saingan Untuk Tahun 2014

Selepas bertungkus lumus berhadapan cabaran di pusingan penyingkiran pada episod lepas, nampak gayanya sepuluh orang peserta terus kekal di dapur Masterchef Malaysia All Stars (MCMAS).

Kesemua peserta top 10 MCMAS ialah Shahriah, Soo Wincci, Raja Azmi, Celina Khor, Michael Ang, Syanie, Brian, Imelda, Zamir dan Che Lah.

Lima peserta yang terpaksa ke pusingan penyingkiran ialah dari kumpulan Biru yang tewas pada pusingan cabaran luar.

Zamir, Shahriah, Michael Ang, Brian dan Syanir diminta untuk membuat kek lapis mengikut cita rasa sendiri dalam masa 1 jam 30 minit.

Selepas bertungkus lumus, Zamir terpilih sebagai pemenang dan Shariah telah diumumkan sebagai peserta tersingkir.

Namun, atas budi bicara Chef Papa Joe dan Chef Adu bersempena sambutan tahun baru 2014, Shariah terselamat dan masih diberi peluang untuk meneruskan cabaran di dapur MCMAS.

Nampaknya MCMAS pada 2014 ini bakal membuka tirainya dengan 10 peserta di cabaran peti saji misteri dan ujian cipta rasa!

Siapa pula bakal menjadi peserta pertama tersingkir di tahun baru ini? Sama-sama kita saksikan MCMAS Sabtu ini!

MCMAS bersiaran pada setiap Sabtu hingga Selasa, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (saluran 135).

Jam Dinding Yang Berdetak Ketengahkan Nadiya Nisaa Dan Amerul


Jam Dinding Yang Berdetak Ketengahkan Nadiya Nisaa Dan Amerul

Jam Dinding Yang Berdetak Ketengahkan Nadiya Nisaa Dan Amerul

Syarikat produksi, Revolution Stage bakal membuka tirai untuk tahun 2014 ini apabila muncul dengan teater berjudul Jam Dinding Yang Berdetak (JDYB) di Lambang Sari, Istana Budaya bermula 17 hingga 19 Januari ini.

Menariknya JDYB itu bakal menampilkan pelakon,  Nadiya Nisaa dan Amerul Affendi sebagai anak kepada watak utamanya.

Pengarahnya Aloeng Silalahi berkata, pemilihan Nadiya Nisaa adalah mengikut kesesuaian dengan karekter dan kekuatan masing-masing.

“Pemilihan Nadiya Nisaa dan Amerul Affendi dilihat sanga tbersesuaian kerana masing-masing mempunyai kekuatan masing-masing.

“Meskipun saya tidak pernah bekerja dengan Nadiya Nisaa berbanding Amerul sebelum ini tetapi saya percaya dia punya bakat lakonan yang tinggi dari penilaian saya menerusi drama-drama yang dilakonkannya di dalam televisyen,” katanya kepada murai.com.my.

Sementara itu, Nadiya pula berkata dia amat gembira apabila diberi peluang untuk mementaskan teater tersebut, meskipun hanya memegang watak kecil.

“Sebenarnya ini teater kedua saya selepas teater Asramara pada Oktober lalu. Selepas kali pertama berlakon teater, terus-terang saya jadi ketagih hendak berlakon pentas lagi.

“Jadi bila diberi peluang kali kedua ni saya sangat teruja walaupun watak yang diberikan tidak banyak dan hanya watak tambahan. Bagi saya untuk permulaan ini saya lebih selesa untuk memegang watak kecil sahaja dalam mana-mana pementasan,” katanya.

Menurut Aloeng,  teater Jam Dinding Yang Berdetak ini merupakan naskah daripada seorang penulis Indonesia iaitu Nano Riantiarno yang diubahsuai mengikut kesesuaian masyarakat negara ini.

Katanya, sebanyak 45 peratus termasuk bahasa, watak dan kesesuaian adat serta agama telah diolah semula mengikut citarasa tempatan.

"Sebenarnya, kisah hidup masyarakat sekitar tahun 80an di Indonesia dan Malaysia tidak jauh bezanya, cuma saya ubahsuai daripada segi bahasa dan latar belakang keluarga yang pada asalnya sebuah keluarga beragama Kristian," katanya.

Jam Dinding Yang Berdetik akan dipentaskan di Lambang Sari,Istana Budaya, pada 17 hingga 19 Januari depan.

Nash Rancang Comeback Bersama Dato` Ramli Sarip


Nash Rancang Comeback Bersama Dato` Ramli Sarip

Nash Rancang Comeback Bersama Dato` Ramli Sarip

Penyanyi dan juga vokalis kumpulan Lefthanded,  Nash atau nama sebenarnya, Nashrudin Elias akui teringin untuk comeback dan kini sedang merancang untuk kembali dengan lagu baru tidak lama lagi.

Malah, Nash berkata dia kini dalam perbincangan dengan Raja Rock, Dato’ Ramli Sarip untuk melahirkan sebuah lagu single atau pun album studio.

“Sebenanrya saya ada menyatakan hasrat kepada Dato’ Ramli Sarip untuk merakamkan sebuah single atau pun album. Saya memang mempercayai Ramli Sarip untuk menjadi produser kepada album saya nanti.

“Namun semuanya masih dalam perancangan awal dan kami belum berbincang dengan serius lagi. Konsep juga belum difikirkan dan siapa tahu mungkin saya dan Ramli akan bergabung bersama dalam sebuah lagu,” katanya kepada murai.com.my

Meskipun sudah agak lama tidak melahirkan lagu atau album baru,namun Nash yang popular dengan lagu Tiada Lagi Kidungmu itu memberitahu dia yakin masih ada lagi yang mengikuti dan menantikan produk baru daripadanya.

“Dalam bidang seni muzik ini tiada makna lambat atau cepat dan tua atau muda kerana apa jua produk seni muzik yang dikeluarkan ianya pasti akan boleh mengisi kehendak peminat muzik.

“Malah, dalam bidang ini juga tiada istilah pencen, walaupun saya dah meningkat usia tetapi jika sesebuah lagu itu dihasilkan dengan kualiti yang tinggi ianya tidak akan menjadi masalah.

“Saya juga tak sangka apabila saya buat persembahan nyanyian baru-baru ini saya rasa peminat saya lebih banyak dari dulu, malah peminat saya kini bertambah daripada semua golongan termasuk anak kecil juga,” jelasnya.

Mengenai perkembangan terbaru, Nash bakal memeriahkan perlancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 yang bakal berlangsung dalam sebuah konsert di Dataran Merdeka pada 4 Januari 2014. Selain Nash konsert pelancaran itu turut menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search, Hafiz Suip, Dato’ JamalAbdillah, Nash, Najwa Latiff, Azlan & The Type Writer, Khatijah Ibrahim dan ramai lagi.

Dapatkan Tiket Percuma Menyaksikan Konsert Gelombang Salamiah Hassan


Dapatkan Tiket Percuma Menyaksikan Konsert Gelombang Salamiah Hassan

Dapatkan Tiket Percuma Menyaksikan Konsert Gelombang Salamiah Hassan

Buat julung kalinya, penghibur wanita tanah air yang disegani ramai iaitu Salamiah Hassan bakal mengadakan konsert solo pertamanya, Konsert Gelombang Salamiah Hassan di Istana Budaya selama 3 malam berturut-turut iaitu pada 10 Januari 2014 hingga 12 Januari 2014.

Diterbitkan Akid Productions Sdn Bhd milik produser filem tersohor, Raja Azmi Raja Sulaiman, Konsert Gelombang Salamiah Hassan yang diarahkan Pat Ibrahim serta pengarah muzikal oleh Aubrey Suwito bakal menyaksikan perjalanan hidup Salamiah Hassan ini sepanjang bergelar insan seni selama 4 dekad.

Sepanjang 4 dekad, ibu kepada penyanyi Raja Atilia Raja Haron ini akan membawa kalangan peminat serta pencinta muziknya untuk mengikuti perjalanan seni awalnya menyertai Bakat TV di RTM pada 1971, diikuti dengan penglibatannya sebagai penyanyi rakaman, penghibur kelab serta Ratu Jingles (lagu-lagu iklan TV).

Dalam tempoh itu, banyak lagu yang telah dirakamkannya. Antaranya ialah Surat Terakhir, Gelombang serta Menghitung Hari.

Bagi anda yang tidak mahu lepaskan peluang menyaksikan Konsert Gelombang Salamiah Hassan, portal Murai memberi peluang kepada 10 pembaca bertuah untuk meraih sepasang tiket percuma.

Anda boleh membawa ibu atau bapa sebagai pasangan anda tatkala menyaksikan konsert itu nanti atau menghadiahkan sepasang tiket percuma itu kepada ibu bapa anda.

Tiket-tiket percuma ini diberikan untuk anda menyaksikan Konsert Gelombang Salamiah Hassan sewaktu malam prebiunya diadakan pada 8 Januari 2014.

Tunggu apa lagi, sertakan butiran peribadi seperti nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan, alamat rumah serta alamat emel dan hantarkan kepada webmaster@murai.com.my.

Gala Diraja Seni Persembahan Diterajui Ezlynn, Tony Eusoff, Adibah Noor


Gala Diraja Seni Persembahan Diterajui Ezlynn, Tony Eusoff, Adibah Noor

Gala Diraja Seni Persembahan Diterajui Ezlynn, Tony Eusoff, Adibah Noor

Sebuah acara ikonik, Gala Diraja Seni Persembahan inisiatif dari My Performing Arts Agency (MyPAA) dengan kolaborasi bersama Jabatan Kebudayaan dan Seni Negara (JKKN) serta sokongan dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) bakal berlangsung pada tapak istana Negara lama pada 25 Januari 2014.

Dianjurkan untuk mengutip dana yang bertujuan menjana perkongsian kerjasama bagi rekacipta dan kemajuan usaha seni di Malaysia, Gala Diraja Seni Persembahan juga diadakan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (VMY 2014), menjadikan kempen ini lebih berwarna-warni serta lebih berprestij tinggi dengan gabungan pelbagai acara.

Dipersembahkan dalam tempoh 45 minit,  pementasan muzikal ini membariskan bakat-bakat terbaik dari Malaysia iaitu Ezlynn yang cukup dikenali menerusi lagu hits beliau Hi Hi Bye Bye, Tony Eusoff, bintang teater muzikal Malaysia yang diminati ramai serta Adibah Noor yang mempunyai kepelbagaian bakat dalam bidang seni.

Lebih menarik apabila ianya iarahkan oleh pengarah terkenal Adlin Aman Ramlie, diiktiraf melalui karya beliau dalam filem Puteri Gunung Ledang, rancangan realiti-TV Akademi Fantasia, Maharaja Lawak Mega, Uda dan Dara, Muzikal Puteri Gunung Ledang, dan Muzikal P.Ramlee antara lainnya.

Malah ia turut dibantu tenaga produksi yang kreatif seperti Onn San iaitu komposer dan orkestrator yang pernah memenangi anugerah, Fairul Zahid - bintang pelatih tari ASWARA Dance Company, Melissa Teoh - pemgurus produksi, serta Tommy Mansur - pengarah artistik yang menghasilkan pembikinan set hebat dalam filem Vikingdom oleh KRU.

Gala Diraja Seni Persembahan mengisahkan tentang Puteri Artilla (lakonan Ezlynn), yang berasal dari tanah kelahiran seni. Tuan puteri bersemangat cekal dan berminda terbuka ini ditunangkan dengan Putera Syah Rohan (lakonan Tony Eusoff) dari kerajaan jiran; seorang yang mengutuk seni turun-temurun warisan nenek moyang mereka.

Dengan berat hati, Tuan Puteri bersetuju untuk memulakan sebuah ekspidisi bersama Tuan Putera bagi mengenal hati budi masing-masing. Ditemani rombongan diraja, ekspidisi ini membawa mereka ke satu sudut dari kerajaan Tuan Puteri yang diperkaya dengan keindahan seni; sebuah perjalanan yang akhirnya telah merubah persepsi Tuan Putera terhadap seni. Para hadirin akan mengetahui samada perjalanan ini sudah cukup kuat untuk membuat Tuan Puteri berubah hati.

“Tidak tahu bagaimana hendak digambarkan kegembiraan kami apabila memiliki barisan bintang-bintang berpengalaman luas bersama kami untuk Gala Diraja Seni Persembahan ini.

"Sebuah pasukan kreatif yang hebat dan benar-benar berazam untuk mempersembahkan hanya yang terbaik bagi acara ini, bintang-bintang serta artis-artis bakal memberi seluruh jiwa dan raga mereka untuk menghidupkan jalan cerita yang dipersembahkan di atas pentas yang direka-khas di atas tapak istana Negara lama ini.

"Ini adalah sebuah pengalaman seumur hidup yang pastinya dinikmati dan dikenang sampai bila-bila oleh penaung-penaung kami," kata Izan Satrina Mohd Sallehuddin, Pengarah MyPAA.

Sementara itu, Adlin Aman Ramlie pula berkata, persembahan muzikal ini merupakan yang paling terbaik antara yang terbaik yang pernah dihasilkan.

"Visi saya adalah untuk mencipta sebuah karya seni yang berpotensi untuk dipentaskan dalam produksi menyeluruh, yakni sebuah seni persembahan bertaraf dunia kepada penonton.

"Tambahan pula, acara ini bakal menjadi platform pendedahan bakat-bakat seni kepada ketua-ketua korporat yang akan menghadiri acara ini, mempersembahkan peluang kolaborasi antara seni dan hiburan dalam setiap acara korporat mereka,” komen Adlin Aman Ramlie.

Lebih dari RM700,000 dana diraih dari Gala Diraja Seni Persembahan 2012, yang telah diagihkan kepada 31 penerima termasuklah Akasha, Rhythm in Bronze, Five Arts Centre, Rumah Anak Teater, Rimbun Dahan, antara lainnya.

Gala Diraja Seni Persembahan merupakan peluang keemasan kepada sektor korporat menjadi tuan rumah kepada klien-klien dan rakan usahasama di majlis diraja yang eksklusif, dengan kehadiran elit kreatif dan korporat tempatan.

Meja yang dijual bagi gala ini bermula dengan harga RM15,000 (Meja Gamelan), RM25,000 (Meja Odissi), RM35,000 (Meja Wayang Kulit), dan RM50,000 (Meja Mak Yong) bagi setiap meja. Sebagai bonus, setiap sokongan bagi inisiatif ini dikecualikan daripada cukai. Untuk tempahan/maklumat lanjut, hubungi 03 6207 9566 atau email rag@mypaa.com.my

Oh My English! Kini Terbang Ke Amerika Syarikat!


Oh My English! Kini Terbang Ke Amerika Syarikat!


Wah! Nampaknya Oh My English semakin gempak! Jika sebelum ini mereka ke Terengganu, sekarang terbang pula ke Amerika! Wow, seronoknya.

Astro Gempak pasti ramai yang sudah tidak sabar menunggu ‘Oh My English! – Hello America’ yang bakal bersiaran Januari ini bukan?

Menurut Naib Presiden Bahagian Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, telefilem tersebut merupakan susulan kepada telefilem pertama iaitu ‘Oh My Ganu’ yang telah mendapat sambutan menggalakkan.

“Kami telah menerima sambutan yang sangat luar biasa melalui telefilem pertama Oh My English iaitu ‘Oh My Ganu’ sehingga menjadi trending pada hari pertama disiarkan.

“Oleh itu, kepada peminat setia rancangan ini, sebagai tanda penghargaan atas sokongan anda, kami bawakan satu lagi telefilem hebat, ‘Oh My English – Hello America.’ ujarnya ketika di temui baru-baru ini.

Telefilem ini dibintangi oleh Zain Saidin, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Izara Aishah, Harun Salim Bachik, Akhmal Nazri, Roax Tan, Zhafir Muzani dan Kameeshaa Ravindran, selain itu pelakon hebat seperti Nadia Aqila serta beberapa pelakon dari Amerika Syarikat turut membuat penampilan.

Wah, nampaknya bertambah seronoklah Jibam, Mazlee, Azlin, Syafiq, See Yew Soon, Anusha dan rakan yang lain mengembara di negara orang bukan?

Pasti penonton tertanya-tanya bagaimanakah agaknya gelagat mereka ketika berada di Amerika.

Apakah yang mereka cuba lakukan ketika berada disana? Mungkinkah Jibam dan rakan-rakan mempunyai misi tertentu?

‘Oh My English – Hello America’ akan di siarkan pada 15 Januari, jam 9.00 malam di Astro TVIQ (saluran 610) siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135).

Untuk mengetahui tentang perkembangan dan juga menyaksikan secara eksklusif disebalik tabir pembikanan telemovie 'Oh My English!' di Amerika, sila layari www.ohmyenglish.com.my dan juga laman sosial seperti facebook – Oh My English, Instagram, @OhMyEnglish, dan twitter, @Oh_My_English.

Sebelum itu, jom saksikan sedikit sedutan dibawah!




Aril Tak Sabar Duduk Sebumbung Dengan Isterinya


Aril Tak Sabar Duduk Sebumbung Dengan Isterinya

Aril Tak Sabar Duduk Sebumbung Dengan Isterinya

Penyanyi yang juga penyampai radio ERA, Khairil Azam Pilus,28, atau Aril akui tidak sabar untuk duduk sebumbung dengan isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 27, apabila wanita yang baru dikahwininya itu bakal menetap di Malaysia semula tidak lama lagi.

Menurut Aril, buat masa ini, dia terpaksa berjauhan dengan isterinya yang kini menetap di Jeddah kerana bekerja dengan syarikat penerbangan Arab Saudi.

"Lepas nikah hari tu, isteri saya terus kena pulang ke Jeddah. Nak buat macam mana. Dah tuntutan kerja.

Namun Insya Allah, dalam tempoh 3 hingga 4 bulan yang akan datang, dia akan kembali menetap di Malaysia.

"Bukan sebab dia berhenti kerja tetapi sebab dia tidak lama lagi syarikat penerbangan Arab Saudi akan membuka cawangan mereka di Kuala Lumpur. Jadi, isteri saya sudah pun membuat permohonan untuk bekerja dengan syarikat penerbangan tersebut di Malaysia.

"Memang tak sabar nak tunggu detik-detik itu dan lepas nikah pun saya akan terus menetap di rumah peninggalan arwah abang saya, Izwan Pilus.

"Sekarang ni nak plan cuti bulan madu pun tak boleh lagi. Insya Allah, tunggulah bila resepsi kami di Kuala Lumpur selesai nanti. Kami cadang nak buat di Saloma Bistro sekitar Mac nanti .

"Namun, tarikhnya masih tidak ada lagi. Yang penting, resepsi di Saloma Bistro ini saya adakan khas buat kalangan ahli keluarga, rakan-rakan serta pijak media dan hanya yang dijemput saja boleh datang ," katanya kepada murai.com.my.

Aril selamat diijabkabulkan Puteri Erma Edlinda di Wakaf Che Yeh, Kelantan pada 20 Disember lalu.

Berwalikan bapa Puteri Erma Edlinda sendiri, Aril memperisterikan pramugari syarikat penerbangan Saudi Arabia itu dengan mas kahwin sebanyak RM15,000 serta 9 dulang hantaran berbalas 9 daripada pihak pengantin perempuan.

Lisa Surihani Akhirnya Rakam Lagu Khas Berduet Dengan Yusry


Lisa Surihani Akhirnya Rakam Lagu Khas Berduet Dengan Yusry

Lisa Surihani Akhirnya Rakam Lagu Khas Berduet Dengan Yusry

Meskipun bidang nyanyian merupakan bidang yang sangat baru dan belum pernah diceburi oleh aktres, Lisa Surihani namun ianya tidak menjadi penghalang buat pelakon filem Ular ini untuk berduet dalam sebuah lagu bersama suaminya, Yusry Abdul Halim.

Lisa Surihani bakal menyanyi dalam sebuah lagu duet bersamaYusry berjudul Kekasih Abadi.

Mempertaruhkan julung-julung kali vokal Lisa bersama Yusry, lagu Kekasih Abadi tersebut telah mengabadikan kisah cinta yang berjanji untuk sehidup semati.

Kekasih Abadi ciptaan komposer Edry Abdul Halim itu telah menterjemahkan rasa syukur pasangan berkenaan apabila akhirnya dipertemukan dan kini menjadi teman yang sah.

Malah,Ikrar cinta sejati mereka diabadikan menerusi lagu tersebut.

Menerusi laman sosial akaun Instagram milik Lisa, aktres itu turut memberitahu dia bersetuju untuk merakamkan lagu itu selepas diyakini sepenuhnya oleh Yusry.

Malah dia benar-benar melakukan perkara tersebut buat pertama dalam hidupnya demi Yusry.

Menurut Lisa,setidak-tidaknya mereka punya lagu cinta bersama.

Lisa juga turut berterima kasih kepada Edry kerana berjaya mencipta lagu itu sepenuhnya.

Berikut adalah entri yang ditulis Lisa di dalam laman sosial Instargam:

“My husband insisted I did this with him, finally agreedafter so much convincing. I did it for you Baby. Thank you for the just-for-funexperience singing is something that I lack so much confidence for but becauseit's with you. I thought again, at least we have one song together to cherishthe love we have. Song is written and composed by Dd, my brother-in-law, Ithank him too for having faith in me more than i do for myself.”

Kekasih Abadi juga digunakan sebagai lagu tema bagi sebuah program travelog Paspot Cinta Yusry Lisa, Siri sebanyak 13 episod yang bakal menemui peminat di kaca TV bermula Mac 2014 di RTM 2.

Program yang diinspirasikan dengan konsep percutian bulan madu Yusry dan Lisa menampilkan mereka pasangan suami isteri yang mengembara ke seluruh negeri di Malaysia.

Apa yang menarik, penonton akan berpeluang melihat perbezaan karakter Yusry dan Lisa dalam merancang percutian-percutian bajet mereka.

Lagu Kekasih Abadi akan dimuatnaik secara rasmi di rangkaian Youtube KRU Music pada 8 Januari ini. Lagu ini juga sudah berada di pasaran melalui i-Tunes sementara nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan akan mula dipasarkan minggu hadapan.

Joe Purevibracion Muncul Single Solo Pertama, Lucy Lou


Joe Purevibracion Muncul Single Solo Pertama, Lucy Lou

Joe Purevibracion Muncul Single Solo Pertama, Lucy Lou

Sambil menanti untuk menyiapkan album terbaru PureVibracion yang mana pembikinannya bakal  dijadualkan memasuki studio rakaman pada akhir tahun ini, vokalisnya iaitu Joe PV akhirnya mengambil keputusan untuk cuba menghasilkan single solo pertamanya.

Vokalis kugiran reggae tempatan sibuk menyiapkan album ekperimentasi solonya yang pertama di bawah syarikat rakaman tempatan Laguna Music yang bertempat di Ampang, Selangor. Syarikat yang sama telah menerbitkan album sulung Purevibracion iaitu Love and Peace pada tahun 2008.

Rakaman album yang dibuat di Greenhouse Studio dan Tune Studios ini akan memperdengarkan, akar muzik reggae moden yang berunsurkan digital dan penyampaian vokal yang berbeza dari muzik reggae yang biasa kedengaran. Manakala cinta, keamanan, masalah sosial dan global masih menjadi isi pilihan di dalam penulisan.

Lucy Lou menjadi lagu pilihan pertama yang di perdengar dan di pertontonkan secara online. Lagu ini sudah pun di muat naik di laman sesawang Youtube, channel lagunarecords atau anda boleh melayari Facebook “Laguna Music” atau Joe PV. Ianya sudah mula dimuatnaik pada 8hb November 2013.

Album yang akan memuatkan 6 lagu berbahasa Inggeris dan 1 lagu berbahasa Malaysia ini di jangka akan menemui peminat pada Januari 2014.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan