Cari Artikel

Tuesday, December 17, 2013

Shila Amzah Artis Paling Kontroversi Sepanjang 2013


Shila Amzah Artis Paling Kontroversi Sepanjang 2013

Shila Amzah Artis Paling Kontroversi Sepanjang 2013
Shila Amzah Artis Paling Kontroversi Sepanjang 2013

Kontroversi tidak pernah lekang dalam dunia hiburan, malah tahun demi tahun ada sahaja cerita sensasi yang tidak dapat dielak selebriti tanah air khususnya.

Termasuklah, tahun 2013 ini telah menyaksikan pelbagai gosip dan cerita-cerita sensasi melingkari diari kehidupan golongan selebriti tanah air.

Sebagai penutup tirai penghujung tahun ini, murai.com.my ingin membawa pembaca semua menyingkap sorotan gosip dan kontroversi yang melanda artis masa kini.

Bukan mahu membuka pekung di dada sebaliknya sebagai renungan bersama, agar segala peristiwa pahit manis yang pernah melanda sebahagian artis ini dapat menjadi renungan kita bersama.

Pada waktu yang sama memberikan kemeriahan kepada industri hiburan tanah air serta menjadi lipatan sejarah yang tidak mungkin dapat kita lupakan, walaupun 2013 semakin jauh kita tinggalkan.


Kisah Putus Cinta Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad Jadi Tumpuan
Kisah Putus Cinta Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad Jadi Tumpuan

1. Kisah Putus Cinta Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad Jadi Tumpuan


• Hubungan cinta penyanyi, Shila Amzah dan pelakon, Sharnaaz Ahmad telah terjalin sejak tahun lalu. Namun pada awal tahun ini, hubungan cinta mereka seolah-olah sedang dilanda masalah.

• Cerita bermula apabila Sharnaaz dikatakan mengetepikan ibu bapa Shila kerana berkeras untuk melamar teman wanitanya itu walaupun dihalang ibu dan bapa Shila yang takut lamaran itu akan mengganggu perjalanan karier seni Shila.

• Menurut ND Lala, tindakan Sharnaaz secara terbuka mengumumkan Shila sebagai bakal isterinya adalah sangat memalukan dan soal kahwin bukanlah hal kecil yang boleh dipandang remeh.

• Hubungan mereka selepas itu seakan-akan retak menanti belah apabila ND Lala seolah-oleh tidak merestui hubungan mereka dan akhirnya menyebabkan pergaduhan besar diantara mereka berdua.

• Atas sikap tidak mahu menimbulkan permasalahan yang berlarutan maka Shila mengeluarkan satu kenyataan rasmi tentang hal ini bagi meredakan seketika persepsi terhadap mereka.

• Shila kemudian dikatakan lari dari rumah menimbulkan kerisauan ramai apabila mendedahkan tidak lagi bersama keluarga kerana ingin mencari ketenangan.

• Ini sekaligus menyebabkan ramai yang menyangka dia telah melarikan diri dari rumah. Lebih-lebih lagi bila ND Lala membuat laporan polis berhubung kehilangannya sejak seminggu lalu.

• Tetapi sehari sebelum Shila dijadualkan membuat persembahan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pada 11 Februari, pihak polis mengesahkan dia telah ditemui semula di Kemaman, Terengganu beberapa jam selepas laporan tu dibuat. Berita itu disampaikan ND Lala sendiri.

• Melalui Twitternya, Shila menjelaskan dia bukannya melarikan diri, hanya inginkan "a peace of mind away from all these people”

• Shila menggemparkan hiburan tanah air apabila muncul dengan video meminta maaf kepada yang telah bimbangkan dirinya termasuk ibu bapanya. Sambil menangis dan mata bengkak dia menyanyikan lagu Ombak Rindu

• Hubungan mereka akhirnya putus juga apabila masing-masing membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing


Hubungan Teman Tapi Mesra Shila Amzah & Johan As’ari Bawa Padah!
Hubungan Teman Tapi Mesra Shila Amzah & Johan As’ari Bawa Padah!

2. Hubungan Teman Tapi Mesra Shila Amzah & Johan As’ari Bawa Padah!


• Selepas kisah cinta penyanyi, Shila Amzah dan pelakon, Sharnaaz Ahmad berakhir dan reda, Shila dilihat mula rapat dengan pelakon, Johan As’ari bermula pada Syawal lalu

• Shila kerap berkongsi gambarnya bersama Johan di Instagram dan menunjukkan mereka begitu intim dan sering berkeluar bersama.

• Lebih mengukuhkan gosip mengatakan mereka ketika itu sedang bercinta, keluarga kedua-dua belah pihak seakan-akan merestui hubungan mereka kerana keluarga mereka sudah menjalinkan hubungan baik agak lama.

• Namun, apabila ditanya pihak media sejauh mana hubungan mereka , masing-masing menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta tetapi akui berkawan rapat.

• Sejak dari itu, Shila dan Johan sering kelihatan bersama di mana-mana acara hiburan. Malah Shila semakin rancak memuat naik gambar-gamabr mereka bersama dengan kata-kata berbaur cinta.

• Sedang asyik hubungan mereka diperkatakan, pada penghujung November lalu Johan membuat kejutan apabila mengakui sudah melamar Lana Nordin sebagai isterinya dan akui sedang bercinta selepas tiga hari keluar bersama.

• Shila seolah-olah menerima tamparan hebat dengan berita pengakuan Johan itu dan sejak itu Shila telah membuang gambar-gambarnya bersama Johan.

• Malah, Shila juga telah meluahkan rasa tidak puas hatinya di Twitter dan Instagram. Kata-katanya seperti ditujukan kepada Johan dan akui telah tertipu dengan sikap Johan.

• Johan juga akui Shila telah ‘Blocked’ dirinya dari akaun Instagram selepas Johan akui kini telah menjalinkan hubungan cinta dengan Lana.


Johan As’ari Melamar Lana Nordin Selepas 3 Hari Berkenalan
Johan As’ari Melamar Lana Nordin Selepas 3 Hari Berkenalan

3. Johan As’ari Melamar Lana Nordin Selepas 3 Hari Berkenalan


• Tiada angin tiada ribut pelakon, Johan As’ari membuat pengakuan dia kini menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Lana Nordin dan telah melamar pelakon wanita itu sebagai isteri selepas 3 hari berturut-turut keluar bersama.

• Pengakuan Johan itu nampaknya telah menimbulkan cerita negatif yang kononnya Lana telah menggunakan ilmu hitam untuk memikat Johan. Namun perkara itu telah dinafikan oleh Lana.

• Malah, ada cerita timbul hubungan mereka tidak direstui oleh ibu Johan dan Lana sedang berusaha untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik bagi memikat hati ibu Johan.

• Johan memberi syarat supaya Lana tidak lagi memakai skirt pendek selepas ini.

• Tindakan Lana yang berusaha untuk berubah bagi demi Johan telah dikecam peminat.

• Namun Lana bersyukur kerana dia ditemukan dengan kekasih yang diyakini boleh membimbingnya di dunia dan akhirat.


Aeril Zafrel & Wawa Zainal Diketahui Dah Berkahwin Selepas Menimang Cahaya Mata
Aeril Zafrel & Wawa Zainal Diketahui Dah Berkahwin Selepas Menimang Cahaya Mata

4. Aeril Zafrel & Wawa Zainal Diketahui Dah Berkahwin Selepas Menimang Cahaya Mata


• Pada Oktober lalu, gempar apabila sebuah akhbar melaporkan kononnya pelakon Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, dan Wawa Zainal,22, sebenarnya sudah bernikah pada 4 Februari lalu.

• Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

• Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata.

• Namun, pada 11 Oktober lalu, pelakon Aeril Zafrel akhirnya tampil dalam sidang media mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.

• Aeril berkata, dia dan Wawa telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.

• Aeril mengaku mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.

• Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.

• Beberapa hari selepas itu sebuah akhbar menampilkan bekas kekasih Wawa yang pernah menjadi tunangannya membuat pengakuan Wawa tidak pernah memutuskan pertunangan mereka sehingga dia mengetahui mengenai perkahwinanya.

• Belum lagi reda isu perkahwinan senyap-senyapnya itu, Aeril didakwa pula pernah berkahwin dengan Ummi Nazeera sebelum kontroversi perkahwinannya dengan Wawa Zainal terbongkar pada Oktober lalu.

• Satu laporan akhbar mendakwa Aeril pernah berkawan baik dengan Ummi dan meminati lakonan wanita itu.

• Aeril bagaimana pun kesal dengan tuduhan tersebut dan menganggap ia sebagai satu serangan peribadi.


Fizz Fairuz Tunang Dengan Isteri Orang
Fizz Fairuz Tunang Dengan Isteri Orang

5. Fizz Fairuz Tunang Dengan Isteri Orang


• Tiada angin tiada ribu, pada awal Februari lalu, Fizz Fairuz mengejutkan industri hiburan apabila beberapa keping gambar dia di dalam majlis pertunangan dengan seorang wanita yang bernama Azlyn Massiela.

• Almy Nadia yang tidak tahu menahu mengenai hal itu dan terkejut

• Seminggu selepas itu, Fizz membuat pengakuan dia bertunang dengan isteri orang tanpa pengetahuannya dan telah memutuskan pertunangan itu.

• Azlyn dilaporkan adalah isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an dan mereka bernikah di Thailand beberapa tahun yang lalu.

• Fizz Fairuz juga tidak menolak kemungkinan semua yang terjadi ketika ini merupakan buatan orang & Almy Nadia sendiri pernah menasihatkan beliau untuk berubat secara alternatif.

• Beberapa bulan kemudian, hubungan Fizz dan Almy kembali intim dan mereka dikatakan menjalinkan hubungan cinta semula.

• Namun tidak lama selepas itu, Almy Nadia telah memuat naik satu status yang menunjukkan dia seolah-olah ditipu oleh seseorang.

• Status itu tersebar luas dan telah menimbulkan spekulasi bahawa status itu merujuk kepada Fizz Fairuz yang khabarnya masih belum masuk merisik Almy seperti yang dijanjikan.

• Terbaru, Fizz akui tidak mengetahui maksud sebenar status itu tapi mengesahkan bakal menikahi Almy pada pertengahan tahun hadapan.


Diana Danielle Didakwa Hamil Anak Luar Nikah Farid Kamil
Diana Danielle Didakwa Hamil Anak Luar Nikah Farid Kamil

6. Diana Danielle Didakwa Hamil Anak Luar Nikah Farid Kamil


• Keputusan Diana Danille dan Farid Kamil yang ambil masa untuk bernikah dalam masa yang terlalu singkat menimbulkan cerita yang kurang enak.

• Gosip timbul yang mengatakan, Diana sudah hamil terlebih dahulu dan tindakan bernikah itu dilakukan untuk menutupkan aib mereka berdua.

• Berita kehamilan Diana selepas 16 hari nikah diijabkabulkan pada 7 November 2012, nampaknya telah menyokong gosip yang bertebaran

• Diana juga dikatakan seolah-oleh melarikan diri selepas isu hamil itu kerana dia dikatakan sudah mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di Australia

• Lebih mengukuhkan gosip itu apabila selepas peminat pelakon Diana Danielle dikejutkan dengan berita bahawa beliau telahpun selamat melahirkan seorang bayi lelaki lebih awal pad Mei lalu di sebuah hospital berhampiran dengan kediamannya di Sydney, Australia.

• Namun spekulasi berkenaan telah dibetulkan pada 11 Jun dengan kenyataan pihak pengurusan Metrowealth bahawa tuduhan tersebut adalah tidak berasas kerana isteri kepada pengarah filem Farid Kamil itu hanya akan melahirkan pada akhir Julai atau awal Ogos.

• Khabar angin ini tercetus apabila Farid Kamil memuat naik gambarnya sedang mencium seorang bayi di laman sosial Instagram dan Facebook.

• Namun ia dijelaskan apabila adik kepada Farid Kamil, Fadzil Zahari juga memuat naik bayi gambarnya bersama bayi yang sama di laman Instagramnya. Farid Kamil kemudian menjelaskan bahawa bayi tersebut adalah anak kepada adik lelaki beliau yang telah dilahirkan pada 11 Mei lalu.


Rozita Che Wan & Zain Saidin
Rozita Che Wan & Zain Saidin

7. Rozita Che Wan & Zain Saidin


• Gempar apabila ada seseorang di laman sosial Facebook bernama profil Awek Comel memuat naik sekeping foto baju dalam berwarna merah yang didakwa milik Rozita Che Wan untuk dijual. Baju dalam itu dipercayai dikutip selepas penggambaran drama oleh pihak belakang tabir. Namun Che Ta telah menafikan bra itu miliknya

• Che Ta pernah dilabel sebagai selebriti yang sering menggayakan pakaian sendat. Malah Che Ta akui dia sengaja berpakaian kekat supaya senang hendak monitor sama ada berat badannya sudah naik atau tidak.

• Setelah disahkan bercinta dan ingin berkahwin dengan Zain Saidin, mereka berhadapan dengan dugaan apabila Zain didatangi individu yang membuka aib serta menceritakan keburukan Che Ta supaya hubungan mereka berantakan.

• Pasangan ini kemudian mengadakan majlis merisik yang gah dan mewah di Hotel Carcosa Negara. Majlis itu telah dikecam oleh orang ramai kerana berpendapat ianya patut diadakan secara sederhana di antara keluarga sahaja.

• Meksipun masih merahsiakan tarikh majlis perkahwinan, Che Ta dan Zain dengarnya sudah ke London dan berhabis wang sehingga RM200 000 untuk barang hantaran masing-masing

• Bukan setakat itu sahaja pasangan ini turut ke Paris dan Bali untuk merakamkan gambar pra-perkahwinan mereka yang dianggap seperti menunjuk-nunjuk.

• Setelah pelbagai spekulis mengenai tarikh perkahwinan mereka timbul, pasangan ini akkhirnya mengadakan sidang media mengumumkan mereka bakal berkahwin pada 11 Disember 2013.

• Lebih gah lagi, perkahwinan mereka disifatkan antar yang termahal kerana ditaja sebanyak RM13 Juta untuk majlis nikah dan perkahwinan.

• Perkahwinan yang menelan belanja itu telah dikecam oleh seorang ustazah dalam sebuah akhbar yang menyifatkan ianya berdosa kerana bersikap menunjuk-nunjuk dengan perkahwinan yang meriah dan gambar pra-perkahwiann yang seksi.


Rita Rudaini Diceraikan Sehari Sebelum Raya
Rita Rudaini Diceraikan Sehari Sebelum Raya

8. Rita Rudaini Diceraikan Sehari Sebelum Raya


• Setelah sekian lama perkahwinan mereka tergantung dan naik turun mahkamah, pemain pertahanan Bola Sepak Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya menceraikan dramatis, Rita Rudaini dengan talak satu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)

• Aidil dilaporkan membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan tindakan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil yang telah disiarkan dalam ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP yang memburukkan dirinya.


Sharifah Sakinah Bra Merah
Sharifah Sakinah Bra Merah

9. Sharifah Sakinah Bra Merah


• Kontroversi video Bra Merah bermula apabila Sharifah Sakinah memuat naik video menerusi laman sosial Keek milik akuan Anzalna yang berbaur agak lucah.

• Antara kata-kata yang dikeluarkan oleh Sharifah dalam rakaman video itu adalah berbunyi berikut, "Hai, Saya Siti Nurhaliza, Selamat membeli belah di Jusco. Hai saya Sharifah Sakinah, saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. Hari ini saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah. Tak sabar nak tunggu orang kutuk,”katanya.

• Videonya itu tersebar luas di laman sesawang dan mendapat kritikan negatif daripada ramai pihak termasuk orang luar dan media terutamanya.

• Pelakon Sharifah Sakinah kemudian meminta maaf di atas penyebaran video

• Dato’ Siti Nurhaliza yang diminta mengulas mengenai video itu berkata "Saya menganggap rakaman itu imaginasi dia sahaja. Tidak mengapa lah. Budak muda kan, mungkin tengah seronok, "jelasnya.


Shah Jaszle Kena Tangkap Khalwat
Shah Jaszle Kena Tangkap Khalwat

10. Shah Jaszle Kena Tangkap Khalwat


• Pada 17 Mei 2013 dunia hiburan digemparkan dengan berita pelakon, Shah Jaszle ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang, Subang Jaya, jam 3.30 pagi.

• Shah Jaszle yang ketika itu merupakan tunang kepada seorang pelajar kedoktoran, Hazwani bagaimanapun tidak mengakui kesalahannya

• Meskipun Hazwani akui dia masih percayakan Shah Jaszle , namun keluarganya bertindak untuk memutuskan pertunangan mereka

• Selepas Shah Jaszle akui dirinya telah diperangkap, pasangan berkhalwatnya, Farah tampil membongkar bahawa mereka sebenarnya sudah beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta

• Shah Jaszle yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Farah itu menyerang wanita itu di tempat kerana iaitu sebuah bank

• Beberapa bulan selepas itu, Shah Jaszle mengesahkan bahawa keluarga Redzwani telah menerimanya kembali dan berharap agar hubungan mereka dapat disatukan semula.

• Kes khalwat Shah Jaszle dibawa ke mahkamah dan ketika perbicaraan dia akui tidak bersalah.


Gambar Bogel Adi Putra
Gambar Bogel Adi Putra

11. Gambar Bogel Adi Putra


• Seorang ahli perniagaan dari Johor telah membuat laporan polis mendakwa pelakon popular Adi Putra telah bertukar gambar lucah dan berbalas mesej dengan isterinya yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

• Pelakon dan wanita itu didakwa mengaku berbalas mesej dan menghantar gambar lucah sejak 29 Julai hingga 5 Ogos lalu dengan alasan 'suka-suka' dan tidak pernah bertemu sebelum ini.

• Adi Putra bagaimana pun menafikan dakwaan itu dan turut membuat laporan polis mendakwa dia telah diugut oleh seorang lelaki yang mengaku suami peminat wanitanya.

• Kini kes tersebut telah pun selesai dan Adi Putra telah pun membuat satu lagi sidang media dengan menyifatkan kes tersebut sebagai ‘no further action’. Namun, usahawan beserta isterinya turut membuat siding media pada keesokan harinya untuk memaklumkan bahawa mereka masih mahu membuka kes tersebut.


Abby Abadi Kahwin Lelaki Muda
Abby Abadi Kahwin Lelaki Muda

12. Abby Abadi Kahwin Lelaki Muda


• Meskipun sudah lama sunyi dari industri seni tanah air, namun kisah hidup pelakon, Abby Abadi, 38, ini masih diikuti dan beliau telah menggemparkan industri hiburan apabila dia mendedahkan telah berkahwin dengan jejaka yang lebih muda 12 tahun daripadanya.

• Mereka bernikah pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

• Abby menyifatkan perkahwinannya dengan suaminya, Farhan, 24, yang menjalankan perniagaan sendiri, adalah jodoh yang tidak disangka selepas hanya dua minggu berkenalan.

• Abby mendedahkan dia dan suami bernikah di selatan , Thailand.

• Pasangan ini kemudian mengadakan resepsi perkahwinan mereka pada 31 Ogos dan majlis di pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas itu.


Amy Search Diisytihar Muflis
Amy Search Diisytihar Muflis

13. Amy Search Diisytihar Muflis


• Pada Septmber 2013, kecoh apabila sebuah blog menyebarkan salinan surat pengisytiharaan muflis yang turut dilengkapi nama penuh penyanyi rock lagenda, Amy iaitu Suhaimi A Rahman, bersama nombor kad pengenalannya.

• Vokalis kumpulan Search, Amy Search itu dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009. Justeru, perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy muflis.

• Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya pada 20 November lalu penyanyi lagenda rock negara, Amy Search atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 55, tampil untuk mengesahkan mengenai kesahihan kontroversi tersebut.

• Amy Search mendedahkan dia jatuh muflis setelah dianiaya oleh sahabatnya sendiri. Namun tidak dapat mengulas lanjut kerana sudah menyerahkan kes itu kepada mahkamah untuk tindakan seterusnya.


Nora Danish & Nadeem Nazri
Nora Danish & Nadeem Nazri

14. Nora Danish & Nadeem Nazri


• Seperti yang semua sedia maklum, pelakon Nora Danish antara selebriti yang aktif menggunakan akaun laman sosial Instagram miliknya. Apa jua yang dlikukan bersama orang di sekelilingnya pasti dikongsi.

• Namun, pawa awal tahun ini, Nora telah berkongsi beberapa gambarnya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dilihat sangat intim dan tak ubah seperti pasangan bercinta.

• Nora Danish bagaimana pun apabila ditemu bual media hanya mengakui sedang berkawan rapat dengan anak kepada seorang menteri iaitu Nadeem atau Muhammad Nadem Nazri.

• Sejak daripada itu, Nora sangat terbuka berkongsi gambar-gambarnya bersama jekaka itu. Malah mereka kelihatan kerap berjumpa dan ke rumah Nora bersama keluarga Nora yang lain.

• Meskipun masih memberi jawapan yang sama iaitu hubungan mereka hanya sekadar rakan rapat namun apa yang digambarkan di dalam laman Instagram adalah sebaliknya.

• Malah, timbul gosip kononnya Nadeem telah menghadiahkan sebuah rumah bunglow dan sebiji kereta Ferrari kepada Nora Danish tanda lamabang cintanya.

• Tidak cukup dengan itu mereka kerap bercuti bersama iaitu ke Indonesia dank e beberapa negara Eropah.

• Nadeem juga pernah turut mengikut Nora ke kampong neneknya di Myanmar.

• Meskipun hubungan mereka seperti tiada rahsia lagi, namun Nora masih akui belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga.


Pekin Ibrahim Dakwa Uqasha Senrose Main Kayu Tiga Dengan Sharnaaz Ahmad
Pekin Ibrahim Dakwa Uqasha Senrose Main Kayu Tiga Dengan Sharnaaz Ahmad

15. Pekin Ibrahim Dakwa Uqasha Senrose Main Kayu Tiga Dengan Sharnaaz Ahmad


• Kecoh apabila tiba-tiba pelakon, Pekin mengesahkan hubungan cinta dan pertunangannya dengan Uqasha Senrose sduah berkhir disebabkan orang ketiga.

• Gosip mula berterbangan selepas itu apabila mendakwa Sharnaaz Ahmad adalah orang ketiga yang menjadi punca keretakan hubungan mereka.

• Namun, cerita itu reda sebentar apabila Pekin tampil membuat kenyataan bahawa silap memberi kenyataan sebelum ini dan hubungan dan pertunangan mereka tidak pernah putus.

• Sharnaaz juga walaubagaimana pun menafikan cerita kononnya dia menjalinkan hubungan istimewa.

Farawahida Nikah 16 Disember, Bakal Suami Bernama Abdul Shukur!


Farawahida Nikah 16 Disember, Bakal Suami Bernama Abdul Shukur!

Farawahida Nikah 16 Disember, Bakal Suami Bernama Abdul Shukur!
Farawahida Nikah 16 Disember, Bakal Suami Bernama Abdul Shukur!

Pelantun lagu Tanpamu, Farawahida Razali akhirnya mengumumkan bakal bernikah pada Isnin,16 Disember 2013.

Pengumuman tersebut telah dibuat Farawahida secara rasminya apabila dia hadir ke pejabat murai.com.my petang tadi bersama bondanya, Nurmah Omar untuk menyerahkan kad jemputan kahwin.

Selain mengumumkan tarikh perkahwinan, Fara juga telah mengumumkan nama bakal suaminya yang sebelum inihanya dikenali dengan pangkal nama A sahaja. Malah, Fara tidak menolak bakal suaminya itu adalah orang yang sama bercinta dengannya sebelum ini.

Jejaka yang berjaya menambat hati Farawahida ialah Abdul Shukur Mohd Zain yang kini bertugas di pusat rawatan jantung di ibu kota. Selain itu, dia juga mempunyai perniagaan sendiri yang baru saja dibuka bersama Farawahida.

Majlis pernikahan Fara bakal diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping bermula jam 7.30 petang sehingga jam 12 tengah malam.

Portal murai.com.mymengucapkan tahniah dan semoga jodoh Fara bersama bakal suami kekal abadi sehingga akhir hayat.






Selepas Papadom 2, Afdlin Shauki Mahu Lahirkan Mamadom


Selepas Papadom 2, Afdlin Shauki Mahu Lahirkan Mamadom

Selepas Papadom 2, Afdlin Shauki Mahu Lahirkan Mamadom
Selepas Papadom 2, Afdlin Shauki Mahu Lahirkan Mamadom

Belum pun filem Papadom 2 ditayangkan di pawagam seluruh negara, pengarah filem berkenaan Afdlin Shauki sudah merancang untuk melahirkan kesinambungan filem francais berkenaan.

Malah ketika bercakap kepada pihak media selepas berlangsungnya tayangan perdana Papadom 2 malam tadi, dia turut bercadang untuk mengambil sekali lagi pelakon berbakat besar, Liyana Jasmay sebagai watak utama dan inspirasi filemnya itu.

“Filem Papadom 2 bukan sahaja sebuah filem yang penuh dengan unsur humor, drama serta air mata, malahan sarat dengan mesej kekeluargaan.

“Saya melahirkannya bagi menunjukkan kepada penonton betapa besarnya dan penting peranan seorang bapa dalam sesebuah keluarga kerana saya sendiri merupakan seorang bapa.

“Jadi apabila melihat pelakon utama filem ini, Liyana Jasmay sudah pun berkahwin dan sekarang sedang hamil, jadi mungkin saya akan melahirkan Mamadom yang mengisahkan pula kehidupan seorang ibu.

“Kerana selama ini Liyana hanya kerap memegang watak sebagai gadis remaja atau anak, tapi sekarang kita akan melihat dia sebagai seorang ibu,”katanya dalam nada jenaka tetapi serius.

Idea Afdlin itu nampaknya telah mendapat sambutan baik daripada Liyana Jasmay yang turut berada pada tayangan perdana berkenaan.

Dia seakan bersetuju untuk memegang watak sebagai seorang ibu dan berharap idea berkenaan dapat direalisasikan dengan sokongan sekali lagi daripada Astro Shaw Sdn Bhd.

Sambutan positif turut diterima oleh  Khir Rahman yang memegang watak sebagai  kekasih Liyana Jasmay  dalam Papadom 2.

Afdlin Shauki menambah, perbincangan untuk melahirkan filem itu belum diadakan lagi, begitu juga dengan jalan ceritanya tetapi sekiranya semua berjalan dengan lancar sudah pasti ideanya itu akan dilaksanakan.

Malah dia juga dia masih dalam perbincangan awal bagi melahirkan Papadom 2 dalam versi bahasa Mandarin selepsa kejayaan Papadom dalam versi bahasa Tamil tidak lama dulu.

Papadom 2 terbitan Astro Shaw Sdn Bhd, Ismail Holdings Sdn Bhd dan Vision Works (M) Sdn Bhd bakal ditayangkan di seluruh negara pada 12Disember ini dengan menampilkan lakonan hebat Liyana Jasmay, Khir Rahman, Scha Al-Yahya, Vanida Imran, Chelsia Ng, Noorkhiriah, Pete Teo dan tidak ketinggalan Afdlin Shauki sendiri.

Filem kesinambungan daripada Papadom yang ditayangkan pada 2009 itu turut dibantu Hans Isaac, Riezman Khuzaimi, Dira Abu Zahar, Johan Raja Lawak dan Ozlynwaty.

Rebecca Ada Sebab Tak Terima Duit 5 Sen, Dakwa Erma Persendakan Al-quran


Rebecca Ada Sebab Tak Terima Duit 5 Sen, Dakwa Erma Persendakan Al-quran

Rebecca Ada Sebab Tak Terima Duit 5 Sen, Dakwa Erma Persendakan Al-quran
Rebecca Ada Sebab Tak Terima Duit 5 Sen, Dakwa Erma Persendakan Al-quran

Pelakon, Rebecca Nur AL-Islam akui telah dinasihati oleh peguamnya untuk menolak wang tuntutan yang dibayar oleh pengarah, Erma Fatima iaitu sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen dan sekotak hadiah yang dipercayai mengandungi al-Quran.

Rebecca berkata penguamnya, Nordin yang menerima wang itu di pejabatnya telah menyuruh pihak Erma Fatima mengambil kembali wang dan hadiah berkenaan kerana tidak dapat menerimanya atas sebab undang-undang.

“Peguam saya terima wang dan sebuah kotak yang saya percayai mempunyai al-Quran pada jam 4 petang semalam, namun dia terpaksa menolaknya atas sebab undang-undang.

“Menurutnya, wang syiling hanya boleh dibayar tidak lebih daripada RM30 dan selebihnya dalam bentuk wang kertas atau cek.

“Selain itu, hadiah dan al-Quran yang diberikan juga tidak termasuk dalam syarat tuntutan bayaran, jadi saya tidak boleh sewenang-wenangnya menerima pemberian itu dan ianya salh dari segi undang-undang,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Rebecca juga turut mendedahkan Erma telah menulis sesuatu di kulit belakang al-Quran dengan kata-kata kesat kepadanya dan dia mendakwa tindakkan pengarah itu seperti mahu mempersendakan al-Quran.

“Saya bukan sahaja terima al-Quran yang biasa tetapi ianya telah ditulis dengan ayat-ayat seolah-oleah tidak berpuas hati dengan saya. Antaranya dia menulis jika duit ini ditentukan Tuhan bukan untuk saya, maka haram lah ia.

“Saya rasa tindakannya itu seolah-olah telah mempersendakan al-Quran itu sendri. Jika betul dia mahu menghadiahkannya kepada saya, kenapa tidak berikan sahaja begitu,” ceritanya lagi.

Menurut Rebecca lagi, dia tidak memahami apa tujuan Erma berbuat begitu dan menganggap pemberiannya adalah tidak ikhlas.

“Sebenanrya saya tak faham apa yang cuba dilakukan Erma. Tindakannya itu saya boleh sifatkan agak bodoh kerana bersusah payah menyediakan wang dalam bentuk begitu.

“Dia seolah-olah masih tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Malah nampak seperti cuba meraih publisiti apabila bergambar dengan wang 5 sen di Instagram sebelum menyerahkan kepada saya.

Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila mahkamah mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca menerusi drama 'Dejavu Di Kinabalu' sebanyak RM11,200 termasuk lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013.

Kerana Pilih Lana Nordin, Johan As`ari Dituduh Lelaki Jahat


Kerana Pilih Lana Nordin, Johan As`ari Dituduh Lelaki Jahat

Kerana Pilih Lana Nordin, Johan As`ari Dituduh Lelaki Jahat
Kerana Pilih Lana Nordin, Johan As`ari Dituduh Lelaki Jahat

Ish.. Susah pulak Murai Batu nak bercakap tentang perkara ni. Ibarat nak ditelan mati anak, diluah mati bapak. Sebab seperti mana yang Murai Batu dan orang lain di luar sana beranggapan selama ini, aktor Johan As`ari dan penyanyi Shila Amzah sebelum ini adalah pasangan selebriti yang sedang menjalinkan hubungan cinta.

Yelah, kalau melihat pada posting di Twitter mereka, memang nampak sungguh yang mereka ini seperti yang demikian. Masa tu, takde pulak timbul nama aktres Lana Nordin.

So, pada perkiraan Murai Batu memang sesuailah dia orang berdua ni kalau bercouple. Alih-alih, Murai Batu dapat tahu sepanjang berkawan dengan Shila Amzah, Johan As`ari sebenarnya tengah bercouple dengan Lana Nordin. Dan, Shila Amzah pulak khabarnya tak tahu menahu langsung tentang kehadiran Lana Nordin dalam hidup Johan As`ari.

Kemudian timbullah kenyataan daripada Johan As `ari bahawa dia hanya menganggap Shila Amzah sebagai adik dan Lana Nordin adalah gadis yang dibayangkannya sewaktu berada di depan kaabah. Lantaran itu, dia menganggap bahawa Lana Nordin barangkali ada jodoh yang sudah diaturkan Tuhan buat dirinya.

Shila Amzah pulak berasakan bahawa dia telah tertipu dengan sandiwara Johan. Yelah, kalau seseorang lelaki itu sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian pada diri kita serta menjalinkan hubungan yang baik dengan keluarga kita, sudah tentulah hubungan itu boleh pergi dengan lebih jauh lagi dan perasaan suka itu boleh di 'develop' dengan lebih mendalam lagi.

Dalam hal ini, Johan As`ari patutnya tahu bahawa tindakannya itu walaupun hanya sekadar abang angkat seperti yang dimaklumkannya itu mampu 'mencairkan mana-mana wanita'. Jadi adalah sangat penting untuk dia memastikan bahawa tindakannya itu tidak akan disalah ertikan.

Dan, untuk memastikan ianya tidak disalah ertikan dia harus memaklumkan pada Shila bahawa dia ketika itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Lana Nordin. Lagipun, kalau betul, dia anggap Shila sebagai adiknya, apa salahnya dia dia beritahu dia sudah ada kekasih kepada Shila?

Disebabkan tindakannya itu, tak pasal-pasal pulak dia dituduh sebagai lelaki jahat yang hanya mahu mengambil kesempatan serta mempermainkan hati dan perasaan wanita seperti Shila.

Murai Batu pun tak tahulah nak cakap apa lagi. Murai Batu doakan supaya hubungan Johan As`ari dengan Lana Nordin akan direstui semua dan berakhir hingga ke jinjang pelamin. Buat Shila pula, bersabarlah....

Erma Fatima Bayar Saman Rebecca Nur Al-islam Guna Duit Syiling 5 Sen


Erma Fatima Bayar Saman Rebecca Nur Al-islam Guna Duit Syiling 5 Sen

Erma Fatima Bayar Saman Rebecca Nur Al-islam Guna Duit Syiling 5 Sen
Erma Fatima Bayar Saman Rebecca Nur Al-islam Guna Duit Syiling 5 Sen

Aktres dan pengarah terkenal, Erma Fatima telah membayar wang tuntutan daripada pelakon Rabecca Nur Al-Islam sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen sehingga menimbulkan rasa kurang senang Rebecca terhadap tindakan Erma itu,

Rebecca dalam kenyataannya berkata, mahu Erma membayar wang tuntutan itu dengan cara berhemah.

Difahamkan, Erma bukan sahaja membayar saman tersebut dengan menggunakan syiling malah turut memberikan senaskah al-Quran kepada Rabecca.

"Apa maksudnya itu apabila Erma membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?," kata Rebecca.

Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.

Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.

Dalam pada itu, Erma pula telah memberi komen di laman sosial Twitter mengenai tindakannya itu;

"Aiyoooooo! Takan pasal 5 sen I jadi gaduh! Tak salahkan kalau I nak bayar dia dengan duit apa pun asal I bayar.

"Adakah al-Quran yang selalu dijadikan hantaran kahwin satu sindiran? Saya mahu al-Quran jadi saksi pembayaran saya. Itu sahaja!" ujarnya.

Dalam perkembangan sama, tidak mahu isu ini berlarutan, Erma dilihat memadamkan beberapa foto di Instagram berhubung tindakannya ini.

Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila mahkamah mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca menerusi drama 'Dejavu Di Kinabalu' sebanyak RM11,200 termasuk lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013.

Nana Mahzan Selamat Bersalin Anak Kedua, Aaqib Raqeem Brian


Nana Mahzan Selamat Bersalin Anak Kedua, Aaqib Raqeem Brian

Nana Mahzan Selamat Bersalin Anak Kedua, Aaqib Raqeem Brian
Nana Mahzan Selamat Bersalin Anak Kedua, Aaqib Raqeem Brian

Penyanyi dan penyampai radio, Nana Mahzan telah semalat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak keduanya pada 2.24 petang semalam.

Menerusi status dan gambar di laman Instagram milik Nana, dia bersyukur kerana ibu dan bayi yang lahir 2.83 kilogram itu kelihatan sihat dan sempurna.

Nana turut berkongsi nama bayinya iaitu Aaqib Raqeem Brian.

Suami Nana, Raqeem dan juga anak pertama nya Althea turut bersama menymbut kelahiran keduanya di sebuah hospital di ibu kota.

Aril AF7 Bakal Nikah Pramugari 20 Disember Ini


Aril AF7 Bakal Nikah Pramugari 20 Disember Ini

Aril AF7 Bakal Nikah Pramugari 20 Disember Ini
Aril AF7 Bakal Nikah Pramugari 20 Disember Ini

Penyanyi dan pengacara, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 28, mengesahkan bakal bernikah dengan seorang pramugari, Puteri Erma Edlinda, 27, pada 20 Disember ini.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, Aril berkata dakwaan mengatakan dia mengelak daripada berkongsi perkembangan dan persiapan perkahwinannya dengan pramugari Saudi Arabian Airlines itu tercetus kerana salah faham susulan ketiadaannya di tanah air ketika berita dia bakal berkahwin tersebar baru-baru ini.

Penyampai radio Era FM itu mula menjalin hubungan dengan pramugari berkenaan sekitar Mei lalu. Aril kemudian merisik Puteri Erma pada September lalu dan bakal disatukan sebagai suami isteri di kediaman gadis itu di Wakaf Che Yeh, Kelantan pada 20 Disember ini.

"Majlis nikah nanti saya akan buat kecil-kecilan saya untuk keluarga dan rakan-rakan rapat. Saya terpaksa buat majlis nikah nanti secara sederhana dan tertutup atas permintaan keluarga," katanya.

Aril memberitahu perkenalan singkat antara mereka tidak menghalang keputusan untuk berkahwin kerana dia percaya pada percintaan selepas berumahtangga.

Lord`s Tailor Kini Dikenali Lord’s Sempena Pembukaan Di Pavilion


Lord`s Tailor Kini Dikenali Lord’s Sempena Pembukaan Di Pavilion

Lord`s Tailor Kini Dikenali Lord’s Sempena Pembukaan Di Pavilion
Lord`s Tailor Kini Dikenali Lord’s Sempena Pembukaan Di Pavilion

Setelah 39 tahun dikenali sebagai pakar pembuat sut diyakini ramai lagi berkualiti tinggi, kini Lord’sTailor mengorak langkah dengan membuka cawangan barunya di pusat beli-belah Pavilion.
Tidak seperti dua premisnya di pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre (BSC), Bangsar dan juga Ampwalk, Jalan Ampang yang terbuka kepada para pelanggan untuk menempah sut mahupun kemeja mengikut ukuran badan,cawangan barunya ini memiliki kepelbagaian koleksi sedia pakai.

Di sinilah terhimpunnya koleksi kemeja lelaki pelbagai gaya dan corak untuk dimiliki pada harga serendah RM219 sehingga RM379 dengan terlekatnya label Lord’s yang menjadi kebanggaan ramai VIP dan juga selebriti popular tanah air.

Berlokasi di tingkat 6 pusat beli-belah Pavilion, sebuah majlis pelancaran sederhana tetapi meriah telah diadakan dengan dihadiri tulang belakang Lord’s Tailor dan juga tetamu kehormat, Datuk Lee Chong Wei, Datuk Jimmy Choo dan Datuk Chef Wan.

Selebriti popular tanah air seperti Aaron Aziz, Amber Chia,Fizz Fairuz, Iqram Dinzly, Awie Rafael, Altimate, Ryzal Jaafar, Marsha Milan,Adelin Tsen dan juga Vince Chong telah hadir memeriahkan acara perasmian butik berkenaan.

Malah ramai tetamu yang juga pelanggan tetap Lord’s Tailor telah membeli persalinan daripada jenama ini untuk disarungkan bagi tujuan ke pejabat mahupun acara kasual.

Kepada peminat corak berkotak mahupun bergaris, inilah masanya untuk anda memiliki kemeja bergaya segak pada harga paling berpatutan lagi berkualiti tinggi.

Juga terdapat ruangan yang menyediakan perkhidmatan mengukur bagi individu yang ingin mendapatkan rekaan sut mengukit bentuk badan dengan variasi fabrik berkualiti tinggi seperti Ermenegildo Zegna, Loro Piana, ThomasMason, SOKTAS dan juga Testa.

Peminat aksesori juga tidak mahu ketinggalan mendapatkan kepelbagaian rekaan tali leher, bow, cuff links daripada jenama buatan Itali serta United Kingdom yang turut disediakan di sini.

Buat pertama kalinya juga, jenama beg terkenal antarabangsa Brooks turut mengambil tempat di butik Lord’s Pavilion dengan menyenaraikan pelbagai rekaan beg kulit berkualiti tinggi.

Fizz Fairuz Kahwini Almy Nadia Pertengahan Tahun Depan


Fizz Fairuz Kahwini Almy Nadia Pertengahan Tahun Depan

Fizz Fairuz Kahwini Almy Nadia Pertengahan Tahun Depan
Fizz Fairuz Kahwini Almy Nadia Pertengahan Tahun Depan

Susulan daripada amukan Almy Nadia sebagaimana yang ditulis dalam status Facebook, We Chat dab Twitter  miliknya, aktor popular Fizz Fairuz telah memberi kenyataannya berkenaan isu berkenaan.

Bagaimanapun Fizz Fairuz yang ditemui ketika majlis pembukaan butik terbaru Lord’s Tailor di pusat beli-belah Pavilion petang semalam menafikan bahawa dia mempunyai kaitan dengan status berkenaan.

Bagaimanapun Fizz Fairuz memberi tahu bahawa hubungannya dengan pelakon cantik berkenaan berada dalam keadaan baik dan tidak seperti apa yang disangka menerusi status berkenaan.

"Sumpah saya tidak tahu-menahu hal ini. Dia tidak cakap apa-apa pula dengan saya,” katanya tegas.

Almy Nadia telah memuat naik satu status yang menunjukkan dia seolah-olah ditipu oleh seseorang.

Status itu tersebar luas dan telah menimbulkan spekulasi bahawa status itu merujuk kepada Fizz Fairuz yang khabarnya masih belum masuk merisik Almy seperti yang dijanjikan.

Tambah Fizz Fairuz lagi, "Sebagaimana yang kita tahu laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram adalah milik peribadi.

“Mungkin apa yang diluahkan Almy itu berkaitan soal kerja atau individu tertentu,

"Apapun saya akan bertanya sendiri hal ini kepada Almy nanti sejurus pulang ke rumah,” katanya menjelaskan kemusykilan berkenaan sehingga membawa pengertian berbeza kepada sesetengah pihak.

Fizz Fairuz juga bersikap terbuka apabila memberitahu bahawa dia bakal mengahwini gadis idaman hatinya itu pada pertengahan tahun depan jika semuanya berjalan seperti yang direncanakan.

Meskipun belum ada sebarang perancangan terperinci berkenaan majlis perkahwinan berkenaan, tapi  Fizz Fairuz tetap mahu menikahi Almy selepas berlangsungnya majlis perkahwinan adiknya.

Johan Dedahkan Cerita Pergaduhannya Dengan Zizan


Johan Dedahkan Cerita Pergaduhannya Dengan Zizan

Johan Dedahkan Cerita Pergaduhannya Dengan Zizan
Johan Dedahkan Cerita Pergaduhannya Dengan Zizan

Nama Jozan bukan lagi asing dalam industri lawak negara kita. Gandingan antara Zizan Razak dan Johan ini sememangnya digemari oleh setiap lapisan masyarakat majmuk negara kita.

Buktinya, setiap kali Jozan muncul di atas pentas, sama ada dalam Raja Lawak atau Maharaja Lawak, sambutan yang diterima terhadap gandingan duo ini sememangnya havoc!

Namun akhir-akhir ini, muncul spekulasi atau khabar angin bahawa Johan tidak lagi sebulu dengan Zizan malah hubungan akrab mereka selama ini dikatakan semakin berantakan.

Bagaimanapun, Johan dan Zizan masing-masing menafikan tentang khabar angin tersebut dah masih menganggap mereka berkawan seperti biasa tanpa sebarang masalah. Sejauh mana dakwaan tersebut?

Ketahui jawapannya dalam program MeleTOP malam ini di mana pemenang tempat ketiga musim pertama Raja Lawak itu akan hadir sebagai tetamu jemputan. Kehadiran Johan di MeleTOP adalah untuk mempromosikan musim terbaru rancangan Elly & Epit musim kedua yang sudah pun bersiaran sejak 1 Disember yang lalu selain menjawab cerita-cerita panas mengenai kariernya.

Selain Johan, turut sama akan hadir ialah pemenang tempat ke-3 Akademi Fantasia musim ke-7 Akim Ahmad yang baru-baru ini turut sama tercalon dalam AIM edisi ke-20 menerusi kategori ‘Rakaman Album Terbaik’.

Akim turut akan membuat persembahan secara langsung lagu ‘Dunia & Syurga’ khas buat para penonton program MeleTOP.

Nantikan juga kemunculan pelakon cilik yang cukup berbakat iaitu adik Raykarl yang memegang watak Kobi dalam Elly & Epit. Apa yang menarik tentang rancangan Elly & Epit yang terbaru ini?

Semuanya dapat anda ketahui dalam program MeleTOP malam ini bersama hos Neelofa dan Nabil Ahmad yang akan bersiaran pada jam 10 malam ini di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

MV Kalau Aku Kaya Awi Rafael & Altimet Tawar Baucer Joe’s Barber/kitchen


MV Kalau Aku Kaya Awi Rafael & Altimet Tawar Baucer Joe’s Barber/kitchen

MV Kalau Aku Kaya Awi Rafael & Altimet Tawar Baucer Joe’s Barber/kitchen
MV Kalau Aku Kaya Awi Rafael & Altimet Tawar Baucer Joe’s Barber/kitchen

Pasti ramai yang cukup menggemari lagu Kalau Aku Kaya versi baru Awi Rafael bersama Altimet dan pastinya juga ramai yang sudah menonton muzik video rasminya. Amacam? Hebat tak....

Apapun, khas buat para peminat Awi Rafael & Altimet dan juga peminat lagu, Kalau Aku Kaya, anda kini berpeluang untuk memenangi voucher Joe’s Barber/Kitchen yang bernilai RM100!

Untuk memenangi voucher ini, anda perlu menjawab beberapa soalan berdasarkan apa yang anda tonton di dalam muzik video tersebut.



1. Apakah jenama cermin mata hitam yang dipakai oleh Altimet di klip video ini?

 Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1. 'Like' laman Facebook rasmi Warner Music Malaysia https://www.facebook.com/warnermusicmalaysia

2. Emailkan jawapan anda bersama butiran peribadi (Nama penuh, nama akaun Facebook, alamat penuh, no telefon) ke contestwarner@gmail.com

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Disember 2013 iaitu pada hari Jumaat ini. Berikut adalah muzik video lagu Kalau Aku Kaya.

Yana Samsudin: Kalau Saya Nak Buat Hidung, Saya Buat Lebih Cantik


Yana Samsudin: Kalau Saya Nak Buat Hidung, Saya Buat Lebih Cantik

Yana Samsudin: Kalau Saya Nak Buat Hidung, Saya Buat Lebih Cantik
Yana Samsudin: Kalau Saya Nak Buat Hidung, Saya Buat Lebih Cantik

Pelakon, Yana Samsudin nafi telah melakuan pembedahan terhadap hidungnya supaya kelihatan lebih mancung seperti yang didakwa sebelum ini.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Yana Samsudin menjelaskan perubahan pada wajah dan bentuk hidungnya ketika menghadiri Angerah Skrin 2013 (ASK 2013) adalah disebabkan solekan semata-mata.

“Bila masa pula saya buat muka? Kalau saya nak buat (pembedahan) pun, saya akan buat lebih cantik lagi. Ini tak, sama juga, masih bulat dan macam sebelum ini.

“Saya nak tergelak pun ada. Sebenarnya perubahan yang orang lihat pada wajah saya menerusi gambar di Instagram ketika menghadiri ASK 2013 adalah kesan solekan semata-mata.

“Apabila solekan itu menonjolkan batang hidung saya, itu yang orang nampak hidung saya lebih mancung daripada sebelum itu,” katanya.

Sementara itu, Yana turut memberitahu perbuahan pada bentuk wajahnya adalah kerana berat badannya semakin susut.

“Manakala, tulang pipi saya semakin menonjol sebab saya makin kurus, itu saja,” jelasnya lagi.

Spekulasi berkenaan mula bertebaran apabila wajah pelakon itu dilihat berlainan daripada wajahnya sebelum ini ketika menghadiri ASK 2013, Jumaat lalu.

Beberapa keeping gambar dimuat naik Yana di akuan Instagram miliknya kebelakangan ini juga seolah mengiyakan dakwaan itu apabila terdapat perbezaan ketara pada wajahnya sehingga sebahagian peminat mula berteka-teki mengenai kesahihan desas-desus itu.

Ketiadaan Yana di ibu kota kerana pulang ke kampung halamannya di Yong Peng, Johor semakin mengukuhkan spekulasi apabila beberapa sumber mendakwa pelakon itu menyembunyikan diri daripada khalayak selepas pembedahan berkenaan.

Namun Yana menafikannya, sebaliknya memberitahu dia pulang ke kampong kerana neneknya tidak sihat.

Zul Ariffin, Ellie Suriaty Dedah Kisah Misteri Filem Penanggal


Zul Ariffin, Ellie Suriaty Dedah Kisah Misteri Filem Penanggal

Zul Ariffin, Ellie Suriaty Dedah Kisah Misteri Filem Penanggal
Zul Ariffin, Ellie Suriaty Dedah Kisah Misteri Filem Penanggal

Filem Penanggal arahan pelakon Ellie Suriaty yang sedang rancak ditayangkan di pawagam mengudang pelbagai aksi dan reaksi dari penonton.

Namun, tiada siapa yang tahu kisah panas dan misteri yang melibatkan pelakon Penanggal seperti Zul Arifin, Ummi Nazira, Fasha Sandha, Azri Iskandar dan Dato’ Sharifah Aini.

Istimewa untuk pembacamurai.com.my terutama sekali peminat filem Penanggal, pelakon Zul Arifin bakal mendedahkan kisah misteri yang berlaku terhadap dirinya sepanjang penggambaran filem berkenaan di ruangan Artis Chatz Murai.

Zul Arifin yang pernah hangat dengan pelakon Abby Abadi bakal menemani makan tengah hari anda esok, 4 Disember, sambil berborak mulai jam 1 sehingga 2 petang.

Selain Zul Arifin, pengarah filem ini iaitu Ellie Suriaty juga bakal sama mendedahkan perkara yang tidak diketahui pelakon dan penonton mengenai filem Penanggal menerusi ruangan yang sama.

Bagaimanapun, Ellie bakal berborak bersama penonton pada 5 Disember 2013 mulai jam 4 petang sehingga jam 5 petang.

Untuk itu, jangan lepaskan peluang untuk ketahui rahsia misteri filem Penanggal dengan menyertai ruangan Artis Chatz selama dua hari berturut-turut.

Lana Nordin: Johan Dah Beri Syarat No More Short Skirt!


Lana Nordin: Johan Dah Beri Syarat No More Short Skirt!

Lana Nordin: Johan Dah Beri Syarat No More Short Skirt!
Lana Nordin: Johan Dah Beri Syarat No More Short Skirt!

Meskipun, pasangan selebriti Johan As’ari dan Lana Nordin sudah mengesahkan yang mereka kini sedang menjalinkan hubungan cinta yang serius, namun pelakon wanita itu akui masih dalam proses untuk memperbaiki diri bagi menambat hati ibu kekasihnya.

Lana Nordin berkata Johan sentiasa membimbing dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik, malah untuk permulaan kekasihnya itu melarangnya untuk memakai skirt pendek seperti sebelum ini.

“Kalau saya nak bertudung, kerana Allah. Bukan kerana Johan dan dia juga tidak memaksa. Tapi kalau saya dah berkahwin, kalau suami saya suruh saya bertudung, saya akan pakai sebab dosa saya suami saya yang tanggung.

“Tapi Johan ada bagi syarat kat saya, dia kata selepas ini no more short skirt (tiada lagi skirt pendek). Saya kata saya terima dan saya setuju dengan syarat itu. Insya Allah, perlahan-lahan saya cuba berubah. Saya rasa tak ada masalah,” katanya kepada murai.com.my

Hujung minggu lalu, pasangan ini mengejutkan industri hiburan tanah air apabila Johan membuat pengakuan sudah melamar Lana untuk menjadi isterinya.

Menurut Lana lagi, dia percaya Johan merupakan satu-satunya lelaki yang serius untuk memperisterikannya kerana sudah menunjukan kesungguhan terhadapnya

“Saya harap semua boleh doakan yang terbaik. Saya memang nak cari lelaki beriman, lelaki yang menerima keburukan saya sebelum saya berubah. Johan ada ilmu dalam agama dan saya percaya dia bukan main-main bila bercakap hal kahwin. Saya hormati Johan sebab dia berani suarakan hasrat dia pada saya.

"Saya juga anggap ini sebagai wake up call untuk saya. Pada usia begini, saya mencari orang yang boleh membimbing saya. Mungkin inilah masanya saya berubah,” jelasnya lagi.

Aesar Bersama Mangsa Tipu Dedah Penjenayah Syirik Yang Dikehendaki Polis!


Aesar Bersama Mangsa Tipu Dedah Penjenayah Syirik Yang Dikehendaki Polis!

Aesar Bersama Mangsa Tipu Dedah Penjenayah Syirik Yang Dikehendaki Polis!
Aesar Bersama Mangsa Tipu Dedah Penjenayah Syirik Yang Dikehendaki Polis!

Penyanyi dan komposer, Aesar Mustafa akhirnya mendedahkan secara terperinci punca dia dan sahabatnya yang juga seorang model, Aaron Yaacob yang ditipu seorang lelaki dengan melibatkan penipuan wang berjumlah lebih RM100,000.

Lebih eksklusif lagi, Aesar turut menyernarai nama-nama mangsa penipuan yang lain bersama jumlah wang yang telah diambil penipu yang sedang diburu pihak polis.

“Dulu dia pernah menipu ramai artis juga. Jadi tidak mustahil dia terus menipu orang lagi kerana dia kini masih belum dapat dikesan pihak penguasa. Sekarang dia masih lagi terlepas dan sedang bersembunyi.

“Banyak dia tipu saya dan kawan saya. Dia bukan saja melenyapkan wang sebaliknya menabur janji palsu. Projek studio kami ketika ini terbengkalai kerana dia menjadi orang tengah yang palsu kepada funder kami.

“Funder kami telah punmemberikan wang tersebut kepadanya tapi duit tersebut tidak sampai ke tangan kami. Apa yang ada hanyalah aduan daripada pihak tertentu mengenai projek ituyang tidak berbayar. Dia telah menipu funder kami sebanyak RM108,000,” katanya kepada murai.com.my.

Selain menipu Aesar dan funder projek studio tersebut, penipu ini juga sudah menipu ramai mangsa yang lain dalam masa yang sama dia menipu produser kepada artis berkumpulan Mega Boys.

“Kami memang sudah pun melaporkan hal ini kepada pihak polis. Kami berharap pihak polis dapat membantu menangkap penjenayah yang mengunakan ilmu syirik dalam menggelapkan wang kami semua.

“Saya berharap kepada artis yang lain agar berhati-hati dengan kelibat penjenayah dikehendaki ini kerana dia banyak menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan mangsa. Antara mangsa penipuan ini adalah Ema, Din, Aaron, Harlida , Huda, Akmal dan Azlan.

“Mangsa bernama Huda telah lesap RM20,000 dan Akmal yang merupakan pelajar UniKL Miat ditipu RM18,000. Adzlan pula telah ditipu 4 buah Proton Saga yang kononnya dibuat untuk sewa,” jelasnya.

Menyambung penjelasan,setakat ini, ini saja nama mangsa yang diketahuinya. Pun begitu kami difahamkan masih ramai lagi ditipu mangsa.

“Nama penjenayah yang dikehendaki itu adalah Nor Azlini Hisham Bin Yunos. Dia berumur 38 tahun.Penipu ini selalu menggunakan kereta sewa dan bukannya kereta perniagaan yang didakwa.

“Kepada sesiapa yang dapat kesan penjenayah ini, anda diharapkan agar menghubungi pihak polis dengan segera,” ujarnya.

Difahamkan, penjenayah ini pernah ditangkap dan ditahan sebelum ini dengan melibatkan penipuan artis yang melibatkan selebriti seperti Waheeda. Dia kembali menipu mangsa awal tahun iniselepas tidak buat apa-apa jenayah pada tahun 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan