Cari Artikel

Wednesday, December 11, 2013

Zen Zyker Ditawar Berseluar Dalam Saja, Bersaudara Dengan Apex?


Zen Zyker Ditawar Berseluar Dalam Saja, Bersaudara Dengan Apex?


Zen Zyker Ditawar Berseluar Dalam Saja, Bersaudara Dengan Apex?
Zen Zyker Ditawar Berseluar Dalam Saja, Bersaudara Dengan Apex?

Peserta Mister Planet Malaysia 2014, Zen Zyker yang berasal dari Kelantan dan mewakili negeri Pahang menafikan ada kaitan persaudaraan dengan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex.

Pun begitu, jejaka berkelulusan perubatan ini mengakui ada menerima tawaran menjadi model seluar dalam berjenama selepas tamat menjalani ujian pertama pertandingan Mister Planet Malaysia 2014 awal November lalu.

“Saya susah sikit nak cakap pasal saya ni berdarah campuran atau pun tidak. Lagi pun, saya tidak ada tanya lebih dalam akan hal ini. Bagaimanapun, setahu saya, saya ada darah kacukan Melayu dan Siam.

“Mungkin sebab ini jugalah orang kata saya ada kaitan dengan Apex. Lagi pun, orang di Pasir Mas memang banyak berdarah kacukan Melayu dan Siam. Yang penting, saya tidak bersaudara dengan Apex.

“Memang benar, saya ada terima tawaran model seluar dalam. Tapi saya telah menolaknya secara baik. Buat masa sekarang ini, saya belum bersedia lagi untuk bergambar sebegitu kerana saya tidak mahu orang berkata negatif pada saya sebelum tamat  pertandingan . Tapi saya akan pertimbangkan pada masa akan datang,” jelas Zen.

Dalam pada itu, Zen yang kini menetap di Melaka tidak bersetuju apabila dia dilabelkan sebagai peserta kegemaran juri disebabkan wajahnya yang ada iras pelakon Korea.

“Saya tidak rasa saya ada wajah Korea pun. Ini baru pertama kali saya mendengarnya. Namun, saya tidak merasakan saya peserta favorite juri atas sebab itu. Sebelum ini, saya ada menyertai pertandingan HeroRemaja dan  menjadi TOP 25.

“Bagaimanapun, bukan rezeki saya pada waktu itu kerana saya kemalangan sewaktu pertandingan dijalankan. Insya-Allah, saya akan cuba sehingga berjaya menjadi TOP 7 pada pertandingan esok petang.

“Terus-terang, saya tidak nampak pun arah saya untuk menjadi penyanyi atau pun pelakon. Saya lebih ke arah model. Kalau tidak sebagai model, selepas ini saya akan terus berkerja dengan Kementerian Kesihatan kerana saya terikat dengan mereka,” ujarnya.

Putus Dengan Johan As' Ari, Sharnaaz Anggap Karma Buat Shila Amzah?


Putus Dengan Johan As' Ari, Sharnaaz Anggap Karma Buat Shila Amzah?


Putus Dengan Johan As' Ari, Sharnaaz Anggap Karma Buat Shila Amzah?
Putus Dengan Johan As' Ari, Sharnaaz Anggap Karma Buat Shila Amzah?

Bekas kekasih kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Sharnaaz Ahmad mengambil langkah selamat untuk tidak mahu mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku pada penyanyi Patah Seribu itu.

Sebaliknya, Sharnaaz Ahmad berkata apa yang berlaku di antara Shila dan pelakon, Johan As' ari itu mungkin sudah ditentukan Tuhan.

"Jodoh tu Tuhan yang tentukan. Tapi Kalau kita tak cari, Tuhan takkan hantar dari langit. Jadi kita pun kena lah cari. Mungkin ini usaha dia kot. Tapi nampaknya tak menjadi. Jadi dia cari lah orang lain", kata Sharnaaz kepada murai.com.my

Sharnaaz ditemui di majlis sidang media drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang berlangsung di Hotel Best Western, semalam.

Dalam sebuah akbar melaporkan Johan membuat pengakuan secara mengejut yang dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Lana Nordin dan memberitahu sudah melamar pelakon itu.

Sebelum ini, hubungan cinta Sharnaaz dan Shila berakhir selepas mendapat tentangan daripada keluarga penyanyi tersebut.

Apabila ditanya media, adakah apa yang berlaku hukum karma buat Shila, Sharnaz hanya menjawab secara umum mengenai hukum tersebut.

"Dalam hal ni, entah lah. Saya sendiri pun tak tahu nak cakap apa.

"Kalau nak kata karma, saya memang pernah tulis di instagram sebelum ini mengenai karma iaitu, 'Karma takes too long, I'd rather just beat the crap out of u now'.

"Dulu, saya pernah cakap pasal batu. Batu yang hitam kalau selalu dicuci lama -lama akan putih. Orang selalu cakap kebenaran tu lama-lama akan keluar juga. Tapi kita boleh ker terima ke kebenaran tu? Hari ni mungkin hari dia (Shila)," jelasnya lagi.

Sharnaaz bakal muncul dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta bersama barisan pelakon seperti Nelydia Senrose, Iqram Dinzly, Lisdawati, Tony Eusoff dan ramai lagi yang bakal menemui penonton di saluran Mustika HD (saluran 134) pada setiap hari Isnin hinhha rabu jam 10 malam bermula 9 Disember ini.

Dato` Rossa Akui Sedang Bercinta Dengan Seorang Ahli Perniagaan


Dato` Rossa Akui Sedang Bercinta Dengan Seorang Ahli Perniagaan


Dato` Rossa Akui Sedang Bercinta Dengan Seorang Ahli Perniagaan
Dato` Rossa Akui Sedang Bercinta Dengan Seorang Ahli Perniagaan

Tanpa berselindung, penyanyi popular Indonesia, Dato' Rossa akui dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan.

Namun, Rossa berkata dia enggan mendedahkan identiti kekasihnya itu selagi mereka belum menjalinkan ikatan yang sah.

"Ya, saya kini sedang berpacaran tapi saya belum boleh beritahu siapa dia. Biarlah saya simpan sendiri kerana saya takut malu jika hubungan ini tak menjadi.

"Apa yang boleh saya beritahu dia single, lebih tua dari saya dan semestinya lebih pintar dari saya.

"Meskipun kami sudah menjalinkan hubungan yang agak lama tapi saya anggap kami dalam proses perkenalan,"katanya yang ditemui di sidang media drama bersiri, Bukan aku Tak Cinta di Hotel Best Western, semalam.

Rossa yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak itu akui sudah bawa kekasihnya berkenalan serta berjumpa dengan anaknya.

Meskipun akui senang dan selesa menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya itu, Rossa memberitahu dia sebenarnya tidak tergesa-gesa untuk berumahtangga untuk kali kedua.

"Saya belum fikir mengenai kahwin kerana terus-terang saya lebih takut dan berhati-hati untuk berkahwin kali kedua ini.

"Jadi saya tidak tergesa untuk berkahiwn lagi dan hanya berserah kepada jodoh dan ketentuanNya,"luahnya lagi.

Rossa tiba di Malaysia pada 26 November lalu untuk mempromosikan Konsert Destini yang akan diadakan di UiTM pada 20 dan 21 Disembee ini sekaligus mempersembahkan lagu duet barunya bersama Hafiz Suip yang berjudul Salahkah.

Kamal Adli Kecewa, Mana Kredibiliti Fizz Fairuz?


Kamal Adli Kecewa, Mana Kredibiliti Fizz Fairuz?


Kamal Adli Kecewa, Mana Kredibiliti Fizz Fairuz?
Kamal Adli Kecewa, Mana Kredibiliti Fizz Fairuz?

Liga Lawak Superstar (LLS), program realiti pencarian penghibur menampilkan barisan selebriti dan pendatang baru kini sedang menghampiri kemuncaknya tidak lama lagi. Namun begitu, program yang julung kali disiarkan di TV3 itu terpalit kontroversi melibatkan peserta selebritinya yang dikatakan buat hal.

Menjadi antara kumpulan tumpuan, Apa Kasih Toq (AKT) kini dilanda konflik bila mana ahli AKT iaitu Fizz Fairuz tiba-tiba tiada ketika persembahan minggu lalu dan Kamal Adli dan Didie Alias kini dibantu Syafiq Kyle memenuhkan kekosongan yang ditinggalkan Fizz.

Aktor hebat itu pula yang mendakwa dia disingkirkan daripada meneruskan perjuangan bersama AKT dan status Twitter itu dimuatnaik Fizz ketika berada di London dan Cardiff menyaksikan perlawanan bola sepak. 

Sebagai rakan kumpulan, Kamal Adli yang ditemui baru-baru ini melahirkan rasa kecewa dan hilang semangat untuk meneruskan perjuangan AKT yang dipandang enteng oleh Fizz Fairuz pada tafsirannya. Namun begitu dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Fizz dan enggan memanjangkan isu ini.

“Sebagai ahli kumpulan AKT saya kecewa dengan ketiadaan Fizz yang menjadi penggerak utama kumpulan kami. Saya juga merasakan terkilan kerana Fizz tidak melihat penyertaannya dalam LLS secara serius.

“Saya juga pernah ditawarkan untuk mengikuti rombongan yang sama tetapi kerana komitmen LLS saya harus laksana tanggungjawab yang telah saya janjikan. Tiba-tiba hilang dan mendakwa disingkirkan, saya tiada komen untuk dakwaan itu kerana itu bukan bidang kuasa saya.

“Tetapi dia memberitahu ahli lain bahawa dia ada perkara yang tidak diapat dielakkan dan terpaksa meninggalkan AKT. Tetapi akhirnya saya sendiri lihat foto Fizz di Instagram sedang menonton Liga Inggeris di sana,”ucapnya dalam nada kecewa setelah insiden yang berlaku melibatkan kumpulannya dalam LLS.

Konflik ini sedikit sebanyak menjejaskan reputasi Fizz Fairuz yang dilihat tidak serius dan agak mementingkan diri melalui status yang dimuatnaik oleh aktor itu sendiri dalam akaun Twitternya. Dia turut dilihat mempersendakan penggantinya dalam AKT iaitu Syafiq Kyle dengan bangganya melalui status yang dikongsi kepada semua pengikutnya di Twitter.

Noraniza: Jangan Buat Konspirasi Tentang Kehadiran Di Mr. Planet Malaysia 2014!


Noraniza: Jangan Buat Konspirasi Tentang Kehadiran Di Mr. Planet Malaysia 2014!


Noraniza: Jangan Buat Konspirasi Tentang Kehadiran Di Mr. Planet Malaysia 2014!
Noraniza: Jangan Buat Konspirasi Tentang Kehadiran Di Mr. Planet Malaysia 2014!

Pelbagai maklum balas yang diterima pihak penganjur pertandingan Mister Planet Malaysia 2014 selepas ikon gosip portal murai.com.my iaitu Murai Batu menyebarkan cerita mengenai peserta pertandingan dengan ratu etnik, Noraniza Idris.
Malah, pelantun lagu Awallah Dondang sendiri telah mengeluarkan penerangan rasmi di laman Facebook peribadinya.

“Salam buat semua n makluman pembaca fb n contestant terlibat dalam mr planet msia yg akan berlangsung pdhari esok.

“Kehadiran saya esok adalah buat pertama kali setelah sekian lama anak saya Alfeeq berdikari utk capai keinginn dan cita2 yang dia minati

“Saya sebagai ibu sama dengan ibu lain sentiasa memberi ruang dan peluang di samping doa yang tak putus-putus untuk kesejahteraan anak-anak saya baik dunia apa lagi akhirat.

“Jangan la risau atau buat konspirasi atas kehadiran saya. Saya hanya sebagai ibu peserta yang jalankan tanggungjawab saya untuk anak-anak saya saja.

“Takda kuasa convince sesiapa untuk menang kan anak atau lain agenda yang menggugat keresahan orang lain.

“Saya harap semua lakukanlah perjuangan secara sihat dan bertanding la atas kehebatan dan keupayaan sendiri.

“Selama 28 tahun saya berusaha dengan berdikari. Tak mustahil orang lain mampu lakukan terbaik untuk diri sendiri dan tak terkecuali anak-anak saya. Itu adalah didikan yang dipupuk dalam diri sejak kecil agar bertanggung jawab pada diri sendiri untuk jadi terbaik,” penjelasan Noraniza di Facebook miliknya.

Apa sekalipun, bahang pertandingan akhir Mister Planet menjadi lebih mencabar apabila lebih ramai ingin tahu siapakah yang dipilih untuk mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Kemuncak pertandingan ini bakal diadakan pada Sabtu ini iaitu 30 November bertempat di Kenanga Wholesale City(KWC) bermula jam 2 petang.

Cico Harahap Jawab Pasal Isu Parti Liar, Status Duda


Cico Harahap Jawab Pasal Isu Parti Liar, Status Duda


Cico Harahap Jawab Pasal Isu Parti Liar, Status Duda
Cico Harahap Jawab Pasal Isu Parti Liar, Status Duda

Seakan menyepi setelah sekian lama, Cico Harahap Rashid, pelakon yang mula dikenali melalui filem Puteri Impian ini sedar akan cerita mengenainya dan isu-isu panas mengaitkan nama Cico di dalam Internet dan media massa lain.

Akan tetapi anak tunggal bintang lagenda Uji Rashid ini mengambil segala dugaan ini dari sudut positif dan menganggap ia juga pengajaran buat dirinya.Membesar sebagai anak kepada selebriti terkenal, Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin,36 memilih untuk tidak mengendahkan segala permainan serta asam garam hidup menjadi selebriti. 

Ketika ditemui di set penggambaran drama aksi bersiri Jiwa di Stadium Titiwangsa, Cico sekadar mengulas dan menyatakan bahawa apa yang dilaluinya ini cuma sedikit dan mahu ia berlalu begitu sahaja tanpa memanjangkan lagi cerita.

“Saya tahu mengenai isu ini dan mungkin mereka tidak tahu bahawa saya bukan berada di pulau itu untuk berparti tetapi saya menjadi jurulatih selam dan bila waktu malam saya bekerja sambilan di bar sekitar pantai.
“Masih ada peminat yang mengenali saya dan ada yang mahu ambil gambar dan mungkin gambar yang dikongsinya itu diambil dan disebarkan. Saya kerja kutip tin di bar-bar yang ada di sekitar pulau jadi ia sekadar reaksi spontan saya jika disapa untuk bergambar.

“Bukan sahaja itu, ada lagi hal lain yang saya hanya mampu dengar dan tengok sahaja. Sebagai manusia saya tidak boleh lari daripada kesilapan. Saya redha dengan dugaan ini dan belajar daripada kesilapan zaman lalu,”ujarnya yang bakal tampil dalam siri aksi arahan Khabir Bhatia, Jiwa tidak lama lagi.

Selain daripada itu, dia turut mengesahkan status dirinya kini setelah bercerai hampir 3 tahun lalu dan kekal solo sehingga kini. Perkahwinannya dengan bekas isteri Nur Fuziana turut dikurniakan cahayamata Rindu Nurfitrah yang kini dibawah jagaannya.

“Saya dah bercerai dengan bekas isteri hampir tiga tahun dan buat masa ini saya tidak mempunyai teman yang boleh dianggap istimewa. Ada seorang ini saya masih mengenali dirinya tetapi belum sampai ke tahap yang serius.

“Lagipun anak saya ada bersama dan dijaga oleh saya dan mama (Uji Rashid), tidaklah kesunyian bila ada anak menemani saya,”ujarnya yang turut membawa anak perempuannya ke set Jiwa mengimbau nostalgia ketika dia mengikuti ibunya ketika penyanyi itu mengecap populariti di era 70’an.
Dek kerana musim tengkujuh di pantai timur, Cico menerima tawaran daripada Khabir Bhatia untuk tampil di dalam Jiwa disamping Remy Ishak, Kamal Adli dan ramai lagi sebagai memenuhi masa terluang. Selain itu dia juga melihat kelainan watak yang diberikan Khabir dan timbul keinginan untuknya mencuba kerana berkira-kira ingin membuat comeback semula dalam dunia lakonan.

Lana Nordin Ialah Doa Calon Isteri Johan As'ari Depan Kaabah


Lana Nordin Ialah Doa Calon Isteri Johan As'ari Depan Kaabah


Lana Nordin Ialah Doa Calon Isteri Johan As'ari Depan Kaabah
Lana Nordin Ialah Doa Calon Isteri Johan As'ari Depan Kaabah

Tiada angin tiada ribut, Johan As’ari telah pun melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa.

Menurut laporan Berita Harian, mereka bertemu buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 yang lalu dan tiga hari kemudian, Johan As’ari terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan Lana Nordin.

Johan As’ari juga percaya dan yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.

“Selepas bertukar nombor telefon, kami keluar makan tiga hari berturut turut sebelam saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” jelas Johan As’ari.

“Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin.

Lana Nordin hadir menemani Johan As’ari ke Balai Berita NSTP untuk promosi filem Paku namun mereka berdua nampak manja selain memanggil diri masing masing dengan gelaran baby & sayang tidak mampu menutup status mereka yang sedang hangat bercinta.

“Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik - cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa gesa,” tambah Johan As’ari yang tidak mahu dedahkan tarikh pernikahan.

Lana Nordin pula berkata yang beliau memang mencari teman hidup yang boleh membimbing dirinya selain hati beliau terpikat dengan keberanian Johan As’ari dan juga keikhlasan untuk menjadikan dirinya sebagai permaisuri hidupnya.

“Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.

“Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin,” jelas Lana Nordin.

Isu Plagiarism: Kemenangan Accepted Di Yahoo-mas Cili Padi Awards Dibatalkan


Isu Plagiarism: Kemenangan Accepted Di Yahoo-mas Cili Padi Awards Dibatalkan


Isu Plagiarism: Kemenangan Accepted Di Yahoo-mas Cili Padi Awards Dibatalkan
Isu Plagiarism: Kemenangan Accepted Di Yahoo-mas Cili Padi Awards Dibatalkan

Ilham daripada klip video muzik The Scientist, lagu yang dipopularkan oleh kumpulan rock asalan Britain, Coldplay telah membawa tuah dan melayakkan Mohd Redha, 21 membawa pulang wang tunai berjumlah RM 20,000 pada Yahoo-MAS Cili Padi Awards 2013, Selasa, semalam.

Penuntut dalam jurusan Kejuteraan Mekanikal daripada Universiti Teknologi Petronas itu mempertaruhkan karya yang berjudul Accepted, iaitu video berdurasi 3 minit yang telah menewaskan 9 video lain dalam pertandingan yang julung kali dianjurkan Yahoo! Malaysia bersama Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Namun begitu kemenangan Accepted telah dibatalkan penganjur melalui kenyataan daripada pihak Yahoo! Malaysia beberapa jam selepas pemenang diumumkan di TGV Cinemas One Utama. Ini berikutan terdapat elemen ciplak di dalam video berkonsepkan reverse plot tersebut.

Sebuah video bertajuk One Step Forward telah dimuatnaik di laman Vimeo pada dua tahun lalu telah dikenalpasti mempunyai jalan cerita yang sama dengan Accepted.

Accepted menampilkan seorang anak muda yang teruja dan gembira setelah lamarannya diterima teman wanitanya dan menterjemahkan ke dalam video yang dimulakan secara reverse itu.

Walaupun pada awalnya Mohd Redha berkata inspirasi telah hadir daripada The Scientist namun begitu dia mengakui ada menonton One Step Forward yang telah ditayangkan dua tahun lebih awal.

Menurut sumber, pihak Mohd Redha dan rakan Nor Fatin Adibah akur dengan keputusan penganjur membatalkan penyertaan mereka sekaligus menobatkan Sly dan Tiger masing-masing juara dan naib juara dan tempat ketiga diberikan kepada video berjudul Life oleh Dan Khoo.

Kedua sahabat ini jujur memberitahu bahawa pernah melihat video One Step Forward sebelum ini dan sekadar mengambil inspirasi daripada video tersebut. Ketika ditemui pada majlis tersebut, mereka membertahu media bahawa penyertaan mereka kali adalah yang kedua dan masih baru dalam bidang penghasilan video.

Majlis penyerahan anugerah bagi Yahoo-MAS Cili Padi Awards 2013 itu turut dihadiri para panel juri terdiri daripada aktres terkenal Sharifah Amani, Johan Lucas dari KRU, Marc Lourdes mewakili Yahoo! Malaysia dan Maria Lorenzo untuk pihak TGV Cinemas.

iskandarX: Yahoo! memang dengki dengan Melayu, so tak payah heran ok?

Rozita Che Wan Jawab Dakwaan Show-off Dengan Perkahwinannya


Rozita Che Wan Jawab Dakwaan Show-off Dengan Perkahwinannya


Rozita Che Wan Jawab Dakwaan Show-off Dengan Perkahwinannya
Rozita Che Wan Jawab Dakwaan Show-off Dengan Perkahwinannya

Pada 25 November lalu telah berlangsungnya sidang media pengumuman perkahwinan pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang diadakan di Setia City Convention Centre.

Pasangan yang memilih tarikh 11 Disember 2013 sebagai hari penyatuan ikatan cinta mereka yang sah itu telah menerima 28 tajaan yang mencecah sehingga RM13 Juta.

Menerusi Murai TV kali ini, kami membawa anda untuk mengikuti sesi temu bual Rozita Che Wan dan Zain Saidin bersama media bagi menjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya ramai selama ini.

Antara yang dijawab dan dibidas pasangan ini adalah mengenai sikap menunjuk-nunjuk mereka terhadap perkahwinannya yang dianggap antara yang gah dan telah menjadi Wedding of The Year pada tahun ini.

Banyak lagi yang dikongsi pasangan ini mengenai persiapan perkahiwnan mereka. Ingin tahu lebih lanjut mengenai perkahwinan selebriti Wedding of The Year ini? Saksikannya di bawah ini.




Airasia Terbangkan Tomok Ke Siem Reap Demi Destinasi Ria


Airasia Terbangkan Tomok Ke Siem Reap Demi Destinasi Ria


Airasia Terbangkan Tomok Ke Siem Reap Demi Destinasi Ria
Airasia Terbangkan Tomok Ke Siem Reap Demi Destinasi Ria

Memasuki dua bulan yang terakhir di dalam kalendar Gregorian, November yang akan berganti Disember tidak lama lagi, pastinya ramai yang telah berkira-kira untuk menghadiahkan diri sendiri dengan ganjaran setelah hampir setahun bekerja keras mencari rezeki.

Portal Murai ingin mencadangkan pembaca setia yang mungkin belum merencanakan waktu istirehat hujung tahun ini untuk pergi bercuti!

Pada mereka yang mengikuti Instagram @Gengmurai pasti telah mengetahui pemergian wakil portal Murai ke satu tempat istimewa demi sebuah program televisyen terbaru Astro iaitu Destinasi Ria. 

Diterbangkan khas oleh syarikat penerbangan murah terbaik dunia yang merupakan penaja utama rancangan Destinasi Ria, AirAsia mengajak anda berlibur sambil menjelajah destinasi baru bersama selebriti undangan kali ini iaitu Tomok dan isterinya, Ayu.

Gengmurai yang turut mengikuti rakaman program travelog ini ke Siem Reap, Kemboja, ingin berkongsi foto eksklusif Tomok dan Ayu ketika mereka mengembara ke Angkor Wat, salah satu daripada 7 keajaiban di dunia yang terletak di kota pelancongan utama negera tersebut.

Perjalanan hanya memakan masa kurang daripada 2 jam daripada terminal LCC ke Siem Reap dan rombongan Destinasi Ria tiba sekitar jam 735 pagi waktu tempatan yang berbeza satu jam lebih awal (+7) daripada waktu di Malaysia.

Untuk destinasi Siem Reap, AirAsia menyediakan setiap hari satu penerbangan ulang alik di waktu pagi.

Lapangan terbang Antarabangsa Siem Reap yang lengang mempercepatkan langkah rombongan Destinasi Ria yang sudah teruja untuk menjelajah dan merasakan sendiri keindahan tinggalan kota kuno unik ini.

Angkor Wat yang menyimpan khazanah tersendiri adalah lokasi tumpuan utama menggamit pelancong serata dunia menjejakkan kaki ke negara Indochina ini. 

Waktu 4 hari 3 malam dirasakan cepat berlalu, Destinasi Ria kali ini dibantu agensi pelancongan K.U Travel dengan penginapan selesa di Royal Angkor Resort turut dibawa mengembara ke tempat- tempat menarik di sekitar Siem Reap. 

Pastikan anda tidak terlepas menonton sendiri gelagat dan aksi Tomok dan Ayu yang pertama kali digandingkan dalam program televisyen dan bercuti ke destinasi yang juga terkenal dengan night market serta tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara, Tonle Sap dalam Destinasi Ria yang keudara setiap Rabu jam 10 di saluran Astro Ria dan Maya HD.

Destinasi Ria adalah sebuah rancangan travelogue terbaru 13 episod terbitan Celebrate TV Sdn Bhd bersama AirAsia yang merupakan kesinambungan daripada Destinasi Cinta, siri kembara yang memfokuskan lokasi percutian romantis pasangan selebriti, yang telah ditayangkan di saluran Astro Ria dan Maya HD tidak lama dahulu. 

Kredit foto oleh Celebrate TV Sdn Bhd & AirAsia

Rozita Che Wan Idam 2 Orang Anak Bersama Zain Saidin!


Rozita Che Wan Idam 2 Orang Anak Bersama Zain Saidin!


Rozita Che Wan Idam 2 Orang Anak Bersama Zain Saidin!
Rozita Che Wan Idam 2 Orang Anak Bersama Zain Saidin!

Meskipun usianya sudah memasuki 40-an, namun ianya tidak menghalang pelakon, Rozita Che Wan untuk mengimpikan 2 orang anak hasil daripada perkahwinannya yang akan datang bersama pelakon, Zain Saidin, 29.

Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkata jika dimurahkan rezeki, dia mahukan sepasang anak bersama Zain yang bakal menjadi perkahwinan kali keduanya itu.

“Saya mahukan anak untuk perkahwinan saya dan Zain. Jika dimurahkan rezeki paling ramai saya mahu 2 orang anak dan lebih indah jika saya dikuniakan sepasang.

“Namun semuanya berserah kepada Allah, kalau dapat seorang anak pun cukup bersyukur,” katanya kepada media selepas sidang media pengumuman perkahwinan mereka di Setia City Convention Centre, kemarin.

Pasangan ini bakal disatukan dengan iakatan yang sah di Gazebo Setia City Convention Centre pada 11 Disember ini.

Che Ta merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anak lelaki iaitu Ameer Effendy , 17 dan Aniq Erza yang kini berusia 15 tahun.
Ditanya bagaimana penerimaan anak-anaknya, Che Ta memberitahu mereka ada mengaku yang takut kasih sayang ibunya nanti berbelah bahagi.

“Sebenarnya anak-anak sudah lama kenal Zain dan mereka pun sudah mula rapat. Cuma akhir-akhir ini mereka ada beritahu takut kasih sayang saya berbelah bahagi bila saya berkahwin dengan Zain nanti.

“Tapi, saya janji kasih sayang saya kepada mereka tidak berubah. Cuma kehidupan saya sahaja yang akan berubah apabila kembali menguruskan suami nanti,” jelasnya.

Pasangan bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 13 Disember ini jam 8.00 malam.

Sebelum itu, pasangan selebriti ini bakal mengadakan majlis berinai di Ndah Mahligai, Shah Alam sehari sebelum majlis nikah iaitu pada 10 Disember ini.

Fasha Sandha Dedah Cerita Seram Mengenai Penanggal


Fasha Sandha Dedah Cerita Seram Mengenai Penanggal


Fasha Sandha Dedah Cerita Seram Mengenai Penanggal
Fasha Sandha Dedah Cerita Seram Mengenai Penanggal

Mengikut tradisi dan cakap-cakap orang Melayu, penanggal ialah sejenis makhluk belaan yang dibela untuk memberi manfaat kepada tuannya (kebiasaannya perempuan) sama ada dalam bentuk kecantikan, harta dan sebagainya.

Makhluk ini perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah wanita yang baru bersalin. Selain itu hantu Penanggalan tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu Penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

Begitulah sedikit sebanyak info tentang hantu penanggal yang sememangnya terkenal dalam masyarakat Malaysia. Untuk mengetahui perkara lanjut tentang makhluk ini, anda perlu menonton MeleTOP malam ini di mana salah seorang pelakon utama filem Penanggal yang akan ditayangkan pada 28 November ini, Fasha Sandha hadir sebagai tetamu jemputan.

Sudah tentu banyak perkara menarik yang akan dikongsikan oleh aktres ini mengenai filem seram arahan Ellie Suriati itu. Selain Fasha, antara pelakon-pelakon hebat yang turut membintangi filem arahan Ellie Suriati ini ialah Azri Iskandar, Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Dato’ Sharifah Aini dan ramai lagi.

MeleTOP yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa malam ini juga akan turut menampilkan pasangan dari telefilem Oh My Ganu! iaitu Tiz Zaqyah dan Izzue Islam. Apa pula yang akan dikongsikan oleh aktres jelita Tiz Zaqyah ini kerana umum mengetahui, Tiz Zaqyah bukanlah orang Terengganu. Sudah tentu dia mempunyai sedikit kesukaran untuk berdialek Terengganu juga dibandingkan dengan Izzue Islam yang merupakan orang Kelantan.

Lebih menarik, malam ini MeleTOP juga berbesar hati membawakan anda penyanyi cantik dari Indonesia, Dato` Rossa yang kini sibuk dengan persiapan Konsert Destini 2013 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Selain itu, Rossa turut akan menyampaikan lagu ‘Tegar’ secara akustik khas buat para penonton program MeleTOP!

Kesemua barisan tetamu jemputan ini dapat anda saksikan dalam MeleTOP yang akan bersiaran malam ini di Astro Ria (104) dan Maya HD (135) jam 10 malam.

Syafinaz Tunjuk Belang Dengan Raja Mak Yong


Syafinaz Tunjuk Belang Dengan Raja Mak Yong


Syafinaz Tunjuk Belang Dengan Raja Mak Yong
Syafinaz Tunjuk Belang Dengan Raja Mak Yong

Konsert Koir Kebangsaan Malaysia yang telah berlangsung pada 23 dan 24 November lalu nampaknya telah meninggalkan impak tersendiri terutama sekali apabila membabitkan penyanyi popular Syafinaz Selamat.

Telah berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, PusatPelancongan Malaysia (Matic), Syafinaz telah beradu suara dengan raja Mak Yong tanah air, Rosnan Rahman dalam satu persembahan istimewa menerusi lagu Mengadap Rebab.

Memantapkan lagi persembahan paduan suara dua genre berbezaitu dengan kemunculan Koir Kebangsaan Malaysia yang menjadi tarikan utama dua malam berkenaan.

Bagaimanapun jangan salah anggap,  kerana itu bukan konsert Syafinaz, sebaliknya penyanyi yang terkenal dengan vokal soprano itu hanyalah bertindak sebagai artis  undangan selain tugas pentingnya untuk kedua-dua malam berkenaan iaitu  Pengarah Artistik dan Vokal konsert.

Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN),Datuk Norliza Rofli yang turut hadir menyaksikan persembahan berkenaan berkata, ianya merupakan percubaan yang boleh dianggap berjaya tanpa menjejaskan aspek keaslian lagu berkenaan.

“Mengadap Rebab dengan sentuhan koir membawa nafas baru yang diharap dapat terus menarik minat generasi muda untuk mengenali Mak Yong.

“Tahniah Syafinaz dan Rosnan. Syabas untuk semua yangterbabit dalam konsert ini termasuk pihak JKKN sendiri. Sesungguhnya konsertini menyentuh emosi semua yang hadir.  

“Seleksi lagu yang dipilih dari zaman dulu hingga kini penuh nostalgia tersendiri. Ada suka ada duka. Penuh kelucuan dan berbangkit harapan.

“Ia merentasi sempadan bahasa, usia dan bangsa. Saya amat bangga dengan penganjuran konsert ini kerana berani meneroka lagu teater dan filem tak kira tempatan mahupun antarabangsa,” katanya.

Konsert Koir Kebangsaan Malaysia: Kembara Muzikal Teater dan Filem merupakan kerjasama  Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) dalam mempelbagaikan medium seni hiburan.

Dipentaskan selama satu jam 30 minit,   konsert berkenaan ternyata membuai emosi penonton yang hadir dengan alunan lagu teater muzikal dan filem popular antarabangsa seperti West Side Story, Evita, Pretty Woman, Dreamgirls, Sound Of Music, Oliver kepada irama tempatan penuh mempesona.

Bayangkan apabila lagu Sandarkan Pada Kenangan, SedetikLebih, Puncak Tertinggi dan Asmaradana, Pulangkan, Ombak Rindu didendangkan secara koir, ia memberi dimensi tersendiri dalam gaya penyampaian sesebuah lagu.

Penutup konsert  menampilkan lagu Balleilakka yang dipetik daripada filem Sivaji The Boss juga membuatkan penonton seperti mahu berjoget sama.

Selain Syafinaz dan Rosnan, turut sama diundang memeriahkan konsert ialah kumpulan Memento dan Vox Aurora.

18 Hari Konsert Percuma Artis Malaysia, Indonesia, Thailand Di Langkawi


18 Hari Konsert Percuma Artis Malaysia, Indonesia, Thailand Di Langkawi


18 Hari Konsert Percuma Artis Malaysia, Indonesia, Thailand Di Langkawi
18 Hari Konsert Percuma Artis Malaysia, Indonesia, Thailand Di Langkawi

Sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2014, pihak Naturally Magical Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta kerajaan negeri Kedah bersama Lembaga Pembangunan Langkawi membawakan festival terbesar yang diberi nama  Langkawi Naturally Magikal.

Festival yang bakal diadakan di Pulau Langkawi selama 18 hari berturut-turut bermula 19 Disember sehingga 5 Januari depan bakal dimeriahkan lagi dengan konsert percuma dari lebih 10 bintang ternama dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Difahamkan, kesemua artis yang terpilih bakal berkampung di sana sambil menghiburkan pengunjung dengan konsert dan persembahan yang istimewa.

Antara artis Malaysia yang telah disahkan bakal mengadakan konsert adalah Anuar Zain, Dato’ M Nasir, Faizal Tahir, Stacy, Black Hanifah, Suki, Ajieb Rosdi, Muzzy Band, Farhan, Asmidar,Altimet, Lukman dan ramai lagi. Manakala artis dari Indonesia pula adalah Dato’Rossa dan kumpulan Unggu.

Ketika sidang media pelancaran Langkawi Naturally Magikal yang diadakan di Zebra Square, Ampang, baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Dato’ Paduka Hj Mukriz Tun Dr Mahathir berkata penganjuran festival ini dibuat bersandarkan hasil maklum balas yang diterima dari pelancong yang datang ke Langkawi.

“Saya yakin festival ini akan menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan Langkawi,” ujarnya.

Selain dihiburkan dengan konsert percuma dari artis popular Malaysia, Indonesia dan Thailand, pengunjung festival ini bakal menikmati kemeriahan dengan persembahan bunga api dan aktiviti menarik.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan