Cari Artikel

Saturday, December 21, 2013

Mlm 2013: Boboi Akhirnya Tersingkir Di Minggu Keenam


Mlm 2013: Boboi Akhirnya Tersingkir Di Minggu Keenam

Mlm 2013: Boboi Akhirnya Tersingkir Di Minggu Keenam
Mlm 2013: Boboi Akhirnya Tersingkir Di Minggu Keenam

Selepas mengejutkan kita semua dengan permintaan untuk menarik diri di minggu keempat, hasrat kumpulan Boboi akhirnya tercapai di Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) minggu keenam malam tadi apabila mereka menjadi peserta terbaru yang disingkirkan.

Penyingkiran Boboi itu diumumkan Sheikh Haikel yang merupakan salah seorang dari empat juri tetap untuk MLM 2013 kali ini. Boboi yang dianggotai oleh dua selebriti veteran iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik merupakan peserta senior kerana telah pun menyertai MLM sebanyak tiga kali termasuk kali ini.

Boboi tersingkir di minggu yang bertemakan `Loghat` di mana setiap peserta harus mempersembahkan sketsa lawak yang mengandungi loghat masyarakat tertentu. Selain Boboi, dua lagi kumpulan yang berada di kedudukan tiga terbawah ialah Sepahtu dan Wala.

Antara perkara baru pada minggu ini ialah pemilihan untuk peserta individu yang akan dinamakan sebagai `Man of The Match` dan untuk minggu ini ianya berpihak kepada Shahrol dari kumpulan Shiro.

Dengan penyingkiran Boboi, ini bermakna sembilan lagi peserta bakal meneruskan cabaran MLm 2013 pada minggu ketujuh minggu hadapan.

MLM 2013 minggu ke-6 telah bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dan dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi, Dato` AC Mizal. Selain Sheikh Haikel tiga lagi juri tetap ialah Luna Maya, Datuk Yusof Haslam dan Nora Danish.

Rancangan ini turut disiarkan di Astro Warna (131) dan Astro Mustika HD (134).

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Teruskan mengundi peserta kegemaran anda dan jangan lupa menyaksikan persaingan MLM 2013 minggu ketujuh pada minggu hadapan.

Sabrina Beneett Dinobat Ratu Universe Malaysia 2014


Sabrina Beneett Dinobat Ratu Universe Malaysia 2014

Sabrina Beneett Dinobat Ratu Universe Malaysia 2014
Sabrina Beneett Dinobat Ratu Universe Malaysia 2014

Bakal graduan berkulit hitam manis kelahiran Perak, Sabrina Benett, 23 telah dimahkotakan gelaran Miss Universe Malaysia 2014 pada acara peringkat akhir pertandingan ratu cantik itu di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam malam tadi.

Sabrina telah menumpaskan saingan terdekatnya Lalitha Monisha,20 dari Sabah yang disebut-sebut mampu membawa pulang gelaran berkenaan.

Beliau telah membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 termasuk hadiah sampingan lain dan tidak ketinggalan mahkota indah yang diidam-idamkan oleh 19 peserta akhir Miss Universe Malaysia musim ini.

Kelihatan wajah Sabrina bagai tidak mempercayai kemenangan berpihak kepadanya selepas bekas ratu tahun lalu, Carey Ng menyarungkan mahkota kejayaan di atas kepalanya.

Ini bermakna, Sabrina akan mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2014 pada penghujung tahun depan.

Sabrina juga akan sibuk menghadiri banyak aktiviti kemanusiaan, amal, fesyen dan kecantikan sebagai persediaan ke acara gilang-gemilang berkenaan.

Tempat ketiga telah dimenangi Kausalya Ida dari Kuching, Sarawak yang turut mendapat perhatian ramai dengan bentuk badannya yang menawan.

Sepuluh finalis telah menyarungkan gaun malam rekaan pereka fesyen Syomir Izwa dan segala penganjuran telah dikendalikan oleh Penasihat dan Mentor Miss Universe Malaysia, Elaine Daly.

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Instagram: Stailista
Twitter: @Stailista

Miss Propa Gantikan Stacy Dalam Klip Video Hello Bersama Sm*sh


Miss Propa Gantikan Stacy Dalam Klip Video Hello Bersama Sm*sh

Miss Propa Gantikan Stacy Dalam Klip Video Hello Bersama Sm*sh
Miss Propa Gantikan Stacy Dalam Klip Video Hello Bersama Sm*sh

Entah mengapa, hati Miss Propa berdebar- debar untuk menantikan klip video lakonan Miss Propa bersama kumpulan SM*SH bertajuk Hello.

Maaf Stacy, nampaknya Miss Propa telah berjaya mencaras kemunculan anda yang semangnya vogue dan attitude habis.

Ramai teman-teman Miss Propa, tak kira Melayu, Cina mahupun India yang tercengang melihat klip video Hello kombinasi kumpulan SM*SH dan Stacy itu.

Mereka kata, inilah yang dikatakan penghibur sebenar dan setaraf dengan artis K-Pop sedia ada. Nampak Wow! Kesannya.

Apa yang penting Miss Propa setuju sangat dengan pendapat merrka itu dan sedikit sebanyak telah membuatkan Miss Propa tak puas hati.

Jadi Stacy, maafkan Miss Propa ya kerana telah menggantikan tempat anda dalam klip video ini.

Miss Propa memang tak sabar nak ajak semua peminat Miss Propa menari sebagaimana hebat dan rancaknya muzik lagu Hello gabungan SM*SH dan Stacy.

Eee.. Propalah!




Rita Rudaini Tempelak Dakwaan Nafkah Tidak Munasabah Oleh Aidil Zafuan


Rita Rudaini Tempelak Dakwaan Nafkah Tidak Munasabah Oleh Aidil Zafuan

Rita Rudaini Tempelak Dakwaan Nafkah Tidak Munasabah Oleh Aidil Zafuan
Rita Rudaini Tempelak Dakwaan Nafkah Tidak Munasabah Oleh Aidil Zafuan

Bekas pasangan selebriti popular iaitu Rita Rudaini dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan yang telah disahkan berpisah pada September lalu nampaknya masih lagi dibelenggu kes tuntutan nafkah yang masih dalam perbincangan pihak mahkamah.

Rita Rudaini, 37, telah membuat tuntutan nafkah keatas dua cahaya mata yang dikurniakan sepanjang bergelar isteri kepada Aidil Zafuan sejak tahun 2008, yang mana kini berada di bawah jagaannya sejak daripada awal pergolakan rumahtangganya dengan Aidil.

Tuntutan bulanan yang dikemukan Rita berjumlah RM5,392 sebagai nafkah untuk Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna di mahkamah baru-baru ini khabarnya telah dipertikaikan oleh pihak Aidil. Dia malah menyifatkan tuntutan tersebut sebagai tidak munasabah namun ditempelak oleh Rita yang membalasnya dengan mempersoalkan tanggungjawab Aidil sebagai seorang bapa yang berkemampuan.

“Kalau dia (Aidil) nak pertikaikan tuntutan nafkah saya itu, dia patut tahu bahawa saya mintak nafkah tersebut bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak dia. Saya telah bertolak ansur kerana saya sebagai penjaga tidak membuat sebarang tuntutan. Jumlah tersebut adalah untuk kedua-dua anaknya yang kini berada dalam jagaan saya.

“Untuk apa saya kemukakan angkah atau jumlah tuntutan yang tidak masuk akal kalau saya tahu dia tidak mampu. Dia berkemampuan dan saya tidak nampak sebarang situasi yang boleh dianggap tidak munasabah.

“Sudah semestinya ia meliputi semua perbelanjaan yang diperlukan oleh kedua anak-anak saya itu. Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak dan itu pun dah diskaun kerana saya punya mata pencarian sendiri,” bidas Rita mengenai kenyataan yang dikeluarkan bekas suaminya itu terhadap tuntutan nafkah anak oleh aktres berkenaan.

Dalam pada itu Rita Rudaini yang baru sahaja habis tempoh edah itu turut dihujani dengan pertanyaan dan diminta mengulas mengenai perkembangan bekas suaminya itu yang kini dilaporkan bakal mendirikan rumahtangga dengan teman wanitanya.

Namun begitu, Rita yang nyata tidak terkejut dengan berita itu enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta supaya masyarakat menilai sendiri perkara tersebut.

Kisah perhubungan Aidil serta gadis bernama Zarema sudah lama diperkatakan dan disebut antara punca keretakan hubungan Aidil dan Rita. Berita perkahwinan itu sekali gus membuktikan bahawa khabar angin percintaan pasangan itu sememangnya benar.

Aidil dan Rita telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki dikatakan mengalami masalah kerana tidak mendapat restu kedua ibu bapa kepada Aidil ZAfuan.

Aril Pilus, Puteri Edlinda Akhirnya Selamat Diijabkabul


Aril Pilus, Puteri Edlinda Akhirnya Selamat Diijabkabul

Aril Pilus, Puteri Edlinda Akhirnya Selamat Diijabkabul
Aril Pilus, Puteri Edlinda Akhirnya Selamat Diijabkabul

Penyampai radio ERA fm yang juga bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-7, Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril AF7 telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Puteri Erma Edlinda binti Haji Megat Aminuddin sebentar tadi.

Pasangan ini dinikahkan selepas solat Jumaat sekitar jam 3 petang tadi.

Dengan sekali lafaz, Puteri Edlinda selamat bergelar isteri kepada Aril dan pasangan ini telah dinikahkan di Kota Bahru, Kelantan berwalikan bapa Puteri Edlinda.

Isteri Aril menerima mas kahwin sebanyak RM15,000 beserta beberapa hantaran pilihannya sendiri dan kos perbelanjaan untuk majlis pernikahan ditanggung sendiri oleh Aril dan Puteri tanpa sebarang penajaan pihak luar.

Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan secara kecil-kecilan untuk ahli keluarga terdekat di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan selepas itu dijangka mengadakan kenduri kesyukuran di kampung Aril yang terletak di Melaka.

Tahniah diucapkan kepada Aril dari kami warga Murai dan Astro Gempak.

Jadilah Pemenang Tiket Terawal Untuk Menyaksikan Showcase Stacy & Sm*sh


Jadilah Pemenang Tiket Terawal Untuk Menyaksikan Showcase Stacy & Sm*sh

Jadilah Pemenang Tiket Terawal Untuk Menyaksikan Showcase Stacy & Sm*sh
Jadilah Pemenang Tiket Terawal Untuk Menyaksikan Showcase Stacy & Sm*sh

Anda peminat Stacy? Teruja untuk melihat gabungannya bersama bintang pop dari Indonesia untuk kumpulan SM*SH? Atau anda sememangnya peminat terhadap band dari Indonesia ini?

Inilah peluang anda untuk menjadi pemenang bertuah dan antara yang terawal untuk menyaksikan showcase gabungan hebat ini yang akan berlangsung di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara pada 27 Disember ini jam 3.30 petang.

Untuk pengetahuan semua, SM*SH dan Stacy baru sahaja menghasilkan sebuah single berjudul Hello hasil komposisi hebat Audi Mok dan lirik oleh Inu Numata. Menariknya, lagu Hello ini merupakan sebuah lagu mimpi fantasi perasaan seseorang yang tidak berdaya oleh cinta.

Anda yang berminat untuk menyaksikan mereka boleh menyertai peraduan Showcase SM*SH & Stacy di Murai yang kini telah pun berlangsung.

Isikan butiran diri anda dan sertakan slogan tersebut pada ruang yang disediakan. Anda berpeluang menjadi antara 25 pemenang bertuah untuk showcase ini.

Klik di sini untuk menyertai peraduan Showcase SM*SH dan Stacy.

Tiada Tajaan, Perkahwinan Aril Pilus 100% Guna Duit Sendiri


Tiada Tajaan, Perkahwinan Aril Pilus 100% Guna Duit Sendiri

Tiada Tajaan, Perkahwinan Aril Pilus 100% Guna Duit Sendiri
Tiada Tajaan, Perkahwinan Aril Pilus 100% Guna Duit Sendiri

Tidak seperti mana pasangan selebriti lain yang menerima tajaan untuk majlis perkahwinan mereka, bekas naib juara AF7, Aril Pilus akan menggunakan wang daripada titik peluhnya untuk mengadakan majlis perkahwinan dan tidak menerima tajaan mana-mana pihak.

Dalam laporan mStar Online hari ini, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 28, berkata, semua perbelanjaan perkahwinannya adalah hasil wang simpanan dan sedikit pelaburannya sepanjang menjadi artis.

Aril akan mendirikan rumah tangga dengan seorang pramugari Saudi Arabian Airlines, iaitu Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 27, hari ini selepas solat Jumaat.

Majlis akad nikah bakal berlangsung di kampung pengantin perempuan iaitu di Wakaf Che Yeh, Kota Baharu, Kelanta n.

Penyampai radio Era FM itu berkata, dia turut berasa gemuruh untuk melalui detik-detik bergelar suami dan bagaimanapun dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Cabaran untuk berkahwin yang utama apabila kita perlu mempunyai duit yang banyak. Namun saya ada buat simpanan sejak mula bekerja sebagai persediaan untuk kegunaan seperti ini.

“Saya juga lebih selesa menggunakan duit sendiri daripada mahu mencari penaja mana-mana pihak,” katanya lagi.

Sementara itu, Aril berkata, majlis persandingan di Kuala Lumpur untuk rakan-rakan dan media akan diadakan pada Mac tahun hadapan.

"Pada majlis nikah, kami buat secara kecil-kecilan dahulu kerana bakal isteri saya hanya dapat cuti dua hari sahaja dan pada Mac nanti baharulah kami adakan untuk rakan-rakan dan media," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang keistimewaan Puteri, Aril memberitahu wanita itu mempunyai kelembutan dan ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan isteri.

Dia juga tidak menghalang untuk isterinya terus bekerja sebagai selepas berkahwin nanti.

Senarai Calon Untuk Undian Fasa Satu Anugerah Meletop Era


Senarai Calon Untuk Undian Fasa Satu Anugerah Meletop Era

Senarai Calon Untuk Undian Fasa Satu Anugerah Meletop Era
Senarai Calon Untuk Undian Fasa Satu Anugerah Meletop Era

Anugerah MeleTOP ERA merupakan anugerah terbaru yang memberikan kuasa kepada orang ramai untuk menentukan siapakah pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Anugerah ini bertujuan untuk meraikan dan mengiktiraf artis-artis tempatan serta hasil karya seni mereka yang merangkumi beberapa bidang seperti muzik, filem, drama, radio dan digital.

Kepada anda semua, tunggu apa lagi? Undian fasa pertama telah pun bermula dari 19 Disember 2013 sehingga 10 Januari 2014.

Berikut ialah senarai pencalonan awal selebriti dalam kategori-kategori yang dipertandingkan. Untuk mengundi kategori pilihan anda, sila layari laman http://meletop.com.my/ dan https://www.facebook.com/MyMeleTOP

KATEGORI LAGU MeleTOP

Black & Malique : Teman Pengganti

Najwa Latif feat Sham Kamarul & Sleeq : Sahabat

Hafiz : Bahagiamu Deritaku

MOJO : Andai Ku Bercinta Lagi

Hyper Act : Harapan

Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza : Muara Hati

Misha Omar : Angin Syurga

Awie & Ezlynn : Lamunan Terhenti

Stacy : Pelangi Senja

Anuar Zain : Ajari Aku

Fida Ibrahim feat Dato’ AC Mizal & Stellar Band : Apo Kono Eh Jang

Yana Samsudin & Shaheizy Sam : Beginilah Caranya

Dato’ Siti Nurhaliza : Galau

Black : Takkan Terpisah

Forteen : Kita

Waris, ERAVENGERS & DJ FUZZ : Kito Monang (Satu ERA)

Shahir : Aku Yang Berdosa

Hafiz : Ku Akui

Zizan feat Kaka : Infiniti Cinta



KATEGORI PENYANYI MeleTOP

Ainan Tasneem

Faizal Tahir

Hazama

Hafiz

Najwa Latif

Stacy

Amir Jahari

Anuar Zain

Misha Omar

Aizat Amdan

W.A.R.I.S

Dato’ Siti Nurhaliza

Yuna Zarai

Akim

Aril

Black

Mark Adam

Shahir

Alyah

Adira



KATEGORI GRUP/DUO MeleTOP

Hyper Act

Forteen

Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza

Black & Malique

Najwa Latif feat Sleeq & Sham Kamarul

MOJO

Loka

Azlan & The Typewriter

W.A.R.I.S feat Juzzthin

Awi Rafael & Altimet

Spider

Zizan & Kaka

DJ Fuzz, Altimet & Salam Muzik

Yuna & QiSalam

Dato’ AC

Sixth Sense

Bunkface

Hujan

Noh & Aizat

Untuk melihat calon bagi kategori Program Radio MeleTOP, Penyampai Baru Radio MeleTOP, Filem MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Program TV MeleTOP, Bintang TV MeleTOP, Bintang Siber MeleTOP, Couple MeleTOP, Artis Baru MeleTOP, Fesyen MeleTOP dan Artis Serantau MeleTOP layari laman yang tertera di atas.

Artis mana bakal bergelar TOP 10, kuasa ditangan anda! Jadi tunggu apa lagi, jangan buang masa undi selebriti pilihan anda sekarang!!!

Anugerah Meletop Era Bukan Sambungan Anugerah Era


Anugerah Meletop Era Bukan Sambungan Anugerah Era

Anugerah Meletop Era Bukan Sambungan Anugerah Era
Anugerah Meletop Era Bukan Sambungan Anugerah Era

Bagi memberi pengiktirafan kepada karya kreatif yang dihasilkan oleh penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital, Astro telah memperkenalkan Anugerah MeleTOP Era (AME) yang bakal diadakan pada 8 Februari 2014 menerusi saluran Astro Ria, Maya HD dan Astro Hitz.

Sebanyak 16 kategori diperkenalkan menerusi anugerah ini antaranya Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Kumpulan Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Baru Radio Meletop, Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop.

Turut diperkenalkan Program TV Meletop, Bintang TV Meletop, Bintang Siber Meletop, Couple Meletop, Artis Baru Meletop, Fesyen Meletop selain Artis Serantau Meletop.

Bagi pencalonan awal, pihak penganjur menyenaraikan nama 20 pencalonan bagi setiap kategori untuk membolehkan lima daripadanya tersenarai pada peringkat akhir.

Undian fasa pertama untuk memilih lima terbaik dibuka dengan cara undian secara dalam talian bermula 10 Disember 2013 hingga 10 Januari 2014.

Sementara itu, kewujudan kategori Artis Serantau Meletop dijangka tidak akan mencetuskan kontroversi berkaitan penglibatan artis-artis negara luar pada acara berprestij itu nanti.

Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, pihaknya yakin tiada sebarang isu yang akan dibangkitkan berkaitan kategori tersebut kerana ia sekadar tanda pengiktirafan kepada artis negara luar yang berjaya menembus pasaran di negara ini.

Putri ditemui pada majlis sidang media Anugerah Meletop Era di Hotel Double Tree pada Khamis.

Pada majlis tersebut pihak penganjur turut mengumumkan barisan pengacara yang akan mengendalikan acara berkenaan iaitu Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan Neelofa.

Dalam pada itu, Pengurus Radio Era FM, Nazri Noran berkata AME merangkumi keseluruhan seni tanah air termasuk penggunaan media baru yang sedang menjadi ‘trend’ masyarakat hari ini.

Nazri turut menjelaskan AME adalah sebuah anugerah baru daripada Astro dan tidak ada kaitan dengan Anugerah Era yang pernah dianjurkan sebelum ini.

“Kali terakhir Era FM menganjurkan anugerah pada 2007 dan ianya lebih tertumpu untuk mengiktiraf artis yang terlibat dalam bidang muzik menerusi undian peminat. Kini, tampilnya AME hasil kolaborasi Astro dan Era FM dijangka akan melakar fasa baru dalam industri hiburan tempatan,” katanya.

Salamiah Hassan Akui Gementar Untuk Jayakan Konsert Pertamanya


Salamiah Hassan Akui Gementar Untuk Jayakan Konsert Pertamanya

Salamiah Hassan Akui Gementar Untuk Jayakan Konsert Pertamanya
Salamiah Hassan Akui Gementar Untuk Jayakan Konsert Pertamanya

Nama Salamiah Hassan telah pun mewarnai industri seni nyanyian sejak 42 tahun yang lalu, namun sepanjang pembabitannya itu, inilah kali pertama Salamiah Hassan mengadakan konsert dan lebih menarik lagi ia diadakan khas untuk para peminat yang telah lama menyokong kariernya sebagai anak seni selama ini.

Penyanyi kecil molek bersuara emas telah memilih Panggung Sari Istana Budaya sebagai lokasi persembahan, Konsert Gelombang Salamiah Hassan bakal diadakan pada 10 hingga 12 Januari 2014.

Bagaimanapun, akui Salamiah Hassan walaupun sudah hampir lima dekad bergelar penyanyi dia akui masih merasa sedikit gementar untuk mengadakan konsert.

“Konsert Gelombang ini adalah sesuatu yang paling bermakna buat saya dan sudah tentu demi peminat saya akan melakukan yang terbaik dan mereka juga pasti mengharapkan ‘sesuatu’ daripada saya.

“Sudah lama saya pendam untuk mengadakan konsert, akhirnya impian itu tercapai. Terima kasih buat sahabat saya Raja Azmi kerana ‘berani’ memujuk saya untuk bersetuju dengan konsert ini,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Pelancaran ‘Konsert Gelombang Salamiah Hassan’ di Double Tree Hilton, pada petang Rabu.

Akan dibahagikan kepada beberapa segmen, Konsert Gelombang Salamiah Hassan turut menampilkan Atilia sebagai penyanyi jemputan.

Elemen klasik menjadi taruhan kepada pembikinan konsert yang boleh dilabelkan sebagai 'perjalanan empat dekad' Salamiah Hassan dalam dunia seni suara.

Konsert itu juga menampilkan nama-nama besar seperti Raja Azmi sebagai penerbit, Pat Ibrahim selaku Pengarah, Aubrey Suwito pula bakal mengambil tempat sebagai Pengarah Muzik dan Raja Malek, Penata Seni.

Pernah menghasilkan 9 buah album EP, 4 album studio, 3 album runut bunyi dan satu album khas iaitu Bakat TV 1971, Salamiah Hassan bakal menerbitkan satu album baru yang akan dilancarkan pada 8 Januari 2014 semasa konsert tersebut.

Album yang diberi tajuk 'AKU' merupakan sebuah album yang menghimpunkan lagu-lagu terbaiknya serta lagu-lagu melayu klasik lama yang diberi nafas baru oleh penerbit dan pengarah muzik Aubrey Suwito.

Selain dikenali sebagai artis rakaman, Salamiah Hassan juga merupakan penyanyi lagu-lagu iklan tv, atau jingles. Antara iklan tv yang menggunakan suaranya sebagai jingles ialah iklan nescaffe, Paddle Pop dan banyak lagi.

Penggemar muzik melayu klasik dan peminat Salamiah Hassan, jangan lupa untuk menyaksikan Konsert Gelombang Salamiah Hassan bermula 10-12 Januari 2014.

Untuk menempah secara online konsert ini, boleh layari www.ticket2u.biz atau hubungi talian hotline 03- 4147 8600 / 019-211 1600.

Chef Wan Puas Pusing Malaysia Promote Tahun Melawat Malaysia


Chef Wan Puas Pusing Malaysia Promote Tahun Melawat Malaysia

Chef Wan Puas Pusing Malaysia Promote Tahun Melawat Malaysia
Chef Wan Puas Pusing Malaysia Promote Tahun Melawat Malaysia

Ceruk mana saja yang tidak pernah diselurusi oleh  chef selebriti popular, Datuk Chef Redzuawan Ismail atau Chef Wan dalam melebarkan sayapnya sebagai chef terkenal bertaraf dunia.

Bukan sahaja Eropah, malah seantero Asia, Amerika Syarikat malah Timur Tengah, juga pantai-pantai indah di Caribbean juga telah dijelajahinya bersama resipi menyelerakan yang diabadikan di program televisyen mahupun buku masakannya. 

Bagai sirih pulang ke gagang, Duta Makanan Malaysia itu nampaknya telah berbesar hati menjayakan siri program masakan istimewa bertajuk Wan Malaysia yang menyaksikan chef petah itu menjelajah 13 destinasi di seluruh negara.

Bakal disiarkan di Astro Prima pada 18 Januari 2014, Chef Wan berkata kepada portal murai.com.my, bahawa dia sangat seronok dalam menjayakan penggambaran siri program masakan bercorak perlancongan dan pengembaraan itu.

Malah sesuai dengan Tahun Melawat Malaysia pada tahun depan, Kementerian Pelancongan telah berbesar hati menjadi pencetus idea bagi merealisasikan program masakan berkenaan bagi memperkasakan industri pelancongan negara.

Antara destinasi yang dikunjungi Chef Wan untuk menjayakan program masakan bagi mempromosi masakan tempatan di mata dunia itu ialah Sungai Pasu, Pahang, Cameron Highlands, Negeri Sembilan dan juga Melaka.

Daripada foto yang dikirimkan Chef Wan kepada portal murai.com.my, mendapati tukang masak berkenaan tidak perlu memasak sebaliknya hanya bertandang ke lokasi berkenaan untuk menjamu selera dengan juadah tradisi serta ala kampung.

Lebih menarik lagi apabila kali ini Chef Wan telah bertandang ke beberapa homestay di beberapa daerah seluruh negara dan juga tempat menarik yang wajib dikunjungi oleh rakyat tempatan mahupun pelancong.

Teks oleh Haswari Ali

Email: ayie@astro.com.my

Jackie Chan Tidak Puas Hati Dengan Filem Aksi, Ingin Watak Cinta


Jackie Chan Tidak Puas Hati Dengan Filem Aksi, Ingin Watak Cinta

Jackie Chan Tidak Puas Hati Dengan Filem Aksi, Ingin Watak Cinta
Jackie Chan Tidak Puas Hati Dengan Filem Aksi, Ingin Watak Cinta

Lagenda filem aksi bertaraf antarabangsa kelahiran Hong Kong, Jackie Chan meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan perkembangan kebanyakan filem aksi hari ini terutama filem aksi yang melibatkan seni mempertahankan diri.

Bagi aktor dan pengarah berusia 59 tahun ini, penghasilan kebanyakan filem aksi zaman sekarang rata-rata menggunakan 'sentuhan' teknologi.

Sekaligus menyebabkan nilai dan keaslian sesebuah filem aksi itu semakin hilang sehingga adakalanya menjadikan karya tersebut tidak realistik.

Jackie Chan yang telah melakonkan lebih 150 filem aksi berkata demikian sewaktu berkunjung ke Malaysia bagi memenuhi jadual promosi filem terbarunya, Police Story 2013.

Tambah Jackie lagi, tempoh pembikinan sebuah filem aksi juga sudah dipendekkan. Kalau kira-kira 10 tahun dulu, untuk sebuah filem aksi memerlukan masa sekurang-kurang enam bulan. Berbeza dengan penggambaran hari ini yang mengambil masa hanya dua bulan.

Ini kerana kebanyakkan penerbit ingin memotong kos penerbitan, kerana itu tempoh masa penggambaran dipendekkan. Sekaligus elemen seni mempertahankan diri yang diketengahkan kurang menarik dan kurang memberi impak yang sebenar.

Justeru, Jackie memberitahu demi memastikan kemahiran seni mempertahankan diri dalam dunia lakonan tidak hilang ditelan zaman, beliau berhasrat mahu menubuhkan sebuah Akademi khas untuk pelakon-pelakon aksi seni mempertahankan diri.

Sementara itu, Jackie turut mendedahkan yang dia sudah berasa letih kerana sering berlakon melibatkan seni mempertahankan diri sejak tahun 1960-an.

Pemilik nama sebenar Chan Kong Sang ini juga menambah yang dia teringin melakonkan watak-watak romantik dalam mana-mana filem cinta tetapi dapat merasakan peminatnya akan berasa pelik dengan watak sebegitu.

Saya teringin berlakon filem cinta namun sehingga kini belum ada lagi mana-mana penerbit yang ingin mengambil saya berlakon filem genre sebegitu ," katanya.

Filem lakonan Jackie iaitu Police Stories 2013 akan ditayangkan di pawagam bermula 18 Disember ini.

Dul Semakin Pulih, Sedia Beraksi Di Konsert


Dul Semakin Pulih, Sedia Beraksi Di Konsert

Dul Semakin Pulih, Sedia Beraksi Di Konsert
Dul Semakin Pulih, Sedia Beraksi Di Konsert

Setelah lebih tiga bulan menjalani rawatan di hospital selepas kemalangan jalan raya, anak bongsu Ahmad Dhani, Abdul Qodir Jaelani atau Dul, kini semakin pulih dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Malah menurut Ahmad Dhani, Dul kini sudah boleh beraksi dan berada di atas pentas pada konsert ambang tahun baru nanti bersama dua abangnya, Al dan El

"Saya bersama kumpulan Lucky Laki yang terdiri dari Al, El dan Dul akan membuat persembahan bersama. Tetapi jika Dul kepenatan, dia hanya akan beraksi dengan duduk di atas kerusi roda sahaja," ujarnya.

Bagaimanapun ujar Dhani, dia tidak akan meminta kebenaran doktor untuk Dul membuat persembahan kerana Dul sudah beransur pulih dan bersemangat membuat persembahan.

"Dia sudah masuk fasa pemulihan baru dan hanya mengikut rawatan susulan. Tidak ada masalah buatnya kembali beraksi nanti," katanya.

Linda Onn Sah Bakal Kahwini Kerabat Diraja


Linda Onn Sah Bakal Kahwini Kerabat Diraja

Linda Onn Sah Bakal Kahwini Kerabat Diraja
Linda Onn Sah Bakal Kahwini Kerabat Diraja

Penyampai radio Suria FM, Linda Onn mengesahkan yang dia bakal mengakhiri zaman solonya (kahwini) dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini.

Laporan mStar Online hari ini memetik, Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, memberitahu yang majlis pernikahan itu bagaimanapun akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Linda juga telah mengesahkan yang tarikh pernikahannya iaitu 27 Disember dan identiti bakal suaminya itu seorang kerabat tetapi tidak tidak dapat mengulas lanjut setakat ini.

Bagi Linda, apa yang penting setakat ini ialah akad nikah dan Inysa Allah jika tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah.

Linda diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Rabu mengenai khabar angin pernikahannya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember depan yang akan diadakan di kampung halamannya di Johor Baharu.

Pasangan itu juga dilaporkan sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama Islam daerah itu.

Linda dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat sahaja bagi menghadirinya manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur.

Dia juga enggan memberitahu dari negeri manakah kerabat tersebut berasal.

Dalam perkembangan sama, Linda berkata, dia akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat ini.

Coret-coret Menarik Sekitar AIM20


Coret-coret Menarik Sekitar AIM20

Coret-coret Menarik Sekitar AIM20
Coret-coret Menarik Sekitar AIM20

Penghujung minggu lalu telah berlangsungnya majlis penganugerahan yang diberikan khusus kepada penggiat dan penggerak kepada industri muzik tempatan dalam Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 20).

Murai juga tidak ketinggalan menjadi antara hadirin yang memenuhi Stadium Putra, Bukit Jalil yang menjadi lokasi acara anugerah yang memasuki siri yang ke 20 itu sejak mula diperkenalkan pada 1994.

Selain daripada kemunculan para selebriti dan pemuzik tempatan dalam persalinan Black Tie mengikut dresscode bagi malam tersebut, persembahan serta keseluruhan majlis sudah tentunya meninggalkan momen yang tersendiri.

Jom kita tengok corat-coret sepanjang AIM 20 yang menjadi penutup tirai majlis anugerah buat karyawan seni tempatan.

Corat-Coret AIM 20:

I) Gandingan Datuk Aznil Hj Nawawi dan Nabil Ahmad serasi daripada sudut menghiburkan para hadirin dengan celoteh mereka yang tidak berhenti. Namun begitu penggunaan lawak yang berlebihan dirasakan agak keterlaluan hingga ia diperkatakan di laman sosial seperti Twitter terutamanya. Ramai yang beranggapan AIM diletakkan setaraf dengan anugerah Grammy di peringkat antarabangsa dan ia sepatutnya tidak sepenuhnya dilaksanakan secara santai dan bersahaja dengan lawak dan penyampaian anugerah yang dirasakan meleret.

II) Persembahan pembukaan yang gah dengan lontaran vokal Ning Baizura yang diberikan penghormatan mendendangkan lagu Curiga diikuti Spider dengan Relaku Pujuk serta Aizat dengan Lagu Kita seakan menenggelamkan persembahan seterusnya dan tidak dapat menonjol dek pembukaan hebat itu. Album Dekat Padamu yang memuatkan lagu Curiga merupakan Album Terbaik dinobatkan pada AIM yang pertama diadakan pada 1994. Jadi tidak hairanlah mengapa Curiga boleh dikatakan signifikan dan membawa penonton semua kembali mengingati detik permulaan anugerah berprestij itu.

III) Keputusan bagi anugerah yang disampaikan pada malam itu ada yang mengejutkan dan mungkin antara faktor penyebab para pemenang tidak hadir kerana menyangkakan tidak akan memenangi kategori yang mencalon setiap daripada mereka. Antara nama besar yang tidak kelihatan pada malam itu adalah Dayang Nurfaizah, Yuna, dan Once Mekel yang memenangi anugerah Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dinyanyikan Oleh Artis Luar Negara.

IV) Kemenangan lagu In The House hasil kolaborasi DJ Goldfish, Blink dan rapper Altimet serta penyanyi ZE untuk anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik telah mengalih tumpuan penonton kerana ZE tampil dalam pakaian yang daring dan rambut palsu serta gaya yang berani sehingga ada yang menggelarkannya Nicki Minaj Malaysia.


V) Kemungkinan ramai yang lebih mengenai Datuk Tony Fernandes sebagai Mr Air Asia iaitu orang yang bertanggungjawab dengan kejayaan ditunjukkan syarikat penerbangan tambang murah itu. Ramai yang tidak mengetahui pembabitan besarnya dalam industri muzik tempatan selepas pernah menjawat jawatan yang tingging di sebuah syarikat rakaman terkenal tempatan. Dek kerana usaha dan kegigihan yang tunjukkan figura terkenal dengan jenama Air Asia itu dalam dunia muzik dan menerajui Warner Music disaat kebangkitan muzik dangdut dan nasyid sehingga Raihan terjual 3 Juta unit, Anugerah Sri Wirama dianggap penghargaan terbaik buat Tony Fernandes yang juga antara individu awal terlibat dalam keputusan untuk mewujudkan AIM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan