Cari Artikel

Wednesday, December 18, 2013

Adi Putra Ada Pendirian Sendiri, Tidak Akan Tunduk Pada Suami Aida


Adi Putra Ada Pendirian Sendiri, Tidak Akan Tunduk Pada Suami Aida

Adi Putra Ada Pendirian Sendiri, Tidak Akan Tunduk Pada Suami Aida
Adi Putra Ada Pendirian Sendiri, Tidak Akan Tunduk Pada Suami Aida

Aktor Adi Putra berkata dia tidak akan tunduk dengan permintaan Amiruddin Othman, 50, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengannya agar mengaku dia terbabit dalam kes pertukaran gambar lucah.

Menerusi kenyataannya dalam mStar Online hari ini, pelakon filem KL Gangster 2 itu berkata dia mempunyai pendirian sendiri dan berhak untuk tidak mengikut kata Amiruddin kerana tidak bersalah dalam kes itu.

Adi bagaimanapun berkata dia menghormati permintaan Amiruddin yang mahukan dirinya mengakui kesilapan itu tetapi dia sesekali tidak akan tunduk kepada keinginan lelaki itu.

Adi juga berkata dia yakin dia berada di pihak yang benar dan tidak gentar sekiranya Amiruddin ingin membuat tindakan lanjut.

Terdahulu, aktor dari Singapura itu dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media pada 13 Disember iaitu sehari kemudian telah meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.

Amirrudin bersama isteri kemudiannya telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Adi dan Nooraida menurut laporan tersebut telah didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.

Sementara itu, Adi juga menegaskan, kes tersebut juga tidak akan menghalangnya untuk membalas mesej-mesej peminatnya di laman sosial di Twitter, Instagram mahupun di Facebook selepas ini.

"Tidak kira apa status peminat itu, lelaki atau perempuan, saya akan membalas mesej-mesej mereka. Saya tahu batas saya melayan peminat-peminat," tegasnya.

Bekas Suami Bakal Berkahwin, Rita Rudaini Enggan Ulas Lanjut


Bekas Suami Bakal Berkahwin, Rita Rudaini Enggan Ulas Lanjut

Bekas Suami Bakal Berkahwin, Rita Rudaini Enggan Ulas Lanjut
Bekas Suami Bakal Berkahwin, Rita Rudaini Enggan Ulas Lanjut

Berita mengenai bekas suami kepada aktres sensasi Rita Rudaini iaitu pemain bola sepak kebangsaan berstatus selebriti, Aidil Zafuan yang bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi boleh dikatakan mengejutkan ramai juga pihak.

Namun pada diri Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar, 35, ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut dia memohon untuk tidak memberikan sebarang ulasan mengenai perkahwinan bekas suaminya itu.

Dia yang juga baru sahaja habis edah pada November lalu cuma berkata bahawa dia tidak terkejut mengenai perkara itu, tetapi dia tidak perlu mengaitkan lagi namanya dengan bekas suaminya itu.

“Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu (kahwin) atau apa yang berkaitan. Biarlah orang dan masyarakat yang menilai apa yang berlaku. Kalau dahulu ketika masih suami isteri ada cerita dan gosip (bercinta) orang ingat saya yang jahat.

“Segala apa yang dinafikan itu kini dah jelas dan saya harap anda sebagai masyarakat dapat menilai sendiri segala yang berlaku ini,”jawab Rita ringkas mengenai perkahwinan bekas suaminya itu.

Aidil dijangka akan menamatkan zaman dudanya pada bulan Mac tahun hadapan. Bakal isterinya ialah tidak lain tidak bukan wanita yang digosipkan sebagai kekasihnya sebelum ini iaitu Zarema Zainal.

Pasangan ini disahkan bercerai pada 5 Spetember lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban setelah sekian lama tertangguha. Ini berikutan tindakan mahkamah mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat Aidil yang telah menghantar satu SMS kepada Rita pada 4 Ogos 2013 juga bersamaan 27 Ramadan mengikut kalendar Islam yang menyatakan dia menceraikan Rita dengan talak satu.

Pasangan ini bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia setahun.

Aktres Popular, Azean Irdawaty Meninggal Dunia


Aktres Popular, Azean Irdawaty Meninggal Dunia

Aktres Popular, Azean Irdawaty Meninggal Dunia
Aktres Popular, Azean Irdawaty Meninggal Dunia

Pelakon popular, Azean Irdawaty telah disahkan meninggal dunia malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarham, 63, yang menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan kanser payudara telah meninggal dunia sekitar jam 8.30 malam di hadapan suaminya, Khairil Anwar dan anak-anak.

Ini disahkan oleh Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah atau dikenali sebagai Kak Cham menerusi Twitternya sebentar tadi.

"Kita pasti merindui dia. Al-Fatihah seniwati Azean Irdawati yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Al-Fatihah," katanya.

Pemergian Azean turut mendapat reaksi daripada beberapa rakan artis yang mengucapkan takziah antaranya adalah Umie Aida.

Allahyarham merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70-an dan namanya meledak di layar perak akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Antara kejayaan Allahyarham ialah pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarham meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin atau pelakon Benjy, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Takziah dari kami warga murai.com.my dan Astro Gempak.

iskandarX: Takziah dan Al-Fatihah kepada Arwah si mati.

Dayang Nurfaizah Curi Tumpuan, Yuna Menang Dengan Lelaki Di Aim 20


Dayang Nurfaizah Curi Tumpuan, Yuna Menang Dengan Lelaki Di Aim 20

Dayang Nurfaizah Curi Tumpuan, Yuna Menang Dengan Lelaki Di Aim 20
Dayang Nurfaizah Curi Tumpuan, Yuna Menang Dengan Lelaki Di Aim 20

Dayang Nurfaizah dan Yuna mencuri tumpuan di Anugerah Industri Muzik ke 20 apabila diumumkan pemenang anugerah bagi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita untuk lagu Seandainya Masih Ada Cinta dan Yuna mencuri pulang trofi Lagu Terbaik untuk lagu Lelaki walaupun keduanya tidak hadir pada majlis tersebut.

Menyingkap semula kemenangan Yuna menerusi lagu Penakut ditarik balik pada AIM 18 apabila berlaku kesilapan pada syarat penjurian yang menyebabkan kesalahan dalam pengiraan markah terbalas jua akhirnya dengan kemenangan tersebut.

Malam itu menjadi milik Hafiz apabila kategori utama Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik yang dimenangi album Luahan Hati Anak Seni. Hafiz turut membawa pulang trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu menerusi album yang sama memberikan dia kemenangan untuk dirinya sendiri melalui anugerah tersebut. 

Anugerah Khas yang diberikan iaitu Anugerah Kembara dan Anugerah Sri Wirama masing- masing menjadi milik juara Asian Wave 2013, Shila Amzah dan bekas Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Tan Sri Dr Tony Fernandes yang kini Mr Air Asia dianugerahkan anugerah sepanjang hayat, Anugerah Sri Wirama.

Siri ke 20 anugerah yang mula diadakan pada 1994 ini mengiktiraf para pemuzik tempatan dan anugerah berprestij dan dianggap setaraf Grammy di peringkat antarabangsa. Walaupun format yang digunakan seringkali ditukar bagi kesesuaian peredaran muzik tempatan, anugerah ini menjadi antara penanda aras atau benchmark kepada para pemuzik di negara ini.

Antara artis yang bakal membuat persembahan termasuk Ning Baizura, Dato’ Siti Nurhaliza, Aizat, Najwa Latiff, Zainal Abidin, Jay Jay, Dayangku Intan, Mas Idayu, Hafiz dan ramai lagi.

Anugerah Industri Muzik edisi ke 20 berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dengan dihoskan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi dan Nabil Ahmad dan disiarkan di Astro Ria.

Temui Cinta Baru, Aidil Zafuan Bakal Nikah Mac Depan


Temui Cinta Baru, Aidil Zafuan Bakal Nikah Mac Depan

Temui Cinta Baru, Aidil Zafuan Bakal Nikah Mac Depan
Temui Cinta Baru, Aidil Zafuan Bakal Nikah Mac Depan

Setelah berpisah dengan aktres Rita Rudaini menjelang Aidilfitri yang lalu, pemain pertahanan skuad bola sepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan Abdul Razak nampaknya telah pun mempunyai perancangan untuk berkahwin sekali lagi.

Menerusi laporan Media Hiburan minggu lalu, Aidil dijangka akan menamatkan zaman dudanya pada bulan Mac tahun hadapan. Bakal isterinya ialah tidak lain tidak bukan wanita yang digosipkan sebagai kekasihnya sebelum ini iaitu Zarema Zainal.

Laporan tersebut turut memetik yang Aidil telah pun sudi memberikan sedikit komennya tentang perkahwinannya itu nanti. Menurut abang kembar Zaquan Adha ini, dia sememangnya merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat dan akan mengumumkan apabila sudah mempunyai tarikh sebenar tidak lama lagi.

Kata Aidil lagi, kad perkahwinannya bersama anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor itu akan diedarkan dalam masa terdekat.

Aidil sebelum ini pernah berkahwin dengan aktres Rita Rudaini di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Mereka kemudiannya disahkan bercerai pada 5 September 2013.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia setahun lebih.

Shila Amzah Bawa Diri Ke Eropah Setelah Berkali-kali Gagal Bercinta?


Shila Amzah Bawa Diri Ke Eropah Setelah Berkali-kali Gagal Bercinta?

Shila Amzah Bawa Diri Ke Eropah Setelah Berkali-kali Gagal Bercinta?
Shila Amzah Bawa Diri Ke Eropah Setelah Berkali-kali Gagal Bercinta?

Nama Shila Amzah terus menghiasi persada seni hiburan tanah air sepanjang tahun 2013. Daripada kisah kejayaannya di Shanghai, China sehinggalah kepada kisah cintanya dengan dua aktor popular tanah air, Sharnaaz Ahmad dan Johan As’ari, semuanya sering menjadi perhatian media dan laman sosial.

Terbaru, anak gadis ND Lala ini telah memenangi Anugerah Kembara di Anugerah Indsutri Muzik yang ke-20 pada Sabtu minggu lalu. Pencapaian Shila Amzah sebagai seorang penyanyi yang berbakat dan hebat tidak boleh disangkal lagi namun dia bagaimanapun kurang bernasib baik dalam hal percintaan.

Justeru timbul pula cerita kononnya Shila Amzah merajuk dan akan membawa diri ke Eropah tidak lama lagi.

Benarkah berita tersebut? Atau pemergiannya ke Eropah adalah mengembangkan lagi karier seninya yang sudah pun mekar di Shanghai China sebelum ini? Jawapannya dapat anda ketahui dalam program MeleTOP malam ini.

Shila Amzah akan hadir sebagai tetamu jemputan dalam MeleTOP dan akan bersedia menjawab sebarang soalan panas mengenai karier seni dan percintaannya. Nantikan juga persembahan isitmewa dari Shila Amzah yang akan menyampaikan sebuah lagu khas untuk anda penonton MeleTOP pada malam ini.

Selain itu, dua peserta MasterChef All Star Malaysia, Azwan Ali dan Michael Ang akan turut hadir untuk mempromosikan program masakan tersebut. Pastinya ada sesuatu yang ingin disuarakan oleh kedua-dua selebriti yang terkenal dengan mulut lantang mereka ini.

Jangan lupa untuk ketahui lebih banyak gosip panas dan perkara trending masa kini hanya di program MeleTOP malam ini bersama hos anda Nabil Ahmad dan Neelofa. MeleTOP akan bersiaran bermula jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Pemergian Legenda Industri Seni Pada Tahun 2013


Pemergian Legenda Industri Seni Pada Tahun 2013

Pemergian Legenda Industri Seni Pada Tahun 2013
Pemergian Legenda Industri Seni Pada Tahun 2013

Industri hiburan tempatan terutama sekali industri seni perfileman merasai kehilangan apabila ramai pelakon veteran yang disegani telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun ini iaitu 2013.

Malah, kebanyakan ikon yang pergi untuk selamanya ini sangat menyerlah dalam bidang komedi.

Apapun, pemergianmereka tidak akan dilupai kerana jasa dan bakat mereka sememangnya meninggalkan kesan mendalam buat penggiat seni dan peminat industri hiburan tempatan.

Berikut adalah senarai anak seni yang pergi tidak akan kembali sepanjang 2013:



Datuk Yahya Sulong

Tarikh meninggal: 6 Februari 2013

Umur: 84 tahun

Pelakon ini telah disahkan meninggalkan dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua dan menghidap komplikasi pelbagai penyakit termasuklah asma. Jenazahtelah dikebumikan di Teluk Intan, Perak. Allahyarham mempunyai 11 orang anak dan meninggalkan balu, Datin Alisah Ali (juga telah meninggal dunia juga pada 12 April 2013).





S. Shamsuddin

Tarikh meninggal: 4 Jun 2013

Umur: 84 tahun

Seniman tersohor ini telah meninggal dunia jam 10.56 pagi di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura. Pelakon komedi era P.Ramlee ini pernah membintangi lebih 25 buah filem. Antaranya terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok danPenyamun Tarbus. Filem terakhir lakonannya berjudul Eee...Hantu!!!!! arahan Majed Sall



Latifah Omar

Tarikh Meninggal: 9 Jun 2013

Umur: 74 tahun

Seniwati jelita ini telah dilaporkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi,Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia jam 6.20 petang. Sebelum meninggal,arwah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUKM setelah menjalani rawatan akibat penyakit ulser.



Rosnah Mohd Noor

Tarikh meninggal: 4 Ogos 2013

Umur: 54 tahun

Pelakon filem Hantu Siang ini telah meninggal dunia jam 2.55 petang di Hospital Kuala Lumpur. Pada 27 Februari arwah telah dimasukkan ke hospital kerana tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kanser payudara. Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan,beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan ShamiraPuteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.



Maimon Mutalib

Tarikh meninggal: 7 September 2013

Umur: 54 tahun

Allahyarham telah dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam. Arwah disahkan menghidap kanser payu dara tahap keempat pada tahun 2012. Pelakon ini telah meninggalkan lima orang anak iaitu Kamarul Syahid Keristifa, 34, SurayatulNadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembarAbdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.



Noreen Noor

Tarikh meninggal: 22 Oktober 2013

Umur: 54 tahun

Penyanyi popular era 80-an ini telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.30 pagi di Hospital Ampang Puteri, Selangor. Arwah meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang. Allahyarham meninggalkan dua orang anak.



Ahmad Busu

Tarikh meninggal: 10 Nov 2013

Umur: 60 tahun

Pelakon dan pelawak ini telah meninggal dunia akibat penyakit strok di HospitalTengku Ampuan Rahimah, Klang. Arwah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan IslamSeksyen 21, Shah Alam.



Azean Irdawaty

Tarikh meninggal: 17 Disember 2013

Umur: 63 tahun

Kematian dan kehilangan besar yang terbaru buat industri seni negara. Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sekitar jam 8.30 malam pada 17 Disember akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser yang dihidapinya. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada Rabu. Allahyarham meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin atau pelakon Benjy, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Takziah diucapkan kepada keluarga mereka semua yang telah meninggalkan kita buat selamanya ini.

Farawahida, Abdul Shukor Sah Bergelar Suami Isteri


Farawahida, Abdul Shukor Sah Bergelar Suami Isteri

Farawahida, Abdul Shukor Sah Bergelar Suami Isteri
Farawahida, Abdul Shukor Sah Bergelar Suami Isteri

Dalam suasana serba sederhana, penyanyi Farawahida Razali atau lebih dikenali sebagai Farawahida sah bergelar isteri kepada Abdul Shukur Bin Mohd Zain.

Dengan sekali lafaz, kira-kira jam 10.30 pagi semalam, majlis akad nikah telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Sentosa Villa, Taiping, Perak.

Pasangan pengantin telah dinikahkan oleh Kadi Air Kuning, Taiping, Ustaz Imannuddin Zakaria.

Farawahida telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 beserta dua bentuk cincin dan tujuh dulung hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang.

Lebih menarik, pada majlis tersebut suami Fara dilihat mengalirkan air mata, sebaliknya Fara kelihatan tenang sebaik sah diijabkabulkan.

Majlis persandingan Fara dan Abdul Shukur diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, 8 malam ini.

Sementara itu Fara ketika dihubungi Astro Gempak memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana kelancaran majlis pada hari ini.

“Alhamdulillah, syukur…semuanya telah selamat…Di kesempatan ini Fara mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, saudara mara dan para peminat yang telah mendoakan dan merestui hubungan saya dan suami.

“Terima kasih juga kepada tetamu-tetamu yang hadir meraikan majlis bersejarah saya pada hari ini.

“Fara berharap agar perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga, “ katanya.

FOTO KREDIT: SARIAH (PENGURUS FARAWAHIDA)

Maria Arshad Buat Penampilan Istimewa Di Resepsi Jovianina


Maria Arshad Buat Penampilan Istimewa Di Resepsi Jovianina

Maria Arshad Buat Penampilan Istimewa Di Resepsi Jovianina
Maria Arshad Buat Penampilan Istimewa Di Resepsi Jovianina

Pelakon popular di era 80-an, Maria Ashad telah berjaya mencuri perhatian ramai ketika menghadiri majlis persandingan pereka fesyen popular Jovian Mandagie dan pasangannya Nina SabrinaIsmail Sabri di Hotel Shangri-La, di sini semalam.

Ditemui portal murai.com.my, Maria Arshad yang lebih selesa menggelarkan dirinya sebagai Mama nampaknya agak malu-malu apabila diminta untuk ditemuramah oleh program Propaganza dan beberapa media tempatan.

Bagaimanapun pelakon yang seangkatan dengan Noor Kumalasari itu tetap memberikan kerjasama bersama-sama senyuman yang tak pernah lekang sepanjang sesi temuramah diadakan.

“Malulah nak ditemuramah. Sebab sudah lama sangat tak berada di depan kamera seperti ini,” kata Maria Arshad ringkas yang tersipu-sipu malu.

Maria Arshad tampil cukup anggun dan bergaya dengan gaun panjang renda putih gabungan rona pic dan dilengkapi kalung leher mutiara dengan rambutnya didandan rapi.

Dia turut berkongsi bahawa pakaian yang disarungkan hari itu adalah rekaannya sendiri dan telah siap tiga hari sebelum berlangsungnya persandingan Jovian dan Nina.

Ditanya apakah rahsia kecantikannya meskipun sudah mencecahusia 50-an, Maria Arshad berkata dia hanya mengamalkan gaya kehidupan serta pemakanan sihat dan menjalani senaman erobik pada setiap pagi.

Malah dalam usianya itu, Maria Arshad bukan sahaja pandai bergaya malahan juga memiliki susuk tubuh langsing seperti kebanyakan selebriti wanita yang jauh lebih muda daripadanya.

“Tak ada apa sangat yang ingin dikongsikan. Cuma saya percaya dengan pemakanan seimbang dan setiap pagi saya akan menjalani senam erobik sebagai satu kemestian,” katanya berkongsi rahsia. 

Tidak keseorangan, Maria Arshad hadir bersama seorang anak perempuannya dan teman-teman lain yang juga kelihatan mementingkan gaya serta penampilan.

Mas Kahwin Wan Maimunah Istimewa, Bimbingan Ke Jalan Yang Diredhai


Mas Kahwin Wan Maimunah Istimewa, Bimbingan Ke Jalan Yang Diredhai

Mas Kahwin Wan Maimunah Istimewa, Bimbingan Ke Jalan Yang Diredhai
Mas Kahwin Wan Maimunah Istimewa, Bimbingan Ke Jalan Yang Diredhai

Walaupun tidaklah sebesar Wedding of The Year yang menjadi sorotan utama penutup 2013, penyatuan Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60 dan suaminya Makpol Saimon, 53 pada Jumaat lalu tetap meriah dan amat bererti buat aktres berkenaan.

Perbezaan usia sebanyak 7 tahun tidak membataskan hasrat Makpol yang merupakan pengusaha kacang pol di Johor Bahru itu memperisterikan aktres veteran yang dikenali dek watak-watak yang dibawakan itu dalam majlis yang berlangsung di Hotel Tropical Inn.

Manisnya majlis pernikahan ini apabila Wan Maimunah sah menjadi isteri kepada Makpol Saimon dengan mas kahwin dirujuk dengan bimbingan ke jalan yang diredai Allah serta wang hantaran berbentuk cincin dan gelang emas. 

Dramatis yang mendapat tajaan busana daripada Iezla Bridal itu sebak dan terharu ketika selesai pernikahan dan menyatakan perasaan syukur kepada Allah SWT kerana diusianya yang sekarang, masih ada lelaki yang ingin memperisterikannya.

“Sebab itulah saya tidak meminta wang ringgit atau harta sebagai mas kahwin, tetapi bimbingan oleh suami ke jalan yang diredai Allah.

"Dia (suami) sanggup memperisterikan saya dan menjadi peneman sepanjang hidup saya. Itu sahaja sudah memadai,” antara ucapan Wan Maimunah yang dipetik di Utusan Online.

Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah Jabatan Agama Johor (JAJ), Makhadzir Abdan pukul 8.20 malam dengan sekali lafaz berwalikan adik lelaki pengantin perempuan, Wan Hamzah.

Sebagai suami kepada seorang pelakon, Makpol kini berdepan dengan situasi baru dan ketika ditemui dia merestui Wan Maimunah untuk terus berlakon .

“Saya tidak boleh merubah apa yang sudah sebati dalam hidupnya dan bersedia berhadapan dengan rencah kehidupan dunia artis," katanya

Che Ta Belum Sempat Penuhi Tanggungjawab Isteri


Che Ta Belum Sempat Penuhi Tanggungjawab Isteri

Che Ta Belum Sempat Penuhi Tanggungjawab Isteri
Che Ta Belum Sempat Penuhi Tanggungjawab Isteri

Telatah dan gelagat bersahaja Che Ta mungkin antara daya penarik yang ada dalam diri aktres jelita tersebut hingga memikat hati Zain Saidin yang kini sah bergelar suami Che Ta.

Kerana sibuk memenuhi aturcara sebagai pasangan yang baru berkahwin, Che Ta belum lagi sempat melunaskan tanggungjawab sebagai isteri.

Namun begitu Zain sebagai suami memahami situasi tersebut dan yakin Che Ta akan menunaikan janjinya itu selepas ini. Geng Murai sempat merakamkan video ketika pasangan ini ditemui pada majlis resepsi Jumaat lepas.


Sebelum itu, dengan sekali lafaz, pelakon, Rozita Che Wan,40, sah menjadi isteri kepada pelakon, Zain Saidin, 29, di majlis akad nikah yang diadakan di Setia City Convention Centre, pada jam 9.05 malam 11 Disember lalu.

Pasangan selebriti itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Aluwi Parman berwakilkan wali oleh adik kepada pengantin perempuan, Roshidi Che Wan. Astro Ria merupakan penyiar rasmi majlis pernikahan pasangan selebriti itu.

Ashraf Muslim Siapkan Diri Untuk Bergelar Bapa Dan Ketua Keluarga


Ashraf Muslim Siapkan Diri Untuk Bergelar Bapa Dan Ketua Keluarga

Ashraf Muslim Siapkan Diri Untuk Bergelar Bapa Dan Ketua Keluarga
Ashraf Muslim Siapkan Diri Untuk Bergelar Bapa Dan Ketua Keluarga

Aktor Ashraf Muslim berkata dia telah banyak belajar dan mempersiapkan diri sebagai bapa dan ketua keluarga yang terbaik untuk kedua-dua isterinya.

Ini berikutan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi kini telah pun hamil hampir lima bulan dan Ashraf sendiri dia amat teruja dengan kehadiran ahli baru keluarganya itu nanti.

Dalam laporan mStar Online hari ini, Ashraf ditemui pada majlis Anugerah Industri Muzik ke 20, Sabtu lalu memberitahu, Sakinah sudah hampir lima bulan mengandung dan keadaannya sekarang sihat dan tidak banyak mengalami alahan atau mengidam yang bukan-bukan.

Setakat ini mereka belum lagi mengetahui jantina bayi tersebut namun Ashraf berkata dia kisah sama ada lelaki atau perempuan.

Sementara itu, ditanya tentang hubungan antara kedua-dua isterinya, Ashraf berkata, ianya semakin baik.

Katanya, mereka bertiga sering keluar dan bersembahyang bersama-sama jika masing-masing mempunyai kelapangan.

"Semuanya baik-baik sahaja, buat masa ini kami masing-masing sibuk dengan kerja dan jarang dapat jumpa bertiga.

"Namun kalau ada kelapangan biasanya saya akan bawa mereka berdua keluar bersama-sama dan sembahyang berjemaah," katanya.

Jelasnya, apa yang penting adalah pembahagian masa yang adil buat kedua-dua isterinya agar tiada pihak yang berkecil hati.

Dalam perkembangan lain, Ashraf berkata, dia kini sibuk dengan projek langskap, pengurusan majlis dan syarikat produksi miliknya.

Isu Skandal Adi Putra, Suami Nooraida Mahu Kes Dibuka Semula


Isu Skandal Adi Putra, Suami Nooraida Mahu Kes Dibuka Semula

Isu Skandal Adi Putra, Suami Nooraida Mahu Kes Dibuka Semula
Isu Skandal Adi Putra, Suami Nooraida Mahu Kes Dibuka Semula

Isu skandal Adi Putra nampaknya membuka cerita baru apabila Amiruddin Osman, suami kepada, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra nekad untuk memastikan kes tersebut dibuka semula untuk mendapat keadilan.

Khamis lalu, Adi Putra dalam satu media memberitahu bahawa kes skandal yang membabitkannya dengan Nooraida Abdul Mutalib, 29, telah diklasifikasikan sebagai ‘no further action' (NFA) justeru kes tersebut digugurkan.

Bagaimanapun, Amiruddin, 56, menganggap kes tersebut belum selesai dan berkata Adi Putra sepatutnya mengaku salah dan yang selebihnya biarlah pihak pendakwa raya yang tentukan.

“Sebelum ini saya sudah memberi tempoh untuk dia (Adi) memohon maaf, tetapi dia gagal berbuat demikian,” kata Amiruddin dalam sidang media yang diadakan di Hotel Concorde pada petang Jumaat lalu.

Berikutan itu, Amiruddin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor iaitu Inspektor Fiegie Anak Dim berat sebelah.

Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Kes berkenaan berkemungkinan akan ditukar kepada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 489 kanun yang sama kerana iaitu memikat wanita yang sudah bersuami.

Sementara itu menurut Muhammad Hasif, pihaknya mempunyai asas kukuh untuk meragui perjalanan kes tersebut berdasarkan cara siasatan pegawai penyiasat itu yang tidak adil.

"Dipercayai, wujudnya unsur berat sebelah, tidak telus dan profesional sepanjang penyiasatan berlangsung.

“Antara yang boleh menguatkan dakwaan bahawa terdapat elemen berat sebelah, apabila pegawai penyiasat telah didapati bergambar mesra dengan suspek semasa kes masih dalam siastan," ujarnya.

Pada 5 September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Adi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan seorang wanita yang juga isteri kepada seorang ahli perniagaan, berasal dari Johor menerusi laman sosial Instagram.

Mereka kemudiannya dikatakan saling berbalas mesej melalui aplikasi Whatsapp sejak 29 Julai 2013 dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

Suami wanita tersebut telah membuat aduan selepas dapat menghidu hubungan isterinya dan pelakon KL Gangster itu pada Ogos lalu sehingga membuat laporan polis.

Malam Gemilang Hafiz Suip Di AFM 20


Malam Gemilang Hafiz Suip Di AFM 20

Malam Gemilang Hafiz Suip Di AFM 20
Malam Gemilang Hafiz Suip Di AFM 20

Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) menjadi sebuah lagi malam bertuah buat bekas juara AF7 iaitu Hafiz Suip apabila dia menggondol tiga anugerah utama pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Menerusi album Luahan Hati Anak Seni, penyanyi berusia 23 itu telah menerima anugerah Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku dan Rakaman Album Terbaik.

Anak gadis ND Lala, iaitu Shila Amzah pula dipilih sebagai penerima Anugerah Kembara AIM 2013 atas kejayaannya mengharumkan nama Malaysia di luar negara, terutamanya di Shanghai, China.

Shila turut menyampaikan dua buah lagu iaitu Zheng Fu dan Masih Aku Cinta pada malam itu

Dalam pada itu, lagu ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna berjudul Lelaki menggondol dua anugerah iaitu Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik.

Manakala penyanyi Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah memenangi kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu hasil kolaborasi menerusi lagu Sedetik Lebih.

Dayang turut diumumkan sebagai penerima trofi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta.

Lagu Bila Resah yang dipersembahkan kedua-dua penyanyi itu turut dipilih sebagai pemenang dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.

Anugerah Sri Wirama AIM 2013 diberikan kepada Pengasas syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, Tan Sri Dr Tony Fernandez atas jasa beliau dalam membangunkan industri muzik tempatan selama 20 tahun.

Artis Baru Terbaik pada tahun ini diterima oleh penyanyi indie, Alex Subryn.

Sementara itu, Amy Search masih membuktikan keunggulannya apabila menerima anugerah Lagu Rock Terbaik menerusi Di Bawah Gerbang Skaea.

Pemenang album terbaik pada AIM 19, Salam Musik pada tahun ini membawa pulang trofi Lagu Hip Hop Terbaik manakala kolaborasi di antara Goldfish dan Blink telah melayakkan mereka untuk menerima anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.

AIM 20 dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi dan Nabil Ahmad.

Acara pada malam itu turut diserikan oleh persembahan mantap daripada Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Rossa, Ning Baizura, Afgan, Najwa Latif, Aizat Amdan, Hafi, Zainal Abidin, Mas Idayu, Jay Jay, Datuk Khadijah Ibrahim dan Dayangku Intan.

Berikut ialah senarai penuh pemenang AIM20:

Album Terbaik – Luahan Hati Anak Seni (Hafiz)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) – Dayang Nurfaizah

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) – Hafiz

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Bila Resah (Anuar Zain & Dayang Nurfaizah)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Di Persembahkan Oleh Artis Luar Negara – Once (Hilang Naluri)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – In The House (nyanyian Goldfish&Blink feat. Altimet & ZE) komposer /penulis lirik Altimet/ZE

Lagu Pop Terbaik – Lelaki (Yuna) Komposer/penulis lirik Yuna

Lagu Rock Terbaik – Di Bawah Gerbang Skaea (Amy Search), Komposer/ penulis lirik Edrie Hashim Buddhi Hikayat

Lagu Nasyid Terbaik – Mawar Berdarah (nyanyian Rabbani), komposer/penulis lirik – Binuri

Lagu Pop Etnik Terbaik – Pahlawan Zafana (nyanyian Ilham Ismail), komposer/penulis lirik Ilham Ismail, Ahmad Fedtri Yahya

Lagu Hip Hop Terbaik – Aku Pelat (nyanyian Salammusik ft. Zion) Dread komm DJ Fuzz Jay Tan, Ezya Bahra, Zion Dread&Salam

Video Muzik Terbaik – #1 (Pretty Ugly & Altimet) Pengarah : Perez Oldskool

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu – Anuar Zain & Dayang Nufaizah (Sedetik Lebih)

Rakaman Album Terbaik – Luahan Hati Anak Seni (Hafiz)

Kulit Album Terbaik – Penglipur Lara (Hazama)

Artis Baru Terbaik – Alex Subryn

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Saujana (Salam Atasmu)

Anugerah Seri Wirama – Tan Sri Dr. Tony Fernandez (Ketua Pengawai Eksekutif Air Asia)

Anugerah Kembara – Shila Amzah

Lagu Terbaik – Lelaki (Yuna) Komposer/penulis lirik Yuna

Resepsi Wedding Of The Year Rozita - Zain Ringkas Bertema Inggeris


Resepsi Wedding Of The Year Rozita - Zain Ringkas Bertema Inggeris

Resepsi Wedding Of The Year Rozita - Zain Ringkas Bertema Inggeris
Resepsi Wedding Of The Year Rozita - Zain Ringkas Bertema Inggeris

Arca berbentuk swan tersergam megah di tengah dewan utama di Setia City Convention Centre menjadi tempat bersanggah pelamin ringkas pasangan raja sehari Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang diraikan pada malam terakhir mereka sebelum bakal berbulan madu di Itali tidak lama lagi.

Lebih kurang jam 9 malam, mata 500 hadirinnyang hadirin tertumpu pada dua pintu masuk yang menyaksikan kemunculan Zain Saidin dan Rozita Che Wan di kiri dan kanan pentas utama sebelum disatukan di tengah peterana dibawah arca ukiran swan itu.

Seraya itu dendangan Sabhi Sadhi dengan lagu Cinta Sesungguhnya memecah kesyahduan saat penyatuan dua jiwa ini sebelum majlis yang mohon dirahmati ini dilengkapkan dengan bacaan doa Imam Muda Asyraf.

Pasangan ini mengenakan persalinan indah rona tanah rekaan Qudyn Kuala Lumpur, dengan layah panjang ala gaun perkahwinan orang Inggeris manakala Zain segak dalam pasangan sut hitam. Dalam pada itu aturcara susunan pengacara Mahathir Lokman melancarkan majlis.

Sambil hadirin mula menjamu selera, tayangan video memaparkan detik indah mereka daripada majlis merisik, berinai dan akad nikah yang berlangsung 2 hari sbelumnya di lokasi yang sama. Selain Sabhi Sadhi, Fazley Zainal, Ayu Damit dan Dafi dipertanggunjawabkan menghiburkan para jemputa yang hadir.

Tampil semula ke pentas utama pasangan ini dalam rekaan Rizman Ruzaini dan Taufiq Tailor yang disediakan khas bagi upacara pemotongan kek Eiffel Tower yang menarik perhatian ramai itu. Selesai itu majlis beransur tamat dan pasangan ini diserbu hadirin yang mahu merakamkan memori bersama pengantin ini.

Ziana Zain, Izara Aisha, Tasha Shilla, Sherry Ibrahim, Micheal Ang, Azhan Rani, Rizal Jaafar antara selebriti yang hadir bersama selain Azza dan Shasha Elite menjadi wakil untuk memberikan ucapan istimewa sempena perkahwinan kedua aktor dan aktres pujaan ramai ini.Kredit Foto Ikram Ismail

Zero Tersingkir Di Minggu Kelima Mlm 2013


Zero Tersingkir Di Minggu Kelima Mlm 2013

Zero Tersingkir Di Minggu Kelima Mlm 2013
Zero Tersingkir Di Minggu Kelima Mlm 2013

Tiada lagi peserta Hot Seat yang tinggal dalam Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) selepas satu-satunya peserta yang tinggal iaitu Zero terpaksa melangkah meninggalkan MLM 2013, malam tadi.

Zero tersingkir di minggu kelima MLM 2013, mengikuti jejak dua lagi peserta Hot Seat iaitu Gerak yang tersingkir di minggu pertama dan Mamu yang tersingkir minggu lalu. Zero adalah kumpulan trio adik beradik yang berasal dari Kudat, Sabah dan dianggotai oleh Syaiful, Syarif dan Atu. Mereka sebelum ini pernah merangkul gelaran naib juara Raja Lawak musim ke 6.

Penyingkiran Zero itu telah diumumkan oleh juri tetap yang juga merupakan bintang jelitawan dari Indonesia, Luna Maya. Selain Luna, turut berada di kerusi juri tetap MLM 2013 ialah Datuk Yusof Haslam, Sheikh Haikel dan Nora Danish.

Sebanyak 11 peserta telah membuat persembahan di pentas MLM 2013 minggu kelima malam tadi yang bertemakan bebas. Selain Zero yang tersingkir, dua peserta lagi yang mendapat undian terendah ialah Boboi dan Saywho dari Indonesia.

MLM 2013 minggu ke-5 telah bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dan dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi, Dato` AC Mizal. Dengan penyingkiran Zero, maka tinggal lagi 10 peserta yang akan meneruskan cabaran MLM 2013 pada minggu hadapan.

Rancangan ini turut disiarkan di Astro Warna (131) dan Astro Mustika HD (134).

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Teruskan mengundi peserta kegemaran anda dan jangan lupa menyaksikan persaingan MLM 2013 minggu kelima pada minggu hadapan.

Luahan Isteri Adi Putra Selepas Kes Tuduhan Skandal Adi Putra Terjawab


Luahan Isteri Adi Putra Selepas Kes Tuduhan Skandal Adi Putra Terjawab

Luahan Isteri Adi Putra Selepas Kes Tuduhan Skandal Adi Putra Terjawab
Luahan Isteri Adi Putra Selepas Kes Tuduhan Skandal Adi Putra Terjawab

Isteri pelakon Adi Putra, Zuhaida Yusof sedikit pun tidak gusar saat suaminya itu dikecam dengan tuduhan skandal yang boleh mengundang keretakan rumahtangga mereka.

Malah, Zuhaida yang disifatkan Adi sebagai contoh atau ikon buat wanita yang sudah berstatus isteri masih boleh tersenyum walaupun diheret dengan kutukan yang telah mencalar hatinya.

“Semasa kes ini mula diperkatakan,saya berada di sisi Adi. Saya tahu mana yang betul dan salah. Terpulanglah kepada mereka sama ada untuk memanjangkan lagi cerita berkaitan kes ini.

“Sejujurnya, saya rasa lega apabila kes ini berpihak kepada suami saya. Saya sentiasa pegang kepada prinsip sabar. Bagi saya, apabila sudah berkahwin, baik si isteri mahu pun suami, kita  perlu jaga aib masing-masing.

“Sepanjang kes ini kecoh dibahaskan, ada juga pihak menuduh saya macam-macam dengan mempersoalkan fizikal dan wajah saya. Saya terima segalanya kerana inilah anugerah yang telah dikurniakan kepada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Aida mengakui sedikit pun tidak tertekan atau terjejas dengan hubungannya dengan Adi.

“Saya langsung tidak tertekan kerana saya tahu apa yang berlaku. Entahlah, mungkin saya ada kekuatan dalaman yang saya sendiri pun tak tahu nak jelaskan.

“Inilah kali pertama kes yang melibatkan polis. Apa yang saya lakukan adalah tanggungjawab saya sebagai isteri.

“Apa yang paling penting, kita perlu terima dan tidak boleh menghebahkan aib masing-masing,’ jelasnya.

Adi Putra Sedia Memaafkan Pihak Pengadu Jika...


Adi Putra Sedia Memaafkan Pihak Pengadu Jika...

Adi Putra Sedia Memaafkan Pihak Pengadu Jika...
Adi Putra Sedia Memaafkan Pihak Pengadu Jika...

Tatkala sidang media keputusan tuduhan skandal Adi Putra bersama isteri orang sedang rancak dijalankan malam tadi, pelakon filem KL Gangster ini amat berterima kasih kepada pihak media yang memaklumkan bahawa pihak pengadu iaitu Nooraida bakal mengadakan satu sidang media berkaitan kestersebut di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada petang ini. (Jumaat-13 Dis 2013).

Bagaimanapun, Adi bersama isterinya, Zuhaida Yusof tetap tenang dan menjelaskan bahawa pihaknya tiada hak untuk menghalang pihak pengadu untuk menghentikan sidang media berkenaan.

“Kes ini tiada kaitan dengan kes suka sama suka. Saya tahu kes ini memang tidak akan berakhir ceritanya. Apapun, mata pena yang berkuasa untuk meletakkan titik noktah pada kes ini.

“Kalau benar pengadu mahu buat sidang media, saya hormatinya dan tidak pun boleh menghalangnya. Dari awal lagi kes ini heboh diperkatakan sehingga saat ini, saya tidak memberi sebarang komen memudaratkan.

“Saya tidak boleh buat apa-apa kalau orang itu tidak hormati kita. Saya dah cukup matang untuk menghadapi segala hal tuduhan ini. Terpulanglah kepada pengadu untuk mencorakkan lagi warna cerita ini,” katanya,

Meneruskan penjelasan, Adi dengan senyuman menjelaskan bahawa dia sedia memaafkan pengadu jika permohonan maaf dibuat pada sidang media yang dianjurkan pihak pengadu petang ini.

“Saya tidak akan kacau dia. Malah, dia juga berhak untuk hubungi sesiapa saja untuk menghebahkan atau cakap lebih terhadap tuduhan ini. Apapun, pihak saya akan lihat lebih dulu apa yang bakal diumumkan pada sidang media itu nanti.

“Kami tidak akan menegakkan benang yang basah. Saya hormati sesiapa saya yang terlibat dengan kes ini. Saya akan tunggu dan lihat respon mereka. Bagi saya, kes ini sudah selesai pada malam ini.

“Sejujurnya, tuduhan ini bukanlah satu beban bagi saya kerana saya tahu pucuk pangkalnya. Apapun, lepas ketahu ikeputusan kes ini, saya lega kerana sudah mempunyai jawapan untuk peminat saya yang sering bertanyakan penyudah kes berkenaan,” jelasnya.

Disamping lega dengan keputusan ini, Adi mengaku tidak tahu agenda sebenar pihak pengadu untuk mengadakan sidang media.

“Saya tidak tahu sebab dan musibab pengadu buat sebegini. Saya tidak tahu agenda sebenar mereka. Saya anggap malam ini sebagai penutup 2013 untuk saya.

“Sepanjang berlaku kes ini, kekuatan saya adalah kata-kata nasihat ibu saya yang menyatakan orang teraniaya tergolong dari orang yang selamat. Ini adalah ujian Allah untuk saya.

“Saya berasa tenang bukan kerana kes ini sudah selesai. Sedari dulu lagi saya sentiasa tenang. Kalau saya tidak tenang, saya tidak akan boleh hadapi dugaan dan hadir mana-mana majlis,” ujarnya panjang lebar.

Lepas Dari Tuduhan Skandal, Adi Putra Keluarkan Amaran Penting!


Lepas Dari Tuduhan Skandal, Adi Putra Keluarkan Amaran Penting!

Lepas Dari Tuduhan Skandal, Adi Putra Keluarkan Amaran Penting!
Lepas Dari Tuduhan Skandal, Adi Putra Keluarkan Amaran Penting!

Tuduhan bahawa pelakon Adi Putra mempunyai hubungan skandal dengan isteri orang akhirnya terjawab selepas pihak Polis Di Raja Malaysia telah mengumumkan bahawa pelakon yang berasal dari Kota Singa itu didapati tidak bersalah.

Malah, Adi Putra bersama isterinya, Zuhaida Yusof telah memberitahu bahawa tiada tindakan selanjutnya terhadap kes berkenaan pada sidang media tergempar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Pada sidang media tersebut, Adi yang sentiasa tenang menjawab lontaran soalan dari pihak media turut ditemani 3 peguam dari Kuala Lumpur dan Johor iaitu Mohd Daud Ismail, Zamri Idrus dan Muhammad Abd Kadir memandangkan kes berkenaan telah dilaporkan di Balai Polis Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Berikut adalah keputusan muktamad terhadap kes pertuduhan skandal Adi Putra bersama wanita yang bernama Nooraida.

1. Saya Adi Putra dengan ini memaklumkan bahawa pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada 2 Disember 2013 berhubungan keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan berkaitan satu laporan Polis Skudai Rpt: 4312/13 yang dibuat oleh pengadu.

2. Selepas siasatan selesai, keputusan rasmi hasil siasatan kes ini adalah diklasifikasikan sebagai ‘no further action’ (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya. Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas Adi Putra.

3. Semasa siasata dijalankan, Adi Putra telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak PDRM bagi membantu siasatan. Sepanjang proses siasatan, Adi sentiasa mendapat nasihat dari peguamnya. Adi juga didapati tidak membuat sebarang kenyataan atau komen yang boleh mengganggu siasatan pihak polis sehinggalah satu keputusan rasmi siasatan diperolehi.

4. Oleh yang demikian, sebarang kenyataan atau artikel bertulis yang bertujuan mengaitkan Adi Putra dengan alegasi-alegasi yang dibuat oleh pengadu dengan niat menjatuhkan maruah dan reputasi Adi adalah salah disisi undang-undang. Adi tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang menggunakan media cetak atau media elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya dan menjatuhkan nama baiknya

5. Dengan ini, Adi menegaskan bahawa aduan yang dikaitkan dengan dirinya telah selesai dan jangan ada mana-mana pihak yang cuba untuk menimbulkannya lagi dan mengaitkan dirinya.

iskandarX: Yeeeahhhh!!! terbaik lah Adi, hahahah lepas nie sapa berani tuduh2 saman je berjuta-juta ringgit baru padan dengan muka dia, kacau je kejanya kan?

Mosyi Tak Mahu Tumpang Glamor Nora-johan Nawawi


Mosyi Tak Mahu Tumpang Glamor Nora-johan Nawawi

Mosyi Tak Mahu Tumpang Glamor Nora-johan Nawawi
Mosyi Tak Mahu Tumpang Glamor Nora-johan Nawawi

Mungkin ada yang telah mengetahui, penyanyi baru, Mosyi atau nama sebenarnya Mohamad Syakir Iman Bin Johan yang tercalon sebagai Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 20) adalah anak kepada penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema, Nora.

Pun begitu, Mosyi yang dikenali menerusi lagu single pertama berjudul Bulan tidak mahu menumpang populariti yang dimiliki ibunya itu.

Malah, Mosyi sendiri lebih suka berdikari dan mencari imej tersendiri dalam mencipta lagu serta tidak mahu dibayangi ayahnya Johan Nawawi yang juga komposer terkenal tanah air.

“Saya tidak mahu tumpang populariti ibu atau ayah saya. Saya pun tidak merasakan saya tumpang populariti.

“Saya masih lagi baru dan tidaklah dikenali ramai pihak. Apa pun, saya bersyukur kerana bakat saya mula dipandang sekaligus tercalon di AIM 20.

“Saya memang rasa nervous namun saya tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam kategori ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mosyi tidak mengelak untuk berduet dengan ibu dan ayahnya itu.

“Single terbaru saya akan dikeluarkan tidak lama lagi. Insya-Allah, saya akan berduet dengan ibu dan ayah saya nanti.

“Namun, saya lebih mahu fokus untuk bergerak secara solo. Sebolehnya, saya mahu berdiri sendirinya.

“Apapun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudah ramai mula mengenali saya. Teruslah menyokong saya dalam industri muzik tempatan,”jelasnya.

Menerusi kategori Artis Baru Terbaik AIM20, Mosyi bersaing dengan empat artis baru yang lain iaitu Yubi, Jes Ibrahim, Kumpulan Orang Gila dan Alex.

Mungkinkah Mosyi berpeluang cerah untuk menang? Ketahui jawapannya denganmenonton siaran langsung AIM20 di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Maya HD (Saluran 135).

Atasi Isu Cetak Rompak, Cinderella Hanya Ditayang Di Pawagam!


Atasi Isu Cetak Rompak, Cinderella Hanya Ditayang Di Pawagam!

Atasi Isu Cetak Rompak, Cinderella Hanya Ditayang Di Pawagam!
Atasi Isu Cetak Rompak, Cinderella Hanya Ditayang Di Pawagam!

Bagi mengatasi isu cetak rompak yang kini masih belum ada penyelesaiannya, pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri, telah mengambil keputusan untuk menayangkan filem arahan terbarunya, Cinderella, hanya di pawagam sahaja, bermula 19 Disember ini.

Mengulas mengenai perkara ini, Ahmad Idham berkata, ianya merupakan satu langkah drastik yang perlu diambil, bagi memastikan survival industri filem tempatan terhadap isu tersebut.

“Saya perlu mengambil langkah pencengahan, dan ini merupakan mekanisma yang diambil untuk melihat keberkesanan langkah pencegahan tersebut” kata Idham dalam nada yang tegas.”

“Anda ingin tahu betapa serius masalah yang kami hadapi selaku penerbit? Sekarang ini, pengeluar DVD asli sendiri tidak percaya dengan pasaran untuk DVD, akibat gejala cakera padat cetak rompak.

"Ini terbukti dengan mereka membeli hakmilik pengeluaran DVD pada harga yang rendah iaitu sekitar RM 20 hingga RM 30 ribu sahaja. Ianya harga yang rendah dan tidak munasabah dengan apa yang kami usahakan. Yang jadi mangsa gejala cetak rompak adalah kami!

“Tambahan lagi, saya sebenarnya cukup terkilan, kerana industri cetak rompak mengaut keuntungan lebih besar, berbanding industri perfileman kita sendiri.

"Kerana itu, kita harus mengambil langkah cukup drastik, untuk membendung gejala ini,” luahan Idham bila ditanya betapa seriusnya kesan gejala cetak rompak kepada industri filem tempatan.

Terang Idham lagi, kebiasannya, sesebuah filem yang sudah selesai ditayangkan di pawagam selepas dua atau tiga minggu, akan ditayangkan di platform lain seperti DVD mahupun siaran televisyen berbayar. Jadi mulai detik itu, penerbit filem mula berhadapan dengan masalah cetak rompak.

“Baru sahaja sesebuah filem terkini dikeluarkan dalam bentuk DVD asli mahupun ditayangkan di saluran televisyen berbayar, pada sebelah paginya. Di sebelah malam, kita boleh dapati cakera padat cetak rompak filem berkenaan di pasaran. Hal ini, saya pernah alaminya sendiri ketika pergi ke pasar malam.

“Itu belum lagi dengan muat naik tidak sah filem-filem di Youtube. Penerbit seperti kami pula perlu bertindak sendirian dalam menghalang kegiatan seperti ini, tambahan pula peraturan yang sediada agak lemah, dalam mengekang masalah cetak rompak yang berlaku," ujar Idham dalam nada agak kecewa.

Ditanya, adakah dengan tidak mengeluarkan DVD asli serta ditayangkan di televisyen dapat menghalang kegiatan cetak rompak, jawab Idham, gejala cetak rompak merupakan masalah yang tiada berkesudahan. Sekurang-kurangnya pihaknya telah mengambil langkah yang sepatutnya dalam membendung masalahini daripadanya ianya berlarutan

“Selain itu, untuk setiap salinan yang dihantar ke pawagam, kami meletakkan kod tertentu ketika tayangan, yang hanya boleh dilihat secara teliti. Maka, jika terdapat sebarang perkara yang tidak diinginkan, pihak kami dapat mengesan dari mana sumber tersebut.”

Langkah yang diambil oleh Ahmad Idham dilihat sebagai menongkah arus di mana ramai penerbit melihat ada pasaran bagi filem mereka, selain di pawagam, terutamanya melalui DVD dan televisyen. Mengulas hal ini, Idham berkata, langkah yang diambil, mungkin kurang popular, tetapi ianya untuk kebaikan industri filem tempatan sendiri.

Idham ditanya jika langkah pencegahan ini akan memberi kesan yang memberangsangkan, dia menjawab, Jika mendapat sokongan menyeluruh dari rakan-rakan penerbit dan orang ramai yang sayangkan industri filem kita, saya yakin, langkah yang diambil ini pasti memberikan hasil yang positif.

Dengan hanya menumpukan tayangan di pawagam, dan tidak di platform tayangan lain, langkah ini juga dilihat mampu menarik semula penonton ke pawagam untuk menikmati sesebuah filem.

“Filem harus ditonton di layar lebar untuk mendapatkan kepuasan tontonan. Bukannya di kaca televisyen mahupun di komputer riba ataupun layar telefon bimbit,” ujar Idham memberikan satu kesimpulan.

Dengan kos sebanyak RM 1.5 juta, Cinderella yang akan mula ditayang pada 19 Disember ini, dijangka mendapat sambutan dari peminat filem bergenre romantik, yang akan mengulangi kejayaan filem-filem terdahulu.

Dibintangi Fizo Omar, Nelydia Senrose, Kamal Adli, Erin Malek dan ramai lagi, filem terbitan ke 11 Excellent Pictures ini, akan ditayang di 60 pawagam seluruh Malaysia.

Sering Dicubit Yusry Punca Lisa Surihani Makin Tembam!


Sering Dicubit Yusry Punca Lisa Surihani Makin Tembam!

Sering Dicubit Yusry Punca Lisa Surihani Makin Tembam!
Sering Dicubit Yusry Punca Lisa Surihani Makin Tembam!

Raut wajah pelakon jelita, Lisa Surihani kelihatan semakin berisi.

Disebabkan itu, ramai beranggapan isteri kepada Yusry Abd Halim ini sudah pun berbadan dua.

Bagaimanapun, sewaktu sesi Artis Chatz tempoh hari, pasangan ini telah menafikan perkara berkenaan.

Sebaliknya, Lisa yang hadir bersama Yusry telah mendedahkan punca dia kelihatan semakin tembam pada bahagian pipi.

“Saya masih belum mengandung lagi. Saya nampak berisi sikit sebab abang Yusry. Kami selalu bergurau dan setiap kali bergurau, abang Yusry selalu cubit pipi saya.

“Mungkin sebab itu jugalah pipi saya nampak naik dan nampak tembam. Lagipun, saya ni suka makan. Saya juga suka makan makanan yang pedas-pedas. Kadangkala, saya berulamkan cili padi,” jelas Lisa.

Menjelaskan mengenai karier, pasangan ini bukan saja sibuk denganmempromosikan filem terbaru lakonan mereka iaitu Ular.

Malah, mereka juga turut terlibat dengan program jelajah satu Malaysia.

“Selain sibuk dengan promosi filem, kami juga sibuk merantau satu Malaysia untuk sebuah program khas.

“Setakat ini, kami dah pergi semua negeri di seluruh Malaysia kecuali Selangor. Insya-Allah, dalam masa terdekat ini, kami akan pergi ke Selangor.

“Tempat dan tarikh masih belum tahu lagi. Namun, selepas kami join program ini, kami dapati banyak lagi tempat menarik diseluruh negara yang masih belum diketahui seluruh warganegara,” jelas Yusry.

Rebecca Derma Duit Saman Erma Fatima Kepada Mangsa Banjir


Rebecca Derma Duit Saman Erma Fatima Kepada Mangsa Banjir

Rebecca Derma Duit Saman Erma Fatima Kepada Mangsa Banjir
Rebecca Derma Duit Saman Erma Fatima Kepada Mangsa Banjir

Selepas menimbulkan kekecohan dengan membayar duit saman kepada pelakon Rebecca Nur Al-Islam dengan wang syiling lima sen disertakan dengan senaskhah Al-Quran, pengarah Erma Fatima sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan menjelaskan saman berkenaan dengan wang bernilai RM1.

Namun Rabecca, 27, berkata, dia menerima wang itu melalui pejabat peguamnya kerana tidak mahu memanjangkan lagi kes itu.

Walaubagaimanapun, Rebecca mendermakan wang berjumlah RM11,200 yang diterimanya itu kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang dan pihak yang memerlukan.

Jelas Rebecca, dia tidak begitu jelas mengapa Erma perlu berbuat demikian dan tidak berniat untuk memanjangkan kes tersebut lagi.

“Saya tidak tahu mengapa dia perlu buat begitu. Jeas dia masih tidak ikhlas untuk bayar mengikut arahan mahkamah. Bagaimanapun saya tidak mahu panjangkan lagi kes ini.

“Saya akan beri sumbangan duit tersebut kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang dan kepada mereka yang memerlukan,” jelas Rebecca yang turut memberi sumbangan dalam bentuk barang-barang seperti makanan dan keperluan harian asas.

Sebelum ini pada 8 November, mahkamah majistret memerintahkan Erma membayar wang sebanyak RM11,200 sebagai baki bayaran lakonan Rebecca dalam drama arahan Erma berjudul Dejavu di Kinabalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan