Cari Artikel

Thursday, December 26, 2013

Siapa Yang Gambit Pikul Dan Peluk Tu?


Siapa Yang Gambit Pikul Dan Peluk Tu?

Siapa Yang Gambit Pikul Dan Peluk Tu?
Siapa Yang Gambit Pikul Dan Peluk Tu?

Alamak apa yang Gambit Saifullah sedang buat? Beginilah ragam pengacara program realiti terbaru di Astro Ria (saluran 104) berjudul Sesat untuk menghangatkan lagi rancangan yang dikendalikannya itu.

Tapi siapakah yang dipikul Gambit itu?

Malah kelihatan Gambit turut memeluk seorang selebriti lelaki yang masih menjadi rahsia identitinya, tetapi hanya dapat diketahui menerusi episod terbaru Sesat yang akan ditayangkan malam ini di Astro Ria, jam 9.30 malam.

Sesat malam ini bakal menyaksikan dua lagi selebriti beradu tenaga bagi merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM5,000 pada sesi penggambaran yang telah diadakan di Bandung, Indonesia baru-baru ini.

Program TV unik berkenaan telah mula ditayangkan sejak 24 Oktober lalu, di mana setiap episod menyaksikan dua selebriti beradu tenaga bagi merealisasikan tugasan serta cabaran yang diberikan sebelum sampai ke garisan penamat.

Malam ini, dua lagi selebriti telah dipilih, di mana kedua-dua mereka telah ditempatkan di dua lokasi berbeza yang ternyata jauh dari dunia glamor dan telah diberikan masa tertentu sehingga selesai tugasan.

Kalau nak tahu, salah seorang selebriti berkenaan terpaksa bekerja sebagai pengangkat tilam semata-mata untuk mendapatkan wang saraan.

Manakala seorang lagi selebriti perlu menjadi tukang tilik untuk menyahut cabaran serupa.

Namun apa yang menarik, kedua-dua selebriti berkenaan telah ditempatkan di kota Bandung, Indonesia iaitu bandaraya kedua terbesar di republik berkenaan yang penuh sesak serta pelbagai ragam manusia dari setiap ceruk.

Nantikan bagaimana reaksi kedua-dua selebriti berkenaan malam ini menerusi program Sesat berhadapan dengan ragam manusia yang pastinya cukupa sing buat mereka.

Siapa yang cekal dan siapa pula yang pasrah? Semuanya ada di Sesat, jam 9.30 malam ini, hanya di Astro Ria.

Bahayanya Wanita Beri Peringatan Tentang Martabat Kaum Wanita


Bahayanya Wanita Beri Peringatan Tentang Martabat Kaum Wanita

Bahayanya Wanita Beri Peringatan Tentang Martabat Kaum Wanita
Bahayanya Wanita Beri Peringatan Tentang Martabat Kaum Wanita

Bagaimana jelas dan terangnya tajuk pementasan terbaru hasil tulisan sutradara terkenal, Erma Fatima yang diberi judul Bahayanya Wanita, begitu juga mesej utama yang ingin diketengahkan dalam teater ini lebih santai dan tidak terlalu berat untuk dihadam oleh penonton.

Tampil di atas pentas dengan watak Suti Lambung, janda berketurunan jawa yang digilai si romeo tua beristeri tiga lakonan Zizan Razak, Erma merasakan tajuk yang dipertaruhkan mempunyai elemen komedi serta disebalik ia juga merupakan realiti dalam kehidupan kita seharian.

Mula dipentaskan pada 20 Disember lalu, teater arahan Bombay atau Zamberi Shari ini mempunyai tarikan tersendiri serta tampil dengan mesej positif selain daripada barisan pelakon handalan yang mewarnai Panggung Sari, Istana BUdaya sehingga 31 Disember ini.

“Saya rasakan tajuk itu bukan sahaja senang untuk difahami, ia juga ingin memberitahu umum bahawa wanita itu ada kuasanya sendiri. Kerana jika tidak, tiadalah pepatah mengatakan tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia.

“Walaupun banyak elemen komedi tetapi penuh dengan mesej yang cuba dikaitkan dengan realiti rumahtangga yang berlaku di negara ini serta kisah-kisah yang melibatkannya.

“Watak Syed Maadon Al-Sidek bukanlah karektor asing dalam masyarakat kita, begitu juga watak isteri-isterinya, Sharifah Fatimah Maruka, Kamelia dan Farhana yang dibawakan oleh Umie Aida, Erra Fazira dan Nora Danish (Lana Nordin),”ujar Erma yang turut membuat penampilan sebagai Suti Lambung, isteri keempat Syed Maadon.

Menggunakan nama-nama besar di dalam pementasan memberikan kelebihan serta diakui sendiri oleh pengarah bahawa dia berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh pemain-pemain yang terlibat dalam pementasa Bahayanya Wanita itu.

"Alhamdulillah pada malam ini semua berjalan lancar dan pelakon telah melaksanakan tugas mereka dengan memainkan peranan mereka di atas pentas dengan baik. Tidak sukar untuk bekerjasama dengan mereka walaupun ada diantaranya sibuk dengan komitmen lain.

“Namun begitumasing ada ruang yang boleh diperbaiki bagi melicinkan lagi pementasan kali ini daripada segi teknikal yang mengambil kira pengurusan pentas serta dari segi audio dan pencahayaan.

“Diharapkan Bahayanya Wanita dapat diterima sekaligus memberikan impak kepada mereka yang datang menonton dengan mesej-mesej berkaitan hal rumahtangga dan poligami,” ucap Bombay yng diberi tanggungjawab untuk mengarahkan naskhah daripada Erma Fatima ini.

Selain daripada Zizan Razak, Umie Aida, Erra Fazira, Nora Danish, pementasan muzikal ini tampil mempertaruhkan Johan Asaari, Ziela Jalil, Rosminah Tahir, Syanie, Haliza Misbun, dan ramai lagi termasuk Lana Nordin sebagai setiausaha yang turut menggantikan watak Nora Danish bagi dua malam yang mana Nora Danish terlibat sebagai juri di Maharaja Lawak Mega.

Teater ini turut mempersembahkan sebanyak 18 buah lagu nyanyian pelakon-pelakon tersebut dengan lirik yang ditukar mengikut kesesuaian jalan cerita.

Permainan Emosi Yang Lebih Mendalam Dalam Papadom 2


Permainan Emosi Yang Lebih Mendalam Dalam Papadom 2

Permainan Emosi Yang Lebih Mendalam Dalam Papadom 2
Permainan Emosi Yang Lebih Mendalam Dalam Papadom 2

Papadom 2 merupakan filem sekuel daripada Papadom 1 yang mengisahkan tentang Saadom yang mendapat tahu tentang anaknya Mia Sara yang sedang dilamun cinta.

Kerisauan Saadom terhadap pilihan hati Mia Sara telah membawa dia ke Kuala Lumpur untuk melihat sendiri bakal menantunya itu.

Alangkah terkejutnya Saadom apabila mengetahui bahawa terdapat tiga lelaki yang mungkin menjadi teman lelaki Miasara. Jadi Saadom mengambil keputusan untuk melakukan mengintip Mia Sara!

Siapakah yang bakal Mia Sara pilih? Adakah Saadom setuju dengan pilihan anak tunggalnya itu? Mungkinkah akan berlaku lagi konflik di antara dua beranak itu?

Kisah kekeluargaan yang pasti akan menyentuh hati setiap ibubapa dan juga anak-anak yang datang menonton, Papadom 2, sebuah lagi karya hebat dari Aflin Shauki.

Filem ini dibintangi oleh Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Khir Rahman, Vanida Imran, Scha Al-Yahya, Hans Isaac dan ramai lagi.

Ulasan penulis mengenai filem ini ialah nilai kasih sayang yang cuba disampaikan pengarahnya Afdlin Shauki berjaya mengusik emosi sesiapa sahaja yang menonton.

Kesanggupan seorang bapa melakukan apa sahaja demi memastikan masa hadapan dan kebahagiaan anaknya terjamin, sehingga sanggup menjadi pengintip dan melupakan ego seorang lelaki.

Tingginya kasih sayang seorang bapa, apabila Mia Sara memperkenalkan calon suaminya tanpa berkata banyak Saadom menurut untuk memastikan kebahagiaan menjadi milik anaknya.

Beberapa babak di dalam filem ini juga tidak memaksa penulis untuk ketawa kerana dengan sendirinya kita akan ketawa dek kelucuan dan mesej yang sangat hebat. Kepada kaum bapa di luar sana, anda disarankan menonton filem ini kerana, nilai kasih sayang yang hebat bukan berbentuk material tetapi masa yang diluangkan bersama keluarga.

Penulis tersentuh melihat pengorbanan Saadom sehingga dia disahkan mengidap kanser dan perlu menjalani rawatan kimoterapi. Namun, untuk tidak membebankan anaknya Saadom merahsiakan tentang penyakitnya itu. Saadom juga sanggup korbankan cintanya kepada Balqis kerana Mia Sara.

Cemas Bila Chef Wan Dimasukan Hospital


Cemas Bila Chef Wan Dimasukan Hospital

Cemas Bila Chef Wan Dimasukan Hospital
Cemas Bila Chef Wan Dimasukan Hospital

Gara-gara tidak boleh tidur selama tiga hari kerana kegatalan dan bengkak di bahagian hidung dan wajah,chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan terpaksa dimasukan hospital bagi menjalani rawatan lanjut.

Beliau kini sedang dirawat di Hospital Gleneagle Pulau Pinang sejak pagi tadi, di mana pihak doktor telah membuang kuman jangkitan dibahagian hidungnya sebelum merebak di bahagian mata dan juga otak yang boleh menyebabkan masalah kritikal.

“Saya telah ke hospital pagi ini kerana tak tahan sebab tak dapat tidur selama tiga hari menahan kesakitan. Doktor kata ada bisul di bahagian hidung saya yang perlu dibuang secepat mungkin.

“Saya perlu berada di hospital buat beberapa hari kerana daripada laporan X-ray pihak doktor, jangkitan itu telah berpindah ke bahagian mata.

“Kerana jangkitan itu telah naik ke mata, doktor takut kalau ianya berjangkit ke otak,” katanya menerusi kiriman mesej whatsapp miliknya pagi ini.

Tambah Chef Wan, sekiranya jangkitan itu tidak menerima rawatan lanjut, besar kemungkinan dia akan mengalami demam dan bakteria akan berpindah ke bahagian otak dan boleh membawa maut.

Jelasnya lagi, menurut pihak doktor bakteria boleh merebak dengan cepat dan dia bernasib baik kerana dapat menjalani rawatan secepat yang mungkin.

Pihak portal murai.com.my mendoakan agar Chef Wan akan cepat sembuh dan dapat menjalani rutin harian seperti biasa tidak lama lagi.

Teks oleh Haswari Ali

Email: ayie@astro.com.my

Tuah Liza Jadi Juara Pertama Projek Metro


Tuah Liza Jadi Juara Pertama Projek Metro

Tuah Liza Jadi Juara Pertama Projek Metro
Tuah Liza Jadi Juara Pertama Projek Metro

Seperti yang diimpikan oleh empat finalis program realiti terbaru Projek Metro 2013, tuah nampaknya berpihak kepada Norliza Khairudin, 27 atau Liza yang telah dipilih sebagai juara program anjuran akhbar Harian Metro itu.

Berasal dari Pahang dan merupakan penulis skrip bebas sertabekas krew TV, kejayaan Liza itu telah diumumkan pada acara peringkat akhir Projek Metro yang telah diadakan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam Ahad lalu.

Sebagai juara, Liza telah  membawa pulang wang tunai RM20,000 serta kontrak selama setahun bersama Harian Metro, TV3 dan Hot FM,  selain  pakej percutian ke Melbourne, Australia.

 Beliau berjaya  mengetepikan 3 lagi finalis iaitu Nur HafizahMd Saad (Fiza), 25; Nurfakhira Che Abdul Muhsin (Iera), 24, dan Taufiq Abdu Rahman (Taufiq), 19.

Empat finalis dinilai menerusi cabaran pengacaraan secara langsung, selain tiga tugasan awal berbentuk pre-judging iaitu pembabitan dalam program amal Titipan Kasih Harian Metro yang membantu mangsa banjir dan sekolah tahfiz anak yatim di Johor, penulisan rencana dengan tajuk Gejala Salah Laku diLaman Sosial serta tugasan penyampai radio segmen Rock di Hot FM.

Pada awal saingan di peringkat final final berkenaan, Taufiq telah menjadi peserta terakhir disingkirkan sekali gus meninggalkan persaingan sengit kepada Fiza, Liza dan Iera bagi segmen program bual bicara TV..

Fiza ditugaskan mengendalikan slot Muzik Muzik bersama tetamu undangan Alyah, Iera (Tunggu Sekejap / Nad Zainal) dan Liza pula (WanitaHari Ini/ Putra Aziz Cosry).

Misi Projek Metro 2013 bertujuan mencungkil bakat baru yang serba boleh dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.

Seramai lebih 500 peserta hadir pada sesi uji bakat di Balai Berita, Bangsar pada 14 September lalu namun hanya sembilan terbaik yang terpilih.

Turut disampaikan, 2 kategori sampingan iaitu Wajah Paling Fotogenik yang dimiliki finalis Jied dan Personaliti Terbaik(Fiza) hasil undian pembaca Harian Metro.

Penilaian peserta Projek Metro dikendalikan barisan juri tetap iaitu Pengarang Hiburan Harian Metro Roslen Fadzil yang juga bekas pengasas portal murai.com.my serta pelakon jelita Fasha Sandha.

Juri jemputan pula adalah Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul.

Program unik itu telah dihoskan Fara Fauzana bersama gandingan istimewa Faizal Ismail. Malam akhir turut diserikan persembahan hebat Ella, Alyah, Salammusik dan Alif Satar serta penampilan khas Erra Fazira.

Teks oleh Haswari Ali

Email: ayie@astro.com.my

Foto Ihsan: One Digital Solution 

Alyah Nafi Guna 'orang Dalam' Masuk Ajl28


Alyah Nafi Guna 'orang Dalam' Masuk Ajl28

Alyah Nafi Guna 'orang Dalam' Masuk Ajl28
Alyah Nafi Guna 'orang Dalam' Masuk Ajl28

Berdasarkan persembahan memukau dan penuh penghayatannya menerusi lagu Kau Yangg Terindah, sewaktu di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik lalu, tidak hairanlah apabila Alyah berjaya menempatkan diri di pentas akhir final Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL28).

Namun ada cakap-cakap belakang dia kononnya menggunakan khidmat orang kuat dalam penerbitan AJL28 bagi melayakkannya ke pentas final bakal berlangsung pada 26 Januari 2014.

"Saya tak gunakan orang dalam atau bukan sebab backdrop lagu tu layak ke final. Semua tu adalah keputusan daripada para juri profesional dan mereka yang menilai kekuatan dan keistimewaan lagu tersebut", bidas Alyah sekaligus menyakal dakwaan tersebut.

Penyanyi yang nampaknya kini semakin selesa dengan imej berturban ini ditemui ketika majlis pelancaran produk kecantikan dan kesihatan Radiglow, di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, petang semalam.

Sebanyak 12 buah lagu telah terpilih ke peringkat akhir. Sementara 11 lagi lagu yang layak seperti Penglipurlara (Hazama), Bahagiamu Deritaku (Hafiz), Aku Pelat (Salam Musik), Takkan Terpisah (Black), In Love With You (Noh & Aizat), Bosan (Stacy), Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet), Hanya Aku (Hyper Act), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Sahabat (Najwa, Sleeq & Sham) dan Ikut Rentakku (Jaclyn Victor).

Gerbang Perkahwinan Selebriti Di Tahun 2013


Gerbang Perkahwinan Selebriti Di Tahun 2013

Gerbang Perkahwinan Selebriti Di Tahun 2013
Gerbang Perkahwinan Selebriti Di Tahun 2013

Setiap hari dan tarikh yang berlalu sepanjang tahun sudah tentunya meninggalkan ingatan yang pelbagai bagi setiap daripada kita. Tidak lengkap tugas portal Murai jika terlepas untuk memberikan cerita terkini dan sorotan terpenting terutama sekali hari-hari istimewa antaranya detik ijab kabul yang melibatkan selebriti tempatan sepanjang 2013.

Walaupun dua perkahwinan berstatus dan bertaraf Wedding of the Year pasangan Jovianina dan CheTa – Zain seakan menenggelamkan ingatan anda kepada perkahwinan selebriti lain, mari kita lihat kembali perkahwinan selebriti mana yang membuka tahun 2013. Bermula dengan bulan Januari 2013, dalam sorotan khas Murai bagi Perkahwinan Selebriti sepanjang 2013.


Rizal AF & Maria (16 Januari 2013)


Bekas pelajar Akademi Fantasia ke-5, Rizal Ayub telah mendirikan rumah tangga bersama tunangnya pada 16 Januari di Kuching, Sarawak. Rizal dan isterinya, Maria Mohd Harun yang memegang jawatan Eksekutif Syarikat Penerbangan Firefly telah memilih pakaian rona putih dan merah jambu hasil rekaan Santubong Bridal.

Majlis akad nikah diadakan di rumah pengantin perempuan manakala majlis resepsi telah berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuching.


Liyana Jasmay & Fathuddin (2 Februari 2013)


2 Februari 2013 mengukir satu sejarah baru dalam hidup Liyana Binti Jasmay atau lebih dikenali dengan Liyana Jasmay, 24, apabila dia sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan, 28 pada tarikh tersebut.

Bertempat di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, majlis penyatuan dua hati ini telah disempurnakan oleh bapanya, Dato' Hj Jasmay Md Shah yang menikahkan sendiri anak perempuan bongsunya itu dengan jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan.

Dengan 2 kali lafaz, Liyana sah bergelar isteri kepada Fathuddin pada tepat jam 10.26 pagi dengan mas kahwin dalam bentuk gelang emas bernilai RM 5500 dan wang hantaran berjumlah RM 28,388 dalam bentuk cek.


Jehan Miskin & Julie Camilia (4 Mei 2013)


Dalam khabar yang mengejutkan, Jehan Miskin akhirnya membuat pengakuan akan mengahwini wanita pilihannya yang berasal daripada Korea iaitu Julie Camilia Rhee. Pasangan tersebut telah diijabkabul oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Sahirman Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai pada 4 Mei lalu.

Selepas acara akad nikah, majlis minum petang diadakan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang di Carcosa Seri Negara dan majlis berlangusng dengan kehadiran pihak keluarga Julie daripada Korea.


Izzue Islam & Awin Nurin (2 Jun 2013)


Bertempat di Dewan Shah Alam ahli kumpulan Forteen berusia 23 tahun, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurus peribadinya, Awin Nurin dengan sekali lafaz sekitar 9.45 pagi pada tarikh 2 Jun 2013.

Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa Awin Nurin sendiri, Waharudin Jonit, 58, dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 untuk pihak perempuan.

Perkahwinan Izzue Islam & Awin Nurin mendapat perhatian ramai peminat kerana mereka berjaya merahsiakan percintaan selama lima tahun mereka dari pengetahuan semua & bertunang pada Jun 2012 lalu

Pengurus kepada penyanyi dan pelakon, Izzue Islam iaitu Awin Nurin akui perkahwinannya dengan ahli kumpulan Forteen itu adalah atas permintaan keluarga selepas mereka mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu.


Hanny Irmi & Shamsul Akmar (29 Jun 2013)


Anak kepada produser popular, Julie Dahlan iaitu Hanny atau nama sebenarnya Hani Nur Zara selamat diijabkabulkan dengan adik kepada penyanyi popular, Hattan iaitu Shamsul Akmar Sahabudin. Pasangan ini selamat diijabkabulkan di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur pada 29 Jun.

Dalam pada itu, Hanny, 31, yang dikenali menerusi lakonannya dalam drama bersiri Roda-Roda KL berkata dia mengambil masa hampir enam bulan sebelum menerima cinta suaminya, Shamsul, 33, sewaktu di awal pengenalan mereka dahulu.

Hanny berkata, dia tertarik dengan Shamsul kerana sifat lelaki itu yang baik hati, romantik dan penyayang. Majlis resepsi pasangan ini yang bertemakan tradisional diadakan di Sri Menanti, Negeri Sembilan pada 6 Julai.

Pierre Andre & Hidayah (23 Jun 2013)


Dengan hanya sekali lafaz pelakon dan pengarah, Pierre Andre, 28, sah begelar suami kepada Siti Nur Hidayah Hashim, 26, dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati Selayang, pada 23 Jun lalu. Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre dan Hidayah dinikahkan oleh Imam masjid tersebut Mohamad Zuhdi Razali.

Mengenai majlis pernikahan itu, turut dihadiri lebih kurang 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat, sahabat handai, beberapa rakan artis dan juga rakan-rakan media yang turut sama memeriahkan majlis

Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM20,000 sebagai wang hantaran

Disamping itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang berbalas sembilan dulang yang terdiri daripada beg tangan jenama Guess, satu set barangan kemas jenama Habib Jewel, iPhone5, kasut jenama New Balance dan satu set minyak wangi.

Zahid AF2 & Sarah (7 Jun 2013)


Penyampai radio Era, Zahid atau Ahmad Zahid Baharuddin, 32, menamatkan zaman bujangnya bersama kekasihnya Sarah Julifa yang telah dikenalinya setahun lalu menerusi laman sosial Twitter.

Zahid berkata dia kini sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami. Zahid dan pasangannya, Sarah Julifa Yusof, selamat diijab kabul pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan, Perak, 7 Jun lalu.

Beego & Linda Hashim (7 Jun 2013)


Pasangan pelakon, Md Aszerul Nizam Abdullah atau Beego, 33, dan Norhazlinda Hashim atau Linda, 29, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zahid, Wangsa Maju, pada tarikh yang sama dengan Zahid AF iaitgu 7 Jun 2013.

Pasangan yang mengikat pertunangan pada 3 November 2012 itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Mohd Nizam Wahab disaksikan bapa Linda, Hashim Yusuf dengan mas kahwin RM300.

Amar Asyraf & Arna Salleh (7 Jun 2013)


Selain daripada Zahid dan Beego yang memilih 7 Jun 2013 sebagai tarikh keramat melangsungkan perkahwinan, Amar Asyraf yang popular dengan drama Setia Hujung Nyawa turut memilih tarikh yang sama.

Dalam majlis itu, Amar Asyraf menyerahkan mas kahwin bernilai RM1,111 dan wang hantaran berjumlah RM13,000 kepada pihak perempuan selain membawa tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Majlis tersebut telah berlangsung di Bidor iaitu disebelah perempuan yang hanya dihadiri pihak keluarga dan dibuat secara tertutup. Majlis persandingan dibuat pada 17 Ogos di Melaka dan aktor ini telah menjemput media untuk menghadirinya.

Abby Abadi & Farhan (9 Julai 2013)


Abby Abadi mengenjutkan ramai pihak apabila bernikah dengan Farhan, seorang jejaka berasal dari Kelantan yang 12 tahun lebih muda pada 9 Julai 2013 yang lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan & pernikahan mereka turut menjadi bualan peminat.

Pasangan ini telah bernikah di Thailand kerana ingin mempercepatkan proses yang diperlukan kerana jika di negara ini prosedur yang perlu dilalui untuk Abby dan Farhan berkahwin mengambil masa. Oleh itu dia membuat keputusan untuk menglangsungkan perkahwinan di Thailand. Kedua pasangan ini turut mengadakan majlis resepsi dikedua belah pihak iaitu di Kuala Lumpur dan Kelantan.

Ashraf Muslim & Wan Sakinah (7 Julai 2013)


Ashraf Muslim mencetuskan kontroversi selepas dianggap terburu-buru bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, tanpa menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan kebenaran poligami yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur pada 9 April lalu. Dia dan Sakinah telah berkahwin pada 7 Julai lalu di selatan Thailand.

Namun begitu, reaksi daripada umum dan masyarakat serta peminat Ashraf Muslim yang rata-rata terus menghukum dan menyalahkan pengamal perubatan Islam ini apabila dia dilaporkan berkahwin lagi satu di Selatan Thai, benar-benar mengecewakan dirinya.

Hattan & Ariani (24 Julai 2013)


Penyanyi popular, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Arianie Mohd. Abidin yang juga merupakan bekas isterinya pada 24 Julai. Dengan lafaz sebanyak 2 kali, pasangan itu selamat disatukan dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Majlis akad nikah ringkas pasangan itu berlangsung sekitar jam 6 petang di Hotel Marriot, Putrajaya. Hattan dan Aryani telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa.

Bront Palarae (31 Ogos 2013)


Aktor popular, Bront Palarae akhirnya membuat pengakuan yang dia sudah bernikah pada hari sambutan kemerdekaan iaitu Sabtu, 31 Ogos lalu. Pengakuan Bront itu dibuat sendiri ketika dia dihubungi media selepas beberapa hari dia berkahwin dengan wanita pilihannya yang difahamkan teman baiknya.

Sebelum ini ada media memetik yang Bront dan isterinya, seorang kenalan lama sejak zaman persekolahan telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Taman Tun Dr. Ismail, Ustaz Muda Ali dengan mas kahwin sebanyak RM30.

Black & Naquia Yasira (13 September 2013)


Hanya dengan sekali lafaz Hanifah Md Hanafiah, 26, atau lebih dikenali sebagai Black sah bergelar suami kepada Naquia Yasirah Binti Mohammad Khairi, 28, atau Chira Khairi di Zebra Square, Kampung Pandan pada 13 September 2013.

Black dan Chira telah diijabkabulkan oleh bapa Chira sendiri dengan mas kahwin RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandaraya.

Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberikan 7 dulang hantaran berupa sepasang telekung, beg tangan Chanel, minyak wangi Bvlgari, sebentuk cincin, iPad Mini, sepersalinan baju serta kasut Charles & Keith, dan juga set kosmetik Kanebo.

Untuk pengetahuan, majlis pernikahan kedua mempelai ini telah dihadiri oleh pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat kedua buah keluarga.

Majlis persandingan Black dan Chira akan diadakan di dewan komuniti Bangsar pada waktu malam berkonsepkan ‘english contemporary’ untuk sebelah perempuan. Sebelah lelaki pula akan diadakan pada 14 September bertempat di Zebra Square, Kampung Pandan.

Bagaimana pun, Black telah mengadakan majlis resepsi mereka untuk kali ketiga di padang bola PPRT Pantai Dalam pada hari Ahad, 15 September bagi meraikan hari bahagianya bersama para peminat di tempat dia membesar.

Fouziah Gous & Zhafran (21 September 2013)


Pelakon Fouziah Gous sah bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof, 30, dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, pada 21 September.

Akad nikah disempurnakan Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling, Ustaz Muhammad Sujak Mohd Dasuki.Ia diwakil walikan oleh abang pengantin perempuan, Abdul Wahab Mohd Gous, kira-kira pukul 9.40 malam. Fouziah, 30, menerima mas kahwin sebanyak RM1,112 manakala wang hantaran RM50,000.

Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah Sirih Junjung, set barang kemas, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, beg tangan dan kaca mata, manisan dan coklat.

Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah sirih junjung, sebentuk cincin, jam tangan, kaflin dan kaca mata, tali pinggang, pen dan cluth, set wangian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan bagi pihak perempuan akan diadakan pada 29 September ini di Hotel J.Marriot, Putrajaya, manakala sebelah lelaki pada 5 Oktober depan di kediamannya di Bukit Jelutong.

Fiza Elite & Adam AF2 (26 September 2013)


Adam AF dan Fiza Halim atau nama sebenanrnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32, bernikah pada 26 September 2013 dan perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai kerana pengumuman yang datang tiba tiba. Bekas anggota kumpulan Elite itu, menjelaskan yang dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 30.

Pasangan yang telah berrhijrah ini selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Shah Alam pada pagi 26 September lalu.

Amir Jahari & Kartini Ismail (5 Oktober 2013)


Dalam diam, penyanyi yang popular dengan lagu Penghibur Jalanan iaitu Amir Jahari telah pun menamatkan zaman bujangnya pada 5 Oktober 2013. Majlis pernikahan Amir dengan gadis pilihan hatinya iaitu Kartini Ismail telah pun selamat dilangsungkan di Penview Hotel, Kuching

Amir telah memberikan mas kahwin berupa seutas rantai dan sebentuk cincin emas manakala RM10 ribu sebagai wang hantaran kepada pihak perempuan. Bagaimanapun tiada barang hantaran diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Majlis resepsi untuk kedua-dua belah turut diadakan selepas pernikahan.

Diana Amir & Habib (25 Oktober 2013)


Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim telahpun selamat bergelar isteri kepada Mohd Habib Bullah A. Rahman dengan sekali lafaz pada 25 OKtober 2013.

Majlis Ijab dan Qabul ini menyaksikan kedua-dua mempelai tidak berbalas dulang hantaran, cuma terdapat tiga dulang berupa sebentuk cincin, senaskah Al-Quran dan mas kahwin sebanyak RM 1000.

Seramai lebih kurang 300 orang tetamu termasuk ahli keluarga, sahabat terdekat dan rakan media hadir menyaksikan seri pengantin Diana Amir dan Habib telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Hazaruddin Baharuddin dan disaksikan oleh 2 orang Imam masjid berkenaan. Dalam majlis akad itu, Diana telah berwakil walikan bapanya, Mohd Kassim.

Mempelai yang mengenakan busana rekaan Ezuwan Ismail kemudian ke sesi membatalkan air sembahyang yang mana Habib telah menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Diana Amir.

Raja Azmi & Eddie CRK (13 Oktober 2013)


Raja Azmi dan Eddie CRK telah bergelar suami isteri yang sah dengan sekali lafaz pada 13 Oktober yang lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Istana Budaya. Majlis tersebut telah dibuat secara besar-besaran dan dihadiri jemputan daripada kedua-dua belah pihak.

Raja Azmi, 54, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Akad nikah mereka telah disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Ul-Ihsan Mejar (B) Ismail Wan Ahmad kira-kira pukul 9.20 malam. Raja Azmi diwalikan oleh abangnya iaitu Raja Azman Raja Sulaiman

Fizo Omar & Mawar Abdul Karim (10 November 2013)


Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar selamat menikahi Mawar Abdul Karim dengan hanya sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan di Country Heights Kajang, kira-kira jam 9.30 pagi 10 November 2013.

Mempelai dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Selangor iaitu Mohd Arif Abdul Samat serta disaksikan oleh abang Fizo iaitu Wan Zamani Wan Omar. Tidak seperti pasangan pengantin yang lain, Fizo Omar dan isterinya, Mawar telah memberi sentuhan kelainan dalam majlis pernikahan mereka.

Selain masing-masing menerima sebuah motosikal, Fizo turut menghadiahkan jongkong emas seberat 1.011 kilogram yang berukir ‘Fizo Love Mawar’ kepada isterinya itu.

Jalani Sidek & Wan Zaleha (9 November 2013)


Lagenda badminton negara, Dato` Seri Jalani Sidek telah pun melangsungkan majlis resepsi perkahwinannnya dengan ahli perniagaan, Datin Seri Hajah Wan Zaleha Mohd Khalid pada 9 November 2013. Majlis ini telah berlangsung sebulan selepas perkahwinan bekas isteri Jalani iaitu Raja Azmi dengan pemuzik kumpulan CRK iaitu Eddie. Namun begitu pasangan ini masih merahsiakan tarikh perkahwinan sebenar mereka.

Jovian Mandagie & Nina Sabrina (11 Disember 2013)


Pereka fesyen popular, Jovian Mandagie akhirnya selamat bergelar suami kepada Nina Sabrina Ismail Sabri di Balai Rong Seri, Muzium Istana Negara sekitar jam 5:40 petang 11 Disember 2013.

Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh bapa dan wali pengantin perempuan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Istana Negara, Ustaz Nik Riduan.

Dengan hanya sekali lafaz, Jovian telah menghadiahkah Nina dengan seutas gelang emas sebagai mas kahwin pernikahan.

Jovian telah menyerahkan 11 hantaran termasuk senaskah Al-Quran, manakala Nina telah menghadiahkan 13 hantaran kepada suaminya. Kesemua hantaran disimpan dalam peti kayu khas dan ditutup rapat serta dihias indah.

Rozita Che Wan & Zain Saidin (11 Disember 2013)


Dengan sekali lafaz, pelakon, Rozita Che Wan, 40, sah menjadi isteri kepada pelakon, Zain Saidin, 29, di majlis akad nikah yang diadakan di Setia City Convention Centre, pada jam 9.05 malam 11 Disember 2013.

Pasangan selebriti itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Aluwi Parman berwakilkan wali oleh adik kepada pengantin perempuan, Roshidi Che Wan. Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta menerima mas kahwin sebanyak RM 9,300 dan wang hantaran RM 23,000 daripada pelakon drama Oh My English itu.

Zain kemudian menyarungkan cincin ke jari manis Che Ta untuk sesi membatalkan air sembahyang.Zain Saidin dan Che Ta turut bertukar-tukar hantaran dengan jumlah dulang yang sama iaitu sembilan. Zain menyerahkan 9 dulang hantaran berupa 3 biji tas tangan berjenama, 5 pasang kasut, manisan cokelat, wangian, kain pasang, tepak sireh, cek hantaran , telefon bimbit dan al-Quran bersama sejadah.

JFK X-Fresh FM & Nasiha (11 Disember 2013)


Bekas pengacara dan penyampai radio ASTRO yang dikenali dengan panggilan nama JFK akhirnya sah bergelar suami kepada Nasiha Nassuruddin jam 10 pagi tadi. JFK atau nama sebenarnya Johan Farid Khairuddin yang pernah menjadi pengacara Mentor musim pertama telah selamat bernikah di Masjid Kelana Petra SS7/13.

Difahamkan, JFK telah mengenali isterinya itu melalui laman sosial selepas Nasiha meninggalkan komen di salah satu gambar yang dimuat naik oleh bekas penyampai radio X-Fresh FM. Perkenalan selama hampir setengah tahun itu disifatkan cinta pandang pertama JFK terhadap wanita yang berasal dari Kelantan dan bertugas sebagai seorang guru.

Farawahida & Shukur (16 Disember 2013)


Penyanyi Farawahida telah pun selamat bergelar isteri kepada Abdul Shukur Bin Mohd Zain tepat jam 10.30 pagi 16 Disember lalu dengan sekali lafaz.Pasangan ini telah dinikahkan oleh Naib Kadi Air Kuning, Taiping, Ustaz Imannuddin Zakaria.

Fara menerima tujuh dulung hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang. Fara menerima mas kahwin RM1000 beserta dua bertuk cincin. Di majlis pernikahan tersebut, Fara kelihatan lebih tenang berbanding suaminya yang mnegalirkan air mata saat sah diijabkabul.

Aril Pilus & Puteri Edlinda


Penyampai radio ERA fm yang juga bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-7, Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril AF7 telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Puteri Erma Edlinda binti Haji Megat Aminuddin pada 20 Disember lalu.

Dengan sekali lafaz, Puteri Edlinda selamat bergelar isteri kepada Aril dan pasangan ini telah dinikahkan di Kota Bahru, Kelantan berwalikan bapa Puteri Edlinda.

Isteri Aril menerima mas kahwin sebanyak RM15,000 beserta beberapa hantaran pilihannya sendiri dan kos perbelanjaan untuk majlis pernikahan ditanggung sendiri oleh Aril dan Puteri tanpa sebarang penajaan pihak luar.

Adeline Tsen Tunaikan Impian Bapa, Kurus Kerana Stress


Adeline Tsen Tunaikan Impian Bapa, Kurus Kerana Stress

Adeline Tsen Tunaikan Impian Bapa, Kurus Kerana Stress
Adeline Tsen Tunaikan Impian Bapa, Kurus Kerana Stress

Demi segulung ijazah, Adeline Tsen mengambil keputusan untuk memberikan tumpuan lebih kepada pengajiannya dalam bidang perakaunan di sebuah institusi pengajian tinggi awam.

Dek kerana pengorbanan gadis berasal dari Sabah ini untuk masa depannya itu, ramai yang menyangka dia telah meninggalkan dunia seni yang merupakan minat utamanya selain impian untuk bergelar akauntan bertauliah.

Aktres yang mula dikenali melalui drama bersiri Hotel Mania itu memberitahu Murai.com.my tentang rencana perjalanan hidupnya dan karier seni ketika dihubungi setelah kemunculannya di sebuah acara anugerah menjadi perhatian.

“Peluang serta jalan untuk saya dalam dunia seni ini telah terbuka dan tidak semudahnya saya akan meninggalkannya tanpa sebab. Walaupun ada ketika bapa saya tidak begitu menyokong karier saya dalam bidang seni tetapi saya telah buktikan kepadanya dengan menamatkan pengajian dalam bidang perakaunan seperti yang diharapkan.

“Bapa saya membantah diawal penglibatan saya kerana bimbang akan ditipu dan sebagainya, tetapi kerana saya tahu dan yakin beserta minat dalam dunia lakonan dan nyanyian saya teruskan juga. Tanpa bantuan saya berjaya penuhi impian saya dan dalam masa yang sama tunaikan janji kepada ayah saya.

“Lebih kurang setahun saya tumpukan masa dalam pengajian saya dan kini saya telah pun memiliki ijazah dalam bidang perakaunan. Ini adalah jaminan buat masa depan saya. Manalah tahu nanti tiada lagi rezeki dalam bidang seni, saya akan gunakan pendidikan yang saya ada ini untuk teruskan kehidupan,”ujar Adeline yang nyata meletakkan pendidikan sebagai keutamaanya walaupun inginberjaya dalam dunia seni.

Bercakap mengenai penampilannya yang semakin menyerlah, Adeline yang merupakan bekas atlit itu menceritakan bagaimana dia kelihatan lebih kurus daripada sebelumnya. Selain daripada faktor pemakanan, tumpuan ketika menghabiskan pengajian di peringkat ijazah itu menyumbang kepada transformasi tersebut.

"Sejak enam bulan lalu boleh dikatakan saya kerap makan makanan pedas. Saya bukanlah jenis suka makan pedas, tapi sesekali saja nak tukar selera. Tapi bila saya makan makanan pedas, saya asyik ke tandas saja dan sampai jumpa doktor rupanya ada gastrik.

“Selain itu dulu masa nak final exam dan bermacam komitmen ketika belajar, saya berikan tumpuan penuh sampai lupa nak makan dan tekanan ketika itu juga antara penyebab susutnya berat badan saya,”tambahnya lagi.

Buat masa ini Adeline sibuk memenuhi tawaran berlakon kerana kini bapanya sudah boleh menerima minat utama anaknya itu walaupun masih berharap Adeline akan menjadi seorang akauntan professional. Aktres berusia 27 tahun itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama 60 episod, Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Lana Nordin Mohon Diberi Masa, Bakal Tunai Umrah


Lana Nordin Mohon Diberi Masa, Bakal Tunai Umrah

Lana Nordin Mohon Diberi Masa, Bakal Tunai Umrah
Lana Nordin Mohon Diberi Masa, Bakal Tunai Umrah

Pendedahan aktor Johan ‘As’ari  mengenai kisah cinta antara dia dan Lana Nordin telah mengundang pelbagai reaksi peminat dan ramai pihak tidak menyangka aktres kontroversi dan seksi itu adalah wanita yang berada di hati Johan ‘As’ari.

Lana pula yang menerima tempias dek pengakuan tersebut memilih untuk positif dengan segala persepsi yang dilemparkan kepadanya terutama sekali berkaitan penerimaan keluarga aktor tersebut yang nyata digembar-gemburkan.

Namun bagi Lana, sebagai perempuan dia menyerahkan kepada Johan untuk sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka . Tambahnya, masih terlalu awal untuk dia bertemu keluarga serta bercakap mengenai hubungan yang masih diperingkat mengenali hati budi masing-masing.

“Saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai hal tersebut kerana masih terlalu awal untuk memperkatakan hal ini. Memang Johan sudah pernah berjumpa dengan keluarga saya kerana berkesempatan tempoh hari sebelum kami masing-masing sibuk.

“Berikan kami masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi masing-masing dan hal bertemu keluarga itu lebih manis jika Johan sendiri yang bercakap mengenainya dan bukan saya. Tapi saya tahu kami masing-masing sibuk dengan pelbagai komitmen dan itu salah satu sebabnya.

“Diharapkan tiada spekulasi dan cerita negatif mengaitkan keluarga dalam perhubungan cinta dan untuk saya, saya akan cuba jadi diri saya sendiri. Itu sahaja,” ujar Lana dalam nada tenang dan nyata positif tentang hal ini.

Sebagai kekasih hati kepada Johan ‘As’ari yang diketahui ramai adalah aktor yang mempunyai peribadi yang sederhana dan mementingkan agama, Lana memang menginginkan jejaka yang sedemikian. Doa untuk bertemu jejaka beriman sebagai jodoh yang dikirimnya kepada Lisdawati ketika aktres itu menunaikan umrah seakan telah dimakbulkan Allah SWT.

“Saya ada kirim doa kepada Lisdawati agar dipertemukan saya jodoh dengan lelaki yang beriman ketika dia mengerjakan umrah tempoh hari. Setelah pulang dia beritahu saya yang memang ketika sampai disana, hanya nama saya dan seorang lagi teman yang dia ingat lalu terus menyampaikan doa saya itu di sana.

“InsyaAllah jika tidak ada aral melintang, saya pula akan mengikuti Johan dan teman lain untuk ke tanah Suci pada Mac depan,” ucapnya menceritakan perkembangan dirinya kini dan perancangan Lana untuk lebih mendekatkan diri dengan agama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan